You are on page 1of 57

KAEDAH VIDEO KARTUN KITA DALAM MENINGKATKAN PENGUASAAN KONSEP SAINS DAN MINAT DALAM PENGAJARAN SAINS TAHUN

5 TOPIK MIKROORGANISMA

SYLVESTER JONNY

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian Sains Pendidikan Rendah

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TAWAU, SABAH

JANUARI 2014

PENGESAHAN PENYELIA

Saya akui bahawa saya telah membaca laporan penyelidikan ini dan pada pandangan saya karya ini telah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian Sains Pendidikan Rendah

Tandatangan Nama penyelia Tarikh

: .. : PUAN LINA THOMAS @ TUPANG : ........................................................

PENGAKUAN

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan Nama Penulis Tarikh

: .............. : SYLVESTER JONNY : ...............

ii

DEDIKASI

Untuk ayah dan ibu tersayang, En. Jonny Ak George dan Puan Suta Mahani, Kepada kakak yang kukasihi Dianna Johnny,

Buat pensyarah penyelia, Puan Lina Thomas,

Saudara-mara serta sahabat handai,

Dan Anak-anak murid yang kusayangi.

Terima kasih kerana menjadi sumber inspirasi

iii

PENGHARGAAN
Ucapan syukur dan terima kasih yang tak terhingga kepada Tuhan kerana sentiasa memberi saya semangat, kekuatan, kesihatan mental dan fizikal sehingga kertas cadangan ini berjaya dihasilkan. Terima kasih juga kepada Kementerian Pelajaran Malaysia kerana memberi saya peluang untuk terus menimba ilmu di IPG Kampus Tawau, Sabah, untuk dijadikan pegangan sebagai seorang bakal pendidik bangsa.

Saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada penyelia kajian tindakan ini, Puan Lina Thomas kerana telah memberikan bimbingan dan tunjuk ajar tanpa mengenal letih lesu kepada saya. Ucapan terima kasih saya ucapkan tidak terhingga kepada kedua ibu bapa saya kerana telah memberi banyak sokongan dalam apa jua aspek sekalipun.

Tidak lupa juga, saya ingin memberikan penghargaan kepada rakan-rakan seperjuangan PISMP Sains Ambilan Januari 2011 kerana selalu memberi nasihat, dorongan, motivasi dan bimbingan dalam kajian ini.

Akhir sekali, ucapan terima kasij ditujukan kepada semua insan yang telah terlibat, khasnya bekas-bekas murid kerana telah memberi saya banyak inspirasi untuk menghasilkan kertas cadangan ini.

iv

ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kesan kaedah Video Kartun Kita terhadap peningkatan penguasaan dan minat murid dalam mempelajari konsep sains bagi topik mikroorganisma Tahun 5. Model kajian yang digunakan adalah model Lewin (1946). Responden kajian terdiri daripada murid tahun 5 di salah sebuah sekolah rendah di daerah Tawau, Sabah. Instrumen yang digunakan dalam pengumpulan data penguasaan murid adalah ujian pra pasca dan analisis dokumen dianalisis secara kodifikasi berdasarkan tema taksonomi Bloom. Manakala data soal selidik dianalisis dalam bentuk kekerapan, peratus dan min. Diharapkan bahawa kaedah Video Kartun Kita dapat meningkatkan penguasaan dan minat murid terhadap subjek sains dalam topik mikroorganisma dan seterusnya menyumbang kepada kemajuan dalam bidang pendidikan.

ABTRACT This study about the effect of Video Kartun Kita method on pupils competency and interest in learning science concepts for year 5 topic microorganism. This research will utilize the Lewin (1946) Model. The respondents consist of primary 5 students at an elementary school in the district of Tawau, Sabah. The instruments that will be utilize are pre-post-test and analysis document to collect pupils competency and interest data based on the Bloom taxonomy theme. The questionnaire will be analyze in frequency, percentage and mean. Hopefully Video Kartun Kita can improve the pupils competency and interest towards science subject in the topic microorganism, in order to contribute to the advancement in the field of education,

vi

KANDUNGAN

Muka Surat PENGESAHAN PENYELIA PENGAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN i ii iii iv v vi vii-ix x x xi

1.0

PENDAHULUAN 1.1 1.2 1.3 Pengenalan Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Refleksi Nilai Pendidikan

1 1-2 3 4-5

2.0

FOKUS KAJIAN 2.1 2.2 2.3 Pengenalan Isu kajian dan Penyataan Masalah Kajian Tinjauan Literatur dan Kajian Lalu Berkaitan dengan Isu Kajian

5 5 5-7

7-11

vii

3.0

OBJEKTIF KAJIAN DAN PERSOALAN KAJIAN 3.1 3.2 3.3 3.4 Pengenalan Tujuan Kajian Objektif Kajian Persoalan Kajian

12 12 12 12 12

4.0

METODOLOGI KAJIAN 4.1 4.2 4.3 4.4 4.5 4.6 Pengenalan Kumpulan Sasaran Kajian Reka Bentuk Kajian Pelan Tindakan dan Pelaksanaan Pelan Tindakan Kaedah Pengumpulan Data Kajian Cara Menganalisis Data Kajian

13 13 13-14 14-18 18-20 21-22 23 22

5.0

REFLEKSI 5.1 5.2 Pengenalan Refleksi terjemahan pengalaman semasa dalam penyediaan kertas cadangan penyelidikan Refleksi terjemahan amalan pedagogi yang akan dilaksanakan dalam kajian SENARAI RUJUKAN LAMPIRAN-LAMPIRAN LAMPIRAN 1: Ujian Pra LAMPIRAN 2: Ujian Pasca LAMPIRAN 3: Contoh Lembaran Kerja (Analisis Dokumen) LAMPIRAN 4: Borang Soal Selidik

24 24 24-28

5.3

29-30

viii

SENARAI JADUAL Jadual Surat 4.2 4.3 4.4 4.6 Gred Markah Peperiksaan UPSR Intervensi Bagi Sub-topik Mikroorganisma Jadual Pelaksanaan Mengikut Carta Gantt Kod dan Sub-tema Bagi Taksonomi Bloom 14 17 19 23 Muka

ix

SENARAI RAJAH Jadual 4.3 Carta Alir Pelaksanaan Kajian Tindakan Mengikut Model Kurt Lewin 1946 Muka Surat 15

1.0 PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN


Pendidikan merupakan suatu usaha yang berterusan yang sentiasa disemai dalam diri manusia secara sedar mahupun tidak. Melalui ini manusia akan sentiasa membangun dan mencuba mengembangkan potensi diri dalam pelbagai aspek yang diminati dan diperlukan dalam era globalisasi. Antara aspek yang penting dalam menempuhi ombak globalisasi ini adalah ilmu dan kemahiran yang mencukupi dalam persada minda seseorang manusia. Pendidikan subjek sains khasnya perlu disemai bagi memantapkan pemikiran logik dan pengetahuan tentang alam yang amat berguna dalam kehidupan seharian dan masa depan. Oleh itu, pendidikan di sekolah memberi sumbangan yang amat besar dalam pemantapan modal insan tersebut.

Menurut Newsweek 2010, Malaysia mendapat kedudukan ke-37 senarai Negara Terbaik Dunia dari segi penyediaan ekonomi, politik, pendidikan, kesihatan dan kualiti kehidupan. Jika dilihat secara keseluruhan Malaysia menunjukkan kedudukan yang agak cemerlang berbanding negara-negara jiran di Asia tenggara. Namun begitu, keputusan Program Penilaian Antara bangsa Pelajar (PISA) menunjukkan Malaysia menduduki tangga kedua tercorot di Asia Tenggara termasuk di belakang Vietnam, berdasarkan penguasaan pelajar dalam subjek sains dan matematik. Ini menunjukkan masih banyak ruang yang boleh diperbaiki jika ingin menghasilkan produk generasi yang mampu bersaing di persada dunia.

Negara Malaysia merupakan negara yang sedang membangun dengan pesat dalam semua aspek terutamanya dari segi teknologi. Pelbagai kemudahan ini telah banyak membantu dalam pembangunan ini

terutamanya daripada aspek pendidikan. Antaranya adalah penggunaan komputer, Internet, media sosial dan sebagainya. Teknologi komputer ciptaan Howard telah membuka ruang yang lebih luas dalam pendidikan berbanding ciptaaan kertas oleh Cai Lun ketika tamadun China dahulu. Kebolehan kemudahan tersebut adalah tidak terbatas hanya dikekang oleh keupayaan manusia berfikir. Persembahan multimedia yang pelbagai boleh menarik minat penggunanya dari semua peringkat usia dan jantina. Multimedia yang sering digunakan dalam pendidikan dalam bilik darjah menggunakan kemudahan ini adalah dari segi visual dan audio. Bagi menarik minat golongan yang lebih muda animasi kartun lebih baik digunakan berbanding video biasa. Golongan yang lebih muda terutamanya murid-murid di sekolah mempunyai imaginasi dan semangat inkuiri yang amat tinggi. Persembahan video biasa tidak mampu memuaskan keinginan murid yang mengimpikan lebih dari yang biasa. Kanak-kanak menginginkan gambar pergerakan yang pantas dan bewarna-warni seperti kartun. Melalui animasi kartun lebih banyak pengalaman, proses dan langkah-langkah yang boleh ditunjukkan yang hanya dikekang oleh kreativiti penciptanya sendiri. Animasi biasa hanya mampu menarik minat murid terhadap proses pengajaran dan pembelajaran tanpa memberi pengalaman yang mendalam sepanjang proses tersebut. Melalui animasi yang mengambil kira idea murid dan struktur muka murid diharapkan mampu memberi pengalaman yang baru dalam bilik darjah.

1.2 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu Profesion perguruan mempunyai pelbagai cabaran dan dugaan seperti yang dialami oleh pengkaji sendiri. Setelah menjalankan praktikal pertama dan kedua di sekolah, adalah amat sukar bagi pengkaji mendidik murid dengan efektif. Antara masalah yang berlaku adalah murid sukar untuk menguasai apa yang telah diajar oleh pengkaji. Pembelajaran Sains adalah pada aras yang lebih tinggi berbanding dengan Matematik. Hal ini disebabkan Sains memerlukan lebih banyak penggunaan bahasa dalam huraian dan perbincangan tentang, konsep, prosedur, dapatan Sains berbanding Matematik (Isaha et al., 2008). Oleh itu, guru terpaksa mengambil masa yang agak lama bagi membimbing murid membina pemahaman mereka. Selain itu, sesi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan tidak mampu menarik tumpuan murid sepenuhnya hingga menyebabkan beberapa orang murid tercicir daripada landasan pembelajaran yang efektif. Ini

menyebabkan pengkaji terpaksa mengambil masa untuk menasihati dan peneguhan negatif atau positif. Masalah-masalah ini menjurus kepada pembaziran masa pengajaran dan pembelajaran. Akhirnya, isi pembelajaran tidak dapat disalurkan kepada murid secara optimum. Justeru itu, pengkaji perlu mencari intervensi bagi menyelesaikan atau sekurang-kurangnya meminimumkan masalah tersebut pada proses pengajaran dan

pembelajaran yang akan datang.

1.3 Refleksi Nilai Pendidikan Dan bahawasanya tujuan pendidikan adalah untuk membolehkan

masyarakat Malaysia menguasai ilmu, kemahiran dan nilai murni yang diperlukan dalam dunia yang berdaya saing tinggi serta bersifat global, kesan dari perkembangan pesat sains, teknologi dan maklumat Mukadimah Akta Pendidikan 1996

Berdasarkan petikan tersebut jelaslah penguasaan konsep sains mampu menghasilkan generasi yang mampu berdaya saing pada peringkat global adalah amat sukar sekali negara Malaysia pada masa kini, malah prestasi TIMSS (Trends in International Mathematics and Science Study) pada 2007 adalah pada peringkat sederhana berada di tempat 20 daripada 45 negara yang mengambil bahagian dalam kajian tersebut. Bagi melahirkan generasi yang mampu bersaing di persada dunia mereka perlulah mempunyai sikap saintifik dan nilai murni dipupuk sejak di bangku sekolah lagi bagi meningkatkan anak generasi kita di tempat yang teratas dalam kajian prestasi tersebut.

Antara nilai penting yang ingin diterap melalui kajian ini adalah, minat dan bersifat ingin tahu tentang alam sekeliling. Minat terhadap sains adalah penting kerana mempunyai hubungan yang positif ke atas pencapaian sains (Aziz & Lin , 2011). Jika murid tidak mempunyai minat dan ingin tahu akan 4

isi pembelajaran sains yang diterap oleh guru, mereka akan membuat kerjakerja lain seperti bermain dan mengganggu murid lain. Guru terpaksa mengambil masa tersebut untuk menasihati atau menghukum murid tersebut, mengakibatkan banyak masa terbuang untuk menerapkan konsep sains. Kehilangan minat murid terhadap proses pengajaran dan

pembelajaran mungkin disebabkan oleh kelemahan guru itu sendiri. Oleh itu, guru perlulah mencari alternatif lain supaya aktiviti yang dilakukan dapat menarik minat murid untuk menerima ilmu.

Selain itu, murid perlu menyedari bahawa sains merupakan satu daripada cara untuk memahami alam sekeliling mereka (Bahan Pendidikan Kurikulum, 2012) . Melalui ini semangat inkuiri murid akan terus meneroka alam di sekeliling mereka sehingga mereka membina pengalaman dan ilmu yang baru berdasarkan skema yang sedia ada. Secara tidak langsung, hal ini berkait rapat dengan fahaman konstruktivis yang ingin diterapkan oleh pendidikan negara kita melahirkan generasi yang tidak meminta tetapi menghasilkan sendiri pengetahuan mereka.

2.0 FOKUS KAJIAN


2.1 Pengenalan Pada bahagian ini pengkaji akan menerangkan isu dan penyataan masalah yang berlaku ketika praktikal satu dan dua.

2.2 Isu dan Penyataan Masalah Kajian Berdasarkan praktikal satu dan dua, pengkaji mendapati bahawa proses pengajaran dan pembelajaran tidak dapat dijalankan dengan cemerlang akibat daripada beberapa masalah. Antara masalah yang terjadi adalah, murid sukar untuk menguasai konsep yang diajar oleh pengkaji. Ini menyebabkan banyak masa dihabiskan ketika fasa penstrukturan idea sehingga murid mampu menguasai sepenuhnya yang diajar. Akibat masa tidak mencukupi, sukatan pembelajaran yang banyak, pelajar lemah dan bebanan kerja yang banyak, pembelajaran berpusatkan murid sukar dilakukan (Norazilawati et al., 2013). Ini menyebabkan pembelajaran konstruktivisme tidak dapat dilakukan untuk melatih murid menjana idea mereka sendiri. Selain itu, rata-rata murid di dalam kelas telah dikenal pasti memahami isi pembelajaran yang diajar secara pemerhatian dan soalan lisan guru. Namun, analisis lembaran kerja murid menunjukkan yang sebaliknya iaitu tidak semua murid mampu menguasai apa yang diajar dengan cemerlang. Jumlah yang berjaya dalam mencatat penguasaan tinggi berdasarkan lembaran kerja adalah amat sedikit sekali, sebahagian besar murid hanya mampu menjawab soalan aras rendah sahaja. Ini menunjukkan murid tahu, tetapi tidak dapat menguasai sepenuhnya konsep sains yang diajar.

Masalah lain yang sering timbul adalah murid sukar menumpukan sepenuhnya perhatian mereka kepada pengkaji ketika mengajar. Antara faktor kejadian ini timbul mungkin kerana teknik pengawalan kelas pengkaji tidak berjaya, ataupun aktiviti dalam pengajaran dijalankan oleh pengkaji membosankan murid. Faktor lain juga mungkin disebabkan murid juga sering berpendapat bahawa subjek sains amat sukar dan bertindak untuk mengendahkannya menyebabkan mereka tidak berminat untuk terlibat dengan segala aktiviti yang dijalankan (Espinosa, J. M. R, 2005). Apabila perhatian murid teralih daripada guru, mereka akan membuat kerja-kerja seperti bermain dan mengganggu kawan. Aktiviti bermain adalah tidak salah, kerana perlu untuk kanak-kanak membina fizikal, mental, emosi dan hubungan sosial mereka semasa bermain, tetapi perlulah bermain pada masa-masa yang tertentu sahaja. Tambahan lagi, tumpuan sepenuhnya amat diperlukan dalam fasa penstrukturan idea, ini amat penting kerana segala miskonsepsi murid dapat dibaiki atau dielakkan. Menurut Piaget (1946), manusia membina pengetahuan berdasarkan skema yang sedia ada dengan rangsangan dari luar. Jika fasa ini terganggu, pembelajaran pada hari tersebut akan menyebabkan skema baharu tidak terbina atau miskonsepsi mungkin berlaku.

2.3 Tinjauan Literatur Berkaitan dengan Isu Kajian

Menurut

Jean

Piaget

(1946),

kanak-kanak

membina

pengetahuan

berdasarkan interaksi mereka dengan pengalaman mereka. Oleh itu, seorang guru yang ingin memberi input yang berjaya perlu memberikan

pengalaman dan rangsangan yang sesuai. Murid sekolah rendah berusia tujuh hingga dua belas tahun adalah berada dalam peringkat operasi konkrit dalam Teori Perkembangan Kognitif. Tambahan lagi, teori beliau juga mendapati bahawa kanak-kanak pada peringkat ini tidak dapat berfikir secara abstrak.

Oleh itu, sebagai seorang guru, rangsangan deria atau maujud amat diperlukan dalam proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak peringkat ini. Pada mulanya, kanak-kanak bergantung pada persepsi segera seperti rupa bentuk objek secara luaran. Secara perlahan-lahan mereka membentuk skema dalaman bagaimana sesuatu perkara berlaku. Melalui skema ini, kanak-kanak menggunakannya untuk memberi panduan kepada penaakulan daripada mana-mana rangsangan luar yang baru (Piaget, 1964). Kaedah secara tradisional seperti chalk and talk tidak mampu menanam ingatan masa panjang murid kerana aktiviti bersifat statik menjemukan tanpa penglibatan aktif pancaindera mereka. Oleh itu, kaedah yang kreatif dan kritis dalam membentuk skema pemikiran murid adalah amat diperlukan.

Berdasarkan teori ini pengkaji ingin merangsang deria murid melalui bahan bantu mengajar yang berunsur multimedia. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, multimedia ditakrifkan sebagai produk atau program yang melibatkan penggunaan grafik, filem, bunyi, data dan sebagainya untuk menyampaikan maklumat. Pembinaan pelbagai bahan multimedia berunsur grafik sering menjadi keperluan dalam pendidikan sains. Bahan bantu ini 8

memerlukan ICT (Informasi Teknologi komunikasi) untuk beroperasi secara optimum. Bahan multimedia boleh diakses dan digunakan menerusi alat-alat ICT seperti teknologi komputer, internet, telefon pintar dan sebagainya.

Pendek kata hubungan rapat saling memerlukan multimedia dan ICT adalah bagai aur dan tebing. Penggunaan ICT bukan sahaja mampu meningkat pencapaian murid malah, dapat menghasilkan proses

pembelajaran dan pengajaran yang lebih menarik berbanding kaedah tradisional (Azidah et al., 2011). Malah, penggunaan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran juga sangat efektif dalam mengajar konsep sains (Kumar, M. Krishna, 2013). Penggunaan multimedia dengan bijak juga boleh memberikan pengalaman pembelajaran yang pelbagai kepada murid (Anitha, 2012). Di sini kita boleh membuat satu hipotesis bahawa jika ICT dan multimedia digunakan dengan mantap bersama, bayangkan impak tersebut terhadap proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan.

Berdasarkan maklumat ini pengkaji ingin menguji intervensi yang berunsurkan video kartun yang dibuat bersama murid untuk meningkatkan pemahaman dan minat murid. Tambahan lagi, kajian lepas menyarankan bahawa penggunaan bahan multimedia berunsurkan video kartun sebagai bahan bantu belajar mampu mempengaruhi pencapaian dan ingatan serta pemahaman murid terhadap pengajaran dan pembelajaran ke arah yang positif (Mohammad, 2011). Malah, pencapaian murid juga adalah lebih tinggi jika menggunakan kaedah pembelajaran berasaskan modul kartun

berbanding menggunakan buku teks sahaja (Ong et al., 2013). Menurut Yaman (2010) penggunaan bahan berunsur kartun juga dapat memberikan 9

atmosfera yang positif dalam kelas untuk belajar. Malah, jika ilustrasi kartun digabungkan dengan kaedah lain seperti pergerakan dan nyanyian, boleh memupuk sikap murid memberi penglibatan secara aktif dengan sukarela (Suhana, 2012). Menurut Wyk 2012) kartun dapat meningkatkan

pembelajaran konstruktif, koperatif, dan kolaboratif dalam kelas. Tambahan lagi, pengkaji mengambil kaedah ini kerana berdasarkan kajian yang lepas mendapati bahawa kanak-kanak lebih banyak menghabiskan masa dengan media massa yang berunsurkan kartun di televisyen (Whittle, 1997 dalam Ong et al., 2013). Selain itu, kanak-kanak juga lebih menggemari pembelajaran menggunakan bahan kartun adalah digemari oleh murid (Yaman, 2010). Oleh itu pengkaji cuba menerapkan sesuatu yang murid minat ke dalam isi pembelajaran bagi menarik perhatian murid supaya tertumpu sepenuhnya kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian lepas menunjukkan bahawa terdapat hubungan positif antara minat murid dengan pencapaian sains (Aziz & Lin, 2011). Martyn Stewart (2011) mengatakan bahawa pembelajaran adalah proses kompleks yang

melibatkan kognitif mental dan emosi berfaktor daripada sosial dan pandangan individu. Walaupun kaedah berunsur multimedia banyak memberi kesan positif, terdapat juga kajian yang bertentangan dengan dapatan hasil kajian-kajian yang telah dikatakan. Menurut Aksoy (2012), berdasarkan kajian yang dilakukan, beliau mendapati bahawa tidak mempunyai banyak perubahan terhadap pencapaian sampel yang dikaji sebelum dan selepas intervensi yang berunsur multimedia.

10

Berdasarkan kajian-kajian tersebut, pengkaji tergerak hati untuk menguji sejauh manakah bahan multimedia berasaskan video kartun yang dibina sendiri mampu memberi kesan kepada murid sekolah rendah di sebuah sekolah di daerah Tawau. Menurut Yu Aimee Zhang (2012) video kartun yang berkaitan pengajaran adalah amat terhad. Oleh itu, pengkaji mengambil inisiatif untuk membuat kartun sendiri mengambil kira

pandangan mental dan fizikal murid. Melalui pencarian jurnal yang dikumpul dan dianalisis pengkaji, kesan penggunaan video yang dibina dan meletakkan struktur fizikal dan idea murid dalam video kartun masih menjadi persoalan yang belum terjawab. Oleh itu, di sini pengkaji ingin menjawab persoalan adakah dengan melibatkan murid dalam penghasilan video kartun dihasilkan dapat memberi impak kepada emosi murid dalam meningkatkan penguasaan dan minat murid dalam subjek sains.

3.0 OBJEKTIF DAN PERSOALAN KAJIAN

3.1 Pengenalan Bahagian ini merangkumi tujuan, objektif dan persoalan kajian yang amat penting dalam memandu arah kajian.

3.2 Tujuan Kajian Kajian tindakan ini bertujuan untuk mengenal pasti kesan kaedah Video Kartun Kita terhadap pengalaman pembelajaran murid.

3.3 Objektif Kajian 11

Objektif khusus bagi tujuan kajian ini adalah seperti berikut: i. Mengkaji kesan kaedah Video Kartun Kita terhadap penguasaan konsep sains bagi topik mikroorganisma. ii. Mengkaji kesan kaedah Video Kartun Kita terhadap minat murid dalam pengajaran sains bagi topik mikroorganisma 3.4 Persoalan Kajian Persoalan khusus bagi objektif kajian ini adalah seperti berikut: i. Adakah kaedah Video Kartun Kita mampu meningkatkan

penguasaan konsep Sains bagi topik mikroorganisma? ii. Adakah kaedah Video Kartun Kita mampu meningkatkan minat murid terhadap pengajaran topik mikroorganisma

4.0 METODOLOGI KAJIAN

4.1 Pengenalan Bahagian ini pengkaji akan membincangkan langkah demi langkah proses yang dilakukan dari mula hingga ke akhir kajian.

4.2 Kumpulan Sasaran Kajian Jenis sampel yang bakal digunakan adalah sampel kuota. Pemilihan sampel ini membolehkan pengkaji mengenal pasti ciri-ciri utama yang diketahui dimiliki oleh sesuatu populasi, kemudian sampel dipilih bukan seacara rawak atau bias (Akhiar & Shamsina, 2010). Pengkaji akan memilih sampel murid sekolah rendah dalam lingkungan 11 tahun, iaitu

12

murid tahun lima. Sampel adalah berdasarkan murid di dalam kelas pengkaji ketika menjalani praktikal.

Sampel yang dipilih sebagai responden adalah murid yang mempunyai markah sederhana dan lemah dalam ujian pra. Julat pemarkahan yang dipilih bagi responden pengkaji murid yang mendapat gred C iaitu 60 peratus ke bawah, berdasarkan gred pemarkahan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Jadual 4.2: Gred Markah Peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) Julat Markah (%) 80-100 60-79 40-59 20-39 1-19 0 Gred A B C D E TH Pencapaian Cemerlang Kepujian Baik Lulus Gagal Tidak Hadir

Sumber: Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah, KPM (2001)

Tambahan lagi, pengkaji hanya mengambil kira responden yang boleh membaca dan mempunyai kesihatan kognitif sebagai responden kajian. Jika terdapat sampel murid yang buta huruf dan kecacatan kognitif tidak diambil kira dalam kajian kerana akan mengganggu hasil kajian

13

4.3 Reka Bentuk Kajian Model yang digunakan adalah Model Kajian Tindakan Kurt Lewin (1946), bermula dengan mengenal pasti aspek amalan, perancangan, tindakan implementasi, melihat kesan tindakan dan membuat refleksi. Oleh kerana tempoh kajian selama tiga bulan, hanya satu kitaran kajian sahaja boleh dijalankan. Malah, model ini amat sesuai kerana pengkaji telah mengenal pasti masalah yang telah timbul berdasarkan pengalaman lepas (Rosinah, 2012).

Mengenal Pasti Aspek Amalan

Refleksi

Perancangan

Melihat Kesan Tindakan

Tindakan

Rajah 4.3: Carta Alir Pelaksanaan Kajian Tindakan Mengikut Model Kurt

14

Lewin 1946

i.

Mengenal Pasti Aspek Amalan Aspek amalan murid merupakan masalah yang telah dikenal pasti semasa praktikal satu dan dua. Masalah yang telah dikenal pasti adalah murid lemah dalam menguasai konsep sains. Ini

menyebabkan murid lambat menguasai topik yang diajar dan pengkaji terpaksa mengorbankan lebih banyak masa untuk fasa penstrukturan idea. Masalah ini menyebabkan perubahan dalam rancangan pengajaran sesi seterusnya jika banyak murid belum menguasai sesuatu isi pembelajaran tersebut. Ini sedikit sebanyak mengganggu rancangan pengajaran tahunan guru bagi subjek tersebut. Selain itu, murid didapati tidak menumpukan sepenuhnya perhatian mereka kerana kurang berminat dengan kaedah yang pengkaji telah amalkan. Minat terhadap subjek sains adalah amat penting kerana mempunyai hubungan yang positif dengan pencapaian mereka (Aziz Nordin & Lin Hui Ling, 2011).

ii.

Perancangan Pengkaji menyediakan prosedur tindakan yang bakal dilakukan seperti model kajian, jenis intervensi, jadual Gantt kajian, instrumen dan cara untuk menganalisis data. Model yang digunakan adalah model kajian Kurt Lewin (1946) kerana pengkaji telah mengenal pasti masalah yang perlu diselesaikan. Bagi memastikan kajian boleh dijalankan dengan teratur dan teliti dalam masa tiga bulan 15

pengkaji telah merancang tentatif dalam carta Gantt pada jadual 4.4. Instrumen yang digunakan adalah ujian pra pasca, analisis dokumen dan soal selidik.

iii.

Tindakan Intervensi yang bakal digunakan oleh pengkaji adalah Video Kartun Kita pada fasa penstrukturan idea dalam subjek sains topik mikroorganisma. Pengkaji membahagikan kelas kepada lima kumpulan, setiap kumpulan berpeluang bersama-sama guru menyumbang idea membuat video kartun yang bakal digunakan dalam sesi pembelajaran seterusnya. Selain itu, struktur muka kumpulan tersebut digunakan untuk karakter-karakter kartun di dalam video pengajaran. Pengkaji akan menggunakan lima video untuk intervensi bagi tajuk mikroorganisma. Berikut merupakan jadual intervensi yang digunakan dalam tajuk mikroorganisma (Jadual 4.3).

16

Jadual 4.3: Intervensi Bagi Sub-topik Mikroorganisma Intervensi Intervensi 1 Sub-Topik Menyatakan jenis-enis mikroorganisma Menyatakan bahawa yis adalah satu contoh mikroorganisma Intervensi 2 Intervensi 3 Intervensi 4 Intervensi 5 Menyatakan bernafas Menyatakan membiak Menyatakan bergerak Merumuskan bahawa mikroorganisma bahawa mikroorganisma bahawa mikroorganisma bahawa mikroorganisma

adalah benda hidup dan kebanyakkannya tidak dapat dilihat oleh mata kasar

iv.

Melihat Kesan Tindakan Instrumen yang telah diagih kepada responden dikumpulkan dan dianalisis bagi melihat keberkesanan intervensi yang telah 17

dijalankan. Data-data setiap intervensi dibandingkan dan dianalisis untuk digunakan dalam fasa seterusnya iaitu refleksi.

v.

Refleksi Berdasarkan data yang telah dianalisis pada setiap intervensi, pengkaji membuat perbandingan dan mengenal pasti corak bagi membuat refleksi kajian. Melalui ini, pengkaji dapat mengenal pasti adakah intervensi yang dilakukan mampu mencapai objektif kajian atau tidak. Jika intervensi tidak mencapai masalah pengkaji perlu memperbaiki intervensi dan melakukan kitaran gelung yang kedua. Namun, akibat kekangan masa kajian dijalankan, pengkaji hanya mampu membuat kitaran gelung yang pertama sahaja.

18

4.4 Pelan Tindakan dan Pelaksanaan Pelan Tindakan

Bil 1

Aktiviti

3 4 5

Jan 1 2 Mengenalpasti masalah dan membuat tinjauan masalah serta mengenalpasti kumpulan respondan Melaksanakan pengajaran secara tradisional tanpa menggunakan Video Kartun Kita dan memberi lembaran kerja pada fasa penutup Membuat soalan ujian pra Mentadbir ujian pra Setelah mendapat data, data akan dianalisis. Jumlah respondan yang sebenar akan dikenalpasti. Mengajar dengan menggunakan Video Kartun Kita dan memberi lembaran kerja pada fasa penutup Ujian pasca akan dijawab oleh respondan 19

Feb 3 4

Mac 7 8

9 10

April 11 12

J8 a 9 d u 10 a 11 l 12 13

Merekod segala data yang didapati dari respondan Mentadbir ujian bulanan dengan respondan.(jika ada) Membuat soal selidik kepada respondan Soal selidik akan dianalisis. Menulis laporan kajian Menulis refleksi kajian

4.4: Pelan Tindakan dan Pelaksanaan Pelan Tindakan yang dirancang menggunakan carta Gannt.

Pada minggu pertama, pengkaji akan mengenal pasti kelas tahun lima yang bakal diajar selama tiga bulan. Manakala, pada minggu kedua pengkaji berkenalan dengan responden. Selain itu, pengkaji mula mengajar menggunakan kaedah tradisional menggunakan papan putih dan bahan bantu belajar bukan berbentuk video animasi pada fasa penstrukturan idea bermula minggu kedua hingga minggu ke tiga. Pada fasa penutup pengkaji akan memberi lembaran kerja singkat untuk diselesaikan oleh sampel. Ujian pra dilakukan selepas topik selesai di ajar bagi minggu ke dua dan ketiga tersebut. Keputusan ujian dianalisis dan sasaran yang menjadi responden dikenal pasti. Ciri-ciri murid yang dipilih untuk menjadi responden adalah mendapat gred C ( di bawah 59%), tidak mempunyai kecacatan kognitif dan boleh membaca.

20

Selepas responden dikenal pasti, pengkaji akan mula membuat intervensi pada minggu ke empat dengan menggunakan Video Kartun Kita pada fasa penstrukturan idea. Pengkaji akan memberi ujian pasca kepada responden. Intervensi dilakukan selama lima kali selama dua minggu. Sama seperti sebelumnya, pada fasa penutup lembaran kerja diberi untuk diselesaikan oleh sampel. Data ujian pasca dan borang temu bual dianalisis. Setelah kesemua intervensi dilakukan, borang soal selidik diagihkan kepada responden bagi mengenal pasti keberkesanan intervensi yang telah dilakukan. Setelah data ujian pra, ujian pasca, dokumen pelajaran dan temu bual direkodkan dan dianalisis, pengkaji boleh mula membuat laporan dan refleksi kajian.

4.5 Kaedah Pengumpulan Data Kajian

Pengkaji mengguna kaedah trigulasi atau teknik pengumpulan data menggunakan 3 kaedah yang berbeza untuk mengumpul data kajian (Chua 2006 dalam Akhiar & Shamsina, 2010). Pengkaji memilih kaedah ini kerana teknik ini boleh meningkatkan kebolehpercayaan hasil kajian.

Bagi mengenal pasti objektif yang pertama iaitu penguasaan konsep sains murid tahun lima dalam topik mikroorganisma, pengkaji

menggunakan kaedah ujian pra (Lampiran 1) dan pasca (Lampiran 2) dan analisis dokumen (Lampiran 3). Ujian ini terdiri daripada 20 item berbentuk subjektif yang dibina berdasarkan format bahagian B kertas sains UPSR. Pengkaji memilih untuk menggunakan item ujian berbentuk subjektif sahaja

21

kerana mudah digubal, sesuai untuk keenam-enam aras taksonomi Bloom (2001), dan mengurangkan sampel menjawab secara tekaan. Item ujian berbentuk objektif tidak digunakan kerana boleh menyebabkan sampel meniru, meneka dan menjawab tanpa memberi jawapan bernas, boleh menyebabkan kesahan instrumen yang digunakan menjadi rendah. Ujian pra dan pasca digubal mempunyai item yang sama tetapi diletakkan dalam kedudukan yang berbeza untuk mendapatkan kesahan yang tinggi. Item yang sama akan menyebabkan kedua-dua ujian boleh menguji

penguasaan sampel terhadap subjek mikroorganisma pada tahap yang sama. Manakala, kedudukan item dalam ujian pasca adalah berbeza dengan ujian pra untuk mengelakkan sampel mengingat semula item ujian pra atau menghubung kaitkan kedua-dua jenis ujian tersebut. Ujian pra diberikan selepas pengajaran tradisional tamat dijalankan. Melalui ujian pra, pengkaji boleh mengenal pasti responden berpencapaian gred C dan ke bawah, sihat kognitif dan boleh membaca. Manakala, ujian pasca dilakukan oleh sampel selepas sesi intervensi selesai dijalankan. Data ujian pra dan pasca dianalisis bagi membuat perbandingan perubahan penguasaan konsep sains yang diajar sebelum dan selepas intervensi dijalankan.

Selain itu, pengkaji menggunakan kaedah analisis dokumen bagi mengenal pasti sejauh mana objektif pertama tersebut dapat dicapai. Item yang digunakan bagi instrumen ini adalah lembaran kerja yang berbentuk enam soalan subjektif mengikut aras kognitif taksonomi Bloom (2001).

22

Lembaran kerja akan diberi pada fasa penutup bagi setiap sesi pengajaran secara tradisional dan secara intervensi dalam tajuk mikroorganisma.

Kaedah seterusnya adalah soal selidik berbentuk borang bagi mengenal pasti perubahan pada objektif kedua iaitu minat murid terhadap kaedah yang digunakan semasa intervensi. Dalam kajian ini, set soalan soal selidik diadaptasi dari kajian yang telah dilakukan oleh Khairuddin Nisa dan Abd. Latif Gapor, (2012). Nilai kebolehpercayaan bagi item soal selidik ini adalah sebanyak 0.72 dengan menggunakan CronbachSet soal selidik tersebut diubah suai menjadi tiga skala likert sahaja berbanding lima skala likert. Ini bagi memudahkan murid untuk menjawab soal selidik dengan tepat apa yang dirasai berdasarkan pemahaman mereka.

4.6 Cara Menganalisis Data Kajian Bagi mengenal pasti objektif yang pertama iaitu tahap penguasaan sampel, pengkaji menggunakan instrumen ujian pra pasca dan analisis dokumen. Bagi ujian pra pasca, data dianalisis menggunakan statistik deskriptif

Manakala, analisis dokumen berbentuk lembaran kerja di analisis menggunakan kod dan sub tema taksonomi Bloom seperti di dalam jadual 4.6. Jadual 4.6: Kod dan subtema bagi Taksonomi Bloom Kemahiran Berfikir Aras Rendah Kemahiran Berfikir Aras Tinggi

23

Kod Ri Rh

Subtema Mengingat Memahami

Kod Tp Tl Tv Tc

Subtema Mengaplikasi Menganalisis Mengevaluasi Mencipta

Sumber: Taksonomi Bloom rujukan semula Anderson & Krathwohl 2001 Penguasaan murid dinilai melalui domain taksonomi bloom menitik beratkan aspek kognitif atau pengetahuan yang digunakan murid dalam konsep sains bagi topik mikroorganisma menggunakan kaedah analisis dokumen. Ini kerana aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dirancang dengan teliti dapat mencungkil minda murid dan mendorongnya untuk berfikir agar mereka dapat mengkonsepsikan, menyelesaikan masala dan membuat keputusan (BPK, 2012)..

Manakala borang soal selidik minat dianalisis berpandukan tiga skala likert. Jumlah jawapan item yang diberi mengikut skala likert dikira menggunakan statistik deskriptif bagi mengesan kecondongan data memihak kepada purata sampel setuju, sederhana atau tidak setuju. Jika banyak responden memberi jawapan setuju maka ini melambangkan banyak responden minat topik yang diajar oleh pengkaji setelah intervensi dijalankan dan disebaliknya.

24

5.0 REFLEKSI
5.1 Pengenalan Penyediaan kertas cadangan kajian telah memberi pelbagai pengalaman yang amat berguna daripada pelbagai aspek.

5.2 Refleksi terjemahan Pengalaman Semasa Dalam Penyediaan Kertas Cadangan Penyelidikan

25

Sepanjang penyediaan kertas cadangan penyelidikan pengkaji mendapat pelbagai pengalaman pahit dan manis. Refleksi ini ditulis secara berstruktur bermula dengan tajuk pengetahuan, kelemahan, kekuatan dan penutup.

Dari aspek pengetahuan pengkaji mempelajari banyak kemahiran dan ilmu yang baru terutama dari segi aspek penyelidikan. Penyelidikan dalam pendidikan boleh ditakrifkan sebagai proses memperoleh

pengetahuan baru melalui pengumpulan data dan maklumat untuk menyelesaikan masalah pendidikan dan seterusnya digunakan untuk meningkatkan kualiti dan amalan pendidikan (Akhiar & Shamsina, 2010). Jenis penyelidikan yang pengkaji sediakan ini adalah jenis kajian tindakan. Stephen Corey (1953) dalam Akhiar dan Shamsina (2010) memberikan definisi kajian tindakan sebagai proses di mana para guru atau pengamal cuba mempelajari masalah mereka secara saintifik dengan tujuan untuk memandu, membimbing, memperbaiki dan menilai keputusan serta tindakan mereka. Melalui proses penyediaan kertas cadangan ini, pengkaji mendapati bahawa kajian tindakan memberi lebih banyak faedah daripada apa yang pengkaji tahu sebelum ini, terutamanya kepada seorang guru. Sebagai contoh jika pengkaji mendapati pengajaran yang dilakukan kurang berkesan, pengkaji boleh melakukan kajian dan mencari alternatif sehingga dapat mendapat intervensi yang dapat meningkatkan pencapaian murid. Selain itu, pengkaji belajar untuk membuat kajian dengan secara teratur dengan carta Gantt. Malah pengkaji mendapati bahawa banyak kaedahkaedah kajian yang berlainan seperti model penyelidikan tindakan Lewin (1946), John Elliot (1985), Jean McNiff (1988), Jack Whitehead (1989) dan sebagainya (Akhiar & Shamsina, 2010). Dalam kajian ini pengkaji 26

menggunakan model Lewin (1946) yang berbentuk pilin dan setiap pilin atau kitaran itu mengandungi langkah-langkah perancangan, tindakan dan peninjauan atau pencarian fakta mengenai kesan atau keputusan sesuatu tindakan itu. Selain itu, untuk mendapatkan data, pengkaji mendapati bahawa sesuatu instrumen yang mempunyai kesahan yang tinggi perlu digunakan. Pengkaji tidak pernah menjangka instrumen mempunyai peranan yang amat penting dalam kajian. Bagi pengkaji, bahagian paling sukar dalam kertas cadangan ini adalah pencarian instrumen yang sah dan sesuai untuk mengumpul data.

Sebagai seorang manusia biasa, pengkaji mempunyai pelbagai kesulitan dan kelemahan daripada faktor luaran dan pengkaji sendiri. Antara kesulitan pengkaji alami adalah pertukaran penyelia. Penyelia yang pertama terpaksa menyambung pelajarannya menyebabkan pengkaji tidak dapat merujuk beberapa hari sehingga mendapat penyelia saya yang sekarang. Oleh itu, pengkaji terpaksa mencari alternatif beberapa pensyarah lain untuk merujuk tajuk-tajuk yang saya ingin cadangkan. Ini sedikit sebanyak mengganggu dan melambatkan persediaan kertas cadangan saya, kerana pengesahan tajuk tidak dapat dijalankan dalam masa yang singkat. Selain itu, masa yang diperuntukkan adalah hanya dua minggu menyebabkan pengkaji terpaksa berhempas pulas menyiapkan kertas cadangan ini. Malah pengkaji juga sukar merujuk kepada penyelia kerana masa yang terlalu padat. Kuliah pada semester ini berjalan dari waktu pagi hingga ke petang menyebabkan pengkaji hanya mampu merujuk penyelia pada waktu rehat dan pukul satu petang sahaja ketika 27

ketiadaan kuliah. Perhimpunan pagi setiap hari pelatih juga banyak membazir masa yang sepatut untuk sarapan pagi. Akibat tidak mampu bersarapan pada waktu pagi dan pada waktu rehat menyebabkan pengkaji kurang bertenaga pada waktu pagi menyediakan kertas cadangan ini. Makan adalah keperluan fizikal yang perlu dipenuhi jika ingin berjaya menurut teori keperluan Maslow (Maslow, 1943). Selain itu, ceramah pada semester ini terlalu banyak seperti ceramah KSSR Sains, Bahasa Inggeris, dan Pendidikan Jasmani, walaupun sudah diketahui dan diamalkan oleh pengkaji tetapi perlu dihadiri banyak mengorbankan masa untuk

penyediaan kertas cadangan. Manakala pada waktu malam pengkaji terpaksa membahagikan masa untuk membuat kertas cadangan, tugasan, dan pembentangan kuliah yang lain. Akibat daripada pengorbanan masa rehat di waktu pagi dan petang menyebabkan pengkaji sering dalam keadaan letih ketika proses penyediaan kertas cadangan ini. Selain itu, kejadian terputus bekalan elektrik telah sedikit sebanyak mengganggu penyediaan kertas cadangan ini. Malah pengkaji juga mempunyai banyak masalah dalam mencari jurnal kerana jumlah jurnal yang berkaitan adalah terhad. Oleh itu pengkaji banyak mencari jurnal menggunakan internet, walaupun begitu jurnal yang sesuai menepati isi kajian adalah amat sukar didapati. Ini kerana kebanyakan jurnal di internet berusia lebih daripada lima tahun, ada juga yang tidak mempunyai tarikh dan sebagainya. Selain itu, pengkaji juga mempelajari tentang pelbagai pengetahuan baru seperti menggunakan perisian lembut seperti Mendeley dan laman sesawang seperti Eric dan sebagainya.

28

Manakala banyak kesulitan lain adalah disebabkan kesilapan pengkaji itu sendiri. Pengkaji tidak dapat memikirkan tajuk yang bernas menyebabkan tajuk ditolak beberapa kali oleh pensyarah. Akibat tidak mampu menyediakan tajuk yang bernas telah mendatangkan kebimbangan kepada pengkaji. Namun, setelah beberapa kali ditolak akhirnya pengkaji telah mendapat intervensi yang sesuai untuk dijadikan tajuk kajian, iaitu Video Kartun Kita. Selain itu, kelemahan pengkaji dalam menyediakan kertas cadangan ini adalah kecetekan ilmu dalam bidang kajian. Ini kerana pengkaji hanya mempunyai masa dua minggu untuk menguasai kemahiran dan ilmu penyelidikan. Ini menyebabkan pengkaji menyiapkan kertas cadangan dengan kadar yang perlahan. Selain itu, kecetekan ilmu penyelidikan pengkaji menyebabkan pengkaji banyak membuat kesilapan

Malah melalui penyediaan ini, pengkaji banyak mempelajari nilai kerajinan. Pengkaji terpaksa membuang sifat malas diri saya demi menyiapkan kertas cadangan ini. Pengkaji juga banyak mempelajari nilai kesabaran semasa menyiapkan kertas cadangan ini. Walaupun dengan masa yang padat dengan dugaan seperti ceramah yang terlalu banyak amat menguji kesabaran saya. Selain itu, pengkaji belajar untuk terus gigih walaupun beberapa kali tajuk ditolak.

Pengkaji berharap segala kelemahan yang pengkaji lakukan tidak dilakukan pada masa akan datang demi memperoleh kecemerlangan masa depan. Segala kekuatan dan pengetahuan, pengkaji akan kukuhkan. Malah, pengkaji berharap untuk dapat membuat tugasan seperti ini kerana pengkaji gembira membuat kertas cadangan ini kerana banyak memberi 29

input yang baru yang berguna sebagai seorang bakal guru. Selain itu, pengkaji berharap pihak institut dapat memberi peluang untuk pengkaji berbincang dengan penyelia dan masa yang banyak untuk menyediakan kertas cadangan dengan mengurangkan jumlah kelas, ceramah dan aktiviti-aktiviti lain yang wajib pada musim guru pelatih membuat kertas cadangan.

Pendek kata, pengkaji berharap segala kelemahan dan kesilapan yang dilakukan dapat dijadikan pengalaman dan pengajaran. Manakala segala pengetahuan dan pengalaman dijadikan sebagai senjata di sekolah nanti. Pengkaji berharap dengan segala pengalaman dan ilmu yang diperoleh ini mampu membentuk saya menjadi seorang guru yang cemerlang kelak.

5.3 Refleksi Terjemahan Amalan Pedagogi Yang Akan Dilaksanakan Dalam Kajian

Penyediaan kertas cadangan ini bukan sahaja mampu memberi impak kepada lahiriah dan sahsiah sahaja, malah kepada pedagogi seseorang 30

guru juga. Menurut kamus dewan edisi keempat, pedagogi adalah kaedah dan prinsip pengajaran.

Berdasarkan

kertas

cadangan,

banyak

kajian-kajian

luar

menggunakan video dan kartun sebagai intervensi, namun video kartun yang dibuat sendiri dengan murid belum pernah lagi digunakan di dalam kelas. Melalui kajian ini, diharapkan dapat memberi jawapan bagi segala kesulitan atau research gap bagi kajian berbentuk multimedia ini. Pengkaji berharap, setelah kajian siap dilakukan dapat dicetak dan diterbitkan untuk rujukan pengkaji-pengkaji masa depan. Diharapkan maklumat, idea dan tindakan yang tertulis di dalamnya dapat memberi input yang berguna kepada bakal pendidik.

Semasa mencari rujukan, pengkaji mendapati banyak menimba ilmu tentang intervensi yang berbeza bagi sesuatu masalah. Terdapat beberapa tindakan tersebut yang menarik dan sesuai boleh dijadikan antara aktiviti di dalam pengajaran dan pembelajaran kelas. Melalui ini, diharapkan pengkaji tidak lagu buntu memikirkan aktiviti dalam kelas setelah mengkaji intervensi-intervensi yang dilakukan oleh pengkaji bekas guru pelatih institut dan pengkaji-pengkaji luar juga.

Selain itu, segala ilmu yang dipelajari dalam kajian tindakan diharapkan dapat diaplikasikan dalam bilik di darjah apabila menjadi seorang guru tulen kelak. Ini kerana melalui pengetahuan seperti langkah kajian yang betul seperti Lewin (1946), pengkaji boleh terus untuk mencari jalan penyelesaian bagi masalah-masalah yang berlaku dalam pengajaran 31

dan

pembelajaran.

Stephen

Corey

(1953)

dalam

Ahiar

dan

Shamsina(2010) memberikan definisi kajian tindakan sebagai proses di mana para guru atau pengamal cuba mempelajari masalah mereka secara saintifik dengan tujuan untuk memandu, membimbing, memperbaiki dan menilai keputusan serta tindakan mereka. Melalui ini, seorang guru kelak mampu menyediakan pengajaran dan pembelajaran yang efektif dan aktif kepada murid.

Pendek kata, penyediaan kertas cadangan ini banyak memberi input pengalaman dan pengetahuan terutama dari segi pedagogi. Diharapkan melalui input ini pengkaji dapat menyediakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang mampu membentuk murid ke arah insan yang berilmu, celik dan bermodal insan kelas pertama.

RUJUKAN Aksoy, G. (2012). The effects of animation technique on the 7th grade science and technology course. Creative Education Journals 2012, 3, 303-308. Akhiar Pardi & Shamsina Shamsuddin. (2010). Pengantar Penyelidikan dalam Penyelidikan Pendidikan. Kedah, Penerbitan Multimedia 32

Anderson, Lorin W. & Krathwohl, David R. (2001). A Taxonomy for Learning, Teaching and Assessing: a Revision of Blooms Taxonomy. New York. Longman Publishing. Anitha. (2012). A comparative study between e-learning and traditional learning in management education. International Journal of Multidisciplinary Management Studies, 2, 230-243. Azidah Abd Ziden, Issham Ismail, Robitah Spian & Kumutha, K. (2011). The efffects of ICT use in teaching and learning on students achievement in science subject in a primary school in Malaysia. Malaysia Jornal of Distance Education, 13, 19-32. Aziz Nordin & Lin Hui Ling. (2011). Hubungan sikap terhadap mata pelajaran sains dengan penguasaan konsep asas sains pelajar tingkatan dua. Journal of Science & Mathematics Educational, 2, 89-101 Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2012) Spesifikasi Kurikulum Sains Tahun 5. Putrajaya: Malaysia, kementerian Pelajaran. Espinosa, J. M. R. (2005). The importance of scientific literacy in our society. Astrophysics. How to Attract Young People Into Physics. San Cristbal de La Laguna. Instituto de Astrofsica de Canarias. Isaha Haron, Abdul Latif, Nasir Bin Masran, Abdul Halim Bin Ibrahim, & Mariam Binti Mohamed Nor. (2008).Kesan dasar pengajaran matematik dan sains dalam bahasa Inggeris di sekolah rendah, (18). Dalam Malaysia, Kementerian Pelajaran (Ed.). Persidangan Meja Bulat PPSMI. Putrajaya: Malaysia, Kementerian Pelajaran. Kamus Dewan, 2007. Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka, Hulu Kelang, selangor. Khairuddin Nisa & Abd. Latif Haji Gafor. 2012. Keberkesanan GeoTV Terhadap Pencapaian dan Minat Pelajar Dalam Topik Pengaruh Cuaca dan Iklim Terhadap Kegiatan Manusia. Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia, 2 (2). Kumar, M. Krishna. (2013). Impact of using multimedia package in teaching science. International Journal of Teacher Educational Research (IJTER), 2, 1-6. Mai, Ken Tse-Kian & Yeen, Heidi J. T. 2012. Applying learning strategies in a multimedia and web learning environment (MWLE): Malaysian students perspective. The Turkish Online Journal of Educational Technology, 11 (3), 5060. Malaysia, Kementerian Pelajaran.(2012) Pelan Perkembangan Pendidikan Malaysia 2012-2025 Norazilawati Abdullah, Abdul Talib Hashim, Rosnidar mansor, Noraini Mohamed Noh & Norul Haida Reduzan. (2013). Konstruktivisme dari kaca mata guru sains dan matematik. Dalam World Conferences.net (Ed.) Proceeding of the International Conference on Social Science Research (pp. 18)

33

Ong Eng Tek, Rosmawati Muhammad Kharuddin, Sabri Salleh, & Nurulhuda Abd Rahman. (2013). Keberkesanan penggunaan modul kartun dalam meningkatkan pencapaian biologi pelajar. Jurnal Pendidikan Sains & Matematik Malaysia, 3, 95-106. Suhana Binti Udin. (2012). Meningkatkan kemahiran mengingat huruf idgham maal ghunnah menggunakan gabungan kaedah ilustrasi kartun, pergerakkan dan nyanyian. Dalam IPG KBL (Ed.), Seminar Penyelidikkan Tindakan Institut Pendidikan Kampus Batu Lintang Tahun 2012, 230-242. Tan Choon Keong & Carol Binti Abu. (2013). Pengaplikasian video Youtube: Bahan bantu mengajar (BBM) dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran sains sosial. Dalam Universiti Malaysia Sabah (Ed.), Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (pp. 255-263) Wyk, M. M. V. (2012). The use of cartoons as a teaching tool to enhance student learning in economic education. Journal of Social Science, 26(2), 128-130. Yaman, Havva. (2010). Cartoons as a teaching tool: a research on turkish language grammar teaching. Education Science Theory & Practice Journals, 10, 12311242 Yu Aimee Zhang. (2012). Developing animated cartoons for economic teaching. Journal of University Teaching & Learning Practice, 9 (2), 1-13

LAMPIRAN 1 Ujian Pra Nama: Kelas: 34

Jawab semua soalan dalam ruang yang disediakan. Jadual 1 menunjukkan bilangan hari dan bilangan tompok hitam pada sekeping roti selepas direnjis sedikit air. Bilangan Hari Bilangan Tompok 2 1 4 2 6 3 8 4

1. Apakah corak perubahan bilangan tompok hitam apabila bilangan hari bertambah? __________________________________________________________ [1 markah] 2. Apakah yang diubah (pemboleh ubah dimanipulasikan) __________________________________________________________ [1 markah] 3. Apakah yang diperhatikan(pemboleh ubah bergerak balas) __________________________________________________________ [1 markah] 4. Ramalkan bilangan tompok hitam pada roti itu pada hari ke sepuluh. __________________________________________________________ [1 markah] 5. Apakah kesimpulan yang boleh dibuat daripada penyiasatan ini? __________________________________________________________ [1 markah] 1. David menjalankan satu penyiasatan untuk mengkaji kesan yis ke atas adunan tepung. Kuantiti yis yang berbeza dimasukkan ke dalam empat adunan tepung, Q, R, S dan T. Rajah 1 menunjukkan ketinggian adunan selepas 30 minit.
35

Rajah 1

a) Apakah tujuan eksperimen ini? _____________________________________________________ [1 markah]

b) Nyatakan satu maklumat yang dikumpul dalam penyiasatan ini. _____________________________________________________ [1 markah]

c) Apa yang diubah (pembolehubah dimanipulasi) dalam penyiasatan ini, _____________________________________________________ [1 markah]

d) Apa yang diukur (pembolehubah bergerak balas) dalam penyiasatan ini. _____________________________________________________ [1 markah]

e) Ramalkan ketinggian adunan itu jika 12 g yis digunakan. _____________________________________________________ [1 markah]

36

Saiz Jenis

Amat kecil P

Sangat Kecil bakteria

kecil Q

besar kulat

37

Mikoorganisma

Jadual 2.0: menunjukkan jenis dan saiz mikroorganisma 1. Apakah jenis mikroorganisma Q? _________________________________________________________ [1 markah] 2. Bagaimanakah anda boleh melihat mikroorganisma Q? __________________________________________________________ [1 markah] 3. Mikroorganisma P boleh menyebabkan selesema. Bagaimanakah mikroorganisma P boleh menjangkiti orang manusia? __________________________________________________________ [1 markah] 4. Bagaimanakah dengan menutup hidup dan mulut ketika bersin atau batuk dapat mengurangkan mikroorganisma merebak? __________________________________________________________ [1 markah] 5. Mengapakah ikan masin walaupun dibiarkan lama masih boleh dimakan? __________________________________________________________ [1 markah]

Mikroorganisma virus membawa penyakit seperti AIDS dan selesema. Mikroorganisma S digunakan untuk menghasilkan keju

38

Mikroorganisma R digunakan untuk roti naik supaya roti menjadi lembut dan gebu Mikroorganisma Protozoa hidup di dalam tasik, kolam, sungai atau tempat air bertakung.

1. Apakah jenis mikroorganisma S? __________________________________________________________ [1 markah] 2. Bagaimanakah mikroorganisma R dapat menjadikan roti menjadi gebu? __________________________________________________________ [1 markah] 3. Bagaimanakah mikroorganisma S boleh merosakkan gigi jika tidak memberus gigi ? __________________________________________________________ [1 markah] 4. Mengapakah mikroorganisma S boleh merebak melalui udara? __________________________________________________________ [1 markah] 5. Bagaimanakah kita boleh mengelakkan penyakit yang disebabkan oleh protozoa? __________________________________________________________ [1 markah]

LAMPIRAN 2 Ujian Pasca 39

Nama:

Kelas:

1. David menjalankan satu penyiasatan untuk mengkaji kesan yis ke atas adunan tepung. Kuantiti yis yang berbeza dimasukkan ke dalam empat adunan tepung, Q, R, S dan T. Rajah 1 menunjukkan ketinggian adunan selepas 30 minit.

Rajah 1

f) Apakah tujuan eksperimen ini? _____________________________________________________ [1 markah]

g) Nyatakan satu maklumat yang dikumpul dalam penyiasatan ini. _____________________________________________________ [1 markah]

h) Apa yang diubah (pembolehubah dimanipulasi) dalam penyiasatan ini, _____________________________________________________ [1 markah]

i) Apa yang diukur (pembolehubah bergerak balas) dalam penyiasatan ini. _____________________________________________________ [1 markah]

40

j) Ramalkan ketinggian adunan itu jika 12 g yis digunakan. _____________________________________________________ [1 markah]

Jawab semua soalan dalam ruang yang disediakan.


41

Jadual 1 menunjukkan bilangan hari dan bilangan tompok hitam pada sekeping roti selepas direnjis sedikit air.
Bilangan Hari Bilangan Tompok 2 1 4 2 6 3 8 4

1. Apakah corak perubahan bilangan tompok hitam apabila bilangan hari bertambah? __________________________________________________________ [1 markah] 2. Apakah yang diubah (pemboleh ubah dimanipulasikan) __________________________________________________________ [1 markah] 3. Apakah yang diperhatikan(pemboleh ubah bergerak balas) __________________________________________________________ [1 markah] 4. Ramalkan bilangan tompok hitam pada roti itu pada hari ke sepuluh. __________________________________________________________ [1 markah] 5. Apakah kesimpulan yang boleh dibuat daripada penyiasatan ini? __________________________________________________________ [1 markah]

Jadual 2.0 menunjukkan jenis dan saiz mikroorganisma


42

Saiz Jenis Mikoorganisma

Amat kecil P

Sangat Kecil bakteria

kecil Q

besar kulat

Jadual 2 6. Apakah jenis mikroorganisma Q? _________________________________________________________ [1 markah] 7. Bagaimanakah anda boleh melihat mikroorganisma Q? __________________________________________________________ [1 markah] 8. Mikroorganisma P boleh menyebabkan selesema. Bagaimanakah mikroorganisma P boleh menjangkiti orang manusia? __________________________________________________________ [1 markah] 9. Bagaimanakah dengan menutup hidup dan mulut ketika bersin atau batuk dapat mengurangkan mikroorganisma merebak? __________________________________________________________ [1 markah] 10. Mengapakah ikan masin walaupun dibiarkan lama masih boleh dimakan? __________________________________________________________ [1 markah]

Mikroorganisma virus membawa penyakit seperti AIDS dan selesema.


43

Mikroorganisma S digunakan untuk menghasilkan keju Mikroorganisma R digunakan untuk roti naik supaya roti menjadi lembut dan gebu Mikroorganisma Protozoa hidup di dalam tasik, kolam, sungai atau tempat air bertakung.

6. Apakah jenis mikroorganisma S? __________________________________________________________ [1 markah] 7. Bagaimanakah mikroorganisma R dapat menjadikan roti menjadi gebu? __________________________________________________________ [1 markah] 8. Bagaimanakah mikroorganisma S boleh merosakkan gigi jika tidak memberus gigi ? __________________________________________________________ [1 markah] 9. Mengapakah mikroorganisma S boleh merebak melalui udara? __________________________________________________________ [1 markah] 10. Bagaimanakah kita boleh mengelakkan penyakit yang disebabkan oleh protozoa? __________________________________________________________ [1 markah]

LAMPIRAN 3

44

Lembaran Kerja

Nama:

Kelas:

a) Namakan empat jenis mikroorganisma? _______________________________________________________ b) Apakah dimaksudkan dengan mikroorganisma? _______________________________________________________ c) Berdasarkan petikan tersebut, apakah mikroorganisma yang dimaksudkan? Paling kecil antara semua mikroorganisma _______________________________________________________ d) Organisma ini menyebabkan malaria, apakah mikroorganisma ini? _______________________________________________________ e) Bagaimanakah anda boleh mengelakkan terkena jangkitan malaria? _______________________________________________________

LAMPIRAN 4 BORANG SOAL SELIDIK 45

Bil. Item

Setuju

Biasa

Tidak setuju

Saya suka menghadiri kelas yang diajar dengan berbantukan Video Kartun Kita kerana ianya menarik Saya lebih suka mempelajari topik pengajaran Sains dengan berbantukan Video Kartun Kita berbanding menggunakan buku teks sahaja Penggunaan Video Kartun Kita dalam pengajaran Sains akan menjadikan sesi pengajaran Sains lebih menarik berbanding penggunaan buku teks sahaja. Saya lebih suka mempelajari Sains dengan menggunakan Video Kartun Kita

Saya lebih suka mempelajari topik mikroorganisma menggunakan buku teks berbanding menggunakan Video Katun Kita

Sepatutnya murid mempelajari topik mikroorganisma hanya menggunakan buku teks sahaja

46

You might also like