You are on page 1of 5

KISAH INI BERMULA di Taman Firdausi, sebuah taman di Sepanyol yang menjadi tempat

Isabella dan sahabat-sahabatnya berbincang. Isabella merupakan anak kepada salah seorang
paderi terkemuka di Cordova. Usianya baru sahaja mencecah tujuh belas tahun namun
kepetahan dan ke mengatasi sahabat-sahabatnya yang sebaya dengannya. Dibesarkan dalam
keluarga yang berpegang teguh pada agama Kristian, bapa Isabella berhasrat agar anaknya
mengikut jejak langkah Marie, ibu al-Masih yang mengabdikan dirinya kepada Jesus.

Pada suatu hari, ketika Isabella sedang berbincang bersama sahabat-sahabatnya,


mereka terdengar suara orang berbual. Perbualan itu seolah-olah mempersendakan agama
Kristian. Isabella lantas memasang telinga untuk mendengar perbualan tersebut.

“...baru dengan satu bantahan sahaja, paderi-paderi itu sudah heboh sedemikian rupa.
Bagaimana pula dengan kepercayaan Kristian yang lain. Mereka sungguh menggelikan hati.”
Kata satu suara.

“Betul kata kau, Umar,” Ujar satu suara lain. “Masakan patut dosa yang dilakukan oleh
Adam dan anak cucunya terpaksa dipikul oleh Tuhan. Dan disebabkan itu, dia terpaksa disalib.
Bukankah hal ini sudah melampaui batas dengan menjadikan ‘Tuhan’ itu seorang yang lemah
dan tidak berdaya?” Sambung suara itu lagi.

“Kalau benar orang Kristian mempunyai jawapan terhadap semua soalan itu, silalah
tampil ke hadapan dan jelaskan padaku.” Cabar suara pertama tadi.

Merah padam muka Isabella dan sahabat-sahabatnya menahan geram. Hati mereka
sudah meradang mendengar orang mempermain-mainkan dan memperolokkan agama Kristian.

“Ini tidak patut berlaku.” Kata Isabella. “Kalau perkara ini terus dibiarkan, orang Islam ini
akan mencari pengaruhnya pula. Kita mesti melakukan sesuatu untuk menyangkal dakwaan
mereka itu dan melakukan apa sahaja untuk meyakinkan mereka.”

Isabella terus sahaja menulis surat kepada lelaki yang dikenalinya sebagai Umar Lahmi
dan sahabatnya, Maaz. Akhirnya mereka membuat keputusan untuk mempertemukan paderi-
paderi Kristian dengan para ulama dan cendekiawan Islam bagi membincangkan kebenaran
anutan masing-masing.

Pertemuan pertama tidak memberikan apa-apa kesan. Malahan menimbulkan


kekecewaan di lubuk hati kedua-dua belah pihak. Pihak paderi tidak dapat memberikan jawapan
yang bernas bagi menjawab soalan saudara Umar Lahmi dan meyakinkannya mengenai St. Paul
yang menganggap hukum-hukum agama itu sebagai kutukan. Situasi tersebut benar-benar
mengecewakan Isabella untuk menundukkan pemuda-pemuda Islam tersebut. Perbicaraan
akhirnya ditangguhkan kepada hari Isnin di Gereja Besar Cordova.

Hadirin memenuhi ruang dewan untuk mendengar hujah daripada kedua-dua belah
pihak. Umar Lahmi memulakan langkah dengan mengajukan soalannya. “Tuan-tuan, kami telah
diberitahu bahawa prinsip asas agama Kristian ialah ketuhanan Christ atau Nabi Isa dan
penebusan dosa. Jadi, saya ingin ajukan satu pertanyaan yang boleh menghuraikan masalah
ketuhanan Christ itu. Apakah keperluan khusus yang menyebabkan ‘putera Tuhan’ membuat
pengorbanan bagi penebusan dosa? Bukankah orang alim yang lain juga boleh dipilih sebagai
tebusan bagi semua orang berdosa? Tetapi, mengapa secara istimewanya ‘putera Tuhan’ yang
disalib?

Para paderi mula berbisik sesama sendiri. Sejurus kemudian, mereka memilih Paderi
Peter untuk menjawab pertanyaan tersebut. Namun, orang yang dipilih dalam kebingungan.
Akhirnya dia berdiri juga dan bercakap dengan lidah terketar-ketar.
“Untuk menebus dosa, ‘putera Tuhan’ diperlukan. Hal ini kerana orang lain termasuk nabi
dan rasul penuh dengan dosa. Dan orang yang ada dosa tidak dapat menebus dosa orang lain.
‘Tuhan’ Jesus Christlah satu-satunya putera Tuhan dan bebas daripada dosa. Maka dia harus
dikorbankan untuk kepentingan orang-orang yang berdosa.”

“Baiklah. Cuba terangkan apa yang disalib? Apakah ketuhanan yang disalib untuk
menebus dosa? Ataupun kemanusiaan yang ada pada Christ? Jika ketuhanan Christ itu yang
disalib, bererti tuhan yang tunggal tanpa sekutu itu memikul beban penyaliban. Dan kematian
datang ke atas tuhan yakni tuhan sudah mati.

“Tetapi, kalau kemanusiaan yang ada dalam diri Christ yang disalib, jawapan tuan sudah
kehilangan kekuatan. Kerana kalau begitu halnya maka manusia yang patut disalib, bukan tuhan
kerana kedua-duanya menunjukkan kemanusiaan di dalam diri Christ yang dikorbankan bukan
ketuhanannya.”

“Sudah tentu,” jawab Paderi Peter. “Tuhan Jesus merupakan ketuhanan yang sempurna
dan kemanusiaan seperti juga ketuhanannya, bebas daripada dosa. Oleh itu, pengorbanan amat
diperlukan untuk tujuan penebusan dosa.”

“Itulah,” balas Umar Lahmi. “Kerana tiada manusia di dunia ini yang bebas daripada
dosa, maka ‘tuhan’ sendiri yang terpaksa turun ke dunia dan ketuhanannya tak disalib sebaliknya
kemanusiaannya. Andaikata seorang manusia yang bebas daripada dosa diperlukan untuk
menebus dosa, mengapa ‘tuhan’ tidak ciptakan seorang manusia yang bersih daripada dosa
sehingga tidak payah ‘tuhan’ sendiri mati di atas tiang salib kerana menebus dosa?”

Paderi Peter serba salah. Dia cuba melepaskan diri dengan menjawab, “Misteri tuhan
hanya diketahui oleh tuhan sahaja.” Jelaslah pihak paderi tidak mampu memberi jawapan yang
bernas. Tetapi mereka tidak pula mahu menyerah kalah. Sebaliknya mereka telah menghina
Islam dan Rasulullah s.a.w.. Tiba-tiba kedengaran Umar Lahmi membaca ayat suci al-Quran
daripada surah Maryam. Suaranya yang nyaring dan merdu itu memukau sekalian yang hadir.
Masing-masing terdiam mendengar bacaan ganjil daripada yang biasa didengari di gereja. Para
paderi bingung lalu menutup telinga mereka dengan hujung jari kerana khuatir ayat-ayat al-Quran
itu akan menembus masuk ke dalam hati dan perasaan mereka.

Sebahagian daripada penganut Kristian di situ yang faham sedikit bahasa Arab, terharu
mendengar puji-pujian nabi Isa dan ibunya yang bertahan terhadap tohmahan orang Yahudi ke
atas mereka. Wajah Isabella tiba-tiba berubah. Kulit mukanya yang putih bersih kalihatan
kemerah-merahan.

Lantaran terlalu khusyuk mendengar alunan ayat-ayat suci yang dibacakan oleh Umar
Lahmi, Isabella telah terjatuh dari kerusinya. Para hadirin menjadi gempar.catherin, sahabat
Isabella lantas membantunya dan memberi isyarat kepada paderi Peter supaya meneruskan
perbincangan tersebut dan jangan menghiraukan mereka. Walau bagaimanapun, sebahagian
daripada pederi mula mencurigai Isabella.

Dalam kalangan hadirin yang menghadiri perbincangan tersebut, Isabella adalah orang
yang paling berminat. Perbincangan kali ketiga diadakan di rumah ketua paderi iaitu ayah
Isabella sendiri. Perbincangan kali ini berkisarkan ‘Kasih Tuhan’. Masing-masing saling
mengeluarkan hujah menurut pandangan agama masing-masing.

Umar Lahmi telah memetik beberapa potong ayat suci Al-Quran dan juga ayat-ayat
daripada kitab Injil sendiri dengan setepat mungkin. Hujah-hujah Umar Lahmi yang lancar dan
bernas telah menyebabkan ketua paderi itu tidak dapat menjawab persoalan-persoalan yang
dikemukakan olehnya. Sebaliknya, dia telah memutarbelitkan kata-katanya supaya para hadirin
memberi perhatian kepadanya. Namun jawapan itu akhirnya telah menjerat dirinya sendiri.

Lantaran malu dengan keadaan itu, dia menengking Umar Lahmi lantas meninggalkan
majlis itu dan terus masuk ke dalam biliknya. Para hadirin saling memandang antara satu sama
lain lantaran tidak percaya dengan apa yang telah mereka saksikan. Isabella yang selama ini
memandang hebat pada bapanya seakan-akan tidak percaya dengan tindakan bapanya itu.
Kepercayaannya terhadap bapanya sekaligus lenyap sama sekali. Tidak menyangka bahawa
bapanya akan bertindak sebegitu rupa sedangkan sebelum ini dia begitu yakin bahawa bapanya
akan dapat mengalahkan mereka.

Sejak dari itu, Isabella mulai renggang dengan kawan-kawannya. Dia telah
menghabiskan masanya dengan membuat perbandingan antara dua agama tersebut.
Bermacam-macam persoalan yang bersangkut dengan tauhid, kerasulan, kitab suci Al-Quran,
salam, penebuasan dosa, pengantaraan, erti dosa, tindakan manusia dan akibatnya berlegar-
legar dalam cepu fikirannya.

Setelah sebulan berlalu, Isabella seringkali pergi menemui Umar Lahmi secara sembunyi
untuk mendapatkan penerangan lebih lanjut mengenai masalah-masalah yang dihadapinya.
Sejak itu, keyakinannya terhadap Kristian telah luntur dan dia mengakui Islam itu benar serta
yakin bahawa Allah itu Esa dan bukan dua atau tiga serta tidak beranak dan diperanakkan.

Setelah mengharungi pelbagai rintangan, Isabella akhirnya memeluk Islam di dalam satu
majlis yang dihadiri umat Islam di Cordova. Setelah selesai majlis mengislamkan Isabella, Ziad
bin Umar berkata kepadanya, “Anakku, kini kamu telah rasmi menjadi umat Muhammad,
penganut Islam maka sebagai wanita Islam tutuplah kepalamu. Menurut ajaran-ajaran Islam
wanita-wanitanya mesti selalu menutup wajahnya setiap waktu dan kemudian kamu mesti
mengerjakan solat lima kali sehari yang diwajibkan ke atasmu. Kamu tidak boleh
meninggalkannya walau bagaimanapun keadaanmu kerana ia adalah pintu kebahagiaan.

Rakan-rakan Isabella yang turut serta dalam majlis itu terpaku dan takjub dengan
perhimpunan itu yang dirasakan berlainan sekali daripada agama mereka sebelum ini. Setelah
lama di situ Isabella meminta diri untuk pulang. Ziad bin Umar dan semua hadirin yang hadir
mengucapkan selamat jalan kepada Isabella dan kawan-kawannya dan mereka berdoa agar dia
sentiasa di dalam perlindungan Allah.

***********

“Syaitan! Isi neraka! Otak Iblis! Tak berguna! Sial!” Paderi itu melenting bangun dan
membeliakkan matanya kepada Isabella. “Kau panggil aku Yahudi? Kau diam, Tunggulah
kematianmu.”

“Memang baik begitu kalau tuan juga diam dan biarkan saya sendirian. Tuan boleh buat
apa yang tuan suka,” kata Isabella.

Merah padam muka paderi itu lalu dia mengarah kepada pengawal-pengawal, “Kurung
perempuan ini di ruang bawah tanah itu. Jangan beri dia makan atau minum. Bapanya telah
mengarahkan supaya dia diserahkan kepada inquisisi dan nasibnya akan ditentukan esok.”

Mendengar perintah itu, rahib-rahib itu menangkap tangan Isabella dan dengan kasar.
Mereka memukul dan membawanya keluar dari bilik itu. Di luar bilik, mereka semakin galak
memukulnya sehingga menyebabkan Isabella jatuh terjelepuk ke atas lantai. Dia ditarik dan
didorong sehingga ke ruang bawah tanah lalu menguncinya di dalam.
Semasa dalam kurungan, tidak sekalipun Isabella dibawa keluar. Tetapi dia sangat
gembira dan merasa begitu selesa seolah-olah para malaikat datang menolongnya supaya dia
tetap kuat dan tabah. Sekalipun di kala malam, ketika suasana menjadi sepi dan tengkorak serta
tulang-belulang manusia menjadi pemandangan yang menakutkan, tetapi dengan ketenangan
hati yang diperolahnya Isabella tidak merasa takut.

***********

Berita kehilangan Isabella telah diketahui oleh Mirano setelah dikhabarkan oleh
pembantu rumahnya yang telah diperguna oleh komplot paderi-paderi untuk menculik Isabella
dari rumahnya. Mirano segera menghubungi Martha, Hanana, dan Catherine. Setelah
mengetahui Isabella dikurung dan diseksa di bawah kolong di sebuah rumah yang menjadi
gereja, tidak jauh dari Rabat Ramani, keempat orang gadis tersebut lantas menghubungi Umar
Lahmi dan Ziad bin Umar. Mereka bermuafakat dan mencari jalan untuk membebaskan Isabella.
Akhirnya Isabella berjaya dikeluarkan daripada inquisisi itu.

Semua umat Islam berasa gembira dan mengucapkan syukur ke hadrat Allah swt.
Setelah Isabella bebas daripada tahanan, rakan-rakannya yang lain turut memeluk agama Islam.
Isabella telah menulis sepucuk surat terbuka kepada bapanya dan paderi-paderi Kristian yang
lain, menceritakan keadaan dirinya dan nikmat Islam yang dikecapinya. Dalam surat itu, Isabella
menyeru orang-orang Kristian agar memeluk Islam kerana Islamlah satu-satunya agama yang
benar di dunia ini. Surat itu merupakan satu pukulan yang besar kepada bapanya.

Setelah empat tahun berlalu, Isabella dan rakan-rakannya telah dapat menguasai
bahasa Arab dengan baik dan pengetahuan mereka tentang agama Islam juga semakin dalam.
Isabella juga menjadi tempat tumpuan kaum wanita di bandar Cordova. Dia menjadi wanita
berhemah tinggi dan diberi gelaran muhaddith oleh seorang ahli Hadis yang ulung di Cordova.
Seluruh hidupnya telah dihabiskan untuk beramal soleh dan mengabdikan dirinya kepada Allah
Rabbul ‘Alamin.

Suatu hari, seorang wanita Kristian telah mendakwa dirinya hebat dan bermukjizat telah
mencabar Isabella supaya berbahas dengannya di khalayak ramai. Dengan bangganya dia
berjanji akan membawa Isabella kembali kepada agama Kristian. Isabella dengan rendah dirinya
menerima permintaan itu.

Perbahasan berkisar mengenai kehidupan nabi masing-masing. Wanita itu telah


mempertikai kehidupan Rasulullah s.a.w. dengan mengatakan bahawa Baginda seorang yang
kuat nafsu kerana mengahwini sebelas orang wanita. Dia juga mengatakan Baginda s.a.w.
seorang yang suka menumpahkan darah. Sebaliknya, Nabi Isa ialah contoh kehidupan rohani
yang tinggi. Isabella menjawab dengan tenang, “Saya bersetuju bahawa Jesus Christ itu boleh
diambil sebagai contoh kehidupan rohaniah. Akan tetapi, anda jangan lupa bahawa rohani dan
jasmani tidak boleh dipisahkan dalam kehidupan manusia. Tidak dinafikan bahawa kehidupan
Nabi Musa a.s. itu kehidupan terhormat dan Jesus Christ itu kehidupan yang aggun, tetapi Nabi
Muhammad s.a.w. ialah kehidupan yang penuh kesempurnaan. Kehidupan baginda dipenuhi
dengan ibadah. Bagindalah contoh manusia yang terbaik yang patut diteladani.

Nabi Muhammad s.a.w. juga seorang pengembala kambing di masa kecilnya. Setelah
dewasa baginda berdagang hingga ke Syria, kemudian berkahwin. Setelah itu baginda sering
memencilkan diri di Gua Hira’ sehingga diangkat menjadi Rasul. Baginda berdakwah dari Makkah
hingga ke Madinah, melalui pelbagai rintangan dalam perjuangan. Baginda juga memberi
nasihat, mengatur saf-saf tentera, menetapkan undang-undang, memerintah negara, mengajar
dan mendidik anak, menyelesaikan perselisihan kaum bahkan kehidupan berkeluarga Baginda
juga menjadi contoh seperti perkahwinan dan perceraian.
Sekalipun dijamin syurga kepada Baginda kelak, Baginda tetap juga beribadah pada
waktu malamnya sehingga bengkak kaki Baginda sebagai tanda syukur kepada Allah.
Bagindalah contoh kehidupan rohani dan jasmani untuk semua umat manusia. Baginda juga
seorang yang pemaaf di kala berkuasa, seorang yang benar dalam segala perkara dan tidak
berlebih-lebihan dalam setiap perbuatan. Dalam diri Baginda terhimpun segala tatasusila
kehidupan rohaniah dan jasmaniah manusia yang anggun dan agung.

Seluruh hadirin yang hadir terdiam kaku kerana begitu terpesona dengan hujah-hujah
Isabella yang lancar dan teratur termasuklah wanita Kristian yang mengaku mempunyai mukjizat
itu. Walaupun Isabella tidak menjawab tuduhan wanita Kristian itu secara terang-terangan,
hujahnya yang begitu kemas telah cukup untuk menambat hati para pendengar dan
membuktikan kecintaannya yang mendalam terhadap agama Islam dan Rasulullah s.a.w..
setelah mendapati wanita Kristian itu telah kehairanan yang amat, Isabella pun meminta maaf
serta mengucapkan selamat tinggal lalu meninggalkan tempat itu.

Selepas peristiwa itu, sebahagian besar daripada wanita Kristian yang hadir telah
memeluk Islam dengan rela hati. beberapa tahun kemudian, wanita Kristian itu juga telah
menerima Islam dan diislamkan oleh Isabella sendiri.

Begitulah kehidupan suka duka yang telah diharungi Isabella. Kebijaksanaan dan
kepetahannya bercakap telah berjaya menutup mulut orang-orang Kristian. Ribuan uamt Islam
telah mendapat didikan daripadanya. Sesampai usianya 80 tahun, dia telah pergi menemui
kekasih yang dirinduinya selama ini. Pemergiannya merupakan satu kehilangan yang besar bagi
penduduk Islam. Beribu-ribu orang telah mengiringi jenazahnya ke tempat persemadian. Masing-
masing memanjatkan doa ke hadrat Ilahi agar menempatkan rohnya bersama orang-orang yang
soleh.

You might also like