You are on page 1of 7

LATIH TUBI PEMAHAMAN PETIKAN BERITA

Soalan 1 hingga Soalan 5 Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan berikutnya. KERACUNAN MAKANAN PANTAI REMIS, 22 FEBRUARI Seramai 20 orang murid Sekolah Kebangsaan Kampung Selamat telah mengalami keracunan makanan. Mereka telah dihantar ke Pusat Kesihatan Pantai Remis untuk mendapatkan rawatan oleh guru-guru sekolah berkenaan. Kejadian ini mula berlaku pada pukul 11.30 pagi selepas waktu rehat. Kejadian ini telah disedari oleh guru yang bertugas pada minggu tersebut iaitu Puan Hajah Saleha binti Puteh. Kejadian ini kemungkinan besar berlaku akibat daripada nasi lemak yang dijual di kantin sekolah. Kebanyakan murid yang memilih menu tersebut telah mengalami sakit perut dan muntah-muntah. Seramai lapan orang murid mengalami sakit perut yang serius. Pihak sekolah telah mengambil tindakan pantas dengan membawa murid-murid yang keracunan makanan untuk mendapatkan rawatan. Pengusaha kantin pula dilarang meneruskan aktiviti jualan makanan pada hari tersebut. Pejabat Pelajaran Daerah Manjung juga telah dimaklumkan tentang kejadian ini. Sehingga pukul 4.00 petang, seramai dua belas orang murid telah dihantar ke Hospital Seri Manjung untuk mendapatkan rawatan selanjutnya. Keadaan mereka pada ketika ini agak stabil. Sementara itu murid-murid yang lain telah dibenarkan pulang. Pusat Kesihatan Pantai Remis telah mengesahkan semua murid ini telah mengalami keracunan makanan. Wakil Pusat Kesihatan Pantai Remis telah datang melawat kantin sekolah berkenaan. Kantin sekolah diarahkan tutup serta-merta. Pengusaha kantin itu telah diminta untuk membersihkan kawasan kantin dan sentiasa mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Kantin sekolah hanya akan dibuka sekiranya pihak Pusat Kesihatan berpuas hati dengan tahap kebersihan kantin tersebut.

Modul Latih tubi Pemahaman : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak

LATIH TUBI PEMAHAMAN PETIKAN BERITA

Apakah yang menyebabkan keracunan makanan di sekolah tersebut?

A B C D 2

Kuih yang dijual Nasi lemak yang dijual Makanan yang dijual Minuman yang dijual

Apakah tanda-tanda awal yang menunjukkan murid-murid mengalami keracunan makanan? A B C D Sakit perut Muntah-muntah Sakit perut yang serius Sakit perut dan muntah-muntah

Berapakah jumlah bilangan murid yang serius ketika mengalami keracunan makanan? A B C D 8 10 12 20

Siapakah yang mengarahkah pengusaha kantin menutup perniagaan mereka? A B C D Pejabat Pelajaran Daerah Manjung Pusat Kesihatan Pantai Remis Guru yang bertugas Guru besar

Semua penyataan di bawah benar tentang petikan kecuali ________________ A B C D Pusat Kesihatan Pantai Remis mengambil mangsa di sekolah untuk dirawat. Pejabat Pelajaran Daerah Manjung tidak dimaklumkan oleh pihak sekolah. Pengusaha kantin diarahkan menutup perniagaan mereka. Guru Besar telah menyedari kejadian keracunan makanan.

Modul Latih tubi Pemahaman : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak

LATIH TUBI PEMAHAMAN PETIKAN BERITA

Soalan 1 hingga Soalan 5 Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan berikutnya. TOKOH PETANI JAYA PERINGKAT NEGERI KUALA NERANG, Rabu Encik Zainal Abidin bin Tahir telah dianugerahkan sebagai Tokoh Petani Jaya Peringkat Negeri Kedah pada tahun ini. Beliau telah menerima anugerah itu daripada Menteri Besar Negeri Kedah sempena Hari Peladang peringkat negeri. Encik Zainal Abidin berasal dari Kampung Kubang Semang. Encik Zainal Abidin seorang petani yang berjaya. Beliau telah mengusahakan ladang kelapa sawit seluas 10 ekar di samping menternak lembu daging. Kawasan lembah berhampiran rumahnya telah dijadikan kolam menternak ikan keli. Masa yang terluang pula telah diisikan dengan kegiatan menghasilkan pelbagai jenis kerepek berasaskan ubi dan pisang bersamasama isteri dan anak-anaknya. Tokoh Petani Jaya Peringkat Negeri ini menerima hadiah berupa wang tunai RM10000 dan sijil penghargaan. Di samping itu, Jabatan Pertanian juga akan membekalkan baja dan mesin pemprosesan makanan kepadanya. Semua hadiah yang diterima ini akan membakar semangat Encik Zainal Abidin untuk terus berusaha. Semasa majlis ini berlangsung, Encik Zainal berjanji untuk membantu para petani yang ingin memulakan sebarang aktiviti pertanian. Para petani boleh datang melawat ke ladangnya untuk melihat kegiatan pertanian yang diusahakannya. Mereka juga boleh memasarkan makanan ringan yang dihasilkan oleh keluarganya. Encik Zainal Abidin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak Jabatan Pertanian dan pihak KEMAS yang banyak memberi khidmat nasihat kepadanya. Beliau berharap kejayaannya ini akan menjadi pendorong kepada semua petani negeri Kedah untuk terus melibatkan diri dalam bidang pertanian. Beliau akan terus melibatkan diri dengan aktif dalam bidang pertanian ini.

Modul Latih tubi Pemahaman : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak

LATIH TUBI PEMAHAMAN PETIKAN BERITA

Di manakah Majlis Anugerah Tokoh Petani Jaya Peringkat Negeri Kedah diadakan? A B C D Kampung Kubang Semang Kubang Semang Kuala Nerang Alor Setar

Berapakah jumlah hadiah yang bakal diterima oleh Encik Zainal Abidin bin Tahir? A B C D 1 2 3 4

Mengapakah Tokoh Petani Jaya Negeri Kedah merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak Jabatan Pertanian dan KEMAS? A B C D Memberi khidmat nasihat kepadanya Membantu para petani yang belum berjaya Menolong memasarkan hasil makanan ringannya Memberi dorongan kepada petani supaya terus berjaya

Siapakah yang membantu Tokoh Petani Jaya mengusahakan kegiatan makanan ringan di rumahnya? A B C D Para petani Penduduk kampung Anak-anaknya sahaja Isteri dan anak-anaknya

Aktiviti pertanian yang diusahakan oleh Encik Zainal Abidin bin Tahir ialah I. Menternak lembu daging II. Memelihara ikan keli III. Mengusahakan ladang sawit IV. Menghasilkan kerepek pisang A B C D I dan II sahaja I dan III sahaja I, II dan III sahaja II, III dan IV sahaja

Modul Latih tubi Pemahaman : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak

LATIH TUBI PEMAHAMAN PETIKAN BERITA

Soalan 1 hingga Soalan 5 Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan berikutnya. LEMAS DIBAWA ARUS BATU PAHAT, 10 MAC Tiga orang murid tahun empat telah lemas semasa mandimanda di Sungai Renggam petang semalam. Kejadian ini berlaku ketika semua murid ini dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menjalani latihan bola sepak. Mangsa yang terlibat ialah Mohd. Amirul bin Jais, Zakaria bin Awang dan Badri bin Sulaiman. Ketika kejadian berlaku, arus Sungai Renggam agak deras kerana pada sebelah paginya hujan turun dengan lebat. Mangsa-mangsa lemas sememangnya sudah biasa mandi di sungai ini. Sebelum mereka mandi, Pak Hasan yang pada ketika itu sedang memancing telah melarang mereka mandi di sungai itu. Tidak lama kemudian, Pak Hasan telah mendengar suara orang menjerit meminta tolong. Beliau bergegas ke tepi sungai dan ternampak tiga orang budak terkapai-kapai dibawa arus. Mangsa itu cuba diselamatkannya tetapi gagal. Pak Hasan bertindak pantas memberitahu penduduk kampung. Sehingga kini, seorang mangsa telah berjaya dijumpai manakala dua lagi mangsa masih belum ditemui. Pasukan Bomba dan Penyelamat bertungkus-lumus mencari mangsa. Ibu bapa mangsa telah dimaklumkan tentang kejadian itu. Mereka terperanjat dengan kejadian ini. Mereka kesal kerana anak mereka tidak terus pulang ke rumah selepas menghadiri latihan bola sepak. Namun begitu, mereka redha dengan kejadian yang berlaku dan berharap agar mayat anak mereka akan dijumpai secepat mungkin.

Modul Latih tubi Pemahaman : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak

LATIH TUBI PEMAHAMAN PETIKAN BERITA

Bilakah kejadian lemas itu berlaku? A B C D Sebelum hujan turun dengan lebatnya Ketika mereka hendak memancing di sungai Selepas menjalani latihan bola sepak di sekolah Semasa mereka cuba menyelamatkan budak lemas

Mengapakah Pak Hasan melarang murid-murid itu daripada mandi sungai? A B C D Arus sungai deras Ketika itu hujan turun Mengganggu beliau memancing ikan Bimbang mereka mandi-manda di sungai

Apakah tindakan Pak Hasan setelah gagal menyelamatkan mangsa lemas? A B C D Mencari mangsa lemas bersendirian Membantu bomba mencari mangsa dibawa arus Menyusuri sungai sambil menjerit meminta tolong Memaklumkan segera kepada penduduk kampung

Siapakah orang pertama yang bertindak cuba menyelamatkan mangsa lemas? A B C D Pemancing ikan Penduduk kampung Rakan mereka sendiri Pihak bomba dan penyelamat

Berikut keadaan ibu bapa mangsa lemas dibawa arus kecuali A B C D Kesal dengan sikap anak-anak mereka Terperanjat dengan dengan kejadian itu Reda dengan peristiwa yang telah berlaku Berharap mayat anak mereka akan dijumpai

Modul Latih tubi Pemahaman : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak

LATIH TUBI PEMAHAMAN PETIKAN BERITA

Jawapan Soalan Pemahaman Berita Petikan 1 1. B 2. D 3. A 4. B 5. C Petikan 2 1. C 2. B 3. A 4. D 5. C Petikan 3 1. C 2. A 3. D 4. A 5. D

Modul Latih tubi Pemahaman : Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak

You might also like