You are on page 1of 2

Contoh Laporan selepas melawat Kami bergerak pada 22 Feb 2014 pada jam 7.

00 pagi setelah sarapan pagi di Kafe IPG. Dua buah bas telah disediakan untuk kami.

Pensyarah-pensyarah yang mengiringi kami ialah Encik Meor Mohd Mahfudz Abu Hassan.Kami tiba di Kuala Lumpur pada jam 10.00 pagi. Perjalanan kami hanya mengambil masa selama 3 jam dan kami turut bergerak ke Kompleks Sukan Negara.

Taklimat diadakan di Kompleks Sukan Negara bermula dari 11.30 pagi hingga 12.00 petang. Pegawai-pegawai yang mengiringi kami ialah Encik Zul, Mr. Shanker dan Puan Normala. Ucapan alu-aluan disampaikan oleh Puan Normala. Puan Normala merupakan salah seorang bekas atlet bola sepak wanita. Beliau amat menyenangi kehadiran kami di Kompleks Sukan Negara. Beliau menyenaraikan isi kandungan taklimat yang akan disampaikan oleh Encik Shanker sebentar lagi. Antaranya ialah fungsi dan peranan agensi, kaedah dan proses pembangunan sukan serta program-program terkini dan akan datang. Taklimat seterusnya diserahkan kepada Encik Shanker. Beliau merupakan salah seorang pegawai bahagian Sains Sukan dan seorang bekas atlet bagi permainan kriket. Beliau turut menceritakan kepada kami tentang latar belakang. Kompleks Sukan Negara Malaysia khusus sebagai pentas utama untuk Sukan Komanwel 1998 . Komplek sukan ini menjadi nadi utama bagi hasrat kesukanan Malaysia pada kurun ke-21. Projek berprestij ini setanding dengan KLIA dan KLCC. Kompleks Sukan Negara ini boleh menganjurkan aktiviti sukan yang pelbagai jenis dan juga acara utama yang berorientasikan perniagaan dan hiburan. Kawasan utama Kompleks Sukan Negara terdiri dari tiga bangunan

sukan asas. Ini termasuk Stadium Nasional yang mempunyai 100,000 tempat duduk. Pusat Akuatik Nasional dan Stadium Putra. Setiap bangunan telah direkabentuk dan dibina mengikut taraf yang diperakui bertaraf antarabangsa.

Selepas itu, kami makan tengah hari dan meneruskan aktiviti seterusnya. Kami melawati seluruh bangunan dalam kompleks sukan Negara dan mencatat sejarahnya.Pada pukul 3 petang, pensyarah menyerahkan

cenderamata sebagai tanda penghargaan kepada pihak kompleks sukan negara, kami mengadakan sesi fotografi bersama pihak pengurusan dan bergerak pulang pulang kira-kira pada jam 3.30 petang

You might also like