Dan firman Allah :
ق نك دب لا
Ertinya :“Katakanlah aku bukanlah orang yang pertama membawa risalah daripadaAllah , bahkan banyak rasul-rasul sebelumku .”Bidaah menurut istilah ialah :
ثدحلاف يدلادب مكا
Ertinya :“Perkara-perkara baru dalam agama sesudah ianya disempurnakan.”Menurut Al-Syatibi pula , pengertian Bidah adalah :“ Dan Bidaah itu ialah satu jalan ( cara ) dalam agama yang diada-adakanyang menyerupai hukum syariat yang dimaksudkan denganmengerjakannya ialah seperti apa yang dimaksudkan dengan jalan ( cara )mengerjakan hukum syariat .”Beliau menambah lagi dengan katanya :“ Maka jika demikian , maka bidaah itu ialah ibarat satu jalan ( cara )dalam agama yang diada-adakan yang menyerupai hukum syarak yangdimaksudkan dengan mengerjakan ialah mengabdikan diri ( kepada Allah )secara berlebih-lebihan .”Sebahagian ulama hadis pula mendefinisikan bidaah seperti berikut :“ Ialah urusan yang baharu diada-adakan dalam agama baik berupaakidah , ibadat atau sifat bagi ibadat yang belum pernah terjadi padazaman Rasulullah SAW .”Sebagai kesimpulan , bidaah didefinisikan sebagai perkara-perkara barudalam agama yang diada-adakan berlawanan dengan dalil-dalil ataukaedah-kaedaah yang telah ditetapkan oleh syarak .Pembahagian BidaahMenurut Imam Muhammad bin Idris Assyafi’i yang diriwayatkan oleh AbuNu’aim :“Bidaah itu terbahagi kepada dua iaitu bidaah terpuji ( mahmudah ) danbidaah tercela ( mazmumah) . Maka mana-mana yang sesuai dengansunnah , maka itulah yang terpuji dan mana-mana yang menyalahinyamaka itulah yang tercela .”
Leave a Comment