You are on page 1of 6

PENULISAN JURNAL

Satu bentuk catatan berterusan mengenai sesuatu peristiwa, pencapaian atau bidang yang perlu diberi penekanan.

- Jurnal bertujuan membantu pelatih merenung, menilai dan menjadikannya sebagai asas untuk mengambil tindakan susulan.

Pelatih dapat :-

1) Menyimpan catatan penglibatannya di sekolah semasa praktikum untuk renungan. 2) Menilai tugas dan tanggungjawab yang telah dijalankan. 3) Menjadikannya asas / panduan tindakan susulan. 4) Meningkatkan kepekaannya terhadap bidang tugas guru. 5) Menjadikannya sebagai bahan perbincangan dengan pensyarah penyelia / guru pembimbing. 6) Meningkatkan kemahiran profesionalisme.

Pelatih dikehendaki menulis dan menyimpan jurnal sepanjang

praktikum.
Catatan hendaklah merupakan butiran seperti peristiwa, masalah,

pencapaian dan bidang-bidang penting semasa praktikum serta mengandungi pandangan dan cadangan.
Satu jangka masa ditetapkan untuk melaksanakan cadangan-cadangan

mengatasi masalah yang telah dicatatkan.


Pelatih dikehendaki membuat catatan bagi mengesan kemajuan

tindakan susulan yang telah dicatatkan.


Gunakan jurnal sebagai saluran merenung kembali tugas mereka sebagai

guru.
Pelatih diminta membawa jurnal yang lengkap dan kemaskini sepanjang

masa praktikum untuk disemak.

Bimbingan perlu diberi oleh pensyarah penyelia dan guru

pembimbing untuk memastikan perkara-perkara yang relevan dan kritikal sahaja dicatatkan. Kandungan jurnal mesti dirancang bersama antara pelatih, pensyarah penyelia dan guru pembimbing.

CONTOH FORMAT :

PERNYATAAN MASALAH HURAIAN MASALAH

CADANGAN MENGATASI
TEMPOH

ANALISIS KEPUTUSAN
KESIMPULAN

01/02/2014 8:08:10

You might also like