You are on page 1of 6

SEKOLAH KEBANGSAAN NANGA TIBU

KERTAS KERJA CADANGAN

PERTANDINGAN NYANYIAN MINGGU BAHASA PERINGKAT SEKOLAH 2013

PENGENALAN

Dalam konteks pendidikan, bahasa Muzik adalah perkara perkara yang berkaitan dengan pengetahuan dan kefahaman tentang elemen muzik, konsep konsep yang berhubung dengan elemen muzik, kosa kata dan istilah. Pengetahuan dan kefahaman tentang perkara tersebut membawa kepada kemahiran membaca, menilai dan menghayati karya muzik. Oleh yang demikan, bersempena dengan Minggu Bahasa yang dijalankan, Panitia Muzik telah menganjurkan Pertandingan Nyanyian bagi menggilap bakat murid dalam bidang nyanyian, menilai kebolehan mereka dalam membaca, menghafal lirik di samping menyematkan nilai menghayati karya karya seni dalam bidang muzik.

OBJEKTIF
1) Untuk mendidik murid supaya dapat menghayati kepelbagaian hasil karya lagu. 2) Untuk mendidik pelajar baru supaya melahirkan perasaan muhibbah melalui penyertaan dan penghayatan lagu lagu. 3) Melahirkan murid yang berjiwa seni 4) Membina suasana perpaduan kepada murid murid sekolah dan seluruh warga SK Nanga Tibu 5) Mengembangkan bakat murid dalam bidang nyanyian 6) Memberikan peluang kepada murid untuk bersaing sesama rakan dan membawa semangat kerjasama

ANJURAN
BAHAGIAN KOKURIKULUM SEKOLAH KEBANGSAAN NANGA TIBU

TARIKH
Tarikh Pelancaran: 13 Mei 2013 Acara Kemuncak : 20 Mei 2013

TEMPAT
2

Dewan Makan SK Nanga Tibu

KERJASAMA
Unit Panitia Bahasa Melayu Unit Panitia Muzik Unit Kokurikulum

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM


Penaung : Encik Jack Kabu Anak Busal ( Guru Besar SK Nanga Tibu )

Pengerusi

1 )En Jackson Seloi Anak Achai ( Penolong Kanan 1) 2) En Ragai Changgan ( Penolong Kanan Kokurikulum )

Penyelaras

En Lindy Provencher Dennis

Setiausaha

En Raynold Tay Liang Yu

Penyelia peserta

Tahap 1 Tahap 2

: En Kemeri Morni : En Lindy Provencher Dennis

Penghakiman

En Dennis Musis

Juri Penghakiman

1. Cik Rosyatima bt Jaafar 2. En Arthur Jupong 3. En Neru Setu

Buku Program

En. Andy Peter

Dokumentasi dan Fotografi : En Winston

Hadiah dan sijil

Puan Hasmizy Bt Hasni Puan Ilyana

Banner

Cik Jeromeh Miki

Tugas-tugas Khas

En Kemeri Morni

BENTUK PROGRAM
Pertandingan terdiri daripada murid tahap dua dan murid darjah 3 sahaja bagi tahap 1.

PERLAKSANAAN

Pertandingan persembahan peringkat saringan akan diadakan pada waktu petang selepas selesai waktu minum petang. Bagi acara kemuncak, hanya 2 orang wakil bagi setiap kelas yang di pilih murid lelaki dan murid perempuan.

Tahap 1 Tahap 2 Jumlah:

: 1 kelas : 3 kelas : 4 kelas

Peringkat akhir akan dipersembahkan pada hari perhimpunan bersempena dengan Hari Guru di Dewan Makan SK Nanga Tibu . Syarat Pertandingan: 1. Terbuka kepada semua murid SK Nanga Tibu 2. Semua murid wajib mewakili kelas masing - masing 3. Lagu yang dipertandingkan seperti:

a) .. b) ... c) .... d) .... e) 4. Masa pertandingan 6-8 minit untuk setiap persembahan 5. Nyanyian adalah dengan iringan muzik

SKEMA PERMARKAHAN
1) Suara 2) Kesepaduan 3) Persembahan

PENUTUP
Dengan perlaksanaan program ini adalah diharapkan dapat melahirkan murid yang berjiwa seni, bertanggungjawab, dan menjadi warganegara yang seimbang daripada segi Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek sejajar dengan matlamat negara dalam membangunkan modal insan yang boleh menyumbangkan kepada pembangunan negara. Selain itu, pertandingan ini dapat mengeratkan perpaduan kaum di sekolah ini selaras dengan konsep 1Malaysia.

Disediakan oleh :

_____________________ ( Lindy Provencher anak Dennis )

Diluluskan oleh,

.............................................. (En Jack Kabu anak Busal) Guru Besar

SK Nanga Tibu, Lubok Antu

You might also like