You are on page 1of 30

KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU

KEMAHIRAN TEKNIKAL 76

DOKUMEN STANDARD PRESTASI (DSP) BAGI PENTAKSIRAN SEKOLAH TINGKATAN 2

L LEMBAGA PEPERIKSAAN, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Cetakan 2013

Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia 2013

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengubah mana-mana bahagian, artikel, ilustrasi, isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara pun tanpa mendapat keizinan bertulis daripada Pengarah Peperiksaan, Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia.

KANDUNGAN
BIL
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 PENDAHULUAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN MATLAMAT MATA PELAJARAN OBJEKTIF MATA PELAJARAN OBJEKTIF PENTAKSIRAN TAFSIRAN KERANGKA STANDARD PRESTASI PENYATAAN STANDARD STANDARD PRESTASI KHB KEMAHIRAN TEKNIKAL PEMETAAN EVIDENS

PERKARA

MUKA SURAT
1 2 3 3 4 5 6 7 8 25

PENDAHULUAN
Mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Kemahiran Teknikal merangkumi komponen Reka Bentuk dan Teknologi, Kemahiran Teknikal serta Perniagaan dan Keusahawanan merupakan mata pelajaran wajib Tingkatan 1 hingga 3 di Sekolah Menengah Rendah. Mata pelajaran ini yang digubal berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai usaha pendidikan ke arah mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran teknologi serta keusahawanan dalam usaha membangun modal insan melalui program pendidikan yang berkualiti dan holistik. Pentaksiran Rujukan Standard bagi mata pelajaran ini merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari berdasarkan penyataan standard prestasi yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan oleh kurikulum mata pelajaran ini. Pentaksiran Sekolah dalam bentuk pentaksiran formatif dijalankan seiring dengan proses pengajaran dan pembelajaran atau pentaksiran sumatif di akhir proses pembelajaran. Dokumen Standard Prestasi (DSP) bagi mata pelajaran ini dibina dengan komponen teras iaitu Reka Bentuk dan Teknologi dan komponen elektif iaitu Kemahiran Teknikal sebagai panduan untuk guru membimbing murid dan seterusnya mendapatkan maklumat tentang perkembangan individu serta keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam pembangunan dan pembentukan modal insan. Adalah diharapkan dokumen ini dapat memberi maklumat yang lengkap dan tepat kepada guru tentang Pentaksiran Rujukan Standard bagi mata pelajaran ini dalam memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan tentang pembinaan modal insan yang berteraskan kepada pembangunan jasmani, emosi, rohani dan intelek.

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN


Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

MATLAMAT MATA PELAJARAN


Matlamat mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu adalah untuk melahirkan insan yang berdikari, kenal faham teknologi dan ekonomi serta kreatif, berinisiatif dan yakin diri dalam keadaan teknologi yang sentiasa berubah untuk kehidupan harian.

OBJEKTIF MATA PELAJARAN


OM1 Mengamalkan kreativiti, inovasi dan berdaya usaha dalam mereka bentuk dan menghasilkan produk daripada pelbagai bahan seperti kayu, papan lapis dan bahan komposit. OM2 Mengamalkan sikap peka terhadap masalah sekeliling dan mendapatkan idea daripada pelbagai sumber untuk mereka bentuk dan menghasilkan produk. OM3 OM4 OM5 OM6 OM7 Menterjemahkan idea-idea kreatif dan inovatif melalui lukisan teknik. Mengenal pasti hidangan dan mengurus sajian. Memilih bahan, alatan dan perkakas serta menggunakannya dengan teknik yang betul. Mengenal pasti cabaran dan kejayaan usahawan serta menilai potensi diri dalam bidang keusahawanan. Mengumpul, memproses dan mendokumentasikan maklumat secara sistematik dan menggunakannya dengan bijak dalam membuat keputusan rekaan dan penghasilan projek. OM8 Mengamalkan peraturan dan budaya kerja yang baik dan selamat.

(Dipetik daripada Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan 2.(2005). Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia.)

OBJEKTIF PENTAKSIRAN
Berdasarkan matlamat dan objektif mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu, berikut ialah Objektif Pentaksiran (OP) mata pelajaran yang dikenal pasti untuk mentaksir penguasaan murid dalam mempamerkan;

OP1 OP2 OP3 OP4 OP5 OP6 OP7

Kebolehan berdikari dalam menjalankan kerja buat sendiri. Kenal faham terhadap teknologi yang sentiasa berubah untuk kehidupan harian. Kenal faham terhadap ekonomi untuk kehidupan harian. Kebolehan mengaplikasikan kemahiran bagi menghasilkan sesuatu projek / produk. Kebolehan bagi mengaplikasikan kreativiti untuk mereka bentuk dan menghasilkan sesuatu produk / projek. Mengamalkan cara bekerja yang sistematik, bijaksana dan dengan teknik yang betul dengan yakin diri. Kebolehan mendokumentasikan maklumat secara bersistem.

(Dipetik daripada Dokumen Format Pentaksiran Kemahiran Hidup Bersepadu Kemahiran Teknikal.(2005). Lembaga Peperiksaan,
Kementerian Pelajaran Malaysia.)

TAFSIRAN
o Band ialah satu label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki digunakan bagi tujuan pelaporan individu. o Standard ialah satu penyataan tentang sesuatu domain merujuk kepada tanda aras tertentu dan bersifat generik bagi memberi gambaran holistik tentang individu. o Standard Prestasi ialah penyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran murid yang diukur berdasarkan standard dan menunjukkan di mana kedudukan murid dalam perkembangan pembelajarannya. Perkembangan dalam standard itu terbahagi kepada dua iaitu perkembangan secara mendatar (konstruk) dan perkembangan menegak (band). Perkembangan murid dijelaskan dengan satu atau lebih qualifier menggunakan perkataan atau rangkai kata yang betul menggambarkan standard dalam bentuk hasil pembelajaran. o Deskriptor ialah penyataan yang menerangkan apa yang murid tahu dan boleh buat berdasarkan standard di mana kualiti boleh ditaksir dan dicapai. o o Evidens (murid) ialah penyataan yang menerangkan apa yang murid tahu dan boleh buat bagi sesuatu deskriptor. Evidens (bahan) ialah bahan atau apa-apa bentuk bukti yang dapat ditunjukkan oleh murid yang melaksanakan sesuatu tugasan dalam bentuk produk atau proses seperti foto, grafik, artifak dan laporan. o Instrumen ialah alat yang digunakan untuk menguji penguasaan atau pencapaian murid bagi sesuatu domain seperti ujian bertulis, ujian secara lisan, demonstrasi, ujian amali dan lain-lain. o Pentaksiran Sekolah merupakan pendekatan pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah berdasarkan tugasan, instrumen pentaksiran, peraturan dan penskoran yang dibangunkan oleh sekolah merujuk kepada Dokumen Standard Prestasi yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan.

KERANGKA STANDARD PRESTASI

6
5
4
3
2
1

Tahu

Faham

Boleh Buat dengan Beradab Mithali

Tahu

Faham

Boleh Buat dengan Beradab Terpuji

Tahu

Faham

Boleh Buat dengan Beradab

Tahu Tahu Tahu

Faham Faham

Boleh Buat

PENYATAAN STANDARD
BAND
6 (Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali) 5 (Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji) 4 (Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab) 3 (Tahu, Faham dan Boleh Buat) 2 (Tahu dan Faham) 1 (Tahu)

PENYATAAN STANDARD
Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi, kemahiran teknikal serta perniagaan dan keusahawanan secara kreatif dan inovatif. Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi, kemahiran teknikal serta perniagaan dan keusahawanan secara berinisiatif. Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi, kemahiran teknikal serta perniagaan dan keusahawanan secara sistematik. Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi, kemahiran teknikal serta perniagaan dan keusahawanan. Mengetahui dan memahami tentang reka bentuk dan teknologi, kemahiran teknikal serta perniagaan dan keusahawanan. Mengetahui tentang reka bentuk dan teknologi, kemahiran teknikal serta perniagaan dan keusahawanan.

STANDARD PRESTASI KHB KEMAHIRAN TEKNIKAL TINGKATAN 2

BAND 1

BAND

STANDARD Penerangan generik tentang tahap perkembangan pembelajaran Mengetahui tentang reka bentuk dan teknologi, kemahiran teknikal serta perniagaan dan keusahawanan.

DESKRIPTOR APA murid tahu dan boleh buat

EVIDENS BAGAIMANA murid persembahkan APA murid tahu dan boleh buat Murid boleh: B1D1E1 Menyatakan dua jenis bahan pembinaan projek. B1D1E2 Menyatakan dua cara mencantum bahagian projek.

1 Tahu

Murid boleh: B1D1 Mengetahui tentang reka bentuk dan penghasilan projek.

B1D2 Mengetahui tentang asas elektronik.

B1D2E1 Menyatakan empat simbol komponen elektronik. B1D3E1 Menyatakan empat alatan lukisan teknik.

B1D3 Mengetahui tentang asas lukisan teknik. B1D4 Mengetahui tentang masakan.

B1D4E1 Menyatakan lima faktor penting dalam merancang menu. B1D4E2 Menyatakan maksud hidangan sepinggan lengkap.

10

B1D4E3 Menyatakan tiga contoh hidangan sepinggan lengkap. B1D5 Mengetahui tentang tanaman hiasan. B1D5E1 Menyatakan dua tujuan pemasuan semula tanaman hiasan. B1D5E2 Menyatakan dua ciri tanaman hiasan dalam bekas yang perlu pemasuan semula.

B1D6 Mengetahui tentang elektronik.

B1D6E1 Menyatakan dua jenis diod. B1D6E2 Menyatakan simbol diod dan perintang peka cahaya.

B1D7 Mengetahui tentang keusahawanan.

B1D7E1 Menyatakan lima agensi kerajaan yang membantu usahawan.

Menyatakan

: Secara lisan atau bertulis.

11

BAND 2

12

BAND

STANDARD Penerangan generik tentang tahap perkembangan pembelajaran Mengetahui dan memahami tentang reka bentuk dan teknologi, kemahiran teknikal serta perniagaan dan keusahawanan.

DESKRIPTOR APA murid tahu dan boleh buat

EVIDENS BAGAIMANA murid persembahkan APA murid tahu dan boleh buat Murid boleh: B2D1E1 Menerangkan dua bahan pembinaan projek dari segi sifatnya.

2 Tahu dan Faham

Murid boleh: B2D1 Mengetahui dan memahami tentang reka bentuk dan penghasilan projek.

B2D2 Mengetahui dan memahami tentang asas elektronik.

B2D2E1 Menerangkan tiga komponen elektronik dari segi fungsinya.

B2D3 Mengetahui dan memahami tentang asas lukisan teknik.

B2D3E1 Menerangkan empat alatan lukisan teknik dari segi fungsinya.

B2D4 Mengetahui dan memahami tentang masakan.

B2D4E1 Menerangkan lima adab dan sopan semasa makan.

B2D5 Mengetahui dan memahami tentang elektronik.

B2D5E1 Menerangkan diod dan perintang peka cahaya dari segi fungsinya.

B2D6 Mengetahui dan memahami tentang keusahawanan. Menerangkan : Secara lisan atau bertulis.

B2D6E1 Menerangkan dua agensi kerajaan dari segi bantuan yang diberikan kepada usahawan.

13

BAND 3

14

BAND

STANDARD Penerangan generik tentang tahap perkembangan pembelajaran Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi, kemahiran teknikal serta perniagaan dan keusahawanan.

DESKRIPTOR APA murid tahu dan boleh buat

EVIDENS BAGAIMANA murid persembahkan APA murid tahu dan boleh buat Murid boleh: B3D1E1 Menyediakan jadual kerja. B3D1E2 Menghasilkan projek reka bentuk. B3D2E1 Membaca nilai satu perintang tetap. B3D2E2 Menterjemah semua komponen1 dalam lukisan skematik kepada lukisan bergambar.

3 Tahu, Faham dan Boleh Buat

Murid boleh : B3D1 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan penghasilan projek.

B3D2 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas elektronik.

B3D3 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas lukisan teknik. B3D4 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang lukisan teknik.

B3D3E1 Melukis unjuran ortografik.

B3D4E1 Melukis lukisan isometrik. B3D4E2 Melukis lukisan hamparan garis selari. B3D4E3 Melukis lukisan hamparan garis jejari.

15

B3D4E4 Melukis lukisan keratan penuh.

B3D5 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang elektronik.

B3D5E1 Menghasilkan projek elektronik.

komponen1 projek

: Minimum 4 jenis. [Perintang, suis, LED, kapasitor, transistor atau pembaz (buzzer)] : Mesti mengandungi komponen diod dan perintang peka cahaya.

16

BAND 4

17

BAND

STANDARD Penerangan generik tentang tahap perkembangan pembelajaran Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi, kemahiran teknikal serta perniagaan dan keusahawanan secara sistematik.

DESKRIPTOR APA murid tahu dan boleh buat

EVIDENS BAGAIMANA murid persembahkan APA murid tahu dan boleh buat Murid boleh: B4D1E1 Menghasilkan projek reka bentuk mengikut prosedur.

4 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab

Murid boleh : B4D1 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan penghasilan projek secara sistematik. B4D2 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas elektronik secara sistematik.

B4D2E1 Membaca nilai satu perintang tetap mengikut prosedur2. B4D2E2 Menterjemah semua komponen dalam lukisan skematik kepada lukisan bergambar mengikut prosedur3.

B4D3 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas lukisan teknik secara sistematik. B4D4 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang lukisan teknik secara sistematik.

B4D3E1 Melukis unjuran ortografik mengikut prosedur4.

B4D4E1 Melukis lukisan isometrik mengikut prosedur4.

18

B4D4E2 Melukis lukisan hamparan garis selari mengikut prosedur4. B4D4E3 Melukis lukisan hamparan garis jejari mengikut prosedur4. B4D4E4 Melukis lukisan keratan penuh mengikut prosedur4.

B4D5 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang elektronik secara sistematik.

B4D5E1 Menghasilkan projek elektronik mengikut prosedur5.

prosedur1 prosedur2 prosedur3 prosedur4 prosedur5

: Melakukan kerja mengukur, menanda dan memotong mengikut urutan. Seterusnya membina, mencantum dan membuat kemasan. : Bacaan yang tepat. : Komponen dilukis mengikut kedudukan dan kekutuban yang betul. : Kaedah dan teknik yang betul. : Komponen berkutub dipasang mengikut kekutuban.

19

BAND 5

20

BAND

STANDARD Penerangan generik tentang tahap perkembangan pembelajaran Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi, kemahiran teknikal serta perniagaan dan keusahawanan secara berinisiatif.

DESKRIPTOR APA murid tahu dan boleh buat

EVIDENS BAGAIMANA murid persembahkan APA murid tahu dan boleh buat Murid boleh: B5D1E1 Menghasilkan projek reka bentuk dengan daya usaha1.

5 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji

Murid boleh : B5D1 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan penghasilan projek secara berinisiatif. B5D2 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas lukisan teknik secara berinisiatif. B5D3 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang lukisan teknik secara berinisiatif.

B5D2E1 Melukis unjuran ortografik dengan daya usaha2.

B5D3E1 Melukis lukisan isometrik dengan daya usaha2.

B5D3E2 Melukis lukisan hamparan garis selari dengan daya usaha2.

B5D3E3 Melukis lukisan hamparan garis jejari dengan daya usaha2.

21

B5D3E4 Melukis lukisan keratan penuh dengan daya usaha2. B5D4 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang elektronik secara berinisiatif.

B5D4E1 Menghasilkan projek elektronik yang berfungsi dengan daya usaha3.

daya usaha daya usaha daya usaha3

: i. Cantuman kukuh. ii. Kemasan sempurna. : i. Ukuran dan penyambungan garisan objek tepat (had terima + 1 mm). ii. Garisan binaan dan garisan objek dilukis dengan betul. iii. Hasil lukisan betul dan bersih. : Kemas dari segi susun atur komponen.

22

BAND 6

23

BAND

STANDARD Penerangan generik tentang tahap perkembangan pembelajaran Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi, kemahiran teknikal serta perniagaan dan keusahawanan secara kreatif dan inovatif.

DESKRIPTOR APA murid tahu dan boleh buat

EVIDENS BAGAIMANA murid persembahkan APA murid tahu dan boleh buat Murid boleh: B6D1E1 Menghasilkan projek reka bentuk dengan nilai tambah1.

6 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali

Murid boleh : B6D1 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan penghasilan projek secara kreatif dan inovatif.

nilai tambah

: Penambahan sesuatu bahan yang berfungsi dan mampu menggambarkan idea tersendiri murid.

24

PEMETAAN EVIDENS BERDASARKAN BAND DAN TAJUK TERAS BERDASARKAN BAND TERAS
BAND DESKRIPTOR D1 D2 B1 D3 D4 D5 D1 B2 D2 D3 D4 D1 B3 D2 D3 D1 B4 D2 D3 B5 B6 D1 D2 D1 EVIDENS E1, E2 E1 E1 E1, E2, E3 E1, E2 E1 E1 E1 E1 E1, E2 E1, E2 E1 E1 E1, E2 E1 E1 E1 E1 BIL. EVIDENS 2 1 1 3 2 1 1 1 1 2 2 1 1 2 1 1 1 1 MASAKAN TANAMAN HIASAN LUKISAN TEKNIK ELEKTRONIK REKA BENTUK DAN PENGHASILAN PROJEK TAJUK

BERDASARKAN TAJUK TERAS


BAND B1 B2 B3 B4 B5 B6 B1 B2 B3 B4 B1 B2 B3 B4 B5 B1 B2 B1 DESKRIPTOR D1 D1 D1 D1 D1 D1 D2 D2 D2 D2 D3 D3 D3 D3 D2 D4 D4 D5 EVIDENS E1, E2 E1 E1, E2 E1 E1 E1 E1 E1 E1, E2 E1, E2 E1 E1 E1 E1 E1 E1, E2, E3 E1 E1, E2 BIL. EVIDENS 2 1 2 1 1 1 1 1 2 2 1 1 1 1 1 3 1 2

JUMLAH

25

JUMLAH

25

25

PEMETAAN EVIDENS BERDASARKAN BAND DAN TAJUK ELEKTIF (KT) BERDASARKAN BAND ELEKTIF (KT)
BAND B1 B2 B3 B4 B5 DESKRIPTOR D6 D7 D5 D6 D4 D5 D4 D5 D3 D4 EVIDENS E1, E2 E1 E1 E1 E1, E2, E3, E4 E1 E1, E2, E3, E4 E1 E1, E2,E3, E4 E1 BIL. EVIDENS 2 1 1 1 4 1 4 1 4 1 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN ELEKTRONIK LUKISAN TEKNIK

BERDASARKAN TAJUK ELEKTIF (KT)


TAJUK BAND 3 4 5 1 2 3 4 5 1 2 DESKRIPTOR D6 D5 D3 D6 D5 D5 D5 D4 D7 D6 EVIDENS E1, E2, E3, E4 E1, E2, E3, E4 E1, E2, E3, E4 E1, E2 E1 E1 E1 E1 E1 E1 BIL. EVIDENS 4 4 4 2 1 1 1 1 1 1

JUMLAH

20

JUMLAH

20

26

Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia Aras 1, 2, 5 15, Blok E11, Kompleks Kerajaan Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 Putrajaya Tel. : 03-88843787 Faks : 03-88843783 Web : http://www.moe.gov.my/lp

27

You might also like