BAB 1PENGENALAN
1.1
Pendahuluan
Pembangunan pesat yang dialami oleh negara telah menjadikan perananPolis Diraja Malaysia (PDRM) lebih mencabar. Walaupun bilangan pegawai- pegawai polis bertambah ramai, namun situasi pekerjaan mereka kian rumit. Iniadalah kerana peningkatan taraf pendidikan dan kesedaran orang ramai terhadapanggota polis, ditambah dengan peningkatan jenayah, kerenah politik dan lain-lain faktor persekitaran telah benar-benar mencabar kesabaran, kewibawaan, dankemampuan setiap anggota polis. Selain itu, corak kerja dan saingan di dalam pekerjaan itu sendiri turut menambahkan tekanan di kalangan anggota polis.Sehubungan dengan itu pengaruh emosi amat besar dalam mewarnaihubungan sesama manusia. Emosi meliputi pelbagai perasaan seperti sayang,gembira, malu, sedih, kecewa, bimbang dan sebagainya. Kehidupan manusia juga dipengaruhi oleh kewujudan emosi yang menentukan tingkahlaku.. Sejajar dengan itu kecerdasan emosi dikaitkan dengan kemampuan mengawal emositerutamanya dalam persekitaran kerja sosial.Perkataan emosi itu sendiri berasal daripada Greek, iaitu, “emovere”yang membawa maksud “untuk keluar”. Emosi yang dizahirkan oleh manusiaadalah satu bentuk tindakan yang memenuhi kepuasan diri individu berkenaan.Ia juga boleh dikatakan sebagai satu keadaan di mana perasaan yang ditunjukkan1