Professional Documents
Culture Documents
Kelantan merupakan salah satu kerajaan negeri yang ditadbir oleh kerajaan pas dan
Menteri Besar Kelantan adalah Tok Guru Nik Aziz B. Nik Mat. Kelantan dikatakan
salah satu negeri yang agak terpinggir dari segi pembangunan yang dirancang oleh
kerajaan pusat. Kelantan yang terletak disebelah Pantai Timur Semenanjung Malaysia
itu telah dimasukkan ke dalam salah satu projek mega yang dirancang oleh kerajaan
pusat dimana ianya digabung oleh beberapa negeri di sebelah Pantai Timur juga
iaitu Terengganu, Pahang dan kawasan Mersing di Johor. Projek mega ini dinamakan
sebagai Koridor Ekonomi Pantai Timur (ECER). Koridor Ekonomi Pantai Timur (ECER)
telah dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi
pada 29 Oktober 2007 dengan dihadiri oleh semua Menteri Besar yang terlibat
termasuk Tok Guru Nik Aziz iaitu Menteri Besar Kelantan. Lima teras ekonomi utama
iaitu pelancongan, minyak gas dan petrokimia, pembuatan, pertanian, dan pendidikan
akan dimajukan di bawah pelan ECER untuk menggerakkan pembangunan bagi menangani
ketidakseimbangan ekonomi, meningkatkan keupayaan dan pengetahuan serta kualiti
hidup kira-kira 3.9 juta penduduk di wilayah berkenaan.
Kesimpulan
Rancangan pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur ini dapat memberikan faedah dan
manfaat buat rakyat Kelantan khususnya yang berpendapatan rendah dan negeri
Kelantan. Dengan adanya pembangunan ini maka membuka peluang pekerjaan, pendidikan
dan menjadikan negeri Kelantan sebagai sebuah negeri yang maju selaras dengan
pembanguna negara. Di sini, seluruh rakyat kelantan haruslah memainkan peranan
penting dalam mencapai objektif dan sasaran yang ditetapkan di bawah Wilayah
Ekonomi Pantai Timur ini.