You are on page 1of 12

Kestabilan sesuatu objek ialah keupayaan objek itu mengekalkan kedudukan asalnya.

Objek yang stabil tidak mudah jatuh. Ia akan kembali ke kedudukan asalnya apabila dicondong dan dilepaskan.

Titik keseimbangan sesuatu objek ialah titik berat keseluruhan objek itu bertindak untuk mengekalkan keseimbangan. Pusat graviti sesuatu objek ialah titik keseimbangan objek itu. Pada titik ini

a) objek itu disokong dalam keadaan yang seimbang b) berat objek tertumpu secara keseluruhan pada titik itu Kedudukan pusat graviti bergantung kepada objek bentuk objek itu.

Faktor-faktor yang mempengaruhi kestabilan sesuatu objek ialah :-

a) Kedudukan pusat graviti - Semakin rendah pusat graviti sesuatu objek, semakin tersebut. stabil objek

b) Luas tapak objek - Semakin luas tapak sesuatu objek, semakin stabil objek tersebut.

Manusia boleh menambah kestabilannya dengan berkaki

kangkang.

a) Seorang bayi merangkak dengan kaki untuk menambahkan luas tapaknya. b) Seorang ahli gusti sumo mengkangkangkan kaki untuk menambahkan luas tapaknya supaya dia tidak mudah dijatuhkan oleh lawanya. c) Seorang pengangkat berat mengkangkangkan kaki untuk merendahkan pusat gravitinya, lalu meningkatkan kestabilan badan.

Haiwan yang berkaki empat biasanya mempunyai luas tapak yang besar da postur badan yang rendah untuk meningkatkan kestabilannya.

a) Seekor buaya mempunyai kaki yang pendek dan menganjur keluar dari tepi untuk menambahkan kestabilan badannya ketika bergerak. b) Haiwan yang berbadan tinggi , sebagai contoh zirafah mengkangkangkan kakinya untuk mengekalkan kestabilan badan ketika meminum air. c) Seekor unta merendahkan badannya ketika menaikkan atau menurunkan beban dari badannya untuk menambah kestabilan.

Struktur objek penting untuk menentukan kestabilannya.

a) Kereta lumba direka supaya badannya mempunyai pusat graviti yang rendah untuk meningkatkan kestabilan. b) Roda roda dipasang pada basikal kanak-kanak dan

motosikal orang kelainan upaya untuk meningkatkan kestabilan. c) Peralatan seperti kipas, lampu meja dan almari

mempunyai luas tapak yang besar supaya lebih stabil.

Tuas ialah sejenis mesin ringkas yang boleh memudahkan kerja kita. Tuas ialah sebatang rod tegar yang berputar pada satu titik tetap yang dipanggil FULCRUM ( F ) apabila suatu daya ( D ) dikenakan untuk mengatasi suatu daya bertentangan dengan yang dikenali sebagai beban ( B ).

BEBAN

TUAS KELAS PERTAMA

Beban

Daya

Fulcrum
TUAS KELAS KEDUA

Beban

Fulcrum

Daya

TUAS KELAS KETIGA

Beban

Daya Fulcrum

TUAS KELAS PERTAMA

TUAS KELAS KEDUA

TUAS KELAS KETIGA

Ketika daya dikenakan pada sesuatu objek, daya itu boleh memutarkan onjek itu pada fulkrumnya. Kesan pemutaran ini dikenali sebagai momen daya. FORMULA Momen daya = Jarak serenjang dari fulkrum ke daya x Daya

Dalam sebuah tuas, momen yang dihasilkan oleh daya dan beban adalah berlawanan. Momen momen yang seimbang dan mempunyai hubungan yang berikut :Beban x Jarak beban dari fulkrum = Daya x Jarak daya dari fulkrum

Pelbagai jenis mesin membolehkan manusia melakukan kerja dengan lebih mudah dan cekap. Kehidupan manusia tanpa mesin :-

a) Daya produktiviti merosot kerana kerja yang sukar memerlukan masa yang lebih lama untuk disiapkan. b) Kualiti kerja terjejas kerana kerja yang dilakukan dengan tenaga manusia adalah tidak konsisten dan kurang jitu. Kita harus menghargai inovasi rekaan mesin yang telah banyak memberi manfaat kepada manusia.

You might also like