Prof. Madya Dr. Fuziah Shaffie (Sem. Julai 2008/2009) Program Kerja Sosial, Kolej Sastera dan Sains, UUM.
kekeluargaan seperti bentuk keluarga, saiz keluarga, pola interaksi, kuasa dan rol, fungsikeluarga, peningkatan perceraian, pengurangan hubungan bersemuka, mengejar kemewahan dsbnya.Toffler (1981) melabelkan perubahan sosial ini kepada tiga gelombang atau era iaitu:Era perubahan sosial
i)Era Pertanian atau Pra-Industri
kehidupan keluarga tertumpu kepada kelangsungan hidup.
ii)Era Perindustrian
pemindahan fungsi keluarga
iii)Era Pasca-Industri, Teknologi, Komunikasi & Maklumat
keluarga akan berdepan dengan cabaran baru.Perubahan dalam keluarga mempunyai / menggunakan pendekatan dua perspektif iaitu:a)
Perspektif tahap mikro
- fokus kepada corak skala kecil interaksi sosial individu dalam persekitaran khusus.
Memberi penekanan kepada tingkah laku individu di mana ia mengkaji tentang pilihan-pilihan individu.
Perubahan dalam masyarakat yang boleh memberi kesan kepada keluargadikatakan bermula daripada usaha seseorang individu yang berpendirian tegas dalamsesuatu isu. Cth: Mary Beth – kes ibu tumpang b)
Perspektif tahap makro
- fokus kepada corak skala besar yang mencirikan masyarakat secara keseluruhan.
Melihat kekangan-kekangan seperti kuasa ekonomi, inovasi teknologi, pergerakan sosial, budaya popular dan polisi-polisi keluarga yang membataskan pilihan- pilihan seseorang individu.Corak-corak perkahwinan
i) Monogami -
seseorang individu berkahwin dengan seseorang individu yang berlainan jantina atau seorang lelaki berkahwin dengan seorang perempuan.-
monogami bersiri
merujuk kepada individu yang mungkin berkahwin beberapa kaliasalkan setiap perkahwinan berakhir dengan perceraian atau kematian.
ii) Poligami -
seseorang individu daripada satu jantina berkahwin dengan beberapaindividu daripada jantina yang berlainan. Terdapat dua bentuk poligami iaitu poligini(satu suami tapi banyak isteri) dan poliandri (satu isteri tapi banyak suami).
iii) Cenogami
- perkahwinan di mana semua perempuan dan lelaki dalam satu kumpulan berkahwin secara serentak antara satu sama lain.Corak-corak keluarga masa kini
i. Keluarga induk tunggal
- keluarga yang isi rumahnya diketuai oleh seorang ibu bapa(sama ada ibu atau bapa) akibat daripada perceraian, kematian, pengabaian atau tidak pernah berkahwin.
ii. Keluarga dwi-kerjaya
- kedua-dua pasangan iaitu suami dan isteri bekerja di luar rumah, terlibat dalam kerja yang berbayar dan salah seorang pasangan atau kedua-duanya3