You are on page 1of 3

SOALAN STRUKTUR : PENGISIAN KURIKULUM

1.

Belajar Cara Belajar adalah proses teknik pembelajaran sama ada bersama guruatau tidak. Kemahiran belajar perlu dikuasai oleh setiap murid untuk meraihkecemerlangan dalam peperiksaan dan kehidupan.

Berdasarkan pernyataan di atas, rangkakan lima kemahiran bernilai tambah berserta dengan maksud kelima-lima kemahiran tersebut.

i. ii. iii. iv. v.

_______________________________________________________ _______________________________________________________ _______________________________________________________ _______________________________________________________ _______________________________________________________

Penyerapan nilai murni dalam pendidikan Bahasa Melayu dimana ianya adalah amat penting dalam laluan bagi melahirkan generasi yang berbudi pekerti tinggi, berakhlak mulia dan mampu menjadi modal insan seterusnya bakal menjadi pemimpin yang dinamik pada masa depan

2.

Aspek kedua dalam senarai pengisian kurikulum Bahasa Melayu sekolah rendah ialah nilai. Berdasarkan pernyataan diatas, nyatakan empat sebab mengapa komponen nilai perlu lebih ditekankan. i. ii. iii. iv. _______________________________________________________ _______________________________________________________ _______________________________________________________ _______________________________________________________

JAWAPAN SOALAN STRUKTUR :

1. LIMA KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH BERSERTA DENGAN MAKSUD KELIMA-LIMA KEMAHIRAN TERSEBUT Kemahiran berfikir Diajarkan kepada murid melalui soalan dan aktiviti yang memerlukan pemikiran kritis dan kreatif dalam aktiviti mendengar, bertutur, membaca, dan menulis. Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi perlu diajarkan kepada murid supaya mereka dapat menggunakan komputer untuk tujuan komunikasi dalam menyempurnakan tugasan harian. Kemahiran belajar cara belajar Kemahiran belajar cara belajar perlu diajarkan kepada murid supaya mereka peka terhadap teknik pembelajaran yang berkesan. Penguasaan kemahiran ini membolehkan murid meningkatkan pengetahuan. Kajian masa depan Satu pendekatan pembelajaran untuk mendidik murid agar lebih prihatin terhadap sesuatu isu atau permasalahan yang berlaku pada masa lampau, masa kini, dan masa depan. Ini bermakna, murid dapat membuat ramalan, menjangka akibat, serta mengendalikan perubahan supaya murid mendapat manfaat yang maksimum.

2. EMPAT

SEBAB

MENGAPA

KOMPONEN

NILAI

PERLU

LEBIH

DITEKANKAN. Tanpa nilai murni sebahagian daripada objektif pembelajaran pasti tidak akan tercapai. Oleh hal demikian, guru Bahasa Melayu mesti

menyerapkan nilai murni dalam setiap pelajaran. Sukatan pelajaran mencatatkan bahawa penerapan nilai murni dalam pendidikan Bahasa Melayu adalah untuk melahirkan insan yang baik serta memiliki akhlak mulia. Penghayatan dan amalan nilai murni bertujuan untuk membentuk generasi muda yang berhemah tinggi dan berperibadi mulia. Pemahaman dan kesedaran tentang nilai murni masyarakat Malaysia perlu dipupuk sama ada secara langsung atau tidak langsung, selaras dengan nilai sejagat. Penekanan terhadap nilai murni selaras dengan hasrat Wawasan 2020 untuk membentuk generasi baharu dengan acuan kita sendiri, iaitu generasi yang sarat dengan nilai murni.

You might also like