You are on page 1of 10

TAJUK:

PERKEMBANGAN TEORI PEMBELAJARAN

1.0 PENGENALAN

Teori ialah prinsip kasar yang menjadi dasar pembentukan sesuatu ilmu pengetahuan.
Teori juga merupakan satu rumusan daripada pengetahuan sedia ada yang memberi panduan
untuk menjalankan penyelidikan dan mendapatkan maklumat baru. Teori pembelajaran yang
akan di bincangkan dalam penulisan ini ialah teori behaviorisme, teori kognitivisme, teori
konstrutivisme dan kini teori connectivisme.

Pengajaran dan pembelajaran telah memainkan peranan penting dalam pendidikan di


negara kita Malaysia. Era ICT kini telah memajukan bidang pendidikan . Kalau dulu, guru-guru
terikat dengan buku teks dan mengamalkan pengajaran dan pembelajaran ala 'chalk and talk'
tetapi kini pengajaran dan pembelajaran boleh dilaksanakan secara atas talian atau
menggunakan perisian pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer(PPBK).

Dalam proses pembelajaran guru bukan sahaja harus dapat menyediakan suasana
pembelajaran yang menarik dan harmonis, tetapi mereka juga menciptakan pengajaran yang
berkesan. Ini bermakna guru perlu mewujudkan suasana pembelajaran yang dapat
meransangkan minat pelajar di samping sentiasa memikirkan kebajikan dan keperluan pelajar.

Sistem pendidikan telah mengalami perubahan ekoran daripada perubahan taraf soasial
masyarakat daripada era agrarian hinggalah ke era industri dan kini memasuki era teknologi
maklumat. Dalam bidang pendidikan sistem ini dikatakan mengalami anjakan daripada teori
behaviorisme, kognitisme ke konstruktivisme dan seterusnya kini connectivisme yang semakin
berkembang.

2.0 TEORI PEMBELAJARAN

2.1 TEORI BEHAVIORISME

Fokus utama dalam teori pembelajaran behaviourisme adalah perspektif tingkah laku
dan pengaruhnya terhadap persekitaran luaran dalam membentuk tingkah laku individu. Tokoh-
tokoh yang memperkenalkan teori behaviorisme ialah :
2.1.1 B.F. Skinner (1904 - 1990)

B. F. Skinner merupakan antara tokoh behaviorisme yang terkenal. Teori Perlaziman


Operan yang diperkenalkannya merumuskan pembelajaran manusia sebagai :

• Semua tingkah laku boleh dijelaskan dengan psikologi rangsangan pendorong


• Menitik beratkan peneguhan dan dendaan
• Rangsangan bagi menggalakkan respon pelajar dengan peneguhan positif.
• Peneguhan negatif diberi untuk membawa kesan yang tidak menyeronokkan akan
mengulangi tingkah laku operan yang diingini.

Implikasi teori perlaziman operan ini adalah ianya mengutamakan ganjaran, insentif dan
peneguhan sosial bagi memotivasi pelajar agar mengulangi tingkah laku yang diingini. Tanpa
ganjaran, insentif dan peneguhan sosial maka tingkah laku tadi akan berhenti dan hilang dari
diri pelajar.

2.1.2 John Watson (1878 - 1958)

• Tingkah laku berfikir tanpa rujukan : tikus dan psikologi SR (Stimulus-Response)

• Psikologi sebagai sains, harus fokus ke atas keupayaan perhatian (observable


behavior )

2.1.3 Ivan Petrovich Parlov(1902)

• mengkaji tindakbalas anjing, air liur anjing dan makanan


• Parlov membuat eksperimen psikologi untuk mengetahui bagaimana otak berfungsi.

• Parlov percaya bahawa tingkah laku manusia lebih komplek berbanding haiwan kerana
manusia boleh berbahasa, dan ini dikenali sebagai 'second signal system'

2.1.4 Thordike

Membentuk tiga hukum iaitu hukum kesediaan, hukum latihan dan hukum kesan.
• Hukum Kesediaan : pelajar bersedia belajar, (rangsangan motivasi)- berkesan.
Pelajar belum bersedia belajar , (tanpa rangsangan) - tidak berkesan
• Hukum Latihan : Pertalian antara rangsangan dan gerak balas akan bertambah kukuh
jika latihan, aplikasi serta aktiviti pengukuhan diberikan.
• Hukum Kesan : Pertalian antara rangsangan dan gerak balas akan bertambah kukuh
jika dapat kesan pengalaman yang menyeronokkan dan gerak balas ini akan diulang.
Manakala, jika kesan pengalaman itu menyakitkan, gerak balas tersebut akan lenyap.

Merumuskan bahawa ganjaran dapat menggalakkan individu manakala denda


menghalang individu daripada melakukannya.

2.2 TEORI KOGNITIVISME

Kognitif adalah berkaitan dengan proses mental yang melibatkan mengamati,


mengetahui dan memahami. Ahli-ahli psikologi kognitif terdiri daripada Koffka, Kohler,
Wertheimer Lewin, Piaget, Ausubel, Bruner, Reigeluth dan Gagne berpendapat bahawa
pembelajaran ialah suatu proses dalaman yang berlaku dalam akal fikiran di mana ianya tidak
dapat diperhatikan secara langsung daripada tingkah laku manusia. Proses dalaman ini
termasuk celik akal, pemprosesan maklumat memori dan persepsi. Lokus pembelajaran
menggunakan struktur dalaman kognitif. Tujuan adalah untuk perkembangan kapisiti dan
kemahiran untuk belajar lebih baik.

Ahli psikologi kognitif berpendapat bahawa pembelajaran adalah proses mental yang
aktif untuk mendapatkan, menyimpan, mengingat dan menggunakan ilmu. Slavin (1997)
menyatakan pembelajaran adalah proses aktif minda yang berfokus kepada maklumat penting,
menapis maklumat tidak penting dan menggunakan maklumat sedia ada untuk membuat
pemilihan. Ahli-ahli psikologi kognitif yang terdahulu Kohler, Koffka dan Wertheimer telah
menubuhkan psikologi gestalt. Mereka , banyak memperkatakan tentang persepsi dan
pembentukan konsep. Mereka telah mengemukakan prinsip yg berkaitan dgn organisasi
persepsi dan penanggapan manusia .Kohler, salah seorang pengasas psikologi gestalt, melalui
kajiannya ke atas seekor cimpanzi (Sultan) telah mengemukakan konsep ‘celik akal’ (insight).

Ahli psikologi kognitif yang lain iaitu

1. Jean Piaget

Piaget merupakan seorang ahli biologi yang cukup terlatih .Pada pandangan Piaget,
minda boleh berkembang, berubah dan dapat mengadaptasi masalah yang berlaku
apabila berinteraksi dengan persekitaran.
2. Jerome Bruner, (pembentukan konsep dan pembelajaran penemuan.)

Bruner telah mengemukakan perkembangan mental manusia terbahagi kepada 3 tahap:

1. Peringkat enaktif (0-2 tahun)

2. Peringkat ikonik (2-4 tahun)

3. Peringkat simbolik (5-7 tahun)

Bruner telah mengemukakan pembelajaran penemuan. Dalam pembelajaran ini,


pelajar diperkenalkan dengan satu fenomena.

3. David Ausubel (pembelajaran resepsi dan bermakna)

Prinsip pembelajaran dan pengajaran Ausubel boleh digunakan dalam


pengajaran dengan memberikan perhatian kepada dua perkara berikut

1. Guru menggunakan pembelajaran resepsi (penerimaan) atau model


pengajaran ekspositori kerana guru dapat menyampaikan maklumat yang
lengkap dalam susunan yang teratur seperti dalam kaedah kuliah

2. Menggunakan penyusunan awal dalam pengajaran untuk menggalakkan


pelajar mengingat semula konsep yg telah dipelajari dan mengaitkannya
dengan konsep baru yg akan dipelajari serta mengingatkan mereka tentang
perkara-perkara pentingdalam sesuatu tajuk pelajaran

4. Robert Gagne. (melihat proses pembelajaran sebagai langkah-langkah individu


memproses maklumat)

Gagne telah mengenal pasti lapan peringkat pembelajaran. Setiap pembelajaran


hanya akan dicapai sekiranya pelajar telah menguasai pembelajaran di peringkat yang
lebih awal.

2.3 TEORI KONSTRUKTIVISME

Teori Konstruktivisme merupakan teori tentang cara pembelajaran manusia yang


diperkenalkan oleh ahli psikologi Jean Piaget. Konstruktivisme adalah pendekatan
pembelajaran yang menyediakan peluang kepada pelajar untuk membina kefahaman
terhadap perkara yang dipelajari dengan mewujudkan jaringan atau hubungan (dalam
minda) antara idea dan fakta yang sedang dipelajari.

Menurut Ramlah dan Mahani (2002), pembelajaran dan pengajaran menggunakan


pendekatan konstruktivisme boleh dilaksana dengan memberikan perhatian kepada
perkara-perkara berikut:

• Memberi peluang kepada pelajar mengemukakan pandangan tentang sesuatu


konsep.
• Memberi peluang kepada pelajar berkongsi persepsi antara satu sama lain.
• Menggalakkan pelajar menghormati pandangan alternatif rakan mereka.
• Menghormati semua pandangan pelajar dan tidak memandang rendah terhadap
pandangan mereka.
• Melaksanakan pengajaran berpusatkan pelajar.
• Menyediakan aktiviti-akativiti berbentuk “hands on” dan “minds on”.
• Mementingkan kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir di kalangan pelajar.
• Menggalakkan pelajar merenung kembali proses pembelajaran yang dilaluinya.
• Meminta pelajar menghubungkait idea asal dengan idea yang baru dibina.

Terdapat pelbagai teori pengajaran-pembelajaran yang telah dikaji oleh ahli-ahli


psikologi dan teori-teori ini boleh digunakan oleh guru-guru dalam membantu proses
pengajaran-pembelajaran yang berkesan. Di samping itu, guru-guru perlulah memahami
pendekatan-pendekatan yang boleh digunakan berdasarkan teori-teori pengajaran
pembelajaran yang ada.

2.4 TEORI CONNECTIVISME

Merupakan alternatif teori pembelajaran pada abad digital. Connectivisme


adalah integrasi prinsip yang diekplorasi melalui teori chaos, network, dan teori
kompleksiti dan organisasi diri. Belajar adalah proses yang terjadi dalam lingkungan
yang tidak nampak kepada peningkatan elemen-elemen. Kandungan pelajaran tidak
seluruhnya dikawal oleh individu
3.0 TEORI PEMBELAJARAN DALAM ERA DIGITAL

3.1 MENGAPA PERLU TEORI PEMBELAJARAN BARU

George Siemens membangun teori pembelajaran Connectivisme kerana percaya


bahawa teori-teori pembelajaran sebelumnya seperti Behaviourism, Cognitivism dan
Constructivism tidak memenuhi sifat pengajian dalam zaman digital kini. Teori
pembelajaran dahulu dibangunkan semasa “ pekembangan maklumat secara perlahan” ia
amat berbeza era digital kini dimana maklumat perkembang dengan pantas seperti
bendalir.
Connectivism telah timbul sebagai satu teori pembelajaran baru bertujuan
mensasarkan bagaimana pembelajaran berlaku dalam era digital kini. Teknologi telah
merubah kehidupan komunikasi dan pembelajaran. Jadi dengan perubahan ini
pembelajaran secara tradisional juga perlu berubah mengikut format digital seiring dengan
perubahan teknologi.

3.2 APA ITU CONNECTIVISME

Menurut George Siemens (2004) connectivisme merupakan teori pembelajaran


yang digunakan untuk era digital kini. Dalam teori ini menjelaskan pembelajaran ialah
proses yang berlaku berdasarkan kepelbagaian pemindahan unsur-unsur secara
berterusan. Titik permulaan pembelajaran bermula dengan individu menyalurkan
maklumat ke dalam rangkaian dan idividu lain menerimanya dan menyalurkan semula ke
dalam rangkaian. Ia akan menjadi satu kitaran dalam rangkaian.

Oleh sebab itu terdapat terlalu banyak maklumat yang berada dalam rangkaian
dan maklumat berubah dengan pesat. Maka penting bagi individu untuk menentukan
sama ada maklumat itu sesuai dan bernilai untuk pengguna atau sebaliknya. Bukan
sahaja individu perlu menapis kandungan maklumat, mereka juga perlu percaya bahawa
maklumat baru boleh berubah dengan pantas dan maklumat baru boleh mengubah
pemikiran menjadikan keputusan masa hadapan didasarkan maklumat terkini.
3.3 ELEMEN ASAS DALAM CONNECTIVISME

Hubungan rangkaian : capaian maklumat lebih penting daripada maklumat itu sendiri :

• Pembelajaran berada dalam alat : contohnya kandungan maklumat yang berada


dalam cekera keras atau cakera rangkaian dan perlu dicapai oleh individu
• Pembelajaran ialah proses dimana perkongsian pelbagai pendapat dan
dihubungkan melalui teknologi rangkaian.
• Maklumat sentiasa berubah. Maklumat baru digeneralisasikan secara
berterusan. Maka rangkaian adalah penting untuk berhubung dengan maklumat
terbaru.
• Terdapat pelbagai jenis rangkian (nod) yang berbeza, setiap rangkaian
mempunyai kekuatan capaian yang berbeza.
• Mempunyai keupayaan untuk mengetahui adalah lebih penting daripada apa
yang perlu diketahui
• Sesuatu jawapan mungkin betul untuk hari ini, maklumat sentiasa berubah dan
mungkin jawapan akan menjadi salah untuk masa akan datang.

Prinsip-prinsip connectivisme ;

1. Kepelbagaian pendapat : pembelajaran dan pengetahuan mempunyai


kepelbagaian pendapat dan pandangan individu.
2. Proses hubungan dalam rangkaian pada nod yang khusus : pembelajran
dijalankan secara proses menghubungkan sumber-sumber maklumat dalam nod-
nod yang khusus.
3. Pembelajaran boleh berlaku di luar diri manusia
4. Kapasiti atau kebolehan untuk lebih mengetahui adalah lebih penting berbanding
apa yang telah diketahui sekarang.
5. Keperluan memlihara hubungan rangkaian pembelajaran penting supaya
pembelajaran berlaku secara berterusan.
6. Kemampuan untuk melihat hubungan antara pelbagai bidang, idea dan komsep
merupakan perkara yang utama.
7. Pengetahuan terkini merupakan satu kegiatan dalam pembelajaran connectivism
8. Membuat keputusan merupakan proses pembelajaran.
9. Kebolehan dalam memilih apa yang dipelajari sangat penting dalam menghadapi
kepadatan maklumat.
10. Perubahan maklumat yang cepat akan mempengaruhi sesuatu keputusan.

3.4 BAGAIMANA GURU MENGGUNAKAN CONNECTIVISME

Guru-guru serta pelajar berupaya memanfaatkan teori pembelajaran baru ini


dengan kebolehan dihubungkan dalam rangkaian bagi capaian maklumat baru. Guru
dan pelajar boleh mengakses maklumat terbaru yang tersedia dalam internet.
Kandungan maklumat yang terlalu padat memerlukan guru menjadi pembimbing kepada
pelajar untuk mengasingkan maklumat yang boleh dipercayai atau sebaliknya.

Pentingnya mengapa pelajar perlu dihubungkan dalam rangkaian adalah


kerana:
• Keupayaan untuk mengetaui adalah lebih penting daripada apa sebeanarnya
yang diketahui. Keupayaan membezakan maklumat yang diterima adalah
penting. Ini kerana maklumat yang baru boleh mengubah asas-asas untuk
penyelidikan akan datang.
• Keupayaan boleh mengakses rangkaian adalah lebih penting daripada
kandungan yang ada dalam rangkaian
• Pengetahuan yang dihasilkan ibarat satu putaran. Pelajar boleh belajar dan
berhubung dengan maklumat yang diperolehi dalam talian dan dapat menjana
ilmu baru juga boleh dikongsi dengan pelajar yang lain dalam rangkaian.
• Aliran maklumat berlaku terlalu pantas dalam era digital dan sentiasa berubah.
• Pembelajaran boleh ditingkatkan jika dihubung dalam rangkaian

Maka peranan guru dalam mengaplikasikan teori pembelajaran ini dengan cara :

• Membenarkan pelajar-pelajar memanfaatkan kemudahan internet yang


disediakan di sekolah mahupun di rumah.
• Mengajar pelajar menilai kandungan yang ada dalam web
• Memberi bimbingan kepada pelajar untuk muat naik atau muat turun maklumat
bagi perkogsian ilmu dalam rangkaian.
• Memberi keyakinan kepada pelajar untuk berada dalam rangkaian bagi
perkongsian maklumat. Secara permulaan hubungkan mereka dalam rangkaian
bagi kelas yang berbeza.

Manfaat yang boleh diperolehi dengan aplikasi teori connectivism antara guru
dengan guru yang lain ialah dengan cara perkongsian ilmu. Contoh dalam penyediaan
bahan pembelajaran dan kertas ujian. Dengan kemudahan yang ada dalam aplikasi atas
talian guru-guru boleh berkongsi bahan pengajaran dan berbincang menggunakan
aplikasi atas talian tanpa perlu berjumpa yang memerlukan masa yang panjang. Contoh
dalam kemudahan yang disediakan dalam ‘google doc’ guru-guru boleh bermesyuarat
atas talian dalam pembinaan kertas ujian atau penyediaan bahan pembelajaran. Maka
bahan yang dihasilkan bukan sahaja untuk keperluan individu malah boleh dikongsi
dengan sebarapa banyak rakan-rakan guru yang lain.

Teori ini juga menyokong perkongsian maklumat di mana setiap pengguna akan
mendapat maklumat dari serata dunia melalui kaedah forum dalam talian, e-mail, video
konferens dan 'chatting' atas talian. Dengan ini pelajar dapat berhubung dengan guru
serta rakan pelajar yang lain dari serata dunia untuk berkongsi maklumat secara
kolaboratif. Pengetahuan juga dapat disebarkan secara serentak di mana pelajar dapat
mengakses maklumat dari mana-mana laman web yang dikehendaki secara serentak. Ia
berbeza dengan kaedah tradisional yang mana pelajar terpaksa menunggu masa dan
giliran untuk meminjam buku untuk mendapatkan maklumat atau menunggu hari
persekolahan untuk menerima maklumat dari guru atau rakan pelajar.

Wujudnya teori ini juga dapat mengubah cara pembelajaran dalam bilik darjah. Guru
sebagai pencetus idea dan fasilitator. Pelajar akan berusha mencari maklumat dan
menggabungkan dengan rakan-rakan lain. Perbincangan tidak terhad di dalam bilik
darjah. Perbincangan pelajaran boleh berpanjangan tidak terhad jika kemudahan
rangkaian disediakan. Pembelajaran juga tidak secara individu tetapi dalam satu
rangkaian. Perkongsian idea dan maklumat akan menghasilkan sesuatu yang lebih baik.
4.0 RUMUSAN

RAJAH 1: susunan epistemologi dan perkembangan teori pembelajaran

Rujukan

Ramlah Jantan & Mahani Razali. (2002). Psikologi Pendidikan Pendekatan


Kontemporari. Malaysia: Mc Graw Hill

Slavin, R. (1997). Educational psychology: Theory and practice (5th ed.) [310-313].
Needham Heights, MA: Allyn and Bacon.

Datum (2006) Connectivism: a new learning theory Dicapai pada 25 Julai , 2008
dari http://elearning.surf.nl/e-learning/english/3793

Micah Williams (2008) Connectivism. Dicapai pada 25 Julai , 2008 dari


http://design.test.olt.ubc.ca/Connectivism

Slavin, R. (1997). Educational psychology: Theory and practice (5th ed.) [310-313].
Needham Heights, MA: Allyn and Bacon.

Siemens, George (2004). Connectivism : A Learning Theory for the Digital Age. Dicapai
pada 25 Julai , 2008 dari http://elearnspace.org/Articales/connectivism.htm

You might also like