You are on page 1of 568

Kementerian Pelajaran Malaysia

2013

MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL


KEMBALI KEPADA YANG ASAS : PEMIMPIN INSTRUKSIONAL, GURU MENGAJAR DAN MURID BELAJAR

Diterbitkan oleh KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

ii

CETAKAN PERTAMA JANUARI 2013 KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Hak Cipta Terpelihara kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersil. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan dalam apa-apa bentuk atau dengan apa alat jua pun, sama ada dengan cara elektronik, mekanik, gambar, rakaman atau sebagainya, tanpa kebenaran terlebih dahulu daripada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia. Perundingan tertakluk kepada perkiraan royalti atau honorarium.

iii Isi Kandungan

GLOSARI
KATA ALU-ALUAN KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA KATA ALU-ALUAN TIMBALAN KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA (SEKTOR OPERASI PENDIDIKAN)

ix xi

xii

Kandungan

Muka Surat

1 2

PENDAHULUAN
Pengenalan 2

MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL


Melindungi Masa Instruksional (Protecting Instructional Time) di Sekolah Untuk Meningkatkan Keberhasilan Pembelajaran Murid Haji Sufaat bin Tumin Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Sektor Operasi Pendidikan) 7

KERTAS CADANGAN PELAKSANAAN


3.1 Pemerhatian Guru Meninggalkan Bilik Darjah Semasa Proses Pembelajaran dan Pengajaran Dr.Mohd Suhaimi bin Mohamed Ali Abd Munir bin Mohd Rashid Nadimin bin Abdul Aziz Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti 39

iv 3.2 Kepimpinan Instruksional Dr. James Ang Jit Eng Haji Abdul Razak bin Alias Institut Aminuddin Baki Jadual Waktu Bong Muk Shin Bahagian Pendidikan Khas Melindungi Masa Instruksional dalam Kegiatan Kokurikulum di Sekolah: Isu dan Cadangan Penyelesaian Mahamad Amran bin Kamsi Bahagian Kokurikulum dan Kesenian Pengurusan Masa dalam Konteks Pentaksiran Berasaskan Sekolah Rohesan bin Muhamad Lembaga Peperiksaan Malaysia Pelaksanaan 55

3.3

65

3.4

74

3.5

95

3.6

Pengoperasian Latihan dalam Perkhidmatan (LDP) Berasaskan Sekolah (School Based) Ahmad Zaki bin Salleh Razlee bin Mohamad Habidah@Abidah binti Ibrahim Bahagian Pendidikan Guru

109

KERTAS AMALAN TERBAIK PENGURUSAN SEKOLAH


4.1 Melindungi Masa Instruksional (Protecting Instruksional Time) di Sekolah Untuk Meningkatkan Keberhasilan Pembelajaran Murid Ghazali bin Kassim SK Seri Indera, Kangar, Perlis Guru Mengajar Murid Belajar Hajah Siti Aminah binti Hj Ibrahim SMK Bandar Bukit Kayu Hitam Bukit Kayu Hitam, Kedah Darulaman DOS (Do Something) (JANGAN DUDUK SAHAJA) Zakaria bin Othman SK Seri Impian, Bukit Mertajam, Pulau Pinang 122

4.2

133

4.3

150

v 4.4 Pengalaman Sekolah di Negeri Sembilan dalam Melindungi Masa Instruksional Haji Hamidon Bin Haji Khalid SMK Senawang 3, Taman Marida, Seremban Guru Bercuti dan Tidak Hadir ke Sekolah, Cara Menangani dan Penyelesaiannya Dr. Hajah Rosnanaini binti Haji Sulaiman SMK Malim, Melaka Amalan Terbaik Melindungi Masa Instruksional di SMK Sultan Yahya Petra 1, Kuala Krai Haji Komaruddin bin Abdullah, A.S.K. SMK Sultan Yahya Petra 1, Kuala Krai, Kelantan Pengurusan Sekolah dalam Melindungi Masa Instruksional di Sekolah untuk Meningkatkan Keberhasilan Pembelajaran Murid Mukhtar bin Haji Kasim SMA Al Madrasah Al Alawiyah Ad Diniah, Arau, Perlis Melindungi Masa Instruksional di SMK Sultanah Bahiyah Hajah Rahinun binti Mohd Noor, B.C.K. SMK Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah Memaksimumkan Waktu Pembelajaran Pengajaran Khaliqul Zaman bin Mohamed Sheriff, SMK Guar Perahu, Bukit Mertajam, Pulau Pinang Melindungi Masa Instruksional Melalui Pengurusan Sekolah dan Program Khas Rusnani binti Sharuddin SMK Raja Perempuan, Ipoh, Perak dan 166

4.5

178

4.6

193

4.7

210

4.8

222

4.9

244

4.10

Polisi

261

4.11

Program Relief Berkesan Melindungi Masa Instruksional dan Meningkatkan Masa Pembelajaran Berkesan di dalam Bilik Darjah Radhiah binti Muhammad Rohani binti Roslan SMK Puteri Wilayah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Protecting Instructional Time : Mengatasi Masalah Guru Meninggalkan Kelas Kerana Tugasan Luar Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan SM Teknik Tuanku Jaafar, Seremban

270

4.12

280

vi 4.13 Amalan Melindungi Masa Instruksional di Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahman Talib, Kuantan, Pahang. Haji Bahtiar bin Sanusi Ahmad Zamri bin Md Isa SMK Abdul Rahman Talib, Kuantan, Pahang Inisiatif Memperkasa Masa Instruksional : Guru Ganti Sistematik (GGS) Sektor Pengurusan Akademik Jabatan Pelajaran Negeri Sabah Program Inovatif Pengurusan Sekolah Dalam Mmi Dalam Kalangan Murid (Program Permata Bonus) Dan Guru (Program Training Of The Trainers) Di SMK Riam Miri (2000 2005) Hajah Serina binti Sauni SM Sains Miri, Sarawak 293

4.14

311

4.15

325

KERTAS AMALAN TERBAIK GURU


5.1 Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah Mohd Jamil Bin Rosli SMA Al Madrasah Al Alawiyah Ad Diniah, Arau, Perlis Kit Pembelajaran Bijak Matematik Tambahan (Bidang Pembelajaran: Pilih atur dan Gabungan) Suhaimi bin Mohd Tabiee SMK Datuk Haji Abdul Kadir, Kepala Batas, Pulau Pinang Memelihara Masa Instruksional Mata Pelajaran: Biologi, Strategi : Guru Muda Roziah Ayub SMK Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Perak Blog Modul Pembelajaran Kendiri Gempurbio.Blogspot: Alternatif kepada Pengajaran dan Pembelajaran Tanpa Guru. Mahadiah binti Muda SM Sains Seri Puteri Kuala Lumpur 363

5.2

377

5.3

382

5.4

388

5.5

Intergrasi Idea Kreatif, Inovatif Melindungi Masa Instruksional di Sekolah


Muhamad Shahlyme bin Abd Wahid Haryani binti Ismail SK Yamtuan Lenggang, Tanjung Ipoh, Negeri Sembilan

401

vii

5.6

Pengurusan Melindungi Masa Instruksional (Protecting Instructional Time) Yang Berkesan di Sekolah Katherine Tan Teck Neo SK Convent Infant Jesus 1 (M), Melaka Guru Sekolah Kebangsaan Convent Infant Jesus (2) Unik dan Cemerlang Hamimah binti Hamid Jamilah binti Osman Norrehan binti Mohamad Nuur Hidayah binti Ab Hamid SK Convent Infant Jesus 2, Melaka Meningkatkan Kemahiran Murid Menjawab Soalan Geografi PMR Berdasarkan Peta dengan Menggunakan Teknik, Tak Kenal Maka Tak Cinta Rohani binti Hamzah SMK Durian Daun, Melaka Kepimpinan Instruksional: Melindungi Pembelajaran Miracle Fingers (Matematik Sekolah Rendah Tahap 2) Shahril bin Othman Azmi bin Abd Rahim Rahim bin Hassan SK Maran, Maran, Pahang Masa

420

5.7

428

5.8

445

5.9

461

5.10

Team Teaching Sebagai Langkah Melindungi Masa Instruksional Noraini binti Ibrahim SK Tengku Mahmud Nurul Syafinaz binti Ishak SM Imtiaz Yayasan Terengganu Besut Pengajaran Berkesan Penggunaan Wazan Board dalam Pembelajaran dan Pengajaran Bahasa Arab Andi Kaswia binti Abdul Kadir SMKA Kota Kinabalu, Sabah HUBAGAM: Pendekatan Kontekstual Visual dalam Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) Iqra Farida binti Abdul Rahman SK Pekan Satu, Wilayah Persekutuan Labuan Pengajaran Dan Pembelajaran Yang Berkesan Di Sekolah Untuk Meningkatkan Keberhasilan Pembelajaran Murid Mohd Fauzi bin Hashim SK Paya, Beseri, Perlis

478

5.11

496

5.12

505

5.13

515

viii

5.14

Pengajaran Dan Pembelajaran Berkesan Di Bilik Darjah Dapat Menjana Modal Insan Yang Berpengetahuan, Berkemahiran, Dan Menghayati Nilai-Nilai Murni Ab. Aziz bin Omar SMK Sultan Ibrahim 1, Pasir Mas, Kelantan

527

PENYUMBANG

552

ix

GLOSARI

KPM JPN PPD JPA BPG IAB JNJK BKK BPSH PPK LP PdP MMI SOP LDP SIP PLC RPH RPT NILAM HIV AIDS AJK JK

- Kementerian Pelajaran Malaysia - Jabatan Pelajaran Negeri - Pejabat Pelajaran Daerah - Jabatan Perkhidmatan Awam - Bahagian Pendidikan Guru - Institut Aminuddin Baki - Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti - Bahagian Kokurikulum dan Kesenian - Bahagian Pengurusan Sekolah Harian - Pusat Perkembangan Kurikulum - Lembaga Peperiksaan - Pengajaran dan Pembelajaran - Melindungi Masa Instruksional - Standard Operating Procedure (Prosedur Standard Operasi) - Latihan Dalam Perkhidmatan - School Improvement Programme (Program Peningkatan Sekolah) - Profesional Learning Community (Komuniti Pembelajaran Profesional) - Rancangan Pengajaran Harian - Rancangan Pengajaran Tahunan - Nadi Ilmu Amalan Membaca - Human Immunodeficiency Viirus - Acquired Immuno Deficiency Syndrome - Ahli Jawatankuasa - Jawatankuasa

PK HEM PIBG BBM VRC NKRA SPPK TALIS ALT SK SPI TOV OTI ETR OKU PBS PS PPsi PAJSK KSSR

- Penolong Kanan - Hal Ehwal Murid - Persatuan Ibubapa dan Guru - Bahan Bantu Mengajar - Virtual Repository Centre (Pusat Repositori Maya) - National Key Result Area (Bidang Keberhasilan Utama Negara) - Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan - Teaching and Learning International Survey (Kajian Antarabangsa Pengajaran dan Pembelajaran) - Academic Learning Time (Masa Pembelajaran Akademik) - Sekolah Kebangsaan - Surat Pekeliling Ikhtisas - Take-Off Value - Operational Target Increase - Expected Target Result - Orang Kurang Upaya - Pentaksiran Berasaskan Sekolah - Pentaksiran Sekolah - Pentaksiran Psikometrik Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) - Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum - Kurikulum Standard Sekolah Rendah Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS)

SPPBS SMK SK PPPLD

- Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) - Sekolah Menengah Kebangsaan - Sekolah Kebangsaan - Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma

xi

Kata Alu-aluan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

YBhg. Tan Sri Abd Ghafar bin Mahmud

Syabas dan tahniah kepada Sektor Operasi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia atas inisiatif menerbitkan Buku Melindungi Masa Instruksional. Inisiatif ini selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 2025 yang melakarkan visi agar sistem pendidikan negara mampu menghadapi persaingan ekonomi global dalam memenuhi keperluan negara pada masa hadapan. Inti pati buku ini bersesuaian dengan aspirasi yang terkandung dalam Gelombang 1 (2013 2015) PPPM iaitu mengubah sistem dengan memberikan sokongan kepada guru dan penekanan kepada kemahiran teras. Pihak pengurusan sekolah semestinya memastikan keberadaan guru di sekolah dan seterusnya meningkatkan kualiti kemahiran pengajaran guru melalui kepimpinan instruksional. Melindungi masa instruksional merupakan salah satu komponen fungsi pemimpin instruksional dalam menjayakan pembelajaran secara berkesan di sekolah. Pemimpin sekolah yang mengamalkan kepimpinan instruksional sewajarnya menyelaras dan menentukan program pembangunan profesionalisme guru. Penerbitan buku ini diharapkan dapat membantu pemimpin sekolah dan guru untuk memberikan perhatian atas usaha melindungi masa instruksional di sekolah supaya kualiti pembelajaran murid dapat ditingkatkan. Semua warga sekolah seharusnya memanfaatkan buku ini sepenuhnya dengan menjadikannya sebagai panduan dan rujukan utama bagi mencapai elemen kualiti dan memenuhi aspirasi sistem pendidikan negara.

Tan Sri Abd Ghafar bin Mahmud

xii

Kata Alu-aluan Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Sektor Operasi Pendidikan) YBrs. Tuan Haji Sufaat bin Tumin
Setinggi-tinggi penghargaan kepada pasukan petugas Sektor Operasi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia atas penerbitan Buku Melindungi Masa Instruksional. Penerbitan buku ini diharapkan dapat membantu ke arah memantapkan dan meningkatkan kualiti tahap profesionalisme kepimpinan pengurus sekolah serta warga pendidik dalam menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Saya amat berkeyakinan bahawa buku ini dapat memberikan sumbangan yang amat signifikan kepada usaha Kementerian Pelajaran Malaysia dalam mencapai sasaran Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 2025. Pengetua dan Guru Besar yang berperanan sebagai pemimpin instruksional perlu memberikan tumpuan kepada tunjuk ajar, berkongsi bersama dalam membuat keputusan, memelihara, dan mempertahankan perkara-perkara asas dalam mengoptimumkan masa PdP. Kepimpinan sekolah seharusnya merancang dan menyusun semula sumber-sumber untuk menyokong program perkembangan staf dan aktiviti sekolah dalam mencipta satu iklim integriti dan penambahbaikan secara berterusan. Di samping itu, kepimpinan sekolah perlu melibatkan pemimpin masyarakat dan komuniti setempat bagi meningkatkan jaring profesionalisme inter dan intra sekolah, daerah dan negeri dalam meningkatkan keberhasilan pembelajaran dalam kalangan murid. Guru merupakan sasaran utama dalam usaha membangunkan peningkatan kualiti instruksional berdasarkan latihan semula dan meningkatkan kemahiran pengajaran guru melalui kaedah pembangunan professional learning community (PLC) serta profesionalsime guru yang lebih kontekstual. Semua pihak yang terlibat perlu menggembleng tenaga dalam memainkan peranan masing-masing untuk memastikan amalan melindungi masa instruksional dipraktiskan di sekolah. Senario ini, diharap dapat memberikan sumbangan yang bermakna kepada pencapaian matlamat PPPM 2013 2025. Sesungguhnya buku ini telah berjaya mengupas secara meluas dan mendalam tentang tanggungjawab kepimpinan pendidikan dalam konteks melindungi masa instruksional yang menjadi tunjang utama kepimpinan instruksional. Semoga pihak pengurusan sekolah berupaya memastikan peningkatan masa pembelajaran berkesan atau academic learning time dalam kalangan murid di semua sekolah. HAJI SUFAAT BIN TUMIN

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

PENDAHULUAN

Muka Surat

| 1

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

PENGENALAN

Kemajuan pendidikan di negara ini sentiasa diberi keutamaan dalam semua agenda kerajaan termasuk Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) yang memberikan fokus kepada pembangunan modal insan bagi memajukan ekonomi negara. Kepentingan pembangunan pendidikan turut menjadi fokus dalam setiap bajet yang dibentangkan oleh kerajaan. Bagi tahun 2013, sektor ini menerima peruntukan berjumlah RM38.7 billion meliputi 21% daripada peruntukan keseluruhan bajet negara. Perkembangan ini membuktikan kesungguhan kerajaan memberikan pendidikan berkualiti kepada rakyat di negara ini.

Bagi memastikan hasrat kerajaan untuk memberikan pendidikan berkualiti kepada rakyat tercapai maka semua peringkat pengurusan pendidikan perlu melaksanakan peranan masing-masing dengan berkesan. Peranan dan tanggungjawab mereka bagi memajukan pendidikan di negara ini telah diperuntukkan dalam Akta Pendidikan 1996. Malah, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 20132025 telah menjelaskan beberapa inisiatif bagi memastikan kemenjadian murid selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Sejak belakangan ini, isu kemenjadian murid telah menjadi perhatian dan perbahasan dalam kalangan ibu bapa, pemimpin, dan para pendidik. Oleh itu, beberapa pendekatan telah dilaksanakan melibatkan pemantapan pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum di sekolah. Antara pendekatan yang perlu dilaksanakan segera ialah meningkatkan kepimpinan instruksional di semua peringkat pengurusan pendidikan. Pendekatan ini perlu diperkasakan sebagai usaha menambah baik dan memantapkan kepimpinan pengajaran dan pembelajran (PdP) di sekolah.

Muka Surat

| 2

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Pendekatan ini juga berhasrat meningkatkan keberhasilan pembelajaran murid seperti yang difokuskan dalam semua program dan rancangan yang dirangka oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Sejajar dengan itu, KPM perlu menyediakan pelan tindakan yang sesuai bagi memastikan PdP dapat dilaksanakan tanpa halangan di sekolah.

Melindungi Masa Instruksional (MMI) merupakan salah satu komponen fungsi pemimpin instruksional dalam menjayakan pembelajaran secara berkesan di sekolah. Komponen ini perlu diberi perhatian bagi membangunkan modal insan yang kreatif, kritis, dan inovatif. Malah, kejayaan melaksanakan fungsi ini dapat menyediakan murid-murid untuk menghadapi semua peringkat peperiksaan dengan lebih sempurna.

Peningkatan masa instruksional perlu dipastikan untuk mengoptimumkan keberkesanan pembelajaran dalam kalangan murid. Sehubungan dengan itu, penerbitan buku ini berhasrat untuk mengumpulkan amalan-amalan terbaik untuk dikongsi oleh semua pihak yang bertanggungjawab menguruskan masa instruksional di sekolah. Diharapkan idea-idea dan amalan-amalan yang dipaparkan serta amalan terbaik di institusi masing-masing boleh digarap bagi memantapkan pengurusan pendidikan dan pembelajaran. Buku ini turut menyediakan pelan tindakan yang bersepadu dari peringkat JPN sehingga ke sekolah sebagai panduan pelaksanaan program ini.

Objektif pelaksanaan program MMI ialah:

a)

memastikan semua peringkat pengurusan pendidikan memahami konsep melindungi masa instruksional,

Muka Surat

| 3

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

b)

memastikan semua peringkat pengurusan pendidikan dapat meningkatkan usaha MMI (protecting instructional time) di sekolah untuk meningkatkan keberhasilan pembelajaran murid,

c)

semua Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dapat menyebarluaskan konsep MMI (protecting instructional time) di semua sekolah di bawah pentadbiran mereka,

d)

memastikan peningkatan masa pembelajaran berkesan (academic learning time) dalam kalangan murid di semua sekolah, dan

e)

memastikan guru mesti berada di kelas dan melaksanakan pembelajaran dengan berkesan.

Dalam Bab 2, penjelasan tentang konsep, matlamat dan strategi melindungi masa instruksional dihuraikan bagi menjelaskan kepentingan pendekatan ini. Malah, diperincikan peranan Pengetua dan Guru Besar sebagai pemimpin instruksional melaksanakan perkara-perkara asas bagi

mengoptimumkan masa pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan ini merupakan salah satu komponen fungsi pemimpin instruksional dalam menjayakan pembelajaran berkesan di sekolah.

Manakala dalam Bab 3, dihimpunkan kertas cadangan pelaksanaan yang menjelaskan tentang pengurusan sekolah yang efektif ke arah

menyempurnakan pembelajaran di dalam kelas dan di luar kelas. Pemeriksaan di sekolah mendapati terdapat sebilangan guru yang meninggalkan bilik darjah dan tidak melaksanakan PdP sama ada disebabkan tugas rasmi atau tidak rasmi. Justeru, dikemukakan beberapa cadangan berkaitan pengurusan kurikulum,

Muka Surat

| 4

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

kokurikulum, jadual waktu dan latihan bagi mengatasi masalah ketiadaan guru di dalam kelas.

Terdapat pengurus sekolah yang telah berjaya MMI dengan berkesan dan memberikan impak yang besar kepada institusi berkenaan. Kejayaan Pengetua dan Guru Besar ini dikongsikan dalam Bab 4. Impak daripada kejayaankejayaan ini turut mewujudkan iklim yang kondusif dan menyumbang kepada kecemerlangan sekolah. Manakala Pengarah JPN dan Ketua Sektor JPN

berkongsi pengalaman tentang amalan pengurusan sekolah yang terbaik. Mereka menjelaskan tentang kepentingan perancangan yang sistematik bagi menguruskan PdP di sekolah. Antara aspek yang diberi fokus ialah polisi pengurusan sekolah, guru ganti (relief), program khas, dan amalan MMI.

Kertas kerja amalan-amalan terbaik oleh guru dihimpunkan dalam Bab 5. Sejumlah 14 kertas kerja berkenaan telah membincangkan teknik dan kaedah PdP yang berkesan mengikut mata pelajaran. Kepakaran guru-guru ini telah berjaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid yang terlibat.

Keseluruhannya, bagi MMI dengan berkesan di sekolah maka semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing secara konsisten dan mematuhi prosedur sedia ada. Keprihatinan untuk tidak mengganggu masa instruksional di sekolah memungkinkan semua murid mendapat pendidikan yang sempurna. Penyediaan pendidikan yang berkualiti akan melahirkan modal insan yang berpotensi untuk memajukan ekonomi, sosial, dan kesejahteraan negara pada masa akan datang.

Muka Surat

| 5

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL (MMI)

Muka Surat

| 6

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL (PROTECTING INSTRUCTIONAL TIME) DI SEKOLAH UNTUK MENINGKATKAN KEBERHASILAN PEMBELAJARAN MURID

oleh HAJI SUFAAT BIN TUMIN Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Sektor Operasi Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia

Abstrak Penulisan ini akan membincangkan isu berkait dengan pengurangan masa instruksional di sekolah yang berlaku tanpa disedari dan mengganggu masa instruksional. Hal ini mengakibatkan murid tidak dapat belajar secara berkesan disebabkan oleh beberapa gangguan yang berlaku. Antara objektif penulisan ini adalah untuk melihat betapa pentingnya pemimpin sekolah dan guru memberikan perhatian atas usaha melindungi masa instruksional di sekolah untuk meningkatkan kualiti pembelajaran murid. Tempoh masa instruksional yang dikhususkan untuk pembelajaran berkesan secara realiti tidak dapat dicapai sepenuhnya kerana berlaku pelbagai gangguan instruksional. Senarai gangguan masa instruksional yang dikenal pasti boleh dikategorikan kepada dua faktor utama, iaitu, faktor pengurusan sekolah dan faktor instruksional guru. Peningkatan kualiti instruksional dalam kalangan guru merupakan sasaran utama dengan meningkatkan keberadaan guru di sekolah dan meningkatkan kemahiran pengajaran guru melalui kepimpinan instruksional. Pembangunan profesionalisme guru akan lebih diperturun kuasa penentunya kepada pemimpin sekolah yang lebih memahami masalah pembelajaran murid selaras dengan ekosistem sekolah berkenaan. Melindungi masa instruksional merupakan salah satu komponen fungsi pemimpin instruksional dalam menjayakan pembelajaran secara berkesan di sekolah. Komponen ini perlu diberikan perhatian dalam memastikan peningkatan keberhasilan pembelajaran murid ke arah membangunkan modal insan yang kritis, kreatif, dan inovatif.

Muka Surat

| 7

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

PENGENALAN

Pendidikan masa ini memberikan perhatian utama tentang peningkatan kualiti pembelajaran murid. Beberapa inisiatif dirancang dan dilaksanakan bagi meningkatkan kualiti pembelajaran murid. Perancangan pendidikan yang disediakan mensasarkan semua murid dapat mengakses pendidikan berkualiti dan mampu berkembang sewajarnya mengikut keupayaan masing-masing.

Penulisan ini akan membincangkan isu berkaitan dengan pengurangan masa instruksional di sekolah yang berlaku tanpa disedari dan mengganggu masa instruksional. Hal ini mengakibatkan murid tidak dapat belajar secara berkesan disebabkan oleh beberapa gangguan yang berlaku. Penulisan ini juga akan membahaskan keperluan pemimpin sekolah dan guru memberikan

perhatian atas usaha melindungi masa instruksional di sekolah untuk meningkatkan kualiti pembelajaran murid. Perlindungan masa instruksional boleh dilakukan melalui pemimpin sekolah sebagai pemimpin instruksional dan guru yang melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran.

PEMBANGUNAN PENDIDIKAN

Ilmu pengetahuan atau pendidikan ialah tonggak kepada pembangunan tamadun serta menjadi asas ke arah kecemerlangan negara. Malaysia mensasarkan untuk menjadi sebuah negara maju yang berpendapatan tinggi. Justeru, kerajaan memberikan keutamaan kepada pembangunan sistem pendidikan dalam melahirkan tenaga kerja berbakat, berkemahiran tinggi, mempunyai daya kreativiti serta berinovatif.

Kerajaan telah melaksanakan pelbagai program transformasi yang mencakupi bidang pendidikan dalam melahirkan modal insan yang holistik.
Muka Surat

| 8

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Program Transformasi Kerajaan sesungguhnya berhasrat untuk memastikan setiap rakyat dapat mengecapi nikmat pembangunan berdasarkan semangat keutuhan perpaduan bagi mendukung Konsep 1Malaysia.

Susulan daripada itu, Transformasi Pendidikan Negara melalui Bidang Keberhasilan Utama Negara Kementerian Pelajaran Malaysia (NKRA KPM) merupakan manifestasi kerajaan untuk meningkatkan kualiti pendidikan negara. Menerusi hasrat dan matlamat ini, kerajaan berkeyakinan bahawa usaha merakyatkan peluang pendidikan dan kecemerlangan pendidikan ke seluruh pelosok negara dapat dilaksanakan.

Pembangunan pendidikan tidak ketinggalan diberikan keutamaan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) iaitu secara khususnya kerajaan memberikan fokus kepada rancangan pembangunan modal insan dalam usaha membangun dan memperkembang ekonomi negara. Pembangunan modal insan juga merupakan kerangka hala tuju pendidikan negara yang memberikan keutamaan untuk memastikan pendidikan berkualiti disediakan bagi semua murid. Tambahan pula, keberhasilan pembelajaran murid merupakan fokus utama dalam semua program dan rancangan yang dirangka oleh KPM. Sejajar dengan itu, KPM perlu memastikan PdP dapat dilaksanakan tanpa halangan bagi mencapai objektif yang disasarkan dalam usaha meningkatkan keberkesanan pembelajaran murid.

Kepentingan pembangunan pendidikan turut menjadi fokus dalam Bajet 2012 bertemakan, Dasar Transformasi Nasional: Bajet Membela Rakyat, Mensejahtera Negara. Untuk mengukuh dan memastikan kejayaan inisiatif atau program Transformasi Pendidikan Negara, pembangunan modal insan menjadi perhatian khusus melalui salah satu fokus Bajet 2012. Fokus kedua : mengungguli modal insan, mencerna kreativiti, dan mencetus inovasi. Hal

Muka Surat

| 9

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

sedemikian ini memperlihatkan keperihatinan Kepimpinan Negara. untuk membela dan mensejahterakan rakyat masa ini dan akan datang.

Guru termasuk pemimpin sekolah merupakan agen utama pelaksana dasar kerajaan pada peringkat akar umbi agar apa yang dirancang oleh kerajaan dapat diuar-uarkan kepada rakyat. Sehubungan dengan itu, tema sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara telah memperlihatkan peranan guru dalam pembangunan negara. Dalam hal ini, guru yang telah dilantik sebagai Guru Cemerlang mempunyai peranan tersendiri dan menjadi barisan hadapan serta pakar rujuk kepada guru lain sejajar dengan pengiktirafan yang diberikan. Guru Cemerlang seharusnya bersedia menjadi pemangkin dalam melaksanakan segala program transformasi pendidikan di peringkat akar umbi.

Guru Cemerlang semestinya unggul dan berani melakukan transformasi dalam mencorak budaya berfikir dan cara bekerja yang lebih relevan dengan arus perubahan semasa. Selaras dengan tema iaitu GURU CEMERLANG PEMACU TRANSFORMASI PENDIDIKAN.

KEBERHASILAN PEMBELAJARAN FOKUS SISTEM PENDIDIKAN

Driscoll, 2000; Gagne, 1965 menyatakan bahawa pembelajaran merupakan satu proses yang pada akhirnya berlaku perubahan tingkah laku pada murid. Mengikut Piaget, (1971) pembelajaran ialah pembinaan skema (struktur kognitif) dalam usaha individu memahami persekitarannya. Hal sedemikian, kurikulum yang dibina memerlukan aspek pembangunan pembelajaran dengan merangka perkembangan perubahan tingkah laku murid secara berperingkatperingkat daripada konkrit ke abstrak. Perubahan tingkah laku dilihat daripada perspektif perubahan perkembangan ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai, dan
Muka Surat

| 10

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

sikap. Perkembangan yang berlaku pada murid dirancang dan dijelmakan dalam kurikulum sekolah yang akhirnya perlu diterjemah dan direalisasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran oleh guru di dalam bilik darjah.

Dewasa ini para cendekiawan dan pendidik sering membincangkan pencapaian pembelajaran murid berfokus kepada apa yang diperoleh murid. Dengan kata lain, hasil pembelajaran atau learning outcomes merupakan sasaran proses pembelajaran serta semua rancangan atau inisiatif pembangunan pendidikan negara peringkat global termasuk sistem pendidikan Malaysia.

Secara umum, hasil pembelajaran merupakan pernyataan yang dibina mengenai apa yang diketahui oleh murid dan berupaya melakukannya sebagai hasil atau result setelah menjalani aktiviti pembelajaran. Pernyataan yang dibina menjelaskan perubahan tingkah laku murid selepas melalui sesuatu proses pembelajaran. Ciri-ciri hasil pembelajaran yang baik dapat dilihat melalui tingkah laku yang boleh diukur serta dilakukan oleh murid. Hasil pembelajaran sering menjadi panduan untuk liputan kandungan pengajaran, proses pengajaran, dan pentaksiran. Hasil pembelajaran yang mudah dan ringkas seharusnya mempunyai tiga elemen penting iaitu, siapa dan apakah aktiviti yang perlu dilakukan serta apakah hasil yang hendak dicapai daripada aktiviti yang dilakukan.

Sebagai pendidik atau perancang sistem pendidikan negara, pencapaian hasil pembelajaran untuk semua murid wajib diberikan perhatian selaras dengan prinsip akses, ekuiti, dan kualiti. Dalam hal ini, pencapaian hasil pembelajaran mencerminkan kejayaan peranan Kementerian dalam

menyediakan sistem pendidikan yang memberikan keutamaan kepada kualiti. Namun, perbahasan mengenai akses, ekuiti, dan kualiti masih berlanjutan apabila berlaku perbandingan secara terperinci antara sekolah, murid dan iklim sekolah yang masih terdapat jurang di antaranya.
Muka Surat

| 11

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Jelas pada kita, 4 sub-NKRA Pendidikan kini menjadi cabaran utama. Pelaksanaan inisiatif sub-NKRA Pendidikan dilaksanakan dengan berfokus kepada apa dan bagaimanakah sesuatu inisiatif atau program yang dirancang menyumbang kepada peningkatan keberhasilan pembelajaran murid. Dengan kata lain, sebarang perancangan pendidikan atau inisiatif Kementerian berfokus kepada, apakah impak atau hasilnya kepada pembelajaran murid. Penekanan ini selari dengan slogan 1Malaysia ; Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Pada masa yang sama, beberapa inisiatif lain dalam Program Transformasi Kerajaan juga memberikan tumpuan kepada impak pembelajaran kepada murid dengan hasrat untuk menghasilkan modal insan yang bersifat kreatif dan berinovatif sejajar dengan arus pembangunan negara masa depan.

KEPENTINGAN PEMIMPIN DAN GURU DALAM SISTEM PENDIDIKAN

Kebolehan dan kecekapan pemimpin sekolah dan guru merupakan satu faktor penentu kepada kualiti pendidikan. Kualiti pendidikan negara pada asasnya terletak di tangan guru termasuk pemimpin sekolah. Mc Kinsey & Company (2007) dalam laporan kajian perbandingan sistem pendidikan beberapa negara peringkat global merumuskan perkara berikut:

a)

The quality of an education system cannot exceed the quality of its teachers,

b)

The only way to improve outcomes is to improve instruction, dan

c)

High performance requires ever child to succeed.


Muka Surat

| 12

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Dapatan kajian berkenaan juga mencabar sistem pendidikan negara ini. Di manakah sebenarnya kualiti pendidikan negara Malaysia? Adakah apa yang diperkatakan signifikan dikaji dalam pelaksanaan sistem pendidikan negara kita? Merujuk dapatan berkenaan, para pemimpin sekolah dan guru ialah agen utama dalam menjayakan pelaksanaan dasar baharu kerajaan di peringkat akar umbi. Penubuhan Pintar Foundation dan Yayasan Khazanah pada Oktober 2010, bertujuan membawa transformasi sistem pendidikan melalui perubahan paradigma pemikiran dan gaya bekerja para pemimpin sekolah, guru, dan warga sekolah. Justeru, kepentingan guru dan pemimpin menjadi fokus utama dalam membangunkan sistem pendidikan negara.

Selari dengan itu, Sektor Operasi Pendidikan (SOP) berperanan mencapai matlamat meningkatkan kualiti pembelajaran murid melalui kepemimpinan sekolah dan guru. Lantaran itu, pemastian kualiti pengajaran dan pembelajaran di sekolah dipertanggungjawabkan kepada lapan Bahagian iaitu:

a) b)

Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan,

c) d) e) f) g) h)

Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional, Bahagian Pendidikan Khas, Bahagian Pendidikan Islam, Bahagian Sukan, Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, dan Bahagian Pendidikan Swasta.

Tanggungjawab ini juga dipikul bersama oleh Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan (SPPK) iaitu:

Muka Surat

| 13

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

a)

Pembangunan profesionalisme guru oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG),

b)

Pembangunan kepimpinan sekolah oleh Institut Aminuddin Baki (IAB), dan

c)

Pemeriksaan institusi pendidikan oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK).

Peranan yang harus dilakukan oleh semua bahagian yang terlibat amat kritikal bagi memastikan apa yang dirancang diterjemah dan dilaksanakan dengan sempurna di sekolah bagi meningkatkan kualiti pembelajaran murid. Guru Cemerlang yang disasarkan menjadi model kepada guru lain seharusnya berperanan sewajarnya sebagai agen pelaksana dasar kerajaan. Persoalannya, Apakah yang dapat kita sumbangkan untuk menyediakan peluang pendidikan dan meningkatkan kualiti pembelajaran semua murid?.

KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL UNTUK KUALITI PEMBELAJARAN MURID

Melindungi masa instruksional merupakan salah satu komponen fungsi pemimpin instruksional dalam menjayakan pembelajaran secara berkesan di sekolah. Komponen ini perlu diberikan perhatian dalam memastikan peningkatan keberhasilan pembelajaran murid ke arah membangunkan modal insan yang kritis, kreatif, dan inovatif. Merujuk Lampiran 1 dan 2.

Smith dan Andrew (1989) menyatakan kepimpinan instruksional sebagai adunan daripada pelbagai tugas sebagai pencerapan di bilik darjah, pembangunan staf dan pembangunan kurikulum.

Muka Surat

| 14

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Peranan yang penting dan bermakna yang dilaksanakan oleh Pengetua dan Guru Besar sebagai pemimpin instruksional perlu memberikan tumpuan kepada arahan, tunjuk ajar, berkongsi bersama dalam membuat keputusan, memelihara dan mempertahankan perkara-perkara asas (basics), memanfaat dan

mengoptimumkan masa PdP, menyokong perkembangan staf yang berterusan, merancang dan menyusun semula sumber-sumber untuk menyokong program dan aktiviti sekolah dalam mencipta satu iklim integriti, dan penambahan secara berterusan.

Kepimpinan pengajaran seperti yang diutarakan oleh Hallinger dan Murphy (1987) merujuk peranan Pengetua dan Guru Besar dalam menentukan matlamat sekolah untuk meningkatkan PdP di sekolah. Susulan daripada itu, terdapat 11 fungsi yang berperanan dalam keberhasilan pembelajaran murid.

a) Penentuan matlamat sekolah, b) Penyelarasan matlamat sekolah, c) Pencerapan dan penilaian pengajaran, d) Penyelarasan kurikulum, e) Pengurusan kemajuan pelajar, f) Pengawalan waktu pengajaran dan pembelajaran, g) Sokongan dalam aktiviti pengajaran, h) Pengukuhan usaha guru, i) Penggalakan perkembangan profesional, j) Penguatkuasaan dasar akademik pelajar, dan k) Pemberian insentif untuk pembelajaran.

Keberhasilan pembelajaran murid (student learning outcomes) merupakan tumpuan utama dalam rancangan pembangunan pendidikan negara di seluruh dunia termasuk Malaysia. Dalam kajian antarabangsa Teaching and Learning International Survey (TALIS) pemimpin sekolah melaporkan faktor guru
Muka Surat

| 15

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

datang lewat, ketidakhadiran, dan kurang persediaan pedagogi merupakan faktor mengganggu masa pembelajaran murid (OECD, 2010). Merujuk Jadual 1, faktor yang dikaji dikaitkan dengan ciri kepimpinan instruksional yang memastikan iklim sekolah yang positif untuk pembelajaran berkesan.

Jadual 1: Faktor guru dalam mewujudkan iklim sekolah Negara Lewat sampai di sekolah 7.8% 13.2% 17.8% 14.1% 15.3% Tidak hadir Kurang persediaan pedagogi 35.8% 30.2% 33.8% 12.7% 24.1%

Australia Malaysia Korea Iceland TALIS (Purata)

22.9% 19.5% 23.3% 24.0% 25.8%

Sumber : Organisation for Economic Co-operation and Development (OECD), 2009.

Jadual 1 secara tidak langsung menjelaskan bagaimana faktor guru secara langsung mengganggu masa instruksional di sekolah yang mengurangkan keberhasilan pembelajaran murid. Peratusan guru tidak bersedia dari segi pedagogi melampaui data purata TALIS yang menyumbang kepada gangguan masa instruksional sekolah.

Selain itu, faktor kepimpinan sekolah juga dikaji bagaimana ia mempengaruhi masa instruksional di sekolah. Hallinger & Murphy (1987) telah mengemukakan kerangka kepimpinan instuksional yang menegaskan bahawa terdapat tiga dimensi kepimpinan instruksional, iaitu mendefinisikan misi sekolah, mengurus kurikulum dan pengajaran, dan mempromosikan iklim pembelajaran sekolah. Ketiga-tiga dimensi tersebut ditunjuk dalam Jadual 2. Setiap dimensi mengandungi beberapa pengkhususan fungsi tugasan yang

Muka Surat

| 16

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

seterusnya melibatkan kepelbagaian tingkah laku dan amalan Pengetua dan Guru Besar.

Jadual 2 : Kerangka Kepimpinan Instruksional Dimensi Mendefinisi misi sekolah Fungsi 1.Merangka Matlamat Sekolah 2.Menyampaikan Matlamat Sekolah 3.Penyeliaan dan Penilaian Instruksional Mengurus kurikulum dan pengajaran 4.Menyelaras kurikulum 5.Memantau Kemajuan Murid 6.Melindungi Waktu PdP Mempromosi iklim pembelajaran sekolah 7.Membudayakan Profesional Perkembangan

8.Mengekalkan Ketampakan (Visibility) 9.Menyediakan Ganjaran kepada Guru 10.Penguatkuasaan Standard Akademik 11.Menyediakan Insentif kepada Murid Kemahiran pemimpin mewujudkan iklim pembelajaran positif dan mengawal waktu PdP menghasilkan sekolah yang cemerlang dan murid yang berkualiti. Iklim sesebuah sekolah dapat dilihat dengan menilai kewujudan faktor-faktor yang mempengaruhi proses pembentukannya. Sebarang program untuk membaiki iklim sekolah yang ingin dilaksanakan perlulah ditumpukan kepada aspek kemanusiaan bagi melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsiah (JERIS) selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Berdasarkan hasil kajian meta analisis mengenai perbandingan jenis kepimpinan pemimpin sekolah, ciri kepimpinan

instruksional pemimpin sekolah didapati mempunyai kesan purata tiga hingga


Muka Surat

| 17

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

empat kali ganda terhadap keberhasilan pembelajaran murid berbanding kepimpinan transformasional (Robinson, Llyod & Rowe, 2008). Kajian lokal juga mendapati kepimpinan instruksional mempunyai perkaitan hubungan yang signifikan dan positif dengan pencapaian akademik murid (Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan Kali ke-19). Pemimpin sekolah yang mempunyai ciri kepimpinan instruksional dalam komponen melindungi masa instruksional mempunyai hubungan positif dengan peningkatan pencapaian akademik murid.

ISU PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Pelbagai isu pendidikan sering dibahaskan oleh umum dan antaranya membincangkan kenapa ada murid yang masih tidak boleh membaca atau mengira selepas melalui sistem pendidikan negara. Isu yang dibahaskan berkait dengan isu keberkesanan PdP di sekolah yang secara langsung mempengaruhi keberhasilan pembelajaran murid. Guru perlu melakukan penilaian yang berterusan untuk mengesan kekuatan dan kelemahan pembelajaran murid serta mengambil tindakan segera mengatasi kelemahan yang dapat dikenal pasti bagi mengelakkan kelemahan terkumpul. Dengan kata lain, isu yang diperkatakan berkait dengan kualiti pembelajaran yang dilalui oleh murid. Masa ini pencapaian pendidikan bukan sahaja diukur dari segi kuantiti malahan dari segi kualiti.

KUANTITI ATAU KUALITI?

Perbahasan tentang pencapaian pendidikan sering membandingbezakan antara pencapaian kuantiti dan pencapaian kualiti. Dalam sistem pendidikan Malaysia, Falsafah Pendidikan Kebangsaan, menjadi pegangan untuk menghasilkan
Muka Surat

| 18

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

modal insan yang holistik merangkumi berpengetahuan, kemahiran serta nilai, dan etika kehidupan dalam menyediakan individu untuk mengharungi masalah kehidupan seharian.

Pendidikan yang dihasratkan sudah pasti mensasarkan pencapaian dari segi kuantiti di samping tidak mengabaikan pencapaian kualiti. Kedua-dua pencapaian perlulah seimbang agar modal insan yang dilahirkan bukan sekadar berilmu tetapi berupaya menggunakan ilmu dan kemahiran yang dikuasai untuk menghasilkan ilmu bahru tanpa mengabaikan nilai.

KEBERKESANAN PEMBELAJARAN

Idealnya, pihak pemimpin sekolah telah merancang jadual waktu persekolahan seperti yang diarahkan oleh Kementerian. Namun, sejauh manakah waktu yang diperuntukkan untuk pembelajaran benar-benar dimanfaatkan untuk

pembelajaran dan mencapai hasil pembelajaran yang ditetapkan dalam kurikulum. Pernahkah antara kita mengkaji adakah semua murid belajar? Adakah semua murid dapat menerima pembelajaran pada tahap yang sama? Adakah setiap pengajaran guru memberikan kesan yang sama kepada semua murid yang sememangnya berbeza-beza? Jika tidak, mengapa? Ini antara beberapa persoalan yang perlu dikaji ke arah meningkatkan keberhasilan pembelajaran murid. Persoalan yang dibangkitkan berkisar dalam aspek

keberkesanan pembelajaran yang berlaku dalam masa instruksional di sekolah. Sekiranya masa instruksional terganggu sudah pasti keberksanan pembelajaran juga menurun.

Muka Surat

| 19

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

MASA INSTRUKSIONAL SEKOLAH

Secara umum, masa instruksional sering disamakan dengan masa persekolahan. Namun, realitinya ia adalah berbeza. Kajian lampau mendapati empat jenis masa pembelajaran yang berlaku di sekolah seperti dalam Jadual 3. Masa instruksional didefinisikan sebagai masa yang sebenarnya digunakan untuk aktiviti pembelajaran tanpa gangguan. Walaupun sekolah merangka masa instruksional yang ideal namun masa berkenaan tidak sepenuhnya menjanjikan pembelajaran berkualiti atau pembelajaran berkesan disebabkan oleh gangguan tertentu yang berlaku di sekolah dan di dalam bilik darjah.

Jadual 3: Kategori Masa persekolahan (Allocated schooling time) Masa bilik darjah (Allocated class time)

Kategori Masa Instruksional Sekolah Penjelasan Jumlah masa murid hadir ke sekolah.

Jumlah masa murid berada di dalam kelas (tidak termasuk waktu rehat, pertukaran kelas, waktu makan tengah hari dan lain-lain). Ia merupakan subkategori masa persekolahan. Jumlah masa yang digunakan untuk instruksional (tidak termasuk gangguan, pengurusan rekod, dan lain-lain).

Masa instruksional (Instructional time) Masa akademik

pembelajaran Jumlah masa instruksional iaitu murid memberikan perhatian dan menerima pengajaran (Academic learning time) pada tahap penguasaan tertentu serta berlakunya pembelajaran berkesan dan bermakna.
Sumber: Levin & Tsang,1987

Muka Surat

| 20

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

MASA PEMBELAJARAN AKADEMIK ATAU ACADEMIC LEARNING TIME (ALT)

Masa pembelajaran akademik merupakan jumlah masa yang diambil oleh murid untuk menyelesaikan tugasan akademik dan melaksanakannya dengan kadar kejayaan yang tinggi (Caldwell, Huitt, and Graeber, 1982; Berliner, 1984; Levin & Tsang,1987). Dengan kata lain, masa pembelajaran akademik dikaji dari segi jumlah masa murid terlibat dalam aktiviti pembelajaran dan berjaya menjalankan tugas dengan jayanya. Kejayaan pembelajaran dalam kalangan murid agak subjektif antara murid kerana pembelajaran bergantung kepada syarat pembelajaran dalaman dan syarat pembelajaran luaran murid (Gagne, 1965). Syarat pembelajaran dalaman murid bergantung kepada diri murid itu sendiri iaitu pengetahuan sedia ada, gaya kognitif, kesediaaan murid, dan gaya belajar. Manakala syarat pembelajaran luaran pula merujuk bahan bantu mengajar, guru, pengajaran, persekitaran dan peralatan asas untuk belajar yang merupakan faktor luar daripada murid.

Dalam konteks pembelajaran, persekitaran dan interaksi murid dengan persekitaran amat penting kerana ia menentukan kejayaan pembelajaran (Vygotsky, 1978). Menyedari syarat berkenaan, persekitaran pembelajaran yang kondusif merupakan salah satu elemen dalam kepimpinan instruksional yang berupaya mengawal masa instruksional sekolah dan menggalakkan pembelajaran berkesan (Hallinger & Murphy, 1986).

KEPENTINGAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL

Hallinger dan Murphy (1986) mencadangkan kepentingan melindungi masa instruksional melalui kepimpinan instruksional yang bermatlamat

mengurangkan gangguan masa instruksional bagi memastikan pembelajaran


Muka Surat

| 21

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

berlaku secara bermakna atau berkesan dalam kalangan murid. Mereka mencadangkan: Protecting instuctional time: Policies and enforcement practices that reduce tardiness, absenteeism, and truancy to increase learning time for students. Principal can also increase student opportunities to learn by protecting classroom instructional time from interruptions due to public address announcements, by working with teachers to develop more effective classroom management and instructional practices, and by reducing the number of non-instructional school activities that enroach on classroom time. (Hallinger & Murphy, 1986)

Melindungi masa instruksional bermaksud untuk mengurangkan gangguan bagi mengelakkan kelas tidak berlangsung seperti yang dirancang dan memastikan kualiti masa instruksional yang menjamin pembelajaran bermakna/pembelajaran berkesan dalam kalangan murid yang dilaksanakan oleh guru. Hallinger dan Murphy (1986) mencadangkan pelbagai strategi melalui dasar dan pengurusan sekolah yang dapat mengurangkan gangguan pembelajaran sama ada dari aspek pengurusan mahupun pengurusan instruksional dalam kalangan guru.

Pengurangan masa instruksional perlu dibendung bagi memastikan tempoh masa untuk pembelajaran berkesan dalam kalangan murid meningkat. Analisis masa instruksional seorang murid dalam pembelajaran dan faktor gangguan yang menyumbang kepada pengurusan masa instruksional diberikan dalam Rajah 1.

Muka Surat

| 22

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

MASA PERSEKOLAHAN

(5 HARI SEMINGGU)

MASA BILIK DARJAH (6 JAM SEHARI)

Faktor Pengurusan Sekolah

MASA INSTRUKSIONAL (4 -5 JAM SEHARI) MASA PEMBELAJARAN AKADEMIK (3 JAM SEHARI) ENGAGED LEARNING TIME?

Faktor Instruksional Guru

MASA PEMBELAJARAN BERKESAN.?

Rajah 1: Analisis Masa Instruksional Seorang Murid

Walaupun pada peringkat awal guru atau pemimpin sekolah telah menjadualkan masa pembelajaran akademik namun disebaliknya adakah masa yang ditetapkan digunakan sepenuhnya untuk pembelajaran. Jika ya, sejauh manakah murid mencapai hasil pembelajaran yang disasarkan? Realitinya, gangguan yang berlaku di sekolah menjadikan masa pembelajaran akademik amat terhad dan tidak berlaku kepada semua murid. Keseluruhannya, masa pembelajaran berkesan murid amat sedikit dan ditentukan oleh dua faktor gangguan utama iaitu faktor pengurusan sekolah dan instruksional guru.

KONSEP MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL

Masa instruksional bermaksud masa untuk pembelajaran murid belajar secara berkesan yang dirancang dan dicapai oleh sekolah. Masa instruksional dimanfaatkan secara optimum membawa erti sekolah memastikan kelas berlangsung sama ada dengan kehadiran guru atau tanpa kehadiran guru serta
Muka Surat

| 23

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

memastikan murid belajar secara berkesan. Hal sedemikian ini bermakna sekiranya 30 minit ditetapkan sebagai masa kelas, sekolah harus memastikan murid belajar secara optimum dalam masa berkenaan sama ada dengan kehadiran guru atau tanpa kehadiran guru.

Pada masa yang sama, KPM juga berhasrat agar masa 30 minit berkenaan termasuk murid belajar dan memberikan perhatian serta terlibat dengan jayanya untuk mencapai pembelajaran berkesan. Hal ini bermakna, masa instruksional yang dilindungi cuba dicapai ke arah masa pembelajaran akademik atau ringkasnya:

Masa instruksional

Masa pembelajaran akademik.

Menurut Gettinger dan Seibert (1995), ALT mempunyai empat variabel yang menentukan tahap pencapaian pembelajaran murid, iaitu:

a) b) c)

Masa yang diperuntukkan, Masa sebenar yang digunakan untuk pengajaran, Masa keterlibatan murid (student engagement) dalam pembelajaran, dan

d)

Kejayaan pembelajaran atau pembelajaran berkesan.

Empat varibel yang dinyatakan harus dikawal oleh pemimpin sekolah bersama guru bagi memastikan masa pengajaran terlindung dan digunakan secara optimum untuk pembelajaran berkesan bagi mencapai hasrat KPM dalam perkara ini.

Muka Surat

| 24

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

PRAKTIS MASA INSTRUKSIONAL DI SEKOLAH

Tempoh masa instruksional yang dikhususkan untuk pembelajaran berkesan secara realiti tidak dapat dicapai sepenuhnya kerana berlaku pelbagai gangguan instruksional. Jelas menunjukkan bahawa seseorang guru telah ditetapkan menjalankan tugas utama mereka iaitu mengajar atau menjalankan instruksi untuk tempoh tertentu. Di sebaliknya, guru tidak dapat melaksanakan tugas mereka sepenuhnya disebabkan oleh gangguan yang berlaku.

Laporan Kajian Beban Tugas Guru mendapati guru terbeban dengan tiga kategori tugas, iaitu; a) b) c) Tugas Utama, Tugas Sampingan, dan Tugas Perkeranian.

Laporan berkenaan secara tidak langsung menjelaskan faktor gangguan masa instruksional sekolah daripada perspektif guru yang melaksanakan pengajaran di sekolah. Lanjutan itu, dapatan awal Kajian Eksperimental Menangani Beban Tugas Perkeranian Guru (BPG, 2011) mendapati jumlah masa yang digunakan oleh guru untuk melaksanakan tugas utama iaitu tugas pengajaran amat rendah berbanding tugas lain seperti yang dinyatakan dalam Jadual 3. Dapatan ini menunjukkan bahawa masa instruksional terganggu disebabkan guru tidak melaksanakan tugas utama mereka kerana gangguan yang berlaku.

Merujuk Jadual 4, gangguan yang berlaku kepada guru secara tidak langsung menyebabkan gangguan masa instruksional. Justeru, bagaimanakah gangguan yang berlaku kepada guru dapat dikurangkan memandangkan guru merupakan arkitek dan jurutera proses pembelajaran murid.

Muka Surat

| 25

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Jadual 4:

Dapatan Awal Kajian Eksperimental Menangani Beban Tugas Perkeranian Guru

KATEGORI TUGAS GURU TUGAS UTAMA 1. 2. 3. 4. 5.

JENIS TUGAS GURU PdP Perancangan PdP Penilaian murid Perjumpaan kokurikulum Bimbingan akademik di luar masa PdP

MIN JUMLAH JAM SEMINGGU

11.16

TUGAS SAMPINGAN

Menghadiri LDP, mesyuarat, mengiringi murid, melatih murid, kelas tambahan, relief, program khas sekolah, majlis sekolah, dan mesyuarat PIBG

40.00

TUGAS 1. Tugas perkeranian mingguan. PERKERANIAN 2. Tugas perkeranian bulanan 3. Tugas perkeranian tahunan
Sumber: Bahagian Pendidikan Guru, 2011

16.88

GANGGUAN MASA INSTRUKSIONAL

Pelbagai gangguan berlaku di sekolah yang secara langsung menjadi variabel yang mempengaruhi jumlah masa instruksional sekolah dan masa pembelajaran akademik. Gangguan yang berlaku disebabkan oleh beberapa perkara seperti diberikan dalam Lampiran 3.

Senarai gangguan masa instruksional yang dikenal pasti seperti dalam Lampiran 3 dikategorikan kepada dua faktor utama gangguan masa instruksional sekolah, iaitu, a) b) Faktor pengurusan sekolah dan Faktor instruksional guru.

Muka Surat

| 26

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Jadual 5 menjelaskan dua faktor utama yang boleh dikaji sebagai punca kejadian gangguan yang boleh dibendung oleh pemimpin sekolah dan guru yang mengurus, merancang, dan melaksanakan pengajaran di sekolah.

Jadual 5:
BIL. 1. FAKTOR GANGGUAN FAKTOR PENGURUSAN SEKOLAH

Kategori Gangguan Masa Instruksional


KELOMPOK Guru Tiada CONTOH GANGGUAN Guru tiada di sekolah, guru ada di sekolah tetapi tidak berada di dalam kelas, tidak cukup guru, guru hadir kursus atau tugas luar, menduduki peperiksaan, aktiviti kokurikulum / sukantara Pengumuman dari pembesar suara, susun atur kelas atau sekolah, prasarana sekolah, dan persekitaran. Guru cuti sakit, cuti kecemasan, hal-hal peribadi, kesediaan murid belajar, kesediaan guru mengajar, dan melaksana tugas sampingan Menghadiri mesyuarat, dipanggil ke pejabat, menghadiri kursus, taklimat peperiksaan, menjalankan tugas jurulatih utama, dan sambutan lawatan pelawat

Gangguan Fizikal

Gangguan Luar Jangka

Gangguan Adhoc

2.

FAKTOR INSTRUKSIONAL GURU

Kualiti pembelajaran Kesediaan murid belajar, kualiti guru, proses PdP, sikap guru, guru murid Kualiti pengajaran bukan opsyen, kompetensi guru, dan kesediaan guru mengajar. guru

STRATEGI MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL

Merujuk faktor gangguan yang dibincangkan, marilah kita membuat refleksi diri dan merancang strategi melindungi masa instruksional di sekolah untuk meningkatkan kualiti pembelajaran dalam kalangan murid. Peranan pemimpin dan guru perlu dilihat lebih meluas dan penting dalam menjayakan usaha ini.
Muka Surat

| 27

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Berlandaskan konsep

pemimpin instruksional, pihak sekolah mampu

merancang pelbagai program atau aktiviti yang dapat mengurangkan gangguan masa instruksional.

Menurut Deborah (2002), pemimpin instruksional harus kreatif bagi mendapatkan sumber untuk menyokong penambahbaikan sekolah. Dengan ini, peruntukan kewangan tidak diperlukan ke arah menghasilkan budaya pembelajaran kendiri dalam kalangan murid dan guru. Pemimpin yang berkualiti mampu melindungi masa instruksional dengan berkesan.

Pemimpin sekolah berperanan mewujudkan iklim pembelajaran positif dengan memastikan guru berada di bilik darjah dalam keadaan yang sedia dan mengawal waktu PdP. Pemimpin dan guru merupakan agen perubahan yang penting untuk meningkatkan keberhasilan murid.

KERANGKA DAN FALSAFAH STRATEGI PELAKSANAAN

Cadangan ini berlandaskan kerangka Kepimpinan Instruksional yang memberikan keutamaan kepada kawalan masa instruksional ke arah memastikan peningkatan keberhasilan pembelajaran murid. Rujuk Lampiran 1 dan 2.

Matlamat

strategi

pelaksanaan

adalah

untuk

memastikan

masa

instruksional berlangsung seperti yang dirancang untuk mencapai objektif pembelajaran serta dimanfaat secara optimum untuk mencapai pembelajaran berkesan dalam kalangan murid.

Kerangka pelaksanaan program untuk melindungi masa instruksional di sekolah merujuk dua faktor utama iaitu faktor pengurusan sekolah dan faktor
Muka Surat

| 28

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

instruksional guru. Faktor ini disasarkan melalui beberapa cadangan strategi pelaksanaan yang akhirnya berupaya meningkatkan keberhasilan pembelajaran murid. Kerangka cadangan ini diberikan dalam Rajah 2.

FAKTOR GANGGUAN

SASARAN STRATEGI

MATLAMAT

PENGURUSAN SEKOLAH (PEMIMPIN SEKOLAH)

KAWALAN MASA INSTRUKSIONAL

INSTRUKSIONAL (GURU)

PENINGKATAN MASA PEMBELAJARAN BERKESAN ATAU ALT

Rajah 2:

Kerangka Melindungi Masa Instruksional

STRATEGI PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL

Kawalan masa instruksional boleh dicapai melalui dua peringkat iaitu;

i.

Strategi jangka pendek (2012-2013)

Strategi yang dapat mengurangkan gangguan masa instruksional merujuk arahan atau pekeliling semasa yang tidak melibatkan perubahan dasar makro serta memberikan penupayaan kepada pemimpin sekolah
Muka Surat

| 29

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

berdasarkan masalah pengurusan setempat dan tidak memerlukan peruntukan kewangan.

ii.

Strategi jangka panjang (2012-2015)

Strategi yang memerlukan usaha untuk mengubah minda dan pemikiran serta budaya organisasi pembelajaran dalam komuniti sekolah ke arah menghasilkan budaya pembelajaran kendiri di samping mengoptimumkan masa pengajaran untuk pembelajaran berkesan. Peningkatan kualiti instruksional dalam kalangan guru merupakan sasaran utama dengan membangun, melatih semula dan meningkatkan kemahiran pengajaran guru melalui kaedah pembangunan professional learning community (PLC) dan pembangunan profesionalsime guru secara berasaskan sekolah yang lebih kontekstual.

Pembangunan profesionalisme guru akan lebih diperturun kuasa penentunya kepada pemimpin sekolah yang lebih memahami masalah pembelajaran murid selaras dengan ekosistem sekolah berkenaan. Di samping itu, guru mendapat sokongan pemimpin dan komuniti setempat termasuk ibu bapa dengan meningkatkan jaringan profesionalisme inter dan intra sekolah, daerah, dan negeri dalam meningkatkan keberhasilan pembelajaran murid.

Contoh cadangan program atau aktiviti ke arah melindungi masa instruksional diberikan dalam Lampiran 4.

KESIMPULAN

MMI amat kritikal perlu dirancang bagi memastikan pembelajaran berlangsung di sekolah dan akhirnya murid belajar secara berkesan. Usaha melindungi masa
Muka Surat

| 30

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

instruksional perlu dirancang dengan menggunakan agen pendidikan di sekolah iaitu pemimpin sekolah dan guru yang merancang, mengurus dan melaksana pengajaran di sekolah. Matlamat MMI lebih kritikal untuk memastikan murid disediakan dengan peluang pembelajaran yang sewajarnya dan belajar secara berkesan.

Usaha MMI harus dirancang untuk dilaksanakan melalui strategi jangka pendek dan jangka panjang melalui pembudayaan kepimpinan instruksional dalam kalangan pemimpin sekolah dan guru. Sebagai Guru Cemerlang yang merupakan model kepada yang lain, apa dan bagaimanakah peranan serta sumbangan dapat diberikan dalam mengubah fenomena mengawal masa instruksional untuk meningkatkan keberhasilan pembelajaran murid. Dalam semua usaha mesti ada titik permulaan ke arah sesuatu kejayaan, demikian juga usaha melindungi masa instruksional. Cadangan dalam kertas ini merupakan cetusan idea di peringkat awal yang mengalu-alukan pandangan semua pihak dalam melindungi masa instruksional sekolah untuk meningkatkan

keberhasilan pembelajaran murid.

Muka Surat

| 31

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Lampiran 1

KEPIMPINAN DALAM SEKOLAH BERKESAN


Instructional Leadership in effective school (Hallinger & Murphy, 1986)

FUNGSI PENGETUA

PROSES KEPEMIMPINAN

MATLAMAT

Membina dan menyebar luas matlamat sekolah Menyelia dan menilai instruksional Menjajar dan menyelaras kurikulum Membangun standard akademik dan sasaran Memantau kemajuan pembelajaran murid Menggalakkan pembangunan profesional guru KOMUNIKASI MEMBUAT KEPUTUSAN PENGURUSAN KONFLIK PROSES KUMPULAN PROSES PERUBAHAN INTERAKSI PERSEKITARAN

MENINGKATKAN KEBERHASILAN PEMBELAJARAN MURID

Melindungi masa instruksional

Membangun insentif untuk murid dan guru

Muka Surat

| 32

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Lampiran 2

KERANGKA PEMIMPIN INSTRUKSIONAL DIMENSI MEMBINA MISI FUNGSI Merangka Matlamat Menyebarluas Matlamat MENGURUS KURIKULUM Memahami kurikulum dan instruksional DAN INSTRUKSIONAL Menjajar Kurikulum Menyelia dan Menilai Memantau Kemajuan Murid MENGGALAKKAN IKLIM SEKOLAH Merangka Standard Merangka Sasaran Akademik Melindungi Masa Instruksional Menggalakkan Penambahbaikan
Sumber: Hallinger, P & Murphy, J. F. (1987). Assessing and developing principal instructional leadership. Educational Leadership. hlm. 54 61.

Muka Surat

| 33

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Lampiran 3

PELBAGAI JENIS GANGGUAN MASA INSTRUKSIONAL

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20. 21. 22.

Pengumuman dari pembesar suara. Aktiviti sukan sekolah/sukantara. Aktiviti kokurikulum atau koakademik. Waktu pengajaran kerap kali diganggu dengan kelewatan murid kerap kali masuk dalam kelas. Guru atau murid dipanggil ke pejabat. Susun atur kelas dan dalam kelas. Sikap guru. Kepentingan aktiviti bercanggah Prasarana dan kemudahan sekolah Faktor luar kawal (guru cuti sakit, cuti ganti, hal-hal peribadi, cuti kecemasan) Guru menduduki peperiksaan bagi yang menjalani pengajian melalui Pendidikan Jarak Jauh. Tugas-tugas tambahan yang bukan untuk pengajaran (guru biasiswa, guru data dan lain-lain). Kehendak luar bilik darjah (aktiviti kokurikum, guru bermesyuarat, guru berkursus, mengawas peperiksaan) Keberkesanan pengajaran guru. Disiplin murid. Guru menghadiri kursus. Guru menjalankan tugas jurulatih utama. Kesediaan murid belajar. Persekitaran sekolah Kesediaan guru melaksanakan pengajaran. Kerosakan peralatan seperti komputer. Guru bukan opsyen mengajarkan mata pelajaran tertentu.

Muka Surat

| 34

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Lampiran 4 CADANGAN PROGRAM/AKTIVITI MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL


KATEGORI KELOMPOK FAKTOR GANGGUAN FAKTOR PENGURUSAN SEKOLAH Guru Tiada Gangguan Fizikal Gangguan Luar Jangka Gangguan Adhoc STRATEGI JANGKA PANJANG (2012-2015) Penguatkuasaan dan pematuhan dasar pengurusan sekolah Peluasan program aktiviti khas di sekolah

BIL 1.

STRATEGI JANGKA PENDEK (2012-2013) Dasar Pengurusan Sekolah Program melindungi instruksional, contoh: khas masa

Program Menganggur Berdikari, pembelajaran rakan sebaya, Program Guru Muda, modul guru ganti, kelas tambahan, jual beli waktu pengajaran School-based CPD Penyelarasan aktiviti KPM

2.

FAKTOR INSTRUKSIONAL GURU

Kualiti Pembelajaran Murid Kualiti Pengajaran Guru

CPD guru School-based CPD Pemantauan dan penilaian pengajaran guru berterusan Guru opsyen

Kepimpinan instruksional budaya kepimpinan pemimpin sekolah CPD guru School-based CPD Pemantauan penilaian pengajaran berterusan dan guru

Pembudayaan bimbingan instruksional dalam kalangan komuniti sekolah Guru opsyen


Muka Surat

| 35

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

BIL

KATEGORI KELOMPOK FAKTOR GANGGUAN

STRATEGI JANGKA PENDEK (2012-2013)

STRATEGI JANGKA PANJANG (2012-2015) Professional Learning Community untuk CPD guru

Rujukan Driscoll, M. P. (2000). Psychologyy of learning for instruction. 2nd. Ed. Massachusetts. Allyn & bacon. Gagne, R. M. (1965). The conditions of learning. USA: Holt, Rinehart and Winstons. Gettinger, M. & Seibert, J. K. (1995). Best practices in increasing academic learning time. Hallinger, P. & Murphy, J. (1987). Assessing and developing principal instructional leadership. Educational Journal. EBSCO Publishing. Hallinger, P. & Murphy, J. F. (1986). Instructional ledarship in effective schools. ERIC (ED 309535). Horng, E. & Loeb, S. (2010). New thinking about instructional leadership. Kappa. Hlm. 66 69. Jamelaa Bibi Abdullah, Jainabee Md Kassim. Amalan Kepimpinan Instruksional dalam Kalangan Pengetua Sekolah Menengah di Negeri Pahang : Satu Kajian Kualitatif daripada http://www.iab.edu.my/sn19/KertasFinal/Jamelaa%20Bibi%20Abdullah _Kepimpinan_Pahang.pdf Kualiti pendidikan bergantungkepada kecekapan pemimpin sekolah. The Star daripada http://mstar.com.my McEwan, E. (2003). 7 steps to effective instructional ledarship. 2nd Ed. CA: Corwin Press, Inc. McKinsey & Company. (2007). How the worlds best performing school systems come out on top.

Muka Surat

| 36

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

OECD. (2010). Creating effective teaching and learning environments: First results from TALIS. Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) Teori Pembelajaran dalam Perlaksanaan daripada http://whatta.ipgmksm.edu.my/?p=7 Urquhart, V. (2006). Increase time with an audit. Changing Schools. Vol. 53. Hlm. 3. daripada www.mcrel.org. Piaget. J. (1971). Biology and Knowledge (An Essay an the Relations between Organic Regulations and Cognitive Processes). Scotland : Edinburgh University Press.

Muka Surat

| 37

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

KERTAS CADANGAN PELAKSANAAN

Muka Surat

| 38

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

PEMERHATIAN GURU MENINGGALKAN BILIK DARJAH SEMASA PROSES PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

Oleh DR. MOHD. SUHAIMI BIN MOHAMED ALI ABD. MUNIR B. MOHD RASHID NADIMIN BIN ABDUL AZIZ Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Kementerian Pelajaran Malaysia

Abstrak Melindungi waktu PdP merupakan salah satu touch point KPPM bagi tahun 2012. JNJK telah melaksanakan Pemerhatian Guru Meninggalkan Bilik Darjah (GMBD) Semasa PdP sepanjang bulan Mac sehingga bulan Oktober 2012 bagi mengesan isu ketiadaan guru semasa proses PdP. Matlamat GMBD ialah untuk memastikan kualiti PdP guru digunakan secara optimum. Tujuan pemerhatian ini ialah untuk mengenalpasti / memperolehi bilangan guru yang meninggalkan bilik darjah iaitu tidak melaksanakan proses PdP sama ada disebabkan tugas rasmi atau tidak rasmi. Pemeriksaan dilaksanakan oleh JNJK seluruh negara mulai Mac hingga Oktober 2012. JNJK mensasarkan 1000 pemerhatian dalam tempoh lapan bulan. Setiap sekolah dilawati oleh dua nazir sekolah dengan membuat pemerhatian dan semakan jadual kehadiran guru. JNJK berjaya melaksanakan 954 pemerhatian di seluruh negara. Adalah didapati bahawa seramai 4486 guru telah tidak hadir ke sekolah sementara seramai 634 guru tidak masuk kelas untuk PdP dalam tempoh lapan bulan tahun 2012 iaitu pada hari pemeriksaan dijalankan.

Muka Surat

| 39

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

PENGENALAN

Moment of truth pembelajaran berlaku semasa pertemuan antara guru dan murid dalam proses PdP (contact hours) dan kebanyakan masa berlaku di dalam bilik darjah. Walau bagaimanapun, realitinya contact hours yang ditetapkan tidak berlaku seperti yang diharapkan. Seringkali guru tidak dapat memenuhi jadual yang telah ditetapkan kerana terdapat komitmen lain yang menyebabkan guru tidak berada di bilik darjah.

Ketiadaan guru di bilik darjah dilihat sebagai bertentangan dengan arahan KPM melalui Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Bil 2/1981: Ketetapan Masa di Sekolah-Sekolah. SPI ini menjelaskan tentang keperluan guru menepati masa dalam menjalankan tanggung jawabnya di sekolah. Ketetapan masa juga bermakna seorang guru hendaklah mengikut jadual pengajarannya dan tidak boleh meninggalkan kelasnya atau kawasan sekolah sebelum masa untuk berbuat demikian. Perkara ini juga selari dengan Perkara 11, Peraturan-peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 yang menegaskan tentang kewajipan guru mengajar mengikut jadual waktu yang ditetapkan.

TINJAUAN BERKAITAN KETIDAKHADIRAN GURU KE SEKOLAH

Ketiadaan guru di bilik darjah semasa PdP bukanlah satu isu baru. Perubahan dan perkembangan bidang pendidikan masa kini memerlukan guru peka terhadap perubahan dan perkembangan semasa. Hal ini menyumbang kepada kekerapan guru meninggalkan bilik darjah kerana terpaksa menghadiri pelbagai aktiviti bagi mempertingkatkan kemahiran guru dan membantu

memperkembang potensi murid.

Beberapa tinjauan di seluruh negara

menunjukkan ketidakhadiran guru sentiasa berlaku dari semasa ke semasa. Satu


| 40

Muka Surat

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

tinjauan telah dilaksanakan oleh Pejabat Pelajaran Langkawi di 11 buah sekolah menengah dan rendah untuk melihat keseriusan isu ini.

Tinjauan ketidakhadiran guru di 11 buah sekolah menengah dan rendah daerah Langkawi yang melibatkan 625 orang guru telah dilaksanakan mulai bulan Jun hingga Oktober 2011. Hasil tinjauan menunjukkan bilangan guru yang tidak berada di bilik darjah semasa PdP adalah tinggi. Dalam tinjauan ini telah didapati jumlah hari ketidakhadiran guru bagi 11 buah sekolah tersebut tinggi tersebut adalah sebanyak 6531 hari. Secara purata dalam tempoh lima bulan tersebut jumlah hari setiap guru tidak hadir ke sekolah adalah sebanyak 10.45 hari. Tinjauan ketidakhadiran guru yang dibuat oleh Pejabat Pelajaran Wilayah Persekutuan Putrajaya (PPWPP) terhadap 2292 guru di 21 buah sekolah di WP Putrajaya dari bulan Januari hingga bulan Ogos 2011 menunjukkan trend yang sama. Dalam satu hari terdapat sehingga 29 aktiviti luar bilik darjah yang

dijalankan dan ini menyebabkan lebih 30 peratus guru terpaksa meninggalkan bilik darjah. Dalam tempoh lima bulan, peratus ketidakhadiran guru di sekolah adalah antara 13.20 (Ogos) peratus hingga 43.83 peratus (April) seperti dalam Jadual 1.
Jadual 1: Bilangan Guru Tiada di Sekolah Di Putrajaya dari Bulan Jan-Ogos 2011 BULAN SMK SK Jumlah Peratus JAN 148 54 202 16.67 FEB 133 97 230 18.98 MAC 198 185 383 31.60 APR 284 243 527 43.48 MEI 200 176 376 31.02 JUN 185 182 367 30.28 JUL 233 219 452 37.29 OGOS 75 85 160 13.20

Muka Surat

| 41

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Ketidakhadiran guru ke sekolah bukan sahaja berlaku di kawasan bandar seperti Putrajaya malahan berlaku di semua tempat termasuk kawasan pedalaman. Berdasarkan laporan JNJK, ketidakhadiran guru di 11 buah

sekolah pedalaman daerah Semporna, Sabah pada 22 Februari 2010 menunjukkan daripada jumlah keseluruhan 151 guru, 45 orang guru (29.80%) tidak berada di sekolah pada tarikh tersebut.

Laporan tentang kehadiran guru di 14 sekolah pedalaman daerah Kudat Sabah pula menunjukkan dari bulan Januari hingga Mei 2010, purata kehadiran ke sekolah adalah sebanyak 80.77 peratus dan terdapat sekolah yang mencatat kehadiran serendah 67.0 peratus.

Isu guru tidak berada di bilik darjah turut berlaku di negara-negara maju seperti di Amerika Syarikat dan Britain. Di Amerika Syarikat lebih 2500 Pentadbir Sekolah-Sekolah (school Board) melanggani khidmat Automated Substitute Placement and Absence Management(AESOP) yang mengendalikan ketidakhadiran guru serta mencari pengganti segera bagi guru berkenaan. Jumlah school board yang melanggani sistem ini terus bertambah kerana pihak sekolah merasa sukar untuk menangani isu guru tidak hadir. (www.aesopeducation.com).

Di negara Britain masalah ketidakhadiran guru telah mengakibatkan sekolah-sekolah terpaksa menanggung bebanan kewangan yang tinggi kerana membayar elaun atau gaji perkhidmatan guru pengganti. Terdapat sekolahsekolah besar di Britain terpaksa menanggung kos melebihi 100,000 setahun untuk bayaran guru pengganti.

(http://www.teachingexpertise.com/articles/dealing-with-teacher-absence2263)

Muka Surat

| 42

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

PUNCA KETIDAKHADIRAN GURU

Punca ketidakhadiran guru boleh dikategorikan sebagai ketidakhadiran dirancang (diketahui awal) dan ketidakhadiran tidak dirancang.

1.

Ketidakhadiran Yang Dirancang

a)

Menghadiri kursus, seminar, mesyuarat yang dianjurkan oleh Bahagian KPM, JPN, PPD dan badan-badan bukan kerajaan (NGO). Data tinjauan Putrajaya tentang ketidakhadiran guru kerana menghadiri aktiviti rasmi boleh dijadikan contoh. Menurut tinjauan tersebut, pada bulan September 2011 guru-guru sekolah di Putrajaya telah terlibat dalam 380 aktiviti rasmi yang dianjurkan oleh Bahagian-bahagian KPM, JPN, PPWPP dan badan-badan lain (NGO) seperti dalam Jadua. Daripada 380 aktiviti tersebut, hanya 63 (16.57%) sahaja yang dilaksanakan selepas waktu persekolahan. Ini bermakna sebanyak 317 aktiviti yang dijalankan telah menyebabkan guru meninggalkan bilik darjah semasa PdP berjalan.

Jadual 2: Aktiviti Rasmi Guru Anjuran Pelbagai Pihak Di Putrajaya pada Bulan September 2011 Kursus/ Seminar/ Bengkel 171 45.00%

Aktiviti Rasmi Jumlah Aktiviti Peratus

Mesyuarat/ Taklimat 139 36.58%

Tugas Kokurikulum 24 6.32%

Aktiviti lain 46 12.10%

Jumlah

380 100%

b)

Terlibat dalam aktiviti kokurikulum dan sukan di pelbagai peringkat (peringkat sekolah, daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa).
Muka Surat

| 43

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Melalui tinjauan PPWPP seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 2, pada bulan September 2011 sekolah-sekolah di Putrajaya telah terlibat dalam 24 aktiviti kokurikulum.

Tinjauan JNJK di Langkawi mulai bulan Jun sehingga Oktober pada tahun 2011 terhadap 625 orang guru menunjukkan jumlah hari ketidakhadiran guru adalah sebanyak 448 hari bekerja.

c)

Cuti, seperti cuti haji, cuti bersalin, cuti sakit yang berpanjangan, cuti rehat khas, cuti tanpa rekod dan cuti tanpa gaji. Tinjauan di 11 buah sekolah di daerah Langkawi menunjukkan kadar ketidakhadiran guru di sekolah disebabkan cuti adalah tinggi. Bagi tempoh Jun hingga Oktober 2011 jumlah hari guru bercuti adalah sebanyak 4563 hari. Daripada jumlah tersebut, 2163 hari (47.40%) adalah jumlah hari tidak hadir bagi 43 orang guru kerana cuti bersalin (Rujuk Jadual 3).

Jadual 3: Jenis Cuti dan Jumlah Hari Guru Tiada di Sekolah Daerah Langkawi Pada Bulan Jun hingga Oktober 2011 Jenis Cuti Jumlah Hari Bil guru terlibat Cuti Sakit 1158 321 Cuti Rehat Khas 590 417 Cuti Tanpa Rekod 978 50 Cuti Belajar 93 9 Cuti Bersalin 2163 43 Cuti Tanpa Gaji 11 1 Jumlah

4563

Ketidakhadiran guru kerana cuti bersalin dilihat sebagai isu kritikal yang perlu ditangani segera. Ini adalah kerana setiap guru yang bersalin akan bercuti selama 90 hari. Ia menjadi lebih kritikal apabila terdapat beberapa guru dari sekolah yang sama bercuti serentak. Sebagai contoh, semasa tinjauan
Muka Surat

| 44

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

dijalankan didapati seramai 12 orang guru dari sekolah yang sama telah mengambil cuti bersalin. Jumlah hari cuti bagi 12 orang guru tersebut adalah sebanyak 743 hari (Jadual 4).

Jadual 4: Bilangan Guru Bersalin dan Jumlah Hari Cuti Guru Dari Bulan Jun Hingga Oktober 2011 di Sekolah Daerah Langkawi
Bil 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 Nama Sekolah SJK(C) Min Nam SK Bayas SK Nyior Cabang SK Padang Mat Sirat SK Sri Negeri SK Temonyong SMK Mahsuri SMK Air Hangat SMK Langkawi SMK Ulu Melaka SMK Kelebang JUMLAH Jumlah Guru 12 32 31 65 77 51 142 52 32 53 78 625 Bil Guru Bersalin 0 0 2 (6.45%) 3 (4.61%) 6 (7.79%) 4 (7.84%) 12 (8.45%) 2 (3.84%) 2 (6.25%) 3 (5.66%) 9 (11.53%) 43 Jumlah Hari Cuti 0 0 21 184 369 234 743 91 47 41 433 2163

2.

Ketidakhadiran Tidak Dirancang

a)

Cuti sakit, cuti kecemasan seperti kematian waris atau kemalangan.

Jadual 3 di atas menunjukkan sepanjang tempoh tinjauan dijalankan di 11 buah sekolah daerah Langkawi, seramai 321 guru tidak hadir kerana cuti sakit. Dengan jumlah hari
Muka Surat

| 45

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

sebanyak 1158, bermakna sepanjang tempoh tersebut, secara purata setiap guru mengambil cuti sakit sebanyak 3.6 hari setiap seorang pada tahun tersebut.

b)

Lewat hadir ke sekolah kerana menguruskan hal-hal peribadi, masalah pengangkutan atau sebab-sebab lain. Laporan tentang kehadiran guru di 11 sekolah pedalaman daerah Semporna, Sabah menunjukkan daripada 106 guru

yang hadir ke sekolah, 63 guru (59.43%) didapati lewat atas pelbagai sebab (Jadual 5) Jadual 5: Kehadiran Guru di 11 Sekolah Pedalaman Daerah Semporna pada 22 Februari 2010
Perkara Bilangan Guru Bilangan Hadir Bilangan Hadir Lewat Bilangan Tidak Hadir Tidak Hadir Tanpa Sebab Jumlah 151 106 63 45 35 Peratus 100% 70.20% 59.43% 29.80% 77.78%

c)

Berada di sekolah tetapi terpaksa menjalankan tugas pentadbiran secara adhoc, menangani masalah murid seperti berjumpa waris dan lain-lain.

d)

Tidak hadir tanpa sebab yang munasabah. Tinjauan di Langkawi di 11 buah sekolah di daerah Langkawi juga menunjukkan terdapat kes guru yang tidak hadir tanpa sebab. Dalam tinjauan tersebut didapati tujuh guru didapati tidak hadir ke sekolah tanpa sebab. Jumlah ketidakhadiran guru-guru tersebut adalah sebanyak 100 hari.
Muka Surat

| 46

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Laporan tentang ketidakhadiran guru di 11 buah sekolah pedalaman daerah Semporna menunjukkan daripada jumlah 45 guru yang tidak hadir, sebanyak 35 guru (77.78%) tidak hadir ke sekolah tanpa sebab (Jadual 5).

e)

Ponteng kelas, iaitu berada di sekolah tetapi tidak masuk ke kelas untuk melaksanakan PdP tanpa sebab yang munasabah.

KESAN KETIADAAN GURU DI BILIK DARJAH

Ketiadaan guru di bilik darjah memberi kesan kepada pembangunan modal insan yang kreatif, kritis, dan inovasi ketiadaan guru di sekolah tetap akan memberi kesan seperti berikut:

1.

Menjejaskan pengurusan dan pentadbiran sekolah Ketiadaan guru di sekolah menyebabkan banyak gangguan terhadap program dan aktiviti yang dirancang oleh pihak sekolah.

2.

Kualiti tugas guru terjejas Guru yang berada di sekolah terpaksa menjalankan tugas tambahan bagi menggantikan guru yang tiada di sekolah. Beban tugas ini boleh menyebabkan kualiti tugas utama guru merosot.

3.

Kualiti pembelajaran murid terjejas Guru yang berada di sekolah terbeban dengan tugas mengganti kelas. Tugasan tambahan ini menjejaskan prestasi guru tersebut. Hal ini sudah tentu mengakibatkan pembelajaran murid terjejas. Guru yang bercuti panjang seperti cuti sakit berpanjangan atau cuti bersalin tanpa pengganti tetap akan mengganggu kelancaran pembelajaran. Sekiranya pengurusan sekolah tidak memainkan
Muka Surat

| 47

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

peranan sebagai pemimpin instruksional maka pencapaian/prestasi murid akan menurun.

4.

Disiplin dan keselamatan murid terjejas Ketiadaan guru di sekolah dalam jumlah besar secara serentak sukar ditampung oleh guru lain. Ini menyebabkan kelas tidak dapat diurus dengan baik dan kesannya, masalah disiplin meningkat dan keselamatan murid tidak terjamin.

TINDAKAN JEMAAH NAZIR DAN JAMINAN KUALITI BAGI MENANGANI GURU MENINGGALKAN BILIK DARJAH

Pada tahun 2012, salah satu touch point KPM ialah memastikan guru perlu berada dalam bilik darjah dan proses PdP mesti berlaku. Sehubungan dengan itu, JNJK telah mengorak langkah untuk memastikan touch point ini dilaksana dan difahami oleh sekolah. Matlamat pemerhatian ini adalah untuk mendapat maklumat tepat tentang bilangan guru yang meninggalkan bilik darjah semasa PdP di seluruh negara. Analisis akan dibuat pada setiap minggu keempat setiap bulan. Berdasarkan pemerhatian ini, JNJK dapat mengesan bilangan guru yang meninggalkan bilik darjah, keberkesanan guru ganti dan langkah yang diambil oleh pihak sekolah bagi menangani masalah ini.

Umumnya, melalui pemerhatian

ini, Strategi Menangani Guru

Meninggalkan Bilik Darjah dapat dikenalpasti bilangan guru yang tidak berada di bilik darjah semasa PdP dan tindakan sewajarnya dapat diambil. Skop pemerhatian adalah untuk mengesan bilangan guru yang tidak masuk ke bilik darjah bagi melaksanakan proses PdP, mencerap guru ganti dan mendapat maklumat dari pihak sekolah tentang strategi untuk mengatasi masalah tersebut.
Muka Surat

| 48

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Pemerhatian dilaksanakan mulai bulan Mac sehingga Oktober 2012 melalui pasukan nazir yang terdiri daripada dua orang pegawai. Pasukan ini akan memantau setiap sekolah sahaja dalam setiap bulan. JNJK mensasarkan pemerhatian di 1000 buah sekolah seluruh negara dalam tempoh lapan bulan ini. Pemerhatian dijalankan secara mengejut tanpa dimaklumkan kepada pihak sekolah dan dijalankan selama tiga jam. Proses pemerhatian GMBD adalah seperti dalam Jadual 6.

Muka Surat

| 49

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Jadual 6: Proses Kerja Pemerhatian GMBD


Bil. 1. Proses/Tugas Persediaan pra i. pemerhatian Huraian Pemilihan sekolah berdasarkan lokasi yang sesuai/berdekatan dengan pejabat. ii. Instrumen seperti di Lampiran 1. iii. Pemerhatian dijalankan dalam minggu pertama sehingga minggu ke tiga sahaja. Pemerhatian di i. Pemerhati perlu berada di sekolah sekolah sebaik sahaja waktu persekolahan a. Melawat bilik bermula atau selepas waktu darjah bagi rehat.(Sesi pagi /petang) ii. Mengesan guru yang tiada di bilik memastikan kehadiran guru darjah. dalam bilik iii. Berjumpa pentadbir dan semak buku kedatangan dan jadual guru ganti. darjah b. Semak jadual kedatangan guru dan jadual guru ganti (pohon kebenaran Guru Besar/Pengetua) c.Pencerapan guru i. Semak buku rekod mengajar a.guru ganti ganti ii. guru yang tidak hadir Tindakan Ibu Pejabat

Ketua Pasukan

2.

Semua Nazir Isi Instrumen no.1 hingga 8 Isi Instrumen no.12 Isi Instrumen no.9, no.10 dan no.11

d.Temu bual

4.

5.

6.

iii. Mendapatkan pandangan usaha sekolah menangani guru meninggalkan bilik darjah. Selepas pemerhatian. i. Memindahkan instrumen yang diisi ke dalam tapak. ii. Tapak yang telah diisi perlu diemel pada hari yang sama selepas pemerhatian. iii. Emel kepada gmbdjnjk@gmail.com dan nadimin.jnjk@gmail.com dengan menamakan fail dengan kod sekolah diikuti dengan GMBD. Contoh:- AEA0001.GMBD Pengumpulan data i. Minggu ke empat (4) adalah untuk bulanan merumus data. ii. Data dirumus berdasarkan tiga objektif pemerhatian. Laporan Pemerhatian i. Laporan siap dalam minggu keempat dan diserahkan kepada Ketua Nazir.

Semua nazir Isi Instrumen no.13 Isi Instrumen no.13 Semua nazir Isi Instrumen no.14 Ketua Pasukan (Tapak GMBD) Semua nazir Semua nazir

UDTM/Task Force

Task Force

Muka Surat

| 50

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

DAPATAN PEMERHATIAN JNJK

Pemerhatian GMBD telah dilaksanakan di 954 buah sekolah seluruh negara dalam tempoh lapan bulan bermula dari bulan Mac sehingga bulan Oktober bagi tahun 2012. Sepanjang pemerhatian tersebut, isu guru tidak masuk ke kelas bagi melaksanakan PdP memang berlaku telah dikesan berpunca daripada factor rasmi dan tidak rasmi. Ketidakhadiran guru didapati banyak berpunca daripada penglibatan mereka dengan program yang dianjurkan KPM, JPN mahupun PPD. Program rasmi yang menyebabkan ketidakhadiran guru adalah seperti mesyuarat, kursus dan lain-lain anjuran KPM, JPN ataupun PPD.

JNJK juga telah mengesan bahawa ada sebahagian guru lewat atau tidak masuk ke kelas walaupun mereka berada dalam kawasan sekolah. Alasan yang diberikan oleh guru-guru ini ialah lewat keluar dari kelas sebelumnya atau berurusan dengan penjaga murid dan berjumpa pengetua/guru besar. Malahan ada juga mengatakan mereka tidak mendapat maklumat tentang penggantian kelas ganti.

Jadual 7 menunjukkan analisis guru yang tidak masuk ke kelas atas sebab tidak berada di sekolah atau kelewatan masuk ke kelas.

Jadual 7: Analisis Pemerhatian JNJK Bulan Mac-Oktober 2012

BIL

BULAN

BIL. PEMERHATIAN 118 125 147

1. 2. 3.

MAC APRIL MEI

BIL. GURU TIDAK HADIR 645 622 602

BIL. GURU TIDAK MASUK KELAS 99 137 74

4.
5. 6.

JUN
JULAI OGOS

88
146 89

357
564 293

51
59 45

7.

SEPT. OKT.
JUMLAH

180 61
954

1105 298
4486

118 51
634

Muka Surat

| 51

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

SARANAN BAGI MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL DI SEKOLAH

Bagi menyokong touch point KPM 2012 yang bertujuan untuk memastikan waktu instruksional guru bersama-sama murid dilindungi, adalah disyorkan supaya beberapa pendekatan disambut seperti berikut:

1.

Penubuhan Peringkat

Jawatankuasa Sekolah.

Melindungi

Masa ini

Instruksional

(MMI) oleh

Jawatankuasa

dipengerusikan

Pengetua/Guru Besar dengan ahli yang terdiri daripada semua penolong kanan, ketua bidang, ketua panitia mata pelajaran dan guru bertugas harian/mingguan. Fungsi jawatankuasa tersebut pula adalah:

a)

membuat pertimbangan bagi menentukan guru menghadiri kursus, seminar, mesyuarat dan sebagainya,

yang perlu

b) c) d)

menyediakan Jadual Guru Ganti bagi guru yang tidak hadir, menguruskan proses pelaksanaan Jual Beli Kelas, membuat pemantauan bagi memastikan jadual penggantian kelas dipatuhi,

e)

menyemak kehadiran Guru ke sekolah apabila waktu persekolahan bermula, dan

f)

mengumpul dan menyediakan data berkaitan kehadiran guru serta melaporkannya kepada PPD (PPD akan mengetengahkan hal ini ke JPN).

2.

Pengupayaan perancangan program berdasarkan daerah dan sekolah. Pada masa sekarang, walaupun Takwim Tahunan KPM dan JPN diselaraskan namun dari segi pengoperasiannya ia agak sukar dipatuhi. Tambahan pula terdapat program dan aktiviti ad-hoc yang melibatkan pihak sekolah. Pengupayaan kepada pihak PPD dan sekolah dalam daerah tersebutuntuk
Muka Surat

| 52

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

merancang program berdasrkan kesesuaian daerah berkaitan dapat meminimumkan keluar masuk guru dan pentadbir sekolah semasa proses PdP.

3.

Penglibatan Kumpulan Guru Simpanan Kebangsaan (KGSK) hendaklah diaktifkan di semua daerah supaya pihak sekolah mudah mendapat bekalan guru ganti. Peruntukan untuk bayaran KGSK hendaklah

mencukupi bagi membolehkan sekolah mendapat guru bagi menggantikan guru yang bercuti dalam tempoh yang panjang seperti cuti bersalin atau cuti haji. 4. Pengenalan jawatan Pembantu Guru (hampir sama dengan Pembantu Pengasuh Murid) di sekolah perlu diperluas bagi mengambil alih tugas perkeranian guru terutama yang berkaitan dengan pengisian data, menyemak kehadiran dan lain-lain tugas selain tugas PdP. 5. Pengwujudan jawatan Jurulatih Bertauliah untuk mengendalikan aktiviti sukan dan kokurikulum. Dengan adanya jawatan ini guru bilik darjah akan dapat menumpukan perhatian terhadap tugas mengajar dan tidak perlu lagi mengiringi murid untuk program sukan dan sebagainya. Selain itu, kegiatan sukan murid-murid dikendalikan oleh kumpulan pakar dalam bidang berkaitan. 6. Penglibatan menyeluruh PIBG dan ibu bapa dalam program koakademik dan kokurikulum. Kumpulan berkepentingan ini wajar digembleng

peranan mereka untuk bersama-sama melibatkan diri secara aktif dengan program sekolah. Kumpulan ini boleh membantu sekolah untuk

mengiringi murid-murid dalam aktiviti luar bilik darjah seperti menyertai pertandingan perbahasan, sukan dan perkemahan. 7. Perancangan yang teliti bagi menangani isu ketiadaan guru untuk tempoh panjang perlu dilaksanakan. Unjuran jumlah guru yang akan mengambil
Muka Surat

| 53

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

cuti dalam tempoh yang lama seperti cuti haji, cuti bersalin dan guru yang akan bersara pada sesuatu tahun hendaklah disediakan. 8. Penguatkuasaan berbentuk punitif bagi guru yang tidak hadir dan tidak melaksanakan proses PdP secara sengaja wajar dikuatkuasakan. Langkah seperti mengenakan denda boleh digunakan sebagai langkah akhir jika guru berkaitan gagal memberikan alasan yang sahih ketidakhadirannya.

PENUTUP

Isu ketidakhadiran guru adalah serius dan kerap diperkatakan oleh pihak ibu bapa melalui pelbagai platform media massa. Kebimbangan ibu bapa berkaitan isu ini adalah berasas kerana ketiadaan guru di bilik darjah akan menjejaskan prestasi pencapaian murid. Semua pihak yang berkepentingan di semua peringkat sama ada Bahagian di KPM, JPN mahupun PPD harus memainkan peranan yang mantap untuk merancang kaedah yang sesuai bagi melindungi masa intruksional. Pemantauan perlu terus dilaksanakan supaya apa juga yang dirancang difahami dan dilaksana dengan berkesan di peringkat sekolah.

Muka Surat

| 54

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL

Oleh DR. JAMES ANG JIT ENG HAJI ABDUL RAZAK ALIAS Institut Aminuddin Baki Kementerian Pelajaran Malaysia

Abstrak MMI merupakan salah satu komponen penting dalam tugas kepimpinan instruksional seorang pentadbir sekolah. Walaupun demikian, usaha ini tidak akan berjaya sepenuhnya sekiranya hasrat ini tidak difahami dan disokong oleh para pegawai di peringkat PPD dan JPN. Kertas kerja ini bertujuan untuk menjelaskan peranan kepimpinan instruksional yang boleh dimainkan oleh para pegawai di peringkat PPD khususnya dalam aspek kemahiran coaching dan mentoring dan pemantauan pencapaian murid (headcount). Kedua-dua jenis kemahiran ini amat penting bagi para pengawai di peringkat PPD dan JPN kerana ia akan membolehkan mereka mengenalpasti masalah akademik yang dihadapi oleh sekolah dan seterusnya mengambil tindakan yang sesuai untuk mendampingi para pentadbir dan membantu mengatasi masalah akademik yang dihadapi.

Muka Surat

| 55

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

PENGENALAN

1.

Kajian-kajian awal penggunaan masa pengajaran

Kajian literatur menunjukkan bahawa kajian-kajian awal yang cuba mengaitkan masa yang diperuntukkan untuk pengajaran (allocated time) dengan pencapaian murid telah bermula sejak tahun 1970an lagi. Hasilhasil kajian mendapati bahawa usaha meningkatkan peruntukan masa pengajaran sahaja tidak banyak mempengaruhi pencapaian murid.

Pada tahun 1980an, perbahasan mengenai hubungan peruntukan masa dengan pembelajaran murid terus berlangsung (Contoh: Jacobson 1980; Baines 2007). Cotton (1990) telah menyimpulkan hasil-hasil kajian

literatur pada ketika itu dan menyimpulkan perkara-perkara berikut:

(a)

Tidak ada korelasi (hubungkait) antara peruntukan masa (allocated time) dengan pencapaian murid.

(b)

Terdapat sedikit korelasi antara masa penglibatan (engagement time) dengan pencapaian murid.

(c)

Terdapat korelasi yang besar antara masa pembelajaran (learning time) dengan pencapaian murid

(d)

Tidak ada bukti konkrit yang menunjukkan terdapatnya korelasi antara panjangnya waktu pembelajaran dalam sehari atau setahun dengan pencapaian murid (Millot dan Lane, 2002).

Kajian-kajian turut menunjukkan bahawa terdapat korelasi yang kukuh dan positif antara masa murid terlibat dalam pembelajaran (time-on-task) dengan pencapaian murid. Ini berbeza dengan dengan masa penglibatan (engagement time) dengan pencapaian yang agak rendah. Yair (2000)

Muka Surat

| 56

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

melaporkan bahawa secara purata, murid hanya terlibat 53.8 peratus masa dalam pembelajaran. Kajian Stalling (1985) yang sering digunakan sebagai tanda aras penggunaan masa secara berkesan dalam bilik darjah menunjukkan bahawa guru-guru sekolah menengah yang biasa menggunakan 38 peratus daripada masa untuk menguruskan kelas, 50 peratus untuk mengawas dan menyelia kerja murid dan baki 12 peratus untuk pengajaran (rujuk Rajah 1).

38% 50%
Mengawas & Menyelia Penyampaian Pengajaran

12%

Mengurus Kelas

Rajah 1 : Penggunaan Masa oleh Guru Biasa

Guru-guru yang berkesan pula menggunakan kurang daripada 15% daripada masa untuk menguruskan kelas, 35% untuk tugas mengawas dan menyelia kerja murid dan baki 50% untuk penyampaian pengajaran (rujuk Rajah 2). Murid yang berkesan pula menggunakan 97% daripada masa untuk pembelajaran aktif dan 3% masa luang (off-task).

Muka Surat

| 57

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Mengurus Kelas, 15%, 15%

Mengawas & Menyelia, 35%, 35%

Penyampaian Pengajaran, 50%, 50%


Mengawas & Menyelia Penyampaian Pengajaran Mengurus Kelas

Rajah 2 : Penggunaan Masa oleh Guru Berkesan

2.

Kajian kehilangan masa pembelajaran di negara membangun

Kajian oleh Bank Dunia mendapati terdapat jurang antara masa yang diperuntukkan dengan realiti dalam masa pengajaran khususnya di negara kurang membangun (Millot dan Lane 2002, Abadzi 2007). Secara

kuantitatif dan kualitatif, masa yang digunakan untuk pengajaran sebenar adalah kurang daripada kehendak dasar pendidikan kebangsaan masingmasing.

3.

Langkah-langkah memaksimumkan masa pembelajaran

Dapat disimpulkan bahawa daripada hasil kajian literatur bahawa komponen penting untuk menjayakan dasar melindungi masa pembelajaran adalah dengan memaksimumkan masa pembelajaran dan meningkatkan masa murid terlibat dalam pembelajaran (time-on-task) untuk segala bentuk aktiviti yang berlaku di sekolah.
Muka Surat

| 58

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Seperti

yang disebutkan di atas, satu daripada variabel pembelajaran murid ialah masa

yang

mempengaruhi

pembelajaran

(instructional time). sebagai jumlah

Abadzi (2007) mentakrifkan masa pembelajaran dalam kelas yang guru gunakan untuk

masa

menyampaikan ilmu. Masa pembelajaran menurut beliau tidak termasuk masa yang guru gunakan untuk mengurus bilik darjah yang dianggap sebagai masa luang (off-task). Untuk tujuan itu, kajian telah

menunjukkan bahawa terdapat korelasi statistikal yang positif antara masa pembelajaran dan pencapaian murid dalam peperiksaan (Lieberman dan Denham, 1980).

Selain daripada meningkatkan masa pembelajaran, guru juga perlu meningkatkan masa murid terlibat dalam pembelajaran (time-on-task) murid. Time-on-task merujuk kepada jumlah masa dalam satu waktu apabila guru dan murid terlibat secara aktif dalam pengajaran dan pembelajaran. Ia juga sering difahamkan dengan masa murid benar-benar terlibat dalam pembelajaran (Abadzi, 2007). Kajian yang oleh Levin dan Nolan (2010) menunjukkan bahawa kunci kejayaan pembelajaran murid adalah kemampuan guru untuk memaksimakan masa time-on-task murid terlibat dalam tugasan akademik dan mengurangkan masa luang untuk memulakan aktiviti, transisi antara aktiviti, tidak ada aktiviti atau terlibat dengan perbuatan salah laku.

Untuk mencapai hasrat ini, Pengetua atau Guru Besar perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran kepimpinan instruksional khususnya ilmu memantau pencapaian akademik murid (headcount) yang membolehkan mereka mengenal pasti kelemahan (akademik) murid dan seterusnya mengambil sewajarnya. langkah-langkah pembetulan/penambahbaikan yang

Kemahiran-kemahiran ini telah disampaikan kepada


Muka Surat

| 59

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

golongan pentadbir sekolah melalui kursus-kursus yang telah dianjurkan oleh IAB seperti berikut:

(a) (b) (c)

Kursus Kepimpinan Instruksional, Kursus Memantau Pencapaian Murid, Kursus NPQEL (National Professional Qualification for

Educational Leaders), dan (d) Kursus Coaching dan Mentoring Pemimpin.

Walaupun demikian, tahap amalan kandungan kursus di peringkat sekolah masih menjadi tanda tanya kerana tidak ada pihak yang memantau pelaksanaan dan keberkesanan kursus tersebut apabila para peserta kembali ke sekolah masing-masing. Satu pihak yang boleh membantu memastikan pelaksanaan tugas memantau pencapaian (akademik) murid adalah para pegawai di peringkat PPD kerana mereka berada lebih dekat dengan sekolah dan merupakan golongan prime movers dalam usaha mentransformasi PPD.

Oleh yang demikian, untuk membolehkan masa pembelajaran murid dilindungi dan dipertingkatkan di sekolah, adalah dirasakan bahawa para pegawai PPD perlu dilibatkan. Sebagai langkah permulaan, mereka perlu diberi pendedahan dalam kemahiran memantau pencapaian murid (headcount) dan kemahiran coaching dan mentoring pemimpin agar mereka dapat mendampingi dan menyelesaikan masalah akademik yang dihadapi oleh sekolah dengan lebih cekap lagi.

Muka Surat

| 60

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

PERNYATAAN ISU

Bagaimanakah cara terbaik untuk memastikan para pegawai di peringkat JPN/PPD memahami konsep dan kepentingan kemahiran memantau

pencapaian murid (headcount) dan kemahiran coaching dan mentoring pemimpin yang membolehkan mereka mendampingi pihak sekolah (para pentadbir dan guru) secara bermakna agar mesej yang ingin disampaikan dan matlamat yang dihasratkan tercapai?

CADANGAN TINDAKAN (CADANGAN PENGISIAN SESI TAKLIMAT)

1.

Berkongsi hasil kajian empirikal yang telah dibuat untuk menunjukkan peranan sekolah dan guru dalam meningkatkan pencapaian murid.

2.

Berkongsi cara mengenal pasti tahap pencapaian murid melalui teknik memantau pencapaian murid (headcount).

3.

Membantu membina jaringan dan menggalakkan percambahan idea antara pegawai JPN/PPD untuk menangani masalah pencapaian akademik murid.

4.

Mengupayakan pegawai JPN/PPD dengan kemahiran coaching dan mentoring pemimpin.

5.

Menjadikan coaching dan mentoring sebagai satu bentuk pembangunan profesionalisme pemimpin yang bercirikan pembelajaran pandu kendiri (self-directed learning).

Muka Surat

| 61

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

KESIMPULAN

Langkah yang dicadangkan oleh IAB adalah sebahagian daripada usaha bersepadu Kementerian Pelajaran yang diketuai oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Sektor Operasi Pendidikan (TKPPM-OP) khususnya melalui sesi mesyuarat/taklimat kepada JPN/PPD untuk melaksanakan dasar Melindungi Masa Pengajaran di sekolah-sekolah sebagai salah satu usaha untuk meningkatkan keberhasilan pembelajaran murid.

SYOR Selain pendedahan kepada ilmu memantau pencapaian murid dan kemahiran coaching dan mentoring pemimpin, para pegawai JPN/PPD diberi pendedahan kepada aspek-aspek lain yang turut menyumbang kepada usaha melindungi dan memaksimumkan masa instruksional dan pembelajaran murid dalam sesi mesyuarat/taklimat yang diketuai oleh TKPPM-OP.

1.

2.

Para pegawai JPN/PPD dikehendaki menghadiri kursus Kepimpinan Instruksional dan kursus Coaching dan Mentoring Pemimpin yang dianjurkan oleh IAB.

Rujukan Abadzi, H. (2007). Absenteeism and beyond: Instructional time loss and consequences. Independent Evaluation Group, World Bank, Washington, DC. Baines L. (2007). Learning from the World: Achieving More by Doing Less. Phi Delta Kappa International 89, no 2 (October 2007): 98100.
| 62

Muka Surat

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Cotton, K. (2003). The principals and student achievement: What the research says. Association for Supervision and Curriculum Development. Alexandria : Virginia. Davis, G. & Thomas, M.A. (1989). Effective school and effective teacher. Allyn and Bacon. Hallinger, P. & Murphy, J. (1985). Assessing the instructional management behaviors of principals. The Elementary School Journal, 86 (2), 217247. Jacobson, K. 1980. The Relationship of Individual Student Time Allocation to Reading and Mathematics Achievement. Report from the Project on Studies of Administration and Organization for Instruction. Research and Development Center for Individualized Schooling, University of Wisconsin, Madison. James Ang Jit Eng & Balasandran Ramiah (2011). Kepimpinan Instruksional: Satu Panduan Praktikal. PTS Professional Publishing. Levin, J. & Nolan, J. F. (2010). Principles of classroom management: A professional decision-making model. Pearson Education Inc. NJ. Lieberman, A., & Denham, C. (1980). Time to learn. Sacramento, CA: California Commission for Teacher Preparation and Licensing. Mielcarek, J.M.A. (2003). A model of school success: Instructional leadership, academic press and student achievement. Unpublished dissertation. Ohio State University. Millot, B., and J. Lane. 2002. The Efficient Use of Time in Education. Education Economics 10, no 2: 20928. Murphy, J. (1990). Principal instructional leadership: Changing perspectives on the school. Advances in Educational Administration, 1, 163-200. Barber, M., & Fullan, M. (2005). Tri-level development: Its the system. Education Week, 24 (25), pp. 32 - 35. Stallings, J. A. (1980). Allocated academic learning time revisited, or beyond time on task. Educational Researcher 9(11), December, 11-16. Stallings, J. A. (1985). Instructional Time and Staff Development: How Useful is the Research on Time to Teachers? In Perspectives on
Muka Surat

| 63

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Instructional Time, edited by C.W. Fisher and D.C. Berliner, 28397. New York and London: Longman. Stallings, J. A. (2007). The Importance of Using Instructional Time Effectively. Unpublished article. HDNED, World Bank, Washington, DC. Dimuat turun pada 20 Ogos 2012 dari http://wwwwds.worldbank.org/external/default/WDSContentServer/WDSP/IB/200 9/02/11/000333037_20090211004247/Rendered/PDF/473280WP0Box 33101OFFICIAL0USE0ONLY1.pdf Tengku Azuan Tg Mohamed (2006). Headcount: Satu perkongsian Pengalaman. Kertas Kerja dibentangkan dalam Seminar Kebangsaan Kepimpinan Instruksional Ke-2, November 2006. IAB Cawangan Utara. KPM. Yair, G. 2000. Not Just About Time: Instructional Practices and Productive Time in School. Education Administration Quarterly 36, no. 4 (October): 485512.

Muka Surat

| 64

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

JADUAL WAKTU

oleh ENCIK BONG MUK SHIN Bahagian Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia

Abstrak Kertas kerja ini membincangkan kepentingan jadual waktu dalam proses PdP yang berkesan. Penyediaan jadual waktu perlu diurus dengan baik agar pelaksanaan PdP berjalan lancar. Jadual Waktu yang strategik akan memudahkan guru melaksanakan PdP mengikut masa dan tempoh yang ditetapkan dan seterusnya melindungi masa instruksional. Beberapa aspek yang perlu diambil kira dalam pembinaan jadual waktu adalah agihan waktu mengajar, susunan mata pelajaran dalam jadual waktu, persediaan guru, persediaan murid, lokasi dan pentadbiran.

Muka Surat

| 65

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

PENGENALAN

Jadual waktu merupakan suatu pernyataan mengenai mata pelajaran yang akan diajar kepada murid setiap hari persekolahan yang menyatakan tempoh dan peruntukan masa suatu mata pelajaran yang diajar dan nama guru yang mengajar mata pelajaran itu.

Setiap jadual waktu sekolah adalah jadual untuk menyelaras empat elemen iaitu: murid, guru, bilik darjah dan tempoh. Jadual ini perlu mematuhi kurikulum yang ditetapkan, mengandungi mata pelajaran yang diajar dan analisis jumlah waktu, peruntukan waktu mengikut pekeliling terkini dan mengandungi senarai nama guru dengan mata pelajaran yang diajar, memenuhi kehendak jadual waktu anjal dan fleksibal.

ISU JADUAL WAKTU

1.

Dapatan kajian yang dilaksanakan oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) pada Februari hingga April 2012 mendapati bahawa lebih daripada 40 peratus proses pengajaran dan pembelajaran tidak dilaksanakan di dalam bilik darjah. Antara faktor yang dikenal pasti adalah;

a)

guru menjalankan tugas di luar sekolah dan guru ganti tidak menjalankan PdP,

b)

guru berada di sekolah tetapi tidak masuk ke kelas (menjalankan aktiviti lain, berada di kantin), dan

c)

guru masuk ke kelas tetapi tidak menjalankan PdP.

Muka Surat

| 66

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

2.

Jadual Waktu Guru Ganti

Jadual waktu perlu diurus dengan baik agar PdP dapat dilaksanakan dengan berkesan. Jadual waktu PdP disediakan untuk memudahkan guru melaksanakan P&P mengikut masa dan tempoh yang dijadualkan dengan lancar dan sistematik. Ahli Jawatankuasa Jadual Waktu terdiri daripada guru-guru yang dilantik oleh Pengetua atau Guru Besar.

Jadual Guru Ganti perlu merekod guru yang tidak dapat hadir ke kelas yang diajar dan nama guru yang menggantinya. Slip Guru Ganti perlu mengandungi maklumat seperti Tahun atau Tingkatan, Waktu dan Mata Pelajaran yang akan digantikan. Slip ini perlu diserahkan kepada Guru Ganti lebih awal agar guru tersebut dapat membuat persediaan awal sebelum kelas bermula.

3.

Pelaksanaan Jadual Waktu

Bagi melindungi waktu pembelajaran murid, beberapa aspek perlu diberikan perhatian iaitu;

a)

Agihan Waktu Mengajar

i.

Bilangan kelas dan mata pelajaran yang diajar perlu dihadkan bagi seseorang guru. Contohnya penentuan tahap kelas yang diajar seperti Tahap 1 atau 2 di Sekolah Rendah, ataupun Menengah Rendah atau Menengah Atas perlu diambil kira.

ii.

Penentuan set/kumpulan mata pelajaran yang boleh diajar oleh seseorang guru. Kombinasi mata pelajaran perlu

dipertimbangkan dan seboleh-bolehnya lebih sesuai mengikut


Muka Surat

| 67

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

kepakaran/opsyen pengajaran guru. Contoh, dari segi :

agar

tidak

menjejaskan

keberkesanan

mata pelajaran - Bahasa Melayu dengan Seni, Sains dengan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dan Bahasa Inggeris dengan Muzik,

waktu - Sebelah pagi bagi mata pelajaran matematik, selepas waktu rehat mata pelajaran Sains dan sebelum balik mata pelajaran Pendidikan Seni, dan

hari - Mata pelajaran teras perlu dimasukkan jadual waktu secara seimbang pada setiap hari tidak berlaku bebanan kepada guru dan murid.

dalam supaya

Walau bagaimanapun penentuan set ini perlu mengambil kira pekeliling-pekeliling yang berkuatkuasa.

iii.

Dicadangkan agar guru diperuntukkan tidak melebihi 3 waktu mengajar.

Guru dihadkan mengajar dua mata pelajaran mengikut opsyen major/minor latihannya. Mata pelajaran yang diberi perlu dipasangkan dengan satu mata pelajaran teras dan satu lagi elektif. Guru mengajar mengikut tahap tertentu sama ada tahap I dan tahap II sahaja bagi sekolah rendah, atau menengah rendah atau menengah atas. Guru diperuntukkan tidak melebihi tiga waktu mengajar berterusan.

Justifikasi i. Guru boleh membuat persiapan lebih rapi dalam melaksanakan PdP mata pelajaran tersebut.

Muka Surat

| 68

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

ii.

Guru boleh memberi tumpuan dalam pelaksanaan PdP yang berkesan.

iii.

Guru akan memiliki kemahiran yang lebih baik dalam mata pelajaran tertentu.

iv.

Guru

akan

lebih

mengenali

murid

dan

dapat

meningkatkan potensi mereka ke tahap yang maksimum.

b)

Susunan Mata Pelajaran Dalam Jadual

i.

Pengagihan waktu mata pelajaran perlu seimbang antara guru mengikut keadaan/keperluan sekolah.

ii.

Waktu ganti tidak dibebankan kepada guru-guru tertentu sahaja. Pengagihan waktu ganti perlu seimbang dan diagih sama rata kepada semua guru. Pembahagian mata pelajaran perlu mengikut kecenderungan atau opsyen seseorang guru. Pihak sekolah harus menyimpan rekod bagi guru ganti untuk mengelakkan berlakunya

ketidaksamarataan agihan waktu ganti kepada guru. iii. Waktu kembar (double period) dan satu waktu (single period) perlu diambil kira mengikut mata pelajaran.

Huraian :

Pihak sekolah perlu memperuntukkan waktu senggang di antara waktu PdP bagi membolehkan guru bersedia

sepenuhnya untuk

berada lebih awal di kelas seterusnya.

Waktu senggang perlu diagih seimbang pada sebelah pagi sebelum rehat dan selepas rehat kepada semua guru. Begitu juga bagi bilangan waktu mengajar hendaklah diagih

Muka Surat

| 69

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

seimbang antara semua guru dalam seminggu. Contoh, 25 hingga 26 waktu sahaja seminggu.

Jadual waktu perlu disusun mengikut keutamaan mata pelajaran. Contoh, jadual waktu pagi sebelum rehat dikhaskan kepada mata pelajaran teras dan seterusnya bagi mata pelajaran elektif mengikut keadaan dan keperluan sekolah. Begitu juga kepada jadual guru ganti, sekiranya berlaku ketidakhadiran guru, jadual guru ganti perlu diagih sama rata kepada guru agar tidak terbeban kepada guru-guru tertentu sahaja.

Ketetapan

kelas

bagi seseorang guru

perlu

mengikut

kesesuaian lokasi. Sebagai contoh, pergerakan guru dari satu blok ke blok yang lain atau dari satu kelas ke kelas yang seterusnya tidak melibatkan jarak yang jauh.

c)

Persediaan Guru

i.

Guru perlu pergi ke kelas lebih awal sebelum waktu pengajarannya bermula jika guru tersebut tiada kelas sebelumnya.

ii.

Guru terlibat perlu menyediakan RPH dan bahan yang akan digunakan dalam PdP. Guru ganti seboleh-

bolehnya guru mata pelajaran yang sama dengan kelas yang diganti. iii. Pertukaran waktu mengajar suka sama suka boleh dibuat jika guru telah mengetahui lebih awal tentang

penglibatan atau tugasnya di luar sekolah.

Muka Surat

| 70

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Huraian : Bagi menepati peruntukan masa PdP (30 minit untuk sekolah rendah dan 40 minit untuk sekolah menengah) guru perlu bersedia seawal 5 minit sebelum ke kelas. Keadaan ini juga dapat mengelakkan pembaziran waktu pembelajaran di samping mengawal disiplin murid terutama keluar masuk kelas dan membuat bising. Kebenaran perlu diberi kepada guru yang ingin bertukar waktu mengajar suka sama suka jika dia terlibat dengan tugas-tugas luar. Ini boleh mengelakkan daripada

membebankan guru lain untuk menjalankan PdP sebagai guru ganti.

d)

Persediaan Murid

i.

Murid perlu sentiasa bersedia dari segi fizikal dan mental sebelum menjalankan aktiviti pembelajaran untuk dengan

mengelakkan guru dari membuang masa PdP melayan kerenah murid di dalam kelas.

Huraian : Murid perlu dinasihatkan agar sentiasa bersedia dengan

keperluan mata pelajaran seterusnya setiap kali sebelum guru masuk mengajar. Ini bertujuan untuk mengelakkan berlakunya pembaziran masa PdP. Guru terpaksa menunggu murid mengambil kelengkapan PdP padahal masa untuk PdP sepatutnya sudah bermula.

Muka Surat

| 71

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

e)

Lokasi Tempat PdP

i.

Jadual waktu penggunaan bilik-bilik khas perlu dibuat dengan teliti agar dapat mengelakkan pembaziran masa bagi guru dan murid untuk bergerak dari satu lokasi ke satu lokasi yang lain. Jika keadaan sekolah tidak dapat memenuhi keperluan ini maka pihak menyediakan sebuah bilik transit. sekolah perlu

Huraian: Penyusunan jadual waktu perlu mengambil kira jarak pergerakan guru dan murid dari kelas ke kelas, dari kelas ke bilik khas atau dari blok ke blok yang lain di antara waktu PdP bagi penjimatan masa. Bilik darjah yang fleksibel perlu diadakan bagi memudahkan guru dan murid yang mengalami masalah kesihatan atau masalah fizikal untuk menjalani PdP dengan selesa. Murid orang kurang upaya (OKU) yang

berkerusi roda perlu ditempatkan di bilik darjah di tingkat bawah. Sebuah bilik transit diperlukan untuk guru berehat sebelum ke kelas seterusnya. Contoh, jarak kelas yang diajar bagi mata pelajaran seterusnya agak jauh dari kelas pengajaran sebelumnya.

f)

Pentadbiran

i. ii.

Pemilihan pakej mata pelajaran perlu dihadkan. Guru ganti boleh menggabung kelas berdasarkan mata pelajaran atau tahun/tingkatan yang sama semasa ketiadaan guru mata pelajaran/kelas tersebut. Bagi

keberkesanan PdP guru perlu mengambil kira bilangan


Muka Surat

| 72

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

murid dalam kelas yang digabung dan

tempat PdP

dijalankan. Jika bilangan murid terlalu ramai PdP boleh dijalankan di dewan sekolah dan sebagainya.

Huraian Pakej mata pelajaran dalam satu-satu aliran perlu dihadkan mengikut kesesuaian sekolah. Contohnya, satu pakej dalam aliran sains dan satu dalam aliran sastera sahaja. Guru ganti boleh menggabungkan kelas mengikut mata pelajaran atau tahap supaya proses PdP dapat berlangsung dan kawalan

disiplin dapat dilaksanakan dengan berkesan.

SYOR

Pihak sekolah disyorkan mengambil kira semua aspek termasuk prasarana sekolah, tahap kemampuan murid dan kepakaran guru dalam merancang penyusunan jadual waktu sekolah.

Muka Surat

| 73

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL DALAM KEGIATAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH : ISU DAN CADANGAN PENYELESAIAN

Oleh ENCIK MAHAMAD AMRAN BIN KAMSI Bahagian Kokurikulum dan Kesenian Kementerian Pelajaran Malaysia

Abstrak Hasil kajian Bahagian Naziran (2010) dan Bahagian Kokurikulum dan Kesenian (2011) tentang keberkesanan kokurikulum di kalangan murid sekolah menengah ada menunjukkan perkaitan dengan kegagalan pihak sekolah melindungi masa instruktional kegiatan kokurikulum. Kelemahan guru yang kurang mahir dalam menjalankan aktiviti kelab/persatuan sekolah sebagai faktor penyebab utama. Faktorfaktor lain seperti wibawa pentadbir sekolah; kurikulum kelab/persatuan yang tidak lengkap dan kekurangan kemudahan dan peralatan juga sebagai penyumbang isu yang berlaku. Dalam usaha mengatasi masalah ini dua langkah penyelesaian dikenalpasti. Pertama, penyelesaian di peringkat sekolah yang berfokus kepada pengetua/guru besar dalam melaksanakan 11 strategi pelaksanaan kokurikulum. Kedua, penyelesaian peringkat Kementerian yang meliputi pelaksanaan kegiatan kelab/persatuan sekolah secara projek inovasi; pemantapan Jawatankuasa Pembangunan Kokurikulum KPM; pemantapan sistem pemantauan di semua peringkat pelaksanaan; melengkapkan dan melatih pegawai/ personal kokurikulum di semua peringkat dan; melengkapkan kemudahan infrastruktur dan kejurulatihan di Pusat Kokurikulun Negeri dan Daerah. Strategi penyelesian secara serampang dua mata dijangka bukan sahaja diyakini boleh menyelesaikan masalah melindungi masa instruktional kokurikulum malahan juga mampu meningkatkan imej kokurikulum di peringkat sekolah. Cadangan penyelesaian ini memberi impak kewangan berjumlah RM159,683,410 dan impak perjawatan baru berjumlah 4,133 orang.

Muka Surat

| 74

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

PENGENALAN

Kandungan pendidikan di sekolah-sekolah

Malaysia terdiri daripada

dua

aspek penting iaitu kurikulum dan kokurikulum. Perkara pertama berkait rapat dengan apa jua kegiatan pengajaran-pembelajaran di dalam bilik darjah manakala yang terkemudian pula mengenai proses yang sama tetapi berlaku di luar bilik darjah. Pada dasarnya KPM sentiasa berusaha dan berhasrat agar kedua-dua aspek ini memberi impak yang maksimum kepada perkembangan pendidikan yang menyeluruh kepada setiap murid sejajar dengan hasrat falsafah pendidikan negara, namun dari segi keberhasilannya menampakkan bahawa aspek kokurikulum masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki.

Kokurikulum adalah sebahagian daripada Kurikulum Kebangsaan. Ia bermaksud apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah yang memberi peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari di dalam bilik darjah (dalam Peraturan-Peraturan Kebangsaan Pendidikan 1997 berkaitan kurikulum). Pelaksanaan kokurikulum adalah wajib. Kegagalan melaksanakan kegiatan ini adalah suatu kesalahan yang boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau 3 bulan penjara atau kedua-duanya ( Akta Pendidikan ,1996: Seksyen 18 - Akta 550). Penyertaan murid dalam aktiviti kokurikulum adalah wajib. Sehubungan itu kehadiran murid dalam aktiviti kokurikulum mestilah direkodkan. Arahan ini termaktub sebagaimana dalam SPI Bil. 1/1986, KP(BS)8591/Jld. 11/(41) bertarikh 15 Januari 1986. Peraturan-peraturan dan arahan ini jelas menunjukkan kegiatan kokurikulum adalah sebahagian masa instruktional yang wajib dilaksanakan.

Berdasarkan Warta Kerajaan No. 5652 Jil. 11/Bil.27 bertarikh Disember 1967, masa yang diperuntukkan untuk kegiatan kokurikulum di sekolah adalah seperti berikut:
Muka Surat

| 75

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Sekolah Rendah

Tahap 1 2

Darjah/Tingkatan 3 dan 4 5 dan 6 Peralihan, 1,2 dan 3 4 dan 5 (aliran perdagangan dan sastera) 4 dan 5 (aliran sains dan pertanian)

Peruntukan Masa (minit/minggu) 60 120 180 180

Menengah

140

Purata kekerapan perjumpaan mingguan yang minimum dalam setahun ialah 18 kali bagi pasukan pakaian seragam dan 12 kali bagi kelab/persatuan dan kelab/persatuan sukan/permainan. Ketiga-tiga jenis kegiatan ini perlu

dijalankan sepanjang tahun mengikut jadual yang telah ditetapkan. Sungguhpun begitu isu yang sering dipersoalkan ialah sejauhmana masa yang diperuntukkan benar-benar telah digunakan oleh pihak sekolah bagi tujuan memenuhi masa instruktional kegiatan kokurikulum.

PERNYATAAN ISU

Bahagian Naziran KPM (2010) yang mengkaji tentang pelaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah-sekolah mendapati bahawa kegiatan kokurikulum yang berunsurkan kelab dan persatuan kurang digemari oleh murid. Di antara faktor penyebabnya ialah ketiadaan kurikulum yang lengkap, guru kurang berinisiatif dan aktiviti yang tidak menarik dan mencabar. Dapatan ini disokong oleh hasil tinjauan yang dibuat oleh Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, KPM (2011) ke sekolah-sekolah di seluruh negara yang melihat kegiatan kelab dan persatuan tidak popular sebagaimana kegiatan badan beruniform dan sukan/permainan.

Muka Surat

| 76

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Dapatan kedua-dua kajian ini boleh dirumuskan seperti berikut: (a) kegiatan kokurikulum (terutama jenis kelab dan persatuan) tidak dilaksanakan dengan sewajarnya sehingga memberi suatu persepsi yang negatif di kalangan murid, dan (b) masa instruktional bagi menjalankan kegiatan kokurikulum tidak dilindungi kerana terbukti pengisian pengajaran tidak memberi impak positif kepada murid.

MMI dalam kokurikulum dipengaruhi oleh wibawa Pentadbir sekolah (termasuk Guru Besar/Pengetua/Guru Penolong Kanan Kokurikulum).

Pentadbir bertanggungjawab memastikan kelangsungan kegiatan kokurikulum selaras dengan dasar dan prinsip yang telah ditetapkan. Sebaliknya pentadbir sekolah yang bersikap negatif terhadap kokurikulum bercirikan seperti berikut: (a) kurang menghayati kepentingan kokurikulum dan berkeinginan untuk mengetahui peraturan, garis panduan atau arahan KPM, JPN dan PPD sebagai satu perkara yang perlu ditangani dengan segera, (b) bersikap sambil lewa kepada isu-isu penguatkuasaan peraturan dan sistem pemantauan, seperti dalam menetapkan masa dan

penjadualan aktiviti kokurikulum sekolah, dan (c) gagal mewujudkan budaya berkokurikulum di sekolah.

Kejayaan melindungi waktu instruktional dalam kokurikulum banyak dipengaruhi oleh kemampuan guru berperanan sebagai guru kokurikulum seperti sebagai penasihat/pembimbing/jurulatih (SPI Bil.1/1985

KP(BS)8591/Jld. 11(29) bertarikh 2hb. Januari 1985). Namun ramai guru yang gagal menjalankan tanggugjawab sebagai guru kokurikulum kerana tidak cukup kompeten. Masalah kurang mahir dalam sesuatu jenis kegiatan kokurikulum yang dipertanggungjawabkan adalah faktor utama. Tidak dinafikan semua guru ada menerima pendedahan kegiatan kokurikulum semasa
Muka Surat

| 77

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

belajar di institusi perguruan atau universiti tetapi apa yang diperolehi hanyalah setakat tahap asas yang tidak membolehkan mereka menguasai sesuatu bidang ilmu kokurikulum yang diperlukan oleh murid. Guru-guru yang sedemikian akan setakat menghadirkan diri dalam kegiatan kokurikulum tanpa suatu perancangan yang rapi dan hanya mampu mencatat kehadiran murid. Kelemahan ini sudah tentu memberi kesan pengajaran dan bimbingan kepada murid-murid. Ketiadaan guru yang mahir dan pakar ini juga yang menjadi alasan untuk tidak mengadakan sesuatu kegiatan kokurikulum di peringkat sekolah.

Kegagalan guru melindungi masa instruktional kegiatan kokurikulum sering dikaitkan dengan kurikulum/kandungan pembelajaran yang tidak lengkap. Kelemahan ini berlaku kerana atas dua faktor. Pertama, bidang kokurikulum terlalu luas, apa sahaja yang berkaitan kegiatan di luar bilik darjah adalah kegiatan kokurikulum. Kedua, terdapat sesetengah kegiatan yang diluluskan oleh KPM dipayungi oleh agensi luar sebagai badan induk yang telah melaksanakan kegiatan tanpa kurikulum yang standard. Sungguhpun begitu ketiadaan kurikulum yang lengkap bukan suatu alasan untuk tidak menjalankan kegiatan ini. Tidak sebagaimana bidang akademik bidang kokurikulum tidak terlalu terikat kepada suatu set atau sekuen kandungan pelajaran. Yang mustahak ialah sama ada pengetahuan atau kemahiran yang dipelajari oleh murid itu berkaitan atau tidak dengan sifat semulajadi kelab/persatuan yang dianggotai. Umpamanya, bagi kelab bahasa sudah tentu ilmu dan kemahiran yang disampaikan itu mengenai apa sahaja yang berkaitan bahasa. Sejajar dengan peranan kokurikulum sebagai penyumbang dan pelengkap kepada pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah, tidak menjadi suatu kesalahan untuk menjadikan kurikulum bilik darjah sebagai panduan asalkan boleh mengukuhkan apa yang sudah dipelajari dalam bilik darjah.

Muka Surat

| 78

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Kegiatan kokurikulum lazimnya berlaku di luar bilik darjah. Pendekatan kokurikulum yang jelas ialah secara menjadikan alam semulajadi dan alam sekitar sebagai tempat pengajaran dan pembelajaran. Namun ada juga sesetengah aktiviti kokurikulum yang sememangnya memerlukan kemudahan dan peralatan khusus seperti kegiatan robotik dan perkhemahan. Ketiadaan peralatan dan kemudahan ini di sekolah atau yang berhampiran sering dijadikan alasan untuk tidak menjalankan kegiatan. Tidak menafikan KPM ada menyediakan infrastruktur dan kemudahan kokurikulum di sekolah namun masih banyak lagi kelemahan dan kekurangan yang perlu diperbaiki. Dalam masa yang sama diperakui ada sesetengah kemudahan dan peralatan yang tidak boleh dibina di setiap sekolah atas sebab kos pembinaan dan penyelenggaran yang tinggi; dan memerlukan kepakaran jurulatih dan juruteknik. Kemudahan sebegini sewajarnya diadakan secara berpusat di setiap daerah. Ketiadaan atau kekurangan kemudahan infrastruktur ini seringkali dijadikan alasan kepada guru-guru untuk tidak menjalankan kegiatan kokurikulum yang berkaitan.

Berdasarkan perbincangan diatas dapatlah dirumuskan bahawa faktor penyebab masa instruksional kokurikulum tidak dilindungi adalah seperti berikut: (a) sikap pentadbir sekolah yang tidak sensitif kepada keperluan melaksanakan kegiatan kokurikulum dengan sebaik mungkin, (b) guru-guru yang kurang kompeten dalam melaksanakan kegiatan kokurikulum, (c) kandungan kurikulum sesetengah kegiatan kokurikulum yang tiada, tidak lengkap atau tidak standard, dan (d) kekurangan kemudahan, fasiliti dan peralatan khusus untuk sesuatu kegiatan kokurikulum di sekolah atau yang berhampiran.

Muka Surat

| 79

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

CADANGAN TINDAKAN/PENYELESAIAN:

Secara jelas isu melindungi masa instruktional dalam kokurikulum adalah masalah peringkat sekolah namun jika diteliti secara mendalam masalah yang timbul ada yang berpunca dari kelemahan dasar/polisi pihak lain seperti dari pihak KPM. Dalam hal ini penulis mencadangkan dua kaedah penyelesaian yang melibatkan peringkat sekolah dan peringkat KPM.

Peringkat Sekolah:

1.

Pengetua/Guru Besar sebagai agen transformasi kokurikulum:

Jatuh bangun kokurikulum di sekolah ditentukan oleh wibawa Pengetua/Guru Besar. Kefahaman sebenar tentang kokurikulum serta kepentingannya dan dasar-dasar perlaksanaannya sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Kementerian seharusnya dikuasai oleh setiap

Pengetua/Guru Besar. Seterusnya, kebolehan menaakul kokurikulum dan kemudian menterjemahkan dalam bentuk pengurusan sekolah merupakan kemahiran yang dituntut dan wajib ada pada setiap pengetua/guru besar. Tidak dinafikan dalam mengurus kokurikulum di peringkat sekolah, KPM berpendekatan fleksibel dengan memberi kepercayaan kepada daya usaha dan inisiatif Pengetua/Guru Besar. Sungguhpun begitu dalam isu MMI kokurikulum Pengetua/Guru Besar boleh menjadikan strategi-strategi

yang berikut sebagai panduan:

(a)

Mengubah persepsi negatif warga sekolah terhadap bidang kokurikulum Pengetua/Guru Besar bertanggungjawab untuk

memberi kesedaran dan meyakinkan semua warga sekolah (murid, guru, ibubapa dan masyarakat setempat) tentang dasar sebenar kerajaan terhadap kokurikulum. Silap faham tentang peranan
Muka Surat

| 80

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

kokurkulum sebagai kegiatan sampingan yang boleh dilaksanakan setakat seadanya perlu dihapuskan. Pengetua/Guru Besar seharusnya mampu mengubah persepi dan minda warga sekolah bahawa kegiatan ini adalah suatu kegiatan yang penting, terancang dan bersistematik yang mampu membawa kemenjadian manusia secara menyeluruh termasuk pembangunan kepelbagaian intelek dan intelek emosi. Dalam masa yang sama kegiatan ini menjadi landasan kepada kerjaya murid semasa dewasa dan, yang lebih penting menjadi aset negara dalam menjana sumber manusia yang berkualiti.

(b)

Mempelbagaikan

kelab/persatuan

dan

aktiviti-aktiviti

kokurikulum - Kepelbagaian kelab/persatuan amat perlu demi memenuhi tuntutan kepelbagaian kebolehan dan minat murid. Sungguhpun begitu Pengetua/Guru Besar bertanggungjawab

memastikan bilangan kelab/persatuan yang ditubuhkan telah mengambilkira bilangan keseluruhan murid, kemahiran guru dan kemudahan/peralatan yang ada. Kepelbagaian aktiviti juga perlu mengambilkira program berbentuk penyertaan ramai dan program yang bermatlamatkan kecemerlangan. Dalam memenuhi tuntutan dan keperluan murid untuk menubuhkan sesuatu kelab/persatuan, Pengetua/Guru Besar perlu menimbangkan secara rasional dan praktikalnya pelaksanaan kelab/persatuan itu. (c) Mewujudkan suasana aktiviti kokurikulum yang meriah Suasana yang meriah bermaksud wujudnya penglibatan semua warga sekolah dalam sesuatu aktiviti/program kokurikulum yang dijalankan oleh pihak sekolah. Segala kegiatan kokurikulum yang dijalankan sepanjang tahun sentiasa diwar-warkan dan menjadi perhatian warga sekolah. Dari segi fizikalnya, murid-murid sentiasa bersaing mempromosikan atau memperagakan imej kelab/persatuan
Muka Surat

| 81

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

di persekitaran sekolah.

Penyertaan pasukan sekolah di semua

peringkat aktiviti (daerah, zon, negeri, kebangsaan) nyata amat kerap dan menjadi sebutan masyarakat setempat. Suasana meriah ini lebih terbukti apabila pihak sekolah mengadakan aktiviti/program kokurikulum seperti Hari Kokurikulum, Sukan Tahunan yang mendapat sokongan dan sambutan penuh dari ibu bapa dan masyarakat setempat. Murid-murid dan guru-guru pula sentiasa bersungguh-sungguh menjalankan peranan masing-masing.

Manakala pihak sekolah sentiasa sensitif dan berusaha memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada sebarang usaha serta penglibatan murid dan guru melalui pelbagai cara. (d) Menjalankan aktiviti atau kegiatan kokurikulum sepanjang tahun - Dalam memastikan aktiviti kokurikulum dijalankan sepanjang tahun, Pengetua/Guru Besar perlu peka kepada 3 perkara. Pertama, keseimbangan tiga bidang aktiviti kokurikulum, iaitu pasukan pakaian seragam, kelab/persatuan dan sukan permainan. Kedua, membezakan di antara aktiviti mingguan kelab/persatuan dan aktiviti kokurikulum peringkat sekolah. Ketiga, aktiviti peringkat lanjutan seperti peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa. Pembinaan takwim yang awal boleh membantu murid dan guru untuk melaksanakan aktiviti sepanjang tahun secara ansur maju atau peringkat demi peringkat. Aktiviti yang berterusan juga boleh menghindarkan kebosanan murid kerana kekosongan masa dipenuhi dengan aktiviti yang dijalankan. Penggunaan kemudahan dan peralatan kokurikulum dapat digunakan semaksimum mungkin jika aktiviti dijalankan sepanjang tahun. Umpamanya penggunaan padang sekolah sepanjang tahun boleh menggambarkan keadaan kokurikulum di sekolah tersebut meriah dan boleh membawa kearah pencapaian sekolah berwatak dan etos sekolah yang dikehendaki.
| 82

Muka Surat

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

(e)

Mewujudkan sistem dokumentasi yang kemaskini, informatif dan lengkap - Sebagai sebuah organisasi yang berdaftar, perjalanan sesebuah kelab/perrsatuan sekolah perlu didokumentasikan dengan sempurna. Maklumat yang berinformatif dan lengkap seperti

senarai ahli dan jawatankuasa, laporan perjumpaan, aktiviti tahunan dan pencapaian, laporan perbelanjaan boleh menggambarkan prestasi sesebuah kelab/persatuan. Malahan ia boleh dijadikan suatu aspek untuk menilai prestasi kelab/persatuan. Pihak sekolah juga boleh menjadikan hasil pendokumentasian ini sebagai pangkalan data kokurikulum yang boleh diedarkan di kalangan warga sekolah atau ke peringkat pengurusan lebih tinggi apabila dipohon atau diperlukan. (f) Mewujudkan sistem penilaian dan pengiktirafan yang

diperakukan, adil dan memberangsangkan - Proses penilaian kokukurikulum memerlukan komitmen yang tinggi dari guru dan sekolah. Kesedaran di kalangan murid tentang syarat-syarat untuk memperolehi skor yang tinggi perlu ada, dan kriteria penilaian yang sebenar perlu diperjelaskan dari masa ke semasa. Pihak sekolah pula perlu sentiasa memotivasikan murid dengan memastikan segala rekod dan bukti pencapaian murid dikemaskini sepanjang masa dan tidak hanya sewaktu hendak menentukan markah murid. Cara ini boleh membantu murid yang kurang berprestasi untuk memperbaiki prestasinya. Sebaik-baiknya hasil penilaian itu mudah diakses oleh semua warga sekolah seperti melalui talian telefon atau internet. Berbanding penilaian bidang akademik, penilaian dalam

kokurikulum lebih kepada membantu murid-murid untuk mencapai hasil penilaian yang lebih bagus. (g) Menjalankan pemantauan yang berkesan dan berterusan Pengetua/Guru Besar sewajarnya membina dan memperkukuh
Muka Surat

| 83

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

sistem pemantauan yang bukan sahaja berkesan malahan juga berterusan. Amalan ini bertujuan untuk memastikan semua kegiatan yang dijalankan menepati dasar dan peraturan yang telah ditetapkan. Hasil dari pemantauan ini boleh menjadi sumber rujukan untuk menambah baik pelaksanaan di masa akan datang. Pemantauan juga sebagai gambaran keprihatinan pihak sekolah dengan usaha dan penyertaan murid dalam kegiatan kokurikulum. (h) Mewujudkan sumber manusia yang berkemahiran dan komited - Membina pasukan penggerak kokurikulum di sekolah sering diabaikan oleh Pengetua/Guru Besar. Seharusnya rekod dan data guru yang berkemahiran dan tidak berkemahiran dalam sesuatu bidang kokurikulum perlu sentiasa dikemaskini bagi mewujudkan pasukan penggerak ini. Guru-guru yang tidak berkemahiran perlu diberi peluang menghadiri kursus atau sekurang-kurangnya

pendedahan secara latihan dalaman (in-house training) dibuat. Latihan dalam ini termasuklah dari Pengetua/Guru Besar/Guru Penolong Kanan Kokurikulum tentang peranan dan tanggungjawab guru dalam melaksanakan kegiatan kokurikulum yang wajib diadakan setiap tahun. (i) Membangunkan infrastruktur dan prasarana, perkakasan / peralatan yang mencukupi dan berkualiti - Dalam kokurikulum perkara ini bermaksud tempat dan peralatan yang digunakan untuk aktviti kokurikulum. Ia merangkumi kemudahan yang ada di dalam kawasan sekolah dan di luar kawasan sekolah. Sekolah-sekolah yang kurang kemudahan dan kawasan lazimnya digalakkan menggunakan sumber yang ada di luar sekolah atas dasar konsep 'guna sama'. Cara ini hanya boleh berlaku jika ada suatu penjadualan aktiviti yang sistematik. Kekurangan kemudahan menjalankan aktiviti juga boleh diatasi dengan 'pengubahsuaian' aktiviti. Contohnya, permainan
Muka Surat

| 84

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

bolasepak futsal menggantikan permainan bolasepak padang, atau mengadakan perkhemahan dalam kawasan sekolah berbanding di luar. Dalam menyediakan kelengkapan kemudahan dan peralatan pihak sekolah wajar mengambilkira peruntukan yang ada dan memilih peralatan yang berkategori 'perlu' dan boleh diguna sama, seperti peralatan perkhemahan yang boleh diguna oleh semua aktiviti. Penyenggaraan dan penstoran peralatan juga berperanan dalam menentukan kualiti dan ketahanan kemudahan dan peralatan. Tindakan ini akan membolehkan murid melakukan aktiviti kokurikulum dengan selamat dan sempurna. Dalam hal ini, mempunyai tenaga pakar yang menilai kemudahan dan peralatan serta kemudahan kokurikulum adalah satu nilai tambah yang penting kepada kemajuan kokurikulum di sesebuah sekolah. (j) Menyediakan sumber maklumat, data dan informasi yang komprenhensif dan kemas kini - Strategi ini berkaitan usaha pihak sekolah untuk mempromosi kegiatan kokurikulum sebagai suatu kegiatan penting di mata semua warga sekolah. Konsep "happening" dan "lively" kegiatan kokurikulum sekolah boleh diwujudkan

dengan sumber maklumat yang mudah diakses di sekitar kawasan sekolah seperti melalui papan-papan kenyataan, sudut-sudut khas dan bilik sumber. Penyampaian maklumat yang lebih luas juga boleh dibuat ke luar kawasan sekolah malahan boleh menjangkau peringkat kebangsaan dan antarabangsa melalui laman web sekolah atau program khas seperti "school linkage programme".

Membudayaakan penggunaan maklumat dan informasi kokurikulum memerlukan suatu usaha yang berterusan dan memerlukan

komitmen serta kerjasama semua pihak terutama dari kalangan murid dan guru

Muka Surat

| 85

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

(k)

Menjalankan program penyelidikan dan pembangunan yang berterusan - Sejajar dengan sifat pendidikan yang dinamik, kerjakerja penyelidikan dan pembangunan yang boleh menambah baik kepada keberkesanan kegiatan kokurikulum perlu sentiasa

dilakukan. Kerja-kerja ini melibatkan kreativiti dan inovasi guru, juga sokongan dan galakkan pengurusan sekolah bagi

membolehkan kokurikulum sentiasa releven dengan keperluan semasa, mantap dan bertepatan dengan matlamat pendidikan dan pembangunan negara. Hasil penyelidikan ini perlu disebar luas dan dikongsi bersama dengan pengiat kokurikulum yang lain atas dasar kebaikan bersama.

Berdasarkan strategi-strategi di atas boleh dirumuskan bahawa dalam memastikan masa instruksional kokurikulum dilaksanakan Pengetua/Guru Besar perlu melihat dalam skop yang luas yang melibatkan "grand design" untuk menyelesaikannya. Secara ringkas Pengetua/Guru Besar perlu mempunyai pelan induk pembangunan kokurikulum yang merangkumi pembangunan fizikal dan infrastruktur/kemudahan serta peralatan; pembangunan guru pembimbing/jurulatih/fasilitator/penasihat dan; pembangunan aktiviti. Dalam merealisasikan pelan induk ini, Pengetua/Guru Besar boleh mendapatkan bantuan dan kerjasama melalui jawatankuasa yang terlibat dengan kegiatan kokurikulum seperti Jawatankuasa Pembangunan Kokurikulum Sekolah, Jawatankuasa

Bimbingan Sekolah, Jawatankuasa Pemantauan dan Penilaian Sekolah dan jawatankuasa-jawatankuasa yang lain.

Muka Surat

| 86

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

2.

Peringkat Kementerian:

(a)

Kegiatan Kelab/Persatuan Sekolah berasaskan Projek Inovasi :

Telah jelas daripada kajian mendapati kegiatan kelab/persatuan kurang memberi impak akibat faktor-faktor kebanyakan gurunya kurang berkemahiran, kurikulum yang tidak lengkap dan masa instruktionalnya gagal dilindungi. Sehubung itu, kegiatan ini memerlukan proses perekayasaan dengan pendekatan semua kelab/persatuan sekolah melaksanakan aktiviti mingguan yang berfokus kepada pembuatan projek inovasi.

Justifikasi kepada pendekatan ini ialah untuk membudayakan amalan kreatif dan inovatif di kalangan murid yang mana kemahiran yang sedemikian diperlukan oleh negara di masa akan datang. Kokurikulum dilihat cocok kepada arah tuju pembudayaan ini kerana secara semulajadi memberi ruang dan peluang kepada murid untuk meneroka, mencuba atau mencuba jaya sesuatu tugasan/projek yang dipertanggungjawabkan, apatah lagi jika kerja yang dilakukan itu memenuhi minat dan kebolehan diri yang ada pada mereka.

Skop kegiatan kelab/persatuan secara projek berinovasi tertumpu kepada projek berasaskan sekolah dan khusus berkait rapat dengan jenis sesuatu kelab dan persatuan. Konsep pelaksanaan projek ialah berpusatkan kepada murid di mana guru berperanan untuk membimbing dan murid-murid melaksanakannya. Sebagai

tambahan, ada suatu bentuk penilaian secara berpusat dibuat. Kementerian berfungsi untuk membina dasar pelaksanaan manakala JPN dan PPD bertanggungjawab menyelia dan memantau

pelaksanaannya.
Muka Surat

| 87

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Pendekatan cara pembuatan projek juga boleh memberi impak dari aspek: i. Murid berfokus untuk Dalam melakukan setiap masa kegiatan perjumpaan

kelab/persatuan

kelab/persatuan sekolah, pengisiannya ialah kepada merancang dan menyiapkan projek atau projek-projek berbentuk inovasi yang berkaitan kelab/persatuan yang dianggotai. Projek ini boleh dijalankan secara kumpulan besar atau beberapa kumpulan. Pembuatan projek yang dipilih oleh murid ini pada awal tahun mesti disiapkan di hujung tahun untuk dibuat penilaian. Langkah ini mengatasi masalah masa instruktional kelab/persatuan yang tidak berkualiti. ii. Pendekatan berpusat kepada murid Dalam

melaksanakan projek berinovasi guru berperanan sebagai pembimbing dan penasihat manakala kumpulan murid akan merancang dan melaksanakan aktiviti. Setiap projek akan diketuai oleh seorang ketua dan diurus oleh jawatankuasa yang dilantik oleh ahli-ahli kumpulan. Guru penasihat

kelab/persatuan hanya bertanggungjawab untuk menyelia dan memastikan proses pembuatan projek berlangsung dengan betul dan mengikut jadual. Langkah ini boleh mengatasi masalah guru yang tiada kemahiran khusus dalam

kelab/persatuan kerana kemahiran utama adalah memadai setakat mengurus projek. iii. Projek Inovasi sebagai showcase sekolah - Pihak sekolah bertanggungjawab untuk memberi penghargaan dan sokongan kepada aktiviti ini dengan menubuhkan jawatankuasa penilai yang berfungsi menentukan tahap pencapaian projek yang dihasilkan. Hasilan projek ini boleh dipamerkan sewaktu Hari
Muka Surat

| 88

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Kokurikulum atau Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah sekolah yang boleh diadakan saban tahun dengan penglibatan ibu-bapa dan ahli masyarakat setempat untuk hadir. Sekolah juga digalakkan untuk mengangkat hasilan projek yang bermutu ke peringkat lebih tinggi jika ada sesuatu

pertandingan/pameran yang berkaitan. Melalui tindakan ini pihak ibu-bapa/penjaga dan masyarakat luar boleh melihat bukti atau hasil penglibatan murid-murid dalam kegiatan kokurikulum.

(b)

Memantapkan

fungsi

Jawatankuasa

Pembangunan

Kokurikulum Kebangsaan:

Sebagaimana

sedia

maklum

Jawatankuasa

Pembangunan

Kokurikulum di peringkat KPM dianggotai oleh bahagian-bahagian di KPM yang terlibat dengan aktiviti kokurikulum dan bertujuan menyelaras dasar dan arah tuju kokurikulum di semua peringkat. Ia juga berfungsi sebagai 'focal person' terhadap kewujudan sesuatu dasar yang baru. Jawatankuasa ini yang juga berperanan untuk menyelesaikan masalah pertindanan aktiviti, menyelaras peruntukan kokurikulum bagi semua bahagian yang terlibat, merangka program kejurulatihan dan menilai perjawatan pengurusan di semua peringkat. Jawatankuasa ini juga menjadi 'think tank' kepada sebarang dasar baru yang diperkenal oleh KPM. Menyedari isu perlindungan masa instruktional kokurikulum merupakan isu kebangsaan maka amatlah wajar jawatankuasa ini berperanan

sebagai forum untuk mencadang penyelesaian masalah di peringkat pengurusan tertinggi KPM.

Muka Surat

| 89

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

(c)

Pemantapan Sistem Penyeliaan Kokurikulum oleh KPM, JPN dan PPD :

KPM bertanggungjawab untuk mewujudkan sistem pemantauan yang mantap dan konsisten kepada pelaksanaan kokurikulum di peringkat sekolah. Ini bertujuan untuk memastikan segala dasar dan peraturan kokurikulum yang ditetapkan telah dipatuhi dan

dilaksanakan oleh semua peringkat, terutama pihak sekolah. Satu bentuk pelaporan tahunan yang komprehensif perlu dibuat kepada Jawatankuasa Pembangunan Kokurikulum selepas siri pemantauan tahunan tersebut selesai.

Menguatkuasakan segala bentuk peraturan yang berkait dengan kokurikulum untuk memberi kesedaran kepada semua pihak bahawa kegiatan ini terikat dengan undang-undang yang telah diwartakan dan boleh membawa kepada hukuman/penalti kepada pesalah yang melakukannya.

(d)

Pegawai dan Jurulatih/Personel :

Masalah guru yang kurang mahir dalam bidang kokurikulum memerlukan suatu tindakan yang mantap terutama sekali secara melihat semula sejauh mana pengisian kurikulum yang berkait

kokurikulum di peringkat institusi perguruan dan universiti benarbenar releven dan memenuhi keperluan sekolah dan, guru-guru yang memasuki pasaran sekolah benar-benar kompeten untuk

mengendalikan kegiatan kokurikulum. Di samping itu, suatu program pembangunan dan pengembangan kejurulatihan/personel di semua peringkat pelaksanaan yang melibatkan jangka pendek dan

Muka Surat

| 90

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

panjang terhadap guru-guru kokurikulum dalam perkhidmatan perlu di wujudkan.

Dalam masa sama tindakan yang segera perlu dibuat dengan memenuhkan kekurangan pegawai yang mengurus kokurikulum di semua peringkat mengikut keperluan yang telah ditimbang tara. Begitu juga perlunya suatu mekanisma yang jelas untuk memastikan pegawai yang terlibat dengan pengurusan kokurikulum mempunyai pengalaman dan telah lulus kursus khas (berkaitan kokurikulum) sebelum menyandang jawatan perlu diwujudkan.

(e)

Melengkapkan Pusat Kokurikulum Negeri dan Daerah :

Dasar penubuhan Pusat-pusat Kokurikulum Negeri dan Daerah untuk membantu pihak sekolah yang tiada kemudahan, peralatan dan kepakaran aktiviti menjalankan aktiviti kokurikulum dengan lebih bersistematik dan selamat. Kewujudan pusat-pusat ini terutama di peringkat daerah menjadi nilai tambah kepada kegiatan kokurikulum sebagai pusat rujukan dan rujukan sekolah, di samping sebagi pusat latihan kepada guru-guru kokurikulum yang kurang mahir. Dalam hal ini melengkap kemudahan infrastruktur pusatpusat kokurikulum negeri dan daerah sebagaimana yang dirancang akan memberi impak besar terutama dari segi penjimatan kos operasi kegiatan kokurikulum secara menyeluruh, dan juga mengatasi masalah guru-guru yang kurang mahir.

Melengkap keperluan bilangan jurulatih sepenuh masa di pusatpusat kokurikulum negeri dan daerah boleh membantu masalah melindungi masa instruksional kokurikulum, juga masa instruktional akademik. Jika bilangan jurulatih yang mencukupi wujud masalah
Muka Surat

| 91

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

guru-guru meninggalkan kelas kerana terlibat dalam kegiatan diperingkat daerah, negeri dan kebangsaan boleh dikurangkan apabila tanggungjawab itu boleh diserahkan kepad jurulatih yang dilantik secara spenuh masa.

KESIMPULAN

Isu melindungi masa instruktional kokurikulum memerlukan penyelesaian yang mantap dan konsisten. Komitmen yang tinggi tidak sahaja dari sekolah malahan juga PPD, JPN dan KPM. Tidak seperti bidang akademik yang prestasinya diukur melalui peperiksaan awam, prestasi kokurikulum dinilai berasaskan kepada kehadiran, jawatan yang disandang, tahap penglibatan dan pencapaian murid dalam sesuatu kelab/persatuan yang dianggotai. Sehubungan itu pendekatan yang fleksibel dan praktikal dalam melaksanakan kegiatan ini perlu diberi pertimbangan dengan mengambil kira kekangan-kekangan yang dihadapi oleh pihak sekolah. Sungguhpun begitu dalam masa yang sama, masa instruktional yang telah ditetapkan untuk kegiatan kokurikulum perlu dilaksanakan sebaik yang mungkin. Dalam hal ini pelaksanaan aktiviti kelab/persatuan secara pembuatan projek berinovasi dilihat sebagai suatu yang menepati kriteria yang diperlukan.

Secara jelas kegagalan melindungi waktu instruktional kokurikulum berpunca kegagalan pihak sekolah meletakkan kokurikulum di tempat yang sewajarnya dalam sistem sekolah. Sungguhpun begitu faktor-faktor penyebab sampingan kepada kelemahan tersebut perlu juga diambil kira sebagai perkara yang mustahak juga. Dalam masa KPM mengesa pihak Pengetua/Guru Besar memperbaiki strategi pelaksanaan kokurikulum di peringkat sekolah amatlah molek KPM juga mengambil langkah-langkah penyelesaian isu ini.

Muka Surat

| 92

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

SYOR

Jawatankuasa Pembangunan Kokurikulum KPM mengesyorkan agar cadangancadangan yang berkaitan mengatasi masalah melindungi masa instruktional kokurikulum dipertimbangkan untuk kelulusan. Cadangan-cadangan tersebut adalah meliputi seperti berikut:

1.

Program Transformasi Kokurikulum Peringkat Sekolah

2.

Program kelab/persatuan sekolah secara projek berinovasi

3.

Sistem pemantauan dan penguatkuasaan peraturan pelaksanaan kokurikulum sekolah

4.

Melengkapkan pembangunan fizikal dan infrastruktur 137 Pusat Kokurikulum Daerah.

5.

Melengkapkan bilangan jurulatih secara sepenuh masa Pusat Kokurikulum Negeri seramai 708 orang dan Pusat Kokurikulum Daerah seramai 3,425 orang.

Rujukan Bahagian Naziran, Kementerian Pelajaran Malaysia, Kajian Mengenai Keberkesanan Kokurikulum di sekolah, 2010 Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pelajaran Malaysia, Laporan Tinjuan Minat Murid dalam kegiatan Kokurikulum, 2011 Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia, Himpunan Kertas Seminar Kokurikulum, 1970 hingga 1990,

Muka Surat

| 93

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia, Panduan Pengurusan Kokurikulum, 2007 Kementerian Pendidikan Malaysia, Surat Pekeliling Iktisas KPM (1971 -2010), 2011. Ramlan Abdul Wahab, Panduan Pengurusan Kokurikulum Di Sekolah, 2004, Banter Sdn. Bhd., Kuala Lumpur. Kementerian Pendidikan Malaysia, Surat Pekeliling Iktisas KPM (1971 -2010), 2011.

Muka Surat

| 94

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

PENGURUSAN MASA DALAM KONTEKS PERLAKSANAAN PENTAKSIRAN SEKOLAH

Oleh ENCIK ROHESAN BIN MUHAMMAD Lembaga Peperiksaan Malaysia Kementerian Pelajaran Malaysia

PENGENALAN

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). PBS mentaksir bidang akademik dan bukan akademik. Bidang akademik terdiri daripada Pentaksiran Sekolah (PS) dan Pentaksiran Pusat (PP), manakala bidang bukan akademik terdiri daripada Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK). Kedua-dua bidang ini memberi pengiktirafan dan autonomi kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran formatif dan sumatif yang berasaskan sekolah.

PENTAKSIRAN SEKOLAH (PS)

Pentaksiran Sekolah (PS) adalah pentaksiran yang dirancang, dibina, ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor oleh guru sekolah yang berkenaan. PS boleh dilaksanakan dalam bentuk formatif dan sumatif. Pentaksiran formatif dijalankan seiring dengan proses pengajaran dan pembelajaran. Contoh instrumen yang boleh digunakan ialah lembaran kerja, pemerhatian, kuiz,
Muka Surat

| 95

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

senarai semak, laporan tugasan, ujian penggal. PS berfungsi sebagai pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning) dan pentaksiran tentang pembelajaran (assessment of learning).

PS adalah komponen utama dalam proses PdP kerana

berperanan

mengukuhkan pembelajaran murid, meningkatkan pengajaran guru dan mampu memberi maklumat yang sah tentang apa yang telah dilaksanakan atau dicapai dalam satu-satu proses PdP.

PS adalah proses pentaksiran yang berterusan yang dilaksanakan oleh guru dan sekolah sepenuhnya meliputi aspek perancangan, pembinaan item dan instrumen pentaksiran, pentadbiran, pemeriksaan atau penskoran, perekodan dan pelaporan. PS penting untuk menentukan keberkesanan guru dalam usaha menghasilkan insan yang harmoni dan seimbang. Pentaksiran ini merupakan aktiviti yang berterusan yang menuntut komitmen yang tinggi serta hala tuju yang jelas daripada guru dan pihak sekolah untuk memperkembangkan potensi setiap murid ke tahap maksimum.

Ciri- ciri Pentaksiran Sekolah:

a)

Holistik iaitu mampu memberi maklumat keseluruhan tentang pencapaian pengetahuan dan kemahiran serta pengamalan nilai murni.

b) c)

Berterusan iaitu aktiviti pentaksiran berjalan seiring dengan PdP Fleksibel iaitu kaedah pentaksiran yang pelbagai mengikut kesesuaian dan kesediaan murid.

d)

Merujuk standard prestasi yang dibina berdasarkan standard kurikulum. PS boleh dilaksanakan secara: i. Pentaksiran formatif yang dijalankan seiring dengan proses PdP
Muka Surat

| 96

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

ii.

Pentaksiran

sumatif

yang

dijalankan

pada

akhir

unit

pembelajaran, semester atau tahun

Dalam usaha penambahbaikan kepada pentaksiran sekolah sedia ada, Pentaksiran Rujukan Standard diperkenalkan, iaitu menggunakan Standard Prestasi untuk melihat kemajuan dan pertumbuhan (growth) pembelajaran serta pencapaian prestasi seseorang murid. Ia merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu, faham dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari berdasarkan pernyataan standard prestasi yang ditetapkan mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan dalam dokumen kurikulum. Pentaksiran Rujukan Standard tidak membandingkan pencapaian seseorang murid dengan murid lain tetapi melapor prestasi murid dalam pembelajaran dengan menerangkan tentang kemajuan dan pertumbuhan (growth) murid dalam pembelajaran merujuk kepada pernyataan standard. Murid-murid dinilai secara adil dan saksama sebagai individu dalam masyarakat berdasarkan keupayaan, kebolehan, bakat, kemahiran dan potensi diri tanpa dibandingkan dengan orang lain. Pihak sekolah mampu mendapatkan maklum balas yang lengkap dalam bentuk data kualitatif dan kuantitatif yang merangkumi segala aspek tentang diri seseorang murid itu bagi membolehkan pihak yang bertanggung jawab mengenali, memahami,menghargai, mengiktiraf dan memuliakan anak didik sebagai insan yang berguna, penting dan mempunyai potensi untuk menyumbang kepada pembangunan negara dan bangsa mengikut keupayaan dan kebolehan masing-masing.

Dokumen Standard Prestasi dibangunkan oleh Lembaga Peperiksaan (LP), KPM. Dokumen ini mengandungi panduan untuk mentaksir pencapaian murid mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan dalam dokumen kurikulum.

Muka Surat

| 97

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

STANDARD KURIKULUM

STANDARD PRESTASI

Matlamat Objektif MP Standard Kandungan Standard Pembelajaran

PENTAKSIRAN

Pernyataan Standard Deskriptor Evidens Instrumen

Apa yang patut dipelajari

Apa yang dilaporkan tentang perkembangan dan pencapaian murid

Standard Prestasi

Standard Prestasi merupakan satu pernyataan yang menerangkan tentang pencapaian atau penguasaan seseorang individu dalam sesuatu bidang yang telah dilalui. Standard ini memandu pentaksir bagaimana aktiviti pentaksiran boleh dan dapat dilaksanakan secara adil dan berfokus merujuk kepada standard yang ditetapkan. Standard ini, juga menjadi sumber rujukan oleh semua pihak yang terlibat dalam pendidikan secara langsung dan tidak langsung seperti murid, guru, ibu bapa serta pihak yang berkepentingan untuk menunjukkan dengan jelas matlamat yang ingin dicapai dalam sistem pendidikan. Dengan menggunakan Standard Prestasi ; a) Murid tahu dengan jelas apa yang perlu dikuasai atau dicapai, apa yang ditaksir dan kualiti yang diharapkan dalam sesuatu pentaksiran. b) Guru tahu matlamat yang akan dicapai dalam pendidikan murid di sekolah, apa yang ditaksir dan kualiti yang harus ada pada setiap murid.

Muka Surat

| 98

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

c)

Ibu bapa tahu apa yang telah dikuasai atau dicapai oleh anak-anak mereka selepas melalui proses pendidikan untuk satu tempoh tertentu.

d)

Pihak yang berkepentingan tahu hasrat dan matlamat kurikulum dan sistem pendidikan negara serta kualiti pada murid yang dihasilkan daripada sistem pendidikan tersebut.

Selain itu, Standard Prestasi juga boleh dijadikan kayu ukur standard pendidikan negara dan sebagai alat untuk membandingkan dengan standard pendidikan negara lain. Pernyataan Standard diletakkan dalam kategori mengikut Band (Band 1, Band 2, Band 3,Band 4, Band 5 dan Band 6) yang disusun mengikut hierarki dan dijelaskan dengan deskriptor yang menyatakan tingkah laku terperinci yang boleh diperhati dan diukur dalam menentukan prestasi individu.

Kerangka Standard Prestasi

Jadual 1: Kerangka Standard Prestasi


BAND 6 5 4 3 2 1 STANDARD Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Tahu, Faham dan Boleh Buat Tahu dan Faham Tahu

Deskriptor pula merujuk kepada perkara yang murid seharusnya tahu dan boleh buat berdasarkan standard pembelajaran yang diterangkan dalam

Muka Surat

| 99

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Standard Kurikulum bagi matapelajaran berkenaan. Deskriptor setiap pernyataan standard adalah berbeza bagi setiap tahun pembelajaran.

Pernyataan evidens (murid) adalah pernyataan yang menerangkan bagaimana murid menunjukkan apa yang dia tahu dan boleh buat. Kualiti ini juga merujuk kepada aspek aspek boleh dilaksana dan ditadbir. Evidens (bahan) merujuk kepada bahan atau apa-apa bentuk bukti yang dapat ditunjukkan oleh murid yang melaksanakan sesuatu tugasan. Evidens boleh dalam bentuk produk atau proses seperti gambar foto, grafik, artifak dan laporan. Evidens juga boleh dalam bentuk verbal dan perubahan tingkah laku murid. Guru harus kreatif dalam memilih tugasan dan boleh menggunakan pelbagai jenis instrumen pentaksiran untuk menguji penguasaan atau pencapaian murid bagi sesuatu domain. Antara contoh instrumen yang sesuai digunakan ialah ujian bertulis, demonstrasi atau kuiz.

Dalam aspek pengurusan masa dalam PS, kita tidak boleh lari membincangkan perancangan pentaksiran dalam PdP. Sejak kebelakangan ini terdapat segelintir masyarakat yang mempersoalkan pelaksanaan PBS dengan menyatakan bahawa pentaksiran ini menambahkan beban guru, mengganggu PdP, dan pelaksanaan PBS akan menyebabkan tidak cukup masa untuk menghabiskan sukatan mata pelajaran.

Muka Surat

| 100

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Peranan Standard Prestasi dalam PS


MULA

Pemulihan

Belum mencapai tahap penguasaan

Telah mencapai Tahap penguasaan

2012 LEMBAGA PEPERIKSAAN, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

50

Rajah 1: Proses Pengajaran, Pembelajaran dan Pentaksiran (3 P)

PS bukan suatu perkara yang baru dalam sistem pendidikan. Pentaksiran ini dalam bentuk formatif berjalan sering dengan proses PdP. Kini, dalam PBS penekanan juga diberikan kepada perekodan pencapaian murid secara online. LP tidak pernah mencadangkan perubahan kepada proses PdP, cuma LP menekankan kepada kaedah pentaksiran baru yang sebenarnya telah pun dilaksanakan oleh guru di sekolah.

Permulaan proses PdP ialah perancangan guru menyediakan perkara yang perlu diajar dengan memilih kandungan mata pelajaran yang terdapat dalam Dokumen Standard Kurikulum. Guru akan merancang kaedah pengajaran, menyediakan bahan-bahan pengajaran dan seterusnya menyampaikan

kandungan tersebut kepada murid dengan menggunakan pelbagai strategi, mengikut kreativiti guru.Guru kemudian akan mentaksir pemahaman murid tentang perkara yang diajar. Pentaksiran juga boleh dilakukan dengan menggunakan pelbagai strategi dan instrumen pentaksiran yang bersesuaian dengan perkara yang ditaksir. Guru juga boleh melakukan pentaksiran secara
Muka Surat

| 101

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

tidak formal, sebagai contoh menggunakan kaedah pemerhatian, iaitu guru menilai setiap murid secara berterusan tentang apa yang mereka tahu, faham dan boleh buat. Guru juga boleh menilai pencapaian dengan cara penyoalan secara lisan, atau menggunakan pelbagai instrumen yang sesuai dengan kehendak standard prestasi. Setelah menilai pencapaian murid, guru akan merujuk dokumen standard prestasi untuk melaporkan pencapaian murid berdasarkan evidens yang dikemukakan oleh murid, sama ada dalam bentuk proses, produk atau diri murid itu. Bagi murid yang telah mencapai standard yang ditetapkan, guru akan meneruskan pengajaran-pembelajaran kandungan yang berikutnya dalam dokumen Standard Kurikulum. Sekiranya murid tidak mencapai standard yang ditetapkan, guru akan membuat sesi pemulihan untuk membimbing murid tersebut. Guru menentukan strategi pengajaran

berdasarkan pengalaman pembelajaran untuk membantu murid.

Bagi murid yang telah menguasai standard yang ditetapkan, guru akan merekod dan melaporkan tahap penguasaan murid dalam aplikasi Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS). Bagi memudahkan dan menjimatkan masa, guru perlu merekodkan pencapaian tersebut di dalam borang prestasi transit terlebih dahulu. Kerja merekod ke dalam SPPBS mungkin boleh dilakukan bila-bila masa yang sesuai. Pelaporan tahap penguasaan murid yang dijana oleh aplikasi SPPBS perlu dikeluarkan oleh pihak sekolah pada bila-bila masa mengikut keperluan

Muka Surat

| 102

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Jadual 2 : Jadual Pengoperasian PBS


Bil. 1. Perkara Surat Arahan Pelaksanaan PBS ke JPN. Mengedarkan Surat Pekeliling dan Surat Arahan Pelaksanaan PBS ke PPD dan Sekolah. Mesyuarat Jawatankuasa PBS Sekolah. Tempoh Disember Tindakan LP

2.

Disember

JPN

3.

Januari - Mac, April - Jun, Julai September Oktober Disember Januari Februari Sepanjang sesi persekolahan Sepanjang tahun dan mengikut keperluan

JPN / PPD / Sekolah

4. 5.

Pendaftaran SPPBS. Tempoh pelaksanaan PBS.

Sekolah Sekolah

6.

Aktiviti Penjaminan Kualiti: Pementoran, Pemantauan, Penyelarasan dan Pengesanan. Pengumpulan skor murid dalam SPPBS. Pelaporan skor murid.

Sekolah / PPD / JPN / LP / Bahagian KPM Sekolah

7.

Sepanjang tahun

8.

Mengikut keperluan

Sekolah

Peranan Dalam Pelaksanaan PS

PS memberi penekanan terhadap peranan pentadbir sekolah, guru, murid, ibu bapa dan pihak berkepentingan.

Pentadbir Sekolah a) Mengadakan program pembangunan staf secara berterusan yang merangkumi aspek pengetahuan dan kaedah pelaksanaan PS. b) Menyediakan peralatan, bahan dan jadual. c) Menyediakan kemudahan untuk melaksanakan PS. d) Menyediakan ruang dan kaedah penyimpanan rekod.
Muka Surat

| 103

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

e) Menjalankan pementoran, pemantauan dan penyelarasan.

Guru a) Menjadi pentaksir / pemudah cara dalam proses pengajaran, pembelajaran dan pentaksiran. b) Membuat pemerhatian secara langsung dan tidak langsung untuk mendapatkan pembelajaran. c) Menyediakan instrumen pentaksiran. d) Memberi maklum balas tentang pencapaian murid. e) Membantu memperbaiki pembelajaran murid berdasarkan maklumat yang diperoleh. f) Mengumpul rekod dan data penguasaan murid. g) Melaporkan penguasaan murid. maklumat tentang tingkah laku murid dalam

Murid a) Mengetahui dan memahami standard prestasi. b) Mengetahui perkara yang perlu dikuasai. c) Mempamerkan pengetahuan dan kemahiran yang dikuasai. d) Memperbaiki prestasi untuk mencapai standard yang ditetapkan.

Ibu Bapa a) Mengetahui dan memahami standard prestasi dalam

sistempentaksiran. b) Memahami dan menyedari potensi, kekuatan dan kelemahan anak. c) Memahami dan mengiktiraf kewujudan perbezaan individu

(individual differences). d) Membantu anak mencapai tahap penguasaan mengikut keupayaan.

Muka Surat

| 104

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

5 Pihak Berkepentingan a) Mengetahui dan memahami transformasi pendidikan dalam aspek pentaksiran. b) Memahami dan menyedari peranan yang boleh dimainkan dalam menjayakan pentaksiran di sekolah.

Evidens PS

1.

Memberi pelbagai bentuk sokongan dalam aktiviti pentaksiran.

2.

Evidens PS adalah bahan atau apa-apa bentuk bukti yang dapat ditunjukkan oleh murid yang melaksanakan sesuatu tugasan dalam bentuk produk atau proses. a) Penulisan i. Menulis aksara pada perantara dengan tujuan untuk

membentukntuk perkataan dan gagasan lain yang mewakili bahasa atau maklumat. ii. Penciptaan bahan-bahan yang disampaikan melalui tulisan.

b)

Bahan cetakan i. Hasil kerja murid yang menggunakan pelbagai medium cetakan.

c)

Persembahan i. Pembentangan atau penglibatan murid dalam mempamerkan bakat melalui pelbagai aktiviti.

d)

Foto i. Gambar yang mempunyai persamaan dengan suatu subjek.

Muka Surat

| 105

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

e)

Grafik i. Merupakan persembahan visual yang ditunjukkan pada permukaan seperti dinding, kanvas, skrin komputer, kertas, papan untuk tujuan jenama, pemberitahuan, ilustrasi atau hiburan. Contoh grafik ialah gambar, foto, lukisan, seni tanpa ton, graf, topografi, nombor, simbol, reka bentuk geometri, peta, lukisan kejuruteraan atau imej lain. Grafik selalunya menggabungkan teks, ilustrasi dan warna. ii. Grafik boleh wujud sebagai grafik berfungsi atau berseni. Grafik juga boleh merupakan bayangan atau menggambakan perkara yang wujud dalam dunia sebenar.

f)

Artifak i. Bahan yang dihasilkan dan salinan yang dicatatkan sebagai satu tinggalan sejarah atau telah dibuat sekian lama. ii. Bahan yang dihasilkan seperti arca.

g)

Laporan i. Penulisan berformat untuk melaporkan sesuatu tugasan.

h)

Model i. Bentuk fizikal objek yang tidak berdasarkan skala sebenar.

i)

Produk i. Barang atau perkhidmatan yang dihasilkan.

j)

Rakaman i. Perekodan / pelaporan dalam bentuk audio visual.

Muka Surat

| 106

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

k)

Bahan Informasi Komunikasi danTeknologi (ICT) i. Sebarang bentuk penyimpanan evidens yang menggunakan ICT.

l)

Proses Gerak kerja / aktiviti semasa melakukan tugasan

m) n)

Lisan / verbal. Perlakuan

Penyediaan Fail Murid 1. Sediakan dua fail untuk menyimpan evidens murid. Fail tersebut adalah seperti berikut:

a)

Fail Perkembangan Murid (FPM) i. Setiap murid 1 FPM, menyimpan setiap evidensterkini untuk setiap mata pelajaran, ii. Evidence diserah kepada murid setelah direkodkan dalam SPPBS dan pelaksanaan Penjaminan Kualiti

b)

Fail Showcase (FS) FS adalah untuk menyimpan evidens murid yang terbaik dan terpilih dalam band. Fail ini boleh dijadikan bahan showcase. Fail ini boleh dibentukmengikut : i. ii. iii. aliran (contoh: semua tingkatan 1) ; atau kelas; atau mata pelajaran.

Muka Surat

| 107

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Nota :

Pihak sekolah dikehendaki menyediakan FPM dan FS seperti perkara (a) dan (b) di atas di peringkat sekolah. Walau bagaimanapun kaedah

pelaksanaannya tertakluk kepada keputusan JK PBS sekolah.

1.

Pengurusan Evidens Oleh Guru

a)

Evidens hendaklah diserah semula kepada murid setelah direkod dalam aplikasi SPPBS.

b)

Guru hendaklah memberi maklum balas kepada murid agar murid boleh membuat penambahbaikan, pentaksiran semula dan pengayaan pembelajaran.

c)

Evidens yang terbaik dan terpilih pada tahun semasa dalam band boleh dijadikan bahan showcase.

Muka Surat

| 108

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

PENGOPERASIAN LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LDP) BERASASKAN SEKOLAH (SCHOOL BASED)

Oleh AHMAD ZAKI BIN SELLEH, RAZLEE BIN MOHAMAD HABIDAH @ ABIDAH BINTI IBRAHIM Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia

Abstrak
Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) perlu diberi kepada guru bagi meningkatkan profesionalisme keguruan. Latihan berasaskan sekolah (School Based) adalah satu kaedah pelaksanaan latihan tanpa menjejaskan waktu pembelajaran dan pengajaran (PdP) dan dapat melindungi masa instruksional di sekolah. Pelaksanaan kaedah latihan seperti ini tidak mungkin dapat direalisasikan sepenuhnya tanpa kefahaman, sokongan dan kerjasama semua pihak khususnya pegawai di peringkat JPN dan PPD. Kertas makluman ini bertujuan untuk menjelaskan tentang pelaksanaan latihan berasaskan sekolah. Kertas ini juga memberikan syor dan cadangan latihan dalam perkhidmatan berasaskan sekolah yang dapat melindungi masa instruksional di sekolah.

Muka Surat

| 109

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

PENGENALAN

Mesyuarat Profesional KPM Bil.7/2007 bertarikh 21 November 2007 telah meluluskan Konsep Pengoperasian Latihan Peningkatan Profesionalisme Bidang Pengajaran dan Pembelajaran Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, KPM dengan memberi penekanan pengoperasiannya secara school-based selaras dengan konsep let managers manage dan amalan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) guru-guru luar negara yang menunjukkan fokus latihan guru masa kini adalah kepada latihan berasaskan sekolah.

Garis panduan ini hendaklah dibaca

bersama Garis Panduan

Pengoperasian Latihan Dalam Perkhidmatan bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP), KPM Tahun 2009 dan juga Garis Panduan Pengoperasian Latihan Dalam Perkhidmatan SecaraSchool-BasedTahun 2010.

DEFINISI LATIHAN GURU SECARA SCHOOL-BASED

1.

Program latihan dianjurkan oleh pihak sekolah.

2.

Aktiviti yang diambil kira : i. ii. iii. iv. v. vi. Kursus Bengkel Taklimat Professional Seminar Sesi Input In-house Hari Profesional

3.

Latihan dijalankan di premis sekolah sendiri kecuali kes di mana beberapa buah sekolah menggabungkan usaha disebabkan bilangan guru yang sedikit. (Sekolah SKM atau guru-guru panitia).
Muka Surat

| 110

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

4.

Kursus jangka pendek di mana 6 jam dianggap sebagai 1 hari berkursus.

CADANGAN/ASAS PERTIMBANGAN

Pengetua/Guru Besar memainkan peranan penting

sebagai pemimpin

instruksional yang efektif bagi merealisasikan pelaksanaan latihan secara school-based, seperti saranan oleh Hanny pada Tahun 1987 iaitu: In todays world, effective principals are expected to be effective instructional leaders the principal must be knowledgeable about curriculum development, teacher and instructional effectiveness, clinical supervision, staff development and teacher evaluation

Pengetua/Guru Besar haruslah melaksanakan perkara-perkara berikut sebelum latihan school-based dapat dilaksanakan

(a) (b) (c) (d) (e)

menubuhkan jawatankuasa latihan school-based peringkat sekolah mengadakan kajian keperluan latihan bagi guru-guru memuat turun modul latihan membuat rujukan dari pelbagai sumber mengadakan sesi pemantapan kandungan modul bersama ahli jawatankuasa school-based

(f) (g) (h)

melaksanakan school-based kepada guru-guru mengkaji keberkesanan latihan yang dijalankan melaksanakan kajian impak keberkesanan latihan

Muka Surat

| 111

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Latihan Dalam Perkhidmatan secara school-based adalah sebahagian daripada proses Pembangunan Profesionalisme Secara Berterusan (CPD) bagi memastikan anggota KPM sentiasa berpengetahuan dan bermaklumat terkini. Ini selaras dengan perubahan sistem pendidikan masa kini yang memerlukan setiap anggota KPM sentiasa menambah ilmu pengetahuan khasnya yang berkaitan dengan pendidikan.

Semua permohonan kursus/latihan dan kehadiran peserta bagi latihan secara school-based hendaklah melalui aplikasi Sistem Pengurusan Latihan Guru (e-SPLG).

CADANGAN TINDAKAN

1.

KAEDAH PELAKSANAAN

Latihan Dalam Perkhidmatan secara School-based dapat dilaksanakan diperingkat sekolah melalui kaedah berikut :

(a) Kaedah Latihan

i.

Kursus perluasan dasar-dasar KPM

Kursus dasar-dasar

KPM hendaklah dilaksanakan secara

school-based dalam tempoh satu bulan selepas wakil sekolah menerima pendedahan bagi mengelakkan kecairan ilmu dan direkodkan. Contohnya kursus-kursus seperti KSSR, LINUS, Pentaksiran Berasaskan Sekolah, MBMMBI, Prasekolah dan Satu Murid Satu Sukan.

Muka Surat

| 112

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Bagi kursus-kursus yang berbentuk fungsional, Pengetua/Guru Besar adalah bertanggungjawab untuk memastikan bahawa semua kakitangan di bawah seliaannya mendapat latihan dan maklumat yang cukup dan lengkap.

ii.

Kursus-kursus yang dirancang oleh pihak sekolah.

Kursus-kursus yang dirancang oleh pihak sekolah berdasarkan Analisa Keperluan Latihan (Training Need Analysis-TNA) dan pihak sekolah perlu merancang, melaksana, memantau, menilai, merekodkan pelaksanaannya secara berkala dan dilaporkan.

(b) Sesi Pembelajaran

Pelaksanaan Sesi Pembelajaran secara school-based seperti taklimat dan ceramah profesionalisme hendaklah dirancang, dilaksana, dipantau, dilapor dan direkodkan pelaksanaannya.

(c) Pembelajaran Kendiri

i.

Pembacaan Buku Kaedah Pembacaan buku adalah salah satu alternatif sekiranya kewajipan menghadiri kursus bagi semua kakitangan awam tidak dapat dipenuhi. Pembacaan buku dan bahan ilmiah perlu dibentangkan dalam bentuk perkongsian ilmu di mana satu pembentangan bersamaan satu hari berkursus. Ianya perlu dirancang, dilaksana, diulas, dikongsi ilmu, direkod dan dilaporkan. [Rujuk: KP(PP)0022/252(23) bertarikh 20 Disember 2010]
Muka Surat

| 113

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

ii.

Secara e-Pembelajaran Pembelajaran melalui kaedah e-Pembelajaran bertujuan

meningkatkan kompetensi individu secara school-based. Sehubungan itu ianya perlu dirancang, dilaksana, diberi maklum balas kepada latihan, dilaporkan dan direkodkan.

(d) Bagi kursus LDP school-based yang dirancang melebihi daripada empat jam hendaklah menggunakan hari Sabtu sebagai hari berkursus [Rujuk:SPI Bil.8/2005]. Dalam usaha tersebut adalah dicadangkan agar JPN/PPD menyelaraskan tarikh-tarikh pelaksanaan bagi memudahkan pihak pengurusan sekolah menjadualkan aktiviti yang hendak dilaksanakan dari semasa ke semasa dan pemantauan pelaksanaan dapat dijalankan dengan teratur oleh pihak KPM, JPN dan PPD.

(e) Pelaksanaan juga boleh diadakan secara bersiri sama ada selama satu jam atau dua jam pada hari-hari bekerja biasa dan dijadualkan mengikut keperluan. (f) Perkongsian Pembelajaran Kendiri dalam sesuatu perjumpaan juga boleh diambil kira sebagai 1 hari berkursus sekiranya mencukupi 6 jam pembentangan.

Muka Surat

| 114

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

2.

KAEDAH PENGIRAAN 7 HARI SETAHUN

KAEDAH PELAKSANAAN Kaedah Latihan Sesi Pembelajaran Pembelajaran Kendiri

BILANGAN HARI YANG BOLEH DIAMBILKIRA Minima 2 hari Maksima 5 hari Maksima 3 hari

3.

PANGKALAN PEROLEHAN

DATA

LATIHAN

SCHOOL

BASED

DAN

Pengetua/Guru Besar bertanggungjawab menyedia dan menyelenggarakan rekod latihan pegawai dan kakitangan program yang latihan meliputi termasuk

perancangan/pelaksanaan,

pemantauan

peruntukan dan perbelanjaan. Pengetua/Guru Besar hendaklah bersedia untuk mengemukakan maklumat di atas apabila diperlukan.

Sistem Pengurusan Latihan Guru (e-SPLG) yang telah dibangunkan membantu JPN/PPD dan sekolah mendapatkan maklumat berkaitan

dengan kursus/latihan yang telah dihadiri oleh guru-guru. Sistem e-SPLG yang sentiasa dikemaskini dapat membantu JPN/PPD dan sekolah membuat perancangan LDP secara school based.

[Rujuk: KP(PP)0089/144/8(46) bertarikh 19 April 2007]

Muka Surat

| 115

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

4.

PENGOPERASIAN PELAKSANAAN PROGRAM KURSUS Carta Aliran


Rujuk Lampiran 1

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

1. Pelantikan Jawatankuasa LDP peringkat sekolah 2. Melaksanakan Kajian Keperluan 1. Soal selidik untuk semua guru. 2. Analisis keperluan bidang kursus.

3. Perancangan Tahunan 1.Membuat Perancangan Tahun. 2. Takwim LDP sekolah lengkap. 4. Taklimat daripada JPN/PPD 5. Mesyuarat LDP 1. Pengedaran Kad Pelaporan Latihan. 2. Pengedaran garis panduan pelaksanaan. 1. Agihan bidang tugas. 2. Diadakan 2 kali setahun setiap penggal. 1. Fail pengurusan LDP. 2. Fail dokumen LDP. 3. Fail pelaksanaan LDP. Borang permohonan Kursus LDP, kertas kerja, senarai semak.

6. Dokumentasi

7. Kertas Kerja dan Permohonan 8. Kelulusan PPD / Pengetua / Guru Besar

Menjalankan kursus selepas mendapat kelulusan PPD (untuk sekolah bukan kursus PTJ) seperti 1. Menjalankan dirancang. 9. Menjalankan Kursus / 2. Memantau dan Menilai Pemantauan / 1. Penghantaran laporan kursus 2 Penilaian kali setahun (30 Jun dan 31 Dis) 10. Laporan Kursus ke Unit LDP (PPD)/JPN. 2. Laporan kewangan setiap bulan. 3. Penghantaran Kad Pelaporan Latihan ke Unit LDP-PPD/JPN

Muka Surat

| 116

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

KESIMPULAN

Pelaksanaan LDP yang terancang dan berstruktur akan dapat melindungi masa instruksional di sekolah. Dalam hal ini, bilangan guru yang mendapat latihan secara on-site dan meninggalkan sekolah adalah kecil. Kumpulan kecil ini kelak, akan merancang dan seterusnya melaksanakan LDP kepada semua guru tanpa mengganggu masa instruksional. Bagi memastikan LDP berjaya mencapai objektif, pemimpin instruksional seharusnya meneliti kaedah pelaksanaan dan tempoh masa yang secukupnya untuk memberi peluang kepada semua guru meningkatkan profesionalisme dan masa instruksional di sekolah.

SYOR

Pemimpin Instruksional seharusnya memantau dan menilai setiap aktiviti LDP school-based yang dilaksanakan bagi memastikan; a. Pelaksanaan Latihan Dalam Perkhidmatan hendaklah dirancang bagi melindungi masa instruksional di sekolah, b. Pelaksnaan Latihan Dalam Perkhidmatan secara bersiri hendaklah dijalankan pada hari Sabtu atau selepas waktu instruksional, c. Latihan Dalam Perkhidmatan dapat membantu meningkatkan

profesionalisme guru di luar waktu instruksional, d. Melalui LDP school-based ini bilangan guru yang meninggalkan sekolah dapat diminimakan dan kadar gangguan masa instruksional dapat dikurangkan.

Muka Surat

| 117

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Rujukan: Garis Panduan Pengoperasian Latihan Dalam Perkhidmatan Secara School Based, Kementerian Pelajaran Malaysia, Januari 2010. Garis panduan Pengoperasian dalam Perkhidmatan Kementerian Pelajaran Malaysia bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan , Kementerian Pelajaran Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia, 2009. Surat Siaran KP(PP)0022/252(23) bertarikh 20 Disember 2010 Surat Siaran SPI Bil.8/2005 Surat Siaran KP(PP)0089/144/8(46) bertarikh 19 April 2007

Muka Surat

| 118

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Lampiran 1

JAWATANKUASA LATIHAN SCHOOL-BASED PERINGKAT SEKOLAH

1.

SEKOLAH MENENGAH

Pengerusi Timbalan Pengerusi Setiausaha LDP Penolong Setiausaha Ahli Jawatankuasa

: : : : :

Pengetua Guru Penolong Kanan Akademik Guru Kanan Mata Pelajaran Guru Data Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Penolong Kanan Kokurikulum Penolong Kanan Petang Penolong Kanan Tingkatan Enam Guru Kanan Mata Pelajaran Guru Kaunselor Guru Cemerlang Guru Media Pengerusi Kelab Guru Ketua Pembantu Tadbir/PT Kewangan

2.

SEKOLAH RENDAH

Pengerusi Timbalan Pengerusi Setiausaha LDP Pen. Setiausaha Ahli Jawatankuasa

: : : : :

Guru Besar Guru Penolong Kanan Akademik Ketua Panitia Guru Data Penolong Kanan HEM Penolong Kanan Kokurikulum
Muka Surat

| 119

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Penolong Kanan Petang Ketua-ketua Panitia Guru Bimbingan Guru Cemerlang Guru Media Pengerusi Kelab Guru Ketua Pembantu Tadbir/PT Kewangan

**Bagi Sekolah Kurang Murid (SKM), pelantikan AJK adalah mengikut kesesuaian sekolah

Muka Surat

| 120

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

KERTAS AMALAN TERBAIK PENGURUSAN SEKOLAH

Muka Surat

| 121

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL (PROTECTING INSTRUKSIONAL TIME) DI SEKOLAH UNTUK MENINGKATKAN KEBERHASILAN PEMBELAJARAN MURID

oleh GHAZALI KASSIM


SK Seri Indera, Kangar, Perlis

Abstrak Sekiranya masa instruksional PdP tidak diurus dengan berkesan maka akan berlaku pembaziran masa yang mengakibatkan bukan sahaja objektif pembelajaran semasa tidak tercapai malah visi dan misi sekolah itu sendiri akan terjejas. Justeru, perhatian dan tumpuan ke arah melindungi masa instruksional ini memerlukan komitmen yang tinggi dalam kalangan pentadbir dan guru di sekolah. Menurut Cotton, (2003) pimpinan instruksional yang berkesan melibatkan diri secara gigih dalam isu-isu kurikulum dan pengajaran. Selain itu, pelebaran peranan instruksional juga melibatkan Penolong Kanan, Guru Cemerlang, Guru Kanan dan Guru Mata Pelajaran. Hal ini disahkan melalui dapatan kajian yang dijalankan oleh Elmore (2000), King (2002), dan Spillane, Halverson dan Diamond (2001) yang mengiktiraf peranan penting yang boleh dimainkan oleh pihak-pihak lain di sekolah dalam memastikan pelaksanaan aktiviti-aktiviti instruksional pengajaran. Perancangan jadual waktu yang tersusun serta mengambil kira mata pelajaran dan masa yang bersesuaian juga mempengaruhi keberkesanan PdP yang dilaksanakan di dalam kelas. Kertas kerja ini mengetengahkan antara isu yang menyebabkan berlaku pembaziran masa instruksional di sekolah serta beberapa cadangan untuk mengatasi permasalahan yang ada demi memastikan keberkesanan melindungi masa instruksional (protecting instruksional time) yang diperuntukkan dalam PdP di sekolah-sekolah.

Muka Surat

| 122

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

PENGENALAN

Melindungi masa instruksional amat kritikal dan perlu dirancang bagi memastikan proses pembelajaran berlangsung di sekolah dan akhirnya murid belajar secara berkesan. Penggunaan masa instruksional yang berkesan akan menghasilkan sebaran ilmu dan kemahiran yang ditetapkan dalam sukatan pelajaran kepada semua murid. Di samping itu, pihak sekolah juga perlu mengambil kira penyusunan jadual waktu yang sesuai mengikut mata pelajaran berdasarkan penerimaan murid. Jadual waktu yang mengambil kira susunan masa dan mata pelajaran yang berganding, pada awal dan akhir masa pembelajaran dilaksanakan. misalnya turut memberikan kesan kepada PdP yang

Pengurangan masa instruksional akibat daripada pelbagai gangguan perlu dibendung bagi memastikan tempoh masa untuk pembelajaran berkesan dalam kalangan murid dapat ditingkatkan.

PERNYATAAN ISU

1.

Guru tiada di sekolah

Setiap guru perlu mematuhi arahan yang dikeluarkan. Mereka bukan sahaja perlu melaksanakan PdP dalam kelas tetapi juga perlu hadir bagi pelbagai aktiviti dan program di luar sekolah. Hal ini termasuklah menghadiri kursus, mesyuarat, taklimat, seminar, dan lain-lain. Demi memenuhi arahan, jadual dan masa pembelajaran yang ditetapkan tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya sebagaimana yang dirancang.

Muka Surat

| 123

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

2.

Guru berada di sekolah tetapi tidak berada dalam kelas

Terdapat sebilangan kecil guru walaupun hadir ke sekolah tetapi kurang peka dan prihatin atas tanggungjawab melaksanakan PdP di kelas. Mereka mungkin menghabiskan masa berbual-bual di kantin, di bilik guru atau di bilik-bilik khas sedangkan mengikut jadual, mereka perlu masuk ke kelas pada waktu berkenaan. Terdapat juga guru yang hadir tetapi perlu melaksanakan tugas-tugas yang lain seperti mengisi borang dan dokumen menyebabkan mereka tidak dapat masuk ke kelas.

3.

Guru masuk kelas tetapi tidak mengajar

Dalam sesetengah keadaan, masa instruksional tidak digunakan oleh guru sebaik mungkin walaupun ia berada di dalam kelas. Guru hanya duduk, membaca akhbar, melayari internet atau menyiapkan kerja-kerja luar yang bukan tugas rasmi. Murid-murid dibiarkan bermain dan berkeliaran di dalam kelas atau hanya diberikan kerja-kerja mudah seperti melukis, mewarna, dan sebagainya. Kebanyakan kes dalam isu ini melibatkan guru ganti.

4.

Pengurusan bilik darjah

Pengurusan bilik darjah yang lemah menyebabkan masa instruksional terbuang begitu sahaja. Hal sedemikian ini termasuklah murid perlu mengambil sedikit masa untuk membetulkan susunan kerusi dan meja, membersihkan kelas, mengumpul buku latihan kerana perancangan dan pelaksanaan tugas-tugas berkenaan tidak dirancang oleh guru.

Muka Surat

| 124

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

5.

Kesediaan guru melaksanakan pengajaran

Akibat tidak dirancang, guru mengambil masa instruksional untuk mendapatkan bahan bantu mengajar atau memasang peralatan kemudahan ICT. Peralatan yang rosak tidak terlebih dahulu dikenal pasti tentunya lebih membazir masa untuk PdP.

6.

Kesediaan murid

Murid kurang bersedia untuk mengikuti seterusnya mengambil bahagian secara aktif dalam pembelajaran kerana kurang ditekankan pengalaman sedia ada dalam set induksi atau pengenalan. Akibatnya sesi pembelajaran banyak berlangsung secara sehala.

7.

Gangguan dalaman

Tumpuan murid semasa pelaksanaan instruksional di dalam kelas juga terganggu dengan adanya beberapa pengumuman menerusi pembesar suara. Begitu juga kehadiran ibu bapa yang terus ke kelas untuk menemui anak-anak mereka atas pelbagai urusan.

8.

Disiplin murid

Tidak kurang juga murid yang datang lewat ke sekolah dan masuk ke kelas. Tumpuan rakan-rakan terganggu apabila beberapa orang rakan mereka masuk ke kelas sedangkan pembelajaran sedang berjalan. Murid yang melanggar disiplin seperti membuat bising dan mengganggu rakan juga mengakibatkan masa instruksional terganggu dengan leteran guru.

Muka Surat

| 125

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

9.

Acara rasmi sekolah

Beberapa acara rasmi sekolah tentunya telah ditetapkan dalam takwim bagi tahun semasa. Antara acara rasmi ini ialah sambutan Hari Guru, Isra dan Mikraj, Maulidur Rasul, Kejohanan Balapan dan Padang, Hari Anugerah Kecemerlangan, dan lain-lain. Pelaksanaan acara rasmi ini sekiranya tidak dirancang dan dipantau, masa instruksional yang sepatutnya berlaku berlalu begitu sahaja. Hal sedemikian ini, akibat daripada murid yang tidak memberikan perhatian dan membuat bising ketika acara dilangsungkan dan nilai-nilai murni yang patut disemai tidak berlaku.

CADANGAN TINDAKAN / PENYELESAIAN

1.

Guru tiada di sekolah

Pihak pentadbiran sekolah perlu merancang dan melaksanakan kaedah guru ganti dengan baik dan berkesan. Proses ini boleh dilaksanakan menerusi :

a)

Aliran yang sama

Guru ganti yang ditugaskan di sesebuah kelas akan dapat mengajar mengikut tahap sukatan yang sama walaupun subjeknya berbeza dengan guru yang tidak dapat hadir. Murid-murid juga lebih bersedia menerima pelajaran yang disampaikan oleh guru yang berkenaan.

Muka Surat

| 126

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

b)

Tahap yang sama

Sekiranya guru yang diganti itu bukan daripada aliran yang sama, sekurang-kurangnya biarlah guru tersebut dari tahap yang sama dengan guru yang tidak dapat hadir sama ada tahap satu atau tahap dua kerana perbezaan sukatan tidaklah terlalu jauh berbeza.

c)

Konsep jual beli

Menerusi

konsep

ini

guru

yang

sedia

maklum

akan

ketidakhadirannya bagi sesuatu kelas boleh bertukar masa PdP bagi subjeknya dengan guru aliran yang sama supaya apabila ia kembali bertugas, ia akan mengambil alih masa PdP guru berkenaan. Guru berkenaan juga boleh menyediakan bahan yang terancang dan lengkap membolehkan masa tersebut dapat dipenuhi dengan PdP yang berkesan.

2.

Guru berada di sekolah tetapi tiada di kelas

Pihak pentadbir sekolah perlu memberikan penekanan dan membuat pemantauan agar semua guru dapat memenuhi masa instruksional dipatuhi berdasarkan jadual yang ditetapkan. Tindakan secara berhemah seperti nasihat, amaran seterusnya ke tahap tindakan tatatertib perlu diambil terhadap guru terlibat. Sesi motivasi dan kesedaran seperti ceramah, Kerja Sebagai Ibadah boleh diadakan ke arah memupuk kesedaran dan semangat bekerja dalam kalangan guru dan staf.

Muka Surat

| 127

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

3.

Guru masuk kelas tetapi tidak mengajar

Kebanyakan kes ini melibatkan guru ganti. Cara-cara mengatasi kes ini termasuklah menanamkan kesedaran dalam kalangan guru-guru ke arah mencapai visi sekolah menerusi pelaksanaan masa instruksional yang berkesan. Bagi guru yang memang sedia ada, pelaksanaan penyeliaan dan pencerapan yang teratur akan dapat membantu mengatasi kes seperti ini.

4.

Pengurusan bilik darjah

Guru kelas perlu memastikan bahawa ketua kelas, penolong ketua kelas serta murid bertugas dapat melaksanakan tugas-tugas yang ditetapkan dengan lancar dan berkesan. Ini penting supaya setiap masa kelas berada dalam keadaan kemas serta tersusun dan tidak perlu guru mengambil masa mengarahkan murid mengemas dan menyusun kerusi meja semasa PdP akan berlangsung. Bagi murid sekolah ini mereka dilatih agar setiap kali meninggalkan kelas, mereka perlu menolak kerusi ke bawah meja dan ini tentunya dapat memastikan susunan kerusi meja sentiasa tersusun kemas.

5.

Kesediaan guru melaksanakan pengajaran

Guru-guru perlu memeriksa peralatan yang akan digunakan terlebih awal. Sekiranya didapati peralatan berkenaan rosak atau tidak mencukupi, ia boleh dimaklumkan kepada pegawai atau kakitangan terlibat seperti juruteknik makmal komputer untuk pembaikan atau penggantian. Dengan ini masa instruksional tidak terbuang begitu sahaja.

Muka Surat

| 128

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

6.

Kesediaan murid

Pembelajaran di dalam kelas perlu dikaitkan dengan pengalaman murid. Hal sedemikian penting bagi menyediakan murid mengambil bahagian secara aktif dan pembelajaran berlaku secara dua hala. Murid juga perlu dilatih supaya siap sedia dengan buku-buku bagi subjek berikutnya di atas meja sebelum guru berkenaan masuk ke dalam kelas. Jika ini berlaku tentunya masa instruksional dapat dimanfaatkan sepenuhnya.

7.

Gangguan dalaman dan luaran

Pihak pentadbiran sekolah perlu mengelakkan daripada membuat pengumuman semasa pembelajaran sedang berlangsung. Pengumuman hanya dibuat pada awal pagi atau semasa rehat. Begitu juga setiap penjaga murid dilarang daripada masuk ke kelas untuk menemui anak jagaan mereka semasa PdP dijalankan sebaliknya mereka perlu berurusan di pejabat sekolah atau menemui anak mereka semasa rehat.

8.

Disiplin murid

Pihak sekolah menerusi unit hal ehwal murid (HEM) perlu mengambil inisiatif bagi memastikan kes disiplin terutama melibatkan murid semasa PdP di dalam kelas diminimakan. Hal ini penting untuk mengelakkan guru terpaksa mengambil masa instruksional hanya untuk membuat teguran dan leteran kerana murid bising, tidak menyiapkan kerja rumah atau mengganggu rakan.

Muka Surat

| 129

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

9.

Acara rasmi sekolah

Untuk memenuhi masa instruksional semasa acara rasmi sekolah dijalankan, guru-guru terutamanya guru bertugas perlu memastikan semua murid memberikan tumpuan kepada acara yang sedang berlangsung. Hal sedemikian ini kerana banyak nilai murni yang berkaitan dapat diterapkan dalam kalangan murid sekiranya mereka memberikan tumpuan.

KESIMPULAN

Usaha-usaha untuk melindungi masa instruksional (protecting instruksional time) perlulah diambil oleh pihak sekolah terutama guru-guru bagi memastikan pembaziran masa untuk PdP dapat diminimakan. Jadual waktu yang dapat dirancang dan disusun rapi turut mempengaruhi pengisian masa PdP yang dilaksanakan di dalam kelas. Tidak terkecuali pihak-pihak luar termasuk pelbagai agensi dan individu agar mereka memahami bahawa mereka tidak boleh mengganggu proses PdP di sekolah. Sekiranya kesedaran tentang pentingnya masa instruksional ini difahami serta dijadikan budaya di sekolah, maka masa instruksional ini dapat dipenuhi dengan lebih berkesan berdasarkan sukatan dan objektif yang ditetapkan.

CADANGAN

Selain tindakan yang bakal diambil oleh pihak sekolah berdasarkan cadangan yang dikemukakan, disyorkan beberapa tindakan melibatkan pelbagai pihak demi melindungi masa instruksional ini.

Muka Surat

| 130

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

1.

Meningkatkan nisbah guru mengikut kelas

Nisbah guru 1:5 yang sedia ada perlu ditingkatkan kepada 1:7 demi memastikan bilangan guru yang mencukupi di sekolah.

2.

Pengisian jawatan pegawai data

Demi mengurangkan tugas-tugas perkeranian termasuk mengemas kini data serta penyimpanan rekod, sekurang-kurangnya seorang pegawai pengurusan data perlu ditempatkan di sekolah bagi menjalankan tugastugas berkenaan yang dipertanggungjawabkan kepada guru.

3.

Penjadualan semula kursus, taklimat dan mesyuarat

Ramai guru yang perlu meninggalkan sekolah untuk mengikuti kursus, taklimat, mesyuarat, dan sebagainya yang dianjurkan oleh KPM, JPN atau PPD. Disyorkan supaya penjadualan serta penyelarasan dapat diambil agar masa dan hari yang digunakan tidak banyak melibatkan masa PdP guru-guru di sekolah.

4.

Kemudahan fizikal bilik darjah

Bilik darjah yang menempatkan murid yang agak ramai (melebihi 35 orang) kurang selesa untuk pelaksanaan PdP yang berkesan. Justeru, disyorkan supaya saiz bilik darjah dibesarkan atau pun bilangan murid setiap kelas dikurangkan.

Muka Surat

| 131

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

5.

Penglibatan agensi luar

Penglibatan guru ataupun murid dalam pelbagai aktiviti dan program oleh agensi luar perlulah dikurangkan demi memenuhi masa instruksional di sekolah. Sekiranya berkeperluan, aktiviti tersebut

bolehlah dijalankan semasa cuti persekolahan.

Rujukan Alimuddin Hj Mohd Dom. (2006). Kepimpinan Instruksional, Jemaah Nazir Sekolah. Kementerian Pelajaran Malaysia. Hussein Mahmood. (1989). Kepimpinan dan Keberkesanan Sekolah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kartini Zakaria. (2010). Kepimpinan Instruksional Dalam Melestarikan Kecemerlangan Sekolah: Satu perkongsian pengalaman SMK Sultanah Asma- Kolokium Kebangsaan Kepimpinan Instruksional 2010. Lisa A. Banicky & Heidi L. Janicky.(2006). Maximizing Instructional Time: Identifying Impediments and Strategies (Survey Result and Recommendations). Cotton, K. (2003). Principal and Student Achievement: What the research says. Alexadria. VA: Association for Supervision and Curriculum Development. King, D. (2002). The Changing Shape of Leadearship. Educatinal Leadership.59(8).61.63. Elmore, R. (2000). Building a New Structure for School Leadership. Washington D.C. Albert Shanker Institute. Spillane, J.P., Halverson, R., & Diamond, J.B. (2001). Investi Gating School Leadership Practice: A Distributed perspective. Educationl Researcher,30(3),23-28.

Muka Surat

| 132

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

GURU MENGAJAR MURID BELAJAR

oleh HJH SITI AMINAH BINTI HJ IBRAHIM


SMK Bandar Bukit Kayu Hitam, Kedah Darulaman.

Abstrak Pengetua sebagai pemimpin kurikulum di sekolah perlu memastikan Tiga Sasaran Utama Pendidikan terlaksana secara berkesan iaitu fokus kepada pembelajaran murid, kolaborasi antara guru (kerja sepasukan) dan fokus kepada kemenjadian murid atau keberhasilan pembelajaran murid. Guru yang meninggalkan bilik darjah selalunya mempunyai urusan atau alasan yang munasabah. Beliau seharusnya berusaha melindungi masa instruksionalnya kerana itu ialah amanah seorang guru. Pasukan pengurusan sekolah pula harus bijaksana dalam memainkan peranan memastikan academic learning time atau masa pembelajaran berkesan berjalan lancar dan guru mesti ada didalam bilik darjah untuk berfungsi dengan sewajarnya. Beberapa cadangan yang diutarakan dalam penulisan ini akan memberikan impak positif kepada usaha memaksimumkan masa instruksional. Usaha melindungi masa instruksional di sekolah untuk meningkatkan keberhasilan pembelajaran murid ini memerlukan kerjasama dan sokongan padu daripada semua peringkat lapisan sekolah kerana kejayaan melindungi masa instruksional tidak mampu dicapai tanpa kerja berpasukan yang mantap.

Muka Surat

| 133

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

PENGENALAN

Semua program dan rancangan yang dirangka oleh KPM adalah berfokus kepada keberhasilan pembelajaran murid dan seharusnya dilaksanakan tanpa halangan bagi mencapai hasrat yang telah disasarkan. MMI merupakan salah satu komponen fungsi pemimpin instruksional bagi memastikan tempoh masa untuk pembelajaran secara berkesan berlaku tanpa halangan. Tuan Haji Sufaat bin Tumin, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia telah mencadangkan agar pengetua sebagai pemimpin kurikulum di sekolah bertanggungjawab memastikan peningkatan masa pembelajaran berkesan ini atau, academic learning time berlaku dalam kalangan murid. Dengan kata lain, masa instruksional ialah memastikan guru mengajar dan murid belajar.

PERNYATAAN ISU

Seorang guru telah ditetapkan menjalankan tugas utama iaitu mengajar atau melaksanakan instruksional untuk tempoh tertentu. Sekolah pula selalunya merangka masa instruksional yang ideal, namun masa berkenaan tidak sepenuhnya menjanjikan pembelajaran berkualiti atau pembelajaran berkesan disebabkan faktor gangguan tertentu yang berlaku di sekolah dan di dalam bilik darjah.

Guru-guru meninggalkan bilik darjah atas urusan atau alasan seperti: (a) (b) (c) (d) (e) menghadiri mesyuarat atau menghadiri taklimat, berkursus, menghadiri majlis rasmi, jemputan ceramah (Guru Cemerlang), mengiringi murid dalam pertandingan koakademik, sukan, dan permainan,
Muka Surat

| 134

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

(f)

sikap guru yang kurang sense of urgency untuk hadir ke kelas tepat pada masanya,

(g) (h) (i)

sikap murid yang tidak minat belajar, guru cuti sakit atau kecemasan, dan guru cuti bersalin atau cuti mengerjakan fardu haji.

Alasan bagi murid untuk tidak berada di ddalam bilik darjah kerana mewakili sekolah dalam pertandingan koakademik, sukan atau murid tercedera semasa mewakili sekolah dan mendapat cuti sakit.

CADANGAN TINDAKAN/PENYELESAIAN

Pengetua perlu bertanggungjawab melindungi masa instruksional dalam memastikan guru berada di dalam bilik darjah dan berfungsi sebagai seorang pendidik.

Penulisan ini menyediakan cadangan tindakan atau penyelesaian kepada isu guru meninggalkan bilik darjah mengikut situasi berikut:

1.

Meninggalkan bilik darjah selama satu hari seperti menghadiri mesyuarat, kursus, taklimat, menghadiri majlis rasmi, memohon Cuti Rehat Khas (CRK), mengiringi murid, dan jemputan ceramah.

a)

Bagi situasi guru meninggalkan bilik darjah selama satu hari. Dicadangkan guru membuat tukar ganti atau jual beli masa

pengajaran dengan guru-guru lain yang mengajar kelas yang sama sebelum menghadiri urusan tersebut. Papan kenyataan disediakan untuk urusan tukar ganti atau jual beli kelas. Penolong Kanan

Muka Surat

| 135

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Pentadbiran akan dimaklumkan apabila urusan tukar ganti atau jual beli selesai.

b)

Jemputan ceramah. Bagi sekolah-sekolah yang muridnya tidak cemerlang dan ibu bapa kurang prihatin tentang prestasi akademik anaknya; pihak sekolah akan menghadapi masalah kehadiran murid-murid jika bengkel teknik menjawab peperiksaan dibuat pada sebelah petang. Oleh itu, guru perlu menyusun jadual ceramah supaya dilaksanakan pada sebelah pagi bagi mengatasi masalah ketidakhadiran murid. Pergerakan guru pada masa instruksional patut dielakkan agar gangguan masa instruksional dapat diminimumkan. Justeru, satu carta alir yang menetapkan Standard Operating Prosedur (SOP) dicadangkan untuk diaplikasikan bersama antara pengetua (rujuk Lampiran 4) dalam usaha memastikan kepakaran guru dan peningkatan keberhasilan pembelajaran murid dikongsi bersama.

2.

Meninggalkan bilik darjah melebihi satu hari (seperti menghadiri kursus)

Dalam kes ini, guru mempunyai tiga pilihan sama ada : a) b) melaksanakan kelas ganti di luar masa persekolahan, atau membuat urusan tukar ganti atau jual beli kelas sebelum menghadiri kursus, atau c) meninggalkan latihan atau kerja murid dengan menulis tarikh dan masa latihan yang perlu diedarkan kepada Penolong Kanan Pentadbiran. Guru ganti akan memastikan murid membuat latihan pada masa atau waktu mata pelajaran sepatutnya berlaku. Dengan ini, masa instruksional untuk mata pelajaran tersebut dapat dilindungi.
Muka Surat

| 136

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

3.

Learning Walk

Kepimpinan instruksional merupakan pemimpin sekolah yang mengambil peduli atau cakna kepada pengajaran guru dan pembelajaran murid. Pengetua perlu sentiasa kelihatan bagi mengekalkan visibiliti yang tinggi dalam usaha untuk menambah baik prestasi murid dan juga memastikan guru menepati masa. Dalam situasi ini, pengetua mengamalkan pemantauan Learning Walk yang melibatkan: a) lawatan singkat pengetua bersama 1 atau 2 orang pengurusan sekolah (tanpa menetapkan masa lawatan) ke bilik darjah semasa proses PdP dijalankan. b) memantau dan menilai keadaan bilik darjah dengan memfokuskan kurikulum operasi selama 5 10 minit. c) maklumat atau data proses PdP perlu dicatat dalam borang pemantauan (rujuk Lampiran 2). d) guru dan pengurusan sekolah perlu membuat muhasabah atau refleksi proses pengajaran. e) dalam perjumpaan guru, pengetua berkongsi amalan pengajaran yang baik dan sebaliknya daripada dapatan pemantauan.

4.

Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP)

Sebagai pemimpin sekolah, pengetua perlu menganjurkan LDP. Dicadangkan salah satu pengisian LDP ialah menekankan sifat amanah yang merupakan akhlak mulia yang diberi penekanan dalam semua agama. Oleh itu, tugas atau pekerjaan yang dipertanggungjawabkan atas setiap orang merupakan amanah yang wajib dilaksanakan. Saranan ini selari dengan ayat al-Quran yang membawa maksud;

Muka Surat

| 137

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Wahai

orang-orang

beriman!

Janganlah

kamu

mengkhianati (amanah) Allah dan Rasul-Nya, dan janganlah kamu mengkhianati amanah kamu, sedang kamu mengetahui salahnya.

Guru-guru perlu memastikan

peruntukan masa untuk mengajar

mencukupi bagi setiap mata pelajaran yang diamanahkan bagi setiap minggu.

Penghayatan dasar Sekolah Penyayang yang dilaksanakan di sekolah haruslah bertemakan, Mengajar Murid Umpama Mengajar Anak Sendiri. Sekiranya guru mengandaikan mengajar murid seperti mengajar anaknya sendiri, sudah pasti guru akan berusaha mengajar secara bersungguh-sungguh untuk memastikan murid belajar secara berkesan.

5.

Lesson Study

Kaedah yang diguna pakai ini diperkenalkan kepada sekolah yang berada di Band 6 dalam School Improvement Programme (SIP). Ia strategi yang dicadangkan dalam Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) iaitu komponen kedua De-Privatisation Of Practice. Amalan pengajaran Lesson Study (rujuk lampiran 3) ialah secara kolaborasi yang melibatkan sekumpulan guru merancang dan menyediakan rancangan pengajaran bersama-sama dan serta menjalankan proses PdP seperti yang dirancang. Guru lain membuat pemerhatian, refleksi, dan seterusnya membuat penambahbaikan kepada rancangan pengajaran tersebut.

Pengajaran guru yang telah dipersetujui berserta bahan bantu mengajar yang disediakan dicatat dalam Buku Daftar Kaedah PdP. Kaedah tersebut diguna pakai dan dikongsi bersama oleh guru-guru lain.
Muka Surat

| 138

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Program ini memerlukan guru membuat anjakan paradigma dalam amalan pengajarannya. Hal sedemikian ini akan berupaya mengubah seorang guru menjadi kreatif dan efisien dalam tugasnya dan merasakan teaching is a work of heart. Tambahan lagi, kaedah Lesson Study amat membantu guru-guru yang mengajarkan mata pelajaran bukan opsyen.

6.

Teach To Teach

Satu daripada gangguan melindungi masa instruksional yang dikenal pasti di sekolah ini ialah guru meninggalkan bilik darjah. Hal ini disebabkan rasa putus asa apabila murid tiada minat untuk belajar. Guru membuat persediaan untuk mengajar mengikut Rancangan Pengajaran Harian (RPH). Antara faktor murid hilang atau tidak berada di dalam kelas ialah ponteng mata pelajaran tertentu dan selalu tidur semasa guru mengajar. Bagi seorang guru yang merasakan teaching is a work of heart, situasi begini akan dapat ditangani dengan mudah dan efektif. Tetapi bagi guru yang kurang bermotivasi, jalan mudah diambil adalah dengan tidak berada dalam bilik darjah. Jika ini berlaku, punca masalah murid tidak berminat belajar tidak akan dapat diselesaikan. Cadangan penyelesaian bagi keadaan begini ialah program, Teach To Teach yang memerlukan pengetua sebagai pemimpin instruksional menjadi role model dalam pengajaran. Strategi pelaksanaannya adalah seperti carta alir di bawah :

Muka Surat

| 139

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Guru yang menghadapi masalah pengajaran atau masalah murid tidak memberikan tumpuan semasa PdP berjumpa pengetua untuk berbincang. Guru mengisi borang yang disediakan. (rujuk Lampiran 1, Program Teach To Teach ) Menetapkan tarikh, hari, masa, topik yang hendak diajar dan memberikan bahan pengajaran yang perlu (jika ada) kepada pengetua. Pengetua melaksanakan pengajaran seperti dirancang oleh guru dalam RPH. Pengetua memberikan maklum balas kepada guru berkaitan pengajaran guru yang perlu dibaiki dan petua menarik minat pembelajaran murid. Pengetua berkongsi amalan pengajaran yang baik dan menegur amalan yang sebaliknya semasa pengajarannya dalam kelas yang bermasalah tadi.

Dengan ini, guru tiada alasan menyatakan murid tidak minat belajar kerana kreativiti dalam pendekatan pengajaran berupaya melindungi masa instruksional.

7.

Cuti Sakit atau Kecemasan

Bagi kes ini, guru yang bercuti tidak sempat membuat tukar ganti kelas atau meninggalkan latihan kepada murid. Maka, masa instruksional dilindungi apabila guru ganti masuk ke kelas dengan membawa Bakul Ilmu (disediakan oleh Pusat Sumber Sekolah, unit NILAM untuk Program 1 School Reads) untuk dibaca oleh murid-murid dan mengisi Rekod Buku NILAM jika telah menyelesaikan bacaan.

8.

Peranan Kaunselor

Kaunselor juga mempunyai masa instruksional yang perlu dilaksanakan mengikut perancangan tahunannya. Dalam hal ini, kaunselor boleh diberi
Muka Surat

| 140

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

kelas ganti untuk kelas-kelas yang berbeza setiap hari supaya bidang perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang merangkumi akademik, kerjaya, keibubapaan, pembangunan diri murid, psikososial, pendidikan pencegahan dadah, kaunseling HIV/AIDS, dan pemulihan akhlak dan moral dapat dilaksanakan mengikut perancangan.

9.

Guru Cuti Bersalin / Cuti Menunaikan Fardu Haji

Pengetua seharusnya mempunyai data bagi guru yang akan bersalin dan yang akan menunaikan fardu haji untuk tempoh 6 bulan akan datang. Guru ini perlu merancang dan membuat kelas-kelas bagi menyelesaikan tajuk-tajuk mengikut Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) yang ditetapkan. Rancangan Pengajaran Harian (RPH) untuk tajuk-tajuk yang perlu diselesaikan ini juga perlu dibuat pada muka surat khas supaya mudah dipantau oleh Pengetua, Penolong Kanan atau Guru Kanan.

Kelas tambahan yang diadakan hendaklah dibuat selepas masa persekolahan, masa cuti persekolahan atau masa-masa lain yang sesuai tetapi tidak menganggu masa PdP rasmi. Cadangan ini adalah untuk memastikan masa instruksional dilindungi jika sekolah tidak mendapat guru ganti pada masa guru cuti bersalin atau cuti menunaikan ibadah haji nanti.

10. Peranan Panitia

Sekolah perlu mengubah persepsi murid supaya melihat sambutan harihari keutamaan sekolah seperti Hari Kemerdekaan, Hari Guru, atau Hari Sukan sebagai hari PdP. Antara peranan yang akan dimainkan oleh panitia ialah memastikan pengisian hari-hari sambutan tersebut selari dengan matlamat sekolah.
Muka Surat

| 141

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Contoh: i. Atur Cara Sambutan Hari Merdeka : Ceramah Kemerdekaan- Sebelum dan Selepas Kemerdekaan. Kuiz Kemerdekaan adakan Pusingan 1 dan Pusingan 2 untuk soalan PMR dan SPM. Menyemai dan memupuk sifat patriotik, berdisiplin, dan jati diri murid melalui muzik dan lagu-lagu seperti Jalur Gemilang, Kerana Mu Malaysia dan Janji Ditepati.

ii.

Program Sambutan Hari Guru : Murid menulis karangan bertajuk: Aktiviti Hari Guru. Pertandingan mencipta pantun, sajak atau syair bertemakan Hari Guru. yang

11. Semakan RPT dan RPH

Setiap guru membuat RPT tanpa mengambil kira faktor-faktor gangguan (kecuali yang tertera dalam takwim seperti masa peperiksaan, hari atau majlis-majlis sambutan sekolah dan sebagainya) untuk diselesaikan dalam masa persekolahan. Gangguan fizikal, gangguan adhoc dan gangguan luar jangka tidak diambil kira semasa penyediaan RPT. Keadaan ini memberikan kesan kepada RPH. Untuk memastikan RPT dan RPH selari mengikut perancangan, semakan hendaklah dibuat oleh Pengetua, Penolong Kanan dan Guru Kanan dalam bulan Julai dan Oktober. Guruguru perlu memberikan justifikasi sekiranya ketidakselarian berlaku.

12. MMI untuk Murid

MMI perlu juga diambil kira dari sudut murid yang:


Muka Surat

| 142

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

a)

meninggalkan bilik darjah kerana mewakili sekolah untuk pertandingan koakademik, sukan atau hadir aktiviti anjuran JPN / PPD (yang tidak melibatkan semua murid) dan

b)

mengalami kecederaan kerana mewakili sekolah dan mendapat cuti sakit yang lama.

CADANGAN PENYELESAIAN

Beberapa cadangan penyelesaikan yang boleh dilaksanakan adalah seperti:

1. 2. 3.

Mengatur jadual peperiksaan atau ujian pada hari tertentu. Guru melaksanakan personal coaching kepada murid berkenaan. PdP dilaksanakan di hospital atau rumah murid yang bercuti sakit.

KESIMPULAN

MMI perlu dirancang dengan penuh kebijaksanaan oleh pemimpin sekolah serta guru-guru bagi memastikan pembelajaran berlangsung di sekolah dan akhirnya murid dapat belajar secara berkesan. SMK Bandar Bukit Kayu Hitam telah merangka dan melaksanakan program di atas untuk memastikan masa instruksional dapat dilindungi dengan baik. Program yang dicadang ini sentiasa diberikan nilai tambah dari semasa ke semasa untuk menjadikannya lebih berkesan dan selaras dengan hala tuju KPM. Keberkesanan program ini dapat dilihat dengan berlakunya lonjakan pencapaian murid dalam keputusan peperiksaan awam. Kecemerlangan sekolah juga terserlah dengan penglibatan aktif murid dalam kokurikulum dan sahsiah murid turut terpelihara. Sesungguhnya usaha ini memerlukan kerjasama dan sokongan padu daripada
Muka Surat

| 143

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

semua peringkat lapisan sekolah. Kejayaan melindungi masa instruksional tidak mampu dicapai tanpa kerja berpasukan yang mantap.

CADANGAN

Pihak sekolah telah berjaya melindungi masa instruksional melalui pendekatan yang diutarakan. Hasil kejayaan yang dicapai ialah suatu realiti dan bukan suatu fantasi. Waima, sekolah yang bermula dengan Band 6 telah berubah ke Band 5 apabila komposit skor NKRA meningkat. Justeru, dicadangkan agar program ini dapat dihayati dan dilaksanakan secara kelompok di semua sekolah. Pelaksanaannya diharap dapat memastikan Tiga Sasaran Utama Pendidikan (Three Big Ideas In Education) terlaksana iaitu fokus kepada pembelajaran murid, kolaborasi antara guru (kerja sepasukan) dan fokus kepada kemenjadian murid atau keberhasilan pembelajaran murid.

Rujukan Bahan Kursus Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) untuk Guru Kanan, PK Pentadbiran, Pengetua dan Guru Besar, pada 22 -24 Mei 2012 di IAB(Utara). Melindungi Masa Instruksional (Protecting Instruktional Time) di Sekolah untuk Meningkatkan Keberhasilan Pembelajaran Murid. Nota Sektor Operasi Pendidikan, KPM 2012.

Muka Surat

| 144

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Lampiran 1 PROGRAM TEACH TO TEACH NAMA GURU :_______________________OPSYEN: _____________________ MATA PELAJARAN :______________________ TINGKATAN:_____________________ PENYATAAN MASALAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN :

PENETAPAN TARIKH PENGAJARAN PENGETUA : TARIKH: ________________ HARI:__________________ MASA:________________ Tandatangan guru:________________ Tarikh:____________________ TOPIK: ________________________________ TEMPAT: __________________________ BAHAN PENGAJARAN YANG DISEDIA KAN: ________________________________________ MAKLUM BALAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN : A. SEBELUM PdP PENGETUA: ULASAN MURID:

ULASAN PENGETUA :

Muka Surat

| 145

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

B. SELEPAS PdP PENGETUA: ULASAN GURU :

ULASAN MURID:

CADANGAN PENGETUA :

Muka Surat

| 146

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Lampiran 2 PEMANTAUAN LEARNING WALK TARIKH: ....................................... MASA KE-: ........................ KELAS: ............................................... MATA PELAJARAN :.................... REAKSI GURU REAKSI MURID HARI: ................ JAM: ...... BIL. MURID : ... GURU: ..... KEADAAN KELAS

Pemantau: ..

Cop Jawatan :

PEMANTAUAN LEARNING WALK TARIKH: ....................................... MASA KE-: ........................ KELAS: ............................................... MATA PELAJARAN :.................... REAKSI GURU REAKSI MURID HARI: ................ JAM: ...... BIL. MURID : ... GURU: ..... KEADAAN KELAS

Pemantau: ..

Cop Jawatan :

Muka Surat

| 147

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Lampiran 3 PENCERAPAN LESSON STUDY PANITIA : ____________________________________________ NAMA GURU : ____________________________________________ TINGKATAN : ____________________________________________ MATA PELAJARAN: ___________________________________________ TOPIK : ____________________________________________ A. PERBINCANGAN PERTAMA

TARIKH : ___________MASA : __________TEMPAT __________________ KEHADIRAN: 1. ___________________________ 2.___________________________ 3.___________________________ LAPORAN PERBINCANGAN :

B.

PERBINCANGAN KEDUA

TARIKH : ____________MASA : ________TEMPAT ___________________ KEHADIRAN: 1. ___________________________ 2.___________________________ 3.___________________________ LAPORAN PERBINCANGAN :

C. 1. 2. 3. 4.

PENCERAPAN TARIKH MASA TEMPAT TINGKATAN :__________________________ :__________________________ : __________________________ : __________________________


| 148

Muka Surat

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Lampiran 4 CARTA ALIR JEMPUTAN GURU SEBAGAI PENCERAMAH MASA PdP

Ketua Panitia (sekolah lain) mengenal pasti penceramah (bertugas di SMKBBKH) )

Maklum kepada penceramah tarikh, hari, masa dan tempat ceramah secara lisan. Penceramah menerima jemputan ceramah. Hubungi Ketua Panitia (sekolah lain) untuk perubahan masa.

Penceramah berusaha membuat tukar ganti masa PdP sesama guru bagi kelas yang akan ditinggalkan.

Pengetua setuju.

Penceramah memaklumkan kepada pengetua tarikh jemputan berceramah dan masa tukar ganti yang telah dibuat.

Pengetua tidak setuju.

Muka Surat

| 149

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

DOS (Do Something) (JANGAN DUDUK SAHAJA)

oleh ZAKARIA BIN OTHMAN


SK Seri Impian Kubang Semang, Seberang Perai

Abstrak Isu guru ganti di sekolah-sekolah merupakan satu keadaan biasa yang sering berlaku hampir setiap hari. Penglibatan guru menjalankan tugas-tugas rasmi di luar sekolah pada waktu persekolahan atas arahan PPD, JPN, dan KPM serta ada juga yang mengambil cuti sakit, cuti sambilan, dan lain-lain menyebabkan perjalanan PdP di dalam kelas tergendala. Satu kaedah atau usaha yang berkesan dan tidak membebankan guru yang berada di sekolah perlu dirancang supaya proses PdP tetap berlaku walaupun guru mata pelajaran tidak hadir pada waktu tersebut. Kertas ini dirancang bertujuan untuk memenuhi pengisian waktu guru ganti yang lebih berkesan, membantu mengurangkan bebanan kerja guru yang bertugas, memudahkan pemantauan pihak pentadbir dan seterusnya PdP di dalam kelas tersebut dapat dilaksanakan seperti yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1996. Projek ini juga dapat menyedarkan guru supaya bertugas dengan sepenuh hati bersesuaian dengan tuntutan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1981 bertajuk Penggunaan Waktu Tidak Mengajar / Waktu Luang (free period) oleh guru bagi menggantikan guru yang tidak hadir.

Muka Surat

| 150

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

PENGENALAN

Penglibatan guru menjalankan tugas-tugas rasmi di luar sekolah pada waktu persekolahan atas arahan PPD, JPN, dan KPM seperti berkursus serta mesyuarat ditambah lagi ada yang mengambil cuti sakit, cuti sambilan dan cuticuti lain akan menjejaskan tugas utama (core business) sebagai guru iaitu mengajar di dalam bilik darjah. Akibatnya, secara purata 1 hingga 3 orang guru tiada di sekolah pada setiap hari. Rekod sepanjang tahun 2010-2011 menunjukkan pada musim puncak, purata sehingga 10 orang guru tiada di sekolah. Isu ini telah sekian lama disedari oleh warga Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Impian dan sering diperkatakan oleh masyarakat terutama waris dan pihak berwajib.

Satu kaedah perlu difikirkan dan dilaksanakan untuk menangani isu ini. Pemboleh ubah-pemboleh ubah yang boleh dikawal perlu dimanipulasi semaksimum mungkin agar hak murid tidak dinafikan. Projek yang diutarakan ini dirancang supaya walaupun guru mata pelajaran tertentu tidak hadir ke sekolah, proses PdP bagi mata pelajaran tersebut tetap dijalankan. Bagi menjayakan projek ini perlu ada dalam kalangan pentadbir, guru-guru, dan murid kesedaran yang tinggi tentang situasi yang berlaku bagi melaksanakan projek ini. Usaha ini sememangnya memerlukan sedikit pengorbanan guru-guru terutama di peringkat penyediaan bahan / modul tetapi sebenarnya memang menjadi tanggungjawab semua guru bahawa prinsip setiap kelas yang ditinggalkan oleh guru yang tidak hadir perlu diganti serta PdP berjalan seperti yang dirancang dalam Rancangan Pelajaran Harian (RPH) guru yang berkenaan.

Muka Surat

| 151

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

PENYATAAN ISU / CADANGAN

Walaupun mekanisme dan proses menyediakan guru ganti mantap dan proses berjalan dengan lancar pada setiap hari persekolahan, namun masalah utama dalam pengurusan pengisian waktu ganti ialah:

1.

Guru ganti mempunyai kecenderungan untuk masuk lewat, keluar awal dan hanya sekadar menjenguk atau tidak masuk kelas yang telah ditetapkan.

2.

Berlaku pembaziran waktu ketika ketiadaan guru mata pelajaran sekiranya guru ganti tidak mempunyai inisiatif sendiri membuat

pengisian waktu dengan aktiviti yang berfaedah terutama bagi kumpulan murid yang motivasi dalamannya rendah.

3.

Guru ganti yang bertugas, berasa terbeban untuk memikirkan atau menyediakan bahan atau perancangan bagi pengisian waktu tersebut.

4.

Guru ganti hanya masuk dan memastikan murid membuat kerja sendiri tanpa perancangan PdP yang berkesan.

5. 6.

Bahan PdP atau bahan kerja murid tidak ada. Proses PdP mata pelajaran berkenaan terputus selama mana guru tersebut tidak hadir.

7.

Sukar memantau sama ada guru masuk ke kelas ganti atau tidak.

Untuk mencapai status sekolah berkesan dalam pengurusan waktu ganti semua masalah yang tersenarai di atas perlu diatasi segera. Hasil daripada pemantauan, komen ibu bapa, maklum balas daripada guru dan murid telah dimasukkan dalam mesyuarat Jawatankuasa (JK) Kurikulum sekolah kali ke
Muka Surat

| 152

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

empat pada 20 Oktober 2010. Ahli Jawatankuasa (AJK) telah bersetuju untuk menjalankan satu projek yang dinamakan DOS (Do Something) atau Jangan Duduk Sahaja (JDS) bagi mengatasi masalah pengisian waktu ganti supaya lebih efisien dan berkesan.

Jadual 1: Analisis Jurang Projek DOS


Status Semasa Guru ganti mempunyai kecenderungan untuk masuk lewat, keluar awal, hanya sekadar menjenguk atau tidak masuk kelas yang telah ditetapkan. Berlaku pembaziran waktu selama masa ketiadaan guru mata pelajaran. Sekiranya guru ganti tidak mempunyai inisiatif sendiri membuat pengisian waktu dengan aktiviti yang berfaedah terutama bagi kumpulan murid yang motivasi dalamannya rendah. Guru ganti yang bertugas berasa terbeban untuk memikirkan atau menyediakan bahan atau perancangan bagi pengisian waktu tersebut. Guru ganti hanya masuk dan memastikan pelajar membuat kerja sendiri tanpa perancangan PdP. Bahan PdP atau bahan kerja murid tidak ada. Proses PdP mata pelajaran berkenaan terputus selama mana guru tersebut tidak hadir. Sukar memantau semasa guru masuk kelas ganti atau tidak. Status Yang Hendak Dicapai Adakan satu sistem pemantauan.

Adakan bahan untuk kegunaan guru ganti.

Adakan prosedur perancangan terancang daripada guru yang tidak hadir. Adakan prosedur perancangan terancang daripada guru tidak hadir. Adakan bahan kerja. Adakan Prosedur PdP terancang. Adakan kaedah pemantauan yang berkesan.

CADANGAN TINDAKAN/ PENYELESAIAN

Pelaksanaan Do Something (DOS) atau Jangan Duduk Sahaja (JDS) boleh dilaksanakan berdasarkan maklumat berikut:

Muka Surat

| 153

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

1.

Matlamat Projek Matlamat projek DOS adalah untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan proses PdP di SK Seri Impian dengan memastikan aktiviti PdP berjalan secara berterusan walaupun semasa guru mata pelajaran berkursus, cuti, dan sebagainya. Hasilnya, semua murid sekolah SK Seri Impian akan mendapat manfaat secara maksimum sewaktu mereka berada di sekolah.

2.

Objektif Projek Setelah projek ini dilaksanakan, diharapkan perkara-perkara yang berikut akan tercapai: a) Memantapkan pelaksanaan sistem guru ganti yang sememangnya berjalan lancar di peringkat penyediaan dan pengedaran jadual tetapi kurang berkesan di peringkat pelaksanaan oleh guru-guru yang menerima tugas penggantian tersebut. b) Memastikan masa dimanfaatkan dengan aktiviti pembelajaran yang berfaedah serta mampu menyumbang ke arah memperkembang minda dan menggilap potensi murid walaupun tanpa kehadiran guru mata pelajaran. c) Membolehkan guru ganti berasa terpanggil untuk masuk ke kelas kerana projek ini telah memberikan tumpuan khusus dan dipantau oleh semua pihak termasuk murid-murid kelas berkenaan. d) Memastikan guru yang tidak hadir ke sekolah kerana sesuatu tugas rasmi atau sebab-sebab lain tetap bertanggungjawab merancang dan menyediakan bahan bagi mata pelajaran dan kelas berkenaan. e) Membolehkan guru ganti terdorong untuk melaksanakan PdP setelah masuk ke kelas kerana bahan telah tersedia. f) Membantu murid mendapat sesuatu input atau faedah semasa ketiadaan guru mata pelajaran tersebut.

Muka Surat

| 154

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

g)

Membantu mengurangkan kes-kes pelanggaran disiplin walaupun guru mata pelajaran tidak hadir.

3.

Indikator Prestasi Untuk memastikan projek berjalan dengan lancar, indikator prestasi dibina bagi tujuan pengawalan, penilaian, dan pencapaian standard projek ini.

Jadual 2: Indikator Prestasi


Bil 1 Aktiviti Mesyuarat sumbang saran Indikator Prestasi Semua AJK memberikan pandangan atau idea yang relevan. Sumua AJK dapat spesifikasi tugas masingmasing Lengkap dan ikut format PIBG menyokong dan bersetuju membantu dari segi kewangan. Tiga kali setahun / semua AJK hadir Empat mata pelajaran teras Tahun 1-6, mata pelajaran wajib dan bimbingan & kaunseling. Guru memahami tanggungjawab dan melaksanakan tugas. Lengkap bergambar

Penubuhan AJK projek

3 4

Penyediaan kertas projek Taklimat kepada PIBG

5 6

Mesyuarat AJK projek Pembelian 40 set buku kerja dan alat bantu mengajar

Penilaian / pemantauan

Dokumentasi

4.

Jawankuasa Kerja Projek Pengerusi Naib Pengerusi I Naib Pengerusi II Naib Pengerusi III Setiausaha : : : : : Guru Besar Penolong Kanan 1 Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Penolong Kanan Kokurikulum Guru Penyelaras Jadual Waktu
Muka Surat

| 155

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

AJK

: : : : :

Ketua Panitia Guru Pusat Sumber Guru Pusat Akses Guru Penyelaras Makmal Komputer Guru NILAM

5.

Tanggungjawab dan Spesifikasi Tugas Bagi melicinkan pelaksanaan projek setiap aktviti diperjelas

tanggungjawab dan spesifikasi tugas seperti dalam Jadual 3.

Jadual 3 : Tanggungjawab dan Spesifikasi Tugas


Bil 1 2 Aktiviti Penubuhan Jawatankuasa Mesyuarat Jawatankuasa Tanggungjawab Guru Besar Setiausaha Deskripsi Tugas Menyediakan senarai AJK 3 4 5 6 7 Menyediakan Kertas Projek Taklimat kepada PIBG Menyediakan Sudut Letak Bahan Pelaksanaan Aktiviti Projek Pemantauan dan Penilaian Setiausaha Guru Besar Penolong Kanan 1 Setiausaha Guru Besar Mengeluarkan surat panggilan mesyuarat Menyediakan agihan tugas

Menyediakan kertas Projek Menjelaskan kepada JK PIBG untuk mendapat sokongan dana Menyediakan sudut sesuai Memastikan aktiviti program berjalan lancar Melaksanakan pemantauan Mencadangkan penambahbaikan

6.

Pelaksanaan Program DOS 1 (Guru menghadiri kursus, mesyuarat, dan aktiviti kokurikulum di luar waktu persekolahan) a) b) c) Guru mata pelajaran mendapat surat untuk bertugas di luar. Guru mata pelajaran perlu mengisi borang DOS 1. Guru mata pelajaran perlu smenyediakan bahan dan modul.
Muka Surat

| 156

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

d)

Guru mata pelajaran menyerahkan borang DOS 1 serta bahan atau modul kepada PK 1.

e)

PK 1 menyerahkan borang DOS 1 dan arahan kepada guru ganti untuk tindakan apabila tiba waktu.

f)

Guru ganti menerima borang DOS 1 dan arahan masuk ke kelas dan menjalankan PdP.

g)

Guru ganti telah selesai menggantikan kelas serta menyerahkan borang DOS1 kepada PK1 untuk direkod dan menyerahkan bahan atau modul kepada guru mata pelajaran yang berkenaan.

h)

Guru mata pelajaran perlu menyemak kerja yang diberikan oleh guru ganti.

7.

Pelaksanaan Program DOS 2 ( Guru cuti sakit, cuti kecemasan) a) b) c) d) PK 1 menyemak kedatangan guru pada jam 7.30 pagi. PK 1 menyediakan jadual ganti. PK 1 menyerahkan borang DOS 2 kepada guru ganti bertugas. Guru ganti menerima borang DOS 2 dan arahan masuk ke kelas serta mengambil bahan dari sudut DOS untuk menjalankan PdP. e) Guru ganti setelah selesai pengajaran akan menyerahkan borang DOS 2 kepada PK 1 untuk direkod dan menyerahkan bahan atau modul kepada guru mata pelajaran berkenaan. f) g) Guru ganti menyimpan semula bahan di sudut yang disediakan. Guru mata pelajaran perlu menyemak kerja yang diberikan oleh guru ganti.

KESIMPULAN

Projek DOS telah dapat dilaksanakan seperti yang dirancang. Tempoh pelaksanaan projek dilaksanakan mulai tahun 2011. Pihak PIBG telah

membantu projek ini dengan menyumbang dana. Program ini telah membantu
Muka Surat

| 157

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

melaksanakan pengisian waktu ganti, memudahkan guru yang bertugas di luar dan meningkatkan motivasi murid ke arah kecemerlangan akademik.

Penilaian projek dinilai dengan cara membanding status pencapaian sebelum dengan selepas projek dijalankan seperti indikator prestasi yang

ditetapkan merujuk Jadual 4. Penilaian atas pandangan guru dan komen pihak Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti yang positif telah membantu meningkatkan keberkesanan projek ini.

Jawatankuasa Projek akan berusaha mengadakan penambahbaikan dari semasa ke semasa bagi memanfaatkan program ini kepada semua warga

sekolah. Pelaksanaan projek ini diharapkan akan dapat membantu tercapainya visi sekolah iaitu, SK Seri Impian Terbilang di Pulau Pinang Tahun 2012. Jadual 4: Penilaian Program
Status Semasa Guru ganti mempunyai kecenderungan untuk masuk lewat, keluar awal, hanya sekadar menjenguk atau tidak masuk kelas yang telah ditetapkan. Berlaku pembaziran waktu selama masa ketiadaan guru mata pelajaran sekiranya guru ganti tidak mempunyai inisiatif sendiri membuat pengisian waktu dengan aktiviti yang berfaedah terutama bagi kumpulan murid yang motivasinya rendah. Guru ganti yang bertugas berasa terbeban untuk memikirkan atau menyediakan bahan atau perancangan bagi pengisian waktu tersebut. Guru ganti hanya masuk dan memastikan pelajar membuat kerja sendiri tanpa perancangan PdP. Bahan PdP atau bahan kerja murid tidak ada. Proses PdP subjek berkenaan terputus selama guru tersebut tidak hadir. Sukar memantau semasa guru masuk ke kelas ganti atau tidak. Status Yang Hendak Dicapai Satu sistem pematauan telah diwujudkan

Bahan untuk kegunaan guru ganti sudah tersedia

Guru ganti tidak terbeban untuk merancang/ menyediakan bahan pengisian ganti Perancangan terancang disediakan Bahan kerja sudah tersedia PdP terancang sudah tersedia Pemantauan lebih mudah dan berkesan.

Muka Surat

| 158

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

SYOR

Projek DOS ini merupakan projek penambahbaikan kepada kaedah yang lebih berkesan dalam menyelesaikan isu-isu waktu ganti. Pengurusan waktu ganti merupakan satu cabaran kepada semua pentadbir sekolah. Guru Besar sebagai pemimpin instruksional seharusnya melihat projek ini secara positif bukan suatu idea baharu yang membebankan atau menambah beban tugas pentadbir. Semua guru seharusnya membantu dan menerima idea ini secara positif jika mereka memahami hasrat murni yang akan dilaksanakan oleh pihak sekolah.

Harapan saya agar semua sekolah dapat menggunakan projek seumpama ini di sekolah masing-masing. Projek ini telah membantu melaksanakan pengisian waktu ganti, memudahkan guru yang bertugas di luar serta meningkatkan motivasi murid ke arah kecemerlangan akademik.

Projek ini bukanlah satu projek yang terbaik tetapi mungkin dapat membantu pihak sekolah mendapatkan idea atau kaedah lain untuk menjadikan waktu ganti lebih berkesan dan dapat dipantau pelaksanaannya dengan mudah. Projek ini berkemungkinan mempunyai beberapa kelemahan tetapi semua kelemahan itu boleh dibaiki dari semasa ke semasa.

Rujukan Akta Pendidikan 1958. Kementerian Pelajaran Malaysia. Surat Pekeliling Iktisas Bil 3 /1991, Kementerian Pelajaran Malaysia. Kertas Cadangan Kelas Terancang Kelas Tanpa Guru Subjek. Oleh: En Turin bin Ahmad,Penolong Kanan 1, Kolej Sultan Abdul Hamid: Tarikh :30 Mei 2002. Koleksi Projek Berasaskan Sekolah Jilid 1. Terbitan : Institut Aminuddin Baki, Cawangan Utara.
Muka Surat

| 159

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Lampiran 1
Borang DOS 1

BORANG PROGRAM DOS 1 SEKOLAH KEBANGSAAN SERI IMPIAN 14400 BUKIT MERTAJAM, SEBERANG PERAI Tarikh: Masa : Kelas : Nama Guru Tidak Hadir: Mata Pelajaran : Nama Guru Ganti Aktiviti Yang Perlu Dijalankan: Komen / Ulasan Guru ganti:

...................................................... (Tandatangan guru mata pelajaran)

........................... Tandatangan guru ganti

Disemak : .................................................... Panduan Pelaksanaan Program DOS: 1.Guru ganti mesti masuk ke kelas yang diganti pada waktu yang ditetapkan. 2.Guru ganti bertanggungjawab sepenuhnya atas kelas tersebut. 3.Guru ganti boleh mengajar & memberikan latihan / modul / bahan yang disediakan kepada murid. 4.Guru mata pelajaran perlu menyemak kerja yang diberikan oleh guru ganti.

Muka Surat

| 160

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Lampiran 2
Borang DOS 2

BORANG PROGRAM DOS 2 SEKOLAH KEBANGSAAN SERI IMPIAN 14400 BUKIT MERTAJAM,S.PERAI Tarikh: Masa : Kelas : Nama Guru Tidak Hadir: Mata Pelajaran : Nama Guru Ganti Aktiviti yang dijalankan:

........................................ (Tandatangan guru ganti)

Disemak : .................................................... Panduan Pelaksanaan Program DOS: 1.Guru ganti mesti masuk ke kelas yang diganti pada waktu yang ditetapkan. 2.Guru ganti bertanggungjawab sepenuhnya atas kelas tersebut. 3.Guru ganti boleh mengajar dan memberikan latihan / modul / bahan yang disediakan kepada murid. 4.Guru mata pelajaran perlu menyemak kerja yang diberikan oleh guru ganti.

Muka Surat

| 161

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Lampiran 3
Borang DOS 3

Borang Soal Selidik Projek DOS Penilaian Guru Guru Mata Pelajaran Tahun
Bil 1 Item Program ini membantu saya supaya lebih bertanggung-jawab semasa penggantian merujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1981. Perancangan PdP awal saya sebelum bercuti /kursus membantu murid saya. Saya rasa bersalah jika tidak dapat menyediakan rancangan PdP sebelum saya bercuti dan berkursus. Pengisian borang membantu saya menjalankan PdP sewaktu penggantian. Bahan & ABM yang disediakan memudahkan saya merancang PdP waktu ganti. Sudut tempat meletak bahan mudah untuk saya akses. Borang-borang disediakan pelanggan. yang mesra

:_________________________ :_________________________
Sangat tidak setuju Tidak setuju Kurang setuju Agak setuju Bersetuju Amat bersetuju

Syor saya untuk penambahbaikan program ini:

Muka Surat

| 162

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Lampiran 4
Borang DOS 4

Borang Soal Selidik Projek DOS Penilaian Penolong Kanan Guru Penolong Kanan:_________________________
Bil 1 Item Program ini membantu saya supaya lebih bertanggungjawab semasa penggantian merujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1981. Perancangan PdP awal Guru sebelum bercuti /kursus membantu guru ganti. Pengisian borang membantu saya menyediakan jadual ganti yang lebih mudah. Bahan & ABM yang disediakan memudahkan guru merancang PdP waktu ganti. Sudut tempat meletak bahan mudah bagi guru untuk mengakses. Borang-borang yang disediakan mesra pelanggan. Sangat tidak setuju Tidak setuju Kurang setuju Agak setuju Bersetuju Amat bersetuju

Syor saya untuk penambahbaikan program ini:

Muka Surat

| 163

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Lampiran 5
Borang DOS 5

Carta Aliran Kerja Program DOS 2 (Guru mata pelajaran tidak hadir disebabkan cuti sakit & kecemasan)
Mula

PK 1 menyemak senarai kehadiran guru pada jam 7.30 pagi.

PK 1 menyediakan jadual ganti dan mengisi borang DOS 2.

PK 1 menyerahkan borang DOS 2 dan memberikan arahan kepada guru ganti yang terlibat.

Guru ganti mengambil bahan di tempat yang disediakan dan terus ke kelas untuk menjalankan PdP.

Guru ganti mengisi aktiviti yang dijalankan dalam borang DOS 2 serta menandatangani borang tersebut.

Guru ganti menyerahkan borang DOS 2 semula kepada PK1 untuk direkod dan menyimpan semula bahan di tempat yang disediakan.

Guru mata pelajaran memeriksa jawapan atau membincangkan semula bersama murid kelas terbabit (sekiranya perlu).

Tamat

Muka Surat

| 164

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Lampiran 6
Borang DOS 6

Carta Aliran Kerja Program DOS 1 (Guru mata pelajaran tidak hadir disebabkan sesuatu urusan tetapi tarikhnya diketahui awal dan persediaan sempat dibuat)
Mula

Guru mata pelajaran mengetahui tarikh yang berkenaan.

Guru mata pelajaran merancang dan menyediakan bahan/modul PdP untuk setiap mata pelajaran dan kelas bagi setiap hari yang bakal ditinggalkan dan mengisi borang DOS. 1

Bahan/modul PdP hendaklah mencukupi bagi kegunaan semua murid di dalam kelas berkenaan.

Borang DOS 1 dan bahan/Modul PdP yang telah siap diproses dan berlabel diserah kepada PK 1.

PK 1 menyerah borang DOS 1 & bahan/modul dan arahan kepada guru ganti yang berkenaan. Guru ganti mengambil bahan dan borang DOS 1 terus ke kelas dan menjalankan PdP.

Guru ganti menyerahkan semula bahan/modul serta borang DOS 1 untuk direkod dan menyerahkan bahan/modul kepada guru mata pelajaran untuk disemak/periksa.

Guru mata pelajaran memeriksa jawapan atau membincangkan jawapan semula bersama murid kelas terbabit(sekiranya perlu).

Tamat

Muka Surat

| 165

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

PENGALAMAN SEKOLAH DI NEGERI SEMBILAN DALAM MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL

oleh HAJI HAMIDON BIN HAJI KHALID SMK Senawang 3, Taman Marida, Seremban

Abstrak Kertas ini membincangkan pengalaman Pengetua dalam Melindungi Masa Instruksional di sekolah. Dari sudut pandangan pengetua, Melindungi Masa Instruksional merupakan satu perkara yang menjadi keutamaan kepada tugas utama guru di sekolah. Ia menjadi satu faktor kejayaan kritikal pencapaian murid dalam pelbagai bidang sama ada akademik, kokurikulum, pembentukan sahsiah dan sebagainya yang bermatlamat menghasilkan kemenjadian murid. Pengawalan masa instruksional dapat meningkatkan masa pembelajaran berkesan. Impaknya dapat menjana keberhasilan pembelajaran murid. Di SMK Pasoh 2 dan SMK Senawang 3, beberapa strategi Melindungi Masa Instruksional yang digunakan ialah (1) mengurangkan masa gangguan, (2) menyediakan maklumat awal, (3) menggunakan Borang Pembelajaran Kendiri, (4) mengadakan mesyuarat di luar waktu pengajaran dan pembelajaran, (5) menjadikan headcount sebagai satu budaya atau amalan penting, (6) menjelaskan peranan guru, ibu bapa atau penjaga serta murid dan, (7) mewujudkan satu rangkaian perkongsian maklumat setempat.

Muka Surat

| 166

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

PENGENALAN

MMI ialah salah satu langkah ke arah meningkatkan mutu PdP di sekolah bagi membolehkan murid mendapat pendidikan yang maksimum, bermutu, dan berkualiti.

MMI merupakan salah satu komponen fungsi pemimpin instruksional dalam menjayakan pembelajaran secara berkesan di sekolah. Komponen ini perlu diberi perhatian dalam memastikan peningkatan keberhasilan

pembelajaran murid ke arah membangunkan modal insan yang kritis, kreatif, dan inovatif.

Dalam melaksanakan proses PdP di sekolah, para guru menghadapi pelbagai aktiviti yang menjurus kepada pembaziran waktu yang boleh mengurangkan proses instruksional di kelas. Antara aktiviti yang membazir waktu yang mungkin berlaku di sesebuah sekolah adalah seperti yang berikut: gangguan daripada pembesar suara di sekolah semasa PdP, aktiviti sukan dan sukantara semasa waktu PdP, aktiviti kokurikulum dan koakademik semasa PdP, waktu PdP kerap terganggu dengan kehadiran murid lewat ke dalam kelas atau keluar masuk kelas semasa PdP, ada ketika guru atau pelajar dipanggil ke pejabat semasa PdP, susun atur dalam kelas sendiri boleh mendatangkan gangguan. Apabila guru masuk mengajar, guru mengambil masa untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif untuk pembelajaran dengan memastikan kelas bersih, teratur dan murid bersedia menerima pengajaran serta bersedia untuk belajar, sikap guru dalam kelas sendiri boleh mengganggu tumpuan murid untuk belajar,

Muka Surat

| 167

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

prasarana dan kemudahan sekolah yang boleh mengganggu seperti terputusnya bekalan elektrik di dalam kelas ketika guru menggunakan peralatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), dan faktor luar kawalan seperti guru bercuti rehat, guru mengalami kecemasan dan gangguan masalah peribadi.

Pengetua yang berkesan memahami bahawa kunci untuk menambah baik keberkesanan sekolah bukan terletak kepada kemahiran guru dalam prosedur, pekeliling dan peraturan-peraturan tetapi keberkesanannya

menguruskan masa yang diperuntukkan untuk PdP murid (Blas dan Kirby, 2000). Dengan kata lain, melindungi masa instruksional menjadi salah satu faktor yang dapat meningkatkan keberkesanan sekolah.

Sementara itu, Hallinger dan Murphy, (1985) mencadangkan perkara berikut: Protecting instuctional time: Policies and enforcement practices that reduce tardiness, absenteeism, and truancy to increase learning time for students. Principal can also increase student opportunities to learn by protecting classroom instructional time from interruptions due to public address annoucements, by working with teachers to develop more effective classroom management and instructional practices, and by reducing the number of non-instructional school activities that enroach on classroom time. (Hallinger & Murphy, 1985)

Muka Surat

| 168

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

PERNYATAAN MASALAH.

Keberadaan guru di sekolah kini menjadi satu isu yang sering dibincangkan oleh pihak di KPM dan dalam kalangan masyarakat yang prihatin tentang perkembangan pendidikan di negara kita. Kajian rambang dan data yang dipungut oleh pentadbir sekolah sama ada data input, data proses, data outcome dan data satisfaction menunjukkan guru-guru sering menghabiskan waktu dengan kerja-kerja yang tidak penting seperti kerja perkeranian. Sebagai contoh, guru diminta memberikan maklumat yang kurang relevan kepada pihak atasan seperti Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN). Maklumat seperti biodata guru setiap mata pelajaran sering diminta oleh PPD dan JPN setiap tahun boleh menambahkan tugas-tugas perkeranian seseorang guru. Sektor ICT di JPN atau PPD perlu mewujudkan satu pangkalan data bagi memantau perpindahan guru melalui e-GTukar atau mendapatkan maklumat dari EMIS online.

Walaupun berbagai-bagai maklumat diminta oleh kedua-dua pihak tersebut, guru-guru dan pentadbir di sekolah tidak mengetahui atau dijelaskan apakah kewajarannya. Hal ini disebabkan tiada maklum balas daripada keduadua pihak dibincangkan sama ada dalam mesyuarat-mesyuarat, taklimattaklimat mahupun ketika sesi refleksi bersama pengetua-pengetua. Oleh sebab itu, guru dan pentadbir sekolah melahirkan persepsi bahawa tugas memberikan maklumat ini boleh mengganggu persediaan guru untuk melaksanakan program kecemerlangan akademik murid.

Dalam MMI, terdapat pelbagai strategi yang boleh digunakan. Dalam konteks Sekolah Menengah di Negeri Sembilan, SMK Pasoh 2 dan SMK Senawang 3 dikenal pasti berupaya MMI melalui beberapa strategi seperti yang dapat dilihat melalui Rajah 1.

Muka Surat

| 169

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Rajah 1: Dimensi pengurusan instruksional pengetua (Hallinger dan Murphy, 1985) Menurut Hallinger dan Murphy (1985), terdapat tiga dimensi pengurusan instruksional pengetua iaitu mendefinisikan misi sekolah, menguruskan program instruksional, dan membangunkan program iklim pembelajaran sekolah. Dalam Rajah 1, dapat diperhatikan bahawa

pembangunan program iklim pembelajaran sekolah mempunyai lima fungsi iaitu Melindungi Masa Instruksional, menyediakan insentif kepada guru-guru, menyediakan insentif pembelajaran, menggalakkan perkembangan profesional, dan mengekalkan keberadaan. Antara strategi yang boleh dilaksanakan:

1.

Strategi pertama ialah mengurangkan gangguan-gangguan kepada masa pengajaran guru seperti keperluan menyediakan data-data yang diperlukan oleh PPD dan JPN. Guru-guru juga perlu menyediakan kertas kerja untuk mendapatkan kelulusan menggunakan peruntukan per kapita mata pelajaran dan sebagainya. Di SMK Pasoh 2 dan SMK Senawang 3, guruguru dibantu oleh pengetua untuk meningkatkan kemahiran ICT mereka dengan memberikan pengetahuan dan kemahiran seperti menulis kertas
Muka Surat

| 170

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

kerja, dan membuat belanjawan, dan kemahiran memuat turun kertaskertas kerja. Guru-guru yang berasa tertekan atas pengarahan tugas yang dianggap membebankan menjadi sangat responsif kepada usaha pengetua untuk membantu mengurangkan beban tugas tersebut. Dengan itu mereka mudah menerima pembaharuan yang dapat meringankan tugas-tugas menyediakan kertas kerja dan pengumpulan serta penyaluran maklumat. Walaupun pengetua tidak berupaya mengurangkan tugas menyediakan kertas kerja, dan sebagainya, namun perhatian dan keprihatinan pengetua amatlah dihargai oleh guru-guru.

2.

Strategi kedua yang digunakan ialah menyediakan maklumat awal yang dimasukkan ke dalam fail-fail berkaitan. Misalnya, maklumat guru opsyen Geografi disediakan pada hujung tahun selepas mesyuarat guru pertama sesi tahun depan yang dibuat pada tahun semasa. Maklumatmaklumat lain yang menjadi rutin dan yang dijangka akan diminta oleh pihak atasan disediakan lebih awal supaya dapat MMI di kelas. Kaedah ini didapati mampu mengurangkan tugas perkeranian guru dan menyumbang kepada MMI. Dalam konteks SMK Pasoh 2, setiap guru akan dibekalkan dengan pelbagai maklumat seperti kertas kerja, laporan aktiviti, modul-modul pembelajaran, surat-surat pekeliling, dan

penggunaan geran per kapita mata pelajaran yang dimuatkan dalam satu CD sebagai rujukan ketika mesyuarat guru pertama.

3.

Strategi ketiga yang digunakan adalah dengan menyediakan Borang Pembelajaran Kendiri (merujuk Lampiran 1). Borang ini akan diisi oleh guru-guru yang akan meninggalkan sekolah kerana bertugas di luar sekolah. Program ini berteraskan bahawa guru mesti berada di dalam bilik darjah dan berfungsi dengan sewajarnya bagi memastikan pendidikan berkualiti disediakan untuk murid.
Muka Surat

| 171

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Dalam borang tersebut, guru akan memaklumkan apakah tugasan yang diberi kepada muridnya ketika beliau berada di luar kawasan. Guru ganti yang masuk ke kelas akan memantau murid melakukan aktiviti seperti yang dirancang oleh guru mereka sebelum bertugas di luar. Oleh sebab itu waktu ganti dapat digunakan dengan aktiviti yang berfaedah menjurus kepada keberhasilan murid dalam pelajaran.

4.

Strategi keempat yang digunakan ialah mengadakan mesyuarat dan latihan dalam perkhidmatan (LDP) di luar waktu PdP. Bilangan mesyuarat yang ditetapkan di sekolah berdasarkan surat Pekeliling Ikhtisas dan Surat Pekeliling Perkhidmatan yang dikeluarkan oleh KPM dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) termasuk Surat Pekeliling Kewangan. Mesyuarat-mesyuarat lain perlu dibuat dalam waktu rehat murid supaya tujuan utama mesyuarat iaitu membuat keputusan dapat dicapai. Permasalahan-permasalahan kecil yang timbul dalam pengurusan kurikulum, hal ehwal murid, kokurikulum, dan pengurusan dibincangkan terus dalam masa senggang guru.

5.

Strategi kelima yang digunakan ialah menjadikan headcount sebagai satu amalan penting ke arah kecemerlangan murid. Setiap guru mata pelajaran dikehendaki menyediakan nilai-nilai yang berkaitan dengan headcount iaitu Take-Off Value (TOV), Operational Target Increase (OTI), dan Expected Target Result (ETR). Pemantauan dibuat dengan memeriksa halaman Headcount Prestasi Akademik Murid di dalam Buku Rekod Pengajaran dan Pembelajaran Guru. Headcount juga dijadikan satu agenda yang mesti dibincangkan dalam mesyuarat panitia mata pelajaran.

Bagi memastikan murid sentiasa ada di sekolah untuk menerima pengajaran guru dan memaksimumkan pembelajarannya, biasanya setiap
Muka Surat

| 172

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

sekolah mempunyai buku rekod kehadiran murid di dalam kelas seperti ditunjukkan dalam Lampiran 2. 6. Strategi keenam yang digunakan ialah menjelaskan peranan masingmasing iaitu peranan guru, peranan murid, dan peranan ibu bapa atau penjaga. Guru-guru dijelaskan peranan masing-masing melalui

mesyuarat-mesyuarat dan taklimat di sekolah, murid-murid dijelaskan peranan masing-masing melalui perjumpaan-perjumpaan dalam kelompok kecil misalnya dalam aktiviti kokurikulum dan semasa perhimpunan

rasmi sekolah. Manakala peranan ibu bapa atau penjaga dijelaskan oleh pengetua dan pihak pengurusan sekolah melalui mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), mesyuarat agung PIBG, dan pertemuanpertemuan tiga penjuru yang diaturkan oleh pihak sekolah.

Peranan murid di sekolah adalah untuk menimba sebanyak mungkin ilmu yang dicurahkan oleh guru, bertanya guru sebarang kemusykilan dalam pembelajaran sehingga menjadi faham dan menghayati setiap topik yang diajar guru. Bagi meningkatkan pencapaian murid di dalam bidang akademik, murid dinasihatkan dan digalakkan agar sentiasa: a) hadir ke sekolah dengan kelengkapan yang mencukupi seperti pensel, pen, buku latihan, buku teks serta buku, b) c) hadir ke kelas tepat pada masanya, bersedia untuk belajar dan menerima pengajaran guru sebaik sahaja loceng dibunyikan, d) e) f) hadir ke kelas dengan kerja rumah yang telah disiapkan, berpindah ke aktiviti lain dalam kelas dengan cepat dan senyap, dan mematuhi peraturan-peraturan bilik darjah.

Peranan ibu bapa atau penjaga ialah memberikan sokongan kepada pembelajaran murid di samping mengetahui jangkaan dan harapan guru
| 173

Muka Surat

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

serta sekolah terhadap anak mereka. Ibu bapa atau penjaga boleh membantu dari segi: a) memastikan anak atau anak jagaan mereka menyiapkan tugasan kerja rumah yang diberikan oleh guru, b) c) d) menghantar anak ke sekolah, memastikan anak berada di dalam kawasan sekolah, dan menghubungi guru-guru mata pelajaran dari semasa ke semasa.

7.

Strategi ketujuh yang digunakan ialah mewujudkan satu rangkaian setempat perkongsian maklumat. Di SMK Senawang 3, perkongsian maklumat dibuat dengan menubuhkan Pusat Repositori Maya atau Virtual Repository Centre (VRC). Pusat ini merupakan satu peti mel yang dibuka dengan akaun gmail iaitu senawang3@gmail.com. Penggunaan aplikasi Google Apps dirancang akan digunakan sepenuhnya pada tahun 2013.

Rajah 2: Pusat Repositori Maya SMK Senawang 3

Muka Surat

| 174

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Antara maklumat yang dikongsikan ialah kertas-kertas kerja, bahan-bahan yang diperoleh daripada penyertaan guru dan pentadbir serta staf sokongan dalam pelbagai kursus, seminar, taklimat dan mesyuarat. Modul-modul pembelajaran yang disediakan oleh guru-guru juga turut dikongsikan secara maya dalam kalangan warga sekolah. Pusat Repositori Maya didapati sesuai dengan keadaan fizikal sekolah kerana sekolah tidak mempunyai bilik tetap disebabkan masih menumpang di SMK Senawang. Perkongsian maklumat secara maya juga dapat menjimatkan tugas guru untuk mendapatkan maklumat dan secara tidak langsung dapat MMI.

CADANGAN

Kajian menunjukkan terdapat perkaitan yang jelas antara kualiti masa instruksional dan prestasi akademik murid (Baker et al. 2004). Sepanjang tahun persekolahan masa instuksional yang signifikan didapati hilang akibat aktivitiaktiviti bukan instruksional dan gangguan-gangguan dalam pengajaran.

Terdapat beberapa gangguan dalam pengajaran yang di luar kawalan guru tetapi boleh dikurangkan oleh PPD dan JPN. Aktiviti-aktiviti kokurikulum dan koakademik jika dirancang secara bersepadu dan teliti dapat mengurangkan gangguan-gangguan luar kawalan guru ini.

Sebagai kesimpulan, guru hendaklah menggunakan sepenuhnya masa yang diperuntukkan dalam pengajaran di kelas kerana terdapat korelasi yang tinggi antara masa yang digunakan di sekolah dengan pembelajaran murid. Oleh sebab itu, seseorang guru perlu bertanggungjawab menguruskan masa instruksional. Sebagai pemimpin, guru perlula sentiasa sentiasa memantau dan mengetahui perjalanan proses PdP secara maksimum dan semua pihak peka atas tugasan dan amanah yang dipertanggungjawabkan.
Muka Surat

| 175

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Rujukan Baker, D. P., Fabrega, R., Galindo, C., & Mishook, J. (2004). Instructional time and national achievement: Cross-national evidence. Prospects 34(3), 311334. Hallinger, P., & Murphy, J. (1985). Assessing the instructional leadership behavior of principals. Elementary School Journal, 86(2), 217-248. Joseph Blase, Peggy C. Kirby. (2000). Bringing out the best in teachers. What effective principals do. California: Irwin Press Inc.

Muka Surat

| 176

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Lampiran 1 Borang Kehadiran Murid Buku Rekod Pemantauan Guru danMurid Tarikh : .......................
Bil. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. Waktu PdP Mata Pelajaran

Hari : .................
Nama Guru Bil. Murid

Bil. Murid Hadir : ........../.........


Masa Guru Masuk Masa Guru Keluar T.T. Guru Catatan Masalah Murid

Senarai Murid Tidak Hadir


Bil. 1. 2. 3. 4. Nama Murid Catatan Bil. 5. 6. 7. 8. Nama Murid Catatan

Tindakan oleh Pengetua/GPK Pentadbiran/GPK HEM/Guru Disiplin

............................................................................................................................... ............................................................................................................................... ............................................................................................................................... Disemak oleh : ........................................... ............................................ Pengetua, SMK Senawang 3
Muka Surat

| 177

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL ( MMI ) : GURU BERCUTI DAN TIDAK HADIR KE SEKOLAH, CARA MENANGANI DAN PENYELESAIANNYA

oleh DR. HAJAH ROSNANAINI BINTI HAJI SULAIMAN


SMK Malim, Melaka.

Abstrak Kecemerlangan sesebuah sekolah sering dikaitkan dengan kualiti peneraju utamanya, iaitu Pengetua dan pencapaian murid dalam pembelajarannya. Walau bagaimanapun, pelbagai halangan perlu ditempuhi oleh pentadbir sekolah dan guru dalam mencapai kualiti yang diharapkan khususnya dalam memaksimumkan penggunaan masa pembelajaran murid di dalam bilik darjah. Kertas kerja ini bertujuan untuk membincangkan faktor-faktor yang menyebabkan MMI tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan di SMK Malim dan strategi penyelesaiannya. Faktor yang dimaksudkan ialah ketiadaan guru, iaitu guru perempuan di sekolah kerana cuti bersalin, guru mengambil cuti rehat khas, cuti sakit berpanjangan, dan menjalankan tugas di luar sekolah sama ada di Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Melaka, Bahagian Teknologi Pendidikan dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Pelbagai cara penyelesaian telah diamalkan, tetapi secara khusus pihak sekolah telah melaksanakan ganti secara tetap, jual-beli guru ganti, pembinaan dan penyediaan modul dan bahan relief, pengisian program oleh guru bimbingan dan kaunseling, pengwujudan jawatankuasa MMI, dan pelaksanaan program bicara hikmah berbentuk motivasi dan kesedaran kendiri yang dilaksanakan secara berkala kepada semua guru, murid, PIBG dan pentadbir sekolah. Paling penting, KPM perlu membekalkan guru ganti secara tekal dan berterusan kepada sekolah yang memerlukannya. Usaha melindungi masa instruksional atau pembelajaran murid ini akan berjaya sepenuhnya jika kesemua program yang dirangka telah dilaksanakan dengan ikhlas, bersungguh-sungguh, berkolaborasi dan berterusan. Jelasnya, Pengetua perlu memahami dan mengaplikasikan kepimpinan instruksional di samping Guru Penolong Kanan dan Guru Kanan Mata Pelajaran memantau program sokongan MMI. Guru pula perlulah memahami tugas mereka secara mendalam dengan menganggap kerja sebagai ibadah dan murid sentiasa bermotivasi tinggi serta jelas tentang arah dan hala tuju masa depan masing-masing. PIBG sentiasa memberikan sokongan dan bantuan kepada pihak sekolah seperti bantuan kewangan, sokongan moral, khidmat nasihat dan sebagainya.
Muka Surat

| 178

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

PENGENALAN

Setiap hari manusia dikurniakan jumlah masa yang sama, iaitu 24 jam, tidak lebih dan tidak kurang. Masa ialah sumber yang unik kurniaan Ilahi yang tidak dapat dikumpul malah tidak dapat ditukar ganti dengan sebarang bentuk harta yang lain . Menurut Albert E.N. Gray dalam eseinya "The Common Denominator of Success" kejayaan yang dicapai oleh manusia tidak hanya disebabkan mereka bekerja kuat, bernasib baik atau hebat dalam mengatur hubungan sesama manusia meskipun semua faktor berkenaan adalah penting. Beliau menegaskan lagi bahawa, "Orang yang berjaya mempunyai amalan membuat perkara yang mana orang gagal tidak suka melakukan." (Taidin Suhaimin, 2012).

Faktor utama yang mendorong kejayaan manusia dalam kehidupan seharian ialah sentiasa mengutamakan amalan keberkesanan. Mereka sentiasa menggunakan fikiran dan tenaga untuk perkara-perkara paling utama, paling berfaedah serta fokus kerja yang memberikan pulangan maksimum. Bersesuaian prinsip 20/80 yang diperkenalkan oleh Vilfredo Pareto didapati menyokong teori pengurusan masa berkesan. Menurut prinsip Pareto, untuk mencapai keberkesanan pada kadar (optimum) sekitar 80% setiap hari,

minggu, bulan, tahun atau dalam seumur hayat manusia, kita hendaklah menumpukan perhatian umum perkara atau tugasan yang paling penting dahulu. Misalnya, jika kita mempunyai 10 senarai tugasan atau kerja pada hari ini dan dapat menyelesaikan dua tugasan yang paling penting atau paling tinggi pulangannya, pencapaian atau keberkesanan kita pada hari tersebut adalah pada tahap 80%.

Oleh itu, untuk merealisasikan matlamat pendidikan negara kita secara holistik seperti yang terdapat dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 2025, maka pengurusan masa PdP yang berkesan di sekolah
Muka Surat

| 179

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

perlu dititikberatkan secara serius agar kita dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan sistem pendidikan yang bertaraf dunia.

PERNYATAAN MASALAH

Perhatian serius terhadap

masa instruksional

murid dapat meningkatkan

kuantiti dan kualiti keberhasilan pembelajaran murid. Isu ketiadaan guru di sekolah merupakan antara masalah utama yang dialami oleh kebanyakan sekolah kerana pelbagai komitmen perlu dihadapi oleh guru-guru berkenaan. Walaupun setiap sekolah disalurkan bilangan guru terhak yang mencukupi namun secara realitinya permasalahan ketiadaan guru di sekolah sering dihadapi oleh Pengetua. Sebagai contoh penulisan ini akan memberikan fokus kepada kes-kes yang berlaku di SMK Malim, Melaka.

Dari segi latar belakang, sekolah ini terletak dalam daerah Melaka Tengah, iaitu dalam kawalan Pejabat Pelajaran Daerah Melaka Tengah. Pada tahun 2012, bilangan guru sekolah ini seramai 108 orang, iaitu 20 orang guru lelaki dan 88 orang wanita. Manakala bilangan murid pula seramai 1700 orang. Jadual 1 di bawah menunjukkan maklumat guru SMK Malim mengikut umur pada tahun 2012.

Jadual 1 : Maklumat Bilangan Guru SMK Malim Pada Tahun 2012 BIL 1. 2. 3. PENERANGAN Guru berumur 31 tahun ke 25 tahun Guru berumur 32 tahun 40 tahun Guru berumur 41 tahun ke atas Jumlah Jumlah Besar JANTINA L 2 6 12 20 108
Muka Surat

P 23 41 24 88

| 180

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Berdasarkan data di atas, jelas menunjukkan bahawa bilangan guru wanita lebih ramai berbanding guru lelaki dan dalam kalangan guru wanita pula sebanyak 64 orang (59%) adalah guru yang berumur dalam lingkungan 25 tahun ke 40 tahun. Oleh sebab guru wanita ini dalam kategori guru yang produktif melahirkan anak, maka mereka akan mengambil cuti bersalin berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Awam Bilangan 4/2010 dan Pekeliling Perkhidmatan Awam Bilangan 15/2007 seperti berikut: Seseorang

pegawai

wanita

yang

bersalin

layak

mendapat cuti bergaji penuh sebanyak 300 hari sepanjang tempoh perkhidmatannya. Pegawai diberi fleksibiliti untuk menentukan sendiri tempoh cuti bersalin antara 60 hari sehingga 90 hari bagi setiap kelahiran. Walau bagaimanapun pegawai boleh memilih untuk menggunakan cuti bersalin lebih awal dari tarikh bersalin iaitu pada bila-bila masa dalam tempoh 14 hari dari tarikh dijangka bersalin ( PPA bilangan 14/2010 ). Kemudahan cuti menjaga anak adalah bertujuan membolehkan pegawai wanita menjaga dan menyusukan bayinya. Pegawai wanita yang melahirkan anak boleh

dipertimbangkan kemudahan cuti menjaga anak oleh ketua jabatannya sehingga 1,825 hari ( 5 tahun) sepanjang tempoh perkhimatan berdasarkan syarat seperti berikut : i. Kemudahan cuti menjaga anak adalah cuti tanpa gaji, ii. Tempoh keseluruhan kemudahan cuti menjaga anak tidak melebihi 1825 hari (5 tahun)., iii. Kemudahan ini boleh diambil sekaligus atau sebahagian daripadanya ( PPA bilangan 1/ 2007.)

Muka Surat

| 181

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Berikut dipaparkan data guru wanita SMK Malim yang mengambil cuti bersalin pada tahun 2012 seperti jadual 2 di bawah : Jadual 2 : Senarai nama guru bersalin tahun 2012 dan tempoh mereka bersalin dan bilangan hari yang diambil. BIL 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. NAMA GURU Guru A Guru B Guru C Guru D Guru E Guru F Guru G Guru H Guru I Guru J TEMPOH CUTI BERSALIN 12.06.2012 09.09.2012 02.04.2012 30.06.2012 28.09.2012 26.12.2012 11.09.2012 09.11.2012 12.09.2012 10.11.2012 04.04.2012 02.07.2012 12.04.2012 10.07.2012 23.07.2012 20.10.2012 21.06.2012 18.09.2012 12.10.2012 09.01.2013 HARI 90 90 90 60 60 90 90 90 90 90

Berdasarkan Jadual 2 di atas, menunjukkan terdapat seramai 10 orang guru wanita SMK Malim telah mengambil cuti bersalin sepanjang tahun 2012. Sebanyak 8 orang guru (80%) dalam kalangan mereka yang bersalin mengambil cuti maksimum sebanyak 90 hari dan 2 orang guru sahaja (20%)
Muka Surat

| 182

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

mengambil cuti sebanyak 60 hari. Dua orang guru dalam kalangan mereka telah menyambung cuti iaitu dengan mengambil cuti tanpa gaji menjaga anak selama 90 hari. Kesemua guru telah mengambil cuti bersalin lebih awal iaitu 14 hari daripada tarikh dijangka bersalin. Hal ini sudah tentu menjejaskan masa instruksional murid kerana tiada guru ganti yang mengambil masa instruksional yang ditinggalkan oleh guru.

Di sebalik guru mengambil cuti bersalin yang sememangnya telah dimaklumi oleh Pengetua, kes-kes cuti seperti cuti rehat khas, guru menghadiri kursus dan bertugas di luar sekolah juga merupakan cabaran untuk menangani masa instruksional murid. Ketiadaan guru ini walaupun bukan dalam tempoh jangka yang panjang telah memberikan impak negatif tentang pelaksanaan PdP murid di dalam kelas. Apatah lagi jika ada dalam kalangan guru yang mengambil cuti sakit atau cuti rehat khas secara tergempar kerana hal-hal yang tidak dapat dielakkan. Berdasarkan semakan fail cuti sakit guru SMK Malim, didapati seramai 10 orang guru yang dikategorikan kerap mengambil cuti sakit sehingga 40 hari setahun sama ada secara berkala atau secara berpanjangan. Hal ini tentu menjejaskan masa instruksional murid.

CADANGAN TINDAKAN/ PENYELESAIAN MASALAH

Bagi menangani isu yang dibincangkan di atas pihak sekolah telah berusaha melaksanakan beberapa program bagi MMI seperti berikut:

1.

Pertama : Pelaksanaan guru ganti tetap dan amalan konsep jual beli kelas ganti.

Ketiadaan guru di dalam kelas kerana cuti bersalin dan sakit yang berpanjangan, telah diatasi oleh pihak sekolah dengan melaksanakan
Muka Surat

| 183

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

guru ganti tetap. Guru Ganti tetap bermaksud seseorang guru yang berada di sekolah akan diberi tugas tambahan bagi menggantikan kelas guru yang bersalin. Guru yang mengambil kelas gantian tetap ini perlu mengenal pasti kesesuaiannya bagi melaksanakan PdP dalam kelas guru yang bercuti. Sekurang-kurangnya mereka dalam panitia yang sama atau opsyen yang hampir sama. Strategi pelaksanaan gantian tetap ini perlu dirancang lebih awal, teliti dan berhemah. Pihak pentadbir perlu mengumpulkan data guru yang akan bercuti lebih awal khususnya guru wanita yang akan bersalin atau bercuti tanpa gaji. Misalnya, senarai nama guru yang bersalin dan tempoh cuti yang akan diambil oleh mereka pada tahun 2013 akan direkod pada bulan November tahun 2012. Dengan itu, pihak sekolah dapat merancang program bagi mengisi masa

instruksional dengan baik dan bersistematik.

Jadual 3 di bawah ialah rekod guru yang akan bersalin pada tahun 2013, tempoh bersalin dan mata pelajaran yang diajar di SMK Malim.

Jadual 3: Senarai nama guru yang akan bersalin tahun 2013, mata pelajaran yang diajar dan tarikh jangkaan bersalin.
Bil 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. Nama Guru Guru L Guru M Guru N Guru O Guru P Guru Q Guru R Guru S Guru T Guru U Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual Bahasa Inggeris Pendidikan Islam Sejarah / Kimia Sains / Biologi Biologi / Sains Sains Sains Kemahiran hidup Pendidikan Khas Tarikh Jangkaan Bersalin April Januari Mei Februari Mei Januari Jun Jun Mei Jun

Muka Surat

| 184

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Selain itu, satu alternatif lain yang turut dilaksanakan ialah pelaksanaan konsep gantian melalui kaedah jual beli. Melalui kaedah ini guru yang ingin bercuti atas sebab-sebab tertentu perlu mencari guru pengganti sendiri. Guru berkenaan perlu mencari guru yang sanggup menggantikan waktunya menerusi persefahaman yang dicapai antara kedua belah pihak. Kaedah ini pada asalnya rumit untuk dilaksanakan namun lama-kelamaan ia semakin diterima kerana cara ini meletakkan persefahaman sebagai asas pemberian dan penerimaan gantian antara pihak yang terlibat. Sekiranya guru yang ingin bercuti tadi mendapat guru pengganti maka ia perlu dimaklumkan kepada pentadbir bagi tujuan rekod semasa.

2.

Kedua : Penyediaan bahan atau modul guru ganti

Penyediaan modul guru ganti yang dibangunkan oleh ketua panitia bersama barisan guru cemerlang juga merupakan suatu alternatif yang telah dilaksanakan. Bahan-bahan modul berkenaan diletakkan dalam bilik Bahan Bantu Mengajar (BBM) berdekatan dengan bilik guru untuk memudahkan semua guru mengambil dan membawanya ke dalam kelas ganti. Guru-guru diberi kebebasan sama ada ingin membawa bahan yang sesuai dengan bidangnya atau membawa bahan mengikut guru mata pelajaran yang diganti. Setiap bahan yang telah siap dilakukan oleh para murid hendaklah diserahkan kepada guru mata pelajaran sebenar untuk dibuat semakan. Pelaksanaan kaedah ini didapati telah membantu guru-guru melaksanakan proses PdP termasuklah pelaksanaan PBS bagi murid-murid tingkatan Satu. Panitia Pendidikan Islam sebagai contohnya telah menyediakan bahan-bahan PdP berfokus kepada bidang ibadah, tilawah, dan akidah untuk diuji bagi kelas-kelas yang diganti. Setiap guru agama yang menerima kelas ganti akan membawa bersama fail dan modul untuk dilaksanakan di kelas-kelas berkenaan. Kaedah yang dilaksanakan ini
Muka Surat

| 185

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

terbukti telah membantu guru-guru melaksanakan proses PdP dengan lebih baik dan berkesan.

3.

Ketiga : Program Bicara Hikmah

Penerapan elemen motivasi dan kesedaran kendiri telah dijalankan melalui program Bicara Hikmah. Antara pengisiannya ialah mengenai pengurusan masa yang berkesan dan konsep kerja sebagai ibadah. Mereka juga akan diberi motivasi dan kesedaran kendiri oleh pasukan pentadbir khususnya mengenai pengurusan masa yang berkesan. Sesungguhnya dalam kalangan ahli profesional termasuk guru telah berusaha

menguruskan masa mereka dengan baik, malangnya hanya segelintir daripada mereka sahaja yang berjaya mencapai matlamat yang dirangka. Pengurusan masa yang berkesan memerlukan lebih daripada apa yang terdapat dalam senarai tindakan dan azam yang kuat bukan sekadar bangun daripada tidur dan berjanji kepada diri sendiri, "hari ini saya akan menguruskan masa dengan baik.". Dalam menguruskan masa instruksional, guru yang akan cuti bersalin ini diingatkan tentang kepentingan menguruskan masa instruksional,

pertama, memahami nilai masa dan bagaimana masa dihabiskan. Kedua, memahami kemahiran penggunaan masa dan ketiga, penggunaan alat dan kemahiran pengurusan. mengamalkan

Dalam hal ini MMI

merupakan salah satu pendekatan yang wajar dijadikan amalan bagi meningkatkan kualiti penggunaan masa secara optimum dalam

pengurusan dan pentadbiran sekolah. Program Bicara Hikmah bukan sahaja dilaksanakan kepada guru, tetapi juga kepada murid pada setiap pagi Jumaat secara berjadual. Selain bacaan Surah Yasin, guru murid dan warga sekolah yang berkesempatan akan membaca zikir munajat, asmaul husna dan pengertiannya. Guru-guru dan staf sokongan pula akan mengikuti tazkirah sebulan sekali pada waktu yang telah dijadualkan.
Muka Surat

| 186

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Trademark sekolah turut diperkenalkan dalam setiap acara mahupun majlis yang dianjurkan di sekolah sebagai langkah menanam sikap yang positif dalam kalangan murid SMK Malim. Trademark sekolah juga akan dilaungkan oleh guru sebelum PdP dimulakan bagi mengawal disiplin dan motivasi murid di dalam bilik darjah. Selain itu, tanpa mengira sebarang program, setiap pengisian majlis di sekolah akan diselitkan dengan laungan Trademark seperti berikut:

WARGA MALIM ... Berwawasan KETERAMPILANNYA ... Hebat BERDIRINYA/DUDUKNYA ... Sedia ANAK YANG BAIK ... Mendengar kata FOKUS ... Boleh BUDAYA ... Senyap

Penerapan elemen motivasi dan kesedaran intrinsik dilakukan secara berterusan termasuklah menerusi slot suntikan motivasi bersama kaunselor selain ceramah-ceramah agama dalam program sambutan hari kebesaran Islam. Pola pemikiran dan tindakan negatif yang wujud dalam diri warga sekolah perlu diubah menerusi pendekatan humanistik. Kes-kes seperti guru datang lewat dengan sengaja, cuti diambil sewenangwenangnya serta tidak masuk ke kelas, selain masalah yang berterusan ditimbulkan oleh para murid perlu ditangani secara bijaksana. Justeru, usaha yang dilakukan ini merupakan satu pelan jangka panjang yang diharapkan dapat mengubah persepsi dan sikap negatif dalam kalangan guru dan murid mengenai cara berfikir, cara bertindak termasuklah daripada aspek pengurusan masa kerja dan belajar yang efisien.

Muka Surat

| 187

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

4.

Keempat : Mewujudkan jawatankuasa MMI Sekolah

Satu jawatankuasa MMI diwujudkan sebagai strategi untuk menjelaskan kepentingan mengisi masa instruksional kepada semua warga SMK

Malim. Organisasi yang diketuai Pengetua, diikuti Guru Penolong Kanan dan Guru Kanan Mata Pelajaran, ketua-ketua panitia dan termasuk empat orang Guru Cemerlang yang bertindak selaku penyusun modul dan bahan PdP. Tanggungjawab utama organisasi MMI ini ialah menyusun program MMI selari dengan matlamat pihak sekolah untuk memanfaatkan masa PdP sepenuhnya di dalam bilik darjah khususnya semasa guru menerima tanggungjawab sebagai guru ganti. Selain merangka dan menyusun atur modul PdP, kumpulan jawatankuasa kerja ini perlu mengatur selia bahan-bahan lain yang diserahkan oleh guru-guru untuk direkod dan dikemas kini penggunaannya di dalam bilik darjah. Semua bahan dan modul yang diterima akan dikumpul di dalam bilik khas bagi memudahkan guru-guru mengambil dan membawa masuk ke dalam kelas ganti masing-masing. Setiap penggunaan bahan akan direkod untuk menilai tahap penggunaan serta keberkesanan program yang dirancang. Ahli jawatankuasa ini juga dijadikan rujukan oleh setiap guru yang ingin menggunakan modul dan bahan yang disediakan. Penilaian dan maklum balas yang diterima daripada kalangan rakan

sejawat akan dibincangkan dalam mesyuarat pengurusan sekolah terutamanya dari segi keberkesanan pelaksanaannya. Kesediaan guru menjayakan program dengan penggunaan modul di dalam kelas ganti bukan hanya telah mengoptimumkan penggunaan masa dengan slot PdP, bahkan mengubah persepsi murid yang selama ini beranggapan bahawa waktu kelas ganti ialah waktu untuk bersembang kosong atau santai.

Muka Surat

| 188

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

CADANGAN

Antara cadangan untuk MMI di peringkat sekolah adalah seperti yang berikut:

1.

Kementerian Pelajaran Malaysia perlu peka dengan keperluan Guru Ganti di sekolah. Bagi mengisi masa instruksional yang terjejas kerana guru bercuti, bekalan guru ganti tidak boleh terputus malah perlu berterusan berdasarkan permohonan Pengetua. Walaupun kehadiran guru ganti tidak mungkin dapat mencapai matlamat atau objektif PdP secara seratus peratus, tetapi sedikit sebanyak masa instruksional murid akan terisi di samping masalah disiplin murid dapat dikawal. Penyediaan bahan atau modul untuk kegunaan guru ganti membolehkannya mengisi masa instruksional murid dengan berkesan.

2.

Penyediaan Modul dan Bahan Berkualiti untuk guru ganti yang dirancang oleh pihak sekolah perlu berkualiti dan sesuai digunakan di kelas ganti. Sikap acuh tidak acuh dan sambil lewa dalam

menyediakan modul atau bahan guru ganti ini tidak akan memberikan impak yang positif kepada pembelajaran murid.

3.

Menyediakan Jawatankuasa Melindungi Masa Instruksional (MMI) di sekolah. Jawatankuasa ini sangat relevan dengan hasrat untuk memperkasakan tanggungjawab guru dan meningkatkan penghasilan pembelajaran murid. Keberkesanan fungsi jawatankuasa ini perlu

dinilai secara berterusan dan diperkemas lagi setiap tahun. Ahli jawatankuasa ini yang terdiri daripada pentadbir sekolah, Guru Kanan Mata Pelajaran, Guru Cemerlang, dan Ketua Panitia perlu memahami dengan mendalam hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mencapai kualiti pendidikan murid secara holistik dan bersepadu dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
Muka Surat

| 189

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

4.

Pengisian program khas oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Peranan Guru Bimbingan dan Kaunseling perlu diperkasa dan dipertingkatkan lagi. Mereka boleh mengisi masa instruksional dengan mengadakan program-program bimbingan dan kaunseling seperti kemahiran belajar, prospek kerjaya pada masa depan dan lain-lain. Pada masa tertentu dan sesuai mereka boleh diberi relief tetap untuk mengisi masa instruksional guru cuti bersalin.

5.

Pelaksanaan Program Bicara Hikmah yang memberikan fokus kepada pembangunan kesedaran kendiri dan meningkatkan motivasi. Program ini perlu dijalankan dengan konsisten dan bermaklumat. Program ini boleh diberi dengan pelbagai jenama yang sesuai mengikut keperluan sekolah. Matlamat program ini adalah untuk mengubah paradigma dan cara berfikir guru ke arah lebih kreatif dan inovatif. Antara modul yang boleh digunakan ialah modul perubahan paradigma guru dan modul tanggungjawab manusia empat dimensi iaitu siapakah diri kita dari kaca mata Islam.

Selain itu guru-guru juga perlu diberi pemahaman yang jelas mengenai konsep penggunaan masa yang berkesan mengikut pandangan Islam. Sesungguhnya Islam amat menggalakkan umatnya mementingkan soal penggunaan dan

pengurusan masa. Semua perkara yang dilakukan oleh umat Islam berdasarkan masa dan waktunya. Oleh itu, sebagai organisasi yang bertanggungjawab menentukan kejayaan visi dan misi negara, pihak sekolah perlu mengisi masa instruksional murid dengan program yang sesuai demi memanfaatkan masa seoptimum yang mungkin. Diharap Program MMI ini berupaya untuk

mengorak langkah bagi mengelakkan pembaziran masa di dalam kelas. Hal ini

Muka Surat

| 190

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

disebabkan PdP di dalam kelas merupakan entiti penting, nukleus utama dan core bussiness yang perlu dilaksana dan dimanfaatkan secara berkesan.

RUMUSAN

Sebagai rumusannya dapat disimpulkan bahawa usaha

melindungi masa

instruksional di sekolah perlu diberi perhatian yang sewajarnya terutama semasa guru tidak dapat hadir ke sekolah kerana bercuti, berkursus dan bertugas di luar sekolah. Usaha ini diharap dapat meningkatkan keberhasilan pembelajaran murid seterusnya merealisasikan visi dan misi sekolah dan Kementerian Pelajaran Malaysia. Kejayaan yang diharapkan ini memerlukan komitmen dan kolaborasi semua pihak di sekolah. Hal ini bermula dengan peranan Pengetua selaku peneraju utama sekolah, perlu memahami dan

mendalami tugasnya sebagai pemimpin instruksional dan mempraktikkannya. Pentadbir yang lain, guru-guru dan semua warga sekolah sewajarnya menyokong dan memantau keberkesanan program MMI dengan rapi dan berkesan. Guru pula perlu diberi motivasi secara berterusan bagi memahami tugas dan tanggungjawab mereka sebagai pendidik. Manakala murid pula perlu diberi suntikan semangat kepentingan masa depan. yang tinggi untuk menyedarkan mereka tentang

Rujukan Albert. EN Gray ( 1940 ) The Common Dominator Of Sucsess. National Association Of Life Under Writers James Ang Jit Eng & Balasandran Ramiah ( 2012 ) Kepimpinan Instruksional; Satu Panduan Praktikal. PTS Profesional Publishing Murphy, J. ( 1990 ) Principal Instruktional Leadership : Changing Perspective On The School. Advances in Educational Administration, 1, 163 -200. Martin Manser ( 2010 ) The Management Secret Harper Collins Publisher Ltd
Muka Surat

| 191

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 2025. ( 2012 ) Laporan Awal, Ringkasan Eksekutif.

Muka Surat

| 192

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

AMALAN TERBAIK MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL

Oleh HAJI KOMARUDIN BIN ABDULLAH


SMK Sultan Yahya Petra 1, Kuala Krai, Kelantan Darul Naim

Abstrak Perkara utama dalam mengukuhkan kualiti pendidikan dan memastikan pengendalian pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah dapat berjalan lancar ialah guru mesti masuk kelas dan pengajaran-pembelajaran berkesan. Justeru, guru perlu memainkan peranan utama mewujudkan situasi pembelajaran yang menarik perhatian murid melalui kepelbagaian pedagogi. Dalam hal ini komitmen dan kerjasama semua guru amat diperlukan bagi memastikan kecemerlangan akademik murid. Hasil yang paling bernilai ialah apabila berjaya menghasilkan yang murid mempunyai pencapaian yang cemerlang dalam akademik,bersahsiah mulia dan aktif dalam aktiviti kokurikulum. Sumber tenaga guru yang komited, rajin dan berpengalaman yang dimiliki oleh sekolah harus diambil peluang oleh pengurus untuk diguna pakai dalam merancang dan melaksanakan pelbagai program bagi memastikan pencapaian KPI. Sebagai pemimpin sekolah, teras utama ialah memastikan pencapaian akademik terus meningkat sama ada dari segi peratus kelulusan keseluruhan mahupun gred purata sekolah (GPS). Namun pihak sekolah, tidak dapat mengelak dari isu guru tiada di sekolah dan guru tidak masuk kelas atas sebab-sebab urusan rasmi atau sengaja. Menyedari hakikat inilah maka pelbagai usaha dilakukan bagi melindungi masa instruksional ini. Antaranya ialah program-program yang lebih berfokus ataupun usaha-usaha personel yang diambil oleh pengurus sekolah bagi mengatasi isu yang timbul. Di samping itu, sekolah perlu mengamalkan budaya kerja cemerlang di peringkat pemimpin sekolah bersama-sama dengan guru-guru termasuk kakitangan.

Muka Surat

| 193

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

PENGENALAN

Melindungi masa instruksional bermaksud mengurangkan gangguan bagi mengelakkan kelas tidak berlangsung seperti yang dirancang. Ia bertujuan untuk memastikan kualiti masa instruksional yang boleh menjamin

pembelajaran bermakna/ berkesan dalam kalangan murid. Kepimpinan pula didefinisikan sebagai proses mempengaruhi orang lain termasuk kakitangan bawahan untuk melaksanakan sesuatu tugas atau aktiviti untuk mencapai matlamat organisasi. Menurut Blas (1998) kepimpinan instruksional adalah gabungan penyeliaan, pembangunan staf dan perkembangan kurikulum. Kepimpinan instruksional ialah segala usaha yang dilakukan oleh pemimpin sekolah untuk menyediakan inovasi kurikulum dan memperkembangkan proses pengajaran dan pembelajaran dengan tujuan menjayakan matlamat sekolah (Hussein,1989). Kepimpinan instruksional juga boleh didefinisikan sebagai pemimpin sekolah yang mengambil peduli dan cakna terhadap pengajaran guru dan pembelajaran murid serta perkembangannya dan sentiasa membina iklim pembelajaran yang kondusif di sekolahnya.

Sebenarnya melindungi masa instruksional amat penting dengan bermatlamat untuk mengurangkan gangguan masa dan memastikan pengajaran dan pembelajaran berlaku secara bermakna dan berkesan dalam kalangan murid. Masa instruksional merupakan masa dimana murid mendapatkan pembelajaran yang berkualiti yang telah dirancang oleh guru yang mengajar atau pihak sekolah. Guru sekolah perlu memanfaatkannya secara optimum dengan memastikan kelas berlangsung sama ada dengan kehadiran guru atau tanpa kehadiran guru serta memastikan murid belajar secara berkesan. Pengurangan masa instruksional perlu dibendung oleh pihak sekolah bagi memastikan tempoh masa untuk pembelajaran berkesan dalam kalangan murid meningkat.

Muka Surat

| 194

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

PERNYATAAN ISU MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL


1. Isu Gangguan Masa Instruksional Murid.

Ada 3 Penyebab Berlakunya Gangguan Masa Instrulsional: a) Guru Tidak Hadir Ke Sekolah : i. ii. iii. iv. v. vi. Cuti Sakit (MC) Cuti Rehat Khas (CRK 7 hari setahun) Cuti Bersalin Keluarga terdekat meninggal Isteri bersalin Menghadiri kursus/mesyuarat/seminar/bengkel atau sebagainya

vii. Menghadiri pelbagai aktiviti kokurikulum (jurulatih,pengiring,pengadil dsb) viii. Jurulatih Utama,penceramah ix. Pengawas peperiksaan

b)

Guru Hadir Tapi Tak Masuk Kelas : i. Terlupa (berbual dikantin,berniaga,bertukar jadual atau sebagainya) ii. iii. iv. v. Melayan tetamu luar Mesyuarat dalaman Dipanggil oleh pengetua Tak minat mengajar (mengajar bukan subjek opsyen,mengajar kelas akhir,gagal vi. Kawalan kelas semasa mengajar,tak minat jadi guru (bukan pilihan),
Muka Surat

| 195

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

vii. Tak bersedia,berulang jauh ke sekolah(penat).

c)

Gangguan Semasa Pengajaran dan Pembelajaran i. ii. Pengumuman dari pembesar suara Kelewatan murid masuk kelas (tandas,jumpa kawan/guru /kantin dsb) iii. iv. v. Keadaan kelas yang tak ceria Murid dipanggil oleh pentadbir/guru Murid terlibat dalam latihan dalam pelbagai pertandingan kokurikulum/koakademik vi. Kerusakan peralatan seperti komputer

vii. Murid kurang bersedia untuk belajar(tak minat subjek berkenaan. viii. PdP guru tidak menarik dan berkesan

CADANGAN TINDAKAN PENYELESAIAN

Berdasarkan isu yang telah dinyatakan, Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yahya Petra I telah melaksanakan dua cadangan penyelesian iaitu:

1.

Program berfokus melindungi masa instruksional Program ini bertujuan bagi memastikan setiap isu yang dihadapi dapat diselesaikan dengan cara terbaik.

Muka Surat

| 196

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Jadual 1: Program Berfokus


BIL KATEGORI FAKTOR GANGGUAN FAKTOR PENGURUSAN SEKOLAH KELOMPOK STRATEGI : Program berfokus Dasar Pengurusan Sekolah Program khas melindungi masa instruksional, contoh: o jadual guru ganti, open book test, rekod pengesanan murid, guru on call, borang laporan kelas, jual beli waktu pengajaran School-based CPD Penyelarasan aktiviti KPM Program e-cakna Rondaan pentadbir (Leadership and Management by Walking AroundL&MBWA) CPD guru School-based CPD Pemantauan dan penilaian pengajaran guru berterusan Guru opsyen STRATEGI : Budaya kerja cemerlang Penguatkuasaan dan pematuhan dasar pengurusan sekolah Perluasan program / aktiviti khas di sekolah School-based CPD

1.

Guru Tiada Gangguan Fizikal Gangguan Luar Jangka Gangguan Adhoc

2.

FAKTOR INSTRUKSIONAL GURU

Kualiti Pembelajaran Murid Kualiti Pengajaran Guru

Kepimpinan instruksional budaya kepimpinan pemimpin sekolah CPD guru School-based CPD Pemantauan dan penilaian pengajaran guru berterusan Pembudayaan bimbingan instruksional dalam kalangan komuniti sekolah Guru opsyen Professional Learning Community untuk CPD guru

Muka Surat

| 197

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Program-program di atas dirancang dan dilaksanakan secara berfokus dan khusus untuk menyelesaikan isu dan permasalahan dalam amalan menjaga masa instruksional di sekolah ini. Matlamatnya ialah memastikan setiap orang murid sekolah ini mendapat hak mereka untuk menikmati peruntukan masa persekolahan yang betul dan bermanfaat seperti mana yang digariskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dalam surat pekeliling ikhtisas dan siaran rasmi.

Di samping itu, program berfokus seperti e-cakna (pencerapan) dan rondaan pentadbir (Leadership and Management by Walking Around) juga membantu pemimpin sekolah memastikan guru mesti berada dalam bilik darjah,dan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan berkesan. Ini bermakna apabila guru berada dalam kelas, guru mestilah berfungsi sebagai seorang pendidik. Apabila situasi ini berlaku, murid akan dapat menikmati masa 40 hingga 80 minit tersebut dengan penuh kepuasan dari aspek keperluan dan kehendak mereka untuk mendapatkan ilmu pengetahuan.

2.

Budaya kerja cemerlang : Amalan Melindungi Masa Instruksional

Persoalan dan isu yang sering dibangkitkan ialah sejauhmanakah pemimpin sekolah atau Pengetua memberi penekanan dan peruntukan masa yang banyak kepada kepimpinan instruksional. Dapatan dari pihak Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti , JNJK,KPM dan kajian-kajian yang dijalankan di peringkat negeri mendapati bahawa ada kalangan Pengetua kurang memberi perhatian terhadap PdP. Berdasarkan pengalaman, amalan budaya kerja cemerlang pengetua bukan sahaja memerlukan perhatian atau tanggungjawab secara langsung terhadap kepimpinan instruksional ini, tetapi juga dalam aspek-aspek lain yang berkaitan misalnya perlu di selitkan atau digabungjalinkan dalam ucapan harian,
Muka Surat

| 198

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

doa,

aktiviti

kokurikulum,

program

pembangunan

disiplin

dan

sebagainya.

Proses

penggabungjalinan

dan

penerapan

ini

penting

bagi

membolehkan perkara yang dianggapkan sukar seperti mencapai kecemerlangan akademik itu akan menjadi fokus, tanggungjawab dan amalan penting oleh semua pihak. Dengan cara ini, pembangunan sekolah menjadi lebih holistik dan wujudnya budaya kerjasama serta belajar dalam suasana yang kondusif sama ada di dalam bilik darjah, luar bilik darjah atau di rumah.

Sebagai pemimpin sekolah, pengetua mesti memberi fokus kepada PdP. Penyelidikan sekolah telah menunjukkan bahawa pengetua sekolah boleh membawa perubahan yang mendadak terhadap produktivi sekolah. Pengetua melakukannya melalui peranannya sebagai pemimpin

instruksional di sekolah. Penekanan terhadap aspek perpaduan kaum terutama semasa proses pengajaran dan pembelajaran amat dititikberatkan oleh pentadbiran sekolah. Pihak kami memastikan penglibatan

sepenuhnya murid daripada tiga kaum utama di sekolah ini iaitu murid Melayu, Cina dan India.

Usaha perlu dibuat bagi memastikan keperluan pengajaran dan pembelajaran guru mencukupi dan terkini. Guru-guru digalakkan

melanjutkan pelajaran dan mengikuti pelbagai kursus yang bersesuaian dengan opsyen mereka dalam usaha meningkatkan pencapaian akademik murid. Bakat yang ada pada guru digunakan sepenuhnya untuk menjalankan tugas dalam membina semangat kerja berpasukan dengan menyediakan peluang-peluang untuk guru berkongsi kepakaran,

mengadakan perbincangan dan perjumpaan mengenai urusan kerja dalam suasana kondusif dan bersahaja. Pengurus sekolah perlu peka terhadap
Muka Surat

| 199

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

faktor-faktor yang boleh membantutkan semangat guru seperti bilik darjah tidak kondusif, kurang kebajikan dan tahap disiplin murid lemah. Pihak sekolah juga perlu menawarkan maklumat kejayaan guru/staf kepada komuniti dan memperbanyakkan surat penghargaan dan ucapan terima kasih kepada guru dan staf. Pendekatan berkomunikasi dengan cara terbaik, mesra dan saling menghormati misalnya memberi penghargaan kepada guru/staf semasa mesyuarat atau majlis

perhimpunan rasmi sekolah. Kesannya akan melahirkan rasa bangga guru/staf terhadap sekolah, pentadbir, rakan sekerja dan murid.

Usaha yang berterusan dalam mengadakan sesi penataran maklumat untuk semua program sekolah. Menerangkan dengan jelas kepada guru/staf visi dan misi sekolah dan menjiwainya secara bersama, mengenali setiap guru/staf secara tidak formal dan berkongsi pengalaman positif secara tidak langsung, bersedia menerima teguran dan penilaian guru/staf walaupun pahit, bekerja secara bersama untuk mencapai budaya cemerlang dan gemilang dalam pelbagai bidang.

Sekolah juga perlu menetapkan misi dan sasaran pencapaian murid/sekolah (Headcount) dengan memindahkan visi sekolah kepada tindakan secara bersama misalnya dalam penghayatan dasar kurikulum, membuat agihan dan persefahaman tugas semua pentadbir, ketua panitia dan guru serta penggabungan tugas secara sinergi, memantau keupayaan guru dan murid secara adil dan berterusan, membimbing dan menyediakan pelbagai kemudahan kepada guru dan murid untuk peningkatan keupayaan diri, membina budaya ilmu yang kondusif, memberi insentif kepada guru dan murid secara jujur dan berusaha menjadi pemimpin sentiasa kelihatan dan bermaklumat.

Muka Surat

| 200

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

KESIMPULAN

Melindungi masa instruksional di SMK Sultan Yahya Petra 1 merupakan komponen utama dalam menjayakan pembelajaran secara berkesan. Justeru, ia amat diberi perhatian oleh pihak sekolah dalam memastikan peningkatan keberhasilan pembelajaran murid dalam usaha membangunkan modal insan yang kritis, kreatif dan inovatif. Pengurus sekolah merupakan tulang belakang utama di dalam proses merancang dan membuat matlamat dengan memberikan komitmen yang tinggi terhadap pencapaian matlamat sekolah .Percayalah bahawa setiap komitmen guru dan murid akan bertambah tinggi apabila ada ganjaran dan pengiktirafan. Dalam masa yang sama ia akan meningkatkan kecemerlangan dalam pencapaian akademik murid. Yakinlah bahawa kejayaan sebuah sekolah amat memerlukan pengorbanan daripada semua warga sekolah berkenaan. Setiap guru yang ada disekolah ada kekuatan masing-masing yang yang perlu diserlahkan dan dikongsi bersama agar matlamat akhirnya ialah melahirkan anak didik yang cemerlang khususnya dalam akademik dan hak mereka untuk mendapat ilmu direalisasikan.

Rujukan Ahmad Tajuddin Abd. Hamid. (1989). Peranan pengetua dalam kepimpinan pengajaran. Disertasi Sarjana Pendidikan. Tidak diterbitkan: FakultiPendidikan, Universiti Malaya. Ariffin Baada. (2003). Pembangunan Sumber Manusia: Melalui Perspektif Pembangunan Pendidikan 2001-2010. Kementerian Pendidikan Malaysia. Pengurusan Dan Kepimpinan Pendidikan. IAB, KPM. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia. (2006). Rancangan Malaysia ke-9: Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, 20062010. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Muka Surat

| 201

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Md. Kasim Hussin. (1999). Jangkaan peranan, harapan dan amalan pengetua sebagai pemimpin sekolah pada abad ke-21. Jurnal Pendidikan. 4: 2-7. Shafari Mohamed Nor. (2001). Kajian Amalan Kepemimpinan Pengajaran Pengetua Dari Persepsi Pengetua dan Guru Sekolah Menengah Di Kuala Pilah. Tesis Sarjana Sains: Universiti Putra Malaysia. Shahril @ Charil Marzuki. (1997). Kajian Sekolah Berkesan Di Malaysia: Model Lima Faktor. Tesis Ph.D. Tidak diterbitkan: Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Sufaat Tumin. (2005). Mengapa program ini diadakan? Kursus Kepimpinan Instruksional Pengetua Sekolah-sekolah Negeri Johor Tahun 2005. Sufaat Tumin, Mohammad Mahadi, & Azman Adnan. (2001). Pengurusan sekolah oleh pengetua yang sentiasa sibuk. Jurnal PKPSM. 1-9. Zulkafli Arifin, (2000).Pengaruh kepimpinan prestasi pengetua terhadap prestasi akademik murid: Satu tinjauan di sekolah-sekolah menengah. Tesis Sarjana: Universiti Teknologi Malaysia.

Muka Surat

| 202

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Lampiran 1

ALIRAN PENGURUSAN PROGRAM E-CAKNA (PENCERAPAN)

Lantik seorang GK sebagai penyelaras

penyelaras

Pencerap / penyelia : Pengetua,Penolong kanan,guru kanan,guru cemerlang dan ketua panitia

Jadual pelaksanaan pencerapan (setiap guru dicerap dua kali setahun)

pencerapan

Klinik Pencerap - Guru

Kemasukan ke sistem e-cakna

Cetak dan tandatangan pencerap

Edar kepada guru berkenaan


| 203

Muka Surat

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Lampiran 2

ALIRAN PENGURUSAN JADUAL GURU GANTI

Pemantau : : Pengetua,Penolong kanan/guru kanan

Guru bertugas mingguan

Jadual pelaksanaan guru ganti (1 salinan guru 1 salinan pentadbir)

Edar jadual

Guru ganti masuk kelas

pemantauan

Muka Surat

| 204

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Lampiran 3

ALIRAN PENGURUSAN PROGRAM OPEN BOOK TEST (OBT)

Lantik seorang GK sebagai penyelaras

penyelaras

Rekod penggunaan modul OBT Ditandatangani oleh guru ganti semasa ambil dan hantar di bilik GK

AJK OBT dan Panel Penggubal Modul OBT

Modul OBT dibukukan

Simpanan Modul OBT di Bilik Guru Kanan

Guru ganti ambil modul OBT dan masuk kelas

Tamat PdP

Kutip semula modul dan skrip jawapan pelajar

Simpan Modul OBT di Bilik Guru Kanan dan serah skrip kepada guru subjek
Muka Surat

| 205

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Lampiran 4

ALIRAN PENGURUSAN REKOD PENGESANAN MURID Lantik PK HEM sebagai penyelaras


penyelaras

AJK OBT sediakan set rekod pengesanan murid untuk setiap kelas

Ketua Kelas ambil di bilik GK setiap pagi

Dikemaskini dan ditandatangani oleh guru subjek ganti

Isi nama murid ponteng masa PdP atau tidak hadir

Jika tiada guru/guru ganti, ketua kelas tulis tiada

Sebelum pulang ketua kelas kembalikan rekod ke bilik GK Semakan oleh PK HEM Tandakan murid ponteng Hantar nama guru tiada kepada Pengetua
| 206

Muka Surat

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Lampiran 5

ALIRAN PENGURUSAN GURU ON CALL DAN KAWALAN P&P HARIAN

Lantik Ketua Kelas sebagai PELAPOR

Pelapor

Selepas 5 minit guru subjek/ganti tidak masuk kelas

Ketua Kelas aisi borang Laporan Kelas (Kawalan PdP harian) Ketua kelas hantar borang ke pejabat sekolah Pengetua/PK/Staf telefon kepada guru berkenaan (Sila masuk kelas anda dengan segera)

Alternatif (panggilan melalui pengumuman)

Guru berkenaan kena jumpa Pengetua (Apa masalah cikgu?) Tindakan Pengetua Khidmat nasihat Amaran

Muka Surat

| 207

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Lampiran 6

ALIRAN PENGURUSAN JUAL BELI MASA PENGAJARAN

Guru Subjek (terpaksa hadir mesyuarat di PPD)

Guru A

Sehari sebelum , proses rundingan dengan guru B

Persetujuan bersama, A masuk masa B, B akan masuk masa A

Isi borang makluman setuju sama (serah kepada Pengetua/PKP) Makluman kepada kelas berkenaan sehari sebelum

Pelaksanaan kelas jual beli masa pengajaran

Muka Surat

| 208

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Lampiran 7

ALIRAN PENGURUSAN RODAAN PENTADBIR (LEADERSHIP AND MANAGEMENT BY WALKING AROUND)

Pengetua/PK

Pengetua

Rondaan kawasan sekolah dan blok bilik darjah Jika didapati guru tiada dalam kelas, Pengetua/PK terus hubungi melalui telefon guru berkenaan Pengetua masuk kelas berkenaan sehingga subjek guru hadir

Muka Surat

| 209

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

PENGURUSAN SEKOLAH DALAM MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL DI SEKOLAH UNTUK MENINGKATKAN KEBERHASILAN PEMBELAJARAN MURID

oleh MUKHTAR BIN HAJI KASIM


SMA Al Madrasah Al Alawiyah Ad Diniah, Arau Perlis.

Abstrak Kertas kerja ini menyingkap permasalahan, halangan dan isu-isu yang berlaku dalam melindungi masa instruksionaldi sekolah yang melibatkan isu sikap murid, sikap guru dalam pengurusan pengajaran dan pembelajaan, tugasan guru di luar bilik darjah isu pengurusan aktiviti lain disekolah yang mengganggu masa instraksional. Kertas ini juga mencadangkan beberapa pandangan dan syor yang boleh dijadikan panduan kepada pemimpin sekolah dalam menghasilkan pembelajaran berkesan kepada setiap murid seperti memastikan murid sentiasa bersedia untuk memulakan pembelajaran, memastikan guru dapat menguruskan masa dengan baik dalam melaksanakan aktiviti dan perancangan mereka serta memastikan setiap guru mempunyai kesedaran dan motivasi yang tinggi dalam melaksanakan amanah dan memahami konsep kerja sebagai amal ibadat. Memastikan setiap program dan perancangan kurikulum mengikut takwim atau jadual yang selaras dengan mengambil kira aktiviti-aktiviti luar diperingkat sekolah, negeri mahupun kebangsaan, dan mewujudkan pembantu guru untuk melaksanakan tugas-tugas bukan instruksional atau mengagihkan sama rata tugasan tersebut kepada semua guru.

Muka Surat

| 210

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

PENGENALAN

Keberhasilan pembelajaran merupakan fokus utama dalam semua programdan rancangan yang dirangka oleh KPM. Lantaran itu kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), telah menggariskan bahawa pendidikan menjadi satu teras utama dalam setiap pelan pembangunan Negara seperti Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang dibentangkan oleh Dato Sri Mohd Najib Tun Abd.Razak Perdana Menteri Malaysia yang telah meletakan sebelas anjakan utama terutama anjakan ke Lima iaitu Memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan disetiap sekolah. Ini juga dapat dilihat melalui rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK 10) bab ke lima iaitu Membangun Dan Mengekalkan Modal Insan Bertaraf Dunia, kerajaan menggariskan empat strategi iaitu (i) memastikan setiap kanakkanak boleh berjaya, (ii) menjadikan sekolah bertanggung jawab terhadap prestasi murid, (iii) membuat pelaburan bagi membangunkan kepimpinan unggul di setiap sekolah dan, (iv) meningkatkan daya tarikan profesion keguruan dan menghasilkan guru terbaik.

Pembangunan sistem pendidikan juga diberi perhatian oleh kerajaan melalui satu daripada enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) iaitu Mempertingkat kualiti murid. NKRA pendidikan bertujuan meningkatkan prestasi murid dan berteraskan kepada empat bidang: (i) kadar enrolmen prasekolah, (ii) sekolah berprestasi tinggi, (iii) program Penyaringan Literasi dan Numerasi (LINUS) dan, (iv) Baiah kepada Guru Besar dan Pengetua.

Lantas keberkesanan pelaksanaan strategi ini dilihat dan dinilai melalui kejayaan pemimpin sekolah mentadbir dan melindungi masa intraksional serta kerjasama dan komitmen guru di sekolah dan peningkatan prestasi murid. Kualiti guruberlandaskan falsafah untuk guru ADA, BERFUNGSI, BERSIH

Muka Surat

| 211

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

dan ketegasan kepimpinan sekolah mempunyai kesan yang amat signifikan terhadap kejayaan dan keberhasilan pembelajaran murid.

PENYATAAN ISU

Amalan kepimpinan instruksional mula mendapat tempat dalam kalangan pemimpin sekolah kerana ia amat signifikan dalam melahirkan sekolah berkesan (Sazali, Rusmini, Abang Hut & Zamri, 2007). Dalam mengkaji aspek kepimpinan instruksional, model Halinger dan Murphy (1987) telah banyak digunakan.Model ini telah menggariskan tiga dimensi kepimpinan instruksional iaitu mendefinisikan misi sekolah, mengurus kurikulum dan pengajaran, dan menggalakkan iklim sekolah. Ketiga-tiga dimensi tersebut ditunjuk dalam jadual 1. Di dalam dimensi ketiga, terdapat fungsi melindungi masa

instruksional iaitu pendekatan yang dilakukan bagi mengurang gangguan semasa proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) dijalankan di dalam kelas.

Jadual 1: Kerangka Kepimpinan Instruksional Dimensi Mendefinisi misi sekolah Menguruskan kurikulum dan pengajaran Mempromosikan iklim pembelajaran sekolah Fungsi 1. Merangka Matlamat Sekolah 2. Menyampaikan Matlamat Sekolah 3. Penyeliaan Dan Penilaian Instruksi 4. Menyelaras Kurikulum 5. Memantau Kemajuan Murid 6. Melindungi Waktu PdP 7. Membudayakan Perkembangan Professional 8. Mengekalkan Ketampakan (Visibility) 9. Menyediakan Ganjaran Kepada Guru 10. Menguatkuasakan Standard Akademik 11. Menyediakan Insentif Kepada Murid
Muka Surat

| 212

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Antara isu-isu yang kerap timbul dan dikenalpasti menganggu proses pengajarandapat dibahagi kepada empat isu utama:

1.

Sikap guru (a) Sebahagian guru kurang persediaan dengan perancangan dan bahan semasa hendak memulakan pengajaran. (b) Guru Mengikuti Pengajaran Jarak Jauh dan mengikuti kursus selain menjalankan tugas-tugastambahan yang bukan pengajaran. (c) Guru bercuti sakit, cuti rehat khas,atau dating kesekolah tetapi tidak masuk ke kelas kerana masalah kesihatan,peribadi dan lainlain. (d) Guru ganti tidak memasuki kelas ganti atau memasuki kelas dengan tidak menjalankan aktiviti pengajaran.

2.

Faktor Murid

a)

Kesediaan murid belajar. Sebahagian guru mengajar

dengan

tidak mengambil kira kesediaan murid dari segi mental, fizikal dan suasan kelas. b) Pergerakan Murid. Kedudukan kelas dengan bilik khas yang berjauhan menyebabkan pergerakan murid menagambil untuk sampai ke bilik khas seperti makmal Sains.

3.

Faktor Pengurusan

(a)

Gangguan pengumuman melalui pembesar suara semasa proses pengajaran berlangsung. Dengan berlakunya pengumuman ini pengajaran guru dan kesediaan murid belajar terganggu kerana masing-masing memberi perhatian kepada pengumuman tersebut.

Muka Surat

| 213

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

(b)

Mesyuarat semasa PdP dan mesyuarat tergempar semasa pengajaran. Keadaan ini mengganggu perancangan dan kesediaan guru untuk mengajar.

(c)

Tempoh atau masa peperiksaan yang terlalu lama. Tempoh peperiksaan bagi sekolah menengah mengambil masa lebih dari dua minggu. Keadaan ini menyebabkan perancangan tahunan dan sukan pelajaran guru tidak dapat dihabiskan mengikut jadual.

4.

Faktor Prasarana

(a)

Kemudahan dan peralatan sokongan tidak lengkap dan rosak. Kemudahan prasarana seperti bekalan eletrik, perkaasan makmal Sains atau Kemahiran Hidup atau lain-lain kemudahan yang rosak dan tidak lengkap akan mengganggu kelicinan dan keberkesanan proses pengajaran.

(b)

Sistem pengudaraan dan pencahayaan yang tidak cukup menyebabkan ruang atau kelas menjadi kurang kundusif. Keberkesanan pengajaran guru tidak terhasil disebabkan

keselesaan guru mengajar dan murid belajar terhalang dengan keadaan kelas yang tidak kundusif. (c) Lantas, kepimpinan sekolah terutama pengetua dan guru besar bertanggung jawab bagi mencari jalan penyelesaian supaya segala isi yang timbul dapat diatasi serta mencari jalan bagi mengurangkan aktivti bukan pengajaran yang menjadi

penghalang kepada proses PdP agar dapat meningkatkan keberhasilan murid..

Muka Surat

| 214

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

CADANGAN TINDAKAN/ PENYELESAIAN

Dalam usaha memaksimumkan waktu pengajaran (maximizing instructional time) beberapa pendekatan boleh diambil. Hawthorne Elementary School Illinois Amerika Syarikat, telah menetapkan polisi bagi mengawal gangguan semasa proses PdP dijalankan. Prosedur yang telah ditetapkan ialah seperti:

1.

Penyiaran pesanan melalui alat pembesar suara hanya boleh dilakukan sekiranya berlaku kecemasan dan tidak dijangka sahaja,

2.

Murid akan mengikuti proses pembelajaran sebaik sahaja mereka tiba di kelas,

3.

Hanya panggilan kecemasan akan dihantar ke kelas semasa proses PdP berjalan,

4.

Hanya tetamu yang dijangka sahaja dibenarkan melawat kawasan pembelajaran,

5.

Jadual kelas yng dibentuk akan mengurangkan masa peralihan antara satu kelas dengan kelas yang lain,

6.

Aktiviti yang dijadualkan untuk memberi ganjaran kepada tingkah laku murid akan diselaraskan dengan kurikulum dan garis panduan pengajaran, dan

7.

Penyiaran video dan televisyen hanya akan digunakan untuk tujuan pengajaran yang menyokong kandungan utama pengajaran.

Muka Surat

| 215

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Lembaga pentadbir bagi Barrington School District juga telah membentuk polisi yang serupa seawal tahun 1994 lagi dalam memaksimumkan waktu PdP. Antara garis panduan yang dibentuk ialah:

1.

Kelewatan murid ke kelas perlu diklasifikasikan sama seperti tidak hadir; kelewatan yang melampau akan dikenakan tindakan seperti ponteng,

2.

Gangguan murid di dalam kelas akan dikenakan tindakan disiplin seperti yang telah ditetapkan dalam peraturan sekolah,

3.

Gangguan kepada masa pengajaran perlu dielakkan seboleh mungkin. Pihak lembaga sekolah memastikan pihak pentadbiran untuk

meminimumkan pengumuman melalui pembesar suara, lawatan ke kelas dan gangguan-gangguan lain kecuali situasi kecemasan, guru tidak akan diganggu dengan panggilan telefon, dan

4.

Rundingan atau mesyuarat yang melibatkan guru akan dijalankan di luar masa PdP. Mesyuarat sebegini boleh diadakan sama ada sebelum atau selepas waktu persekolahan. Sekiranya berlaku semasa waktu persediaan mengajar, ahli mesyuarat seharusnya tahu keperluan guru untuk meneruskan tugas mereka walaupun diakhir masa pengajaran.

Dalam menangani halangan-halangan yang timbul untuk MMI, maka terdapat syor yang boleh dipertimbangkan untuk dilaksanakan. Antaranya mengenai sikap guru yang kurang bersedia. Guru perlu membuat persediaan berpandukan RPT dan Sukatan Pelajaran dan berfokus. Pihak pentadbir perlu membuat pencerapan dan pemantauan berekod disamping sentiasa memberi bimbingan dan nasihat melalui mesyuarat, perhimpunan dan dalam setiap perjumpaan dengan guru.
Muka Surat

| 216

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Bagi guru berkursus, Pendidikan Jarak Jauh (PJJ), sakit atau bercuti disyorkan setiap guru mengadakan headcount masa peribadi masing-masing. Jika jumlah jam tidak mencukupi, mereka perlu membayar masa tersebut melalui kelas tambahan. Juga dicadangkan supaya adakan amalan berjual beli jadual waktu selain menyediakan bahan untuk guru ganti .

Bagi menangani isu sikap murid, biasanya murid datang ke kelas dalam keadaan tidak bersedia dan bising di dalam kelas. Oleh itu, menjadi tanggungjawab ibu bapa dan murid dalam membuat persediaan di rumah sebelum ke sekolah dengan mengingatkan murid secara berterusan mengenai kepentingan pembelajaran dengan menekankan kawal selia kendiri

(bertanggungjawab).

Seterusnya, berkaitan isu pengurusan masa dalam proses PdP, pengurusan masa amat penting terutama peralihan dari satu kelas ke kelas yang lain melibatkan masa yang lama. Oleh itu, susun atur kedudukan kelas dan bilik-bilik khas perlu berdekatan. Bagi guru pula, masa yang panjang terpaksa diambil untuk menyediakan peralatan untuk digunakan dalam pengajaran seperti peralatan ICT dan bahan cetakan, masa tidak mencukupi dan hilang dalam masa perancangan akibat daripada terlibat dalam mesyuarat, kursus dan kerja komuniti. Oleh itu, disyorkan agar guru bersedia awal dengan peralatan dan bahan cetakan sebelum memasuki kelas.Guru juga tidak perlu terlalu ambitious dalam pengajaran.Apa yang boleh dilakukan adalah menggunakan kelengkapan mengikut kapasiti dan kebolehan supaya tidak berlaku pembaziran masa hanya untuk membuat persediaan. Dengan ini dapat dipastikan masa instruksional dilindungi.

Halangan mengenai saiz dan komposisi kelas juga memberi kesan terhadap proses instruksional. Antara isu utama ialah murid yang pelbagai
Muka Surat

| 217

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

kebolehan berada dalam kelas yang sama, bilangan murid yang ramai untuk sebuah kelas dan murid yang kurang upaya tanpa sumber dan sokongan sempurna. Bagi menangani masalah ini pentadbir perlu membuat kajian mendalam mengenai saiz kelas melalui pelbagai kaedah seperti, nisbah murid dan guru dan pengagihan saiz kelas sebenar untuk memastikan bilangan guru dan murid diagih secara adil. Selain itu, tahap keupayaan murid juga perlu diambil kira bagi menentukan pembahagian kelas agar keupayaan murid diselaras bagi memudahkan guru mengenal pasti kaedah pengajaran yang sesuai dijalankan ketika masa instruksional.

Seterusnya ialah halangan ujian dan penilaian. Ini diterjemahkan dengan halangan seperti kekerapan ujian dan penilaian, (peringkat sekolah, negeri dan kebangsaaan), tempoh masa yang diperlukan untuk ujian dan jadual ujian seperti tarikh ujian yang awal dan berlaku pertindihan masa ujian.dan masa atau tempoh ujian terlalu lama. Antara langkah yang boleh diambil ialah dengan melanjutkan masa ujian sehingga kewaktu petang dan memperaktikkan PBS dengan sepenohnya serta mengurangkan kekerapan ujian terutama ujian peringkat sekolah dan membuat perubahan terhadap jadual dengan membuat jadual yang lebih fleksibel. Setiap jadual ujan perlu mengambil kira jadual akademik dan jadual ujian peringkat sekolah, negeri dan kebangsaan.

Akhir sekali, masalah penyimpanan rekod dan kertas kerja. Masalah ini telah dikenalpasti sebagai antara masalah utama menghalang proses instruksional. Ini dikenal pasti melalui kajian yang telah dibuat oleh Banicky dan Janicki (2006). Antara masalah yang telah dikenal pasti adalah mendokumenkan kehadiran murid dan juga dokumentasi mengenai mesyuarat dan juga laporan tertentu.Kaedah utama yang disyorkan adalah mengupah pembantu guru dalam melakukan tugasan bukan pengajaran ini. Kaedah lain adalah mengagihkan sama rata tugas bukan instruksional ini kepada semua guru.
Muka Surat

| 218

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Keseluruhannya dapat dirumuskan kebijaksanaan pentadbir, komitmen guru dan kesediaan murid dilihat dapat melindungi masa instruksional dengan maksimum.

KESIMPULAN

Berdasarkan kepada masalah yang dibincangkan, dapat disimpulkan bahawa halangan utama kepada memaksimumkan proses PdP termasuklah sikap guru, sikap murid, faktor pengurusan dan prasarana. Isu perancangan masa, saiz dan komposisi kelas, ujian dan penilaian dan pengurusan rekod dan kertas kerja. Sekiranya semua pihak di JPN, pentadbiran sekolah, guru, murid, staf sokongan, waris ibu bapa dan masyarakat memahami tentang perlu MMI ialah diyakini keberhasilan pengajaran murid. Keberkesanan pelaksanaan strategi MMI dilihat dan dinilai melalui kejayaan pemimpin sekolah mentadbir dan kerjasama pasukan warga sekolah ke arah peningkatan prestasi murid.

SYOR

1.

Saiz Bilik darjah

Saiz bilik darjah yang kecil menempatkan murid yang agak ramai menyebabkan PdP tidak berkesan. Adalah disyorkan supaya saiz bilik darjah dibesarkan atau pun bilangan murid setiap kelas dikurangkan.

Muka Surat

| 219

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

2.

Penyelarasan Aktiviti

KPM, JPN atau PPD. Perlu membuat penyelarasan aktiviti semua bahagian atau sektor bagi mengelakkan ramai guru yang meninggalkan sekolah untuk mengikuti kursus, taklimat, mesyuarat dan sebagainya. Disyorkan supaya penjadualan serta penyelarasan dapat diambil agar masa dan hari yang digunakan tidak banyak melibatkan masa PdP guruguru di sekolah.

3.

Peranan PIBG

PenrananPIBG dalam membantu sekolah untuk membimbing anak-anak supaya mengutamakan pembelajaran dalam kelas hendaklah diterapkan sepanjang masa.

4.

Nisbah Guru

Nisbah guru 1:5 yang sedia ada hendaklah dikaji semula agar dapat ditingkatkan kepada 1:7 supaya bilangan guru yang mencukupi di sekolah melaksanakan PdP yang berkesan.

Rujukan Banicky, A.L & Janicki, H.L . (2006). Maximizing Instructional Time: identifying impediments and strategies, survey, result and recommendations.Virginia Beach City Public Schools. Barrington School District Policy.(1994). Instructional Time.Barrington School. Edmond, R. (1979). Effective schools for urban poor.Educational Leadership. 37: 15-24.
| 220

Muka Surat

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Hallinger, P. & Murphy, J. (1987). Assessing and developing principal instructional leadership. Journal of Educational leadership.45(1). Sazali Yusoff, Rusmini Ku Ahmad, Abang Hut Abang Engkeh & Zamri Abu Bakar.(2007). Perkaitan antara kepimpinan instruksional terhadap sekolah berkesan.Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan. Institut Aminuddin Baki. 17 (2): 105-117. School-Based Decision Making Policy.(2009). Protection of instructional time. Hawthorne Elementary School. Sufaat Tumin. (2012). Melindungi masa instruksional (protecting instructional time) di sekolah untuk meningkatkan keberhasilan pembelajaran murid. Persidangan Kebangsaan Pengetua Malaysia 2012.

Muka Surat

| 221

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL MELALUI PROGRAM PENDIDIKAN

oleh HAJAH RAHINUN BT MOHD NOOR, B.C.K.


SMK Sultanah Bahiyah Alor Setar,Kedah Darul Aman

ABSTRAK

Perkembangan mutakhir sistem pendidikan di Malaysia kini menuntut kebijaksanaan pendukungnya untuk merealisasikan wawasan pendidikan negara dan citra Wawasan 2020. Visi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ialah menzahirkan sistem pendidikan berkualiti bertaraf dunia dan menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan ilmu. Selaras dengan visi tersebut, usaha Kementerian Pelajaran memperkenalkan konsep masa instruksional menuntut warga pendidik mengurangkan pelbagai halangan bagi memastikan pembelajaran berlaku secara bermakna dalam kalangan murid. Sekolah perlu memastikan kelas berlangsung sama ada dengan kehadiran atau tanpa kehadiran guru. Pengisian kertas kerja ini membincangkan konsep masa instruksional, jenis gangguan masa instruksional dan langkah-langkah sekolah ini menangani gangguan masa instruksional. Langkah menangani gangguan masa instruksional ini sememangnya berupaya diaplikasikan oleh semua sekolah di negara ini jika budaya kerja cemerlang benar-benar dihayati oleh warga pendidikan.

Muka Surat

| 222

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

PENGENALAN

Pelbagai pelan transformasi telah dijalankan oleh kerajaan untuk memastikan setiap warganegara menikmati pendidikan berkualiti seterusnya melahirkan modal insan berketerampilan. Peningkatan kualiti insan ini diharapkan dapat meningkatkan daya saing negara dalam semua bidang sama ada pada peringkat nasional mahupun antarabangsa. Sehubungan dengan itu, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mengambil inisiatif dengan mengadakan berbagai program transformasi dan berusaha untuk meneroka kaedah yang lebih efektif untuk memastikan golongan sasaran, iaitu murid-murid sama ada di sekolah rendah atau menengah dapat menerima pendidikan yang lebih berkualiti dan berkesan sepanjang masa. Keberhasilan pembelajaran murid merupakan fokus utama dalam semua program dan rancangan yang dirangka oleh KPM. Sejajar dengan itu, KPM perlu memastikan PdP dapat dilaksanakan tanpa halangan untuk mencapai objektif yang disasarkan. Satu daripada transformasi yang perlu dilaksanakan adalah untuk MMI di sekolah sebagai satu cara yang paling berkesan untuk memastikan murid-murid mendapat input pembelajaran yang maksimum.

MMI merupakan salah satu komponen fungsi kepimpinan instruksional dalam menjayakan pembelajaran secara berkesan di sekolah. Komponen ini perlu diberikan perhatian dalam memastikan keberhasilan pembelajaran murid ke arah membangunkan modal insan yang kreatif, kritis, dan inovatif. Oleh itu, pengurangan masa instruksional perlu dibendung bagi memastikan tempoh masa untuk pembelajaran berkesan dalam kalangan murid meningkat. Sehubungan dengan itu, sesebuah sekolah memerlukan corak kepimpinan yang mantap supaya dapat menntransformasikan organisasinya dengan lebih berkesan. Dalam hal ini, perkara yang lebih penting adalah dengan mewujudkan budaya pembelajaran, penumpuan terhadap PdP yang bervisi serta mempunyai misi yang jelas. Penambahbaikan kaedah MMI ini penting untuk
Muka Surat

| 223

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

memastikan tadbir urus proses pendidikan di sekolah lebih berkualiti dan berkesan.

Sekolah Menengah Kebangsaan

Sultanah Bahiyah (SMKSB) telah

merangka dan melaksanakan pelbagai program untuk memastikan masa instruksional dapat dilindungi dengan baik. Program ini sentiasa diberikan tambah nilai dari semasa ke semasa untuk menjadikannya lebih berkesan dan selaras dengan hala tuju KPM. Keberkesanan program ini dapat dilihat dalam semua bidang sama ada

berdasarkan lonjakan pencapaian murid

kurikulum, kokurikulum ataupun sahsiah murid.

PERNYATAAN ISU

Masa instruksional bermaksud waktu satu proses PdP oleh guru kepada murid berbentuk arahan, tunjuk cara, penerangan lisan, dan bukan lisan, atau bentukbentuk lain yang bertujuan membolehkan murid belajar secara lebih berkesan manakala MMI (protecting instructional time) di sekolah untuk meningkatkan keberhasilan pembelajaran murid bermaksud PdP dapat dilaksanakan tanpa halangan bagi mencapai objektif yang disasarkan untuk meningkatkan keberhasilan pembelajaran murid.

Muka Surat

| 224

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

1.

Kategori masa instruktional sekolah

Kategori
Masa persekolahan (Allocated schooling time) Masa bilik darjah (Allocated class time)

Penjelasan
Jumlah masa murid hadir ke sekolah

Jumlah masa murid berada di dalam kelas (tidak termasuk waktu rehat, pertukaran kelas, waktu makan tengah hari dan lain-lain). Ia merupakan subkategori masa persekolahan Jumlah masa yang digunakan untuk instruksional (tidak termasuk gangguan, pengurusan rekod, dan lain-lain) Jumlah masa instruksional iaitu murid memberikan perhatian dan menerima pengajaran pada tahap penguasaan tertentu serta berlakunya pembelajaran berkesan dan bermakna.

Masa instruksional (Instructional time) Masa pembelajaran akademik (Academic learning time)

Seseorang guru telah ditetapkan menjalankan tugas utama mereka iaitu mengajar atau menjalankan instruksional untuk tempoh tertentu. Tugas mengajar guru akademik dalam skim perkhidmatan pendidikan menyatakan bahawa seseorang guru seharusnya mengajar antara 22 hingga 30 waktu seminggu.

Sebenarnya sekolah telah merangka masa instruksional yang ideal namun masa berkenaan tidak sepenuhnya menjanjikan pembelajaran berkualiti atau pembelajaran berkesan disebabkan faktor gangguan tertentu yang berlaku di sekolah dan didalam bilik darjah.

Muka Surat

| 225

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

2.

Kategori Gangguan masa instruksional

Bil. 1.

Kategori Faktor Gangguan Faktor Pengurusan Sekolah

Kelompok
Guru Tiada

Contoh Gangguan
Guru tiada di sekolah, guru ada di sekolah tetapi tidak berada di dalam kelas, tidak cukup guru, guru hadir kursus atau tugas luar, guru menduduki peperiksaan, dan aktiviti kokurikulum/sukantara. Pengumuman dari pembesar suara, susun atur kelas atau sekolah, prasarana sekolah dan persekitaran. Guru cuti sakit, cuti kecemasan, halhal peribadi, kesediaan murid belajar, kesediaan guru mengajar, dan melaksanakan tugas sampingan. Menghadiri mesyuarat, dipanggil ke pejabat, menghadiri kursus, taklimat peperiksaan, menjalankan tugas jurulatih utama, dan sambutan lawatan pelawat Kesediaan murid belajar, kualiti guru, proses PdP, sikap guru, guru bukan opsyen, kompetensi guru, dan kesediaan guru mengajar

Gangguan Fizikal Gangguan Luar Jangka

Gangguan Adhoc

2.

Faktor Instruksional Guru

Kualiti pembelajaran murid

LANGKAH-LANGKAH PENYELESAIAN MASALAH :

1.

Penghayatan Budaya Kerja Cemerlang Warga Sekolah

Kebanyakan isu yang berkaitan dengan masa instruksional di sekolah dapat di atas dengan adanya penerapan budaya cemerlang dalam kalangan warga SMK Sultanah Bahiyah wajar dicontohi oleh sekolah lain.
Muka Surat

| 226

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Selain mengurus dan mentadbir sekolah, Pengetua sebagai pemimpin instruksional telah memastikan kualiti PdP di sekolah terjamin dan dipertingkatkan secara berterusan.

Pemantauan kurikulum berkualiti digunakan sebagai instrumen untuk memantapkan pengurusan dan keberkesanan program yang melibatkan di sekolah yang meliputi

(a) (b) (c) (d) (e)

Pemantauan rekod PdP Pencerapan P&P Semakan buku latihan Pemantauan bilik darjah Pemantauan prestasi murid

Pihak Pengurusan memberikan maklumat dan pendedahan berkaitan surat pekeliling dan arahan daripada pihak kementerian dan jabatan supaya guru-guru memahami peranan dan amanah yang dipikul sebagai seorang guru.

2.

Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP)

Profesion keguruan terdedah kepada perubahan semasa menyebabkan pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari dan dikuasai suatu ketika dulu tidak lagi relevan pada masa ini. Oleh sebab itu, LADAP dalam perkhidmatan sangat diperlukan bagi menangani perubahan ini. LADAP di sekolah ini telah berjaya memperbaiki prestasi kemahiran bekerja secara kumpulan dan individu, mengukuhkan pengalaman serta

perkembangan kerjaya guru selain membentuk pengetahuan profesional yang berjaya menyediakan guru menghadapi perubahan.
Muka Surat

| 227

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

(a) (b) (c)

Pengetahuan dan profesionalisme Kemahiran profesionalisme Nilai dan amalan profesionalisme

Jadual 1 : Latihan Dalam Perkhidmatan Yang Dijalani oleh GuruGuru SMKSB Bil. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 2011 2010 Tahun 2009
Teach To Teach Pembinaan Item Kajian Tindakan Penguasaan Web TV dalam PdP Pembinaan Modul PdP Excell in Excel Perancangan Strategik Penggunaan Adobe Photoshop dalam PdP Penambahbaikan PdP Menerusi Amalan Reflektif Pembinaan Modul PdP Perlaksanaan Kaedah Latihan Secara Pembacaan Buku Guru Jutawan Akhirat Etika Kerja Nilai dan Etika Kerja Pengurusan Item Bidasan A Bidasan A

Tajuk

Tarikh
23/03/2009 28/03/2009 20/06/2009 25/07/2009 08/08/2009 15/08/2009 03/10/2009 27/03/2010 24/04/2010 08/05/2010 24/07/2010 28/12/2010 09/01/2011 18/01/2011 22/01/2011 23/01/2011
Muka Surat

| 228

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Bil. 18. 19. 20. 21.

Tahun

Tajuk
Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Perhimpunan Intelek (Pengurusan Bilik Darjah) Perhimpunan Intelek (Pengurusan Kelas dan Kesejahteraan Murid) Membina Diri, Membimbing Rakan di Sekolah Cemerlang ICT dalam PdP (Introduction To Video Editing) Pengenalan Website

Tarikh
13/02/2011 04/03/2011 03/04/2011 08/04/2011 -09/04/2011 16/06/2011 26/06/2011 010/3/2012 01/04/2012 23/04/2012 15/05/2012 18/06/2012 25/07/2012 05/08/2012 -

22. 23. 24. 25. 26. 27. 28. 29. 30. 31. 2012

Guru Sayang Murid Kemahiran Menangani Stres dalam Kalangan Guru Mencipta Kepuasan Bekerja dalam Kalangan Guru Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara Pembinaan Modul PdP Tatasusila Profesion Keguruan Guru-Guru Islam Membangunkan Kapasiti Profesion Keguruan Berdasarkan Perspektif Islam Perlaksanaan Kaedah Latihan Secara Pembacaan Buku

Muka Surat

| 229

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

3.

Penerapan Budaya Kerja Cemerlang Dalam Kalangan Guru.

(a)

Orientasi Guru Baharu

i.

Garis Panduan Budaya Sekolah Kehadiran guru ke sekolah : Semua guru datang ke sekolah sebelum pukul 7.30 pagi. Kedatangan pada waktu pagi dan waktu pulang tiap-tiap hari dilaksanakan melalui kaedah thumbprint. Tugas guru mata pelajaran waktu pertama: Guru-guru berada bersama-sama murid kelas masingmasing semasa perhimpunan ini untuk memantau disiplin mereka dan membaca surah Yasin bersamasama. Perhimpunan mingguan : Semua guru perlu mematuhi tata cara perhimpunan mingguan Ketepatan masa bekerja : Semua guru dikehendaki menepati masa: o Masuk dan keluar kelas. o Mesyuarat o Aktiviti-aktiviti sekolah o Menghantar laporan / tugasan o Key-in markah

ii.

PdP yang cemerlang Guru-guru merancang PdP berdasarkan rancangan pelajaran tahunan dan harian. Guru-guru dikehendaki memantau murid semasa melaksanakan latihan. Perhatian khusus perlu diberikan
Muka Surat

| 230

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

kepada murid yang lemah pencapaiannya dan muridmurid lain secara individu. kehadiran ditandatangi semasa Buku pemantauan waktu PdP dan

menggantikan kelas ganti. Rujuk kepada mentor jika ada masalah berkaitan PdP

iii.

Semua guru ialah guru disiplin, Menegur murid yang berada di luar kelas sewaktu PdP. Memastikan semua murid yang keluar kelas membawa kad kebenaran. Memastikan murid berbaris semasa bergerak ke bilikbilik khas, dewan atau padang. Pergerakan tersebut mestilah pantas dan berhemah. Memastikan murid-murid mematuhi laluan khas semasa datang dan pulang sekolah.

iv.

Kebersihan kelas : Sebelum memulakan PdP, semua guru perlu memastikan kebersihan kelas berada di tahap cemerlang dan

mengarahkan murid untuk membersihkan kelas selepas PdP. Guru tingkatan perlu pantas untuk memastikan kebersihan, keceriaan dan kekemasan bilik darjah

sepanjang masa.

v.

Guru berkursus : Guru melengkapkan dan menyerahkan minit curai atau laporan kepada Pengetua 3 hari selepas menghadiri kursus. Guru Kanan memastikan guru yang berkursus

melaksanakan kursus dalaman kepada guru-guru lain.

Muka Surat

| 231

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

vi.

Tindakan sebelum dan selepas menghadiri kursus : Guru-guru berkursus dikehendaki mengisi butir-butir kursus yang bakal dihadiri dalam Buku Daftar Kursus Guru-guru menyediakan modul siap siaga sebelum berkursus Ganti menggantikan waktu PdP yang tertinggal melalui kelas tambahan waktu petang.

vii.

Tarikh akhir/due date : Guru-guru perlu memberikan perhatian terhadap tarikh akhir serahan tugasan.

viii.

Tugas-tugas luar : Guru-guru perlu memberikan pertimbangan terhadap kepentingan dan kekerapan melaksanakan tugas-tugas luar.

ix.

Tempat larangan murid : Murid dilarang masuk ke dalam Bilik Guru dan murid tidak dibenarkan sama sekali masuk ke dalam Bilik Peperiksaan untuk sebarang urusan.

x.

Kes Khas Guru-guru perlu segera menghubungi Pengetua untuk memaklumkan sebarang kes yang melibatkan murid sama ada dalam kelas atau di luar kelas.

xi.

Guru Ganti: Guru menjalankan aktiviti PdP seperti biasa dengan menggunakan modul Siap Siaga atau Guru Muda
Muka Surat

| 232

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

xii.

Aktiviti luar sekolah : Guru-guru perlu memastikan murid-murid menyerahkan surat kebenaran waris yang telah ditandatangani. Muridmurid dikehendaki berpakaian seragam atau baju sukan yang lengkap. Semua guru peka tentang perjalanan harian sekolah kerana banyak aktiviti pendidikan diadakan di sekolah.

(b)

Guru-guru selesa bertugas di SMKSB kerana masalah yang dihadapi boleh dibincangkan dengan pihak pengurusan untuk mendapatkan alternatif yang merangkumi aspek: bagi menyelesaikan sesuatu masalah

Akademik , pembangunan sahsiah, pencapaian kokurikulum dan kes-kes khas i. ii. iii. Perjumpaan guru akademik bersama Pengetua Perjumpaan guru tingkatan bersama Pengetua Perjumpaan Kes-kes khas

(c)

Penghargaan khas sebagai insentif kepada guru i. ii. iii. iv. Kehadiran penuh Buku Rekod Cemerlang Cenderamata sempena pelbagai sambutan/perayaan Sijil penghargaan dan pengukuhan lisan

Muka Surat

| 233

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

4.

KEISTIMEWAAN GURU SMKSB

(a)

Guru Cemerlang telah mencetus jiwa baharu dalam kalangan guru sekolah ini. Bil. 1. 2. 3. 4. 5. 6. Subjek
Bahasa Melayu Sejarah Kimia Geografi Pendidikan Seni Kaunselor

Bilangan Guru
3 1 1 2 1 1

(b)

Pengalaman

orang

Jurulatih

Utama

juga

memacu

kecemerlangan rakan-rakan guru di sekolah ini.

(c)

Budaya PERASA sentiasa diamalkan dalam kalangan warga SMKSB, melalui program : i. Bidasan A (Platform perbincangan untuk memantapkan prestasi cemerlang murid) ii. Membimbing Rakan di Sekolah Cemerlang (Semangat kerja sepasukan terjalin hingga kini)

(d)

Semua guru sekolah ini berpengalaman dan berkemampuan menjayakan pelbagai program yang dianjurkan bukan sahaja oleh sekolah tetapi oleh pihak PPD, JPN dan KPM mengikut masa yang ditetapkan.

Muka Surat

| 234

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

(e)

Guru sentiasa terpilih untuk menjadi anggota jawatan kuasa pelbagai program di luar sekolah berdasarkan kepakaran masingmasing.

(f)

Semua guru sekolah ini peka akan pentingnya ketepatan waktu berdasarkan petunjuk kehadiran melalui thumbprint.

(g)

Semua guru mempunyai komitmen yang cemerlang dalam proses PdP melalui hasil petunjuk (SKPM) iaitu 95.00%

5.

Keistimewaan Murid SMKSB

a)

Situasi pembelajaran dalam kelas sentiasa berada dalam keadaan terkawal dengan wujudnya Majlis Ketua Tingkatan. Semua

Ketua Tingkatan berperanan untuk memantau: 1. buku log pemantauan kehadiran guru dan murid di dalam kelas. 2. 3. kelas kondusif melalui Program Kelasku Kebanggaanku Memastikan guru mata pelajaran dan guru ganti masuk ke dalam kelas untuk PdP.

b)

Persiapan awal menjana minda murid supaya menjadi murid cemerlang yang menghargai setiap masa pembelajaran dan pengajaran melalui:

i.

Orientasi merentasi tingkatan Pengisian Inventori Pendedahan kemahiran belajar Pendedahan Sukatan Mata Pelajaran Hala Tuju selepas PMR,SPM dan STPM
Muka Surat

| 235

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Suai kenal guru dan budaya sekolah

ii.

Qiamullail merentasi tingkatan Pengisian Bacaan Yasin Ceramah Sembahyang berjemaah dan qiamullail Ceramah Kebesaran Islam Solat Zohor Perdana pada hari Selasa dan solat Zohor mengikut tingkatan Mutiara Hati Kem Bina Jati Diri (Bimbingan Khas) Perkongsian pintar murid bersama murid Insitusi Pengajian Tinggi

Awam (IPTA) Kem Pembangunan Jati Diri Remaja Kelompok Individu Kem Puteri Solehah (Solat yang Sempurna) Perbincangan Antara

iii.

Motivasi Berfasa - Dilaksanakan 4 kali setahun bagi setiap tingkatan Pengisian Memantapkan Teknik dan Kemahiran belajar Pengurusan masa Hala tuju selepas PMR, SPM dan STPM Program Jalinan bersama IPT, Non Govement Organization (NGO) dan agensi kerajaan
Muka Surat

| 236

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Program Jaringan bersama sekolah Berprestasi Tinggi, Sekolah Kluster dan Sekolah Berasrama Penuh.

iv.

Program Sekolah Penyayang

v. vi. vii.

Sekolah dalam Taman Program bina insan kepada murid yang bermasalah. Bacaan Yasin setiap pagi sebelum kelas bermula tepat pada jam 7.20 pagi

PENYELESAIAN ISU

1.

Jumlah masa murid hadir ke sekolah berjaya ditangani

(a)

Kepung ponteng Kaedah pelaksanaan: Pentadbir menganalisis kehadiran murid mengikut bulan Murid yang tidak hadir melebihi 10 hari akan dirujuk kepada kaunselor Murid dipanggil mengikut tingkatan dan diberi taklimat kesan ponteng Murid menjalani sesi kaunseling berkelompok Kehadiran murid berkenaan dicatat setiap hari di bilik kaunselor Jika tidak hadir murid diminta memberikan dokumen tunjuk sebab

Muka Surat

| 237

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Sekiranya tidak hadir 3 hari berturut-turut akan diberi sesi kaunseling individu Pemantauan berterusan akan terus dilakukan Sesi perbincangan dengan waris mengikut keperluan Menyelesaikan masalah guru tiada.

(b)

i.

Modul Jadual Ganti Berfokus Sekolah melaksanakan Modul yang dilaksanakan di sekolah ini bermatlamatkan isu guru tiada di sekolah atau di dalam bilik darjah, masa instruksional murid di dalam bilik darjah tidak terganggu. Pelaksanaan modul guru ganti bagi guru yang menghadiri urusan luar sekolah yang tarikhnya diketahui terlebih awal.

Tarikh urusan rasmi dimaklumi lebih awal bagi guru yang terlibat.

Guru rancang, sediakan bahan/modul P d P untuk kelas yang ditinggalkan Bahan mencukupi, dilabel ikut mata pelajaran dan kelas, diserah pada guru kanan Guru ganti mengambil bahan dari bilik Guru Kanan Modul dilaksanakan dalam waktu ganti, dikumpul dan diserahkan kepada guru mata pelajaran untuk tindakan selanjutnya.

Catatan

Buku

log

keluar

masuk

guru

dan

bahan/modul yang disediakan dan dicatat dalam buku log bagi tujuan pemantauan oleh pihak pengurusan

Muka Surat

| 238

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Di sekolah ini juga, pelaksanaan jual beli waktu pengajaran di dalam kelas berlaku dengan baik apabila guru-guru bertugas di luar sekolah. Guru-guru sendiri mempunyai rasa tanggungjawab dalam memastikan PdP tetap berlaku walaupun mereka tiada di sekolah. Pihak pengurusan akan dimaklumkan tentang pelaksanaan jual beli waktu pengajaran tersebut.

ii.

Modul Siap Siaga Modul ini diguna pakai apabila guru tiada atau murid tiada Kaedah pelaksanaan Modul Siap Siaga Modul disediakan oleh panitia mata pelajaran masingmasing. Modul disimpan dalam rak yang disediakan oleh pihak pengurusan. Guru ganti atau murid ketua mata pelajaran dalam kelas berkenaan akan pihak pengurusan. Tugasan dilaksanakan oleh murid berdasarkan modul yang dilaksanakan. Pencapaian prestasi murid direkodkan. Guru mata pelajaran menganalisis pencapaian murid dan melakukan penambahbaikan mendapatkan modul daripada

iii.

Program Guru Muda Program dilaksanakan apabila guru ditugaskan secara adhoc oleh pihak atasan Kaedah pelaksanaan Program Guru Muda

Muka Surat

| 239

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Kelayakan guru muda dalam kalangan murid dikenal pasti berdasarkan keputusan peperiksaan Akhir Tahun. Pemilihan guru muda dilakukan bersama-sama oleh guru dan murid. Kaunselor membimbing murid tentang prosedur/tugas Guru Muda. Kenal pasti kepakaran masing-masing Persediaan bahan dengan bimbingan guru mata pelajaran Pencapaian prestasi rakan direkodkan setelah tamat masa PdP Borang penilaian Guru Muda diedarkan kepada murid dan diserahkan kepada guru mata pelajaran Guru mata pelajaran melaksanakan analisis dan penambahbaikan. Program Teach To Teach

iv.

Program ini khusus untuk guru bukan opsyen yang bertujuan untuk memastikan guru guru tersebut mendapat bimbingan daripada guru-guru berpengalaman bagi melonjakkan potensi dan

pembangunan profesional masing-masing.

Mentor dipilih untuk membimbing guru berkenaan dari segi: sukatan pelajaran dan huraian sukatan buku panduan guru perancangan tahunan dan persediaan mengajar harian sumber PdP
Muka Surat

| 240

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

pengurusan bilik darjah refleksi pengelolaan kurikulum

Peranan panitia mata pelajaran: Pengajaran mikro. Guru-guru didedahkan dengan teknik pengajaran mata pelajaran bukan opsyen Pencerapan rakan sebaya. Kemahiran PdP guru-guru bukan opsyen akan ditingkatkan apabila dicerap atau mencerap Bengkel Penataran Kertas Jawapan murid

dilaksanakan. Bimbingan membina Bahan Bantu Mengajar (BBM) Membina modul bersama-sama mentor.

(c)

Situasi-Situasi Lain

i.

Kesediaan dan keberkesanan guru melaksanakan PdP serta kesediaan murid belajar. Tiada masalah kerana budaya cemerlang guru dan murid sudah sebati.

ii.

Guru dan murid dipanggil ke pejabat Janji temu ditetapkan selepas waktu persekolahan

iii.

Pengumuman melalui pembesar suara dan siaran pengetua Pengumuman ditetapkan hanya waktu rehat sahaja, siaran maklumat dicetak dan diedarkan.

iv.

Aktiviti sukan sekolah atau sukantara. Dilaksanakan pada waktu petang.

Muka Surat

| 241

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

SYOR

Bersandarkan ciri-ciri kepimpinan instruksional yang dimiliki pengetua iaitu mempunyai pengetahuan yang tinggi tentang PdP untuk membangunkan profesional guru, interpersonal yang mantap, dan memotivasikan guru-guru bagi menerapkan semangat kerja sepasukan. Perlaksanaan program-program pembangunan murid pula berjaya menjana kecemerlangan murid-murid sekolah ini. Keprofesionalisme guru-guru dapat direalisasikan melalui penghayatan visi dan matlamat yang jelas bagi menjamin keunggulan peribadi, keberhasilan kerja, komunikasi berkesan dan berpotensi meningkatkan kecemerlangan sekolah.

Hasilnya sekolah ini telah berjaya MMImelalui pendekatan-pendekatan realistik seperti yang diutarakan. Keputusan Peperiksaan Awam sentiasa mendahului sekolah-sekolah harian biasa di Daerah Kota Setar malah beberapa buah sekolah kluster daerah-daerah lain di negeri Kedah. Kecemerlangan sekolah juga terserlah melalui penglibatan aktif murid-murid dalam bidang kokurikulum hingga ke peringkat tertinggi dan pembangunan sahsiah murid sentiasa terpelihara.

Masa

instruksional

dapat

dilaksanakan

apabila

semua

pihak

bertanggungjawab melaksanakan serta merealisasikan tugas masing-masing dan menyokong semua program melindungi masa instruksional. Usaha Kementerian Pelajaran untuk memastikan murid disediakan peluang

pembelajaran yang optimum dan berkesan dapat direalisasikan.

Rujukan Robiah Sidin, (1994), Pendidikan di Malaysia: Cabaran untuk Masa Depan, Kuala Lumpur :Penerbit Fajar Bakti.
Muka Surat

| 242

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

McBeath.J. and Mortimore.P. (2001). Improving School Effectiveness. Open University Press. Dr Haji Ishak bin Sin, Jilid 14.Bil.02.Disember 2004Pengurusan dan Pendidikan, Mok Soon Sang, (2000), Ilmu Pendididkan KPLI Semester 1 dan 2 Bahan dari internet : deriakacamata blog spot.com/2008/11/guru-guru tiada di sekolah pada masa persekolahan Bahan persembahan Persidangan Kebangsaan Pengetua Sekolah Menengah 2012 Surat Pekeliling Ikhtisas

Muka Surat

| 243

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

MEMAKSIMUMKAN WAKTU PDP

oleh KHALIQUL ZAMAN BIN MOHAMED SHERIFF, SMK. Guar Perahu, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Abstrak Memaksimumkan waktu pembelajaran telah dikenal pasti sebagai satu elemen penting yang telah berjaya meningkatkan pencapaian murid dan seterusnya meningkatkan prestasi SMK Guar Perahu. SMK Guar Perahu telah berjaya meningkatkan pencapaian prestasi sekolah khususnya dalam Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Kejayaan merealisasikan sekolah satu sesi telah banyak membantu sekolah dalam memaksimumkan waktu pembelajaran. Antaranya ialah menambah waktu PdP dari 35 minit kepada 40 minit, penambahan waktu PdP bagi mata pelajaran teras, pelaksanaan bilik darjah tambahan dan bilik darjah bimbingan selepas sekolah dan melaksanakan program Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBI) dalam jadual waktu persekolahan. Selain itu, sekolah juga telah berjaya mengawal masa perhimpunan harian tanpa mengganggu waktu PdP dengan menyediakan tatacara perhimpunan pagi sebagai garis panduan, menyediakan jadual guru ganti bagi guru-guru yang tidak hadir termasuk yang berkursus dan juga Guru Cemerlang serta Jurulatih Utama yang keluar atas keperluan tugas dan memastikan terdapat guru ganti bagi guru-guru yang cuti bersalin. Akhir sekali, pemantauan secara sistematik yang dilakukan oleh pentadbir dan ketua-ketua bidang serta peranan Guru Cemerlang juga telah memberikan impak yang besar terhadap pencapaian sekolah. Hasilnya, pencapaian peratus kelulusan PMR telah meningkat daripada 95.0% dalam tahun 2010 kepada 97.4% pada tahun 2011. Selain itu, Gred Purata Sekolah (GPS) untuk SPM juga telah berjaya dikurangkan daripada 5.51 pada tahun 2010 kepada 5.30 pada tahun 2011. Pencapaian ini telah melayakkan sekolah dicalon untuk mendapat Baiah pada tahun 2012 apabila ranking sekolah menurun sebanyak 323 dari tangga 1283 pada tahun 2010 kepada 960 pada tahun 2011. Dengan ini, diharapkan pencapaian SMK. Guar Perahu akan terus meningkat dengan programprogram yang sedia ada dan ditambah dengan program-program baharu yang lebih berkesan pada masa akan datang.

Muka Surat

| 244

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

PENGENALAN

SMK Guar Perahu merupakan sebuah sekolah harian luar bandar yang telah ditubuhkan pada tahun 1989. Sepanjang 22 tahun ditubuhkan, SMK Guar Perahu telah mencapai pelbagai kejayaan dalam akademik, sukan dan juga kokurikulum. Sesuai dengan arus perdana, SMK Guar Perahu telah melaksanakan perubahan-perubahan yang dapat melonjakkan nama sekolah bukan sahaja di peringkat negeri, malah di peringkat kebangsaan. Namun begitu, sebagai sebuah institusi sosial yang utama, SMK Guar Perahu tidak terlepas daripada menghadapi pelbagai masalah.

Antara masalah utama yang dikenal pasti ialah sekolah dua sesi yang menyukarkan aktiviti diselaraskan dan juga pergerakan guru yang ramai atas keperluan tugas pada satu-satu masa. Selain itu, atas tuntutan kerajaan, kementerian dan stake holders, maka mutu pembelajaran dan pengajaran (PdP) juga perlu dipertingkatkan terutamanya melalui pemantauan yang sistematik. Satu lagi isu yang perlu diambil kira ialah cuti bersalin guru memandangkan 79% daripada guru di sekolah ini ialah guru wanita. Bersandarkan empat isu utama inilah maka SMK Guar Perahu perlu menukar status daripada sekolah dua sesi kepada sekolah satu sesi mulai tahun 2011 dengan harapan akan dapat memberikan perkhidmatan yang lebih berkesan kepada pelanggan iaitu muridmurid di daerah Seberang Perai Tengah. Selain itu, langkah-langkah tertentu juga telah diambil untuk menangani tiga isu yang lain.

Kajian tentang keberkesanan sesebuah sekolah mendapati bahawa PdP berkesan serta kompetensi guru amat berkait rapat dalam menentukan penggunaan waktu PdP yang efektif dan optimum. Dapatan pertama menekankan bahawa interaksi yang berlaku di antara guru dengan murid akan dapat membantu murid dalam proses pembelajaran (Cotton, 1995). Hanya

Muka Surat

| 245

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

melalui interaksi yang cukup, murid akan berasa yakin dan mampu untuk mencerakinkan apa-apa yang dipelajari (Doyle, 1985).

Sepanjang proses interaksi guru-murid ini berlaku, guru-guru bukan sahaja akan dapat memotivasikan murid malahan juga akan dapat memantau kerja rumah atau latihan-latihan yang diberikan kepada murid. Selain itu, interaksi ini juga akan dapat mengurangkan masalah disiplin dan mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif di dalam bilik darjah. (Anderson, 2004).

Stallings dan Mohlman, (1981) menyatakan bahawa guru berkesan meluangkan 15% daripada masanya di sekolah untuk urusan perkeranian dan pentadbiran, 50% masa untuk berinteraksi dengan murid termasuk di dalam bilik darjah dan 35% lagi masa digunakan untuk memantau kerja sekolah atau latihan murid.

Dapatan kedua menekankan kepada penggunaan waktu PdP yang efektif sebagai penentu kejayaan seseorang murid dan juga sesebuah sekolah. Para pengkaji menggunakan istilah opportunity to learn, time on task dan juga effective learning time in school and at classroom level (Stallings, 1995;

Scheerens, 1992; Scheerens & Bosker, 1997) untuk menekankan perkaitan antara jumlah masa yang diluangkan di sekolah dengan kejayaan murid dan juga kejayaan sekolah. Dapatan juga menunjukkan bahawa lebih banyak masa diluangkan untuk sesi PdP, lebih tinggi kebarangkalian untuk seseorang murid itu mencapai kejayaan dalam pelajaran.

Muka Surat

| 246

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

ISI KANDUNGAN

1.

Sekolah Satu Sesi

Persekolahan dua sesi mengurangkan waktu PdP sebanyak 12.5%. Persekolahan dua sesi menyukarkan pihak sekolah untuk melaksanakan program bilik darjah bimbingan kerana kekurangan tempat. Selain itu, sekolah dua sesi juga menyukarkan pelaksanaan aktiviti kokurikulum yang akhirnya menyebabkan waktu PdP kadang-kadang digunakan untuk urusan kokurikulum.

Dalam memastikan waktu (PdP) dilaksanakan secara maksimum dan lebih berkesan, pelbagai usaha telah diadakan. Antaranya ialah mewujudkan sekolah satu sesi. Sebelum ini, sekolah ini dijalankan dalam dua sesi kerana bilangan murid yang ramai melebihi 1400 orang. Namun, apabila sebuah sekolah baharu dibuka iaitu SMK Guar Perahu Indah, sebahagian murid sekolah ini dapat dipindahkan ke sekolah baharu. Pihak sekolah memanafaatkan peluang ini dengan

mengemukakan permohonan kepada pihak JPN untuk memohon kebenaran menukar sesi pembelajaran dari dua sesi kepada satu sesi.

Dengan wujudnya persekolahan satu sesi, waktu PdP telah ditambah kepada 40 minit untuk satu masa berbanding 35 minit dalam satu masa sebelum ini. Hal sedemikian bermakna, waktu PdP telah bertambah sebanyak 12.5 % (5/40 x 100 = 12.5%) atau 240 minit seminggu. Setiap murid menikmati waktu pembelajaran yang lebih panjang dan guru mempunyai lebih banyak masa untuk menguruskan PdP. Tugasan yang diberikan dapat disiapkan dengan lebih sempurna terutamanya apabila melibatkan waktu berganda (double period ) dan aktiviti amali .

Muka Surat

| 247

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Persekolahan satu sesi juga membolehkan murid berada lebih lama di sekolah bersama guru-guru untuk memastikan urusan PdP dapat berjalan dengan lebih berkesan. Persekolahan satu sesi menyelesaikan banyak masalah seperti aktiviti kokurikulum. Apabila aktiviti kokurikulum berjalan secara lebih terancang, maka waktu PdP tidak terganggu. Oleh itu, guru dan murid dapat menumpukan perhatian serius semasa di dalam bilik darjah. Dengan adanya persekolahan satu sesi menyebabkan aktiviti bilik darjah bimbingan / tambahan / program motivasi dapat dijalankan dengan lebih kerap sekali gus dapat menambahkan waktu PdP guru dan murid secara optimum.

Kesimpulannya, persekolahan satu sesi mampu menyelesaikan banyak masalah berkaitan PdP dan memberikan banyak kesan positif kepada murid dan para guru. Waktu PdP dapat ditambah dan memberikan pengaruh yang besar kepada keputusan peperiksaan para murid.

2.

Perhimpunan Setiap Pagi

Semua murid dan guru mesti mengikuti perhimpunan setiap pagi sama ada perhimpunan rasmi sekolah setiap Isnin dan Rabu yang mengambil masa selama 40 minit mulai jam 7.40 hingga 8.20 minit pagi. Murid juga akan mengikuti perhimpunan harian mulai jam 7.30 hingga 7.40 setiap Selasa, Khamis, dan Jumaat. Perhimpunan pagi yang diadakan akan mengganggu PdP jika tidak dirancang dengan baik atau masa yang digunakan melebihi waktu yang ditetapkan. Bagi memastikan masa perhimpunan tidak menjejaskan waktu PdP, maka satu tatacara perhimpunan pagi telah dikeluarkan sebagai garis panduan. Perhimpunan dirancang dengan mengehadkan maklumat berkaitan

perkara-perkara penting dan ringkas sahaja, mempunyai susunan atur


Muka Surat

| 248

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

cara dan guru yang terlibat perlu memaklumkan maklumat yang hendak disampaikan terlebih dahulu untuk mendapat kebenaran. Selain itu, perhimpunan akan dihentikan pada jam 7.40 pagi. Kesimpulannya, dengan mengadakan perhimpunan pagi, guru tidak perlu membuang masa untuk mengambil kehadiran murid setiap hari di dalam bilik darjah. Guru lebih bersedia untuk terus memulakan PdP kerana murid akan segera berada di dalam bilik darjah serentak. Pergerakan murid untuk ke bilik-bilik khas / makmal / bengkel / bilik media akan lebih cepat. Tindakan atas

murid yang menjejaskan waktu pengajaran guru akan diambil tindakan segera semasa perhimpunan pagi. 3. Memaksimumkan Pengajaran Waktu Berganda

Dalam usaha untuk meningkatkan pencapaian prestasi akademik murid, sewajarnya guru dapat memaksimumkan PdP di dalam bilik darjah. Pembaziran masa berlaku apabila guru bergerak dari satu bilik darjah ke bilik darjah yang lain. Biasanya guru mengambil masa 2 hingga 3 minit untuk sampai ke bilik darjah bergantung kepada lokasi guru berada dan kedudukan bilik darjah yang perlu dimasuki. Jika pengajaran waktu berganda digunakan, guru dapat menjimatkan masa pergerakan sebanyak 50 peratus. Contohnya, jika pengajaran satu waktu pergerakan guru ulang-alik ialah 4 minit, hal ini dapat dijimatkan kepada 2 minit apabila menggunakan pengajaran waktu berganda .

Pihak sekolah telah

mengambil inisiatif untuk memperbanyak

pengajaran waktu berganda bagi kebanyakan mata pelajaran. Sebagai contohnya, mata pelajaran Sains yang diperuntukkan lima waktu, boleh dibahagikan kepada 2-2-1 waktu. Bagi mata pelajaran Geografi, 3

Muka Surat

| 249

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

waktu, dibahagikan kepada 2-1 waktu. Dengan cara ini, bilik-bilik khas seperti bilik media dan makmal dapat dimaksimumkan penggunaannya.

Kesimpulannya, daripada pemantauan yang dibuat, didapati guru dapat mengelakkan pembaziran masa iaitu mengurangkan pergerakan guru daripada satu bilik darjah ke bilik darjah yang lain. Murid juga dapat menyiapkan semua latihan yang diberi oleh guru di dalam bilik darjah. Sukatan Pelajaran juga dapat diselesaikan mengikut Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT).

4.

Guru Ganti Bagi Guru Yang Tidak Hadir

Guru-guru juga manusia biasa yang tidak terkecuali daripada mengalami masalah kesihatan, dan masalah-masalah peribadi atau keluarga yang tidak dapat dielakkan. Guru-guru terpaksa mengambil cuti sakit atau cuti kecemasan semasa hari persekolahan.

Bagi mengatasi masalah di atas, jadual guru ganti disediakan oleh pihak pentadbir. Semua Ketua Panitia telah dimaklumkan pada awal tahun supaya menyediakan 2 set bahan kelas gantian untuk setiap tingkatan. Guru yang masuk ke bilik darjah untuk menggantikan guru-guru yang cuti sakit atau cuti kecemasan akan mengambil bahan pengajaran daripada Panitia yang berkenaan. Selain itu, untuk mengatasi masalah ini, guru-guru juga boleh membuat bilik darjah tambahan / gantian bagi bilik darjah yang ditinggalkan. Dengan ini, sukatan pelajaran dapat dihabiskan mengikut perancangan yang sedia ada.

Kesimpulannya, walaupun guru mengambil cuti sakit atau cuti kecemasan, PdP tidak terjejas kerana jadual guru ganti dan bahan-bahan

Muka Surat

| 250

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

PdP disediakan untuk guru ganti mengambil alih tugas guru tersebut sebaik mungkin.

5.

Guru Berkursus

Selain mengajar di sekolah, guru-guru diberi peluang untuk berkursus di tempat-tempat yang dikhususkan. Biasanya kursus-kursus yang

melibatkan guru-guru dianjurkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran Malaysia. Guru-guru terpaksa meninggalkan

tugasan mengajar untuk mengikuti kursus-kursus yang ditawarkan yang bersesuaian dengan opsyen. Kursus yang dihadiri mengambil masa beberapa hari dan minggu. Situasi ini menyebabkan PdP tertangguh, murid ketinggalan pelajaran dan sukatan pelajaran tidak dapat dihabiskan mengikut perancangan.

Bagi mengatasi masalah di atas, guru-guru yang berkursus perlu merancang dan menyediakan bahan kerja untuk murid melaksanakannya sepanjang tempoh guru berkenaan menghadiri kursus. Sekembali daripada kursus, guru berkenaan hendaklah memantau kerja (homework) yang ditinggalkan dan memastikan murid melaksanakannya dan membuat perbincangan dengan murid.

Sekiranya guru-guru mendapat tawaran kursus dalam jangka masa yang singkat bolehlah berhubung dengan rakan sejawat untuk menukar waktu PdP secara persetujuan bersama. Selain itu, untuk mengatasi masalah ini, guru-guru yang berkursus boleh membuat kelas gantian bagi kelas yang ditinggalkan. Dengan ini, sukatan pelajaran dapat dihabiskan mengikut perancangan yang sedia ada.

Muka Surat

| 251

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Kesimpulannya, waktu PdP dapat digunakan secara maksimum jika guru-guru memainkan peranan yang sewajarnya dalam memartabatkan profesion perguruan. Sikap amanah, ikhlas dan bertanggungjawab guruguru akan dapat melahirkan anak didik yang cemerlang di dunia dan di akhirat.

6.

Guru Cemerlang / Jurulatih Utama

Terdapat sebilangan Guru Cemerlang (GC) dan Jurulatih Utama (JU) yang terpaksa keluar semasa waktu persekolahan untuk menjalankan tugas sebagai penceramah/fasilitator bagi membantu sekolah lain, PPD dan JPN ataupun KPM dalam menjalankan pelbagai program peningkatan akademik.

Apabila guru-guru terlibat meninggalkan sekolah, mereka akan meninggalkan tugasan untuk murid dan membincangkan tugasan dengan murid pada waktu PdP berikutnya. Selain itu, guru terlibat juga akan menukar waktu PdP dengan guru lain secara suka sama suka. Guru terlibat juga kadang-kadang akan mengganti waktu PdP pada waktu cuti persekolahan.

Kesimpulannya

Guru Cemerlang dan Jurulatih Utama

sentiasa

berusaha untuk memaksimumkan waktu PdP walaupun terpaksa melakukan tugas luar demi kecemerlangan anak murid.

7.

Bilik darjah Bimbingan PMR / SPM

Bilik darjah tambahan perlu dibuat memandangkan terdapat guru terlibat dengan aktiviti luar, mesyuarat dalaman dan mesyuarat di luar dan penyelesaian bagi kes-kes yang berlaku di sekolah atau guru terpaksa
Muka Surat

| 252

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

menyelesaikan kes disiplin. Selain itu, terdapat ramai murid miskin yang tidak mampu menghadiri bilik darjah tambahan di luar dan murid lemah yang perlu diulang dan dibimbing pada setiap tajuk. Terdapat tiga jenis bilik darjah bimbingan diadakan iaitu bilik darjah bimbingan berfokus, bilik darjah bimbingan waktu cuti persekolahan dan bilik darjah bimbingan pada hari Sabtu.

Bilik darjah bimbingan berfokus diadakan pada setiap Isnin, Selasa, dan Khamis mulai jam 3.15 petang hingga 4.15 petang. Bilik darjah ini merupakan bilik darjah pelengkap bagi guru yang terlibat dengan aktiviti luar atau sebagai bilik darjah latih tubi bagi tajuk-tajuk yang tertentu. (Jadual bilik darjah dilampirkan)

Bilik darjah bimbingan waktu cuti persekolahan diadakan pada minggu pertama cuti pertengahan penggal. Bilik darjah bermula pada jam 8.00 pagi hingga 12.30 tengah hari. (Lihat Lampiran). Bilik darjah ini dirancang oleh jawatankuasa peningkatan prestasi sekolah dengan kerjasama Majlis Guru Cemerlang SMKGP yang bertujuan untuk memastikan murid tidak membuang masa walaupun semasa cuti persekolahan. Bahan-bahan PdP disediakan oleh guru yang terlibat bersama-sama dengan ketua panitia.

Bilik darjah bimbingan hari Sabtu diadakan pada hari Sabtu minggu kedua dan minggu keempat yang bukan cuti umum. Guru yang terlibat akan memaklum sendiri kepada bilik darjah-bilik darjah yang diajar. Bilik darjah bermula pada jam 8.00 pagi hingga 10.00 pagi bagi slot pertama, manakala slot kedua mulai jam 10.30 pagi hingga 12.30 tengah hari.

Muka Surat

| 253

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Keseluruhannya, program yang dirancang telah banyak membantu pihak sekolah mencapai objektif dan memberikan faedah kepada semua murid yang terlibat. Semua guru terlibat telah merancang dan berusaha menjayakan program demi kecemerlangan murid dan peningkatan prestasi sekolah pada tahun ini.

8.

Memperkukuh Bahasa Inggeris / Solat Zohor

Penguasaan bahasa yang lemah dalam kalangan murid SMK Guar Perahu disebabkan kurang minat untuk membaca. Contact Hours yang sangat terhad menyebabkan murid hanya mendapat pendedahan terhadap Bahasa Inggeris di dalam bilik darjah semasa PdP sahaja.

Selaras dengan dasar Kementerian Pelajaran untuk Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBI), pihak sekolah telah melancarkan program MBI Happy Hour. Hari Isnin dan Rabu untuk menengah atas dan Selasa dan Khamis untuk menengah rendah. Program 30 minit ini memberikan peluang kepada murid untuk mendapat pendedahan berkaitan Bahasa Inggeris yang lebih agar mereka dapat meningkatkan penguasaaan mereka. Panitia Bahasa Inggeris dipertanggungjawabkan untuk

menyediakan bahan yang menarik dan sesuai untuk murid.

Masa MBI ialah dari 1.20 tengah hari hingga 1.50 tengah hari. Guru MBI akan memantau dan membantu murid jika diperlukan. Guru Bahasa Inggeris akan membuat tindakan susulan semasa bilik darjah mereka. Program ini selain daripada menambahkan contact hour, murid dapat juga menampung waktu jika guru terpaksa meninggalkan sekolah atas urusan rasmi atau bercuti.

Muka Surat

| 254

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Kesimpulannya, dengan adanya waktu tambahan 1.20 1.50 tengah hari, contact hour dapat ditambah dan diharapkan murid dapat menguasai bahasa Inggeris dengan lebih baik.

9.

Program Guru Ganti (Cuti Bersalin / Guru Melanjutkan Pelajaran)

Bilangan guru perempuan di SMKGP lebih ramai berbanding guru lelaki dengan nisbah 4:1. Hal ini menyebabkan kemungkinan guru cuti bersalin adalah tinggi kerana ramai guru perempuan berumur antara 25 hingga 40 tahun yang berkahwin dan diandaikan boleh melahirkan anak. Selain itu, terdapat ramai guru muda yang berminat untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dan terpaksa memohon cuti yang panjang.

Dalam memastikan waktu PdP digunakan semaksimum mungkin dan tidak berlaku pembaziran masa ketika ketiadaan guru-guru atas urusan tertentu, pihak sekolah akan memastikan guru ganti dapat diadakan tepat pada waktunya. Dengan kerjasama pihak Pejabat Pelajaran Daerah dan Jabatan Pelajaran Pulau Pinang setakat ini pihak sekolah sentiasa mendapat guru ganti tepat pada masanya terutama guru ganti untuk guru bersalin yang biasanya mengambil tempoh masa bercuti yang lama.

Pada penghujung tahun, pihak sekolah biasanya akan membuat bancian tentang guru-guru yang dijangka bersalin pada tahun berikutnya. Nama nama guru tersebut berserta pengkhususan/opsyen akan dihantar ke PPD untuk tujuan persediaan guru. Ada juga ketika guruguru ganti yang datang tidak mengikut pengkhususan atau lewat dihantar, pihak sekolah akan membuat perubahan pada jadual waktu menggunakan kepakaran guru-guru yang sedia ada di samping membuat pengubahsuaian waktu mata-mata pelajaran lain. Namun, perkara yang dipastikan ialah tiada
Muka Surat

| 255

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

bilik darjah tanpa guru dan PdP yang berkesan mesti dijalankan sepanjang masa. Pemantauan daripada pentadbir akan dijalankan dari semasa ke semasa bagi memastikan proses PdP berjalan dengan berkesan.

Kesimpulannya, pihak sekolah sentiasa membuat perancangan yang rapi supaya PdP tidak terjejas walaupun guru bercuti panjang kerana bersalin atau melanjutkan pelajaran.

10.

Pemantauan Berkesan

Seperti sekolah-sekolah lain, SMK Guar Perahu juga perlu memastikan proses PdP perlu dirancang dan dimantapkan. Selain itu, keadaan persekitaran yang kondusif juga perlu diwujudkan. Murid akan keluar bilik darjah atau di kaki lima sekiranya guru tidak masuk ke bilik darjah atau terlewat masuk ke bilik darjah. Murid juga akan bising, tidak menumpukan perhatian dan tiada peralatan seperti buku dan alat tulis semasa proses PdP dilaksanakan jika kawalan bilik darjah oleh guru lemah.

Bagi memastikan waktu PdP dimaksimumkan sepenuhnya pihak pentadbiran sekolah memastikan Jadual Pemeriksaan Buku Latihan dibuat. Semua guru diminta menyerahkan buku latihan murid yang telah disemak kepada pentadbir mengikut jadual. Dengan adanya pemantauan ini, pihak guru mesti merancang dan memastikan proses PdP yang dijalankan di bilik darjah adalah berkesan dan mempunyai aktiviti pengukuhan yang juga berkesan

Pihak pentadbir juga dari semasa ke semasa membuat pencerapan bagi memastikan aktiviti PdP yang berlaku di bilik darjah mengikut sukatan
Muka Surat

| 256

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

yang ditetapkan oleh kementerian. Jadual pencerapan diadakan. (rujuk lampiran) Setiap guru akan dicerap sebanyak dua kali. Setelah selesai proses pencerapan, perbincangan akan diadakan antara guru dan pentadbir untuk meningkatkan mutu PdP. Aktiviti ini menyumbang kepada peningkatan mutu PdP.

Pentadbir juga akan melakukan rondaan ke setiap blok serta kawasan sekolah untuk memastikan PdP berjalan dengan lancar, murid bersedia untuk belajar dan tiada gangguan semasa PdP dilaksanakan. Rondaan juga dilakukan untuk memastikan bilik darjah berada dalam keadaan bersih dan ceria supaya pembelajaran dilakukan dalam keadaan yang selesa. Rondaan dilakukan oleh Pengetua, Penolong-penolong Kanan serta Ketua-ketua Bidang. Jadual rondaan disediakan dalam Jadual Waktu Sekolah. Ketua Bidang akan meronda 3 kali seminggu, Penolong Kanan 4 kali seminggu sementara Pengetua tidak disediakan jadual untuk melakukan rondaan. Guru Bertugas Mingguan juga melakukan rondaan mengikut jadual yang disediakan oleh Ketua Guru Bertugas Mingguan .

Laporan perlu disediakan dalam borang rondaan yang disediakan selepas setiap kali rondaan untuk disahkan oleh pengetua atau Penolong Kanan Pentadbiran. Antara perkara yang perlu dilaporkan ialah bilik darjah yang tiada guru, bilik darjah yang muridnya tidur atau bising dan bilik darjah yang kotor serta kawasan sekolah yang kotor yang perlu dibersihkan dengan segera. Guru bertugas akan membuat laporan dalam Buku Bertugas Mingguan.

Kesimpulannya, rondaan yang dilakukan oleh pihak sekolah dapat mengurangkan masalah murid berkeliaran di luar bilik darjah semasa PdP dilakukan. Di samping itu PdP dapat dilaksanakan dengan berkesan,
Muka Surat

| 257

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

masalah guru tiada di dalam bilik darjah dapat di atasi dengan segera dan guru-guru dapat sepenuhnya. memaksimumkan waktu tersebut dengan

11.

Menambah Waktu Pengajaran dan Pembelajaran

Bilik darjah Kemanusiaan 4K1, 4K2, 4K3, 5K1, 5K2, 5K3 mengambil 8 mata pelajaran untuk SPM. Walaupun boleh balik awal, tetapi waktu persekolahan untuk semua murid bermula jam 7.30 pagi hingga 3.00 petang. Terdapat waktu yang berlebihan. Maka, mata pelajaran Teras: Matematik, Bahasa Inggeris, Sains dan Bahasa Melayu bagi bilik darjah Kemanusiaan ditambah waktu PdP menjadi di antara 6 hingga 8 waktu.

Analisis Jadual Waktu bilik darjah berkenaan seperti yang berikut:


Mata Pelajaran/Bilik darjah 4K1 4K2 4K3 5K1 5K2 5K3 Matematik 5 5 6 7 6 5 English 7 7 5 7 6 5 Sains 6 7 6 5 5 5 Bahasa Malaysia 7 6 8 6 8 8

Dengan menambah waktu PdP, dapat menambah contact hours guru dengan murid dan murid dengan murid. Oleh itu, penambahan waktu mampu meningkatkan pencapaian akademik murid.

Muka Surat

| 258

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

SYOR

Bagi memastikan SMK Guar Perahu terus cemerlang, program-program sedia ada akan diteruskan dan dibuat penambahbaikan mengikut keperluan. Selain itu, beberapa program juga sedang ditingkatkan keberkesanannya agar memberikan impak yang lebih atas pencapaian murid dan juga sekolah. Antara program yang akan dipertingkatkan ialah Program Motivasi untuk

meningkatkan kesedaran murid termasuk dari aspek kerohanian, akademik dan juga kerjaya.

Selain itu, pihak sekolah juga sedang meningkatkan kerjasama dengan komuniti setempat dan agensi luar untuk membantu sekolah bagi membantu murid. Pihak sekolah juga sedang meningkatkan pelaksanaan program-program sahsiah supaya disiplin dapat dipertingkat. Seandainya masalah disiplin murid seperti ponteng bilik darjah dan ponteng sekolah dapat di atasi, guru-guru akan dapat memberikan tumpuan yang lebih berkaitan proses PdP dalam bilik darjah.

Hal ini akhirnya akan dapat meningkatkan lagi pencapaian murid dan juga sekolah. Diharapkan agar SMK Guar Perahu akan dapat meneruskan kecemerlangan dalam semua aspek selaras dengan visi sekolah iaitu menjadi Sekolah Hebat menjelang Tahun 2015.

Rujukan Anderson, L.W., (2004) Increasing Teacher Effectiveness. (Second Edition) Paris: UNESCO, IIEP dalam Scheerens, J. (2004). Review of school and instructional effectiveness research. UNESCO Research Paper 2005/ED/EFA/MRT/PI/44 dalam laman web www. unesdoc.unesco.org/images/0014/001466/146695e.pdf

Muka Surat

| 259

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Cotton, K. (1995). Effective schooling practices: A research synthesis. 1995 Update. School Improvement Research Series. Northwest Regional Educational Laboratory dalam Scheerens, J. (2004). Review of school and instructional effectiveness research. UNESCO Research Paper 2005/ED/EFA/MRT/PI/44 dalam laman web www. unesdoc.unesco.org/images/0014/001466/146695e.pdf Doyle, W. (1985). Effective secondary classroom practices. In: M.J. Kyle (Ed.), Reaching for excellence. An effective schools sourcebook. Washington: U.S. Government Printing Office dalam Scheerens, J. (2004). Review of school and instructional effectiveness research. UNESCO Research Paper 2005/ED/EFA/MRT/PI/44 dalam laman web www. unesdoc.unesco.org/images/0014/001466/146695e.pdf Sammons, P., Hillman, J., & Mortimore, P. (1995). Key characteristics of effective schools: A review of school effectiveness research. London: OFSTED dalam Scheerens, J. (2004). Review of school and instructional effectiveness research. UNESCO Research Paper 2005/ED/EFA/MRT/PI/44 dalam laman web www. unesdoc.unesco.org/images/0014/001466/146695e.pdf Scheerens, J. (1992). Effective Schooling, Research, Theory and Practice. London: Cassell dalam Scheerens, J. (2004). Review of school and instructional effectiveness research. UNESCO Research Paper 2005/ED/EFA/MRT/PI/44 dalam laman web www. unesdoc.unesco.org/images/0014/001466/146695e.pdf Scheerens, J. (2004). Review of school and instructional effectiveness research. UNESCO Research Paper 2005/ED/EFA/MRT/PI/44 dalam laman web www. unesdoc.unesco.org/images/0014/001466/146695e.pdf Scheerens, J., & Bosker, R.J. (1997). The Foundations of Educational Effectiveness. Oxford: Elsevier Science Ltd dalam Scheerens, J. (2004). Review of school and instructional effectiveness research. UNESCO Research Paper 2005/ED/EFA/MRT/PI/44 dalam laman web www. unesdoc.unesco.org/images/0014/001466/146695e.pdf Stallings, J. (1985). Effective elementary classroom practices. In: M.J. Kyle (Ed.), Reaching for excellence. An effective schools sourcebook. Washington, DC: US Government Printing Office. Stallings, J., & Mohlman, G. (1981). School policy, leadership style, teacher change and student behavior in eight schools. Final report to the National Institute of Education, Washington D.C.
Muka Surat

| 260

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL MELALUI POLISI PENGURUSAN SEKOLAH DAN PROGRAM KHAS

oleh CIK RUSNANI BINTI SHARUDDIN SMK Raja Perempuan, Ipoh, Perak

ABSTRAK Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2025), keberhasilan pembelajaran murid merupakan tumpuan utama bagi memastikan pembangunan modal insan untuk menentukan hala tuju pendidikan negara yang memberikan keutamaan kepada pemastian pendidikan berkualiti disediakan untuk semua murid. Oleh yang demikian Melindungi Masa Instuksional merupakan behavioural yang sepatutnya dipamerkan oleh seorang pemimpin sekolah yang mempunyai kepimpinan instruksional yang mantap. Pihak pengurusan sekolah boleh mewujudkan polisi dan menguatkuasakan amalan bagi melindungi masa instruksional untuk pembelajaran murid yang berkesan. Di SMK Raja Perempuan, Ipoh pihak pengurusan sekolah telah pun melaksanakan beberapa polisi bagi melindungi masa instruksional ini supaya keberhasilan pembelajaran murid dicapai. Antaranya termasuk mewujudkan Waktu Pengurusan Kelas yang digandingkan dengan penggunaan planner murid serta jadual waktu kerja rumah, memaksimumkan waktu kokurikulum selepas waktu persekolahan untuk aktiviti-aktiviti akademik dan bidang HEM selain waktu kokurikulum dan sukan yang telah ditetapkan. Pihak sekolah juga telah menetapkan tempoh masa untuk raptai bagi majlis utama sekolah dengan mewujudkan standard of procedure tertentu pada peringkat sekolah untuk mengawal kualiti majlis atau event dan pada masa yang sama masa instruksional guru yang terganggu dapat diminimumkan dan dalam keadaan tertentu boleh digantikan semula.Program Kepimpinan murid yang khusus melibatkan mereka untuk bersuara tentang hak mereka untuk memperoleh masa instruksional yang berkualiti serta aspek-aspek lain dalam persekitaran dan pengurusan sekolah juga diperkenalkan dengan mewujudkan Students Voice Committee.

Muka Surat

| 261

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

PENGENALAN

Menurut sumber dari Bahagian Pendidikan Guru, (2011), tugas utama guru merangkumi PdP (PdP), perancangan PdP, penilaian murid, perjumpaan kokurikulum, bimbingan akademik di luar PdP hanya berjumlah 11.16 jam seminggu. Manakala tugas sampingan yang dipikul oleh guru seperti

menghadiri latihan dalam perkhidmatan (LDP), mesyuarat, mengiringi murid, melatih murid, kelas tambahan, relief, program khas sekolah, majlis sekolah dan mesyuarat PIBG menjangkau kepada 40 jam seminggu. Selain itu, masa instruksional guru juga terganggu oleh tugas-tugas perkeranian mingguan, dan tahunan. Justeru sekolah perlu menetapkan polisi tertentu atau mewujudkan inovasi dan penguatkuasaan bagi mengelakkan guru menggunakan waktu PdP untuk menyelesaikan tugas-tugas perkeranian ini. Bagi tugas perkeranian ini juga, guru menggunakan sejumlah 16.88 jam seminggu. Daripada analisis di atas jelas menunjukkan jumlah jam yang digunakan oleh guru untuk melaksanakan tugas utama paling minima berbanding tugas sampingan dan tugas perkeranian. Sehubungan dengan itu, nisbah tugas utama: tugas

sampingan : tugas pekeranian = 11.16 : 40.00 : 16.88 perlu diperbetulkan demi menjaga atau melindungi keberkesanan PdP di dalam bilik darjah.

PERNYATAAN ISU

Perkara yang menjadi satu permasalahan di sekolah ialah sekolah tidak dapat menghasilkan prestasi akademik yang berkualiti ataupun keberhasilan pembelajaran murid tidak dicapai. Perkara ini adalah oleh disebabkan fokus dan passion dalam menterjemahkan kurikulum tersurat kepada kurikulum operasional pada tahap paling minimum. Jika pemimpin instruksional tidak melihat dan mengambil tindakan secara profesional, maka warga sekolah khususnya guru-guru akan tersasar daripada skop tugas utama mereka
Muka Surat

| 262

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

merancang, melaksana, menilai PdP, dan mengawal proses untuk kualiti. Pemimpin Instruksional yang mantap sepatutnya dapat menggunakan peluang dan ruang yang ada dalam bidang kokurikulum, sukan, dan hal ehwal murid untuk memantapkan pencapaian akademik dan sekali gus membudayakan kecemerlangan akademik serta selari dengan kecemerlangan domain-domain lain. Oleh yang demikian, pemimpin sekolah mestilah meletakkan keutamaan kepada isu-isu kurikulum dan instruksional disamping mempamerkan pengetahuan yang tinggi tentang pelaksanaan kurikulum serta pentaksiran di sekolah bagi membolehkan guru-guru mengikut rentak yang sama. Pemantauan kemajuan murid yang berterusan akan menyumbang kepada pencapaian sekolah dan keberkesanan pengajaran guru serta keberkesanan pembelajaran murid yang juga memastikan matlamat sekolah akan tercapai.

CADANGAN TINDAKAN / PENYELESAIAN

1.

Waktu Pengurusan Kelas (WPK), Planner Murid dan Jadual Waktu Kerja Rumah

Pihak pengurusan sekolah telah melaksanakan waktu pengurusan kelas (WPK) yang digandingkan bersama dengan planner murid dan jadual waktu kerja rumah. Waktu Pengurusan Kelas adalah pada 7.30 hingga 8.00 pagi dari hari Selasa hingga Jumaat selama 2 jam seminggu. Waktu Pengurusan Kelas diambil lima minit setiap waktu dan dihimpunkan. Secara logiknya, apabila guru masuk ke dalam kelas, guru perlu mengambil masa untuk menguruskan kelas. Kadangkala guru mungkin mengambil masa lebih daripada lima minit untuk

menguruskan bilik darjah. Oleh yang demikian, WPK dapat mengawal guru menggunakan waktu PdP untuk kerja-kerja perkeranian sama ada perkeranian mingguan, bulanan ataupun
Muka Surat

| 263

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

tahunan kerana tugas tersebut telah distruktur secara berterusan sepanjang tahun. Apabila guru masuk ke dalam kelas, proses PdP dilaksanakan serta merta. WPK ini akan dikendalikan oleh guru kelas atau guru tingkatan untuk menguruskan perkara-perkara berikut : (a) menguruskan data berkaitan akademik, kokurikulum dan hal ehwal murid (HEM), (b) (c) (d) menyemak planner murid, menyelesaikan hal-hal berkaitan prestasi akademik, memastikan rumah, (e) memastikan murid membuat pembacaan untuk murid-murid telah melengkapkan kerja

PROGRAM NILAM (selected classes), (f) membimbing murid untuk PROGRAM ORGANIC

FARMING (selected classes ikut giliran) (Organic Farming adalah untuk memupuk soft skills berkaitan dengan alam sekitar),

Semasa WPK ini, aktiviti murid akan menjurus kepada (a) mengumpul semua kerja rumah yang patut dihantar setiap hari berdasarkan jadual kerja rumah setiap kelas, (b) murid melengkapkan kerja rumah (jika masih tidak lengkap), (c) (d) membuat pembacaan untuk PROGRAM NILAM, dan berinteraksi dengan guru untuk menyelesaikan masaalah berkaitan akademik.

WPK ini diwujudkan untuk disesuaikan dengan planner murid. Planner murid ini diambil dan diadaptasikan dari sebuah sekolah di London semasa menjalani Kursus di Kings College, London. Apabila murid menggunakan planner murid secara tidak langsung, diajar untuk
Muka Surat

| 264

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

menganalisis dan sintesis semasa membuat perancangan akademik. Sehubungan dengan itu, terdapat unsur-unsur penerapan kemahiran berfikir dan pengurusan masa yang berkesan. Aspek-aspek ini merupakan added value kepada kualiti pembelajaran murid. SMK Raja Perempuan telah melaksanakan program ini bermula tahun 2010, 2011, dan 2012. Pemantauan program ini diletakkan dibawah barisan Penolong Kanan dan Guru Kanan Mata Pelajaran.

2.

Students Voice Committee

Pihak pengurusan sekolah juga telah menwujudkan Badan Kepimpinan murid, iaitu Students Voice Committee dengan tujuan mendidik murid untuk bersuara bagi mendapatkan hak mereka dalam proses PdP yang berkualiti. Setiap kelas akan diwakili oleh seorang murid yang akan menyatakan ketidakpuashatian tentang hak yang patut diperolehi oleh mereka. Pihak pengurusan sekolah akan bermesyuarat dengan badan kepimpinan ini bertujuan untuk mendengar dan mengambil tindakan yang sewajar serta merasionalkan terhadap perkara-perkara yang telah dibangkitkan. Students Voice Committee ini juga telah diadaptasi daripada amalan yang telah dilaksanakan oleh Wellington High School For Girls, di Surrey, United Kingdom (UK). Program ini melatih murid untuk menjadi lebih kritis, berfikiran terbuka, berkomunikasi secara berkesan dan menggalakkan perbincangan secara berhemah untuk menyelesaikan sebarang isu.

Jika terdapat sebarang isu berkaitan dengan kualiti pengajaran guru, maka penilaian terhadap pengajaran guru menggunakan instrumen yang spesifik oleh murid yang terlibat akan dilaksanakan setelah guru tersebut dimaklumkan. Hasil dapatan akan dianalisis dan akan dibentangkan dalam mesyuarat Jawatan Kuasa Students Voice. Melalui
Muka Surat

| 265

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

program seperti ini tindak tanduk proses pengajaran guru dapat dikawal oleh sistem dan guru akan sentiasa alert dan bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Oleh yang demikian, MMI dapat berlaku dan begitu juga kualiti PdP dapat dibudayakan .

3.

Waktu Kokurikulum

SMK Raja Perempuan telah meletakkan perjumpaan kokurikulum dan sukan sebanyak 29 minggu (7 bulan). Daripada 29 minggu, perjumpaan yang wajib bagi aktiviti kokurikulum dan sukan ialah sebanyak 10 minggu untuk setiap persatuan dan kelab, unit beruniform, dan kelab permainan bagi membolehkan mereka mencapai 50% wajaran markah jika mereka hadir penuh. Perjumpaan kokurikulum yang selebihnya digunakan untuk Bengkel Mata Pelajaran dan Klinik Mata Pelajaran. Hal ini merupakan strategi untuk top up masa instruksional yang formal di dalam bilik darjah. Secara tidak langsung walupun sekolah aktif dengan pelbagai aktiviti kokurikulum dan aktiviti kluster, pihak pengurusan masih mengambil peluang untuk memberikan fokus kepada instruction .

Bengkel Mata Pelajaran akan diadakan setiap kali selepas ujian dan peperiksaan. Semua murid dilatih semula cara mengunakan scoring rubric bagi instrumen ujian dan peperiksaan untuk meningkatkan prestasi mata pelajaran mereka melalui penilaian kendiri dengan bimbingan guru mata pelajaran. Klinik Mata Pelajaran lebih berfokus kepada murid-murid kritikal yang mempunyai masalah yang sama melibatkan konstruk-konstruk tertentu yang perlu diberikan perhatian untuk lulus dalam peperiksaan awam. Tiada Guru di SMK Raja Perempuan dibenarkan mengadakan kelas tambahan, mereka hanya dibenarkan mengadakan bengkel ataupun klinik. Sukatan
Muka Surat

| 266

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

pelajaran perlulah dirancang dengan telilti dan di laksanakan waktu PdP yang formal menggunakan pelbagai pendekatan.

Waktu kokurikulum ini juga digunakan untuk mengadakan seminar atau bengkel seperti teknik menjawab soalan awam, motivasi, kerjaya serta seminar. Semua aspek ini adalah penting di dalam membangunkan keberhasilan pembelajaran murid.

4.

Waktu Raptai Majlis Sekolah

Pengurusan Majlis Sekolah perlu dirancang dengan teliti dan setiap Ahli Jawatankuasa (AJK) Kecil di dalam Jawatankuasa Majlis Sekolah perlu ada satu (SOP) untuk melaksanakan tugasan yang telah ditetapkan bagi mengawal kualiti majlis dan MMI. Dengan cara begini waktu raptai dapat dipendekkan. Selalunya raptai yang pertama hanya menggunakan separuh hari sahaja. Jika raptai yang pertama diadakan sebelum rehat maka selepas rehat waktu PdP mestilah berlangsung seperti dalam jadual. Manakala raptai yang kedua selalunya raptai penuh diadakan pada hari PdP pendek iaitu sama ada hari Khamis ataupun Jumaat. Dengan cara ini guru-guru akan memikirkan cara terbaik dalam masa yang singkat untuk menghasilkan kualiti dan focus mereka terhadap instructional time, instruksional process tidak diganggu oleh majlismajlis ini.

5.

Kesimpulan

Kepimpinan sekolah perlulah sensitif tentang isu MMI di sekolah. WPK penting sebagai satu cara untuk mengenal pasti masalah-masalah yang berkaitan dengan murid yang kadang kala boleh mengganggu PdP guru didalam kelas. Malahan WPK juga dapat memberikan manfaat kepada
Muka Surat

| 267

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

keperluan peribadi murid dalam merancang kerja-kerja harian yang perlu diselesaikan sepanjang masa persekolahan dan juga waktu-waktu tertentu apabila murid itu berada di rumah. Dalam kesibukan pengurusan kokurikulum, penglibatan murid dalam aktiviti berbentuk akademik juga perlu diselit oleh kepimpinan sekolah dalam MMI. Hal ini menyediakan peluang murid mendapat pembelajaran yang bermakna dan boleh meningkatkan pencapian prestasinya. Pengurusan sekolah perlu sedar bahawa dalam mengendalikan majlis-majlis keraian sekolah banyak mengganggu masa instruksional. Oleh itu, pengurusan yang terancang dan bersistematik dapat melindung masa instruksional. Manakala Student Voice Committee boleh membantu murid dan guru dalam menilai kebolehan menyampai dan menerima sesuatu bidang dengan lebih berkesan semasa PdP. Diiharapkan masalah-masalah yang dihadapi boleh disampaikan melalui komuniti tersebut, supaya PdP dapat yang dilaksanakan dan diubahsuai mengikut keperluan murid.

SYOR

Waktu Pengurusan Kelas perlu dijadikan satu rutin dalam menyelesaikan kerjakerja perkeranian bagi menguruskan kurikulum, kokurikulum, dan sahsiah murid. Tugasan ini mengambil tempoh yang agak lama dan jika tidak ditadbir urus dengan baik boleh mengganggu masa instrusional. Selian itu, kebolehan mentadbir hal-hal berkaitan dengan majlis-majlis keraian sekolah, kokurikulum dan Students Voice Committee boleh dijadikan satu agenda dalam mesyuarat jawatankuasa pengurusan sekolah. Perkara tersebut juga menggalak PdP yang bermakna demi MMI.

Muka Surat

| 268

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Rujukan Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia , (2011) Sapone, C.O ( Winter 1985 ), Curriculum: The Baisi for Instructional Leadership, The Principals Role.

Muka Surat

| 269

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

PROGRAM RELIEF BERKESAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL DAN MENINGKATKAN MASA PEMBELAJARAN BERKESAN DI DALAM BILIK DARJAH

oleh RADHIAH BINTI MUHAMMAD ROHANI BINTI ROSLAN SMK Puteri Wilayah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Abstrak Guru sebagai pemimpin instruksional berfungsi untuk memastikan masa PdP dapat digunakan secara berkesan di dalam bilik darjah. Walau bagaimanapun, isu ketiadaan guru di dalam kelas yang menyebabkan murid tidak memperolehi masa pembelajaran secara berkesan sering ditimbulkan. Keberkesanan pelaksanaan program guru ganti juga sering dipersoalkan. Sehubungan dengan itu, kertas kerja ini menjelaskan bagaimana Program Relief Berkesan yang dijalankan di SMK Puteri Wilayah, Kuala Lumpur dapat melindungi masa instruksional dan meningkatkan masa pembelajaran berkesan di dalam bilik darjah. Kertas kerja ini menerangkan secara jelas pelaksanaan Program Relief Berkesan dari peringkat perancangan, pelaksanaan, pemantauan dan penilaian.Impak daripada pelaksanaan Program Relief Berkesan dan syor-syor penambahbaikan mengenai pelaksanaan Program Relief Berkesan juga diterangkan berdasarkan pengalaman sekolah. Sesungguhnya Program Relief Berkesan yang telah dijalankan di SMK Puteri Wilayah, Kuala Lumpur merupakan salah satu alternatif yang dapat melindungi masa instruksional dan dapat meningkatkan masa pembelajaran di dalam bilik darjah semasa ketiadaan guru.

Muka Surat

| 270

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

PENGENALAN

Keberhasilan pembelajaran murid di dalam bilik darjah merupakan fokus utama dalam semua program dan rancangan yang dirangka di sekolah. Sejajar dengan itu, guru sebagai pemimpin instruksional di sekolah perlu memastikan PdP dapat dilaksanakan tanpa halangan bagi mencapai objektif yang disasarkan untuk meningkatkan keberhasilan pembelajaran murid. Salah satu fungsi pemimpin instruksional dalam menjayakan pembelajaran secara berkesan di sekolah ialah Melindungi Masa Instruksional (MMI). MMI dalam PdP perlu dibendung bagi memastikan tempoh masa untuk pembelajaran berkesan dalam kalangan murid meningkat. Bagi memastikan peningkatan masa pembelajaran berkesan, guru mesti berada di dalam bilik darjah dan berfungsi memastikan pendidikan berkualiti disediakan untuk murid. Sehubungan dengan itu, Pengetua sebagai pemimpin instruksional di sekolah perlu merancang tindakan yang strategik dan holistik bagi mengatasi masalah ketiadaan guru di dalam bilik darjah atas sebab rasmi atau peribadi bagi MMI. Hal yang demikian dapat meningkatkan penggunaan masa berkesan semasa PdP. Sehubungan dengan itu, penambahbaikan dalam pengurusan guru ganti dilihat sebagai salah satu modus operandi sekolah bagi mengatasi MMI instruksional dengan berkesan.

PERNYATAAN ISU/CADANGAN

MMI dalam PdP di dalam bilik darjah merupakan salah satu elemen terpenting bagi memastikan pembelajaran berkesan dan berkualiti di dalam bilik darjah dapat diteruskan sepanjang waktu persekolahan. Guru mesti berada di dalam bilik darjah bagi memastikan kelangsungan proses PdP berlaku dan menggunakan masa secara optimum bagi meningkatkan pembelajaran berkesan. Walau bagaimanapun, guru-guru di sekolah seringkali tidak dapat berada di dalam bilik darjah atas tuntutan rasmi seperti menghadiri mesyuarat,
Muka Surat

| 271

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

kursus, atau seminar, bertugas sebagai guru pengiring dalam kegiatan kokurikulum, dan dijemput sebagai penceramah. Guru-guru juga tidak dapat berada di dalam bilik darjah atas sebab-sebab peribadi seperti cuti sakit, cuti rehat khas, cuti bersalin dan cuti tanpa gaji, dan sebagainya. Ada kalanya, guruguru terpaksa meninggalkan bilik darjah bagi menguruskan hal-hal yang memerlukan tindakan segera seperti menguruskan hal disiplin murid dan perjumpaan dengan ibu bapa kerana masalah disiplin.

Pelbagai halangan dan gangguan ini menyebabkan masa pengajaran berkesan di dalam bilik darjah telah diabaikan dan murid-murid tidak dapat belajar dengan berkesan sekiranya langkah penambahbaikan dan pembetulan tidak diambil dengan segera dan bijak. Bagi mengatasi masalah ketiadaan guru di dalam bilik darjah, pihak pentadbir sekolah lazimnya akan menyediakan jadual kelas guru ganti. Sejauh manakah fungsi guru ganti di dalam kelas dapat melindungi masa instruksional,inilah yang selalunya menjadi persoalan. Sehubungan dengan itu, pelaksanaan guru ganti semasa ketiadaan guru perlu dirancang, diurus dan dipantau secara cekap dan berkesan supaya murid dapat menikmati peningkatan masa pembelajaran berkesan dan berkualiti di dalam bilik darjah, seterusnya meningkatkan prestasi pencapaian murid.

CADANGAN TINDAKAN/PENYELESAIAN

SMK Puteri Wilayah telah merancang satu pelan tindakan bagi MMI secara berkesan dengan memfokuskan pelbagai pelan operasi dalam pelaksanaan guru ganti di sekolah. Program ini dinamakan Program Ganti Berkesan dengan konsep Ada Murid, Ada Guru, Ada Pengajaran, Ada Pembelajaran. Program ini dibahagikan kepada beberapa peringkat yang terdiri daripada berikut:

Muka Surat

| 272

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

1.

Perancangan Program Ganti Berkesan

(a)

Pihak pentadbir memastikan guru ganti yang menggantikan kelas terdiri daripada guru mata pelajaran yang mengajarkan kelas berkenaan supaya pengajaran dapat diteruskan seperti biasa.

Kebiasaannya guru ganti yang tidak mengajarkan kelas ganti agak keberatan untuk masuk dan mengajarkan kelas ganti. (b) Guruguru yang akan menghadiri mesyuarat, kursus dan sebagainya telah menerima surat lebih awal akan melakukan swapping dengan guru-guru pihak lain terlebih Hal dahulu ini dan dapat

memaklumkan

kepada

pentadbir.

mengurangkan beban guru lain yang tidak mengajarkan kelas ganti untuk menggantikan kelas. (c) Guru-guru yang akan menghadiri mesyuarat, kursus dan sebagainya perlu menyediakan bahan pembelajaran tersebut untuk dilengkapkan oleh murid dengan bimbingan guru ganti. Hal ini dapat memastikan kelangsungan PdP dengan

menggunakan murid sebagai mentor dan konsep belajar kendiri semasa ketiadaan guru. (d) Guru-guru yang dikenal pasti untuk bertukar atau bersalin telah disediakan jadual shadow lebih awal. Guru-guru yang akan menggantikan guru bersalin/bertukar shadow lebih diberikan jadual waktu

awal bagi memudahkan mereka membuat

persiapan dan dapat melaksanakan PdP sebaik sahaja guru berkenaan mengambil cuti bersalin/bertukar. (e) Jadual waktu sistem blok kelas yang menggabungkan dua kelas dengan mata pelajaran yang sama dan pada waktu yang sama diambil alih oleh guru mata pelajaran jika salah seorang guru mata pelajaran kelas tersebut tidak hadir.

Muka Surat

| 273

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

(f)

Penggunaan buku latihan yang disediakan dalam Bilik Relief Berkesan untuk digunakan oleh guru ganti sebagai bahan latihan sekiranya guru yang tidak hadir tidak menyediakan bahan kerana urusan kecemasan.

(g)

Program Cakna Pentadbir yang dilaksanakan oleh Pengetua dengan memanggil kelas-kelas relief untuk perjumpaan khas dengan Pengetua selepas ujian/peperiksaan. Antara pengisian

Program Cakna Pentadbir ialah membincangkan prestasi murid secara individu, menentukan hala tuju dalam pembelajaran, menetapkan sasaran pencapaian, membuat analisis dan post mortem pencapaian, memberikan panduan mengenai cara belajar berkesan, memberikan motivasi meningkatkan keyakinan murid dalam meningkatkan prestasi pembelajaran, dan pengambilan pemakanan seimbang. (h) Penggunaan Perpustakaan Terbuka yang terletak di Anjung Puteri telah memudahkan murid untuk mengakses pelbagai bahan berfaedah bagi mengisi masa instruksional secara berkesan secara kendiri serta dengan bimbingan guru ganti.

2.

Pelaksanaan Program Relief Berkesan

(a)

Jadual guru ganti disediakan oleh pihak pentadbir setelah mengambil kira semua aspek yang berkaitan.

(b)

Jadual guru ganti direkodkan dalam Buku Guru Ganti yang diletakkan di pejabat sekolah untuk rujukan dan tindakan guru ganti. Guru ganti akan merekodkan maklumat kelas ganti pada buku persediaan rekod mengajar masing-masing.

(c)

Jadual guru ganti ditampal pada papan kenyataan di luar pejabat sekolah untuk disebar luas kepada murid-murid terutamanya Ketua Tingkatan bagi memastikan kelangsungan pembelajaran
Muka Surat

| 274

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

dengan bimbingan guru ganti. Ketua Tingkatan berperanan memastikan guru ganti masuk ke dalam kelas dan memaklumkan kepada pihak pentadbir sekiranya tiada guru ganti di dalam kelas.

3.

Pemantauan Program Relief Berkesan

(a)

Pihak pentadbir akan menjalankan pemantauan PdP di bilik darjah pada bila-bila masa setiap hari berdasarkan jadual yang ditetapkan. Laporan pemantauan akan direkodkan dalam buku laporan pemantauan bagi memastikan setiap kelas berlaku PdP dan pemantau akan mengambil tindakan segera sekiranya tiada guru dalam kelas. Pemantauan mengambil kira aktiviti yang dijalankan guru mata pelajaran atau guru ganti di dalam kelas iaitu sama ada guru mengajar, guru membimbing, guru duduk buat kerja atau guru duduk rehat dan aspek kebersihan kelas. Laporan pemantauan akan diserahkan kepada Pengetua untuk makluman dan tindakan.

(b)

Sekiranya ada kes-kes yang melibatkan masa instruksional diabaikan atau penggunaan masa berkesan dalam PdP tidak dilaksanakan semasa pemantauan dijalankan, laporan secara bertulis dan lisan akan dikemukakan kepada Pengetua untuk makluman dan tindakan selanjutnya. Hasil dapatan pemantauan akan dimaklumkan pagi kepada dan guru dengan segera semasa

perhimpunan

dibincangkan

dalam

mesyuarat

pengurusan, mesyuarat kurikulum, mesyuarat panitia dan mesyuarat guru untuk tindakan pembetulan dan penambahbaikan.

Muka Surat

| 275

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

4.

Penilaian Program Relief Berkesan

Penilaian Program Relief Berkesan dijalankan berdasarkan laporan pemantauan dan dari semasa ke semasa mengikut keperluan supaya tindakan pembetulan dan penambahbaikan dapat dilaksanakan.

Pandangan daripada guru dan murid juga diambil kira dalam penilaian supaya Program Relief Berkesan benar-benar dapat melindungi masa instruksional dan meningkatkan penggunaan masa dalam bilik darjah secara berkesan.

5.

Impak Program Relief Berkesan

(a)

Sekolah akan terus berfungsi dan memainkan peranannya sebagai satu entiti PdP berterusan dan berkesan dengan program relief yang bersepadu, kreatif, dan inovatif.

(b)

Guru lebih fleksibel dan mudah anjal PdP. Transformasi minda bekerja cara baharu dapat diterapkan dan setiap guru perlu bersedia dan bertanggungjawab keatas murid dan kelas masingmasing tanpa mengira masa. Guru-guru perlu merancang PdP dengan sistematik dan sentiasa bersedia sepanjang masa untuk mengajar tanpa mengira jadual waktu persendirian yang telah ditetapkan.

(c)

Sekolah dapat mewujudkan pasukan guru yang mempunyai sifat sukarela, kesediaan, bekerjasama, amanah, bertanggungjawab dan sentiasa tolong-menolong untuk menjaga kepentingan murid. Kejayaan murid bukan terletak kepada seorang guru tetapi semua guru. Guru akan lebih berintegriti dan berakauntabiliti dalam melaksanakan PdP, seterusnya dapat mewujudkan kesan sinergi dalam pasukan.

Muka Surat

| 276

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

(d)

Murid sentiasa bersedia untuk belajar tanpa mengira masa, tempat dan siapa guru yang mengajar pada setiap waktu. Istilah tiada guru, tiada pembelajaran, dapat dilenyapkan dalam minda murid. Konsep pembelajaran sepanjang masa dan pencarian ilmu diterapkan sebaik sahaja murid melangkah kaki ke sekolah. Apabila murid-murid sesi pagi sampai di sekolah, murid akan berada di Anjung Puteri dan terus membaca atau membuat latihan kendiri sebelum perhimpunan bermula. Bagi murid-murid sesi petang pula, program Prep dimulakan seawal jam 12.00 tengah hari di Anjung Puteri sebelum perhimpunan. Pada masa tersebut semua murid sesi petang akan membuat latihan dengan bimbingan guru-guru mengikut jadual yang telah ditetapkan. Hal sedemikian ini membantu murid menggunakan masa secara optimum dan mengukuhkan penguasaan dalam satu-satu mata pelajaran. Ini selaras dengan pembudayaan Buku di Tangan dan memastikan pembelajaran murid selepas sentiasa bersedia Hal untuk ini mengikuti juga dapat

perhimpunan.

meningkatkan penggunaan masa belajar, akauntabiliti dan prestasi murid dengan pelbagai kaedah pembelajaran seperti mentoring dan belajar kendiri bagi meningkatkan masa instruksional dan memaksimumkan penggunaan masa berkesan. Sekolah juga dapat mengurangkan masalah disiplin seperti murid ponteng kelas atau murid berkeliaran di luar bilik darjah.

6.

Kesimpulan

Rumusannya,

Program

Relief

Berkesan

yang

dirancang

dan

dilaksanakan secara berkesan dapat melindungi MMI dan meningkatkan penggunaan masa secara berkesan PdP di bilik darjah. Program ini perlu difahami, dipersetujui dan disebar luas kepada semua peringkat dalam
Muka Surat

| 277

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

sekolah yang terdiri daripada pentadbir, guru, murid, dan ibu bapa. Transformasi cara bekerja dan berfikir yang baharu perlu diterapkan dalam kalangan pemimpin instruksional supaya keberhasilan

pembelajaran murid dapat ditingkatkan, dan modal insan yang kritis, kreatif, dan inovatif dapat dihasilkan.

SYOR

Pelbagai pelan operasi yang berkaitan dengan program relief berkesan perlu dikaji dan dibincangkan pada pelbagai peringkat bagi memastikan perkongsian pelaksanaan program relief berkesan dapat disebar luas dan diaplikasikan mengikut keperluan sekolah masing-masing. Hal ini bagi memastikan fungsi sekolah sebagai entiti PdP dapat dilaksanakan secara berkesan. Sekolah berkualiti memerlukan barisan pentadbir dan guru-guru yang komited dan dapat bekerjasama sebagai satu pasukan untuk memastikan setiap bilik darjah mempunyai seorang guru untuk menjalankan PdP secara berkesan.

Program relief berkesan bukan setakat meletakkan guru ganti bagi mengawasi kelas dan membiarkan murid membuat kerja sendiri, tetapi guru ganti perlu memainkan peranannya sebagai pemimpin instruksional untuk memastikan PdP berlangsung secara berkesan. Guru perlu mengubah minda mengenai konsep kelas ganti yang dianggap sebagai beban kepada kewajipan. Sekiranya program relief berkesan tidak dirancang dengan bijak, usaha melindungi MMI dan memaksimumkan penggunaan masa di dalam bilik darjah tidak akan tercapai.

Program Relief Berkesan yang dijalankan di SMK Puteri Wilayah boleh diangkat sebagai salah satu program terancang bagi melindungi MMI ke arah keberhasilan murid yang kreatif, kritis, dan inovatif dengan penambahbaikan
Muka Surat

| 278

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

dari semasa ke semasa seperti melibatkan ibu bapa atau mantan murid untuk mengajar di dalam kelas ganti dan menggunakan masa persatuan koakademik secara berkesan untuk kesinambungan PdP di luar bilik darjah.

Rujukan Buku Rekod Persediaan Mengajar SPI Bil 4/1986 SPI Bil 1/1981

Muka Surat

| 279

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

PROTECTING INSTRUCTIONAL TIME : MENGATASI MASALAH GURU MENINGGALKAN KELAS KERANA TUGASAN LUAR

oleh Pengarah, Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan ( JPNS ) Pengetua, SM Teknik Tuanku Jaafar, Seremban

Abstrak Protecting Instructional Time atau Melindungi masa instruksional merupakan salah satu komponen fungsi pemimpin instruksional dalam menjayakan pembelajaran secara berkesan. Keberhasilan pembelajaran murid merupakan fokus utama dalam semua program dan perancangan yang dirangka oleh KPM perlu memastikan PdP dapat dilaksanakan tanpa halangan bagi mencapai objektif yang disasarkan untuk meningkatkan keberhasilan pembelajaran murid. Oleh yang demikian SM Teknik Tuanku Jaafar telah menggunakan beberapa kaedah bagi memastikan konsep guru ADA, BERFUNGSI dan BERSIH berlaku. Kaedah Jual Beli jadual waktu, Mass Lecture dan Modul Pembelajaran Kendiri seperti Bacaan Nilam dan Modul modul latihan digunakan.

Muka Surat

| 280

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

PENGENALAN

Keberhasilan pembelajaran murid merupakan fokus utama dalam semua program dan perancangan yang dirangka oleh KPM perlu memastikan pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan tanpa halangan bagi mencapai objektif yang disasarkan untuk meningkatkan keberhasilan pembelajaran murid.

Melindungi masa instruksional merupakan salah satu komponen fungsi pemimpin instruksional dalam menjayakan pembelajaran secara berkesan. Halinger dan Murphys (1985) dalam kajian mereka berkenaan membina modul Pengurusan Instruksional adalah dengan menilai kepimpinan

Instruksional ke atas Guru Besar Sekolah Rendah seterusnya menyemak dan mengkaji mengenai keberkesanan sekolah. Mereka mendapati, persekitaran pembelajaran yang positif dibina melalui beberapa prinsip termasuklah Melindungi Masa Pengajaran. Komponen ini perlu diberikan perhatian dalam memastikan peningkatan keberhasilan pembelajaran murid ke arah membangunkan modal insan yang kritis, kreatif dan inovatif. Pengurangan masa instruksional perlu dibendung bagi memastikan tempoh masa untuk pembelajaran berkesan dalam kalangan murid meningkat. McKinsey and Co. (2007) Berdasarkan sistem sekolah terbaik di dunia, menambahbaik keadah pengajaran dalam bilik darjah adalah cara terbaik meningkatkan pencapaian murid. Policies and enforcement practices that reduce tardiness, absenteeism, and truancy to increase learning time for students. Principal can also increase student opportunities to learn by protecting classroom instructional time from interruptions due to public address annoucements, by working with teachers to develop more effective classroom management and instructional practices, and by reducing the number of non-instructional school activities that enroach on classroom time. (Hallinger & Murphy, 1986)
Muka Surat

| 281

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Bagi memastikan peningkatan masa pembelajaran berkesan atau academic learning time dalam kalangan murid, maka falsafah untuk guru ADA, BERFUNGSI, BERSIH digunakan. Falsafah ini mengharapkan guru mesti ada dalam bilik darjah dan berfungsi sewajarnya bagi memastikan pendidikan berkualiti disediakan untuk murid.

PERNYATAAN ISU / CADANGAN Dalam beberapa kajian yang dijalankan mengenai Protecting Instruksional Time mendapati terdapat pelbagai bentuk gangguan untuk guru mengekalkan kualiti Academic Learning Time terhadap murid. Antaranya seperti Pengumuman dari pembesar suara, Aktiviti sukan sekolah atau sukantara, Aktiviti kokurikulum atau ko-akademik, Waktu pengajaran kerap kali diganggu dengan kelewatan murid masuk dalam kelas, Guru atau murid dipanggil ke pejabat, Susun atur kelas, Sikap guru, Kepentingan aktiviti bercanggah, Prasarana dan kemudahan sekolah, Faktor luar kawal (guru cuti sakit, cuti ganti, hal-hal peribadi, cuti kecemasan), Guru menduduki peperiksaan bagi yang menjalani pengajian melalui Pendidikan Jarak Jauh, Tugas-tugas tambahan yang bukan untuk pengajaran (guru biasiswa, guru data dan lainlain), Kehendak luar bilik darjah (aktiviti kokorikum, guru bermesyuarat, guru berkursus, mengawas peperiksaan) Keberkesanan pengajaran guru dan, Disiplin murid.

Untuk kertas kerja ini isu ketiadaan guru di sekolah kerana menghadiri kursus dibawah kendalian KPM, JPN dan PPD merupakan isu yang akan dikaji.

Analisis mendapati kekerapan guru meninggalkan sekolah kerana menghadiri kursus atau mesyuarat bermula Januari hingga kini adalah sebanyak
Muka Surat

| 282

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

7 ke 10 kali dalam setahun, namun demikian ada juga di antara mereka yang keluar meninggalkan sekolah sehingga 4 minggu dalam setahun. Antara sebabsebab meninggalkan sekolah adalah seperti menghadiri Kursus Keselamatan di Tempat Kerja, Kursuskursus dalam Bidang Teknik dan Vokasional, Mesyuarat Pentaksiran, Mesyuarat Penggubalan Soalan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia, Mesyuarat Pembinaan Modul Mata pelajaran berkaitan, Mesyuarat berkaitan Pengurusan kurikulum dan sebagainya. Jika dilihat kepada buku pergerakan guru SM Teknik Tuanku Jaafar, akan berlaku guru meninggalkan kelas pengajaran kerana menghadiri mesyuarat atau kursus berlaku hampir setiap minggu. Kadang kala ia berlaku ketika waktu kemuncak seperti ketika murid hampir menduduki peperiksaan dan guru terpaksa menghadiri mesyuarat menanda kertas soalan yang akan berlaku setiap tahun.

Jika seorang guru meninggalkan sekolah selama 5 kali dalam setahun di mana, setiap kali mesyuarat akan mengambil masa sehingga 2 ke 3 hari. Ini bermaksud seorang guru akan meninggalkan kelas pengajaran mereka sekurangkurangnya 4 ke 6 kelas pengajarannya dalam seminggu. Jika ditukarkan kepada minit, ini bermaksud seorang guru akan meninggalkan kelas pengajarannya selama lebih kurang 160 minit hingga 240 minit dalam seminggu.

Masa

pengajaran

yang

ditinggalkan

itu

mungkin

guru

boleh

menghabiskan masa pengajaran sekurangkurangnya 1 bab pengajaran. Oleh yang demikian, guru keluar meninggalkan kelas kerana menghadiri mesyuarat atau berkursus merupakan gangguan dan isu dalam Protecting Instructional Time dan sekiranya tiada kaedah yang digunakan oleh guru mengatasi

Muka Surat

| 283

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

masalah ketiadaaan guru ini maka keberkesanan pengajaran untuk keberhasilan pengajaran mungkin tidak tercapai.

CADANGAN TINDAKAN / PENYELESAIAN

1.

Sistem Jual Beli Jadual

Sistem jual beli jadual waktu dengan guru lain. Kaedah ini adalah pertukaran masa mengajar dengan guru yang mengajar kelas yang sama. Ini bermaksud guru yang membeli waktu pengajaran guru yang meninggalkan sekolah tersebut akan bertambah dalam minggu tersebut dan akan berkurangan pada minggu hadapan dan masa pengajaran guru yang meninggalkan sekolah tadi akan bertambah pada minggu hadapan.

Misalnya, Puan Hajah Azizah Binti Mohamad yang mengajar mata pelajaran Matematik Tambahan bagi kelas 5PKM2 akan meninggalkan kelas untuk menghadiri Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Cemerlang telah menjual jadual kelasnya pada minggu tersebut kepada Puan Lee Soh Hion sebanyak 2 waktu pengajaran pada minggu tersebut. Maka Puan Hajah Azizah akan mengantikan 2 waktu pengajaran Puan Lee Soh Hion pada minggu berikutnya setelah kembali dari menghadiri mesyuarat. (Sila Rujuk Lampiran)

2.

Bahan Pembelajaran Kendiri

(a)

Bacaan Nilam

Guru yang meninggalkan kelas akan memaklumkan kepada guru ganti untuk menjalankan aktiviti yang telah dirancang sepanjang
Muka Surat

| 284

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

ketiadaan guru. Maklumat tersebut disampaikan oleh Guru Kanan Bidang. Pelbagai bahan pembelajaran kendiri telah disediakan oleh guru.

Misalnya, Guru Bahasa Inggeris Puan Hajah Harison Binti Mohd. Hassan akan menggunakan bahan bacaan bahasa Inggeris yang telah disediakan sebagai bahan bacaan NILAM semasa ketiadaannya. Guru yang mengantikannya hanya perlu mengambil kotakkotak yang terdapat buku bahasa Inggeris pelbagai genre untuk dibawa ke kelas yang digantikannya. Aktiviti murid semasa pengajaran tersebut adalah bacaan buku bahasa Inggeris untuk tujuan Program Nilam. Modulmodul latihan mempunyai setset modul bersesuaian sebagai

(b)

Setiap Panitia

bahan ganti pengajaran. Modulmodul biasanya telah tersedia dalam bilik Guru Kanan Bidang. Modulmodul tersebut akan diambil oleh guru yang mengantikan guru yang tiada kerana menghadiri mesyuarat atau kursus. Kandungan modul biasanya berkaitan dengan setset soalan SPM atau set soalan yang dibina sendiri oleh guru. Guru yang melaksanakan kelas ganti tersebut akan menggunakan modul tersebut berdasarkan manual

penggunaan yang diberikan oleh Guru Kanan Bidang.

Misalnya Encik Radin Khalid bin Radin Husin, Guru mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan bagi tingkatan 5PKA1. Sebelum meninggalkan sekolah kerana menghadiri kursus atau mesyuarat, guru akan meninggalkan modul Pembelajaran Kendiri iaitu Latihan Menjawab Kertas 2 Pengajian Kejuruteraan Awam.
Muka Surat

| 285

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Murid akan berada di dalam kelas di bawah pengurusan guru yang mengantikannya. Murid akan menjawab soalan dengan menggunakan arahan dan panduan daripada guru. Tugasan tersebut hendaklah disiapkan sepanjang masa pengajaran yang diselia oleh guru ganti dan hendaklah disiapkan sepanjang kelas tersebut. Laporan akan diberikan oleh guru ganti sebagai rujukan kepada En. Radin Khalid Bin Radin Husin. Mass Lecture

(c)

Kaedah ini digunakan bagi menyelesaikan masalah ketiadaan guru dalam jumlah yang ramai kerana aktiviti tertentu. Bagi mengatasi isu Protecting Istructional Time kaedah Mass Lecture digunakan. Misalnya Program Lonjakan Saujana untuk murid Tingkatan 4 bersama Guru Cemerlang dijalankan bagi menggantikan aktiviti Sukantara yang tertunda akibat cuaca. Melalui kaedah ini guru cemerlang dibahagikan mengikut bidang dan kepakaran dan program dijalankan diruang yang lebih luas dan audien yang lebih ramai. Jadual program sila rujuk lampiran.

3.

Kesimpulan

(a)

Sistem Jual Beli Jadual

Sistem Jual Beli Jadual waktu ini Berjaya menyelesaikan masalah berkaitan dengan Protecting Instructional Time. Guru

mengurus sendiri urusan jual beli tersebut. Sistem ini menyelesaikan masalah Ada, Bersih dan Berfungsi. Sebelum ini guru yang menggantikan kelas yang tiada kaitan atau tiada bantuan bahan pembelajaran, tidak dapat memanfaatkan masa
Muka Surat

| 286

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

pengajaran dan keberhasilan pengajaran tidak berlaku. Dengan sistem ini dilihat seolah jadual guru hanya disusun semula dan disesuaikan antara guru yang terlibat. Pengurusan sistem jual beli antara guru mengurangkan kekangan sistem pungurusan. Ini bermaksud bahawa melalui sistem ini falsafah guru ADA, BERSIH dan BERFUNGSI telah berlaku.

(b)

Bahan Pembelajaran Kendiri

i.

Bacaan Nilam

Pengisian bahan pengajaran oleh guru ganti menggunakan kaedah bacaan nilam bahasa Inggeris telah membantu meningkatkan jumlah bacaan murid. Menyedari inisiatif murid untuk membaca sendiri amat kurang, maka dengan penggunaan bahan bacaan nilam dalam kelas ganti oleh guru yang mengantikan guru sebenar untuk menghadiri kursus atau mesyuarat telah berjaya meningkatkan jumlah bahan bacaan oleh murid. Guru ganti hanya perlu menyelia dan memastikan murid membaca bahan bacaan tersebut. Laporan akan disediakan oleh guru ganti kepada guru yang terpaksa meninggalkan kelas tersebut.

ii.

Modul Latihan

Penggunaan Modul Latihan oleh guru yang meninggalkan kelas kerana menghadiri mesyuarat dan berkursus telah berjaya mengekalkan konsep guru ADA, BERSIH dan BERFUNGSI. Penggunaan Modul Latihan tersebut membantu mengurangkan halangan dalam mengekalkan
Muka Surat

| 287

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

waktu pengajaran Protecting Instructional Time. Proses pengajaran yang dijalankan ini membantu mengekalkan keberkesanan pengajaran walaupun tanpa guru yang mengajar. Mass Lecture

iii.

Program ini telah berjaya mengatasi masalah kehilangan waktu pengajaran dan konsep Protecting Instructional Time dapat dijalankan. Walaupun ketiadaan guru, pengajaran dan pembelajaran berlaku mengikut kesesuaian dan pengisian.

SYOR Polisi Protecting Instructional Time. Disyorkan setiap sekolah mempunyai polisi pengurusan ini seperti yang dibuat oleh beberapa buah sekolah di luar negara. Merujuk kepada yang digunakan oleh Hawthorne Elementary School. Sekolah tersebut menggunakan beberapa polisi bagi mengatasi masalah pengurangan masa pengajaran dan untuk memastikan keberkesanan pengajaran oleh guru.

1.

Polisi tersebut diguna pakai oleh semua murid dan guru sepanjang proses pengajaran.

Muka Surat

| 288

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

SCHOOL-BASED DECISION MAKING POLICY SCHOOL: Hawthorne Elementary School SUBJECT OF THE POLICY: Protection of Instructional Time POLICY STATEMENT: Hawthorne Elementary ensures that every student will be actively engaged in instructional activities throughout the school day. It is important that interruptions to the instructional process be kept to a minimum. Implementing the following procedures willprotect instructional time: Broadcast messages will occur only in the case of an emergency or unanticipated event. Students will begin instructional activities immediately upon arrival in classrooms. Only emergency or expected calls will be sent to classrooms during instructional time. Only expected visitors will be allowed to visit instructional areas. School and classroom schedules will reduce the number of transitions for students from one school location to another. Scheduled activities to reward student behavior will be aligned with curriculum and instructional guidelines. Videos and television broadcasts will be used for instructional purposes only and support the core content. Hawk News will continue to be modified to meet the instructional needs of the school.

Selain daripada itu terdapat juga satu lagi polisi yang lebih bersifat menyeluruh yang boleh dijadikan panduan seperti yang dilakukan oleh Athens-Chilesburg Elementary.

Muka Surat

| 289

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Athens-Chilesburg Elementary Protection of Instructional Time Policy Commitment To facilitate an optimal learning environment at AthensChilesburg, that is free from unplanned disruptions; instructional time shall be protected in the following ways:

Teacher Responsibility All teachers will ensure that: Instruction begins at the start of the instructional day. When a scheduled activity is unexpectedly delayed or cancelled, students will be given alternative, substantive learning activities to undertake. Videotapes, CD's, and television broadcasts will be used only when they efficiently convey knowledge and skills called for in the curriculum and are combined with other activities that require the students to process and apply the information these types of resources provide. The use of substitute teachers is kept to a minimum and that when substitute teachers are necessary they are supplied with substantive learning activities to conduct, other necessary items to conduct class as normally as possible, and the name of at least one other nearby teacher for questions and support. Principal responsibility The principal (or principal designee) will: Make sure that intercom interruptions from the office occur only at designated times and in emergencies.

Muka Surat

| 290

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Limit phone calls to classrooms to situations that require immediate attention. All other calls will be sent to voice mail. Ensure that announcements or morning telecasts begin promptly at the start of the instructional day. Ensure that new staff members and substitute teachers are aware of the schools commitment to and the teachers responsibility for minimizing disruptions to instructional time. Ensure that volunteers adhere to a schedule that minimizes classroom interruptions. Staff Responsibility (Including office staff) Special programs that It is recommended that staff be notified of special programs (assemblies etc) at least 3 days prior to the event. Fewer than 3 days notification will require administrative approval. Office will notify classroom teacher when a visitor arrives and wait until advisement from teacher.

2.

Manual Pengguna ke atas Modul Latihan

Setiap panitia yang menggunakan modul sebagai bahan pengajaran apabila ketiadaan guru sebenar hendaklah menyediakan manual pengguna bagi guru ganti menjalankan pengajaran tersebut. Manual Pengguna membolehkan guru ganti menjalankan pengajaran secara berpandu dan membantu guru yang tiada kerana menghadiri kursus dan mesyuarat. Oleh yang demikian keberkesanan pengajaran dapat dikekalkan.

Muka Surat

| 291

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Rujukan School-Based Decision Making Policy (Protecting Instructional Time). (2009) : Hawthorne Elementary School, Amerika Syarikat. Melindungi Masa Instruksional (Protecting Instructional Time) Di Sekolah Untuk Meningkatkan Keberhasilan Pembelajaran Murid (2012). Persidangan Kebangsaan Pengetua Malaysia, Kuala Lumpur. Melindungi Masa Instruksional (Protecting Instructional Time) Di Sekolah Untuk Meningkatkan Keberhasilan Pembelajaran Murid (2012). Sektor Operasi Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia. PROTECTION OF INSTRUCTIONAL TIME POLICY (2009), AthensChilesburg Elementary, Amerika Syarikat.

Muka Surat

| 292

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

AMALAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ABDUL RAHMAN TALIB, KUANTAN, PAHANG.

oleh HAJI BAHTIAR BIN SANUSI AHMAD ZAMRI BIN MD ISA SMK Abdul Rahman Talib, Kuantan, Pahang

Abstrak Melindungi Masa Instruksional (MMI) menjadi cabaran yang hebat kepada pengurusan dan warga sekolah, berikutan dinamisnya sifat pendidikan pada hari ini yang mempunyai kerangka merentasi semua aspek perkembangan diri murid. Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menjadi tunjang sistem pendidikan hari ini meletakkan keseimbangan pembangunan diri murid dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani telah menyediakan panduan yang jelas tentang hala tuju pendidikan negara. Bagi pemimpin dan warga sekolah cabaran ini bukan sahaja yang bersifat mendatang tetapi terdapat juga aspek-aspek status quo dan amalan sedia ada yang menghakis keutuhan masa instruksional. Kajian ini akan menghuraikan beberapa cabaran masa instruksional dan langkah-langkah untuk melindungi masa tersebut dengan fokus kepada faktor pengurusan sekolah, faktor instruksional guru dan kawalan para murid. Pengurusan masa instruksional ini bertujuan mewujudkan iklim pembelajaran yang positif untuk memastikan masa pembelajaran yang dilaksanakan berkesan. Masa pengajaran dan pembelajaran (PdP) 1 jam, Keluwesan Pengurusan Jadual Waktu, Program Perkembangan Profesional Guru dan Penilaian Impak (Post Mortem) berfokus empat variabel pengurusan yang penting dan menjadi pengawal kepada pelaksanaan masa instruksional yang berkesan. Pelaksanaan PdP berkesan, bahan pembelajaran yang mencukupi dan efektif, Q-SMART (Senarai Semak Pembelajaran), dan Integrasi ICT (Teknologi Maklumat dan Komunikasi) dalam PdP pula merupakan faktor guru yang menyumbang kepada peningkatan pengurusan masa intsruksional. Bagi murid pula, elemen yang diberi perhatian ialah pengurusan keluar masuk kelas yang boleh membantu meningkat masa pembelajaran yang berkualiti. Pengemblengan semua warga sekolah, pengurusan masa yang berkesan, proses PdP yang berkesan dan penggunaan bahan PdP yang mencukupi serta berkesan membolehkan masa instruksional sentiasa dilindungi dan pendidikan di sekolah mencapai matlamat seperti yang dihasratkan.

Muka Surat

| 293

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

PENGENALAN

MMI menjadi agenda penting kepada pengurusan sekolah. Keupayaan kepimpinan sekolah mengesan gangguan masa instruksional murid seterusnya mengambil tindakan yang cekap dan berkesan untuk mengatasi masalah ini merupakan satu keputusan yang kritikal dan strategik. Faktor-faktor gangguan yang pelbagai dimensi menuntut keberanian dan kebijaksanaan pemimpin sekolah mempertahankan masa instruksional. Rujuk kepada Lampiran 1

PERNYATAAN /CADANGAN

Di SMK Abdul Rahman Talib, tumpuan diberikan kepada 3 strategi utama iaitu masa PdP yang mencukupi dan berkesan, proses PdP yang berkesan dan bahan PdP yang mencukupi dan berkesan. Pelaksanaan strategi ini bertujuan untuk mengurangkan pelbagai jenis gangguan masa instruksional yang berada dalam kawalan pengurusan sekolah dan pengurusan masa instruksional guru.

CADANGAN TINDAKAN / PENYELESAIAN

1.

Tindakan dalam Kawalan Kepimpinan dan Pengurusan Sekolah

(a)

Pengurusan Kehadiran Guru dan Pengerakan Guru

PdP yang berkesan hanya boleh dicapai jika guru dan murid hadir ke sekolah tepat pada waktu. Membudayakan disiplin hadir ke sekolah dan berada di sekolah ialah kunci utama MMI. Sistem perakam waktu biometrik dengan perisian khusus memberikan banyak kelebihan kepada pengurusan sekolah untuk memantau
Muka Surat

| 294

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

kehadiran guru. Analisis kehadiran secara harian dan bulanan membolehkan pengurusan sekolah mengesan pola (trend) kehadiran guru dan seterusnya memberikan ingatan supaya guru dapat hadir ke sekolah lebih awal agar waktu pertama pengajaran berjalan dengan lancar.

Isu pergerakan keluar masuk guru semasa bertugas juga ialah perkara yang perlu diberikan perhatian yang serius. Sebahagian guru memohon keluar semasa waktu bertugas untuk ke klinik, temu janji di hospital, urusan persekolahan anak dan urusanurusan lain yang perlu dilaksanakan kerana waktu lapang selepas waktu persekolahan adalah pendek untuk mereka melakukan urusan harian mereka. Oleh sebab guru tidak mempunyai waktu rehat yang ditetapkan, perkara ini perlu diberi perhatian.

Sebahagian guru melihat bahawa pihak pengurusan sekolah yang membenarkan mereka berurusan pada waktu lapang ialah

sebagai satu elemen kebajikan yang terletak di bawah budi bicara pengurusan sekolah. Instrumen yang digunakan untuk mengesan dan mengawal pergerakan keluar masuk guru ialah slip keluar guru. Slip ini perlu diisi oleh setiap guru dengan mendapat kebenaran daripada Pengetua atau ahli pengurusan sekolah yang lain. Slip ini mestilah ditinggalkan di pondok pengawal semasa guru hendak meninggalkan sekolah dan akan diserahkan ke pejabat oleh pengawal keselamatan untuk direkodkan. Proses ini dilaksanakan agar pengurusan keluar masuk guru lebih teratur dan masa instruksional di dalam bilik darjah dapat dikawal dengan baik agar tiada guru yang meninggalkan kelas semasa waktu PdP berjalan.

Muka Surat

| 295

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

(b)

Pengurusan Jadual Waktu dan Jadual Waktu Ganti.

Pengurusan jadual waktu yang cekap dan berkesan ialah kunci utama kepada pengurusan pembelajaran. SMK Abdul Rahman Talib telah menggunakan sistem jadual waktu ASC (aSc time table) sejak tahun 2007. Banyak manfaat yang diperoleh

daripada sistem ini. Sistem yang mudah dikendali dan luwes ini. membolehkan Jawatankuasa Jadual Waktu merombak semula jadual waktu dan membuat tugasan baharu kepada guru-guru apabila ada keperluan. Cabaran utama yang dihadapi oleh pihak sekolah ialah ramai guru yang bersalin. Biasanya setiap tahun terdapat 3 hingga 4 orang guru yang bersalin. Cuti yang diambil kebiasaannya selama tiga bulan. Akibatnya sekolah sukar untuk mendapatkan guru ganti.

Oleh itu, pihak pengurusan jadual waktu sekolah akan menyelaraskan jadual guru semula. Kaedahnya dengan

menggabungkan tiga kelas untuk diajar oleh dua orang guru. Di samping itu juga, rombakan Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT) juga dibuat supaya topik-topik yang mudah dan ringkas dapat diajar ketika itu, supaya dapat melindungi waktu instruksional. Secara puratanya pihak sekolah telah mengubah 7 hingga 8 kali jadual untuk memastikan semua kelas mempunyai guru dan PdP dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Bagi

melaksanakan

kelas

gabungan,

SMART

telah

memaksimumkan kemudahan fizikal dan infrastuktur yang ada. Kemudahan dewan besar, bilik kuliah atau dewan makan asrama telah digunakan untuk tujuan penggabungan kelas yang boleh menyelesaikan masalah ketidakhadiran guru. Kemudahan| 296

Muka Surat

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

kemudahan ini boleh menampung antara 120 hingga 160 murid dalam satu sesi pembelajaran.

Kesediaan guru untuk mengambil tanggungjawab mengajar murid dalam kuantiti yang besar ini berasaskan konsep PKKP (Program Peningkatan Kurikulum dan Kemajuan Pendidikan) yang menggariskan prinsip CPO (Collaborative, Participative dan Ownership) iaitu semua murid di SMART ini ialah anak murid kepada semua guru dan semua guru harus berpakat dan bekerja bersama-sama untuk memastikan pembelajaran berlaku dan masa instruksional murid dilindungi.

Pengurusan jadual guru ganti perlu lebih kreatif. Proses penyediaan guru ganti ini berasaskan prinsip cepat dan tepat. Jadual guru ganti perlu diedarkan segera untuk memaklumkan guru yang mengambil tugas pada hari itu. Pengedaran jadual ini juga boleh membantu murid dalam merangka pembelajaran pada hari itu. Kriteria pemilihan guru ganti seperti berikut : mengikut keutamaan

i.

Guru yang mengajarkan mata pelajaran yang sama bagi tingkatan yang sama,

ii.

Guru yang mengajarkan mata pelajaran yang sama walaupun tingkatan yang berlainan tetapi pada tahap yang sama (MR/MA),

iii.

Guru yang mengajarkan mata pelajaran yang berlainan tetapi mengajar kelas tersebut, dan

iv.

Guru Kaunselor.

Muka Surat

| 297

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Kriteria di atas dapat memberikan manfaat yang besar kepada guru dan murid di dalam kelas.

Sistem Pengurusan Jadual Relif (aSc time table) memudahkan guru membuat tempahan bilik-bilik khas untuk melaksanakan proses pembelajaran pada hari itu.

(c)

Masa Pembelajaran dan Pengajaran 1 jam.

Memperuntukkan masa pembelajaran selama satu jam ialah satu cabaran yang agak hebat tetapi menguntungkan kepada sekolah khususnya aliran Sains. SMK Abdul Rahman Talib melaksanakan aliran Sains sepenuhnya di Tingkatan 4 dan 5 serta empat kelas Sains daripada 10 kelas di Tingkatan 6. Bagi sekolah yang mengoptimumkan penggunaan makmal, PdP selama satu jam amat bermanfaat dan meningkatkan masa tugasan (Task Time ) kepada guru dan murid. Pembelajaran selama satu jam atau 50 minit masa tugasan dengan mengambil kira waktu pergerakan murid selama 10 minit.

Masa PdP selama 60 minit contohnya 4 kali seminggu iaitu 240 minit bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dapat memberikan pembelajaran yang optimum berbanding kombinasi masa berkembar 80 minit sama ada tiga kali seminggu atau 5 kali perjumpaan dengan murid. Penggunaan peruntukan waktu

tunggal 40 minit yang akan hilang 5 hingga 10 minit waktu menunggu (waiting time) yang akhirnya berbaki hanya 30 minit waktu tugasan (task time). Merujuk jadual di bawah.

Muka Surat

| 298

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Jadual 1: Menunjukkan perbezaan dan manfaat pembelajaran menggunakan waktu satu jam berbanding 40 minit.
Kekerapan Masa Menunggu (10 minit)

Masa Pembelajaran

Pembahagian Waktu

Masa Tugasan

Ulasan

40 minit x 6 waktu = 240 minit

2+2+1+1

40 (4 x10)

200 minit

Masa tugasan sama dengan waktu 1 jam (200 minit ). Jika guru tidak hadir pada waktu berkembar (80 minit) hanya 130 minit masa tugasan yang tinggal dan jika pada waktu tunggal pula waktu tugasan ialah 170 minit. Risiko tinggi jika guru tidak hadir 1 hari . Hanya tinggal 140 minit waktu tugasan dapat dilaksanakan. Risiko PdP tidak berlangsung dilebarkan. Jika 1 hari guru tiada PdP tidak dapat dilaksanakan masih ada 150 minit waktu PdP dapat diselamatkan.

2+2+2

30 (3 x 10)

210 minit

60 minit x 4 kali = 240 minit

1 + 1+ 1+ 1

40 (4x10)

200 minit

Kesimpulannya jadual waktu dengan 1 jam adalah lebih luwes, selamat dan kurang berisiko kerana kita sedia maklum pada hari ini kekerapan guru tidak berada dalam bilik darjah adalah tinggi.

(d)

Post Mortem (Penilaian Impak) berfokus.

Aktiviti Post Mortem peperiksaan atau lebih dikenali sebagai Penilaian Impak (IMPAK) yang berfokus ialah alat pengurusan
Muka Surat

| 299

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

yang penting untuk mengesan, mengawal, dan memantau proses pembelajaran yang berkesan di dalam bilik darjah. Seterusnya, menjadi sebahagian daripada penanda aras bahawa masa instruksional terutamanya masa pembelajaran dengan murid dilaksanakan dengan berkesan. antara guru

Melalui aktiviti post mortem berfokus, guru-guru akan membuat analisis item bagi setiap mata pelajaran untuk setiap kelas dan setiap murid. Pihak pengurusan dapat mengesan defisit pembelajaran sama ada disebabkan oleh murid, guru, bahan pembelajaran atau masa pembelajaran yang tidak mencukupi. Kerap kali juga dikenal pasti bahawa defisit pembelajaran wujud kerana masa bersemuka secara berkesan antara guru dengan murid tidak mencukupi atau sesetengah topik tidak dikuasai

dengan baik kerana waktu yang diperuntukan tidak mencukupi untuk memastikan murid benar-benar menguasai topik tesebut.

Tindakan pemulihan perlu dilaksanakan dengan segera bagi mengatasi masalah ini. Guru-guru yang terlibat sering

mengambil peluang mengadakan kelas dan bengkel tambahan bagi tujuan itu. Apa yang penting di sini, guru dan murid diingatkan supaya aktiviti PdP mesti dilaksanakan dengan baik dan proses ini hendaklah dibuat secara berterusan. Penegasan ini perlu dibuat kepada semua pihak agar masa instruksional dimanfaatkan sebaik mungkin.

Kesimpulannya, aktiviti IMPAK yang dilaksanakan sebanyak 3 kali setahun ini menjadi satu fasa penting kepada semua pihak membuat refleksi terhadap aktiviti pembelajaran yang telah dilaksanakan. Nasihat dan bimbingan pengurusan kepada semua guru akan menjadi panduan
Muka Surat

| 300

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

untuk mengurus masa instruksional masing-masing dengan lebih berkesan.

2.

Tindakan dan Kawalan Pengurusan Masa Instruksional Guru

(a)

Pelaksanaan PdP berkesan.

Pelaksanaan PdP yang berkesan ialah agenda utama setiap guru SMART yang masuk ke dalam bilik darjah. Berkesan bermaksud, guru mengajar dan murid belajar. Keberkesanan proses pembelajaran diukur melalui penguasaan murid terhadap ilmu pengetahuan dan kemahiran yang menjadi matlamat

pembelajaran pada hari tersebut.

Dalam proses PdP yang berkesan, lima aspek penting yang perlu diberi fokus iaitu : i. ii. penguasaan isi kandungan mata pelajaran (Content), penguasaan (Instruction), iii. penguasaan pedagogi yang tepat dan berkesan (Pedagogy), dan iv. pengawalan tumpuan / fokus murid terhadap pembelajaran (Attention). kemahiran mengurus pembelajaran

Melalui keempat-empat elemen ini, task time dan engage time dapat dimanfaatkan sepenuhnya dan pembelajaran menjadi lebih bermakna serta mencapai objektif yang diharapkan. Elemen kemahiran mengurus pembelajaran ini agak unik kerana setiap guru mempunyai kaedah yang berbeza. Walaupun secara umum semua guru mempunyai teknik dan kaedah pembelajaran yang
Muka Surat

| 301

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

berbeza, sebenarnya

akan

memberikan impak

yang besar

kepada proses PdP. Melalui pemerhatian dan pencerapan di dalam bilik darjah akan membantu meningkatkan keupayaan guru mengajar.

Semua aspek ini akan memberikan sumbangan yang besar kepada usaha-usaha untuk memastikan masa instruksional dapat

dilindungi sepenuhnya seperti yang dihasratkan.

(b)

Bahan PdP yang mencukupi dan berkesan.

Menyediakan bahan PdP yang mencukupi dan berkesan sentiasa menjadi matlamat pengurusan sekolah. Bahan yang cukup akan melengkapkan keperluan guru dan murid melaksanakan proses PdP yang berkesan di dalam bilik darjah. Sebagaimana yang kita sedia maklum, melalui PdP yang berkesan dan Task Time serta Engage Time yang berkualiti, masa instruksional dapat dilindungi dengan baik. Pihak pengurusan sekolah tidak akan menerima sebarang alasan jika tiada bahan PdP, bahan tidak cukup, dan tidak sesuai bagi memastikan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan lancar dan sempurna.

Pihak pengurusan sekolah telah mendapat sokongan yang padu daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di SMART. PIBG telah menyediakan dana yang cukup bagi mencetak bahan pembelajaran, justeru memberikan peluang sepenuhnya kepada guru menggunakan helaian bercetak sebagai bahan PdP dalam kelas sepanjang tahun. Kesannya, masa yang dibazirkan (waste time) seperti menulis di papan putih dan menyalin soalan dapat

Muka Surat

| 302

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

diminimumkan yang tentunya akan dapat meningkatkan kualiti pembelajaran di dalam kelas.

Dalam aspek

yang lain, guru-guru juga boleh

melakukan

anjakan minda bagi menyediakan modul yang lebih sesuai dan berkualiti dengan mengambil kira tahap keupayaan murid.

Kesimpulannya waste time dapat dikurangkan,

engage time

dapat ditingkatkan. Bahan ini amat berguna sekiranya guru tidak hadir ke sekolah dan guru ganti akan menggunakan bahan-bahan ini untuk proses PdP.

(c)

Q-SMART (Senarai Semak Pelaksanaan Pembelajaran)

Q-SMART ialah ringkasan kepada RPT guru bagi setiap mata pelajaran yang diajar. Senarai semak ini disediakan secara kolaboratif dalam mesyuarat panitia. Setiap panitia mata pelajaran akan menetapkan susunan bab dan topik yang perlu diajar, menentukan bilangan latihan, menetapkan ujian,

menentukan jenis-jenis kemahiran yang dikuasai oleh murid dan bahan pembelajaran yang harus disediakan bagi jangka masa satu tahun persekolahan.

Pada peringkat awal tujuan Q-SMART adalah untuk menyelaras proses PdP supaya lebih seragam dan memenuhi keperluan menentukan takat atau had sesuatu topik yang perlu diuji dalam ujian dan peperiksaan. Namun begitu, instrumen ini telah berfungsi dengan baik untuk memberikan satu piawai kepada guru untuk membuat refleksi kendiri atas keupayaan diri dalam melaksanakan PdP mengikut jadual yang sepatutnya. Q-SMART
Muka Surat

| 303

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

ialah instrumen pemantauan yang paling mudah melalui pengubahsuai RPT untuk Ketua Panitia, Ketua Bidang dan Pengetua bagi mengesan tahap pelaksanaan PdP guru.

Penggunaan Q-SMART sebagai alat ukur dan senarai semak penyampaian PdP di dalam bilik darjah telah menjadi alat pengesanan dan kawalan utama mengawal masa instruksional bagi setiap guru. Q-SMART yang disimpan dalam buku Rekod Persediaan Mengajar guru boleh disemak pada bila-bila masa. Formatnya yang ringkas dan padat memudahkan pemantau untuk mengesan prestasi pelaksanaan PdP guru.

Sejak belakangan ini telah diperkenalkan Q-SMART versi murid atau dikenali sebagai SQ-SMART yang mempunyai ciri yang sama dengan Q-SMART guru tetapi mempunyai kolum tambahan yang membenarkan murid menanda di ruangan tersebut sama ada mereka telah menguasai atau belum setiap topik dan kemahiran yang diajar. SQ-SMART ini bukan sahaja menjadi panduan kepada murid tentang topik-topik yang akan diajar sepanjang tahun tetapi menjadi alat refleksi kendiri murid dan guru. Bagi pengurusan pula, SQ-SMART ialah satu instrumen semak silang informatif. bagi pelaksanaan PdP yang berkesan dan

3.

Tindakan mengawal pembelajaran peringkat murid melalui Alat Pengurusan Bilik Darjah

Muka Surat

| 304

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

(a)

Buku Rekod Pengesanan Murid

Buku Rekod Pengesanan Murid (BRPM) merupakan

borang

yang boleh merekod kehadiran murid dan guru semasa sesi PdP berlangsung di dalam kelas. Dalam BRPM dicatatkan nama murid yang tidak hadir, murid yang tiada dalam kelas semasa PdP berlangsung dan akhirnya guru menurunkan tanda tangan di

ruangan yang betul mengikut waktu pembelajaran berlaku. Guru kelas, guru disiplin, guru penyelaras tingkatan akan menyemak buku ini untuk mengesan murid yang tidak hadir ke sekolah dan tiada semasa proses PdP berlangsung.

G a m b a r

1 :

Contoh Buku Rekod Pengesanan Murid

Instrumen ini bertujuan mencegah dan mengelak murid daripada ponteng kelas atau meninggalkan kelas dengan sewenangwenangnya semasa PdP berlaku. Buku ini juga menjadi penanda aras yang penting baki mengesan kehadiran guru ke bilik darjah.
Muka Surat

| 305

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

(b)

Borang Pengesanan Kendiri Murid (BPKM)

Borang Pengesanan Kendiri Murid (BPKM) merupakan borang kawalan disiplin murid supaya tidak ponteng kelas, lewat masuk makmal atau tidak memberikan tumpuan semasa PdP berjalan. Murid tersebut perlu diberi perhatian oleh guru yang mengajar di dalam bilik darjah. Setiap pagi murid yang terlibat perlu mengambil borang di kaunter pejabat sekolah. Murid perlu mendapatkan tanda tangan daripada setiap guru selepas sesi pembelajaran selesai. Guru akan memberikan komen dan membuat catatan yang berkaitan dengan disiplin murid. Seterusnya, borang ini akan disemak oleh Penolong Kanan pada setiap hari bagi memastikan terdapat peningkatan prestasi disiplin mereka. Dapatannya, murid yang terlibat akan sentiasa berada di dalam kelas tepat pada masanya dan lebih fokus semasa PdP kerana adanya perhatian daripada guru kepada mereka.

Gambar 2: Contoh Borang Pengesanan Kendiri Murid


Muka Surat

| 306

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Sehubungan dengan itu, masa tugasan bagi murid tersebut dapat dimanfaatkan dengan baik dan masa pembelajaran dapat dikawal dengan lebih sempurna.

(c)

Pas Keluar

Pas keluar ialah instrumen sokongan kepada Buku BRPP. Hanya dua orang murid sahaja yang dibenarkan keluar pada satu-satu masa kecuali pada waktu pergerakan kelas. Pas ini hanya boleh digunakan dengan keizinan guru dan pergerakan murid tadi direkod. Penggunaan Pas ini memudahkan guru mengesan murid yang berada di luar bilik darjah semasa proses pembelajaran berlaku.

Gambar 3: Contoh Pas Keluar Murid


Muka Surat

| 307

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

KESIMPULAN

Amalan melindungi masa instruksional mestilah menjadi pegangan utama pemimpin sekolah, guru-guru jujur dan dengan murid. peranan Semua pihak haruslah Masa

bertanggungjawab

dan

masing-masing.

instruksional yang diurus dengan baik akan menatijahkan proses pembelajaran yang berkesan dan prestasi yang cemerlang kepada murid.

Pelbagai amalan dan alat pengurusan boleh digunakan untuk melindungi masa instruksional daripada peringkat ALT (Academic Learning Time) hinggalah ke peringkat Task time dan Engage Time. Namun apa yang paling penting ialah semua pihak haruslah bersikap jujur dan bergerak ke arah memperkasakan unsur kepercayaan terhadap satu sama lain dalam urusan masa instruksional ini. Kepercayaan (trust) ialah nilai dan norma yang perlu diberi perhatian khusus jika kita hendak terus memperjuangkan masa instruksional ini.

SYOR

Berikut ialah beberapa syor yang dicadangkan supaya pengurusan masa instruksional dapat diurus dengan berkesan.

1.

Membentuk kefahaman yang jelas terhadap warga sekolah tentang masa instruksional dan kepentingannya.

2.

Membina kerangka strategi yang jelas dan holistik dalam pengurusan masa instruksional daripada aspek : (a) (b) pengurusan / pemimpin sekolah, guru-guru,
Muka Surat

| 308

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

(c) (d) 3.

ibu bapa dan penjaga, dan murid-murid.

Kerangka ini harus tampil dengan instrumen atau alat pengurusan yang mudah dan boleh diaplikasi serta berupaya meningkatkan kualiti pengurusan masa.

4.

Pengurusan sekolah perlu membuat refleksi terhadap pengurusan masa instruksional dengan membandingkan aspek kualiti dan kuantiti pengurusan masa dan impak tehadap pencapaian matlamat sekolah.

5.

Memberi penekanan kepada

konsep kepercayaan dan kejujuran

tarhadap masa itu sendiri kerana kepercayaan (trust) ialah elemen yang boleh mengatasi atau melebihi semua instrumen dan alat pengurusan yang sedia ada.

Rujukan Tuan Haji Sufaat Bin Tumin(2012). Melindungi Masa Instruksional (Protecting Instructional Time) Di Sekolah untuk Meningkatkan Keberhasilan Pembelajaran Murid. Persembahan Power Point. mgbjohor.my/downloads.php?. James Ang Jit Eng, Ed.D & Balasandran Ramiah, DBA (2009).Kepimpinan Instruksional Satu Panduan Praktikal.PTS Profesional, Kuala Lumpur. Edward De Bono (1998). Simplicity; Be a sharper, faster, clearer thinker. Penguins Book. London. Stephen M.R. Covey & Rebecca R. Merill (2008). The SPEED of TRUST, the one thing that changes everything. Pocket Books. UK. Robert L. DeBruyn and Jack L. Larson (1984). You Can Handle Them All. A Discipline model for handling over one hundred different misbehaviors at school and at home.The MASTER Teacher.Inc Publisher. Manhattan, Kansas U.S.A James W. Stigler & James Hiebert.(1999).The Teaching Gap,Best Idea from the Worlds Teacher for Improving Education in the Classroom
| 309

Muka Surat

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Lampiran 1 Jadual di bawah menunjukkan elemen-elemen gangguan terhadap masa instrusksional di sekolah
KPM / PPD Aktiviti kokurikulum Kebangsaan, Daerah, Negeri Guru Bermesyuarat di KPM, JPN dan PPD. Pengurusan Aktiviti Sukantara Guru Tidak masuk kelas / lewat masuk kelas Murid Keluar kelas ke tandas Fizikal Susun atur kelas Peralatan Tiada peralatan yang sesuai Lain-lain Pengumuman Pembesar Suara Guru disiplin mengendalikan `spot check

Perhimpunan pagi panjang

CRK & Cuti Sakit

Kesedia-an murid belajar

Bilik Darjah, Bengkel, makmal jauh.

Peralatan PDP Tidak mencukupi

Guru Berkursus di KPM, JPN dan PPD.

Aktiviti Kokurikulum

Peperiksaan atau kelas PJJ

Sakit berpanjang-an / mohon bercuti ikut keluarga Pengerakan ke makmal dan bengkel lambat.

Peralatan untuk PDP Rosak

Guru / Murid di panggil ke pejabat

Guru bertugas sebagai jurulatih utama

Tiada guru ganti apabila guru bersalin

Kesediaan guru melaksanakan pengajaran Guru bukan opsyen mengajar Guru disiplin terlibat mengendalikan kes disiplin Keberkesanan Pengajaran guru

Muka Surat

| 310

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

INISIATIF MEMPERKASAKAN MASA INSTRUKSIONAL : GURU GANTI SISTEMATIK (GGS)

oleh Sektor Pengurusan Akademik Jabatan Pelajaran Negeri Sabah

Abstrak Kertas kerja ini menerangkan bagaimana perlunya masa instruksional diurus dengan baik bertujuan untuk mewujudkan serta meningkatkan keberhasilan pembelajaran murid melalui pengajaran yang berkesan. Cabaran terhadap guru dalam Melindungi Masa Instruksional perlu ditangani dengan cara penambahbaikan amalan sedia ada daripada aspek pengurusan dan pengendalian yang lebih sistematik. Inisiatif ini difikirkan perlu dilaksanakan dengan harapan mensasarkan sekurang-kurangnya proses pembelajaran dapat berlaku dengan berkesan melalui program penambahbaikan sistem guru ganti.

Muka Surat

| 311

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

PENGENALAN

Penglibatan guru-guru di peringkat Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM),dan agensi kerajaan yang lain dalam menjalankan tugas rasmi di luar sekolah dalam waktu persekolahan sangat ketara sama ada dalam bidang kurikulum atau kokurikulum. Keadaan ini ditambah dengan fenomena biasa seperti guru berkursus, cuti sakit dan cuti rehat khas (CRK) sehingga mengakibatkan tugas utama (core business) sebagai guru mengajar di dalam bilik darjah terjejas.

Kementerian Pelajaran Malaysia telah memberikan beberapa panduan untuk mengurus keadaan ini yang terdapat dalam Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Bil. 10 Tahun 1995 tentang (Pelaksanaan Jadual Waktu Anjal bagi Sekolah Rendah dan Menengah) khususnya perkara VII dan Standard Pengurusan Sekolah Kualiti (SPSK) berkaitan pengurusan guru ganti dan usaha pihak sekolah dalam melaksanakan pelbagai cara penyelesaian. Oleh yang demikian, penambahbaikan perlu dilaksanakan,dan satu kaedah penyelesaian yang lebih komprehensif perlu dicari bagi memastikan anak didik di dalam bilik darjah memperoleh hak yang sepatutnya.

Jabatan Pelajaran Sabah telah merangka satu program penambahbaikan sistem guru ganti yang telah sedia ada di sekolah untuk menangani isu di atas. Program ini selaras dengan usaha KPM melindungi waktu pembelajaran murid mengikut SPI Bil.2 Tahun 2012 dan SPI Bil.10 Tahun 1995.

Pengurusan masa instruksional perlu dimantapkan bagi memastikan tempoh masa pembelajaran berkesan dalam kalangan murid. Sehubungan dengan itu, bagi menjayakan program ini, semua guru termasuk pihak pentadbir terlibat secara langsung serta perlu ada komitmen yang tinggi. Kesedaran semua pihak perlu bagi memahami situasi yang berlaku. Usaha ini
Muka Surat

| 312

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

memerlukan pengorbanan guru-guru terutama di peringkat penyediaan bahan/modul.

PERNYATAAN ISU / CADANGAN

Guru Ganti Sistematik (GGS) ini amat perlu dilaksanakan walaupun proses menyediakan guru ganti yang ada di sekolah agak kemas dan berjalan lancar. Namun terdapat beberapa perkara perlu dilihat terutama berkaitan dengan kesediaan guru ganti dan kualiti masa penggantian.

GGS ini perlu dilaksanakan atas alasan-alasan berikut :

1.

Guru ganti mempunyai kecenderungan lewat masuk ke kelas dan keluar awal, sekadar menjenguk atau tidak masuk langsung ke kelas yang telah ditetapkan serta tidak ada inisiatif membuat pengisian Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara sistematik.

2.

Menambah beban kerja guru ganti untuk memikirkan dan menyediakan bahan atau perancangan bagi kelas yang hendak diganti.

3.

Proses PdP mata pelajaran tidak dapat dilaksanakan selama ketiadaan guru di sekolah.

Matlamat inisiatif ini untuk memastikan PdP berjalan secara berterusan walaupun ketiadaan guru mata pelajaran. Selain itu, masalah pengurusan pentadbiran dan disiplin murid semasa ketiadaan guru juga dapat dikawal. Seterusnya inisiatif ini dapat meningkatkan usaha MMI di sekolah untuk meningkatkan keberhasilan pembelajaran murid.

Muka Surat

| 313

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Antara tujuan inisiatif ini dirangka adalah bertujuan untuk :

1.

Memastikan JPN, PPD dan sekolah dapat meningkatkan usaha bagi MMI.

2.

Memastikan peningkatan masa pembelajaran berkesan atau academic learning time dalam kalangan murid di semua sekolah.

3.

Memastikan guru mesti ada di dalam bilik darjah dan berfungsi sewajarnya bagi memastikan pendidikan berkualiti disediakan untuk murid.

CADANGAN TINDAKAN / PENYELESAIAN.

Terdapat 3 fasa pelaksanaan program dicadangkan untuk melancarkan program iaitu pra, semasa dan pasca/selepas.

1.

Fasa I : PraPerlaksanaan.

Peringkat Praperlaksanaan melibatkan pihak pentadbir, guru media, ketua panitia dan semua guru.

(a)

Pihak pentadbir perlu :

i.

Mewujudkan bidang tugas (GGS). Bidang tugas ini melibatkan Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Guru Penolong Kanan Petang, Guru Penolong Kanan HEM, Guru Penolong Kanan KoKurikulum, Ketua Bidang, Ketua Panitia dan semua guru mata pelajaran.

ii.

Peka tentang ketidakhadiran guru sama ada yang menghadiri tugas rasmi atau kes-kes kecemasan,
Muka Surat

| 314

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

iii.

Menyediakan jadual waktu guru ganti sehari sebelum, bagi guru yang diketahui akan meninggalkan sekolah.

iv.

Penyediaan jadual guru ganti serta agihannya perlu adil dan saksama serta mengambil kira permintaan guru sama ada secara jual beli atau sebaliknya mengikut kesesuaian.

(b)

Guru perlu :

i.

Menulis maklumat tugas rasmi yang bakal dihadiri dalam buku maklumat pergerakan ganti. guru untuk tujuan penyediaan guru

ii.

Memaklumkan ketidakhadiran pada pagi hari seawal mungkin bagi kes-kes kecemasan.

iii.

Memaklumkan dan memohon kebenaran daripada pihak pentadbir sekolah bagi cuti tanpa rekod, cuti sambilan, dan cuti bersalin.

(c)

Guru Tidak Hadir perlu :

Menyediakan bahan/modul dan menyerahkannya kepada pihak pengurusan (GGS) sebelum memulakan tugas rasmi di luar sekolah. Bahan yang disediakan hendaklah selari dengan Rancangan Pelajaran Harian (RPH) dan khusus untuk kelas-kelas yang ditinggalkan.

(d)

Ketua Panitia perlu :

i.

Mengadakan bengkel penyediaan dan mewujudkan koleksi Bahan Bantu Mengajar (BBM) untuk guru ganti pada awal tahun mengikut sukatan pelajaran setiap mata pelajaran.
Muka Surat

| 315

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

ii.

Menyenaraikan guru-guru yang boleh menggantikan guru yang akan bertugas di luar/ cuti kecemasan dan diberikan kepada pengurusan GGS.

(e)

Guru Media perlu

i.

Menyediakan PdP.

bahan bacaan, bahan multimedia seperti CD

ii.

Menyediakan guru-guru dengan Portal Pendidikan dan bahanbahan dalam talian.

iii.

Sentiasa bersedia dengan aktiviti Pusat Sumber Sekolah dan sekiranya tidak ada guru ganti maka murid boleh dibawa ke Pusat Sumber Sekolah dan kelas dikendalikan oleh guru media dengan aktiviti-aktiviti yang terancang.

2.

Fasa 2 : Semasa.

Melibatkan pentadbir atau pengurusan GGS, guru ganti dan ketua kelas.

(a)

Pentadbir/ Pengurusan GGS.

i.

Menyemak rekod kehadiran dan rekod guru menjalankan tugas-tugas luar, seterusnya menyediakan, mengedarkan jadual kepada guru terlibat, dan menampal jadual di papan kenyataan.

ii.

Jadual kelas dan guru ganti diedarkan dan ditampal di papan kenyataan.

Muka Surat

| 316

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

(b)

Guru Ganti.

i.

Selepas guru ganti mendapat surat arahan menggantikan kelas, mereka perlu mengenal pasti guru yang diganti dan mata pelajaran yang diajar seterusnya mendapatkan bahan/modul daripada pengurusan GGS.

ii.

Masuk ke dalam kelas dan jalankan PdP berdasarkan modul yang disediakan. Aktiviti semasa PdP adalah bergantung kepada kesesuaian bahan yang disediakan, kreativiti, dan kepakaran guru.

iii.

Selepas masa tamat, guru ganti menandatangani buku log guru ganti dan bahan hendaklah dikumpul untuk diserahkan kepada guru mata pelajaran.

(c)

Ketua Kelas.

i.

Sekiranya guru ganti tidak masuk ke kelas selepas 10 minit masa berlalu, Ketua Kelas perlu melihat senarai guru ganti di papan kenyataan, seterusnya mencari guru berkenaan. Selepas usaha mencari dijalankan dan guru masih tidak masuk ke kelas, Ketua Kelas hendaklah melaporkan kepada Penolong Kanan/ Pengetua.

ii.

Memastikan guru menandatangani buku log guru ganti sebelum meninggalkan bilik darjah.

3.

Fasa 3 : Pasca

Bahan/modul yang digunakan dalam PdP hendaklah diserahkan oleh murid kepada guru mata pelajaran setelah mereka kembali ke sekolah (sekiranya perlu). Guru mata pelajaran hendaklah melihat, meneliti,atau
Muka Surat

| 317

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

memeriksa bahan atau skrip jawapan murid yang diterimanya dan membincangkannya semula di dalam kelas mengikut keperluan.

KESIMPULAN

Sekolah perlu menyediakan satu inisiatif yang membantu kepada penyelesaian masa instruksional agar masa pembelajaran murid terus terpelihara. Dengan adanya inisiatif terhadap guru ganti, pengurusan masa instruksional akan lebih sistematik.

SYOR

Pelaksanaan kelas ganti ini boleh berlaku dalam pelbagai situasi dan pendekatan. Terdapat situasi, guru mata pelajaran tidak hadir tetapi telah diketahui dan persediaan sempat dilakukan. Situasi lain terjadi apabila kes-kes kecemasan berlaku dan guru tidak sempat untuk menyediakan bahan (rujuk carta aliran kerja). Oleh itu, Pengurusan GGS hendaklah menyediakan beberapa pendekatan aktiviti yang perlu dilakukan oleh guru ganti.

Antara pendekatan yang boleh dilaksanakan ialah:

1.

Sarana Guru Ganti.

Bahan-bahan yang ada dalam saranadisediakan oleh panitia pada awal tahun atau sepanjang tahun. Guru ganti hanya perlu memilih bahan-bahan yang sesuai dengan keperluan kelas dan murid yang akan diganti. Bahanbahan yang boleh dikumpul dalam sarana ini ialah seperti berikut :

Muka Surat

| 318

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

(a)

(Set nota mata pelajaran mengikut topic). Penyediaan nota ini boleh disediakan dalam lembaran kerja atau secara power point .

(b) (c)

(Set latihan mengikut topik sesuatu mata pelajaran) (Set soalan peperiksaan) koleksi soalan peperikaan sama ada ujian bulanan, pertengahan tahun, akhir tahun atau soalan peperiksaan umum, dan sebagainya yang boleh diambil daripada bank soalan. (Set latihan umum) Guru-guru menyediakan set latihan atau bahan ilmiah berbentuk menguji ingatan, kebijaksanaan dan kecerdasan seseorang murid. Contohnya kuiz teka silang kata, soalan-soalan IQ, teka-teki, soduku dan sebagainya. (Set soalan pencarian di internet) Panitia menyediakan bahan, topik dan portal yang sesuai untuk sesuatu topik untuk dilayari oleh guru ganti dan murid.

(d)

(e)

2.

Aktiviti Pusat Sumber

Guru Media juga boleh memainkan peranan penting dalam kelas ganti ganti ini. Guru Media bersama guru ganti atau tanpa guru ganti boleh merangka pelbagai aktiviti PdP dalam pusat sumber. Antaranya ialah :

(a)

Projek Pukal - Kotak Buku Bacaan yang dibekalkan oleh Pusat Sumber untuk bacaan kelas. Merentas Dunia membaca tentang sebuah negara dan mencatat maklumat seperti ibu negeri, cuaca, kehidupan rakyat dan sejarahnya. sesuai untuk mata pelajaran Bahasa, Sejarah, Geografi bagi sekolah menengah, dan Bahasa dan Kajian Tempatan bagi sekolah rendah. Biodata Tokoh terkenal murid-murid membuat profil tokoh-tokoh terkenal dan mencarinya di buku atau internet .

(b)

(c)

Muka Surat

| 319

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

(d)

Mengumpul perkataan sesuai untuk sekolah rendah dan menengah rendah dan mata pelajaran bahasa.

3.

Penggunaan Bahan Multimedia Bilik Tayangan

Menggunakan bahan-bahan pembelajaran yang menarik dan tidak membosankan daripada pelbagai sumber seperti VCD, Program ASTRO Pendidikan, CD Interaktif dan sebagainya.

4.

Penggunaan Pusat Akses

Pencarian Ilmu secara dalam talian dengan menggunakan bahan dalam toolkit.

5.

Tukar Ganti Guru Konsep tukar ganti waktu secara jual beli waktu dibenarkan untuk mengatasi guru tidak hadir. Perkara ini bersesuaian dengan SPI Bil. 10 Tahun 1995 (merujuk perkara VII). Walau

(a)

bagaimanapun perkara ini perlu dimaklumkan kepada Pengurusan GGB. (b) Guru ganti dalam kalangan guru yang mengajar dalam kelas yang sama diutamakan (ikut kesesuaian). (c) Guru boleh membuat gantian masa lebih awal sekiranya mengetahui jadual pergerakan (secara terancang).

6.

Kelas Bercantum

Sekiranya terlalu ramai guru tidak hadir dan guru ganti tidak mencukupi, murid boleh dikumpul di dewan atau tempat-tempat yang sesuai untuk
Muka Surat

| 320

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

dilaksanakan aktiviti pembelajaran secara bengkel atau tayangan rakaman ilmiah dan diawasi oleh beberapa guru.

Dalam pelaksanaan GGS, Carta Organisasi Dan Carta Aliran Kerja adalah seperti yang berikut :

1.

Keahlian Guru Ganti Sistematik (GGS)

Pengerusi Naib Pengerusi

: Pengetua/ Guru Besar : Penolong Kanan Pentadbiran, Penolong Kanan Petang, Penolong Kanan KoKurikulum,

Penolong Kanan HEM Setiausaha Ahli Jawatankuasa : Ketua Bidang dan Ketua Panitia : Semua guru mata pelajaran

Muka Surat

| 321

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

2.

Carta Aliran Kerja 1

Guru mata pelajaran tidak hadir disebabkan sesuatu urusan yang tarikhnya diketahui lebih awal dan persediaan sempat dibuat
MULA GURU MATA PELAJARAN MENGETAHUI TARIKH PERGERAKAN GURU SUBJEK MERANCANG DAN MENYEDIAKAN BAHAN PdP YANG CUKUP BAGI SETIAP KELAS BAHAN DISERAHKAN KEPADA JAWATANKUASA GGS

GURU GANTI MENGAMBIL BAHAN DARIPADA JAWATANKUASA GGS DAN MELAKSANAKAN PdP

GURU GANTI MENANDATANGANI BUKU LOG RELIEF

GURU GANTI MENYERAHKAN BAHAN KEPADA GURU SUBJEK (JIKA PERLU) TAMAT

Muka Surat

| 322

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

3.

Carta Aliran Kerja 2

Guru subjek tidak hadir disebabkan kes-kes kecemasan dan perancangan tidak sempat dibuat
MULA

GURU SUBJEK MEMAKLUMKAN KEPADA JAWATANKUASA GGS JAWATANKUASA GGS

GGS MENGENALPASTI GURU GANTI

GURU GANTI MENGAMBIL BAHAN DARIPADA JAWATANKUASA GGS GURU GANTI MELAKSANAKAN PdP

GURU GANTI MENANDATANGANI BUKU LOG

GURU GANTI MENYERAHKAN BAHAN KEPADA GURU SUBJEK (JIKA PERLU) TAMAT

PEMANTAUAN

Pemantauan bagi pelaksanaan Guru Ganti Sistematik (GGS) perlu dilakukan oleh Pengetua/Guru Besar, GPK (Pentadbiran, HEM, Kokurikulum dan Petang), Guru Kanan Mata Pelajaran/Ketua Panitia Mata Pelajaran.

Muka Surat

| 323

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Pemantauan perlu dilakukan bagi semua fasa pelaksanaan iaitu pra, semasa dan pasca pelaksanaan. Selain itu, buku log hendaklah dianalisis untuk tujuan penyelenggaraan guru ganti dan penilaian Sasaran Kerja Tahunan (SKT).

IMPLIKASI

Pelaksanaan GGS dapat memantapkan dan membudayakan amalan guru ganti. Selain itu, GGS juga dapat merealisasikan aspirasi MMI dan menjadi panduan serta amalan pemimpin di sekolah. Dalam menjayakan usaha Melindungi Masa Instruksional MMI, inisiatif ini perlu dilaksanakan dengan lebih sistematik dengan matlamat PdP berkesan berlaku.

PENUTUP

Inisiatif GGSS perlulah dibudayakan di semua sekolah. Dengan adanya sistem seperti ini, proses pembelajaran murid dapat dilindungi di samping proses PdP yang berlaku secara optimum.

Rujukan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 10 Tahun 1995, Pelaksanaan Jadual Waktu Anjal bagi Sekolah Rendah dan Menengah. Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia. Surat Siaran KP(BS/DSR)8787/002/8/Jld.2 (24) Bertarikh 10 Julai 2007, Peringatan Supaya Melaksanakan Pengajaran Dan Pembelajaran Sepenuhnya Semasa Persekolahan Hari Sabtu. Kementerian Pelajaran Malaysia. Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 2 Tahun 2012 : Pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran Sepenuhnya Semasa Hari Ganti Persekolahan Pada Hari Sabtu. Kementerian Pelajaran Malaysia.
Muka Surat

| 324

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

PROGRAM INOVATIF PENGURUSAN SEKOLAH DALAM MMI DALAM KALANGAN MURID (PROGRAM PERMATA BONUS) DAN GURU (PROGRAM TRAINING OF THE TRAINERS) DI SMK RIAM MIRI (2000 2005)

oleh HAJAH SERINA BINTI SAUNI SM Sains Miri, Sarawak

Abstrak Kertas kerja ini bertujuan untuk berkongsi pengalaman tentang gabungan program inovatif pengurusan sekolah yang telah berjaya merekayasa (reengineering) budaya sekolah secara holistik di SMK Riam Miri pada tahun 2000 2005. Sekolah ini telah melaksanakan Progam Permata Bonus yang lebih memberikan tumpuan kepada pengiktirafan (Lencana Bintang Permata Bonus) dan penghargaan (markah bonus dan pameran foto individu) kepada setiap murid yang menunjukkan peningkatan secara holistik. Pengiktirafan ini merangkumi banyak aspek seperti akademik, kokurikulum, sahsiah, disiplin, kepimpinan, dan penglibatan murid sama ada di dalam atau di luar sekolah. Dalam usaha menangani cabaran Melindungi Masa Instruksional (MMI) di SMK Riam Miri dua program iaitu, Program Permata Bonus bagi murid dan Program Training of the Trainers untuk guru dijalankan serentak untuk memastikan pembelajaran dan pengajaran (PdP) dilaksanakan dengan berkesan. Untuk menjadikan amalan MMI lebih bermanfaat dan efektif, aspek Keupayaan dan Kesediaan Murid untuk belajar dan diajar dititik berat sebagai titik permulaan utama untuk memastikan PdP boleh dilaksanakan dengan berkesan bagi menjana keberhasilan murid yang maksimum mengikut keupayaan masing-masing. Oleh itu, pada masa yang sama, keupayaan guru perlu dipertingkatkan (capacity building) untuk menangani murid yang mempunyai berbagai-bagai karenah disiplin dan tahap akademik yang berbeza. Program pembangunan profesionalisme secara berterusan diperhebat. Salah satu program yang teraktif ialah program, Training of the Trainers (TOT). Pelaksanaan TOT telah meningkatkan kemahiran guru dalam aspek penyampaian yang pelbagai dan bersesuaian dengan keupayaan kelas yang diajar serta berjaya menarik minat murid untuk terlibat dalam PdP dengan lebih mendalam. Hasilnya dapat dilihat dengan peningkatan prestasi akademik, kokurikulum dan sahsiah murid yang membanggakan.
Muka Surat

| 325

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

PENGENALAN

Di SMK Riam Miri, pemupukan budaya penyayang dan langkah intervensi awal ditonjolkan dalam menyelesaikan segala permasalahan murid. Lazimnya, apabila guru lebih memberikan tumpuan kepada pengurusan permasalahan sebilangan kecil murid sahaja berbanding dengan jumlah keseluruhan di dalam kelas khasnya, dan di sekolah amnya, situasi ini akan menganggu masa instruksional PdP. Dengan adanya program ini, para guru akan mengubah minda dan modus operandi dalam menangani karenah murid. Apabila guruguru berjaya mengadaptasi pendekatan yang lebih menjurus kepada pengiktirafan kepada peningkatan yang baik, impak atas keberhasilan murid dari segi akademik, pencapaian kokurikulum, dan disiplin diri ternyata dapat dicapai. Walau bagaimanapun permasalahan disiplin harus diurus dengan berhemah melalui pemberian mata demerit, sesi kaunseling berterusan, dan denda sebagai pilihan terakhir. Apabila aspek ini terpelihara dan disertai dengan perkembangan mutu disiplin yang meningkat, maka proses PdP boleh dilaksanakan dalam suasana lebih kondusif dengan keadaan murid lebih bersedia dan berupaya (setelah melalui program intervensi) untuk belajar dan diajar. Faktor pengiktirafan kepimpinan murid yang pintar bertindak sebagai guru muda boleh dimanfaatkan untuk membantu rakan sebaya dalam mengatasi beberapa cabaran pembelajaran tertentu. Langkah ini juga dapat membantu melengkapi masa instruksional PdP sama ada dalam dan luar kelas.

Melalui program TOT budaya mentoring dan coaching antara guru berpengalaman dan baharu dihidupkan untuk menangani permasalahan PdP dan MMI. Apabila Pengetua dan guru-guru senior sebagai pemimpin instruksional memainkan peranan utama sebagai pembimbing dalam bidang PdP melalui program LDP, pemantauan dan pencerapan yang membina, kualiti guru dapat disemaikan dan dipelihara secara berterusan.

Muka Surat

| 326

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

ISI KANDUNGAN

1.

Latar belakang SMK Riam Miri

Sekolah ini mempunyai bilangan murid sebanyak 2300 orang yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama, 120 orang guru dan 20 orang staf sokongan. Komposisi murid adalah seperti yang berikut:

KOMPOSISI MURID 2005


11.1 3.5 2.6 38.6
MELAYU

0.4
CINA IBAN

9.6

BIDAYUH MELANAU

34.2

BUMIPUTERA LAIN LAIN-LAIN

Pada tanggal 16 Januari 2000, pengkaji telah melapor diri sebagai pengetua kelima. Mulai saat itu pengkaji telah melaksanakan

environmental scanning selama satu bulan melalui temu duga dengan 80% guru dan staf sokongan, murid secara rawak, dan semua Ahli Jawatankuasa PIBG. Hasil daripada dapatan kajian temu duga dan juga kajian pengumpulan data/maklumat pencapaian akademik dan

penglibatan kokurikulum sekolah sebelum 2000 satu analisa SWOT (Strength, Weakness, Threats and Opportunity) dibuat seperti yang berikut:
Muka Surat

| 327

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

a)

Aspek Ancaman/Kelemahan

i.

Sekolah dua sesi di kawasan perumahan yang pesat membangun di pinggir bandar Miri.

ii.

Fenomena yang unik berlaku apabila sebahagian besar keluarga murid berhijrah dari kawasan pedalaman (rural to urban migration) dan tinggal di Taman Tunku untuk mencari pekerjaan di bandar. Hal ini sedikit sebanyak telah

menimbulkan gejala sosial dari segi kejutan budaya dan family support system yang terganggu terutama sekali apabila ibu bapa bekerja untuk menampung kos sara hidup di bandar yang tinggi. Beban menjaga murid sepanjang hari terletak di bahu pihak sekolah. iii. Ancaman seperti, godaan Cybercafe boleh melekakan murid bermain permainan komputer dan terlibat dengan gejala sosial yang lain. Daya tarikan kedai-kedai menjual minuman keras dengan harga yang murah juga menjadi elemen kekhuatiran yang tinggi dalam kalangan guru dan ibu bapa setempat. Kedua-dua faktor ini didapati menyebabkan peratusan gejala ponteng yang agak membimbangkan. iv. Perpustakaan tidak dimanfaatkan sepenuhnya. Sebahagian ruang digunakan sebagai stor untuk menyimpan barang seperti perabot dan alat-alat lain. Bilangan buku dan bahan bacaan amat sedikit, iaitu hanya 3853 nashkah, tidak cukup untuk menampung jumlah murid yang tinggi. Akibatnya, murid dan guru tidak berminat untuk menggunakan perpustakaan. v. Prestasi pencapaian akademik pada tahun 1999 bagi PMR cuma 55.5% (terendah di bahagian Miri) dan SPM 66.8%, iaitu tahap tidak memuaskan.
Muka Surat

| 328

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

vi.

Permasalahan pembelajaran seperti membaca dan mengira agak tinggi dalam kalangan murid Kelas Peralihan dan Tingkatan 1 yang mempunyai gred E dalam pelajaran peringkat UPSR. semua mata

vii. Pencapaian sederhana.

dan

penglibatan

kokurikulum

pada

tahap

viii. Tahap disiplin agak membimbangkan dengan jumlah kehadiran hanya 90.3% dan angka keciciran murid agak tinggi. Dua jenis kes disiplin yang berat dikenal pasti melibatkan: segelintir murid kerap datang ke sekolah dalam keadaan yang mabuk dan Pergaduhan murid yang melibatkan pihak orang luar. ix. Akibatnya moral dan semangat para guru agak tertekan saban hari apabila berhadapan dengan murid yang tidak bermotivasi untuk belajar dan diajar. x. Ibu bapa agak kecewa apabila semangat juang dan jati diri murid juga rendah dalam menghadapi saingan semasa pertandingan aktiviti kokurikulum dan sukan di peringkat daerah dan lain-lain.

b)

Kekuatan/Peluang

i.

Jawatankuasa PIBG bersedia untuk menghulur bantuan dan memberikan sokongan penuh kepada pentadbiran baharu sekolah. Walau bagaimanapun, PIBG perlu digerakkan untuk sama-sama memberikan kerjasama dalam menangani

permasalahan disiplin murid dan membantu menambahkan dana PIBG yang begitu genting. ii. Bangunan sekolah ala Design and Build yang baharu, cantik, dan mempunyai kawasan dan padang yang besar untuk
Muka Surat

| 329

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

aktiviti kokurikulum, sukan, dan riadah. Ruang legar di tiga tingkat bangunan sekolah dan taman yang luas boleh dimanfaatkan oleh murid sesi pagi untuk kembali ke sekolah pada waktu petang bagi membuat aktiviti yang berfaedah seperti ulang kaji, kelas tambahan, perbincangan kumpulan, dan kerja kursus. iii. Bilik perpustakaan yang cukup luas boleh dimanfaatkan oleh semua warga sekolah dengan memastikan bahan bacaan dan perabot untuk tempat murid belajar mencukupi. Keadaan begitu kondusif dengan kelengkapan seperti alat pendingin hawa dan komputer hasil sumbangan PIBG pada tahun 2001. iv. Kekuatan tenaga murid (yang kerap terlibat dalam pergaduhan) dijadikan satu aset dengan memberi mereka peluang

berkecimpung dalam sukan lasak seperti angkat berat yang akhirnya menjadi Sukan Kebitaran Sekolah hingga ke peringkat SUKMA (Kebangsaan) dan antarabangsa. v. Tenaga murid dan kreativiti boleh dijadikan aset untuk membangunkan bahagian-bahagian taman yang telah

ditetapkan untuk mencipta replika mercu tanda 7 Bahagian (Daerah) negeri Sarawak sebagai kerja amal dan sumbangan bakti kelas-kelas kepada sekolah. Kepakaran tiga orang staf sokongan yang mahir dalam mereka bentuk mercu dengan menggunakan teknik simen fero telah menjadi pergerak utama/arkitek program keceriaan ini. Secara keseluruhannya, semua warga bersatu mencipta landskap sekolah yang bertemakan, Sayang Sarawak Bumi Kenyalang yang mencerminkan Sarawak mini menjadi satu realiti. Taman Bahagian Kuching (seekor kuching), Miri (Grand Old Lady, oil rig yang pertama), Bintulu (sepasang burung bangau putih), Sarikei (buah nanas), Sri Aman (sepasang burung merpati
Muka Surat

| 330

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

putih simbol kedamaian sewaktu penyerahan komunis), dan satu taman herba telah pun berjaya dihasilkan dalam tempoh 5 tahun bermula pada tahun 2001. Setiap taman mini mempunyai papan info padat tentang Bahagian (daerah) berkenaan. Semua ini menjadi tarikan para pelawat yang ramai berkunjung ke sekolah. Keadaan ceria ini juga menggalakkan murid untuk menghabiskan masa mereka secara berfaedah di sekolah.

Gambar yang menunjukkan replika mercu tanda Miri dan Sri Aman.

vi.

Kekuatan guru yang ada pada 40% guru senior ( pengalaman mengajar melebihi 5 tahun) dan 45% guru muda terlatih yang dapat membimbing 15% guru sandaran tidak terlatih (GSTT).

2.

Isu dan cabaran yang mengganggu Masa Instruksional dilihat dari segi faktor dua kumpulan sasaran iaitu murid dan guru.

Muka Surat

| 331

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

a)

Kumpulan Sasaran Murid

i.

Ponteng (sekolah dan perperiksaan) dan keciciran yang tinggi: Isu jumlah bilangan murid ponteng yang tinggi merupakan faktor utama yang menyumbangkan kerugian kepada

pembelajaran murid di SMK Riam Miri. Gangguan masa instruksional sebegini telah mengakibatkan murid ketinggalan banyak masa bagi proses PdP, maka kesediaan murid menghadapi pembelajaran seterusnya kian tergugat

mengakibatkan prestasi peperiksaan merosot dan minat kepada persekolahan juga menurun. Akibatnya, jumlah keciciran murid kian meningkat. Dengan adanya program intervensi yang menghargai jumlah hari kehadiran murid sedikit sebanyak telah menggalakkan murid hadir ke sekolah. Setiap murid yang hadir pada setiap hari sepanjang bulan diberi 10 markah bonus. Manakala bagi kelas yang mencatatkan kehadiran seratus peratus akan diberi tambahan 5 markah lagi kepada setiap warga kelas tersebut. Maka timbul rangsangan yang menggalakkan setiap warga kelas agar sentiasa menjaga dan mengingatkan rakan-rakan akan kepentingan kehadiran ke sekolah supaya semuanya memperoleh markah bonus tambahan kesan peer pressure yang baik timbul.

Muka Surat

| 332

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Peratus Kehadiran Murid Tahun 1999 Jun 2005


98 96

95.3 94.1

96.1

96.3

97

94

92.2
92 90 88 86 1999 2000 2001 2002 2003 2004 2005 (JUN)

90.3

Gambar rajah yang menunjukkan peningkatan kehadiran murid pada tahun 1999-2005

Strategi jangka pendek yang efektif untuk menggalakkan kehadiran murid yang berisiko tinggi untuk tidak ponteng semasa peperiksaan awam yang telah berjaya dilaksanakan ialah: Menyediakan skuad guru berkenderaan yang akan

menjemput murid berkenaan jika mereka didapati tidak hadir semasa roll-call dibuat setengah jam sebelum peperiksaan bermula. Dengan bantuan dana PIBG pihak sekolah menyediakan sarapan pagi yang ringkas tapi berkhasiat, contoh, segelas air milo panas, sebiji telur rebus dan 2 keping roti atau segelas teh susu dan nasi lemak dan lain-lain mengikut menu yang menepati budget yang telah dipersetujui oleh PIBG bagi setiap murid PMR dan SPM (anggaran 300-500 orang) setiap tahun. Tindakan kebajikan ini dibuat apabila sekolah mendapati 20% murid dari kawasan jauh (Lambir)
Muka Surat

| 333

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

datang ke sekolah seawal 5.45 pagi tanpa sarapan dan keadaan ini telah menjejaskan konsentrasi mereka semasa peperiksaan.

ii.

Beberapa kelakuan murid yang mengakibatkan gangguan MMI: tidak bermotivasi untuk belajar semasa PdP, tidak membawa buku dan kelengkapan alat tulis yang cukup telah mendorong mereka untuk tidak mencatat nota dan tidak membuat latihan, dan berbuat bising dan kerap keluar kelas untuk ke tandas. Segelintir murid menghadapi keadaan kawalan ibu bapa jarak jauh yang unik akibat oleh ibu bapa bekerja di Brunei Darulsalam. Oleh itu, sepanjang tempoh, Isnin sehingga ke hari Jumaat, anak-anak ditinggalkan tanpa pengawasan ibu bapa (weekend parents). Adakalanya rumah murid berkenaan dijadikan tempat murid-murid bermasalah melepak dan ponteng sekolah. Apabila gejala sosial dan masalah disiplin timbul, ibu bapa jarang dapat dihubungi, maka tanggungjawab seliaan sama ada di dalam dan di luar sekolah dan langkah intervensi akan dipertanggungjawabkan sepenuhnya kepada pihak sekolah. Langkah yang diambil oleh pihak sekolah ialah menarik minat murid untuk kembali ke halaman sekolah selepas/sebelum waktu sekolah meskipun sekolah menghadapi kemungkinan gangguan perjalanan sekolah dua sesi.

iii.

Kedatangan mereka dialu-alukan untuk mengisi masa lapang dengan kerja amal, mengambil bahagian dalam aktiviti sukan/riadah atau datang untuk mengurus kerja sekolah masing-masing. Semua ini diawasi oleh guru penasihat
Muka Surat

| 334

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

program/aktiviti berkenaan. Langkah ini dapat mengelakkan mereka daripada terlibat dengan gejala sosial di luar kawasan sekolah. Semua penglibatan dalam sukan dan kerja amal murid akan diberi markah oleh guru yang bertanggungjawab atas projek tersebut.

iv.

Pencapaian akademik yang rendah dalam PMR (55.5% pada 1999) dan SPM (66.8% pada 1999) dijadikan titik permulaan (TOV - Take-off value) bagi program peningkatan akademik seterusnya. Untuk memberikan galakan atas usaha murid, maka setiap peningkatan dalam setiap mata pelajaran akan diberi ganjaran markah bonus yang sewajarnya.

v.

Masalah membaca dan mengira boleh menjejaskan kemajuan murid untuk mengikut pelajaran seterusnya. Sehubungan dengan itu, strategi intervensi awal untuk mengatasi isu keupayaan murid untuk belajar dan diajar dilaksanakan dengan dua cara: bermula dari waktu pendaftaran murid ke sekolah berdasarkan input data dan maklumat tentang prestasi akademik, kokurikulum, keperluan kebajikan biasiswa dan tahap kesihatan bagi setiap murid yang diberikan oleh guru besar atau/dan penolong kanan HEM sekolah rendah asal (feeder schools) semasa mesyuarat

permuafakatan feeder schools bersama pihak pengurusan SMK Riam yang terdiri daripada Pengetua, semua penolong kanan dan kaunselor pada bulan September setiap tahun. Secara amnya, setiap tahun didapati ada lebih kurang 10% kemasukan murid Tingkatan 1 dan Kelas Peralihan mengalami masalah 3M (menulis,
Muka Surat

| 335

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

membaca dan mengira) yang perlu dipulihkan melalui beberapa program seperti PROBIM (Program Bimbingan Matematik), Program Pemulihan Menulis dan Membaca, dan self-access learning untuk BI. Pendedahan murid Tahun 6 dari feeder schools ke alam Sekolah Menengah semasa lawatan suai kenal di pertengahan tahun sebelum mereka melangkah ke SMK Riam juga banyak membantu dari segi persediaan mental dan emosi mereka tentang expectation kita. Beberapa aktiviti motivasi dan pengenalan ke alam Sekolah Menengah dilaksanakan dengan jayanya. Maklum balas yang diterima berkaitan perkara tersebut amat membantu pihak sekolah dalam usaha membantu mereka bagi kemasukan ke Tingkatan 1. Semua usaha ini membantu meminimunkan gangguan MMI di peringkat awal tahun persekolahan. vi. Penglibatan dalam kokurikulum sekolah yang tidak berfokus dan sikap kurang minat murid kepada aktiviti ini telah menyebabkan pencapaian murid yang agak sederhana.

Daripada keputusan analisis SWOT, kekuatan fizikal murid yang kerap bertumbuk dan merosakkan harta benda sekolah diambil kira untuk disalurkan sebagai tenaga yang berfokus untuk memajukan sukan seperti angkat berat (Kebitaran sekolah), archery dan fencing. Penglibatan dalam sukan juga mesti disokong oleh tahap disiplin yang memuaskan (contoh, dari segi kehadiran ke sekolah). Kewujudan usaha kendiri murid yang positif dalam meningkatkan prestasi akademik sesuai dengan pencapaian TOV murid berkenaan juga diambil kira. Oleh itu, kesinambugan penglibatan sukan yang diminati oleh seseorang murid bergantung kepada usahanya untuk
Muka Surat

| 336

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

mengatasi kelemahan disiplin (sahsiah) dan akademik sepadan dengan keupayaannya. Pendekatan carrot and less stick sebegini amat berkesan di sekolah ini. Lebih-lebih lagi apabila setiap peningkatan positif, tanpa mengambil kira magnitudnya, direkodkan dan diberi markah bonus yang sewajarnya.

vii. Waktu pertukaran antara sesi pagi dengan sesi petang boleh menimbulkan masalah gangguan MMI pada waktu ketujuh dan kelapan yang terakhir bagi sesi pagi. Hal ini akibat kebisingan melampau oleh 1000 orang murid sesi petang yang resah menunggu giliran untuk masuk ke kelas. Keadaan ini telah menimbulkan peluang untuk menyelesaikan masalah mencari masa untuk program membaca (NILAM) bagi murid sesi petang. Mulai pertengahan tahun 2000, semua murid sesi petang diwajibkan duduk di ruang legar untuk menjalankan program NILAM dari jam 11.30 pagi sehingga 12.30 tengah hari sebelum dibenarkan berbaris dengan disiplin tinggi apabila masuk ke kelas masing-masing selepas loceng tamat sesi pagi dibunyikan. Penyelesaian kreatif yang dilakukan oleh panitia bahasa telah berjaya menyelesaikan empat perkara, iaitu gangguan MMI bagi sesi pagi dapat diatasi dengan kaedah win-win situation bagi murid kedua-dua sesi, persediaan minda yang positif bagi murid sesi petang sebelum sesi PDP bermula, program NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca) ini telah berjaya menyediakan ruang dan peluang untuk setiap murid sesi petang membaca buku 5 jam seminggu. Hasilnya pinjaman buku perpustakaan meningkat. Usaha ini dilihat sebagai antara aspek yang membantu SMK Riam dinobat sebagai JOHAN Anugerah Pusat Sumber
Muka Surat

| 337

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Cemerlang

peringkat

Kebangsaan

2004.

Budaya

membaca juga telah menimbulkan kesan positif kepada pencapaian akademik murid. setiap naskhah buku yang dibaca direkodkan dan diberikan markah bonus sebagai pengiktirafan usaha positif.

b)

Kumpulan sasaran kedua: Guru

i.

Keupayaan guru untuk menghadapi murid yang mempunyai berbagai-bagai masalah disiplin dan tahap kecerdasan intelek yang berbeza perlu dipertingkatkan. Oleh itu, guru harus melengkapkan diri dengan ilmu-ilmu dan kemahiran yang terkini melalui kursus luar dan juga latihan dalaman berasaskan sekolah. SMK Riam telah melaksanakan program TOT berasaskan sekolah untuk membantu guru mengembangkan kemahiran yang diperlukan.

ii.

Tahap motivasi guru adalah rendah untuk mengajar muridmurid sebegini dan amat mencabar sekali. Moral guru juga tergugat apabila masyarakat sekeliling dan sekolah lain memandang rendah akan pencapaian sekolah ini. Beberapa ceramah motivasi dan peningkatan imej diri telah

dilaksanakan. Namun begitu, faktor pendorong utama ialah kata-kata semangat yang bernas dan penghargaan yang berterusan daripada Pengetua sehingga boleh memberikan impak kepada guru. Pengukuhan positif daripada pentadbir sekolah mampu meningkatkan kepercayaan akan keupayaan diri guru-guru dan staf untuk membantu murid dengan lebih komited lagi.
Muka Surat

| 338

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

iii.

Kurang

pergaulan/perjumpaan

profesional

(professional

bonding) dengan rakan-rakan guru dari sekolah lain telah menghasilkan satu lompang komunikasi profesional untuk perkembangan diri. Kekurangan ini telah diatasi dengan mengadakan beberapa aktiviti seperti yang berikut: Lawatan sambil belajar penandaarasan (Bench marking) ke sekolah-sekolah berdekatan yang berjaya seperti SMK Chung Hua, Miri (Sekolah Harapan Negara) dan SMK St Joseph, Miri yang terkenal dengan prestasi akademik yang cemerlang. Lawatan guru-guru 3K dan staf sokongan untuk melihat landskap Hotel Marriot dan Hotel Holiday Inn, Miri. Lawatan guru-guru dan murid ke Taman Awan dan Pejabat Perbandaran Miri (Miri Municipal Council) untuk mempelajari teknik membuat landskap yang menarik. Lawatan guru-guru dan murid ke Perpustakaan Awam Miri untuk mempelajari pengurusan perpustakaan yang berkesan.

CADANGAN TINDAKAN/PENYELESAIAN

Setelah environmental scanning dilaksanakan, didapati perubahan warga sekolah itu sendiri. Maka dua program berikut diguna pakai untuk mengatasi cabaran yang dihadapi oleh sekolah:

1.

Program Permata Bonus untuk murid

Program Permata Bonus (PPB) dilaksanakan untuk menyokong dan memperkukuh kejayaan program dan aktiviti yang lain dengan
Muka Surat

| 339

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

memberikan galakan yang berterusan atas penglibatan murid secara positif.

a)

Pengenalan PBB

Tujuan utama PPB adalah untuk menyediakan suatu instrumen yang mesra murid (Student friendly) yang boleh menggalakkan

pembangunan kemenjadian (keberhasilan) murid secara holistik yang merangkumi perkembangan/peningkatan dalam aspek sahsiah, disiplin, akademik, dan kokurikulum sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Setiap tingkah laku dan perubahan positif akan diberi markah bonus yang menjurus ke arah Lencana Bintang Permata Bonus seperti yang berikut:

LENCANA DELIMA NILAM ZAMRUD INTAN BERLIAN


Wings of Excellence"

JUMLAH MATA MERIT TERKUMPUL 100 149


150 249 250 349 350 499 500 KE ATAS

Jadual menujukkan permarkahan Lencana Bintang Permata Bonus:

Bagi setiap aspek peningkatan atau sebaliknya, markah bonus atau demerit ditetapkan oleh Jawatankuasa PPB seperti terdapat dalam kad PPB murid. Berikut ialah contoh pemberian markah bonus untuk katerogi disiplin dan akademik:

Muka Surat

| 340

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Kategori Disiplin

Gerak Laku 1. Bersifat jujur 2. Menampakkan positif dadlam mereka perubahan kelakuan

Mata Bonus 3 10 35

Tindakan Guru Berkenaan Guru Berkenaan Guru Berkenaan Guru Berkenaan Guru Tingkatan Guru Tingkatan Guru Mata Pelajaran Guru Tingkatan Guru Tingkatan Guru Mata Pelajaran Guru Tingkatan Guru Tingkatan Guru BM & BI

3. Berkelakuan terbaik dalam sesebuah kelas / kumpulan 4. Berssopan santun / beradab 5. Kehadiran penuh ke sekolah bagi setiap bulan 6. Kehadiran penuh semua murid sesuatu kelas bagi setiap bulan Akademik 1. Penglibatan aktif dalam proses PdP 2. Pencapaian cemerlang dalam ujian / peperiksaan 3. Kedudukan 1, 2, 3 4. Menunjukkan kemajuan yang ketara dalam akademik 5. Mendapat tempat 1-10 di peringkat tingkatan semasa peperiksaan. 6. Mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan awam. 7. Program Nilam-pelajar yang membaca 18 buah buku atau lebih dalam setahun.

35 25 10 5 3 10 35 5, 4, 3 25 5

10

10

b)

Jawatankuasa PPB SMK Riam, Miri, terdiri daripada:

Penasihat Pengerusi Naib Pengerusi Penyelaras Setiauasaha Bendahari

: : : : : :

Pengetua GPK HEM Semua GPK yang lain Kaunselor Guru Disiplin Ketua Kerani
Muka Surat

| 341

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Guru Penyelaras Tingkatan

Guru Tingkatan yang dipilih

c)

Cara pemberian markah bonus dan demerit adalah seperti yang ditunjukkan dalam carta alir berikut:

Carta alir pemberian markah PPB


MURID
BAIK LAKU & PERUBAHAN POSITIF SALAH LAKU

BONUS
SIJIL JUARA BULANAN/ MENERIMA LENCANA
BONUS 100: DELIMA 200: NILAM 300: ZAMRUD 400: INTAN 500: BERLIAN ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG & JUARA KELAS SISTEM BONUS

DEMERIT
TINDAKAN AMARAN OLEH WALI KELAS SURAT AMARAN ( 1, 2 DAN 3) KERJA AMAL/TINDAKAN DISIPLIN KAUNSELING

PERUBAHAN POSITIF

d)

Aplikasi i. Setiap kelas mempunyai satu fail yang mengandungi kad PPB berwarna hijau bagi setiap murid untuk tujuan merekod markah bonus dan demerit. ii. Fail-fail ini disimpan di luar bilik GPK HEM supaya semua guru dapat akses yang mudah untuk mencatat markah pada bila-bila masa diperlukan. iii. Pemberian markah dibuat melalui borang bonus/demerit yang berbeza dan diserahkan kepada guru tingkatan berkenaan. iv. Guru Tingkatan akan mengemas kini jumlah markah sekali sebulan mengikut jadual yang telah ditetapkan dalam takwim sekolah seperti contoh berikut:
Muka Surat

| 342

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Masa bersama Guru Tingkatan (Pengurusan Kelas & Bonus)

e)

Penghargaan Bulanan i. Seseorang murid yang mencatat markah tertinggi bagi setiap tingkatan akan dipilih sebagai juara bulanan untuk menerima sijil penghargaan semasa perhimpunan sekolah. Gambar murid berkenaan juga akan dipamerkan di Papan Notis Induk PPB sepanjang bulan itu. ii. Setiap bulan sebuah kelas yang mengutip markah bonus tertinggi dinobatkan sebagai Juara Bulanan dan menerima plaque pusingan PPB yang akan dipamerkan di kelas tersebut. iii. Setiap murid yang mencapai markah tertentu akan menerima pengiktirafan kurniaan Lencana Bintang Permata Bonus mengikut katerogi Delima, Nilam, Zamrud, Intan, dan Berlian (Bintang Tertinggi)

Muka Surat

| 343

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

f)

Penghargaan Tahunan

i.

Guru Tingkatan dan kelas yang mengumpulkan markah Permata Bonus yang tertinggi bagi tahun berkenaan akan menerima hadiah istimewa pada majlis penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang di hujung tahun.

ii.

Gambar penerima Lencana PPB tertinggi akan dicetak di belakang buku latihan sekolah dengan kerjasama koperasi sekolah. Dengan cara ini penghargaan dan pengiktirafan kepada murid yang mencapai jumlah markah bonus yang cemerlang dipamerkan sepanjang tahun berikutnya di kulit buku latihan sekolah seperti contoh di bawah:

g)

Impak PPB

i.

Kesan positif dapat dilihat dengan penurunan kadar ponteng dalam kalangan murid. Apabila kadar ponteng telah menurun,
Muka Surat

| 344

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

kadar keciciran murid juga turut menurun seperti ditunjukkan oleh gambar rajah berikut:

Statistik Keciciran Murid Tahun 2000-2004


25 31 20 15 10 5 1 0 2000 2001 2002 2003 2004 8 13 14 12 9 6 4 Lelaki Perempuan 21

ii.

Apabila kadar penerima Lencana Bintang Permata Bonus meningkat (gambar rajah A), kadar salah laku menjadi berkurangan (gambar rajah B) bagi tempoh masa yang sama. Hal ini membuktikan, apabila keberhasilan murid digalakkan meningkat secara pengkukuhan positif, kejadian salah laku dan kelakuan tidak baik pun menurun.

Muka Surat

| 345

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Gambar Rajah A: menunjukkan peningkatan penerima Lencana Bintang Permata Bonus pada 2000 Jun 2005
600 500

Bilangan Permata Bonus

34.8% 439 (Jum=452) 37.7% (Jum=490)


261
201

400 300 200 100 0

45.6% (Jum=593)
271

69.9% (Jum:813)
264

256

(Jum:666)
208 117

193

3.2% (Jum=42)
41
1
0

167

118

138 65

137

12 1

23 5

31
0

72

30

2000
DELIMA

2001

2002

2003
INTAN

2004

Jun05

NILAM

ZAMRUD

BERLIAN

Gambar Rajah B: menunjukkan penurunan salah laku pada 2000-Jun 2005

Bilangan Salah Laku Murid dari Tahun 2001 Jun 2005


250
248

200 150 100 50 0 2001

163

118

99
53

2002

2003 Tahun

2004

Jun-05

Bilangan salah laku

Muka Surat

| 346

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

h)

Penglibatan murid dalam aktiviti sukan dan kokurikulum adalah sangat aktif dan telah mencapai sehingga ke peringkat antarabangsa, contohnya, acara Angkat Berat. Kolaborasi dengan Majlis Sukan Negara cawangan Miri dalam membangunkan sukan seperti angkat berat, archery dan fencing telah mengharumkan nama sekolah khasnya, negeri, dan negara amnya. Pengiktirafan dan kepercayaan yang diberi oleh sekolah telah dapat mendorong murid untuk mengetepikan sifat kenakalan mereka sebaliknya aktif melibatkan diri mereka dalam aktiviti sukan. Perubahan sahsiah dan tahap disiplin dalam kalangan murid yang aktif dalam sukan amat ketara.

i)

Pemasalahan disiplin berat seperti mabuk, bergaduh, dan vandalisme sudah dapat diatasi mulai tahun 2003.

MURID-MURID YANG MENERIMA SIJIL DAN BINTANG

j)

Kejayaan PPB bergantung besar kepada faktor berikut: Pemberian markah (bonus dan demerit) yang sistematik dengan wajaran yang telah ditetapkan.
Muka Surat

| 347

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

i.

Setiap penglibatan dan perubahan positif murid mesti disokong oleh pengiktirafan markah dan penghargaan berterusan.

ii.

Semua warga sekolah (guru dan murid) bertanggungjawab atas pemberian markah yang berterusan dan terkini untuk mendapat Lencana Bintang Permata Bonus yang betul.

iii.

Proses semakan dan penambahbaikan PPB dipantau rapi, contohnya, kemasukan penambahan markah baharu ke dalam PPB boleh dibuat dan hendaklah dikemas kini oleh guru penyelaras untuk menyokong kejayaan program baharu yang berkenaan. Maklumat tambahan ini haruslah diuar-uarkan seluasnya melalui papan notis induk PPB, buletin, dan ketika perhimpunan mingguan.

iv.

Yang terpenting ialah sifat kepekaan, kepedulian, dan keprihatinan guru dalam menghargai setiap perubahan positif murid. Faktor pengukuhan daripada guru ini akan

menggalakkan perubahan positif murid dan akan menjadi amalan dalam kehidupan mereka sehari-hari. Program Training of the Trainers (TOT)

2.

Keperluan latihan dalaman berasaskan sekolah diperoleh melalui analisis keperluan yang dimaklumkan oleh guru semasa temu duga environmental scanning dan juga dapatan daripada kutipan data/maklumat dalam borang Laporan Nilai Prestasi Tahunan (LNPT) guru dan staf pada akhir tahun. Sebagai strategi jangka panjang yang efektif, budaya CPD dilaksanakan. Untuk mengelakkan gangguan MMI, guru sesi pagi mengadakan LDP pada waktu petang dan sebaliknya untuk guru sesi petang. Pendekatan TOT dikenal pasti sebagai metodologi terbaik atas perkongsian kepakaran antara guru senior yang boleh membimbing dan memimpin guru junior.

Muka Surat

| 348

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Hasil dapatan daripada proses pemantauan dan pencerapan guru oleh Pengetua, Penolong Kanan, dan Guru Kanan, kekuatan guru untuk dilantik sebagai ketua ataupun coach mengikut katerogi berikut telah dikenal pasti:

a)

Kepakaran guru mengikuti pedagogi tertentu, contoh, pendekatan pembelajaran secara konstruktivisme, konteksual, berpusatkan murid, aplikasi teori kecerdasan pelbagai, masteri, ICT, dan lain-lain

b)

Berkemahiran dalam teknik menyoal yang menarik dan dalam pelbagai aras daripada soalan mudah ke kompleks untuk membuka minda murid semasa PdP. Kemahiran ini menduduki tempat teratas dalam keperluan latihan guru.

c)

Kepakaran guru dalam mengawal kelas yang muridnya dianggap nakal dan rendah motivasi untuk belajar.

d)

Kemahiran guru menggunakan ICT.

e)

Kemahiran guru dalam menyediakan Alat Bantu Mengajar (ABM).

f)

Kelebihan guru dalam merangsang murid kelas pintar untuk menjadi lebih cemerlang.

g)

Kelebihan guru dalam menyediakan rancangan harian pengajaran.


Muka Surat

| 349

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Sebagai jurulatih, tempoh pengalaman mengajar sesuatu mata pelajaran serta amalan terbaik juga diambil kira. Guru-guru dipilih menjadi ahli beberapa kumpulan yang diketuai oleh seorang pakar atau coach. Setiap kumpulan akan menyediakan PdP yang lengkap dari fasa persediaan rancangan mengajar sehingga ke proses PdP dengan menggunakan pendekatan terbaik untuk topik tertentu bersesuaian dengan aras kecerdasan kelas yang disasarkan. Dalam sesi TOT ini setiap kumpulan akan membuat mirco teaching mengikut jadual LDP sepanjang tahun dan guru-guru lain bertindak sebagai pemerhati, penilai dan perekod seperti yang telah ditetapkan dalam senarai tugas LDP. Di akhir sesi micro teaching tersebut rakan sejawat akan memberikan maklum balas tentang:

a) b)

Apa yang dipelajari mereka daripada sesi tersebut. Komen tentang kekuatan dan kelemahan tentang pendekatan yang digunakan dan kesan proses penyampaian kumpulan berkenaan.

c)

Syor penambahbaikan, teknik penyampaian dan pedagogi yang digunakan oleh kumpulan tersebut.

Melalui

cara

ini

tindakan

segera

boleh

diambil

untuk

mempertingkatkan sebarang kelemahan yang wujud dalam PdP masingmasing. Situasi ini juga memberikan satu platform profesional yang mantap untuk guru-guru berkongsi permasalahan pembelajaran murid dari kelas tertentu dan mencari jalan penyelesaian melalui pengkongsian amal terbaik. Peranan penting pengetua di sini ialah memberikan ruang dan peluang sepenuhnya kepada guru untuk mencuba pelbagai kaedah / pendekatan (experimenting) demi mencari hasil yang terbaik. Oleh itu, pengetua perlu meluang masa untuk membina hubungan yang akrab

Muka Surat

| 350

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

sesama guru untuk membina satu pasukan yang padu lagi mantap sebagai satu landasan profesional yang efesien.

Selain berkemahiran dalam penyampaian, guru-guru juga diberi kemahiran tentang proses headcount untuk mempertingkatkan keupayaan murid dalam pembelajaran masing-masing dan akhirnya boleh membantu mutu pencapaian akademik murid berkenaan. Pendekatan headcount menjurus kepada setiap pencapaian murid dititikberatkan (every child matters).

Training Of The Trainers

INOVASI SEKOLAH

IMPAK LATIHAN DALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

Sepanjang tempoh lima tahun itu, pencapaian PMR dan SPM murid SMK Riam, Miri, secara konsisten telah meningkat. Kemuncak prestasi akademik ialah pencapaian SPM 2005 yang telah menghasilkan 13 mata pelajaran (termasuk Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris) mencatat kelulusan 100%
Muka Surat

| 351

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

walaupun TOV sebanyak 10% murid di peringkat kelas peralihan dan Tingkatan 1 ialah murid yang buta huruf dan memiliki keputusan UPSR semua mata pelajaran gred E. Namun hasil daripada teknik pengajaran guru yang sesuai lagi menarik telah dapat membuat murid belajar apabila guru mengajar dalam keadaan MMI terpelihara.

Pencapaian Akademik SMK Riam, Miri (1999 2005) Tahun 1999 (TOV) 2000 2001 2002 2003 2004 2005 PMR 55.5% 62.5% 70.4% 77.3% 77.3% 84.2% 89.2% SPM 66.8% 72.7% 65.8% 78.5% 81.9% 83.8% 100%

Setelah program ini dilaksanakan beberapa tahun, satu jati diri yang unik bersulamkan semangat juang battle cry Fly Riam, Miri (slogan sekolah), tercipta dalam kalangan murid dan guru. Semangat jati diri ini telah berjaya meraih beberapa anugerah berprestij dalam peningkatan akademik dan kokurikulum/sukan di peringkat negeri, kebangsaan, dan antarabangsa. SMK Riam, Miri telah dinobatkan sebagai Johan Sekolah Harapan Negara Peringkat Kebangsaan 2004 dan Johan Anugerah Pusat Sumber Cemerlang Kebangsaan 2002 dan tempat ketiga Anugerah Sekolah Selamat (3K) Peringkat Kebangsaan 2003.

Muka Surat

| 352

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

KESIMPULAN

Program Permata Bonus boleh berdiri sendiri dalam menangani berbagai-bagai isu permasalahan murid. Walau bagaimanapun untuk mendapat impak yang optimum dalam MMI, program ini perlu digabungkan dengan program peningkatan kemahiran guru melalui program, Training of the Trainers yang berterusan dan sentiasa ditambah baik sifatnya (kaizens improvement concept). continuous

SYOR

Kedua-dua program yang membangunkan keupayaan dan kesediaan murid dan guru untuk belajar, diajar, dan mengajar mesti dilaksanakan selari dan mempunyai sifat penambahbaikan yang berterusan. Sekolah Happening and Desirable diwujudkan dengan perkara-perkara berikut:

1.

a)

Meriahkan suasana sekolah dengan aktiviti sukan, riadah, dan seni yang pelbagai untuk memenuhi minat, cita rasa dan bakat murid setempat.

b)

Aspek penghargaan dan pengiktirafan ditonjolkan dan mengamalkan budaya Sekolah Penyayang. Manakala kes salah laku dan disiplin dikendalikan dengan berhemah.

c)

Kewujudan rasa kepunyaan murid diutamakan apabila suara murid (Students Voice matters) diambil kira dalam pelaksanaan program, contohnya, wakil murid dalam JK Induk 3K, JK Pembelian dan
| 353

Muka Surat

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Pemilihan Buku Perpustakaan, JK Dokumentasi dan Papan Notis Induk Program Permata Bonus. d) Murid dibenarkan menggunakan kemudahan sekolah selepas waktu sekolah untuk tujuan yang baik dan diselia oleh guru bertugas (open door policy).

2.

Suara dan cadangan guru juga perlu diberi perhatian. Mereka seharusnya diberi autonomi untuk mencuba pendekatan baharu dalam PdP. Sebagai satu pengiktirafan atas usaha gigih guru dalam mengatasi pemasalahan PdP, maka mereka hendaklah diberi peluang untuk berkongsi hasil daripada amalan terbaik bersama guru lain sehingga ke peringkat antarabangsa.

3.

Pengetua dan guru diberi kursus/latihan untuk mendapat kemahiran kepimpinan instruksional yang tinggi melalui CPD. Sebagai tambahan kita juga perlu diberi pendedahan kepada soft skills untuk menangani karenah murid generasi kini.

4.

Pemimpin diberi peluang untuk berkongsi amalan terbaik di peringkat antarabangsa sambil membuat lawatan benchmarking ke sekolah contoh.

5.

Hari profesional untuk tujuan latihan dalam perkhidmatan diberi kepada warga sekolah setiap semester tanpa gangguan kerja routine PdP, contoh, 2 hari setahun itu diambil daripada cuti peristewa sekolah untuk kepentingan MMI dan juga guru boleh memberikan tumpuan secara total semasa menghadiri latihan profesionalisme mereka.

Muka Surat

| 354

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Rujukan Fullan, M. (2011). The Change Leader: Learning to Do What Matters Most. San Franciso: Jossey-Bass Kementerian Pendidikan Malaysia, Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bil. 10/2001: Semua Guru Adalah Guru Disiplin Kohn, Alfie. The Schools Our Children Deserve. Houghton Mifflin Company, diterjemahkan oleh Rosnani Kamaruddin (2004). Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad. Sharma, Robin. Leadership Wisdom, The 8 Rituals Of Visionary Leaders. Jaico Publishing House (2009) Sufaat Tumin (2012). Pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional. Persembahan powerpoint semasa Taklimat MMI Zon Sabah, Sarawak dan WP Labuan pada 13-15 September 2012

Muka Surat

| 355

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Lampiran 1 Sijil Pencapaian SMK Riam Miri

Sekolah Harapan Negara Peringkat Kebangsaan 2004

TEMPAT KE-3 PERTANDINGAN POLISI SEKOLAH SELAMAT PERINGKAT KEBANGSAAN 2004

Muka Surat

| 356

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

JOHAN Pertandingan Pusat Sumber Sekolah Cemerlang Peringkat Kebangsaan 2002

Muka Surat

| 357

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Pusat Cemerlang Angkat Berat bersama Majlis Sukan Sarawak 2003

Pusat Pembangunan Lawan Pedang (2003)


bersama
Majlis Sukan Sarawak

Muka Surat

| 358

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Pusat PembangunanMemanah
(bersama Majlis Sukan Sarawak)

Tahun 2001

KECEMERLANGAN KOKURIKULUM PERINGKAT NEGERI SARAWAK TAHUN 2004

Muka Surat

| 359

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Graf Menunjukkan Jumlah Bilangan Bahan Bacaan Murid Secara Kumulatif Sehingga Tahun 2004
250000

233,220

Bilangan Bahan Bacaan

200000

150000

1 42,751 89,286

100000

50000

45,1 1 4 3,853 1 7,336


2000 2001
Tahun

1999

2002

2003

2004

Graf Menunjukkan Bilangan Murid Yang Memperoleh Anugerah Nilam (1999-2004)


800
700

(Jum : 942 )

747

Bilangan Bahan Bacaan

600
500 400

(Jum : 949 )
505

(Jum : 334 )
255 240

300
200

(Jum : 146 ) (Jum : 0)


1999

100
0

(Jum : 22 )
16 6
2000

111 25 4 6 2001

53 14 12
2002

130

38 27

54 50
2004 Tahun

2003

Gangsa
72-143

Perak
144-215

Emas
216-287

Nilam
288 dan ke atas

Muka Surat

| 360

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Muka Surat

| 361

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

KERTAS AMALAN TERBAIK GURU

Muka Surat

| 362

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERKESAN UNTUK KEBERHASILAN PEMBELAJARAN MURID FORMULA SEJARAH

oleh MOHD JAMIL BIN ROSLI SMA Al Madrasah Al Alawiyah Ad Diniah Jalan Besar, Arau, Perlis

Abstrak
Kertas kerja ini bertujuan untuk mengatasi masalah pengajaran dan pembelajaran guru dalam melindungi masa instruksional (protecting instruksional time) khususnya berkaitan dengan kaedah mengingat fakta dalam mata pelajaran Sejarah SPM. Berdasarkan analisis daripada peperiksaan pertengahan tahun dan latihan yang dibuat, murid didapati belum menguasai beberapa kemahiran khususnya berkaitan dengan kefahaman sesuatu peristiwa sejarah yang berlaku. Hal ini seterusnya menyukarkan mereka mengingati peristiwa tersebut. Isu ini menyebabkan guru sejarah kesuntukan masa menyelesaikan sukatan pelajaran. Bagi menangani masalah ini dan pada masa yang sama dapat melindungi masa instruksional kaedah newnomek (yang berasaskan pencarian kata kunci bagi setiap ayat diubah kepada perkataan lain yang sangat menarik) telah digunakan. Kaedah ini gelarkan sebagai Formula Sejarah. Modul pembelajaran dan penilaian kendiri dijadikan bahan pengukuhan pembelajaran pada akhir tiap-tiap sesi pembelajaran. Langkah yang diambil telah membantu murid meningkatkan kemahiran mengingat fakta sejarah serta menarik minat mereka untuk terus mempelajari mata pelajaran Sejarah. Seterusnya, penguasaan dan kefahaman murid tentang kandungan tajuk yang dipelajari turut meningkat.

Muka Surat

| 363

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

PENGENALAN

Selaras dengan Surat Pekeliling Lembaga Peperiksaan Bil. 3 Tahun 2011: Pelaksanaan Mata Pelajaran Sejarah Sebagai Mata Pelajaran Wajib Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Mulai Tahun 2013, Formula Sejarah dicipta bertujuan untuk meningkatkan keputusan peperiksaan mata pelajaran Sejarah terutamanya di peringkat SPM dan ia juga dapat melindungi masa instruksional mata pelajaran ini serta sukatan pelajaran dapat di selesaikan mengikut masa yang ditetapkan. Bagi mata pelajaran Sejarah, murid sering merungut bahawa mata pelajaran ini membosankan kerana banyak yang perlu dibaca dan banyak fakta yang perlu diingat. Hal ini akan menyukarkan mereka untuk menghafal dan menjadikan matapelajaran Sejarah kurang diminati. Hal ini juga menyebabkan peratus kelulusan bagi mata pelajaran Sejarah merosot setiap tahun. Justeru, satu teknik dalam mengingat fakta sejarah dicipta berdasarkan kaedah newnomek iaitu pencarian kata kunci bagi setiap ayat dan diubah kepada perkataan lain yang sangat menarik. Kaedah ini digelarkan sebagai Formula Sejarah.

Pendekatan Formula Sejarah

Terdapat 4 Pendekatan dalam mengingat fakta sejarah iaitu: i. Menggunakan huruf awal dalam ejaan Raja Berpelembagaan = Ramli Burger ii. Menggunakan sebutan awal dalam perkataan Singapura = Singa iii. Menggunakan sebutan akhir dalam perkataan Raja = Kerja iv. Menggunakan perkataan lain yang hampir sama sebutannya / sama maksudnya Harold = Herot
Muka Surat

| 364

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Huruf awal

SAYA
Sebutan awal

Sebutan akhir

Contoh 1

Bab 4: Pembinaan Negara dan Bangsa Malaysia (Tingkatan 5) 1. Ciri-ciri Malayan Union i. Semua NNS, NMB dan NMTB disatukan ii. Singapura diasingkan sebagai tanah jajahan Mahkota British iii. Pemerintah tertinggi Malayan Union (MU) ialah Gabenor British iv. Raja-raja Melayu menjadi ahli Majlis Raja-Raja Melayu dan boleh berbincang berkaitan Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu v. Negeri ditadbir oleh Pesuruhjaya British vi. Kerakyatan Jus Soli diwujudkan. Formula: Semua Singa Malu Kerja Curi Cili
Kata Kunci Semua = Semua Singapura = Singa MU = Malu Raja = Kerja Negeri = Curi Soli = Cili

Contoh 2 Bab 4: Pembinaan Negara dan Bangsa Malaysia (Tingkatan 5) 1. Ciri-ciri PTM 1948
Kata Kunci 11 Buah = 11 Bulan Senarai = Se 11 buah negeri Persekutuan = Puluh = Hari ii. Senarai Persekutuan dan Senarai Negeri dibentuk Negeri Pesuruhjaya = Berjaya = Melahirkan iii. Pesuruhjaya Tinggi British mengetuai Persekutuan Melayu Raja = Ramli Tanah Melayu Berpelembagaan = Burger

i. Sebuah Persekutuan dibentuk dengan gabungan

iv. Pesuruhjaya Tinggi British memelihara kedudukan istimewa orang Melayu v. Konsep Raja Berpelembagaan diwujudkan

Formula: 11 bulan Sepuluh Hari Berjaya Melahirkan Ramli Burger


Muka Surat

| 365

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Sebelum diperkenalkan
Tahun 2006 1A 1 2A 7 3B 10 4B 8 5C 9 6C 7 7D 10 8E 10 9G 2 Peratus Lulus 97 GPK 4.81 Jumlah Murid 69

2007

12

11

17

95

5.15

74

2008

10

11

11

94

63

Analisis Keputusan SPM 2006 Hingga 2008

Bil. Pelajar

GRAF KEPUTUSAN SEJARAH SPM 2006

Gred

Tumpuan keputusan Sejarah dalam SPM 2006 dilihat lebih dalam gred 3B, 7D dan 8E serta tidak ramai yang mendapat gred 1A dan 2A.

GRAF KEPUTUSAN SEJARAH SPM 2007


Bil. Pelajar

Gred

Keputusan Sejarah dalam SPM 2007 pula dilihat lebih dalam gred 3B, 4B, 5C dan 6C berbanding dengan gred 1A dan 2A yang paling sedikit.
Muka Surat

| 366

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

GRAF KEPUTUSAN SEJARAH SPM 2008


Bil. Pelajar

Gred

Manakala keputusan Sejarah dalam SPM 2008 dilihat lebih dalam gred 4B, 5C, 6C dan 7D berbanding dengan gred 1A dan 2A.

GRAF GPK SEJARAH SPM 2006 2008


GPK

Tahun

GRAF PERATUS KELULUSAN SEJARAH SPM 2006 - 2008


Peratus

Tahun

Secara keseluruhannya, keputusan mata pelajaran Sejarah dari segi GPK dan peratus kelulusan dalam SPM dari tahun 2006 hingga 2008 tidak memuaskan
Muka Surat

| 367

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

kerana keputusan semakin menurun dari tahun ke tahun. Malahan banyak gred tertumpu kepada gred 5C hingga 8E dan bukannya di gred 1A dan 2A. Hal ini menunjukkan bahawa murid-murid tidak berminat terhadap mata pelajaran Sejarah.

STRATEGI PELAKSANAAN Dalam proses PdP, Formula Sejarah digunakan melalui tiga langkah yang mudah:

Langkah 1 Murid-murid diajar dan diberikan nota terlebih dahulu berkenaan dengan sesuatu tajuk. Contoh Bab 5 : Pembinaan Negara dan Bangsa Yang Merdeka 1. Cadangan Suruhanjaya Reid i. Pembentukan sebuah kerajaan Persekutuan ii. Pemberian kuasa penuh kepada kerajaan negeri dalam bidang tertentu iii. Hak istimewa orang Melayu iv. Kedudukan Raja-raja Melayu v. Membentuk satu bangsa PTM vi. Kerakyatan Jus Soli vii. Agama Islam sebagai agama rasmi viii. Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan

2. Kandungan PTM 1957 i. Pembentukan sebuah kerajaan Persekutuan ii. Pembahagian kuasa antara kerajaan negeri dan Persekutuan dalam Senarai Negeri dan Senarai Persekutuan iii. Hak istimewa orang Melayu dikekalkan
Muka Surat

| 368

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

iv. Kedudukan Raja-raja Melayu sebagai Raja Berpelembagaan v. Kerakyatan dibahagikan kepada 3, iaitu permohonan, kuat kuasa undangundang dan naturalisasi vi. Kerakyatan Jus Soli diterima vii. Agama Islam sebagai agama rasmi viii. Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan

Langkah 2 Formula Sejarah diberikan untuk memudahkan murid mengingat peristiwa / fakta dalam tajuk tadi. 1. Isu / cadangan Suruhanjaya Reid i. Pembentukan sebuah kerajaan Persekutuan ii. Pemberian kuasa penuh kepada kerajaan negeri dalam bidang tertentu iii. Hak istimewa orang Melayu iv. Kedudukan Raja-raja Melayu v. Membentuk satu bangsa PTM vi. Kerakyatan Jus Soli vii. Agama Islam sebagai agama rasmi viii. Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan (Formula: Satu Hari Isteri Ramli Basuh Cili Dalam Mesin) 2. Kandungan PTM 1957 i. Pembentukan sebuah kerajaan Persekutuan ii. Pembahagian kuasa antara kerajaan negeri dan Persekutuan dalam Senarai Negeri dan Senarai Persekutuan iii. Hak istimewa orang Melayu dikekalkan iv. Kedudukan Raja-raja Melayu sebagai Raja Berpelembagaan ix. Kerakyatan dibahagikan kepada tiga iaitu permohonan, kuat kuasa undang-undang dan
Kata Kunci Persekutuan = Satu Negeri = Hari Istimewa = Isteri Raja = Ramli Kerakyatan = Keringkan Tiga = Tiga Soli = Cili Islam = Dalam Melayu = M u k a S u r a t | 369 Mesin Kata Kunci Persekutuan = Satu Negeri = Hari Istimewa = Isteri Raja = Ramli Bangsa = Basuh Soli = Cili Islam = Dalam Melayu = Mesin

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

naturalisasi v. Kerakyatan Jus Soli diterima vi. Agama Islam sebagai agama rasmi vii. Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan (Formula: Satu Hari Isteri Ramli Keringkan Tiga Cili Dalam Mesin) Langkah 3 Soalan berbentuk SPM sebenar dan skema jawapan: Contoh: Percubaan SPM SBP 2011 7. Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 telah ditandatangani oleh Rajaraja Melayu dengan pihak British pada 15 Ogos 1957.

(a) Nyatakan isu penting yang menjadi panduan Suruhanjaya Reid dalam membentuk perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka. [6 markah] (b) Jelaskan isi-isi penting perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957. [8 markah] (c) Pada pendapat anda, mengapakah kita mesti menghargai kemerdekaan yang telah kita capai selama ini ? [6 markah] Selepas Diperkenalkan
Peratus Lulus 100 100 100 Jumlah Murid 105 78 81

Tahun 2009 2010 2011

A+ 0 3 8

A 9 12 25

A21 10 21

B+ 27 19 17

B 21 13 6

C+ 11 11 3

C 12 5 1

D 3 4 0

E 1 1 0

G 0 0 0

GPK 3.81 3.36 2.01

Analisis Keputusan SPM 2009 Hingga 2011


Muka Surat

| 370

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

GRAF KEPUTUSAN SEJARAH SPM 2009


Bil. Pelajar

Gred

Pada tahun 2009 didapati tidak ada murid yang gagal dalam keputusan Sejarah peringkat SPM. Tumpuan keputusan Sejarah dalam SPM 2009 dilihat lebih dalam gred A, A-, B+, B dan C+.

GRAF KEPUTUSAN SEJARAH SPM 2010

Bil. Pelajar

Gred

Pada tahun 2010 juga tidak ada murid yang gagal dalam SPM. Malah terdapat 3 orang murid yang mendapat A+ dalam mata pelajaran Sejarah. Tumpuan

Muka Surat

| 371

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

keputusan Sejarah dalam SPM 2010 dilihat lebih dalam gred A, A-, B+, B dan C+.

GRAF KEPUTUSAN SEJARAH SPM 2011


Bil. Pelajar

Gred

Pada tahun 2011 tidak ada murid yang gagal dalam SPM. Tumpuan keputusan Sejarah dilihat lebih dalam gred A+, A, A- dan B+.

GRAF GPK SEJARAH SPM 2009 - 2011

GPK

Tahun

Muka Surat

| 372

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

GRAF GPK SEJARAH SPM DARI TAHUN 2006 - 2011

GPK

Tahun

Secara keseluruhannya, keputusan mata pelajaran Sejarah dari segi GPK dan peratus kelulusan dalam SPM dari tahun 2009 hingga 2011 adalah baik kerana keputusan semakin meningkat dari tahun ke tahun. Malah banyak tumpuan kepada gred A+ hingga B bukannya di gred C+ hingga G. Hal ini menunjukkan bahawa murid-murid berminat terhadap mata pelajaran Sejarah dan memperoleh skor yang baik dalam SPM.

Formula Sejarah di Sekolah Lain Formula sejarah di SMA Al-Islahiah, Behor Mali, Perlis diperkenalkan pada tahun 2011
Tahun 2010 2011 A+ 0 1 A 0 6 A2 4 B+ 4 5 B 5 3 C+ 6 1 C 8 6 D 9 10 E 4 5 G 13 7 Peratus Lulus 75 85 GPK 6.29 5.31 Jumlah Murid 51 48

Muka Surat

| 373

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Keputusan mata pelajaran Sejarah dari segi GPK dan peratus kelulusan dalam SPM tahun 2011 adalah lebih baik berbanding tahun 2010. Tumpuan pencapaian murid banyak kepada gred A, B dan C pada tahun 2011 berbanding pada tahun 2010 yang tertumpu di gred D, E dan G. Hal ini menunjukkan bahawa murid-murid semakin berminat terhadap mata pelajaran Sejarah selepas Formula Sejarah diperkenalkan.

2. Formula Sejarah di SM Arab (JAIM) Al-Asyraf, Pekan Pulau Sebang, Alor Gajah, Melaka diperkenalkan pada tahun 2011

Tahun 2010 2011

A+ 0 1

A 2 4

A2 6

B+ 3 10

B 11 7

C+ 9 5

C 3 5

D 9 2

E 7 1

G 0 0

Peratus Lulus 100 100

GPK 5.24 3.71

Jumlah Murid 46 41

Muka Surat

| 374

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Keputusan mata pelajaran Sejarah dari segi GPK dan peratus kelulusan dalam SPM tahun 2011 adalah lebih baik berbanding tahun 2010. Tumpuan pencapaian murid banyak kepada gred A dan B pada tahun 2011 berbanding pada tahun 2010 yang tertumpu di gred C, D dan E. Hal ini juga turut menunjukkan bahawa murid-murid semakin berminat terhadap mata pelajaran Sejarah selepas Formula Sejarah diperkenalkan.

CADANGAN

Antara cadangan saya ialah: 1. Memperkenalkan Formula Sejarah di semua Sekolah Menengah negeri Perlis untuk meningkatkan pencapaian subjek Sejarah dalam SPM negeri Perlis. 2. Pendekatan Formula Sejarah juga dapat digunakan untuk subjek lain seperti Perdagangan, Ekonomi Asas, Geografi, Pendidikan Islam, Fizik, Kimia, Biologi, Pendidikan Syariah Islamiah dan lain-lain lagi.

Muka Surat

| 375

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

3.

Memperkenalkan Formula Sejarah kepada KPM untuk diwar-warkan kepada semua sekolah berkaitan dengan pendekatan Formula Sejarah ini yang berkesan kepada PdP dalam meningkatkan prestasi murid.

PENUTUP

Pendekatan

Formula

Sejarah

yang

diperkenalkan

ternyata

berjaya

meningkatkan prestasi pencapaian murid dalam matapelajaran sejarah SPM dan pada masa yang sama dapat melindungi masa instruksional (protecting instruksional time) dengan berkesan. Hal ini demikian kerana masa yang diperuntukan bagi PdP Sejarah berjaya dioptimumkan, sukatan dapat selesaikan lebih awal dan guru ada waktu untuk mengulang kaji. Malahan dapat menarik minat dan menambah keyakinan murid untuk menghadapi SPM. Diharap pendekatan Formula Sejarah ini dapat diperkenalkan di semua sekolah terutamanya di negeri Perlis seterusnya dapat meningkatkan pencapaian SPM bagi negeri tersebut.

Rujukan Formula Sejarah, Pertandingan Inovasi Konvensyen Kebangsaan 2011, Anjuran Bahagian Pendidikan Guru dan Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia, pada 30 Oktober hingga 2 November 2011 di AFamosa Resort Alor Gajah, Melaka. Yasmi Yahya, Setiausaha Peperiksaan, SMA Al Madrasah Al Alawiyah Ad Diniah, Jalan Besar, 02600 Arau, Perlis. Nor Suzila Sarmani, Guru Sejarah, SM Arab (JAIM) Al-Asyraf, Pekan Pulau Sebang, Alor Gajah, Melaka Kairul Fahmey Hashim, Guru Sejarah, SMA Al-Islahiah, Behor Mali, Perlis

Muka Surat

| 376

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

KIT PEMBELAJARAN BIJAK MATEMATIK TAMBAHAN ( Bidang Pembelajaran: Pilih Atur dan Gabungan )

oleh SUHAIMI BIN MOHD TABIEE SMK Datuk Haji Abdul Kadir, Kepala Batas, Pulau Pinang

Abstrak Kit Pembelajaran Bijak Matematik Tambahan ( KPBMT ) ini merupakan set bahan bantu mengajar yang akan digunakan oleh murid-murid secara individu ataupun berkumpulan dengan bimbingan guru untuk mempelajari konsep Pilih Atur dan Gabungan (Permutation and Combination) yang dijalankan secara penerokaan kendiri (hands on). Kit Pembelajaran ini mengandungi satu kotak terbuka, satu kotak peti terbuka lima ruang sebaris, lima keping kad bertanda A, B, C, D dan E, Modul Aktiviti Murid dan Lampiran Aktiviti Murid. Murid-murid akan menjalani aktiviti penerokaan untuk mencari dan memahami konsep Pilih Atur dan Gabungan dengan cara menyusun kad-kad yang disediakan mengikut arahan berpandukan Modul Aktiviti Murid yang disediakan. Hasil susunan yang dibuat disenaraikan dalam Lampiran Aktiviti. Berdasarkan dapatan yang diperoleh, murid-murid akan membuat perbandingan antara Pilih Atur dan Gabungan. Akhirnya, murid-murid akan cuba menerbitkan sendiri definisi Pilih Atur dan Gabungan. Aktiviti diteruskan lagi dengan mencari bilangan susunan pilih atur yang melibatkan bilangan kad yang lebih banyak. Murid akan diberikan cabaran untuk memikirkan kaedah-kaedah lain yang lebih mudah. Kaedah-kaedah lain akan ditemukan setelah menjalani aktiviti-aktiviti yang seterusnya. Aktiviti akan diteruskan di peringkat yang lebih mencabar iaitu dengan meneroka masalah yang diberikan dalam pelbagai situasi. Murid akan mula cuba mengaplikasi konsep yang telah ditemukan untuk menyelesaikan masalah tersebut. Pada peringkat lanjutan, aktiviti dijalankan tanpa perlu lagi menggunakan kit pembelajaran. Diharapkan pada peringkat ini, konsep pilih atur itu telah pun dikuasai. Isi pelajaran di peringkat ini lebih berfokus kepada penyelesaian masalah yang berkaitan. Aktiviti penerokaan yang sama dijalankan untuk konsep gabungan.

Muka Surat

| 377

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

PENGENALAN Kaedah pembelajaran secara penerokaan kendiri agak sukar diamalkan khususnya untuk subjek Matematik Tambahan. Kekurangan bahan bantu mengajar yang khusus untuk topik-topik dalam mata pelajaran ini menyebabkan guru-guru ketandusan idea untuk mengamalkan kaedah tersebut. Atas sebab itulah, maka Kit Pembelajaran Bijak Matematik Tambahan ini direka cipta untuk memenuhi keperluan yang dinyatakan. Penggunaan Kit Pembelajaran Bijak yang dijalankan secara penerokaan kendiri ini diharapkan akan memberikan impak yang positif ke arah meningkatkan kefahaman murid dalam tempoh yang lebih cepat dan berkesan sejajar dengan matlamat program Melindungi Masa Instruksional (MMI).

PERNYATAN ISU / CADANGAN

Tidak mudah untuk mengajarkan konsep Pilih Atur dan Gabungan. Penerangan guru menggunakan bahan bantu mengajar yang hanya boleh dilihat dan ditonton oleh murid boleh menyebabkan murid membuat tanggapan yang salah. Masalah utama semasa mengajarkan topik ini ialah murid-murid tidak dapat membezakan sama ada suatu masalah yang diberikan itu suatu masalah pilih atur ataupun masalah gabungan. Murid-murid akan mencari kata kunci bagi menyatakan pendirian mereka. Kesilapan dalam menentukannya akan menyebabkan kesalahan yang besar.

Menyedari situasi ini, maka kit pembelajaran bijak ini direka cipta supaya pembelajaran murid dapat dibuat secara penerokaan kendiri (hands on). Diharapkan dengan menggunakannya, murid akan dapat berfikir dengan lebih matang dan bijak dalam membuat tanggapan yang tepat supaya masalah yang dinyatakan tidak berlaku lagi.
Muka Surat

| 378

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

CADANGAN TINDAKAN

Untuk mendapatkan kesan yang maksimum, perkara-perkara berikut perlu diberikan perhatian: (a) (b) kaedah belajar secara penerokaan kendiri perlu diamalkan, kit Pembelajaran Bijak perlu dijadikan bahan bantu mengajar ke arah penerokaan ilmu yang lebih efektif, dan (c) mengamalkan pembelajaran secara berfikir bukan belajar secara menghafal.

KESIMPULAN

Pembelajaran secara penerokaan kendiri ialah satu amalan pembelajaran yang perlu diamalkan sesuai dengan kemajuan teknologi maklumat terkini. Sumber ilmu pengetahuan sudah semakin luas dan konsep-konsep yang dipelajari sudah tidak lagi terbatas. Sukatan pelajaran kini, perlu dilihat sebagai panduan dan bukan sebagai acuan. Murid-murid perlu digalakkan untuk mendalami sesuatu ilmu itu lebih daripada jangkauan mereka.

CADANGAN

Discadangkan supaya Kit Pembelajaran Bijak ini disebarluaskan kepada semua murid di seluruh negara. Ciptaan dan rekaan baharu perlu dihasilkan ke arah memperkaya khazanah bahan bantu mengajar yang lebih efektif dari semasa ke semasa.

Muka Surat

| 379

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Rujukan Kit Pembelajaran Bijak Matematik Tambahan ini ialah rekaan asli oleh : SUHAIMI BIN MOHD TABIEE Guru Cemerlang Matematik Tambahan SMK Datuk Haji Abdul Kadir, Kepala Batas, Pulau Pinang

Muka Surat

| 380

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

BAHAN-BAHAN BANTU MENGAJAR DALAM KIT PEMBELAJARAN BIJAK MATEMATIK TAMBAHAN ( Pilih Atur dan Gabungan )

Kotak peti terbuka 5 ruang sebaris

Satu kotak kosong

5 keping kad bertanda A, B, C, D, dan E

Kalkulator Saintifik 570

Modul Aktiviti Murid

Muka Surat

| 381

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

MEMELIHARA MASA INSTRUKSIONAL MATA PELAJARAN BIOLOGI STRATEGI : GURU MUDA

oleh ROZIAH AYUB SMK Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Perak

Abstrak

Pembangunan modal insan merupakan kerangka hala tuju pendidikan negara yang memberikan keutamaan bagi memastikan pendidikan berkualiti disediakan untuk semua murid. Keberhasilan pembelajaran murid merupakan fokus utama dalam semua program dalam rancangan yang dirangka oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Oleh itu, memelihara masa instruksional ialah aspek penting yang perlu diambil kira. Bagi mata pelajaran Biologi, konsep Guru Muda di dapati berjaya dalam kalangan calon SPM di SMK Raja Permaisuri Bainun, Ipoh. Kaedah ini berfokus kepada penyelesaian masalah murid yang tidak dapat mempamerkan jawapan berkualiti dalam menjawab soalan berbentuk esei kerana tidak ada keyakinan diri untuk menyampaikan isi kandungan pelajaran yang telah diterima. Tiga kategori murid diambil kira iaitu kumpulan cemerlang, sederhana, dan lemah. Konsep Guru Muda melibatkan semua murid secara aktif kerana mereka berada dalam kalangan rakan sebaya dan bebas memberikan pendapat dalam isu yang dibincangkan. Kumpulan guru muda ini akan dapat memperkukuh kefahaman mereka dan memperoleh keyakinan diri yang tinggi lantas memantapkan pencapaian kumpulan cemerlang mata pelajaran. Kumpulan sederhana dan lemah pula dapat memanfaatkan guru muda untuk menghasilkan pembelajaran berkesan melalui komunikasi yang baik dengan pemantauan berterusan daripada pihak guru. Konsep kecerdasan pelbagai dan kemahiran berfikir menjadi tunjang kepada strategi ini.

Muka Surat

| 382

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

PENGENALAN Hakikatnya, masa instruksional mempunyai status saintifik yang sama seperti Konsep Homeostasis dalam biologi, pengukuhan dalam psikologi atau graviti dalam fizik. Seperti konsep yang lebih digemari ini, masa instruksional juga membenarkan ruang untuk kefahaman, ramalan, dan kawalan, lantas menjadikan ia konsep yang berbaloi untuk diambil perhatian secara serius dalam pendidikan. (Berliner, 1990)

Masa instruksional ialah masa konteks guru dengan murid dalam persekitaran instruksional semasa hari persekolahan, sebagai contoh, semua kelas yang dihadiri dalam satu hari persekolahan. Waktu rehat murid dan masa peralihan mata pelajaran terkecuali daripada masa instruksional.

Guru perlulah ada perancangan yang mantap untuk mewujudkan masa instruksional yang berkualiti supaya semua murid mendapat peluang yang sama untuk mempertingkatkan pembelajaran. Terdapat dua elemen yang penting dalam PdP yang berkesan iaitu guru mesti mempunyai idea yang jelas tentang objektif pembelajaran dan guru menyediakan pengalaman pembelajaran yang kreatif untuk mencapai objektif berkenaan. Murid yang telah didedahkan kepada masa instruksional yang berkualiti akan dapat menyumbang kepada pembentukan modal insan yang dinamik dan progresif bagi menggerakkan kemajuan dan pembangunan negara. Pendekatan PdP yang digunakan oleh guru haruslah meliputi berbagai-bagai strategi yang menerapkan kemahiran berfikir kritis dan kreatif dalam suatu pembelajaran yang aktif dan konstruktif. Murid perlu mengalami perubahan pemikiran, kebolehan, dan sikap, kesan daripada proses pengajaran (Gagne, 1974).

Muka Surat

| 383

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

PERNYATAAN ISU

Guru sering berpuas hati apabila isi kandungan mata pelajaran dapat disampaikan kepada murid tanpa mengambil kira sama ada ia memberikan impak kepada penguasaan murid atau tidak. Hakikatnya, murid sering berasa bosan dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang bersifat chalk and talk dan sudah pasti hasil pembelajaran yang diperoleh tidak mencapai

matlamat. Tidak banyak berlaku perubahan pemikiran, kebolehan, dan sikap yang dialami oleh murid. Keputusan peperiksaan tidak menunjukkan peningkatan. Keputusan peperiksaan ialah fokus utama kerana keberkesanan pengajaran guru sentiasa diukur berdasarkan tahap kejayaan yang dicapai oleh murid dalam peperiksaan.

CADANGAN TINDAKAN DAN PENYELESAIAN

Pendekatan Kaedah Guru Muda merupakan salah satu cara yang berkesan dalam menyampaikan isi kandungan mata pelajaran Biologi terhadap calon mata pelajaran Biologi SMK Raja Permaisuri Bainun, Ipoh. Fokusnya ialah menjawab soalan esei Kertas 2 dengan peruntukan markah 40% daripada markah keseluruhan kertas tersebut dengan berkesan. Soalan yang dipilih ialah soalan-soalan sebenar peperiksaan SPM yang terdahulu dan soalan-soalan lain yang dikenal pasti oleh guru sebagai soalan popular dan kekerapan dalam peperiksaan SPM. Keupayaan menjawab soalan esei juga akan membantu dan meningkatkan kemampuan murid menjawab Kertas 1 dan Bahagian A bagi Kertas 2.

Persediaan awal untuk mengklasifikasi murid mengambil kira tiga kumpulan iaitu kumpulan cemerlang, sederhana, dan lemah yang boleh ditentukan melalui keputusan peperiksaan akhir tahun tingkatan 4 (TOV-Take
Muka Surat

| 384

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

off value). Murid-murid yang tergolong dalam kumpulan cemerlang akan dilatih sebagai Guru Muda. Sekiranya ada murid lain yang menunjukkan

peningkatan pencapaian dalam peperiksaan pertengahan tahun dan percubaan, mereka juga akan dilantik menjadi Guru Muda. Secara tidak langsung akan mewujudkan persaingan yang sihat dalam kalangan mereka. Di samping itu, Guru Muda dapat memantapkan dan perlu menguasai isi kandungan mata pelajaran apabila sesi pengajaran dilaksanakan. Murid di dalam kumpulan sederhana dan lemah akan menjadi anak didik Guru Muda ini dan didapati mereka lebih bersemangat mengemukakan soalan dan memberikan pendapat dalam kalangan rakan sebaya semasa sesi ini dilaksanakan. Guru bertindak sebagai fasilitator sekiranya terdapat sebarang masalah yang tidak dapat diselesaikan oleh Guru Muda.

Prosedur strategi adalah seperti yang berikut :

1.

Soalan-soalan yang telah dipilih ditaip semula oleh guru berserta jawapannya sekali dan diperbanyak untuk setiap murid. Guru perlu mengambil inisiatif untuk mengumpulkan murid-murid dalam kumpulan cemerlang dan berbincang terlebih dahulu tentang soalan dan jawapan untuk kefahaman. Seterusnya, perbincangan berkaitan strategi penyampaian kepada rakanrakan kumpulan sederhana dan lemah dilakukan. Mereka haruslah diberi motivasi untuk memperoleh keyakinan yang tinggi sebelum diberi mandat untuk mengajar rakan-rakan yang lain.

2.

Selepas membaca soalan dan jawapan serta memperoleh kefahaman, Guru Muda diminta mengenal pasti kata kunci yang mesti dipamerkan oleh murid untuk mendapat markah. Daripada kata kunci ini, mereka diminta untuk membina peta minda atau carta alir yang ringkas berkaitan jawapan. Langkah ini dapat membina kemahiran berfikir yang kreatif dan kritis
Muka Surat

| 385

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

berkaitan isu yang telah ditimbulkan dalam soalan. Guru boleh memberikan contoh penggunaan peta minda dan carta alir menggunakan ICT.

3.

Semua soalan yang telah disediakan oleh guru perlu diselesaikan.

4.

Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran bersama rakan sebaya dalam kumpulan kecil, Guru Muda ini melaksanakan kaedah yang sama seperti yang telah didedahkan kepada mereka.

5.

Guru akan sentiasa memantau pelaksanaan aktiviti supaya matlamat tercapai. Dalam tempoh masa yang diperuntukkan, guru haruslah menetapkan jumlah soalan esei yang dapat diselesaikan oleh kumpulan murid ini.

KESIMPULAN

Guru Muda ialah modal insan yang dapat membantu dalam melindungi masa instruksional dalam PdP sekiranya mereka ini dilatih secara sistematik oleh guru. Guru Muda juga dapat menggantikan guru sekiranya berlaku keadaan yang memang tidak dapat dielakkan apabila guru terpaksa meninggalkan kelas. Murid yang memainkan peranan sebagai Guru Muda ini, sudah dilengkapi kemahiran komunikasi berkesan, ciri-ciri kepimpinan berwibawa dan kebolehan menggunakan teknologi maklumat akan berupaya berfikir secara kreatif dan kritis serta boleh bertindak sebagai pengajar dan pembantu untuk rakan-rakan mereka sebenarnya. yang masih bercelaru mindanya dalam PdP yang

Di samping itu, diharapkan dalam membangunkan negara Guru Muda ini boleh dibentuk sebagai pemimpin masa depan bagi penyediaan guna tenaga
Muka Surat

| 386

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

dalam pelbagai bidang dan kepakaran yang tinggi. Sokongan padu daripada pihak pengurusan sekolah merupakan faktor utama bagi menjayakan program Guru Muda ini.

CADANGAN

Untuk melindungi

masa instruksional, pihak pengurusan sekolah haruslah

merencanakan pelbagai program dalam membantu keberhasilan murid sama ada dalam PdP ataupun menjadi modal insan yang memenuhi hasrat negara. Program Guru Muda boleh dijadikan program yang utama dalam mengatasi salah satu masalah yang dijelmakan dalam masa instruksional. Pengurusan sekolah dan guru mestilah menjadi agen utama dalam pengendalian program Guru Muda. Di samping itu, Guru Muda ini perlu diberi latihan secara berterusan bagi meningkatkan kefasihan dalam penyampaian kepada rakanrakan sebayanya. Pelaksanaan program ini mestilah dijalankan pada masa yang relevan dalam melindungi masa instruksional supaya PdP Guru Muda ini tidak terganggu. Dalam masa yang sama, pihak pengurusan sekolah perlu merangsang dan menggerakkan guru dalam menyesuaikan kaedah-kaedah terkini dalam PdP supaya keberhasilan murid dapat ditingkatkan dan gangguan untuk masa instruksional dapat dikurangkan.

Rujukan Berliner 1990, What's all the fuss about instructional time? Gagne 1974. Implikasi PdP Teori Pemprosesan Maklumat oleh Muhammad Aminul Khalil Bin Zaini

Muka Surat

| 387

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

BLOG MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI gempurbio.blogspot: ALTERNATIF KEPADA PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TANPA GURU.

oleh MAHADIAH BT MUDA SM Sains Seri Puteri, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Jabatan Pelajaran Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Abstrak Penggunaan aplikasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam pendidikan ialah satu alternatif menarik dalam usaha mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP). Penggunaan blog, Google Docs, Twitter dan Skype telah mula mengambil tempat dan menjadi popular dalam bidang pendidikan era kini. Dalam kajian ini, inovasi blog pendidikan iaitu gempurbio.blogspot telah membuktikan bahawa kaedah alternatif ini berjaya meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran Biologi. Penggunaan blog ini amat praktikal kerana ia percuma, mudah dibina kerana tapaknya sedia ada, bersifat global, mudah digunakan, mudah diselenggara serta mudah diakses kerana tidak terikat kepada masa dan tempat. Ia bukan sahaja boleh diaplikasikan semasa PdP secara formal di dalam bilik darjah, malah juga boleh digunakan sebagai sumber gantian semasa ketiadaan guru sebagai satu alat PdP pada bila-bila masa dengan syarat terdapat keperluan kemudahan ICT. Hasil soal selidik mendapati bahawa murid seronok dan teruja belajar menggunakan laman blog kerana di dalam blog ini terdapat banyak gambar foto, bahan-bahan animasi dan video yang interaktif. Hal ini memudahkan murid mevisualisasikan konsep abstrak yang sukar digambarkan dalam mata pelajaran Biologi. Penggunaan blog dalam proses PdP juga didapati berjaya melindungi masa instruksional dan meningkatkan masa pembelajaran berkesan di dalam bilik darjah. Di samping itu, kaedah PdP lebih santai dan lebih selesa, lantas mengukuh kefahaman mereka atas konsep Biologi.

Muka Surat

| 388

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

PENGENALAN

Seiring dengan perkembangan era globalisasi dan keperluan semasa, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) memainkan peranan yang amat penting dalam bidang pendidikan. Hal ini kerana masyarakat Malaysia pada abad ke-21 merupakan masyarakat yang hidup dalam era globalisasi yang berorientasikan sains dan teknologi. Masyarakat kini sangat bergantung kepada penggunaan sains dan teknologi dalam semua aspek kehidupan. Pembaharuan dan penggunaan unsur-unsur kreatif adalah sangat penting dalam PdP. Penggerak utama kemajuan dan pembaharuan ialah ilmu pengetahuan dan penyebarannya menerusi ICT. Kamus Dewan Edisi Keempat memberikan definisi teknologi maklumat dan komunikasi sebagai teknologi yang berkaitan dengan pemerolehan, penyimpanan, pemprosesan dan penyebaran maklumat melalui penggunaan teknologi komputer dan telekomunikasi. Khalili dan Shashoani (1994) dan Moore dan Kearsley (1996) menyatakan bahawa penggunaan teknologi dalam proses PdP mampu meningkatkan hasil pembelajaran. Pengajaran berasaskan teknologi lebih interaktif dan mampu menjadikan murid lebih berfikiran kreatif dan inovatif.

Pada hari ini, banyak bahan PdP dapat diperoleh daripada internet sama ada untuk diguna pakai dalam PdP ataupun untuk dijadikan rujukan bagi menambah maklumat kita sendiri. Semua bahan ini boleh dimuat turun melalui laman web yang tertentu. Antara aplikasi ICT tersebut ialah blog. Blog ialah sejenis laman web yang dikendalikan oleh individu dengan entri yang kerap dan sentiasa dikemas kini oleh pemilik blog. Entri blog selalunya berbentuk komentar, penerangan mengenai sesuatu peristiwa, bahan-bahan grafik atau video. Kebanyakan entri disusun mengikut urutan masa. Kebanyakan blog bersifat interaktif, membenarkan pelawat meninggalkan komen dan boleh juga berbalas pesanan melalui widgets yang ada pada blog. Sifatnya yang interaktif membezakannya daripada laman web statik yang lain. Perkongsian maklumat
Muka Surat

| 389

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

paling berguna untuk pengguna blog. Pengguna boleh membaca apa saja maklumat, kemudian boleh berinteraksi dengan pemilik blog yang memberikan maklumat melalui teks, gambar, dan video serta cara interaktif yang lain. Banyak blog menyediakan komentar atau berita mengenai sesuatu perkara yang lebih berfungsi sebagai catatan peribadi di atas talian. Umumnya, blog menggabungkan teks, imej, dan pautan kepada blog yang lain. Penggunaan teknologi menerusi blog dapat membantu murid berhubung secara atas talian (on-line) dengan guru atau rakan-rakan. Murid juga boleh menggunakan blog sebagai medium untuk belajar dengan cara mencari maklumat ataupun berkongsi maklumat dengan pengguna blog yang lain.

ISI KANDUNGAN

Blog pendidikan gempurbio ini dibina berdasarkan keperluan bahan bantu mengajar (BBM) yang bercirikan ICT. Ia selaras dengan keperluan sekolah yang memberikan keutamaan kepada penggunaan ICT dalam PdP. Ia juga merupakan bahan sokongan untuk kegunaan guru dalam PdP serta bahan rujukan para murid untuk memperkukuh pengetahuan Biologi mereka. Oleh sebab mudah penggunaannya dan bersifat mesra pengguna, blog ini menjadi pilihan murid untuk mendapatkan bahan-bahan pembelajaran Biologi. Kelebihan blog ini ialah perbincangan boleh dibuat dalam ruang komen atau chat box/shout box di seluruh dunia secara atas talian dan ia juga merupakan tempat untuk menyampaikan idea serta berkongsi maklumat. Perkataan gempur yang digunakan sebagai nama blog ini berm aksud menggerakkan segala daya usaha untuk menguasai isi kandungan mata pelajaran Biologi sebagai persediaan akhir bagi menghadapi peperiksaan, khususnya peperiksaan SPM. Bahan yang terdapat dalam blog ini bukan hanya tertumpu kepada murid-murid tetapi boleh juga digunakan oleh para guru.
Muka Surat

| 390

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Pengisian laman blog ini antaranya, contoh soalan topikal berserta skema pemarkahan yang dipilih khas oleh pemilik blog, nota mata pelajaran yang ringkas dan padat, berserta gambar foto dan gambar rajah. Blog ini dilengkapi dengan sokongan imej dan animasi yang menarik dan dipetik daripada sumbersumber yang boleh dipercayai daripada internet, dikemukakan supaya dapat membantu proses PdP menjadi lebih berkesan dan interaktif.

Seterusnya, blog ini turut mengandungi panduan untuk menjawab soalansoalan peperiksaan Biologi. Pengunjung dalam kalangan murid juga dapat berinteraksi dengan guru melalui kotak sembang yang disediakan. Soalansoalan yang dikemukakan melalui kotak sembang akan dijawab oleh guru melalui posting blog. Situasi ini secara tidak langsung mewujudkan interaksi antara guru dan juga pengunjung untuk menyelesaikan atau menjawab sebarang soalan khususnya berkaitan mata pelajaran Biologi. Blog

gempurbio.blogspot.com ini telah disebar luas melalui guru-guru, ceramahceramah di sekolah dan laman sosial Facebook.

Blog ini sentiasa dikemas kini setiap minggu dengan bahan-bahan PdP yang disusun mengikut label semua bab dalam mata pelajaran Biologi. Respon melalui live traffic dan statistik menunjukkan ramai pengunjung mengunjungi blog ini dan memuat turun bahan-bahan untuk kegunaan persediaan peperiksaan masing-masing. Selaras dengan perkembangan ICT yang pesat dalam bidang pendidikan, kewujudan blog ini sedikit sebanyak menambah lagi BBM untuk kegunaan guru manakala bagi murid pula ia merupakan sumber bahan rujukan dan pembelajaran dalam mata pelajaran Biologi.

Muka Surat

| 391

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

PERNYATAAN ISU & CADANGAN

Sesungguhnya sukar untuk mencari satu laman web atau laman blog Biologi yang mudah difahami, menarik, kaya maklumat, dan aktiviti serta mesra

pengguna. Laman blog ini dapat membantu murid untuk memahami konsep Biologi malah turut memberikan panduan dan bimbingan bagi persediaan menghadapi peperiksaan SPM.

Didapati bahawa pengaplikasian blog dalam kalangan murid terutamanya dalam bidang pendidikan semakin berkembang pesat. Penggunaan blog dalam pendidikan memberikan faedah kepada murid. Kehadiran blog merupakan satu revolusi yang muncul apabila ramai pembangun teknologi berasaskan web merasakan maklumat terkini perlu dikemas kini secara berkala dan disusun mengikut sisipan terkini. Justeru, inovasi ini dijalankan bagi mengenal pasti keberkesanan penggunaan blog sebagai alternatif dalam proses PdP.

1.

Pengisian Blog

(a)

Pengenalan kepada blog dan sinopsis mengenai kepentingan blog ini ditulis pada bahagian paling atas untuk memperkenalkan blog kepada pengunjung. Pilihan warna latar blog iaitu hijau

menggambarkan konsep alam semula jadi iaitu sesuai dengan mata pelajaran Biologi atau kaji hayat. (b) Isi kandungan mata pelajaran dilabelkan mengikut bab-bab dalam silibus Biologi sekolah-sekolah di Malaysia iaitu terdiri daripada 15 bab. (c) Pengunjung boleh memilih bab untuk mengulang kaji dengan menekan ikon yang menunjukkan tajuk bab dan seterusnya masuk ke bab yang dikehendaki.

Muka Surat

| 392

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

(d)

Beberapa label tambahan disediakan seperti Bio Books, Bio CD, Bio Lesson, Bio SPM, Bio Talk yang mempamerkan pelbagai maklumat tambahan yang berkaitan.

(e)

Bahan-bahan yang ada dalam setiap label bab ialah nota ringkas dan padat dengan ilustrasi yang pelbagai seperti gambar rajah, gambar foto, video animasi, dan video interaktif. Bahan-bahan ini dipetik daripada pelbagai sumber atas talian bertujuan untuk menjadikan blog lebih menarik dan bermaklumat. Terdapat ikon link yang disediakan untuk pengunjung supaya dapat terus ke pautan yang dicadangkan . Link ke tapak-tapak berguna dan berkaitan dengan pendidikan seperti, Eduweb TV, GCBio Malaysia, Koleksi soalan, MGC Malaysia, dan laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Terdapat pelbagai tambahan gajet seperti: SPM countdown untuk memberi peringatan kepada calon SPM tentang hari peperiksaan mereka; Time waits for no man, iaitu jam dan kalendar untuk rujukan masa; Owner introduction, untuk memperkenalkan pemilik blog; What do you think of Gempurbio blogspot, untuk meminta pendapat melalui undian; muzik untuk latar belakang blog; Bio chapters, untuk memudahkan pencarian bab; Contact me, untuk berinteraksi dengan pemilik blog; Blog counter, untuk mengetahui bilangan pelawat yang mengunjungi blog ini; Followers, merekod bilangan pengunjung yang mengikuti blog yang bertambah dari semasa ke semasa; Whos here, untuk mengetahui dari manakah datangnya pengunjung blog; Reminder, untuk memberi peringatan kepada pengunjung; chat box yang dinamakan Get connected, untuk memberikan ruang kepada

(f)

(g)

pengunjung berinteraksi dengan pemilik blog. Maklum balas dan cadangan juga dapat dicapai melalui chat box ini.

Muka Surat

| 393

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

(h)

Di bahagian bawah setiap posting, pula terdapat label, tarikh bahan disiarkan, dan terdapat ruang untuk mencatat komen.

2.

Pengendalian Blog

Blog ini dikendalikan oleh pemilik blog sepenuhnya. Bahan-bahan dipilih dengan teliti, sama ada daripada sumber buku rujukan, majalah, akhbar ataupun dari internet. Sumber laman web pendidikan dari seluruh dunia banyak didapati dengan percuma. Ucapan penghargaan disertakan, jika dipetik daripada sumber yang mempunyai hak cipta. Blog dikemas kini dari semasa ke semasa. Apabila terdapat soalan daripada pengunjung, pemilik akan memberikan jawapan dengan segera dan menyediakan posting yang khusus bagi menjawab persoalan yang diberikan.

3.

Pengurangan Kos Operasi

Tiada perbelanjaan diperlukan untuk membina blog ini kerana pemilik blog menggunakan tapak blog secara percuma yang lazim disediakan oleh beberapa organisasi blog seperti, http://blogspot.com/,

http://edublogs.org/, dan http://wordpress.org/ . Penyediaan blog ini tidak melibatkan kos kerana pemilik blog telah mengekploitasi kemudahan internet berwayar dan juga tanpa wayar yang disediakan di sekolah. Para guru dan murid bebas mencapai laman blog ini pada bila-bila masa dan di mana sahaja mereka berada di kawasan sekolah. Di samping itu, mereka boleh membaca terus untuk mendapat bahan tanpa perlu mencetaknya. Mereka juga boleh memuat turun bahan yang dikehendaki daripada blog dan disimpan di dalam pen drive bagi kegunaan seterusnya. Hal ini dapat mengurangkan kos penggunaan kertas. Petikan bahan daripada internet pula diperoleh daripada sumber-sumber yang dipilih secara percuma.
Muka Surat

| 394

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

4.

Penjimatan Masa

Kewujudan tiga buah makmal komputer di sekolah juga membolehkan murid-murid mengunjungi blog ini pada masa PdP dan juga di luar waktu persekolahan. Masa PdP juga dapat dijimatkan kerana murid lebih cepat memahami sesuatu konsep selepas melayari blog ini.

5.

Ulasan Hasil Dapatan

Secara keseluruhan, 23 responden yang terdiri daripada murid-murid Tingkatan Lima di sekolah pengkaji menunjukkan kecenderungan untuk memilih skala memuaskan dan sangat memuaskan. Tiada responden yang memilih skala 1-3. (Sila rujuk kepada ulasan hasil daripada soal selidik).

(a)

Cakupan Isi Kandungan

Hasil soal selidik mendapati sebanyak 96% responden bersetuju memilih skala sangat memuaskan iaitu, Blog ini menambah minat saya untuk belajar Biologi. Sebanyak 83% responden memilih skala sangat memuaskan bagi item, Blog ini membantu saya untuk mengulang kaji tajuk-tajuk dalam Biologi.Sebanyak 78% responden memilih skala sangat memuaskan, bagi itemitem:Saya seronok belajar Biologi menggunakan blog, Sampel soalan dan jawapan yang disediakan membantu saya dalam peperiksaan dan bahan-bahan dalam blog adalah sesuai dan berguna untuk saya.Sebanyak 74% responden memilih skala sangat memuaskan, bagi item-item:Secara keseluruhannya, blog ini merangkumi semua bab yang dipelajari secara seimbang dan
Muka Surat

| 395

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

menyeluruh.

Banyak

bahan

pembelajaran

yang

berguna

diperoleh dari blog ini, dan Blog ini padat dengan maklumat Biologi yang saya perlukan. Kesimpulannya, cakupan isi kandungan blog ini merangkumi

semua bab dalam mata pelajaran Biologi. Blog ini membantu responden untuk mengulang kaji bab-bab dalam Biologi dengan adanya nota dan sampel soalan serta jawapan yang telah disediakan sebagai persediaan peperiksaan.

(b)

Reka Bentuk Blog

Hasil soal selidik mendapati sebanyak 87% responden bersetuju memilih skala sangat memuaskan, iaitu Bahan animasi dan video dalam blog ini membantu saya memahami sesuatu proses dengan lebih jelas, dan Petikan rajah dan gambar foto dalam blog ini membantu saya memahami dengan mudah sesuatu perkara. Sebanyak 83% responden memilih skala, sangat memuaskan bagi item Pautan/link yang disediakan membantu saya mencapai blog blog lain dengan lebih cepat. Hal sedemikian ini sedikit sebanyak telah membantu responden untuk melawat pautan-pautan lain secara terus dengan cepat dan mudah. Kesimpulannya, secara keseluruhan responden telah berpuas hati dengan reka bentuk blog ini. Ada beberapa penambahbaikan yang dicadangkan seperti menambah video dan bahan-bahan yang bersifat interaktif.

(c)

Pendapat Responden

Hasil soal selidik mendapati sebanyak 91% responden bersetuju memilih skala, sangat memuaskan iaitu, Saya akan
| 396

Muka Surat

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

mencadangkan kawan-kawan lain untuk menggunakan blog ini untuk pembelajaran mereka. Sebanyak 87% responden memilih skala sangat memuaskan bagi item-item, Penggunaan blog ini sebagai tambahan yang baik kepada kaedah lain dalam pembelajaran dan Sila nyatakan skala kepuashatian anda selepas melawat blog ini. Kesimpulannya, secara keseluruhan responden berpuas hati dengan penggunaan blog ini sebagai satu kaedah alternatif kepada kaedahkaedah pembelajaran yang sedia ada. Responden bersetuju untuk mencadangkan kawan-kawan lain untuk menggunakan blog ini dalam pembelajaran mereka.

KESIMPULAN

Oleh sebab blog ini merupakan satu aplikasi ICT, didapati murid-murid mempunyai minat yang tinggi untuk menggunakannya dalam pembelajaran mereka. Penggunaannya yang meluas menyebabkan terdapat peningkatan dalam penguasaan isi kandungan dalam bidang Biologi. Bukan itu sahaja, malah ia juga dapat meningkatkan prestasi penulisan dalam kalangan murid. Selain itu, penggunaan blog banyak memberikan faedah lain seperti mampu menjana kemahiran pemikiran secara kritis, melahirkan sikap positif tentang pembelajaran, membangunkan kemahiran sosial, dan menggalakkan

perkongsian idea di samping meningkatkan tahap motivasi murid-murid .

Para guru pula mendapati lebih mudah untuk menerangkan sesuatu konsep dengan adanya sokongan bahan-bahan interaktif dan animasi yang diperoleh dari blog ini. Blog kini telah menjadi dimensi baharu untuk para guru dan murid-murid bagi membentuk satu alat penerbitan yang interaktif dan segera. Blog juga boleh menjadi medium yang membolehkan kerja murid
Muka Surat

| 397

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

dikutip, disunting, ditaksir dan seterusnya diterbitkan untuk penonton atau pembaca maya. Dari chat box dan comment box yang terdapat pada blog, didapati ramai yang bersetuju bahawa blogspot ini sangat berguna kepada mereka. Antara faedah lain ialah blog ini membantu para guru dalam penyediaan sampel-sampel soalan berserta skema pemarkahan untuk mata pelajaran Biologi, memperkembang dan memperkaya isi kandungan mata pelajaran Biologi secara meluas, bukan sekadar skop silibus Biologi sekolahsekolah di Malaysia sahaja, mewujudkan jalinan dan jaringan dalam kalangan guru Biologi seluruh negara khususnya, dan seluruh dunia amnya. Penggunaan kemahiran ICT pula didapati dibuat secara maksimum untuk memperoleh bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran daripada sumber blog ini bersama pautan yang dicadangkan. Pautan-pautan yang berguna yang dicadangkan dapat digunakan terus oleh pengguna dengan hanya menekan ikon pautan. Situasi ini membolehkan mereka membuat penerokaan seterusnya melepasi dunia tanpa sempadan.

CADANGAN

Berdasarkan soal selidik yang dijalankan, didapati bahawa terdapat perubahan yang positif atas mata pelajaran Biologi dengan penggunaan kaedah belajar menggunakan blog. Kaedah ini didapati menambah minat murid kepada mata pelajaran ini. Murid seronok dan teruja belajar kerana terdapat bahan-bahan animasi, video dan gambar foto. Di samping itu juga, mereka dapat berinteraksi dengan guru dengan mengemukakan soalan-soalan berkaitan mata pelajaran melalui blog. Murid juga menggunakan blog sebagai sumber untuk mendapat maklumat mata pelajaran Biologi yang selaras dengan keperluan peperiksaan. Sesi PdP menggunakan blog agak menarik kerana ia bukan sahaja boleh dijalankan dalam waktu PdP secara formal. Penggunaan blog ini juga dapat menyelesaikan masalah, Kelas Tanpa Guru kerana pembelajaran kendiri
Muka Surat

| 398

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

dapat dijalankan pada setiap masa, dan di mana sahaja tempat yang mempunyai kemudahan ICT.

Bagi pihak guru pula, keberkesanan kaedah ini bergantung kepada kebijaksanaan masing-masing untuk menyesuaikannya dengan murid yang dihadapi setiap hari. Pihak guru dicadangkan untuk memiliki blog mata pelajaran masing-masing sebagai usaha mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Pihak sekolah pula hendaklah memberikan sokongan penuh dengan menyediakan keperluan asas kemudahan ICT supaya PdP alternatif melalui penggunaan blog ini menjadi lebih mudah. Penggunaan blog dilihat mampu menyelesaikan masalah dan kesukaran yang dihadapi oleh murid-murid dan guru dalam komunikasi dua hala yang interaktif berbanding dengan forum maya yang lain.

Dengan peningkatan minat murid-murid dalam mata pelajaran Biologi menerusi kaedah penggunaan blog pendidikan ini, diharapkan dapat meningkatkan tahap kecemerlangan murid dalam peperiksaan bagi mata pelajaran ini, sekali gus melonjakkan prestasi peperiksaan SPM di sekolah khususnya, dan prestasi negara amnya.

Rujukan Khalili, A., & Shashoani, L. (1994). The effectiveness of computer applications: a meta-analysis. Journal of Research on Computing in Education, 27, 48-61. Moore, M. G., & Kearsley, G. (1996). Distance education: A systems view. Belmont, CA: Wadsworth Publishing Company. http://en.wikipedia.org/wiki/Edublog Top 100 Education Blog : http://oedb.org/library/features/top-100-educationblogs
| 399

Muka Surat

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

http://educational-blogging.wikispaces.com/ http://edublogs.org/10-ways-to-use-your-edublog-to-teach/ http://www.onlineclasses.org/2010/12/08/100-seriously-cool-classroom-blogsfor-teaching- ideas-inspiration/

Muka Surat

| 400

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

INTERGRASI IDEA KREATIF, INOVATIF MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL DI SEKOLAH

oleh MUHAMAD SHAHLYME BIN ABD WAHID HARYANI BINTI ISMAIL SK Yamtuan Lenggang, Tanjung Ipoh, Negeri Sembilan

Abstrak Kertas kerja ini membincangkan kepentingan melindungi masa instruksional di setiap sekolah yang juga merupakan komponen fungsi pemimpin instruksional dalam menjayakan pembelajaran secara berkesan di sekolah. Ia perlu diberi perhatian dalam memastikan keberhasilan pembelajaran murid bagi membangunkan modal insan yang kritis, kreatif, dan inovatif. Di samping itu, keberhasilan pembelajaran murid bukan hanya dinilai dari segi output iaitu mendapatkan A tetapi murid yang boleh memberikan faedah kepada negara dengan mengutamakan sahsiah murid. Oleh itu, sekolah boleh merangka masa instruksional yang ideal (jadual waktu dan perancangan) namun masa berkenaan tidak sepenuhnya menjanjikan pembelajaran berkualiti atau pembelajaran berkesan disebabkan oleh dua faktor gangguan iaitu faktor pengurusan sekolah dan faktor instruksional guru itu sendiri. Impak daripada masalah ini, pendekatan melalui kreativiti dan inovasi dalam sesebuah organisasi sekolah perlu diterapkan sebagai pencetus kepada lonjakan perubahan sistem pendidikan di negara kita, seterusnya menjadi pemangkin dalam mencapai status negara maju.

Muka Surat

| 401

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

PENGENALAN Pembangunan modal insan merupakan kerangka hala tuju pendidikan negara yang memberikan keutamaan untuk memastikan pendidikan berkualiti disediakan bagi semua murid. Keberhasilan pembelajaran murid merupakan fokus utama dalam semua program dan rancangan yang dirangka oleh Kementerian Pelajaraan Malaysia. Justeru, pihak kementerian memastikan PdP dapat dilaksanakan tanpa halangan bagi mencapai objektif yang disasarkan untuk meningkatkan keberhasilan pembelajaran murid. Oleh itu, kepentingan melindungi masa instruksional melalui kepimpinan instruksional yang bermatlamat mengurangkan gangguan masa instruksional bagi memastikan pembelajaran berlaku secara bermakna di setiap sekolah memerlukan suatu wadah baharu dalam dunia pendidikan negara supaya segala masalah dan isu yang yang diperkatakan dapat dibendung secara optimum dan bermatlamat. Sedia dimaklumi Pendidikan negara merupakan tonggak perkembangan ekonomi negara. Pelbagai dasar dan program telah direncanakan serta dilaksanakan di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi memastikan Pencapaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI) tercapai seterusnya dapat merealisasikan Wawasan 2020. Namun, dalam mengorak langkah mencipta dan mencorak sistem pendidikan yang mampan dan holistik, banyak cabaran dan rintangan perlu dihadapi terutamanya dalam organisasi sebuah sekolah, guru-guru dan murid-murid serta komuniti setempat yang merupakan elemen penting dalam membangunkan modal insan yang berdaya maju. Justeru, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menyarankan semua pihak supaya melaksanakan inovasi dalam semua bidang utama termasuklah PdP di sekolah bagi tujuan meningkatkan kualiti sistem pendidikan di negara ini.

Muka Surat

| 402

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

PERNYATAAN ISU

1.

Beban Tugas dan Tanggungjawab Guru Isu keluhan guru yang terbeban dengan pelbagai tugasan dalam memastikan kelancaran dan keberkesanan organisasi sekolah telah dipandang serius oleh Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menegaskan Kualiti guru perlu dimantapkan, mutu kepimpinan sekolah perlu ditingkatkan, kurikulum dan sistem pentaksiran perlu diperkemas prasarana sekolah perlu ditambah baik serta sumber penyampaian pendidikan perlu diurus dengan cekap. Pendek kata, keseluruhan sistem pendidikan kita perlu disemak dan dimantapkan kualitinya secara bersepadu.

Menurut kajian beban tugas guru, terdapat Pekeliling berkaitan tugas dan tanggungjawab guru iaitu bagi kategori guru kelulusan Pegawai Perkhidmatan Penddikan Lepasan Diploma (PPPLD) yang

menyenaraikan ringkasan tugas guru PPPLD berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 11/2007 merangkumi 7 aspek iaitu: (a) (b) (c) PdP (Kurikulum) Kokurikulum ( Sukan/Kelab/Persatuan/Badan Beruniform) Pengurusan Hal Ehwal Murid (Keselamatan / Kebajikan / Kesihatan / Bina Insan / Sistem Maklumat Murid / Koperasi/Lawatan) (d) (e) (f) (g) Pengurusan pejabat dan pentadbiran serta kewangan Pembangunan Fizikal Pembangunan Staf Hubungan Komuniti

Muka Surat

| 403

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

2.

Faktor Gangguan di sekolah

Berdasarkan hasil dapatan kajian yang dijalankan terdapat 2 faktor yang menyumbang kepada pengurangan masa instruksional terhadap matlamat meningkatkan keberhasilan pembelajaran murid ke arah membangunkan modal insan yang kritis, kreatif, dan inovatif.

(a) Faktor Pengurusan Sekolah i. Guru tiada di sekolah, guru ada di sekolah tetapi tidak berada di dalam kelas, tidak cukup guru, guru menghadiri kursus atau tugas luar, guru menduduki peperiksaan, aktiviti kokurikulum/ sukantara, ii. Gangguan fizikal seperti pengumuman dari pembesar suara, susun atur kelas atau sekolah, prasarana sekolah, dan persekitaran, iii. Gangguan luar jangkaan seperti guru cuti sakit, cuti kecemasan, hal-hal peribadi, kesediaan guru mengajar, melaksana tugas sampingan, dan iv. Gangguan Adhoc seperti menghadiri mesyuarat, dipanggil ke pejabat, menghadiri kursus, taklimat peperiksaan, menjalankan tugas jurulatih utama, dan sambutan lawatan pelawat.

(b) Faktor Instruksional Guru i. Kualiti pembelajaran murid seperti kesediaan murid belajar, kualiti guru, proses pembelajaran dan pengajaran berkesan, sikap guru, guru bukan opsyen, kompetensi guru dan kesediaan guru mengajar, dan ii. Kualiti pengajaran guru seperti penggunaan bahan bantu mengajar yang sesuai dan berkesan, strategi, kaedah serta penedekatan.
Muka Surat

| 404

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

3.

Cadangan Intervensi Beban Tugas Guru

Hasil dapatan awal dari pada isu beban tugas guru yang telah dilaksanakan oleh Jawatan Kerja Masalah Beban Tugas Guru (MMBTG) dalam menangani isu ini merupakan satu langkah penambahbaikan dalam membantu guru-guru dan murid-murid di sekolah agar lebih komited dan berdedikasi terutamanya dalam melindungi masa instruksional di dalam bilik darjah. Antara pendekatan awal yang diambil kira bagi melindungi masa instruksional adalah seperti yang berikut: (a) (b) (c) (d) (e) (f) (g) (h) ujian amali diadakan sekali sahaja semasa peperiksaan, kecilkan saiz kelas, tambah bilangan guru, wujudkan jawatan pembantu bengkel/makmal, kurangkan masa mengajar guru (termasuk guru disiplin), adil dalam agihan tugas, utamakan kebajikan guru, sediakan kemudahan penjawat awam lain, (i) (j) (k) (l) (m) kurangkan aktiviti hari Sabtu/dikecualikan hari Sabtu, jadikan Cuti Rehat Khas hak guru, wujudkan jawatan khas untuk kokurikulum, tingkatkan kerjasama komuniti/PIBG/Perkongsian Pintar, dan wujudkan jawatan pembantu guru. yang sesuai mengikut spesifikasi

Namun begitu, sejauh mana intervensi ini dapat memastikan masa instruksional guru dan murid dapat dioptimumkan secara berkesan bagi mengelakkan situasai, yang menyebabkan kelas tidak berlangsung seperti yang dirancang serta memastikan kualiti masa instruksional yang menjamin pembelajaran bermakna.
Muka Surat

| 405

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

4.

Kolerasi Kreativiti dan Inovasi dalam Sistem Pendidikan Merujuk topik kertas kerja yang dibincangkan, Integrasi Idea Kreatif, Inovatif untuk melindungi Masa Instruksional amat bertepatan dengan dasar negara pada tahun 2012 yang bertemakan Inovasi bagi tujuan memperkasakan Bidang Keberhasilan Utama Pendidikan di Malaysia. Menurut Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Pelajaran Malaysia, kualiti guru merupakan aspek penting dalam Kajian Semula Pendidikan Negara. Berteraskan ilmu dan inovasi, maka guru yang berkualiti ialah guru yang berinovasi, iaitu mempunyai kebolehan melengkapkan murid dengan kemahiran alaf baharu seperti keupayaan berfikir secara kritis, kebijaksanaan menyelesaikan masalah dan daya kreativiti yang tinggi. Selain itu, guru yang berinovasi juga memberikan tumpuan kepada kaedah pembelajaran dan pengajaran yang boleh merangsang daya fikir dan kreativiti murid agar kemampuan mereka standing dengan penilaian murid-murid di negara maju.

Sufean Hussin (2001) dalam kertas kerjanya, pada Seminar Dasar dan Pengurusan Pendidikan menyatakan, inovasi bermaksud pembaharuan, modifikasi atau membaiki idea, benda, ilmu dan ciptaan seni budaya tamadun dengan tujuan memenuhi fungsi-fugsi tertentu atau memenuhi cita rasa tertentu atau pasaran tertentu.

Berdasarkan pengertian yang telah diberikan, inovasi memainkan peranan yang amat penting kepada keberhasilan pembelajaran murid kerana ia merupakan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dalam rancangan

pembangunan pendidikan sesebuah negara termasuklah di Malaysia. Oleh yang demikian, kerangka masa instruksional ideal yang telah diwujudkan oleh sesebuah organisasi yang dikatakan tidak sepenuhnya menjanjikan
Muka Surat

| 406

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

pembelajaran berkualiti atau pembelajaran berkesan disebabkan faktor gangguan tertentu yang berlaku di sekolah dan di dalam bilik darjah kini boleh dibendung secara berkesan dengan adanya penerapan unsur inovasi dan kreativiti kepimpinan, pengurusan organisasi, budaya, teknologi, pemikiran, strategi pembelajaran, penyelesaian masalah dan komunikasi terbuka.

Oleh hal yang sedemikian, guru perlulah sedar bahawa untuk melindungi masa instruksional itu berlangsung secara optimum (memastikan murid belajar secara optimum dalam masa berkenaan sama ada dengan kehadiran guru atau tanpa kehadiran guru dan berkesan) di sekolah ataupun di bilik darjah ia haruslah bermula dari peringkat individu. Sebagai contoh, organisasi sekolah yang kreatif dan inovatif amat memerlukan seorang guru yang berkemahiran, berpengetahuan, pakar, dedikasi, profesional, dan mempunyai semangat kerja yang tinggi serta berdaya maju. Mereka ini dianggap sebagai tenaga penggerak dan aset kepada kemajuan organisasi pembelajaran untuk menjamin kualiti pendidikan. Keutamaanya, keberhasilan pengajaran mereka mendorong murid seronok dan minat belajar kerana mereka mudah memahami pelajaran.

Menurut Majaro (1992), kreativiti didefinisikan sebagai proses pemikiran yang mendorong mengeneralisasikan idea baharu. Mumford dan Gustafson (1998), menyebut kreativiti ialah penghasilan produk-produk dan dihargai oleh masyarakat. Irving Taylor (1959), pula membuat analisis atas seratus definisi kreativiti dan mengkalsifikasikannya kepada 5 peringkat iaitu peringkat ekspresif, produktif, inventif, inovatif dan imaginatif.

Muka Surat

| 407

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Secara am, dapat diringkaskan bahawa kreativiti ialah kombinasi antara idea baharu dan idea lama. Idea baharu diperlukan dan idea lama dikaji dan dinilai semula. Ia juga merupakan proses melihat semula, memilih, menukar ganti, gabungan antara maklumat idea baharu dan kemahiran. Dalam organisasi sesebuah sekolah, integrasi idea kreatif, dan inovasi dilihat sebagai suatu kuasa atau force yang penting bagi mencorakkan perkembangan dalam pengurusan sekolah. Pengurusan organisasi sekolah perlu kreatif bagi menjadikan sekolah sebagai organisasi PdP yang dinamis untuk mengembangkan pengetahuan baharu, budaya saintifik, penyebaran teknologi maklumat, dan pembangunan potensi manusia. Cabaran sekolah dan pendidikan dalam era perubahan k-Ekonomi revolusi pengetahuan dan informasi maklumat memerlukan sekolah mengadaptasikan pelbagai perubahan yang berlaku (Harman, 1998). Wawasan dan misi sekolah perlu bersifat kreatif dan inovatif bagi menjadikan sekolah pembelajaran yang berkesan dan progresif (Wall, 1999).

Dalam organisasi sekolah terdapat beberapa jenis kreativiti yang mendasari perkembangan pendidikan, (a) Kreativiti kurikulum - ini banyak berlaku dalam isi kandungan pelajaran, tema dan aspek-aspek pembelajaran, reka bentuk, dan gubahan bahan pembelajaran, strategi dan pelaksanaan kurikulum. (b) Kreativiti pengajaran - menyentuh kaedah, pendekatan, cara, pengurusan dan organisasi pembelajaran, perancangan, dan pelaksanaan pengajaran di bilik darjah dan di sekolah. (c) Kreativiti profesional - mengenai perkembangan guru dari segi personaliti, cara dan budaya profesional yang dikembangkan, kecekapan dan kepakaran, amalan baharu, pemikiran baharu,

Muka Surat

| 408

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

adaptasi terhadap inovasi pendidikan yang berlaku, dan dilaksanakan dalam profesion ini. (d) Kreativiti pemikiran - mencorakkan perkembangan minda, pandangan yang progresif, berfikiran terbuka, pembacaan dan pengetahuan yang kreatif, pencetusan idea baharu yang mendorong kemajuan diri dan kemajuan pendidikan amnya. (e) Kreativiti persekitaran pembelajaran - iaitu kreativiti yang mencorakkan suasana dan keadaan tempat belajar seperti bilik darjah dan sekolah. Iklim sekolah dan bilik darjah yang dinamik dan progresif boleh terbentuk jika ada pendekatan kreatif berlaku dalam organisasi pembelajaran. (f) Kreativiti pengurusan - cara sekolah dikendalikan dan beroperasi, inovasi dalam sistem pengurusan, hubungan, sokongan, kemajuan pembelajaran, penyelesaian masalah dalam hubungan, dan perkhidmatan yang ditawarkan. (g) Kreativiti teknologi - bagaimana teknologi digunakan untuk pencetusan inovasi dalam pengajaran, pembelajaran, dan pengurusan sekolah disamping inovasi teknologi maklumat yang menyumbngkan kreativiti dan inovasi sekolah. (h) Sekolah perlu membangunkan sistem pendidikannya yang kreatif bagi melahirkan individu dan masyarakat yang kreatif. Pelbagai inovasi yang boleh mendorong perubahan dan kemajuan kekreatifan perlu diperkenalkan dalam sistem pengurusan pembelajaran sekolah. Unsur-unsur kreatif yang dikembangkan di sekolah boleh menjadikan sekolah lebih berinovasi dan berdaya maju bagi menggilap potensi manusia. Wawasan falsafah pendidikan sekolah perlu bersandarkan kepada idea pemikiran progresif yang mementingkan kreativiti dan inovasi untuk dikembangkan dalam sistem pembelajaran sekolah.
Muka Surat

| 409

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

5.

Perkembangan Pembelajaran Kreatif dan Inovatif dalam Organisasi Sekolah.

Terdapat beberapa langkah dan strategi penting bagi mencetuskan kreativiti dan inovasi dalam sesebuah organisasi seperti mewujudkan persekitaran untuk perkembangan kreativiti, menggalakkan

perkembangan idea dan pendapat, pengaliran dan kebebasan maklumat untuk mendorong kreativiti, membina suasana dan iklim organisasi tempat kerja yang menggalakkan kreativiti dan membentuk struktur kreatif penyelesaian masalah serta perkembangan pemikiran kepada tindakan. Namun begitu, kreativiti dan inovasi hanya boleh

dikembangkan dalam organisasi pembelajaran di sekolah melalui proses perubahan seperti pengurusan berkesan, komunikasi terbuka, teknologi, penyelesaian masalah, iklim budaya di sekolah, strategi dalam PdP,

kepimpinan, dan pemikiran. Perubahan terhadap elemen-elemen ini mampu membawa kepada perkembangan organisasi sekolah yang kreatif dan inovatif seterusnya mencapai keberhasilan pembelajaran murid. Terdapat beberapa jenis kreativiti yang boleh diterapkan dalam sesebuah organisasi sekolah, antaranya (a) Kreativiti Ekspresif - ekspresi yang berlaku secara bebas originaliti dan kualiti tidak dipentingkan (contoh, cap jari kanak-kanak). (b) Kreativiti Teknikal- kecekapan bagi menghasilkan sesuatu produk (contoh, membuat biola). (c) Kreativiti Inventif - reka cipta baharu yang dihasilkan seperti penemuan telefon bimbit dan penulisan novel. (d) Kreativiti Inovatif - kefahaman dan modifikasi andaian asas dan prinsip-prinsip dengan pendekatan alternatif.

Muka Surat

| 410

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

(e)

Kreativiti imaginatif - kreativiti yang kompleks dan bentuk yang jarang berlaku boleh merintis perubahan keseluruhan prinsip atau andaian paling asas dan di peringkat abstrak.

Tambahan lagi, kreativiti dan inovasi dalam pengurusan sekolah juga boleh menjadikan sekolah sebagai satu organisasi pembelajaran yang bebas daripada belenggu birokrasi, dan ia dapat menjadikan sekolah lebih dinamik, terbuka, ceria, cekap dan dapat menangani serta menyelesaikan masalah dengan lebih mesra dan berhemah. Dengan meluaskan lagi unsur-unsur kreatif dan inovatif dalam pengurusan sekolah, kebebasan dan demokrasi akan dapat berkembang dan mencorakkan amalan hidup masyarakat sekolah. Sistem komunikasi yang terbuka, pengaliran maklumat yang demokratik, kepimpinan sekolah yang berhemah, dan falsafah pengurusan yang berasaskan hubungan dan pembangunan insan yang harmoni boleh mencorakkan sekolah menjadi sebuah institusi sekolah yang kreatif dan inovatif. Pengurusan yang kreatif dan inovatif juga perlu dirangka berlandaskan perancangan strategik perubahan. Perancangan yang dibuat adalah ke hadapan dan bersifat progresif serta berpaksikan strategi kreatif dan inovatif untuk meperjuangkan organisasi pembelajaran. Pengurusan organisasi pembelajaran melibatkan: (a) Perancangan perubahan Perancangan perubahan yang bersifat mikro dan makro yang berasaskan penyelesaian masalah perlu dilakukan dengan lebih kreatif dan inovatif. Sebagai contoh, rancangan pengajaran tahunan dan mingguan perlu dirancang dengan lebih informatif dan kreatif untuk meningkatkan kualiti pembelajaran guru. (b) Pengetahuan Organisasi sekolah yang kreatif dan inovatif amat memerlukan seorang guru yang berkemahiran, berpengetahuan, pakar, dedikasi, profesional dan mempunyai semangat kerja yang tinggi dan berdaya maju. Mereka dianggap sebagai tenaga
Muka Surat

| 411

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

penggerak dan aset kepada kemajuan organisasi pembelajaran untuk menjamin kualiti pendidikan. (c) Strategi PdP yang berkesan ialah apabila strategi tersebut dapat menyampaikan pengetahuan dengan lebih berkesan dan serasi dengan wawasan yang diperjuangkan di samping dapat mencetuskan suasana pembelajaran dan menggalakkan murid untuk terus belajar serta dapat menambah baik apa yang sedia ada pada murid. (d) Kaedah dan pendekatan PdP yang kreatif dan inovatif perlu menjadi amalan guru-guru sekolah. Pembelajaran yang dirangka dan dilaksanakan dapat mengembangkan potensi, pembangunan minda, pemikiran kreatif, dan inovatif murid. Stail dan pendekatan pengajaran juga perlu menarik,

menyeronokkan dan bebas daripada tekanan dan kebimbangan. Kaedah kreatif dan inovatif dapat mencorakkan suasana belajar dan meningkatkan pencapaian positif murid tentang sesuatu yang dipelajari.

Kreativiti dan inovasi juga dapat mencorakkan situasi pembelajaran yang ceria dan berkesan. Murid juga bebas daripada sebarang tekanan emosi, perasaan, dan mental. Pembelajaran kreatif dapat membebaskan murid dan guru daripada stress, bimbang, dan takut. Guru juga tidak mengamalkan pembelajaran yang bersifat autokratik dan pasif sebaliknya lebih bersifat partisipatif dan aktif. Pengaruh kreativiti dan inovasi dalam organisasi dapat mencorakkan sekolah sebagai institusi pembelajaran yang menarik, kreatif, inovatif, produktif, fleksibel, dan efektif. Pengaruh kreativiti dan inovatif menjadikan pembelajaran lebih mesra dan mudah didekati.

Muka Surat

| 412

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Strategi PdP yang bersifat kreatif dan inovatif juga menjadikan pembelajaran sesuai dengan naluri perkembangan manusia. Iklim sekolah yang mengutamakan kreatif dan inovatif dapat mendorong perubahan dan kemajuan kognitif, efektif, dan psikomotor murid-murid. Sekolah juga dapat berperanan sebagai organisasi pembelajaran yang efektif bagi mengembangkan pelbagai kecerdasan (Multiple Intelligence) dengan menyediakan pelbagai peluang pembelajaran yang dapat menggilap dan mengembangkan potensi individu yang berbeza-beza dari segi kebolehan, minat, kecerdasan dan, kecekapan mereka.

Sebagai

contoh

strategi

pembelajaran

kontekstual

ialah

kaedah

pembelajaran yang menggabungkan isi kandungan dengan pengalaman harian individu, masyarakat, dan alam pekerjaan secara khususnya pembelajaran kontekstual melibatkan aktiviti menghubungkan,

mengalami, mengaplikasi, berkoperasi dan pemindahan. Pengalaman pembelajaran dalam konteks eksplorasi, penemuan, dan reka cipta merupakan nadi pembelajaran konteksual. Walaupun murid-murid boleh dimotivasikan dengan strategi PdP seperti video, naratif, atau aktiviti berasaskan teks, tetapi situasi tersebut masih merupakan bentuk pembelajaran yang pasif secara bandingannya. Pembelajaran adalah lebih berkesan sekiranya murid-murid dapat memanipulasikan alatan dan bahan serta melakukan bentuk penyelidikan yang aktif. (seperti dalam lampiran).

Pencetusan kreativiti dan inovasi dalam pelaksanaan kurikulum amat penting bagi mencorakkan perubahan dan kemajuan pendidikan negara yang sedang berhadapan dengan pelbagai perubahan baharu. Inovasi kurikulum yang meliputi inovasi dan kreativiti dalam isi kandungan, pengetahuan, dan jenis-jenis kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid boleh dinilai melalui cara ia dilaksanakan di sekolah. Kurikulum yang berkesan ialah kurikulum yang dapat memenuhi kehendak individu atau
Muka Surat

| 413

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

murid. Kurikulum tersebut juga dapat menyediakan murid dengan dunia pekerjaan dan juga mengembangkan bakat, potensi, pemikiran, budaya, daya cipta, pengetahuan, kemahiran, dan kebolehan murid.

Situasi ini memerlukan guru menggunakan pelbagai kaedah, strategi, dan pendekatan yang sesuai dan berkesan dengan keperluan murid dan keadaan serta kekangan yang wujud di sekolah. Pelaksanaan kurikulum pada umumnya memerlukan guru mengaplikasi pengetahuan dan strategi yang kreatif dan inovatif. Guru juga mestilah komited dan berdedikasi untuk menjadikan pengajaran yang disampaikan lebih kreatif dan inovatif. Strategi baharu dan kaedah pembelajaran kreatif perlu dikembangkan dalam kalangan murid supaya murid dapat menguasai pembelajaran dengan lebih kreatif, inovatif, dan berkesan. Bagi memantau dan mengawal kualiti pengajaran di sekolah, pasukan pemantauan kurikulum atau teamwork perlu dibentuk dengan tujuan menggalakkan inovasi dan kreativiti dikembangkan dengan berkesan dalam pelaksanaan kurikulum sekolah.

KESIMPULAN

Inovasi dan kreativiti merupakan penyumbang ke arah perubahan dalam melindungi masa instruksional guru dan juga murid di sekolah, seterusnya merangsang pembangunan yang efektif dalam sebuah organisasi dalam bidang pendidikan khususnya. Bagi menghasilkan sebuah organisasi pembelajaran yang kreatif dan inovatif faktor-faktor yang perlu diberi perhatian ialah pengurusan organisasi, kepimpinan, budaya, teknologi, pemikiran, strategi pembelajaran, penyelesaian masalah dan juga komunikasi terbuka.

Muka Surat

| 414

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Kreativiti dan inovasi yang dibentuk atau dibina perlulah bersesuaian dengan keperluan dan kehendak guru, murid, dan ibu bapa. Kreativiti dan inovasi juga hendaklah bebas daripada sebarang kebimbangan dan ketakutan yang merupakan prasyarat untuk mengembangkan potensi murid yang seharusnya mempunyai daya kreativiti dan inovasi yang aktif serta berdaya maju. Individu yang bersifat kreatif dan inovatif perlu diberikan ganjaran supaya bakat yang ada tidak dipersiakan.

Bagi guru yang kreatif dan inovatif pula, mereka perlulah sentiasa mengkaji dan menyelidik apa yang berfungsi dan tidak berfungsi dalam profesion mereka. Refleksi terhadap diri setiap guru perlu ada bagi menjamin kualiti PdP di dalam bilik darjah seterusnya, membentuk modal insan yang cemerlang serta bersahsiah terpuji selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL

1.

Aplikasi Teknologi

Teknologi maklumat ialah pemangkin atau alat inovasi dalam sesebuah organisasi. Faktor ilmu dan pembelajaran merupakan penyumbang kepada Teknologi Maklumat memainkan peranan sebagai to manage, innovate and implement change. Oleh yang demikian,teknologi dalam pengurusan organisasi sekolah boleh mencetuskan perkembangan dinamik kreativiti dan inovasi. Teknologi bukan sahaja suatu alat tetapi boleh

mempengaruhi sistem pengurusan yang lebih efisien dan kreatif. Pengurusan teknologi maklumat dan penggunaan ICT dapat membina imej baharu organisasi inovatif. Di samping menjadikan organisasi
Muka Surat

| 415

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

pendidikan dan pembelajaran sekolah lebih berdaya saing dan lebih produktif.

Penggunaan ICT menjadikan pengurusan lebih canggih dan moden. Revolusi maklumat dan perubahan teknologi memberikan kesan yang positif kepada inovasi perubahan pengurusan organisasi pembelajaran, khususnya sekolah. Walau bagaimanapun, penggunaan teknologi sering kali menimbulkan masalah dari segi cost effective, pembiayaan, penjagaan, dan kewangan. Masalah kekurangan infrastruktur

pembelajaran dan teknologi boleh dilihat sebagai penghalang kepada kreativiti dan inovasi teknologi maklumat yang perlu disebarkan melalui sistem persekolahan. Usaha bagi meningkatkan masyarakat celik teknologi maklumat juga belum begitu tercapai, disebabkan jurang perbezaan kemudahan teknologi yang wujud antara sekolah, terutamanya disekolah luar bandar berbanding dengan sekolah bandar yang lebih terdedah kepada kemudahan ini. ICT telah banyak digunakan dalam organisasi khasnya dalam dunia pendidikan dan organisasi dan individu yang menolak inovasi ini akan ketinggalan. Persoalan yang timbul ialah bagaimana ICT dapat menangani dan membantu inovasi sesebuah organisasi.

2.

Kepimpinan

Kepimpinan sekolah memainkan peranan penting ke arah pencetusan inovasi organisasi pembelajaran di sekolah. Selain mempunyai latihan, pengalaman, pendedahan dan pengetahuan yang luas dalam bidang pendidikan, kepimpinan sekolah perlu mempunyai dorongan dan komitmen bagi membawa perubahan kepada sekolah melalui pengamalan kreativiti dan inovasi dalam seluruh aspek pengurusan dan pendidikan organisasi sekolah.
Muka Surat

| 416

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Pemimpin perlu merangka strategi yang berkesan bagi membawa perubahan dinamik dan menjadikan sekolah sebagai organisasi

pembelajaran yang kreatif dan inovatif. Organisasi sekolah perlu mempunyai dan membentuk kepimpinan kolektif bagi memimpin perubahan berasaskan strategi dan pendekatan kreatif dan inovatif dalam pengurusan pendidikan sekolah.

Kepimpinan sekolah perlu menunjukkan minat dan usaha bagi membangunkan sekolah sebagai organisasi pembelajaran yang kreatif dan inovatif. Ketandusan kreativiti dan inovasi dalam organisasi sekolah boleh dilihat sebagai punca utama kelemahan institusi sekolah dalam menghadapi perubahan dan cabaran inovasi yang berlaku dalam pelbagai kehidupan manusia seperti inovasi teknologi, inovasi pengetahuan, dan inovasi belajar. Kejayaan dan perkembangan organisasi pembelajaran banyak bergantung kepada kepimpinan yang bersifat kreatif dan inovatif. Pemimpin perlu berpandangan jauh, pemikiran terbuka, serta sedia mendengar pandangan orang lain. Mereka juga perlu mempunyai kewibawaan yang baik dalam mencorakkan berbagai-bagai pembaharuan dalam organisasi terutama di sekolah. Dengan ciri-ciri yang ada, mereka boleh mendorong dalam meningkatkan kualiti produk, kualiti intelektual dan kualiti prestasi pelajar di samping berkeupayaan memotivasikan ahlinya serta dapat mengenal pasti kekuatan dan kelemahan ahli yang ada dalam organisasinya.

3.

Budaya

Ciri budaya sekolah kreatif dan inovatif ialah wujudnya persekitaran belajar yang mendorong semangat murid untuk belajar, membentuk minat yang mendalam, kesedaran dan daya usaha, dedikasi, dan perkembangan
Muka Surat

| 417

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

potensi murid. Murid juga tidak menghadapi masalah bagi mendapatkan bimbingan dan tunjuk ajar daripada guru-guru yang dedikasi, terlatih, dan profesional.

Sekolah yang kreatif dan inovatif juga menonjolkan keceriaan fizikal, keceriaan budaya serta keceriaan iklim sekolah. Penonjolan ini menjadikan sekolah tempat belajar yang harmoni, ceria dan sesuai untuk perkembangan psikologi kreativiti dan inovasi. Perasaan dan pemikiran yang ceria juga boleh wujud dalam suasana dan iklim sekolah yang ceria. Sekolah yang ceria, kreatif dan inovatif boleh mengurangkan pelbagai gejala sosial dan moral yang tidak diingini.

Rujukan Mohamad Kamil Bin Abd Rahman (1997), Inovasi dan Kreativiti Dalam Pendidikan Ibrahim Bin Abd.Rahman (1992), Penggunaan Media Pendidikan dalam mempertingkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran disekolahsekolah, Jurnal Hari Guru Peringkat Negeri Sembilan Laman sesawang: i. http://pena-bonda.blogspot.com/2011/07/bagaimana-memupukpemikiran-kreatif.html ii. http://www.mudahbelajar.com/?p=154 iii. http://www.bharian.com.my/bharian/articles/JawatankuasaKerjatang aniisubebangurusedanglaksana28perakuan_Muhyiddin/Article iv. http://www.utusan.com.my/utusan/Forum/20120523/fo_04/Guruberinovasi-wajar-diberi-keutamaan v. http://www.moe.edu.my/btp/wp-content/uploads/2012/05/TeksUcapan-YAB-Timbalan-Perdana-Menteri.pdf

Muka Surat

| 418

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Lampiran 1 INOVASI LITERASI & NUMERASI DALAM PdP

Muka Surat

| 419

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

PENGURUSAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL (PROTECTING INSTRUCTIONAL TIME) YANG BERKESAN DI SEKOLAH

oleh KATHERINE TAN TECK NEO SK Convent Infant Jesus 1, Melaka

ABSTRAK Melindungi masa instruksional (protecting instructional time) di sekolah amat penting untuk meningkatkan keberhasilan PdP. Bagi menjayakan program yang dirangka oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), peranan sebagai Guru Besar Cemerlang yang menerajui Sekolah Kluster Kecemerlangan merangkumi penyeliaan dan penilaian aktiviti sokongan pengajaran, pemantauan pengajaran dan juga amalanamalan di dalam bilik darjah. Usaha ini tidak akan berjaya sepenuhnya sekiranya matlamat ini tidak difahami dan disokong oleh semua guru. Tiga fokus utama pendidikan akan terlaksana dan berkesan ialah pembelajaran murid, guru, dan kemenjadian murid. Beberapa cadangan diutarakan dalam kertas kerja ini antaranya, PdP dijalankan secara optimum, guru boleh jual beli waktu pengajaran dan pembelajaran, menyediakan latihan untuk murid sekiranya guru berkursus, kelas tambahan intensif, murid perlu sentiasa berada di dalam bilik darjah sewaktu pengajaran dan pembelajaran, guru bantu LINUS, peranan ketua darjah dan penolong ketua darjah. Sehubungan dengan itu, peranan sebagai pentadbir perlu memastikan pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan tanpa halangan atau kekangan bagi mencapai objektif melindungi masa intruksional (MMI) yang disasarkan dalam usaha meningkatkan keberhasilan pengajaran dan pembelajaran murid.

Muka Surat

| 420

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

PENGENALAN

MMI merupakan salah satu komponen fungsi pemimpin instruksional bagi memastikan tempoh masa untuk pembelajaran secara berkesan berlaku tanpa halangan. Selaku Guru Besar Cemerlang yang melalui fasa-fasa berbeza dan MMI merupakan satu komponen utama dalam menjayakan pembelajaran secara berkesan di sekolah. Justeru, pelaksanaan berkesan dan optimum

memang menjadi satu tugasan yang mencabar.

Pemimpin kurikulum di sekolah bertanggungjawab memastikan peningkatan masa pembelajaran berkesan ini atau academic learning time memberikan kesan yang mendalam kepada murid-murid.

PERNYATAAN ISU

Profesion keguruan adalah antara profesion utama

dalam pembangunan

manusia, masyarakat dan Negara. Dalam hal ini, tidak disangkal lagi profesion ini merupakan satu-satunya profesion yang penting dalam proses penyampaian ilmu pengetahuan kepada individu dan juga masyarakat. Bagi merealisasikan Misi Nasional ke arah Negara maju, pelbagai usaha dilaksanakan dan perubahan demi perubahan drastik telah memberikan tamparan hebat kepada para pendidik di seluruh negara. Sikap amanah seorang guru terhadap muridnya telah terhakis dengan kelalaian guru dalam mengejar arus perubahan. Nilainilai kemanusiaan seorang guru iaitu kepimpinan dan amanah bekerja terhadap profesion mula berubah.

Guru-guru meninggalkan bilik darjah atas urusan seperti : (a) (b) menghadiri mesyuarat/taklimat/bengkel, berkursus,
Muka Surat

| 421

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

(c) (d)

menghadiri majlis rasmi, mengiringi murid dalam pertandingan koakademik, sukan dan permainan,dan

(e)

Cuti sakit/cuti kecemasan/cuti bersalin/cuti belajar.

Selain itu, bidang tugas guru sudah semakin luas sehingga tugas utamanya (core duty) iaitu menyampaikan ilmu kepada murid-muridnya tidak dapat dijalankan dengan baik dan berkesan.

CADANGAN TINDAKAN/PENYELESAIAN

Guru Besar bertanggungjawab memperuntukkan dan melindungi masa pengajaran dengan memastikan guru berada di dalam bilik darjah, berfungsi, dan menjalankan peranan sebagai sebagai seorang pendidik dengan berkesan. PdP mestilah terlaksana kerana itu adalah tugas utama core duty guru di sekolah.

Beberapa cadangan tindakan atau penyelesaian dapat dihuraikan seperti yang berikut :

PdP dijalankan secara optimum

Guru-guru dikehendaki menjalankan PdP dengan menggunakan masa pengajaran secara optimum. Kerja-kerja atau latihan bertulis tidak digalakkan di dalam bilik darjah. Aktiviti tersebut harus dilakukan sebagai kerja rumah murid. Dengan itu guru-guru akan menggunakan masa sepenuhnya untuk proses PdP di dalam bilik darjah. Secara tidak langsung, guru-guru akan menggunakan pelbagai kaedah pengajaran yang kreatif dan inovatif agar aktiviti PdP dapat dipenuhi sepenuhnya dengan
Muka Surat

| 422

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

berkesan. Murid tidak akan berasa bosan. Secara tidak langsungnya, waktu instruksional berlaku sepenuhnya.

Jual beli masa pengajaran

Guru-guru yang mengetahui bahawa mereka perlu menghadiri kursus atau menjalankan tugas-tugas rasmi dan tidak dapat mematuhi jadual pengajaran asalnya akan menjual waktunya dan membeli waktu pengajaran guru lain yang mengajarkan kelas yang sama. Guru ini akan memaklumkan kepada Guru Penolong Kanan Pentadbiran bahawa jual beli masa pengajaran telah dilakukan sebelum guru tersebut pergi berkursus atau menjalankan tugas-tugas rasmi. Masalah untuk membuat jadual ganti tidak berlaku dan proses PdP dijalankan seperti biasa.

Guru menghadiri kursus/taklimat secara adhoc

Ada kalanya guru-guru menghadiri kursus atau taklimat secara adhoc dan tidak dapat hadir ke sekolah pada hari tertentu. Guru tersebut

memaklumkan kepada pihak pentadbir melalui telefon atau sistem pesanan ringkas (SMS) seberapa segera yang mungkin. Dengan itu pengurusan jadual waktu ganti guru dapat disusun dengan teratur dan cekap.

Guru-guru yang tidak berada di sekolah pada hari itu juga diminta menghantar buku rancangan hariannya berserta latihan yang dirancang perlu dilakukan oleh murid-murid. Oleh itu, guru ganti akan mengajar murid seperti dirancang dan memberikan latihan yang dibekalkan.

Pemantauan dilakukan oleh Guru Besar dan Guru Penolong Kanan Pentadbiran untuk memastikan kelas tersebut tidak terabai.
Muka Surat

| 423

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Guru cuti bersalin/bercuti panjang

Guru yang akan cuti bersalin atau bercuti panjang seharusnya merancang dan membuat kelas-kelas bagi menyelesaikan topik-topik mengikut Rancangan Pengajaran Tahunan yang ditetapkan.

Kelas gantian perlu dijalankan selepas masa persekolahan, cuti persekolahan atau masa-masa lain yang sesuai dan tidak mengganggu waktu PdP rasmi. Hal sedemikian ini, bagi memastikan masa instruksional dilindungi dan jika sekolah tidak mendapat guru ganti ketika guru cuti tersebut bersalin.

Kelas

gantian

khas

untuk

murid

yang

lemah/masalah

pembelajaran/selalu tidak hadir ke sekolah

Guru-guru digalakkan untuk mengadakan kelas gantian khas untuk membantu murid-murid yang lemah atau bermasalah pembelajaran dan murid yang kerap tidak hadir ke sekolah. Kelas gantian tersebut boleh dilakukan selepas waktu persekolahan atau waktu cuti persekolahan.

Kelas gantian ini untuk memberikan bantuan dan bimbingan kepada murid-murid dalam menguasai sesuatu kemahiran. Oleh itu, murid-murid tidak akan ketinggalan dalam menguasai kemahiran yang perlu dipelajari oleh mereka.

Muka Surat

| 424

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Kelas bantu LINUS

Pihak sekolah juga boleh mewujudkan kelas bantu LINUS bagi muridmurid LINUS tegar bermula dari Tahun 1. Murid-murid ini dikenal pasti oleh guru-guru mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik. Murid-murid LINUS tegar ini akan dibantu secara personal coaching oleh guru yang tiada waktu mengajar (free-period) semasa waktu pembelajaran murid-murid arus perdana. Kemahiran yang diajar juga bersesuaian dengan kemahiran sedia ada mereka.

Kelas bantu LINUS

dapat merapatkan jurang penguasaan kemahiran

murid-murid ini dengan murid-murid di arus perdana dan secara tidak langsung waktu instruksional berlaku. Hal ini selari dengan hasrat KPM di bawah NKRA (Bidang Keberhasilan Utama Nasional) 4 fokus subNKRA iaitu literasi dan numerasi iaitu semua murid yang tidak mempunyai masalah pembelajaran boleh menguasai kemahiran literasi dan numerasi sebelum melangkah ke tahun 4 pada tahun 2012.

Murid-murid tidak dibenarkan keluar dari bilik darjah semasa PdP

Semasa PdP dijalankan, murid-murid tidak dibenarkan keluar kecuali dalam keadaan yang amat memerlukan atau terdesak. Tumpuan muridmurid diperlukan agar apa yang disampaikan oleh guru dapat diterima dengan sepenuhnya tanpa gangguan. Jika murid kerap keluar seperti ke tandas atau urusan lain maka akan mengganggu masa pembelajaran mereka. Oleh sebab itu, dijadikan budaya supaya murid-murid berada di bilik darjah semasa pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Urusan peribadi seperti ke kedai buku atau ke bilik air, cuma dibenarkan pada waktu pagi sebelum kelas bermula dan pada waktu rehat.
Muka Surat

| 425

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Peranan ketua darjah dan penolong ketua darjah

Peranan ketua darjah atau penolong ketua darjah juga amat penting dalam pelaksanaan MMI di sekolah. Ketua darjah atau penolong

dipertanggungjawab melaporkan kepada pihak pentadbir jika tiada guru masuk ke kelas (atas urusan yang tidak dapat dielakkan) selepas 5 minit bermulanya mata pelajaran.

Tindakan segera daripada ketua darjah dan penolong dapat membantu pihak pentadbir untuk tindakan selanjutnya.

KESIMPULAN

Pengurusan MMI yang berkesan dapat mencapai matlamat sekolah dan prestasi akademik murid akan meningkat. Usaha ini memerlukan komitmen yang tinggi dan sokongan padu daripada semua pihak. Kerja berpasukan yang mantap dapat menjayakan pengurusan MMI.

SYOR

Disyorkan agar pengurusan MMI akan menjadi lebih berkesan sekiranya pihak sekolah menyediakan buku catatan kehadiran guru mata pelajaran yang masuk ke dalam kelas. Guru yang masuk ke dalam mestilah menandangtangani buku catatan kehadiran guru bagi matapelajaran tersebut mengikut masa yang ditetapkan. Hal sedemikian ini, membuktikan guru mata pelajaran masuk ke dalam kelas mengikut masa yang tepat dan waktu instruksional berlaku sepenuhnya.
Muka Surat

| 426

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Rujukan Amalan-amalan Terbaik Pengurusan Pendidikan. Majlis Pengetua Cemerlang Kebangsaan, 2010. Melindungi Masa Instruksional (Proctecting Instruktional Time) di Sekolah untuk Meningkatkan Keberhasilan Pembelajaran Murid. Nota Sektor Operasi Pendidikan, KPM 2012.

Muka Surat

| 427

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

GURU SEKOLAH KEBANGSAAN CONVENT INFANT JESUS (2) UNIK DAN CEMERLANG

Oleh HAMIMAH HAMID JAMILAH OSMAN NORREHAN MOHAMAD NUUR HIDAYAH AB HAMID SK Convent Infant Jesus 2

Abstrak Sebagai sebuah Sekolah Kluster Kecemerlangan, Sekolah Kebangsaan Convent Infant Jesus 2 telah menunjukkan prestasi cemerlang yang sentiasa meningkat dari semasa ke semasa. Kejayaan sekolah dalam bidang kurikulum dan kokurikulum telah disokong oleh barisan guru yang unik dan cemerlang. Sekolah ini terdiri daripada 40 orang guru dan 480 orang murid perempuan pada tahun 2012. Penulisan ini membincangkan keunikan guru-guru sekolah ini dalam memacu kejayaan yang gemilang dalam bidang kurikulum dan kokurikulum. Situasi yang memungkinkan guru-guru Tahap 1 mampu mengajar dengan baik kelas-kelas Tahap 2 menjadikan guru-guru sekolah ini unik. Ketiadaan guru di sekolah atas urusan rasmi atau peribadi, dapat diatasi dengan adanya barisan guru yang versatil. Pengurusan sekolah berkesan menyediakan pelbagai program dan perancangan akademik yang menjamin kejayaan murid. Selain kualiti pengajaran dan akademik yang cemerlang, program dan perancangan akademik disesuaikan dengan kurikulum mata pelajaran di sekolah. Penggunaan modul khas pembelajaran bagi semua mata pelajaran teras telah dapat membantu mengatasi masalah ketiadaan guru di sekolah atas urusan rasmi atau peribadi. Begitu juga dengan pelaksanaan jadual ganti terancang sebagai persediaan untuk menempatkan guru ganti yang mengajarkan mata pelajaran yang sama. Hasil daripada keunikan yang ada di sekolah ini, telah dapat melonjakkan kejayaan dan kecemerlangan sekolah dalam bidang kurikulum dan kokurikulum. Pengurusan sekolah yang berkesan ialah usaha berterusan bagi meningkatkan komitmen guru terhadap tugas pendidikan, kepimpinan, dan pengurusan pendidikan dalam konteks sekolah.

Muka Surat

| 428

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

PENGENALAN

Sekolah Kebangsaan Convent Infant Jesus 2, Melaka, Malaysia telah dianugerahkan sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan pada tahun 2011. Sekolah ini merupakan sekolah bantuan modal yang terdiri daripada 40 orang guru dan 480 orang murid berdasarkan statistik terkini. Terdapat sebanyak 18 buah bilik darjah dengan purata 30 murid setiap kelas. Kejayaan anak didik didokong oleh guru-guru di sekolah ini yang menjadi tulang belakang kepada peningkatan prestasi akademik dan koakademik.

Menurut Sufean Hussin (2005 : 293), guru berkesan di sekolah digambarkan mempunyai pengetahuan akademik yang tinggi dan mendalam tentang pedagogi am dan khususnya dalam menterjemahkan kandungan mata pelajaran, memiliki kesedaran belajar sebagai proses sepanjang hayat, berkeupayaan menghasilkan sasaran pembelajaran yang diingini dan memiliki motivasi personaliti yang tinggi sebagai seorang guru.

Transformasi dalam bidang pendidikan merupakan satu proses yang pantas dan berterusan selari dengan perkembangan semasa. Selain kemajuan dan perubahan yang dicapai, profesion perguruan ini juga sentiasa berhadapan dengan pelbagai krisis. Justeru, amatlah penting bagi guru-guru untuk beradaptasi dengan segala perubahan yang berlaku agar segala kekangan tidak menjadi satu isu besar dalam mengekalkan kecemerlangan.

Keunikan guru-guru di sekolah ini yang mempunyai ilmu pedagogi dan metodologi yang luas menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran berkesan. Justeru, penyusunan jadual waktu mengajar tidak menjadi masalah utama kerana guru-guru berkebolehan ditempatkan di kelas-kelas Tahap Satu dan Tahap Dua. Selain itu, kredibiliti guru yang unik ini dapat mengisi waktu

Muka Surat

| 429

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

pengajaran dan pembelajaran bagi kelas yang ketiadaan guru di sekolah atas urusan rasmi atau peribadi.

Komitmen ini ditunjukkan dengan daya usaha, inisiatif, dan usaha positif guru untuk melaksanakan wawasan sekolah dan menyokong agenda pembaharuan sekolah. Sifat rajin, dedikasi dan dorongan yang tinggi guru atas usaha memajukan murid meningkatkan lagi kejayaan sekolah. Guru yang komited dengan tugas juga menyebabkan guru mengambil tanggungjawab memimpin dan menunjukkan semangat berkorban untuk murid dan sekolah.

PERNYATAAN ISU / CADANGAN

1.

Pengagihan mata pelajaran dan kelas (Tahap Satu dan Dua) mengikut kesesuaian bidang khusus. Ketiadaan guru kerana menjalankan tugas rasmi di luar sekolah.

2.

CADANGAN TINDAKAN / PENYELESAIAN

1.

Pengagihan mata pelajaran dan kelas (Tahap Satu dan Dua) mengikut kesesuaian bidang khusus. Penyusunan dan pengagihan mata pelajaran oleh Guru Penolong Kanan Pentadbiran dalam merancang dan membina jadual waktu guru amat penting bagi memastikan perjalanan proses PdP berkesan dan dapat menjamin peningkatan pencapaian akademik sekolah yang cemerlang. Asasnya guru di sekolah ini berpotensi mengajar dengan cemerlang dan efisien.

Menurut Bajuri Babu (2010) dalam Strategi Pengajaran Guru Cemerlang, pengajaran dan pembelajaran didorong oleh guru yang
Muka Surat

| 430

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

berdedikasi atas tanggungjawabnya. Guru yang mempunyai komitmen yang tinggi atas tugas dan kesediaannya untuk memberikan

perkhidmatan yang cekap, berkualiti, setia, dan jujur terhadap sekolah dapat mencorakkan kejayaan sekolah.

Berdasarkan kesedaran tentang tanggungjawab dan iltizam sebagai seorang pendidik, maka guru-guru di sekolah ini sentiasa bersedia menggalas tanggungjawab yang diamanahkan. Justeru, tidak menjadi masalah kepada guru-guru untuk mengajarkan sebarang mata pelajaran dan kelas yang ditetapkan. Keunikan guru-guru di sekolah ini ialah berkebolehan dan berpengetahuan dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran pada kedua-dua tahap secara kreatif dan inovatif.

Jadual 1 menunjukkan contoh jadual waktu mengajar bagi beberapa orang guru sekolah ini yang diberi tugas mengajar Tahap 1 dan Tahap 2 bagi tahun 2012. Guru-guru ini telah berjaya melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan cemerlang pada kedua-dua tahap. Hasilnya kesemua murid Tahun 1 dan Tahun 6 telah mencapai keputusan yang sangat cemerlang dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan Ujian UPSR 2012.

Kesanggupan

pihak

pentadbir

menggalas

tanggungjawab

tambahan mengajarkan mata pelajaran teras Tahap 1 dan Tahap 2 telah menjadikan guru sekolah ini unik.

Muka Surat

| 431

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Jadual 1 : Jadual Waktu Mengajar Guru

2.

Guru-guru menjalankan tugas rasmi di luar sekolah.

Sebagai sebuah sekolah kluster kecemerlangan, guru-guru di sekolah ini sering terlibat dengan tugas rasmi di luar sekolah. Maka tidak hairanlah
Muka Surat

| 432

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

sekiranya isu ketiadaan guru menjadi salah satu faktor proses PdP terganggu. Walau bagaimanapun, isu ini tidak menjadi masalah utama di sekolah ini memandangkan semua guru mempunyai sikap bertoleransi yang tinggi dan setiakawan dalam melaksanakan tanggungjawab serta sentiasa mengamalkan sikap bekerja dalam satu kumpulan. Situasi ini dapat dilihat melalui kesanggupan guru-guru di sekolah ini untuk menggantikan rakan guru dalam panitia yang sama secara sukarela.

Melalui kerja berpasukan, penstrukturan sumber manusia dapat dilakukan untuk menjadikan pekerjaan yang dilakukan itu lebih cekap dan terkawal. Kerjasama dan perkongsian kerja serta kepakaran dapat dilakukan. Begitu juga untuk tujuan mengembangkan konsep learning organization dalam sekolah bagi mengembangkan profesionalisme keguruan.

Proses PdP dapat dijalankan seperti yang dirancang dengan adanya penggunaan modul-modul pembelajaran. Panitia-panitia mata pelajaran teras sekolah ini telah menyediakan modul-modul mengikut sukatan mata pelajaran tersebut. Sehubungan dengan itu, guru-guru yang terlibat dalam kelas ganti akan menggunakan modul yang dibekalkan. Oleh itu, tiada wujud masalah kelas terabai. Lampiran A menunjukkan contoh muka depan modul pembelajaran mata pelajaran teras yang digunakan oleh murid-murid di sekolah ini.

Guru-guru sekolah ini juga mengambil berat soal kebajikan dan masalah pembelajaran yang dihadapi murid dan sentiasa berusaha untuk membantu muridnya mencapai kejayaan. Dedikasi dan keikhlasan guru untuk membantu membimbing dan memimpin anak didik menjadi salah satu faktor kecemerlangan sekolah ini.

Muka Surat

| 433

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Kepimpinan yang berkarisma tinggi dan berterampilan yang wujud dalam kalangan guru di sekolah ini seperti kehebatan intelektual, idealisme yang tinggi, berhemah dan berjiwa besar, bijaksana, kecekapan berkomunikasi, pemikiran strategik serta daya imaginasi yang tinggi dapat diaplikasikan dalam kelas ganti. Justeru, masalah ketiadaan guru yang menjalankan tugas luar tidak akan menjejaskan proses PdP di dalam bilik darjah. Hal ini akan mengekalkan kecemerlangan prestasi sekolah.

KESIMPULAN

Berdasarkan kebolehan dan integriti yang ada pada semua guru di sekolah ini, segala isu yang wujud dalam pengurusan kurikulum dan kokurikulum dapat ditangani dengan mudah dan efisien. Permuafakatan antara guru di sekolah ini juga membentuk satu keluarga besar yang berjuang menuju satu matlamat yang sama, selari dengan slogan, CIJ 2 Always No. 1 dan Be The Best and Beat The Rest.

Pengajaran dan pembelajaran berkesan bukan sahaja memikirkan aspek kecemerlangan akademik, tetapi juga kemahiran, sikap dan keterampilan diri guru. Hal tersebut dapat dilakukan dengan pelbagai kaedah pengajaran yang terancang dan strategik. Dr. Mahathir Mohamad pada 14 Julai 1995 berkata, Sumber yang paling utama bagi sesebuah negara selain pengeluaran bahan mentah ialah bakat, kemahiran, daya cipta, dan daya usaha rakyatnya sendiri. Kekuatan guru jauh lebih hebat dan berharga daripada sumber alam yang ada.

Muka Surat

| 434

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Guru berkualiti mampu melahirkan murid-murid yang berdaya saing dalam pasaran pekerjaan dan berupaya menangani cabaran negara dan arus globalisasi bagi merealisasikan wawasan pendidikan negara.

CADANGAN

Sekolah ini sentiasa melakukan penambahbaikan dari semasa ke semasa bagi memastikan prestasi sekolah sentiasa berada di kemuncak kegemilangan. Di sini dinyatakan beberapa cadangan penambahbaikan yang boleh membantu meningkatkan kelancaran perjalanan pengurusan kurikulum dan kokurikulum.

1.

Semua guru didedahkan dengan semua bidang pembelajaran memandangkan semua guru perlu bersedia mengajar semua mata pelajaran pada Tahap 1 dan Tahap 2.

Dalam ruangan temu bual Utusan Pendidikan bulan Mei 2003, mantan Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Dr Mahathir Mohamad menyatakan bahawa akan pentingnya guru sentiasa bersedia menguasai ilmu baharu untuk menjadikan diri mereka relevan dan sesuai dengan perubahan yang berlaku. Menurut Abd. Rahim (2005), guru yang mempunyai kombinasi beberapa mata pelajaran yang boleh diajar, lebih berwibawa, dan lebih baik berbanding dengan guru yang cuma menjurus pada satu bidang sahaja.

Guru harus mengamalkan pembelajaran berterusan supaya guru sentiasa mengikuti arus transformasi pendidikan selaras dengan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Dari semasa ke semasa, kepakaran guru dalam mengajarkan suatu mata pelajaran perlu dipertingkatkan melalui pelbagai cara seperti mengikuti kursus
| 435

Muka Surat

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

pengajaran, menjadi pemeriksa kertas peperiksaan sebelum diiktiraf sebagai guru pakar. Selain itu, pengetahuan guru dalam pelbagai mata pelajaran dapat dipertingkatkan melalui pembacaan buku, kajian, penyediaan modul pembelajaran, dan penggubalan soalan berasaskan sekolah.

2.

Jawatankuasa Jadual Waktu Mengajar menyediakan jadual ganti terancang untuk kemudahan guru-guru ganti.

Setiap panitia menyenaraikan ahli panitia masing-masing dan merancang satu jadual waktu senggang yang fleksibel bagi memudahkan pengisian guru untuk kelas ganti. Selain itu, pembinaan jadual waktu anjal bagi guru-guru yang mengikuti kursus jangka panjang perlu dirancang lebih awal.

Penggunaan jadual anjal, guru tidak hanya tertakluk kepada penetapan masa 30 minit bagi satu slot pengajaran seperti amalan sekarang, sebaliknya menetapkan berapa masa diperlukan bagi mengajarkan sesuatu topik hingga semua murid memahami konsep berkaitan.

Oleh itu semua guru mestilah sentiasa bersedia untuk memperuntukkan lebih masa PdP di luar waktu mengajar yang telah ditetapkan dalam jadual waktu induk.

3.

Semua panitia mata pelajaran elektif juga perlu menyediakan modulmodul pembelajaran sama seperti mata pelajaran teras supaya pengisian masa PdP berjalan dengan lancar.

Muka Surat

| 436

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Berdasarkan hasil kajian yang telah dijalankan oleh T. Komate (2008), tahap penerimaan murid adalah lebih tinggi apabila menggunakan modul pembelajaran kendiri.

Justeru, penggunaan modul bukan sahaja tertumpu pada mata pelajaran teras, tetapi melibatkan mata pelajaran elektif juga. Di samping itu, penggunaan modul juga membantu guru melaksanakan aktiviti dan memberikan peluang kepada murid untuk belajar secara berkesan melalui perbincangan dan bimbingan.

Rujukan Abd. Rahim A. R. (2005). Professionalisme Keguruan : Prospek dan Cabaran, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Azizul Rahman, A. R. dan Mohamad Saleeh, R. (2010). Strategi Pengajaran Guru Cemerlang. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributions Sdn. Bhd. Kamus Dewan Edisi Keempat. (2010). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Sufean Hussin. (2005). Pentadbiran dalam Pembangunan Pendidikan. Pahang : PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. T. Komate. (2008). Penerimaan Pelajar Terhadap Penggunaan Modul Pembelajaran Kendiri Berasaskan Rekabentuk Teori Beban Kognitif. Johor : Universiti Teknologi Malaysia. Zaidatol Akmalia Lope Pihie dan Foo Say Fooi. (2003). Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan: Satu Langkah Ke Hadapan. Serdang : Universiti Putra Malaysia. Bajuri Babu. (2010). Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Berkualiti : Pendidikan Seni Visual Mampu Melahirkan Insan Kreatif. Strategi Pengajaran Guru Cemerlang. Kuala Lumpur : Utusan Publication Distributor Sdn. Bhd.

Muka Surat

| 437

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Muka Surat

| 438

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Muka Surat

| 439

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Muka Surat

| 440

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Muka Surat

| 441

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Muka Surat

| 442

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Muka Surat

| 443

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Muka Surat

| 444

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENJAWAB SOALAN GEOGRAFI PMR BERDASARKAN PETA DENGAN MENGGUNAKAN TEKNIK TAK KENAL MAKA TAK CINTA

oleh PUAN ROHANI BINTI HAMZAH SMK Durian Daun,Melaka

Abstrak Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) yang berkesan amat penting dalam usaha guru membangunkan modal insan anak didik di dalam bilik darjah. PdP yang berkesan secara tidak langsung dapat membantu pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional (MMI) warga pendidik di bilik darjah. Apabila seseorang guru itu mengamalkan dan menghasilkan suatu kaedah baharu dalam PdP, sudah pasti masa guru dan murid dapat dijimatkan. Justeru, guru akan dapat menyampaikan pengajaran dan pencapaian objektif dalam masa yang singkat dan murid pula dengan cepat dapat menguasai sesuatu tajuk, bab atau topik. Hal ini sudah tentu akan menjimatkan masa guru dan murid. Kertas kerja ini bertujuan untuk mengaitkan teknik Tak Kenal Maka Tak Cinta dengan MMI. Dalam peperiksaan Geografi PMR, terdapat lebih kurang 12 soalan (22%) Geografi fizikal dan manusia berasaskan peta dan 23 soalan (44%) memerlukan pengetahuan lokasi yang berasaskan peta. Walau bagaimanapun, terdapat ramai murid yang gagal menjawab soalan tersebut dengan betul. Kegagalan murid menjawab soalan yang memerlukan pengetahuan lokasi di atas peta telah menyebabkan murid tidak berminat akan mata pelajaran Geografi. Berdasarkan keadaan ini, penkaji telah menggunakan teknik Tak Kenal Maka Tak Cinta bertujuan untuk meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran Geografi. Teknik ini berjaya meningkatkan keupayaan murid mengingati fakta di atas peta dan seterusnya mampu menjawab soalan peta dengan lebih baik. Hal ini secara tidak langsung dapat meningkatkan peratus lulus dan kualiti keputusan peperiksaan PMR.Teknik tersebut juga digunakan untuk membantu guru Geografi yang bukan opsyen, guru sandaran tidak terlatih (GSTT) dan guru ganti di negeri Melaka. Oleh itu, penkaji telah mengumpulkan sebanyak 9 buah buku teks yang digunakan dari tingkatan 1-3 oleh sekolah-sekolah di Malaysia dan membuat kajian yang terperinci. Maka penkaji telah menghasilkan sebuah peta Malaysia yang mengandungi maklumat bagi setiap negeri hanya di atas sehelai kertas. Penkaji telah membuat penambahbaikan dengan menandakan lokasi kawasan tertentu. Teknik Tak Kenal Maka Tak Cinta bermula pada tahun 2009 hinggalah sekarang.
Muka Surat

| 445

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Kajian bermula dari bulan Februari hingga Mei 2009 terhadap 30 orang murid kelas 3 Merah. Kajian meliputi minat, masalah pembelajaran, dan kekerapan ulang kaji pelajaran Geografi. Murid seiring kali diuji dengan menggunakan peta kosong. Selepas kajian dijalankan, jelas menunjukkan sikap dan minat murid lebih positif terhadap mata pelajaran Geografi. Mereka juga telah menunjukkan peningkatan dalam kemahiran mengenal pasti lokasi di atas peta dan fakta yang berkaitan dengannya. Murid juga menjadi semakin seronok untuk menjawab soalan-soalan yang berkaitan peta apabila diberikan sebagai latihan. Secara amnya, penkaji mendapati bahawa proses PdP akan menjadi lebih berkesan dan mudah.Teknik ini banyak membantu murid menguasai peta dan fakta yang berkaitan. Oleh itu, secara tidak langsung telah dapat mengubah sikap dan persepsi mereka terhadap mata pelajaran Geografi yang dianggap membosankan dan sukar kerana terlalu banyak peta yang perlu diingati.

Muka Surat

| 446

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

PENGENALAN Mengapakah penkaji menggunakan teknik, Tak Kenal Maka Tak Cinta? Melalui pemerhatian penkaji, didapati murid suka menampal gambar yang di sukai di fail dan meja mereka. Mereka dapat melihat setiap masa gambar tersebut sewaktu persekolahan. Oleh itu, pengkaji mendapat idea untuk menggantikan gambar tersebut dengan peta yang lengkap mengandungi maklumat. Murid dapat melihat peta tersebut setiap hari persekolahan dan secara tidak langsung dapat meningkatkan daya ingatan mereka tentang lokasi dan maklumat di atas peta.

PERNYATAAN ISU / CADANGAN

Berdasarkan pemerhatian dan analisis yang dilakukan oleh penkaji bermula pada tahun 2005, didapati bahawa murid yang tidak minat mata pelajaran ini boleh dibantu. Oleh itu, penkaji telah mengumpulkan sebanyak 9 buah buku teks yang digunakan dari tingkatan 1-3 oleh sekolah-sekolah di Malaysia. Setelah membuat kajian yang terperinci, maka penkaji telah menghasilkan sebuah peta Malaysia yang mengandungi maklumat bagi setiap negeri hanya di atas sehelai kertas. Penkaji telah mengedarkan bahan tersebut ke semua sekolah di negeri Melaka. Kelemahan bahan tersebut ialah penkaji tidak menandakan lokasinya.

Oleh itu, penkaji telah membuat penambahbaikan pada tahun 2006 dengan menandakan lokasi. Pada tahun 2007 penkaji terus menghasilkan peta Asia Tenggara dan peta Dunia yang juga mengandungi fakta yang dimuridi oleh murid tingkatan 1-3. Jumlah peta yang mengandungi fakta Geografi ialah 4 helai. Dengan menggunakan peta tersebut telah memudahkan murid mengulang kaji pelajaran. Kelemahannya ialah murid hanya melihat peta
Muka Surat

| 447

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

tersebut jika ingin mengulang kaji pelajaran atau diminta oleh guru. Oleh itu, penkaji telah menggunakan teknik Tak Kenal Maka Tak Cinta bermula pada tahun 2009 hinggalah sekarang. Pada tahun 2012, penkaji telah membuat penambahbaikan dengan mewarnakan peta tersebut untuk menarik lebih perhatian murid.

CADANGAN TINDAKAN / PENYELESAIAN

Kajian ini dijalankan bermula dari Februari hingga Mei 2009, melibatkan seramai 30 orang murid Tingkatan 3M telah dijadikan sampel kajian. Muridmurid ini dipilih berdasarkan prestasi pencapaian Geografi yang rendah

semasa di Tingkatan 2 tahun 2008.

Sebelum kajian dijalankan, pemerhatian telah dibuat atas sampel kajian untuk melihat kelemahan dan kekuatan mereka. Dalam tempoh kajian dijalankan, murid telah ditemu bual dan diajukan dengan soalan. Antara soalan ialah :

(a) (b) (c)

minat mereka terhadap mata pelajaran Geografi, masalah pembelajaran mereka terhadap mata pelajaran Geografi dan kekerapan mereka mengulang kaji mata pelajaran Geografi dalam tempoh seminggu.

Pemerhatian diteruskan selepas meja setiap murid ditampal dengan empat keping peta yang mengandungi fakta Geografi. Saiz peta yang berukuran 64sm x 46sm. Peta tersebut sentiasa ada di atas meja dan murid dapat melihat setiap masa sewaktu berada di dalam kelas. Melalui pemerhatian juga penkaji, murid Tingkatan 3M selalu melihat peta di atas meja tersebut sewaktu menunggu kehadiran guru.
Muka Surat

| 448

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Murid sering kali diuji dengan dipamerkan peta kosong di hadapan kelas dan diminta murid menanda sendiri kawasan tertentu di atas peta serta menjelaskan lokasi yang ditanda. Murid diberikan kebebasan menandakan lokasi yang diingati. Pada peringkat awal didapati murid agak malu untuk ke hadapan kelas dan menanda peta tetapi selepas seminggu, iaitu 3 kali proses PdP, murid menjadi berani ke hadapan dan berlakon seperti guru untuk menanda dan menjelaskan lokasi yang ditanda di atas peta. Murid juga menjadi semakin teruja untuk menjawab soalan-soalan yang berkaitan dengan peta apabila diberikan sebagai latihan. Teknik Tak Kenal Maka Tak Cinta terhasil daripada tindak balas perlakuan murid tersebut.

Jadual 1, menunjukkan beberapa aspek yang telah diperhatikan oleh guru dan pengkelasan yang dibuat berdasarkan pendapat peribadi guru.

Jadual 1 : Pemerhatian guru atas sampel kajian


Bilangan murid Bil Aspek yang diperhatikan Baik 1 2 3 Minat Geografi Pengetahuan peta Sikap terhadap Geografi 2 2 3 Sebelum kajian Sederhana 5 3 9 Lemah 23 25 18 Baik 20 19 20 Selepas kajian Sederhana 10 8 10 Lemah 0 3 0

Selepas kajian dijalankan, jelas menunjukkan bahawa sikap dan minat murid lebih positif terhadap mata pelajaran Geografi. Mereka juga telah menunjukkan peningkatan dalam kemahiran mengenal pasti lokasi di atas peta dan fakta yang berkaitan dengannya.

Muka Surat

| 449

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Murid didapati terlibat secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Untuk menguji tahap penguasaan murid mengingati fakta yang terdapat dalam peta, penkaji telah menanggalkan peta yang ditampal di atas meja dan menyimpannya selama seminggu. Penkaji terus menguji murid pada minggu tersebut tanpa peta di atas meja mereka. Kesannya amat positif kerana mereka masih dapat mengingati tempat dan fakta yang berkaitan dengan peta berkenaan. Malahan murid semakin seronok belajar kerana berlumba-lumba untuk menanda peta dan menjawab apabila diberikan peluang. Suasana pembelajaran menjadi lebih seronok dan murid sentiasa tertunggu-tunggu kehadiran penkaji ke dalam kelas dan juga meminta penkaji menjadi guru ganti jika ada guru yang tidak hadir ke sekolah.

Secara amnya, penkaji mendapati bahawa proses PdP akan menjadi lebih berkesan dan mudah. Teknik ini dapat membantu murid menguasai peta dan fakta yang berkaitan. Secara tidak langsung telah dapat mengubah sikap dan persepsi mereka terhadap mata pelajaran Geografi yang dikatakan

membosankan dan sukar kerana terlalu banyak peta yang perlu diingat.

Untuk melihat keberkesanan teknik tersebut dalam peperiksaan PMR tahun 2009, penkaji telah mengumpulkan kertas soalan yang telah ditanda oleh sampel kajian penkaji dan membuat analisis. Hasilnya dapat dilihat dalam Jadual 2 yang menunjukkan bilangan soalan peta dan pengetahuan fakta berkaitan peta yang berjaya dijawab oleh sampel kajian penkaji.

Jadual 2:Bilangan Murid Menjawab Tepat Soalan Berasas Peta PMR 2009
Bilangan Soalan Peta bertanda/fakta peta 26 Skala ketepatan bilangan murid menjawab 1-10 2 11-20 10 21-26 18

Muka Surat

| 450

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Berdasarkan Jadual 2 jelas menunjukkan bahawa teknik, Tak Kenal Maka Tak Cinta telah banyak membantu sampel kajian penkaji menjawab soalan peperiksaan PMR tahun 2010 dengan tepat. Berdasarkan keberkesanan teknik tersebut, maka pada tahun 2010, teknik ini telah diguna pakai oleh semua murid Tingkatan 3 sekolah penkaji juga oleh murid di SMKA Sultan Mohamad, Melaka. Pada tahun 2011, penggunaan peta menggunakan kaedah Tak Kenal Maka Tak Cinta turut diguna pakai oleh guru dan murid :

(a) (b) (c) (d) (e) (f) (g) (h) (i) (j) (k) (l)

MRSM Alor Gajah, Melaka SMJK Katholik, Melaka SMK Tinggi, Melaka SMK Tinggi Perempuan, Melaka SMK Dato Hamzah,Kelang, Selangor SMK Mahmud,Raub, Pahang SMKA As-Syaiidah Khatijah, Melaka SMK Dang Anum, Melaka SMK Methodist, Melaka SMK Infant Jesus, Melaka SMK Canoss Convent, Melaka dan sekolah-sekolah lain di negeri Melaka.

KESIMPULAN

Berdasarkan hasil dapatan, terdapat peningkatan dalam kemahiran murid menjawab soalan Geografi berasaskan peta yang telah disediakan. Penggunaan peta yang mengandungi fakta/maklumat telah banyak membantu peningkatan prestasi Geografi sekolah-sekolah di negeri Melaka dan peratus pencapaian
Muka Surat

| 451

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

negeri Melaka mengatasi pencapaian peringkat kebangsaan. Jadual 3 menunjukkan rekod pencapaian PMR tahun 2008-2009 untuk 20 buah sekolah di negeri Melaka yang mengguna pakai empat helaian peta bermaklumat tersebut.

Jadual 3 : Analisis PMR 2008-2009 Mata Pelajaran Geografi Sekolah-Sekolah Negeri Melaka
Bil 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 Nama Sekolah SBP Integrasi Selandar SM Muzaffar Shah SMKA Sharifah Rodziah SMKA Sultan Mohamad SMK Tinggi Perempuan SMK Infant Jesus SMK St.Francis SMK Ayer keroh SMK Katholik SMK Selandar SMK Durian Daun SMK Lubuk China SMK Nyalas SMK Klebang Besar SMK Bemban SMK Dato Bendahara SMK Seri Tanjung SMK Rahmat SMK Tun Tijah SMK Sungai Udang 2008 (%) 100 100 100 100 100 95.9 91.7 94.5 83.4 89.0 86.2 91.0 90.2 88.6 93.4 90.2 87.0 80.8 84.3 93.2 2009 (%) 100 100 100 100 100 96.7 97.3 95.5 93.9 94.1 92.4 92.4 90.5 91.1 94.3 90.7 87.2 90.3 92.4 94.7 Beza % +0.8 +5.6 +1.0 +10.5 +5.1 +6.2 +1.4 +0.3 +2.5 +0.9 +0.5 +0.2 +9.5 +8.1 +1.5

Berdasarkan jadual di atas, jelas menunjukkan peningkatan prestasi mata pelajaran Geografi untuk 20 buah sekolah yang menggunakan peta bermaklumat tersebut secara terbimbing. Bahan telah diedarkan untuk semua sekolah di negeri Melaka pada bulan Mac tahun 2008 semasa kursus anjuran
Muka Surat

| 452

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

JPN Melaka di Hotel Seri Malaysia, Mersing, Johor. Guru-guru juga telah dibimbing tentang cara menggunakan peta tersebut. Bahan juga telah diguna pakai oleh Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Zon Selatan khasnya MRSM Terendak, MRSM Batu Pahat, MRSM Mersing, MRSM Alor Gajah, MRSM Serting dan MRSM Kuala Kelawang. Bahan juga digunakan oleh anak-anak Petronas, Felcra, dan anak-anak orang asli Zon Selatan. Bahan juga diedarkan semasa Konvensyen Guru Cemerlang Malaysia di Akademi Kenegaraaan Biro Tatanegara, Kuala Lumpur. Peta bermaklumat ini juga diguna pakai oleh Dr. Faris Dzaudin, Pensyarah Geografi di Jabatan Geografi dan Alam Sekitar, di Universiti Perguruan Sultan Idris untuk pelatih UPSI.

Teknik ini juga telah diguna pakai oleh guru mata pelajaran Matematik di sekolah penkaji, Guru Cemerlang Perdagangan Negeri Sembilan, Guru Besar SK Mahmud, Raub, Pahang, dan sekolah lain.

Menurut kajian temu bual yang dijalankan oleh Tuan Hj. Baharuddin bin Husin selaku GPK HEM SBP Integrasi Selandar, Melaka yang juga merupakan guru Geografi di sekolah tersebut, murid beliau memberitahu bahawa mereka dapat menjawab 54 soalan Geografi PMR pada tahun 2007 dengan hanya mengingati peta bermaklumat tersebut. Bahan ini juga telah dipamerkan semasa Pameran Karnival Malaysia Inovatif Zon Tengah di MITC, Melaka pada 13-14 November 2011. Bahan ini juga telah menerima Anugerah Emas Guru Inovatif di Konvensyen Persidangan Kebangsaan Guru anjuran BPG dan IPG, Kementerian Pelajaran Malaysia. Bahan ini mempunyai permintaan yang tinggi dalam kalangan ibu bapa yang mengetahui tentang bahan ini bagi membantu meningkatkan prestasi Geografi anak-anak mereka.

Penambahbaikan telah dilakukan atas peta tersebut dengan mewarnakan dan menggunakan simbol untuk menarik perhatian murid sederhana dan lemah.

Muka Surat

| 453

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

SYOR

Bahan ini mempunyai potensi untuk disebarluaskan kepada pihak lain kerana bahan ini amat membantu guru dan murid dalam melaksanakan MMI. Bahan ini patut diguna pakai oleh semua sekolah di Malaysia untuk :

1. 2. 3.

meningkatkan daya ingatan murid tentang lokasi kawasan tertentu. meningkatkan daya tarikan terhadap murid kerana peta berwarna. menambah keceriaan kelas dan meja murid yang sebelum ini meja telah diconteng dengan pen marker atau liquid paper. Apabila meja mereka ditampal peta, keadaan ini telah membantu mengatasi masalah meja yang tidak ceria.

4.

menjimatkan kos kerana bahan hanya dibuat sekali sahaja dan tahan untuk jangka masa yang lama kerana telah digunakan laminate. Bahan boleh digunakan untuk tahun berikutnya. Sebelum peta menggunakan laminate murid selalu menghilangkan peta yang diberikan oleh guru atau dikoyak. Keadaan ini menyebabkan pembaziran kertas dan kos.

5.

memudahkan PdP guru kerana semua maklumat yang hendak dipelajari berkaitan peta ada di atas meja murid dan guru tidak perlu meminta murid melihat buku yang mempunyai terlalu banyak peta hingga

menyebabkan murid menggemari Geografi, tetapi dengan peta yang ringkas ini, telah menimbulkan tanggapan positif bahawa Geografi amat senang. 6. murid dapat memanfaatkan masa yang terluang sewaktu pertukaran guru dengan melihat sebentar peta bermaklumat yang ditampal di atas meja. Secara tidak langsung dapat meningkatkan pengetahuan murid tentang ciri-ciri keunikan Geografi Malaysia selaras dengan hasrat Sukatan Pelajaran Geografi Sekolah Menengah. 7. meningkatkan peratus lulus dan peningkatan kualiti keputusan peperiksaan PMR sekolah-sekolah negeri Melaka kerana sebelum
Muka Surat

| 454

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

inovasi ini didapati murid sering kali silap menjawab soalan yang berkaitan dengan peta atau pengetahuan am tentang ciri-ciri

keistimewaan sesebuah negara atau negeri. 8. Guru juga dapat menghayati MMI dalam PdP di dalam bilik darjah. Dengan menggunakan teknik ini, masa PdP yang digunakan dapat dijimatkan kerana teknik ini akan menyebabkan murid mudah faham.

Muka Surat

| 455

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Lampiran A

Proses mewarnakan gambar menggunakan laminate Peta 1 Peta 2

Peta 3

Peta 4

Peta 1,2,3 dan 4 menggunakan laminate

Muka Surat

| 456

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Lampiran B Keadaan meja murid sebelum ditampal peta, Tak Kenal Maka Tak Cinta dan selepas ditampal peta yang tidak berwarna. Sebelum Selepas

Keadaan meja murid yang ditampal dengan peta tidak berwarna dan peta berwarna. Sebelum warna Selepas warna

Muka Surat

| 457

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Lampiran C

Contoh borang soal selidik tahap kepuasan hati murid dalam Program Suntikan A+ anjuran JPM dan Petronas.

Muka Surat

| 458

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Lampiran D

Komen Pelawat dalam Persidangan Guru Cemerlang Peringkat Kebangsaan Tahun 2011 di Institut Aminuddin Baki, Jitra, Kedah

Komen Pelawat di Konvensyen Kebangsaan Pendidikan Guru 2011 di A Famosa Resort, Melaka

Muka Surat

| 459

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Muka Surat

| 460

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL : MELINDUNGI MASA PEMBELAJARAN MIRACLE FINGERS (MATEMATIK SEKOLAH RENDAH TAHAP 2)

oleh SHAHRIL BIN OTHMAN AZMI BIN ABD RAHIM RAHIM BIN HASSAN SK Maran, Maran, Pahang

Abstrak Kajian ini dijalankan untuk menghasilkan bahan inovasi yang dapat membantu Melindungi Masa Instruksional (MMI) guru-guru Matematik. Perkaitan kaedah menjawab soalan dengan cara yang mudah dan cepat bagi topik yang melibatkan timbangan berat, ukuran panjang, isipadu cecair, Peratus serta masa dan waktu mengelakkan para guru menghabiskan masa menerangkan konsep dan kaedah yang sama berulang kali. Selain itu, murid akan dapat menjawab soalan Matematik melibatkan pecahan bagi topik yang dinyatakan dengan lebih cepat berbanding kaedah konvensional. Kaedah inovasi yang diperkenalkan ini menepati konsep Melindungi Masa Instruksional (MMI). Melalui bahan inovasi ini, para guru dapat menerapkan kaedah pengiraan secara pantas dalam salah satu topik berkaitan selepas pengenalan konsep. Seterusnya, bagi topik yang berikutnya penerangan kaedah tidak diperlukan lagi. Oleh itu, kaedah ini dapat melindungi MMI guru dan murid. Penghasilan bahan inovasi ini berkait rapat dengan masalah yang berlaku terhadap murid iaitu tidak dapat menjawab soalan Matematik Kertas 1 UPSR dalam tempoh masa yang ditetapkan. Bagi murid yang telah menguasai kaedah biasa adakalanya cuai ketika melakukan proses pengiraan. Oleh yang demikian, satu kaedah baharu perlu dibina supaya semua murid dapat menjawab soalan berkaitan topik melibatkan pecahan dengan teknik yang lebih pantas dan tepat. Enam puluh orang murid daripada tiga buah sekolah yang berbeza telah dipilih menjadi responden bagi kajian ini. Dalam sesi pengajaran, responden telah diajar teknik inovasi dan diuji dengan soalan-soalan ujian. Kajian ini menggunakan pra dan pascaujian bagi memastikan keberkesanan bahan inovasi. Hasil kajian didapati bahawa lebih 95% responden berjaya menjawab soalan dengan lebih pantas berbanding sebelum inovasi diperkenalkan. Berdasarkan soal selidik yang diedarkan kepada responden, kesemua mereka bersetuju bahawa teknik inovasi yang diperkenalkan lebih mudah dan menarik serta senang difahami.

Muka Surat

| 461

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

PENGENALAN

Penerangan konsep dan kaedah menjawab soalan secara konvensional oleh guru-guru Matematik menjadi salah satu faktor berlakunya ketidakcukupan masa menghabiskan silibus dan berlaku masalah pencapaian yang kurang memberangsangkan oleh murid-murid dalam Matematik. Berdasarkan

pencapaian murid dalam mata pelajaran Matematik Sekolah Rendah, didapati bahawa masih terdapat banyak kelemahan tentang penukaran unit secara pantas melibatkan pecahan dan seterusnya menjejaskan masa menjawab soalan. Sehubungan dengan itu, ketidakcukupan masa sering kali diutarakan oleh murid-murid terutamanya ketika menjawab soalan Matematik Kertas 1. Berdasarkan pengalaman kumpulan penyelidik sebagai guru-guru Matematik sekolah rendah, didapati hampir 90% murid di dalam setiap kelas akan menghadapi masalah ketidakcukupan masa menjawab soalan berkaitan penukaran unit bagi tajuk Peratus, Masa dan Waktu, Ukuran Panjang, Timbangan Berat, dan Isipadu cecair. Walaupun kebanyakan murid memahami konsep dan kaedah bagi menjawab soalan penukaran unit melibatkan pecahan bagi tajuk-tajuk berikut, namun kaedah penyelesaian yang lebih mudah dan cepat perlu diketahui oleh semua murid supaya masalah yang dihadapi ini dapat diatasi.

Sehubungan dengan itu, satu penyelidikan perlu dilakukan bagi mengatasi masalah ini. Menurut Ee Ah Meng (1997), setiap guru perlu berusaha meningkatkan mutu pengajarannya melalui penyelidikan tindakan atau kajian tindakan. Berdasarkan maklumat yang diperolehi. Suatu refleksi perlu dilakukan dan berusaha ke arah penyelesaian masalah tersebut.

Melalui kajian tindakan ini, suatu inovasi dan pembaharuan dalam pendekatan pengajaran dan pembelajaran akan berlaku. Menurut Noor Azlan (1995), dalam sejarah perkembangan pendidikan Matematik di Malaysia,
Muka Surat

| 462

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

kurikulum mata pelajaran itu telah mengalami banyak perubahan sejak merdeka hingga sekarang. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) peka tentang kualiti PdP di dalam bilik darjah. Banyak usaha telah dijalankan untuk meningkatkan mutu PdP Matematik. Justeru, pihak kerajaan telah

memperkenalkan dan menggalakkan pelbagai pendekatan yang kreatif dan inovatif untuk meningkatkan kebolehan murid dalam menyelesaikan masalah Matematik. Sehubungan dengan itu, perlu ada daya usaha untuk membuat kajian serta penghasilan teknik yang inovatif serta lebih berkesan supaya perubahan ini dapat memberikan impak yang positif kepada murid-murid. Selain itu, usaha untuk mengurangkan tanggapan negatif berkaitan mata pelajaran Matematik sebagai mata pelajaran yang dianggap sukar dan membosankan akan dapat diatasi.

PENYATAAN ISU/CADANGAN

Berdasarkan pemerhatian kumpulan penyelidik, didapati antara masalah utama yang menyebabkan pencapaian murid-murid di dalam mata pelajaran Matematik tidak cemerlang ialah tidak cukup masa untuk menjawab soalansoalan yang dikemukakan.

Purata masa yang diperuntukkan bagi setiap soalan; Kertas 1 (90 saat) dan Kertas 2 (120 saat), semua murid perlu mengetahui dan menguasai apa sahaja kaedah untuk menjawab dengan seberapa segera. Namun begitu, masalah yang timbul ialah keseluruhan murid akan menjawab soalan dengan cara mengira langkah demi langkah. Oleh itu, masa yang diambil untuk menjawab soalan tersebut agak lama dan menyebabkan ramai murid yang tidak dapat menyiapkan soalan pada masa yang telah ditetapkan.
Muka Surat

| 463

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Sehubungan dengan itu, sasaran untuk mendapatkan pencapaian cemerlang dalam Matematik akan sukar dicapai sekiranya tiada suatu tindakan susulan untuk menyelesaikan masalah ini dijalankan. Oleh yang demikian, kaedah yang lebih mudah perlu dihasilkan supaya kaedah tersebut akan dapat membantu murid menjawab soalan dengan tepat berkaitan dengan penukaran unit dan seterusnya mendapat keputusan yang lebih baik dalam mata pelajaran Matematik.

Masalah yang wujud ini telah memberikan idea kepada penyelidik untuk membina satu bahan inovasi yang dipanggil Miracle Fingers yang menggunakan jari-jari tangan untuk menjawab secara pantas tanpa perlu mengira menggunakan kaedah pengiraan biasa.

Walaupun kaedah penyelesaian secara kaedah biasa telah diketahui dan dikuasai tetapi masih belum dimantapkan dalam bentuk penyelesaian secara pantas menggunakan jari serta pemetaan dalam minda murid. Oleh itu, Miracle Fingers adalah satu inovasi bagi membantu murid untuk menjawab soalan penukaran unit secara pantas dan mencapai keputusan yang lebih baik dalam mata pelajaran Matematik.

Miracle Fingers merupakan inovasi yang menggunakan peranan jari-jari tangan untuk mendapatkan jawapan penukaran unit yang melibatkan pecahan secara pantas. Secara tidak langsung kaedah ini dapat menyelesaikan masalah bagi 5 topik utama Matematik sekolah rendah iaitu Peratus , Masa dan Waktu , Ukuran Panjang , Timbangan Berat, dan Isipadu cecair .

Dalam PdP yang berkaitan topik berkenaan, bahan inovasi ini boleh digunakan sebagai bahan untuk penerangan konsep dan seterusnya

menggunakannya untuk menjawab soalan-soalan yang melibatkan:


Muka Surat

| 464

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

(a) (b) (c) (d) (e) (f)

penukaran unit penambahan penolakan pendaraban pembahagian penyelesaian masalah

(Conversion) (Addition) (Subtraction) (Multiplication) (Division) (Problem Solving)

CADANGAN TINDAKAN /PENYELESAIAN

Kebanyakan murid di sekolah mampu menjawab soalan penukaran unit melibatkan pecahan menggunakan kaedah biasa tetapi tidak dapat menjawab dalam tempoh masa yang ditetapkan. Bagi murid yang menguasai kaedah biasa pula adakalanya cuai ketika proses pengiraan. Oleh yang demikian, satu kaedah baharu perlu dibina supaya semua murid dapat menjawab soalan berkaitan topik melibatkan pecahan, dengan teknik yang lebih pantas dan tepat.

Berdasarkan pemerhatian, didapati murid-murid lebih mudah mengingati sesuatu kaedah melibatkan bahan maujud. Oleh itu, penggunaan jari ialah suatu penemuan baharu dan terkini yang boleh digunakan untuk memudahkan muridmurid menukar unit dengan lebih pantas dan tepat. Jari-jari lebih praktikal digunakan berbanding bahan maujud yang lain sebagai Bahan Bantu Mengajar (BBM).

Sehubungan dengan itu, idea untuk membantu murid dengan cara menghasilkan satu inovasi yang dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi ini supaya tidak terus berpanjangan. Melalui penemuan ini, didapati minat dan keupayaan murid menjawab soalan semakin bertambah. Ironinya, apabila soalan yang sukar tetapi dapat dijawab dengan mudah akan menambah minat murid untuk belajar.
Muka Surat

| 465

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Oleh yang demikian, mempraktik kaedah yang begitu efektif ini oleh guru-guru di dalam kelas amat digalakkan. Penguasaan kaedah ini oleh muridmurid secara tidak langsung akan menarik minat mereka untuk belajar dan seterusnya menghilangkan tanggapan negatif pada Matematik.

KESIMPULAN

Bahan inovasi ini amat membantu guru ketika sesi PdP. Masa yang diperuntukkan dalam sesuatu sesi pengajaran tidak memadai sekiranya masa instruksional guru tidak dimanfaatkan dengan sebaik mungkin. Melalui pembinaan bahan inovasi ini, selain dapat membantu para guru meningkatkan pencapaian murid dalam mata pelajaran Matematik, bahan ini juga dapat melindungi masa instruksional. Guru tidak memerlukan masa yang panjang untuk memberikan penerangan dan murid akan lebih memahami kaedah inovasi berbanding kaedah konvensional. Guru hanya perlu menggunakan sarung jari yang direka oleh penyelidik untuk menerangkan konsep serta kaedah menjawab soalan dengan lebih pantas berbanding kaedah biasa.

Berdasarkan maklum balas melalui temu bual dan soal selidik, kebanyakan guru berminat menggunakan kaedah Miracle Fingers dalam pengajaran dan pembelajaran mereka. Para guru kebanyakannya berpuas hati serta mengakui murid-murid mereka lebih cepat menguasai kemahiran penukaran unit menggunakan Miracle Fingers serta dapat menjawab soalansoalan dengan lebih pantas.

Kesimpulannya, berdasarkan pembinaan bahan ini, setelah diaplikasi di dalam PdP, didapati, bahawa: (a) murid dapat memahami dan menguasai kaedah menjawab soalan
Muka Surat

| 466

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

dengan lebih pantas dan berkesan. (b) pencapaian murid di dalam mata pelajaran Matematik bagi topiktopik tersebut semakin baik. (c) (d) murid lebih meminati pembelajaran secara santai. murid hanya memerlukan kurang daripada 10 saat untuk menukar unit melibatkan pecahan seterusnya melibatkan operasi asas yang lain.

HASIL DAPATAN KAJIAN

Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh penyelidik didapati inovasi yang dibina ini bermanfaat seperti pernyataan berikut: Memendekkan masa menjawab soalan Kaedah ini dapat mengatasi masalah ketidakcukupan masa ketika menjawab soalan peperiksaan yang menjadi asas kepada penghasilan bahan inovasi. Pencapaian ujian meningkat Murid yang menjadi responden kajian ini telah menunjukkan peningkatan pencapaian ujian bagi tajuk-tajuk yang berkaitan. Pengendalian bahan dalam PdP lebih mudah dan berkesan Bentuk bahan inovasi yang ringkas dan ringan memudahkan guru -guru untuk mengendalikannya dalam sesi PdP berbanding BBM yang lain. Selain itu, penggunaan bahan ini lebih berkesan dan menarik. Menjimatkan masa topik pengajaran Penggunaan bahan ini telah menjimatkan masa pengajaran guru kerana
Muka Surat

1.

2.

3.

4.

| 467

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

melalui satu sesi pengajaran, tersebut yang telah merangkumi 5 topik sekaligus.

5.

Penjimatan kos penghasilan bahan inovasi

Bahan inovasi yang dibina ini memerlukan perbelanjaan yang amat minimum. Jumlah keseluruhan bagi bahan ini hanya RM25.00 (Ringgit Malaysia: Dua Puluh Lima Sahaja). Jumlah perbelanjaan yang digunakan adalah untuk membina set PdP yang terdiri daripada Rajah Tangan dan Set Sarung Jari. Jumlah RM25.00 adalah bagi membina satu set lengkap bahan inovasi ini. Oleh yang demikian, pembinaan bahan inovasi ini amat murah tetapi begitu efisien dalam PdP.

Setelah bahan inovasi ini dibina dan dilihat efektif dalam PdP bagi mata pelajaran Matematik, penyebaran di peringkat sekolah penyelidik iaitu Sekolah Kebangsaan Maran, Pahang telah dilakukan. Selain itu, penyebaran di sekolah-sekolah lain turut dijalankan melalui ceramah-ceramah yang dihadiri oleh pengkaji yang telah dijemput untuk menyampaikan ceramah Kecemerlangan UPSR di peringkat Daerah Maran dan Negeri Pahang.

Disyorkan agar teknik ini disebarluaskan melalui mediummedium yang bersesuaian supaya diterima pakai dan dipraktikkan di semua sekolah seluruh negara kerana terbukti teknik ini telah menerima respon yang baik serta memberikan impak kepada guru dan murid. Teknik ini akan dapat menambahkan kemahiran murid-murid

menyelesaikan masalah Matematik dengan lebih pantas serta secara tidak langsung akan dapat diaplikasikan dalam kehidupan harian mereka. Bagi pengkaji, our daily life is related to Mathematics.

Muka Surat

| 468

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

6.

Melindungi Masa Instruksional (MMI) Bahan inovasi yang direka cipta amat mudah diaplikasi dalam PdP oleh semua guru. Kit pengajaran yang mengandungi manual pengajaran dan alat bantu mengajar yang dikenali sarung jari memudahkan sesiapa sahaja yang ingin mengguna pakai dalam pengajaran. Sarung jari yang menggunakan bahan boleh laras (zap on) memudahkan guru yang menggunakannya mengikut saiz jari guru tersebut dan dengan kata lain tidak akan membataskan penggunaan bahan tersebut.

Bahan yang mesra pengguna ini akan mengelakkan berlakunya pembaziran masa oleh guru dalam pengajaran topik berkaitan. Secara tidak langsung dapat melindungi masa instruksional guru. Selain itu, bagi guru yang menggantikan kelas juga dapat mengajar murid dengan berkesan kerana bahan ini mudah digunakan. Kelaziman yang berlaku di sekolah, guru yang menggantikan kelas guru Matematik lain tidak dapat melangsungkan pengajaran kerana tiada perancangan serta tiada kemahiran. Bahan inovasi ini akan dapat melindungi masa instruksional bagi guru yang menggantikan kelas guru Matematik lain.

CADANGAN

Berdasarkan kepada kejayaan kajian dan kelebihan penggunaan bahan inovasi Miracle Fingers dalam PdP mata pelajaran Matematik sekolah rendah Tahap 2,dicadangkan supaya semua guru Matematik mengaplikasikan kaedah ini secara lebih meluas di semua sekolah. Kaedah ini lebih efektif dan membantu MMI guru. Guru baharu atau yang menggantikan kelas guru lain akan dapat menjalankan pengajaran dengan berkesan kerana bahan pengajaran ini mudah difahami melalui manual pengguna. Bahan inovasi yang mesra pengguna dan menarik akan dapat meningkatkan minat murid-murid kepada mata pelajaran
Muka Surat

| 469

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Matematik serta pencapaian mereka dalam peperiksaan terutamanya Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Rujukan Noor Azlan Ahmad Zanzali. (1995). History of Mathematics Education in Malaysia: Coping With The Demands Of Curriculum Change. Paper Presented At The International Seminar On Education And Change, University Of South Africa, Pretoria, September 1995. EE, Ah Meng. (1997). Pedagogi II : pelaksanaan pengajaran, : Shah Alam : Fajar Bakti, Lai Kim Leong, Khaw Ah Hong & Seah Ai Kuan. (2001). Satu kajian mengenai penggunaan Bahan Bantu Mengajar dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik di Sekolah Rendah

Muka Surat

| 470

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Lampiran 1 TOPIK BERKAITAN ( kg - g ), ( km - m ), ( l - ml )

Muka Surat

| 471

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Lampiran 2 KAEDAH PENGGUNAAN MIRACLE FINGERS

Kaedah biasa

Kaedah Inovasi

Penyebut (denominator) bagi soalan ini ialah angka 5. Oleh itu, 5 jari perlu digunakan. Setiap jari membawa nilai 200.

Seterusnya, lihat pada pengangka (numerator). Pengangka menunjukkan angka 3. Dengan itu, hanya gunakan 3 jari sahaja dan jumlahkan nilai bagi setiap jari. 200 + 200 + 200 = 600 Jawapan : 600 g

Muka Surat

| 472

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Lampiran 3

TOPIK BERKAITAN ( m - cm ), ( abad - tahun ), ( peratus )

Muka Surat

| 473

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Lampiran 4

SOAL SELIDIK (MURID) Arahan : Sila tandakan () atau isikan pada bahagian-bahagian yang terkandung dalam borang soal selidik. Nama : ___________________________________________________ Sekolah i) : ___________________________________________________ Jantina Lelaki ii) Tahun Tahun 4 iii) Tahun 5 Tahun 6 Perempuan

Pernahkah anda didedahkan dengan Miracle Fingers sebelum ini? Pernah Tidak Pernah

iv)

Setelah diajar, adakah ia mudah difahami ? Mudah Sukar

vi)

Adakah ia membantu anda menjawab soalan-soalan berkaitan time, money, length, mass, volume of liquid & percentage? Membantu Kurang membantu Tidak membantu

vii)

Nyatakan faedah-faedah yang anda peroleh setelah menggunakan Miracle Fingers dalam mata pelajaran Matematik. ___________________________________________________ ___________________________________________________

Tandatangan murid, . ( )
Muka Surat

| 474

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Lampiran 5

SOAL SELIDIK (GURU) Arahan : Sila tandakan () atau isikan pada bahagian-bahagian yang terkandung dalam borang soal selidik.

Nama Guru : ________________________________________________ Sekolah i) : ______________________________________ Jantina Lelaki Perempuan

ii)

Umur 20 30 tahun 31 40 tahun 41 50 tahun

iii)

Pengalaman Mengajarkan Mata Pelajaran Matematik kurang daripada 5 tahun lebih daripada 5 tahun

iv)

Pernahkah anda didedahkan dengan Miracle Fingers sebelum ini? Pernah Tidak Pernah

v)

Adakah ia mudah difahami ? Mudah Sukar

Muka Surat

| 475

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

v)

Adakah ia lebih efisien berbanding dengan kaedah lain ? Ya Tidak

vi)

Adakah ia membantu anda dalam PdP melibatkan soalansoalan berkaitan time, money, length, mass & volume of liquid & percentage ? Membantu Kurang membantu Tidak membantu

vii)

Adakah anda akan terus menggunakan kaedah Miracle Fingers dalam PdP?

Ya vii)

Tidak

Nyatakan faedah-faedah lain yang anda peroleh setelah mengaplikasikan Miracle Fingers dalam mata pelajaran Matematik.

_________________________________________________________

_________________________________________________________

_________________________________________________________

_________________________________________________________

Tandatangan guru, . ( )

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA YANG ANDA BERIKAN.


| 476

Muka Surat

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Lampiran 6 Soalan Pra dan Pasca

Nama Tahun Sekolah

: ______________________________________ : ______________________________________ : _____________________________________

Sila jawab semua soalan a) Percentage (Peratus) 1. 2. Nyatakan


3 5

Jawapan _________________ __________________

kepada peratus.

Tukarkan 2

5 kepada peratus. 10

b) Time (Masa & Waktu) 1. 2. abad = ___________ tahun Tukarkan abad kepada tahun. __________________

c) Length (Ukuran Panjang) 1. 2. km = ______________ m 4 m = _____________ cm __________________ __________________

d) Mass (Timbangan Berat) 1. 2. 6 kg = ______ kg _________ g __________________ __________________

Tukarkan 4 kg kepada gram.

e) Volume of Liquid (Isipadu Cecair) 1. 2. 3 l = ____________ ml Tukarkan 5 l kepada l dan ml ___________________ ___________________

Muka Surat

| 477

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

TEAM TEACHING SEBAGAI LANGKAH MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL

oleh NORAINI BINTI IBRAHIM SK Tengku Mahmud

NURUL SYAFINAZ BINTI ISHAK SM Imtiaz, Yayasan Terengganu, Besut

Abstrak MMI merupakan tanggungjawab penting pengurusan sekolah dan para guru dalam memastikan setiap murid mendapat hak instruksional mereka. Namun begitu, perubahan besar dalam senario pendidikan hari ini memperlihatkan beban tugas guru yang semakin meruncing hingga hampir mengorbankan tugas asal seorang guru iaitu mengajar di dalam kelas. Justeru,, team teaching di lihat sebagai pendekatan bijak untuk mengatasi masalah MMI. Gabungan dua atau lebih guru dalam satu pada masa yang sama akan dapat mengekang pembaziran masa instruksional akibat ketiadaan guru mata pelajaran di dalam kelas. Selain itu, pengajaran akan menjadi lebih berkesan dan bermakna dengan kehadiran dua orang guru dalam satu masa pengajaran. Kajian kes yang dibentangkan berdasarkan pengalaman penulis kedua di SM Imtiaz Besut hasil daripada pengimplemantasian selama tiga tahun strategi Team Teaching bagi calon PMR dan tahun pertama untuk calon SPM. Walaupun kekangan ketiadaan guru di SM Imtiaz begitu mendesak, namun strategi Team Teaching telah memperlihatkan hasil yang signifikan dengan pengekalan prestasi cemerlang calon PMR selama tiga tahun berturut-turut.

Muka Surat

| 478

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

PENGENALAN

Penulisan ini disediakan bertujuan untuk membincangkan strategi pengajaran Team Teaching yang boleh dilaksanakan di sekolah bagi Melindungi Masa Instruksional (MMI). Masa instruksional didefinisikan sebagai jumlah masa yang sebenarnya digunakan oleh guru untuk aktiviti pembelajaran tanpa gangguan. Masa pengajaran tidak termasuk masa yang digunakan oleh guru untuk menguruskan bilik darjah yang dianggap sebagai masa luang (off-task). Manakala MMI pula membawa maksud mengurangkan gangguan bagi mengelakkan kelas tidak dilaksanakan seperti yang dirancang serta memastikan kualiti masa intruksional yang menjamin pembelajaran bermakna dan berkesan dalam kalangan murid dapat dilaksanakan oleh guru. Situasi ini boleh dilakukan dengan memastikan kawalan displin dan polisi sekolah berkaitan dengan penggunaan masa dilaksanakan. Hal sedemikian ini perlu diberi perhatian dalam memastikan peningkatan keberhasilan pembelajaran murid bagi membangunkan modal insan kreatif, kritis dan inovatif.

Masa yang digunakan oleh seorang murid dalam sehari persekolahan boleh dikategorikan seperti jadual di bawah:

Jadual 1: Kategori Masa Murid


Kategori Masa Masa persekolahan Masa bilik darjah Penjelasan Jumlah masa murid hadir ke sekolah. Jumlah masa murid berada dalam kelas tidak termasuk waktu rehat, pertukaran kelas, waktu makan tengah hari dan lain-lain. Ia merupakan subkategori masa persekolahan. Jumlah masa yang digunakan untuk instruksional tidak termasuk gangguan dan pengurusan rekod.

Masa instruksional

Masa pembelajaran Jumlah masa instruksional berdasarkan murid memberikan akademik perhatian dan menerima pengajaran pada tahap penguasaan tertentu serta berlakunya pembelajaran bermakna dan berkesan.

Muka Surat

| 479

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Pihak pengurusan sekolah akan merangka masa instruksional yang ideal merangkumi jadual waktu, perancangan pengajaran harian, mingguan, dan tahunan. Namun begitu, masa yang telah diperuntukkan tidak semestinya menjanjikan pembelajaran berkualiti dan berkesan. Hal ini disebabkan faktorfaktor gangguan yang berlaku di sekolah dan di dalam bilik darjah. Sebagai contohnya, ketiadaan guru di sekolah kerana mengikuti kursus atau bercuti, guru ada di sekolah tetapi bukan atas urusan PdP dan guru ada di sekolah tetapi PdP tidak berlaku.

Jadual 2 berikut mengkategorikan faktor gangguan masa instruksional.

Jadual 2: Kategori Faktor Gangguan


Kategori faktor gangguan Faktor pengurusan sekolah Kelompok Guru tiada Contoh gangguan Guru tiada di sekolah, guru ada di sekolah tetapi tidak berada di dalam kelas, guru tidak mencukupi, guru menghadiri kursus atau tugasan luar, guru menduduki peperiksaan, dan aktiviti kokurikulum. Gangguan dari pembesar suara, susun atur kelas atau sekolah, prasarana sekolah, dan persekitaran. luar Guru cuti sakit, cuti kecemasan, hal-hal peribadi, kesediaan murid belajar, kesediaan guru mengajar dan melaksana tugas sampingan. Menghadiri mesyuarat, dipanggil ke pejabat, menghadiri kursus, taklimat peperiksaan, menjalankan tugas jurulatih utama, dan sambutan lawatan pelawat.

Gangguan fizikal

Gangguan jangka

Gangguan adhoc

Faktor instruksional guru

Kualiti pembelajaran Kesediaan murid belajar, kualiti guru, murid proses pengajaran dan pembelajaran, Kualiti pengajaran sikap guru, guru bukan opsyen, kompetensi guru, dan kesediaan guru guru mengajar.

Proses MMI memerlukan kerjasama erat antara pengurusan sekolah dengan guru dan antara guru dengan guru. Tuan Haji Sufaat bin Tumin,
Muka Surat

| 480

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia mencadangkan beberapa strategi jangka panjang dan jangka pendek semasa menyampaikan ucaptama bertajuk, Melindungi Masa Intruksional di Sekolah Untuk Meningkatkan Keberhasilan Pembelajaran Murid. Beliau telah mencadangkan beberapa program khas bagi melindungi masa intruksional, antaranya:

(a) (b) (c) (d) (e) (f)

Pengajaran rakan sebaya, Program Guru Muda, Modul guru ganti, Kelas Gantian, Jual beli jadual waktu pengajaran dan, Pemantauan dan penilaian pengajaran guru secara berterusan.

Satu analisis-meta yang melibatkan 10,000 hasil statistik oleh Wang, Haertal dan Walberg (1993;1997) telah menunjukkan pengaruh langsung mempunyai impak yang lebih besar atas pembelajaran murid jika dibandingkan dengan pengaruh tidak langsung. Pengaruh langsung di sini ialah sikap dan karakter guru-guru yang mampu membawa perbezaan yang signifikan. Hal ini boleh dilakukan dengan membina budaya sekolah yang menggalakkan amalan PdP yang penting dan berkualiti. Oleh itu, kertas kerja ini mencadangkan amalan team teaching dijadikan budaya di sekolah bagi melindungi masa instruksional dan seterusnya memainkan peranan dalam peningkatan prestasi murid di dalam bilik darjah.

Muka Surat

| 481

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

TEAM TEACHING

1.

Konsep Pengajaran Team Teaching

Dalam literasi, team teaching selalunya dijalankan di dalam kelas inklusif untuk mengajar murid kurang upaya (Tannock, 2009). Menurut Goetz 2000, dua kategori team teaching telah dikenal pasti iaitu: Kategori A : Dua atau lebih guru mengajar murid yang sama pada masa yang sama dan di dalam kelas yang sama. Kategori B : Dua orang guru saling bekerjasama tetapi tidak semestinya mengajar kumpulan murid yang sama atau pada masa yang sama.

2.

Model Pengajaran Team Teaching

Penulisan ini lebih berfokus kepada team teaching mengikut kategori A. Dalam kategori A terdapat beberapa model yang berbeza iaitu: Traditional Team Teaching guru dengan secara aktif berkongsi kandungan pengajaran dan kemahiran dengan semua murid. Sebagai contoh, seorang guru mempersembahkan kandungan pelajaran yang baharu kepada murid manakala seorang guru lagi membina peta minda ataupun menulis nota penting di papan putih sewaktu murid mendengar penjelasan guru yang pertama. (b) Complementary / Supportive Team Teaching Model ini berbeza dengan model Traditional Team Teaching kerana guru

(a)

bertanggungjawab akan mengajarkan kandungan pelajaran manakala seorang guru lagi menyediakan aktiviti yang berkaitan dengan topik tersebut.
Muka Surat

| 482

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

(c)

Collaborative Team Teaching Model ini hampir sama dengan Traditional Team Teaching kerana kedua-dua guru terlibat dalam mereka bentuk pengajaran. Perbezaannya pada proses pengajaran apabila kedua-dua orang guru mengendalikan pengajaran bersamasama dengan bertukar-tukar idea dan teori di hadapan murid. Aktiviti seperti teknik pembelajaran berkumpulan, kerja dalam kumpulan kecil, perbincangan berpusatkan murid, antara beberapa aktiviti yang biasa digunakan dalam model ini. Parallel Instruction kelas dibahagikan kepada dua atau lebih kumpulan mengikut bilangan guru yang terlibat. Setiap guru memberikan arahan secara individu tentang kandungan, bahan, dan kemahiran yang sama untuk setiap kumpulan. Differentiated Split Class Model ini melibatkan pembahagian kelas kepada kumpulan kecil mengikut keperluan murid. Setiap guru mengajar mengikut keperluan murid. Monitoring Teacher Model Seorang guru memberikan arahan untuk keseluruhan kelas manakala seorang lagi guru bergerak di sekitar bilik darjah memantau kefahaman dan sikap murid, mengekalkan displin dan pengurusan kelas.

(d)

(e)

(f)

(g)

Guru boleh menggunakan satu atau menggabungkan lebih daripada satu model di atas dalam satu kelas yang sama. Berikut ialah

beberapa keadaan yang tidak sepatutnya dipraktiskan sewaktu team teahing: i. ii. iii. Guru masuk ke kelas tanpa persediaan awal. Guru hanya berdiri sewaktu seorang lagi guru mengajar. Guru bergerak di dalam kelas untuk membantu aktiviti kumpulan berdasarkan penjelasan sendiri tanpa merujuk pengajaran dengan rakan guru yang lain. iv. Guru hanya membantu mengagihkan lembaran kerja.

Muka Surat

| 483

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

v.

Guru keluar dan masuk ke kelas sesuka hati dan membiarkan rakan guru menangani kelas sendirian.

PERNYATAAN ISU

Sesuatu tindakan yang praktis untuk MMI perlulah dipastikan pengamalannya bagi membolehkan guru terus mendampingi murid secara bermakna agar instruksional boleh berlangsung dengan efektif dan matlamat pencapaian murid yang dihasratkan tercapai.

Dr Shirley (2011) dan Goetz (2000) mendefinisikan Team Teaching sebagai sekumpulan yang terdiri daripada dua orang guru atau lebih yang bekerjasama dalam merangka pelan, melaksanakan dan membuat penilaian aktiviti pembelajaran bagi sekumpulan murid yang sama. Manakala, Quinn and Kanter (1984) dipetik oleh Goetz (2000) mendefinisikan Team Teaching sebagai kerja berkumpulan antara dua guru terlatih, bersama-sama membuat satu pengajaran kepada sekelompok audien.

Untuk itu, penulisan ini disediakan bagi membincangkan bagaimana MMI melalui strategi Team Teaching di SM Imtiaz Besut berdasarkan definisi yang telah dinyatakan di atas.

Terdapat beberapa isu yang boleh dibincangkan berkaitan Team Teaching:

(a)

Adakah Team Teaching dilaksanakan secara sukarela atau diwajibkan oleh pengurusan sekolah ? Team Teaching dilaporkan boleh dilaksanakan dengan jayanya apabila guru-guru sendiri yang menginisiatifkan strategi ini.
Muka Surat

| 484

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Terdapat sebahagian guru yang tidak yakin dengan pelaksanaan Team Teaching seterusnya tidak berpuas hati sekiranya pihak pengurusan mewajibkan pelaksanaan strategi ini untuk diguna pakai di sekolah mereka. (b) Adakah guru diberi kebebasan memilih pasangan mengajar ? Memetik dapatan (Dr.Shirley, 2011) daripada sumber (Costin,2002; Rea and Connel, 2005; Murawski,2010) Guru yang memilih pasangan mengajar sendiri iaitu seseorang yang dikenali mereka atau senang untuk bekerja, lazimnya tidak akan menimbulkan banyak masalah. Walau bagaimanapun, sekiranya pihak pengurusan yang membentuk pasangan dan menggariskan peraturan tanpa sebarang ketika pandangan, menimbulkan atau pun tanpa sebarang makluman akan masalah untuk mengendalikan masa

instruksional bersama. (c) Adakah guru-guru tersebut memahami dengan mendalam tugas dan tanggungjawab mereka dalam masa instruksional? Kebanyakan guru yang terlibat dalam Team Teaching tidak memahami peranan khusus mereka semasa sesi tersebut dijalankan. Akhirnya mereka berasa tidak berminat untuk meneruskan strategi pengajaran ini. (d) Adakah guru mempunyai masa yang cukup untuk sesi perancangan dan persediaan ? Masa merupakan faktor yang penting kepada setiap guru untuk merancang masa instruksional yang berkesan (Anonymous, 1997). Oleh itu, para guru terikat dengan arahan tugas rasmi di luar seperti kursus, seminar dan mesyuarat yang perlu dihadiri dan juga tugas mengiring murid mengikuti pertandingan dan juga program. Menurut Dr Shirley, (2011) satu dapatan kajian oleh Walther-

Thomas and Christine S (1997) juga membincangkan permasalahan masa, perancangan, dan persediaan kedua-dua guru yang akan
Muka Surat

| 485

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

menjalankan team teaching. Masa yang diperlukan untuk merancang persediaan pengajaran bersama-sama amat sukar dilaksanakan terutamanya pada waktu persekolahan. Malahan akan menjadi masalah yang serius di kebanyakan sekolah kerana masa perancangan dan persediaan guru tidak boleh diselaraskan dengan mudah berdasarkan faktor-faktor di atas.

(e)

Adakah beratkan?

persoalan

interpersonal

pasangan

mengajar

dititik

Isu interpersonal individu amat serius apabila dikaitkan dengan Team Teaching. Hal ini kerana setiap individu mempunyai idea, cara penyampaian dan kemahiran tersendiri dalam mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran. Menurut kajian Schamber (1999) pasangan mengajar kadangkala akan menemui jalan yang rumit dan sukar memandangkan setiap mereka mempunyai professional preferences tersendiri berbanding pasangannya yang lain. Guru seharusnya mempunyai nilai menghormati yang tinggi antara satu sama lain dalam menggerakkan sesuatu aktiviti terutamanya pelaksanaan masa instruksional ke arah satu matlamat yang sama. Selain itu, Goezt, (2000) turut menyatakan bahawa pasangan Team Teaching mestilah saling mempercayai antara satu sama lain untuk menjadikan mereka jelas tentang tanggungjawab dan peranan mereka.

TEAM TEACHING DI SM IMTIAZ BESUT - PENGENALAN

Senario pendidikan di Malaysia menuntut pengurusan sekolah merangka satu program yang berkesan bagi MMI murid. Sehubungan dengan itu, setiap warga sekolah diharap dapat memainkan peranan masing-masing dalam memastikan
Muka Surat

| 486

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

matlamat tersebut dapat dicapai. Tempiasnya turut dirasai oleh pihak pengurusan SM Imtiaz, Besut tatkala buat pertama kalinya sekolah ini dinobatkan sebagai Sekolah Terbaik PMR 2009 kategori Sekolah Agama Peringkat Kebangsaan dan diikuti Anugerah Tertinggi Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu, Sekolah Berprestasi Tinggi untuk Kohort 2.

Bersandar kepada moto ke Arah Pendidikan Bertaraf Dunia, pihak pengurusan, guru-guru, kakitangan dan seluruh warga SM Imtiaz cuba menggarap kecemerlangan dari pelbagai sudut dengan amanah dan kepercayaan yang telah dianugerahkan. Merujuk Direktori 1 Sekolah Berprestasi Tinggi, 60% markah pengiktirafan SBT ini berdasarkan pencapaian akademik terutamanya peperiksaan awam. Namun, bilangan keluar masuk guru ke sekolah juga meningkat apabila pelbagai kursus bagi sekolah-sekolah SBT di bawah penganjuran Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, (BPSBPSK). Selain itu, pihak pengurusan juga turut didedahkan dengan sesi percambahan ilmu dan pengukuhan pengurusan sekolah di bawah anjuran Institut Aminuddin Baki (IAB). Terdapat antara mereka ini turut mengajarkan kelas peperiksaan PMR dan SPM.

Senario yang merisaukan ini agak menjejaskan prestasi murid untuk seketika apatah lagi untuk sekolah mengekalkan prestasi PMR bagi melestarikan status SBT. Harapan para ibu bapa yang mahukan anak-anak mereka menggenggam kejayaan cemerlang dalam peperiksaan turut menambah tekanan kepada guru-guru. Melihatkan situasi ini dan juga moto yang disasarkan, guru-guru di SM Imtiaz mula melaksanakan beberapa strategi dalam masa instruksional bagi membolehkan sesi itu berjalan dengan lancar dan murid mendapat bimbingan guru secara langsung. Team Teaching dilihat sebagai penyelesaian terbaik dalam menangani masalah ini.

Muka Surat

| 487

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

1.

Pelaksanaan

Pada tahun 2011, guru-guru SM Imtiaz memberikan cadangan awal kepada pihak pengurusan untuk mencuba strategi Team Teaching ini bagi kelas-kelas yang akan menduduki peperiksaan awam, Tingkatan 3. Dengan mengadakan beberapa sesi percambahan idea, pada semester kedua tahun 2011 strategi Team Teaching mula diperkenalkan untuk masa instruksional kelas Tingkatan 3. Berikut langkah-langkah awal yang telah diambil oleh pemimpin sekolah dalam melaksanakan team teaching:

(a)

Jawatankuasa jadual waktu mengambil tanggungjawab ini sebagai memulakan langkah pertama dengan mengatur jadual guru-guru supaya jadual tersebut lebih bersifat fair and square dan tidak

terlalu membebankan serta bertindan. Guru-guru juga perlu berkorban untuk menerima penambahan masa instruksional antara 3 5 masa setiap orang. Jadual waktu di bawah menunjukkan deskripsi bagaimana team teaching diaturkan dalam jadual. Pihak sekolah boleh menggunakan Team Teaching Kategori A atau Kategori B.

i.

Kategori A : Dua orang guru dalam satu masa instruksional. Dalam satu masa instruksional dapat dilihat dua nama guru dicatatkan dalam jadual waktu.

Muka Surat

| 488

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Jadual 3: Contoh Jadual Waktu 1

Jadual 4: Contoh Jadual Waktu 2

ii.

Kategori B: Kelompok dipecahkan kepada yang lebih kecil dan ditempatkan secara berasingan serta melaksanakan

instruksional yang berbeza.

Jadual 5: Contoh Jadual Waktu 3

Muka Surat

| 489

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Jadual 6: Contoh Jadual Waktu 4

(b)

Pemilihan mata pelajaran untuk dijalankan secara team teaching dibuat mengikut kesesuaian sekolah. Sebagai langkah rintis, strategi ini diguna pakai untuk beberapa matapelajaran memandangkan SM Imtiaz, menghadapi kekangan guru.

Jadual 7: Rangka Jadual Masa Instruksional bagi Tingkatan 3 dan 5.


Bil. 1.

J a d

Tingkatan 5 Ibn Amir/ 5 Ibn Kathir

Mata pelajaran B.Inggeris

Guru 1. Guru J 2. Guru K 1. Guru L 2. Guru M 1. Guru N 2. Guru O 1. Guru P 2. Guru Q 3. Guru R 1. Guru S 2. Guru T 1. Guru U 2. Guru V 3. Guru W 1. Guru X 2. Guru Y 3. Guru Z

2.

u 5 Ibn Amir / 5 Ibn Kathir a


5 Ibn Amir / 5 Ibn Kathir

B.Melayu

3. l

B. Arab

4. J

a
5.

3 Ibn Amir/ 3 Ibn Kathir / 3 Genggam Gemilang 3 Ibn Amir/ 3 Ibn Kathir / 3 Genggam Gemilang 3 Ibn Amir/ 3 Ibn Kathir / 3 Genggam Gemilang 3 Ibn Amir/ 3 Ibn Kathir / 3 Genggam Gemilang

Matematik

d u

Sains K.Hidup

6. a

l
7.

Geografi

Muka Surat

| 490

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

2.

Pendedahan model-model team teaching kepada guru-guru. Bagi memudahkan team teaching dilaksanakan, setiap guru perlu didedahkan kepada model-model pengajaran secara team teaching. Di SM Imtiaz, pelbagai model yang digunakan oleh guru-guru di setiap kelas dalam memastikan objektif masa instruksional tercapai. Contohnya:

(a)

Kesemua kelas yang melaksanakan Team Teaching dikendalikan oleh dua orang guru yang masing-masing memainkan peranan saling melengkapi antara satu sama lain dan juga memberikan sokongan kepada pasangan mereka.

(b)

Kelas lazimnya dimulakan dengan seorang guru memulakan set induksi serta memulakan konsep yang kemudiannya bersambung dengan aktiviti, arahan dan kesinambungan daripada konsep awal secara bergilir-gilir antara dua orang guru.

(c)

Seterusnya, guru membahagikan murid kepada kelompok bagi aktiviti pengukuhan dan pengayaan secara pengendalian bersama melalui kaedah Enrichment Cluster mengikut minat murid atau kaedah Differentiating iaitu mengikut pencapaian dan prestasi murid. Proses ini dilaksanakan melalui beberapa model pengajaran yang diperkenalkan seperti traditional team teaching,

complimentary or supportive, collaborative, parallel instruction, dan differentiated split class.

(d)

Model-model ini boleh dipilih oleh guru mengikut kesesuaian isi kandungan, masa insruktional dan kumpulan murid. Dalam kebanyakan waktu, murid akan berada di dalam kelompok yang lebih kecil daripada biasa. Ini membuka peluang yang luas untuk
Muka Surat

| 491

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

murid bertanyakan guru kerana segelintir murid mempunyai low self-esteem untuk mengemukakan soalan dalam kelas yang rata-rata bilangan muridnya antara 28-30 orang.

(e)

Hubungan rapat dan jarak yang dekat menyebabkan murid berkecendurungan untuk menyertai aktiviti dalam masa

instruksional sama ada secara individu, berpasangan mahu pun berkumpulan bagi mendapatkan jawapan atau penyelesaian kepada permasalahan atau perbincangan dalam tempoh yang singkat.

Ironinya, peningkatan kuantiti dan kualiti dicatat bagi dua tahun ini bermula daripada TOV, OTI 1, OTI 2, Gerak Gempur, Tambah Nilai, percubaan, dan juga peperiksaan awam sebenar iaitu PMR. Hal ini menjadi satu penanda aras yang baik kepada SM Imtiaz, Besut untuk melestarikan strategi instruksional kerana pendekatan ini menimbulkan suasana pembelajaran bermakna. Walau pun sekolah masih menghadapi kadar keluar masuk guru dan pengurusan atas urusan rasmi yang masih kerap namun dapat dibuktikan bahawa Team Teaching telah banyak membantu guru-guru mengatasi masa instruksional yang terbuang begitu sahaja.

KESIMPULAN

Kejayaan dari sudut akademik yang dicatatkan di SM Imtiaz, Besut dalam peperiksaan umum merupakan bukti bahawa strategi Team Teaching adalah antara cadangan terbaik untuk MMI di sekolah. Hal ini tidak akan berlaku sekiranya pihak pengurusan, guru-guru, dan murid tidak bergerak ke arah itu; apatah lagi tidak memahami kenapa strategi ini dipilih. Pengurusan bersedia juga untuk menambah masa instruksional dan berusaha untuk mengatur jadual
Muka Surat

| 492

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

waktu agar tidak terlalu membebankan, tiada pertindanan dan adil kepada semua. Guru-guru dengan ikhlas menerima tambahan masa instruksional mereka dan berusaha menginovasikan pendekatan, teknik, dan kaedah instruksional dengan peluang ini. Murid-murid pula sanggup mencuba satu strategi baharu dan bersedia diasing-asingkan walau pada mulanya berasa rendah diri kerana berpendapat kelompok mereka ialah kelompok yang tercorot .

SYOR

Dicadangkan agar strategi pengajaran Team Teaching dapat diperkasakan di semua sekolah. Pelaksanaanya diharap dapat memastikan Tiga Idea Utama Pendidikan (Three Big Ideas In Education) terlaksana iaitu fokus kepada pembelajaran murid, kolabrasi antara guru (kerja berpasukan) dan fokus kepada hasil atau kemenjadian murid.

Gambar- gambar pelaksanaan Team Teaching di SM Imtiaz

Gambar 1:

Sudut guru-guru membuat persediaan pengajaran secara Team Teaching.

Muka Surat

| 493

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Gambar 2:

Guru-guru melaksanakan pengajaran secara Team Teaching.

Gambar 3:

Guru-guru melaksanakan pengajaran secara Team Teaching.

Rujukan Shirley T.S.H. ( 2011). Building Succesful Teams in a Challenging Environment. Courage Leadership for Positive Change. Kertas kerja dibentangkan dalam Seminar Nasional ke-18, Julai 2011. IAB, Genting Highlands. Goetz ( 2000).Instructional Leadership of Team Teaching.

Muka Surat

| 494

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Ashley N.Y.M ( 2012). Kepimpinan Instruksional dan Peningkatan Sekolah. Kertas kerja dibentangkan di Seminar Kepimpinan Instruksional Hallinger, P.( 1982). Resource Manual : The Principal Instructional Management Scale. Center for the Advance Study of Educational Leadership, Vanderbilt University, Nasville, USA Pengurus Strategik SM IMTIAZ BESUT : Bab Pengurusan Kurikulum, 2011. Direktori 1 SBT, Dr. Haji Zahari bin Aziz, TKKP Sektor Operasi Pendidikan, Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, KPM.

Muka Surat

| 495

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

PENGAJARAN BERKESAN PENGGUNAAN WAZAN BOARD DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA ARAB

oleh ANDI KASWIA BINTI ABDUL KADIR SMKA Kota Kinabalu, Sabah

Abstrak Kertas kerja ini menekankan konsep pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab menggunakan bahan inovasi Wazan Board dalam tajuk wazan yang telah berjaya memaksimumkan masa PdP di dalam bilik darjah. Aktiviti pembelajaran adalah berpusatkan murid dan mewujudkan budaya bekerjasama antara satu sama lain. Hasilnya, murid dapat mengaplikasikan ilmu yang diperolehi sejurus selepas pengajaran, sekaligus menunjukkan bahawa penggunaan bahan inovasi ini mudah, menarik dan berkesan.

Muka Surat

| 496

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

PENGENALAN

Proses PdP merupakan elemen penting dalam memastikan murid-murid dapat mengikuti isi kandungan subjek yang disampaikan. Proses pengajaran hendaklah melibatkan hubungan dua hala antara guru dan muridnya melalui aktiviti dan tugasan pembelajaran. Pengajaran pula hendaklah sesuai dan dirancangkan oleh guru secara sistematik dan teliti dengan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai, membimbing, menggalakkan dan memotivasikan murid supaya mengambil inisiatif untuk belajar, demi memperolehi ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran yang diperlukan. Oleh itu, setiap guru hendaklah menentukan kaedah yang sesuai dengan tajuk dan muridnya. Kajian Ab. Halim (2003) terdapat pelbagai kaedah dan strategi pengajaran yang dikemukakan oleh pakar pendidikan untuk dijadikan panduan oleh guru. Ini ditambahkan lagi dengan adanya bahan bantu mengajar dan belajar yang sesuai bagi mendekatkan murid kepada konsep yang disampaikan oleh guru. Oleh itu, dalam kertas kerja ini, penkaji ingin fokuskan kepada penggunaan bahan inovasi Wazan Board ke arah meningkatkan keberkesanan proses PdP Bahasa Arab dalam tajuk wazan.

PERNYATAAN ISU / CADANGAN

1.

Situasi Murid

Terdapat 3 situasi utama yang dihadapi dalam tajuk ini: murid yang lemah mengecam kata dasar sesuatu perkataan murid yang tahu kata dasar tetapi masih tidak dapat menentukan wazan perkataan,dan kekeliruan dalam menentukan wazan perkataan yang ada

pembuangan huruf.
Muka Surat

| 497

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

2.

Situasi Guru bahan bantu mengajar (BBM) tajuk ini kurang, kaedah yang digunakan adalah kaedah konvensional ,dan kesedaran untuk mengubah kaedah pengajaran supaya lebih baik

CADANGAN TINDAKAN /PENYELESAIAN

Pengajaran dan pembelajaran menggunakan bahan inovasi Wazan Board

1.

Apa itu Wazan Board ? Wazan Board adalah gabungan kalimah Arab (Wazan) dan Inggeris (Board). wazan berasal daripada kalimah Bahasa Arab iaitu al-waznu yang bermaksud neraca atau acuan dan merupakan salah satu daripada subtopik dalam sukatan Bahasa Arab Tingkatan 4 & 5 dalam topik al ( wazannya fa a la) Mizan as-Sorfi. Contohnya kalimah kataba) ( . ( wazannya fa i lun) Katibun ) (. Board pula ialah papan kertas. 1 set Wazan Board mengandungi papan wazan, marker pen dan pemadam. Wazan Board digunakan sebagai satu bahan bantu dalam pembelajaran untuk memudahkan murid membuat latihan dalam tajuk wazan dengan lebih mudah dan efisyen.

Muka Surat

| 498

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

2.

Langkah pengajaran dan pembelajaran 2 masa (70 minit)

Langkah Set Induksi 5 minit

Proses Guru menerangkan topik pengajaran serta isi pengajaran yang perlu dikuasai Soal jawab antara guru dan murid beberapa perkataan dalam bahasa Arab

Catatan

Langkah 1 Guru menerangkan kaedah baru dalam pembelajaran tajuk wazan iaitu penggunaan 10 minit Wazan Board Maksud Wazan Board Fungsi item yang ada dalam Wazan Board

Guru memberikan 2 contoh penggunaan diikuti oleh 2 orang murid Murid dibahagikan kepada 5 kumpulan Pembetulan dan peneguhan oleh guru Aktiviti pengukuhan

Langkah 2 Guru memberikan lembaran kerja dan satu set Wazan Board kepada setiap kumpulan. Setiap 20 minit kumpulan diberikan 5 soalan untuk diselesaikan. Langkah 3 Setiap kumpulan membentangkan hasil jawapan menggunakan Wazan Board 15 minit

Langkah 4 Setiap kumpulan menyediakan 3 soalan spontan untuk ditanya kepada kumpulan lain. Kumpulan 15 minit yang berjaya menjawab soalan yang paling banyak menjadi pemenang. Penutup 5 minit Guru membuat kesimpulan dan maklum balas daripada murid berkenaan kaedah baru.

Muka Surat

| 499

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

3.

Perbezaan pembelajaran sebelum dan selepas

Sebelum Inovasi 1. Huraian Sukatan Pelajaran Tingkatan 4 & 5 hanya menggariskan tajuk-tajuk sarf yang perlu diajar kepada murid. Kaedah pengajaran bergantung kepada guru . Guru biasanya menggunakan kaedah hafalan wazan dan teknik pengajaran lebih berpusatkan guru (teknik penerangan) tanpa menggunakan alat bantu (BBM). 2.Murid perlu mengetahui kata dasar terlebih dahulu sebelum mencari wazan kalimah

Selepas Inovasi Murid-murid menggunakan bahan inovasi secara kendiri untuk mencari wazan kalimah yang dikehendaki tanpa perlu menghafal wazan

Murid boleh mencari wazan kalimah tanpa perlu mengetahui kata dasar terlebih dahulu Dengan menggunakan Wazan Board, masa untuk mendapatkan wazan kalimah lebih mudah dan cepat Murid dapat mencari wazan feil mutal dengan mudah menggunakan Wazan Board dan meleraikan kekeliruan yang dihadapi

3. Apabila menggunakan kaedah hafalan, biasanya murid akan mengambil masa yang lama. Begitu juga ketika menjawab soalan berkaitan wazan.

4.Murid biasanya sukar dan keliru untuk wazan feil mutal khususnya apabila feil tersebut berlaku pembuangan huruf illah

4.

Bentuk Kejayaan

(a)

Peningkatan Keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran

i.

pengajaran menjadi lebih menarik, mudah dan penguasaan murid lebih menyeluruh
Muka Surat

| 500

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

ii.

suasana PdP menjadi lebih ceria

iii. tahap pencapaian murid dapat diukur dengan mudah sebaik selesai pembelajaran

Berdasarkan Graf 1, terdapat tiga orang murid mendapat markah penuh dalam Ujian Pasca dengan bantuan Wazan Board

Graf 1 : Taburan markah 10 Murid Tingkatan 5 (set 1) 2011

Berdasarkan Graf 2, terdapat lima orang murid mendapat markah penuh dalam Ujian Pasca dengan bantuan Wazan Board

Graf 2 : Markah 16 Murid Tingkatan 5 Bukhari 2012

Muka Surat

| 501

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

(b)

Peningkatan dalam Tahap Kepuasan Hati Guru dan Murid

i. ii. iii.

guru berpuas hati dengan pencapaian murid dalam ujian pasca. murid lebih mahir dalam penguasaan wazan berikut ialah analisis penilaian penggunaan Wazan Board oleh 16 orang murid Tingkatan 5 Bukhari dan Guru Bahasa Arab:

Skala Likert : 1= Sangat tidak setuju 2= Tidak setuju 3= Kurang setuju 4= Setuju 5= Sangat setuju

1 SKALA BIL Item 1 Wazan Board sebagai bahan bantu yang praktikal dalam Pengajaran & Pembelajaran Wazan Board boleh digunakan di manamana sahaja P G P

Bilangan Murid dan Guru G P G P 1 0 (6.25 %) G 2 (33.3 %) P 15 G 4

(93. (66. 75 7% %) ) 13 2

1 0 (6.25 %) 0

2 (12.5 %)

4 (66.7 %)

(81. (33. 25 3% %) )

Wazan Board membantu murid menguasai kemahiran mewazankan kalimah dengan mudah dan cepat Wazan Board menjimatkan masa

4 0 (25% )

4 (66.7 %)

12 (75 %)

4 (25 %)

3 (18.7

5 (83.3

13

(81. (16.

Muka Surat

| 502

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

1 SKALA BIL Item penerangan guru P G P

Bilangan Murid dan Guru G P G P 5%) G %) P 25 %) 14 0 (87. 5% ) 13 G 7% ) 6 (10 0% ) 5

Wazan Board adalah bahan bantu PdP yang mempunyai daya kreativiti yang menarik Wazan Board adalah bahan bantu PdP yang menyeronokkan

2 0 (12.5 %)

3 0 (18.7 5%)

1 (16.7 %)

(81. (83. 25 3% %) ) 14 5

Wazan Board dapat membantu meningkatkan kemahiran dalam mewazankan kalimah Wazan Board dapat menambah minat murid untuk belajar Bahasa Arab Wazan Board dapat merungkai 2 isu utama dalam wazan (lemah kata dasar & tahu kata dasar) Penkaji berpuas hati dengan markah yang diperolehi melalui penggunaan Wazan Board dalam ujian pasca

2 0 (12.5 %)

1 (16.7 %)

(87. (83. 5% 3% ) ) 14 2

1 0 (6.25 %) 0

1 (6.25 %)

4 (66.7 %)

(87. (33. 5% 3% ) ) 14 (87. 5% ) 3 (50 %)

1 0 (6.25 %) 0

1 (6.25 %)

3 (50% )

10

1 0 (6.25 %) 0

1 (6.25 %)

4 (66.7 %)

14

(87. (33. 5% 3% ) )

Muka Surat

| 503

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

KESIMPULAN

Kaedah pembelajaran menggunakan BBM memang sangat berkesan bagi meningkatkan kualiti PdP dan hasilnya sangat memberangsangkan. Buktinya, penggunaan bahan inovasi Wazan Board telah meningkatkan kemahiran murid dalam tajuk ini.

SYOR

Diharapkan agar semua guru dapat menyediakan BBM yang sesuai dalam PdP. Murid akan lebih mudah untuk menerima ilmu melalui medium pengajaran yang menarik . Pengajaran yang cemerlang mestilah mempunyai kepelbagaian dalam penggunaan BBM (Esah Sulaiman, 2004).

Rujukan Tamuri, Ab.Halim dan Jasmi, Kamarul Azmi. (2007). Pendidikan Islam: Kaedah PdP. Universiti Teknologi Malaysia. Johor Darul Takzim Esah Sulaiman. (2004). Pengenalan Pedagogi. Penerbit : Universiti Teknologi Malaysia.
Journal of Islamic & Arabic Education 3(1), 2011 59-74 ,KAmarul Azmi JAsmi, UTM, Mohd Faeez Ilias, UTM, Abd Halim Tamuri, UKM, Mohd Izham Mohd Hamzah, UKM

Muka Surat

| 504

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

HUBAGAM : Pendekatan Kontekstual Visual dalam dan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Iqra

oleh FARIDA BINTI ABDUL RAHMAN SK Pekan Satu, Wilayah Persekutuan Labuan

Abstrak

HUBAGAM akronim HUruf, BAris dan GAMbar merupakan inovasi PdP untuk meningkatkan kemahiran membaca Iqra dalam kalangan murid Tahap 1. Kaedah HUBAGAM yang menggunakan prinsip kecerdasan pelbagai menfokuskan hurufhuruf hijaiyah tunggal yang berbaris di atas ( khasnya Iqra 1) bagi memudahkan murid-murid mengingat bunyi huruf yang berbaris di atas. Penggunaan bahan-bahan dan gambar-gambar dalam persekitaran serta pengalaman sedia ada murid menjadikan HUBAGAM satu alternatif dalam penyampaian kandungan pelajaran yang mampu meningkatkan penggunaan waktu pengajaran dan pembelajaran secara maksimum, mempercepatkan proses pembelajaran, mengukuhkan daya ingatan murid. Selain itu HUBAGAM mengupayakan murid agar mampu belajar sendiri di samping menjadi sarana kepada ibu bapa dalam membantu pembelajaran murid di rumah.

Muka Surat

| 505

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

PENGENALAN

Guru disarankan agar sentiasa mencari kaedah pengajaran yang sentiasa relevan dengan keperluan murid. Setiap murid pula mempunyai kapasiti berlainan dalam menyerapkan kandungan pelajaran yang di sampaikan oleh guru. Cabaran ini menuntut guru sentiada meneroka dimensi kreativiti dan inovasi dalam ilmu pedagogi. Justeru, HUBAGAM diasaskan kepada masalah penguasaan membaca Iqra 1 dalam kalangan murid Tahun Satu. Inovasi ini memberi penekanan terhadap cara mengingat huruf hijaiyah tunggal yang berbaris di atas. Kebanyakan murid hanya boleh mengingat dalam jangka masa yang singkat sahaja dan mudah lupa huruf-huruf yang telah dipelajari. Masalah ini menyebabkan guru-guru terpaksa mengulangi pelajaran yang sama berulang kali. Menyedari masalah ini, murid-murid tahun satu diajar dengan menggunakan teknik membaca cepat dan berkesan berasaskan HUBAGAM supaya murid dapat menguasai bacaan Iqra 1 dengan lebih cepat daripada masa yang ditetapkan. Inovasi ini berfokus kepada aspek : (a) (b) (c) Mengenal bunyi huruf tunggal berbaris atas dengan bantuan bunyi. Mengenal bunyi huruf tunggal berbaris atas dengan bantuan guru. Mengenal bunyi huruf tunggal berbaris atas dengan bantuan gambar.

PENYATAAN ISU

Murid-murid Iqra 1 menghadapi masalah mudah lupa dan sukar untuk mengingat huruf-huruf yang berbaris dan sering keliru dengan bunyi antara satu huruf dengan satu huruf yang lain. Ini menyebabkan guru menghabiskan banyak masa mengulangi pelajaran yang sama sehingga murid-murid menguasai kandungan pembelajaran.

Muka Surat

| 506

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Bilangan murid belum menguasai yang ramai menyukarkan guru-guru melaksanakan pengajaran Al-Quran pada semester kedua persekolahan kerana masa pengajaran yang diperuntukkan hanya satu jam sahaja untuk pengajaran Al-Quran. Ini menyebabkan murid-murid ini hanya akan belajar Iqra di dalam kelas tasmik (di luar masa sekolah).

Pemerhatian guru dalam sesi pembelajaran dan pengajaran (PdP) juga mendapati murid-murid cepat bosan dan kurang fokus kepada pembelajaran Iqra 1. Buku Iqra yang hanya mempunyai huruf hijaiyah tunggal dan baris membuatkan murid kurang berminat untuk menguasainya dengan cepat. Selain itu, kegagalan murid mengingat bunyi huruf hijaiyah tunggal berbaris di atas dengan cepat juga menyumbang kepada punca masalah. Kebanyakan murid hanya boleh mengingat dalam masa yang singkat sahaja. Keadaan ini akan menjadi lebih parah jika menjelang cuti hujung minggu dan cuti persekolahan. Akhirnya guru terpaksa mengulang kembali tajuk pelajaran lalu yang menyebabkan banyak waktu PdP perlu digunakan.

Ramai murid mudah keliru dengan bunyi huruf yang hampir sama bentuknya. Sebagai contoh, bunyi do dan so, fa dan ko, da dan za. Memandangkan sukatan kurikulum Tahun Satu adalah asas kepada sukatan pelajaran peringkat yang lebih tinggi maka masalah ini menyebabkan berlakunya defisit pembelajaran jika tidak ditangani di peringkat awal. Muridmurid juga akan mengalami kesukaran untuk menghafal dan menyebut bunyi huruf dengan betul.

Sebahagian ibu bapa atau penjaga tidak berbuat apa-apa dalam membantu anak-anak belajar di rumah. Ini menyukarkan tugas guru untuk membantu murid-murid yang lemah. Akibatnya, ramai murid yang tidak melepasi Iqra 1 walaupun telah melepasi Tahun Satu.
Muka Surat

| 507

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Sehubungan itu, inovasi HUBAGAM dihasilkan dan wajar dipraktikkan agar murid-murid dapat menguasai kandungan pelajaran dengan cepat dan berkesan serta menjimatkan waktu PdP.

CADANGAN /TINDAKAN PENYELESAIAN

1.

Guru mengenal pasti murid-murid yang lemah melalui pemerhatian semasa sesi PdP. Hal ini dicatat dalam Rekod Kelompok Guru.

2.

Proses pemulihan dijalankan semasa waktu PdP dan kelas tasmik. Selepas 6 bulan pertama berakhir, guru memilih 15 orang murid dalam kalangan murid yang lemah secara rawak untuk dipulihkan melalui tiga kaedah seperti di bawah : (a) Kaedah Bunyi : i. Sebagai permulaan, guru menggunakan kaedah bunyi. Kaedah ini sangat mudah kerana bunyi yang

diperdengarkan oleh guru akan membantu murid-murid yang tersebut untuk mengingati kembali bunyi huruf tersebut. ii. Sebagai contohnya, huruf za berbaris di atas, guru akan membunyikan zzzz dan murid secara spontan akan menyebut za. iii. Walau bagaimanapun, hanya huruf-huruf za, sa, sya, so, zo, gho, fa, ma dan kaedah ini. na sesuai dengan menggunakan

Muka Surat

| 508

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

(b)

Kaedah Lakonan Guru : i. Menyedari kekurangan kaedah bunyi, guru menggunakan kaedah baharu iaitu Kaedah Lakonan Guru. Ini dilakukan dengan bantuan lakonan mulut guru, contohnya, huruf alif berbaris di atas dibunyikan A dan guru membuka mulut dan murid menyebut aaaa. Begitu juga dengan huruf ha berbaris di atas dilakonkan dengan gaya menarik nafas sambil membuka mulut dan murid dengan pantas menyebut haaaaa. Huruf yang sesuai menggunakan kaedah ini adalah alif, ha, kho, a dan gho. ii. Kaedah ini telah banyak membantu guru dan murid dalam sesi PdP sepanjang kajian dijalankan. Walau

bagaimanapun, masih terdapat beberapa huruf yang tidak dapat menggunakan kedua-dua kaedah tersebut.

Seterusnya kaedah bantuan gambar digunakan.

(c)

Kaedah Bantuan Gambar : i. Melalui kaedah ini, setiap huruf tunggal yang berbaris di atas akan disertakan dengan gambar yang bersesuaian dengan persekitaran murid itu sendiri. Gambar-gambar di bawah adalah contoh bahan bantu yang boleh digunakan.

Muka Surat

| 509

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Guru menyebut DODoremon sambil menunjukkan gambar doremon.

Guru

menyebut

TOTomato.

sambil menunjukkan gambar tomato Gambar 1 : Contoh kad gambar yang digunakan dalam HUBAGAM 3. Langkah-langkap penggunaan HUBAGAM

(a) (b)

Guru memperkenalkan huruf hijaiyah tunggal dan bentuknya. Kad HUBAGAM ditunjukkan kepada murid mengikut huruf satu persatu.

(c)

Kad HUBAGAM digunakan untuk memudahkan murid mengingat bunyi huruf berbaris di atas.

(d)

Guru menyebut bunyi huruf berbaris tadi dan sebutan suku kata pertama gambar itu sebagai bayangan bagi bunyi huruf tersebut.

(e)

Murid diminta menyebutkan bunyi huruf berbaris di atas berserta gambar yang diberikan.

Muka Surat

| 510

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

(f)

Latih tubi dilakukan oleh guru dengan mengulang huruf-huruf yang lalu.

(g)

Guru menayangkan huruf tanpa gambar dan menyuruh murid meneka.

(h)

Guru menayangkan gambar tanpa huruf dan menyuruh murid menyebut huruf bagi gambar tersebut.

(i)

Guru

menjalankan

aktiviti

tasmik

dan

meletakkan

buku

HUBAGAM bersebelahan murid sebagai rujukan semasa tasmik. (j) Guru memperbanyak buku HUBAGAM dan diberikan kepada setiap murid sebagai rujukan dan latih tubi sebelum membaca Iqra di hadapan guru.

4.

Kesan Penggunaan HUBAGAM

Kajian yang dilakukan sepanjang Februari hingga Ogos 2011 mendapati HUBAGAM berjaya mengurangkan jumlah murid yang belum menguasai Iqra seramai 86 orang iaitu daripada 94 orang kepada 8 orang sahaja. Ini dapat digambarkan melalui graf 1 seperti di bawah :
Graf 1 : Tahap Penguasaan IQRA 1
IQRA 1, FEB, 94 IQRA 1, MAC, 82

JUM MURID

IQRA 1, APR, 68

IQRA 1, MEI, 53

FEB MAC APR

IQRA 1, JUN, 36

IQRA 1, JUL, 21 IQRA 1, OGS, 15 IQRA 1, SEPT, 13 IQRA 1, OKT, 10 IQRA 1, NOV, 8

BULAN

Muka Surat

| 511

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

KESIMPULAN

Kanak-kanak sangat berminat dan tertarik kepada gambar terutamanya gambar yang berkaitan dengan kehidupan seharian. Kajian juga menunjukkan bahawa otak kanak-kanak lebih mudah mengingat dalam bentuk visual. Oleh itu, selain teknik bunyi yang digunakan oleh guru, teknik visual juga mampu menarik minat murid untuk lebih mengingati huruf-huruf berbaris yang berkenaan.

HUBAGAM mampu merangsang dan menarik minat murid dalam PdP terutamanya untuk membaca Iqra. Selain itu, HUBAGAM mempunyai pelbagai kelebihan seperti berikut :

(a)

HUBAGAM menggunakan bahan yang jimat, murah, mudah disediakan dan mudah dibawa.

(b)

HUBAGAM mudah diurus dan dikendalikan oleh guru dan ibu bapa.

(c)

HUBAGAM berupaya merentas kurikulum kepada mata pelajaran lain seperti Pendidikan Seni, Sains, Matematik, Bahasa Melayu dan sebagainya, HUBAGAM juga boleh berperanan sebagai guru pengganti jika ketiadaan guru dan secara tidak langsung membolehkan PDP berlangsung walaupun tanpa kehadiran guru.

(d)

(e)

HUBAGAM sesuai digunakan kepada semua tahap kebolehan murid. HUBAGAM terbukti berjaya meningkatkan prestasi Iqra murid dalam jangka masa yang singkat.

(f)

(g)

HUBAGAM mengurangkan penggunakan waktu PDP kerana muridmurid menguasai kandungan pelajaran dengan cepat.

Muka Surat

| 512

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

SYOR

Gerakan Melindungi Masa Instruksional (MMI) menuntut komitmen pelbagai pihak bergerak sederap bagi menjamin hak murid-murid mendapat pendidikan berkualiti di dalam bilik darjah dapat dipenuhi. Guru-guru dituntut menghasilkan pelbagai pendekatan kreatif dan inovatif dalam menyampaikan kandungan pelajaran kepada murid-murid. Adalah menjadi harapan agar apa jua pendekatan yang diperkenalkan mampu dimanfaat oleh warga pendidik di pelbagai peringkat termasuk ibu bapa. Justeru, HUBAGAM amat sesuai digunakan dalam PdP Iqra 1 dan wajar diperluaskan penggunaannya kerana ternyata memberi kesan positif terhadap peningkatan penguasaan pelajaran dalam kalangan murid dan mempercepatkan proses PdP. Selain itu pendekatan yang berteraskan kontekstual visual ini dapat meminimumkan waktu PdP guru kerana murid dapat menguasai kemahiran tersebut lebih awal dan mengurangkan waktu pengulangan pelajaran. Guru-guru pula dapat

menumpukan kepada penyampaian kandungan pelajaran yang baharu sebanyak mungkin tanpa banyak halangan. Jika pendekatan HUBAGAM dapat diaplikasikan dengan baik maka matlamat kita MMI dan meningkatkan keberhasilan murid akan beroleh kejayaan.

Rujukan Farida Abdul Rahman. (2012). HUBAGAM (Teknik Meningkatkan Kemahiran Membaca Iqra 1 Dengan Cepat dan Berkesan). Jabatan Pelajaran W.P Labuan. Suzanne F. Peregroy & Owen F. Boyle. (2008). Reading, Writing and Learning in ESL. United States of America: Pearson Education Inc. Suzanne Stokes. Visual Literacy in Teaching and Learning: A Literature Perspective. Troy State University.
| 513

Muka Surat

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

http://ejite.isu.edu/Volume1No1/pdfs/stokes.pdf, 10 Feb, 2011. http://www.sciencedaily.com/releases/2009/03/090304091326.htm, 2011. 10 Feb,

Visual Cues Help People Understand Spoken Words. Science Daily (Mar. 6, 2009).

Muka Surat

| 514

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG BERKESAN DI SEKOLAH UNTUK MENINGKATKAN KEBERHASILAN PEMBELAJARAN MURID

oleh MOHD. FAUZI BIN HASHIM SK. Paya, Beseri, Perlis.

Abstrak Kertas kerja ini bertujuan untuk mengatasi masalah PdP guru dalam Melindungi Masa Instruksional (MMI) supaya proses PdP menjadi lebih sistematik, terancang, dan teratur. Guru juga dapat menentukan terlebih dahulu apakah teknik yang mahu digunakan dalam pengajaran supaya masa tidak terbuang begitu sahaja. Kepelbagaian kaedah pengajaran mewujudkan tahap motivasi murid.

Muka Surat

| 515

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

PENGENALAN
PdP merupakan aktiviti yang saling berkait, yang berlaku secara bersama dalam satu ruang masa. Pemisah antara dua konsep ini sukar dilakukan secara praktisnya kerana proses berlaku secara serentak. Konsep pengajaran itu diwakili oleh individu yang bergelar guru, manakala pembelajaran diwakili oleh murid. Tanpa guru maka tiada murid (dan sebaliknya) maka tiadalah aktiviti PdP.

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG BERKESAN

Tugas utama seorang pengajar atau guru adalah untuk memudahkan pembelajaran para murid-murid. Untuk memenuhi tugas ini, pengajar atau guru bukan sahaja harus dapat menyediakan suasana pembelajaran yang menarik dan harmonis, tetapi mereka juga mestilah mencipta pengajaran yang berkesan. Hal ini bermakna guru perlu mewujudkan suasana pembelajaran yang dapat merangsang minat murid di samping sentiasa memikirkan kebajikan dan keperluan murid.

Dalam sesi pembelajaran, guru kerap berhadapan dengan pelajar yang berbeza dari segi kebolehan mereka. Hal ini memerlukan kepakaran guru dalam menentukan strategi PdP. Situasi ini bermakna, guru boleh menentukan pendekatan, memilih kaedah dan menetapkan teknik-teknik tertentu yang sesuai dengan perkembangan dan kebolehan pelajar. Strategi yang dipilih itu, selain berpotensi merangsangkan murid untuk belajar secara aktif, ia juga harus mampu membantu menganalisis konsep atau idea serta berupaya menarik hati murid bagi menghasilkan pembelajaran yang bermakna.

Muka Surat

| 516

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Bagi menarik perhatian murid dalam sesuatu pengajaran, aktiviti-aktiviti yang dipilih hendaklah yang menarik dan mempunyai potensi yang tinggi untuk membolehkan isi pelajaran dan konsep-konsep diterjemahkan secara jelas. Semua aktiviti diharapkan dapat mempengaruhi intelek, emosi, dan minat murid secara berkesan.

Dalam merancang persediaan mengajar, aktiviti-aktiviti yang dipilih perlu mempunyai urutan yang baik. Persedian perlu diselaraskan dengan isi kemahiran dan objektif pengajaran. Lazimnya aktiviti yang dipilih itu ialah gerak kerja yang mampu memberikan sepenuh pengaruh tentang perhatian, berupaya meningkatkan kesan bagi intelek, ingatan, emosi, minat, dan kecenderungan serta mampu membantu guru untuk menjelaskan

pengajarannya. Dalam merancang aktiviti mengajar yang berkesan dan bermakna kepada murid-murid, guru haruslah memikirkan terlebih dahulu tentang kaedah dan teknik yang akan digunakan. KSSR menyarankan agar pembelajaran mempunyai ciri sepunya learning is fun berlaku. Sehubungan dengan itu, guru perlu lebih kreatif dan inovatif dalam pelaksanaan proses pembelajaran murid. Secara umumnya, sesuatu

proses PdP akan merakumi 3 fasa iaitu: Fasa sebelum pengajaran Fasa semasa pengajaran Fasa selepas pengajaran

Rajah di bawah menunjukkan urutan ketiga-tiga fasa yang terlibat dalam proses PdP.

Muka Surat

| 517

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Sebelum Pengajaran

Penentuan kemahiran atau isi pelajaran Penelitian kebolehan sedia ada murid Penentuan objektif PdP Penentuan pendekatan, strategi, kaedah, dan teknik Pd P Pemilihan bahan sumber

Semasa Pengajaran

Pelaksanaan pendekatan, strategi, kaedah dan teknik Pengurusan kelas Penggunaan bahan bantu Penilaian

Selepas Pengajaran

Penilaian pencapaian Penganalisisan maklum balas Refleksi/Impak

Muka Surat

| 518

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Panduan untuk Pelaksanaan Proses Pengajaran dan Pembelajaran Yang Berkesan.

Pengajaran yang berkesan ialah pengajaran yang berupaya mencapai objektifnya yang terlebih dahulu ditetapkan. Beberapa garis panduan boleh difikirkan untuk pelaksanaan PdP yang berkesan. Berikut antara yang boleh difikirkan oleh guru untuk dilaksanakan. Rancang aktiviti PdP. Fikirkan pelbagai strategi PdP. Rancang pengajaran berasaskan kebolehan dan pengetahuan sedia ada murid. Susun isi pelajaran mengikut tahap kesediaan pembelajaran murid. Susun isi pelajaran daripada yang mudah kepada yang sukar dan daripada yang konkrit kepada yang abstrak. Wujudkan suasana fizikal dan suasana psikologi yang kondusif. Gunakan set induksi yang mampu menarik perhatian murid dan menimbulkan rasa ingin tahu murid. Gunakan bahasa yang dapat difahami dan didengari murid dengan jelas. Gunakan bahan bantu belajar yang menarik perhatian murid. Laksanakan aktiviti yang dapat memberikan kepuasan murid. Variasikan aktiviti bagi mengekalkan minat dan tumpuan murid. Kerap memberikan peneguhan dalam pelbagai bentuk termasuk pujian. Memberikan peluang murid untuk mengemukakan sesuatu perkara berkaitan pembelajaran mereka.

Muka Surat

| 519

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Apakah Kaedah, Pendekatan dan Teknik Pengajaran dan Pembelajaran Yang Sesuai Digunakan?

Dalam KSSR, pelaksanaan pengajaran melibatkan strategi pemusatan guru, murid, pemusatan bahan dan berasaskan aktiviti / tugasan. Strategi PdP merujuk kepada kebijaksanaan guru memilih pendekatan dan merancang kaedah serta teknik yang umumnya terdapat tiga mod pembelajaran dan boleh digunakan oleh guru dalam aktiviti PdP di sekolah iaitu: Pembelajaran secara kelas. Pembelajaran secara kumpulan. Pembelajaran secara individu.

Pembelajaran Secara Kelas

Kaedah ini paling biasa dilakukan oleh kebanyakan guru dalam aktiviti PdP. Guru memandu aktiviti pengajaran dengan mengawal pembelajaran semua murid di dalam sebuah kelas. Interaksi guru dan murid agak terbatas. Manakala interaksi murid dengan murid sukar berlaku. Penyampaian maklumat lebih kepada satu hala iaitu daripada guru kepada murid. Kebiasaannya, BBM juga sama kepada semua murid. Kadangkala penggunaan papan putih lebih tertumpu untuk membuat catatan dan penyampaian maklumat. Dalam konteks KBSR, pelaksanaan pengajaran secara kelas memang sering berlaku. Penggunaan kaedah kelas ini dilakukan sewaktu di peringkat set induksi, perkembangan, dan penutup dalam sesuatu sesi pengajaran. Antara kegunaan penting kaedah kelas ialah memberikan pengenalan umum dan gambaran keseluruhan sesuatu topik atau topik baharu bagi menyediakan murid pembelajaran terperinci, membincang dan menjelas sesuatu prinsip, diskripsi dan rumusan tentang isi pelajaran.

Muka Surat

| 520

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Pembelajaran Secara Kumpulan

Pembelajaran secara kumpulan bermakna dua atau lebih murid akan disatukan secara bersama dalam satu kumpulan dan melakukan aktiviti PdP secara bersama bagi mencapai matlamat pembelajaran yang sama. Dalam konteks KBSR murid-murid boleh disatukan dalam satu-satu kumpulan mengikut: Kebolehan Pencapaian Minat Jantina

Dalam kumpulan kebolehan yang sama, guru mudah memberikan bimbingan dan tunjuk ajar berdasarkan tahap kebolehan murid yang lebih kurang sama. Dalam kumpulan kebolehan yang berbeza pula, guru mengharapkan berlaku interaksi antara murid dengan murid yang berkebolehan merangsang ahli sekumpulan yang lain.

Pembelajaran Secara Individu.

Pembelajaran secara individu dalam proses PdP merupakan cetusan pemikir moden dalam bidang pendidikan. Golongan ini berpendapat setiap individu murid unik, pelbagai dan rencam dalam aspek pertumbuhan dan perkembangan mereka. Justeru, setiap individu murid mempunyai hak untuk memperkembang aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani mereka melalui sistem pendidikan.

Pendekatan individu ini sangat fleksibel kerana setiap murid mempunyai kebebasan untuk menentukan arah tuju pembelajaran mereka. Murid dituntut mempunyai sifat kendiri dan motivasi yang tinggi kerana segala aspek pembelajaran mereka ditentukan oleh mereka (murid) sendiri. Penggunaan

Muka Surat

| 521

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

BBM dalam melaksanakan kaedah individu berbagai-bagai dan perlu disediakan oleh guru.

Kaedah lain yang sesuai dalam konteks masa, murid dan masa pembelajaran ialah Pembelajaran Masteri, Pembelajaran Inkuri Penemuan, Pembelajaran Secara Konstruktivisme dan Pembelajaran Secara Kontekstual.

Pembelanjaran Masteri

Suatu pendekatan PdP bagi memastikan semua murid menguasai hasil pembelajaran yang dihasratkan dalam sesuatu unit pembelajaran sebelum berpindah ke unit pembelajaran seterusnya.

Pembelajaran Inkuiri Penemuan

Pembelajaran Inkuiri-Penemuan melibatkan penyiasatan. Dalam penyiasatan ini proses-proses yang berlaku ialah membuat pemerhatian, membuat hipotesis, merancang dan melaksanakan penyiasatan, menterjemah dapatan dan membuat kesimpulan, dan berkomunikasi.

Pembelajaran Konstruktivisme

Konstruktivisme ialah satu fahaman bahawa murid membina sendiri pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Dalam proses ini, murid akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baharu.

Muka Surat

| 522

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Pembelajaran Kontekstual

Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi kandungan dengan pengalaman harian individu, masyarakat, dan alam pekerjaan. Kaedah ini menyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan hands-on dan minds-on.

Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran Berasaskan ICT / TMK

YAB Menteri Pelajaran Malaysia telah mengumumkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 pada bulan September yang lalu. Pelan ini menyatakan hasrat dan tekad Kementerian Pelajaran dalam meningkatkan kualiti kemenjadian murid selaras dengan aspirasi untuk meletakkan Malaysia dalam sistem pendidikan pada kelompok sepertiga teratas di dunia.

Sehubungan dengan itu, sudah semestinya inovasi dalam PdP berasaskan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) merupakan pencetus kreativiti dan penjana inovasi yang melengkapkan generasi muda dengan kemahiran yang diperlukan untuk bersaing dalam pasaran kerja. Transformasi ini penting dalam usaha melengkapkan anak didik kita dengan pengetahuan, kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis serta berupaya berkomunikasi dengan berkesan pada peringkat global.

Prinsip Penggunaan TMK Dalam Pengajaran dan Pembelajaran untuk Menjana Inovasi

Terdapat beberapa prinsip dalam penggunaan TMK dalam PdP. Pertama, murid mesti menguasai kemahiran asas TMK untuk membolehkan mereka mengendalikan perkakasan dan perisian. Kedua, dengan memperoleh
Muka Surat

| 523

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

kemahiran ini, murid dapat mengaplikasi dan mengintegrasi TMK dalam pembelajaran mereka. Bagi menjayakan perkara ini, murid perlu mempelajari TMK secara kaedah amali (hands-on) dan memperoleh kemahiran TMK yang boleh dikuasai dalam konteks PdP untuk menjana inovasi.

Penggunaan TMK Dalam Strategi Pengajaran dan Pembelajaran.

TMK tidak semestinya diguna pakai sepanjang proses PdP. Guru dan murid perlu mengenal pasti keperluan TMK dalam meningkatkan PdP mereka. Penggunaan TMK sebagai pengupayaan pembelajaran membolehkan murid mengukuhkan lagi pembelajaran dan pembelajaran serta mencapai standard kurikulum. Penggunaan TMK juga boleh menjadikan pembelajaran lebih seronok dan membentuk guru dan murid untuk menjadi lebih kreatif dan inovatif.

RUMUSAN

Dalam konteks penggunaan TMK dalam PdP, tiada satu cara pun boleh dikatakan sebagai terbaik dan mesti digunakan. Pendekatan terbaik yang sebenarnya ialah penggunaan TMK sesuai dengan keperluan murid, serta dapat membuahkan hasil yang diharapkan. Penggunaan TMK dalam PdP dapat dilihat daripada dua aspek, iaitu aspek pengajaran (Guru mengguna TMK) dan aspek pembelajaran (Murid mengguna TMK). Dalam konteks pembelajaran, penggunaan TMK dalam PdP boleh dikategori sebagai: Tutorial, Penerokaan (eksploratori), Aplikasi, dan Komunikasi.
Muka Surat

| 524

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

KESIMPULAN

Perancangan PdP yang berkesan diharapkan dapat melahirkan generasi yang kreatif dan inovatif selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan pembinaan modal insan yang berteraskan pembangunan jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sosial. Keberkesanan PdP ini juga akan mengubah minda, pemikiran serta budaya organisasi pembelajaran bagi meningkatkan kualiti instruksional dalam kalangan guru di samping meningkatkan jaringan profesionalisme inter dan intra sekolah.

SYOR

1. Tugas utama seorang pengajar atau guru adalah untuk memudahkan pembelajaran muri-murid dengan menciptakan pengajaran yang berkesan.

2. Guru perlu mewujudkan suasana pembelajaran yang dapat merangsang minat murid di samping sentiasa memikirkan kebajikan dan keperluan murid.

3. Guru kerap berhadapan dengan murid yang berbeza dari segi kebolehan mereka. Situasi ini memerlukan kepakaran guru dalam menentukan strategi PdP dan menentukan pendekatan, memilih kaedah dan menetapkan teknikteknik tertentu yang sesuai dengan perkembangan dan kebolehan murid.

4. Guru perlu menarik perhatian murid dalam sesuatu pengajaran dengan merancang pengajaran yang berkesan dan bermakna kepada murid-murid.

Muka Surat

| 525

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Rujukan Kementerian Pelajaran Malaysia. (2001). Falsafah Pendidikan Negara, Matlamat dan Misi. Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum. Mak Soon Sang. (2008). Kursus Penilaian Tahap Kecekapan P&P Gred DGA34, DG44 & DG48. Kuala Lumpur : Multimedia-ES Resources Sdn.Bhd. Omardin Ashaari. (1999). Pengajaran Kreatif Untuk Pembelajaran Aktif. Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Pusat Perkembangan Kurikulum. (1992). Pukal Latihan Kurikulum Sekolah Menengah. Kuala Lumpur : DBP. Kuala

Bersepadu

Raiff, J.C. (1992). Learning Style. Washington Dc: National Education Association Yufiza binti Mohd. Yusof. (2005). Gaya Pembelajaran dan Hubungan dengan Pencapaian Pelajar Perakaunan. Wan Mohd Zahid Mohd Noordin. (1993). Wawasan Pendidikan Agenda Pengisian. Kuala Lumpur : Nurin Enterprise.

Muka Surat

| 526

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERKESAN DI BILIK DARJAH DAPAT MENJANA MODAL INSAN YANG BERPENGETAHUAN, BERKEMAHIRAN, DAN MENGHAYATI NILAI-NILAI MURNI

oleh AB. AZIZ BIN OMAR SMK Sultan Ibrahim Satu, Pasir Mas, Kelantan.

Abstrak Untuk melahirkan modal insan yang berpengetahuan, berkemahiran, dan menghayati nilai-nilai murni sejagat, sekolah merupakan institusi sosial yang paling relevan. Sekolah amat berkait rapat dengan pentadbir, guru, murid dan ibu bapa termasuklah PdP di bilik darjah. PdP di bilik darjah ialah suatu proses melentur dan membina tamadun murid ke arah yang lebih sempurna dalam semua aspek kehidupan untuk masa hadapan. Bahagian pengenalan tulisan ini, menghuraikan konsep dan rupa bentuk modal insan berpengetahuan, berkemahiran, dan menghayati nilai-nilai murni diikuti konsep bilik darjah dan PdP yang berkesan. Bahagian isi pula, akan menyingkap isu-isu PdP berkesan di bilik darjah ke arah menjana modal insan yang berilmu pengetahuan, berkemahiran dan menghayati nilai-nilai murni sejagat. Bahagian kesimpulan, dikemukakan beberapa cadangan yang konstruktif serta syorsyor yang perlu diberikan perhatian yang sewajarnya.

Muka Surat

| 527

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

PENGENALAN Berlandaskan Wawasan 2020, ditegaskan bahawa dalam usaha kita untuk

maju, tidak ada yang lebih penting daripada pembangunan sumber manusia (Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri Malaysia, 1991). Misi Nasional dan Rancangan Malaysia Ke-9 telah menetapkan Pembangunan modal insan berminda kelas pertama sebagai salah satu daripada lima teras utama ke arah mencapai Wawasan 2020 (Datuk Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia, PIPP, 2006-2010). Ciri-ciri modal insan yang hendak dilahirkan oleh Kementerian Pelajaran melalui PIPP 2006-2010, antara lain ialah modal insan yang seimbang dari aspek jasmani, intelek, rohani, emosi, kepercayaan kepada Tuhan, berilmu, berkemahiran, berakhlak mulia, berpegang kepada nilai-nilai murni, berkeyakinan tinggi, berketerampilan dan mengamalkan gaya hidup sihat (Perutusan Tahun Baru 2008, Menteri Pelajaran Malaysia).

Menurut Kamus Dewan, Edisi Keempat (2007), menjana bermaksud berkembang dan meningkat maju, membuat supaya membangun (maju dan berkembang), membina, dan memajukan. Dengan erti kata lain menjana modal insan ialah sumber tenaga atau manusia iaitu rakyat perlu dimajukan, dibina, dikembangkan dan diberi nilai tambah. Dalam konteks PIPP, rupa bentuk modal insan yang hendak dibangunkan ialah modal insan yang dapat membina negara ini, yang dapat mempertahankan kedaulatan dan keamanan negara, yang dapat memastikan keharmonian dan kesejahteraan negara (Dato Hishammudin Tun Hussein, Menteri Pelajaran, PIPP 2006-2010). Dalam PIPP, telah ditegaskan bahawa dasar Kementerian Pelajaran Malaysia adalah untuk membangunkan modal insan yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran serta menghayati nilai-nilai murni (PIPP, 2006-2010).

Kamus Dewan Edisi Keempat 2007 (DBP, hal.1571) mentakrifkan berpengetahuan ialah mempunyai pengetahuan, berilmu dan terpelajar. Oleh
Muka Surat

| 528

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

itu, modal insan yang berpengetahuan ialah sumber manusia, rakyat atau warga negara dan sumber tenaga yang mempunyai ilmu dan terpelajar. Ilmu ialah maklumat, data, dan keterangan daripada pelbagai disiplin, umpamanya, bidang sains, sejarah, kemasyarakatan dan sebagainya (Sukatan Pelajaran

Kesusasteraan Melayu, KBSM, 1991 Semakan Semula 2002, PPK, KPM).

Merujuk Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang terkandung dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah ( KBSM ), konsep ilmu atau intelek mengambil kira aspek-aspek hikmat iaitu ilmu yang boleh membawa kepada kebenaran, daya pemikiran yang lojik, analitis, kreatif, inovatif dan ilmu yang bermanfaat (KBSM, PPK, Kementerian Pelajaran Malaysia, 1988). Dalam aspek ilmu dan impian untuk menjadi negara maju pada tahun 2020, Dr. Mahathir bin Mohamad, mantan Perdana Menteri telah meletakkannya sebagai cabaran keenam dalam Dasar Wawasan 2020, iaitu cabaran untuk mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat yang mempunyai daya perubahan tinggi dan berpandangan jauh, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan. Beliau menambah, apa yang kita ada dalam kepala kita, pada tulang empat kerat dan dalam hati kita adalah lebih penting daripada apa yang kita ada di bawah tapak kaki dan sekeliling kita (Wawasan 2020, 1991). Dalam PIPP telah ditegaskan bahawa modal insan yang ingin dihasilkan perlu mampu untuk berfikir secara kreatif dan kritis, berkemahiran menyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta peluang-peluang baharu, mempunyai ketahanan serta berkebolehan untuk berdepan dengan persekitaran dunia global yang sering berubah-ubah (PIPP 2006-2010).

Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), mendefiniskan berkemahiran ialah mempunyai kemahiran, terlatih untuk mengerjakan sesuatu, mempunyai kecekapan, kelancaran dan kepandaian. Jadi modal insan yang berkemahiran ialah sumber tenaga, rakyat, warga negara atau tenaga kerja yang mempunyai
Muka Surat

| 529

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

kemahiran, kecekapan, kepandaian serta

mampu melakukan, dan dapat

menyelesaikan sesuatu masalah dengan baik. Konsep berkemahiran ini ada ditegaskan dalam Dasar Wawasan 2020 untuk Malaysia mencapai status negara maju, bahawa kita tidak boleh tidak perlu berhasrat untuk mencapai taraf paling tinggi dari segi kemahiran rakyat kita (Dr. Mahathir bin Mohamad, Wawasan 2020, 1991). Untuk membangunkan modal insan yang berkemahiran, PIPP 2006-2010 telah menegaskan bahawa bagi meningkatkan kualiti murid dari segi bina upaya insan human capacity building perlu adanya sistem pentaksiran peringkat sekolah. Sistem pentaksiran holistik ini memberikan tumpuan kepada pemupukan nilai-nilai yang menyeluruh seperti nilai kreatif, inovatif, kritis, berdisiplin, dan berakhlak mulia dalam kalangan pelajar ( Kad Laporan Kedua PIPP 2006-2010, KPM ).

Mok Soon Sang (2007), mentakrifkan nilai sebagai kepercayaan dan sikap yang mendorong seseorang atau institusi untuk melakukan sesuatu tindakan. Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia (2005)

mendefinisikan nilai sebagai satu konsep yang dijadikan asas oleh masyarakat untuk menilai, mengukur atau membuat pilihan serta keputusan terhadap sesuatu perkara, darjah, mutu, kualiti, taraf perilaku dan benda mengenai seseorang atau kelompok orang sebagai baik, berharga dan bernilai. Kurikulum Semakan Semula Mata Pelajaran Kesusasteraan Melayu 2002 (KBSM), mentakrifkan nilai kemanusiaan yang dikenali juga sebagai nilai murni atau nilai moral bermaksud sesuatu perbuatan atau tingkah laku positif yang diamalkan dalam kehidupan seharian (Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, 2002). Konsep penghayatan nilai murni ini akan lebih terserlah jika dirujuk kepada Falfasah Pendidikan Kebangsaan (KBSM 1988) yang menggariskan bahawa dalam konteks pendidikan yang luas, matlamat pendidikan bukan sahaja diorientasikan kepada masyarakat tetapi dituju ke arah pembinaan tradisi keilmuan, mencari kebenaran, keadilan, dan kebersihan dalam masyarakat. Demikianlah nilai-nilai hidup yang harus
Muka Surat

| 530

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

dibina menerusi pendidikan andainya kita benar-benar mahu membina manusia. Ilmu yang disampaikan, sekiranya tidak memiliki teras dan nilai-nilai murni boleh diserapkan dalam diri pelajar, maka ia tidak berjaya untuk menyampaikan dan membawa kebenaran. Unsur nilai merupakan komponen bersepadu yang penting dan dilaksanakan merentasi kurikulum selain yang diajar dalam mata pelajaran Pendidikan Islam dan Moral (PPK, KPM, 1988). Kementerian Pelajaran Malaysia melalui dasar KBSM telah menggariskan enam belas senarai nilai murni guru perlu diterapkan kepada pelajar di sekolah. Antaranya, baik hati, berdikari, hormat-menghormati, kasih sayang, keadilan, kebebasan, keberanian, kebersihan fizikal dan mental, kejujuran, kerajinan, kerjasama, kesederhanaan, kesyukuran, rasional, semangat bermasyarakat dan semangat kewarganegaraan. Dalam konteks PIPP 2006-2010, ditegaskan bahawa kejayaan agenda pembangunan modal insan amat bergantung kepada kualiti sistem pendidikan negara. Salah satu agenda penting kerajaan adalah untuk membangun satu sistem pendidikan bertaraf dunia. Sistem ini perlu membangunkan modal insan yang bersifat menyeluruh, progresif, bermoral, dan beretika tinggi (Datuk Seri Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia, PIPP 2006-2010). Kesimpulannya, modal insan yang menghayati nilai-nilai murni ialah rakyat, warganegara, sumber tenaga dan murid yang betul-betul dapat memahami dan mengamalkan ciri-ciri positif dalam kehidupan seharian mereka.

Sharifah Alwiah Alsagoff (1983), mentakrifkan bilik darjah ialah tempat yang merumahkan murid buat sementara waktu, iaitu selama lima hingga enam jam dalam satu hari, dan untuk lima hari dalam seminggu. Bilik ini merupakan persekitaran pembelajaran yang paling penting kerana ketika murid berada di sekolah, hampir semua daripada masanya dihabiskan di bilik ini.

Pengkaji kertas kerja ini mentakrifkan, bilik darjah ialah tempat khas di sekolah yang disediakan oleh KPM untuk guru mengajar dan murid belajar.
Muka Surat

| 531

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Dengan erti kata lain, tempat berlakunya PdP secara formal. Untuk mencapai tahap PdP berkesan, sesebuah bilik darjah mestilah berada dalam keadaan ceria dan mempunyai tampalan-tampalan bahan yang berkaitan dengan PdP. Bilik darjah yang kondusif dan ceria akan menimbulkan rangsangan belajar yang tinggi dalam kalangan pelajar .

Kamus Dewan Edisi Keempat (2007) mendefinisikan penyampaian ialah perihal menyampaikan sesuatu. Pengajaran ialah perihal mengajar. Segala sesuatu yang berkaitan dengan pengajaran seperti cara atau sistem mengajar. Pembelajaran ialah proses (kegiatan) belajar. Berkesan ialah menimbulkan hasil yang diharapkan, membawa kepada sesuatu perubahan serta

mendatangkan sesuatu pengaruh kepada pemikiran seseorang atau sesuatu golongan seperti mengubah sikap, membangkitkan sesuatu kecenderungan atau perasaan.

Menurut Mok Soon Sang (2004), pengajaran merupakan aktiviti atau proses yang berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan atau kemahiran tertentu. Juga ditakrifkan sebagai sesuatu tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama oleh guru dan murid. Beliau mengatakan pembelajaran merupakan proses memperoleh ilmu pengetahuan atau kemahiran.

Daripada definisi dan takrifan di atas, dapat dirumuskan bahawa penyampaian pengajaran dan pembelajaran berkesan ialah suatu proses pemelajaran di bilik darjah yang menyeronokkan, menimbulkan rangsangan, dan menarik minat murid-murid. PdP juga suatu proses pemelajaran yang berakhir dengan kepuasan dan meninggalkan kesan perubahan minda, kemahiran dan tingkah laku positif kepada murid.

Untuk mencapai taraf PdP berkesan di bilik darjah, guru perlulah memainkan peranan utama selain memastikan bilik darjah senantiasa dalam
Muka Surat

| 532

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

keadaan ceria. Sikap guru yang berpakaian kemas (SPI Bil.13, 1969: SPI Bil. 6, 1985), berdisiplin, yakin diri, adil, dan bersungguh-sungguh merupakan asas utama ke arah pengajaran dan pembelajaran berkesan di kelas. Guru juga mestilah menguasai mata pelajaran yang akan diajar kepada murid di samping menguasai kurikulum,sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran terkini. Guru juga mestilah menguasai pedagogi (pendekatan, kaedah, teknik, aktiviti, aplikasi kemahiran bernilai tambah, sistem penilaian, aspek pengisian kurikulum dan sebagainya). Guru mesti mampu merancang dan menyediakan rancangan pengajaran tahunan dan rancangan pengajaran harian yang memenuhi spesifikasi KBSM sesuai dengan tajuk, aspek, objektif, HPU, HPK dan HHP yang hendak dicapai. Di samping itu, guru juga harus memiliki dokumen-dokumen rasmi PdP seperti sukatan pelajaran, huraian sukatan pelajaran terkini dan buku rekod mengajar. Guru seharusnya boleh mencipta teknik-teknik PdP baharu atau paling kurang mengadaptasi teknik-teknik yang sedia ada, misalnya Teknik Pemaduan Seni Wayang Kulit untuk PdP prosa tradisional. Untuk lebih memantapkan lagi proses PdP berkesan di bilik darjah, guru seharusnya mampu membina sendiri alat bantu mengajar sama ada dalam bentuk dokumen bertulis, audio visual seperti pita rakaman, cakra padat CD atau DVD.

Sebagai kesimpulan, dalam rangka untuk menzahirkan PdP berkesan di bilik darjah, guru tidak boleh mengabaikan beberapa strategi PdP yang telah ditetapkan oleh Pusat Pembangunan Kurikulum, KPM (2002), yakni pendekatan berpusatkan murid, kepelbagaian pendekatan, kaedah dan teknik, kepelbagaian sumber dan pembacaan luas.

Muka Surat

| 533

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

ISI KANDUNGAN

1.

Pengajaran dan pembelajaran berkesan di bilik menjana modal insan yang berpengetahuan

darjah ke arah

Aspek ilmu yang hendak diajar ialah teknik plot dan gaya bahasa dalam genre novel (Restu, Ismail Kassan, 2000). Pendekatan digunakan ialah pendekatan berfokus manakala kaedahnya ialah kaedah membaca teks dan pemahaman, membaca, dan melakonkan adegan. Teknik pula ialah lakonan dan main peranan menggunakan aplikasi kemahiran berfikir. Aktiviti yang dirancang ialah teknik aktiviti membaca petikan dalam teks novel Restu (hal. 235-241) dan penilaian dibuat secara formatif (lisan, pemerhatian dan penulisan). Guru berperanan untuk menyediakan petikan novel dalam bentuk dialog (Lampiran 1) dan mengawal situasi pembelajaran.

Selepas sesi set induksi berkaitan pembelajaran terdahulu, murid diminta membuka dan membaca teks novel Restu di halaman 235-241 dengan memberikan penekanan tentang peristiwa menggunakan teknik plot (suspen dan suprise) dan jenis-jenis gaya bahasa yang ada dalam petikan tersebut. Selepas itu, guru mengemukakan beberapa soalan kepada murid. Guru memanggil lima orang murid ke hadapan kelas dan memberikan salinan petikan yang telah diubah ke dalam bentuk dialog kepada setiap orang murid. Guru meminta murid membaca perenggan dialog dalam bentuk lakonan yang memperlihatkan adanya unsur suspen dan kejutan (Lampiran 2). Selepas dialog dibaca, guru bertanya beberapa soalan mengenai teknik plot dan gaya bahasa. Guru memberikan sedikit penjelasan dan meminta murid merumuskannya.

Muka Surat

| 534

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Kaedah, teknik dan aktiviti seperti ini sangat menarik,berkesan dan menyeronokkan murid kerana 70% perkembangan PdP di bilik darjah berpusatkan murid. Guru bertindak sebagai pemudah cara untuk membimbing situasi PdP. Penilaian dibuat berdasarkan keaktifan murid yang seperti menjawab soalan, membaca petikan, membaca dialog dalam bentuk lakonan, dan merumuskan nota. Sehubungan dengan itu, ilmu yang boleh dibina dan dipupuk secara langsung kepada murid di sini ialah ilmu sastera dalam aspek teknik plot dan jenis-jenis gaya bahasa. Sementara ilmu atau pengetahuan lain yang terserap secara tidak langsung ialah ilmu saikologi, kemasyarakatan dan ilmu seni mempertahankan diri. Strategi PdP yang dicadangkan ini sangat berkesan untuk menjana modal insane yang proaktif, kreatif, kritis, inovatif,dan berkualiti untuk masa depan negara.

Daripada amalan penyampaian PdP berkesan di bilik darjah seperti di atas, kesannya amat membanggakan. Keadaan ini dapat dilihat dengan peningkatan pencapaian kualiti mata pelajaran Kesusasteraan Melayu dalam peperiksaan SPM di SMK. Sultan Ibrahim Satu, Pasir Mas, selama enam tahun secara berturut (20062011). Data lengkap pencapaian dapat dilihat dalam carta di bawah.

TAHUN 2006 2007 2008 2009 2010 2011

JUMLAH CALON 101 106 103 82 98 95

A+

A 0 2 4

A1 4 12 17 18 27

B+ 2 16 15 14 15 17

B 9 15 15 10 17 5

C+ 14 16 12 15 10 5

C 17 20 9 4 9 3

D 16 12 16 6 5 6

E 24 11 9 3 6 3

G 18 10 11 04 4 8

JUM LULUS 83 96 92 78 94 87

% LULUS 82.2 90.6 89.3 95.1 95.9 91.6

GP MP 6.95 5.69 4.95 3.96 3.93 3.42

1 1 2

8 13 19

Muka Surat

| 535

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Sebagai rumusan, PdP berkesan di bilik darjah dengan mengamalkan strategi berpusatkan murid, dapat menghasilkan modal insan yang mantap dari segi pengetahuan dan pemikiran.

2.

Pengajaran dan pembelajaran berkesan di bilik darjah ke arah menjana modal insan yang berkemahiran

Melalui mata pelajaran Kesusasteraan Melayu, banyak aspek kemahiran yang boleh dibina untuk pembangunan murid atau modal insan. Antaranya ialah kemahiran membaca, bercakap, berdialog, mendengar, menghayati, mendeklamasi sajak, melagukan syair, berpantun, berlakon, mencipta puisi (sajak, pantun, syair dan seloka), menghasilkan skrip drama, membuat projek sastera, dan sebagainya.

Salah satu daripada kemahiran yang perlu diajar kepada murid Tingkatan Empat dan Lima seperti yang terkandung dalam Sukatan Pelajaran Mata Pelajaran Kesusasteraan Melayu, KBSM (Sukatan Semakan Semula 2002 puisi (KBSM, PPK, ialah menghasilkan dan mempersembahkan KPM). Aspek menghasilkan dan

mempersembahkan puisi (sajak, pantun,syair, gurindam dan seloka) merupakan perkara asas yang perlu diajar kepada murid. Untuk mengaplikasi dan merealisasikan aspek kemahiran membina dan mendeklamasi puisi, memerlukan kepakaran guru (PdP berkesan). Misalnya, selepas tajuk dan objektif PdP telah ditetapkan, iaitu murid boleh membina dan mempersembahkan sajak dengan baik. Proses PdP seterusnya ialah aktiviti guru dan murid mencipta dan mendeklamasi sajak. Tema sajak yang hendak dibina dan dipersembahkan ialah, Kebesaran Tuhan. Aspek pedagogi yang digunakan ialah pendekatan berfokus, kaedah mendengar pita rakaman, soal jawab, teknik penerangan, latihan, menggunakan lembaran kerja, kemahiran bernilai
Muka Surat

| 536

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

tambah (aplikasi kecerdasan pelbagai, kemahiran berfikir dan kemahiran belajar cara belajar), aktiviti melengkapkan lembaran peta grafik, mencipta, dan mendeklamasikan sajak. Penilaian dibuat secara formatif (lisan, pemerhatian dan penulisan). Kerja pengukuhan ialah menjelaskan tema dan persoalan-persoalan sajak yang dibina.

Set induksi dimulakan dengan guru menyoal murid tentang tajuk dan jumlah rangkap sajak yang dipelajari pada pelajaran lepas.

Perkembangan PdP diteruskan dengan guru memperdengarkan pita rakaman deklamasi sajak berjudul Ibadat karya Sabar Bohari (1995) yang dideklamasikan oleh R. Azmi (guru dari SMK Machang). Beberapa soalan seperti nada dan unsur agama yang terdapat dalam sajak tersebut dikemukakan kepada pelajar. Seterusnya guru

mengedarkan kepada setiap pelajar LPG (carta pai) yang tercatat tema dan kata kunci untuk pembinaan setiap rangkap sajak seperti di bawah.

Tema Sajak Kebesaran Tuhan

Manusia

Bumi
.

Matahari
.

Mati

Muka Surat

| 537

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Berdasarkan kata kunci dalam setiap petak di atas, murid diminta membina baris-baris ayat dengan bahasa yang puitis dalam masa tiga puluh minit. Selepas setiap petak siap dibina dengan bimbingan guru, dan sajak siap dicipta, satu atau dua orang murid diminta mendeklamasikannya. Guru akan menegur aspek kelemahan deklamasi murid seperti gaya, nada, suara, kelancaran dan penghayatan.

Kesimpulannya, potensi dan kemahiran murid boleh dipupuk dengan bimbingan guru di bilik darjah secara berkesan dan bijaksana. Apabila murid sudah terbiasa dengan teori dan konsep kemahiran mencipta sesuatu, maka dengan mudah projek-projek tugasan lain di luar bilik darjah boleh dilaksanakan dengan baik. Misalnya, tugasan projek folio sastera SPM yang mempunyai lima puluh tajuk yang diberi kepada murid-murid telah dapat diselesaikan dengan sempurna (Lampiran 3). Kemahiran-kemahiran dalam pelbagai bidang seperti inilah yang hendak dipupuk dan dibina dalam PIPP 2006-2010, iaitu modal insan sebagai penyumbang dan bukan lagi sekadar pengguna.

3.

Pengajaran dan pembelajaran berkesan di bilik darjah ke menjana modal insan yang menghayati nilai-nilai murni

arah

PdP nilai-nilai murni dalam kalangan murid bagi mata pelajaran Kesusasteraan Melayu boleh dilaksanakan dengan dua cara, iaitu secara langsung dan tidak langsung.

Dalam penyampaian PdP berkesan di bilik darjah, pengkaji cuba menghuraikan aplikasi dan penghayatan nilai murni atas pelajar atau modal insan melalui kedua-dua cara ini sebagai contoh, PdP aspek nilai kemanusiaan dan pengajaran dalam cerpen Pawana, karya Zaharah Nawawi (1997). Pendekatan digunakan ialah pendekatan berfokus dan
Muka Surat

| 538

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

analitik manakala kaedahnya ialah kaedah membaca teks dan pemahaman, membaca teks dan perbincangan,dan kerja kumpulan. Teknik yang digunakan ialah, menggunakan lembaran kerja dan sumbang saran manakala kemahiran bernilai tambah (Aplikasi kemahiran berfikir), aktiviti perbincangan dalam kumpulan (Lampiran 4), membaca teks, mengisi carta dan pembentangan.

Set induksi dimulakan dengan guru bertanya murid maksud nilai kemanusiaan atau nilai murni dan jenis-jenisnya sebagai mengulang kaji pelajaran lepas. Guru membahagikan murid kepada lima kumpulan iaitu lapan orang setiap kumpulan. Guru meminta murid membuka teks Bacalah Dalam Bahasamu, Siri A halaman 54-64. Guru menentukan halaman mengikut kumpulan, iaitu kumpulan 1 halaman 54-55, kumpulan 2 halaman 56-57, kumpulan 3 halaman 58-59, kumpulan 4 halaman 60-61 dan kumpulan 5 halaman 62-64. Guru meminta setiap kumpulan meneliti nilai kemanusiaan atau nilai murni dan pengajaran beserta contoh peristiwa yang terdapat di halaman teks seperti yang telah ditetapkan dan mengisi carta yang diedarkan kepada setiap kumpulan dalam masa 40 minit seperti di bawah.

Senarai nilai murni 1) 2) 3) 4) 5)

Contoh peristiwa

Senarai pengajaran

Contoh peristiwa

Muka Surat

| 539

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Guru menyarankan setiap kumpulan tampil ke hadapan bilik darjah untuk membentangkan hasil penemuan masing-masing. Guru membuat rumusan dan meminta murid mencatatkannya di dalam buku catatan.

Daripada pelaksanaan penyampaian PdP di bilik darjah seperti di atas, aplikasi penghayatan dan pelaksanaan nilai-nilai murni telah pun berlaku. Aplikasi penghayatan nilai-nilai murni secara tidak langsung ialah melalui aktiviti kerja kumpulan dan pembentangan hasil penemuan. Dalam aktiviti kerja kumpulan, penerapan nilai-nilai murni yang berlaku ialah nilai kerjasama, ketekunan, ketelitian, berdisiplin, menepati masa, semangat persaingan yang sihat, berbahasa sopan santun, menghormati pandangan rakan sebaya, akur kepada arahan dan sebagainya. Dalam aktiviti pembentangan hasil penemuan kumpulan di depan kelas, nilai-nilai murni yang terserlah dan dapat dibina dalam kalangan murid atau modal insan ialah nilai keberanian, yakin diri, tidak segan, berbahasa sopan santun, dan menghormati guru.

Penilaian penghayatan nilai-nilai murni dibuat melalui lisan, penulisan, dan pemerhatian atas tingkah laku, sikap, dan tindak tanduk murid sepanjang masa PdP. Penyampaian PdP seperti di atas, amat menarik kesannya. Kesannya dapat dilihat berlaku perubahan sikap, amalan, tindakan, dan tingkah laku murid ke arah yang lebih positif. Misalnya, kelas lebih terkawal dan tidak bising dan tugasan yang diberi kepada pelajar dapat disiapkan dengan baik. Apabila dikemukakan soalan mengenai pelajaran, murid berdiri dan menjawab dengan sopan. Ketika mula melangkah kaki ke kelas, murid berdiri dan memberikan salam. Selepas tamat masa pengajaran, murid berdiri dan mengucapkan terima kasih.

Muka Surat

| 540

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Kesan penyampaian PdP berkesan di bilik darjah dalam aspek penghayatan nilai-nilai murni terbukti apabila Raja Fadhilah binti Raja Ahmad, murid Tingkatan 5P3, telah dilantik sebagai Ketua Pengawas Sekolah sesi 2007, di SMK.Sultan Ibrahim Satu. Dari segi akademik, murid ini hanya mendapat 4B mata pelajaran Kesusasteraan Melayu (SPM 2006),tetapi dengan kekuatan nilai-nilai murni yang dimilikinya menyebabkan beliau dipilih sebagai Ketua Pengawas Sekolah. Dengan nilai yakin diri yang tinggi, beliau telah dapat berucap dengan baik sebagai pengerusi majlis, dalam Majlis Perhimpunan Mingguan Guru dan Murid, di Dewan Besar, SMK. Sultan Ibrahim Satu, pada 4 April, 2008 ( Lampiran 5).

Kesimpulannya, melalui penyampaian PdP berkesan di bilik darjah secara terancang dan penuh komited, saya yakin, kita mampu membina, memupuk dan menghasilkan modal insan yang memiliki cemerlang, gemilang dan terbilang. sahsiah

KESIMPULAN

Penyampaian PdP berkesan di bilik darjah merupakan satu strategi penting pendidikan yang perlu diberi perhatian serius oleh semua guru. Untuk mencapai tahap PdP berkesan, guru merupakan terasnya. Guru harus terlebih dahulu menyediakan dirinya dengan segala unsur yang melibatkan

profesionalismenya. Dengan kekuatan dalaman dan luaran guru, di samping elemen-elemen lain yang menyokong sistem pendidikan yang sedia ada pada hari ini, modal insan yang hendak dijana dan dilahirkan sebagaimana yang terkandung dalam PIPP 2006-2010 diharap akan dapat dicapai.

Muka Surat

| 541

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Untuk memantapkan sistem pendidikan yang sedia ada, khususnya ke arah menghasilkan modal insan yang berpengetahuan, berkemahiran dan menghayati nilai-nilai murni, mata pelajaran Kesusasteraan Melayu hendaklah dijadikan sebagai mata pelajaran teras di peringkat SPM, kerana mata pelajaran ini mempunyai banyak ilmu, kemahiran dan nilai murni yang boleh membentuk seseorang insan. Pelaksanaan sistem penilaian dan Pentaksiran Berasaskan Sekolah seperti membuat projek dan slot persembahan bagi mata pelajaran ini akan meningkatkan potensi diri yang ada dalam kalangan murid. KPM juga harus memikirkan satu penandaarasan khusus tentang cara mentaksir penghayatan nilai-nilai murni dalam kalangan pelajar, kerana pencapaian akademik semata-mata, belum pasti menjamin sejahtera dan terjamin. masa depan mereka akan

SYOR

1.

KPM hendaklah menjadikan mata pelajaran Kesusasteraan Melayu sebagai mata pelajaran teras yang wajib diambil dan lulus oleh semua murid di peringkat peperiksaan SPM kerana dalam mata pelajaran ini terdapat banyak amalan nilai murni yang sangat untuk menjana modal insan yang berjiwa kemanusiaan.

2.

Untuk mencapai tahap PdP berkesan di bilik darjah, guru-guru hendaklah menambahkan pengetahuan dalam bidang pendidikan dari semasa ke samasa. Guru-guru haruslah menguasai keseluruhan aspek bahan PdP sebelum memasuki sesuatu kelas. Guru-guru hendaklah menguasai dan memahami Sukatan Pelajaran, Huraian Sukatan Pelajaran dan Pedagogi terkini (KBSM 2002 yang diubahsuai). Guru-guru harus menguasai pelbagai strategi, pendekatan, kaedah, teknik, kemahiran bernilai tambah, dan aspek pengisian kurikulum. Guru-guru harus mampu menggunakan
Muka Surat

| 542

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

BBM yang sesuai dan terkini. Guru-guru juga dicadangkan agar boleh mencipta inovasi dan kaedah PdP yang menarik. Tidak hanya tertakluk dan terkongkong dengan apa yang sedia ada. 3. Guru-guru hendaklah mempunyai visi dan misi serta bersemangat dan bermotivasi tinggi sepanjang masa. Guru-guru juga mestilah mempunyai pengetahuan yang luas dalam aspek pembinaan soalan ujian atau peperiksaan. Di samping berpengalaman dalam pemeriksaan kertas di peringkat Lembaga Peperiksaan Malaysia dan sebagainya. 4. Disiplin dan sahsiah diri merupakan tonggak penting yang perlu dijaga oleh setiap guru. Disiplin dari segi masa, pakaian, tutur bicara dan perilaku merupakan unsur yang tidak boleh diabaikan.

Rujukan

PIPP 2006-2010. Laman Web. KPM: www.moe.gov.my Kamus Dewan Edisi Keempat. (2007). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mok Soon Sang. (2007). Penilaian Tahap Kecekapan Kompetensi Umum untuk Pegawai Perkhidmatan Awam. Selangor: Multimedia-ES Resourses Sdn Bhd. Mok Soon Sang. (2007). Kursus Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) : Pengajaran & Pembelajaran (PdP). Selangor : Multimedia-Es Resourses Sdn. Bhd. Mok Soon Sang. (2004). Peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan Skim Perkhidmatan Guru, Edisi Kedua. Subang Jaya : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Dr. Mahathir Bin Mohamad. (1991). Wawasan 2020. Biro Tata Negara: Jabatan Perdana Menteri Malaysia.

Muka Surat

| 543

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Budi Bahasa Budaya Kita. (2005). Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia. Selangor : MBH Sdn. Bhd. Sharifah Alwiah Alsagoff. (1983). Ilmu Pendidikan: Pedagogi. Kuala Lumpur : Vinlin Sdn. Bhd. Ismail Kassan. (2000). Novel Restu. Kuala Lumpur : Gapeniaga Sdn. Bhd. Bacalah Dalam Bahasamu, Jilid A. (2000). DBP, KPM. Kuala Lumpur : Rina Sdn. Bhd. KBSM. (1988). Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sukatan Pelajaran Kesusasteraan Melayu, KBSM. (1991) (Semakan Semula 2002). Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Muka Surat

| 544

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Lampiran 1

Petikan novel Restu ( Bab 24 ) yang diubahsuai dalam bentuk dialog Ikram : Tuan-tuan lebih ramai dan lengkap bersenjata. Saya Cuma seorang. Bagaimana kalau kita berunding saja? Rozali : Berunding? Hei, kau ingat ni mesyuarat? Kau takut mati ya, tuan A.D.O.? Ha! Ha! Ha! ( Ketawa kuat ) Ikram : Ya, berunding! Tuan-tuan mau apa? Wang? Kereta ini atau apa saja barang dalam stor itu. Ambillah! Tolonglah jangan ganggu saya. Rozali : Tuan A.D.O. kita ni penakut rupanya! Aku ingat dia ayam jantan Penarik Hulu! Rupa-rupanya cuma kucing kurap! Hei, dengar sini! Aku mau semuanya, wang, kereta kau, barangbarang dalam stor itu dan tambah satu lagi nyawa engkau. Ikram : Apa tujuan tuan-tuan buat macam ini? Siapa sebenarnya tuan-tuan semua? Saya tak ada salah apapun kepada tuantuan. Rozali : Hei, Dol! Dia panggil aku tuan. Muka penjahat antarabangsa macam aku ini dipanggil tuan oleh tuan A.D.O. Rupanya tuan A.D.O. ini memang betul-betul pengecut. (Ketawa beramai-ramai). Dol/Abdullah : Li, entah-entah seluar dia dah basah tak? Ha! Ha! Ha! Aku sukalah kalau dapat tengok dia merangkak atas jalan tanah merah yang cantik ini melalui celah kelangkang aku. Apa macam, Li? Rozali : Din, Dol, dia nak kenal siapa akulah. Macam mana? Boleh tak aku perkenalkan diri aku yang mulia ini? Ha! Ha! Ha! Tuan A.D.O. kita sibuk benar nampaknya. Malam-malam hari begini masih lagi merayap dari rumah ke rumah, berkempen.
Muka Surat

| 545

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Hei, engkau betullah tak berhati perut! Kalau kunci air ini siap, jalan pun siap jugak. Bila jalan dah siap, lori enam roda dari bandar boleh terus masuk ke hulu. Kami semua nak makan apa? Bodoh? Tolol! Ikram : Li, Rozali! Aku tau engkau Rozali. Ini bukan cara yang baik untuk selesaikan masalah. Kita boleh berunding. Kita boleh adakan peraturan melarang lori besar masuk ke dalam kampung. Lori-lori milik engkau masih boleh terus mengangkut hasil macam biasa. Rozali : Ya, aku Rozali (sambil merenggut kain hitam yang membungkus mukanya). Rozali yang telah engkau malukan dalam gelanggang silat beberapa bulan lalu. Takkan tuan A.D.O. dah lupa! Ikram : Jadi, selama ini engkaulah orang yang mencuri barangbarang dari stor itu? Rozali : Ya, akulah yang mencuri barang-barang itu! : Ah, aku tak peduli! Sekejap lagi tuan A.D.O. ini bersekali penjaga stor itu akan hangus jadi abu. Hei, tuan A.D.O.! Kalau kau hendak tau, akulah jugak yang menikam Tok Leman dulu, sampai dia jadi separuh mati. Dan abang kau, Yazid yang tolol itu yang kena tuduh. Sekarang engkau adiknya pulak akan menerima nasib macam si bahlul itu. Cukup bertuah aku malam ini. (Ketawa berdekah-dekah). Mengingatkan nasib malang abangnya Yazid, kepada tanahnya yang telah bertukar milik akibat undian dan sikap biadap Rozali, Ikram semakin hilang kesabaran. Dengan pergerakan yang cukup pantas Ikram mengayun satu tendangan tepat ke arah perut si kekar dan pergaduhan yang mencemaskan terus berlaku
Muka Surat

Dol/Abdullah : Li, apa yang kau buat ini? Rozali

| 546

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Dari arah belakang kereta tiba-tiba muncul satu lembaga manusia. Lembaga itu kelihatan memegang sepotong kayu. Dengan kayu di tangan, lembaga itu menghentam mudah dua daripada musuh yang sedang bersedia untuk menyerang Ikram. Pak Usop : Cukup! Jangan dipukul lagi. Buka ikatan penjaga stor itu.

Muka Surat

| 547

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Lampiran 2

Kaedah membaca dialog menggunakan petikan novel Restu, bab 24

Muka Surat

| 548

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Lampiran 3

Projek tugasan folio mata pelajaran Kesusasteraan Melayu Murid Tingkatan Lima, 2007

Muka Surat

| 549

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Lampiran 4

Kaedah perbincangan dalam kumpulan

Muka Surat

| 550

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Lampiran 5

Raja Fadhilah binti Raja Ahmad ( Pelajar 5P3, SPM 2006: Ketua Pengawas SMK. Sultan Ibrahim Satu, sesi 2008 )

Muka Surat

| 551

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

PENYUMBANG
Penasihat Haji Sufaat bin Tumin

Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Operasi Pendidikan)

Ketua Pasukan Dr. Jafri bin Abu Setiausaha Ahmad Faris bin Johan Penolong Setiausaha Mohd Saifulnizal bin Sabian

Bahagian Pengurusan Sekolah Harian

Bahagian Pengurusan Sekolah Harian

Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional

Editorial Dr. Jafri bin Abu Rose Lina binti Ismail Saiful Bahari bin Mohd Tauhid Anuar Adnan bin Ismail Ahmad Faris bin Johan Mohd Saifulnizal bin Sabian Azlina binti Yusoff Ummul Aemma binti Murtedza Mohd. Mustafa Amin bin Sidek Zulkiifli bin Yaacob Zulkafly bin Othman Zulkifli bin Mohd Surin Azmi bin Misron Wan Zamri bin Wan Ali Radziah binti Abdul Manap Nasri bin Ramli

Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional Sekolah Kebangsaan Kajang Utama Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Bangi Jabatan Pelajaran Perlis Jabatan Pelajaran Kedah Jabatan Pelajaran Pulau Pinang Jabatan Pelajaran Perak Jabatan Pelajaran Selangor Jabatan Pelajaran WP Kuala Lumpur Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan

Muka Surat

| 552

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Mat Hassan bin Abdullah Siti Hajar binti Mahrol Rohana binti Moin Muhamad bin Tawan Zainon bin Jusoh Haji Wan Mohamed Zuri bin Wan Abdullah Haji Harith bin Haji Ideris Nordin bin Haji Abd. Rashid Nur Muhd Aiman bin Abdullah Mohd Nizam bin Yasim Zorkarnini bin A. Ghani Melek bin Arbi Pembaca Proof Saruchi bin Sawal Dr. Nazirah binti Mohd Nordin Dr. Noor Hayati binti Che Mat Nor Salina binti Mohd. Zainudin Penulis Haji Sufaat bin Tumin Bong Muk Shin Dr. Mohd Suhaimi bin Mohamed Ali Abd Munir bin Mohd Rashid Nadimin bin Abdul Aziz Dr. James Ang Jit Eng Haji Abdul Razak bin Alias Mahamad Amran bin Kamsi Ahmad Zaki bin Salleh Habidah@Abidah binti Ibrahim Razlee bin Mohamad Rohesan bin Muhamad Hajah Siti Aminah binti Haji Ibrahim Suhaimi bin Mohd Tabiee

Jabatan Pelajaran Melaka Jabatan Pelajaran Johor Jabatan Pelajaran Pahang Jabatan Pelajaran Terengganu Jabatan Pelajaran Kelantan Jabatan Pelajaran Sabah Jabatan Pelajaran Sarawak Jabatan Pelajaran WP Labuan Pejabat Pelajaran Daerah Alor Gajah Pejabat Pelajaran Daerah Mukah

Bahagian Pengurusan Sekolah Harian SK Sungai Serai, Kajang, Selangor SK Sungai Kantan, Kajang, Selangor SMK Taman Jasmin 2, Kajang, Selangor

Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Operasi Pendidikan Bahagian Pendidikan Khas Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti

Institut Aminuddin Baki Bahagian Kokurikulum dan Kesenian Bahagian Pendidikan Guru

Lembaga Peperiksaan Malaysia SMK Bandar Bukit Kayu Hitam, Bukit Kayu Hitam, Kedah SMK Datuk Haji Abdul Kadir, Kepala Batas, Pulau Pinang
Muka Surat

| 553

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Roziah binti Ayub Mahadiah binti Muda Muhamad Shahlyme Bin Abd Wahid Haryani Binti Ismail Katherine Tan Teck Neo Hamimah binti Hamid Jamilah binti Osman Norrehan binti Mohamad Nuur Hidayah binti Ab Hamid Rohani Binti Hamzah Shahril bin Othman Azmi bin Abd Rahim Rahim bin Hassan Noraini Binti Ibrahim Puan Nurul Syafinaz Binti Ishak Andi Kaswia binti Abdul Kadir Farida binti Abdul Rahman Mukhtar bin Haji Kasim Mohd Jamil Bin Rosli Zakaria Bin Othman Haji Hamidon bin Haji Khalid Dr. Hajah. Rosnanaini binti Haji Sulaiman Haji Komaruddin bin Abdullah Hajah Rahinun binti Mohd Noor, B.C.K. Khaliqul Zaman bin Mohamed Sheriff Cik Rusnani binti Sharuddin Radhiah binti Muhammad Rohani binti Roslan Haji Bahtiar bin Sanusi Ahmad Zamri bin Md Isa

SMK Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Perak SM Sains Seri Puteri, Kuala Lumpur SK Yamtuan Lenggong, Tanjung Ipoh, Negeri Sembilan SK Convent Infant Jesus 1 (M), Melaka SK Convent Infant Jesus 2, Melaka

SMK Durian Daun, Melaka SK Maran, Maran, Pahang

SK Tengku Mahmud, Besut, Terengganu SMK Imtiaz, Yayasan Terengganu, Besut, Terengganu SMKA Kota Kinabalu, Sabah SK Pekan Satu, Wilayah Persekutuan Labuan SMA Al Madrasah Al Alawiyah Ad Diniah Arau, Perlis SMA Al Madrasah Al Alawiyah Ad Diniah Arau, Perlis SK Seri Impian, Bukit Mertajam, Pualau Pinang SMK Senawang 3, Seremban SMK Malim, Melaka SMK Sultan Yahya Petra 1, Kuala Krai, Kelantan SMK Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah SMK Guar Perahu, Bukit Mertajam, Pulau Pinang SMK Raja Perempuan Ipoh, Ipoh, Perak SMK Puteri Wilayah, Kuala Lumpur SMK Abdul Rahman Talib, Kuantan, Pahang
Muka Surat

| 554

Melindungi Masa Instruksional (MMI)


Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar

Mohd Fauzi bin Hashim Ab Aziz bin Omar Hajah Azizan binti Othman

SK Paya, Beseri, Perlis SMK Sultan Ibrahim Satu, Pasir Mas, Kelantan SMK Jitra, Jitra, Kedah

Reka Bentuk dan Susun Atur Ahmad Faris bin Johan Mohd Saifulnizal bin Sabian

Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional

Reka Bentuk Kulit Ahmad Faris bin Johan Urus Setia Dr. Jafri bin Abu Rose Lina binti Ismail Anuar Adnan bin Ismail Abrar bin Idris Ahmad Faris bin Johan Mohd Saifulnizal bin Sabian Hasliza binti Md Ali

Bahagian Pengurusan Sekolah Harian

Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan Bahagian Pendidikan Islam Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional Bahagian Pengurusan Sekolah Harian

Muka Surat

| 555

You might also like