You are on page 1of 46

Pelaksanaan Ujian

2014 JANUARI OKTOBER : TAHUN 4 (Tahun 3, 2013) : TAHUN 3 (Tahun 2, 2013)

2015 OKTOBER : TAHUN 3

Instrumen Ujian Aptitud Am (IUAA)


30 item menguji aptitud Bahasa Inggeris 30 item menguji aptitud Bahasa Melayu 80 item aneka pilihan bagi instrumen ini 20 item menguji aptitud Matematik

30 item Bahasa Melayu terdiri daripada:


15 konsep verbal 10 item menguji kemahiran perkataan 5 penyelesaian masalah

30 item Bahasa Inggeris terdiri daripada:


20 konsep verbal 5 kemahiran perkataan 5 penyelesaian masalah

20 item Matematik terdiri daripada:


9 penyelesaian masalah 7 penaakulan numerik untuk logik nombor dan sistem nombor 4 penaakulan numerik untuk persepsi

Pengurusan Pelaksanaan Ujian Aptitud Tahun 3


LP
JPN
PPD
SEKOLAH Muat turun dan cetak Muatnaik di laman sesawang

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI (Pegawai Sektor Peperiksaan dan Penilaian)


Memaklum kepada Pegawai PBS Daerah dan Pegawai Pendidikan Daerah Unit Bimbingan dan Kaunseling dan Kerjaya mengenai Ujian Aptitud Am Tahun 3. Mengeluarkan arahan kepada Pejabat Pendidikan Daerah melalui Pegawai PBS Daerah dan Pegawai Pendidikan Daerah Unit Bimbingan Kaunseling dan Kerjaya untuk mengarahkan guru memuat turun instrumen Aptitud Tahun 3 di laman sesawang Pemantauan pelaksanaan Ujian Aptitud Tahun 3 di peringkat PPD

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH (Pegawai PBS Daerah dan Pegawai Pendidikan Daerah Unit Bimbingan Kaunseling dan Kerjaya)
Memastikan semua sekolah di bawah PPD masing-masing menerima bahan Ujian Aptitud Am Mengadakan taklimat kepada semua Guru Besar di PPD masing-masing berkaitan Ujian Aptitud Am Memastikan pelaksanaan ujian di peringkat sekolah

GURU BESAR
Mengadakan perbincangan bersama guru kelas dan Guru Bimbingan di sekolah masing-masing mengenai pelaksanaan Ujian Aptitud Am Mengadakan taklimat kepada semua guru mengenai Ujian Aptitud Am Memastikan guru kelas dan Guru Bimbingan melaksanakan Ujian Aptitud Am berdasarkan proses kerja yang telah ditetapkan Memaklumkan kepada ibubapa berkait dengan pelaksanaan Ujian Aptitud Am

GURU BIMBINGAN SEKOLAH RENDAH (GBSR)


Berbincang bersama Guru Besar tentang prosedur pelaksanaan Ujian Aptitud Am
Memberi taklimat kepada semua guru mengenai Pentaksiran Psikometrik Ujian Aptitud Am

Memberi taklimat kepada murid


Mentadbir Ujian Aptitud Am bersama guru lain Menyediakan profil

Membuat intervensi, konsultasi dan sesi berdasarkan dapatan profil Menyimpan profil
Memastikan dokumen skor disimpan di tempat yang selamat dan mematuhi prosedur keselamatan Kertas soalan disimpan sebagai bahan rujukan

Pentadbiran Ujian
Murid dikumpulkan Edaran kertas ujian dan borang jawapan Penerangan Murid menjawab soalan Guru mengumpul kertas jawapan dan soalan Jawatankuasa Bimbingan dan Kaunseling menguruskan pemeriksaan Guru Bimbingan (GB) memasukkan skor GB membuat pentafsiran skor GB serahkan skor murid kepada guru kelas GB menyimpan skor dalam fail

Masa: Bulan Oktober Sasaran: Murid Tahun 3 Tempat: Sesuai dan kondusif (Bilik darjah atau dewan) Menjawab di atas borang jawapan/kertas soalan Masa: 1 jam 30 minit Soalan: 80 aneka pilihan

Menyerahkan skor kepada Guru Bimbingan (GB) GB mencatatkan skor secara manual GB mentafsirkan skor dan menyediakan profil

Menyimpan skor dan profil murid mengikut kelas. Pengesahan/tandatangan GBK /GB Fail Unit Bimbingan dan Kaunseling Disimpan di Unit Bimbingan dan Kaunseling

Penskoran dan Pentafsiran Skor


Domain Bahasa Melayu Kemahiran perkataan 10 > 6 Baik, < 6 Kurang potensi Skor Markah penuh Interpretasi

Konsep verbal
Penyelesaian masalah dalam aplikasi kritikal Bahasa Inggeris Word skills Verbal concept Critical application Matematik/numerik

15
5

> 10 Baik, < 10 Kurang potensi


> 4 Baik, < 4 Kurang potensi

5 20 5

> 4 Good, < 4 Low potential > 15 Good, < 15 Low potential > 4 Good, < 4 Low potential

Penyelesaian masalah
Penaakulan numerik untuk membuat persepsi Penaakulan numerik untuk logik nombor dan sistem numerik

9
4

> 7 Good, < 7 Low potential > 3 Good, < 3 Low potential

> 5 Good, < 5 Low potential

Borang Profil Umum Murid Ujian Aptitud Am Tahun 3


Kelas : Tahun : Nama sekolah: Bil. Nama Murid 1 2 3 4 5 6 Aziz Ahmad Jamaiah Abu Shamsuddin Daud Intan Syuhada Shahril Mohd Norzila Mohd Yusof BM BI Mate

Catatan

Sekolah Kebangsaan (P) Kapar


Nama murid: Kelas : No kad pengenalan / sijil lahir : Alamat : No. telefon :

Profil Individu Murid

CONTOH INTERVENSI
1. PETA PEMIKIRAN (I THINK)

TUJUAN PENGGUNAAN I THINK:

KESAN PENGGUNAAN I THINK

CONTOH KERATAN AKHBAR BERKENAAN I THINK

CONTOH ALAT BERFIKIR I THINK

WHO AM I?

2. PETA MINDA (MIND MAP)

KEBAIKAN PETA MINDA

3. PROGRAM LINUS / KELAS INTENSIF BAHASA perlu diteruskan bagi murid yang belum menguasai Bahasa Melayu. 4. MELATIH PENGGUNAAN KBAT @ HOTs dengan menukar soalan rutin kepada soalan bukan rutin.

CONTOH 1: 23 20 15 (Apakah yang berbeza dengan nombor di atas?) 20 = nombor genap JAWAPAN 23 = bukan gandaan 5 dan nombor perdana 15 = nilai paling kecil

CONTOH 2:

CONTOH 3:

Jawapan kepada FAQ


1. Bilakah soalan boleh dipulangkan kepada murid?
Soalan boleh dipulangkan kepada murid hanya setelah semua murid mengambil ujian tersebut.

2. Adakah LP menyediakan soalan versi BC dan BT untuk domain Matematik/numerik?


Domain matematik mempunyai versi bahasa Cina dan bahasa Tamil. Pihak LP akan membuat penterjemahan tersebut.

3. Bagaimana pula dengan sekolah yang tidak mempunyai GB? Siapa perlu menerajuinya?
Sekolah yang tidak mempunyai guru bimbingan, Guru Besar boleh melantik sama ada guru BI atau guru BM atau guru Matematik atau Guru HEM sendiri untuk mengetuai pentadbiran ujian tersebut.

4. Bagaimana kedudukan murid yang selalu tidak hadir ke sekolah?


Murid yang mempunyai masalah kehadiran perlu diberi peluang untuk menjalani ujian tersebut.

5. Bolehkah murid ditolong semasa ujian ditadbirkan?


Murid tidak boleh dipandu sewaktu menjawab ujian kerana ada kebarangkalian guru membantu untuk memberikan makna sesuatu perkataan tersebut.

6. Bolehkah jawapan murid yang cepat siap dikumpulkan terlebih dahulu daripada murid yang belum selesai?
Jawapan murid boleh dikumpul walaupun mereka menjawab dalam kadar masa yang kurang dari masa yang telah ditetapkan. Tiada tambahan masa.

7. Bolehkah murid LINUS yang belum melepasi tahap mengambil ujian ini?
Murid LINUS yang masih tidak melepasi tahap boleh mengambil ujian yang sama. Ujian ini menentu sahkan keupayaan murid membaca.

8. Apakah signifikan mentadbir ujian ini?


Ujian ini membantu guru mendapatkan maklumat mengenai potensi bahasa dan numerik. Data ini boleh membantu guru membuat perancangan untuk pdp. Ujian Aptitud yang kedua akan dijalankan untuk murid Tahun 6 pada 2016 bagi menggantikan Ujian Aptitud Tahun 6 yang ada sekarang.

9. Adakah peruntukan tambahan untuk mentadbir ujian ini?


Tiada peruntukan tambahan bagi mentadbir ujian ini. Segala peruntukan perlu dibincangkan di peringkat sekolah bersama pentadbir.

10. Bagaimana penskoran dan interpretasi dibuat?


Jawapan, kaedah pengiraan skor, intepretasi dan penjelasan akan disertakan bersama dengan soalan.

11. Adakah guru dibenarkan berkongsi maklumat dengan murid mengenai skor mereka?
Guru dibenarkan untuk berkongsi skor dapatan ujian untuk membantu perkembangan murid.

12. Adakah LP memerlukan format khusus untuk profil murid?


Tiada format khusus untuk profil murid, tapi boleh guna template yang terdapat pada buku manual.

13. Bagaimana dengan murid yang berpindah?


Murid berpindah perlu membawa profil tersebut dan guru perlu tulis dalam catatan ke mana murid itu berpindah dan sekolah yang baru.

14. Bagaimana dengan PPD yang tidak mempunyai Penolong Pengawai


Kaunseling dan Kerjaya ?
Bagi PPD yang tidak mempunyai Penolong Pengawai Pendidikan Unit Bimbingan Kaunseling dan Kerjaya, Pegawai PBS perlu bertanggungjawab di atas tugasan

tersebut.

15. Bagaimana dengan perubahan-perubahan dengan pentadbiran ujian? Bagaiman kami nak tahu?
Segala maklumat pentadbiran akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

16. Adakah LP akan menyediakan borang jawapan?


LP tidak membekalkan borang jawapan, tiada format yang standard untuk
borang jawapan, murid boleh menjawab di kertas atau buku latihan.

17. Bagaimana dengan kaedah penandaan?


Kaedah penandaan adalah di atas budi bicara Jawatankuasa Bimbingan dan Kaunseling sekolah. Guru boleh minta bantuan Guru Bimbingan.

MUTIARA KATA
"Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya." "Manusia tidak merancang untuk gagal, mereka gagal untuk merancang." "Kekuatan itu tidak terbina di atas bilangan yang ramai, tetapi kekuatan itu terbina di atas keyakinan dan optimis seseorang dan keserasian berkumpulan."

You might also like