You are on page 1of 11

BAB 1: AL-QURAN MENJANA KECEMERLANGAN HIDUP

FIRMAN ALLAH

(Surah al-Baqarah,1-5)

MAKSUD AYAT
Maksudnya: Alif,Lam,Min.(1) Kitab Al-Quran ini,tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya daripada Allah dan tentang sempurnanya),ia pula menjadi pentujuk bagi orang yang (hendak) bertakwa (2), iaitu orang yang beriman kepada perkara-perkara ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) solat dan membelanjakan (mendermakan ) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka (3). Dan orang yang beriman kepada Kitab Al-Quran yang diturunkan kepadamu (wahai Muhammad) dan kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari Akhirat ( dengan sepenuhnya ) (4). Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk daripada Tuhan mereka, dan merekalah orang yang berjaya(5).

AL-QURAN PANDUAN HIDUP MUKMIN


Diturunkan oleh Allah SWT kepada Rasulullah SAW. Kitab terakhir yang menjadikan panduan hidup mukmin hingga hari kiamat. Isi kandungannya lengkap merangkumi semua aspek seperti hubungan manusia dengan Allah dan hubungan manusia dengan manusia. Orang yang mengamalkan ajaran al-Quran terjamin hidupnya di dunia dan akhirat.

KONSEP TAQWA KEPADA ALLAH

Mengawal diri daripada melakukan perkara yang dimurkai Allah dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya.

CIRI-CIRI MUKMIN BERTAQWA


Menurut Surah al-Baqarah ayat 1-5:
1. 2. 3. 4. 5. Beriman dan beramal dengan ajaran al-Quran. Beriman dengan hari akhirat. Beriman dengan perkara ghaib. Menunaikan solat lima waktu. Beriman dengan kitab-kitab yang diturunkan Allah SWT yang tidak diubah. Membelanjakan sebahagian rezeki ke jalan Allah.

6.

KELEBIHAN ORANG YANG BERTAQWA


Dikasihi dan diredhai Allah SWT. Memperolehi rahmat Allah SWT. Menjadi orang yang berilmu dan beramal. Menjadi pemimpin yang berjaya dan berwawasan. Melahirkan ahli perniagaan yang berdaya saing. Sentiasa redha dan tabah menghadapi ujian Allah. Tidak mudah terpengaruh dengan unsur-unsur negatif yang boleh melemahkan Iman.

CIRI-CIRI PELAJAR TAQWA


Rajin mengulangkaji pelajaran. Menunaikan solat pada waktunya. Membaca dan memahami al-Quran. Berakhlak mulia. Meninggalkan perbuatan yang menggalakkan maksiat.

PENGAJARAN PENGAJARANAYAT AYAT


Al-Quran memimpin manusia ke jalan yang selamat dunia dan akhirat. Orang yang beriman sentiasa yakin dengan perkara ghaib dan hari akhirat sebagai hari pembalasan. Solat fardhu wajib ditunaikan dengan sempurna dalam waktunya walau dalam keadaan apa sekalipun. Orang yang dikurniakan rezeki atau harta kekayaan hendakalah membelanjakan ke jala yang diredhai Allah.

VIDEO NASYID

You might also like