Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
12Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Wilayah Ekonomi Koridor Utara

Wilayah Ekonomi Koridor Utara

Ratings: (0)|Views: 665|Likes:
Published by syaidatu

More info:

Published by: syaidatu on Sep 30, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

01/28/2013

pdf

text

original

 
WILAYAH EKONOMI KORIDOR UTARA (NCER)Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER, Northern Corridor Economic Region) Malaysiamerupakan kawasan pembangunan ekonomi dan sosial.Kawasan wilayah ini merangkumi Negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak Utara
.
Antara projek-projek berimpak tinggi yang dikenalpasti di Wilayah Ekonomi Koridor Utaraadalah :-
Projek pembinaan
Trans-Eastern Kedah Hinterland Highway 
di Negeri Kedah.
Perluasan Taman Teknologi Tinggi Kulim di Negeri Kedah.
Pembinaan Jalan Lingkaran Luar Pulau Pinang, dan pembinaan jambatan kedua diNegeri Pulau Pinang.
Hab halal bersepadu dan taman kekal pengeluaran makanan di Negeri Kedah.
Pembangunan hab halal bersepadu di Perlis.
Pembinaan terminal makanan negara di Ipoh.
 
Wilayah Ekonomi Koridor Utara
(
Northern Corridor Economic Region
) atau
NCER
Malaysiamerupakan kawasan pembangunan ekonomi dan sosial yang membabitkan negeriPerlis, Kedah, Pulau Pinangdan utara Perak.Istilah ini mula diperkenalkan sejak Rancangan Malaysiake-9 (2006-2010) pada Januari 2007 bagi merujuk kepada Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER). Koridor Utara dirasmikan pada 30 Julai 2007 olehPerdana Menteri Malaysia,Abdullah Ahmad Badawi.Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) memerlukan pelaburan sebanyak RM177 bilion dalamtempoh 2007 - 2025. 1/3 pelaburan daripada kerajaan, 2/3 pelaburan swasta dan inisiatif pembiayaan swasta (PFI). Peruntukan awal daripada kerajaan sebanyak RM5 bilion .Pendudukdijangka berjumlah 4.29 juta orang dalam tempoh lebih 20 tahun.Laman web khusus tentang NCER ialah www.ncer.com.my yang menyediakan maklumatmengenai rangka kerja pertanian, pelancongan, alam sekitar, pembuatan dan pembangunanmodal insan bagi wilayah utara Semenanjung.Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) mahu menjadikan NCER sebagai kawasan untukmelahirkan pembangunan ekonomi negara secara seimbang dan sama rata. Statistikmenunjukkan kadar kemiskinan di Kedah dan Perlis lebih tinggi berbanding kadar puratakemiskinan bagi seluruh negara.Abdullah Ahmad Badawi akan menjadi pengerusi NCER bersama dengan Menteri-menteriBesar Kedah, Perlis dan Perak serta Ketua Menteri Pulau Pinang.
Peranan Sime Darby
Sime DarbyBerhad dipertanggungjawabkan untuk menyediakan pelan komprehensif bagipembangunan sosioekonomi yang meliputi pertanian, pembuatan dan perkhidmatan dalamtempoh 20 tahun (2007-2025).Sime Darby Berhad merupakan perancang induk proses penyediaan asas pelan pembangunankomprehensif NCER, yang akan dibangunkan daripada tahun 2007 sehingga tamat RancanganMalaysia ke-12, pada 2025.
Majlis Perasmian
Abdullah Ahmad Badawi melancarkan Rangka Tindakan NCER di Ibu Pejabat LembagaKemajuan Pertanian Muda (MADA) di Alor Setar, Kedah pada 30 Julai 2007.Turut hadir ialah Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohd Tajol Rosli Ghazali, Ketua MenteriPulau Pinang Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid danMenteri Besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim turut hadir. Lain-lain ialah Menteri Pertaniandan Industri Asas Tani Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Kewangan II Tan Sri Nor MohamedYakcop, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Peter Chin Fah Kui dan Menteridi Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Effendi Norwawi.
Fasa pembinaan
Koridor Utara membabitkan beberapa fasa iaitu :
Fasa 1:
Penyediaanrangka tindakan
Fasa 2:
Pembabitan semua agensi kerajaan, menteri besar dan ketua menteri di 4negeri tersebut.
Fasa 3:
Pembabitan sektor awam dalam penyediaan infrastruktur.
Fasa 4:
Sektor awam dan swasta digandingkan.
Fasa 5:
Sektor swasta memainkan peranan utama (2012).
Kedaifan lokasi
Koridor Utara melibatkan 7% keluasan tanah tetapi melibatkan 60% penduduk 4 negeritersebut.
 
2/3 penduduknya terlibat dengan jelapang padi.
Hanya 1/3 pelancong datang ke kawasan ini.
Hanya 20% industri pembuatan berada di kawasan ini.
3/4 isi rumah hanya mendapat purata RM2000 pendapatan tahunan. Kadar pendapatanini amat rendah berbanding enam wilayah lain diMalaysiakecuali pantai timur.
Matlamat
Mengurangkan kadar kemiskinan tegar dari 5.7% sekarang kepada 2.7%.
Meningkatkan nilai tambah industri sedia ada dan bukan mewujudkan sesuatu yangbaru.
Meningkatkan eksport pertanian terutama akuakultur, perikanan, ternakan haiwan,pengeluaran buah-buahan, sayuran dan produk herba.
Meningkatkan industri hiliran.
Menjana kekayaan dari bahan buangan.
Pembangunan hub elektronik berteknologi tinggi.
Pemprosesan taman pertanian lestari.
Meningkatkan nilai tokok industri sektor elektrik dan elektronik.
Aktiviti hiliran industri automatif.
potensi bio-teknologi.
Aktiviti pelancongan pulangan tinggi - sebagai pintu masuk serantau dengan memanfaatprasarana sedia ada - pelancongan perubatan.
Pembangunan Pulau Langkawi kepada pelancongan mewah.
Pusat kecemerlangan industri mikro, pusat pembangunan kemahiran dan pusatpenyelidikan dan pembangunan.
Latihan vokasional dan fakulti pertanian di universiti awam di utara Malaysia -melahirkan siswazah pertanian menjadi petani jutawan.
Melatih 26,000 belia seawal 15 tahun yang tercicir setiap tahun . 10,000 daripadamereka adalah di bawah umur 15 tahun.
Kurikulum berbeza akan disediakan ke arah pertanian moden, pekerja sawah padimoden, perniagaan tani dan industri tempatan.
Pembangunan prasarana
Pembinaan depot kontena darat.
Pembangunan bandar Padang Besar di sempadanPerlis-Thailand.
Pusat penyelidikan Sime Darby - tumpuan kepada pengeluaran buah-buahan iklim danbijih benih.
Pulau Pinangsebagai hub pengangkutan serantau - perluasan lapangan terbang,pelabuhan, sistem pengangkutan awam bersepadu, pusat kecemerlangan ekonomimikro dan pembangunan semulaGeorgetown.
PembinaanJambatan Kedua Pulau PinangdariBatu MaungkeBatu Kawan sepanjang 24 km dengan kos RM2.7 bilion. Diharap kesan limpahan dan kesesakan sekarang danakan datang dapat diatasi.
Dermaga kontena diPelabuhan Pulau Pinang diperdalamkan.

Activity (12)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
syarie liked this
Noor Shafinaz liked this
Farah Hana liked this
Munirah Alias liked this
Amiratul Adilah liked this
Nurulain Hanis liked this
zaimankb liked this
zaimankb liked this

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->