You are on page 1of 6

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN KEMAHIRAN HIDUP Mata Pelajaran Tajuk Sub Tajuk Kelas Tarikh Masa Bilangan murid

Kemahiran Berfikir : Kemahiran Hidup : Elektrik dan Elektronik : Pengenalan kepada Elektrik : 4 Tekun : 3 April 2013(Rabu) : 12.35 tengahari 1.35 petang(1 jam) : :Mengkategori,Membanding beza,Kontekstual, Meneliti

Pengetahuan Sedia Ada : 1) Murid pernah menggunakan beberapa komponen elektrik yang akan diajarkan. 2) Murid pernah melihat komponen elektrik tersebut Hasil Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran, murid-murid dapat: 1) Mengetahui 2 daripada 4 nama kompenan, fungsi dan simbol kompenan elektrik. 2) Menyatakan nama dan fungsi alatan tangan dengan betul dan tepat.

Penerapan Nilai Murni

: Ingin tahu, Keberanian dan kerjasama.

Kemahiran berfikir

: Menjana idea dan mengkategori.

Bahan Bantu Mengajar

: Kad, kertas mahjong,LCD dan lembaran kerja.

Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Langkah/ Masa (Minit) Set Induksi (5 Minit) Pengenalan kepada sub tajuk pengenalan elektrik dan elektronik. Isi Pelajaran Akiviti Pengajaran dan Pembelajaran 1. Guru menunjukkan gambar perkakasan elektrik seperti radio,kipas,seterika dan lampu 2. Guru bersoal jawab dengan murid berdasarkan gambar seperti: Soalan Cuba namakan alatan elektrik yang diketahui ? Tenaga apa yang digunakan untuk menggerakkan peralatan ini. 3. Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pembelajaran elektrik dan elektronik. KBKK: Menjana idea BBM: Telefon bimbit.LCD Catatan

Langkah 1 (25 minit)

Komponen elektronik: 1.

1. Guru menerangkan jenis-jenis tenaga yang ditukarkan oleh tenaga elektrik

BBM : Kad manila bergambar,paparan LCD

2. Guru memberi penerangan kepada murid mengenai nama,fungsi dan simbol elektrik. 3. Guru memilih beberapa orang murid untuk membacakan fungsi komponen. 4. Guru akan memberikan setiap murid kad yang terdiri daripada kad gambar,kad simbol dan kad fungsi setiap komponen. 5. Guru akan menyediakan satu helai kertas mahjong yang tertera nama komponen dan muridmurid diminta menampal kad masing-masing mengikut nama komponen.

Langkah 2 (25 minit)

1. Guru memberi penerangan kepada murid mengenai alatan tangan dan

BBM: Kertas mahjung. KBKK: Mengkategori.

fungsi alatan tangan. 2. Guru memilih beberapa orang murid untuk membacakan fungsi alatan. 3. Murid diberikan satu lembaran kerja untuk mencari perkataan yang tersembunyi 4. Guru akan menyatakan klu bagi setiap soalan. Penutup (5 minit) Kesimpulan/ rumusan pembelajaran Mengetahui namanama komponan elektronik Mengetahui fungsifungsi kompenan elektronik Mengetahui simbolsimbol komponan elektronik Mengetahui nama alatan,gambar dan fungsi alatan. 1. Guru meminta beberapa orang murid membuat rumusan tentang topik yang telah dipelajari. 2. Murid memberikan respon. 3. Guru membetulkan dan membuat rumusan keseluruhan tentang topik yang telah dipelajari. 4. Pelajar diterangkan kaitan elektrik dengan kehidupan seharian tanpa elektrik alatan tersebut tidak akan berfungsi

Niai Murni: Kerjasama

BBM: Lembaran Kerja

KMD : 6.3 Pandangan Masa Depan.

Refleksi selepas pengajaran dan pembelajaran: Selepas selesai sesi pengajaran dan pembelajaran ini, saya mendapati terdapat pelbagai kelemahan yang perlu saya atasi seperti kawalan kelas, intonasi suara, dan aktiviti

yang dijalankan. Kawalan kelas pada hari ini bagi saya kurang memuaskan kerana tidak semua murid melibatkan diri mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Keadaan kelas juga agak bising dan kucar kacir. Intonasi suara saya pula pada hari ini agak mendatar dan tidak baik. Saya perlu mengubah tahap-tahap suara saya mengikut kesesuaian waktu supaya murid dapat member perhatian dan memberi penerangan dengan baik. Saya perlu meninggikan suara kepada isi penting dan juga murid yang dilihat tidak member perhatian kepada pengajaran. Semasa aktiviti dijalankan, saya agak kelam kabut dan tidak dapat mengingat langkahlangkah aktiviti yang dijalankan dengan baik. Mungkin ini kerana buat pertama kalinya saya berada di dalam kelas mengajar kemahiran hidup selama satu jam. Walaubagaimanapun, saya dapat menghabiskan pengajaran saya dan dapat memberi sedikit sebanyak input kepada murid-murid . Selain itu, terdapat juga kebaikan di dalam aktiviti yang saya jalankan. Semasa aktiviti berkumpulan, saya mendapati murid sangat gembira dan aktif bekerja di dalam sebuah kumpulan. Dengan itu, saya membuat kesimpulan bahawa kebanyakkan murid lebih gemar untuk melakukan aktiviti semasa pembelajaran daripada hanya mendengar penerangan daripada guru

You might also like