You are on page 1of 14

Aplikasi Kajian Masa Depan Dalam Pengajaran Pendidikan Islam di kalangan Pensyarah IPG Kampus Keningau Sabah.

Saidah Khadijah Ahmad Jabatan Pendidikan Islam dan Moral IPG Kampus Keningau,Sabah khadijah_saidah@yahoo.com ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti aplikasi Kajian Masa depan(KMD) dalam kalangan pensyarah Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau yang mengajar subjek Pendidikan Islam Teras dalam mempelbagaikan strategi pengajaran dan pembelajaran. Kajian Masa Depan ialah salah satu strategi pengajaran yang diperkenalkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum pada tahun 2002. Pengajaran berasaskan Kajian Masa Depan merupakan strategi saintifik yang dibina untuk menambahkan keupayaan pelajar dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup dan membuat keputusan. Seramai 64 pelatih kelas persediaan Ijazah sebagai sampel kajian . Data kajian dianalisis menggunakan SPSS 11.5 dengan statistik deskriptif. Analisis menunjukkan majoriti tahap aplikasi Kajian Masa Depan adalah pada tahap tinggi (min=4.40). Kesemua sembilan kemahiran khusus Kajian Masa Depan dianalisa dan didapati min terendah ialah kemahiran ke sembilan dengan min=2.79 iaitu dimensi kemampanan sementara min tertinggi ialah kemahiran ke lima dengan min=4.36 iaitu strategi mengatasi cabaran. Kajian mendapati juga pensyarah lelaki lebih mengamalkan strategi pengajaran Kajian Masa Depan ini daripada pensyarah wanita.

KATA KUNCI : Pendidikan Islam, Strategi pengajaran, Kajian Masa Depan,Institut Pendidikan Guru, Pusa Perkembangan Kurikulum.

PENGENALAN Pengajaran berasaskan Kajian Masa Depan diperkenalkan bertujuan untuk mendidik generasi baru agar bersedia menghadapi cabaran dan perubahan. Generasi bermaksud kumpulan individu yang lahir pada waktu yang lebih kurang sama. Manakala maksud baru ialah mutakhir, maka maksud generasi baru ialah sekumpulan individu yang lahir di tahun-tahun terakhir ini. Kajian Masa Depan akan membantu generasi ini menyedari bahawa masa depan berubah dan penuh dengan cabaran dan dugaan. Pelajar-pelajar ini juga boleh merancang masa hadapan sesuai dengan hasrat mewujudkan masyarakat Malaysia berwawasan, rasional, kreatif, dinamik, boleh menerima serta boleh menangani perubahan.

Beberapa dimensi yang perlu difahami dalam Kajian Masa Depan ini adalah masa hadapan merupakan satu keadaan yang dinamik kerana sentiasa berlaku perubahan. Malahan masa hadapan lazimnya kompleks serta sukar ditentukan dan penyelesaianya bersifat global. Tambahan lagi, manusia terikat dengan nilai dan norma , keinginan dan hajat serta kehendak yang berbeza-beza. Pengajaran berasaskan Kajian Masa Depan telah diperkenalkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pelajaran. Pengajaran ini merupakan strategi secara saintifik yang dibina untuk menambahkan keupayaan pelajar dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup dan dalam hal membuat keputusan. Dalam mengkaji masa hadapan, kita perlu tahu apakah yang telah berlaku (sejarah) dan apa yang sedang berlaku (trend dan perubahan terkini). Seterusnya kita perlu membuat pertimbangan terhadap kemungkinan yang ada sebelum membuat keputusan terbaik (PPK, 2002) Kursus dan bengkel Kajian Masa Depan di peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia di Malaysia dijalankan dengan kerjasama World Futures Studies Federation (1995). Projek Kajian Masa Depan dimulakan pada tahun 1996, berkuatkuasa dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Pusat Bilangan 4/91 dan telah dilaksana selama tiga tahun di lima buah negeri. Seramai 250 guru-guru dari peringkat prasekolah sehingga sekolah menengah, dan juga pegawai Jabatan Pelajaran Negeri dan Bahagian Kementerian Pelajaran Malaysia telah diberi pendedahan konsep dan strategi Kajian Masa Depan. Empat puluh orang guru khas dari lima buah negeri telah diberi latihan intensif tentang Kajian Masa Depan melalui enam kalu kursus dan aktiviti-aktiviti projek. Beberapa bahan kurikulum telah dihasilkan dari kursus dan aktiviti yang dijalankan bersama-sama guru khas. Diantaranya adalah Buku Sumber Guru, Buku Pencapaian Guru, Koleksi Rancangan Pelajaran Mata Pelajaran, Kit Latihan Dalaman, Buletin Kajian Masa dan laman web Kajian Masa Depan. Pengajaran dan pembelajaran disepadukan secara merentas kurikulum melalui 16 mata pelajaran sekolah rendah , sekolah menengah dan peringkat pra sekolah telah dilaksanakan di bilik darjah. Kajian Masa Depan diringkaskan dalam sebuah matriks memandang ke hadapan. 2

Dapatan kajian ialah seramai 93.9% responden menyatakan rasa puas hati mereka dengan bahanbahan peojek Kajian Masa Depan yang disediakan. 87.9% responden menyatakan rasa puas hati mereka dengan sesi latihan dan pendedahan Kajian Masa Depan yang diadakan. 87.9% responden menyatakan berpuashati dengan sambutan yang ditunjukkan oleh pelajar mereka terhadap Kajian Masa Depan. Maka dengan itu strategi ini dicadangkan diaplikasi di sekolah berdasarkan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Pusat (JKP), Kementerian Pelajaran Malaysia pada 6 Jun 2002 di bilk Mesyuarat Utama Kementerian Pelajaran Malaysia, Paras 7, Blok J Selatan, Pusat Bandar Damansara. Mesyuarat ini dihadiri oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Timbalan Pengarah Pelajaran Malaysia, Pengarah Bahagian Pendidikan Guru (BPG) Tn Hj Abu Bakar Bachik, Wakil Jabatan Pelajaran Negeri, Universiti, Dewan Bahasa dan Pustaka, Dekan Universiti Malaya dan pegawai terlibat yang lain. Berdasarkan minit mesyuarat tersebut bernombor 4.2.4 majlis telah menerima dan bersetuju bahawa konsep dan srategi Kajian Masa Depan boleh diaplikasikan sebagai satu pendekatan yang baik dalam pengajaran dan pembelajaran guru di bilik darjah dan pendekatan ini boleh diserapkan di dalam kursus-kursus yang dikendailkan (tindakan PPK/BPG). Pengenalan dan latihan Kajian Masa Depan dijalankan semasa

kursus orientasi penyemakan semula kurikulum tahun Berdasarkan laporan pencapaian guru projek di sekolah menengah mereka menyatakan bahawa Kajian Masa Depan ini sesuai dilaksanakan bukan sahaja bagi subjek sejarah tetapi juga untuk subjek lain seperti Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Matematik dan Pendidikan Seni. Kesan dari pembelajaran berasaskan Kajian Masa Depan ini pelajar-pelajar akan belajar dengan penuh minat dan bersemangat sambil bekerjasama antara satu sama lain dalam kumpulan. Pelajar-pelajar begitu seronok dengan ciptaan-ciptaan dan idea baru yang terbit dari kerja berkumpulan itu. Pelajar-pelajar belajar menilai apa yang sesuai dan munasabah dan yang sebaliknya. Bagi subjek Pendidikan Moral pula projek yang berkaitan dengan Kajian Masa Depan ini ialah projek pelajar sebagai masyarakat penyayang di mana pelajar-pelajar anak-anak yatim sebagai adik angkat. Semasa menjalankan projek sumbangan untuk masyarakat bersama pelajar, pelajar didapati tidak sahaja berupaya berfikir tentang masa hadapan sendiri 3

tetapi mengambil berat tentang masa hadapan kanak-kanak yang kurang bernasib baik. Pelajar-pelajar yang menjalankan projek Social and Technological Innovations pula dapat menggunakan daya kreativiti mereka dengan penuh semangat. Pada keseluruhannya , Kajian Masa Depan merupakan alat yang unggul untuk membantu para pelajar berfikir secara kreatif dan kritis. Haluannya berbentuk futuristik. Intipatinya adalah kebaikan semua sebagai warga dunia (Modul LPBKM, 2001). MASALAH KAJIAN Oleh kerana pensyarah di Institut Pendidikan Guru cuba menghabiskan tajuk tajuk di dalam subjek Pendidikan Islam Teras dalam masa lima belas minggu mengikut sukatan yang dibekalkan, penyelidik ingin melihat adakah elemen Kajian Masa Depan ini dilaksanakan sebagai suatu peneguhan kepada subjek tersebut atau cuma untuk mencukupkan syarat sahaja. Elemen Kajian Masa Depan ini akan menjadikan subjek Pendidikan Islam sebagai suatu subjek yang menarik dan sentiasa hidup. OBJEKTIF KAJIAN Objektif utama kajian akan dijalankan ini adalah untuk membuat analisis mengenai: 1. Mengenalpasti tahap amalan Kajian Masa Depan dalam kalangan pensyarah semasa pengajaran Pendidikan Islam ke arah mempelbagaikan strategi pengajaran dan pembelajaran 2. Mengenalpasti elemen Kajian Masa Depan yang sering digunakan oleh pensyarah semasa pengajaran Pendidikan Islam ke arah mempelbagaikan strategi pengajaran dan pembelajaran 3. Adakah terdapat perbezaan tahap amalan Kajian Masa Depan dalam kalangan pensyarah semasa pengajaran Pendidikan Islam ke arah mempelbagaikan pengajaran dan pembelajaran antara pensyarah lelaki dan pensyarah perempuan ?

KAEDAH KAJIAN Kajian ini dijalankan secara tinjauan dengan menggunakan soal selidik untuk mendapatkan data kajian. Soal selidik mengandungi dua bahagian iaitu Bahagian A dan B. Bahagian A mengandungi maklumat asas pelatih iaitu jantina, banngsa, umur dan kelas atau opsyen. Bahagian B dibahagikan kepada sembilan seksyen . Setiap seksyen mewakili satu elemen Kajian Masa Depan. Elemen-elemen kajian masa

depan ialah pemahaman konsep Kajian Masa Depan, pengumpulan maklumat, ramalan dan analisis, imaginasi dan kreativiti, strategi mengatasi cabaran, proses inovasi sosial, membina senario, penjelasan nilai dan masa depan dan dimensi kemampanan.Item-item soal selidik menggunakan skala likert 5 mata, iaitu Sangat Tidak setuju (1), Tidak setuju (2), Tidak pasti (3), Setuju (4) dan Sangat setuju (5). Seramai 64 orang pelatih iaitu pelatih kelas persediaan program Ijazah Sarjana Muda Perguruan di IPG Kamus Keningau, Sabah dipilih sebagai sampel kajian. Untuk pengiraan min, sisihan piawai dan korelasi, skala asal (1 hingga 5) digunakan. Bagaimanapun untuk pengiraan peratus persetujuan, respon Sangat tidak setuju dan Tidak setuju digabungkan menjadi Tidak setuju, respon Tidak pasti dikekalkan dan respon Setuju dan Sangat setuju digabungkan menjadi Setuju. Data yang telah diperolehi telah diproses menggunakan Program SPSS 11.5. Statistik diskriptif mudah ialah kekerapan dan peratus teah digunakan untuk menganalisis data dan menghurai dapatan kajian. Skor min dalam skala likert dibahagikan kepada tiga tahap berdasarkan interpretasi skor min yang dicadangkan oleh Jamil Ahmad (2002): Skor 1.00 - 2.33 2.34 3.66 3.67 5.00 Sumber : Jamil Ahmad (2002) TINJAUAN LITERATUR Menurut Marcus (2008) pengajaran masa depan merupakan suatu pedagogi baru dalam dunia yang sentiasa berubah. Pengajaran masa depan ini merupakan gabungan kecanggihan teknologi terkini dan 5 Tahap Rendah Sederhana Tinggi

pembinaan pemikiran kritikal dan membina potensi pelajar. Sohail ( 2011 ) menyatakan pengajaran masa depan ialah bidang pengajaran yang mengalakkan pelajar mencipta alternatif masa depan termasuklah pandangan dunia dan maksud disebaliknya. Terdapat enam prinsip pengajaran masa depan iaitu permetaan masa kini dan depan, menganalisis masa depan, memahami apa yang akan berlaku, analisis sebab dan akibat, membina alternatif masa depan dan membaiki keadaan masa kini dan membina masa hadapan. Vahid (2011) menekankan perlunya keprihatinan terhadap masa depan sebagai suatu cabaran kepada revolusi pendidikan. Tessa (2012) membuat kajian dan mendapati manusia yang hidup didalam Basil (2009) membuat

keganasan ialah kerana kurang memikirkan mengenai masa depan yang aman.

kajian dengan menggunakan sembilan prinsip dalam menggunakan pembelajaran masa depan dan ianya berkesan dalam mengalakkan pemikiran masa depan pelajar. Bell ( 2002 ) menyatakan bahawa Slaughter telah menghasilkan pengajaran masa depan sebagai satu disiplin akademik yang mempunyai sistem nilai dan teori disebaliknya. Slaughter melihat bahawa nilai kemanusiaan dan spiritual perlu sebagai method pengajaran masa depan kerana budaya barat kini adalah bersifat materialistik, saintifik dan bersifat rasional sahaja. Saedah ( 2011), menyatakan perancangan yang rapi adalah perlu bagi menghasilkan sebuah negara yang dinamik dan unggul pada masa depan. Kurikulum masa depan adalah bertujuan memenuhi hasrat untuk mencapai masyarakat berilmu bertaraf antarabangsa. Teknik Delphi, Kaedah Analisis Kesan Bersilang (Cross-Impact Analysis), Senario dan lain-lain lagi yang diperkenalkan sebagai alat ukur untuk menentukan masa depan adalah amat berguna bukan sahaja kepada para pendidik tetapi juga kepada pembuat polisi, perancang dasar dan penggubal kurikulum negara. Di zaman khulafa Ar Rasyidin, Umar Al Khattab merupakan tokoh yang tajam pemikirannya dalam menangani peristiwa-peristiwa penting yag dialaminya sepanjang pemerintahannya (Amran,2010).

Sohail (2011) dalam laporannya menyatakan UNESCO menaja kursus mengenai pengajaran masa depan kepada 13 peserta yang mewakili pulau-pulau di kawasan Pasifik. Kursus ini mengandungi tiga bahagian iaitu pengenalan kepada pengajaran masa depan, kedua ialah masa depan kepulauan Pasifik dan ketiga ialah pengekalan kebudayaan. Laporan ini menghasilkan cadangan mengenai masa depan kepulauan Pasifik antaranya ialah kerajaan Pasifik haruslah membina satu institusi perguruan, memperbaiki kurikulum, melatih semula guru-guru dan sebagainya. Kenyataan di atas menunjukkan bahawa pengajaran masa depan bukan sahaja digunakan di bilik kuliah tetapi juga dalam bidang pembangunan terutamanya pendidikan sesebuah kerajaan. DAPATAN KAJIAN Laporan dapatan kajian ini dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu: (1) tahap amalan Kajian Masa Depan dalam kalangan pensyarah semasa pengajaran Pendidikan Islam ke arah mempelbagaikan strategi

pengajaran dan pembelajaran, (2) elemen Kajian Masa Depan yang sering digunakan oleh pensyarah semasa pengajaran Pendidikan Islam ke arah mempelbagaikan strategi pengajaran dan pembelajaran dan (3) perbezaan tahap amalan Kajian Masa Depan dalam kalangan pensyarah semasa pengajaran

Pendidikan Islam ke arah mempelbagaikan pengajaran dan pembelajaran antara pensyarah lelaki dan pensyarah perempuan . Jadual 1 menunjukkan profil responden dari segi jantina, bangsa, umur dan kelas. Responden kajian terdiri daripada 44% pelatih lelaki dan 56% pelatih perempuan. Dari segi bangsa, 20% responden adalah pelatih Melayu, 14% pelatih Cina dan 66% adalah lain-lain. Dari segi umur pelatih, 84.4% adalah berumur antara 15 hingga 20 tahun dan 15.6% adalah berumur antara 21 hingga 25 tahun. Manakala 25% pelatih adalah dari kelas Persediaan Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Seni Visual (PPISMP), 35.9% adalah kelas PPISMP Tesl 1 dan 39.1% pelatih adalah dari kelas PPISMP Tesl 2.

JADUAL 1: Profil responden kajian Kekerapan Jantina Lelaki Perempuan Bangsa Melayu Cina Lain-lain Umur 15 20 tahun 21 25 tahun Kelas/opsyen PPISMP PSV PPISMP Tesl 1 PPISMP Tesl 2 28 36 13 9 42 54 10 16 23 25 Peratus 44 56 20.3 14.1 65.6 84.4 15.6 25 35.9 39.1

Berdasarkan jadual 2. kajian ini mendapati tahap amalan Kajian Masa Depan dalam kalangan pensyarah semasa pengajaran Pendidikan Islam ialah (min= 4.04) pada tahap tinggi (min keseluruhan) JADUAL 2 : Tahap amalan Kajian Masa Depan dalam kalangan pensyarah semasa pengajaran Pendidikan Islam

Elemen/Kemahiran khusus

KMD

Min 4.19 4.10 4.11 4.20 4.36 4.14 4.13 4.35 2.79

SP 0.39 0.63 0.59 0.49 0.47 0.69 0.64 0.40 0.26

Pemahaman Konsep Kajian Masa Depan Pengumpulan Maklumat Ramalan dan Analisis Imaginasi dan kreativiti Strategi mengatasi cabaran Proses Inovasi sosial Membina senario Penjelasan nilai dan masa depan Dimensi kemampanan

Jadual 2 juga menunjukkan elemen Kajian Masa Depan yang sering digunakan oleh pensyarah semasa pengajaran Pendidikan Islam ke arah mempelbagaikan strategi pengajaran dan pembelajaran. Elemen yang sering digunakan sebagai salah satu strategi pengajaran Kajian Masa Depan ialah kemahiran strategi mengatasi cabaran (min = 4.36), diikuti oleh kemahiran penjelasan nilai dan masa depan (min = 4.35), 8

kemahiran imaginasi dan kreativiti (min = 4.20), pemahaman konsep Kajian Masa Depan (min = 4.19), proses inovasi sosial (min = 4.14), membina senario (4.13), ramalan dan analisis (min = 4.11), pengumpulan maklumat (min = 4.10) dan terendah dan kurang digunakan ialah dimensi kemampanan (min = 2.79). Jadual 3 menunjukkan secara terperinci apa yang dimaksudkan dengan setiap elemen (sembilan elemen) atau kemahiran khusus yang terdapat di dalam strategi pengajaran Kajian Masa Depan. Kajian ini mendapati keseluruhan pelatih (100%) bersetuju bahawa semasa pengajaran Pendidikan Islam pensyarah mereka ada mengaitkan budaya yang kekal dan budaya yang berubah (min = 4.28) serta meninjau perhubungan dan perkaitan antara masa lalu, kini dan masa depan (min = 4.39). ialah kemahiran pemahaman konsep Kajian Masa Depan. Manakala 93.7% pelatih menyatakan strategi atau elemen penyimpanan maklumat yang kerap dilaksanakan oleh pensyarah ialah proses kilasan persekitaran untuk mengenalpasti masalah. Strategi ini ialah bagi mengelakkan sesuatu yang negatif sebagai sebahagian proses kilasan persekitaran. Contohnya trend pemakanan, trend ekonomi, trend pengangkutan , trend tenaga dan sebagainya. Bagi elemen ramalan dan analisis, 96.9% pelatih menyatakan pensyarah mereka menggalakkan pelatih memberi pandangan tentang sesuatu pembaharuan atau teknologi dengan penemuan baru. Bagaimanakah teknologi dan penemuan baru dapat meningkatkan pengetahuan keagamaan mereka. Bagi elemen imaginasi dan kreativiti, 95.4% pelatih bersetuju bahawa pensyarah mengalakkan mereka berfikir bagaimana Kemahiran tersebut

berkomunikasi dengan generasi akan datang contohnya semasa berdakwah. Bagi elemen strategi mengatasi cabaran, kesemua pelatih (100%) pelatih bersetuju bahawa pensyarah mereka sentiasa mengalakkan mereka membina keyakinan diri dan menyelesaikan masalah yang dihadapi. Antara cabaran pelatih ialah menguruskan diri tanpa bimbang, berkomunikasi dengan

pensyarah, penerimaan oleh rakan sebaya, menghadapi perubahan fisiologikal (emosi dan fizikal) serta merancang dan mengurus masa dengan baik. Bagi elemen atau kemahiran Kajian Masa Depan iaitu 9

proses inovasi sosial, 89.1% daripada pelatih bersetuju bahawa pensyarah ada menggalakkan pelatih mengenal pasti contoh inovasi sosial dalam negara dalam membangunkan agama, bangsa dan negara. Contohnya penghijrahan manusia ke kawasan bandar melahirkan proses inovasi sosial. Ini menyebabkan manusia menggunakan inovasi teknik bagi menyelesaikan masalah tersebut seperti sistem pengangkutan, bangunan pencakar langit dan proses pembentungan sampah. Elemen membina senario pula, 92.2% pelatih bersetuju bahawa pensyarah mengalakkan mereka menggambarkan sesuatu yang luar biasa dengan menggunakan imaginasi dan kreativiti. Contohnya bagaimana menghadapi masa depan yang mempunyai aras teknologi yang tinggi. Bagi elemen penjelasan nilai dan masa depan, 98.5% pelatih bersetuju bahawa pensyarah sentiasa meniupkan kesedaran bahawa dunia bukan milik kita sahaja tetapi dimiliki oleh penciptanya dan hak generasi akan datang. Elemen yang terakhir ialah elemen dimensi kemampanan. Dimensi kemampanan bermaksud memberi kesedaran, menghargai dan menilai semula serta mengambil tindakan yang sewajarnya dalam meneroka jalan ke arah mewujudkan negara yang maju dan masyarakat yang mampan. 95.3% pelatih bersetuju bahawa pensyarah mereka ada mengalakkan mereka mempunyai pandangan yang jauh bagi menghadapi cabaran masa depan. JADUAL 3 : Sembilan elemen/kemahiran khusus Kajian Masa Depan Elemen/Kemahiran khusus KMD TS TP ST Min SP

Pemahaman konsep Kajian Masa Depan Membuat metafora masa depan 11.1 Membandingkan aspek-aspek peredaran masa 1.5 Membandingkan budaya yang kekal dan budaya yang berubah Meninjau perhubungan dan perkaitan antara masa lalu,kini dan masa depan Pengumpulan maklumat Menyimpan fail bertema masa depan Folio Kajian Masa Depan Proses Kilasan Persekitaran Penganalisis trend

4.8 -

84.1 98.5 100.0 100.0

3.84 4.25 4.28 4.39

0.79 0.47 0.45 0.49

9.4 15.9 6.3 11.3 10

3.8 4.8 3.3

86.8 79.3 93.7 85.4

4.23 3.92 4.21 4.10

0.91 0.90 0.54 0.84

Ramalan dan analisis Peta Minda Roda Masa Depan Garis masa Kitaran perubahan Impak perubahan teknologi Pembinaan agenda abad baru Imaginasi dan kreativiti Jenaka, kartun dan simbol Fantasi dan fiksyen sains Berkomunikasi dengan generasi masa depan

7.8 9.4 15.6 10.9 3.1 6.2

1.6 10.9 9.4 1.6 -

90.6 79.7 75.0 87.5 96.9 93.8

4.28 3.80 3.84 4.16 4.30 4.31

0.74 1.13 1.13 0.74 0.52 0.84

4.8 15.5 4.6

1.6 -

95.2 82.9 95.4

4.46 4.09 4.27

0.54 0.81 0.54

Strategi mengatasi cabaran Menyenaraikan apa yang disukai/ tidak 4.7 Memberi pandangan terhadap sesuatu peristiwa Memberi pandangan terhadap masa depan 1.6 Strategi mengatasi cabaran 1.6

3.1 -

92.2 100.0 98.4 98.4

4.22 4.44 4.39 4.39

0.81 0.50 0.53 0.53

Proses Inovasi sosial Menjalankan peringkat dalam proses Peringkat inovasi sosial Mengenal pasti contoh inovasi sosial dalam negara Membina senario Aktiviti persediaan Cara membina senario Perbahasan kelebihan dan kelemahan senario Penjelasan nilai dan masa depan Penjelasan nilai diri dan nilai sosial komuniti Penjelasan nilai dan perubahan Menyedari nilai dan hak generasi masa depan Mengkaji keperluan generasi baru Dimensi kemampanan Nikmat alam Menjaga sumber kehidupan Pemilihan had perkembangan Pandangan jauh Membina imej dunia masa depan

7.9 9.4 7.8

3.1 1.6 3.1

89.0 89.0 89.1

4.11 4.22 4.09

0.79 0.74 0.79

6.2 7.8 15.7

1.6 3.1 4.7

92.2 89.1 79.7

4.22 4.22 3.97

0.74 0.84 0.96

4.6 4.7 1.5 3.1

1.6 -

93.8 95.3 98.5 96.9

4.27 4.17 4.41 4.44

0.70 0.88 0.53 0.56

4.6 12.5 6.2 4.7 9.3

1.6 3.1 1.6

93.8 84.4 93.8 95.3 89.1

4.28 4.16 4.20 4.33 4.28

0.70 0.88 0.54 0.56 0.77

11

TS = Tidak setuju , TP = Tidak pasti, ST = Setuju, SP = Sisihan Piawai Jadual 4 menunjukkan data 43 pelatih (67%) bersetuju bahawa pensyarah lelaki lebih mengamalkan strategi pengajaran Kajian Masa Depan ini lebih dari pensyarah wanita. Seramai 21 pelatih (33%) bersetuju bahawa pensyarah wanita mengamalkan elemen atau kemahiran Kajian Masa Depan JADUAL 4 : Perbezaan tahap amalan Kajian Masa Depan dikalangan pensyarah berdasarkan jantina dari persepsi pelatih Jantina Kekerapan Peratus

Pensyarah lelaki Pensyarah wanita

43 21

67.0 33.0

64

100.0

PERBINCANGAN DAN CADANGAN Keputusan kajian ini menunjukkan tahap aplikasi strategi pengajaran Kajian Masa Depan adalah pada tahap tinggi (min = 4.04). Pensyarah tidak menyedari bahawa mereka atau dengan tidak secara langsung telah menggunakan strategi Kajian Masa Depan di dalam pengajaran mereka kerana banyak elemenelemen dan kemahiran-kemahiran yang terkandung di dalam strategi ini. Walaubagaimanapun semasa mencatat rancangan pengajaran harian pensyarah , mereka dikehendaki mencatatkan unsur Kajian Masa Depan sebagai strategi pengajaran. Dicadangkan agar semasa pensyarah mencatat strategi Kajian Masa Depan di rancangan pengajaran mereka, mereka mencatatkan kemahiran contohnya sembilan kemahiran yang telah digariskan oleh Bahagian Perkembangan Kurikulum di dalam modul keluaran tahun 2002. Sembilan kemahiran itu ialah pemahaman konsep Kajian Masa Depan, pengumpulan maklumat, ramalan dan analisis, imaginasi dan kreativiti, strategi mengatasi cabaran, proses inovasi sosial, membina senario, penjelasan nilai dan masa depan dan dimensi kemampanan.

12

Kajian ini mendapati kemahiran yang kerap digunakan oleh pensyarah ialah kemahiran strategi mengatasi cabaran (min = 4.36), diikuti oleh kemahiran penjelasan nilai dan masa depan (min = 4.35), kemahiran imaginasi dan kreativiti (min = 4.20), pemahaman konsep Kajian Masa Depan (min = 4.19), proses inovasi sosial (min = 4.14), membina senario (4.13), ramalan dan analisis (min = 4.11), pengumpulan maklumat (min = 4.10) dan terendah dan kurang digunakan ialah dimensi kemampanan (min = 2.79). Kajian ini juga mendapati 43 pelatih (67%) bersetuju bahawa pensyarah lelaki telah mengaplikasikan strategi Kajian Masa Depan ini dengan baik berbanding dengan pensyarah wanita iaitu 21 pelatih

bersetuju dengan 33%. Berdasarkan rujukan lepas strategi pengajaran masa depan ini masih digunakan dengan aktif di luar negara , maka strategi ini perlu diteruskan walaupun ianya mula wujud semasa semakan semula Kurikulum Baru Sekolah Rendah dan akan berakhir apabila Kurikulum Standard Sekolah Rendah sepenuhnya dilaksanakan. Adalah dicadangkan agar kajian ini diperluaskan lagi bagi subjek-subjek lain, dengan mengambilkira juga temubual bersama pegawai pengurusan akademik di Institut Pendidikan Guru dan pensyarah-pensyarah. Aktiviti luar kuliah hendaklah menjurus kepada pemikiran saintifik dan mengalakkan pemikiran masa depan. Ini akan memberikan peluang kepada pelatih menangani masa depan mereka seterusnya dengan baik. Para pensyarah juga hendaklah mendalami kembali kemahiran-kemahiran di dalam strategi pengajaran Kajian Masa Depan yang telah dicadangkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum agar ianya boleh digunakan dengan berkesan di bilik kuliah.

13

RUJUKAN. Amran, K. (2010). Umar Al-Khattab: Insan Yang Tajam Fikirannya, Dewan Bahasa dan Pustaka. Basil, G, S , (2009),A Transformational Pedagogy for Future Studies with a Case Study in Biodiversity Futures, Jurnal Future Studeis, Nov 2003, 8(2 ): 3-5 Bell, W, A Comminity of Futurists and the States of the Futures Fiekd, Vol. 34, 2002a,235 - 247. Saedah, S,( ) , Kurikulum Masa Depan, Penerbit UM.

Jamil, A. (2002). Pemupukan Budaya Penyelidikan di kalangan guru di sekolah: Satu Penilaian. Tesis Dr. Fal. Bangi :Universiti Kebangsaan Malaysia. Pusat Perkembangan Kurikulum, Jun 2002, Pengajaran Berasaskan Kajian Masa Depan, Malaysia: Kementerian Pendidikan Malaysia. Marcus , B, et al (2008), Alternative Educational Futures : Pedagogies for Emerging Worlds, Sense Publishers, Rotterdam. Sohail, T ( 2010), Global Transformations And World Futures Knowledge, Economy and Society, Tessa, F,(2008), Future Peace: Breaking Cycles of Violence through Future Thinking, in Journal of Future Studies, Vahid, M,(2011) Wisdom and Future Studies, Bloomington, IN:Xlibris. www.metafuture.org/

14

You might also like