You are on page 1of 9

Aktiviti ekonomi Malaysia terdiri daripada berbagai-bagai sektor yang dibahgikan kepada tiga bahagian, iaitu sektor pertama,

kedua dan ketiga. Pembahagian sektor ini adalah berdasarkan kepada bentuk aktiviti yang terlibat. Setiap satu daripada tiga sektor ekonomi tersebut melibatkan asas kegiatan satu keluaran yang berbeza.

Primer 2. Sekunder 3. Tertier


1.

Kegiatannya lebih kepada kegiatan ekonomi peringkat awal yang kurang atau tidak melibatkan pemprosesan. Contoh sektor ekonomi dalam sektor pertama ialah tanaman, penternakan dan perikanan, perhutanan dan perlombongan dan kuari. Secara umumnya, subsektor tanaman, perhutanan, penternakan dan perikanan kerap disebut sebagai sektor pertanian.

Barang keluaran sektor pertama ini terdiri daripada keluaran pertanian dan bahan mentah yang biasanya perlu diproses terlebih dahulu sebelum dapat digunakan. Contoh : Kayu balak perlu di proses di kilang untuk dijadikan papan. Kelapa sawit atau bijih timah hanya boleh diguna setelah diproses.

Dalam sektor ini, kegiatan ekonomi yang kebanyakannya merupakan lanjutan datipada sektor pertama. Sektor ini bersifat pemprosesan ke atas bahan mentah keluaran sektor pertama atau barang separuh siap bagi pengeluaran barang siap atau separuh siap yang lain.

Proses penukaran bahan mentah atau barang separuh siap kepada barang siap atau separuh siap yang lain biasanya disebut sebagai kegiatan pembuatan. Terdapat dua kegiatan ekonomi yang tegolong dalam sektor ini iaitu pembuatan dan pembinaan. Sektor pembuatan juga dikenali sebagai sektor perindustrian atau perkilangan.

Kegiatan sektor ini adalah menyediakan kemudahan dan perkhidmatan. Sektor yang terlibat dalam menghasilkan perkhidmatan ini tergolong dalam sektor ketiga. Subsektor dalam sektor ketiga ini terdapat tiga subsektor. i) Perkhidmatan pengeluar : a) pengangkutan, penyimpanan dan pengeluaran b) kewangan, insurans, hartanah dan perkhidmatan perniagaan

ii) Perkhidmatan awam : a) perkihdmatan kerajaan b) elektrik, gas dan air iii) Perkhidmatan-perkhidmatan lain a) perdagangan borong, runcit, hotel, restoran b) perkhidmatan sosial, kebajikan

You might also like