/  19
 
SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KEBANGSAANINSTITUT PENDIDIKAN GURU2007TAJUKMODUL PEMBELAJARAN BIOLOGI (Bio~Score):LANGKAH MENINGKATKAN PENGUASAANFAKTA BIOLOGI DALAM BAHASA INGGERIS.OlehMAZINAH BT MUDASMS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA16010 PENGKALAN CHEPA, KELANTAN
AnjuranInstitut Pendidikan GuruKementerian Pelajaran Malaysia
1
 
Abstrak
Seramai 24 orang pelajar dari tingkatan 5 Lamda terlibat dalam kajian ini. Kajiandifokuskan kepada meningkatkan penguasaan fakta biologi dalam Bahasa Inggerismelalui penggunaan modul yang dinamakan ‘Bio~Score’. Pelajar-pelajar menghadapimasalah untuk belajar Biologi menggunakan Bahasa Inggeris terutama penggunaanterminologi biologi, memahami dan membina ayat-ayat untuk meyampaikan faktabiologi dengan tepat. Walaupun, pengetahuan asas Sains, Matematik dan BahasaInggeris di peringkat PMR adalah baik. Sebelum penggunaan modul, pengajaran danpembelajaran (P&P) Biologi hanya berpandukan buku teks dan buku praktikal sahajaserta pelajar membuat nota sendiri dan wujudnya P & P sehala dalam bilik darjah.Tinjauan awal dari ujian bulan Februari dan soal selidik menunjukkan kegagalan pelajar untuk menggunakan dan mengingat terminologi biologi, kegagalan memahami ayat-ayat dan untuk membina ayat-ayat yang mengandungi fakta yang betul. Pelaksanaantindakan menggunakan Bio~Score dijalankan selama 3 minggu selama 12 waktumengajar dengan topik yang dipilih “Locomotion and Support”. Kandungan Bio~Scoreadalah memaparkan ‘Bio-Dictionarydi permulaan topic untuk menambahkankefahaman istilah biologi, infografik yang menarik untuk meningkatkan kefahamankonsep, aktiviti melukis dan melabel rajah untuk mengingat fakta , pelajar mengisitempat kosong dengan perkataan yang sesuai untuk mengelak dari silap fakta dan‘Bio~Brain’ untuk menguji penguasaan pelajar tentang sesuatu fakta. Pembinaan isikandungannya disusun mengikut aras rendah kepada aras tinggi. Tambahan kepadamodul ini adalah dengan animasi grafik yang dibuat dalam bentuk paparan power pointuntuk memudahkan penerangan guru dan boleh menarik minat pelajar belajar biologi.Dari ujian pra menunjukkan purata markah diperolehi pelajar adalah 53.5%. Dapatanujian pos pula menunjukkan purata markah pelajar 68.8%. Peningkatan nilai puratasebanyak 15.3% membuktikan keberkesanan penggunaan modul Bio~Score di manapelajar telah meningkat penguasaan terminologi dan fakta menggunakan BahasaInggeris dalam mata pelajaran Biologi.
2
 
1.0REFLEKSI MASALA
Saya telah mengajar Biologi tingkatan 4 dan 5 lebih kurang 22 tahun. Pencapaian Asemasa PMR bagi Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris adalah kekuatan utamapelajar SBP berada terus berada di peringkat menengah atas. Cabaran utamamengajar di Sekolah Menengah Sains adalah kecemerlangan mesti dicapai untuk setiapkali peperiksaan sama ada peringkat dalaman atau luaran.Mulai tahun 2003 , Pengajaran dan Pembelajaran Sains Matematik dalam BahasaInggeris (PPSMI) diperkenalkan. Ini bererti pelajar tingkatan 4 (mulai tahun 2006)diarahkan mempelajari Biologi menggunakan bahasa perantaraan Bahasa Inggerís. Iniamat merumitkan pelajar tersebut kerana asas sains yang baik masih tidak menjaminkecemerlangan peringkat menengah atas / SPM. Mampukan mereka mengikuti P & Pdalam Bahasa Inggeris dan diuji keupayaan perolehan ilmu Biologi dalam BahasaInggeris ?Pemerhatian semasa saya mengajar, amat sukar untuk mengesan sama ada pelajar faham apa yang saya ajar kerana amat kurang pelajar yang bertanyakan soalan. Itupun soalan ditanya dalam Bahasa Melayu, saya tidak pernah dengar mereka bertanyasoalan, mengemukakan masalah dan memberi penerangan dalam Bahasa Inggerís,melainkan diminta oleh saya. Segelintir pelajar tidak membuat persiapan untuk belajar pada hari berkenaan seperti tidak menyiapkan nota yang lepas, tidak melukis rajah dantidak menyiapkan latihan yang diberi.. Kalau melukis dan melabel rajah pun secara alakadar, bukan rajah biologi yang mereka lukis. Semangat berusaha dan pembelajarankendiri agak lemah. Daripada penelitian yang dibuat, kelemahan ini timbul disebabkanmereka tidak mampu menggunakan Bahasa Inggerís untuk menyampaikan fakta biologiyang telah mereka pelajari, perbendaharaan kata yang mereka miliki terhad dan sayaterpaksa menyediakan kamus dalam makmal biologi saya. Cabaran untuk mendapatkeputusan cemerlang menjadi lebih hebat.Dalam ujian bulan Februari, saya mengarahkan semua pelajar menjawab soalan dalamBahasa Inggerís berdasarkan topik ‘Transport’. Malangnya, terdapat pelajar menjawabdalam Bahasa Melayu. Tambahannya pula, ejaan bagi terminologi Biologi yangdimelayukan juga silap. Terdapat juga ‘ayat campur’ iaitu dí celah-celah ayat BahasaInggeris terdapat bahasa Melayu yang tidak mampu diterjemahkan oleh pelajar.Kadang-kadang maksud yang hendak disampaikan tidak kesampaian.. Perkara seperti
3

Share & Embed

More from this user

Add a Comment

Characters: ...