You are on page 1of 47

Fasal Pertama Apa Dia Mukjizat Sebelum kita mulakan perbicaraan tentang mukjizat rasulullah s.a.w.

mtidak dapat tidak kita mengetahui apakah makna mukjizat? Mukjizat diambil daripada , dengan makna lemah. Lemah adalah kurangnya kudrat-kudrat manusia dari melakukan apa yang dia hendak lakukankekuatannya tidak membolehkan dia melakukannyaMaka apabila seorang manusia itu hendak memikul bebanan yang berat sebagai contohsedangkan otot dua tangannya tidak mampu menanggungnyakita katakan pada keadaan ini : lemah orang itu dari menanggung sesuatuiaitu bahawa sesuatu benda itu mengatasi kudratnya. Kalimah i.e lemah lain kalimah i.e melemahkan. Maka maknanya orang lain menjadikann sesaorang lemah dari membuat sesuatuseperti datang seorang dan mengikat dua tangan dan dua kakinyaMaka dia menjadikannya lemah dari mempertahankan dirinyaPada keadaan ini lemah itu bukan dari pihak dirinya, akan tetapi dengan sebab orang lain mengikat kekuatannya lalu melemahkannyaMaka selama mana dia melemahkannya ada disana konfrontasi dan cabar-mencabardengan makna bahawa seorang manusia itu hendak melawanakan tetapi lawannya mengikatnya lalu melemahkan tentangannyaatau menjadikannya lumpuh yang tidak ujud. Kalau begitu ada disana perbezaan diantara lemah dan melemahkanMaka yang pertama maknanya sesuatu yang kamu tidak ada kuasa atasnya sedang kamu memiliki seluruh kekuatan kamudan yang kedua adalah bahawa kamu lemah dari menghadapinya kerana kekuatan kamu mengikat kamu. Mukjizat adalah tercarik peraturan-peraturan alam buana, Allah subhanahu wa taala menguatkan rasul-rasulNya dengan mukjizat, bilamana lemah orang-orang yang mendustakan rasul-rasul ini daripada mendatangkan seumpamanya. Sungguhnya Allah tabaraka wa taala sebelum menjadikan manusia, telah menyediakan baginya alam buana ini yang mereka akan hidup padanya, dengan persediaan-persedian yang lengkap, dan memantapkannya dengan sokongansokongan mesti untuk kehidupan manusiaakan tetapi Dia meninggalkan didalam alam buana ini satu ruang untuk peradaban dan kemajuan. Sungguhnya Allah subhanahu wa taala telah menghendaki semua sokongansokongan asasi bagi kehidupan manusia dijadikan dari Allah taalaMaka air turun dari langit untuk Dia memberi minum berbillion-billion manusia, dan ianya tidak terputus selama-selama. Kita tidak pernah mendengar ada satu hari daripada harihari bahawa hujan telah terhenti atau jadilah planet bumi ini tidak berair. Jadi, hujan itu tidak ada kerja manusia padanya, hanya ia sempurna dengan proses alam semulajadibermula dari wap air kepada menjadi tebal wap ini pada lapisan-lapisan udara yang tinggi, kepada jadilah ia awan yang ditolak oleh angin ketempat-tempat yang dikehendaki oleh AllahKemudian berlanggar dengan puncak-puncak gunung yang sejuk lalu gugurlah hujan. Semua proses ini sempurna dengan iradat Allah sendirian sahaja. Kemudian apabila kita berpindah kepada alam zahir yang lainseperti udara yang melitupi bumi dan makanan yang tumbuh padanya dan matahari yang menyinari alam buana ininescaya kita dapati bahawa semua ini sungguhnya telah dipersiapkan dengan bantuan-bantuan ilahi untuk berkhidmat kepada manusia dan untuk melengkapkan sokongan-sokongan kehidupannya. Ini adalah diatas jalan contoh bukannya diatas jalan had.

Kalau begitu maka penyokong-penyokong asasi bagi kehidupan tidak ada campur tangan manusia padanya bahkan peranan manusia terhad pada mengambil penyokong-penyokong yang ada ini dan menggunakannya pada membinaan peradabannya dan peningkatan kehidupannyaatau pada apa yang kita namakan kemewahan kehidupan Tidak Ada Sesuatu Yang Lebih Didalam Alam ini Ini menunjukkan bahawa manusia tidak menambah sesuatu yang asasi pada alam inikerana semua asas-asas itu telah dijadikan Oleh Allah tabaraka wa taalaSemua apa yang diperbuat oleh manusia adalah dia mengambi asas-asas ini dan memajukannya dengan akal yang Allah letakkan padanyaMaka selepas zaman manusia pergi ketelaga untuk mendapatkan airmereka mampu menjadikan air sampai kedalam rumah sedangkan mereka berada didalam rumah merekaDemikian itu adalah kemewahan, kerana keperluan hidup iaitu air sememangnya ada ditelaga atau sungaiapa yang manusia buat adalah menjadikan proses sampai kepada air itu satu bentuk kesenangan, dengan tidak mereka berasa penat kerana pergi kepada telaga atau sungaidan penjimatan masa dengan sampai air itu kepada mereka dalam waktu yang singkat dan dengan tidak ada apa-apa usaha yang berat Dahulu manusia membasuh pakaian dengan tangan, sedangkan mereka sekarang ini menggunakan mesin basuh elektrikMesin basuh ini adalah satu peningkatan pada manusia, kerana ia menjadikan waktu bekerja kurang dan rehat lebih banyak. Beginilah semua rekaan-rekaantermasuk lif yang membuatkan kamu naik atau turun dengan mudah, cepat dan rehatSeperti demikian itu setiap sesuatu yang kamu berhasrat untuk menghasilkannyaApa yang kamu perlu lakukan hanyalah menekan butang maka datang kepada kamu apa yang kamu hendakmakanan atau minuman atau bunyi-bunyian atau gambar-gambar, hingga akhir apa yang disediakan oleh ilmu moden bagi manusiaAdapun bahan-bahan asasinya maka ia adalah ciptaan Allah subhanahu wa taala. Sungguhnya ilmu manusia membolehkan dia mencipta berbagai spesis buahepal, pisang, sayuran atau lainnyalebih manis atau lebih menarik warnanya atau lebih lazat rasanyaIni adalah kemewahanAkan tetapi buah epal yang pertama adalah buatan Allah taala, datang kepada kamu sebagai hadiah dari langit. Jikalau tidak ada buah yang pertama ini kamu tidak mampu mengujudkan sebiji buah epal puntentu juga kamu tidak dapat mengambl manfaat dan berkembangAkan tetapi Dia telah menjadikannyadan adalah daripada kemampuan kamu untuk hidup dengan buah yang pertama sepertimana keadaannya yang Allah jadikan bagi kamu tanpa kamu sedari apa-apa kekurangan pada keperluan hidup kamu. Ketika itu maka peranan manusia adalah mengambil dari apa yang telah ujud untuk peningkatan, akan tetapi kerja mengujud pada alam ini adalah dari pihak Allah tabaraka wa taala sendirian sahajaSungguhnya, jika kamu susuri satu nimat daripada nimat-nimat Allah kamu akan dapati bahawa yang mengujudkannya bukannya manusia, akan tetapi Allah subhanahu wa taala. Buah-buahan yang ujud dari mana ia datang?dari pokok yang sebelumnyadan pokok yang sebelumnya dari pokok yang sebelumnya, begitulah sehingga sampai ia kepada akhir pekerjaannya, hingga kepada permulaan ujud bagi pokok iniDari mana ia datang, sedangkan tidak ada disana suatu yang ujud sebelumnya?Sungguhnya telah berlaku pembuatan yang spontan dari Allah jalla jalaluhKerana demikian itu maka daripada perkara yang wajib diatas manusia bilamana dia menerima alam ini dan mendapati ada padanya segala sokongansokongan hidupnya tanpa ada kerja darinya bahawa dia mempersoalkan : siapakah yang mengadakan bagi aku semua ini?Siapakah yang membuat alam yang tiada bercontoh ini bagi aku?

Sungguhnya perkara ini telah diputuskan, kerana seorang manusia yang paling kuat berbohong tidak mampu mendakwa bahawa dia yang menjadikan alam ini dengan langit-langitnya dan bumi-buminya dan nimat-nimatnya. Disana ada dari kalangan makhluk Allah orang yang melakukan syirik dan kufurdan orang yang mereka-reka pembohongan terhadap Allahdan orang yang memerangi ugama Allah dan rasulNya, akan tetapi mereka itu semua, disamping ramai mereka, tidak mampu seorang pun daripada mereka menisbahkan kepada dirinya bahawa dia menjadikan alam semesta iniatau menjadikan dirinya sendiri. kerana demikian itu berkata al-Haq subhanahu wa taala berkenaan mereka :


Artinya : jikalau kamu tanyai mereka siapakah yang menjadikan segala langit dan bumi ini nescaya
mereka mengatakan Allah. az-Zumar: 38.

Jadi manusia yang paling banyak kufur tidak mungkin dia menisbahkan kejadian langit dan bumi kepada selain Allah, kerana pada alam ini terdapat perkaraperkara yang lemah kudrat semua makhluk Allah dari mendapatnya. Maka tidak ada seorang pun yang mampu sampai kepada matahari atau bintang atau bulan untuk dia mengawal putarannyaatau menguasainya atau mengubah perjalanannya! Kenalah keatas manusia apabila dia mendapati alam semesta yang raya ini yang dipenuhi dengan nimat-nimat yang berkhidmat kepadanya, mempersoalkan; siapakah yang menjadikannya?membuka dua matanya dan menipiskan telinganya kepada rasul-rasul yang diutuskan oleh al-Haq subhanahu wa taala, supaya dia mengetahui bahawa Yang menjadikan alam ini adalah Allah, dan bahawa Dia mahukan kita supaya menyembahNya dan mengikut manhajnya1 (peraturan)Jikalau manusia itu menggunakan akalnya yang sihat dan tidak mengikut hawa nafsunya nescaya dia beriman dengan rasul-rasulNya, kerana mereka datang untuk memberi tahu kepada manusia apa yang mereka tidak tahudari Allah subhanahu wa taala. Rasul-rasul itu adalah perkara yang tidak dapat tidak, kerana kita tidak mampu sampai dengan akal kita untuk mengenali orang yang menjadikan alam ini dan apakah matlamat penciptaannya. Sehabis-habis kemampuan akal adalah memerhati tanda-tanda Allah yang ada pada makhluk, dan mengetahui bahawa tidak dapat tidak ada disana pencipta yang agong yang menjadikannya dan membuatnyalalu disini terhenti akaldan bermulalah peranan rasul-rasul. Maka mereka adalah orang yang mengkhabarkan kepada kita bahawa Pencipta alam ini adalah Allah jalla jalaluh, dan sifat-sifatnya begini dan begini dan Dia hendak dari kita begini dan beginimatlamat penciptaannya adalah begini-begini. Akal Yang DangkalDan Yang Terbatas Selama mana ini adalah tugasan rasul, adalah diatas manusia mengalualukan mereka dan menolong mereka, bukannya mendustakan mereka dan memerangi mereka. al-Haq subhanahu wa taala menarik pandangan kita kepada satu noktah yang penting pada perjalanan manusiasatu noktah yang menerangkan tabiat manusia, lalu Dia yang maha tinggi berkata.


Artinya : sekali-kali janganlah disangkal nimat Allah sesungguhnya manusia itu derhaka Kerana dia
merasakan dirinya kaya-raya. al-Alaq: 6-7.

Demikian itu kerana manusia ketika mengambil nimat-nimat yang mengelilinginya tidak mempersoalkan tentang sumbernya !!bahkan sekadar bersedap-sedap dengannya, seolah-olah ia adalah satu hak yang dia usahakan !Sungguhnya dia hidup didalam nimat serta lupa yang memberi nimat ! kerana
1

. sistem peraturan.

demikian itu datang al-Haq subhanahu wa taala mengeluarkan kita dari nimat-nimat yang sentiasa kita bersamanya. Sungguhnya kita boleh menyaksikan daerah-daerah yang tidak putus-putus padanya hujanserta keadaan itu melandanya kemarauhinggakan akhirnya manusia menoleh kepada bahawa nimat hujan itu mempunyai pembuat yang ia tunduk kepada kehendaknyadan kepada bahawa manusia lemah dari mengawal hujan-hujan itu, untuk mereka menjadikannya turun disini dan tidak turun disanadan kepada bahawa mereka tidak dapat tidak menoleh kepada sumber nimat itu dan tidak menyembah nimat itu sendiri. Ketika berlaku kemarau dan kering kontang telaga-telaga dan menjadi sedikit air sungai-sungai, ketika itu tidak dapat tidak manusia mengadap kepada siPembuat nimatsementara orang-orang yang lalai merasakan bahawa alam ini tidak berlaku sesuatu padanya dengan sendirinyaakan tetapi dengan perintah tuhannya. Seorang manusia didalam krisis tidak mendustakan dirinya sendiri, dan akan mengadap kepada Allah subhanahu wa taala Tuan bagi nimat. Sebahagian orang mempersoalkan ; kenapa kita mendirikan sembahyang ketika terputus hujan? Apakah hubungan sembahyang dengan fenomena alam ini? Kita katakan bahawa sembahyang adalah satu bentuk mengadap kepada pembuat fenomena alam inimaka Dia yang mengadakannyaAlam ini tidak berfungsi melainkan dengan kehendakNya, dan kehendakNya yang maha tinggi itu mahukan alam ini lumpuh dalam satu tempohan yang pendekSungguhnya fenomena alam ini hanyalah semata-mata satu tarikkan perhatianharap-harap manusia mendapat petunjuk dengannya kepada Pembuat mereka. Kita perhatikan disini bahawa Allah tidak menarik perhatian kita kepadaNya dengan melumpuhkan apa-apa yang mencederakan peraturan alam semesta iniMaka sebagai contoh, Dia tidak menegah matahari dari terbit atau udara yang bernafas manusia dan haiwan dengannyakerana dalam keadaan ini berlaku kecederaan pada alam semesta ini seluruhnya. Dari itu, maka keujudan rasul adalah satu kemestian supaya kita kenal siapakah yang menjadikan alam semesta ini, dan apakah yang Pembuatnya mahukan dari kita?Walau bagaimanapun, supaya sempurna risalah itu tidak dapat tidak bahawa rasul itu dari jenis mereka yang diutuskan risalah. Jika andainya dia melaini mereka maka dia tidak sesuai sebagai rasul mereka. Kita boleh katakan kepada mereka yang mendakwa ketuhanan manusia : apabila kamu kata berkenaan rasul bahawa dia adalah tuhan, maka tidak sesuai risalahnyakerana apabila dia menuntut manusia menjadikan dirinya sebagai contoh dan mengikutnya, dan memperbuat seumpama apa yang dia perbuat nescaya mereka berkata kepadanya : sungguhnya kamu telah bebani kami lebih dari kemampuan kamikami tidak mampu melakukan seumpama kamu kerana kamu adalah tuhan dan kami manusiakamu memiliki kudrat yang kami tidak punyai, dan kami tidak mampu seiringan dengan kamu padanyaKerana ini tidak dapat tidak bahawa rasul itu adalah manusia supaya sah risalahnya dan supaya jadilah dia muballigh dan contoh, hingga terboleh dia bertemu dengan kaumnya dan berbicara dengan mereka dan berbicara mereka dengannya al-Haq subhanahu wa taala tidak mungkin telah menjadikan alam semesta ini tidak berguna atau dengan tidak ada tujuan. Bacalah kata al-Haq tabaraka wa taala :

. .
Artinya : tidak Kami jadikan langit dan bumi dan apa yang diantara keduanya hal keadaan Kami
bermain-main. Jikalau Kami hendak menjadikan permainan tentu Kami menjadikannya dari sisi Kami. Jika Kami memperbuatnya. al-Anbia: 16-17.

Kalau begitu alam semesta ini tidak dijadikan sia-sia, akan tetapi ada baginya tugasan, dan manusia tidak dijadikan sia-sia tetapi diletakkan baginya satu manhaj. Allah subhanahu wa taala didalam surah ar-Rahman berkata :

.
Artinya : Tuhan yang bernama ar-Rahman.
mengajarkannya keterangan. Dia mengajarkan al-Quran, menjadikan manusia,

al-Quran ujud terlebih dahulu, kerana ia adalah manhaj yang akan dilaksanakan oleh manusia didalam kehidupannya. Tidak mungkin dapat manusia merealisasikan matlamatnya didunia melainkan apabila diletakkan terlebih dahulu baginya manhaj yang dituntut dia mengikutinyaMaka kamu, sebelum kamu mendirikan sekolah tidak dapat tidak kamu tentukan mula-mula apakah matlamat dari penubuhannya? dan manhaj yang akan dipelajari padanya? dan bilangan pelajar yang akan dibenarkan memasukinya? dan apakah pengkhususannya? Kemudian, selepas demikian itu baharulah kamu bina sekolah itu untuk merealisasikan apa yang kamu kehendakiLalu ujud kelas-kelas yang luas untuk menerima bilangan pelajar yang besaratau sempit apabila adalah bilangan pelajar didalam satu kelas terhad dan kamu ujudkan makmal apabila ada pengajian yang melibatkan latihan amaliMaka apabila kita mulakan pembinaan dengan tidak ada perancangan yang terdahulu dan dengan tidak mengambil kira manhaj atau matlamatmaka sungguhnya binaan itu tidak akan sesuai untuk sesuatu. Perkara yang sama berlaku apabila kamu hendak mendirikan pangsapuritidak dapat tidak bahawa kamu merancangnya mula-mula, adakah kamu mahu binaan yang eksklusif atau binaan biasa, adakah kamu hendak menjadikan setiap pintu dua bilik atau lima bilik? Peradaban manusia tidak mungkin meningkat melainkan apabila diletakkan baginya mula-mula matlamatnya, kerana orang yang mencipta satu alat tidak dapat tidak terlebih dahulu menentukan tujuannya... Maka orang yang mencipta mesin basuh sebagai contoh, adalah matlamatnya meringankan bebanan dari manusia dengan usaha yang sedikit dan lebih cepat dari segi masa. Orang yang melancarkan satellit keangkasa menentukan matlamat pelancarannyaiaitu mengambil gambar tempat-tempat tertentu dimuka bumi atau memindahkan gambar dari tempat yang jauh kepada bumi dalam tempoh yang pendek, sebagai contoh, kemudian melengkapkan roket dengan peralatan yang akan sempurna dengannya matlamat ini, selepas demikian itu baharulah dia melancarkannya. Sungguhnya kita sebelum memulakan kajian kita tentang benda-benda ciptaan baharu tidak dapat tidak kita mengetahui apakah tujuan daripadanyaMaka tidak ada seorang pun yang membuat satu alat kemudian selepas dia membuatnya baru dia memulakan ujian-ujiannya untuk menentukan pada bidang apa yang mungkin dimanfaatkan ia!hanya sanya dia -sepertimana yang kami katakanmenentukan tujuannya mula-mula kemudian membuatnya kemudian menentukan cara penggunaannya dan peraturan menjaganya dan semua yang berkaitan dengannya. Sungguhnya Allah tabaraka wa taala mula-mula mengujudkan al-Quran kemudian orang yang akan mengamalkannya, Dia meletakkannya sebagai manhaj bagi manusiaselepas itu Dia menjadikan mereka untuk melaksanakan manhaj itu didalam alam semesta ini.Sungguhnya telah disediakan bagi kita manhaj kemudian diujudkan kita dan ditentukan pada manhaj itu akan apakah yang akan kita perbuat, hingga kita ketahui tugas kita didalam kehidupandan diletakkan bagi kita pada manhaj ini peraturan-peraturan menjaga diri kitahingga sekiranya cedera keseimbangannya dan penuh alam semesta ini dengan kecalakaan kita kembali kembali kepada peraturan-peraturan menjaga yang menyusun kehidupan kita dan menjadikannya lurus, sunyi dari kecelakaanBerkata al-Haq tabaraka wa taala:

.
Artinya : wahai orang-orang yang beriman taatilah Allah dan taatilah rasulNya, maka jikalau kamu berbantah-bantah pada sesuatu perkara maka kembalikanlah ia kepada Allah dan kepada rasulNya, jika adalah kamu beriman dengan Allah dan hari akhirat. Demikian itu adalah yang terbaik dan seelok-elok jalan. an-Nisa: 59. al-Haq tabaraka wa taala berkata kepada kitabahawa kita apabila berselisih faham pada sesuatu dan ianya meletihkan kita maka tidak dapat tidak kita kembali kepada manhaj itu hingga dapat kita memulihkan perjalanannyadan apabila melanda kita penyakit masyarakat tidak dapat tidak bahawa kita kembali kefarmasi al-Quran untuk kita mendapatkan ubat dan penyembuhan. Manusia yang Allah subhanahu wa taala jadikan sebagai penghulu alam ini, dan Dia jadikan semua jenis yang ujud berkhidmat kepadanyabatu batan berkhidmat kepadanyadan tumbuhan-tumbuhan berkhidmat kepadanyatidak dapat tidak bahawa ada baginya manhaj dan matlamat, kerana jenis-jenis makhluk yang lebih rendah daripada manusia itu mempunyai kerja dan matlamat. Al-Haq subhanahu wa taala berkata pada satu hadith qudsi :

. .
Artinya : wahai anak Adam, aku jadikan segala sesuatu kerana kamu dan aku jadikan kamu kerana
aku. Maka janganlah kamu sibuk dengan apa yang ianya milikmu dari apa yang kamu miliknya.

Kerana demikian itu adalah menghairankan bahawa kamu mendapati semua jenis alam menunaikan tugasannya bagi manusia sedangkan manusia tidak menunaikan tugasannya terhadap tuhannya!serta bahawa tugasan ini, tugasan manusia kepada Allah tidak bermanfaat kepadaNya subhanahu wa taala, akan tetapi bermanfaat kepada manusia itu sendiriuntuk hidup selepas demikian itu pada kehidupan abadi didalam nimat yang tetap. Sungguhnya kamu dengan peraturan sebab musabbab didunia dapat mengambil sesuatu diatas kadar kesungguhan kamu dan ilmu kamuMaka jika kamu mempelajari pertukangan yang mudah, kamu dapat mengambil kebaikkan dunia ini diatas kadar pertukangan iniSetiap kali kamu tambah meningkat pada kehidupan ini, dengan bahawa kamu mengambil habuan ilmu yang lebih bertambahlah kebaikkan yang kamu ambil pada kehidupan iniAkan tetapi diakhirat kelak kamu tidak mengambil apa-apa berdasarkan kudrat kamu dan ilmu kamu, sebaliknya kamu ambil sesuatu padanya dengan kudrat Allah subhanahu wa taala dan dengan kadar kepatuhan kamu akan manhajnya didunia. Kadangkala mengikut manhajNya memberatkan kamu dengan kepayahankepayahanKami katakan kepada kamu wahai manusia : sungguhnya kepayahan ini adalah fitrahnya, walau berapa pun panjangnya, adalah terhad. Kerana Allah subhanahu wa taala walaupun Dia mahukan kamu penat pada tempoh masa yang pendek ini, iaitu tempoh pemberatan ini, maka hanyalah untuk Dia merehatkan kamu dengan kerehatan yang yang abadi tidak kamu penat selepasnya selama-lama dan kamu bersedap-sedap padanya dengan nimat syurgaKamu didalam syurga dengan semata-mata terlintas sesuatu didalam hati, kamu mendapatinya ada dihadapan kamuPerkara sebegini tidak didapati didunia. Maka bilamana kita meningkat pada ilmu dan peradaban tidak mungkin kita sampai kepada peringkat yang apabila terlintas sesuatu didalam hati kamu, kamu mendapatinya ada dihadapan kamu. Allah subhanahu wa taala membangkitkan rasul untuk manfaat manusia, dengan bahawa mereka menunjukkan mereka kepada Pencipta supaya mereka menyembahNya, dan menunjuk kepada manhaj yang perlu mereka ikuti supaya sampai mereka kepada nimat yang abadi di akhirat.

Agar manusia membenarkan rasul-rasul itu adalah tidak dapat tidak bahawa dia mendatangkan mukjizatsuatu yang mensabitkan kepada kaumnya atau kepada alam seluruhnya bahawa dia adalah utusan dari Allah subhanahu wa taala. Akan tetapi bagaimana datangnya mukjizat itu? Adakah ia mempunyai peraturan-peraturan yang tertentu, peranan dan matlamat yang dihantarkan ia untuknya oleh al-Haq tabaraka wa taala? Kita katakan, bahawa tidak ada sesuatu yang ujud didunia dengan tidak ada matlamat, bahkan semua makhluk Allah mempunyai peranan yang ia tunaikan supaya betul alam semesta iniKerana demikian itu adalah mukjizat itu bersesuaian selama-lamanya dengan perkara yang kaum sesaorang rasul itu pandai. Manusia berlebih kurang pada kemampuan mereka, setiap satu umat daripada umat-umat manusia cerdik didalam sesuatu bidang, dengan makna mereka meningkat padanya dan sampai kepada tahap kemajuan yang besar. Apabila diutuskan seorang rasul kepada satu daripada umat-umat ini dan mereka mendustakannya pada risalahnyaLalu rasul itu berkata kepada mereka : kamu cerdik pada bidang ini dan tidak mampu seorang manusia pun mengatasi kamu padanya, dan rasul yang tiba kepada kamu tidak mempunyai habuan pada perkara yang kamu pandai. Maka jikalau kamu cerdik dalam bidang perubatan maka rasul itu tidak dapat tidak jauh daripada bidang ini dan bukanlah daripada orang yang masyhur padanya atau mengamalkannya.Apabila kamu cerdik didalam ilmu sihir sebagai contoh maka Allah mengutuskan kepada kamu seorang rasul yang tidak mengamalkan sihir dan tidak mengetahui sesuatu tentangnyadan adalah keadaan ini maklum bagi kamu Supaya tidak dapat dikatakan bahawa dia mendatangkan mukjizatnya dari ilmu yang dia pelajari dari orang lain, atau dikatakan mukjizat itu adalah peningkatan peradaban bagi manusia yang mengkaji dan belajarsupaya tidak dikatakan dia seorang yang amat cerdik dan tinggi peradaban, datang rasul itu dengan suatu yang mencarikkan apa yang mereka cerdik padanyaSebaliknya mereka lemah daripada menyainginya atau mendatangkan seumpama apa dia cabar mereka, sekalipun mereka saling bantu-membantu sesama merekadan meletakkan seluruh kudrat mereka dan meminta bantuan dengan orang yang mereka mahu. Mukjizat .Untuk Mencabar ! Dan supaya orang-orang yang kufur tidak boleh berkata : sungguhnya telah datang seorang kepada kami dengan mendakwa kerasulan, dengan sesuatu yang kami tidak benar-benar tahu dan mahir padanya, jikalau kami mempelajarinya tentu kami boleh datangkan seumpama mukjizat itudatang rasul kepada mereka dengan sesuatu yang mereka pelajari dan mahir, dan masyhur mereka dengan melakukannyakemudian dia mencabar mereka dengannya, akan tetapi mereka lemah !! Makna cabaran ialah menggerakkan semangat kekuatan yang menentang supaya bertindak balasKekuatan yang menentang itu adalah orang-orang kafir atau selain orang-orang mukmin. Sungguhnya rasul telah mencabar mereka terangterangan dihadapan orang ramai supaya bergerak jiwa-jiwa mereka, dan mencuba sekuasa-kuasa mereka untuk mendatangkan seumpama mukjizat itu dan menghimpunkan untuk itu semua kekuatan-kekuatan mereka, bahkan melantik orang-orang yang khusus untuk menolak mukjizat ituakan tetapi mereka disamping semua itu tidak berdaya ! Ketika itu makna mukjizat adalah bahawa Allah subhanahu wa taala mendatangkan atas tangan rasulNya perkara yang mencarikkan adat untuk mensabitkan dengannya akan kebenaran penyampaiannya dari Allah. Maka seolaholah rasul itu berkata: aku tidak dikenali dikalangan kamu dan dengan apa yang kamu mahir, akan tetapi aku datangkan sesuatu yang tidak kamu dapat menguasainya, dan aku mencabar kamu agar kamu berhimpun dan saling bantu

membantu, sebahagian kamu dengan sebahagian yang lainkamu tidak akan kuasa atas mendatangkan seumpama mukjizat ini. Ini adalah dalil kebenaranku pada apa yang aku sampaikan dari AllahJika tidak cukup dalil ini bagi kamu...maka kamu sebenarnya didalam keraguan pada apa yang aku katakan. Sesungguhnya al-Haq subhanahu wa taala bilamana menguatkan rasulnya dengan mukjizat-mukjizat, tidak mencabar dengannya orang perseoranganakan tetapi mencabar ummat manusia keseluruhannya. Dia menuntut dari mereka agar sebahagian mereka membantu sebahagian yang lain jika mereka mampu, sedangkan mereka hakikatnya tidak akan mampu Berkekalan Risalah Wajib kita mengetahui, bahawa disana ada perbezaan diantara mujizatmukjizat bagi rasul-rasul yang telah laludan mukjizat-mukjizat penghulu kita Muhammad s.a.w.mMukjizat- rasul-rasul yang terdahulu adalah terhad dengan masa yang tertentu, tersimpan atas perkara yang cerdik padanya kaum mereka sahajaakan tetapi mukjizat-mukjizat rasulullah s.a.w.m, penghulu segala rasulrasul seperti mana risalahnya, tidak meliputi ummatnya sahaja, akan tetapi alam seluruhnyaIanya kekal dengan tidak ada perubahan dan tidak ada pindaan hingga keHari Kiamat. Adalah tidak dapat tidak bahawa mukjizat rasulullah s.a.w.m itu bersalahan daripada mukjizat-mukjizat nabi-nabi yang terdahulu, kerana ia tidak mencabar ummat yang tertentu akan tetapi ia mencabar semua bangsa-bangsa didunia yang tidak beriman hingga terdirinya Saat Ini bermakna berkekalan risalahnyaseperti demikian itu juga bermakna bahawa ianya bagi Arab dan bagi bukan-Arabdan bermakna bahawa mukjizat itu akan bersesuaian dengan peningkatan alam ini yang mana ilmu pengetahuannya mendatangkan pada setiap hari akan suatu yang baruhingga Allah mewarisi bumi ini dan orang yang diatasnya. Seperti demikian itulah, dengan ringkas, telah kita ketahui bahawa mukjizat ialah suatu yang melemahkan kita, lalu kita tidak mampu mendatangkan seumpamanyadan ada padanya cabaran bagi kaum yang ia datang kepadanyadan ia adalah dari jenis perkara yang mereka mahir padanyadan bahawa Allah subhanahu wa taala mencabar manusia seluruhnya dengan melemahkan makhlukNya itu. Alam buana ini yang Allah subhanahu wa taala jadikan adalah satu bentuk mukjizat dan cabaran bagi manusia seluruhnyaMaka tidak mungkin sesaorang mengingkari bahawa matahari -sebagai contoh- adalah satu mukjizat yang mencabar manusia semuanya dari permulaan alam buana ini hingga kepada Saatsepertimana tidak mampu seorang jua pun, walau dimana sampai kekuatannya dan kuasanya, mendatangkan seumpamanya, sedang ia nyata dihadapan kita setiap harimengingatkan kita dengan bahawa ciptaan Allah ini adalah suatu mukjizat terhadap kita. Begitu juga bulan dan bintang-bintang dan udara dan bumi dan langit dengan apa yang ada padanya, semua ini dan selainnya adalah cabaran bagi setiap manusia, pada mendatangkan seumpamanya jika mereka mampu. Sesungguhnya ini adalah cabaran bagi semua manusia. Adapun cabaran dengan nisbah umat rasul=rasul yangmendustakan mereka maka ianya adalah mukjizat yang umum, mencabar manusia semuanya. Ia adalah mukjizat yang menunjukkan atas kelancaran kudrat Allah subhanahu wa taala yang wajib ujud. Ianya adalah tanda-tanda alam buana yang ujud. Keadilan Allah subhanahu wa taala mahukan dia menyamakan diantara makhlukNya, pada mukjizat alam buana semenjak permulaan kehidupan hingga berdirinya Saat. Mukjizat-mukjizat yang Allah subhanahu wa taala memperkuatkan rasulrasulNya dengannya berlain-lainan diantara seorang rasul dan yang lain, sekira-kira apa yang cerdik padanya kaumnya dan apa yang Allah subhanahu wa taala hendak

melemahkan mereka padanya. Mukjizat-mukjizat ini terhenti dengan kesudahan kerasulan dan kematian rasul ituakan tetapi mukjizat al-Quran berlainan, kerana ia mukjizat risalah penutup. Inilah yang akan kami huraikan pada fasal berikut. Fasal Kedua Mukjizat al-Quran Allah subhanahu wa taala telah memperkuatkan rasul-rasulnya dengan mukjizatmukjizat ini khusus dengan kaum mereka tidak melampaui kepada selain merekaMukjizat rasulullah s.a.w.m adalah mukjizat yang kekal iaitu al-Quran alkarim. Apabila kita bentangkan mukjizat-mukjizat para rasul yang terdahulu kita akan dapati mukjizat-mukjizat ini berlainan dengan manhaj mereka. Maka mukjizat satu perkara dan manhaj satu perkara yang lain. Musa a.s mukjizatnya adalah tongkatnya dan manhajnya Taurat, Isa a.s mukjizatnya menyembuhkan penyakit buta dan sopak dan manhajnya Injilakan tetapi mukjizat rasulullah s.a.w.m adalah diri manhajnya, al-Quran, supaya kekal manhajnya terpelihara dengan mukjizatnya, sedang mukjizatnya ujud pada manhaj itu. Inilah kelainan yang awal pada mukjizat diantara rasululah s.a.w.m dan diantara rasul-rasul yang terdahuluMukjizat yang terpisah dari manhaj dan berdiri sendiri, maka ia berlaku sekali dan tersudahWalaubagaimana pun sesuatu mukjizat sentiasa sebagai mukjizat hingga keHari KiamatMaka sebagai contoh, jikalau kita andaikan bahawa ilmu pengetahuan dapat menyampaikan kepada cara membelah laut laut dengan tongkat, tidak adalah satu mukjizat ditemui, kerana apa?Kerana Musa a.s hanya memukul laut dengan tongkatnyalalu ia terbelah. Pada demikian itu berkata al-Haq subhanahu wa taala:

.
Artinya : maka kami wahyukan kepada Musa, artinya; pukulkan dengan tongkat kamu akan laut, lalu
terbelah ia. Maka adalah setiap bahagiannya seperti bukit yang besar. as-Syuara : 63.

Kerana itu, hinggakan sampai manusia -tidak akan dia sampai- kepada memukul laut dengan tongkatnya lalu ia terbelah, sentiasalah mukjizat Musa a.s sebagai mukjizat yang kekal.1 Isa a.s menyembuhkan orang buta dan sopakboleh jadi ilmu perubatan sekarang ini dapat menyampaikan kepada ubat menyembuhkan buta dan sopak atau menjadikan penglihatan kepada butaKita katakan, hingga jikalau sampai ilmu kepada demikian itu maka kekal mukjizat Isa a.s itu sebagai mukjizat, kerana tidak didapati orang yang menyembuhkan buta dan sopak dengan sentuhan darinyaBeginilah sesuatu mukjizat itu menjadi kekal. Rasulullah s.a.w.m diisrakan dari Baitul Haram hingga keMasjidil Aqsa dan kembali pada malam yang sama. Sungguhnya ilmu sekarang ini telah menyampaikan kepada kapal terbang atau roket yang memotong jarak dalam masa yang sedikitakan tetapi mukjizat itu akan kekal sebagai mukjizat, kerana tidak mungkin manusia terbang dari Masjidil Haram keMasjil Aqsa dalam keadaan dia menunggang binatang tunggangan. Sungguhnya perkara ini tidak akan sampai ilmu pengetahuan kepadanyaKerana itu mukjizat akan kekal sebagai mukjizat hingga keakhir alam, dan tidak akan sampai seorang jua pun kepadanya.! Rasul-rasul yang terdahulu atas rasulullah s.a.w.m adalah kerasulan mereka terhad kepada kaum mereka sahaja, pada tempat yang terhad dan tempohan masa
. kerana jika terhasil dengan jalan kajian ilmu maka ia adalah dengan berdasarkan sebab adat, lain dengan mukjizat kerana ia terhasil dengan semata-mata kehendak dan kuasa Allah, bukan berdasarkan sebab adat.
1

yang terhad. Semua kitab-kitab mereka memberi khabar gembira dengan kedatangan rasul yang akhir; Muhammad s.a.w.m. Kerana demikian itu adalah mukjizat-mukjizat mereka untuk menetapkan orang-orang yang beriman dari kalangan kaum mereka untuk satu tempoh masa yang terhad. Maka tidak kamu mampu sekarang ini mengatakan : ini tongkat Musa, dan menunjukkannya kepada manusiadipukul laut dengannya lalu ia terbelah, dan dipukul batu dengannya lalu keluar darinya air. Mukjizat Hissi1 tidak Berulang-Ulang Mukjizat-mukjizat ini berlaku dan tersudah dan tidak berulang-ulang. Akan tetapi kamu boleh menyebutnya pada mana-mana zaman : Muhammad adalah rasulullah, dan ini adalah mukjizatnya, lalu kamu tunjuk kepada al-Quran al-karim yang dihadapan kamuOleh kerana itu maka mukjizat rasulullah s.a.w.m adalah suatu yang kekal abadi hingga kepada Hari Kiamat, memberi kepada setiap generasi mukjizat yang baru. Sekiranya al-Quran al-karim memberikan semua mukjizatnya pada masa ia turun nescaya ianya kaku, dan nescaya generasi-genarasi yang bergilir ganti tidak akan mendapati padanya apa-apa mukjizat yang mensabitkan kebenaran perutusan dari Allah. al-Quran al-karim adalah mukjizat yang sentiasa segar, setiap kali terhabis satu generasi dan datang generasi yang lain, mereka mendapati ada pada al-Quran al-karim itu mukjizat yang tidak ditemui oleh generasi sebelum mereka. Mukjizat bentuk benda bagi rasul-rasul yang telah lalu adalah ditujukan kepada orang yang menyaksikannyasiapa yang melihatnya beriman dengannyasiapa yang tidak melihatnya memperbenarkannya, kerana ia datang didalam al-Quran al-karim dan Allah mengkhabarkan kepada kita tentangnya. Jikalau tidak ada perkhabaran dari Allahtidak kita mempercayainya dan menyedarinya. Sungguhnya hikmah Allah subhanhu wa taala mahukan agar al-Quran alkarim menjadi mukjizat yang sentiasa segar, kerana ia adalah yang akhir daripada risalah-risalah langit kepada bumi. Maka tidak dapat tidak bahawa kekal ia sebagai mukjizat dan suatu yang melemahkan hingga terdirinya Saat. Pada risalah yang telah lalu alam ini hidup terasing, kerana jauh jarak dan sukar perhubunganKerana demikian itu, penyakit yang dideritai oleh satu masyarakat berlainan daripada penyakit yang dideritai oleh masyarakat yang lainlantaran itu adalah tidak dapat tidak daripada berbilang-bilang risalah, hinggakan dapat dirawat penyakit-penyakit kufur dan penyelewengan diatas muka bumiMaka dalam satu tempoh masa diutuskan dua rasul dalam satu waktu, seperti Ibrahim dan LutIbrahim datang untuk merawat penyembahan berhala sementara Lut datang untuk merawat penyakit mendatangi lelaki Disebabkan keadaan alam pada waktu itudari sudut terasing dan jauh jarak-jarak perjalanan, diandaikan terdapat dua kaum yang berlainan pada dua tempat yang berlainanMereka hidup dan mati tanpa mengenali satu kaum dari dua kaum itu akan yang lain! Akan tetapi Allah subhanahu wa taala, telah ada didalam ilmunya bahawa alam ini akan bersatu dan maju perhubungannya, hinggakan apa yang berlaku pada satu pelusuk bumi dapat diketahui oleh alam seluruhnya hanya beberapa saat selepas kejadian itu. seterusnya menjadi seragam penyakit-penyakit didalam alam ini. Ini adalah apa yang dapat kita lihat sekarang inimasaalah penagihan dadah sebagai contoh, memenuhi dunia seluruhnya, masaalah pendedahan tubuh dikalangan wanita muncul pada kebanyakkan negara-negara dunia, apa yang berlaku diAmarika menjadi ikutan dinegara lain selepas beberapa jam atau hari. Corak jenayah mula seragammaka rompakan kenderaan keselamatan bank yang membawa harta bermula diAmarika, dan ianya sekarang ini berlaku diseluruh duniaaids sebagai contoh, ditemui diAmarika walaupun asalnya Afrika,
1.

didapati oleh pancaindera zahir.

kemudiannya memenuhi seluruh duniamasaalah inflasi dan riba, kita dapati diseluruh duniakesan dari mudah dan pantasnyanya komunikasi, kejadian yang berlaku di penghujung dunia dapat disaksikan oleh dunia seluruhnya pada waktu berlakunya diskrin televisyendengan perantaraan satellit pada detik berlakunya...Semua ini ujud dengan sebab mudah dan pantas komunikasi dan kemajuan alat-alat pengangkutan untuk kamu berpindah dari satu negeri kesatu negeri yang lain yang jauh darinya beribu-ribu batudapat kamu berpindah kepadanya dalam beberapa jam sahaja. Semua ini memerlukan keseragaman rawatan kerana penyakitnya seragam maka tidak dapat tidak rawatannya juga seragam. Kerana demikian itulah, mukjizat al-Quran al-karim bagi semua umat-umat dimuka bumi ini, siapa yang mengikutnya maka dia akan sembuh dari semua penyakit-penyakit dan bahagia didalam kehidupannyadan mana-mana masyarakat yang ditimpa oleh penyakit-penyakit dan malapetaka dapat mengubatinya dari farmasi al-Quran al-karim. Kalau begitu, maka mukjizat rasulullah s.a.w.m oleh kerana ia untuk semua makhluk, datang untuk merawat penyelewengan-penyeleweng dalam semua masyarakatnya. Inilah perbezaan diantara mukjizat-mukjizat rasul yang telah lalu dan mukjizat al-Quran. Al-Quran turun sebagai mukjizat dari segi bahasa bagi orang-orang Arab, mencabar mereka dalam bidang sastera dan ilmu-ilmu bahasa yang lain, akan tetapi ia juga turun sebagai mukjizat bagi semua makhluk Allah yang dipilih. Ini adalah kemuncak cabaranal-Quran mencabar manusia dan jin pada bidang bahasa disi turunnya, dan dengan mukjizatnya. Akan tetapi kenapa cabaran tehadap jin dari sudut bahasa? Kerana orangorang Arab setiap kali timbul seorang yang jaguh didalam bidang bahasa dan sastera, mereka berkata : sungguhnya dia mempunyai syaitan yang mengilhamkan kepadanya. Kerana demikian itu datang al-Quran mencabar mereka dan beserta mereka juga adalah jin.

.
Artinya: katakanlah, demi sesungguhnya jikalau berhimpun manusia dan jin untuk mendatangkan
seumpama Quran ini tidak mampu mereka mendatangkan seumpamanya sekalipun adalah sebahagian mereka membantu sebahagian yang lain. al-Isra: 88.

Adalah pelik bahawa cabaran itu bermula dengan mendatangkan seumpama Quran, kemudian menurun cabaran itu dengan mendatangkan sepuluh surah seumpamanya, lalu mereka tidak mampu, kemudian al-Quran mencabar mereka dengan satu surah, juga mereka tidak mampu melakukannya. Sungguhnya mensedikitkan perkara yang dijadikan cabaran dan menurunkannya dari banyak kepada sedikit adalah mendalamkan lagi cabaran itu dan meneguhkan lagi bahawa mereka tidak akan sampai kepada menghadapi cabaran itu walau bagaimana lemah perkara yang dituntut dari merekaAndainya Quran ini dari sisi rasulullah s.a.w.m tidak akan turun cabaran itu sampai kepada satu surah, kerana selama mana adalah rasulullah s.a.w.m dari kalangan mereka dan mengatakan seumpama kalam mukjizat ini, maka bagaimana boleh tidak ada disana seorang dari mereka yang mampu mengatakan seumpamanya? Ketika itu, maka berkekalan cabaran dan meringankan perkara yang dituntut itu adalah bermakna meneguhkan kelemahan orang-orang yang dihalakan cabaran ituIni tidak terjadi melainkan kerana bahawa al-Quran itu adalah dari sisi Allah subhanahu wa taala Perbezaan Diantara Mukjizat-Mukjizat Rasul-Rasul. Mukjizat-mukjizat rasul-rasul kesemuanya bersesuaian dengan tempoh risalah, ini bermakna masadan bersesuaian dengan tempat risalah, ini bermakna

tempat, kerana tidak dapat tidak bagi setiap peristiwa daripada masa dan tempat. Maka sesuatu mukjizat datang diatas kadar demikian itu. Maka apabila tempatnya kecil dan masanya singkat datang mukjizat itu diatas kadar keduanya. Walau bagaimana pun mukjizat rasulullah s.a.w.m tidak dapat tidak bahawa datang ia dengan meratai semua zaman dan tempat, kerana disudahi semua risalahnya. al-Quran al-karim tidak terhad atas mukjizat bahasa, bahkan ia datang dengan mukjizat-mukjizat lain bagi selain orang-orang Arabkerana jikalau ia mencabar bangsa Arab sahaja pada bidang bahasa sahaja tentu umat-umat yang lain yang tidak bertutur dengan bahasa Arab berkata : Quran ini bukan pemberian kepada kita, bahkan mukjizat bahasa bagi bangsa Arab sahajaKerana demikian itu al-Quran datang dengan berbagai mukjizat untuk seluruh dunia. Ia menyingkap hijab masa lalu, meriwayatkan kepada kita apa yang telah berlaku pada rasul-rasul yang terdahulu, bagaimana pengikut-pengikut mereka itu oleh kerana lama masa telah dikuasai oleh kelalaian lalu mereka mengubah suai dan menukar manhaj Allah taalaMaka al-Quran datang untuk memperbetulkan kesalahan mereka ini dengan mukjizat yang membuatkan mereka tercengang yang tidak mampu seorang pun daripada pengikut-pengikut risalah-risalah yang terdahulu itu mengingkarinya. Bacalah didalam al-Quran ayat yang bermula dengan kataNya taala , artinya dan tidak adalah kamu, seperti pada kataNya taala:

.
Artinya: dan tidak adalah kamu wahai Muhamad berada disebelah barat nabi Musa ketika kami
wahyukan pekerjaan itu kepada nabi Musa dan tidak adalah kamu daripada orang-orang yang hadhir(bersamanya). al-Qashas: 44.

Dan kataNya taala:

.
Artinya: dan tidak adalah kamu berada pada ahli Madyan untuk kamu membacakan kepada mereka
ayat-ayat kami. al-Qashas: 45.

Ayat-ayat ini dan selainnya menceritakan tentang rasul-rasul yang lalu, cerita yang tidak mungkin diketahui oleh Muhammad nabi yang ummi yang tidak pernah membaca satu kalimah pun dalam hidupnya Kita katakan bahawa keadaan ini memadai untuk Ahli Kitab beriman, kerana mereka mengetahui bahawa Muhammad s.a.w.m tidak pernah menerima ilmu dari tangan sesaorang. Maka dari mana dia datangkan maklumat-maklumat ini, lebihlebih lagi bahawa rasulullah s.a.w.m ada sifat-sifatnya disisi mereka, didalam Taurat dan Injil. Apa yang dituntut dari mereka adalah bahawa mereka beriman dengannya kerana dia adalah rasul yang terakhir. Bacalah kataNya taala:

.
Artinya: mereka yang mengikut rasul iaitu nabi yang ummi yang mereka mendapatinya termaktub
disisi mereka didalam Taurat dan Injil, dia menyuruh mereka dengan kebaikkan dan menegah mereka dari kemungkaran dan menghalalkan bagi mereka benda-benda yang baik. al-Araf: 157.

Kerana itu, maka al-Quran al-karim menghadapkan Ahli Kitab dengan apa yang berlaku diantara mereka dengan nabi-nabi mereka, dan menghadapkan mereka dengan bahawa Allah subhanahu wa taala telah menuntut mereka didalam Taurat dan Injil supaya beriman dengan nabi yang ummi , dan telah menyebutkan bagi mereka sifat-sifatnyaIni adalah daripada perkara yang tidak diketahui oleh walau seorang pun daripada bangsa Arab. Maka dari mana rasulullah s.a.w.m mendatangkannya, melainkan dari sisi Allah.

al-Quran al-karim datang untuk memperbetulkan bagi mereka manhaj-manhaj mereka dan membersihkan apa yang mereka tambah atasnya, daripada rekaanrekaanMukjizat ini adalah memadai untuk mereka beriman dengan Islam, bahkan Allah taala -sebagai mendalami cabaran- telah menyebut bagi rasulnya didalam alQuran al-karim apa yang tidak diketahui oleh orang Arab seluruhnya. Maka berkata Dia jalla jalaluh:

.
Artinya: demikian itu adalah daripada khabar-khabar ghaib yang kami wahyukan kepada kamu, kamu
tidak mengetahuinya dan tidak juga kaum kamu sebelum ini. Maka bersabarlah, sungguhnya akhir pekerjaan itu bagi orang-orang yang bersabar. Hud: 49.

Al-Haq subhanahu wa taala telah mewahyukan kepada rasulnya s.a.w.m apa yang tidak diketahui oleh seorang pun dari bangsa Arab, hingga tidak boleh dikatakan, bahawa dia mendengarnya daripada si fulan atau menakalkannya dari si fulan. Jadilah ini satu mukjizat yang lain bagi Ahli Kitab, agar mereka bertanya kepada diri mereka, dari mana Muhammad datangkan kisah rasul-rasul dahulu dan perkara-perkara yang dia tidak mengetahuinya dan tidak juga kaumnya? Jikalau seandainya seorang dari kaumnya mengetahuinya, tentu kuffar dan munafiq yang sentiasa cuba meruntuhkan ugama ini berkata: sungguhnya kami telah mengetahui ini. Keadaan mereka yang tidak mengatakannya adalah dalil atas bahawa ianya diwahyukan dari Allah subhanahu wa taala dan tidak mengetahuinya seorang jua pun daripada bangsa ArabPerkara ini adalah memadai untuk menetapkan mukjizat al-Quran, dan untuk beriman dengannya Ahli Kitab. Walau bagaimanapun mereka tidak beriman. Dari itu maka Quran pada waktu turunnya adalah mukjizat bahasa bagi bangsa Arab dan mukjizat bagi selain Arab daripada Ahli Kitabkerana ia mengkhabarkan kepada mereka kisah rasul-rasul mereka dan menerangkan yang betul darinya dan yang mereka reka-rekawalaubagaimanapun serta demikian itu mereka tidak beriman. Kemudian, tidak dapat tidak bahawa juga ada disana mukjizat bagi orangorang kafir pada waktu turun al-Quran itu dengan sekira-kira dapat menjadikan mereka berimandan tidak dapat tidak mukjizat itu bagi orang kafir daripada Arab dan bukan-Arab. Abu Lahab sebagai contoh, bapa saudara rasulullah s.a.w.m, orang yang paling kuat memerangi ugama ini, turun padanya ayat yang mulia ini:

* * * . *
Artinya : binasalah dua tangan Abu Lahab dan telah binasalah ia. Tidak dapat mempertahankan dia
oleh hartanya dan apa yang dia usahakan (dari siksaan) Akan dia memasuki api neraka yang menyala-menyala. Dan isterinya adalah perempuan yang menanggung kayu api neraka. Pada lehernya tali yang dipintal teguh. al-Masad.

Surah yang mulia ini turun pada Abu Lahab yang kafir dan memerangi ugama Allah, dan ianya turun juga berkenaan perkara yang jenis pilihan iaitu imanMaka sungguhnya Allah subhanahu wa taala telah menjadikan manusia bebas memlih samaada dia hendak beriman atau tidak beriman. Berkata ayat tersebut : bahawa Abu Lahab akan mati dalam keadaan dia seorang kafir dan akan masuk kedalam neraka. Apakah yang mungkin berlaku pada urusan iman ini sekiranya Abu Lahab menghimpunkan semua kuffar Quraisy dan berkata kepada mereka : sungguhnya Muhammad berkata tentang aku beberapa perkaradia mengatakan bahawa ianya diturunkan kepadanya dari Allah dan

bahawa aku akan mati kafir dan akan masuk kedalam neraka. Aku berkata bagi kamu dihadapan kamu : tidak ada tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad rasulullah, supaya kamu tahu bahawa ucapan ini yang diucapkan oleh Muhammad adalah bukannya dari sisi Allah ! Apakah akan jadi jikalau dia menuturkan dua syahadah dengan riak dan pura-pura, untuk meruntuhkan ugama ini seluruhnya?Bukankah ada disana pada waktu itu orang-orang kafir yang memeluk Islam selepas demikian itu dan mengelokkan Islamnya, seperti Khalid bin al-Walid dan Umar bin As dan Ikrimah bin Abu Jahal. Adakah Muhammad s.a.w.m menjamin bahawa Abu Jahal tidak akan memeluk Islam dan tidak akan mengelokkan Islamnya?akan tetapi kerana Allah adalah yang berkata dan Allah yang memperbuat Tidak terlintas dalam hati Abu Jahal untuk menggunakan perkara ini pada meruntuhkan Islam yang sentiasa dia bercita-cita meruntuhkannyaAkhirnya mati Abu Lahab sebagai seorang kafir sepertimana yang telah ditetapkan oleh al-Quran diatas apa yang didengar. Bukankah ini satu mukjizat yang semestinya orang-orang kafir menoleh kepadanyadan berkata bahawa kata-kata ini tidak mungkin ia melainkan dari sisi Allahdan seterusnya memeluk Islam. Mukjizat Peperangan Rom Dan Parsi Adapun dengan nisbah orang-orang kafir selain arab pada waktu turun alQuran maka didapati juga mukjizat bagi mereka. Ketika itu kerajaan yang terbesar adalah Rom dan ParsiBerlaku peperangan diantara keduanya, dan kerajaan Rom telah kalah. Orang-orang Rom adalah dari golongan ahli Kitab sementara Parsi orang-orang kafirTiba-tiba turun pada al-Quran surah ar-Rum :

. * * .
Artinya : alif lam mim, telah kalah Rom, pada bumi yang paling rendah selepas kekalahan mereka
mereka akan menang, dalam beberapa tahun lagi. ar-Rum1-4.

Siapakah yang boleh mengkhabarkan keputusan peperangan yang akan berlaku selepas beberapa tahun kehadapan? apakah yang menjamin bahawa ditengah-tengah sembilan tahun ini tidak akan berlaku perdamaian diantara Rom dan Parsi lalu tidak berlaku peperangan diantara keduanya atau berlaku peperangan kali yang lain dan kalah Rom juga. Seorang pemimpin medan perang tidak dapat mengkhabarkan keputusannya, hinggakan selepas bermula pertempuran, kerana setiap pihak menyembunyikan kejutan-kejutan yang tidak diketahui oleh pihak yang lain yang membolehkan bertukarnya keputusan peperanganApakah yang menjadikan Muhammad s.a.w.m melibatkan al-Quran dan ugama dengan urusan masa hadapan yang tidak ada seorang pun meminta dia mengatakan sesuatu tentangnyaJikalau adalah keputusan peperangan itu berlainan dan kalah Rom sekali lagi adakah kita boleh membaca didalam sembahyang kita akan surah yang mulia ini, sedangkan sejarah mengatakan kepada kita bahawa Rom telah kalah dua kali?Akan tetapi kerana Allah taala adalah yang berkata dan yang melakukan. Jadilah keputusan peperangan itu sepertimana yang dikhabarkan oleh al-Quran al-karim sebelum sembilan tahun. Ini adalah satu mukjizat yang jikalau orang-orang Parsi mengamat-amatinya dalam keadaan mereka itu kafir dan mendapati bahawa Quran telah mengkhabarkan kekalahan mereka sebelum berlaku peperangan itu sembilan tahunmaka adakah mereka tidak mahu beriman? Bukankah ini dalil yang memadai, dan mukjizat dengan bahawa al-Quran adalah dari sisi Allah subhanahu wa taala? Seperti inilah kita dapati bahawa al-Quran pada waktu turunnya tidak terhad atas mukjizat bahasa dan tidak atas orang Arab sahaja, akan tetapi ia dengan mukjizatnya mencapai setiap sesuatu yang ujud ;ahli Kitab yang menolak untuk

beriman kepada al-Quran dan dengan Muhammad s.a.w.morang-orang kafir yang memerangi Islam disemenanjung tanah Arabdan orang-orang kafir diluar semenanjung tanah Arabsupaya ia dapat meliputi semua puak, dan semua ugama yang ujud pada waktu turunnyadan mencabar Ahli Kitab dan orang-orang kafir. Jikalau mereka menoleh kepadanya nescaya mereka beriman, kerana katakatanya tidak mungkin melainkan dari sisi AllahJikalau ia bukan dari sisi Allah nescaya mereka mendapati padanya perselisihan yang banyakSetiap mukjizat yang berlaku tidak terboleh mendatangkannya melainkan Allah subhanahu wa taala. Al-Quran Menujukan Kata-Kata Kepada Semua Bangsa Seperti ini kita melihat bahawa mukjizat al-Quran tidak membiarkan seorang pun dari puak-puak dan bangsa-bangsa yang ujud pada waktu turunnya disemenanjung Arab dan kawasan sekelilingnya. Itu adalah perkara yang mungkin, diantara mereka dan Arab ada satu bentuk perhubungan. Pada waktu itu terdapat tempat-tempat yang jauh yang tidak sampai kepadanya orang Islam melainkan pada masa-masa terkemudian. Ada orang yang mungkin berkata: mukjizat al-Quran sememangnya telah sampai kepada orang Arab dan umat-umat yang disekitar mereka, tetapi ia tidak sampai kepada alam yang tinggal lagi. Kerana alam ini terdiri dari beberapa benua; Eropah, Amarika, Asia dan lainnyamaka kerana apa tidak meliputi mukjizatnya umat-umat ini? Kita katakan bahawa mukjizat ini datang untuk mensabitkan kebenaran rasulullah s.a.w.m sebagai utusan tuhannya kepada umatnya yang bermula usaha dakwah pada mereka. Mereka itu bilamana beriman menolong rasulullah s.a.w.m menyebarkan Islam pada tempat-tempat inikemudian datang mukjizat yang lainMaka inilah umat Arab satu umat badwi yang buta huruf, tidak mengetahui sesuatu, maka mereka tidak mempunyai pendidikan dan peradaban yang tinggi seperti Rom dan Parsi pada waktu itu. kerana demikian itu berkata al-Haq subhanahu wa taala:

.
Artinya: Dialah tuhan yang membangkitkan seorang rasul pada orang-orang yang buta huruf dari
kalangan mereka, membacakan atas mereka ayat-ayatNya dan membersihkan mereka dan mengajar mereka akan al-Kitab dan al-Hikmah. al-Jumuah: 2.

Sungguhnya umat yang buta huruf ini yang tidak mengenali melainkan kabilah dan ketua kabilah yang menghukum dengan tidak ada undangundangkehendaknya adalah undang-undangumat yang tidak mengenali undangundang ini telah keluar untuk menyerang dua peradaban yang jauh lebih kuat dan jauh lebih unggul daripadanya, keduanya adalah Rom dan Parsi. Keduanya pada waktu itu seperti kesatuan Soviet dan Amarika sekarang ini. Kedua-duanya memiliki sistem dan perundangan dan peradaban dan bidang-bidang ilmu pada setiap aspek kehidupan mereka. Bagaimana mampu umat ini mengalahkan dua kuasa besar ini? Inilah satu lagi mukjizat daripada mukjizat-mukjizat al-Quran. Jikalau Arab adalah umat yang berpelajaran tentu mereka mengatakan ini adalah satu lompatan peradabanakan tetapi umat ini tidak mengambil manhajnya dari manusiatidak ada pakar perundangan dan ahli fikir yang meletakkan manhaj bagi mereka pada waktu itusebaliknya umat ini mengambil manhajnya dari Allah subhanahu wa taala secara terus. Umat ini mengikut ajaran-ajaran Islam yang didatangkan oleh rasulullah s.a.w.m, dan dengan ajaran-ajaran ini sahaja tanpa ada peradaban manusia dan tanpa ilmu bumimampu ia memimpin dunia seluruhnya, dan mengalahkan dua peradaban manusia pada waktu ituKekalahan yang pantas dalam waktu yang singkat yang tidak menasabah dengan kehebatan dan peradaban

kekuatan duniawi yang menjadi asas Rom dan Parsi, malahan tersungkur Parsi dan Rom dihadapan akidah Islam dan ajaran-ajaran Allah. Sesungguhnya manhaj ini -iaitu Islam- telah merealisasikan satu mukjizat yang lain. Orang yang mengikut manhajnya adalah memimpin alamruntuh dibawah tapak kakinya segala peradabanSungguhnya Allah subhanahu wa taala telah meletakkan pada manhajnya sesuatu yang memberi kepada manusia muslim kepimpinan diatas muka bumi ini, jikalau dia berpegang dengan apa yang ada pada manhaj ininescaya tidak mampu peradaban-peradaban dunia semuanya berdiri dihadapan mukanyaIni adalah satu mukjizatmukjizat yang besar. Tidak berhenti mukjizat al-Quran pada zaman turunnya, kerana ia ugama terakhir, malahan ada baginya mukjizat pada setiap zaman. Apabila kamu baca ayat yang mulia ini:

.
Artinya : akan kami beri mereka pandang tanda-tanda Kami diufuk-ufuk dan pada diri-diri mereka
sendiri hingga jelas bagi mereka bahawa al-Quran itu adalah benar dari tuhan. Fussilat:53.

nescaya kamu dapat mengetahui bahawa al-Quran al-karim mendatangkan tandatanda ketuhanan pada alam semestamempernyatakan mukjizat kepada semua manusia. Maka al-Quran telah menyebutkan kepada kita keadaan bumi ini bulat dan berputar, menceritakan tentang langit dan angkasa lepas, menceritakan tentang permulaan alam semesta, menceritakan tentang segenting diantara dua laut, menceritakan tentang kedalaman laut dan menceritakan tentang batin bumiSemua ini adalah daripada tanda-tanda kebesaran Allah pada alam semesta yang tidak kita ketahui melainkan pada hari iniselepas kemajuan ilmu yang mengkagumkan pada berbagai-bagai bidangnya. Seperti itu juga al-Quran menceritakan tentang rahsia-rahsia tubuhmaka ia menerangkan kepada kita bahawa urat terdapat dibawah kulit, menzahirkan kepada kita perkembangan janin didalam perut ibunya yang mmengkagumkan pakar-pakar janin didalam dunia, menceritakan kepada kita juga bagaimana mata tidak melihat dengan dirinya sendiri akan tetapi dengan pembalikkan cahaya atasnyadan selain demikian itu daripada apa yang ada didalam diri kitayang kami perincikan didalam buku Dalil-Dalil Kebendaan Atas Keujudan Allah Seperti inilah al-Quran memberikan kepada kita mukjizatnya, pada setiap generasi, yang bersesuaian dengan aktiviti kehidupan generasi itu. Maka apabila adalah mukjizat itu pada alam semestakita dapati al-Quran telah mengisyarat kepadanyadan apabila adalah mukjizat itu pada penemuan-penemuan perubatan kita dapati al-Quran telah terlebih dahulu padanyadan apabila adalah mukjizat itu pada penemuan-penemuan sejarah kita dapati Quran telah menyebutkannya. Al-Quran menceritakan kepada kita kisah Yusuf a.s dan saudarasaudaranyabagaimana pemerintah Mesir yang dinamakan Firaun pada kisah selain Yusuf, digelarkan dengan Rajakemudian nyata selepas penemuan batu bersurat dan selepas mengetahui simbol-simbol dan tulisan-tulisan yang ada pada kuil-kuil purba. bahawa Yusuf a.s adalah ia pada zaman kaum Haksus yang memerintah Mesir dalam satu tempoh pada zaman pertama, dan orang-orang Haksus menggelarkan ketua kerajaan mereka dengan gelaran raja. Inilah apa yang ditunjukkan oleh ayat-ayat didalam surah Yusuf pada kataNya taala:

.
Artinya: berkata raja: datangkan Yusuf kepada ku, aku akan bebaskan dia untuk berkhidmat kepada
ku. Maka apabila raja itu bercakap dengannya, dia berkata: sungguhnya kamu pada hari ini mendapat kedudukan dan kepercayaan disisi kami. Yusuf: 54.

Dengan ringkasnya kita katakan: pemberian al-Quran adalah pemberian yang sentiasa timbul bagi setiap generasidan bahawa disana ada perbezaan diantara

mukjizat rasul-rasul yang lalu dan mukjizat al-Quran al-karimMaka mukjizat rasulrasul adalah lain daripada manhaj-manhaj yang mereka datangkan sementara mukjizat Islam (al-Quran al-karim) ialah diri manhaj itu. Bagaimana mukjizat al-Quran meliputi orang Islam dan bukan Islamdan Arab dan Ajamdan bagaimana bahawa ianya satu manhaj yang terpelihara dengan mukjizat dan mukjizat terpelihara dengan manhaj. Tinggal lagi untuk kita membincangkan mukjizat kebendaan bagi rasulullah s.a.w.mmukjizat-mukjizat ini adalah apa yang berlaku pada kehidupan rasulullah. Ini adalah supaya jangan dikatakan bahawa rasulullah s.a.w.m tidak diberikan mukjizat kebendaan seperti rasul-rasul yang lain , dan ini adalah tajuk fasal berikut. Fasal Ketiga Mukjizat-Mukjizat Kebendaan Bagi Rasulullah Mukjizat al-Quran kekal hingga keHari Kiamat. Telah kami terangkan bagaimana ianya berlainan daripada mukjizat-mukjizat rasul-rasul yang laluSungguhnya rasulullah s.a.w.m datang dengan ugama yang kekal dan yang terakhir, sedangkan setiap rasul-rasul selainnya datang dengan ugama yang dinasakhkan oleh selainnya. Risalah-risalah mereka itu dihadkan masanya dan tempatnya. Mukjizatmukjizat mereka berkaitan dengan alam semesta, perkara yang berkaitan dengan alam semesta, sifatnya ujud dan terhenti, berlaku sekali sahaja dan tidak berulangulangMaka siapa yang melihatnya, berkata: aku menyaksikannya, dan siapa yang tidak melihatnya, jadilah ia kesan sahaja, maka dikatakan : telah berlaku begini dan begini. Musa a.s memukul laut dengan tongkatnya lalu ia terbelahOrang yang melihat mukjizat ini beriman dengannya dan orang yang tidak melihatnyajadilah mukjizat ini padanya sebagai khabarKita beriman dengannya kerana Allah telah mengkhabarkan didalam al-Quran tentangnya. Akan tetapi kenapakah mukjizat Musa a.s berwaktuberlaku sekali sahaja dan terhenti tidak berulang-ulang? Jawabnya adalah bahawa tempoh risalahnya terhadakan datang selepasnya beberapa generasi yang sebahagian mereka mendustakan sebahagian risalahnya. Islam adalah risalah yang akhir, yang meliputi masa seluruhnya, kerana demikian itu tidak dapat tidak bahawa mukjizatnya menyertai manhajnya. Mukjizat rasulullah yang agong, iaitu Quran datang sebagai mukjizat akalbukan sebagai mukjizat alamiah, hingga menyetujuinya semua lidah-lidah dan akal-akal, dan tidak terpadam ia selama-lama. Bahkan pemberiannya berpanjangan melewati generasi-generasi. Akan tetapi mukjizat yang kekal dan berulang-ulang ini tidak menegah bahawa ada bagi rasulullah s.a.w.m mukjizat-mukjizat yang berkaitan dengan alam semestauntuk orang yang semasa dengannya yang menerima penyampaian darinya s.a.w.m, untuk mensabitkan kenabiannya dan menetapkan jiwa orang-orang yang beriman. Mukjizat-mukjizat ini telah disaksikan oleh orang-orang mukmin yang ada bersamanya, lalu bertambah iman mereka dan pegangan Islam mereka. Mereka melihat bahawa mukjizat ini mencarikkan peraturan-peraturan alam, dan istimewa pula ia berlaku pada zaman rasulullah dan berterusan hingga sekarang. Maka rasulullah s.a.w.m diberitahu oleh Allah daripada khabar-khabar ghaib akan apa yang Dia jadikan sebagai mukjizat alamiah baginya. Apabila kita hendak membuat contoh bagi keadaan ini, kita ambil apa yang dikatakan oleh rasulullah s.a.w.m tentang peristiwa-peristiwa dunia yang akan berlaku dan yang telah sungguh berlakuPerkhabaran-perkhabaran rasulullah s.a.w.m yang telah sungguh berlaku adalah mukjizat yang terbaru untuk mensabitkan kebenaran risalahnya s.a.w.m.

Sungguhnya Allah subhanahu wa taala telah membukakan banyak perkara dari perkara ghaibNya kepada rasululNya, dan memberinya memandang atas apa yang akan tibaKita sedia tahu bahwa tidak ada seorang pun yang mengetahui perkara ghaib melainkan Allah, akan tetapi itu adalah khususiah bagi rasulullah s.a.w.mMaka dia tidak mungkin mengetahui perkara ghaib itu, akan tetapi Allah subhanahu wa taala yang memberitahunya apa yang Dia kehendaki dari perkara ghaibNya. Apabila kita membicarakan tentang rasulullah s.a.w.m dengan bahawa dia rasul akhir zaman atau penutup yang tidak akan datang selepasnya seorang rasul pun hingga keHari Kiamat, kita katakan bahawa perkhabaran-perkhabaran yang Muhammad s.a.w.m ceritakan adalah mukjizat yang terbaru dengan zaman. Daripada Barra bin Azib ra, dia berkata ketika mengorek parit kami terhalang oleh satu batu besar, yang tidak dapat dipecahkan oleh cangkul-cangkul kami, maka kami mengadukan perkara itu kepada rasulullah s.a.w.m, lalu dia datang dan mengambil cangkul dari Salman al-Farisi ra, dan berkata dengan nama Allah, lalu memukulnya, lalu pecah satu pertiganya, dan keluar darinya cahaya yang menerangi kawasan diantara dua banggol Madinah. Maka dia berkata : Allahu akbar ! diberi aku anak-anak kunci Syam. Demi Allah aku nampak istana-istananya yang merah dari tempatku ini pada saat ini. Kemudian dia memukul kali kedua lalu terpotong satu pertiga lagi, maka menyambar satu kilat dari pihak Parsi, menerangi kawasan diantara dua banggolnya, lalu dia berkata: Allahu akbar !diberikan aku anak kunci Parsi. Demi Allah sungguhnya aku melihat istana Madain yang putih dari tempatku ini, dan Jibrail mengkhabarkan kepadaku bahawa umatku akan mengalahkan mereka. Maka hendaklah kamu berikan khabar gembira dengan kemenangan. Kemudian dia memukul kali yang ketiga dan berkata: dengan nama Allah lalu pecah baki batu yang besar itu dan keluar cahaya dari pihak Yaman menerangi kawasan diantara dua banggol Madinah hingga seolah-olah ianya lampu pada tengah malam yang gelap, lalu dia berkata : Allahu akbar.!diberikan aku anak kunci Yaman. Demi Allah sunguhnya aku nampak pintu-pintu Sana dari tempatku ini pada saat ini. Perkhabaran Masa Hadapan Mukjizat Rasul Kita Sungguhnya rasulullah s.a.w.m telah menceritakan kepada kita tentang peluasaan kerajaan Islam ketimur dan barat sebelum kewafatannyaSememangnya telah menjadi kenyataan semua perkhabaran-perkhabarannya itu, dan terdirilah kerajaan Islam dipihak timur bumi ini dan baratnya, dan terbentang kepada pihak utara hingga keEropah atau keselatan hingga Afrika. Rasulullah s.a.w.m mengkhabarkan tentang pembukaan ini sebelum ianya berlaku, kemudian berlaku. Lalu ia menjadi mukjizat pada hari berlakunya.Kita katakan : bahawa rasulullah s.a.w.m adalah nabi dan rasul yang benar pada penerimaannya dari tuhannya.Dalil diatas demikian itu adalah bahawa dia mengkhabarkan kepada kita dengan apa yang akan berlaku, kemudian ianya berlaku. Maka bilamana dibuka rantau-rantau ini menjadi segar iman orang-orang yang beriman dengan Islam. Orang-orang yang tidak beriman tetapi sampai kepada mereka mukjizat ini maka mukjizat ini menarik hati mereka kepada kebenaran risalah rasulullah s.a.w.m. Perkhabaran-perkhabaran yang hampir seperti pembukaan Parsi dan Syam dan Yaman dan peristiwa Jamal.dan perkhabaran tentang pembunuhan Husin dan lain-lain lagibukankah ianya penetapan bagi hati orang-orang mukmin diatas bahawa rasulullah s.a.w.m adalah seorang yang benar pada apa yang dia sampaikan dari tuhannya? Apa dia mukjizat-mukjizat hissi bagi rasul-rasul yang yang telah lalu?Bukankah ianya penetapan iman dan tarikkan perhatian kuffar untuk beriman?

Ketika api tidak membakar Ibrahimbukankah ia menetapkan hati orangorang yang beriman dengan Ibrahim dan tarikan ketuhanan kepada orang-orang yang kufur? Musa a.s, ketika membelah laut dengan tongkatnya.bukankah perkara ini menetapkan hati orang yang beriman dengannya dan sebagai mukjizat bagi orangorang yang tidak beriman.hinggakan Firaun ketika tenggelam dilaut dalam keadaan lemas mengisytiharkan keimanannyaPada keadaan ini berkata al-Quran al-karim:

.
Artinya: hinggakan apabila mengenainya tenggelam, katanya: aku beriman bahawa tidak ada tuhan
melainkan tuhan yang beriman dengannya Bani Israel, dan aku daripada orang-orang Islam. Yunus: 90.

Seperti demikian itulah perkhabaran tentang pembukaan Syam dan Parsi dan Yaman, bukankah semakin tetap iman didalam hati setiap mujahid yang mukmin dengan bahawa rasulullah s.a.w.m telah mengkhabarkan tentang perkara ini dan sungguhnya ia telah berlaku.Maka ia adalah mukjizat yang menetapkan iman.dan menarik yang bukan Islam kepada bahawa ugama Islam adalah ugama yang sebenar. Apabila kita berpindah selepas demikian, itu kepada apa yang dikhabarkan oleh rasulullah s.a.w.m dan apa yang telah ternyata daripadanya sekarang inikita dapati bahawa nabi telah mengkhabarkan kepada kita akan sebahagian daripada tanda-tanda kecil bagi as-Saat dengan katanya : seorang lelaki akan mentaati isterinya dan
menderhakai ibunya, dan mesra dengan kawannya, dan menjauhkan bapanya, dan bahawa adalah seorang anak menjadi kemarahan bapa dan ibunya Kemudian kita boleh lihat demikian itu

berlaku dihadapan kita. Maka kita lihat seorang lelaki mentaati isterinya dan menderhakai ibunya dan mesra dengan kawan-kawannya serta meminggirkan bapanya. Kita lihat keadaan itu sekarang ini berada didalam setiap rumah.kita boleh dengar aduan ibu-ibu tentang cara pergaulan anak-anaknya. Bagaimana ada anak sekarang ini meletakkan ibunya dirumah orang-orang tua kerana memuaskan hati isterinya.dan bagaimana seorang bapa yang tua tidak mendapat kasih sayang dan simpati dari anaknya. Alamat-Alamat Kecil Kiamat Yang Telah Jadi Kenyataan Ketika kita melihat peristiwa-peristiwa ini berlaku dihadapan kita sepertimana yang dikhabarkan oleh rasulullah s.a.w.m.adakah tidak bertambah tetap keimanan kita? Kita katakan : benar engkau wahai rasulullah, sungguhnya engkau nabi yang sebenar. Sungguhnya engkau telah mengkhabarkan kami tentang apa yang akan berlakuselepas seribu empat ratus tahun benar-benar ia berlaku.Bukankah ini menetapkan iman? Ketika kamu menyeru manusia kepada beriman.adakah tidak terboleh kamu berkata kepadanya bahawa rasulullah s.a.w.m telah mengkhabarkan kepada kita tentang apa yang akan berlaku, selepas empat belas kurunnah!! sekarang ini ianya berlaku dihadapan kita dan kita melihatnya. Mana satu mukjizat yang kamu kehendaki selepas demikian itu? !! Sesungguhnya semua perkhabaran-perkhabaran rasulullah s.a.w.m, daripada pecah amanah, menghiasi masjid, mengamanahkan sesuatu kepada selain ahlinya, memimpin kerajaan oleh orang-orang munafik, diabaikan hak diantara manusia, dihalalkan berbohong, terdapat perempuan yang berpakaian bertelanjang, berleluasanya penyanyi-penyanyi perempuan dan alat-alat muzik bertali, manusia berpura-pura warak dan bertakwa, diperbenarkan pendusta dan didustakan orang yang benar, diamanahkan pengkhianat, khianat orang yang diamanahkan, melaknat umat yang akhir ini orang yang awal daripadanya, dimuliakan seorang lelaki kerana takutkan kejahatannya, belajar bukan untuk ugama, dianggap ringan darah manusialalu dibunuh orang-orang yang tidak bersalah sepertimana yang kita lihat sekarang ini pada kemalangan kenderaan yang dipasangkan jerangkap samar dan bom-bom jangka dan peperangan kecil.bukankah berlaku semua ini?

Bukankah ini semuanya mukjizat yang terbaru bagi rasulullah s.a.w.m yang menjadi kenyataan dengan lalunya masa. Siapakah yang mampu mencarikkan masa hadapan yang ghaib dan menceritakan kepada kita peristiwa-peristiwa yang akan berlaku padanya selepas empat belas kurun melainkan rasulullah al-amin yang baginya setinggi-tinggi makam disisi Tuhannya Kemudian apabila ada disana mukjizat-mukjizat hissi bagi rasulullah s.a.w.m pada waktu turun risalahnya maka ada juga mukjizat-mukjizat hissi yang kita boleh lihat sekarang ini berlaku dihadapan kita. Rasulullah s.a.w.m menceritakan kepada kita tentang masyarakat yang kita hidup padanya sekarang ini, seolah-seolah dia hidup bersama kita pada detik ini. Kita lihat sekeliling kita maka dapat kita lihat disana perkhabarannya yang telah menjadi kenyataan dan disana perkhabaran lain yang sedang nyata yang dikhabarkan kepada kita oleh rasulullah s.a.w.mApabila ini bukannya mukjizat, maka apa dia mukjizat? Beginilah Allah jalla jalaluh kehendaki, agar tidak terbatas mukjizat-mukjizat hissi rasulullah s.a.w.m atas masa turun risalahnya, bahkan berpanjangan hingga keakhir zaman. Ada disana alamat-alamat besar bagi berdirinya as-Saat yang belum ternyata hingga sekarang ini. Ini adalah bagi generasi-generasi yang akan datang. Maka bagi setiap generasi satu mukjizat daripada mukjizat-mukjizat rasulullah s.a.w.m. Ini adalah satu perhatian yang tidak dapat tidak kita berpaling kepadanya supaya kita ketahui bahawa sepertimana risalah rasulullah s.a.w.m adalah mukjizat, sentiasa segar hingga berdirinya Hari Kiamatmaka perkhabaran-perkhabarannya adalah mukjizat yang sentiasa mengikut peredaran zaman. Dengan nisbah sunnahnya, bukankah rasulullah s.a.w.m telah mengkhabarkan kepada kita apa yang berlaku sekarang, sekira-kira dia berkata bukankah aku ini diberikan al-Kitab dan seumpamanya (iaitu as-sunnah) besertanya. Jaga-jagalah, hampirlah seorang lelaki yang kekenyangan diatas sofanya berkata: lazimkan diri kamu dengan Quran ini. Maka apa yang kamu dapati padanya daripada halal maka halalkanlah ia, dan apa yang kamu dapati padanya daripada haram maka haramkanlah ia. Jaga-jaga tidak halal bagi kamu himar belaan dan semua yang mempunyai taring daripada binatang buas. Mengeluarkan hadith ini Abu Daud dan Imam Ahmad didalam Masnadnya. Sekarang ini kita boleh lihat berlaku dihadapan kita cubaan-cubaan untuk mengingkari sunnah dan mendakwa bahawa ia tidak melazimi orang Islam, dan bahawa orang yang meninggalkannya tidak disiksa. Kita katakan kepada mereka-mereka itu : jika kita meninggalkan sunnah maka bagaimana kita sembahyang?sedangkan rasulullah s.a.w.m yang mengajarkan kita kaifiat sembahyang, bilangan rakaat-rakaat, fardhu-fardhunya dan waktu-waktunyadan bagaimana kita menunaikan ibadat haji?rasulullah s.a.w.m yang menentukannya bagi kita. Sungguhnya kedatangan mereka yang seumpama orang-orang ini yang mencerca sunnah diiktibarkan sebagai pembenaran satu mukjizat daripada mukjizatmukjizat rasulullah s.a.w.mJikalau andainya mereka itu tidak datang tentu kita berkata : rasulullah s.a.w.m telah mengkhabarkan kepada kita bahawa beberapa lelaki akan datang mengajak orang-orang mukmin supaya meninggalkan sunnah, akan tetapi tidak datang seorang pun mengajak meninggalkannyasebaliknya kedatangan dan ajakan mereka itu menetapkan iman kita. Kita katakan : sungguhnya telah benar rasulullah s.a.w.m pada khabarnya kepada kita tentang apa yang akan berlaku. Maka seolah-olahnya mereka yang tidak beriman itu telah menetapkan imandan semua peristiwa-peristiwa yang ada didalam alam semesta ini menetapkan iman.

Mukjizat Hissi Dan Mukjizat Masa Hadapan Dari itu, maka mukjizat-mukjizat hissi (zahir) telah berlaku bagi rasul-rasul yang mendahului rasulullah s.a.w.mMaka kerana apa ianya yang telah didapati ada pada seumpama nabi s.a.w.m daripada rasul-rasul tidak didapati bagi rasul kita yang mulia ini walhal dia telah mendapat darjat yang paling afdhal daripada segala rasul-rasul? Maka tidak sah ditegah seorang yang paling banyak kelebihan daripada mengambil apa yang diambil oleh orang yang kurang kelebihan. Yang dituntut daripada kita adalah bahawa kita pastikan kesahihan riwayat. Kemudian apabila adalah riwayatnya sahih maka tidak dapat tidak bahawa sesuatu mukjizat itu sememangnya telah berlaku. Sungguhnya kita memperbenarkan rasulullah s.a.w.m pada apa yang Allah sampaikan kepada kita tentangnya.Tidak ada disana seorang saksi daripada pihak kita diatas wahyu, bahkan pertemuan Jibril as dengan rasul kita s.a.w.m sempurna secara sulit dari mata-mata kita dan telingatelinga kita.Rasulullah s.a.w.m sendiri yang menyampaikan kepada kita apa yang didatangkan oleh Jibril dari sisi Allah. Kita ketahui bahawa rasulullah s.a.w.m amanah pada penyampaianmaka bagaimana kita perbenarkan dia pada semua ini kemudian kita dustakan dia pada apa yang dia kata Ketika berlaku mukjizat isra dan miraj dan kembali rasulullah s.a.w.m keMakkah, orang-orang kafir dan sebahagian orang Islam tidak memperbenarkan apa yang telah berlaku Mereka berkata kepada Abu Bakar ra : sahabat kamu berkata: bahawa dia diisrakan keBaitul Maqdis dan dimikrajkan kelangit ketujuh dan kembali didalam satu malam. Sungguhnya mereka mengukur masaalah itu dengan akal mereka.Jikalau mereka mengamat-amati kata al-Haq subhanahu wa taala:

.
Artinya : mahasuci Tuhan yang mengisrakan (memperjalankan pada waktu malam) hambaNya pada waktu malam dari Masjid al-Haram hingga keMasji al-Aqsa yang kami berkati sekitarnya. al-Isra: 1. nescaya mereka mengetahui bahawa Muhammad s.a.w.m tidak membangsakan perbuatan itu kepada dirinya dan tidak berkata : aku berjalan pada waktu malam dari Masjid al-Haram hingga keMasjid al-Aqsa.hanya yang dia katakan aku diisrakan. Kalau begitu yang memperbuatnya bukan Muhammad asw, akan tetapi yang memperbuatnya adalah Allah jalla jalaluh. Sesuatu perbuatan tidak dapat tidak dibangsakan kepada kekuasaan pembuatnya, Allah subhanahu wa taala maha berkuasa atas setiap sesuatuSungguhnya dia telah diisrakan dengan ditanggungkannya atas kekuasaan selain dirinya. Maka tidak dapat tidak kita ukur perbuatan itu dengan kekuasaan Allah jalla jalaluh. Bilamana mereka berkata kepada Abu Bakar ra : bahawa Muhammad mendakwa bahawa dia diisrakan dari Masjid al-Haram keBaitul Maqdis dan kembali pada malam yang sama sedangkan kami menunggang unta sebulan, apakah yang Abu Bakar kata? Katanya : jikalau adalah Muhammad telah mengatakannya maka sungguhnya benarlah diakerana Abu Bakar mengetahui bahawa rasul kita s.a.w.m tidak berkata melainkan kebenaran. Wajib kita mengambil manhaj ini dan kita selidiki mukjizat-mukjizat nabi kita aswSemua yang dituntut dari kita, sepertimana yang saya katakan, adalah kita memastikan kesahihan hadith tentangnyakemudian kita berkata seumpama kata Abu Bakar selama mana Muhammad yang berkata maka sungguhnya benarlah dia. Rasul bersendirian dengan mukjizat agong Rasulullah s.a.w.m tersendiri daripada semua makhluk semenjak zaman Adam hingga kepada Hari Kiamat dengan mukjizat yang agongIa adalah mukjizat Isra dan mikraj itu. Pada malam yang diberkati ini dia naik kelangit yang ketujuhmelampaui Sidratul Muntaha kemudian kembali kebumi. Tidak pernah berlaku dimana Allah jalla jalaluh memperlihatkan kepada seorang hamba daripada

hamba-hambanya akan alam malakutnya, langit dan orang yang ada padanya dan apa yang ada padanya melainkan rasul kita aswmMaka al-Haq subhanahu berkata:

.
artinya: sesunguhnya dia telah melihat tanda-tanda kebesaran tuhannya yang agong. an-Najm: 18. Tidak pernah berlaku dimana seorang nabi atau rasul sebelum Muhammad aswm dapat melihat tanda-tanda keagongan Allah taala dilangit. Disana ada beberapa rasul yang melihat tanda-tanda kebesaran Allah dibumi sepertu Musa a.s yang berbicara al-Quran al-karim tentangnya:

.
artinya: dempekkanlah tangan kamu kepada rusuk kamu nescaya ia keluar dengan keadaan putih
berseri, sebagai satu tanda yang lain daripada tanda-tanda keagongan kami. Toha: 23.

Akan tetapi Musa a.s tidak naik kelangit dalam keadaan dia hidup untuk Allah memperlihatkan kepadanya tanda-tanda keagonganNya dimalakut langitlangitsebaliknya dia melihat tanda keagongan itu diatas muka bumi Difardhukan sembahyang dengan perintah yang yang terus dari Allah kepada rasulnya, dan mukjizat ini sentiasalah kesannya berpanjangan dan terus berpanjangan hingga kepada Hari Kiamat.Maka setiap kali kita sembahyang diangkatkan sembahyang kita kepada Allah subhanahu wa taala untuk Dia menerimanya. Maka seolah-seolah setiap sembahyang terkandung padanya sesuatu daripada mukjizat mikraj. Kamu sembahyang dimuka bumi dan diangkat sembahyang kamu kepada Allah subhanahu wa taala. Diatas bahawa rasul kita s.a.w.m mempunyai mukjizat alam dengan setiap jenis-jenis bumiada baginya mukjizat-mukjizat dengan benda-benda keras dan mukjizat-mukjizat dengan tumbuhan-tumbuhan dan mukjizat-mukjizat dengan haiwan-haiwan, disamping mukjizat-mukjizatnya sawn dengan manusia, kenapa?Kerana rasululah s.a.w.m adalah rasul penyudah dan yang meliputi. Allah subhanahu wa taala berkata:

.
artinya: dan tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk menyembahKu (beribadat kepada Ku).
az-Zariat: 56.

Maka jelaslah hikmah kejadian makhluk itu adalah penyembahan. Orang yang menjadi lambang kemuncak penyembahan kepada Allah adalah rasulullah s.a.w.m, dan dialah orang yang diutuskan untuk merealisasikan penyembahan yang dikehendaki oleh Allah subhanahu wa taalasedang kita bercontoh dengannya dan melakukan seumpama yang dia lakukanAllah subhanahu wa taala berkata kepada kita:

.
Artinya : sungguhnya bagi kamu pada rasulullah contoh-contoh yang baik, bagi orang yang
mengharapkan Allah dan Hari Akhir dan menyebut Allah dengan banyak. al-Ahzab: 21.

KataNya lagi:

.
artinya: apa-apa yang rasul datangkan kepada kamu maka hendaklah kamu ambil dan apa-apa yang
dia tegah kamu maka hendaklah kamu berhenti. al-Hasyar: 7.

Kalau begitu maka rasulullah s.a.w.m adalah lambang bagi kemuncak ibadat yang tidak dapat tidak kita ikutinya dan melakukan seumpamanya. Kemudian apabila ini adalah hakikatnya...maka baginya s.a.w.m beberapa mukjizat dengan setiap jenis-jenis alam. Kita mengambil mukjizat-mukjizat rasulullah s.a.w.m daripada apa yang diriwayatkan oleh sahabat-sahabat. Sahabat-sahabat itulah yang kita percayai pada menyampaikan kita kepada al-Quran al-karimtidak mungkin kita percayai mereka pada al-Quran dan kita dustakan mereka pada apa yang mereka riwayatkan tentang rasulullah s.a.w.m. Apabila adalah mukjizat-mukjizat alam telah berlaku pada rasul-rasul, maka ia bukannya sesuatu yang pelik atau nadir dengan nisbah pada rasulullah s.a.w.msedangkan rasul kita s.a.w.m datang sebagai rahmat kepada sekelian alam bagi setiap jenis-jenisnya dan makhluk-makhluk padanya... Semuanya mempunyai reaksi terhadapnya, kerana dia diutuskan kepada mereka. Ulamakulamak bilamana mereka hendak mentafsirkan kata Allah subhanahu wa taala:

.
artinya: dan tidak Kami utuskan kamu melainkan sebagai rahmat kepada sekelian alam. al-Anbia:
108.

mereka berkata: apa dia alam? Alam adalah setiap sesuatu selain Allah subhanahu wa taala. Maka sesuatu selain Allah namanya alam. Lalu kita katakan alam ghaib dan alam malakut dan alam baka dan alam malaikat dan alam jin dan alam manusia. Selama mana rasulullah s.a.w.m diutuskan kepada sekelian alam maka tidak dapat tidak bagi setiap daripada alam-alam ini mendapat sesuatu daripada rahmatnya dan bahawa ia menyumbangkan kepada rasulullah s.a.w.m apa yang mensabitkan iman didalam hati orang-orang mukmin...dan membuatkan orang-orang kafir tertarik kepada kebenaran risalah rasulullah s.a.w.m keatas mereka lalu menjadikan mereka berimanMaka janganlah kamu hairankan apabila semua alamalam itu beriman dengan rasulullah s.a.w.m dan keseluruhannya adalah bukti atas benar risalahnya Maka alam ghaib telah memberi darinya kepada rasulullah s.a.w.m apa yang menguatkan kepada kita kebenaran risalahnyadan alam malakut telah rasul kita s.a.w.m melihatnya dan mengetahui dari rahsia-rahsianya apa yang Allah kehendaki dia mengetahuinyadan alam malaikat, telah mendatanginya Jibril sehampir-hampir malaikat kepada Allah dan menurunkan kepadanya wahyu bahkan adakalanya dia mendatanginya diatas rupa manusia dan duduk dengannya dihadapan sahabatsahabatnyaKerana demikian itu apabila kita baca kata sahabat-sahabat tentang majlis mereka dengan rasulullah s.a.w.m kita boleh dapati mereka berkata: sedang kami duduk-duduk disisi rasulullah s.a.w.m tiba-tiba masuk keatas kami seorang lelaki yang sangat putih muka, sangat putih pakaian, tidak nampak padanya kesan-kesan perjalanan dan tidak mengenalinya seorang pun daripada kami. Lalu dia duduk kepada rasulullah s.a.w.m kemudian dia menyandarkan dua lututnya kepada dua lututnya dan meletakkan satu tangannya atas dua pehanya. Kemudian dia berkata: wahai Muhammad apa dia Islam? Kata rasulullah: bahawa kamu menyaksikan bahawa tidak ada tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad adalah rasulullahdan kamu dirikan sembahyang dan kamu menunaikan zakatdan kamu berpuasa ramadhan dan kamu menuju keBaitullah jika kamu mampu berjalan kepadanyaKata lelaki itu: telah benarlah kamu. Kata lelaki itu: maka apakah iman? Kata rasulullah: bahawa kamu beriman dengan Allah dan malaikat-malaikatNya dan kitab-kitabNya dan Hari Akhir dan kadarNya, baiknya dan jahatnya.Kata lelaki itu: telah benarlah kamu. Kata lelaki itu: bilakah Kiamat?Kata rasulullah: tidak adalah orang yang ditanya tentangnya lebih mengetahui dari orang yang bertanya

Kata lelaki itu: maka apakah syarat-syaratnya?Kata rasulullah: bahawa seorang hamba perempuan melahirkan tuannya, dan dapat dilihat orang yang berkaki ayam dan tidak berpakaian elok pengembala kambing meninggi-ninggikan bangunan. Maka kehairanan sahabat-sahabat, bagaimana dia bertanya dan memperbenarkanKemudian apabila dia berpaling, berkata rasulullah s.a.w.m: adakah kamu kenali siapakah orang yang bertanya?Mereka berkata: Allah dan rasulnyalah yang mengetahui. Katanya: ini adalah Jibrail, dia datang kepada kamu untuk mengajar kamu ugama kamu. Sungguhnya Jibril a.s mendatangi rasulullah s.a.w.m diatas keadaan manusia untuk mengajarkan urusan-urusan ugama dan memperdengarkan kepadanya alQuran. Alam Jin Adapun alam jin dan alam manusiamaka sungguhnya rasulullah s.a.w.m diutuskan kepada keduanya, dan adalah jin mendengar kepadanyasepertimana yang datang pada kata al-Haq subhanahu wa taala:

.
artinya: katakan wahai Muhammad: telah diwahyukan kepadaku, bahawa sekumpulan daripada jn
telah mendengar-dengar bacaan Quran, lalu mereka berkata: sungguhnya kami telah mendengar bacaan yang menakjubkan. al-Jin:1.

Dengan ringkasnya kita katakan: bahawa rasulullah s.a.w.m mempunyai mukjizat yang sentiasa mengikuti zaman dan menjadi kenyataan dengan lalunya zamanMaka apabila kita dengar hadithnya tentang orang-orang yang berkaki ayam dan tidak berpakaian elok meninggi-ninggikan bangunankemudian kita renung kepada apa yang berlaku sekarang ini, kita katakan: telah benarlah engkau wahai rasulullahJadilah adalah perkara ini satu mukjizat yang telah menjadi kenyataan dan bahawa rasulullah yang mulia ini diutuskan dari tuhannya. Disana beberapa mukjizat-mukjizat yang yang menjadi kenyataan pada waktu penyampaian rirasahnyadan beberapa mukjizat yang yang lain yang berkekalan nyatanya hingga sekarang ini. Semuanya menguatkan iman orang yang beriman dan bukti atas kebenaran rasulullah s.a.w.m, sepertimana bahawa semua jenis-jenis bumi berkhidmat kepada rasulullah s.a.w.m dan risalahnya, dan adalah ia menjadi mukjizat baginyaIni adalah tajuk fasal yang berikut. Fasal keempat Mukjizat Dengan Jenis-Jenis Bumi Telah kita bicarakan tentang mukjizat rasulullah s.a.w.m dan bagaimana bahawa ia sentiasa timbul dengan lalunya masa. Mukjizat alamiah, sepertimana yang kita katakan, adalah perkara yang mencarikkan peraturan alamuntuk menetapkan orang mukmin yang ada bersama rasulullah s.a.w.m pada waktu dakwahnyaWalaubagaimana pun Allah subhanahu wa taala mahukan mukjizat rasulullah s.a.w.m kekal, hinggakan selepas dia berpindah kepada Tuhan yang maha tinggiMaka Dia mencarikkan baginya peraturan masa depandan memberitahunya daripada khabar-khabar ghaib dan apa yang bakal berlaku akan apa yang akan menunaikan tugas mukjizat bagi generasi-generasi yang banyakKita datangkan beberapa contoh untuk mukjizat-mukjizat ini, yang setiap kali menjadi kenyataan tetaplah iman orang-orang mukmin dan tertarik perhatian orang-orang kafir kepada bahawa penyampaiannya adalah dari Allah.Semestinya orang yang menoleh kepadanya dan melihat kebenarannya berkata : sungguhnya ia adalah kebenaran rasulullah dan ini adalah ugama yang benar. Kita mengingati dan melihat satu demi satu perkhabaran menjadi kenyataan dihadapan kitaseolah-olah rasulullah s.a.w.m masih lagi berada dikalangan kita.

Kita katakan bahawa rasulullah s.a.w.m datang sebagai rahmat kepada sekelian alamMakna demikian itu adalah bahawa semua jenis makhluk Allah diliputi oleh rahmat inidan semua jenis alamiah menyaksikan dengan bahawa dia adalah rasulullah. Sebelum kita mulakan bicara tentang mukjizat alamiah bagi rasulullah s.a.w.m kita akan ambil satu tanda dari jenis alam yang telah berlakuIa adalah terbelah bulan. Kisahnya, bahawa ahli Makkah meminta rasulullah s.a.w.m memberi mereka nampak satu tandaDemikian itu adalah sebelum hijrah lima tahunMaka mereka berkata kepadanya : jikalau kamu seorang yang benar maka belahlah bulan ini kepada dua belahan!Lalu rasulullah s.a.w.m meminta tuhannya agar memberikan kepadanya tanda iniMaka terbelahlah bulan, satu belahan dihadapan bukit dan satu belahan dibelakang bukitRasulullah s.a.w.m menyeru : wahai fulan! wahai fulan! saksikanlahPeristiwa itu adalah pada malam empat belas, tempoh terbelah itu adalah diantara asar hingga kepada malam.iaitu ianya berterusan beberapa jam. Akan tetapi, adakah mereka memeluk Islam selepas nyata dihadapan mereka apa yang mereka tuntut?Tidaksungguhnya orang- orang kafir berkata : kita disihir oleh Muhammad!Maka berkata seorang lelaki dari kalangan mereka, iaitu Abu Jahal: jikalau andainya dia telah menyihir kitamaka dia tidak akan mampu menyihir bumi seluruhnyaJadi hendaklah kamu tanya orang yang datang kepada kamu dari negeri lainmaka jika mereka melihat apa yang kamu lihat maka sungguhnya benarlah dia dan jika mereka tidak melihat apa yang kamu lihat maka dia adalah ahli sihir. Lalu keluar ramai orang Quraisy ketempat-tempat ketibaan Makkah dan berdiri menunggu orang yang tiba dari perjalanan Mereka bertanya orang yang sampai tentang terbelah bulan ituMaka mereka berkata : kami melihatnya dua belahanKemudian apakah yang kuffar itu katakan?Mereka berkata: ini adalah sihir yang berpanjangan! Perkiraaan MasaBerlain-lainan Kalau begitu maka terbelah bulan itu adalah mukjizat alamiah bagi rasulullah s.a.w.m yang ditujukan ia kepada orang yang melihatnya, seperti semua mukjizat alamiah bagi rasul-rasul yang lainsamaada mereka itu mukmin, lalu bertambah imannyaatau kafir -perlindungan dengan Allah- lalu ia menarik dengan kuat akan hatinya kepada iman. Allah subhanahu wa taala berkata didalam al-Quran al-karim, menegaskan mukjizat terbelahnya bulan itu pada kataNya :

. .
artinya: telah hampirlah as-Saat (kiamat), dan telah terbelah bulan. Dan jika mereka melihat satu
tanda, mereka berpaling darinya dan mengatakan ini sihir yang berpanjangan. al-Qamar: 1-2.

Ayat ini menambat diantara semakin hampir kiamat dan terbelah bulankerana demikian itu ulamak-ulamak tidak sependapat pada tafsirannyaSebahagian mereka berkata bahawa makna ayat yang mulia ini adalah bahawa bulan akan terbelah apabila hampirnya berdiri saat itusedang dia lupa satu hadith yang mulia bagi rasulullah s.a.w.m : dibangkitkan aku sedang saat itu seperti dua ini -dan dia mengisyarat dengan dua jarinya- sebagai tanda hampirnya kiamat. Sebahagian orang mempersoalkan: sungguhnya telah lalu seribu empat ratus tahun dan tidak berdiri lagi Saat itu (kiamat)Maka bagaimana ianya hampir dengan masa rasulullah s.a.w.m, serta bahawa ia belum lagi berlaku sekarang?Kita katakan kepada mereka: bacalah satu ayat yang mulia ini :

.
artinya : naik malaikat dan roh pada satu hari yang adalah kadarnya lima puluh ribu tahun. alMaarij:4.

Sungguhnya mafhum masa disisi kita bukan mafhum masa pada takdir Allah subhanahu wa taalaMaka Allah subhanahu wa taala menjadikan apa yang dia kehendakiKerana demikian itu maka ada satu hari yang Allah subhanahu wa taala jadikan menyamai lima puluh ribu tahun disisi kita. Kemungkinan as-Saat (kiamat) itu ditakdirkan esok hari disisi Allah subhanahu wa taalawalau bagaimana pun satu hari pada takdirNya berlainan dengan masa yang kita tunduk kepadanya. Allah subhanahu wa taala adalah pembuat masa, kerana itu maka Dia subhanahu mampu menjadikan satu hari yang kadarnya seribu tahun dan satu hari yang lain kadarnya lima puluh ribu tahun dan satu hari yang lain yang kadarnya sejuta tahun. Pada demikian itu berkata Allah subhanahu wa taala:

.
artinya: sungguhnya mereka memandang siksaan itu jauh sedang kami memandangnya dekat. alMaarij: 6-7. Kalau begitu maka as-Saat itu hampir disisi Allahkemudian apabila kita selaraskan ukuran-ukuran kerja manusia dan masa yang yang menghukum merekaMaka mungkin perkara yang hampir disisi Allah diukur dengan umur kita dan peristiwa dunia kita dengan beberapa ribu tahun. Wajib kita sedari bahawa setiap mukjizat zahir bagi rasul-rasul bukanlah bertambat dengan taklif keimanan, kerana setiap manusia mengambil mukjizat itu dengan apa yang meluasi keimanannya baginya. Kisah terbelah bulan disisi bukit Abu Qubais yang datang pada sirahdilihat oleh manusia -dalam tempoh masa yang panjang- setengahnya dihadapan bukit dan setengah yang lain dibelakangnya. Kisah ini datang kepada kita dengan kukuhDiatas andaian bahawa ada disana dakwaan-dakwaan dengan bahawa manusia ditimur dan barat bumi tidak nampak bulan yang terbelah pada malam itu, kita katakan kepada mereka : kami tidak mahu bertengkar dengan kamuKita akan andaikan bahawa ia tidak dilihat melainkan oleh ahli Makkah dan kafilah-kafilah yang tiba padanyaBulan itu adalah tanda alamiah, akan tetapi dengan nisbah bagi kita ianya tanda malamkerana bulan itu ujud juga pada siang tetapi tidak kelihatan, kerana cahaya matahari menutupinya. Dengan sebab bulan itu tanda malam, maka untuk ia terbelah dan melihatnya seluruh dunia tidak dapat tidak daripada ada dua syarat : pertamanya bahawa berlaku kejadian ini pada waktu malam, dan keduanya bahawa ada disana siaran pada semua manusia tentang masa yang akan terbelah bulan padanya, hinggakan berterusan mereka berjaga untuk melihatnya. Akan tetapikeadaan mukjizat itu pada waktu malam sedang manusia dirumah mereka tidurdan tidak terlintas pada mereka kejadian mukizat itu, hinggakan mereka bangun untuk melihatnyamaka kebanyakkan dari mereka tidak bangun untuknya. Sungguhnya telah maju ilmu pengetahuan sekarang ini, didapati teleskop yang besar, mengambil gambar-gambar matahari dan bulan dan bintang dari muka bumi, dan teleskop yang lebih tajam mengambil gambar-gambar itu dari angkasa. Adakah apabila pakar-pakar astronomi membuat kenyataan dengan media massa yang meluas dan moden yang dapat dicapai oleh semua orang sekarang ini, adakah kita mampu menyampaikan khabar kepada setiap rumah pada satu masa?Kita katakan : apabila berkata pakar-pakar itu bahawa akan berlaku gerhana matahari yang mana matahari itu cahayanya lebih kuat dari bulan menyinari alam semesta ini jikalau mereka mengatakan kepada kita bahawa matahari akan gerhana pada jam tertentu dan minit yang tertentusiapakah daripada kita yang akan khusus bangun untuk menyaksikan gerhana ini?Sedikit sangat daripada

pakar-pakar astronomiTetapi manusia, iaitu orang awam. tidak menyedari gerhana ini, melainkan orang yang sibuk dengan ilmu astronomi. Jikalau kamu tanya dunia seluruhnya pada waktu gerhana matahari, adakah kamu semua melihat gerhana matahari? Kamu akan dapati bahawa segolongan kecil daripada orang-orang yang pakar mengatakan iasementara yang baki sibuk dengan urusan dunia mereka. Kalau begitu maka satu mukjizat telah berlalu, orang yang mengatakan bahawa dunia seluruhnya tidak melihatnya, kitakan kepada mereka: dunia yang mana?Eropah ketika itu hidup dalam kegelapan jahilhinggakan jikalau andainya ada disana kemajuan ilmu pengetahuan maka Allah subhanahu wa taala tidak menyampaikan kepada dunia dengan bahawa Dia akan membelah bulan untuk rasulullah s.a.w.mAkan tetapi orang yang dimaksudkan dengan tanda alamiah ini, samaada mereka mukmin atau kafir, adalah mereka yang melihatnya. Sungguhnya tujuan mukjizat kebendaan dengan nisbah kepada nabi-nabi sepertimana yang kita katakan adalah pengukuhan iman orang mukmin dan penarikkan perhatian kafir kepada kebenaran manhaj Allah dan benar risalah rasulrasulNyaYang dimaksudkan dari mukjizat ini adalah mereka yang bersama dengan rasulullah s.a.w.m yang menuntutnya supaya dia meminta tuhannya membelah bulan itu. Orang-orang yang bertanya: adakah terbelah bulan pada masa rasulullah s.a.w.m?Kita katakan kepada mereka: ia, telah terbelah bulan itu. Hikmah terbelah itu adalah mezahirkan mukjizat kepada orang-orang yang beriman dengan ugama ini dan orang yang mendustakannya. Maka orang mukmin yang sentiasa diragu-ragukan oleh orang kafir tentang ugama mereka dan bertengkar dengan merekabilamana melihat mukjizat ini bertambah keimanan merekaAdapun orang kafir maka samaada mukjizat ini memimpin mereka kepada keimanan dan samaada menambah kepada mereka kekufuran atas kekufuran mereka. Kalau begitu tanda terbelah bulan datang bagi satu kumpulan daripada mukmin yang ditakuti menyerap kedalam hati mereka hasutan meragukan oleh kuffar tentang akidah merekadan datang juga bagi orang kafir yang tidak beriman dengan ugama ini, supaya dia mengetahui bahawa ianya adalah ugama kebenaran. Daripada mukjizat rasululah s.a.w.m yang zahir adalah bertasbih anak batu pada dua tangannya. Meriwayat Baihaqi dan Tobrani dari Abu Zarr ra dia, berkata adalah aku menyertai khalwat rasulullah s.a.w.m (ketika dia berkhalwat) maka aku mengambil faedah dari khalwatnya. Maka aku datanginya sedang dia duduk tidak ada disisinya seorang pun daripada manusia. Seolah-olah aku melihatnya berada didalam wahyumaka aku memberi salam kepadanya, lalu dia menjawab salamku, kemudian dia berkata: apakah yang membuatkan kamu datang? Kataku: cinta Allah dan rasulNya. Maka dia menyuruh aku duduk, lalu duduk aku ditepinya. Tidak aku bertanya apa-apa kepadanya, tetapi dia memberi peringatan kepadakuDiam aku tidak lama, maka datang Abu Bakar ra berjalan dengan cepat. Lalu dia memberi salam atasnya, lalu dia menjawa salamnya, kemudian berkata: apakah yang membuatkan kamu datang? Katanya: cinta Alah dan rasulnyaKemudian dia mengisyarat kepadanya untuk duduklalu dia duduk pada satu banggol mengadap rasulullah s.a.w.mKkemudian datang Umar ra, maka dia memperbuat demikian itu, dan berkata rasulullah s.a.w.m sepertimana yang dia katakan kepada kami. Maka duduk Umar disebelah Abu Bakar as-siddiq ra. Kemudian datang Uthman ra, maka dia melakukan umpama demikian itu, dan duduk disebelah Umar raKemudian rasulullah s.a.w.m menggenggam tujuh ketul anak batu, lalu ia bertasbih pada tangannya hingga didengar darinya dengung seperti dengung lebahsedang kesemuanya pada tangan rasulullah s.a.w.m, kemudian rasulullah memegangnya dan menghulurkannya kepada Abu Bakar ra, lalu bertasbih ia pada tangan Abu

Bakar, kemudian dia memegangnya dan meletakkannya diatas tanah lalu diam ia. Berlaku demikian itu juga pada Umar dan Uthman ra. Hadith ini sepertimana yang dibukukan menguatkan kepada kita bahawa rasulullah s.a.w.m telah mendengar tasbih anak batu pada dua tangannya. Anakanak batu itu bertasbih samaada pada tangan rasulullah s.a.w.m atau tidak. Maka Allah subhanahu wa taala berkata:

.
artinya: tidak ada daripada sesuatu melainkan ia bertasbih dengan memujiNya akan tetapi kamu tidak memahami tasbih mereka. al-Isra: 44. Maka anak batu itu bertasbih pada tangan rasulullah s.a.w.m dan pada tangan Abu Lahabartinya ia bertasbih pada tangan mukmin dan pada tangan kafirWalau bagaimana pun Allah memperdengarkan rasulullah s.a.w.m tasbih anak batu itu dan menutupinya dari kitaAllah subhanahu wa taala berkata pada kitabNya yang mulia:

.
artinya : dan Kami tundukkan gunung ganang kepada Daud, mereka semuanya bertasbih, dan burung. al-anbiya: 79. Maka gunung-ganang bertasbih beserta Daud dan dengan selainnyaartinya tasbih gunung-ganang itu muafakat dengan tasbih Daud a.s. Bukankah Allah subhanahu wa taala mengajarkan Sulaiman pertuturan burung? Bacalah kataNya taala:

.
artinya: dan mewarisi Sulaiman akan Daud, dan berkata: wahai manusia diberikan kami ilmu tuturan
burung dan diberi kepada kami setiap sesuatu. Sungguhnya ini adalah kelebihan yang jelas. an-Naml: 16.

Di bezakan kata Sulaiman a.s faham kami iaitu faham dengan dirinya sendiri atau dengan akalnya, dan diantara katanya diberikan kami ilmu iaitu Allah subhanahu wa taala mengajarkannya, kerana ilmu ialah mengambil manfaat dengan usaha akal kamu dan usaha akal orang lain. Adapun faham maka ia usaha akal kamu. Adapun bahawa rasulullah s.a.w.m mendengar tasbih anak batu maka ini adalah mukjizat baginya s.a.w.m, sedang sahabat yang ada bersamanya mendengar sesuatu seperti dengung lebah. Maka apabila rasulullah s.a.w.m mengkhabarkan kepada mereka bahawa dia telah mendengar tasbih anak-anak batu itu maka mereka mendengarnya, akan tetapi mereka tidak memahaminya. Terpancar Air Diantara Jari-Jarinya Kita selusuri beberapa mukjizat zahir Muhammad s.a.w.m. Ianya sangat banyaksangat besar untuk diliputi pada satu buku, akan tetapi kita akan meriwayatkan sebahagiannya sebagai contohnya sahaja. Meriwayat Bukhari dan Muslim dari Jabir bin Abdullah ra, berkata dahaga orang ramai pada hari Hudaibiah, dan ada dihadapan rasulullah s.a.w.m satu bekas air dia berwudhuk darinyaMaka bergegas orang ramai mengelilinginya, lalu mereka berkata: wahai rasulullah, tidak ada bersama kami air untuk kami berwudhuk dengannya atau meminumnya melainkan apa yang ada dihadapan kamu. Maka rasulullah s.a.w.m meletakkan tangannya didalam bekas itu. Lalu mulalah air membuak-buak keluar dari celah jari-jarinya seperti mata air!! Maka kami pun minum dan berwudhukDikatakan kepada Jabir: berapa ramai kamu ketika itu?

Katanya: lima ribu orang, jikalau adalah kami seratus ribu orang nescaya mencukupi ia untuk kami. Seperti inilah yang kita nampak bahawa Allah subhanahu wa taala telah menjadikan air terpancar dari celah jari-jari rasulullah s.a.w.m untuk memenuhi keperluan tentera secukup-cukupnya. Apabila Musa a.s pernah memukul dengan batu besar tongkatnya lalu pecah ia dan keluar darinya air maka tidak kita anggap pelik bahawa terpancar air dari celah-celah dua tangannya yang mulia untuk memberikan air kepada tentera Islam. Kadang-kala sebahagian orang mempersoalkan, maka dia berkata: kenapa tidak terpancar air dari celah jari-jari rasulullah s.a.w.m tanpa dia meletakkan tangannya didalam bekas air? Kita katakan: sungguhnya Allah taala mahukan demikian itu supaya rasulullah tidak mengambil satu sifat daripada sifat-sifat Allah, iaitu mengujudkan dari ketiadaantidak ada halangan dari menyuburkan sesuatu yang telah ada. Kerana demikian itu bilamana rasulullah s.a.w.m meletakkan tangannya kedalam bekas air itu melimpahlah air, hingga dapat meminumnya semua tentera dan berwudhuk. Sepertimana Allah subhanahu wa taala melepaskan Musa dan kaumnya dari dahaga dengan menjadikan mata air terpancar dengan semata-mata Musa memukul batu dengan tongkatnya makaDia telah membantu Muhammad s.a.w.m sedang dia rasul terakhir- dengan satu mukjizat yang melepaskan tentera muslimin dari mati kehausan! Merintih Batang Tamar didalam Masjid Kita datangi kepada satu mukjizat yang lain daripada mukjizat-mukjizat rasulullah s.a.w.myang mana ianya tidak terhinggamukjizat merintih batang tamar. Meriwayat imam-imam Bukhari dan Turmizi dan Ahmad dan Syafie dan selain mereka bahawa nabi s.a.w.m adalah dia berkhutbah sambil bersandar kepada sebatang tamarmaka ketika itu masjid diatapkan dengan daun tamar, dan adalah batang-batang tamar itu seperti tiang-tiangnyaMaka berkata Tamim ad-Dari: wahai rasulullah adakah engkau tidak kesah kami buatkan bagi engkau satu mimbar untuk engkau berdiri diatasnya pada hari jumaat, maka didengari khutbah engkau oleh orang ramai? Maka kata nabi s.a.w.m: iaMaka mereka pun membuat untuknya mimbar yang terdiri dari tiga anak tangga. Apabila tiba hari jumaat naiklah rasulullah s.a.w.m keatas mimbarmaka merintihlah batang tamar yang dahulunya rasulullah s.a.w.m berkhutbah bersandar kepadanya, sepertimana merintih orang yang kehilangngan sesuatu atau mengenainya perkara yang dibenci!! Lalu turun rasulullah s.a.w.m tatkala mendengar batang tamar itu merintihkemudian dia mengusap-ngusapnya dengan tangannyalalu ia diam kemudian kembali dia kepada mimbar. Inilah salah satu daripada mukjizat-mukjizat rasulullah s.a.w.m dengan benda keras. Kenalah kita fahaminya dari awal bahawa rasulullah diutuskan sebagai rahmat kepada sekelian alamiaitu dia adalah rahmat kepada setiap mereka selain Allah.Dahulunya nabi berkhutbah bersandar kepada batang tamar itu, batang tamar itu mendapat rahmat-rahmat dan sinaran-sinaranmaka apabila rasul kita naik keatas mimbar.. batang tamar itu merintih dengan kuat, kerana penghulu makhluk dan rahmat Allah bagi sekelian alam meninggalkannya dan naik keatas mimbar ituMaka bagaimana ia tidak merintih?Maka turun rasulullah s.a.w.m dan mengusap dengan tangannya batang tamar itu, maka ia mendapat rahmat lalu ia diam. Sungguhnya berkata sebahagian manusia: adakah benda-benda keras mempunyai perasaan?...Adakah kamu hendak mamahamkan kami bahawa bendabenda keras menangis dan ketawa?Kita katakan kepada mereka: bacalah kata alHaq subhanahu wa taala ini:

.
artinya:berapa banyak mereka tinggalkan kebun-kebun dan mata air, dan tanaman-tanaman dan
kedudukan-kedudukan yang mulia, dan nimat yang mereka bersukaria padanya, seperti demikian itulah kami wariskan ia kepada kaum yang lain. Maka tidak menangisi mereka langit dan bumi dan tidak adalah mereka diberi tempoh. ad-Dukhan: 25-29.

Beginilah yang kita ketahui bahawa benda-benda keras mempunyai emosi, dan bahawa ia menangis sekalipun kita tidak mendengar tangisannyaRasulullah s.a.w.m mengkhabarkan kita dengan katanya yang diriwayatkan dari Malik bin Anas ra, dia berkata : tidak ada daripada seorang hamba melainkan ada baginya dilangit dua pintusatu
pintu keluar darinya razekinyadan satu pintu masuk padanya amalannya dan kata-katanya. Maka apabila dia mati pintu itu merasa kehilangannya dan menangis atasnya.

Ditanya imam Ali ra: adakah menangis langit dan bumi atas seorang?Maka katanya: tidak ada daripada seorang hamba melainkan ada baginya tempat sembahyangnya dibumi dan tempat naik amalannya dilangit, kemudian dia membaca kataNya taala : ( tidak menangisi merka langit dan bumi)Ahli Firaun tidak ada bagi mereka amalan soleh dibumi dan tidak amal yang naik kelangitmaka tidak menangis atas mereka langit dan bumi. Apabila adalah ini yang berlakubagaimana tidak menangis batang tamar kerana perceraian dengan rasulullah s.a.w.m. Apa yang peliknya demikian itu? Bukankah tugas rasulullah s.a.w.m adalah mengembalikan keharmonian alam ini semuanya dengan tuhannya? Meriwayat Turmizi dari imam Ali karramalahu wajhah, berkata adalah aku berjalan dengan nabi s.a.w.m diMakkahmaka kami keluar kepada sebahagian ceruk-ceruknyaMaka tidak mengadap kepadanya batu dan pokok melainkan berkata: assalamu alaika ya rasulullah!. Disini kita mempersoalkan : adakah Ali r.a memahami bahasa pokok dan batu hinggakan dia mengetahui bahawa ia mengucap salam kepada rasulullah s.a.w.m? Kita katakan ; iajika tidak tentu dia tidak meriwayatkannyaBagaimana dia boleh meriwayatkan sesuatu yang dia jahilkan. Allah subhanahu wa taala mengajarkan Ali yang Dia redhai dan memuliakan mukanya pada saat-saat itu akan bahasa pokok dan batu batanseperti mana dia mengajarkan sahabat yang menyaksikan mukjizat zahir ini akan tuturan bendabenda ini..Semuanya dengan kadar penyaksiannya dan dengan kadar apa yang menjadikannya memahami mukjizat yang berlaku dihadapannyaMaka Dia jalla jalaluhtidak mengajar mereka melainkan kadar yang lazim untuk memahami mukjizat ini. Keberkatan Pada Makanan Tidak terhenti mukjizat-mukjizat Muhammad s.a.w.m dengan benda-benda kerasMukjizat-mukjizat itu semuanya adalah mukjizat-mukjizat untuk menetapkan orang mukmin dan menambahkan keimanan merekadan supaya orang yang ada pada hati mereka penyakit mengetahui bahawa Islam adalah ugama yang sebenar. Abu Bakar telah menyediakan bagi rasulullah s.a.w.m makanan yang cukup untuk mereka bedua ketika keduanya tiba diMadinah pada hari hijrah. Maka berkata s.a.w.m : jemputlah tiga puluh orang daripada orang-orang yang dihormati dari kalangan Ansar, maka abu Bakar menjemput mereka, lalu mereka makan sehingga kenyangkemudian dia berkata: jemputlah enam puluh orang, maka mereka makan hingga kenyangKemudian dia berkata: jemputlah tujuh puluh orang maka mereka makan hingga kenyang. Maka apabila mereka melihat mukjizat inikesemua mereka memeluk Islam. Pernah sahabat-sahabat mendengar tasbih makanan dihadapan rasulullah s.a.w.m, dan makan beratus-ratus orang dari satu pinggan yang memadai dua orang atau beberapa orangSelesai semuanya daripada mengambil makanan itu tinggal

pada makanan itu lebih banyak daripada apa yang asal ada padanya. Maka seolaholah makanan itu dibantu dengan bantuan-bantuan daripada langit. Inilah sebahagian mukjizat-mukjizat rasulullah s.a.w.m dengan benda-benda keras. Sungguhnya kami telah meriwayatkannya diatas jalan contoh bukan bilanganMaka padanya penetapan dengan bahawa rasulullah s.a.w.m telah diutuskan sebagai rahmat kepada sekelian alam, dan bahawa segala jenis-jenis bumi berlumba-lumba untuk berkhidmat kepadanyaKesemuanya nampak ada pada rasul yang mulia ini rahmat yang mereka tunggu-tunggu. Mukjizat Tanpa Had Rasulullah swm tidak cuba membangsakan kepada dirinya satu mukjizat pun atau menyentuh tentang sebab-sebabnyabahkan ketika wafat anaknya s.a.w.m Ibrahimberlaku gerhana matahari, maka berkata sahabat-sahabat gerhana ini dengan sebab kematian IbrahimMaka terus rasulullah s.a.w.m berwudhuk dan naik keatas mimbar lalu berkata : sungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda daripada tanda-tanda Allah, tidak keduanya gerhana kerana kematian sesaorang dan tidak kerana hidupnya. Seperti inilah kita lihat bahawa rasulullah s.a.w.m tidak pernah berhajat kepada mukjizat-mukjizat zahir untuk menetapkan kerasulannyadan bilamana dia melihat orang ramai membangsakan satu mukjizat kepada dirinya sedangkan sebenarnya bukan seperti itu dia bangun menafikannya dengan keras dan bersungguh-sungguhsepertimana dia menafikan iktikad-iktikad yang salah dikalangan manusia. Akan tetapi apa yang jelas lagi sabit adalah bahawa mukjizat-mukjizat itu berkhidmat kepadanyasepanjang hayatnya. Apabila nabi-nabi yang terdahulu mempunyai satu atau dua atau tiga mukjizatmaka sungguhnya rasul kita yang mulia mempunyai mukjizat-mukjizat yang tidak mungkin dihingga. Sungguhnya keberkatan menghubunginya s.a.w.m, kemana sahaja dia pergiMaka pada hari hijrah, rasulullah s.a.w.m mengusap labu susu kambing yang dimiliki oleh seorang perempuan yang dipanggil Ummu Mabad, kambing itu sebelumnya tidak mengeluarkan susu. Maka penuh ia dengan susu. Lalu dia dan Abu Bakar memerahnya dan meminumnya, dan penuhlah bekas susu untuk minuman perempuan itu! Apabila adalah sesuatu mukjizat ditujukan kepada orang yang melihatnya, kerana benda zahir tidak dikasad dengannya melainkan orang yang melihatnyamaka kita bangkang atas orang yang mendakwa bahawa rasulullah s.a.w.m tidak mempunyai mukjizat-mukjizat zahir yang menguatkan kerasulannya, kerana mukjizat besar telah datang pada manhajnya iaitu al-Quran al-karimyang ianya masih sentiasa menjadi mukjizat hingga sekarang dan kekal sebagai mukjizat hinggga keHari Kiamat. Walau bagaimana pun Allah subhanahu wa taala hendak menetapkan rasulNya dan orang mukmin dengan mukjizat yang banyakmaka Dia tidak membiarkan mereka goyah berhadapan dengan kekurangan air atau kekurangan makanansedang mereka itulah orang mukmin yang Allah subhanahu wa taala amanahkan atas menyebarkan ugamanya didunia ini dan menyampaikan manhajNya keseluruh alam. Sungguhnya mukjizat-mukjizat itu telah datang kepada merekasepertimana ia telah mendatangi nabi-nabi yang dahulu, sekalipun ia berganda-ganda dengan menjadi besar daripada boleh dihinggakerana mempermuliakan Muhammad s.a.w.mTidaklah mukjizat rasulullah s.a.w.m terhenti pada benda-benda keras sahaja bahkan melangkau kepada tumbuhan dan haiwan jugauntuk ia meliputi seluruh alam ini. Telah berlaku mukjizat zahir dengan tumbuhantelah para sahabat menyaksikannya dan melihatnyadan dengan haiwan dan manusiauntuk menetapkan keimanan mereka dan menenangkan dada mereka supaya mereka

merasakan kemanisan imandari tempat minum air tawarMuhammad s.a.w.m. Inilah apa yang kita akan bicarakan pada fasal berikut. Fasal Kelima Mukjizat Dengan Tumbuhan, Haiwan Dan Manusia Telah kita bicarakan mukjizat rasulullah s.a.w.m dengan benda-benda kerasyang ianya satu jenis daripada jenis-jenis bumidan telah kita sebutkan beberapa contoh sahaja daripada apa yang telah berlaku yang diriwayatkan oleh sahabat-sahabat yang sangat dipercayaiyang kita percayai mereka pada menyampaikan kepada kita al-Quran al-karimDengan ringkas akan kita bicarakan tentang beberapa contoh daripada mukjizat-mukjizat yang banyak berlakuuntuk menerangkan harmoninya alam semesta ini dengan rasulullah s.a.w.m. Seorang darat meminta nabi s.a.w.m agar memberinya memandang satu tanda atas bahawa dia adalah rasulullahMaka kata rasulullah kepadanya sambil menunjuk kepada sebatang pokok yang berhampiran : katakan kepada pokok itu, rasulullah memanggil kamu. Maka dia pun memanggilnya, maka condong pokok itu kekanan dan kekiri, kehadapan dan kebelakang...kemudian putus-putus akarnya, kemudian datang ia membelah bumi dengan menarik akarnya berdebudebuhinggakan ia berhenti dihadapan rasulullah s.a.w.m seraya berkata: assalamu alaika ya rasulullahMaka berkata orang darat itu kepada rasulullah s.a.w.m: suruhlah ia supaya kembali ketempat tumbuhnyaMaka kembali pokok itu dan menjulurkan akarnya kedalamtanah kemudian samalah ia sepert sedia. Maka berkata orang darat itu : aku beriman dengan Allah dan dengan rasulnya, dan dia pun mengisytiharkan Islamnya. Pernah rasulullah s.a.w.m berada diHujun (satu bukit diMakkah) dalam perasaan sayu dengan sebab gangguan orang-orang musyrikin terhadapnya, maka dia berkata ya Allah berilah aku pandang pada hari ini satu tanda yang tidak aku pedulikan selepasnya orang yang mendustakan aku.Maka diperintahkan dia, maka dia memanggil sebatang pokok dari arah ahli Madinah, maka datang pokok itu dengan membelah bumi hinggakan berhenti ia pada rasulullah s.a.w.mkemudian dia menyuruhnya kembali, maka kembali ia kepada tempatnyaMaka berkata s.a.w.m : tidak aku pedulikan selepas ini orang yang mendustakan aku dari kalangan kaumku. Salman al-Farsi r.a adalah seorang hamba kepada seorang Yahudi, rasulullah s.a.w.m menyuruh sahabat-sahabatnya membebaskannyaMaka mereka pergi kepada Yahudi itu, untuk memberikan kepadanya apa yang dia kehendaki, tetapi dia mensyaratkan agar Salman menanam untuknya seratus pokok tamardan sentiasa menjirusnya hinggakan ia berbuahMaka datang rasulullah s.a.w.m dan dia menanam seratus pokok untuk Salman dengan dua tangannya yang mulia melainkan satu pokok, menanamnya Umar bin al-KhattabMaka berbuah semua pokok tamar yang ditanam oleh rasulullah pada tahun yang rasulullah s.a.w.m menanam padanya melainkan satu pokokMaka kata rasulullah s.a.w.m: siapa yang menanamnya?Mereka berkata: UmarKemudian rasulullah s.a.w.m menanamnya dengan tangannya yang mulia maka berbuah ia pada tahun yang sama. Apabila rasulullah s.a.w.m berjalan pada satu jalan, tidak mengikuti jalan itu oleh seorang melainkan dia mengetahui bahawa rasulullah telah melaluinyakerana wangi peluhnya dan bau harum yang keluar dari tubuhnya yang muliadan adalah pokok-pokok dan batu-batu dan semua yang dia lalu padanya menyaksikannya dengan risalah dan mengucap salam kepadanya. Jenis-Jenis Alam Dan Penyaksiannya Terhadap Rasulullah Setiap jenis dari jenis-jenis alam semesta tergagahkerana keadaannya yang tergagah itu ia boleh melihat apa yang tidak boleh kita lihat dan mengetahui

apa yang tidak kita ketahuial-Quran al-karim memberi kepada kita satu contoh pada bagaimana hud-hud mengetahui apa yang tidak diketahui oleh Sulaiman a.sBacalah kataNya taala :

.
artinya : maka diam Sulaiman sebentar, lalu datanglah kepadanya hud-hud dan berkata: aku ketahui
apa yang tidak kamu ketahui, dan aku bawa perkhabaran yang yakin dari negeri Saba. Aku dapati seorang perempuan memerintahnya dan diberikan kepadanya segala sesuatu dan dia mempunyai singgahsana yang besar. Aku dapati dia dan kaumnya tidak menyembah Allah dan menyembah matahari. Syaitan menghias kepada kepada mereka pekerjaan itu dan menegah mereka dari jalan yang lurus lalu mereka tidak mendapat petunjuk. an-Naml: 22-24.

Dari mana hud-hud mengetahui sedang dia pada pandangan kita adalah seekor burung yang tidak berakal?Dari mana dia ketahui bahawa kerajaan ini adalah Saba...dan bahawa mereka sujud kepada matahari bukannya Allahdan bahawa syaitan menghiasi kepada mereka amalan mereka maka mereka tidak mendapat petunjukIanya adalah kelancaran kudrat Allah yang tidak kurang ilmuNya walau pada satu kejadian atau pada satu jenis. Sebahagian orang mempersoalkan tentang kedudukan akal pada mukjizatmukjizat iniKita katakan : apa penglibatan akal pada mukjizat?Sungguhnya akal secara semula jadinya lemah dari mendapat atau mengujudkan tafsiran tentangnyakerana jikalau adalah ia perkara biasa yang berulang-ulang lagi menepati akal bukanlah ia mukjizatkerana mukjizat adalah tercarik peraturanperaturan alam semesta yang biasa dengan manusia. Jika tidak maka katakan kepada saya ; adakah menepati akal bahawa api tidak membakar? Sepertimana yang berlaku pada Ibrahim a.satau bahawa laut terbelah dengan tongkat Musa kemudian kembali seperti asal? atau pisau yang tajam tidak menyembelih sepertimana yang berlaku pada Ismail a.s? atau sopak dan kusta sembuh dengan sentuhan Isa a.s? Semua perkara-perkara ini dimaksudkan dengannya benar-benar sebagai mukjizatyang lemah padanya akal-akal manusiadan tidak berdaya ia sampai kepadanya dan tidak juga mengetahui rahsia-rahsianya Sungguhnya Allah subhanahu wa taala, Dialah yang mensabitkan rasulrasulNyaDia hanya mensabitkan mereka dengan mukjizat yang mengatasi kemampuan-kemampuan akal manusiahinggakan semua manusia mengetahui bahawa ianya adalah dari kudrat Allah dan bukannya daripada kudrat manusia. Jikalau kita cuba mengkiaskan mukjizat dengan akal kita nescaya kita akan mengeluarkannya dari keadaannya mukjizatMaka batasan akal adalah pada perkara-perkara keduniaan sahajakemudian terhentiApabila seorang daripada kita cuba mengkiaskan mukjizat dengan akalnya kita katakan kepadanya: hentikankerana ini bukannya tugas akal, dan bukan pada kemampuannya. Adakah kamu mampu dengan akal kamu mentafsirkan bagaimana Allah mengangkat gunung keatas nabi Musa dan kaumnya?Adakah gunung itu kurang ketebalannya daripada udara hinggakan ia boleh melayang-layang dan terangkat padanya?Bacalah kataNya subhanahu wa taala:

.
artinya: ketika kami tinggikan bukit diatas mereka, seolah-olahnya menaungi mereka, dan mereka
menyangka bahawa ia akan jatuh menimpa mereka: ambillah apa yang kami datangkan kepada kamu dengan bersungguh-sungguh dan ingatlah apa yang ada padanya, mudah-mudahan kamu bertakwa. al-Anam: 171.

Apabila kamu gunakan akal kamu, adakah ia mampu sampai kepada rahsia ini?Jawabnya dengan putus adalah tidakkerana masaalah ini perlu kepada keimanan dengan bahawa Allah atas setiap sesuatu adalah tuhan yang berkuasa, dan bahawa tidak melemahkanNya sesuatu dibumi dan tidak dilangitdan segala sesuatu yang Allah taala jadikan ada padanya sifat hidupsatu bentuk kehidupan yang bersesuaian dengan tugasannya dan yang tidak kita fahaminyasegala sesuatu bertasbih kepada Allahtunduk kepada kehendakNya. Sepertimana menangis batang tamar dan didengari ia merintihseperti itulah berjalan pokok kepada rasulullah s.a.w.mdan sepertimana yang aku katakan bahawa mukjizat-mukjizat zahir ditujukan kepada orang yang memandangnyaSemua apa yang dituntut dari kita adalah kita memastikan bahawa orang yang menyaksikannya dan meriwayatkannya kepada kita adalah daripada orang-orang awal yang dipercayaiAdapun mukjizat-mukjizat yang disebut didalam al-Quran maka ia dipercayai dengan al-Quran al-karim itukalam Allah subhanahu wa taala yang tidak mendatanginya kebatilan dihadapannya dan dibelakangnya Memadailah Allah sebagai saksi. Tentang mukjizat-mukjizatnya s.a.w.m dengan alam haiwan meriwayatkan kepada kita imam Ahmad dari Yala bin Murrah ath-Thaqafi ra, berkata dia : sedang kami berjalan dengan rasulullah s.a.w.m dalam satu perjalanan, lalu kami pada seekor unta yang tuannya mengambil air dengannyaMaka tatkala unta itu melihat nabi s.a.w.m ia mengeluarkan suara yang tinggimaka berhenti nabi s.a.w.m dan berkata : mana tuan unta ini?Maka datang tuannyaMaka nabi s.a.w.m meminta darinya supaya dia menjualkan unta itu kepadanyaMaka berkata tuan unta itu : bahkan kami berikannya kepada kamu wahai rasulullahdan bahawa ia bagi ahli rumah yang tidak ada bagi mereka pencarian hidup selainnyaMaka berkata nabi s.a.w.m : kerana kamu telah sebutkan ini keadaannya, sungguhnya unta ini mengadu terlalu banyak kerja dan sedikit makanan, maka buatlah baik kepadanya. Ini adalah satu mukjizat bagi rasulullah s.a.w.mbagaimana tidak mengadu unta itu kepada orang yang datang sebagai rahmat sekelian alam bagi semua jenisjenisnya. Unta ini mengetahui bahawa rasulullah s.a.w.m datang sebagai rahmat kepada sekelian alamlalu ia mengadu kepadanya tentang kezaliman manusiaAllah subhanahu wa taala memberi tahu rasulnya s.a.w.m apa yang dikatakan oleh unta ituhinggakan dia dapat menunaikan tugasnya dengan nisbah jenis-jenis alam semuanyaMaka rasulullah s.a.w.m masuk campur kerana dia adalah rahmat kepada sekelian alam, yang dihadiahkan kepada mereka, dan dia mengangkatkan kezaliman dari unta itu. Kadang-kala berkata sebahagian manusiaadakah sahabat-sahabat memahami percakapan unta?Kita katakan samaada mereka memahaminya atau rasulullah s.a.w.m mengkhabarkannya kepada merekamaka semata-mata rasulullah s.a.w.m mengkhabarkannya menjadikan kita memperbenarkannya dan berasa pasti bahawa ianya telah berlakukerana rasul aswm tidak berkata-kata melainkan kebenaran dan dia tidak berkata-kata dari hawa nafsunyaHanya yang dituntut dari kita agar kita pastikan bahawa rasulullah s.a.w.m sungguh telah berkataMaka jika dia berkata diperbenarkan dia. Apabila kita membincangkan tentang rasulullah s.a.w.m sebagai rahmat kepada sekelian alammaka tidak dapat tidak kita sebutkan burung kelicap yang telurnya diambil orang dari sarangnyalalu datang ia kepada rasulullah s.a.w.m mengaduMaka berkata rasulullah s.a.w.m : siapakah yang menjadikan burung ini sedih dengan sebab dua anaknya?Mereka berkata: kamiKatanya: pulangkanlah keduanya sebagai rahmat padanya. Seekor kijang, yang lalu padanya rasulullah s.a.w.m sedang ia ditambat kepada khaba1 seorang darat, maka ia berkata: wahai rasulullah lepaskanlah aku
1. tempat tinggalnya diperbuat dari bulu binatang.

supaya aku boleh pergi untuk aku menyusukan anakkukemudian aku akan kembali maka engkau tambatlah aku semulaMaka kata rasulullah s.a.w.m: kamu buruan orang dan tambatan orangdan dia membuka ikatannya, maka tidak lama kijang itu berada dengan anaknya, kemudian ia datang walhal telah susut apa yang didalam labu susunya. Maka rasulullah s.a.w.m menambatnya dan pergi kepada tuannya lalu dia meminta mereka memberikan kijang itu kepadanya, lalu mereka memberikannya kepadanya, kemudian dia melepaskannya. Dhab yang didatangkan oleh seorang darat kepada majlis rasulullah s.a.w.m, dan orang darat itu berkata : demi Lata dan Uzza tidak aku beriman dengan engkau hingga beriman dengan engkau dhab inidia mengeluarkan seekor dhab dari lengan bajunya dan mencampakkannya kehadapan rasulullah s.a.w.mLalu berkata rasulullah s.a.w.m: wahai dhabMaka menjawab dhab itu dengan lidah arab yang didengar oleh orang ramai semuanya: aku mentaati kamu dan bahagialah kamu wahai perhiasan orang yang sempurna berdirinyaMaka berkata rasulullah s.a.w.m: siapakah yang kamu sembah wahai dhab?Katanya: tuhan yang dilangit arasynya dan diatas bumi kerajaannya dan dilaut jalannya dan disyurga rahmatnya dan dineraka siksaannya. Maka berkata rasulullah s.a.w.m: maka siapakah aku ini wahai dhab?Maka katanya: engkau rasul tuhan sekelian alam dan penyudah nabinabisungguhnya berjayalah orang yang memperbenarkan engkau dan rugilah orang yang mendustakan engkau. Maka beriman orang darat itu. Sebahagian orang mempersoalkan, bagaimana dhab mampu berkata-kata dengan bahasa arab, dan mengatakan kata-kata ini? Kita katakan kepada semua mereka ini: adakah tidak kamu baca kata al-Haq subhanahu wa taala:

.
artinya: dan apabila telah tiba kata-kata janji siksa itu keatas mereka, kami keluarkan bagi mereka
binatang yang melata dari dalam bumi, yang mengatakan kepada mereka bahawa manusia tidak yakin kepada ayat-ayata Kami. an-Naml: 82.

Kalau begitu maka ada disana tanda besar akan berlaku apabila hampir berdirinya kiamatBilamana maju peradaban dan manusia menyangka bahawa mereka mula menguasai segala sesuatu dengan diri merekaMaka Allah tabaraka wa taala mendatangkan mukjizat yang mencabar merekaSedang ilmu ketika itu telah sampai kepada bulan dan MarikhSungguhnya Allah subhanahu wa taala telah membukakan daripada rahsia-rahsia ilmuNya apa yang menjadikan mereka terpedaya dengan ilmu mereka dan diri merekaMaka Allah jalla jalaluh mendatangkan satu mukjizat yang mencabar mereka dan tidak mereka kuasa atasnya Sungguhnya ilmu yang Allah berikan kepada makhluknya dan menunjukkan mereka kepadanya telah merealisasikan banyak perkaraakan tetapi ia adalah ilmu yang terhadlagi dangkalMaka ia tidak mungkin menjadikan binatang bercakapLalu Allah subhanahu wa taala mendatangkan binatang dari dalam bumi yang bercakap dengan merekauntuk memperlihatkan kepada mereka kelemahan mereka dihadapan kudratNya jalla jalaluhApabila adalah percakapan binatang itu satu perkara yang yakin didalam Quran al-karimsekalipun tidak lagi datang waktunya maka janganlah kamu hairan apabila Allah menguatkan rasulnya dengan mukjizat yang samauntuk memenuhkan iman pada hati-hati yang ujud pada mana-mana tempat dan mana-mana zaman! Telah kita riwayatkan pada fasal yang lalu sebahagian mukjizatnya s.a.w.m dengan nisbah sebahagian jenis alam dilangit dan bumidaripada benda keras dan haiwan dan burungdan seterusnyaAda juga bagi rasulullah s.a.w.m mukjizatmukjizat yang banyak dengan manusia Kita sebutkan sebahagian daripadanya, pada masa keluarnya s.a.w.m dari rumahnya berhijrahMaka sungguhnya telah mengepung rumahnya oleh pemuda-pemuda Quraisy yang paling kuat dengan membawa pedang mereka, untuk membunuh penghulu sagala rasul-rasul ituTidak

ada disana, dengan nisbah sebab-sebab dunia, kelepasan dari bahaya itu. Maka rasul s.a.w.m berada didalam rumahnya sedang mereka mengepung rumahnya ituWalau bagaimana pun Allah subhanahu wa taala mengambil cahaya dari mata mereka pada saat keluar rasul aswmMaka tidak mata mereka melihat sesuatuKeluarlah rasul aswm dan mengambil seraup tanah dan mencampakkannya keatas mereka seraya berkata: kejilah segala mukamukasedang mereka tidak bergerakbahkan seolah-olah telah dicabut dari mereka kehidupan mereka. Sebahagian orang mengatakan: telah dicampakkan tidur kepada merekaKita katakan: adakah manusia tidur sedang mereka berdiri?Manusia kadang-kadang tidur dalam duduk atau mengereng atau telentangakan tetapi dia tidak tidur dalam keadaan berdiriApabila berlaku dimana dia tidur dalam berdiri maka dia akan tersungkur ketanah serta-mertaakan tetapi kafir-kafir Quraisy itu terus berdiri dengan pedang-pedang pada tangan-tangan merekaWalau bagaimanapun mereka tidak melihat sesuatuhinggakan selepas rasulullah mencampakkan tanah keatas kepala mereka, tidak mereka menyedari sesuatu dan tidak merasakan sesuatu, melainkan selepas jauh nabi aswm dari mereka dan tidak dapat mereka menangkapnya. Itulah satu daripada mukjizat hijrah yang berlaku bagi rasulullah s.a.w.mDemikian itu kerana mata tidak melihat melainkan dengan izin Allah dan tangan tidak bergerak melainkan dengan izin Allahdan kaki tidak melangkah melainkan dengan izin Allahwalhal sungguhnya Allah subhanahu wa taala telah cabutkan kekuatan memandang dari mata mereka yang berdiri di sekeliling rumah rasulullah s.a.w.m itudan menanggalkan dari tubuh mereka kekuatan bergerakBilamana mereka sedar adalah setiap sesuatu telah selesai. Daripada mukjizat-mukjizat hari hijrah adalah ketika berhijrah nabi s.a.w.m dan Abu bakar as-siddiq secara rahsiamenggilalah orang-orang gila Quraisy, maka mereka menghantar orang menyeru kabilah-kabilah badwi bahawa siapa yang dapat menangkap Muhammad dan sahabatnya dan memulangkan keduanya keMakkah akan diberi ganjaran dua ratus ekor unta betina yang bunting Suraqah bin Malik berasa tamak yang gagah, pada menghasilkan ganjaran itu, dia adalah seorang Parsi Lalu dia pun menunggang kudanya dan bertolak, dengan hasrat mendapatkan nabi dan sahabatnyaKetika dia melihat keduanya dan menghampiri keduanya kudanya terjerlus pada pasir hingga kelututnyalalu dia jatuh darinyadan cuba membangkitkannya, kemudian terjerlus sekali lagiMaka Suraqah pun meminta tolong dengan orang yang dia hendak bunuhdia meminta tolong dengan nabi s.a.w.m, maka bangkit kudanya. Akan tetapi Suraqah masih didampingi oleh ketamakkannya pada harta selepas kelepasannya itu!! Maka dia cuba untuk mengekori nabi s.a.w.m dan sahabatnyaKemudian terjerlus kudanya sekali lagi, lalu dia meminta tolong dengan rasulullah s.a.w.m sekali lagiDia mengulang percubaannya untuk kali ketiga maka berlaku perkara yang sama!! Ketika itu dia mengetahui bahawa Allah memang memelihara rasulnyaMaka dia berjalan kepada rasulullah s.a.w.m, Suraqah menawarkan kepada rasulullah s.a.w.m untuk mengambil hartanya apa yang dia kehendakiakan tetapi rasulullah s.a.w.m menolakKemudian dia berkata: wahai rasulullah aku akan kembali kepada tempat aku datangdan aku hendak engkau tulis untukku surat keamananMaka rasulullah s.a.w.m menulis untuknya satu surat, kemudian dia berkata: bagaimana keadaan engkau wahai Suraqah ketika engkau memakai gelang-gelang Kisra? (iaitu apa yang dia pakai ditangannya)Maka kata Suraqah : Kisra bin Hurmuz?Kata nabi: ia Masa berlalu dan sampai zaman Umar bin al-Khattabmenanglah orangorang Islam atas Parsi, dan Kisra melarikan dirimeninggalkan semua apa yang ada didalam istananya daripada harta kekayaannyayang diantaranya gelanggelang KisraApabila didatangkan ghanimah kepada Umar bin Khattab sedang

ketika itu Suraqah duduk disisinya, lalu Umar memakaikannya dua gelang KisraKetika itu teringat Suraqah apa yang dikatakan oleh rasulullah s.a.w.m dahululalu berlinang kedua matanya dengan air mata. Pada gua hira sedang rasul berhijrah keMadinahsampai kuffar kemuka gua ituberkata pengesan jejak: sungguhnya kesan tapak kaki telah berhenti disiniBerkata abu Bakar r.ajikalau seorang daripada mereka memandang kepada tempat dua tapak kakinya tentu dia nampak kamiAkan tetapi rasulullah s.a.w.m berkata kepadanya: apa sangka kamu wahai Abu Bakar tentang dua orang dan Allah yang ketiga bagi kedua orang itu Sungguhnya rasul yang mulia ini hendak menarik perhatian Abu Bakar kepada bahawa kedua mereka didalam penyertaan Allah taala bantuanNya meliputi merekaAllah subhanahu wa tala tidak dilihatkerana demikian setiap orang yang berada didalam penyertaanNya tidak dilihat oleh seorang pun dan tidak mampu mengetahui tempat merekaKerana demikian itulah apa sahaja yang kuffar pandang maka mereka tidak nampak rasulullah s.a.w.m dan Abu Bakar as-siddiq Sarang labah-labah atau telur merpati tidak menghalang kuffar dari memasuki gua ituKerana jikalau akal mereka mengatakan bahawa tidak masuk akal rasulullah s.a.w.m bersembunyi didalam gua inimaka yang mumkinnya adalah mereka memasukinya untuk memuaskan hati mereka pada bahawa tidak didapati seorang pun didalamnyaAkan tetapi Allah subhanahu wa taala, Dialah yang mengawal lintasan-lintasan hati dan akal pemikiranDia menjadikan demikian itu tidak terlintas didalam hati merekahinggakan sekiranya mereka memasukinyanescaya penyertaanNya menghalang mereka dari nampak. Keberkatan Rasulullah Yang Mulia Adalah kehidupan rasulullah s.a.w.m dipenuhi oleh keberkatankeberkatan yang sentiasa sahabat menyaksikannya dan mengkaguminya Apa keberkatan itu? Ianya adalah memberikan sesuatu lebih daripada zahirnyaMaka apabila ada disana semangkok makanan yang memadai dua orangdan duduk empat atau lima orang lalu mereka makan hingga kenyangdikatakan makanan ini ada padanya keberkataniaitu sumbangannya lebih dari zahirnyaKemudian apabila kamu ambil sepotong kain sebagai contohdan kamu pergi kepada tukang jahit, lalu dia mengukurnya dan mengatakan ianya kurang setengah meter atau satu meter dari yang memadai untuk membuat baju kamukemudian dia memotongnya maka tiba-tiba ianya mencukupi dan berlebihKita katakan bahawa kain itu ada padanya keberkatan. Rasulullah s.a.w.m ada pada tangannya keberkatantidak dia meletakkan tangannya pada satu makanan melainkan makanan itu bertambah untuk mencukupkan ramai orang dan berlebih pulaAdalah rasulullah s.a.w.m tidak berdoa untuk seorang manusia dengan berkat razekimelainkan bertambah razekinya dan melimpah ruah ia dari keperluannyaTidak dia menanam sepokok tamar melainkan ia berbuah pada tahun yang sama. Rasulullah s.a.w.msuatu masa pergi menziarahi seorang sahabatnya, Abu TalhahBilamana Abu Talhah mendengar suara rasul aswm, sedang sampai kepadanyadia berkata kepada isterinya Ummu Sulaim: sungguhnya aku dengar suara nabi a.s.w.m perlahan, maka aku tahu bahawa dia didalam keadaan laparAdakah disisi kamu sesuatu untuk kita hidangkan kepadanya?Maka kata Ummu Sulaim : ia. Dia keluarkan beberapa keping roti gandum yang leper, kemudian dia mengambil tudung kepalanya. Kemudian dia melapiskan roti itu dengan sebahagiannyakemudian aku (Ummu Sulaim) sembunyikan sebahagiannya dalam bajuku dan aku jadikan sebahagiannya penudung kepalakuKemudian dia mengutuskan aku kepada rasulullah s.a.w.m, maka pergilah aku dengan roti itu, dan aku dapati rasulullah s.a.w.m bersama orang ramaiMaka aku berdiri diantara mereka lalu berkata rasulullah s.a.w.m: adakah

Abu Talhah mengutuskan kamu? Kataku: iaMaka berkata rasulullah s.a.w.m...bangunlah sekelian kamukemudian berjalanlah. Maka aku pun berjalanlah dihadapan mereka ituhingga apabila sampai aku kepada Abu Talhah aku khabarkan dia. Maka berkata Abu Talhah : wahai Ummu Sulaim! sungguhnya rasulullah s.a.w.m telah datang dengan orang ramaisedangkan tidak ada disisi kita apa yang kita hendak jamu merekaMaka berkata Ummu Sulaim : Allah dan rasulnyalah yang mengetahuiKemudian pergilah Abu Talhah bertemu rasulullah s.a.w.m, maka berjalan rasulullah s.a.w.m dengannya hinggakan masuk ia kedalam rumahdan berkata rasulullah : datangkanlah wahai Ummu Sulaim apa yang ada pada kamumaka Ummu Sulaim mendatangkan roti itu, lalu rasulullah s.a.w.m menyuruh roti itu dipecah-pecahkan, lalu dia melakukannyaUmmu Sulaim memerah susu kambing miliknya hinggakan ia mengeluarkan darah Kemudian berkata rasulullah aswm padanya apa yang Allah dikehendaki dia mengatakannyakemudian dia berkataizinkan sepuluh orang masuk, lalu diizinkan mereka, lalu mereka makan hingga kenyang, kemudian mereka keluarkemudian rasulullah berkataizinkan sepuluh orang, lalu diizinkan mereka lalu mereka pun makan hingga kenyangSeperti inilah makan daripada kaum itu dan kenyang seramai tujuh puluh atau lapan puluh orang. Disana terdapat banyak riwayat tentang bagaimana rasulullah s.a.w.m, merawat kanak-kanak yang koma semenjak lahirnya, hinggakan sampai umurnya tujuh tahunkemudian sembuh ia dari sakitnya. Semua mukjizat-mukjizat ini dan lainnyatidak dapat tidak kita ambil dan kita ketahui dengannya bahawa rasulullah s.a.w.madalah penyudah nabi-nabidan bahawa dia aswm sungguh telah diberikan perkara-perkara yang tidak diberikan kepada nabi-nabi sebelumnyaMaka sungguhnya telah berkata aswm diberikan kepadaku lima perkara yang tidak diberikan kepada seorang pun sebelumku: adalah semua nabi dibangkitkan khusus kepada umatnya sahajadan dibangkitkan aku kepada semua yang merah dan yang hitamdan dihalalkan bagiku rampasan perang yang tidak dihalalkan bagi seorang pun sebelumkudan dijadikan bagiku bumi seluruhnya baik dan suci dan sebagai masjidmaka mana-mana lelaki yang mendapatnya sembahyang sembahyanglah dia ditempat-tempat dia beradadan ditolong aku dengan gerun atas musuh dalam jarak perjalanan sebulandan diberikan aku syafaat. Adalah rasulullah s.a.w.m ketika dia sedang berjalan boleh melihat sahabatsahabatnya yang didepannya dan yang dibelakangnyaSungguhnya Allah tabaraka wa taala menjaganya dengan memeliharanya dari setiap yang menyakitiMaka kataNya jalla jalaluh:

.
artinya: wahai rasul! sampaikanlah apa yang diturunkan kepadamu dari tuhanmu, dan jika kamu tidak melakukannya maka tidaklah kamu menyampaikan risalahNya, dan Allah menjaga kamu dari manusia, sungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir. al-Maidah: 67. Ketika turun ayat yang mulia inirasulullah s.a.w.m menghentikan sahabatsahabatnya yang bergilir-gilir menjaganyadan menjaganya Allah subhanahu wa taala dari setiap kejahatanMaka sungguhnya Jibril a.s datang kepadanya untuk menyedarkannya tentang apa-apa bahaya. Walau bagaimana pun disana terdapat beberapa mukjizat yang tidak dapat tidak kita sebutkan, iaitu mukjizat dengan jinKetika rasulullah s.a.w.m melihat syaitan daripada jin sedang dia pergi kemasjiddan rasulullah s.a.w.m menahannyahampir-hampir dia mengikatnya pada tiang masjid supaya berhenti atasnya usikan syaitan ituakan tetapi dia berkata : aku ingat doa saudaraku

Sulaiman wahai tuhanku berikanlah kepadaku kerajaan yang tidak sewajarnya bagi seorang pun selepasku, lalu dia melepaskannya. Seperti inilah kamu lihat adab rasulullah s.a.w.mdan betapa dia adalah makhluk yang agongdan betapa dia menghormati doa Sulaiman a.s. Sungguhnya telah kita bentangkan pada fasal ini sebahagian mukjizatmukjizat zahir bagi rasulullah s.a.w.m dengan semua jenis-jenis alamIanya adalah mukjizat yang kita percayai kerana ianya datang dengan kukuh dari rasulullah s.a.w.mdan kerana ia dikasadkan dengannya penetapan orang-orang yang beriman dan menarik perhatian orang-orang kafir kepada bahawa ugama ini adalah ugama yang haq, lalu mereka beriman dengannyaAkan tetapi kita tidak mengingati semua mukjizat-mukjizat itukerana kita mengetahui bahawa mukjizat zahir ini ditujukan kepada orang yang melihatnya Sungguhnya Allah subhanahu wa taala telah memberikan kepada rasulnya aswmmukjizat yang berpanjangan lagi kekal hingga keHari Kiamat, iaitu al-Quran al-karim, sepertimana Dia membantunya dengan mukjizat zahiruntuk menetapkan orang mukmin dan menolak cabaran orang-orang kafir. Tinggal selepas demikian itu satu persoalan;sungguhnya orang-orang kafir menuntut dari rasulullah s.a.w.m beberapa mukjizat yang tertentudan adalah mendatangkannya menolak mereka yang kafir itu dan membatalkan hujah mereka. Fasal Keenam Mukjizat Yang Tidak menjadi Kenyataan Allah subhanahu wa taala memberikan kepada rasulnya s.a.w.mmukjizatmukjizat zahir yang banyak, telah kita bicarakan beberapa contoh darinyaIanya meliputi setiap jenis-jenis alam yang datang rasulullah s.a.w.m sebagai rahmat baginya. Walau bagaimana pun terdapat beberapa mukjizat yang dituntut oleh orangorang kafirdari rasulullah s.a.w.m untuk mereka berimanAllah subhanahu wa taala mengetahui bahawa jikalau andainya menjadi nyata mukjizat-mukjizat itu mereka tetap tidak berimansepertimana ketiadaan menjadi kenyataannya adalah menjadi rahmat bagi merekaApabila kita baca al-Quran al-karim kita boleh dapati kata alHaq subhanahu wa taala:

. .
artinya: mereka berkata: kami tidak akan beriman kepada engkau hingga engkau pancutkan dari bumi
mata air untuk kami, atau ada bagi engkau sebidang kebun tamar dan anggur, lalu engkau alirkan sungai dicelah-celahnya sebenar-sebenar mengalirkan, atau engkau jatuhkan langit berkeping-keping sepertimana yang engkau sangkannya berlaku atas kami, atau engkau datangkan Allah dan malaikat dihadapan kami, atau ada bagi engkau sebuah rumah dari emas, atau engkau naik kelangit. Tetapi kami tidak akan percaya atas kenaikkan engkau itu, melainkan jika engkau turunkan kepada kami sebuah kitab yang dapat kami membacanya. Katakanlah: maha suci tuhanku, aku ini semata-mata seorang manusia yang menjadi rasul. al-Isra: 90-93.

Inilah sebahagian mukjizat yang dituntut oleh kuffar dari rasulullah s.a.w.m mendatangkannya supaya mereka beriman. Ia adalah beberapa mukjizat yang terdapat padanya satu bentuk cabaran dan keingkaran. Rasulullah s.a.w.m menolaknya dengan bahawa dia adalah seorang rasul dari kalangan manusiaInilah setinggi-tinggi makam risalah-risalah langitDemikian itu bahawa manusia dijadikan diatas ikhtiariaitu mereka itu mampu memilih ketaatan atau memilih kemaksiatanMaka apabila dia memilih ketaatan sedang mereka mampu atas maksiatadalah mereka datang kepada Allah kerana cintaCinta ini ialah sebesar-

besar darjat-darjat penyembahan kepada Allah subhanahu wa taalakerana kamu dalam keadaan kuasa atas kemaksiatanakan tetapi kamu memilih ketaatan kerana cinta pada Allah jalla jalaluh. Kerana itu, kita mulakan dengan kisah Ibrahim bapa nabi-nabi aswm, kita dapati kejayaan Ibrahim dari api tidak mendorong orang yang tidak beriman kepada berimaserta bahawa mereka melihat dia tidak terbakar didalam api itu. Kita berpindah kepada kisah nabi Soleh a.sapakah yang dilakukan oeh kaumnya?mereka menuntut darinya agar mendatangkan satu mukjizat, dan berlaku mukjizat itu sepertimana yang mereka tentukanmeraka menuntut darinya agar terbelah seketul batu besar disebuah bukit dan keluar darinya unta yang bunting supaya mereka beriman! Akan Tetapi AdakahMemberi Manfaat Mukjizat-Mukjizat ini ? Nabi Soleh a.s mengadap kelangitdan meminta dari Allah subhanahu wa taala agar menyungguhkan baginya mukjizat ini, supaya beriman kaumnyaAllah memperkenankan rasulnyalalu terbelah batu besar itu dan keluar seekor unta darinya, unta itu bunting sepertimana yang mereka tuntut, kemudian ia melahirkan anaknyaUnta ini sentiasa mendatangi air yang digunakan untuk menjirus tanaman orang-orang kafir itu lalu meminumnya, dan tidak tinggal sedikit pun untuk mereka, akan tetapi sebagai balasannya ia memberikan mereka sejumlah yang besar daripada susuMaka orang-orang kafir itu mengadu bahawa unta ini tidak meninggalkan bagi mereka air yang mencukupiMaka kata Soleh kepada mereka, kita berikan ia minum sehari dan kamu minum sehariIaitu dia membahagikan air itu kepada dua bahagiansehari minum padanya unta itu dan sehari mereka menjirus tanaman mereka Akan tetapi pada hari unta itu minum, air datang dengan banyak, sementara pada hari mereka minum, air yang datang hanya sedikitMereka merasakan bahawa keujudan unta itu adalah satu bahaya atas merekaserta bahawa merekalah yang meminta mukjizat ituMaka mereka menyembelih unta itu, iaitu mereka menghentamnya dengan batu hingga berdarah dua tapak kakinyaketika itu turunlah siksa dari langit lalu mengenai mereka satu tempikkan, lalu ianya membinasakan merekaBacalah kata al-Haq subhanahu wa taala:

. .
Artinya : dan tidak ada yang menegah kami dari menghantarkan ayat-ayat (mukjizat-mukjizat) melainkan bahawa telah memendustakannnya orang-orang yang dahulu. Kami berikan kepada Thamud seekor unta sebagai keterangan, tetapi mereka menganiayainya. Kami tidak mengirimkan ayat-ayat itu melainkan untuk mempertakuti mereka. al-Israk: 59. Kita berpindah selepas itu kepada Musa a.sKita dapati bahawa dia telah mendatangkan tanda-tanda yang banyak kepada Firaun dan kaumnyasampai kepada enam tanda. Ianya adalah tongkat yang bertukar kepada ular untuk membatalkan ahli-ahli sihir Firaun tangan yang keluar dalam keadaan putih bersihKemudian apabila kaumnya terus zalim dan melakukan kerosakkan Allah subhanahu wa taala mengutuskan kepada mereka katak belalangkutudan darahdan mengenakan mereka dalam beberapa tahun dengan kemarau dan kekurangan buah-buahanBacalah kataNya taala:

. .
Artinya : maka kami hantarkan kepada mereka Taufan dan belalang dan kutu dan katak dan darah
sebagai tanda-tanda yang nyata, lalu mereka sombong dan jadilah mereka kaum yang berdosa. alAraf: 133, dan kataNya taala:

.
artinya: sungguhnya telah kami kenakan ahli Firaun kemarau dalam beberapa tahun dan kekurangan
buah-buahan. al-Araf: 130.

Semua tanda-tanda ini datang kepada kaum Firaunakan tetapi ianya tidak menjadikan mereka meninggalkan kekufuran dan menyembah Firaundan beriman dengan risalah Musaserta bahawa mereka menyakini kebenaran tanda-tanda ini! Bacalah pula kataNya taala:

.
artinya: dan mereka mengingkari tanda-tanda itu, serta hati mereka meyakininya, kerana zalim dan melampaui batas. al-Isra: 59. Maknanya mereka yakin bahawa ianya adalah mukjizat-mukjizat Allah subhanahu wa taalaakan tetapi mereka tidak beriman dengannya lantaran sombongan dan degilJelas disini bahawa mukjizat-mukjizat yang Allah jadikan bantuan kepada rasul-rasulNya yang terdahulu tidak menjadikan orang-orang yang kufur berimanbahkan menambahkan mereka sombong dan menentang manhaj Allah subhanahu wa taalaMaka apakah yang mereka katakan?Bacalah kataNya tabaraka wa taala:

. .
artinya: maka mereka berkata: berilah kami nampak Allah dengan jelas, lalu mereka itu disambar petir
dengan sebab kezaliman mereka sendiri. an-Nisa: 153.

Artinya, mereka meminta untuk melihat Allah subhanahu wa taala, sedang Allah ghaib dari kita, dan tidak mereka menyedari bahawa tubuh mereka tidak menanggung cahaya al-Haq tabaraka wa taalaSemua ini adalah bentuk-bentuk melampau manusia terhadap tanda-tanda AllahAllah subhanahu wa taala memberi mereka nampak satu tanda selepas satu, maka mereka tidak berimanhingga bahawa kaum Musa ketika Allah memberi mereka nampak mukjizat besariaitu Allah membelah laut untuk mereka untuk melepaskan diri mereka dari Firaun dan tenteranyakemudian menenggelamkan Firaun dan tenteranya dilaut ituhinggakan tanda ini pun tidak memberi kesan pada merekaSebaik sahaja mereka terlepas dari Firaun dan tenteranyamereka melihat satu kaum menyembah berhala maka mereka berkata kepada Musa : buatlah untuk kami satu tuhan sepertimana ada bagi mereka itu tuhan!! Mereka lupakan Allah subhanahu wa taala yang melepaskan mereka dari maut yang pasti, dan membelahkan laut untuk mereka untuk mengujudkan jalan lari bagi merekaMereka hendak kembali kali kedua kepada menyembah berhala!! Bacalah kata al-Haq subhanahu wa taala:

. . .
artinya: kami selamatkan Bani Israil melintasi laut itu, lalu sampai mereka pada satu kaum yang
menyembah berhala mereka, mereka berkata: wahai Musa, buatlah satu tuhan untuk kami, sepertimana mereka mempunyai tuhan. Katanya: sungguhnya kamu adalah kaum yang jahil. Sungguhnya mereka itu akan binasa dan akan lenyap segala yang mereka buat.al-Araf: 138-139.

Seperti inilah kita lihat bahawa ada disana beberapa kaum bagi rasul-rasul yang laluorang yang menuntut tanda-tanda dari rasul mereka untuk berimanMaka tatkala diperkenankan apa yang mereka tuntut itu mereka mengkufurinya

Jikalau Mereka Diperkenankan Nescaya Mereka Binasa! Semestinya kita berpaling kepada satu perkara yang lainIa adalah apabila satu kaum meminta tanda-tanda untuk berimandan diberikan kepada mereka tanda-tanda itu lalu mereka tidak berimansebenarlah diatas mereka pembalasan diatas kekufuran dan kedegilan mereka ituBacalah kata al-Haq subhanahu wa taala:

.
artinya: maka setiap orang kami siksakan dengan sebab dosa mereka, maka sebahagian daripada mereka orang yang kami hantarkan keatasnya angin taufan yang berpasir, dan sebahagian daripada mereka orang yang mengenai mereka tempikkan yang keras dan sebahagian daripada mereka orang yang kami benamkan kedalam bumi dan sebahagian daripada mereka orang kami tenggelamkan, tidak adalah Allah menzalimi mereka akan tetapi diri merekalah yang zalim.al-Ankabut: 40. Seperti inilah yang kita lihat bahawa ketiadaan perkenan Allah subhanahu wa taala bagi sebahagian apa yang dituntut oleh kuffar itu adalah diri rahmatkerana jikalau Dia memperkenankan mereka tentu mereka binasaDemikian itu kerana jikalau kamu tuntut satu tanda, kemudian al-Haq mandatangkannya lalu kamu dustakannyaDia membinasakan kamu keakar umbi kamu kerana kamu bukannya ahli bagi apa yang kamu tuntut. Allah subhanahu wa taala mengutuskan rasulNya s.a.w.m sebagai rahmat kepada sekelian alamartinya rahmat kepada semua unsur-unsur bumiDia menegah azab dunia dan pembinasaan orang-orang kafir dan maksiat dengan azab yang turun dari langit dengan rahmat orang yang diberi petunjuk itu, iaitu rasulNya s.a.w.m, dan menangguhkan siksaan kepada akhiratBacalah kata al-Haq tabaraka wa taala:

.
artinya: dan tidaklah Allah mengazab mereka sedangkan kamu ada dikalangan mereka, dan tidaklah
Allah mengazab mereka sedangkan mereka meminta ampun. al-Anfal: 33.

Rasulullah s.a.w.msentiasa meminta rahmat bagi kaumnya dan tidak merelakan kehancuran merekasetiap kali dia s.a.w.m disakiti oleh orang-orang kafir dia berkata: ya Allah ampunkanlah kaumku kerana mereka tidak mengetahuiRasul yang mulia ini berdoa supaya tidak dibinasakan kaumnya, kerana kemungkinan akan keluar dari anak cucu mereka orang yang beriman dengan Allah dan rasulNya dan menyebarkan ugama Allah dan berperang kerananya Sungguhnya telah berlaku bahawa sebahagian jaguh-jaguh kuffar Quraisy beriman dan mengelokkan iman mereka dan berjihad pada jalan Allah dengan jihad yang hebatDaripada mereka itu sebagai contoh adalah Khalid bin Walid, Umar bin al-As, Ikrimah bin Abu Jahal dan ramai selain mereka itu. Tanda yang Menjadi Kenyataan Kepada Selain Mereka Tanda-tanda yang dituntut oleh kuffar kebanyakkannya adalah tanda-tanda yang menunjukkan kepada kedunguan dan kejahilanMaka apa yang mereka tuntut itu?
mereka berkata: hendakah engkau pancarkan untuk kami dari bumi akan mata airBukankah al-Haq subhanahu wa taala telah memberikan kepada Musa lebih

dari ituMusa pun memukul seketul batu besar dengan tongkatnya lalu terpancar darinya air mata airserta demikian itu apa yang terjadi?Musa pergi untuk bertemu Allah subhanahu wa taala pada satu tempat yang ditentukan

baginyamaka ketika itu kaumnya menyembah patung anak lembu yang mengeluarkan suara!! Berterusan mereka menyembahnya, disamping mukjizatmukjizat yang banyak yang mereka telah lihat!Apabila dikatakan kepada mereka : masuklah kamu semua kepada bumi yang diberbersihkan, yang telah Allah tetapkan untuk kamudengan apa mereka menolak arahan Musa? Mereka berkata: sepertimana yang diriwayatkan kepada kita oleh al-Quran al-karim:

.
artinya: wahai Musa sungguhnya kami tidak akan memasukinya selama mereka (satu kaum yang
gagah) ada padanya, maka pergilah kamu dengan tuhan kamu berperang, sungguhnya kami akan duduk disini. al-Maidah: 24.

Kalau begitu, maka masaalah memancarkan air dari bumi itu tidak menjadikan kaum Musa mentaati perintah Allah dan memasuki bumi yang dibersihkan untuk merekadisamping mereka telah melihat mata air terpancar berkali-kali dihadapan mereka. Mukjizat kedua yang mereka tuntut, bahawa ada bagi kamu satu kebun tamar dan anggur lalu kamu alirkan sungai-sungai sebenar-benar mengalirkannyaSungguhnya Allah telah memberikan kepada kita pada surah Kahfikisah seorang hamba yang mempunyai dua kebunyang mana kedua-dua kebunnya menghasilkan buah-buahan dan mengalir dicelah-celah pokok-pokoknya sungai-sungaiserta demikian itu sebagai ganti nimat ini menambah kepada mereka khusyuk kepada Allah, ia memimpinnya kepada kekufuranBacalah kataNya subhanahu wa taala:

.
artinya: dan dia masuklah kedalam kebunnya, sedang dia manzalimi dirinya, lalu dia berkata: selamalamanya tidak akan aku sangka kebun ini akan binasa. Dan tidak akan aku sangka kiamat akan berdiri. Demi jikalau dikembalikan aku kepada tuhanku tentu aku akan dapati tempat kembali yang lebih baik daripadanya. al-Kahfi: 35-36.

Seperti inilah, maka jikalau ada kebun-kebun dan aliran sungai dicelahcelahnyaianya tidak akan menjadikan seorang hamba daripada hamba-hamba Allah berimanbahkan menjadikan dia bertambah-tambah kufur!! Jikalau jadi kenyataan mukjizat ini bagi rasulullah s.a.w.mtidak akan mereka beriman bahkan mereka akan bertambah-tambah kufur atas kekufuran yang sedia ada, munafik atas kemunafikan yang sedia ada!! Adapun tanda yang ketiga bahawa engkau gugurkan langit atas kami sepertimana yang
engkau sangkakan, berkeping-keping

Seperti inilah mereka itu kuffar menuntut azab Allah untuk mereka. Demikian itu kerana kebodohan merekakerana jikalau sekiranya langit gugur keatas mereka dengan berkeping-keping, nescaya tidak hidup dari mereka seorang pun untuk berimanDaripada kedunguan mereka adalah bahawa mereka menuntut azab Allah subhanahu wa taalasedang mereka tidak mengetahui betapa pedihnya iaKerana demikian itu berkata al-Haq subhanahu wa taala:

.
artinya: adakah mereka menuntut segera azab kami? as-Saffat:176. Berkata Jalla jalaluh:

.
artinya: ingatlah pada hari yang turun bala keatas mereka, yang tidak dapat dielakkan dari mereka,
dan turunlah apa yang mereka olok-olokkan. Hud: 8.

Adakah seorang yang berakal meminta segera azab Allah subhanahu wa taalasedang ia adalah azab yang pedih yang berkekalantidak mati manusia padanya dan tidak hidupTidak menuntut segera azab ini melainkan setiap orang yang tidak memiliki akal yang dengannya dia boleh mengamat-amatidan mengetahui bahawa azab Allah itu suatu yang pedihKalau begitu maka mereka benar-benar hendak kepada cepat azab, sepertimana yang mereka kataBacalah kataNya tabaraka wa taala:

.
artinya: ketika mereka berkata: wahai tuhan kami jikalau adalah al-Quran ini benar dari sisi engkau
maka hujani atas kami batu dari langit atau datangkan kepada kami azab yang pedih. al-Anfal: 32.

Adalah yang wajar bagi mereka itu berkata: wahai tuhan kami jikalau adalah orang ini benar dari sisi engkaumaka berilah kami petunjuk kepadanyaKerana orang yang hendak kepada hidayah maka sungguhnya dia akan nampak kebenaran dan mengetahuinyaAdapun orang yang hendak berjalan pada jalan kesesatanmaka tidak adalah dia melainkan orang yang amat zalim dan amat jahilbahkan mereka mencari mati dan azab, kerana tidak beriman dengan kebenaran itu! Mukjizat Keempat Tidak Memberi Apa-Apa Faedah Kemudian, mukjizat keempat yang mereka tuntut dari rasulullah s.a.w.m atau engkau datangkan Allah dan malaikatNya dihadapan kami Mereka disini menyerupai kaum Musa a.s ketika ketika mereka berkata berilah kami nampak Allah terangterangansedang mereka mengetahui bahawa pada hari mereka melihat malaikat tidak bermanfaat iman kepada diri merekaBacalah kata al-Haq tabaraka wa taala:

.
Artinya : tidaklah mereka menunggu melainkan kedatangan melaikat maut atau kedatangan
sebahagian tanda-tanda tuhan kamu, pada hari kedatangan sebahagian tanda-tanda tuhan kamu itu tidak bermanfaat kepada satu diri oleh imannya, yang tidak pernah ia beriman sebelumnya atau tidak pernah melakukan kebaikkan pada imannya. Katakanlah kepada mereka: kamu tunggulah dan sungguhnya kami juga menunggu. al-Anam: 158.

Seperti inilah kita lihat bahawa mukjizat yang mereka tuntut ini tidak bermanfaat kepada merekakerana mukjizat ini jika menjadi kenyataan tidak ada selepasnya iman, dan tidak bermanfaat kepada mereka mengisytiharkan keimanan mereka selepas mereka melihatnyakerana iman tidak dapat tidak bahawa adalah ia dengan benda ghaibMaka apabila terbuka yang ghaib, sepertimana yang akan berlaku pada manusia pada saat hadhir kematian, maka keimanannya tidak akan bermanfat, kerana telah sempurna ghaib itu dengan penglihatan, dan bukanlah ia beriman dengan ghaib. Datang mukjizat kelima atau ada bagi kamu sebuah rumah dari emasRumah dari emas didunia tidak bermakna kenimatannyakerana dunia ini sementarabeberapa tahun sahaja, kemudian kita berpindah darinyaKenimatan itu bercerai dari kamu didalam dunia atau kamu bercerai darinya dengan kematianakan tetapi nimat hakiki yang Allah sediakan diakhirat kekal tidak matipada demikian itu berkata al-Haq tabaraka wa taala:

.
artinya: maha berkatlah tuhan yang jika Dia hendak, Dia jadikan untuk kamu akan yang lebih baik dari demikian itu, beberapa kebun yang mengalir dibawah pokok-pokoknya sungai-sungai dan menjadikan untuk kamu mahligai-mahligai. al-Furqan: 10.

Maka kuffar menuntut satu tanda untuk berimanmereka menuntut supaya ada nimat dunia yang palsu ini bagi rasulullah s.a.w.mAllah subhanahu wa taala menolak kehendak merekadengan bahawa Dia telah menyediakan untuk rasulnya apa yang lebih baik dari demikian itu semuanyaNikmat akhirat yang kekal abadi, mahligai-mahligai dan kebun-kebun yang kesemuanya dengan kudrat Allah subhanahu wa taala, bukannya dengan kudrat manusiaKerana itu maka ia mengandungi apa yang tidak pernah ada satu mata pun pernah melihatnya dan tidak ada satu telinga pun pernah mendengarnya dan tidak pernah terlintas pada hati manusiaMaka Allah subhanahu wa taala telah menyediakan kebaikkan bagi rasulnya aswm dengan ukuran-ukuranNya jalla jalaluhdan Dia sendiri sahaja yang mengetahui dimana yang lebih baik dan dimanakah yang lebih buruk. Naik Kelangit Pada mukjizat yang kelima mereka menuntut seperti demikian itu, iaitu agar rasulullah s.a.w.m naik kelangitdan mendatangkan kepada mereka satu kitab yang boleh mereka bacaMereka lupa bahawa rasulullah s.a.w.m telah pun diisrakan kelangit yang paling tinggi, akan tetapi mereka tidak melihatnya, kerana penglihatan mereka lemah dan hati mereka dipenuhi oleh kekufuranMereka menuntut satu kitab dari langit sedang al-Quran dihadapan mereka itu turun dari langitJikalau Allah subhanahu wa taala hendak menurunkan kepada mereka satu kitab dari langitmaka tidak dapat tidak Dia menurunkannya dengan bahasa mereka, jika tidak tentu mereka tidak mengetahuinyadan tidak mampu mereka memahaminyaMaka Quran telah diturunkan dari langit sedang ia dari sisi Allah tabaraka wa taaladan diturunkan dengan bahasa mereka, bahasa Arab, supaya dapat mereka membacanyadan memahaminya dan melaksanakan pengajarannya. Seperti inilah kita lihat bahawa semua apa yang dituntut oleh kuffar dari rasulullah s.a.w.m, daripada tanda-tandatelah lebih dahulu turun dan manusia kufur dengannyaMereka sebenarnya tidak menuntutnya untuk mereka beriman Mereka menuntutnya hanya kerana kesombongan pada diri merekaKerana hatihati mereka telah dicap dengan kekufuranmaka ia tidak sesuai untuk menerima iman kerana kekufuran yang memenuhinyaAllah subhanahu wa taala tidak memperkenankan semua kaum kafir pada mukjizat-mukjizat yang mereka tuntutkerana Dia jalla jalaluh adalah tuhan yang memerhati hati-hati merekaDia mengetahui apa yang mereka sembunyikan, daripada bahawa mereka hendak menjadikan tipu daya mereka diredhaidan mengatakan : kami telah minta, kemudian diperkenankan kami, kemudian kami mengkufurinyaInilah pemikiran merekasombong didunia dan bermegah-megah dikalangan manusiaJiwa yang kufur tidak akan redha dengan satu kadar dan tidak berpuas hati dengan beberapa gudangAllah subhanahu wa taala adalah tuhan yang telus urusannyasamaada beriman kuffar atau tidak berimanWalau bagaimana pun mukjizat-mukjizat yang mereka tuntut itu kadang-kala diberikan kepada kaum-kaum selepas mereka, dan tidak juga mereka beriman dengannyaMaka natijah yang akan timbul adalah natijah yang sama. Allah subahanahu wa taala hendak menarik perhatian kitakepada bahawa tanda-tanda atau mukjizat-mukjizat yang dia hantar adalah untuk menakutkan Hari Akhiratdan untuk menzahirkan kudrat Allah subhanahu wa taala dan bahawa Dia diatas setiap sesuatu tuhan yang berkuasaBacalah kata al-Haq jalla jalaluh:

.
artinya: dan tidak kami utuskan tanda-tanda itu melainkan untuk mempertakuti. al-Isra: 59. Maknanya bahawa tanda-tanda itu datang untuk menakutkan orang-orang kafir tentang azab Allah dan Hari AkhiratBerkata bagi kita tuhan Yang gagah didalam al-Quran al-karim:

.
artinya: dan kami menakutkan mereka, maka tidak menambah kepada mereka melainkan kesesatan
yang besar. al-Isra:60.

Menakutkan mereka itu kuffar, tidak menjadikan hati mereka khusyuk dan tidak jiwa mereka berpindah dari kekufuran kepada keimananbahkan mereka didalam kesombongan mereka semakin bertambah-tambah kufur. Jikalau nyata tanda-tanda yang dituntut oleh orang-orang kafir dari rasulullah s.a.w.mtidak adalah ia menambahkan iman kepada merekabahkan ianya mempercepatkan kebinasaan merekaAndainya Allah memperkenankan mereka dan tidak mereka beriman tentu Dia membinasakan merekatetapi oleh kerana rasulullah s.a.w.m diutuskan sebagai rahmat kepada sekelian alamAllah memelihara mereka dari kebinasaan dan kehancuran pada saat mereka menuntut tanda-tanda inikerana akan keluar dari keturunan mereka orang yang akan beriman dengan ugama Allah inidan berperang dijalanNyadan menyebarkan ugama ini diseluruh pelusuk bumiInilah hikmah dari ketiadaan perkenan ituDemikian itu kerana Allah taala mengetahui pada azali dengan ilmunya yang luasbahawa kebaikkan pada menangguhkan azab bagi mereka itu kuffar. Sungguhnya orang-orang kafir mencabar rasulullah s.a.w.m pada banyak perkara-perkara keduniaan yang mereka kalah padanyakerana mereka tidak mempunyai logik dan hujjahbahkan mereka menonjolkan pembohongan dan kebatilanSungguhnya Allah subhanahu wa taala telah mensabitkan bagi kita kelalaian mereka dan ketiadaan bijak merekaKetika berubah kiblat turun al-Quran al-karim:

.
artinya: akan berkata orang-orang yang bodoh: apa yang memalingkan mereka dari kiblat yang
dulunya mereka diatasnya. al-Baqarah: 142.

Tidak dapat tidak kita sedari makna akan pada ayat tersebut akan berkata mereka tidak berkata pada waktu turun ayat yang mulia initetapi mereka akan berkata selepasnyaJikalau mereka tidak mengatakannya nescaya keengganan mereka mengatakannya itu adalah satu perkara yang meragukan tentang al-Quran al-karimkerana kita akan mengatakan : Allah subhanahu wa taala mengatakan akan berkata orang-orang yang bodohsedangkan tidak ada seorang pun yang mengatakan sesuatuAkan tetapi mereka berkata, supaya mereka menjadi orang yang menyaksikan atas sahnya alQuran, dalam keadaan mereka kufur dengan Allah dan kitabNya,yang menetapkan iman orang lain, sedang mereka tidak menyedari Kita ringkaskan apa yang telah kita huraikan, maka kita katakan : sungguhnya rasulullah s.a.w.m diberikan mukjizat yang besarIa pada waktu yang sama adalah manhajnyaal-Quran al-karimSentiasalah al-Quran ini sebagai mukjizat hingga kehari kita inisetiap hari ternyata padanya mukjizat yang baru menepati apa yang manusia bijak padanya Apabila adalah mukjizat zaman ini ilmu-ilmu pengetahuan dan teknologiteknologimaka al-Quran al-karim terdapat padanya mukjizat yang berjalan seiring dengan masasamaada pada permulaan alam semestaatau keadaan bulat bumi atau putaran diri bumi itu sendiriatau apa yang berlaku pada dasar-dasar lautatau perkembangan janin didalam perut ibunyaatau pusat-pusat saraf dibawah kulitatau bahawa mata tidak melihat dengan dirinyaatau selain demikian itu, daripada apa yang ditemui untuk kita, sehari lepas sehari Akan tetapi pemberian kepada rasulullah s.a.w.m mukjizat agong yang kekal ini tidak menafikan bahawa ada baginya mukjizat-mukjizat zahirdan perkhabaranperkhabaran yang menjadi kenyataan pada hari-hari iniKita jeritkan dari dalam hati kecil kita : kami menyaksikan bahawa engkau adalah sesungguhnya rasul Allah.
orang-orang yang bodohbahawa

Walau bagaimana pun rasul yang mulia ini s.a.w.mkerana dia diutuskan sebagai rahmat kepada sekelian alam maka baginya mukjizat-mukjizat dengan semua jenis-jenis bumiMukjizat-mukjizat itu diriwayatkan kepada kita oleh sahabatsahabatyang kita percayai mereka pada menyampaikan al-Quran dan menyebarkan ugamaSungguhnya mereka telah menyaksikan banyak mukjizatmukjizatSepertimana yang telah kita perkatakanmukjizat-mukjizat zahir ditujukan kepada orang-orang yang menyaksikannyaIanya berlaku sekali kemudian terhentiKebenaran penyampaian dari rasulullah s.a.w.mmenguatkan bagi kita bahawa mukjizat-mukjizat ini sungguh telah berlaku dan terjadi. Ya Allah ilhamkan kepada kami kebenaran dan tunjukkan kami kepada jalanmu yang lurus. 5-10-03

You might also like