You are on page 1of 26

RAJA-RAJA

PERLEMBAGAAN
Perbentangan dari:
Kumpulan4
AH LI KUMP UL AN 4

 MOHD AMRI BIN MOHD LAZAM


 IZZAT NAQIUDDIN BIN YAZLI
 HAFIZUDIN BIN NARANG
 MOHD FAIZ BIN SAPIEE
PENGE NAL AN
• Majlis Raja-Raja ditubuhkan secara formalnya hasil daripada
perancangan British dalam tahun 1948 sebagai menggantikan
Mesyuarat Raja-Raja Negeri-Negeri Bersekutu yang dikenali sebagai
Majlis Raja-Raja Melayu (Durbar). Ianya pertama kali diadakan di
Kuala Kangsar pada tahun 1897. Majlis ini dianggotai oleh empat
orang Raja dari Negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan
Pahang. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Pesuruhjaya Tinggi
British. Durbar timbul daripada perkataan Urdu-Parsi (Darbar) yang
membawa maksud istana raja. Durbar juga bermaksud perjumpaan
atau persidangan umum yang diadakan oleh Raja-Raja ataupun
gabenor atau wizurai British di India pada masa dahulu. Mesyuarat
Majlis Raja-Raja yang pertama diadakan ialah pada 31 Ogos dan 1
September 1948. Mesyuarat ini buat pertama kali dihadiri oleh
semua sembilan orang Raja-Raja Melayu.
Raja berperlembagaan
 Raja berp erl em bag aa n adalah sejenis kerajaan yang ditubuhkan dibawah
sistem berperlembagaan yang mengiktiraf Raja sebagai ketua negara. Raja
berperlembagaan yang moden biasanya menggunakan konsep trias politica, atau
politik tiga serangkai. Ini bermaksud Raja adalah hanya ketua simbolik di dalam
rangkai eksekutif dan kuasanya adalah terhad oleh perlembagaan negara. Apabila
seorang Raja mempunyai kuasa pemerintahan yang penuh ia dipanggil
monarki mutlak atau absolute monarchy.
 Pada hari ini, raja berperlembagaan lazimnya digabungkan dengan perwakilan
demokrasi. Oleh itu, kerajaan masih dibawah kuasa rakyat tetapi raja mempunyai
peranan tradisional di dalam sesebuah negara. Pada hakikatnya Perdana Menteri,
iaitu pemimpin yang dipilih oleh rakyat, yang memerintah negara dan bukannya Raja.
Namun demikian, terdapat juga Raja yang bergabung dengan kerajaan yang tidak
demokratik. Misalnya, sewaktu Perang Dunia II, raja Jepun bergabung dengan
kerajaan tentera yang dipimpin seorang diktator.
 Sesetengah Raja berpelembagaan adalah mengikut keturunan; manakala yang lain,
adalah melalui sistem demokratik seperti di Malaysia dimana Yang di-Pertuan Agong
adalah dipilih oleh Majlis Raja-Raja setiap lima tahun.
Senarai Negara-Negara Raja
Berperlembagaan
 Antigua dan Barbuda (Ratu Elizabeth II)
 Australia (Ratu Elizabeth II)
 Bahamas (Ratu Elizabeth II)
 Barbados (Ratu Elizabeth II)
 Belgium (Raja Albert II)
 Belize (Ratu Elizabeth II)
 Kemboja (Raja Norodom Sihamoni)
 Canada (Ratu Elizabeth II)
 Denmark (Ratu Margrethe II)
 Greenland (Ratu Margrethe II)
 Grenada (Ratu Elizabeth II)
 Jamaika (Ratu Elizabeth II)
Senarai Negara-Negara Raja
Berperlembagaan
Jepun (Maharaja Akihito)
Jordan (Raja Abdullah II )
Liechtenstein (Putera Hans Adam II)
Luxembourg (Grand Duke Henri)
Malaysia (Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin)
Monaco (Putera Albert II)
Maghribi (Raja Mohammed VI)
Nepal (Raja Gyanendra Bir Bikram Shah Dev)
Belanda (Ratu Beatrix)
New Zealand (Ratu Elizabeth II)
Norway (Raja Harald V)
Papua New Guinea (Ratu Elizabeth II)
Saint Kitts dan Nevis (Ratu Elizabeth II)
Saint Lucia (Ratu Elizabeth II)
Saint Vincent dan the Grenadines (Ratu Elizabeth II)
Kepulauan Solomon (Ratu Elizabeth II)
Sepanyol (Raja Juan Carlos I)
Sweden (Raja Carl XVI Gustaf)
Thailand (Raja Bhumibol Adulyadej)
Tuvalu (Ratu Elizabeth II)
United Kingdom (Ratu Elizabeth II)
A paka h su mbangan
utama Insti tusi Raj a-
Raj a Mel ayu?
• Menjadi tempat seluruh rakyat
menumpukan taat setia dan
perpaduan
• Membawa dan memelihara akidah
Islam
• Lambang kedaulatan dan ketinggian
martabat negara
• Memastikan kerajaan bertindak
mengikut perlembagaan dan
mengutamakan rakyat
Majlis Raja- Raja

 Majl is Raj a-R aja merupakan sebuah badan rasmi yang ditubuhkan mengikut
Perkara 38 Perlembagaan Persekutuan Malaysia sebagai tempat bagi Raja-Raja dan
Yang di-Pertua - Yang di-Pertua Negeri bertemu dan berbincang. Dalam beberapa
perkara yang tertentu, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kerajaan supaya
memperolehi nasihat daripada Majlis Raja-Raja. Urusan pemilihan dan perlantikan
Yang di-Pertuan Agong juga terletak pada Majlis Raja-Raja. Selain itu, majlis ini
merupakan kuasa tertinggi dalam hal ehwal Islam di Malaysia.
 Majlis ini dianggotai oleh semua sembilan Raja Melayu dan empat
Yang di-Pertua Negeri di Malaysia. Mengikut peraturan hanya Duli Yang Maha Mulia
(DYMM) Raja-Raja sahaja yang layak mempengerusikan mesyuarat dan ia
dipengerusikan mengikut giliran yang ada dalam susunan sebagaimana yang
ditetapkan oleh Majlis. YAB Menteri Besar / Ketua Menteri hadir sebagai penasihat
kepada DYMM Raja-Raja dan TYT Yang di-Pertua - Yang di-Pertua Negeri masing-
masing. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong hanya berangkat hadir pada
mesyuarat hari kedua dengan diiringi oleh YAB Perdana Menteri sebagai penasihat.
Ini menjadikan mesyuarat ini sebagai mesyuarat ‘tertinggi’ di Malaysia. Walau
bagaimanapun, Yang di-Pertuan Agong biasanya hanya hadir jika mesyuarat tersebut
akan melantik Yang di-Pertuan Agong atau Timbalan Yang di-Pertuan Agong yang
seterusnya atau ia membincangkan polisi negara.
'Tujuh wasiat Raja-Raja
Melayu'
 Kami namakan dan kami panggil dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung
Persekutuan Tanah Melalyu (sekarang dikenali dengan nama Malaysia);

 Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan
untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah Simpanan
Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain;

 Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami
tubuhkan Rejimen Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan
ancaman dari luar negara;

 Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan Raja-Raja Melayu memerintah
negara ini;

 Kami isytiharkan Islam adalah Agama Persekutuan;

 Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu;

 Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi
kedudukan istimewa orang Melayu dan Kepentingan sah kaum-kaum lain. (Kemudian
ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).
Sejarah Majlis Raja-Raja
• Sejarah Majlis Raja-Raja bermula dengan penubuhan Maj li s Raj a-Raj a Me la yu b ag i N eg eri-
Ne ger i Me la yu B er se kutu . Pada 1 Julai 1896, Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang terdiri
daripada Negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang telah ditubuhkan. Sehubungan
dengan itu, satu Majlis Raja-Raja Melayu bagi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu telah ditubuhkan
untuk membincangkan hal-ehwal dan kepentingan bersama dengan Pemerintah Inggeris.
• Mesyuarat Pertama Majlis Raja-Raja Negeri Melayu Bersekutu, atau lebih dikenali sebagai
Mesyuarat Durbar telah diadakan pada 13 - 17 Julai 1897 di Istana Negara, Bukit Chandan,
Kuala Kangsar, Perak. Durbar timbul daripada perkataan Urdu-Parsi (Darbar) yang membawa
maksud istana raja. Durbar juga bermaksud perjumpaan atau persidangan umum yang diadakan
oleh Raja-Raja ataupun gabenor atau wizurai British di India pada masa dahulu.
• Raja-Raja Melayu yang hadir dalam mesyuarat Durbar tersebut ialah DYMM
Sultan Idris Murshidul Aadzam Shah (Negeri Perak), DYMM Sultan Abdul Samad (Negeri
Selangor), DYMM Tuanku Muhammad (Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan), dan DYMM
Sultan Ahmad (Negeri Pahang).
• Pihak Inggeris pula diwakili oleh Sir Charles Mitchell, Gabenor Negeri-Negeri Selat dan
Pesuruhjaya Tinggi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, Sir Frank Swettenham (pengerusi
mesyuarat), Residen Jeneral Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, Hugh Clifford, Residen Inggeris di
Pahang, J.P Rodgers, Residen Inggeris di Selangor dan W.H. Treacher, Residen Inggeris di Perak.
Mesyuarat Durbar telah diadakan sebanyak 9 kali hingga tahun 1939.
KETUA NEGARA DAN NEGERI
 Jawatan Yang di-Pertuan Agong bukanlah jawatan yang
diwarisi turun temurun. Malaysia mengamalkan sistem
kerajaan Raja Berperlembagaan dalam demokrasi
berparlimen pada dua peringkat iaitu peringkat
Persekutuan dan peringkat Negeri. Pada peringkat
Persekutuan, Ketua Negara ialah Seri Paduka Baginda
Yang di-Pertuan Agong, sementara ketua kerajaan ialah
Perdana Menteri. Pada peringkat negeri pula, ketua
negeri dikenali dengan pelbagai nama seperti Sultan,
Raja atau Yang di-Pertuan Besar juga Yang Dipertua
Negeri sementara ketua kerajaan pula ialah Menteri
Besar atau Ketua Menteri
NASI HA T KE RAJ AAN
• Institusi pemerintahan beraja merupakan sumber kekuasaan dan
kewibawaan, pemerintah dan kerajaan. Institusi ini merupakan
sumber kekuatan rakyat dan tempat rakyat mencari
perlindungan, keadilan, memberikan kesetiaan, kecintaan dan
taat setia kepada negara. Di negara-negara yang mengamalkan
sistem demokrasi berparlimen di bawah sistem kerajaan Raja
berperlembagaan, kuasa rakyat terletakhak pada Parlimen yang
kemudiannya meletakhakkan kuasa eksekutif kepada Jemaah
Menteri. Walau bagaimanapun, setiap tindakan pihak berkuasa
dilaksanakan atas nama Yang di-Pertuan Agong yang bertindak
atas nasihat kerajaan.

• Pemilihan Yang di-P er tuan Agong dan Tim balan Yang


di-P er tuan Agong
• Senar ai R aja un tuk Pemilihan Yang di-P er tuan Agong
• Sur at Sumpah Meme gang Jaw atan
• Peranan Majlis R aja-R aja dalam Sis tem Ra ja Ber per lemba ga an d
• La gu Kebang saan - Ne gar aku
DI ANTARA RAJA-RAJA
DI MALAYSIA
AGONG

YANG BERDAULAT
Johor
kelantan
perak
perlis
Melaka
terengganu
Negeri sembilan
pahang
sulu
Sa rawak
kedah
PERBENTANGAN

TAMAT

Sekian,terima kasih.

You might also like