Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword or section
Like this
140Activity

Table Of Contents

0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
03 Eq & Tekanan Kerja Serta Hubungan Dengan Komitmen Kerja Polis 10.09.09

03 Eq & Tekanan Kerja Serta Hubungan Dengan Komitmen Kerja Polis 10.09.09

Ratings: (0)|Views: 7,050 |Likes:
Published by kasih
Tesis untuk penganugerahan sarjana sains kaunseling uum 09
Tesis untuk penganugerahan sarjana sains kaunseling uum 09

More info:

Categories:Types, Research
Published by: kasih on Sep 25, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/07/2014

pdf

text

original

 
BAB 1PENGENALAN
1.1
Pendahuluan
Pembangunan pesat yang dialami oleh negara telah menjadikan perananPolis Diraja Malaysia (PDRM) lebih mencabar. Walaupun bilangan pegawai- pegawai polis bertambah ramai, namun situasi pekerjaan mereka kian rumit. Iniadalah kerana peningkatan taraf pendidikan dan kesedaran orang ramai terhadapanggota polis, ditambah dengan peningkatan jenayah, kerenah politik dan lain-lain faktor persekitaran telah benar-benar mencabar kesabaran, kewibawaan, dankemampuan setiap anggota polis. Selain itu, corak kerja dan saingan di dalam pekerjaan itu sendiri turut menambahkan tekanan di kalangan anggota polis.Sehubungan dengan itu pengaruh emosi amat besar dalam mewarnaihubungan sesama manusia. Emosi meliputi pelbagai perasaan seperti sayang,gembira, malu, sedih, kecewa, bimbang dan sebagainya. Kehidupan manusia juga dipengaruhi oleh kewujudan emosi yang menentukan tingkahlaku.. Sejajar dengan itu kecerdasan emosi dikaitkan dengan kemampuan mengawal emositerutamanya dalam persekitaran kerja sosial.Perkataan emosi itu sendiri berasal daripada Greek, iaitu, “emovere”yang membawa maksud “untuk keluar”. Emosi yang dizahirkan oleh manusiaadalah satu bentuk tindakan yang memenuhi kepuasan diri individu berkenaan.Ia juga boleh dikatakan sebagai satu keadaan di mana perasaan yang ditunjukkan1
 
 pada proses fisiologi dan psikologi seseorang individu. (Mohd Nazar Mohamad,1992).Menurut Goleman (1995), tahap kecerdasan emosi seseorang individuadalah merupakan faktor utama kepada penentuan kejayaan seseorang individu.Golemen berpendapat bahawa kecemerlangan seseorang individu adalah bergantung kepada 20% daripada kecerdasan intelek dan 80% lagi adalah bergantung kepada pengurusan emosi secara berkesan. Ini jelas menunjukkan bahawa tahap “pengurusan emosi” yang baik adalah faktor yang amatdititkberatkan dalam kehidupan seseorang individu yang berjaya (Zainuddin,2000).Sementara itu tekanan (stress) merupakan tindak balas fizikal,fisiologikal dan psikologikal yang berlaku dalam diri seseorang yang berpuncaatau diakibatkan oleh suasana yang dihadapi yang dianggapkan mengancam ataumencabar. Tekanan kerja pada tahap yang tinggi biasanya akan membawaketidakpuasan kerja, sikap suka mengelak dan pengabaian kerja. Tindakbalas penyesuaian tekanan merangkumi tindakbalas psikologikal (keletihan dankemurungan), fisiologikal (sakit kepala, tekanan darah tinggi) dan berkaitansikap pengambilan alkohol, merokok, gaya hidup dan masalah tidur. Suasanakerja yang teruk menyumbang kepada faktor tekanan dan seterusnya membawakepada ketidakpuasan kerja dan keinginan untuk meninggalkan kerjaya.Individu tidak akan dapat berfungsi dengan berkesan jika ia dalamkeadaan tertekan. Perasaan tertekan menjadikan seseorang itu tidak rasional,2
 
cemas, tegang, tidak dapat memusatkan perhatian kepada kerja dan gagalmenikmati rasa gembira atau puas hati terhadap kerja yang dilakukan. Hal-hal iniakan menghalang seseorang mewujudkan sifat positifnya, apa lagi sifat kasihsayang dalam aktiviti seharian maupun pekerjaan.Menurut M. Zafir (2006), tekanan di tempat kerja terjadi apabilakeperluan kerja tidak sepadan dengan kebolehan, sumber, dan kehendak pekerja.Keadaan ini boleh memberi kesan ke atas psikologi dan fisiologi manusia.Seseorang individu yang berasa tertekan dengan kerja yang dilakukan akanmenunjukkan kemurungan yang berpanjangan. Apabila rasa tertekan, psikologiakan terganggu dan pekerja gagal membuat keputusan dengan baik. Situasi ini boleh menjejaskan prestasi kerja mereka dan menggugat produktiviti organisasi.Masalah paling dibimbangi adalah tekanan kerja boleh menyebabkan penyakit berbahaya seperti tekanan darah tinggi, sakit jantung dan melemahkan sistem pertahanan badan terhadap penyakit.Seterusnya Corser dan Rakoff (1971), mendefinisikan komitmen kerjasebagai kecenderungan dalaman yang positif di mana seseorang pekerja yangkomited kerjayanya akan berasa bangga dengan kerjaya yang diceburinya.Dalam kerjaya yang berstatus tinggi, komitmen bukan sahaja tertumpu kepadakerjaya tetapi juga melibatkan komitmen terhadap rakan sekerja. Individu yangkomited terhadap kerjaya mereka sanggup berhadapan dengan apa jua rintangandan cabaran yang dihadapi hasil daripada kekuatan emosi. Malah cabaran iniakan meningkatkan lagi kematangan mereka dalam melaksanakan amanah dantanggungjawab terhadap kerjaya masing-masing.3

Activity (140)

You've already reviewed this. Edit your review.
misshaz liked this
1 thousand reads
1 hundred reads
Syue Syuhada liked this
rosellah liked this
Anis 'afifah liked this
Na Zi Rah liked this
Farah Remali liked this
_ishinomori_ liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->