You are on page 1of 5

Pendahuluan

Penyelidikan merupakan suatu usaha yang dilakukan samada secara individu atau

berkumpulan bagi menyelesaikan sesuatu permasalahan yang ingin di kaji. Namun begitu

penyelidikan yang ingin difahami adalah bergantung kepada ruang lingkup atau bidang yang

diceburi oleh seseorang penyelidik itu. Penyelidik yang baik adalah mereka yang

menggabungkan semua teknik yang ada di dalam ilmu penyelidikan khas bagi memastikan setiap

jawapan atau jalan penyelesaian adalah bertepatan dan sesuai untuk digunapakai para pengkaji

lain pada masa hadapan.

Bagi penyelidik yang ingin memastikan setiap hasil mereka adalah tepat, maka beberapa

perkara perlu diikuti agar tidak tersasar dengan jauh, dan teknik penyelidikan juga perlulah

bersesuaian dengan keadaan semasa samada teknik secara kualitatif atau kuantitatif. Apa yang

penting dalam proses pengendalian penyelidikan ini adalah teknik, kos dan hasil dapatan kerana

gabungan semua item ini akan member markahan lebih,dipercayai serta akan member kesan

kepada para penyelidik lain di masa hadapan.

Di bawah ini di nyatakan definisi beberapa orang penulis terhadap apa yang dimaksudkan

mengenai penyelidikan bergantung kepada bidang dan ruang tugas yang mereka sedang alami

serta pengertian sebenar yang berbeza latar belakang di antara penulis ini.

Definisi Kaedah Penyelidikan Mengikut Pandangan Penulis

1
Izham Ibrahim. (2004). Konsep Asas Penyelidikan dan Statistik dalam Praktis Kesihatan.

Penerbit Universiti Sains Malaysia.

Penyelidikan atau kajian merupakan sebarang aktiviti yang dilakukan untuk

meningkatkan pengetahuan seseorang. Penyelidikan dilaksanakan untuk mengembangkan ilmu,

menguji teori atau mendapatkan maklumat baru tentang sesuatu topik. Penyelidikan juga

dijalankan bagi menilai atau membangukan sesuatu dasar. Hal tersebut, merupakan suatu

penelitian atau siasatan secara sistematik mengenai sesuatu masalah, isu ataupun persoalan.

Seseorang penyelidik mungkin ingin mencari hubungkait antara faktor-faktor tertentu,

menentukan jika terdapat perbezaan antara kumpulan-kumpulan subjek yang dikaji, membuat

ramalan ataupun mencari dan mencipta suatu hasil atau benda baru. Penyelidikan boleh ijalankan

sama ada di dalam makmal seperti dalam bidang farmakologi, bioteknologi, mikrobiologi

ataupun di luar makmal (kajian lapangan) seperti dalam aspek dasar kesihatan dan ubat-ubatan

atau farmakoepidemologi.

www.scribd.com/doc/6753159/konsep penyelidikan

Penyelidikan adalah tatacara yang teratur yang digunakan oleh manusia untuk menambah

ilmu pengetahuan baru. Semua penyelidikan berorientasikan satu atau dua matlamat;

pengembangan ilmu pengetahuan dan penyelesaian sesuatu masalah.

www.penyelidikan.edu.my

2
Penyelidikan adalah tatacara yang teratur yang digunakan oleh manusia untuk menambah

ilmu pengetahuan baru. Semua penyelidikan berorientasikan satu atau dua matlamat;

pengembangan ilmu pengetahuan dan penyelesaian sesuatu masalah. Penyelidikan hendaklah

mempunyai kebolehpercayaan dan sistematik.

Ahmad Fauzi dan Ahamad Tarmizi. (1997). Tamadun Islam; Penerbit Universiti Putra

Malaysia.

Penyelidikan adalah merupakan suatu kaedah yang saintifik berdasrkan formula-formula

tertentu yang digunakan oleh para pengkaji atau penyelidik secara teratur dan disiplin tertentu. Ia

dilakukan bagi menyelesaikan sesuatu masalah dan juga di jadikan sebagai kaedah pembelajaran

untuk menambahkan kemahiran sebagai penyelidik. Bagi penyelidik yang ingun melakukan

proses penyelidikan ini, mereka perlu berteraskan kepada dua matlamat yang berperanan dalam

membentuk penyelidik yang baik iaitu pengembangan dalam ilmu pengetahun dan juga

penyelesaian dalam sesuatu masalah yang timbul atau dihadapi atau dikaji.

Ed Neukrug. (2008). Theory, Practice, And Trends In Human Services; An Introduction,

Fourth Edition; The Thomson Corporation.

Penyelidikan merupakan suatu jawapan kepada suatu pertanyaan “sejauhmana perkara

yang kita lakukan pada hari ini akan member kesan kepada masa depan?”. Best dan Kahn (2006)

menhuraikan mengenai penyelidikan sebagaimana suatu yang sistematik dan mempunyai analisis

yang berobjektif serta merakamkan pemerhatian yang dikawal yang mana mampu boleh

mengetuai pengembangan generasi, peraturan atau teori. Dalam kata lain setiap penyelidik

3
mempunyai kaedah analisis dan jangkaun yang munasabah dalam mengendalikan bahan yang

dikaji demi masa depan.

Anan Che Mohd. (2005). Jurnal Penyelidikan Islam. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Penyelidikan merupakan suatu usaha dalam kerja-kerja penyelidikan bagi membolehkan

sesuatu tajuk atau perkara dapat di ulas dengan lebih teliti dan berkaitan. Sesuatu jurnal yang

dihasilkan adalah merupakan kajian bersama di antara JAKIM dan juga institut-institut pengajian

tinggi bagi memastikan suatu kajian yang dilakukan adalah menepati kehendak persoalan yang

dikaji.

Mahayudin Hj. Yahya. (1998). Tamadun Islam. Penerbit Fajar Bakti Shah Alam.

Penyelidikan adalah satu usaha penelitian yang terancang menggunakan metodologi

sesuai yang dilakukan dengan penuh kesabaran. Ia memerlukan kepakaran bagi menyelidik

sesuatu yang baru bertujuan untuk membuat teori, kesimpulan, perancangan atau ramalan.

Persamaan Penyelidikan

Walaupun setiap definisi yang di bawa ini adalah berbeza dari sudut bidang yang

diceburi, namun pengertian yang dikupas mengenai penyelidikan adalah sama. Bagi keseluruhan

penulis ini mereka lebih berpendapat bahawa setiap penyelidikan itu adlah suatu proses

penyelesaian masalah yang bersifat lebih jelas dan memerlukan kajian yang lebih mendalam bagi

sesuatu kes atau isu yang menjadi tajuk atau sub-topik kajian. Bagi mereka proses yang

dilakukan ini lebih bersifat kuantitif iaitu bercorak seperti soalan kajian dan sebagainya. Ada

4
juga yang bercorak seperti kualitatif seperti dilakukan temubual yang mana proses yang lebih

dekat di antara penyelidik dan juga klien.

Perbezaan Penyelidikan

Perbezaan penyelidikan adalah mengenai ruang lingkup yang ingin dikaji samada bidang

sains, sosial, ekonomi atau agama. Perbezaan ini juga akan mempengaruhi segala bentuk teknik

yang ingin dimasukkan ke dalam proses penyelidikan tadi. Sebagai contoh sekiranya dalam

kajian penyelidikan berbentuk agama, teknik temubual lebih berkesan dan menampakkan kesan

namun tidak sama dengan teknik yang dilakukan dalam bidang ekonomi yang mana penyelidik

ekonomi akan menggunakan teknik soal selidik bagi mencari sampel yang mewakili populasi

bagi mengkaji jumlah pendapatan perkapita penduduk di sesebuah kawasan. Di sini sudah

menampakkan bahawa setiap kajian yang dilakukan adalah berbeza bagi memastikan kaedah

yang dijalankan adalah bersesuaian dengan keadaan.

Penutup

Sebagaimana yang kita maklum dan ketahui bahawa penyelidikan yang dilakukan ini

adalah bertujuan untuk mengkaji sesuatu perkara dengan lebih jelas serta juga dapat

memperbaharui kajian atau penyelidikan yang telah dilakukan oleh para penyelidik terdahulu.

Dengan itu setiap kajian adalah bersifat “up to date” yang membolehkan sesiapa sahaja yang

ingin menggunakan bahan ini tidak mudah berasa bosan dengan maklumat yang lapuk dan

ketinggalan. Penyelidikan juga adalah sebagai ilmu baru baru yang perlu dipelajari agar dapat

melaksanakan sesuatu tugas dengan lebih cepat dan tepat dan sangat efektif.

You might also like