You are on page 1of 22

BAB II

LITERATUR

2.1 Pendahuluan

Kayu merupakan bahan semulajadi yang unik kerana mempunyai sel-sel yang
lain dari yang lain berbanding bahan binaan seperti konkrit dan keluli. Kayu
mempunyai nilai ketumpatan, kelembapan, dan ruang udara yang berbeza dengan
bahan binaan yang lain (Breyer,Fridley dan Cobeen,1999)

2.2 Penggunaan Struktur Kayu

Kayu merupakan bahan semulajadi dalam kejuruteraan yang di gunakan bagi


pembinaan seperti pembinaan rasuk, tiang, perabot dan lain-lain struktur.
Penggunaan kayu secara cekap samada semasa pembuatan hasil-hasil kayu atau
pembinaan, bergantung kepada dua kriteria utama, iaitu pemilihan kayu yang sesuai
untuk sesuatu kegunaan dan memilih cara penyambungan yang paling baik.
7

Manakala yang kedua adalah berkaitan dengan pemilihan mendapatkan gred


kayu yang sesuai dan betul.

2.3 Sifat Kekuatan Struktur Kayu

Dalam pemilihan untuk kesesuaian kayu sebagai bahan binaan, kekuatan


kayu merupakan faktor yang penting untuk keupayaan melawan beban daya luar
yang dikenakan. Dengan erti kata yang lebih mudah, kekuatan ialah ukuran daya
tahan kepada kegagalan.[8].

2.3.1 Kekuatan Kayu

Kayu sesuai dijadikan bahan untuk binaan disebabkan oleh sifat kekuatannya
dalam menanggung beban. Kekuatan kayu ini adalah berbeza mengikut jenis
pembebanan dan boleh dikelaskan kepada beberapa iaitu kekuatan tegangan,
kekuatan mampatan, kekuatan ricih, kekuatan lenturan, kekerasan dan ubah bentuk
serta rintangan terhadap api. Namun dalam kekuatan mampatan, tidak diberikan
penekanan yang mendalam. Dalam projek ramalan ini, kekuatan struktur kayu
ricihan dan tegangan struktur kayu sambungan jejari diberi penekanan.

2.3.1.1 Kekuatan Tegangan


8

Kekuatan tegangan kayu ialah kebolehan struktur kayu dalam menahan daya
yang merengangkannya dari kedua-dua arah. Kekuatan tegangan kayu yang selari
dengan ira merupakan kekuatan tertinggi kayu iaitu sehingga sehingga mencapai 40
kali ganda pada keadaan kering udara. Kekuatan ini bergantung kepada kekuatan
serat, panjang dan tentu-arah serat tersebut [8].

Kekuatan tegangan dikaitkan dengan sifat mekanik struktur kayu yang


meliputi tiga keadaan iaitu rintangan terhadap ubah bentuk dan sifat kenyal, sifat
kekuatan dan sifat prestasi yang lain. Bagi menerangkan sifat mekanik, dua konsep
digunakan iaitu; tegasan (δ) dan terikan (ε).

Tegasan ialah nilai daya dalaman bagi dalaman bagi setiap unit luas yang
ditanggung oleh sesuatu bahan akibat beban luaran yang dikenakan ke atas bahan
tersebut. Terikan pula ialah ukuran keupayaan bahan keupayaan bahan untuk
mengalami ubah bentuk, iaitu sama ada secara memanjang atau mampat di bawah
tegasan.

Sifat kenyal dikaitkan dengan keupayaan bahan untuk ubah bentuk oleh
tegangan kepada keupayaan bahan untuk mengembalikan semula dimensi asalnya
apabila tegasan disingkirkan. Ciri untuk kekenyalan bukanlah amauan ubah bentuk,
tetapi keupayaan sesuatu bahan untuk mengembalikan sepenuhnya dimensi asalnya
apabila tegasan disingkirkan (Rajah 2.1). Manakala kelikatan merupakan kualiti
sebaliknya yang boleh dianggap sebagai keplastikan. Sesuatu benda yang betul-betul
plastik adalah yang tidak berupaya untuk kembali kepada dimensi asalnya apabila
tegasan disingkirkan.
9

Bentuk asal

Daya Daya
Tegangan Tegangan

Bentuk asal

Rajah 2.1 : Perubahan bentuk sampel kayu bila dikenakan daya tegangan [6]

Plastik merupakan suatu sifat bahan selepas satu tahap elastik dan takat alah.
Pada tahap plastik, bahan tersebut tidak akan kembali semula ke bentuk asalnya
setelah beban yang dikenakan terhadapnya tidak berubah. Manakala elastik, ialah
keupayaan bahan tersebut untuk kembali seperti tidak dikenakan daya lagi.

Dalam kejuruteraan, elastik dan plastik ini di istilah berdasarkan Rajah 2.2;
Tegasan-Terikan.
10

Tegasan
(δ)
plastik

elastik

Terikan (ε)

Rajah 2.2 : Gambarajah Tegasan Melawan Terikan Secara Umum

Tegasan dan keterikan merupakan dua keadaan yang biasa berlaku pada
sesuatu bahan. Keadaan ini hanya akan berlaku dalam keadaan plastik akibat dari
daya mampatan. Titik di mana ia boleh kembali kepada bentuk asal dikenal sebagai
had elastik. Rajah 2.2 menunjukkan hubungan antara tegasan dan terikan.[2].

Bagi meramal kekuatan struktur kayu bersambungan jejari dalam struktur


tegangan, ianya banyak bergantung kepada keadaan dedahan, jumlah masa
pembebanan, agihan beban, faktor beban, tegangan axial, dan tegangan lenturan.
Secara teknikal, kayu keras ia terlalu lemah dalam mampatan selari dengan ira.
Walau bagaimanapun, ia lebih kuat dalam tegangan.[8]

Bagi meramal kekuatan struktur kayu dalam struktur tegangan, ianya banyak
bergantung kepada keadaan dedahan, jumlah masa pembebanan, agihan beban,
faktor beban, tegangan axial, dan tegangan lenturan. Secara teknikal, kayu keras ia
11

terlalu lemah dalam mampatan selari dengan ira. Walau bagaimanapun, ia lebih
kuat dalam tegangan.[8]

2.3.1.2 Kekuatan Mampatan

Kekuatan mampatan adalah kebolehan kayu menahan daya yang cuba


memampatkan kayu dalam kedua-dua arah. Kekuatan mampatan sangat penting bagi
penggunaan kayu untuk binaan bagi struktur seperti tiang, dinding dan sebagainya.
Kekuatan mampatan kayu ini biasanya dipengaruhi oleh kandungan lembapan dalam
kayu, di mana kayu yang mempunyai kandungan lembapan yang kurang ataupun
kayu kering adalah lebih kuat berbanding kayu yang lembab. Kekuatan mampatan
tegak kepada ira adalah antara 10% hingga 30% daripada kekuatan mampatan
maksimum selari dengan ira, dan mempunyai kaitan rapat kekerasan kayu [7]
berbanding kekuatan mampatan yang serenjang dengan ira. Kekuatan mampatan
selari dengan ira akan menghasilkan nilai kekuatan yang tinggi dan baik. Ini adalah
kerana struktur kayu mempunyai unit-unit sel yang berbentuk tiub, dalam erti kata
lain ia menyerupai ‘straw’ yang diikat dalam satu kumpulan. Apabila dikenakan
daya mampatan pada sesuatu arah, ia sukar untuk menggagalkan kumpulan sel-sel
yang telah diikat tadi.

Untuk menentukan kekuatan struktur kayu bagi yang mengalami mampatan,


pelbagai faktor yang perlu diambil kira. Antaranya adalah seperti berikut:

a. Panjang Efektif- Panjang yang sesuai perlulah dikira berdasarkan susunan


dan keadaan sesuatu struktur tersebut.
b. Saiz kayu- Terdapat perbezaan dari segi kekuatan mampatan apabila kayu
yang digunakan adalah berbeza.
12

c. Nisbah Kelangsingan- Nisbah kelangsingan ialah nilai panjang efektif


dibahagikan dengan jejari struktur kayu yang mana nilainya tidak boleh
melebihi 180. Nisbah ini diperlukan bagi menentukan sama ada rekabentuk
untuk struktur langsing atau tidak langsing [7].

2.3.1.3 Kekuatan Ricihan

Kekuatan ricih ialah sifat rintangan kayu itu terhadap daya yang cuba untuk
menggelangsarkan sebahagian daripada di atas bahagian yang lain. Daya ini
dinamakan daya ricih. Dalam struktur kayu bersambungan jejari, ricihan boleh
berlaku dalam bahagian sambungan akibat daya tegangan yang di kenakan.
Kekuatan ricih yang selari dengan ira adalah lebih rendah berbanding keadaan
serenjamg dengan ira. Terdapat empat jenis ricihan yang boleh berlaku samada
ricihan selari dengan ira, ricih tegak kepada ira, ricihan serong dan ricih gelek.

2.4 Faktor Yang Mempengaruhi Sifat Kekuatan Kayu

Sebelum menggunakan struktur kayu sebagai bahan binaan, beberapa faktor


yang perlu dipertimbangkan dari segi sifat kekuatan struktur kayu. Antara faktor-
faktor yang mempengaruhi nilai kekuatan kayu ialah sudut kecondongan ira,
ketumpatan, kandungan lembapan, buku, cerun ira, ciri ortotropik, dan saiz kayu
yang digunakan. Kesemua faktor tersebut memainkan peranan yang penting dalam
penentuan kekuatan dan ketegangan sesuatu kayu.
13

2.4.1 Pengaruh Sudut Kecondongan Ira

Untuk beberapa penggunaan kayu, pengaruh sudut kecondongan ira


merupakan ciri yang penting. Sudut kecondongan ira ditakrifkan sebagai perbezaan
susunan di antara ira kayu dengan paksi pugak kayu tersebut dan ia boleh dinyatakan
dalam bentuk darjah atau pecahan. Adi Khirazli bin Marji (2002) menyatakan nilai
kekuatan mampatan selari dengan ira adalah lebih tinggi berbanding kekuatan
serenjang dengan ira. Ini membawa maksud, semakin besar sudut kecondongan ira,
maka semakin kuranglah nilai kekuatannya.

2.4.2 Pengaruh Kandungan Lembapan

Kandungan lembapan adalah salah satu faktor yang penting dimana ia akan
mempengaruhi sifat kekuatan kayu. Kandungan lembapan didefinisikan adalah
jumlah air yang terdapat dalam sesuatu struktur kayu semasa pertumbuhan.

Peratus kandungan lembapan telah dinyatakan di dalam MS 758:1981 dalam


lingkungan 12% sehingga 15% bagi kepingan kayu yang berperekat. Perekatan yang
baik adalah pada kandungan lembapan kurang daripada 10%. Norshairulfadli bin
Hussin @ Hashim (2002) mendapati nilai kandungan lembapan untuk yang tetap
untuk pembuatan kayu yang berperekat adalah sukar di Malaysia kerana beriklim
tropika dimana kandungan lembapan adalag sangat tinggi dan mungkin mencapai
takat tepu. Pada keadaan ini, kandungan lembapan sangat cepat diserap oleh kayu.
Kandungan lembapan turut mempengaruhi ikatan antara perekat dan kepingan kayu.
14

2.4.3 Pengaruh Ketumpatan Kayu

Ketumpatan kayu ini sebagai indeks kepada kekuatan kayu bergantung


kepada ketebalan dinding sel. Ini memberikan maksud secara teorinya bahawa kayu
yang berada dalam kategori gred A misalnya lebih kuat daripada kayu dalam kategori
gred B dan sekaligus memberikan nilai kekuatan ricihan yang tinggi bagi gred A
daripada gred B. ketumpatan tinggi beerti kurang rongga-rongga udara di dalamnya
dan kekuatan kayu semakin meningkat [8].

2.4.4 Pengaruh Saiz Kayu

Saiz kayu juga memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi


kekuatan kayu yang digunakan. Ini kerana saiz kayu yang bersaiz besar akan
memberikan tahap kerintangan yang tinggi terhadap sebarang daya yang dikenakan
berbanding bagi kayu yang bersaiz kecil akan memberikan nilai kekuatan yang kecil.
Selain itu, kecacatan pada kayu juga menjadi menyumbang utama kepada ciri
kelemahan kayu dimana bagi kayu bersaiz besar berisiko tinggi berbanding kayu
bersaiz kecil.

2.4.5 Pengaruh Ciri Ortotropik

2.4.5.1 Arah Ira dan Tindakan Beban


15

Kayu merupakan bahan yang mempunyai darjah anisotropik dan ortotropik


yang tinggi. Ini menyebabkan kekuatannya berubah-ubah bergantung kepada arah
ira. Apabila suatu daya bertindak terhadap kayu berira condong, akan terbentuk
kompenen tindakan terhadap kayu berira condong akan terbentuk komponen
tindakan daya dalam arah melintang iranya, sedangkan kayu terlalu rendah
kekuatannya dalam arah melintang ira.

2.4.5.2 Panjang Sel

Kekuatan kayu juga dipengaruhi oleh panjang selnya. Semakin panjang sel
kayu akan memberikan nilai kekuatan ricih yang lebih besar.

2.4.5.3 Pusaran

Pusaran mengakibatkan terjadinya perubahan orientasi ira. Ini menyebabkan


susunan ira bersudut dan berpusar serta mengakibatkan perubahan arah pembebanan.
Rajah 2.3 menunjukkan hubungan nisbah pusaran dan kekuatan [14].
16

Rajah 2.3 : Hubungan nisbah pusaran dan kekuatan [11]

2.5 Klasifikasi Kayu

Kekuatan kayu dapat diketahui daripada pengkelasan kayu. Selain dari


kekuatan kayu, ketumpatan kayu juga dapat diketahui. Kayu boleh diklasifikasikan
dalam kumpulan A,B,C dan D berdasarkan faktor kekuatan kayu lihat (Jadual 2.1).
manakala klasifikasi kayu mengikut ketumpatan pula diklasifikasikan sebagai kayu
keras-berat, kayu keras-sederhana, kayu keras-ringan dan kayu lembut [9]. Ciri kayu
keras mempunyai daun yang lebar dan biji benih berkulit manakala kayu lembut
daripada jenis tumbuhan berbentuk kon yang dicirikan dengan daun berbentuk jarum
dan biji benih tanpa kulit.

Jabatan Perhutanan Malaysia telah mengelaskan kayu keras kepada tiga


kumpulan berdasarkan ketumpatan dan kelasakan semulajadi kayu tersebut. Rujuk
Jadual 2.1[10].
17

Jadual 2.1 : Kumpulan kekuatan kayu dan ketumpatan kayu

Nama Ketumpatan(kg/m3)
Kumpulan A Merbau 800
Chengal 945
Tualang 835
Kempas 880
Balau 975
Bakau 1040
Kumpulan B Resak 945
Kapur 755
Merpauh 755
Keruing 880
Kumpulan C Meranti kuning 655
Gerutu 690
Meranti merah 705 2.6
Machang 560
Kumpulan D Jelutong 465 Pemilihan
Terentang 435
Pulai 465 Struktur
Kayu

Dalam projek ramalan ini, kajian ditumpukan pada kayu Meranti Merah Tua
(Dark Red Meranti). Ini kerana kayu Meranti Merah Tua (Dark Red Meranti)
mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Kayu Meranti Merah Tua (Dark Red
Meranti) adalah dari kategori kayu keras dan berat di mana purata kering udaranya
adalah sekitar 700 kg/m3 dengan 15% kandungan lembapan. Kayu Meranti Merah
Tua (Dark Red Meranti) dikelaskan dalam kumpulan C iaitu kayu keras ringan, di
mana ketumpatannya adalah 705 kg/m3 [11].

2.6.1 Sifat-sifat Kayu Meranti Merah Tua (Dark Red Meranti)


18

Kayu Meranti tergolong dalam sepsis Shorea dan Parashorea yang di


kelaskan melalui nama dagangan. Spesis ini dinamakan Meranti di Malaysia tetapi
di kenali sebagai Gerutu apabila ia di eksport.

Kayu Meranti mudah dikenali. Kayu Meranti ini boleh dikelaskan kepada
dua iaitu Meranti Merah Muda dan Meranti Merah Tua. Bagi Meranti Merah Tua
(Dark Red Meranti) berkualiti baik, berat purata 710 kg/m3 dan kandungan lembapan
15% manakala Meranti Merah Muda mempunyai berat purata 545 kg/m3 dan
kandungan lembapan sebanyak 15%.

2.6.2 Ciri Tumpuan

Salur sederhana besar, tilosis biasanya banyak, parenkima aliform-konfluen


ke konfluen, saluran damar tegak normal banyak, lebih kurang berterusan dalam siri
tangen, saluran individu lebih besar daripada kebanyakkan sepsis Shorea dan
kadangkala lebih kurang sama dengan salur, jelas sebagai garis putih-kuning pada
semua permukaan, seperti yang digambarkan di dalam Rajah 2.4.
19

Rajah 2.4: Keratan menegak kayu menunjukkan keratan rentas membulat bagi sel
dan membentuk ruang-ruang antara sel [8].

2.7 Tanggam Kayu

Tanggam kayu adalah bahagian yang digunakan untuk mencantumkan atau


menyambungkan struktur kayu atau papan. Cara penyambungan yang cekap harus
dititikberatkan supaya mempunyai nilai kekuatan yang sama dengan kekuatan kayu
yang padu [9]
20

Dalam projek ramalan ini,penekanan diberikankan kepada sambungan


jejari. Penggunaan jenis tanggam jejari ini bergantung kepada jenis dan kegunaan.

2.7.1 Matlamat Penggunaan Tanggam

Penggunaan tanggam pada struktur kayu dapat memberikan altenatif yang


baik dalam memperbagaikan penggunaan struktur tanggam dalam sesuatu
pembinaan. Antara kebaikan penggunaan tanggam ialah:

a. Dapat menghasilkan struktur binaan yang ringan.


b. Dapat menjimatkan kos dan bahan
c. Dapat mengekalkan sifat-sifat kecantikan
d. Menambah kekukuhan binaan
e. Dapat menyambung struktur kayu

2.7.2 Kategori Tanggam

Tanggam-tanggam yang digunakan dalam pembinaan bangunan dan


pertukangan kayu boleh dikumpulkan kepada empat kategori mengikut fungsinya
[9].
21

2.7.2.1 Tanggam Melebar

Tanggam ini ialah untuk menyambung kepingan papan-papan kecil untuk


menjadikan kepada kepingan papan yang lebar bagi kegunaan permukaan perabot,
dinding dan sebagainya. Antara contoh tanggam melebar ialah tanggam glu gesel,
tanggam penetap, tanggam lidah dan lurah dan tanggam tetingkat.

2.7.2.2 Tanggam Siku

Tanggam ini dibuat pada dua permukaan kayu yang bertemu secara bersudut
tepat sama ada penjuru ataupun pertengahannya, contohnya dalam pembinaan kotak
dan sebagainya. Antara contohnya tanggam temu, tanggam temu tetingkat, tanggam
rencong biasa dan tanggam bajang biasa.

2.7.2.3 Tanggam Pemidang

Tanggam ini digunakan dalam pembinaan rangka kayu yang berbentuk


pemidang. Bahagian kayu disambungkan pada hujungnya dari tepi ke tepi,
contohnya ialah pada pintu berpanel, pemidang gambar dan lain-lain. Antara contoh
tanggam pemidang ialah tanggam lekap, tanggam kekang, tanggam penetap dan
tanggam lubang dan puting.
22

2.7.2.4 Tanggam Memanjang

Tanggam ini digunakan apabila menyambungkan dua keping kayu untuk


menjadikannya lebih panjang. Kerja seperti ini biasanya dilakukan dalam
pembinaan bangunan. Ada tiga jenis tanggam memanjang yang sering digunakan
iaitu tanggam skaf, sambung jari, tanggam sambut lekap dan tanggam plat sambut.
Dalam projek ramalan ini, struktur kayu bersambungan jejari diberi penekanan.

2.8 Rekabentuk Tanggam Jejari

Dalam projek ramalan ini, sambungan jejari dibincangkan untuk meramalkan


kekuatan ricihan dan tegangan struktur kayu bersambungan jejari. Sambungan jejari
merupakan salah satu tanggam yang di kategorikan dalam tanggam memanjang.
Sambungan jejari merupakan tanggam yang sering digunakan dalam
menyambungkan kepingan struktur kayu dengan kepingan struktur kayu yang lain
supaya menjadi lebih panjang seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.5. Bagi
lukisan perincian struktur kayu bersambungan jejari seperti dilampirkan pada
lampiran A.

Rekabentuk tanggam ini dapat mengurangkan buangan kayu di samping


memberikan luas permukaan yang maksimum untuk perekatan. Tanggam jejari
biasanya digunakan pada kayu yang bersaiz kecil terutamanya bagi kayu yang
diproses dengan mesin. Bagi menguatkan antara sambungan perekat di gunakan
mengikut kesesuaian.
23

Rajah 2.5: Struktur Tanggam Jejari

2.9 Faktor – Faktor Yang Mempengaruhi Kekuatan Tanggam Jejari

2.9.1 Kandungan Kelembapan

Kandungan lembapan adalah jumlah lembapan yang terdapat di dalam


struktur kayu mengikut kategori kayu. Kelembapan pada kayu merupakan faktor
yang penting kerana kebanyakan sifat mekanik kayu bergantung kepada kandungan
lembapan. Keadaan persekitaran yang lembap akan menyebabkan kandungan
lembapan pada kayu meningkat kerana sifat higroskopik kayu. Kandungan
24

lembapan yang stabil akan memberi kesan kepada tisu-tisu struktur kayu semasa
perekat disapu , ini menyebabkan sambungan antara kayu kuat dan kukuh.

Berdasarkan kandungan lembapan seimbang untuk struktur kayu adalah


sebanyak 19% sebagai garis pemisah untuk keadaan lembap dan keadaan kering.
Bagi kandungan lembapan yang melebihi 19% tegasan keadaan lembap hendaklah
digunakan, dan sebaliknya bagi kandungan lembapan yang kurang daripada 19%
tegasan keadaan kering boleh digunakan [10].

2.9.2 Buku (Simpulan)

Buku pada kayu mempengaruhi sifat kekuatan, bergantung kepada saiz,


kedudukan dan jenis. Kehadiran buku pada kedudukan yang tidak diingini iaitu pada
kecondongan ira boleh menyebabkan kayu gagal lebih awal.

2.9.3 Sudut

Sudut memainkan peranan yang penting dalam menentukan kekuatan antara


sambungan jejari. Ini kerana jika sudut bersaiz kecil maka cengkaman antara
sambungan adalah kuat berbanding dengan sudut yang besar.

2.10 Perekat
25

Perekat merupakan suatu bahan cecair yang dapat memegang struktur bahan
di antara satu satu sama lain melalui penyentuhan permukaan. Perekat di gunakan
untuk mendapatkan kekuatan yang secukupnya pada struktur sambunganjejari.

Mengikut kajian yang dibuat pada tahun 1958 oleh Sebo dan Knauss, perekat
“casein” di gunakan khususnya untuk pemasangan kayu lapis dalaman manakala
perekat “resin” di gunakan untuk kayu lapis kegunaan luaran. Perkembangan
pembuatan bahan asas perekat dapat memberi lebih kekuatan terhadap ikatan
struktur bahan yang di gunakan. Perekat ini dapat merintangi kelembapan dan
keadaan cuaca yang berubah-ubah [1]

Dalam projek ramalan ini, perekat jenis Phenol Resorcinol Formaldehyde


(PRF) di gunakan pada anggota struktur bersambungan jejari. Ini kerana
berdasarkan kekerapan penggunaannya dalam struktur yang berperekat.

2.10.1 Jenis-Jenis Perekat

Pada masa kini terdapat empat jenis perekat yang digunakan dalam
kejuruteraan struktur perekat yang memenuhi piawaian BS1204:Part 1 dan BS
4169:1988 iaitu:-[1] dan[3].

i. Urea Formaldehyde(UF)
ii. Melamine-Formaldehyde(MF)
iii. Phenol Formaldehyde(PF)
iv. Phenol Resorcinol Formaldehyde(PRF)
26

2.10.1.1 Urea Formaldehyde (UF)

UF banyak di gunakan sebagai perekat untuk pembuatan papan lapis dan


dalam industri partikel kayu di Malaysia. Pemangkin di gunakan sebagai bahan yang
bertindak mempercepatkan perekat untuk mengeras.

2.10.1.2 Phenol Formaldehyde (PF)

Perekat PF ini boleh diperolehi dalam bentuk cecair likat, debu atau
“impregnated paper sheet”. Bentuk debu adalah sesuai di gunakan kerana ia boleh
disimpan dalam satu tempoh yang lama. Perekat PF mempunyai kelemahannya
yang tersendiri seperti warnanya yang kegelapan mencacatkan permukaan kayu ia
memerlukan penjagaan yang sempurna.
2.10.1.3 Phenol Resorcinol Formaldehyde (PRF)

Perekat jenis ini digunakan adalah hasil tindakbalas “resorcinol” dengan


“formaldehyde”. Perekat jenis ini disediakan dalam bentuk cecair likat, bewarna
gelap dan mengeras pada suhu 50C hingga 1000C.

Perekat PRF boleh menghasilkan kekuatan sambungan yang baik. Ini kerana
dengan sifat keperekatan yang baik dapat menahan dari serangan kulat, serangga,
bahan kimia keadaan suhu yang tinggi. Dalam bidang kejuruteraan struktur, kayu
yang dilekatkan dengan menggunakan PRF hendaklah mempunyai kandungan
lembapan kurang dari 15% pada masa perekatan.
27

You might also like