You are on page 1of 15

Strategi pengajaran kefahaman dalam bacaan

Pengenalan
Membaca ialah proses kebalikan daripada proses menulis. Proses membaca memerlukan seseorang itu menterjemahkan kembali lambang- lambang bertulis kepada lambang-lambang bunyi yang hendak disampaikan oleh penulisnya Melalui membaca, seseorang itu mampu menimba ilmu pengetahuan yang tidak dapat diperolehi menerusi pengalaman- pengalaman biasa yang lain. Membaca dapat membantu memperluaskan pemikiran dan idea serta meningkatkan daya kreatif seseorang individu dalam pelbagai bidang.

Pelengkap kepada keperluan bacaan adalah kefahaman bahan yang dibaca. Pembacaan tidak akan bermakna tanpa kefahaman. Untuk tahap ini, murid-murid sekurangkurangnya mempunyai kemahiran: 1. Mengumpul maklumat dan makna hasil dari pembacaan 2. Mentafsir dan menilai sesuatu dengan sepenuhnya bacaan

Bacaan dan kefahaman


Definisi kefahaman : kebolehan menterjemah idea daripada satu bentuk ke satu bentuk yang lain, menginterpretasi idea, keasan dan akibat. Lamberg & Lamb (1980) Membahagikan kefahaman bacaan kepada tiga tahap iaitu: Literal Tafsiran Kritis dan kreatif

Kefahaman Jenis Literal Iaitu kebolehan memahami maksud tersurat Penyoalan bermula dengan perkataan apakah, Siapakah, bilakah, di manakah, ceritakan dll.

Kefahaman Jenis Tafsiran Iaitu kebolehan membuat interpretasi. Penyoalan bermula dengan perkataan mengapakah, bagaimanakah, jelaskan, terangkan, bandingkan atau bezakan.

Kefahaman Jenis kritis/ Kreatif Kebolehan menghakimi dan menilai sesuatu (maklumat, idea, pendapat, pandangan, dan lain-lain). Penyoalan biasanya bermula dengan perkataan buatkan satu kritis, bahaskan, nilaikan, apakah kesimpulan, apakah kemungkinan dan lain-lain.

Strategi pengajaran kefahaman dalam pengajaran bacaan


Antara strategi yang boleh digunakan bagi mengetahui tahap kefahaman murid ialah : 1. Penyoalan secara terbuka 2. Soalan Aneka Pilihan 3. Pilihan Benar atau Tidak Benar 4. Teknik Kloz 5. Soalan Padanan

Penyoalan secara terbuka - Merupakan teknik penyoalan kefahaman bacaan yang paling lama. - Pelajar perlu menggubal ayat menggunakan bahasa sendiri. - Teknik yang mencabar daya luahan pelajar. - Memerlukan masa yang lebih lama berbanding dengan teknik yang bersifat objektif. - Biasanya digunakan semasa menjawab soalan kefahaman bacaan dan ujian formal dan diagnotik. - Perlu kepada satu skim pemarkahan yang standard.

Soalan Aneka Pilihan - Merupakan satu teknik baru jika dibandingkan dengan teknik penyoalan secara terbuka. - Senang ditadbir, keobjektifannya dari segi pemarkahan dan pengukuran. - Tidak menggalakkan daya luahan dan penggubalan bahasa dari pelajar - Menggalakkan pelajar meneka dalam usaha mencari jawapan betul.

Pilihan Benar atau Tidak Benar -Terdiri dari 3 bahagian iaitu: i. Stimulus (jika ada) ii. Pernyataan iii. Jawapan pilihan - Amat sesuai untuk menguji fakta yang dipelajari. - Bertujuan untuk menentukan sama ada pernyataan yang diberikan betul atau salah.

. Teknik Kloz - Mula digunakan tahun 1950an di Amerika Syarikat. - Dikenali sebagai Prosedur Kloz dan diperkenalkan oleh Wilson Taylor (1953). - Memerlukan seseorang pelajar memahami teks secara am dahulu sebelum memahami secara terperinci.

- Pelajar terpaksa mengisi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai mengikut maksud Pelajar juga perlu menggunakan isyarat

linguistik dari

segi sintaksis dan semantik dalam kontek dan

menurut makna perkataan struktus sesuatu ayat. -

Sebagai alat untuk menguji kefahaman bacaan

5. Soalan Padanan - Terdiri daripada 2 set maklumat yang perlu dipadankan oleh pelajar. - Mungkin terdiri daripada perkataan , konsep, prinsip atau pernyataan. - Ada perkaitan maklumat antara set 1 dan set2 - Padanan yang mengandungi 2 set maklumat menjadikan padanan sebagai banyak soalan dalam satu soalan.

JENIS-JENIS SOALAN-SOALAN KEFAHAMAN


Sebab dan Akibat Mengenalpasti sesuatu sebab dan apakah yang berlaku daripada kejadian atau tindakan itu. Membuat keputusan/kesimpulan apakah fakta yang paling tepat dan disokong oleh isi di dalam teks. Pendapat yang diberikan berdasarkan mengapa ianya diberikan.

Inferens

Pendapat dan tujuan

Persamaan dan perbezaan

Melihat apa yang serupa dan membuat perbandingan.

You might also like