You are on page 1of 22

PRA SEJARAH

Lukisan awal telah ditemui di dinding-dinding gua yang dihasilkan oleh manusia purba. Lukisan tersebut berkisar tentang aktiviti kehidupan seharian seperti perburuan dan pengembaraan. Di Malaysia, lukisan gua telah dijumpai di Gua Tambun di Perak, Gua Niah di Sarawak dan Gua Balambangan di Sabah.

Kebanyakan karya lukisan di dinding gua menggunakan gaya yang sama, iaitu imej binatang digambarkan dengan pelbagai kualiti garisan ringkas dengan komposisi yang hampir sama, iaitu memanjang dan berkumpulan serta menggambarkan pelbagai binatang yang mungkin menjadi hasil buruan untuk makanan mereka pada zaman dahulu.

Di Gua Niah, Sarawak, terdapat bukti-bukti wujudnya penempatan manusia tertua di Malaysia yang berusia 40,000 tahun dahulu.
Salah satu bukti yang terkenal ialah lukisan dinding sepanjang 200 kaki di Gua Kain Hitam dekat Gua Niah, Sarawak.

Lukisan dinding yang berlukis tebal dan menggambarkan sebuah bot panjang dan susunan manusia yang menari.

Selain itu, di Gua Tambun, Perak juga ditemukan lukisan-lukisan purba. Ukiran-ukiran yang terdapat di dalam sebuah gua di Tambun, Perak yang dianggarkan dilukis pada tahun 3000 SM.

Di Indonesia, lukisan gua merupakan suatu hasil kebudayaan yang berkembang pada masa berburu.

Lukisan gua merupakan sebuah bukti sejarah kemampuan manusia pada zaman prasejarah mampu mencurahkan ekspresinya kedalam sebuah lukisan.

Analisis Kokasih (1983) :


Lukisan itu dibuat ketika kehidupan manusia sudah menetap kerana ketika manusia prasejarah masih nomad (berpindah-pindah tempat), keselamatan tidak terjamin.

Lukisan Anoa pada dinding Gua Sumpangbita

Lukisan ikan pada dinding gua

Lukisan tangan pada dinding gua. Bentuk dan coraknya bervariasi - ada yang memperlihatkan hanya telapak tangan, telapak tangan sampai siku.

Di Maluku penemu lukisan dinding gua adalah J. Roder pada tahun 1937. Roder menemukan lukisan gua sebanyak 100 buah di Pulau Seram, pada dinding karang di atas Sungai Tala. Lukisan yang ditemukan berupa gambargambar rusa, burung, manusia, perahu, lambang matahari, dan mata.

Gambar-gambar pada umumnya dibuat garis luarnya saja, tetapi untuk gambar yang menyerupai manusia terisi sepenuhnya dengan cat merah.
Lukisan-lukisan terdiri dari cap-cap tangan berlatar belakang merah, topeng, atau wajah manusia dan lain-lain

Orang yang mencatat lukisan prasejarah pertama kali di Papua : Johannes Keyts, 1678.
Sebuah tebing karang di tepi teluk Speelman yang dipenuhi oleh tengkorak, sebuah patung manusia, dan berbagai lukisan pada dinding gua tersebut dengan warna merah.

Penggambaran yang terdapat dalam lukisan ini : sebuah bukti adanya kehidupan manusia pada masa itu yang sudah memiliki kemampuan seni dan pemikiran tentang simbol-simbol kehidupan.
Manusia prasejarah mengabadikan kehidupannya dalam sebuah lukisan gua.

Pola lukisan gua yang dominan adalah cap tangan. Pola lain: tapir, babi, rusa, tumbuh-tumbuhan, bentuk geometrik, serta manusia yang berperanan sebagai pemburu dan penari.

Artifak bermaksud barang-barang buatan manusia ( terutama alat perkakas dan senjata)
Tempoh prasejarah negara Malaysia bermula daripada kesan-kesan terawal penempatan manusia yang diketahui iaitu di sekitar 40 ribu tahun dahulu dan berlanjutan sehingga terbentuknya Kesultanan Melaka di sekitar tahun 1400

Faktor cuaca banyak memberi kesan pada artifak-artifak prasejarah termasuk barangan tembikar tanah dan perkakas-perkakas yang diperbuat daripada batu dan besi.

Kebanyakan artifak, termasuk kawasan perkuburan, telah ditemui di ruang yang terlindung di dalam gua-gua. Cara hidup berburu dan mengumpul makanan telah berubah berikutan dengan penemuan kaedah bagi menghasilkan perkakas batu yang digilap dan barangan tembikar tanah.

Kehidupan di Zaman Logam juga dapat dilihat melalui pelbagai barangan yang diperbuat daripada besi seperti sebuah alat berbentuk batang yang panjang yang dikenali dalam kalangan orang Melayu sebagai tulang mawas dan hanya ditemui di Semenanjung Malaysia.

You might also like