1.2
Permasalahan Kajian
Masyarakat hari ini kian ramai memperkatakan isu-isu berkaitan etikadi kalangan jururawat tanpa disedari semasa memberi perkhidmatan bantuanmereka terhadap pesakit.Antara insiden-insiden yang pernah berlaku yang dipaparkan di dadaakhbar seperti kes bayi perempuan Putri Nur Danisha yang telah patah tulang paha akibat tindakan jururawat memegang tangan dan kaki bayi tanpamemegang badannya. Ini adalah di antara insiden-insiden yang tidak didugatetapi telah berlaku di hospital-hospital. (Metro, Jun 2009). Kes seorang doktor dan jururawat memperdagangkan bayi ( Utusan Online, 9 Jun 2008 ), paparanaksi memalukan sebilangan jururawat di Britain dalam laman web jaringansosial Facebook yang tidak sepatutnya dilakukan oleh golongan professionalini. (Kosmo, 10 Jun 2009). Kes jururawat diperkatakan tidak mesra pelanggan, berkasar dengan pesakit, tidak prihatin, sombong dan bersikap tidak beretikaserta tidak professional ( Utusan Online, Disember 2006 ).Pelanggaran profesion etika kerja adalah serius jika tidak ditanganidengan segera kerana kenyataan yang dikeluarkan oleh mereka yang tidak layak menyebabkan orang lain yang menerima kemudaratan. Menyedari gejala pelanggaran perilaku ini menyebabkan Gabungan Persatuan PengggunaMalaysia (FOMCA) menyelar sikap angkuh dan tidak professional para petugas perkhidmatan kesihatan samaada golongan doktor atau jururawat pelatih. Presidennya, Profesor Hamdan Adnan, berkata sebahagian besar aduan
3