You are on page 1of 13

KESELAMATAN DI MAKMAL KOMPUTER

TATACARA PENGGUNAAN AM
Dilarang masuk ke dalam makmal komputer kecuali dengan kebenaran guru atau penyelaras makmal komputer. Diminta mengimbas disket atau pemacu kilat USB sebelum menggunakan untuk mencegah sebarang serangan virus.

Laporkan segala masalah yang berkaitan sistem kepada guru atau penyelaras makmal komputer. Tutup komputer setelah menggunakannya.

Guru perlu merekodkan penggunaan makmal komputer dalam buku log yang disediakan. Jaga kebersihan dan kekemasan makmal komputer setiap masa.

TATACARA PENGGUNAAN MURID


Murid dibenarkan masuk ke dalam makmal dengan kebenaran dan pengetahuan daripad guru terlebih dahulu atau dengan kehadiran guru itu sendiri. Murid mencatat kehadiran mereka ke dalam buku catatan pengguna

Jika berlaku masalah pada dengan komputer, laporkan kepada guru dengan segera. Dilarang membawa sebarang perisian luar ke dalam komputer kecuali dengan izin guru bertugas. Jika terdengar sebarang bunyi ganjil atau berbau sesuatu yang terbakar atau sebarang keadaan yang disyaki tidak normal, sila laporkan kepada guru yang bertugas di makmal komputer.

Pastikan semua suiz telah dimatikan sebelum keluar dari makmal komputer

Soalan soalan

Ahmad hendak menggunakan pemacu kilatnya. Apakah yang perlu dilakukan olehnya?

Zahid telah mendapatkan kebenaran menggunakan makmal komputer daripada guru yang bertugas. Adakah dia perlu mencatat kehadirannya ke dalam buku tersebut?

Fatimah tidak membawa sebarang perisian luar ke dalam makmal komputer kerana.

Siti telah masuk ke dalam makmal komputer tanpa guru bersama dengan mereka. Adakah tindakkan dia betul?

murid-murid tidak dibenarkan menjaga kebersihan dan kekemasan makmal komputer. kenyataan ini :

A. betul B. salah

Adakah Aisyah perlu laporkan kepada guru sekiranya komputer yang digunakan olehnya mempunyai masalah?

You might also like