Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
86Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
LAPORAN PERKHEMAHAN PERDANA

LAPORAN PERKHEMAHAN PERDANA

Ratings: (0)|Views: 8,743|Likes:
Published by rasasayang
laporan ........
laporan ........

More info:

Published by: rasasayang on Sep 30, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/29/2013

pdf

text

original

 
Laporan Perkhemahan Persatuan Unit Beruniform Sekolah Kebangsaan Taman SelasihPada 14, 15 dan 16 September 2006 yang lalu, Sekolah Kebangsaan Taman Selasih telahmengadakan Perkhemahan Perdana yang bertempat di Padang Sekolah. Seramai 121 orangmurid telah menyertai aktiviti perkhemahan tersebut. Aktiviti ini disertai oleh murid-muridterpilih dan aktif di dalam pasukan beruniform yang terdiri daripada pasukan Pengakap, TunasKadet Remaja Sekolah, Persatuan Bulan Sabit Merah dan Puteri Islam.Tepat jam 4.30 petang, semua peserta telah pun berada di Dewan Selasih untuk  pendaftaran. Pada 4.45 petang, murid dikehendaki berkumpul kembali di dewan setelah selesaimendaftarkan diri untuk sesi taklimat. Taklimat itu disampaikan oleh beberapa orang guru danguru besar selaku penasihat aktiviti Perkhemahan Perdana.Selepas sesi taklimat berakhir, guruyang bertugas mula mengagihkan set khemah untuk dipasang sendiri oleh peserta. Sebuahkhemah dihadkan kepada lima orang peserta sahaja. Pelbagai gelagat yang mencuit hati dapatdilihat semasa pemasangan khemah oleh peserta-peserta.Selepas semua peserta selesai mengemas barang mereka, kami dikehendaki untuk kekantin untuk makan malam. Makanan yang dihidang amat enak. Selepas makan, kami pergimembuat persiapan diri. Selesai membersihkan diri, kami semua ke surau untuk solat Maghrib.Pada Malam itu juga diadakan majlis bacaan Yasin sementara menunggu masuknya solatIsyak.Selepas selesai solat Isyak, semua peserta berkumpul di Dewan Selasih untuk aktiviti “IceBreaking”. Selepas semua peserta berkumpul, semua peserta diagihkan kepada lapan kumpulanyang terdiri daripada abjad A hingga H. Setiap kumpulan dikehendaki melantik seorang ketuadan juga penolong ketua kumpulan.Pelbagai aktiviti diadakan semasa sesi “Ice Breaking” ini.Antaranya ialah mencucuk jarum ke dalam belon dan memastikannya tidak pecah sertameletakkan bata di atas empat helai kertas dan memastikannya tidak roboh. Peserta juga perlumemberikan kesimpulan untuk kesemua aktiviti yang dijalankan. Setiap kumpulan juga perlumencipta identiti kumpulan dengan melukis sebuah logo dan berikan maksud logo itu terhadapkumpulan itu. Setiap kumpulan juga perlu memberikan nama bagi kumpulan mereka. Aktiviti berakhir pada jam 12.00 tengah malam. Sebelum semua peserta masuk ke khemah untuk tidur,mereka di beri empat keping biskut serta segelas air teh panas untuk dijadikan makanan tengahmalam mereka.Tepat jam 4.00 pagi, kebanyakan peserta mula bangun untuk mandi. Selesaimembersihkan diri, semua peserta mula bergerak ke surau untuk menunaikan solat Subuh secara berjemaah. Sementara menunggu masuknya waktu Subuh, semua peserta mengalun zikir munajat bersama-sama. Setelah selesai Solat Subuh, kuliah Subuh serta tazkirah disampaikanoleh AJK surau yang bertugas.Pada jam 7.25 pagi, semua peserta berkumpul di Dataran Selasihuntuk menyanyikan lagu Negaraku, Pendidikan Cemerlang Kedah Gemilang, Negeri Kedah,lagu Sekolah dan Ikrar Rukun Negara. Selesai menyanyikan dan menaikkan bendera, guru yang bertugas bersama-sama semua peserta membuat senaman dan aktiviti aerobik bersama-sama.Pada jam 8.00 pagi, semua peserta ke kantin untuk menikmati sarapan pagi berupa nasilemak serta minuman teh panas. Pada jam 8.30 pagi semua peserta berkumpul di Dataran Selasihuntuk diberikan taklimat bagi aktiviti acara yang di panggil “Explorace”.Aktiviti “Explorace” ini bermula pada jam 8.45 pagi. Peserta dikehendaki mencari petunjuk di setiap stesen yang terdiridaripada stesen A,B,C,D dan E. Di setiap stesen terdapat beberapa tugasan yang perludiselesaikan. Tetapi sebelum melakukan setiap tugasan, setiap kumpulan perlu mencari petunjuk yang disorokkan. Di stesen A, tugasan yang perlu diselesaikan ialah mencabut 100 batang pokok kemuncup.
 
Setelah setiap kumpulan berjaya menyelesaikan tugasan di stesen A, mereka turun untuk ke stesen B. Cabaran di stesen B ialah mengira bilangan anak tangga di seluruh sekolah.Kebanyakan kumpulan tidak dapat menyelesaikan tugasan ini dan mereka dikenakan penalti. Distesen C pula, setiap kumpulan perlu membina sebuah menara menggunakan surat khabar.Menara itu perlu didirikan teguh dalam kiraan 10 saat. Di stesen D pula, setiap kumpulan perlumeredah longkang, merangkak di dalam lumpur dan sebagainya. Di stesen E pula setiap peserta perlu mengambil petunjuk di dalam sebuah bekas yang penuh dengan ulat. Selepas itu mereka perlu menjawab beberapa soalan mengenai sekolah ini dan melekatkan logo kumpulan mereka diatas kertas soalan tersebut. Aktiviti ini dimenangi oleh kumpulan E kerana mereka dapatmenjawab semua soalan dengan tepat.Berakhirnya acara ini semua peserta pergi untuk membersihkan diri, semua peserta kekantin untuk menikmati makan tengah hari. Selepas selesai makan, peserta lelaki mula bergerak ke masjid untuk sembahyang Jumaat dengan diiringi oleh semua guru lelaki. Semua peserta perempuan pula berkumpul di kantin untuk mendengar ceramah “Pengurusan Diri Wanita” yangdisampaikan oleh guru bertugas.Sekembalinya semua peserta lelaki dari sembahyang Jummat,tepat jam 3.30 petang aktiviti “Base System” dijalankan di Dewan Selasih. Aktiviti diagihkankepada tiga base yang pertama ialah ciptaan Gadjet, base yang kedua ialah ikatan anduh dan baseyang ketiga pula ialah ikatan tali. Aktiviti berakhir pada jam 6.00 petang.Pada jam 6.05 petang, semua peserta dikehendaki membuat persiapan diri denganmemakai pakaian beruniform mereka kerana pada malam itu akan diadakan “Malam AnugerahKokurikulum” yang akan dihadiri oleh wakil Pejabat Pelajaran Daerah Kulim-Bandar Baharudan juga ibu bapa.Tepat jam 7.00 petang, semua peserta yang sudah lengkap memakai pakaian beruniform untuk ke kantin untuk makan malam. Pada jam 8.00 malam, semua kenamaan dan juga ibu bapa sudah pun berada di kantin untuk acara malam anugerah kokurikulum. Majlis initurut diserikan lagi oleh seorang penyanyi dakwah yang hadir untuk mempersembahkan lagu-lagu di dalam albumnya. Aktiviti berakhir pada jam 12.00 tengah malam.Pada ke esokkan harinya, pada jam 5.30 pagi semua peserta bangun membuat persiapandiri dan tepat jam 6.00 pagi, semua peserta siap berada di surau untuk mendengar tazkirah dansolat Subuh berjemaah. Pada jam 7.30 pagi, semua peserta berkumpul di Dataran Selasih untuk  bersenam bersama-sama. Aktiviti di ketuai oleh guru aerobik Pn. Nor Azian Bt. MohamedJamal.Pada jam 8.30 semua peserta bergerak kekantin untuk sarapan pagi. Selepas selesai bersarapan kami semua berkumpul di Dataran Selasih untuk taklimat untuk membuka khemah.Kami semua membuka khemah dengan mengikut arahan dengan cermat. Selepas membukakhemah kami bersiap-siap untuk ke dewan bagi majlis penutupan Perkhemahan Perdana.Acara penutupan dengan ucapan Guru Besar selaku penasihat bagi aktiviti kali ini.Selepas berakhirnya ucapan penutupan oleh Guru Besar, En. Waridi Bin Hj. Ali selaku kemkomander pula memberi ucapan. Selepas itu acara penyerahan sijil dan hadiah untuk setiapkumpulan. Sebelum bersurai pada jam 12.30 tengah hari,semua peserta dikehendaki bersalamansambil berselawat bersama-samaPelbagai faedah yang dapat diperoleh semasa aktiviti ini berlansung. Antaranya ialahkami dapat mendisiplinkan diri, mengisi masa lapang dan sebagainya. Kami juga dapatmengeratkan hubungan silaturahim. Kami berharap aktiviti seperti ini akan dapat diadakan lagi pada masa hadapan.Laporan oleh :

Activity (86)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Basri Abd Latiff liked this
cikgu shafa liked this
karisma33 liked this
sweetratha liked this
sweetratha liked this
hzmanchek liked this
Tan Kooi Hiang liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->