You are on page 1of 17

Sebagai pendidik kita perlu menekankan tentang amlan keselamatan bengkel kepada pelajar.

MERANCANG PROGRAM KESELAMATAN BENGKEL


a.) MENETAPKAN OBJEKTIF PROGRAM i. Memastikan keadaan bengkel yang selamat untuk pelajar bekerja. ii. Menerapkan dalam diri pelajar pengetahuan disamping membentuk sikap dan juga rasa hormat kepada prinsip-prinsip pencegahan kemalangan sebagai persediaan untuk bekerja dimasa hadapan.

b.) KANDUNGAN PROGRAM KESELAMATAN


Kenyataan falsafah program iaitu satu pernyataan yang menyebut kepentingan program keselamatan yang berkesan.

Arahan keselamatan yg merangkumi semua aspek keselamatan termasuk keselamatan persekitaran sekolah dan bengkel dan juga maklumat terperinci berkaitan penggunaan peralatan dan penyelenggaraan. Program pemeriksaan keselamatan sbg langkah pencegahan kemalangan, termasuk laporan pemeriksaan yg dilaporkan oleh guru, pelajar, pentadbir atau mereka yg bertanggungjawab utk menilai keselamatan bengkel.

Jawatankuasa keselamatan bengkel sekolah yang juga melibatkan pelajar. Jawatankuasa membuat cadangan dan keputusan berkaitan keselamatan. Rancangan tindakan segera iaitu prosedur terperinci yg perlu dipatuhi oleh setiap individu sekiranya berlaku kecemasan spt kecederaan,kebakaran dll. Kempen kesedaran keselamatan supaya semua warga sekolah sentiasa brewaspada dgn keselamatan , adakan aktiviti spt pertandingan,memasang poster,menyediakan papan buletin dan peti cadangan.

Program Keselamatan Secara Pendekatan Sistem.


Menurut V. William DeLuca danW. James Haynie,iii (1989) , pengaplikasian teori sistem dan teknologi kawalan merupakan satu perubahan yang amat signifikan dalam teknologi moden. Teori sistem memperakui kesan komponen atau sub-sistem ke atas prestasi keseluruhan sistem, kerana setiap sub- sistem memainkan peranan yang menyumbang kepada operasi keseluruhan sistem. Sebenarnya wujud hubungan yang interaktif antara semua sub sistem. Sekiranya satu sub- sistem gagal berfungsi dengan baik, maka keseluruhan sistem akan gagal. Untuk memaksimumkan keberkesanan sesebuah sistem, kawalan perlu diwujudkan untuk mengoptimumkankeberkesanan setiap sub- sistem. .

Pemantauan proses keselamatan dilakukan melalui lingkaran -

lingkaran maklum balas, dan keputusan yang dibuat harus


mengoptimumkan fungsi setiap sub- sistem di samping mengambil kira kesan keseluruhan. ke atas sistem. Sesebuah sistem keselamatan mesti direka bentuk supaya boleh meminimumkan kecederaan. Komponen-komponen dalam sistem pula harus merangkumi faktorfaktor dalam persekitaran yang berpotensi untuk menyebabkan kecederaaan.Bagi memudahkan kita untuk memahami program keselamatan secara pendekatan ini, maka Model Sistem Keselamatan yang telah dibentuk oleh DeLuca dan Haynie(1989) dijadikan contoh. Model yang dibentuk untuk bengkel Pendidikan Teknologi adalah seperti dalam Rajah c. Penerangan ringkas mengenai komponen-komponen dalam sistem ini adalah seperti berikut

Persekitaran ( environment)
Program Pendidikan Teknologi terdiri daripada empat bidang atau sistem teknologi iaitu pembuatan, pembinaan, komunikasi dan pengangkutan. Persekitaran merangkumi kemudahan kemudahan fizikal yang wujud dalam setiap bengkel program tersebut. Walaupun terdapat banyakperalatan yang sama, namun setiap bengkel memiliki keunikan tersendiri yangmembezakan

antara bengkel-bengkel tersebut. Antara faktor-faktor


yangmempengaruhi keselamatan sesebuah bengkel adalah pengcahayaan,kebisingan, suhu, zon keselamatan dan kod warna,

penyimpanan, prosedur pencegahan kebakaran,housekeeping,


ergonomik dan keperluan pertolongan cemas

Manusia ( human factor)


Tahap pembangunan seseorang pelajar akan menentukan keadaan keselamatan sesebuah bengkel.Semua pelajar mesti memiliki

pengetahuan mengenai peraturan dan prosedur keselamatan (domain


kognitif), dan memiliki sikap dan nilai yang diperlukan untuk mengaplikasikan pengetahuan tersebut (domain afektif). Tahap kemahiran pelajar akan memastikan aktiviti-aktiviti dilakukan dengan selamat (domain psikomotor). Walau bagaimanapun, guru memainkan peranan penting dan bertanggungjawab untuk merancang,mengawal dan mewujudkan suasana selamat dalam bengkel. Faktor utama yang menyebabkan kecederaan adalah perlakuan manusia yang tidak mematuhi arahanarahan keselamatan dan prosedur melakukan kerja yang telah ditetapkan.

Peralatan dan Kelengkapan ( tools & equipment)


Semua peralatan dan kelengkapan bengkel dibentuk untuk memudahkan dan membantu manusia membuat kerja-kerja amali dan menggunakan bahan-bahan seperti kayu,logam atau plastik. Namun, peralatan-peralatan ini boleh membawa bahaya dan menyebabkan kecederaan jika tidak digunakan dengan betul, maka peralatan dan kelengkapan turut menjadi fokus keselamatan dalam bengkel. Antara peralatan yang membawa

bahaya adalah peralatan tangan manual, peralatan tangan


berkuasa elektrik/ motor dan mesin tanpa pelindung

Proses ( processes) Penggunaan peralatan melibatkan pelbagai proses atau prosedur penggunaannya yang memiliki bahaya tersendiri. Makapelajar mesti diajar dan belajar melaksanakan sesuatu proses dengan

betul untuk menghindari kecederaan.

Bahan-bahan ( materials)

Terdapat banyak bahan-bahan dalambengkel apabila tidak


diselenggara dengan betul, akan membawa kesankumulatif yang boleh menyebabkan penyakit berbahaya. Oleh itu, bahan-bahan yang digunakan mestilah diselenggara dan disimpan dengansempurna. Pembuangan sisa bahan pula harus dibuat dengan betulsupaya tidak memberi kesan buruk kepada persekitaran.

Pengaruh Luar ( outside influences) Sama seperti pihak industri, dalam pendidikan teknologi , keselamatan, turut dipengaruhi oleh polisi- polisi daerah dan kebangsaan. Pengaruh luar merangkumi pengaruh agensi-agensi awam, pentadbiran sekolah dan juga

masyarakat

Maklumbalas(feedback) Kaedah mengajar dan aktiviti-aktiviti pengajaran adalah bahagian penting bagi komponen maklum balas dalamsistem keselamatan ini. Enam komponen,pertama dalam sistem ini mewujudkan wadah kandungan bagi merancang sistem. komponen maklumbalas mengintegrasikan, kandungan ke dalam sistem, pengajaran berasaskan aktiviti yang melibatkan pelajar dalam merancang dan mengekalkan sistem keselamatan

Di dalam setiap komponen terdapat faktor-faktor yang boleh menjadi punca kepada kemalangan. Dalam program ini, guru dan pelajar bersama-sama harus dapat mengenalpasti dan menilai faktor-faktor yang bahaya. Seterusnya mewujudkan sistem maklum balas untuk mengawal sistem keselamatan bengkel

Faedah Amalan Keselamatan


i.Dapat membendung dan mencegah risiko kemalangan, keracunan dan penyakit pekerjaan yang boleh menyebabkan gangguan pada kesihatan, kecederaan malah kematian.

ii.Mengelakkan kerugian akibat kerosakan dan kemusnahan harta benda.


iii.Pekerjaan dapat dilakukan dengan tekun, efisien dan produktif. iv.Produk dan perkhidmatan berkualiti dapat dihasilkan. v.Industri dapat beroperasi secara berterusan tanpa gangguan. vi.Produktiviti boleh ditingkatkan. vii. Keupayaan untuk bersaing meningkat.

TANGGUNGJAWAB GURU BENGKEL


A. PERLAKSANAAN OBJEKTIF KESELAMATAN Menanam rasa tanggungjawab menjaga keselamatan diri, orang lain dan harta benda. Membantu pelajar memahami kaedah yang selamat untuk bertindak. Membantu pelajar membiasakan diri dengan keadaan yangboleh merbahayakan Membantu pelajar belajar mengenai amalan keselamatan bagi aktiviti seharian. Menggalakkan pelajar menyertai program keselamatan. B. MERANCANG PENGAJARAN KESELAMATAN. Baca dan fahami kandungan arahan keselamatan yang hendak disampaikan kepada pelajar. Pastikan langkah keselamatan am bengkel ditetapkan. Tetapkan langkah keselamatan yg spesifik utk setiap bengkel Merancang arahan dan tunjukcara supaya cara kerja yng betul ditunjukkan kpd pelajar. Membuat salinan arahan keselamatan supaya boleh digunakan oleh pelajar utk mengulangkaji Edarkan arahan keselamatan kepada semua pelajar baru.

C. PENYEDIAAN ARAHAN KESELAMATAN Langkah-langkah yang perlu dilakukan sekiranya berlaku kemalangan. Tunjuk cara penggunaan alatan perlindungan diri dengan betul. Penyelenggaraan peralatan bengkel, mesin dan lain-lain kelengkapan. Kaedah yang selamat untuk mengangkat dan memindahkan kelengkapan yang berat Peraturan keselamatan bengkel yang ditandatangani oleh semua pelajar menandakan pelajar memahami. Alat bantuan mengajar yang menunjukkan penggunaan mesin atau peralatan yang betul. Menyediakan papan buletin , poster atau peti cadangan untuk kegunaan pelajar Memberi salinan rancangan keselamatan bengkel kepada pengetua/guru besar utk makluman.

D. PERLAKSANAAN PERATURAN KESELAMATAN. kemalangan boleh dielakkan jika peraturan dipatuhi. Guru bertanggungjawab utk melaksanakan peraturan yang telah dibuat , dan menujukkan contoh teladan yang baik untuk melaksanakan peraturan keselamatan bengkel.
E. PENILAIAN PENGAJARAN KESELAMATAN Penilaian pengajaran keselamatan boleh dilaksanakan dalam bentuk bertulis dan praktis. Peraturan membolehkan guru: Guru mengetahui keberkesanan dirinya menyampaikan maklumat mengenai keselamatan. Pelajar memahami semua aspek keselamatan dan dapat bertindak membetulkan kesalahan atau kesilapan diri. Keputusan penilaian dijadikan laporan bertulis bahawa guru telah mengajar keselamatan kepada pelajar dan dijadikan bahan bukit sekiranya berlaku kemalangan atau kecederaan.

You might also like