You are on page 1of 8

Kajian Tindakan Panitia Pendidikan Islam

PENGUASAAN HUKUM TAJWID NUN MATI DAN TANWIN DENGAN KAEDAH BERCERITA OLEH : PUAN SALINA BINTI SHAPIE SMK SEKSYEN 7, SHAH ALAM ABSTRAK Berdasarkan tinjauan yang dikenalpasti melaluI Peperiksaan Pertengahan Tahun yang lalu, kebanyakan pelajar menghadapi masalah menjawab soalan hukum tajwid di dalam kertas 2 Pendidikan Islam. Permasalah ini timbul apabila mereka tidak mengetahui, memahami dan menguasai tajwid dengan baik. Bertitik tolak daripada masalah itu, saya telah menjalankan ujian pra khusus berkaitan hukum tajwid nun mati dan tanwin, menganalisis data awal dan membimbing pelajar menggunakan kaedah yang mudah untuk mengingati kaedah huruf di dalam hukum tajwid tersebut. Kajian ini dijalankan melalui kaedah ujian dan kaedah soal selidik terhadap pelajar-pelajar Islam di kelas gabung iaitu 5 Anggerik (berprestasi lemah) dan 5 Rafflesia (berprestasi sederhana) berjumlah 18 orang iaitu 7 orang pelajar lelaki dan 11 orang pelajar perempuan. Hasil dapatan yang diperoleh didapati bilangan pelajar yang mengusai hukum tajwid nun mati dan tanwin telah meningkat setelah kaedah bercerita ini disediakan. Saya berasa amat gembira dan berpuas hati dengan sikap positif dan minat yang ditunjukkan oleh pelajar-pelajar. Mereka dapat mengusai hukum tajwid dengan baik dan menunjukkan rasa gembira apabila berjaya menjawab soalan-soalan hukum tajwid tersebut dengan betul. 1.0 TAJUK Penguasaan Hukum Tajwid Nun Mati Dan Tanwin Dengan Kaedah Bercerita

2.0 OBJEKTIF a) Umum Meningkatkan penguasaan tajwid Al-Quran dalam kalangan pelajar Islam dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan serta merangsangkan lagi minat pelajar mempelajari hukum tajwid. b) Khusus 1) Pelajar dapat mengingati huruf-huruf di dalam hukum nun mati dan tanwin dengan mudah 2) Pelajar dapat menyebut dan menguasai kemahiran tajwid nun mati dan tanwin dengan baik 3.0 METODOLOGI Metodologi yang dijalankan menggunakan kaedah : 1) Ujian Pra 2) Ujian Pos 3) Soal Selidik

Kajian Tindakan Panitia Pendidikan Islam 4.0 PELAKSANAAN KAJIAN 4.1 TINJAUAN MASALAH 1) Pelajar mengambil berat tentang huku tajwid ketika membaca Al-Quran. 2) Pelajar tidak konsisten dengan amalan membaca Al-Quran di rumah dan kurangnya pemantauan daripada ibu bapa. Apabila masuk ke sekolah menengah mereka menghadapi masalah terutama dalam bahagian tajwid 3) Pelajar tidak mengetahui, memahami dan mengusai tajwid dengan baik. 4) Pelajar kurang berminat, susah untuk mengingat hukum tajwid 5) Pencapain yang tidak cemerlang dalam peperiksaan awam terutamanya soalan Bahagian Tajwid mata pelajaran Pendidikan Islam (Kertas 2). 4.2 PERLAKSANAAN PROGRAM 1) Melaksanakan Ujian Pra 2) Menganalisi data awal 3) Bimbingan guru dengan mengunakan kaedah cerita 4) Melaksanakan Ujian Pos 5) Menganalisis data yang diperolehi 6) Mengadakan soal selidik 7) Membuat rumusan, refleksi dan cadangan 4.3 TINDAKAN YANG DIJALANKAN 4.3.1 - KAEDAH BERCERITA

1) Guru memperdengarkan bacaan ayat Al-Quran kepada semua pelajar di dalam kelas dianatara 5 hingga 10 ayat sebanyak 2 kali. Semasa guru memperdengarkan bacaannya, pelajar dikehendaki memerhati bacaan guru dan mengikut secara perlahan-lahan dari segi sebutan kalimah-kalimah Al-Quran dengan betul dan fasih. 2) Guru memberi penerangan hukum nun mati dan tanwin di samping menyebut kalimah-kalimah mengikut hukum tajwid di atas dengan bantuan kad manila yang berwarna warni dalam bentuk yang menarik.

Kajian Tindakan Panitia Pendidikan Islam BIL 1 HUKUM TAJWID Izhar halqi HURUF KAEDAH CERITA Hamzah ( ) bertemu ain ( ) makan gulagula hacks ( ) rasa pedas ( ) tekak kering ( ) ketawa kha kha ( ) Wayar mana ( ) Lari ( ) Berkataan berakhir huruf b () Selain di atas

2 3 4

Idgham maal ghunnah Idgham bila ghunnah Iqlab

iqlab dengan

Ihfa hakiki

3) Selepas itu guru mengadakan permainan memadankan pasangan-pasangan kalimah Al-Quran mengikut hukum tajwidnya menggunakan potongan kad manila. 4) Guru memperkukuh kefahaman pelajar tentang nun mati dan tanwin dengan meminta pelajar menerangkan dan menghuraikan kembali hukum-hukum tajwid tersebut. 5.0 DAPATAN KAJIAN Kajian dijalankan terhadap pelajar-pelajar Islam kelas 5A dan 5R (kelas gabung) berjumlah 18 orang pelajar iaitu 7 orang pelajar lelaki dan 11 orang pelajar perempuan. 5.1 ANALISI DATA 5.1.1 ANALISIS UJIAN PRA DAN POS BILANGAN PELAJAR PRA 0 2 4 2 1 2 1 0 0 2 4 0 POS 0 0 0 0 0 0 0 0 4 5 9 0

MARKAH 5.1.2 0 5.1.3 1 5.1.4 2 5.1.5 3 5.1.2 4 5.1.3 5 5.1.4 6 5.1.5 7 5.1.6 8 9 5.1.7 10 5.1.8 TIDAK HADIR

Kajian Tindakan Panitia Pendidikan Islam Dapatan Ujian Pra dan Pos menunjukkan terdapat peningkatan yang ketara dari segi pencapaian pelajar. Berdasarkan jawapan pelajar bagi soalan ujian pra yang dijalankan didapati kebanyakan pelajar masih lagi tidak menguasai hukum tajwid dengan baik. 2 orang pelajar hanya dapat menjawab satu soalan dengan betul. Dalam ujian pos didapati bilangan pelajar yang menguasai tajwid telah meningkat setelah kaedah bercerita digunakan. Semua pelajar memperoleh markah melebihi lapan markah.

5.1.2

ANALISIS SOAL SELIDIK

Beberapa instrumen borang soal selidik telah digunakan bagi tujuan mengutip data. Borang tersebut mengandungi tujuh item soalan berkaitan kajian yang dijalankan mengikut skala Likert 4 skor iaitu : 1. 2. 3. 4. Amat tidak setuju Tidak setuju Setuju Sangat setuju

Keputusan hasil dari soal selidik ini telah diringkaskan seperti dalam jadual bawah :

BIL 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.

SENARAI DAPATAN Mahir membaca al-quran Suka belajar tajwid Telah mahir hukum tajwid Sukar memahami hukum tajwid Sukar mengingati huruf-huruf tajwid Mudah mengingati hukum tajwid dengan kaedah cerita Suka belajar tajwid dengan kaedah cerita 1 0 2 3 4 5 0 0 2 3 5 10 9 7 2 2

SKALA 3 14 8 4 3 5 5 3 4 2 4 2 3 2 12 14

Berdasarkan analisis jadual di atas, didapati kebanyakan pelajar lebih mudah mengingati hukum tajwid nun mati dan tanwin dengan menggunakan kaedah bercerita, seterusnya lebih suka untuk memilih belajar tajwid dengan kaedah ini. 5.2 RUMUSAN 1) Kaedah bercerita telah dapat meningkatkan penguasaan pelajar terhadap hukum tajwid nun mati dan tanwin. 2) Kaedah ini juga dapat meningkatkan minat pelajar dalam mempelajari hukum tajwid 3) Keseluruhannya berlaku peningkatan yang ketara dalam pencapaian pelajar.

Kajian Tindakan Panitia Pendidikan Islam

6.0 REFLEKSI KAJIAN 6.1 PENILAIAN DAN PENCAPAIAN PELAJAR Sejak dijalankan pengajaran tajwid menggunakan kaedah bercerita, saya berasa amat gembira dan berpuas hati dengan sikap positif dan minat pelajar-pelajar untuk menguasai bidang tajwid. Mereka dapat menguasia hukum tajwid dengan baik dan sempurna sama ada dari segi teori dan amali. Berlaku peningkatan peratusan penguasaan hukum-hukum tajwid tersebut yang memberangsangkan dalam kalangan para pelajar. Mereka menunjukkan rasa gembira apabila berjaya menjawab soalan-soalan yang dikemukakan dengan mudah dan betul. 6.2 RUMUSAN PEMERHATIAN Saya amat berpuas hati dengan perubahan sikap pelajar yang dapat menguasai hukum nun mati dan tanwin dengan baik. 6.3 PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Progam yang dijalankan ini dapat membantu pelajar-pelajar dalam menguasai hukum tajwid dengan baik dalam Tilawah Al-Quran. Aktiviti permainan memadankan pasangan kalaimah AlQuran dengan hukumnya juga dapat menarik minat para pelajar dan kemahuan mereka untuk menguasai tajwid. Disamping itu, mereka juga dapat menerangkan secara teori kepad rakanrakan di kelas.

7.0 CADANGAN Saya becadang untuk meneruskan kaedah ini kepada keseluruhan tingkatan supaya pelajar dapat menguasai tajwid Al-Quran dengan lebih baik dan dapat menjawab soalan hukum tajwid di dalam peperiksaan dengan betul.

Kajian Tindakan Panitia Pendidikan Islam

Lampiran 1

SOALAN UJIAN PRA PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 5 (HUKUM TAJWID NUN MATI DAN TANWIN)

Nama Tingkatan

: ___________________________________________ : ___________________________________________

ARAHAN : Nyatakan hukum tajwid bagi kalimah Al-Quran berikut.

BIL

SOALAN

JAWAPAN

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

Kajian Tindakan Panitia Pendidikan Islam

Lampiran 2

SOALAN UJIAN POS PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 5 (HUKUM TAJWID NUN MATI DAN TANWIN)

Nama Tingkatan

: ___________________________________________ : ___________________________________________

ARAHAN : Nyatakan hukum tajwid bagi kalimah Al-Quran berikut.

BIL

SOALAN

JAWAPAN

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

Kajian Tindakan Panitia Pendidikan Islam

Lampiran 3

SOAL SELIDIK PENGUASAAN HUKUM TAJWID NUN MATI DAN TANWIN DENGAN KAEDAH BERCERITA

Arahan : Tandakan jawapan yang sesuai bagi penyataan-penyataan berikut mengikut skala yang diberikan iaitu : (1) (2) (3) (4) Amat tidak setuju Tidak setuju Setuju Amat setuju

Bulatkan hanya SATU nombor yang berkaitan.

BIL 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.

KENYATAAN Saya mahir membaca Al-Quran Saya suka belajar tajwid Saya telah mahir hukum tajwid Saya suka mengingatihuruf-huruf tajwid Saya sukar mengingati hukum huruf-huruf tajwid Saya mudah mengingati hukum tajwid dengan kaedah cerita Saya suka belajar tajwid dengan kaedah cerita 1 1 1 1 1 1 1 2 2 2 2 2 2 2

SKALA 3 3 3 3 3 3 3 4 4 4 4 4 4 4

You might also like