You are on page 1of 3

Keburukkan pertama yang telah dapat dikenalpasti dalam e-dagang adalah barangan yang dipasarkan atau dipromosikan tidak

dapat dikenalpasti kualiti barang tersebut secara konkrit. Hal ini kerana pengguna hanya mampu melihat barang atau produk yang ditampilkan menerusi laman sesawang secara maya dan tidak secara realiti. Pengguna tidak berpeluang untuk menilai atau meneliti barang sama ada mempunyai kualiti ataupun tidak dan kebarangkalian untuk pengguna mendapat barangan yang tidak menepati citarasa mereka atau mendapat barangan yang rosak juga adalah tinggi. Keadaan ini tidak akan menguntungkan pihak pengguna selaku pembeli dan pelanggan. Keburukkan yang kedua yang dapat dikenalpasti adalah perniagaan e-dagang ini akan merencatkan hubungan silaturrahim sesama manusia yang mana kurang interaksi antara peniaga dan juga pembeli. Perhubungan antara manusia sangat penting dalam perniagaan, terutamanya kepada pelanggan yang memerlukan seseorang peniaga yang jujur untuk mendapatkan kepercayaan dalam memperolehi barangan atau produk yang berkualiti. Namun begitu, pendekatan perniagaan yang hanya menerusi laman sesawang dengan hanya menekan butang Buy Now atau Beli Sekarang dan seterusnya tersimpan dalam shopping cart sama sekali merencatkan perhubungan sesama manusia kerana pembelian adalah secara maya dan tiada komunikasi yang lebih mesra. Bagi saya, kematian sentuhan peribadi dalam urus niaga dalam talian adalah kelemahan terbesar e-dagang. Kelemahan lain yang dapat dikenal pasti daripada perniagaan e-dagang adalah mempunyai servis penghantaran yang agak lambat. Walaupun ianya menyediakan kemudahan servis penghantaran yang cepat, namun begitu penerimaan barangan yang dibeli akan hanya dapat diterima paling awal atau paling cepat adalah esok. Oleh i tu, jika pengguna atau pembeli memerlukan barangan seperti pen atau buku untuk digunakan sekarang, pembelian menerusi laman sesawang e-dagang sama sekali tidak diperlukan. Namun begitu, terdapat pengecualian dalam kes pembelian barangan digital. Misalnya, pembelian fail muzik atau sebuah e-book dapat dibeli dengan lebih cepat menerusi e-dagang berbanding membeli barangan tersebut daripada kedai fizikal.

Bukan semua barangan boleh dibeli menerusi secara atas talian dan ianya juga merupakan salah satu kekurangan yang dikenal pasti daripada perniagaan e-dagang. Walaupun perniagaan atas talian menjanjikan pelbagai kemudahan kepada pelanggan, namun terdapat barangan yang boleh dibeli dalam talian. Sebagai contoh, pengguna tidak boleh membeli atau memesan ais krim secara atas talian. Pembeli mungkin boleh memesan ais krim secara online, namun sudah pasti proses penghantaran akan mengalami kesulitan kerana ais krim perlu diangkut dalam sebuah trak sejuk. Melainkan penjual aiskrim sudi menanggung kos kerugian yang agak besar, maka kos penghantaran ais krim akan jauh lebih tinggi daripada kos aiskrim tersebut. Perniagaan luar talian dapat memberi peluang kepada pelanggan untuk mencuba mahupun menyentuh barang yang mereka mahukan. Namun begitu, tidak seperti perniagaan e-dagang yang mana pengguna atau pembeli hanya mampu melihat barangan yang mereka tinjau secara alam maya sahaja dan sebarang percubaan adalah tidak dibenarkan. Keadaan ini merupakan satu kelemahan yang agak besar bagi perniagaan e-dagang kerana keadaan ini menjadikan pelanggan berasa kurang yakin dengan produk atau barangan yang hendak dibeli oleh mereka. Apabila pembeli mencuba dan merasai sendiri barang yang dijual itu, mereka akan berasa lebih yakin dan percaya bahawa barangan tersebut memenuhi kehendak dan kualiti mengikut citarasa mereka. Sebagai contoh, penjualan minyak wangi memerlukan pembeli untuk mencuba dan menghidu terlebih dahulu minyak wangi yang mereka mahukan. Namun begitu, perniagaan dalam talian tidak menyediakan kemudahan mencuba bahan atau produk yang diperniagakan itu. Kecanggihan dan kemudahan teknologi masa kini memudahkan banyak pihak yang ingin memulakan perniagaan e-dagang dengan membina kedai secara maya dalam masa beberapa minit sahaja. Sekiranya ramai pihak yang menjual barangan yang sama, bagaimanakah pembeli dapat mengenal pasti sama ada barangan yang dijual dalam kedai tersebut sama ada tulen mahupun tidak? Permasalahan itu menjadi satu pertikaian kepada pembeli dalam soal kebolehpercayaan. Keadaan ini juga mampu menyekat kemahuan pembeli untuk membeli barangan mereka secara dalam talian. Tuntasnya, kegagalan perniagaan e-dagang dalam memperolehi

kebolehpercayaan pembeli merupakan salah satu keburukkan e-dagang yang mampu memberi kesan kepada peniaga dalam mendapat keuntungan optimum dalam mengembangkan perniagaan mereka dalam jangka masa yang lebih panjang. Kelemahan lain yang boleh dikenalpasti dalam e-dagang adalah ianya mempunyai perkaitan rapat dengan sekuriti pembeli yang mungkin menyebabkan diri mereka terlibat dalam masalah seperti penipuan kad kredit atau lebih buruk lagi kecurian identiti. Hal ini kerana apabila pembeli membuat pembelian dalam talian, mereka dikehendaki menyediakan sekurang-kurangnya maklumat kad kredit dan alamat surat menyurat. Dalam kebanyakan kes, laman sesawang perniagaan e-dagang dapat menggemburkan maklumat lain mengenai tingkah laku dalam talian dan rujukan pembeli. Pendedahan maklumat ini mampu membawa kepada masalah yang memberi kesan kepada pembeli itu sendiri. Bukan itu sahaja, kegagalan dalam memberikan pelindungan atau jaminan kepada pembeli yang melakukan transaksi juga mendorong kepada kelemahan e-dagang itu sendiri.

You might also like