You are on page 1of 1

Ruj.

Kami : SMKAY 30/003/5 ( )


Tarikh : 27 Januari 2014 / 25 Rabiuawal 1435
Waris Pelajar,
SMK Agama Yan,
Titi Serong
06900 Yan,
Kedah Darul Aman.
Tuan,
MAKLUMAT TUTOR ONLINE YAYASAN BANK RAKYAT
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. Anak tuan telah dipilih untuk menyertai satu
program pembelajaran berasaskan web yang dikendalikan oleh Yayasan Bank Rakyat.
2.
Program Tutor Online Yayasan Bank Rakyat adalah satu program pembelajaran yang berasaskan
laman web yang merangkumi subjek-subjek peperiksaan. Terdapat bayaran yang dikenakan untuk melanggan
program ini , akan tetapi bagi murid yang dipilih oleh pihak sekolah, mereka dapat menyertai secara percuma
dengan syarat tertentu.
3.
Untuk menyertai program ini murid perlulah mempunyai akaun simpanan Bank Rakyat dengan jumlah
simpanan sekurang-kurangnya RM100 jika tiada, murid perlulah membuka akaun simpanan baru dengan
jumlah deposit sekurang-kurangnya RM 100. Bagi memudahakan urusan, pembukaan akaun baru akan
dikendalikan oleh sekolah dengan kerjasama pegawai Bank Rakyat.
4.
Bersama-sama ini surat makluman mengenai program tutor online Yayasan Bank Rakyat (YBR).
Untuk makluman lanjut, boleh lawati laman web tutor online YBR (http://tutoronline.com.my/ybr/)
5.

Kerjasama dan prihatin tuan amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.


BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Saya yang menurut perintah,
..
MOHD TAUFEK BIN AHMAD
Pengetua
SMK Agama Yan
Kedah Darul Aman.

You might also like