You are on page 1of 10

Cara Menyebarkan Data Penyelidikan Tindakan

THINAGARAN KONASAIGARAN MUHD. NABILL FAKHRIE MD RAPEE

Maksud Penyebaran Dapatan


Penyebaran dapatan penyelidikan adalah proses perkongsian maklumat dan pengetahuan penyelidik dengan orang-orang lain yang berkaitan seperti penyelidik lain. Dalam penyebaran, biasanya cabaran utama ialah dalam meningkatkan aksesibiliti dapatan kepada audiens. Ini bermaksud dapatan kajian secara fizikal perlu mudah dicapai dan mudah difahami oleh semua (Woodfield, n.d.).

Kepentingan Penyebaran Dapatan


Penyebaran dapatan penyelidikan merupakan sebahagian daripada proses penyelidikan. Penyebaran dapat memaksimumkan impak penyelidikan ke atas penambahan ilmu. Ia memastikan dapatan kajian menjadi berguna dan bukan setakat disimpan oleh pengkaji sahaja

Penyebaran dapat memastikan bahawa dapatan penyelidikan kita akan menyumbang kepada penyelesaian sesuatu masalah (Silcock, n.d.). Penyebaran juga boleh memotivasikan penyelidik untuk meneruskan usahanya. Selain itu, ia dapat meningkatkan profail pengkaji dan institusinya. Oleh itu, penyebaran dapat menambah nilai sesuatu penyelidikan (Woodfield, n.d.).

Persembahan poster merupakan satu pendekatan grafik untuk membentangkan dapatan penyelidikan.
Tujuan poster adalah untuk menjana perbincangan yang aktif terhadap penyelidikan yang dijalankan.

Persembahan poster biasanya diadakan dekat dengan dewan seminar atau konferens yang sedang berjalan.
Pengkaji akan berdiri di tepi poster untuk menjawab soalan para pengkaji yang lain serta membincangkan isu berkaitan penyelidikan yang dipaparkan.

Pembentangan dalam seminar atau konferens merupakan salah satu saluran yang utama untuk menyebarkan dapatan penyelidikan.
Terdapat banyak seminar dan konferens pendidikan yang diadakan di Malaysia. Setiap seminar atau konferens biasanya disasarkan kepada penyelidik tertentu berdasarkan kdepada tema seminar

Contohnya, jika seminar bertema Bahasa Jiwa Bangsa maka kebanyakan kertas yang dibentangkan adalah berkaitan dengan bahasa dan pembentang biasanya terdiri daripada pendidik bahasa atau pengkaji yang menyelidik tentang bahasa

Rangkaian Penyelidikan seperti Rangkaian Penyelidikan Tindakan merupakan laman web di mana anda boleh memuat naik dapatan penyelidikan anda, meminta pendapat serta membincangkan dengan ahli-ahli lain dalam rangkaian tersebut

Contoh rangkaian ialah Collaborative Action Research network (CARN), Action Research Network ALTec dan Action Research Network Universisty of San Diego

SEKIAN, TERIMA KASIH

You might also like