You are on page 1of 4

Objektif Pembelajaran Di akhir sesi ini, penuntut dapat: 1. Nyatakan definisi kaunseling. 2. Nyatakan definisi kaunseling individu. 3.

Nyatakan faktor-faktor dalam kaunseling. 4. Nyatakan matlamat kaunseling. 5. Nyatakan tujuan kaunseling. 6. Nyatakan sifat-sifat seorang kaunselor. 7. Nyatakan peranan seorang kaunselor. 8. Terangkan kemahiran asas dalam kaunseling.
Definisi Kaunseling Satu proses pembetulan diri untuk berkembang secara biasa dengan pertolongan pakar dan dapat pula menerima pengalaman yang belum pernah dirasai supaya dapat disesuaikan dengan diri seseorang. Rogers 1976 Kaunseling Individu Sebagai satu proses di mana seorang klien diberi peluang untuk meneroka aspek diri dan kehidupan yang menimbulkan masalah atau kesusahan baginya. Corey 1977 Faktor Dalam Definisi Kaunseling 1. Kehadiran dua orang. 2. Tindakan oleh klien. 3. Kaunselor mendengar. 4. Klien mendapatkan cara penyelesaian tersendiri. 5. Perubahan diri klien lazimnya berlaku. 6. Penyelesaian masalah diharapkan. Kaunseling Bukannya Memberi nasihat. Psikoterapi. Rawatan pesakit mental yang teruk. Bercakap dan bercakap tanpa tindakan. Menyelesaikan semua masalah kehidupan. Perkara Penting Dalam Kaunseling Fiedler, 1950 Perhubungan yang empati. Perhubungan yang baik. Kaunselor mendengar masalah klien dengan baik. Klien bebas bercakap apa yang dia suka. Ada perasaan percaya mempercayai antara satu sama lain. 1

Kaunseling

Carl Rogers, 1957 Dua manusia yang mempunyai hubungan psikological. Peringkat awal klien berkeadaan serba salah, cemas. Kaunsnelor adalah kongruen dan memberi tindakbalas dalam hubungan. Kaunselor menerima tanpa syarat. Kaunselor empati terhadap klien. Tujuan kaunseling 1. Merasa lebih yakin dengan kekuatan dalam diri sendiri dan sanggup merancang sesuatu. 2. Mewujudkan hubungan yang baik dengan orang lain. 3. Mengajar kemahiran tertentu serta membantu perkembangan minat dan bakat. 4. Memperkembangkan personaliti ke arah yang positif. 5. Menyesuaikan diri dengan masyarakat melalui perkembangan konsep kendiri. 6. Memahami diri sendiri dan menjadikanaya berani mengahdapi pelbagai risiko dan cabaran. 7. Menolong berfikir dengan lebih matang dalam menyelesaikan amsalah peribadinya. 8. Memilikki kemahiran mengendalikan kehidupan sendiri. 9. Membantu berfungsi dengan sepenuhnya. 10. Membantu bertanggung ke atas diri dan perbuatannya sendiri. Sifat Kaunselor 1. Mampu menyesuaikan dirinya . 2. Seorang yang menarik dan suka bersahabat dan memiliki keyakinan diri. 3. Memiliki sifat -sifat terpuji. 4. Bersifat terbuka. 5. Bersifat tenang dalam menghadapi sesuatu situasi. 6. Bertingkahlaku yang mencirikan konsisten, beriltizam, terkawal, berketrampilan dan kreatif. 7. Berterus terang, jujur, amanah dan ikhlas. Peranan Kaunselor 1. Tumpuan kepada klien. 2. Memahami klien memerlukan kemahiran. 3. Membantu pendedahan kendiri klien. 4. Membantu penerokaan kendiri. 5. Membantu kesedaran kendiri. 6. Mengenalpasti keperluan. 7. Merancang objektif dan matlamat. 8. Pelaksanaan rancangan dan strategi. 9. Penamatan perhubungan dan proses.

Kemahiran Asas Dalam Proses Kaunseling Komunikasi interpersonal Definisi Suatu proses interaksi antara individu di mana sesuatu mesej dipindahkan dari seorang penyampai kepada seorang atau sekumpulan penerima sasaran kearah mencapai persefahaman bersama. 1. Membina perhubungan Situasi menunjukkan hubungan yang baik. Kemesraan hubungan dalam pertemuan. Klien memberitahu masalah tanpa keraguan atau helah bela diri. Tanda kepercayaan lahir akibat penerimaan klien sepenuhnya tanpa syarat. Contoh: Saya rasa gembira berjumpa dengan anda di sini. Saya harap anda boleh memberitahu saya yang sebenar berlaku supaya kita sama-sama mencar ikhtiar untuk kebaikan anda. Silakan Memberi perhatian Gaya badan (posture) Bertenang Gerak isyarat Kontak mata nada suara Mendengar aktif Mendengar secara fizikal Mendengar dengan perasaan Mendengar secara psikologi Mengingat maklumat penting Respons Dorongan minima Kemahiran menyoal Soalan terbuka dorongan penerokaan Soalan tertup bila perlu jawapan ringkas Bantu klien fahami dirinya. Kemahiran memahami Memahami masalah pelajar Mengemukakan soalan secara beransur-ansur agar kaunselor dapat senario yang jelas tentang masalah pelajar Sabar untuk memahami masalah klien/pelajar Kemahiran Berempati Cuba memahami serta merasai apa yang dirasai oleh klien Memberi empati dari dua aspek : kognitif dan afektif Membantu kaunselor memahami kesulitan klien 3

2. 3. 4. 5. 6.

7. 8. 9.

Kemahiran Refleksi Kaunselor menyemak pemahamannya dengan klien Refleksi perasaan Refleksi idea Kemahiran Memparafrasa Kaunselor meringkaskan kenyataan klien tanpa mengubah maksud asal Peluang bagi kaunselor menyemak kefahamannya terhadap masalah klien Pada masa sama meningkatkan pemahaman diri tentang masalah yang dihadapinya Kemahiran Konfran Digunakan oleh kaunselor apabila klien menyatakan sesuatu tidak menepat tindakan atau keinginan sebenarnya. Digunakan juga oleh kaunselor apabila klien tidak mahu melihat masalah dari sudut yang berbeza. Contoh Klien: Selepas makan saya biasanya menonton televisyen. Lepas itu saya cuba menyiapkan kerja rumah tetapi saya dapati sukar untuk menyelesaikannya Kaunselor: Nampaknya saudara mempunyai masa untuk menonton televisyen tetapi kekurangan masa untuk menyiapkan kerja rumah Kemahiran kesenyapan Berhenti seketika/sekejap Kaunselor harus bijak memulakan semula. Contoh mula semula: Nampaknya saudara sedang memikirkan sesuatu, boleh saya kongsi Kemahiran Immediacy Kaunselor bercakap mengenai sesuatu perkara di sini dan ketika ini (here and now) Contoh: Nampaknya saudara tidak selesa akan tempat ini Kemahiran membuat rumusan Cara Menamatkan satu-satu sesi bimbingan Menggunakan bahasa yang mudah dan jelas Contoh: Mari kita cuba rumuskan apa yang telah dibincangkan. Saudari merasa sunyi dan terpencil, terutamanya, dengan sekumpulan orang. Sebaliknya saudari mengatakan adalah sukar bagi saudari bergaul dengan orang lain. Jadi, walaupun saudari ingin bergaul, itu menjadi satu perkara yang sukar bagi saudari

10.

11.

12.

You might also like