You are on page 1of 7

TEKS UCAPAN Dari Dewan SK Seri Medan dibawakan secara langsung Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Sekolah bagi

tahun 2013. Bismillah.............................Alhamdulilahhirabbilalamin.. Wasssala tuwassalamu alaasyarafil ambia iwal mursalin. Waala alihi wasahbihiajmain.

1. Yang Berusaha, Tn Hj Mesri b Damin, GB SK Seri Medan 2. Yang Berusaha, En Mod Halid b Abu Yamin, GPK1 3. En Ishak b Awang, GPK HEM 4. En Ayof b Ahmad, GPK KOKO 5. Yang dihormati Dif - dif jemputan, Ustaz ustazah, guru guru 6. Seterusnya yang diraikan, murid-murid Khatam Al-Quran Peringkat Sekolah 2013 serta semua murid yang dikasihi sekalian. Assalamualaikum wbt. Alhamdulilah, setinggi-tinggi lafaz kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan limpah hidayahNya, dapat kita sama-sama berhimpun di Dewan SK Seri Medan pada pagi yang barakah ini bagi menjayakan MajlisKhatam Al-Quran Peringkat Sekolah Tahun 2013 Majlis dengan penuh takzim dan rasa bangga mengalu-alukan kehadiran _________________________________________ ke majlis ini. Ribuan terima kasih diucapkan. Hadirin hadirat yang dimuliakan. Majlis Khatam Al-Quran merupakan salah satu agenda tahunan pihak sekolah bagi meningkatkan kecemerlangan murid-murid dalam bidang Tilawah Al-Quran seterusnya melahirkan generasi yang menghayati AL-QURAN.

Majlis ini juga merupakan satu kesinambungan bagi menjadikan amalan membaca Al-Quran sebagai satu budaya. Mudah-mudahan segala yang kita laksanakan dengan penuh keikhlasan akan membuahkan hasil dan diberkati Allah. InsyaAllah.. 1. Bacaan Doa Hadirin hadirat yang dikasihi sekalian, untuk memberkati majlis kita pada pagi yang penuh barakah ini marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dipimpin oleh Tn Hj Sulaiman b Abu. Dengan segala hormatnya mempersilakan DOA

Amin amin yarabbal alamin..Terima kasih diucapkan kepada Tn Hj Sulaiman b Abu. atas bacaan doa itu tadi...

2. Bacaan AL-QURAN Hadirin hadirat yang dimuliakan, tanpa melengahkan masa marilah sama-sama kita mendengar bacaan AL-QURAN dan terjemahan yang akan diperdengarkan oleh: 1. Akmal Haris b Santoso 2. Muhamad Haziq b Musiran Dipersilakan.. BACAAN AL-QURAN -

Alhamdulillah. Terima kasih diucapkan atas bacaan AL-QURAN yang telah diperdengarkan sebentar tadi.

3. Ucapan GB Hadirin hadirat yang dihormati sekalian, Majlis Khatam Al-Quran pada pagi ini diteruskan lagi dengan mempersilakan, Yg Berusaha Tn Hj Mesri b Damin, GB SK Seri Medan bagi menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya dipersilakan. UCAPAN GB -

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yg BerusahaTn GB atas ucapan itu tadi. 4. Persembahan Hadirin hadirat yang dirahmati Allah sekalian.. Majlis Khatam Al-Quran pada kali ini diserikan lagi dengan acara persembahan. Untuk itu dipersilakan : 1. Prasekolah murid-murid dari ____________________ yang akan menyampaikan persembahan ________________________________ Dengan sukacitanya dipersilakan. PERSEMBAHAN -

Terima kasih diucapkan atas persembahan bertenaga sebentar tadi. Untuk makluman sidang dewan, Kumpulan _____________________ ini dipimpin oleh __________________________.

Seterusnya, dijemput murid dari _____________________ yang akan menyampaikan persembahan _________________________.

2. KKBP

3. Fatihah M. Yasin

4. Sketsa - Nur Shahirah Aizam (4S)

5. Sajak Nur Fazlin Halim

5. KHATAM AL-QURAN Hadirin hadirat yang dimuliakan, Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Sekolah pada tahun ini dimulakan. Untuk itu majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan ____________________________ bagi memimpin Majlis Khatam Al-Quran. Dengan segala hormatnya dipersilakan... -MAJLIS KHATAM BERMULA Alhamdulilah, selesai sudah Majlis Khatam Al-Quran beramai-ramai oleh pelajar Tahun 6 SK Seri Medan sesi 2013. Tahniah diucapkan. 6. QASIDAH Seterusnya, di jemput _____________________________ dari __________________________ untuk memperdengarkan Qasidah. Terima kasih diucapkan. Untuk makluman hadirin, kini tibalah kita ke acara penyanpaian cenderahati dan sijil 7. Penyampaian Cenderahati dan Sijil. Seterusnya, sampai kita pada acara penyampaian cenderahati dan sijil kepada murid-murid khatam Al-Quran. Majlis dengan ini mempersilakan dengan segala hormatnya Yg Berusaha Tn Hj Mesri b Damin, GB SKSM diiringi oleh Yg Berusaha GPK Kokurikulum, En Ayof b Ahmad bagi menyempurnakan majlis. Dengan segala hormatnya dipersilakan.. Qasidah -

1. Qasidah Dijemput _______________________ mewakili kumpulan qasidah dari ______________ naik ke pentas untuk menerima sijil dan cenderahati 2. Peserta Khatam Peringkat Daerah Seterusnya, dijemput peserta khatam peringkat daerah untuk menerima sijil penyertaan -NUR FATIN SYAZANA BT IHSAN -AISYAH FAQIHAH BT MOHD JALIL -AFIDAH SHAFIY BT A. HAKIM -NURIN YUSRINA BT SHAROM 3. Murid Khatam 30 juzuk Seterusnya, kita teruskan dengan penyampaian cehderahati dan sijil kepada murid khatam 30juzuk. Pada tahun in seramai 18 orang berjaya khatam Al-Quran mengikut kriteria yang ditetapkan. Majlis dengan ini mempersilakan RUJUK LIST NAMA -PENYAMPAIAN CENDERAHATIMajlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yg Berusaha Tn Hj Mesri Damin kerana sudi menyempurnakan majlis penyampaian sijil dan cenderahati kepada pelajar. Untuk pengetahuan hadirin hadirat sekalian, pada tahun ini seramai 18 orang berjaya khatam 30juzuk berbanding bilangan tahun lepas iaitu seramai 26 orang. Oleh itu, murid tahun 5 sudah boleh melakukan persediaan dari sekarang untuk mencapai target khatam 30juzuk pada majlis tahun hadapan.

4. Murid khatam Tahun 6 Seterusnya, majlis diteruskan dengan penyampaian sijil penyertaan kepada 73 orang pelajar tahun 6 yang telah berjaya khatam AL-QURAN. Majlis dengan ini mempersilakan dengan segala hormatnya Yg Berusaha __________________ diiringi oleh Yg Berusaha _________________ bagi menyempurnakan majlis penyampaian sijil. Dengan segala hormatnya dipersilakan.. Dijemput.. RUJUK LIST NAMA Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yg Berusaha __________________________ kerana sudi menyempurnakan majlis penyampaian sijil

7. pembahagian duit raya dan cenderahati murid Hadirin hadirat warga dewan yang dikasihi sekalian, seterusnya adalah majlis pembahagian cenderahati dan penyerahan duit raya kepada murid-murid. Dijemput semua guru mengambil tempat untuk berbaris bagi bersalaman dengan murid dan menyerahkan pembahagian duit raya. Bermula dengan tahun 1, berbaris mengikut barisan dan bersalaman dengan semua barisan guru-guru. Seterusnya tahun 2, 3 6 Hadirin hadirat yang dirahmati Allah sekalian. Dengan berakhirnya majlis pembahagian cenderahati berkenaan maka Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Sekolah Tahun 2013 telah menutup tirai. Majlis ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.Terima kasih juga atas sokongan semua ibu bapa yanghadir ke majlis ini pada kali ini. Tidak lupa, tahniah juga kepada semua murid yang berjaya Khatam Al-Quran dengan jayanya

Akhir adalah datangnya dari Allah jua dan segala kekurangan adalah dari kelemahan kami jua. Diizinkan Allah bertemu lagi di tahun hadapan.Saya sudahi majlis dengan lafaz yangmulia...Wabillah....

You might also like