You are on page 1of 2

Lawatan Bermaklumat ke Kawasan Pencerapan dan Geologi di Melaka

Dikemukakan Oleh: Jawatankuasa Lawatan Opsyen Sains Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Semester 5 Ambilan Januari 2011 Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor.

Pada Khamis, 14 Mac 2013, semua pelajar PISMP Sains Ambilan Januari 2011 telah berkumpul di garaj bas IPG Kampus Tun Hussein Onn. Bas bertolak ke Melaka pada jam 12.30 tengah hari. Setelah dua jam setengah perjalanan, kami tiba di Tanjung Bidara. Di sana, pelajar telah diterangkan mengenai kejadian struktur fizikal pantai seperti benteng, tanjung, teluk dan sebagainya. Pelajar-pelajar juga telah mencari pelbagai jenis batuan untuk dianalisis kelak. Setelah menjamu selera di sebuah kedai makan, kami tiba di pusat penginapan Balai Cerap Falak Al- Khawarizmi pada jam 5.30 petang. Setelah diberi taklimat ringkas oleh Encik Zulkefli, kami masuk ke tempat kediaman masing-masing untuk persiapan diri. Pada jam 8.00 malam kami telah berkumpul di Balai Cerap Falak Al- Khawarizmi untuk aktiviti pencerapan bulan dan bintang. Kami telah diberi taklimat mengenai aktiviti pencerapan bulan dan bintang sepanjang tahun. Pencerapan bulan dan bintang adalah berbeza setiap hari dan mengikut tempat. Kami juga berpeluang untuk melihat sendiri bagaimana pencerapan bulan dilakukan oleh pengkaji bulan dan bintang. Kami telah melihat planet musytari yang kelihatan seolah-olah sebuah bintang yang dekat dengan bulan. Selain itu, kami juga telah mengetahui bagaimana pencerapan bintang yang dilakukan secara manual menggunakan peta bintang. Kami juga telah mengetahui

mengenai sinaran matahari maksima yang penyebabkan pemanasan global terhadap seluruh dunia. Setelah itu, kami juga telah melawat galeri di bahagian bawah bangunan cerap mengenai pelbagai fenomena angkasa seperti kelahiran bintang, fasa bulan, fasa pembentukan gerhana matahari, kejatuhan meteorit ke dalam bahagian udara dan sebagainya. Aktiviti kami berakhir pada jam 11.30 malam dan semua pelajar telah ke tempat penginapan masing-masing. Keesokan harinya, pada hari Jumaat, 22 Mac 2013 kami telah sampai di tempat Perigi Hang Tuah pada jam 8.30 pagi. Di sana kami telah mendapati bahawa air perigi tersebut sangat jernih dan batuan yang digunakan untuk membina perigi tersebut berwarna merah dan permukaan batu yang tidak rata. Lawatan diteruskan dengan lawatan ke Planetarium Melaka selepas menunaikan sembahyang Jumaat. Kami sedikit kecewa kerana tayangan tiga dimensi tidak dapat ditayangkan kerana proses naik taraf. Walaubagaimanapun pihak Planetrarium Melaka telah mengadakan kuiz mengenai pameran yang diadakan di bahagian galeri. Pemenang kuiz telah dimenangi oleh kumpulan Ainil Husna. Mereka telah mendapat t-shirt dan kad planet-planet. Pada jam 3.00 petang, kami telah tiba di Kota A Famosa untuk mengkaji batuan yang digunakan untuk membina bangunan Kota A Famosa tersebut. kami juga telah melihat sendiri duit syiling lama yang menggunakan logam asli yang masih lagi disimpan oleh beberapa individu yang mencintai barang-barang antik. Lawatan diakhiri dengan lawatan ke Kolam Air Panas, Jasin untuk mengalami sendiri bagaimana pembentukan kolam air panas. Kami juga telah mengetahui keistimewaan air panas yang mengandungi kandungan yang tertentu yang boleh membantu beberapa penyakit seperti penyakit kulit, masalah peredaran darah dan sebagainya. Pada jam 7.00 petang, kami telah tiba di IPG Kampus Tun Hussein Onn dengan selamat.

You might also like