You are on page 1of 43

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 10

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=10

TAMAR JALIS

Bercakap Dengan Jin


Jilid 10

Isi kandungan dalam jilid ini adalah hasil sumbangan para ahli dari Komuniti SBDJ (http://komunitisbdj..multiply.com dan http://siriceritabercakapdenganjin.blogspot.com) PERHATIAN Anda boleh membaca & menyalin cerita ini dari naskah ini untuk dijadikan koleksi atau bacaan peribadi. Tapi DITEGAH SAMA SEKALI untuk tujuan komersil dan mengaut keuntungan darinya, menjual atau mencetak semula kandungannya tidak kira melalui apa cara sekalipun!

ISI KA DU GA [11 siri]

| Kembali Ke Senarai Jilid

(Jilid 10) SIRI 133 : RAHSIANYA MULA KETARA Oct 11, '10 12:14 PM (Jilid 10) SIRI 134 : LEMBAGA DI TEPI LAUT Oct 11, '10 12:27 PM (Jilid 10) Siri 135 : KAYUH PERAHU DENGAN TANGAN Oct 13, '10 12:23 PM (Jilid 10) : SIRI 136 LELAKI SERBA HITAM Dec 20, '10 12:16 PM (Jilid 10) : SIRI 137 DIBELIT ULAR GHAIB Dec 20, '10 12:49 PM (Jilid 10 ): SIRI 138 ULAR KEPALA BUAYA Dec 20, '10 12:56 PM (Jilid 10) SIRI 139 SELUDUP SENJATA UNTUK PEJUANG Dec 20, '10 12:59 PM (Jilid 10 ): SIRI 140 LAWI AYAM PEMBELAH PERUT Dec 20, '10 1:03 PM (Jilid 10) : SIRI 141 PULAU BERJALAN Dec 20, '10 1:06 PM (Jilid10) Siri 142 GADIS JELITA JILAT DARAH Dec 20, '10 1:09 PM (Jilid 10) Siri 143 CAHAYA MISTERI DARI LAUT Dec 20, '10 1:13 PM CHAPTER LIST

(Jilid 10) SIRI 133 : RAHSIANYA MULA KETARA Oct 11, '10 12:14 PM
by faqir for group komunitisbdj Datuk termenung sejenak. Kemudian dia basuh tangan dan mengakhiri minuman petangnya. Nenek membawa cawan dan piring kosong ke dapur untuk dibersihkan. Datuk mengajak saya duduk di ruang anjung rumah. Datuk minta saya membantunya meraut bilah buluh untuk dibuat lokah. Permintaan

1 of 43

30/12/2010 11:32 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 10

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=10

itu saya tunaikan. "Pada aku dia tidak cakap apa-apa, tiba-tiba dia menghaibkan diri," keluh datuk tanpa merenung ke arah saya, pisau kecil ditangannya terus meraut bilah buluh. "Pelik juga tuk, apa silapnya kita tuk." "Tak ada yang silap tapi...," datuk tidak meneruskan kata-kata. Dia berhenti meraut bilah buluh, keningnya dikedutkan, macam ada sesuatu yang difikirkannya, "tapi Mat Upeh ada beritahu aku yang Haji Yatimi nak pergi ke sebelah utara dan pantai timur. Dia minta Mat Upeh sampaikan berita pada aku, dia juga kirim salam pada kau," sambung datuk dengan wajah tenang. "Buat apa dia ke sana tuk?" soal saya. "Dia memang selalu macam tu, kalau dah datang ke sini, dia mesti ke Kedah, Perlis ke Kelantan dan Terengganu, ramai kawan-kawannya di situ," jelas datuk. "Jangan-jangan dia balik ke kampung halamannya tuk." "Semuanya tu boleh jadi, usah fikirkan tentang dirinya Tamar. Bila kita ke Sumatera kita cari dia. Dunia ini bukannya luas, panjang umur dan diizinkan Allah bertemu juga." "Hum...," saya menghela nafas. Cukup mudah datuk menyelesaikan masalah. Dia tidak mahu membebankan fikirannya dengan kehilangan Haji Yatimi itu. Lebih kurang setengah jam lagi mahu sampai waktu Maghrib, saya dan datuk meninggalkan rumah menuju ke surau. Seperti selalu bila masuk waktu Maghrib, saya disuruh oleh datuk melaungkan azan. Selesai sembahyang Maghrib, sementara menanti waktu Isyak, saya dan datuk bersama penduduk-penduduk kampung mengikut pengajian Tauhid dari seorang guru agama yang datang dari daerah Krian. Guru itu keturunan Banjar yang datuk neneknya berasal dari Kalimantan. Disamping mengajar agama di surau dan masjid, guru tersebut menulis buku-buku agama yang jadi bahan rujukan guru-guru pondok di tanah air, di Patani, di Kemboja (Kampuchia) dan di beberapa kepulauan Indonesia. Buku agama itu dicetak di Pulau Pinang dalam tulisan Jawi lama. Menurut cerita datuk, guru agama itu dilahirkan di Banjamasin tetapi sejak berusia lapan bulan dibawa oleh kedua orang tuanya ke Teluk Medan, dekat Bagan Serai. Bersekolah Melayu di situ dan masuk pengajian pondok di Kelantan. Menghabiskan masa lebih kurang dua tahun menuntut ilmu agama dan belajar bahasa Arab di Makkah dan Madinah. Khabarnya, semasa di bumi Arab Saudi itu, dia berkawan dengan cendiakawan dari Kuala Lumpur iaitu Mohamad Idris Abdul Rauf Al-Marbawi Al-Azhari. Bila pulang ke Bagan Serai, dia dilantik menjadi guru agama di Istana Iskandariah Kuala Kangsar dan pernah berkhidmat di bawah pemerintahan tiga sultan. Bila berhenti, ditauliahkan untuk mengajar agama di masjid-masjid dan surau di seluruh negeri Perak secara percuma. Pengajian Tauhid yang disampaikan secara mudah itu ternyata meninggalkan kesan pada yang hadir malam itu. Semua pertanyaan agama dijawab dengan mudah. Sesuatu yang berkesan di hati saya, bila guru agama itu mengingatkan para jemaah supaya jangan memusuhi orang-orang yang tidak seagama dengan kepercayaan dan kebebasan mereka harus dihormati selagi mereka tidak mengganggu-gugat agama Islam. Setelah menunaikan sembahyang Isyak, para jemaah menikmati hidangan ringan yang disediakan. Kemudian para jemaah bersalaman dengan guru agama yang mahu pulang ke kampungnya dengan kereta Austin Eight hitam yang dipandu oleh cucunya. "Bulan depan saya datang lagi," katanya pada Ketua Kampung sebelum masuk ke kereta. "Kami nanti kedatangan tuan guru." "Terima kasih, dengan izin Allah apa yang saya katakan tu akan jadi," tuan guru terus masuk ke kereta. Setelah memastikan semua tingkap dan pintu surau dikunci, saya pun segera mendapatkan datuk yang menunggu di kaki tangga. "Sudah kunci semuanya, Tamar." "Sudah tuk." Sebelum meninggalkan surau, datuk menghalakan muncung lampu picitnya ke arah pepohon dan hutan kecil yang berada tidak jauh dari surau. LAMPU Cahaya lampu picit itu menangkap sinar mata kucing yang menanti mangsanya di tepi belukar. Saya juga melihat musang melarikan diri dari cahaya lampu picit datuk. Suara cengkerik dan bunyi suara kucing jantan memanggil kucing betina jelas kedengaran. Dedaun terus bergerak disentuh angin malam. "Tamar." Saya menoleh ke kanan, di situ tercegat Haji Yatimi lengkap dengan pakaian hajinya. Datuk segera menghalakan muncung lampu picit ke wajahnya. "Aku terlambat, aku ingat aku sempat berjemaah Isyak dengan orang-orang kampung," tutur Haji Yatimi. "Awak dari mana?" tanya datuk. "Aku dari Kedah, sampai ke Taiping dah petang. Selepas sembahyang Maghrib di Taiping aku naik teksi ke sini. Entah macam mana, teksi yang aku naik buat hal di Batu 10 Terong, itulah yang menyebabkan aku lambat sampai ke sini." "Tak apalah, sudah begitu kehendak Allah," balas datuk.

2 of 43

30/12/2010 11:32 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 10

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=10

Mungkin kerana mahu melakukan amalan waktu malam atau tidak mahu mengganggu rumah orang yang ditumpanginya, Haji Yatimi minta kebenaran datuk untuk bermalam di surau. "Di rumah kita saja," pelawa datuk. "Biarlah di sini saja, itupun kalau dibenarkan." "Mesti boleh, surau milik orang yang mahu beribadat," balas datuk. Ternyata Haji Yatimi berbesar hati atas kerelaan datuk itu. Saya terpaksa menghidupkan lampu surau, membentangkan tikar dan menyediakan bantal (tikar, bantal dan selimut memang disediakan untuk guru agama yang mahu bermalam di surau) untuk Haji Yatimi. "Lepas sembahyang Subuh, aku nak balik ke Solok," sepasang anak mata Haji Yatimi tertumpu ke wajah datuk. "Cepat sangat nak balik, duduklah empat lima bulan di sini," suara datuk parau. "Lain kali aku datang lagi." "Apa yang boleh saya tolong Subuh esok." "Macam selalu." Datuk termenung sejenak, ada sesuatu yang difikirkannya. Datuk renung bebintang di dada langit. Kemudian datuk tatap wajah Haji Yatimi bersama senyuman kepuasan. Keinginan Haji Yatimi sudah dapat dikesan oleh datuk. "Maksudnya, saya tunggu di pantai Teluk Senangin?" "Iya, memang tepat," Haji Yatimi anggukkan kepala. "Kalau kamu datang jemaah, kita sama-sama bertolak dari surau ni. Aku harap kamu tak menghampakan harapan aku." "Insya-Allah, kalau tak ada aral melintang, saya tetap menanti haji. Usahlah bimbang," datuk memberikan kata putus. Saya lihat Haji Yatimi tersenyum riang dengan tenang dia menepuk bahu datuk beberapa kali. "Pulanglah aku nak ambil wuduk," Haji Yatimi menggenggam jari-jemari datuk dengan erat sekali. "Silakan, kalau tak selesa tidur di surau, pintu rumah saya terbuka untuk tuan haji." "Terima kasih, dengan izin Allah, saya selesa di surau. Selamat jalan. Jangan lupa beramal malam dan jangan lupa dengan janji kita." "Insya-Allah, Tuhan beserta kita," nada suara datuk cukup riang. Dan Haji Yatimi pun kami tinggalkan. Semoga amalannya diberkati Allah dan tidurnya lena tidak diganggu mimpi yang menakutkan. Doa hati kecil saya. Sepanjang jalan menuju ke rumah fikiran saya didatangi dengan berbagai-bagai pertanyaan. Kenapa Haji Yatimi mesti pulang ke Sumatera waktu Subuh? Bukankah waktu Subuh itu menyulitkan dengan keadaan hawa yang sejuk, pandangan agak terhad kerana cuaca masih gelap. Mungkinkah ini merupakan syarat-syarat yang mesti dipatuhi oleh Haji Yatimi. Kenapa dia harus merahsiakan kepulangannya dari para jemaah yang lain? "Barangkali ada tetamu datang tuk?" "Tetamu? Mustahil," datuk gelengkan kepala. Sepasang anak matanya tetap tertumpu ke arah pintu rumah yang terdedah. "Ha, lapang dada aku." Saya agak terperanjat mendengar kata-kata datuk itu. Tanpa membuang masa saya tatap wajahnya. Mata datuk tidak berkedip merenung ke arah pintu. Dia memerhatikan gerak-geri nenek yang muncul di muka pintu dari arah sebelah kiri, nenek membawa tepak sirih dan gobek. Sebelum duduk, nenek terlebih dahulu meletakkan golok perak di atas lantai. Bila nenek duduk bersila, golok perak itu berada betul-betul di hujung kepala lutut kanannya. "Bijak nenek kamu, dia bawa senjata untuk keselamatan dirinya," dalam tenang datuk bersuara tetapi, keresahan hatinya masih tergambar di wajah. "Pelik juga, kenapa dia buka pintu dan menunggu di situ, mesti ada sesuatu yang tidak kena," datuk menyambung kata yang terputus. "Agaknya menanti kawan tuk," kata saya. "Tak mungkin, Tamar." "Agaknya dia buat begitu, biar cahaya lampu sampai kehalaman rumah. Tujuannya untuk memudahkan kita pulang." "Pendapat yang tak dapat aku terima, Tamar." "Entah, kenapa nenek buat macam tu, saya pun tak tahu tuk," saya segera mengangkat kedua belah bahu saya sambil menggigit lidah. Perjalanan yang terhenti kami teruskan. "Hai! Kenapa didedahkan pintu, ada janji dengan lelaki lain," jerit datuk sebaik saja berada tidak jauh dari kaki tangga. Saya tahu kata-kata itu merupakan gurauan. Sesungguhnya, begitulah cara datuk mengusik atau bergurau dengan nenek. Bunyinya agak kasar dan keras. Tetapi, dalam kasar dan keras itu teriring kemesraan yang cukup kental. Tidak boleh dihancurkan oleh rasa cemburu melulu, fitnah atau hasutan. Saya lihat nenek terus menerpa ke ambang pintu, berdiri di situ dengan senyuman. "Kalau janji dengan orang lain, bukan begini caranya, disuruh masuk ikut pintu belakang cara sembunyi, hati masih belum berubah," kata nenek lalu disambut dengan ketawa oleh datuk. Saya tersenyum riang. "Jadi kenapa dibuka pintu?" tanya datuk.

3 of 43

30/12/2010 11:32 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 10

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=10

"Masa saya sembahyang ada benda mengacau saya, pintu rumah diketuk berkali-kali kemudian digoncang dengan kuat, sembahyang saya jadi tak khusyuk," terang nenek bersungguh-sungguh. Kata-kata yang dituturkan oleh nenek tidak mendatangkan rasa cemas atau terkejut pada datuk. Dia buat acuh tak acuh saja. Datuk pijak anak tangga dan akhirnya melabuhkan punggung di bendul. "Kamu tunggu apalagi di situ Tamar? Naiklah," dalam sinar lampu gasolin, sepasang biji mata datuk tertumbuk ke wajah saya. Tanpa membuang masa saya terus panjat mata tangga. Melintas di depan datuk dan nenek berhati-hati. Penuh sopan santun. Saya menuju ke ruang dapur. Tudung saji saya buka. Aduh! Makan malam yang disediakan oleh nenek amat menyelerakan. Saya ambil pinggan dan bersedia untuk mengambil nasi. "Tamar." Tangan saya terhenti mahu mengambil nasi. "Tunggu, kita makan sama-sama, mari ke sini dulu," sambung nenek. Dengan wajah kesal, pinggan saya letakkan ketempatnya dan tudung saji terus menutup hidangan. Dengan langkah yang longlai saya segera datang ke bahagian depan rumah. Duduk dekat nenek. Datuk masih lagi bertenggek di bendul. Matanya tetap merenung ke arah halaman rumah. "Tutup pintu Tamar," datuk segera berdiri dan dalam beberapa detik saja dia sudah berada di dalam rumah. Saya segera mematuhi arahannya. Daun pintu saya rapatkan, saya kunci. Kayu palang pintu saya masukkan ketempatnya. Dari segi teguh, memang sudah teguh, tidak mudah dipecahkan dari luar. Itulah kesimpulan yang saya buat terhadap pintu rumah datuk. Saya segera melangkah ke ruang dapur mengikut datuk dan nenek. Sambil melangkah, saya bayangkan keenakkan makan ikan terubuk bakar, cicah air asam. Bawah tudung saji yang saya lihat tadi, memang sudah tersedia ikan terubuk bakar bersama air asam. Malam ini, saya mahu makan sekenyang-kenyangnya, fikir saya sendirian. "Paaaaannnnnnnngggggggg..." Saya segera melompat sambil mencipta langkah silat, menghalakan wajah dan dada ke arah pintu rumah. Saya yakin pintu rumah dipukul dengan kayu dari luar. Datuk menerpa ke arah saya. Tubuh saya dipeluknya. "Kau tak kena apa-apa, Tamar?" "Saya tak apa-apa tuk." "Alhamdulillah, cucuku selamat," datuk berhenti dari memeluk tubuh saya. Datuk pun melangkah untuk memeriksa daun pintu. Setiap inci papan pintu ditelek, diraba dengan teliti. Bila hatinya sudah puas, barulah datuk mendekati saya semula. "Aku sangkakan tadi, rumah kita kena tembak dengan senapang," tutur datuk dengan nada suara yang lemah. Nenek tidak ambil kisah dengan apa yang berlaku di ruang depan. Dia asyik dengan tugasnya di dapur. "Saya pun pada mulanya menyangkakan begitu tuk." "Rumah kita dibaling orang dari luar, Tamar." "Kerja siapa tu tuk?" "Entah." Datuk gelengkan kepala sambil mengerutkan dahi. Tanpa berkata apa-apa, datuk terus menuju ke pintu. Kunci dan kayu penyelak pintu dibuka. Amat mengejutkan bila datuk membuka daun pintu lebar-lebar. PINGGANG Datuk berdiri di tengah-tengah pintu, bercekak pinggang. Dia kelihatan bagaikan seorang pendekar merenung ke halaman rumah. Datuk tarik nafas dalam-dalam seolah-olah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. "Ahhh..." Serentak dengan pekikan itu, saya lihat datuk melompat dan menepis sepotong kayu arang yang dilemparkan kearahnya dari luar. Kayu arang yang ditepis oleh datuk itu terkena dinding lalu terdampar atas lantai. Perlahan-lahan datuk memalingkan mukanya ke kanan melihat kayu arang di lantai. Sinar matanya nampak tajam sekali tetapi, keresahan dan kebimbangannya tidak dapat saya kesan, dibunuh oleh senyuman yang terukir di kelopak bibir datuk. "Buangkan kayu arang tu Tamar." Saya jadi ragu-ragu, sama ada mahu mematuhi arahan datuk itu atau sebaliknya. Saya bimbang kalau kayu arang itu disentuh akan terjadi sesuatu pada diri saya. "Tuk saaayyyaaaaaa...," kata-kata tidak dapat saya teruskan, bila sepasang biji mata datuk menikam wajah saya. Tiba-tiba saja saya jadi resah gelisah tidak menentu. Bila melihat saya teragak-agak dan serba salah, datuk terus menjerit dengan sekuat hatinya. "Jangan banyak dalih lagi, ambil cepat." Jeritan datuk membuat saya melompat dan bagaikan kilat tangan saya menjamah kayu arang. Entah kenapa saya merasa gementar dengan tiba-tiba. Bahu kanan saya terasa lemah, macam ada sesuatu menekan sendi lengan hingga terasa sengal-sengal tulang.

4 of 43

30/12/2010 11:32 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 10

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=10

Rupa-rupanya jeritan datuk sebentar tadi menarik perhatian nenek. Dia bergegas melangkah dari ruang dapur ke ruang tengah. Berdiri di tepi dinding melihat gerak-geri saya dan datuk dengan tenang. "Bawa kemari Tamar." Kayu arang yang panjang lebih kurang satu hasta itu saya serahkan kepada datuk. Buat beberapa saat datuk terus menatap kayu arang itu dari pelbagai sudut. Kerana yakin datuk tidak akan mengeluarkan sebarang arahan untuk saya, cepat-cepat saya beredar dari sisinya mendekati nenek. Perlahan-lahan datuk mengalihkan tubuhnya, wajah dan dadanya dihalakan ke halaman rumah yang dikuasai malam pekat. (bersambung)...

CHAPTER LIST

(Jilid 10) SIRI 134 : LEMBAGA DI TEPI LAUT Oct 11, '10 12:27 PM
by faqir for group komunitisbdj "Yang kamu ambil, kayu arang atau buluh?" tanya nenek kepada saya. "Kayu arang," jawab saya. "Bukan urusan kamu untuk mengetahui semuanya ini, ini urusan aku," kata datuk yang secara tiba-tiba memusingkan badannya ke arah saya dan nenek. Dia bagaikan mengetahui dengan apa yang kami perkatakan. Saya dan nenek berpandangan. Datuk kembali menghadapkan dada dan wajahnya ke halaman rumah. Kayu arang masih ditangannya. Dengan tenang datuk mengangkat kayu arang melepasi kepalanya. "Bukan di sini tempat untuk bergurau. Orang lain boleh diajak main-main. Dengan aku jangan dibuat begitu nanti buruk padahnya, aku tak mencari musuh, pengikut kamu datang jumpa aku dengan niat untuk memisahkan diri dari kamu," tutur datuk dan kayu arang terus dihumbankan keluar. Nenek menarik nafas lemah. Saya menggigit bibir dan timbul persoalan dalam diri saya sendiri. Dengan siapa datuk bercakap? Disaat saya memikirkan perkara tersebut, terdengar suara menyebut nama Khoja Lisut sebanyak tiga kali berturut, semuanya itu kedengaran sayup-sayup, dituruti dengan ketukan di dinding rumah berkali-kali. Datuk masih juga berdiri di ambang pintu, tidak mahu ambil peduli dengan apa yang didengarnya. Sebaik saja bunyi ketukan berhenti, saya terdengar bunyi buah mangga muda berguguran ke bumi akibat pohonnya digoncang bertalu-talu. Pada hemat saya, peristiwa aneh itu terjadi selama lebih kurang lima minit. Setelah itu suasana terasa sepi kembali. "Iblis tu masih belum puas." Datuk bergerak dari tempat dia berdiri. Daun pintu dirapatkan. Kunci dan selak dikenakan kembali. Tiga kali datuk menyapu mukanya dengan telapak tangan kanan. Dimulai dari hujung dagu membawa ke atas, hingga ke hujung dahi. "Benda-benda yang macam itulah yang saya dengar waktu awak belum balik, kalaulah benda itu merupakan manusia atau binatang, saya tetak dengan golok," sambil berkata-kata nenek menggayakannya sekali. Melihat telatah nenek itu, secara spontan saya teringatkan pelakon filem Normadiah yang bertarung dalam filem SEMERAH PADI. Rupanya, saya tidak keseorangan dalam menghadapi kelucuan dari nenek itu. Buktinya, bila saya menoleh ke arah datuk, dia tersenyum sinis. "Sudahlah, memang iblis tidak mahu mengaku kalah, dia selalu mengusik dan menakut-nakutkan kita. Sudahlah," datuk segera menarik tangan saya mengajak ke ruang dapur. Saya segera patuh dengan kemahuannya. "Kenapa dia sebut nama Khoja Lisut tuk?" "Itu menunjukkan yang iblis mahu menguasai Khoja Lisut, mahu memperdayakan Khoja Lisut supaya masuk ke dalam kekuasaannya, walaupun dia tahu Khoja Lisut sudah kembali ke pangkal jalan," demikian datuk menjelaskan kepada saya. Penjelasan itu dapat saya terima. HIDANGAN Semasa menghadapi hidangan makanan nenek mengulangi pertanyaan yang telah saya ajukan kepada datuk. Jawapannya, sama seperti apa yang datuk ucapkan kepada saya sebentar tadi. Nenek pun tidak mengemukakan soalan susulan. Tetapi, dari gerak-geri yang ditunjukkan oleh nenek dia tidak puas hati dengan apa yang datuk tuturkan kepadanya. "Tak puas hati dengan jawapan saya?" datuk menduga. "Tidak." "Kenapa pula?" "Jawapannya macam melepaskan batuk ditangga." "Habis apalagi yang mahu saya terangkan, syaitan hanya berani pada orang yang takut." "Hum...," suara nenek terkulum dan dia terus menyuapkan nasi ke mulutnya. Suasana selanjutnya tidak diganggu oleh sebarang pertanyaan. Kami terus makan dengan tenang hingga selesai. Sebenarnya, hati saya

5 of 43

30/12/2010 11:32 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 10

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=10

ingin mengetahui misteri yang terjadi secara terperinci. Tetapi, saya takut mengemukakan pertanyaan. Takut kena marah dan kena herdik. Macam biasa, bila selesai makan masing-masing membawa diri. Nenek dengan tugasnya di dapur, saya berkubang dalam bilik membelek dan membaca novel-novel ringan dan majalah-majalah lama. Datuk tetap dengan kegemarannya membaca kitab yang ada hubungkaitnya dengan hal-hal keagamaan hingga tertidur. Bila terjaga waktu tengah malam, datuk terus melakukan sembahyang tahajud dan akhirnya mambaca Quran hingga menjelang waktu Subuh. Mungkin kerana kekenyangan atau keletihan saya terus tertidur tanpa memadamkan lampu. Tidur saya yang nyenyak itu berakhir, bila tubuh saya digoncang bertalu-talu. Perlahan-lahan saya bukakan kelopak mata. "Kenapa tuk." "Aku dah sembahyang Subuh, terlupa nak kejutkan kamu." "Iya, saya bangun sekarang." "Cepat mandi dan ambil wuduk," tutur datuk bila melihat saya melangkah agak lambat menuju ke perigi. Memang kalau boleh ingin saya meneruskan tidur. Bila sudah dikejutkan oleh datuk memanglah mustahil untuk saya lanjutkan perbuatan itu. Selalunya, saya menunggu datuk sembahyang tetapi, kali ini datuk terpaksa menunggu saya. Memang terasa lucu bila datuk menunggu cucu. Kerana menyedari diri dalam perhatian datuk, terus saja saya berusaha dengan sebaik mungkin membetulkan pembacaan mengikut hukum tajwid. Bila pembacaan saya tidak betul atau tidak lancar, datuk segera menegur dengan cara yang paling sopan sekali. Datuk batuk kecil berulangkali, bila perkara begitu terjadi fahamlah saya tujuan sebenar datuk. Terus terang saya katakan, apa yang datuk lakukan itu kurang menyenangkan hati saya. Setelah memberi salam, saya menarik nafas kelegaan. Tidak ada sebarang komen dari datuk. Saya pun membuat kesimpulan bahawa pembacaan saya betul, rukun sembahyang lengkap, tidak ada yang salah. Saya pun segera bangun. "Nanti dulu, Tamar." "Kenapa tuk?" "Kenapa kamu tidak berdoa, Tamar?" "Masa dah suntuk tuk, sebelum berdoa mesti berwirid, ini memakan masa tuk, saya tahu tuk nak pergi cepat." "Satu tanggapan yang silap," kata datuk dan saya terus kerutkan kening dalam suasana Subuh yang damai. DETIK Buat beberapa detik, saya dan datuk tidak berkata apa-apa. Kami saling berpandangan dan saya tetap mengharapkan datuk memberi alasan yang kukuh kenapa dia berkata demikian. Dua tiga kali saya lihat datuk menggaru pangkal dagunya. "Nabi Muhammad, pernah berkata berdoalah setelah sembahyang, ertinya setelah memberi salam kita boleh terus berdoa meminta berkat dari Allah yang Maha Besar," tutur datuk dengan tenang. "Tapi biasanya bila kita sembahyang berjemaah, kita berwirid dulu ikut Pak Imam sebelum berdoa," tanya saya. "Perbuatan itu tidak salah, kalau tak mahu ikut Pak Imam berdoa pun tak mengapa, kita berdoa sendiri. Bila kita dah berjemaah eloklah ikut Pak Imam." "Begitu," kata saya lemah. "Macam kamu ni, kalau ada masa memang eloklah kamu berwirid sebelum berdoa, kerana tak cukup masa, kamu terus saja berdoa. Satu perkara yang mesti Tamar..." datuk tidak meneruskan percakapannya, dia gosok pangkal hidungnya berkali-kali. "Apa dia perkara yang tuk nak cakap dengan saya," soal saya tanpa sabar. Hati saya semakin resah, datuk buat tidak kisah dengan pertanyaan saya itu. Dia terus meraba-raba hujung dagunya pula. "Apa dia tuk?" susul saya lagi. "Oh, iya kita cakap fasal apa tadi Tamar?" "Fasal doa tuk." "Iya aku ingat sekarang. Begini Tamar, satu perkara yang mesti tu, maksudnya begini, sebaik-baiknya cuba amalkan selepas sembahyang terus berdoa. Itu perbuatan yang baik, tanda kita berterima kasih pada Allah," begitu lembut nada suara datuk menuturkan kata nasihat. "Saya cuba buat, apa yang tuk suruh," saya lahirkan sebuah ikrar didepannya. Hasil yang saya perolehi, sebuah senyuman terpamer di kelopak bibir datuk. "Bagus Tamar," dengan manja datuk menepuk bahu kanan saya berkali-kali. Gelombang ria beralun dalam danau hati saya. "Engkau tahu Tamar," cetus datuk lagi. "Terlalu banyak nikmat yang kita terima dari Allah, tetapi terlalu sedikit tanda kesyukuran yang kita berikan kepada-Nya." Saya anggukkan kepala, setuju dengan apa yang datuk tuturkan. Dengan ekor mata saya jeling ke wajah datuk. Ternyata wajah datuk nampak hiba penuh keinsafan. Melihat datuk berkeadaan demikian, saya amat terharu. Buat beberapa ketika suasana terasa amat hening sekali. Perlahan-lahan datuk bangun lalu melangkah ke jendela. Daun jendela dibuka, datuk melilhat ke dada langit. Kemudian daun jendela dirapatkan kembali.

6 of 43

30/12/2010 11:32 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 10

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=10

"Sekarang kita berangkat, Tamar." Datuk segera masuk kekamarnya dan keluar dengan pakaian serba hitam. Datuk membalut kepalanya dengan songkok putih. "Nampaknya tuk mahu berjalan jauh?" tanya saya. "Kenapa kamu bercakap begitu Tamar?" "Biasanya, kalau dah pakai serba hitam, mesti ada sesuatu yang mahu tuk buat." Pertanyaan yang saya ajukan itu membuat datuk mengerutkan kening. Dia senyum panjang dengan sepasang mata tajamnya menyorot wajah saya. "Aku tak pergi jauh, aku nak pergi ke Teluk Senangin, menunaikan janji aku dengan Haji Yatimi, memang sudah menjadi kebiasaan aku kalau ke Teluk Senangin mesti berpakaian begini, lebih-lebih lagi bila ada Haji Yatimi," datuk memberi penjelasan. Datuk tidak memberi peluang kepada saya untuk mengemukakan sebarang pertanyaan. Dia menggesa saya supaya menukar pakaian dengan segera, sekiranya saya berhasrat mahu menemaninya ke Teluk Senangin. Tergesa-gesa saya sarung seluar kuning ke tubuh. Rambut saya sikat tanpa membuat jambul di dahi. "Sudah siap Tamar?" "Sudah tuk." "Beritahu nenek, kita nak pergi," Saya segera mendapatkan nenek. Bila saya mendekati datuk semula saya lihat pintu sudah dibuka dan datuk sudahpun berdiri di ambang pintu. "Mari cepat." Saya segera berlari kearahnya lalu turun. Sebaik saja saya berada di halaman, sebelum memulakan langkah saya toleh ke arah pintu rumah. Saya lihat pintu itu tertutup sendiri. Siapa yang menutupnya, barangkali nenek yang melakukannya, saya membuat kesimpulan sendiri. PERJALANAN Saya kepenatan, langkah datuk cukup pantas. Saya harus mengimbangi langkahnya, kalau lambat saya terus ditinggalkan. Akibat langkah yang pantas itu, rasa dingin Subuh bagaikan tidak terasa, seluruh tubuh saya berpeluh dengan cepat. Rasa mengantuk dan lesu terus hilang. Sepanjang perjalanan itu, datuk tidak bercakap, kecuali kalau ada sesuatu maklumat yang mahu disampaikan kepada saya. Biasanya maklumat itu datuk kesan menerusi keadaan alam sekeliling seperti bunyi deru angin, kicau burung dan bunyi geselan dedaun. Andainya bunyi itu agak luar biasa, datuk segera memperingatkan saya supaya berhati-hati. Setelah melintasi sebuah bukit kecil dan belukar yang ditumbuhi pepohon renek, saya dan datuk pun sampai ke kawasan pantai. Deru ombak jelas kedengaran dan angin laut terasa menyentuh kulit muka, agas mula menggigit kulit tubuh yang terdedah. Saya dan datuk rapat ke gigi pantai. Serentak kami merenung ke arah sebuah teluk yang berada di bahagian utara pantai. "Macam ada orang disitu, tuk." "Iya, aku juga nampak begitu," nada suara datuk agak lemah. Matanya tidak berkedip melihat ke arah sekujur tubuh manusia yang berpakaian serba putih sambil memeluk tubuh. Wajahnya dihadapkan ke arah laut lepas. Angin laut yang bertiup agak kencang membuat tubuh saya kedinginan. "Kita ke situ Tamar." Saya keberatan untuk memulakan langkah. Saya masih ragu-ragu apakah lembaga putih yang kelihatan samar-samar di hujung teluk itu manusia atau sebaliknya. "Tuk yakin itu Haji Yatimi." "Iya, aku yakin tapi...," datuk tidak meneruskan kata-kata. Dia agak keberatan untuk memulakan langkah pertama, dahinya nampak berkedut dan dari raut wajahnya, saya yakin datuk sedang berperang dengan perasaannya sendiri. Datuk renung muka saya sambil berkata: "Haji Yatimi jarang berpakaian serba putih. Ah! Walau macammana pun mari kita tengok." "Tapi tuk." "Tak usah banyak tapi lagi, mari ikut aku. Kita bukan nak cari musuh. Kalau Haji Yatimi kita bersyukur pada Allah, kalau bukan kita minta maaf saja pada yang terbabit." Saya masih keberatan, kaki terasa amat berat untuk mengatur langkah. Hati pula mengelabah tidak menentu. Melihat saya tidak memperlihatkan sebarang reaksi, datuk segera memegang pergelangan tangan kanan saya. "Mari Tamar." Saya tidak dapat berbuat apa-apa, melainkan mengikut saja perintah dengan rela. Bila datuk sudah yakin yang saya tidak akan kemana-mana, barulah pergelangan tangan saya dilepaskan. Saya tidak dapat berjalan dengan pantas atas pasir pantai, seringkali kaki saya terpijak dahan dan ranting kering. Ada kalanya saya tersasul memijak pasir pantai yang berair, akibatnya kaki dan selipar saya terbenam dalam pasir. Kesukaran yang dihadapi terpaksa ditanggung sendiri. Tidak ada gunanya mengeluh atau mengadu kepada datuk. Dia bukan simpati dengan apa yang dialami, malah tanpa usul periksa dia terus mengherdik saya. Daripada kena tengking lebih baik tanggung susah.

7 of 43

30/12/2010 11:32 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 10

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=10

Lebih kurang dalam jarak dua rantai mahu sampai ke kawasan teluk tersebut, saya dapati manusia yang berpakaian serba putih sudah ghaib entah kemana. "Tuk, benda tu dah hilang." "Tidak, masih ada disitu." "Saya tak nampak tuk," tutur saya cemas. "Aku nampak dia masih disitu." Saya terdiam dan menarik nafas panjang. Dua tiga kali saya gosok kelopak mata. Hasilnya tetap sama, manusia berpakaian serba putih memang tidak ada disitu. Ternyata penglihatan saya dengan datuk berbeza. "Tamar, kita tunggu di sini," kata datuk. "Baiklah tuk." Saya terus duduk atas batang kelapa tumbang yang bahagian hujung pucuknya terendam dalam laut. Di kaki langit, saya melihat ada warna kemerah-merahan yang membawa alamat, tidak lama lagi matahari akan muncul. Saya merenung ke tengah laut yang dikuasai kabus nipis. "Orang tadi ke mana perginya tuk." "Entah aku tak tahu, lagi pun bukan urusan kita nak mencarinya. Kita tak ada urusan dengannya, kalau dia nak berurusan dengan kita, dia datanglah jumpa kita." "Hum..." kata saya pendek. Saya jadi bingung dengan tindak-tanduk datuk itu. Dia bercakap macam orang bodoh. Sebentar tadi dia mengatakan orang berpakaian putih itu ada di situ. Tetapi, sekarang lain pula cakap, seolah-olah lembaga yang kelihatan berpakaian putih itu adalah makhluk asing. Dengan tiba-tiba saya bulu tengkuk saya meremang. Saya jadi cemas dan takut. KANAN "Assalamualaikum..." Saya segera menoleh ke kanan, ke arah suara itu datang. Apa yang saya lihat ialah sekujur tubuh Haji Yatimi berdiri di bahagian pangkal perdu kelapa yang tumbang. Dia membalut tubuhnya dengan jubah warna hijau, serbannya juga berwarna hijau. Haji Yatimi menghadiahkan senyum kepada saya. Senyuman itu segera saya balas. Haji Yatimi mengalihkan pandangannya kearah datuk. Mereka bertukar senyum, bersalaman dan berpelukan. "Dah lama sampai?" "Baru, ada kira-kira lima minit." "Saya terlambat kali ini, selalunya saya menanti awak tetapi, kali ini terbalik pula, awak menanti saya," Haji Yatimi mengakhiri kata-katanya dengan ketawa kecil. Datuk juga turut ketawa, saya masih lagi merenung ke arah ombak yang memukul pantai, iramanya amat menyenangkan hati saya. Tiba-tiba saya terfikir, bagaimana Haji Yatimi mahu memijak bumi Pulau Sumatera, bagaimana dia mahu menyeberangi Selat Melaka tanpa kapal atau perahu. Mungkin dia berenang? Itu perbuatan yang mustahil. Haji Yatimi pasti tidak mampu melawan ombak. Barangkali Haji Yatimi mampu berjalan atas ombak? Macam-macam yang timbul dalam kotak fikiran saya. "Tolong saya tolak perahu," kata Haji Yatimi kepada datuk. "Boleh, dimana awak sembunyikan perahu awak," soal datuk dengan nada suara yang tenang. "Di sana, mari ikut saya." Datuk terus mengekori langkah Haji Yatimi menuju ke arah rumpun kecil. Haji Yatimi dan datuk segera menguak dedahan dan dedaunan rimbunan pepokok kecil. Mereka menarik perahu atas dada pasir dan akhirnya menolak ke laut. Saya segera berlari mendekati perahu yang terumbang-ambing dimain gelombang. "Dengan perahu ni nak balik ke Solok," tanya saya kepada Haji Yatimi. "Iya, kenapa Tamar." Saya teliti perahu itu dari pelbagai sudut. Saya kurang percaya dan yakin dengan perahu sekecil itu, Haji Yatimi boleh menyeberangi Selat Melaka. Lagipun keadaan papan perahu sudah lapuk, bila dipukul ombak kencang boleh pecah. Paling mengejutkan saya ialah pendayung perahu dibuat dari batang nipah. "Dengan perahu ni nak balik ke Solok?" saya renung muka Haji Yatimi. Dia tersenyum dan terus menepuk bahu saya beberapa kali. "Iya, kenapa Tamar." "Saya tak yakin." "Kamu ni, kenapa cepat bercakap macam tu, aku sudah berbelas kali berulang-alik dari Solok ke sini dengan perahu ni. Kalau sudah janji aku dengan Allah, mahu mati karam di laut, aku terima saja. Bukankah kita ni hamba-Nya, kita berusaha dengan sedaya upaya, yakin dengan kebesaran-Nya dan kepada-Nya kita minta tolong," begitu bersemangat Haji Yatimi menuturkan kata-kata kepada saya. "Kau faham apa yang tuan haji katakan kepada kamu," susul datuk sambil merenung batang hidung saya dengan tajam. Saya segera anggukkan kepala.

8 of 43

30/12/2010 11:32 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 10

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=10

(bersambung)...

CHAPTER LIST

(Jilid 10) Siri 135 : KAYUH PERAHU DENGAN TANGAN Oct 13, '10 12:23 PM
by fatin for group komunitisbdj Rupa-rupanya dengan anggukkan kepala yang saya lakukan itu ternyata tidak memuaskan hati datuk, lalu dia bertanya bertanya: "Kamu faham dengan apa yang tuan haji katakan tu, Tamar?" "Saya faham tuk," suara saya meninggi sambil menjeling ke arah Haji Yatimi. Dia tersenyum panjang. Mungkin dia berasa lucu dengan telatah saya itu. "Kalau begitu, biar aku beredar sekarang," kata Haji Yatimi dengan wajah yang tenang. Datuk agak terkejut dengan pengumuman yang dibuat oleh Haji Yatimi itu. "Sekarang?" Datuk minta kepastian. "Iya, sebelum matahari terbit aku mesti meninggalkan tempat ini, kalau lambat macam-macam boleh terjadi," jelas Haji Yatimi. Datuk tunduk membisu, tidak ada sebarang pertanyaan yang keluar dari mulutnya. Saya renung ke dada langit, saya lihat ada kerdipan bintang yang kurang jelas di sebalik awan. Langit tetap biru. Deru ombak terus menyanyi bebuih terapung dan terkandas di gigi pantai. Dalam kedinginan itu saya menarik nafas lalu mengubah pandangan , merenung dada laut yang berkabus. "Masa datang ke sini tadi, ada kamu nampak apa-apa?" Haji Yatimi tatap seluruh wajah datuk dengan sinar mata yang lembut. Datuk telan air liur, dia merenung ke gigi pantai macam ada sesuatu yang difikirkannya. "Ada apa-apa yang kamu nampak?" Ulang Haji Yatimi lagi. "Macam biasalah, Haji." "Apa yang kamu buat dengan semuanya tu?" " Saya buat macam biasa, saya buat tak kisah," jawab datuk dengan senyum. Dialog antara Haji Yatimi dengan datuk membuat hati saya menjadi resah. Macam ada sesuatu yang tidak kena saya rasakan , macam ada rahsia yang mahu mereka sembunyikan dari pengetahuan saya. Dan saya kira perbuatan mereka yang tidak mahu bercakap dengan jujur dan ikhlas itu, adalah perbuatan yang tidak baik. Saya harus memprotes sikap itu, saya harus memaksa mereka dengan cara yang sopan untuk menerangkan keadaan yang sebenar pada saya. Kalau saya tidak berterus-terang, perasaan saya akan tertekan dan saya akan sentiasa curiga dengan Haji Yatimi dan datuk. Saya harus bertindak demikian dalam masa yang pendek saya membuat keputusan yang amat berani dan mengejutkan. "Oh, kalau begitu, tuk sudah tahu. Patutlah tuk tak cemas bila saya cakap tentang lembaga putih tadi," saya keluarkan apa yang ada di dalam hati saya. Datuk dan Haji Yatimi berpandangan. "Kamu tak usah tahu tentang hal tu," nada datuk seperti memujuk. Haji Yatimi menggigit bibir, matanya tetap merenung ke arah laut lepas. "Datuk mahu sembunyi rahsia dengan saya?" Tidak ada jawapan yang saya terima dari datuk. "Ada pantang-larangnya yang membuat tuk mesti berahsia dengan saya. Tuk mesti terangkan, kalau tidak saya tak puas hati," saya mengugut secara terhormat. Saya lihat datuk berada dalam keadaan serba salah. Dua tiga kali Haji Yatimi meraba-raba pangkal lehernya. Dia tepuk bahu datuk, seolah-olah suruh bertenang. "Biar aku jawab boleh tak ,Tamar?" tanya Haji Yatimi. "Saya tak kira siapa yang nak jawab," "Baiklah Tamar, sebenarnya kami sendiri tak tahu dari mana lembaga tu datang. Setiap kali aku dengan datuk kamu ke sini, lembaga tu tetap datang, naik pening kami memikirkannya. Akhirnya kami buat tak kisah," Haji Yatimi cuba membunuh keraguan yang bergayut di jantung hati saya. "Walau macam mana pun, lembaga putih tu tak pernah mengganggu kami," sahut datuk. "Kami pun tak pernah mengusiknya, dia dan kita sama-sama menumpang di bumi Allah. Dia dengan jalannya dan kita dengan cara kita, pokoknya dia juga hamba Allah macam kita, masih ada batas, ada sempadan untuk dipelihara," Haji Yatimi memberi ceramah pendek yang tidak membosankan. Datuk hanya melihat tanpa berkata apa-apa, bila melihat Haji Yatimi menukarkan serban hijau dengan serban putih. Haji Yatimi berdiri tegak sambil memeluk tubuh, mukanya dihadapkan ke dada laut. Sepasang anak matanya merenung tajam ke arah ombak yang bergulung menuju pantai. Renungan Haji Yatimi bagaikan sampai ke dasar laut. "Dengan izin Allah tidak ada bahaya menanti," perlahan-lahan Haji Yatimi alihkan pandangan ke wajah datuk. Saya lihat datuk mengangguk. Haji Yatimi menadah kedua belah telapak tangannya ke langit. Dia berdoa memohon restu dari Allah. Saya tidak

9 of 43

30/12/2010 11:32 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 10

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=10

menumpukan sepenuh perhatian kepada pergerakan Haji Yatimi, saya lebih senang melihat cahaya merah di kaki langit. OMBAK Cahaya merah bagaikan memukul permukaan ombak yang bergerak selari menuju pantai sambil membiaskan warna keemasan berkilaukilauan di dada laut, keindahannya tidak dapat digambarkan. Kalau saya seorang penyair mungkin keindahan itu dapat saya terapkan dalam bait-bait sajak. Tetapi, apakan daya, saya saya bukan seorang seniman. Daya kreatif dan khayalan saya tidak sekuat mana. "Bismillah..." Bagaikan kilat saya melihat ke arah Haji Yatimi . Dia membuka langkah sulung menuju ke perahu. Dengan tenang dia meranduk air laut hingga hujung jubahnya diresapi air. "Doakan perjalanan saya selamat." Haji Yatimi terus duduk di tengah perahu. Datuk hulurkan batang nipah kepadanya. "Terima kasih." Dengan tenang Haji Yatimi menyambutnya. Dua tiga kali dia menguji dayung ke air. "Rasanya kali ini dayung tak berguna untuk sepanjang perjalanan, saya nak gunakan sekejap saja," tutur Haji Yatimi sambil meletakkan kembali dayung atas perahu. Mendengar cakap Haji Yatimi itu, datuk terus anggukkan kepala. Tetapi, saya menarik nafas panjang kerana kata-kata yang dihamburkan oleh Haji Yatimi tidak logik. Menurut Haji Yatimi dia akan menggunakan dayung tersebut untuk tempoh yang sekejap saja, selepas itu dia menggunakan apa untuk menggerakkan perahunya? Ingin saya tanyakan hal itu kepadanya tetapi, hati terasa berat, mulut bagaikan terasa bisu. "Saya nak gunakan dayung ni, bila dah dekat dengan pantai Sumatera. Masa di tengah laut dayung ni memang tidak ada manfaatnya," Haji Yatimi merenung dayung batang nipah, kemudian merenung ke arah datuk. "Jadi, tuan haji gunakan apa?" Tanya datuk. "Saya gunakan ini," Haji Yatimi mengembangkan telapak tangannya ke arah datuk. Dada saya berdebar dan cemas, barangkali rakan karib datuk ini mahu bergurau, fikir saya. Kalau menggunakan telapak tangan sebagai dayung, alamat kawan karib datuk mati kering di tengah Selat Melaka. Dalam diam-diam hati kecil saya membuat andaian, lalu saya bayangkan sebuah perahu membawa mayat manusia terumbang-ambing di tengah laut. Lama-kelamaan mayat itu terus kering dan reput dalam perahu. "Kalau janji aku aku dengan Allah belum tiba waktunya, aku tak akan mati di tengah laut." Saya terkejut dengan kata-kata yang Haji Yatimi ungkapkan itu. Dia bagaikan mengetahui apa yang bergolak di dalam dada saya. Lebih mendebarkan hati saya bila sepasang matanya di arahkan ke wajah saya. "Minta tolong tolakkan perahu aku ke tengah sikit, hai orang muda," dengan senyum Haji Yatimi meminta bantuan saya. Dan saya tidak keberatan melakukannya. Dengan segala daya saya dorong perahu. Tetapi, perahu tidak juga berganjak walaupun seinci. Tiga kali saya dorong, tiga kali saya mengalami kegagalan. Hati saya jadi sakit, bila saya lihat Haji Yatimi mengetawakan saya dan datuk tersenyum panjang. Haji Yatimi terus berdiri. "Kamu tidak mulakan pekerjaan dengan bismillah, kamu tidak meminta pertolongan dari-NYA," tutur Haji Yatimi sambil membetulkan hujung serbannya yang terdampar atas sayap bahunya. Datuk terus anggukkan kepala. "Mari kita sama-sama menolaknya," kata datuk. Kepalang gembira hati saya mendengar pengakuan datuk itu. Serentak saya dan datuk membaca Bismillah....dan terus menolak perahu. Hasilnya perahu bergerak ke kawasan air yang dalam. Haji Yatimi tetap berdiri di tengah perahu sambil mengimbangi badannya agar tidak jatuh. Dia angkat tangan kanan separas bahu dihalakan ke haluan perahu. Bila tangan kanannya itu digerakkan ke kanan, haluan perahu pun bergerak perlahan-lahan ke kanan lalu menghala ke tengah laut(ke Sumatera) angin yang bertiup menggerakkan serban dan jubahnya, sekali pandangan macam kain kapal layar. "Doakan perjalananku selamat." "Allah bersama Haji Yatimi, perjalanan haji semoga selamat. Sampaikan salam saya kepada sahabat dan keluarga haji di Solok," kata datuk. "Insya-Allah, selamat tinggal," suara Haji Yatimi lantang. Saya lihat Haji Yatimi duduk di tengah perahu. Kedua belah telapak tangannya dijadikan dayung menguak ombak. BUNYI Pada saat itu juga saya terdengar bunyi desiran angin dari arah daratan menghala ke laut. Haji Yatimi menguak air laut dengan kedua belah telapak tangannya ,tiba-tiba saya lihat perahu meluncur dengan lajunya ke tengah laut lepas dan Haji Yatimi tidak lagi menguak air laut. Dalam sekelip mata saja, Haji Yatimi dan perahu lesap dari penglihatan. Saya bagaikan tidak percaya dengan apa yang saya hadapi, dua tiga kali, kelopak mata saya gosok. "Jangan terkejut dengan semuanya ni, semuanya terjadi dengan izin Allah, permintaannya diperkenankan Allah," datuk terus menepuk bahu saya.

10 of 43

30/12/2010 11:32 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 10

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=10

"Menakjubkan tuk." "Itu perkara biasa, aku selalu melihatnya, itulah sebabnya aku ajak kamu ke sini, biar kamu lihat dengan mata kepala kamu, betapa hebatnya amalan yang dibuat oleh Haji Yatimi. Semuanya berpunca dari keikhlasan. Dia beramal dengna ikhlas dia mohon sesuatu pada Allah dengan ikhlas untuk kebaikan bukannya untuk kejahatan," lanjut datuk lagi. Dan saya tidak kuasa untuk memberi sebarang komen dengan apa yang datuk ucapkan. Datuk dan saya meninggalkan kawasan Teluk Senangin. Matahari mula menyebarkan sinarnya yang lembut kepada air lembut di hujung dedaun, sentuhan sinar matahari membangkitkan cahaya kemilau di hujung dedaun. Beburung mula berterbangan sambil berkicau riang, bunyi suara ungka dan monyet kian perlahan. Langkah datuk kian rancak. Saya dongak ke langit melihat awan langit yang putih bersih. "Tuk tak mandi embun?" " Nanti sampai rumah, aku tukar pakaian lain," " Pakaian yang tuk pakai ni tak boleh mandi embun," "Ah, kamu ni banyak cakaplah Tamar." Saya menelan air liur. Dan saya berazam tidak mahu bertanya apa-apa dengan datuk sehingga sampai ke rumah. Bagi menghilangkan rasa bosan, saya memperlahankan langkah hingga jarak saya dengan datuk berada jauh. Saya bersiul-siul kecil membawakan lagu yang cukup 'top' pada saat itu, lagu HITAM MANIS dendangan biduan R. Azmi. Sayup-sayup saya terdengar bunyi suara orang bercakap dalam jumlah antara tiga hingga lima orang. Datuk angkat tangan kanan memberi isyarat kepada saya supaya berhati-hati. Dari arah yang bertentangan muncul beberapa orang kampung yang dikepalai oleh Mat Upeh. "Mahu ke mana kamu semua?" Tanya datuk. "Kami nak ke Teluk Senangin," jawab Mat Upeh. "Nak buat apa?" "Nak menghantar Haji Yatimi ke Sumatera, kami bawa pisang, keladi dan beras huma untuk dibawa ke sana," jawab Shamsuddin Silong, keturunan dari Kampar, Sumatera yang sudah lama bermustautin di kampung saya. Datuk senyum dan ketawa panjang. Perbuatan datuk itu, tentu saja mengejutkan kawan-kawan Mat Upeh. "Kenapa ketawakan kami," tanya mereka serentak. "Haji Yatimi bukan datang dengan tongkang, kalau dia datang dengan tongkang barangkali semua barang-barang yang hendak kamu berikan kepadanya boleh dibawa." "Habis datang dengan siapa?" Tanya mereka lagi. "Dia datang dengan perahu kolek," Mendengar kata-kata datuk itu, kawan-kawan Mat Upeh berpandangan sama sendiri. Rasa kecewa terbayang di wajah mereka. "Dia tahu kamu semua ni, nak bagi barang-barang kepadanya," risik datuk lagi. "Tidak, kalau kami berterus-terang nak bgi kepadanya, tentu dia menolak, bila kami dapat tahu dia nak bertolak ke Sumatera dari Teluk Senangin, kami pun buat rancangan mengejut ni," terang Shamsuddin. "Sudahlah, lupakan semuanya. Bawalah barang-barang ni balik," tutur datuk lalu meneruskan perjalanan. Mat Upeh dan kawan-kawannya berpisah dengan saya dan datuk. Masing-masing dengan haluan sendiri. Dan matahari kian meninggi, badan mula terasa panas dan berpeluh. Sebaik saja kami sampai di rumah nenek sudah menanti dengan sarapan pagi. Tetapi datuk tidak menjamah makanan dan minum iar kopi. Dia melakukan senaman dan mandi air embun . Bila semuanya itu selesai barulah dia bersarapan pagi. AMANAH Sudah sebulan lebih Haji Yatimi pulang ke Solok. Tidak ada khabar berita yang datuk peroleh darinya. Hubungan kami dengannya bagaikan terputus. Tetapi, apa yang saya lihat dan alami tetap menjadi rahsia diri. Tidak saya ceritakan kepada sesiapa pun. Demi menjaga amanah datuk. Masa terus berlalu, ingatan saya terhadap Haji Yatimi kian tumpul. Begitu juga apa yang diperlihatkan oleh Haji Yatimi di Pantai Teluk Senangin, makin kurang bermain di kotak fikiran saya. Adakalanya lupa terus. Mungkin semuanya ini, berpunca dari datuk yang selalu mengingatkan saya supaya jangan taksub(fanatik) terhadap Haji Yatimi. Kata datuk, bila kita terlalu taksub pada seseorang, mungkin membawa kecelakaan pada diri sendiri. Boleh menumpulkan mata hati dan fikiran, kerana kita terlalu memuja tokoh yang dikagumi. Apa yang dibuatnya semua baik belaka.Sesungguhnya, Islam melarang perbuatan memuja seseorang. "Perbuatan begitu termasuk dalam syirik kecil. Aku harap kamu tidak terjumlah dalam golongan tersebut," kata-kata yang diungkapkan oleh datuk itu selalu bermain dalam tempurung kepala saya. Jika ada kawan-kawan yang mula memperlihatkan unsur-unsur fanatik terhadap seseorang pemimpin atau tokoh masyarakat, kata-kata datuk itu segera saya sampaikan kepada mereka. Tidak semua kawan-kawan menelan begitu saja dengan apa yang saya tuturkan itu.Mereka berdebat dan berbahas. Bagi

11 of 43

30/12/2010 11:32 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 10

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=10

mempertahankan kata-kata datuk itu, saya terpaksa berhujah dengan mereka. Saya terpaksa membuat rujukan dengan membaca kitab, bertanya pada orang yang lebih pandai dalam selok-belok agama. Kalau perlu, saya terpaksa mencari hadis sahih serta mencari tafsiran al-Quran. Tanpa disedari, perbuatan saya bersama kawan-kawan yang suka berdebat dan berbahas untuk mencari kebenaran itu, menimbulkan minat yang sungguh tinggi dalam diri kami untuk mencari ilmu. Biasanya, perdebatan kami lakukan di dalam masjid atau surau. Kami mula jadi ulat buku terutama buku-buku agama dan falsafah Islam yang menyangkut bidang ekonomi, undang-undang dan sebagainya. Kedai buku yang sering kami kunjungi ialah AL-ZAINIAH di bandar Taiping. Pada masa itu, buku pengetahuan tentang Islam yang ditulis dalam bahasa Malaysia agak berkurangan. Malah boleh dikatakan tidak ada langsung. Saya dan kawan-kawan terpaksa mencari buku terjemahan dalam bahasa Indonesia dan Inggeris. Selalunya, bahasa Indonesia yang lebih kami utamakan, secara kebetulan di kalangan kami hanya beberapa orang saja yang dapat menguasai bahasa Inggeris dengan baik. Mereka itu terdiri dari para pelajar yang bakal menjadi mahasiswa Universiti Malaya (yang pada masa itu bertempat di Singapura) sebahagian dari kawan-kawan saya itu kini, ada yang menjadi orang politik, tokoh agama malah ada yang masih belajar di luar negara. Hasil dari suka berdebat untuk mencari kebenaran dan rajin membaca buku pengetahuan, saya rasa minda saya makin luas dan matang. Tidak suka bercakap sebarangan dan mendengar sembang atau borak kosong. Saya semakin menjauhkan diri dari dari majalah yang bercorak hiburan. Saya lebih suka menghabiskan masa berjam-jam dalam bilik membaca buku agama dan pengetahuan. Saya beruntung kali ini, nenek tidak begitu kisah sangat tentang diri saya. Nenek tidak peduli sama ada saya turun ke sungai melihat atau menahan lokah. Nenek tidak ambil tahu sama ada saya pergi ke kaki gunung atau bukit melihat jerat pelanduk. Nenek tidak menegur saya, kalau saya pergi ke kebun pisang pada sebelah petang saja. "Kamu sekarang jadi raja, bebas dan merdeka. Bila datuk kamu balik, barulah kamu tahu untung nasib kamu," usik nenek di suatu petang, semasa dia melihat saya terbaring di katil sambil membaca buku. SAMBUT Usikan nenek itu saya sambut dengan senyum sinis yang panjang. Saya segera bangun dan terus letak buku atas tilam. Tanpa dipelawa nenek terus duduk di sisi. Dengan cara bersahaja dia menatap wajah saya. "Buku apa kau baca Tamar?" "Buku tentang kejayaan dan kejatuhan para khalifah Islam." "Tulisan orang putih?" Biji mata nenek terbeliak merenung tulisan rumi di bahagian kulit belakang buku. Saya menggigit bibir, sebuah penjelasan yang jitu harus dikhabarkan kepada nenek yang buta huruf. (bersambung)...

CHAPTER LIST

(Jilid 10) : SIRI 136 LELAKI SERBA HITAM Dec 20, '10 12:16 PM
by adi for group komunitisbdj Dalam hidupnya, nenek hanya mengenal huruf-huruf Arab dan tulisan jawi. Dia menegenal Alif, Ba, Ta, sampai habis. Dia tidak boleh mengeja huruf-huruf tetapi dia boleh membaca muqaddam dan Quran. "Ganjil, macam mana kisah orang-orang Islam, orang putih yang tulis," sambung nenek lagi seperti merungut. Di wajahnya terpamer rasa taksub yang amat sangat. "Bukan tulisan orang putih nek, tulisan rumi dalam bahasa Indonesia, terjemahan dari bahasa Arab." jelas saya. "Hum! begitu, " nenek angguk kepala. Wajahnya nampak aman. Buat beberapa saat saya dan nenek tidak berkata apa-apa. Kami merelakan suara kicau burung murni memukul gegendang telinga kami. Serentak saya dan nenek merenung ke arah pepohon yang kaku di halaman rumah. Matahari petang terus bersinar lembut. "Datuk kemana nek? Dalam diam-diam dia menghilangkan diri," saya mengajukan pertanyaan. Nenek terus membisu, matanya masih tertumpu di halaman rumah menerusi jendela yang tersedah. Saya jadi resah, bila nenek bersikap demikian. Saya jadi serba salah. "Datuk ke mana nek ?" Ulang saya lagi. "Hai! Dia tak bagi tahu kamu, kemana dia nak pergi?" saya gelengkan perlahan-lahan. "Orang tua itu memang pelik, makin tua makin berahsia dengan bini dan cucu," nenek seperti merungut. Geli hati saya melihat telatah nenek. Di depan datuk tidak berani protes, di belakang datuk bukan main lagi. Kepalang berani. "Dia kemana nek?" Saya merayu. "Kemana lagi, kalau tidak berjumpa kaum kerabat dan handai taulannya, maklumlah dia nak balik ke tanah nenek moyangnya, bukan apa tu, nak bawa pesan," nenek menjuihkan bibir bawahnya. Dia mencemek datuk. Saya segera menutup bibir mulut denga kedua belah tapak tangan, agar senyum saya tidak dapat dikesan oleh nenek. Dari kata-kata yang nenek luahkan itu, saya dapat mengesan ke mana datu pergi. Sudah pasti datuk pergi ke Tronoh, Seputih, ke Chemor, ke Kampung Kerinci, ke Kampung Abdullah Hukum yang terletak di kawasan Kuala Lumpur.

12 of 43

30/12/2010 11:32 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 10

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=10

Dari situ datuk berangkat ke Kajang, ke Temerloh dan beberapa tempat lain yang ramai didiami oleh orang-orang dari Negeri Jambi yang terdiri dari daerah Kerinci, Panai, Bilah, Rawa, Salok, Mendailing dan sebagainya. Datuk pernah menyatakan kepada saya dia menganggap orang-orang dari tanah Jambi sebagai saudara sekeluarga, seagama, serumpun bangsa, seadat budaya. Orang Jambi dan orang Melayu, Semenanjung ridak ada bezanya, masih serumpun dan seagama. Cuma orang Belanda dan Inggeris yang membuatkan yang membuatkan bangsa serumpun terpisah. Kinsep datuk itu selari dengan semangat Melayu Raya yang jadi teras perjuangan tokoh-tokoh politik Melayu ketika itu. "Dah dekat dua bulan datuk kamu tinggalkan kita," cetus nenek lalu membunuh angan-angan yang merewang dalam kepala saya. "Iya, selalunya bila kemana-mana dia ajak saya, kali ini dia tak ajak pula." "Iya juga cakap kamu Tamar, entah aku tak tahu," nenek kerutkan dahinya, "aku yakin esok lusa dia baliklah tu, dia bagitahu aku dia nak ke Jambi hujung bulan ni, dia suruh aku buat bekal daging ayam," tambah nenek lagi, kali ini wajahnya agak bercahaya. Matanya tadi kelihatan redup, kini nampak bersinar. "Kalau dia balik hari ini, lagi baik nek," ungkap saya keriangan. Nenek terus ukir senyum. Leher saya tegakkan, pura-pura merenung ke jalan kecil yang menuju ke rumah, menerusi jendela. Nenek gelengkan kepala. "Kamu rindukan datuk kamu." "Sudah tentu, nenek macam mana?" "Nenek pun begitu." Kami pun berbalas senyum. Kemesraan terasa cukup erat dalam hati sanubari saya. Dengan mendadak nenek terus bangun, tanpa berkata apa-apa dia terus meninggalkan saya sendirian di kamar. Nenek terus ke dapur dan saya menyambung pembacaan yang tergendala. Baru tiga empat para dibaca, saya mula menguap dan kelopak mata mula terasa memberat. Bagi menghilang rasa mengantuk itu, saya terus bangun menuju ke dapur. Aduh! Saya gembira sekali, waktu memasuki ruang dapur, saya sudah terhidu bau bubur merah dan kopi O yang amat menyelerakan. Saya berdiri di antara ruang pemisah bahagian dapur dengan bahagian tengah. "Kenapa tercegat disitu ? Kalau teringin sila masuk," pelawa nenek bersama senyum. " Ha! Memang itu yang dinantikan," sahut saya sambil mempercepatkan langkah, lalu duduk bersila menghadapi mangkuk bubur merah dan cawan kopi O yang permukaannya berasap nipis. Tanpa menanti perintah, saya terus menghirup kopi panas. Ahai! Panasnya terasa menjalar dalam tali perut. Sesak nafas juga saya dibuatnya. Kelakuan tidak senonoh saya jadi bahan ketawa nenek. "Kamu gelojoh sangat, kenapa tak nanti sejuk. Bersabarlah sikit, hidangan dah depan mata." "Saya tersilap nek." "Manusia ni, kalau selalu melakukan kesilapan dan tidak pula mahu berusaha membetulkan kesilapan, alamat hidupnya tak sempurna. Selalu salah langkah." "Kalau begitu, saya mesti berusaha membetulkan kesilapan," sebuah janji saya berikan. Kemudian dengan rakus saya menikmati bubur pulut hitam. BERJEMAAH Sejak datuk meninggalkan kami( saya dan nenek), saya jarang sembahayang jemaah di surau. Biasanya, selepas menunaikan sembahyang Isyak di rumah, nenek tidak menegah atau melarang saya pergi bertandang ke rumah kawan-kawan untuk belajar berzanji. Malam itu saya tidak ke mana-mana, cara kebetulan pula pada malam tersebut, beberapa orang kawan saya pergi ke Taiping,Ipoh dan ke Pulau Pinang kerana urusan keluarga. "Hai, kenapa kamu di rumah malam ni?" Tanya nenek. Dan saya terpaksa menjelaskan perkara yang sebenar kepada nenek. "Daripada kamu duduk termenung tak tentu sebab tu, ada baiknya kamu membaca Quran, dapat juga pahala. "Hum.," saya mengeluh kecil. "Kamu malas." "Saya tak malas." Kerana waktu Isyak sudah masuk, saya terus mendirikan solat. Sebaik selesai solat dan berdoa, cadanagan nenek saya penuhi. Di saat khusyuk membaca halaman empat surah al-Baqarah, gegendang telinga saya menangkap bunyi suara orang berbisik dan melangkah di bahagian luar rumah. Saya segera berhentikan membaca surah al-Baqarah. "Kenapa berhenti Tamar?" "Ada suara orang berbisik dan berjalan di luar," kata saya pada nenek. Kami berpandangan sama sendiri. Pada masa itu juga terdengar geselan dedaun akibat dirempuh angin malam. Suara burung hantu bertingkah dengan suara burung jampuk. "Tutup Quran, kitamesti berjaga-jaga." "Betul kata nenek tu." Quran saya letakkan kembali ke tempatnya. Saya periksa selak pintu dan tingkap. Semuanya terkunci dalam k eadaan cukup selamat. "Aku ke dapur cari senjata," itu yang nenek bisikkan ke telinga saya. Belum pun sempat saya mengangguk, nenek sudah melangkah ke ruang dapur.

13 of 43

30/12/2010 11:32 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 10

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=10

Nenek datang semula ke sisi saya dengan dua bilah parang panjang di tangan. Saya merasa takjub tingkah laku nenek saya itu. "Ambil untuk kamu sebilah Tamar." Nenek hulur sebilah parang panjang kepada saya. Dalam keadaan terpinga-pinga saya segera menyambutnya. "Untuk apa nek ?" "Bersiap sedia untuk menghadapi apa sahaja yang datang," nada suara nenek keras. Dia terus menyingsing lengan baju. Saya menarik nafas panjang dan cuba mengerakkan parang panjang ke kanan dan ke kiri. "Tekapkan telinga kamu ke dinding, dengar ke mana bunyi langkah itu," tutur nenek separuh berbisik. Saya patuhi perintahnya untuk mengawasi bunyi telapak kaki di luar rumah. Ke arah manakah manusia misteri itu melangkah? "Aku ke sana," beritahu nenek lagi. Saya anggukkan kepala. Nenek pun melangkah ke pintu dapur. Berdiri di situ dengan parang di tangan. Nenek bersedia memarang atau membunuh sesiapa saja yang memecahkan pintu dapur uantuk masuk ke rumah. Dalam keadaan berjaga-jaga dan berhati-hati itu, saya dikejutkan oleh suara kucing yang cukup kuat. Berdasarkan nada suara kucing itu, saya pasti ekor kucing dipijak oleh manusia secara tidak sengaja. Bagi menyelamatkan diri, kucing itu lari ke arah perigi. Beberapa saat kemudian, terdengar bunyi telapak kaki orang melangkah dengan berhati-hati. Bunyi telapak kaki itu hilang entah ke mana. Tidak lama selepas itu terdengar suara anjing menyalak sesuatu di pinggir kawasan rumah. Saya segera mendekati nenek. "Tak da apa-apa pun nek," "Mana boleh tak ada apa apa. Kamu denganr anjing menyalak dan suara kucing." "Itu perkara biasa nek." "Biasa kata kamu, memanglah kamu tak boleh diharap, ada otak dan fikiran tak boleh dipakai." "Percayalah cakap saya nek, kalau saya kata tak ada apa-apa, mesti tak ada apa-apa." "Kalau ia tak ada apa-apa , kita mesti berjaga-jaga," sepasang biji mata nenek jegilkan ke arah saya. Parang panjang diangkatnya agak tinggi hingga melepasi paras dahi saya. Rasa bimbang dan cemas segera menghantui diri. Bagaimana kalau parang itu terlucut dari tangannya, lalu parang menghempap batang hidung saya. Aduh! Saya tidak rela kehilangan hidung. Demi keselamatan hidung yang satu ini, cepat-cepat saya sambar pergelangan tangan nenek sambil memberitahunya supaya jangan mengangkat parang panjang didepan saya. Nenek tersenyum. "Kamu takut Tamar?" "Bukan takut, saya cemas." "Pandai kamu bercakap, " nenek terus ketawa pendek. Belum pun ketawanya berakhir, saya segera meninggalkan nenek. Sebaik saja saya sampai ke ruang tempat saya sembahyang tadi, saya terdengar seperti orang menahan batuk, Salakan anjing kian hebat, begitu juga dengan bunyi burung hantu. Angin terus berdesir. ANGKAT Saya segera angkat tangan ke arah nenek, memberitahunya supaya berhati-hati. Nenek membalas dengan anggukkan. Dalam keadaan yang tidak aman itu, pintu dapur diketuk orang dua kali berturut-turut. "Siapa?" Tanya nenek. Tidak ada jawapan dari luar. "Siapa, cakap siapa kamu," ulang nenek. Hasilnya tetap sama. Nenek nampak resah. Mata parang tetap dihalakan ke arah pintu. "Tiga kali aku seru, tiga kali tiada jawapan. Ertinya kamu musuh. Jangan cari fasal dengan kami. Siapa yang silap diantara kita, celaka padahnya," nenek begitu nekad mengeluarkan amaran. Suasana terasa sepi sekali. Salakan anjing sudah berhenti, begitu juga dengan bunyi burung hantu tetapi desiran angin masih dapat saya dengar dengan jelas . Secara mendadak, saya dengar dentuman yang kuat. Pintu dapur terkopak dan nenek terlentang atas lantai, parang panjang di tangan terpelanting agak jauh dari nenek. Tanpa membuang masa, saya menerpa ke arah nenek. Sebaik saja nenek saya dudukkan, seorang lelaki meluru masuk ke ruang dapur menerusi pintu yang terdedah. Lelaki itu memakai serba hitam, sepatuh wajahnya dari bahagian bawah dagu hingga ke dagu dibalut dengan kain hitam, macam samurai. Saya tidak angkat muka untuk menatap sekujur tubuh lelaki berpakaian serba hitam. Saya jadi cemas tetapi, nenek tidak berdiam diri, dia bertindak dengan pantas mengambil parang dan mengolekan tunuhnya hingga ke tepi dinding lalu bangun sambil mengatur langkah silat. Bila sudah melihat nenek mengatur langkah untuk bertindak, saya jadi berani. Barulah saya renung ke arah tubuhnya, rasanya lelaki yang sedang berdepan dengan nenek itu, amat saya kenali. Belum pun sempat saya sebut namanya, nenek terus meluru ke arah lelaki itu sambil menghayun parang panjang ke batang leher lelaki yang berpakaian serba hitam.

14 of 43

30/12/2010 11:32 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 10

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=10

Saya terpegun melihat kehebatan lelaki berpakaian serba hitam itu. Dia tidak memperlihatkan kecemasan atau ketakutan, tetap tenang dan tabah menghadapi saat-saat yang dianggap cukup genting. Dia menanti mata parang panjang nenek jatuh ke lehernya. Sebaik saja nenek menjatuhkan parang panjang ke arah batang lehernya, saya lihat lelaki itu merendahkan badanya dan bergerak Cuma dua tapak ke kiri. Secepat kilat lelaki menyambar dan merampas parang panjang dari tangan nenek. Saya lihat nenek seperti kena pukau, tidak bergerak dan terus kaku di situ macam patung. Setelah mencampakkan parang panjang milik nenek ke tengah ruang dapur, lelaki itu terus menepuk kedua belah tangannya tiga kali berturut-turut. Nenek jadi lembik dan terus rebah atas lantai. "kamu bunuh dia," jerit saya sekuat hati dan terus menerpa ke arah lelaki berpakaian serba hitam. Tanpa fikir panjang, saya angkat parang untuk dihayunkan di bahagian pinggang lelaki itu. "Nanti," sergah lelaki itu sambil mengangkat tangan kanannya separas bahu. Saya terkejut dan tergamam. Langkah saya terus kaku. Parang segera saya jatuhkan dan hujungnya saya tekankan ke lantai. SUARA Jauh di sudut hati, timbul persoalan baru. Rasanya suara itu amat saya kenali, macam suara datuk. Ah! Mana mungkin datuk mahu melakukan perkara demikian. Dan saya memang mengharapkan lelaki itu bersuara lagi bagi memcahkan kebuntuan persoalan dalam diri saya. Harapan saya tidak menjadi kenyataan. "Ah," saya menegeluh pendek. Lelaki membuka kain hitam yang menutup separuh wajahnya. Hati saya jadi cemas. Mungkin ini hanya satu helah untuk memerangkap diri saya. Dan ulu parang panjang saya pegang dengan kemas. "Kamu tak kenal aku ?" Lelaki itu menjatuhkan kain hitam atas lantai. Saya menarik nafas dan seluruh badan terasa lemah. Parang panjang di tangan saya jatuh sendiri. Saya bagaikan tidak bermaya mahu melangkah dan bersuara. Saya bagaikan tidak yakin bahawa lelaki yang berdiri di depan saya, berpakaian serba hitam itu adalah datuk. "Bangunkan nenek kamu." Saya segera mendekati nenek yangterpinga-pinga. Kelopak matanya pejam celik berkali-kali. Dia juga seperti saya, tidak percaya apa yang ujud di depan matanya. "Awak kunci sendi saya, macam mana saya nak bergerak," tutur nenek. Saya lihat datuk senyum panjang. Tanpa membuang masa, datuk terus menepuk tangan tiga kali berturut. Nenek pun dapat mengerakkan sepasang kaki dan tangannya. Dia terus meluru ke arah datuk. "Kenapa awak buat kerja macam ni?" "Maafkanlah aku, sebenarnya aku nak menguji diri kamu, aku nak uji keberanian dan kecekapan kamu," tutur datuk dengan tenang. Dia mengajak saya dan nenek duduk bersila di ruang dapur. "Bila aku dah tahu kemampuan dan keberanian kamu mempertahankan diri, senanglah aku, tak bimbang meninggalkan kamu," tutur datuk sambil menatap wajah nenek. Desiran angin yang merempuh dedaun di luar rumah jelas kedengaran. "Habis selama ini awak tinggalkan, tak pernah diuji dan tak pernah dicuba. Saya tak mengalami apa-apa," sanggah nenek dengan menjuihkan bibir bawah ke depan. "Kali ini lama, boleh jadi lebih dari enam bulan, boleh jadi setahun dua. "Hai! " Nenek jegilkan biji mata ke arah datuk. "Nanti aku ambil barang di luar, aku terlupa nak bawak masuk ke rumah," dengan cepat datuk bangun. Rasa terkejut dan kehairanan masih terpamir di muka nenek. Datuk masuk semula dengan beg rotan empat segi. Beg itu dibukanya lalu dikeluarkan beberapa helai kain batik. Manakala beg k ecil kulit tidak dibukanya. "Ha! Untuk awak," empat helai kain batik diserahkan kepada nenek. Saya lihat wajah nenek berseri-seri. Marah dan rasa terkejutnya hilang serta merta merta. "Awak beli di mana?" "Saya sempat ke Johore Bahru, jumpa kawan-kawan lama dan cara kebetulan mereka baru balik dari Pulau Jawa, empat keluarga yang baru balik tu, berikan kain batik. Memang rezeki awak." Jelas datuk dengan tenang. "Dua lagi saya nak sedekahkan pada orang susah." "Terpulang pada awak kain tu hak awak," nada suara datuk merendah. Datuk membuka beg kecilnya, dia mengeluarkan sehelai kertas yang bertulis jawi. "Surat apa tuk?" Tanya saya. "Alamat dan pesan orang-orang yang aku jumpa untuk orang di Tanah Jambi," datuk menutup kembali beg kulitnya. Kemudian dia mengeluarkan beberapa bila keris pendek yang menurutnya pemberian kawan-kawan. Akhir sekali, datuk memberi saya sehelai kain songket tenun Trengganu yang dibeli khas untuk saya. "Ini saja yang dapat aku belikan untuk kamu, Tamar," tutur datuk. Saya segera mengenakan kain songket ke tubuh. Nenek masih lagi membelek-belek kain batik.

15 of 43

30/12/2010 11:32 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 10

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=10

"Itu upah dari aku sengaja menakut-nakutkan kamu, bukan apa sekadar untuk cubamenguji," sambung datuk lalu disambut dengan ketawa oleh nenek dan saya. Suasana cemas dan takut yang saya alami bersama nenek bertukar menjadi suasana riang. Kami gembira atas kepulangan datuk, kami tidak marah dengan tindakan yang bertujuan untuk menguji kami. "Awak memang nakal, kalaulah parang saya kena kepala awak, bukankah susah jadinya," nenek bagaikan merungut, dia terus ke dapur dan kembali dengan menatang secawan kopi panas bersama sepiring kuih untuk datuk. "Sebelum membuatnya, saya sudah perhitungkan buruk baiknya, sudah saya sediakan petua mengunci gerak langkah awak berdua, kalau tidak bersedia, memang tidak saya lakukan. Saya tahu awak bukan sebarang perempuan," datuk memberikan komen. Dia terus menghirupkan kopi, sementara menanti makan malam disediakan oleh nenek. MAKAN Setelah selesaikan makan malam, kami bertiga berubah tempat duduk dianjung, datuk pun bercerita tentang kisah perjalanannya menemui kawan-kawan, kaum keluarga bertaburan di daratan Semenanjung, sesekali datuk berjenaka, saya dan nenek turut ketawa. Dan kemesraan antara kami bertiga terasa kian erat. Rasanya malam itu adalah malam yang penuh makna bagi diri saya. Belum pernah datu bercerita begitu panjang disulam dengan senyum dan ketawa. Inilah kali pertama saya lihat datuk tidak begitu serius. "Aku letih, eloklah kita tidur, sebelum tidur aku nak baca Quran dulu," datuk mengelia. Tanpa berkata apa-apa nenek terus bangun. "Dua hari lagi kita tinggalkan rumah ini, Tamar." Kata-kata yang diucapkan oleh datuk dapat ditangkap oleh gegendang telinga nenek. Dia segera berpatah balik lalu berdiri di depan datuk. "Cuba ulang lagi sekali, apa yang awak katakan," dalam senyum sinis nenek bersuara. "Telinga awal cukup nipis." "Dengar tu memang saya dengar tapi, tak jelas biji butirnya." Datuk terus garu cuping telinga berkali-kali. Dia tarik nafas dalam-dalam dan yakin apa yang diucapkan oleh nenek. Buat beberapa ketika datuk mengerutkan dahinya ada sesuatu yang menganggu jalur fikirannya. "Lagi dua hari aku bertolak ke Jambi," suara datuk memecahkan suasana kebekuan yang menguasai ruang anjung . "Dengan siapa awak nak pergi?" "Siapa lagi? Dengan Si Tamar. " "Awak nak tinggalkan saya seorang diri. Fasal itu awak uji saya," nada suara nenek meninggi. Saya lihat datuk ukir senyum. "Memang begitu niat aku, kamu boleh selamat di sini, Aku yakin dengan kemampuan awak," datuk memuji nenek. Ketegangan di wajah nenek nampak reda. Tanpa disuruh nenek duduk bersila di depan saya dan datuk. (bersambung)...

CHAPTER LIST

(Jilid 10) : SIRI 137 DIBELIT ULAR GHAIB Dec 20, '10 12:49 PM
by adi for group komunitisbdj Saya kira bila nenek sudah mula duduk bersila begitu, pasti dia mahu mengajukan beberapa pertanyaan untuk datuk. Dan pertanyaan yang dikemukakan itu bergantung pada rasa hatinya, kalau hati sedang marah, pasti pertanyaan yang keluar menyakitkan hati. Kalau hati sudah sejuk, pertanyaan yang terhambur pasti menggembirakan hati datuk. Masa terus berlalu, nenek masih membisu. Perbuatan itu menimbulkan keresahan dalam diri saya. Walaupun demikian, saya masih dapat mendengar deru angi di luar yang beransur perlahan. Tetapi suara salakan anjing terus mendayu-dayu. Burung tukang, tidak sekerap tadi berbunyi. Cuma yang rancak berbunyi ialah suara cengkerik. "Dari mana awak nak bertolak?" Nada pertanyaan nenek lembut . Wajah datuk nampak aman dan saya tersenyum. "Dari Pulau Pinang?" Sambung nenek lagi. Datuk gelengkan kepala. "Dari Lumut?" Datuk gelengkan kepala. "Dari Melaka?" Macam tadi juga datuk tetap gelengkan kepala. "Habis dari mana awak nak bertolak?" Suara nenek meninggi, dia mula naik darah. "Dari Teluk Senangin," jawap datuk.

16 of 43

30/12/2010 11:32 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 10

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=10

"Haa..," nenek terkejut, mulutnya terlopong, "awak buat kerja gila, awak naik perahu menyeberang ke Sumatera. Awak nak tempah maut di Selat Melaka," sambung nenek lagi matanya tidak berganjak menatap batang hidung datuk. "Begini," ujar datuk dalam usahanya meredakan rasa bimbang di hati nenek, " aku hanya naik perahu ke tengah laut saja, dari situ aku naik tongkang yang bawa barang-barang dari Lumut ke belawan, dari situ menyusur pantai menuju ke Jambi, kemudian masuk Kuala Sungai Batang Hari," jelas datuk kepada nenek yang nampak resah semacam saja. Dari gerak-geri dan air mukanya, saya dapat menduga bahawa nenek kurang puas hati dengan penjelasan datuk. Macam ada sesuatu yang ingin diketahuinya, tetapi nenek takut mengajukan pertanyaan kepada datuk. "Hum, awak kurang puas hati?" Datuk merenung hidung nenek. Tidak ada jawapan yang datuk terima dari nenek. Sebagai suami yang sudah berpuluh tahun mendampingi isteri, datuk dapat membaca perasaan hati nenek melalui gerak-gerinya. "Tak usah bimbang, aku dah aturkan perjalanan dengan sebaik mungkin," saya lihat datuk bersuara penuh ketenangan. Memang datuk bersuara mahu menyingkirkan rasa sangsi yang bermain di hati nenek. Tidak ada sepatah kata yang nenek luahkan, dia terus membisu. Nampaknya nenek lebih senang mendengar dari meluahkan pendapat atau pertanyaan. "Tongkang yang aku naik tu, tongkang pedagang Acheh. Aku kenal dengan nakhodanya. Sudah lama perkara ini aku aturkan lebih dari setahun," tambah datuk. Nenek anggukkan kepala tanpa memberi sebarang komen. "Sampan nak membawa ke tengah laut tu, milik anak saudara nakhoda itu, dia tahu di mana tongkang ayah saudaranya boleh berlabuh, semuanya sudah aku susun. Kamu tak usahlah bimbang," datuk bersuara lagi. Nenek menarik nafas lemah. Mata datuk ditatapnya. "Kalau sudah begitu, eloklah. Saya bukan apa-apa, saya cuma bimbangkan keselamatan diri awak," nenek meluahkan perasaannya. "Sayang juga awak kepada saya," datuk bergurau. Nenek menghadiahkan senyum sinis kepada datuk. Saya lihat datuk terus tersengih panjang. "Selain dari menengok kampung halaman, bertemu dengan sahabat handai, kemana lagi awak nak pergi?" Barulah nenek memperlihatkan keriangan di wajahnya. Datuk membetulkan duduk dan silanya supaya kemas dan selesa. "Aku nak ke Kampar, Indragiri, Langkat, Serdang, Acheh dan ." Datuk berhenti bercakap dan terus kerutkan kening, macam ada sesuatu yang diingatinya. Apakah yang dingat dan difikirkan oleh datuk untuk diluahkan kepada saya dan nenek? "Aku ada beberapa tempat lain lagi," datuk menyambung kata yang terhenti,"semua tempat dan daerah yang budaya adatnya serta percakapannya serupa dengan kita disini, ke situlah aku nak pergi." "Itulah sebabnya awak kata, awak nak pergi lama," tingkah nenek bersahaja. Datuk tidak berkata apa-apa, dia hanya sekadar menggoyangkan kepala saja. BUKA Nenek bangun dan melangkah ke jendela. Daun jendela dibuka, dia merenung malam yang hitam. Deru angin masih terdengar agak lemah. Nenek rapatkan daun jendela kembali. Dia memusing badannya lalu merenung kearah datuk. "Pintu dapur yang terkopak bila nak betulkan?" "Siang esok saja" "Jadi sepanjang malam ni, pintu tu terdedah. Nanti masuk pencuri susah kita, ada kain sehelai dua habis kena kebas." "Usah bimbanglah, tahu lah aku membuatnya," jawapan datuk itu membuat nenek angkat kaki lalu menuju ke bilik tidor. Barangkali nenek yang sudah lanjut usia sudah mengantuk dan kepenatan. "Ikut aku Tamar." Datuk bangun lalu melangkah ke ruang dapur. Tanpa banyak soal saya ikut saja langkahnya hingga sampai ke depan pintu dapur yang terkopak. Datuk ambil daun pintu yang terpisah dengan jenang. "Tuk nak penukul dan paku, nanti saya cari tuk" "Tak payah, kamu angkat papan pintu, seginya kamu rapatkan ke jenang." Saya patuh dengan perintahnya, sambil mengangkat papan pintu, saya mula berfikir, besar kemungkinan datuk menyuruh saya memegang papan pintu hingga terbit matahari itulah sebabnya, dia tidak mahu mencari paku dan penukul. Tidak habis-habis datuk mahu mendera saya. Bucu papan pintu saya lekatkan ke jenang. Hampir sepuluh minit saya memegangnya, datuk tidak pula menyuruh bergerak dari situ, dia sekadar merenung ke arah saya dengan renungan yang tajam sekali. "Tuk suruh saya buat macam ini sampai pagi." "Eh, aku tak cakap apa-apa, kenapa kamu pandai-pandai buat andaian yang bukan-bukan. Apa kamu tak boleh dengar cakap aku, herdik datuk. "Maafkan saya," kata saya terketar-ketar. Memang tidak saya duga sama sekali bahawa pertanyaan itu boleh menimbulkan kemarahan pada diri datuk. Saya jadi serba salah, perbuatan yang saya lakukan sebentar tadi membuat datuk jadi perengus dan suka marah-marah. Datk melangkah kearah saya dengan teratur. Kedua belah tangannya memeluk tubuh. Bila dia sudah hampir dengan saya, kedua belah tangannya diluruskan kebawah. "Tentukan kedudukan pintu dengan betul ." Saya segera melihat bucu pintu, samada selari dengan jenang pintu yang dibuat dari kayu cengal merah.

17 of 43

30/12/2010 11:32 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 10

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=10

"Dah betul kedudukannya, Tamar?" "Sudah tuk." "Pegang kuat-kuat, hitung sampai sepuluh, kemudian tahan nafas. Apa yang aku buat jangan kamu tegur. Kalau kamu ternampak apa yang ganjil jangan bersuara. Faham Tamar?" "Faham tuk." Selesai saja saya memberi kata putus, saya lihat datuk menarik nafas sedalam-dalamnya, kemudian dia mengepal penumbuk lalu bergerak perlahan dua tapak ke depan dan berhenti. Dia melepas nafas dengan lemah. Kemudian datuk tarik nafas lagi, bergerak setapak kedepan hingga jaraknya dengan papan pintu yang saya pegang, tidak sampai se kaki. Datuk merenung tajam ke arah papan pintu. Pada saat itu saya terdengar bunyi deru angin yang amat kuat macam ribut, papan pintu yang saya pegang bergerak-gerak dengan kuatnya macam ditolak sesuatu dari luar. Tubuh saya terasa seperti diangkat. Dalam saat-saat seperti itu, saya berhasrat mahu memberitahu datuk tentang masalah yang saya hadapi. Tetapi, saya seperti kehilangan suara dan tenaga. Papan pintu yang saya pegang terasa amat berat macam batu besar yang mahu menghempap tubuh saya. "Pegang dan tahan pintu kuat-kuat," pekik datuk dengan sekelip mata dia sudah terpacak di sisi saya. Tubuh saya ditolaknya dengan sekuat tenaga hingga saya tersungkur dilantai. Papan pintu yang saya pegang pun terlepas. Datuk pun mengganti tempat saya. Apa yang menakjubkan dan meghairankan saya, bila melihat datuk menahan papan pintu yang selebar lebih dari tiga kaki dengan jari kelingking kiri. Dengan jari kelingking tersebut dia menggerakkan dan merapatkan papan pintu ke jenang. Datu angkat tangan kanan yang sudah di genggam kejamnya lalu menumbuk bahagian tengah papan pintu. "Sudah selesai, aku buat semuanya ni untuk menyenangkan hati nenek kamu," kata datuk dan saya lihat pintu dapur kembali dalam keadaan sediakala. Boleh dibuka dan dikunci. Saya merasa takjub bagaimana ensel di bucu pintu boleh melekat kejenang pintu tanpa paku dan skru. "Sudah selesai tuk," saya minta kepastian. "Dah selesai pun." "Tak pakai paku dan penukul?" "Iya, kamu tengok sendiri." Saya segera memeriksa ensel pintu, ternyata ensel tersebut sudah dipasang dengan skru. Lagi sekali saya merasa takjub. "Jangan tanya apa-apa," tutur datuk bila melihat saya mahu mengajukan pertanyaan. Saya segera angguk kepala. Datuk memimpin tangan saya menuju ke ruang tengah. "Pergi tidur, ingat lusa kita nak berjalan, itu pun kalau diizinkan Allah, kita ada masa dua hari untuk membuat persiapan. Kamu jangan kemana-mana, tolong nenek buat kerja untuk kita yang mahu ke tanah seberang," tutur datuk sebelum dia masuk ke bilik tidurnya. Baru dua langkah datuk melangkah, dia berpatah balik ke arah saya. Perbuatannya itu memeranjatkan saya. Rasanya tak ada kesalahan yang saya lakukan. "Ingat Tamar. " "Ingat apa tuk ?" "Jangan beritahu sesiapa dengan apa yang kamu tengok tadi. Pada nenek kamu pun jangan kamu ceritakan." "Saya faham tuk." "Begitu juga dengan hajat kita nak ke Jambi. Jangan kau hebahkan dengan orang lain. "Saya faham tu." Setelah melihat biji mata dan wajah saya dan yakin saya akan mematuhi pesanannya, barulah datuk masuk ke bilik. Sepuluh minit kemudian datuk keluar. Dia mengambil wuduk, tidak lama berselang terdengar suara datuk membaca al- Quran. Dengan rasa letih dan mengantuk, saya rebahkan tubuh atas ranjang, sementara menanti mata terpejam, saya segera pasang anganangan, saya gambarkan betapa sukarnya dan payahnya naik tongkang membelah ombak Selat Melaka. Dan akhirnya saya pun terlena. TINGGAL Segala barang-barang yangmahu dibawa sudah disediakan oleh nenek di muka pintu. Saya duduk di kaki tangga melihat kelip-kelip yang terbang subuh. Dan datuk pun mengakhiri doa sembahyang subuhnya. Sebentar lagi, sebelum matahari terbit saya dan datuk harus meninggalkan rumah, tidak boleh berpatah balik walaupun ada barang yang tinggal. Bagi menjamin semua barang-barang dibawa tidak tinggal, saya ditugaskan memeriksa dan melihatnya, Kata datuk, berpatah balik setelah memulakan peralanan akan membawa padah buruk, mungkin orang yang berjalan itu akan berhadapan dengan masalah besar dalam perjalanan. Petua yang diwarisi dari nenek moyang itu tetap mahu dipelihara dan dikekalkan oleh datuk. "Sudah cukup semuanya, Tamar?" Tanya datuk dari arah belakang. Saya segera menoleh arahnya, datuk memakai kemeja hitam lengan panjang. Seluar kuning panjang, bersongkok hitam serta betali pinggang lebar hitam, macam tali pinggang anggota polis sebelum merdeka.

18 of 43

30/12/2010 11:32 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 10

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=10

"Semuanya sudah siap tuk." "Sudah kamu periksa, apa yang aku suruh sediakan?" "Sudah tuk." "Tak ada yang tinggal, Tamar?" "Tak ada tuk," tutur saya dengan penuh yakin. "Kau bawa beg kecil, beg besar biar aku yang bawa," kata datuk sambil menyelitkan lawi ayam ke celah tali pinggang besarnya. Di bahagian dalam tali pinggang sengaja dibuat tempat kas untuk senjata kecil seperti lawi ayam, gerambit, keris kecil dan sebagainya. Hari itu, disamping lawi ayam, datuk juga menyelitkan keris kecil. Dilihat sepintas lalu dari luar, keadaan tali pinggang itu kelihatan macam biasa saja. Dihujung tali pinggang terdapat tembaga kuning yang disatukan dengan kulit tali pinggang yang lebarnya sama dengan ukuran tali pinggang dan panjangnya kira-kira dua inci. Datuk pernah menggunakan tembaga di hujung tali pinggang sebagai senjata untuk mempertahankan dirinya diserang orang jahat. Datuk sendiri yang menceritakan perkara itu kepada saya. Kesimpulannya, tali pinggang itu, bukan sekadar tali pinggang tetapi ada tujuan yang lain biladi pakai. "Eloklak kita mulakan perjalanan." Datuk segera mengambil capal kulit lalu disarungkan ke kaki. Tanpa mengeluarkan arahan selanjutnya datuk melangkah ke pintu. Berdiri di situ dengan tangan kiri memegang jenang pintu dan tangan kanan terletak di pinggang. Perbuatan datuk berdiri di muka pintu menghalang perjalanan saya. Kalau saya bersuara mungkin datuk marah atau menengking saya. Saya mengambil keputusan tunggu dan lihat. Sekiranya datuk berubah tempat, barulah saya keluar dari rumah. Seluruh pancaindera, saya tumpukan ke tubuh datuk yang tercegat di ambang pintu. Tiba-tiba saya lihat, sepasang tangan datuk memeluk tubuh dan sepasang matanya tidak berkedip melihat ke arah halaman rumah. Macam ada sesuatu dilihatnya di situ. Lebih kurang lima minit lamanya, datuk terpaku begitu. Datuk menarik nafas dalam-dalam seraya menjatuhkan sepasang taangannya, lurus kebawah tetapi, jari telunjuk, jari manis dan jari hantu tangan kanan dibengkokkannya, sementara jari telunjuk dan ibu jari diluruskan. Datuk mengerakkan tubuhnya membelakangi ambang pintu untuk menatap wajah saya. Matanya nampak bercahaya. "Sudah selesai Tamar." "Sudah tuk." "Kalau begitu sekarang kita mulakan perjalanan." Datuk mendekati saya lalumembongkok mengambil beg besar dekat tiang besar. Datuk galas beg besar ke bahu. Dengan serta merta saya bangun dan mencapai beg kecil yang isinya entah apa, terus saya sangkutkan ke bahu. Neneklah yang mengisikan barang-barang ke dalam beg kecil itu. Waktu saya mahu memulakan langkah, nenek segera mendekati saya. Nenek paut bahu kiri saya dari belakang. Datuk hanya melihat saja apa yang nenek lakukan terhadap saya. "Jaga beg itu baik-baik, Tamar," "Kenapa nek?" "Dalam beg tu ada bekalan makanan untuk kamu dengan datuk, ada rendang ayam dan daging, Cuma elakkan diri kamu berdua dari makan di sebarang tempat, kuih-kuih kering juga ada aku bekalkan." "Oh, begitu," kata saya. "Jangan makan merata-rata Tamar," nenek mengingatkan saya untuk kedua kalinya. Saya segeran anggukkan kepala. "Saya kira, apa yang nenek turutkan itu sampai juga ke telinga datuk. Tetapi, dia buat tak kisah saja dan berdiri tenang di ambang tangga. Kemudian datuk merenung wajah nenek, penuh sayu, penuh penghargaan. "Kami pergi, doakan kesejahteraan untuk kami," kata datuk. Dengan lembut nenek anggukkan kepala sambil sepasang anak matanya menyorot langkah datuk memijak tangga menuju ke halaman rumah. Dan langkah kami untuk merantau pun bermula. BERDIRI Sebaik saja dekat pohon rambutan, saya menoleh ke arah rumah untuk melihat nenek. Apakah dia masih berdiri di pintu atau sudah beredar di situ. "Kalau sudah melangkah, pantang menoleh ke rumah," datuk segera menegur perbuatan saya. "Maafkan saya tuk." "Lain kali ingat, kalau sudah bulat tekad untuk berjalan, jangan niat apa-apa, jangan toleh kiri kanan, jangan renung depan belakang. Tumpukan hati pada perjalanan. Biar selamat, terhindar dari malapetaka dan perbuatan jahat dari makhluk lain." "Begitu ke tuk?" "Iyalah, sekarang kamu dah faham, apa sebabnya aku larang kamu menoleh ke rumah tu."

19 of 43

30/12/2010 11:32 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 10

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=10

"Iya, saya faham tuk." "Bagus, lekatkan di hati dan di kepala pesanan aku ini." "Iya tuk." "Bagus." Terlalu cepat datuk melangkah melanggar rerumput dan pepohon renek hingga hujung seluarnya jadi lembab dan basah diresapi air embun. Agar tidak ketinggalan jauh oleh datuk, saya terpaksa berlari dalam dingin pagi yang menyengat itu. Datuk tidak peduli, samada saya tersepak tunggul atau terjerlus dalam lubang. Dia terus melangkah tanpa mahu mengambil tahu apa yang berlaku sekitarnya. Pada hemat saya, dalamperjalanan kali ini datuk memperlihatkan tanda-tanda ganjil dan luar biasa. Sebelumnya, datuk tidak pernah bersikap demikian. Ciri-ciri yang diperlihatkan oleh datuk secara tidak langsung menimbulkan tanda-tanya dalam diri saya. Kicau burung mula kedengaran di reranting pohon. Cukup rancak dan bersahut- sahutan. Sesekali terdengar kokok ayam jantan yang terlewat berkokok. Kabus nipis mula bangun di celah-celah pepohon kecil. Beruk dan monyet mula bergerak di dahan pokok dengan rasa malas untuk mencari rezeki. Dan sepanjang perjalanan itu, saya dan datuk tidak berkata apa-apa pun. Mungkin kerana mau sampai ke Teluk Senangin, datuk terpaksa menggunakan jalan pintas membelah paya kecil yang penuh dengan pokok-pokok rumbia dan bemban. Betapa seksanya terpaksa meranduk air paya yang dalamnya separas buku lali. Serangan nyamuk dan pacat bagaikan tidak mahu bertimbang rasa. Waktu matahari mula memancarkan senyumannya di bibir langit, saya dan datuk sudahpun ada di gigi pantai Teluk Senangin. Alun ombak yang lembut nampak sekata memburu pantai, pancaran matahari yang mula mengembang terus menampar ke permukaan ombak lalu memancarkan cahaya yang sungguh cantik dan indah, sementara warna langit di hujung nampak merah keemasan. Saya jadi terpesona dengan keindahan itu. "Mana dia orang yang tuk katakan tu, tak nampak pun dia datang. Hari dah beransur cerah," itu pertanyaan pembuka mulut dari saya untuk datuk. Saya lihat datuk menarik nafas dalam-dalam sambil mengigit bibir. Matanya tajam merenung ke arah laut lepas. "Mana dia tuk?" "Kita tunggu dia." "Sampai dia datang tuk. " "Iyalah," suara datuk meninggi. Saya tersentak dan tidak jadi untuk mengemukakan pertanyaan selanjutnya. Datuk menguis-nguis pasir pantai dengan hujung capalnya. Dan saya terus memeluk tubuh sambil menghadapkan wajah ke tengah laut. Kerana tidak sanggup menahan rasa dingin akibat hembusan angin laut, saya segera bergerak ke arah selatan dan berhenti dekat selonggok kulit nipah yang sudah kering. Tidak jauh dari longgokan sabut nipah itu terdampar batang buruk yang dihantar oleh ombak ke pantai. Bahagian pangkal dan hujung batang buruk sudah reput tetapi, bahagian tengahnya masih utuh. Di bahagian yang masih utuh itulah menjadi sasaran meletakkan punggong. Bagi menghilangkan rasa lenguh di sendi, sepasang kaki saya luruskan sambil mata merenung ke beberapa ekor burung yang sedang berada di dahan yang menjulur kearah saya. Beburung itu terus berkicau. NIKMAT Sedang saya asyik menikmati kicau burung serta bunyi deru ombak. Tiba-tiba saya terasa ada benda lembut jatuh betul-betul di bahagian ubun-ubun kepala. Benda lembut itu mengelongsor perlahan-lahan ke bahagian bahu. Buat beberapa saat tidak ada pergerakan dari benda lembut tersebut, bila saya memusingkan leher ke kanan dan ke kiri, benda lembut tersebut turut bergerak keras lalu membelit batang leher saya. Apakah benda yang membelit leher saya ini. Barangkali ular sawa? Mana mungkin ada ular sawa waktu pagi begini, timbul pertanyaan dalam hati saya. Puas saya menoleh ke kiri dan ke kanan, tidak ada sesuatu yang saya nampak di bahu atau di badan saya. Anehnya! Leher saya tetap dirasakan ada sesuatu yang menjerut. Saya semakin terasa sukar bernafas. Manakala kulit pipi saya terasa seperti dijilat dengan lidah yang bercabang. Kulit pipi yang dijilat itu terasa amat gatal dan pedih. Saya juga tercium bau hanyir. Paling mencemaskan, bila benda lembut dan lembik itu terus membelit seluruh badan. (bersambung)...

CHAPTER LIST

(Jilid 10 ): SIRI 138 ULAR KEPALA BUAYA Dec 20, '10 12:56 PM
by adi for group komunitisbdj Dalam kesukaran bernafas itu, saya terus meraba batang leher dan telapak tangan saya tersentuh sesuatu yang bulat, bila saya lurut ke kanan dan ke kiri terasa kesat dan bersisik kasar. Jari-jemari saya terus mengcengkam benda bulat itu yang hampir sama besar dengan bulatan batang pinang dara. Jari-jemari saya tidak mampu mengcengkam benda bulat itu agak lama kerana licin. Sendi-sendi jari pula terasa lenguh, saya

20 of 43

30/12/2010 11:32 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 10

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=10

semakinlemah dan kesempatan itu dimanfaatkan oleh benda lembik itu untuk membelit seluruh tubuh. Sendi tubuh dan tulang terasa bagaikan patah-patah. Saya kehabisan tenaga untuk berdiri, perlahan-lahan saya rebahkan badan ke bumi sambil memikirkan tindakan selanjutnya untuk membinasakan benda bulat yang lembik itu menjahanamkan diri saya. Rupa-rupanya, saya tewas juga, benda bulat lembik itu terus membelit dan menjerut tubuh dengan kemas dan kejap. Saya terus bergolek di pasir dalam usaha memaksa benda bulat itu membuka lilitan yang membelit tubuh. Aduh! Bukannya bertambah longgar tetapi bertambah kejap, pandangan saya jadi berpinar-pinar. Lidah nagaikan mahu terkeluar, kulit leher yang kena belit terasa amat gatal. Satu satu ikhtiar yang dapat saya lakukan ialah terus bergolek di pasir. Dalam keadaan yang berhempas pulas itu, saya berjaya memegang bahagian pangkal benda lembik itu. Hasil dari gerak tangan, saya dapat menduga bahawa benda yang saya pegang itu ialah, kepala ular. Saya berazam walau apa yang terjadi kepala ular itu tidak saya lepaskan. Kepala ular itu saya tekan ke pasir. Biar matanya dimasuki pasir hingga buta. Perbuatan saya menimbulkan kemarahan ular, jerutannya makin kuat membelit tubuh, rasanya semua tulang-temulang dalam tubuh saya sdah remuk dan hancur. Suara saya langsung tidak terkeluar dari kerongkong dan buah halkum terasa terbenam dalam tulang dan daging leher. Saya kira semua organ di bahagian leher sudah punah, tidak boleh digunakan lagi Biar tubuh saya menjadi debu, kepala ular tidak akan saya lepaskan. Itu tekad hati saya yang tidak ada tolak ansurnya. Kepala ular yang entah macam mana rupanya terus saya tekan ke dada pasir. Saya bagaikan terkejut, bila mendapati jerutan ular itu di tubuh berangsur longgar, saya boleh menarik dan melepaskan nafas dengan agak lancar. Boleh menelan air liur tanpa rasa tersekat-sekat. Kesempatan itu, segera saya manfaatkan dengansebaik mungkin. Kepala ular yang tidak dapat dilihat itu terus ditekan ke dada pasir. Perlahan-lahan saya gerakan kaki, ternyata kaki saya tidak dibelit oleh ular ghaib. Setelah bersusah payah, akhirnya saya berjaya bangun tetapi, gagal melepaskan belitan ular daripada bahagian pinggang ke dada. Rasanya tulang-temulang dada berlaga antara satu dengan lain. Sakitnya bukan kepalang dan bahagian ekor ular terus menekan bahagian kemaluan. Saya kembalu mengalami kesukaran untuk menarik dan melepaskan nafas. Rasanya riwayat hidup saya akan berakhir di pasir pantai. SEDAR Saya menjerit sekuat hati dan bumi saya rasa bergerak sendiri. Tubuh saya seperti berada di awang-awangan. Pandangan saya berpinar dan gelap. Saya jatuh atas pasir kembali. Kepala ular dalam genggaman terlepas. Dan ular ghaib bertindak garang. Seluruh tubuh, dari hujung kaki hingga kepala dililit oleh badan ular. Keadaan saya tidak ubah seperti seberkas ranting kayu yang diikat dengan rapi. Dalam keadaan yang serba payah dan kelemasan itu, saya mengolek-golekan badan di pasir. Setelah itu saya tidak tahu apa yang berlaku. Beberapa lama saya tidak sedarkan diri, hanya Allah sahaja yang mengetahuinya. Apa yang pasti, disaat saya sedar tubuh dan muka masih dililit oleh badan ular. Dari celah lilitan badan ular itu, samar-samar saya melihat datuk melangkah ke arah saya. Dia terkejut melihat perbuatansaya menggulingkan tubuh d pasir, macam bergelut dengan sesuatu. "Kenapa kamu ini Tamar? Agaknya kamu ni dah gila, berbaring bergolek atas pasir," cukup jelas suara datuk menikam gegendang telinga saya. "Ular belit saya tuk!" "Ular? Aku tak nampak apa-apa," datuk terus merenung kiri kanan. Sepasang matanya di arah ketubuh saya yang masih bergolek atas pasir. "Kau ni mimpi Tamar." "Betul tuk, saya tak nampak ular tu tapi apa yang saya rasa memanglah ular besar membelit saya." Sebaik saja atuk mendengar kata-kata saya itu, dia terus termenung, wajahnya membayangkankeresahan yamg amat sangat. Datuk duduk mencangkung membelakangi saya tetapi, tangan kanannya menyentuh bahagian bahu kiri saya, bagaikan terkena kejutan elektrik datuk menarik tangan kanannya. Dia memusingkan tubuh lalumenghadapi saya, mukanya nampak pucat sedikit dan dahinya nampak berkedut. "Aku macam terpegang ular di badan kamu tamar." "Sekarang datuk percaya tak dengan cakap saya." "Hum, " datuk anggukkan kepala, " ada sesuatu yang tak kena disini," nada suara datuk membayangkan keresahan, kecemasan dan kebimbangan. Beberapa sangat kemudian saya lihat reaksi datuk berubah, dia mula memperlihatkan tanda-tanda untuk bertindak. Datuk terus mengelilingi saya yang bergolek, gerak geri daytuk tidak ubah macam singa lapar yang mahu menerkam mangsanya. Keadaan diri saya tetap tidak berubah, sakit terasa di mana-mana. Tanpa putus asa saya terus berjuang untuk membuka lilitan ular di tubuh disamping megharapkan datuk memberi pertolongan segera. Disaat saya berjuang itu, saya lihat datuk secara mengejut melompat danmenerkam ke arah saya. Tangan kirinya menyentap kepala ular yang saya pegang. Di saat itu juga saya merasakan tubuh saya tidak lagi dibelit dan dijerut oleh ular. Dengan cepat saya bangun, menghayunkan sepasang tangan ke kanan dan ke kiri. Begitu dengan sepasang kaki. Saya lakukan gerakan itu untuk mempastikan anggota tubuh benar-benar bebas dari belengu dibelit ghaib. Saya mendongakkan kepala ke langit melihat awan. Saya renung pepohon di sebelah kanan dan telinga saya mula diasak dengan deru ombak dan kicau burung. Masa saya dibelit ular, deru ombak dan kicau burung tidak kedengaran. Apa yang ssaya rasai disaat itu ialah suasana ang amat sepi sekali. "Sudah hilang tuk,"

21 of 43

30/12/2010 11:32 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 10

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=10

datuk jegilkan mata ke arah saya. Dia tidak kisah dengan yang saya ucapkan kepadanya. Datuk seperti berada didunia lain. Datuk membongkok seperti mengambil sesuatu di atas pasir. Entah apa yang diambilnya saya sendiri tidak pasti, sambil meluruskan tubuh datuk renung ke kiri limakali berturut-turut. Dia menatang benda yang diambil dari atas pasir dengan kedua belah tangannya. Lucu, bila melihat datuk keadaan begitu, dia menatang angin. Dengan tenang datuk menuju ke arah rumpun buluh. Datuk tunduk di situ seperti melepaskan sesuatu di perdu buluh kuning. Gerak-geri datuk saya perhatikan dengan teliti. DEKAT Datuk mendekati saya semula. Saya kira kehadiran datuk di sisi saya untuk meluahkan rasa hampa kerana orang yang ditunggu tidak kunjung tiba. Memang saya mengharapkan datuk membatak saja rancangan untuk ke Tanah Jambi. "Kamu tahu kenapa kamu kena belit ular, " itu yang datuk ajukan kepada saya. Lain yang diharap, lain pula yang dapat. "Saya tak tahu tuk, lagi pun ular yang membelit saya tu, tak nampak dilihat,saya Cuma terasa dan main agak-agak saja." "Aku dapat melihatnya, Tamar." "Datuk dapat melihatnya?" "Iya," datuk anggukkan kepala. "Macam mana rupanya tuk?" Datuk mengigit bibir sambil mengosok batang hidungnya berkali-kali. Dia kelihatan seperti berfikir tentang sesuatu. Mungkin juga dia memikirkan sama ada mau menjawap atau tidak pertanyaan yang sedang saya kemukakan kepadanya. "Macam mana rupanya," saya terus mendesak. "Kepalanya macam kepala buaya, sisik di badannya macam sisik tenggeleng, berbelang merah hitam," jelas datuk. Saya terdiam dan terus menarik nafas dalam-dalam. Segera saya bayangkan, andainya saya dapat melihat rupa dan bentuk ular yang datuk katakan, pasti saya terkencing dan terberak mungkin terus pengsan. Datuk terus meraba-raba pangkal hidungnya dengan aman. "Kamu tahu Tamar, kamu sudah menceroboh." "Ceroboh, ceroboh apa tuk, saya tak faham," turut saya kehairanan sambil merenung ke kiri dan ke kanan. Fikiran saya serabut dengan tandatanya. Apakah maksud sebenar kata-kata datuk itu? Agaknya datuk mahu bergurau atau sekadar mahu menguji hati saya. Kalaulah itu tujuannya memang tidak menyusahkan hati. Tetapi, bagaimana kalau apa yang dikatakan itu memang benar saya lakukan?. "Maksud datuk yang sebenar apa dia?" "Aku tak mahu cakap, cuba kamu ingat dan fikir, apa yang sudah kamu lihat disini, kira-kira tiga bulan yang lalu," terang datuk dengan tenang. Saya perah otak untuk mengingati apa yang terjadi. Saya tersenyum panjang kerana sudah dapat menangkap apa yang datuk maksudkan. "Ada hubungannya dengan Haji Yatimi," kata saya "Iya," datuk anggukkan kepala. "Kenapa dengan dia tuk? " "Kau cari sendiri, Tamar." Datuk segera meninggalkan saya, dia berdiri, dia berdiri dibibir pantai. Datuk merenung laut dan ombak. Datk melihat sinar matahari pagi yang kian cerah. Datuk berdiri di situ semata-mata mahu mengubati rasa resah dalam menanti kedatangan anak saudara nakhoda pemilik tongkangdari Aceh. Di saat saya bersendirian, barulah saya teringat di waktu mahu menghantar Haji Yatimi ke Solok dulu, saya melihat ada orang berjanggut panjang memakai pakaian serba putih muncul di pantai. Kemudian orang itu menghilangkan diri betul-betul di batang buruk itu. Bagi mempastikan apakah ingatan saya ini betul atau tidak, saya segera mendapatkan datuk. SETUJU Selesai saja datuk mendengar cerita saya itu, dia terus anggukkan kepala. Setuju dengan apa yang saya turutkan. "Silap kamu, nak menumpang duduk tak minta izin. Kamu main langgar saja. Inilah akibatnya," datuk bersuara lantang. "Saya tak tahu tuk." "Ah kamu ni, sudah aku ajar segala petua dan doa. Kenapa tidak kamu manfaatkan," tempelak datuk kepada saya. Memang tidak ada peluang untuk saya mempertahankan diri. Kesilapan tetap berada di pihak saya dan saya hanya mampu telan air liur. "Kamu mesti ingat, selain dari manusia, ada makhluk lain di dunia ini. Nasib baik makhluk lain tu tak marahkan kamu, kalau marah entahlah" datuk berhenti bercakap. "Kenapa dia nak marahkan saya. Apa yang saya dah buat," Tanya saya dengan rasa hairan. Buat beberapa saat datul termangu, mungkin dia tidak terfikir yang saya akan mengajukan pertanyaan sedemikian kepadanya. "Kamu ni memang tak faham cakap orang. Dia marahkan kamu kerana kamu duduk ditempatnya dengan tidak minta kebenaran, sekarang kamu dah faham atau tidak," atukjegilkan matanya ke arah batang hidung saya. Tentulah saya jadi resah dan cemas bila dibuat demikian. "Saya faham, sekarang saya faham tuk."

22 of 43

30/12/2010 11:32 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 10

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=10

"Apa yang kamu rasa tadi, itu cuma dia bergurau saja," sambung datuk lagi. "Bergurau tuk?" "Iya." Memang tidak logik apa yang datuk katakan itu. Pelik sungguh, saya diseksa setengah mati, masih dikira bergurau senda. Ini perbuatan dan kerja orang gila, kerja orang tak ada otak. Demikian saya membuat rumusan dalam kepala. "Teruknya makhluk lain mengusik dan bergurau tuk?" Saya lihat datuk tersenyum dengan kata-kata yang saya lakukan. Dua tiga kali datuk anggukkan kepala. Saya jadi resah, susah benar rasanya mahu menerima pendapat yang datuk ajukan. "Kerana makhluk lain tu bergurau, kamu masih dapat bercakap dengan aku. Kalau dia marah, aku tak tahu apa jadi pada kamu. Kamu boleh jadi gila, lari ke gunung atau membunuh orang." Lanjut datuk lagi. Dia berusaha mahu menyelesaikan soalan yang berlegar-legar dalam tempurung kepala saya. " Saya nak tanya tuk satu perkara, boleh tak?" "Boleh, asalkan perkara yang munasabah." "Tadi tuk buang ular orang halus dekat perdu pokok buluh, apa yang orang halus tu kata pada tuk." "Hmmmmmmmmmmm" datuk kelihatan seperti tergamam, "itu cuma syarat saja, memanglah sekalipandang macam aku membawa sesuatu dan melepaskan sesuatu di situ, aku ke situ cuma mematahkan tiga batang pokok kecil," datuk berhenti bercakap. Matanya tetap tertumpu ke arah laut. "Buat apa tuk patahkan pokok-pokok kecil tu." "Tanda syarat, minta maaf atas perbuatan kamu yang main langgar, tak berbudi bahasa langsung," lagi sekali saya di persalahkan. "Minta maaf tuk diterima atau tidak?" "Nampaknya diterima, Tamar." "Buktinya tuk?" "Sampai sekarang tak ada tanda-tanda yang orang halus tu nak kacau kita," lanjut datuk lagi dengan tenang. Kerana yakin, perasaan datuk sudah tenang dan berada dalam gembira, saya terus mendekatinya. Berdiri disebelah kanannya. Kami sama-sama merenung laut dan ombak. Matahari pagi terus bangun di kaki langit. Pada hemat saya, bila matahari sudah melepasi paras laut, pasti datuk tidak akan membatalkan perjalananannya. Sebelum perkara itu berlaku, saya terus megusulkan kepada datuk. "Kita batalkan rancangan kita ni tuk, orang yang tuk nanti tak nampak batang hidungnya. Jangan-jangan dia mainkan kita tuk," "Kamu ni banyak cakap pula, sepatutnya kamu ni jangan dibawa tadi, buat menyusahkan aku. Kalau kamu tak senang pergilah kamu balik," datuk meluahkan rasa tidak senangnya terhadap kerenah saya. Saya mula merasa kesal apa yang berlaku. Sepatutnya saya jangan banyak mulut dan banyak tanya. Bagi meredakan keadaan, secara perlahan-lahan saya menjauhkan diri dengan datuk lalu pergi ke gigi pantai, menendang buih-buih ombak hingga kaki seluar saya basah. Sambil bermain buih saya tetap menjeling ke arah datuk. Saya ingin tahu, apakah yang dilakukannya bila dia kesaorangan. Ternyata datuk memerhatikan saja apa yang saya lakukan di tepi pantai. MENGGIGIL Angin laut membuat saya menggigil. Bibir dan tubuh saya menggeletar sendirian. Saya terdengar suara datu berdehem dua kali berturut-turut. Saya segera merenung ke arahnya. Datuk tidak memperlihatkan sebarang reaksi atas renungan saya. Pandangannya tidak berubah, tetap kearah laut lepas. Dua tiga kali saya pejam celikkan kelopak mata dalam samar-samar kabus itu saya bagaikan terpandang ada seseorang yang mengayuh perahu menuju ke arah saya. Bagi memastikan apa yang saya lihat itu benarnya bukanya khayalan, kedua belak kelopak mata segera saya gosok denagn telapak tangan. Memang tidak salah lagi, seorang lelaki sedang bergelut mengayuh perahu di pagi yang dingin. "Kenapa Tamar." "Ada orang berperahu datang ke sini tuk." Tanpa berkata apa-apa datuk segera memegang tangan saya lalu dipimpin ke gigi pantai. "Mana dia orangnya Tamar?" "Di situ. " saya segera menuding jari ke arah perahu di tengah laut. Datuk segera merenung ke arah yang saya tunjukkan. Datuk tumpukan segala perhatian ke arah perahu dan orang yang nampak berbalam dan terumbang-ambing dimain ombak. Mungkin kerana datuk dapat mempastikan yang datang itu benar manusia, dia tersenyum panjang. "Barangkali orang itu yang kita tunggu Tamar! Tapi kenapa dia menggunakan jalan laut, tidak jalan darat," datuk seperti merungut, dari raut wajahnya saya dapat menduga bahawa datuk sedang memikirkan sesuatu. "Begini saja Tamar," kata-kata datuk berhenti di situ saja.

23 of 43

30/12/2010 11:32 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 10

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=10

"Kenapa tuk." "Untuk kebaikan kita, ada baiknya bersembunyi di balik pokok besar, kita tengok dulu, apakah orang yang datang memang orang yang kita nantikan atau sebaliknya." "Itu pendapat yang baik, beringat sebelum kena tuk." "Ah, sudahlah, kamu nak tunjuk pandai pula di sini." Nada datuk agak keras bersama dengan jelingan yang tajam ke arah saya. Dari balik pokok besar, kami melihat seorang anak muda melompat dari perahu ke pasir pantai. Dengan sepenuh tenaga dia menolak badan perahu hingga tersadai atas pasir. Anak muda itu merenung ke kiri dan ke kanan, melihat gerak gerinya. Bila sudah yakin tidak ada sesiapa yang melihatnya dia pun maju ke dara. Berdiri betul-betul di depan pokok besar tempat saya dan datuk sembunyikan diri. Anak muda berkulit sawo matang, rambut hitam dengan patut melintang di pipi kanan melihat jam di tangan, tingginya hampir limakaki sebelas inci. Jarang-jarang orang Melayu yang boleh mencapai tahap ketinggian seperti itu. "Agaknya mereka belum datang lagi," anak muda itu bercakap seorang diri. Datuk segera menyiku rusuk kanan saya. Kami berbalas senyum dan datuk memberi isyarat kepada saya supaya jangan bertindak apa-apa. Datuk seolah-olah menyuruh saya melihat telatah anak muda itu, apakah dia orang yang humour. Lebih kurang sepuluh minit dia berlegar-legar di depan pokok, ternyata anak muda itu mula gelisah dan putus asa. Bersedia mahu melangkah ke perahunya kembali. Tanpa memberi isyarat datuk keluar adri tempat persembunyian lalu memberi salam. "Maafkan saya kerana lambat," kata anak muda itu gugup. "Tak mengapa," balas datuk. Saya segera keluar dari tempat persembunyian, melihat kehadiran saya itu, anak muda itu jadi resah. "Saya harap tak salah orang," dia renung muka datuk. "Maksud kamu apa dia?" "Saya disuruh oleh bapa saudara saya mengambil kawannya di sini. Katanya, orang itu seorang tetapi, kenapa dua orang. Agaknya saya salah orang." "kamu betul, akulah yang berjanji dengan bapa saudara kamu tu danini cucu aku. Kenapa kamu ikut jalan laut tidak ikut jalan darat macam dikatakan oleh bapa saudara kamu pada aku," soal datuk. (bersambung)...

CHAPTER LIST

(Jilid 10) SIRI 139 SELUDUP SENJATA UNTUK PEJUANG Dec 20, '10 12:59 PM
by adi for group komunitisbdj Sebaik saja mendengar kata-kata datuk itu, terpamer senyum di wajah anak muda. Dengan ramah dia menepuk bahu datuk dan saya berkali-kali. Kepuasan dan ketenangan dapat saya rasa dari gerak-gerinya. "Kenapa kamu tak ikut jalan darat? Kenapa kamu pilih jalan laut? " Datuk mengulangi pertanyaan yang tidak berjawap. "Nanti saya ceritakan, beri saya masa untuk menghisap rokok," anak muda itu memberi jawapan. Datuk angguk kepala, lalu memenuhi permintaannya. Dengan tergesa-gesa anak muda mengeluarkan sekotak rokok dari saku seluar. Dicabutnya sebatang, setelah diapit ke bibir dan dipasang api dia menyedutnya dalam-dalam. Asap rokok di hembusnya perlahan-lahan. "Maafkan saya, biar saya habiskan sebatang rokok ni dulu," katanya lalu duduk di bahagian pangkal akar pokok besar yang condong ke laut. Bau asap rokok keretek yang kurang menyenangkan itu terus menyumbat lubang hidung. Akhirnya, anak muda menghabiskan sebatang rokok. "Panjang ceritanya kenapa saya ikut laut," anak muda itu memulakan cerita, pada masa itu kaki langit kian cerah, matahari sudah pun mengembangkan sayapnya, kabus nipis sudah berkurangan. "Lain yang dirancang, lain pula jadi. Mula-mula disuruh ikut jalan darat, bila semua persiapan dibuat, disuruh ikut jalan laut, akibatnya saya lambat jumpa tuan,"lanjut anak muda itu dengan wajah yang serius. "Tak mengapa, mungkin ada sebab tertentu yang bapa saudara kamu suruh buat macam tu, soalnya sekarang, kamu sudah pun menjalankan tugasnya." "Saya faham tuan" "Usah bertuan dengan aku, umur kamu dengan cucu aku, bezanya tidak jauh. Kamu muda antara lapan hingga sepuluh tahun saja," datuk memberi saranan kepadanya, Anak muda itu anggukkan kepala setuju dengan saranan itu. "Sudah bercakap begini lama, kamu tak perkenalkan diri kamu pada aku?" Dalam senyum datuk bersuara. "Oh ya, nama saya Nyak Abdul Jabar, orang panggil Nyakbar saja."

24 of 43

30/12/2010 11:32 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 10

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=10

"Kalau begitu aku panggil kamu Nyakbar juga, apa macam kamu setuju?" "Tentulah setuju," anak muda anggukkan kepala, " kata bapa saudara saya, pak cik bukan sebarang orang," sambungnya. "Ah, kamu jangan dengar sangat cakap bapa saudara kamu tu," tingkah datuk. Mereka terus ketawa dan saya tumpang tersenyum. Abdul Jabar dan datuk merenung ke arah laut, sinar matahari mula meninggi, kicau burung agak berkurangan. Saya kira dalam tempoh setengah jam lagi, seluruh alam akan terang-benderang. "Mari kita pergi pak cik, dalam perahu nanti saya cerita kisah sebenar kenapa saya tak ikut jalan darat." "Silakan, pak cik hanya mengikut saja, pokoknya pak cik mesti berada ditempat yang dijanjikan sebelum pukul lapan pagi." "Saya faham, pak cik." Abdul Jabar memulakan langkah menuju ke perahu, lalu diikuti oleh datuk dan saya. Kami bertiga menolak perahu kecil ke dalam air. Bila perahu sudah berada di air, saya disuruh naik dulu. Disuruh duduk diam-diam di situ sambil mengimbangi tubuh mengikut rentak gelombang air laut. Beberapa minit kemudian, datuk mula naik. Duduk di hujung perahu. Abdul Jabar menolak perahu supaya lajak agak jauh di tengah, masa perahu itu bergerak dia melompat ke dalam perahu. Dia duduk di pangkal perahu dengan dayung di tangan. Saya tidak sedar, bila masa dia mengenakan terendak kepalanya. BELAKANG Perahu yang didayung terus melawan ombak, terumbang ambing. Tubuh saya juga turut bergerak, tersengguk ke depan, tersengguk ke belakang. "Kalau dengan perahu ini kita ke Sumatera, alamat kita mati kering, Entah-entah kita bertiga masuk perut ikan Yu," saya luah rasa bimbang kepada datuk. Datuk Cuma tersenyum tetapi, Abdul jabar ketawa besar. "Kita tak akan mati, ada orang bergayut pada papan sekeping di laut boleh hidup," Abdul Jabar memberi komen. Saya terus gigit bibir. Abduk Jabar terus mendayung perahu. Pancaran matahari kian terasa, beberapa bahagian tubuh saya mula diruapi peluh halus. Ombak terus mengalun menatang buih menuju pantai. Perut mula terasa perit dan saya terus sendawa beberapa kali. Kepala terasa berat dan rasa mahu muntah tidak dapat ditahan-tahan lagi. Melihat wajah saya pucat dan tidak bermaya, datuk segera meletakkan tangannya ke batang leher saya., Jari-jemarinya segera bergerak mencari urat lalu memicitnya. Lebih kurang lima minit datuk memicit batang leher saya, jari-jemarinya terus beralih ke tapak kaki saya. Di situ juga datuk mencari urat dan memicitnya. Rasa pedih perut, mau muntah dan sakit kepala segera hilang. Dua tiga kali kentut. Abdul Jabar terus ketawakan saya. Muka dan badan saya berpeluh dengan banyaknya, saya kembali bertenaga. Pada saat itu juga saya menyedari yang Abdul Jabar tidak mendayung ke arah tengah laut tetapi menyusur pantai arah ke selatan. "Kalau nak naik tongkang kena dayung ke tengah laut Nyakbar, kenapa kamu dayung menyusur pantai, agaknya kamu tersilap atau terlupa," belum pun sempat saya berkata apa-apa, datuk sudah pun meluahkan teguran untuk Abdul Jabar. "Saya tak lupa pak cik, saya tak silap. Sengaja saya buat macam ni." "Sengaja kamu buat?" Datuk jegilkan biji mata. "Iya," sahut Abdul Jabar penuh yakin. Saya lihat datuk melagakan gigi atas dengan gigi bawah beberapa kali. Dia termenung panjang macam memikirkan sesuatu. Mungkin dia merasakan dirinya sudah dipermainkan atau ditipu oleh nakhoda tongkang dari Aceh. "Inilah rahsianya saya mahu bagi tahu pak cik," kata anak muda itu sambil memegang pendayung dengan kemas. "Rahsia apa Nyakbar." "Rahsia janji yang tak sama pak cik." "Aku tak faham dengan cakap kamu Nyakbar." "Mudah aje pak cik, bapa saudara saya janji dengan pak cik naik tongkang, nampaknya janji tu dah bertukar." "Kenapa jadi begitu Nyakbar?" Tanya datuk agak gugup. Matanya tetap terpaku ke wajah Abdul Jabar yang mengunakan sepenuh tenaga untuk mendayung perahu. "Tongkang bapa saudara tak jadi pergi ke Belawan, dia suruh saya bawa pak cik ke satu tempat.." "Kemana?" Datuk segera memotong cakap Abdul Jabar. Saya dipesan ole bapa saudara saya supaya jangan memberitahu nama tempat tersebut, kecuali bila sudah sampai." "Agaknya nak dihantar ke tempat lanun," tingkah saya. "Boleh jadi tempat lanun, boleh juga jadi tempat orang penyeludup barang," sahut Abdul Jabar. "Kalau aku dan cucu aku selamat, aku tak kisah, kalau dalam bahaya kamu teruk aku kerjakan Nyakbar," suara datuk keras, wajahnya nampak garang sekali. "Rasanya, tidak sampai ke situ pak cik," dengan tenang Abdul Jabar bersuara. Seluruh badannya basah dengan peluh. "Aku juga fikir begitu," datuk anggukkan kepala.

25 of 43

30/12/2010 11:32 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 10

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=10

Perahu terus meredah ombak, sinar matahari makin garang. Kulit muka saya mula terasa pedih tetapi tubuh terasa segar disentuh bayu laut. Dari jauh kelihatan berbalam sebuah tanjung, juga kelihatan kepulan asap. "Itulah tempat yang kita nak tuju, pak cik" "Hum, kalau tak silap aku, itu Tanjung Keluang, tak jauh dengan Kuala Panchor," kata datuk sambil mengkedutkan dahi, matanya kelihatan mengecil merenung tajam ke arah tanah yang terjulur ke permukaan laut. TANJUNG Akhirnya, kami sampai ke pengkalan kecil Tanjung Keluang, terdapat beberapa buah perahu nelayan. Kerana datuk pernah datang ke situ dia dapat menceritakan kepada Abdul Jabar serba sedikit tentang tempat tersebut, menurut datuk kira sepuluh keluarga tinggal di situ, kebanyakannya berasal dari seberang (Sumatera). Mereka datang ke Tanjung Keluang sebelum perang dunia kedua. Di situ terdapat sebuah surau dan sebuah balairaya. Pada masa itu tidak ada kemudahan asas di tempat tersebut. Bagi mendapatkan air mereka menggali perigi. Waktu malam mereka menggunakan lampu minyak tanah. Anak-anak mereka bersekolah di Kampung Panchor. Apa yang menariknya setiap rumah mempunyai radio yang menggunakan bateri kering. Mata pencarian mereka ialah ke laut atau menjadi buruh kepada beberapa buah syarikat nelayan di Bagan Panchor. Adajuga yang menjadi peniaga di Pantai Remis, Sungai Batu dan Tuntung. "Kalau begitu nampaknya, pak cik banyak tahu tempat ini," dari nada suara Abdul Jabar terus mengikat perahu di pengkalan. "Serba sedikit pak cik tahu, bukan semua," datuk tatap wajah Abdul Jabar, mereka berbalas senyum. "Di zaman Belanda jadi raja di Sumatera, tempat ini jadi tempat perlindungan orang dari Aceh, Jambi, Palembang, Deli dan Serdang, mereka ke mari melarikan diri dari ditangkap askar Belanda," datuk lanjutkan cerita. Saya dan datuk mengikut langkah Abdul jabar menuju ke arah sebuah bot usang yang letaknya agak terpencil dengan bot-bot lain, sambil berjalan saya terus mengawasi keadaan sekeliling. "Pak cik," Abdul Jabar berhenti melangkah, " orang itu yang akan menguruskan pelayaran pak cik," sambung Abdul Jabar sambil telunjuknya menuding ke arah seorang lelaki yang memakai baju dan seluar ala tentera, orang itu menyandarkan tubuh ke batang kelapa sambil menghisap rokok dengan tenang. Melihat kedatang kami, lelaki itu bergegas menuju ke arah pelantar kecil yang dibuat dari pelepah kelapa. Tetapi, empat tiang nya dari batang jambu batu. Tingginya kira-kira dua kaki dari permukaan bumi. Lelaki itu duduk di pelantar dan cubamelindungi mukanya dari dilihat oleh datuk dengan merenung ke arah rimbunan pepokok renek di sebelah kiri pelantar, asap rokok yang diluah berkepul di udara. "Assalamualaikum" datuk memberi salam mendahului Abdul Jabar. "Mualaik.," lelaki berpaling ke arah datuk. Dengan serta merta dia bangun. Matanya tidak berkelip merenung datuk denagn wajah yang serius. Lagaknya seperti berhadapan dengan musuh. Saya jadi cemas lalu memandang ke arah Abdul Jabar, saya lihat Abdul Jabar juga resah seperti saya. Keselamatan datuk dan saya dalam bahaya. "Hai kawan, kita berjumpa juga," lelaki itu menjerit dengan lantang. Dia menerkam dan memeluk datuk, sudah tentunya perbuatannya itu amat mengejutkan diri saya. Datuk saya lihat terpampan. "Ingat saya?" Dia mengajak datuk duduk di pelantar. "Ingat tak saya?" Ulang lelaki yang berkulit hitam, bentuk muka nya bujur sirih. Datuk segera kerutkan dahi dan kening untuk mengingati sesuatu. Perasaan saya terus berdebar, macam mana dia boleh kenal dengan datuk? Agaknya dia salah orang. Dengan ekor mata saya jeling lelaki itu, ternyata dia resah selagi datuk tidak memberi jawapan. Dia luruskan kaki kanan dan menyeluk saku seluar mengeluarkan pistol jenis browning lalu diletakkan atas lantai pelantar. Datuk masih lagi kerutkan dahi dan kening. Sepasang kaki saya terasa lenguh, saya segera duduk di batang kelapa. Abdul Jabar juga turut duduk sama. HITAM Lelaki berkulit hitam manis dalam usia 45-50 itu terus mencapai pistol. Muncung pistol dihalakan ke arah kepala datuk, sementara jari telunjuknya ke arah kepala datuk, sementara jari telunjuknya terus bergerak di sekitar picu pistol. Darah saya berderau, nyawa datuk dalam bahaya. Andainya jari telunjuk itu tertarik picu, pasti muncung pistol meluahkan peluru segar ke arah kepala datuk. Darah bersemburan dan datuk jatuh tergolek atas pelantar menjadi mayat. Anehnya, datuk tetap tenang menghadapi suasana yang begitu mendebarkan hati saya, mungkin juga hati Abdul Jabar. "Awak tak ingat saya?" ulang lelaki itu lagi. Muncung pistolnya tidak juga berubah dari sasarannya. Abdul jabar tunduk merenung pasir. Barangkali dia mengawal perasaan cemas yang berkocak di dadanya. "Iya, saya ingat sekarang," suara datuk bergetar. "Apa yang awak ingat tentang saya.?" "Saudaralah yang menerima wang derma yang saya kumpulkan untuk membantu orang-orang di Tanah Acheh melawan Belanda," tambah datuk. Ada senyum terpamer di wajah lelaki berkulit hitam, hanya untuk seketika. "Betul, saudara masih ingatkan saya," kata lelaki dalam nada suara yang lemah. Keriangan di wajahnya segera bertukar menjadi muram,

26 of 43

30/12/2010 11:32 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 10

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=10

" tetapi awak tidak mahu membantu saya , bila saya menjadi pengikut Wood Barueh menentang Sukarno," sambungnya dengan rasa hampa yang amat sangat. Perlahan-lahan dia menghalakan muncung pistolnya kearah tandan buah kelapa gading. Dia menarik picu pistol dan bunyi tembakan bergema, serentak dengan itu juga dua biji kelapa muda jatuh ke bumi. "Kamu menyimpan dendam kerana aku tidak menolong kamu?" "Dendam-mendendam bukan amalan hidup saya. Sama ada awak mahu menolong atau tidak, itu hak awak." Jawap lelaki itu lalu memasukkan pistol ke saku seluar kuningnya. Saya dan Abdul Jabar segera mendekati datuk dan lelaki berwajah bujur sirih. "Nama kamu Nyak Sulaiman?" Tanya datuk. Lelaki itu anggukan kepala. "Sudah kenal, tak perlulah saya perkenalkan," celah Abdul Jabar bersama senyum riang. "Iya Jabar, ayah saudara kamu menyuruh kamu membawa lelaki ke sini," Nyak Sulaiman menatap wajah Abdul Jabar. "Iya," angguk Abdul jabar. "Kamu tahu yang bapa saudara kamu menyuruh aku membawa orang ini ke Sumatera?" "Itu saya tak tahu." "Sekarang kamu sudah tahu, kalau begitu eloklah kamu tinggalkan kami di sini," tutur Nyak Sulaiman kepada Abdul Jabar. Tanpa mau membuang masa, Abdul Jabar hulurkan tangan pada Nyak Sulaiman. Kemudian bersalam dengan saya dan datuk. Dengan senyum Abdul Jabar atur langkah menuju ke perahunya. "Dia tu ada pertalian keluarga dengan saya, begitu juga saya dengan Nakhoda Tongkang, kami berasal dari satu moyang," terang Nyak Sulaiman, dia juga memberitahu datuk bahawa nama sebenar Nakhoda Tongkang ialah Amirul, di zaman menuntut kemerdekaan dia mengetuai pasukan gerila yang bergerak dari Acheh Timur hingga ke kawasan Acheh Utara. Bila Indonesia mencapai kemerdekaan dia terus terjun ke dalam dunia dagang. Hasil bekerja keras dalam dunia dagang dia berjaya membeli dua bua buah kapal untuk membawa barang dari Singapura ke Tanjung Pinang, Lhok Seumawe dan ke Sigli di Acheh. Dari situ balik semula ke Pulau Pinang, kerana perniagaan awalnya menggunakan tongkang, dia terus dipanggil Nakhoda Tongkang hingga ke hari ini. Nyak Sulaiman mengajak saya dan datuk menjenguk bahagian dalam bot. saya tersentak dengan apa yang wujud di depan mata saya. Sesungguhnya bot yang kelihatan usang dan tidak menarik diluar, ternyata berbeza bila berada di dalamnya, bagaikan bot kepunyaan jutawan. Semuanya nampak lengkap. Adabilik tidur, bilik istirahat dan mesyuarat. Keadaan di dalamnya sungguh lapang sekali. " Ini bukan bot nelayan nak menangkap ikan," komen datuk setelah duduk di bangku ruang tamu. Nyak Sulaiman anggukkan kepala, setuju dengan pendapat datuk itu. "Aku rasa, dulu kau bawa bot lain," tutur datuklagi sambil melihat setiap sudut. "Iya, masa itu botnya kecil. Bot yang awak naik ini, bot orang Belanda, kami curi masa revolusi di Tanjung Periuk, kami ubah suai ikut selera kami, catnya kami tukar, bila revolusi sudah selesai, bot ini diserahkan kepada saya," Nyak Sulaiman berhenti bercakap. Dia tinggalkan saya dan datuk di bilik tamu. Nyak Sulaiman masuk ke bilik sebelah, entah apa yang dibuatnya di situ, saya tidak tahu. TALAM Nyak Sulaiman keluar dari bilik sebelah dengan menatang talam bersama dua cawan kopi. "Minum," dia meletakkan talam atas meja, kemudian dengan tenang dua cawan kopi di depan saya dan datuk. Asap nipis berkepul di permukaan cawan "Minum, kopi asli Acheh, bijinya saya kisar sendiri. Biji-biji kopi ni saya jual sepikul sepuluh ringgit, kepada pengilang di Sungai Batu, pengilang kopi kisar pakai mesin kemudian di jual kepada kedai runcit dan kedai kopi dengan harga sekati tujuh ringgit," sambung Nyak Sulaiman. "Baunya sudah membuka selera," kata datuk. "Maklumlah barang tulin tentulah baik," "Lagi apa kau bawa dari Sumatera untuk kau jual di sini?" Risik datuk lagi. "Macam-macam, kalau awak nak orang pun saya boleh carikan," Nyak Sulaiman bergurau. Datuk ketawa begitu juga dengan Nyak Sulaiman, saya hanya tersenyum saja. Setelah minum kopi panas, badan rasa segar dan berpeluh. Hembusan bayu dari Selat Melaka yang masuk ke ruang tamu bot membuat saya terasa mengantuk dan menguap panjang. "Mari saya tunjukkan tempat rahsia di bot ni." "Tempat rahsia?" Datuk jegilkan biji mata. "Iya, mari ikut saya." Nyak Sulaiman segera menarik tangan datuk menuju ke tempat rahsia. Saya hanya mengekori dari belakang. Nyak Sulaiman menunjukan tempat menyimpan senjata api, tempat menyimpan barang-barang keperluan seharian untuk diseludupkan ke Sumatera semasa merebut kemerdekaan dari Belanda. Tempat rahsia ini dibuat di bahagian lantai, dindingnya dilapisi dengan zink dan penutupnya dari papan yang menyerupai lantai, sukar

27 of 43

30/12/2010 11:32 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 10

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=10

membezakan antara penutup tempat rahsia dengan lantai bot. Sekali pandang kelihatan sama, tidak ada siapa yang dapat menduga bahawa di bawah lantai yang dipijak itu tersembunyi khazanah yang berharga yang sukar dapat dikesan oleh Tentera Laut Belanda. Saya tetap memuji, mengagumi orang yang mereka cipta tempat khas itu. "Sekarang ini, tempat ini tak digunakan lagi?" Soal datuk. "Kamu masih membantu orang-orang Daud Berawih yang mahu mendirikan Republik Islam Acheh atau ringkasnya RIA." Nyak Sulaiman tidak menjawap pertanyaan yang datuk ajukan kepadanya. Sebaliknya dia menarik tangan kanan datuk menuju ke bucu bot. Dengan menggunakan besi bulat sebesar ibu jari yang bahagian hujungnya bengkok dan tajam, dengan senyum dia memanfaatkan besi itu untuk mencungkil sekeping papan berlidah. Setelah papan sekeping itu dicabut dari tempatnya, apa saya lihat tersusun sepuluh pucuk rifle panjang, sekarang rifle itu tidak digunakan lagi. Rifle jenis ini amat popular semasa perang dunia kedua dan di zaman darurat. Di samping itu terdapatlima pucuk senapang kampung laras satu.Lima dari sepuluh bom tangan dan peluru ditempatkan di situ. Saya lihat datuk menarik nafas panjang, entah apa yang datuk fikirkan, saya sendiri pun tidak tahu. "Sekarang awak dah tahu apa yang saya buat," kata Nyak Sulaiman sambil mengenakan papan sekeping di tempat asalnya. Dengan menggunakan besi bengkok, dia mencantumkan lidah papan hingga rapat dan kejap. Dengan kata-kata yang diucapkan oleh Nyak Sulaiman itu fahamlah datuk bahawa Nyak Sulaiman masih menyokong perjuangan untuk menegakkan RIA (sekitar awal enam puluhan) Saya lihat datuk berada dalam keadaan yang serba salah. Datuk sebenarnya tidak mahu terjebak dalam situasi yang tidak menyenangkan ini. "Dari mana kau dapat semua senjata ini?" "Dari Thailand, Burma, India semuanya dibekalkan orang anggota RIA, saya hanya menyeludupkan sahaja." "Aku masuk perangkap," datuk mengeluh. "Maksud awak?" "Aku tak mahu terlibat dalam hal yang merugikan ini. Aku sudah melihat saudara-saudaraku melawan Belanda, kemudian saudarasaudara itu berperang sesama sendiri. Kenapa tak bersatu di bawah pimpinan Sukarno," datuk gelengkan kepala. Nyak Sulaiman menggigit bibir, kemudian menelan air liur. Wajah datuk ditatapnya penuh simpati. "Usah bimbang, awak tak akan menghadapi apa-apa masalah. Awak selamat," Nyak Sulaiman meluahkan janji kepada datuk. Dia bergegas menuju ke bahagian enjin. Beberapa saat kemudian bot mula meraung. BERGERAK Di saat bot mula bergerak, lima orang lelaki melompat ke atas bot. Saya tidak tahu dari mana lelaki itu muncul. Bagi mengetahui keadaan sebenar , saya terus menuju ke tempat enjin. Di situ kelima-lima lelaki itu mengelilingi Nyak Sulaiman. Mereka mendengar arahan-arahan yang dikeluarkan oleh Nyak Sulaiman dengan tenang. Menyedari kedatangan saya dan datuk, Nyak Sulaiman terus bersuara: "Usah bimbang mereka semua adalah anak buah saya." "Begitu," kata datuk dengan senyum. "Kamu uruskan perjalanan ini," tutur Nyak Sulaiman kepada salah seorang anak buahnya. Tanpa banyak cakap, anak buah yang telah diberikan tugas terus mengendalikan perjalanan yang sudah ditetapkan haluan dan arahnya. Bot terus membelah ombak. Saya dan datuk dibawa oleh Nyak Sulaiman ke ruang tamu kembali. Kami di layan dengan baik. Kira-kira satu setengah jam perjalanan dilaut yang tidak kelihatan tanah tepi, saya terasa mual, isi perut terasa mahu keluar. Mungkin semuanya ini bepunca dari bot yang terlalu kuat dilambung ombak. Bagi mengatasi masalah itu, saya rebahkan diri di bangku tanpa memperdulikan datuk dan Nyak Sulaiman yang rancak berborak. Mungkin menyedari keadaan saya tidak begitu baik, datuk segera mengurut tiap sendi saya. Akhirnya dia mengurut bahagian perut hingga badan saya berpeluh. Kemudian datuk suruh saya minum segelas air setengah masak. Rasa muak segera hilang, saya kembali bertenaga, dapat melihat ombak laut yang beralun dalam sinaran matahari yang kian meninggi. Sayup-sayup saya melihat kapal dagang yang besar bergerak di permukaan laut. "Bersedia," jerita Nyak Sulaiman sekuat hati, bila melihat bot laju menghampiri bot yang kami naiki. "Awak berdua tenang saja," sambungnya lagi lalu keluar ke bahagian atas bot. Empat orang anak buahnya segera mengikuti Nyak Sulaiman. "Perlahankan, " jerit nyak Sulaiman lagi. Bot yang kami naiki mula memperlahankan lajunya. Dan bot yang mendatang segera mendekati bot kami. "Matikan enjin dan campakan sauh," dengan mudah arahan yang dikeluarkan oleh Nyak Sulaiman dipatuhi oleh anak buahnya. Bahagian tepi bot kami bertemu dengan bahagian tepi bot pendatang. Bentuk bot yang mendatang itu agak kecil dari bot milik Nyak Sulaiman. Dua orang lelaki berpakaian seperti nelayan melompat keatas bot Nyak Sulaiman. Bercakap dengan Nyak Sulaiman. Saya dan datuk berpandangan, rasa cemas dan takut tetap bersarang dalam dada saya. Mana tahu, kalau Nyak Sulaiman menyerahkan saya dengan datuk kepada nelayan tersebut. Setelah berbincang agak lama. Nyak Sulaiman membawa kedua orang nelayan ke tempat rifle, Dia serahkan rifle, senapang kampung dan bom tangan kepada dua orang lelaki itu. Dengan pantas dua lelaki itu membawa senjata api ke dalam botnya lalu diletakkan di tempat khas di bahagian perut bot yang kemudian

28 of 43

30/12/2010 11:32 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 10

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=10

ditutup dengan papan lapis. Diatas papan lapis diletakkan hasil ikan dan alat alat kelengkapan menangkap ikan. (bersambung)...

CHAPTER LIST

(Jilid 10 ): SIRI 140 LAWI AYAM PEMBELAH PERUT Dec 20, '10 1:03 PM
by adi for group komunitisbdj Nyak Sulaiman bercakap dengan salah seorang daripada nelayan tersebut. Selesai bercakap, nelayan itu menghulur sampul surta berwarna kuning kepada Nyak Sulaiman. Mereka berdakapan dan bersalaman. Enjin bot nelayan bergerak-gerak. Sinar matahari yang yang terik membuat kulitnya menjadi merah. Pada hemat saya, waktu itu lebih kurang dua petang. Datuk terus menuju ke bilik air mengambil wuduk dan melakukan solat zuhur. Selesai menjalankan perintah datuk kembali duduk di ruang tamu. Nyak Sulaiman mendekatinya. "Siapa orang tadi?" Tanya datuk. "Saya tak tahu, tapi soal senjata api saya berurus dengan mereka. Mereka memberi upah kepada saya," jawap Nyak Sulaiman sambil melangkah menuju ke arah anak buah. Saya terdengar suara Nyak Sulaiman menyuruh anak buahnya menyiapkan makan tengah hari. Nyak Sulaiman kembali manemui saya dan datuk. "Apa yang awak tengok tadi, itulah kerja terakhir saya dengan RIA," Nyak Sulaiman menyambung kembali ceriat yang terputus. "Maksud kamu?" Soal datuk. "Esok dan sampai bila-bila saya tak akan libatkan diri dengan perjuangan RIA, bot ini nak saya gunakan bawa penumpang berulang alik dari Belawan ke Pulau Pinang, Dumai ke Melaka, dari Lhok Senawi ke Lumut atau Bagan Datoh. Ramai orang Deli, Acheh, Riau berniaga dan berkampung laman di Semenanjung. Saya nak jadi saudagar, saya dah jemu berjuang," Nyak Sulaiman meluahkan apa yang tersirat dalam dadanya. Datuk tersenyum. Dua tiga kali bahu Nyak Sulaiman ditepuknya. "Bagus, otak pedagang memang memikirkan untung walaupun terpaksa jadi tukang seludup senjata untuk membunuh orang," ungkap datuk dengan diakhiri ketawa kecil. Nyak Sulaiman mengaru-garu pangkal dagunya beberapa kali. "Apa yang awak katakan itu memang benar. Ini kenyataan, saya tak nafikan," pengakuan jujur dari Nyak Sulaiman. "Bagus, sekarang bukan masanya bergaduh sama sendiri, kamu mesti ikut Nakhoda Tongkang," datuk memberi semangat kepada Nyak Sulaiman. "Iya, sudah tentu," sahutnya dengan sinar mata yang bercahaya. "Sudah siap," anak buah Nyak Sulaiman yang diarahkan menyediakan makan tengah hari muncul tiba-tiba di depan kami. Dengan serta merta Nyak Sulaiman bangun. "Mahu dibawa ke sini atau makan di bahagian dapur," sambung anak buah Nyak Sulaiman dengan senyum. "Di dapur saja." Secara mendadak bersuara. "Saya setuju dengan cadangan itu," sahut Nyak Sulaiman. Saya dan datuk segera bangun. Kami melangkah ke bilik dapur. Di situ adalah bangku yang dibuat dari peti susu.Ada meja keil untuk hidangan. Keadaan biliknya cukup sempit. Bagi mengatasai gangguan waktu makan, periuk nasi, gulai, ikan bakar, ulam malah lesung batu penumbuk sambal diletakkan atas meja. "Ikan bakar ni, ikan yang baru dipancing dari laut," tutur Nyak Sulaiman, "ikan ari laut ni terasa manisnya," tambah Nyak Sulaiman lagi. Saya dan datuk angguk-angguk kepala. "Orang kamu makan di mana?" Tanya datuk. "Usah fikirkan mereka, bila lapar tahulah dia masak makan untuk perut mereka," jawap Nyak Sulaiman selamba. Memang tidak dapat saya nafikan makan di tengah laut amat menyelerakan. Dua tiga kali saya tambah nasi. Dua ekor ikan bakar saya lanyak dengan sepuas-puasnya. Walaupun begitu selera sekali saya makan tetapi, datuk tetap makan seperti biasa. Tidak tambah nasi dan tidak tambah lauk. Kalau nasi di pinggan untuk enam suap, habis enam suap dia terus berhenti. Lepas makan saya segera keluar bilik dapur terus menuju ke ruang tamu. Beberapa minit kemudian Nyak Sulaiman menyuruh anak buahnya angkat sauh. BERGERAK Bot kembali bergerak di perairan Selat Melaka. Beberpa jam berlayar, saya mendapat tahu bot yang saya naiki sudah masuk zon antarabangsa. Dalam tempoh sejam dua lagi, bot itu akan memasuki kawasan perairan Sumatera. Mungkin kerana terlalu kenyang saya terus terlelap. Bila saya terjaga, datuk sudahpun menunaikan sembahyang Asar. Bot juga sudah berhenti bergerak, saya segera menemui salah seorang anak buah Nyak Sulaiman yang sedang asyik memancing ikan di bahagian hujung bot.

29 of 43

30/12/2010 11:32 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 10

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=10

"Kenapa labuhkan sauh." Tanya saya. "Itu perintah," jawap anak buah Nyak Sulaiman yang bernama Agus. Batang pancingnya, seekor ikan merah terdampar atas bot. Begitu cepat Agus memisahkan mata pancing dari mulut ikan merah lalu ditaruh kedalam raga khas. "Untuk makan malam, kalau kita lambat rapat ke pantai, malam ini, kita tangkap ikan lagi," dengan senyum Agus bersuara. Saya juihkan bibir ke depan , tidak berminat apa yang disebut oleh Agus. Saya segera ke bahagian ruang tamu, saya lihat datuk sedang bercakap-cakap dengan Nyak Sulaiman. "Kita ni di mana?" saya terdengar datuk mengajukan soalan kepada Nyak Sulaiman. "Kita berada dikawasan Laut Sumatera." "Kenapa takrapat terus ketepi," datuk mendesak. "Biar agak jauh malamkita rapat ke pantai," "Sebabnya?" "Tak payahlah awak tahu sebabnya," Nyak Sulaiman menepuk bahu datuk. Dan datuk tidak mengajukan sebarang pertanyaan. Malah, sabar menanti waktu yang akan dipilih oleh Nyak Sulaiman untuk rapat ke pantai Sumatera. "Lebih kurang pukul sebelas malam, enjin bot pun dihidupkan. Sauh segera diangkat. Nyak Sulaiman segera memberi arahan kepada anak buah supaya memastikan laluan bot menuju ke pantai. Disamping itu, Nyak Sulaiman juga mengingatkan anak buahnya berusaha dengan sedaya upaya menjauhi sebarang bot. Anak buahnya akur dengan arahan. Di saat bot kian mendekati pantai, tiba-tiba secara kilat muncul sebuah bot laju memintas perjalanan bot yang kami naiki. Belum pun sempat anak buah Nyak Sulaiman mengubah haluan bot, beberapa orang dari bot laju melompat ke atas bot milik Nyak Sulaiman. "Kita dalam bahaya, jangan menyerah," suara Nyak Sulaiman lantang. Bot laju itu seolah-olah memaksa bot yang kami naik menuju ke sebuah pulau di depan. Walaupun demikian, pemandu bot Nyak Sulaiman tidak mudah ditundukkan. Dengan sedaya upaya dia melawan, saling tunda-menunda. Masing-masing tidak mahu mengalah. Lagi sekali saya diamuk keresahan dan ketakutan. Andainya terjadi sesuatu yang buruk, sukar untuk saya dan datuk menyelamatkan diri. Kami dikelilingi oleh Selat Melaka. Dalam keadaan yang tidak tenteram itu, Nyak Sulaiman mengajak saya dan datu keluar dari bilik tamu. "Kalau kita berada di bahagian atas, senang kita bertindak," mendengar cakap Nyak Sulaiman itu hati saya terus berdebar. Apakah dia mnyuruh datuk dan saya terjun ke laut dan kemudian berenang dalam gelap mencari pantai. Saya dongak ke langit, mata saya mencakup awan dan bintang yang bertaburan, saya renung ke bawah, hanya ombaklaut alunberalun. BEDIRI Dua orang lelaki berdiri di depan kami, dari sinar lampu yang agak gelap, saya lihat kedua-dua lelaki itu berbadan tegap dan tinggi. Wajah dan kepala di sarung dengan kain hitam kecuali bahagian mata. "Siapa mereka?" Tanya datuk. "Lanun pulau," jawap Nyak Sulaiman. "Kita dalam bahaya," kata datuk lagi. "Iya, ita cuma ada pilihan samada melawan atau menyerah." "Selalu kamu menghadapi masalah macam ni?" "Belum, biasanya kami dapat melarikan diri," suara Nyak Sulaiman terketar-ketar. Datu menggigit bibir. Dua leleki yang memakai sarung kepala dekat kepada kami. Salah seorang menghalakan muncung pistol ke arah Nyak Sulaiman, manakala seorang lagi mengangkat parang panjang seperti mahu memancung kepala saya dan datuk. "Serahkan semua barang-barang yang ada dalam bot ini kepada kami, kalau menentang, kamu semua kami bunuh," tutur salah seorang lelaki itu. "Kami tak ada barang berharga," jawap Nyak Sulaiman. "Kalau begitu, serahkan jam tangan, cincin dan makanan yang ada dalam bot." sambung lanun pulau. Nyak Sulaiman pandang wajah datuk. Bot yang tadi bergerak laju, saling himpit-menghimpit terus berhenti. Beberapa orang lanun yang berada di bot mereka terus melompat keatas bot Nyak Sulaiman. Mereka mengelilingi kami. "Kami nak rampas bot awak, sekarang awak semua mesti terjun ke laut, pandai-pandailah selamatkan diri sendiri," tutur lelaki yang memakai sarung kepala warna hijau. "Tak patutlah buat begitu kepada kami, kalau awak mahu rampas bot ni, hantarkan kami ke pantai Tanah Melayu atau Sumatera, setidaktidaknya ke pulau," Nyak Sulaiman merayu. Lelaki itu tersenyum. Beberapa orang anak buah Nyak Sulaiman yang baru ditangkap, segera disatukan dengan kumpulan kami. Saya kira lelaki bersarung kepala hijau itu ialah ketua lanun, sebabnya saya berkata begitu kerana dialah orang yang paling akhir melompat keatas bot Nyak Sulaiman. Cakap-cakapnya dipatuhi oleh orang-orangnya. "Tadi janji nak rampas jam tangan, cincin dan makanan bukan nak rampas bot," datuk bersuara. "Itu bukan cakap aku, Aku ketua, kamu mesti ikut cakap aku," lelaki bersarung kepala hijau terus bersuara. Dia memerintah anak

30 of 43

30/12/2010 11:32 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 10

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=10

buahnya menyelongkar isi perut bot. Dengan mendadak ketua lanun itu menolak bahu kanan datuk. Kerana datuk tidak melawan dia terus merampas jam tangan Nyak Sulaiman. Dia datang kepada datuk semula, badan datuk dirabanya. Datuk sudah berusaha supaya dia tidak menyentuh tali pinggang. Dia bagaikan tahu yang datuk tidak suka dia menyentuh tali pinggang tersebut. "Saya mahu ini, katanya. "Ini tali pinggang pesaka," datuk berdalih. "Jadi awak tak mahu serahkan pada saya." "Bukan tak mahu serah, lain kali saya serahkan pada awak." "Kurang ajar ," jerit ketua lanun lalu melepaskan penampar ke muka datuk. Saya lihat datu tertiarap atas lantai bot. Bila ketua lanun itu mahu menendang datuk, Nyak Sulaiman segera menghalang. Ketua lanun berpusing ke arah Nyak Sulaiman. Nyak Sulaiman terlentang atas lantai bot. Bibirnya pecah dan berdarah. Dalam keadaan yang kelam kabut itu, saya segera mencari tempat persembunyian, tetapi usaha saya tidak berjaya. Ketua lanun menyambar tangan kanan saya lalu dikilaskan ke belakang. Saya terus menjerit kesakitan. "Diam, kalau kamu menjerit aku campak kamu ke laut," ketua lanun jegilkan mata ke arah saya. Rasa cemas mula menguasai hati, tetapi saya cuba dengan sedaya upaya bersikap tenang dengan mendiamkan diri. Semoga tindakan saya itu melembutkan hati ketua lanun, mudah-mudahan dia akan melepaskan tangan saya yang dipulasnya. Harapan saya tidak menjadi kenyataan. Tangan saya terus dipulas. Sakitnya tidak dapat saya gambarkan. Saya mengerang kesakitan danketua lanun terus ketawa kecil. Dengan keadaan serba tidak kena itu, sasya terus berfikir dan merancang sesuatu untuk melepaskan tangan dari genggaman ketua lanun. TEKAN Tiba-tiba secara tidak disangka-sangka, ketua lanun menekan muka saya ke pangkal pehanya. Bau hapak dari seluarnya emmbuat saya terasa mahu muntah pada saat itu juga timbul dalam fikiran saya untuk melakukan sesuatu. Dengan serta merta saya bertindak, daging pehanya yang dibalut dengan seluar terus saya gigit denga sekuat hati. "Aduuuhhh!!!" Jerit ketua lanun. Serentak dengan itu dia melepaskan penampar kencang ke muka, saya terus jatuh atas lantai bot. Kulit muka saya terasa pedih. Pandangan saya berpinar-pinar, bintang di langit kelihatan sekejap besar, sekejap kecil. Malam yang sememangnya sudah gelap menjadi hitam pekat. Deru ombak sudah tidak begitu jelas kedengaran. Dalam beberapa saat, terasa tubuh menjadi kecil dan terumbang ambing di awang-awangan. Dan seterusnya saya tidak ingat apa yang terjadi. Bila saya dapat menggerakkan tangan dan membuka mata, saya dapati diri saya berada di celah kangkang ketua lanun. Manakala Nyak Sulaiman sudah pun berdiri sambil mengesat darah di bibir. Datuk duduk mencangkung dengan sepasang mata nerenung ke arah saya. "Kau tak apa-apa Tamar?" Tanya datuk. "Eeerrr," saya tidak dapat meneruskan percakapan. Kedua belah rahang saya terasa sakit. "Bertenang Tamar, masanya belum sampai." "Saya cuba tuk, tapi mulut saya sakit tuk," saya terus mengadu dalam keadaan yang serba mencemaskan itu. Rasa sakit itu membuatkan air mata saya mengalir di pipi. Melihat keadaan yang serba payah itu, timbul rasa belas di hati datuk. Dia tidak rela melihat saya diseksa begitu. Dengan memberanikan diri datuk terus berkata. "Lepaskan cucu saya." "Lepaskan cucu awak? Iya, sekarang saya lepaskan. Ambillah dia di celah kangkang saya ni." Mendengar kata-kata ketua lanun itu, terbayang kegembiraan di wajah datuk. Tanpa membuang masa, datuk renung Nyak Sulaiman. Saya lihat Nyak Sulaiman genyitkan mata seolah-olah menuruh datuk supaya mengikuti arahan ketua lanun. "Lepaska cucu saya," rayu datuk "Ambillah, saya tak halang." Setelah meyakini yang ketua lanun itu tidak akan memperdayakan dirinya, datuk pun menginsut perlahan-lahan sambil berusaha supaya salah satu anggota tubuhnya masuk ke dalam kangkang ketua lanun itu. Kerana menyedari apa yang datuk inginkan, saya pun hulurkan tangan kepadanya. Di saat telapak tangan saya hampir bertemu dengan telapak tangan datuk, ketua lanun angkat kaki kiri lalu melepaskan tendangan ke arah datuk. Dengan cepat datuk mengelak dan tendangan itu hinggap ke peti kosong di kanan datuk. Ketua lanun naik darah dia segera mencapai sebatang kayu bulat panjang. Dengan sepenuh tenaga dia menghayun kayu itu ke arah datuk. Macam tadi juga, datuk dapat mengelak dan saya pula berjaya keluar dari bawah kangkang ketua lanun dengan cara merangkak. Saya segera menggolekkan diri hingga sampai di sisi Nyak Sulaiman. Ketua lanun terus melakukan serangan dengan berbagai-bagai cara terhadap datuk. Saya lihat datuk lebih banyak bertahan dan mengelak dari melakukan serangan kepada ketua lanun. Kesimpulannya, datuk tidak mahu mencetuskan perkelahian. Dia mau berdamai dan kekeruhan yang terjadi mahu diatasi dengan cara yang paling baik. Ternyata harapan datuk tidak difahami oleh ketua lanun yang sedang berang itu. Dia mahu memperlihatkan kekuatan dan kemampuannya. Dia seolah-olah mahu memberitahu datuk yang dirinya tidak dapat ditewaskan oleh sesiapapun. Laut itu adalah

31 of 43

30/12/2010 11:32 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 10

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=10

kawasan takluknya, siapa yang berani menentang akan kecewa juga akhirnya. TEMBAK Setelah puas mengelak dan bersabar, akhirnya datuk mengambil keputusan untuk menghadapi sebarang kemungkinan. "Tembak dia!" Tiba-tiba saja ketua lanun mengeluarkan arahan kepada anak buahnya. Limamuncung pistol menghala ke arah batang tubuh datuk. Tembakan itu berterusan hingga peluru kehabisan. Anak buah ketua lanun bagaikan terpukau bila melihat tubuh datuk tidak menghadapi sebarang kecederaan. Mereka pun menjauhkan diri dari datuk, masing-masing mencari tempat perlindungan. Mereka mengira datuk akan bertindak. Ternyata datuk tidak bertindak. Ini membuat anak buah ketua lanun bertambah bingung. Ketua lanun keluarkan pistol lalu mendekati datuk sambil menghalakan muncung pistol ke arah dahi datuk. Sebelumketua lanun menarik picu pistol, datuk segera menghentakkan tumit kaki kanannya ke lantai bot, serentak dengan itu pistol terlucut dari tangan ketua lanun. Jatuh atas lantai lalu meletup sendiri. Ketua lanun mencabut pedang dari sarung lalu melepaskan tetakan kencang ke arah datuk. Tetakan itu tepat mengenai bahu kanan datuk, tetapi tidak meninggalkan sebarang kesan. Malah pedang yang digunakan terus bengkok dan matanya sumbing. Melihat keadaan yang luar biasa itu, anak buah ketua lanun segera melarikan diri dengan melompat ke atas bot mereka. Ketua lanun yang terdesak itu mula mencari helah untuk menuruti jejak langkah anak buahnya. Datuk segera memintas dan merapatinya. Datuk pegang leher baju ketua lanun. "Mahu kemana kamu, tak ada gunanya mengambil harta orang lain untuk dijadikan hak sendiri, awak baliklah dan bertaubat, jangan buat kerja tak senonoh ni," tutur datuk. "Kurang ajar, siapa awak nak mengajar saya," sahut ketua lanun, lalu menepis tangan datuk yang memegang leher bajunya. Pegangan datuk terlucut dan ketua lanun melepaskan penumbuk. Datuk dapat mengelak. Pada saat itu juga terdengar bunyi jentera kapal lanun dihidupkan. Nyak Sulaiman segera bertindak dengan membelitkan tali botnya kebahagian depat bot lanun. Melihat keadaan sudah terdesak, anak buah ketua lanun segera mematikan jentera bot mereka lalu melompat kembali ke atas bot Nyak Sulaiman, anehnya, mereka seperti tergamam bila berdepan dengan Nyak Sulaiman, mereka terus mencampakkan senjata ke atas lantai bot. PETI Demi untuk menyelamatkan diri, saya terus menyorok di balik peti sambil mengintai tindak-tanduk selanjut antara datuk dengan ketua lanun. Saya lihat ketua lanun cukup geram dengan karenah datuk itu. "Hei, sial laknat, kenapa diam, tangkap manusia babi ni," ketua lanun mengeluarkan arahan. Seperti kilat anak buahnya yang tergaman tadi mengambil senjata (parang panjang) atas lantai lalu bergerak ke arah datuk. Mereka mengelilingi datuk. Dengan tenang datuk menghadapi semuanya, dia memperkemaskan langkah dan duduk. "Kurang ajar." Ketua lanun membuka silat dngan sebilah lawi ayam. Dia menerkam ke arah datuk macam harimau lapar, serentak dengan itu anak buahnya melangkah mendekati datuk sambil menghalakan mata parang ke tubuh datuk. Saya cemas. "Sedia," suara ketua lanun datang. Dia terus melompat tinggi dengan perancangan yang teliti untuk jatuh atas badan datuk dengan hujung mata lawi ayam menggaris dari dada hingga ke perut datuk. Dengan berbuat demikian perut datuk akan terbelah dan segala isi perut datuk akan atas perut bot. Tetapi, semua gerakkan ketua lanun itu dapat datuk baca kerana itu di saat ketua lanun itu melompat, datuk sudah mengatur strategi yang berkesan. Dia merendahkan badannya, di saat tubuhnya mahu dihempap oleh ketua lanun, datuk segera bangun lalu menyambar tangan kiri ketua lanun yang tidak bersenjata. Tangan kiri itu dikilas sekuat hati hingga lawi ayam yang berada di tangan kanan terlucut. Pada saat itu juga datuk memusingkan tubuh ketua lanun lalu menjulang ke atas dengan kedua belah tangannya. "Kamu yang mencari musuh," kata datuk lalu memusingkan tubuh ketua lanun yang besar dan tegap itu sebanyak tiga kali. Kemudian batang tubuh ketua lanun dihumban ke laut. Ternganga mulut Nyak Sulaiman melihat kejadian yang tidak pernah difikirkannya berlaku di depan mata. Sayup-sayup terdengar suara ketua lanun memaki hamun datuk dari permukaan laut. Dia terpaksa berenang untuk mengimbangi badannya agar jangan tenggelam ke dasar laut. "Siapa lagi." Datuk terus menatap biji mata anak ketualanun yang mengelilingi. Semuanya terdiam, ada diantara menjeling ke arah laut yang nampak sekata dengan gelap malam. "Siapa lagi, sila rapat." Datuk pun merendahkan tubuhnya lalu membuka silat sambil mengambil pedang ketua lanun yang terdampar atas lantai bot. Melihat datuk berbuat demikian, dua orang dari mereka undur tiga tapak ke belakang, kemudian menjerit lantas terjun ke laut. Tiga orang yang masih tinggal, tetapi kelihatan tenang dan cuba mahu menentang datuk. Mereka berpandangan sama sendiri dan saling mengenyitkan mata. Salah seorang dari mereka yang wajahnya seperti orang Arab, bertubuh tinggi tetapi kulitnya hitam dengan misai dan jambang yang lebat maju setapak ke arah datuk. Bagaikan kilat dia mengeluarkan ekor pari dari dalam bajunya lalu melibaskan ke arah datuk. Libasan pertama membelit tubuh datuk hingga meninggalkan kesan bintit-bintit merah di pipi dan bahu, baju datuk terus koyak. Datuk tidak pula jatuh atau mengalami sebarang rasa kesakitan. Dia tetap seperti tadi, masih mengatur langkah silat untuk mempertahankan diri dari sebarang kemungkinan. (bersambung)...

32 of 43

30/12/2010 11:32 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 10

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=10

CHAPTER LIST

(Jilid 10) : SIRI 141 PULAU BERJALAN Dec 20, '10 1:06 PM
by adi for group komunitisbdj Lanun berwajah Arab terus melibaskan ekor pari ke arah datuk untuk kali kedua. Kalau yang pertama datuk tidak bersedia dan terpaksa menanggung akibatnya. Tetapi bagi kali kedua datuk sudah bersedia. Sebaik saja ekor pari dilibaskan ke tubuhnya datuk segera menyambar ekor pari itu lalu merentapnya dengan sekuat hati hingga lanun berwajah Arab terdorong ke arah datuk dap pada saat itu datuk pun menghentak pangkal sikunya ke bahu lanun berwajah Arab. Hentakkan yang kuat itu membuat darah keluar dari mulut dan hidung lanun. Belum pun sempat tubuh lanun tersembam atas lantai, datuk segera memangku dan menjulangnya tinggi-tinggi kemudian terus menghumban nya ke laut. Tanpa membuang masa datuk terus menerkam ke arah dua lanun yang mahu melarikan diri. Satu persatu lanun-lanun itu ditangkap dan terus dibuang ke laut. "Kita mesti cepat meninggalkan tempat ini," kata Nyak Sulaiman kepada datuk yang masih kelihatan tercungap-cungap kepenatan. Datuk segera angkat tangan. "Jangan begitu," balas datuk. "Kenapa jangan!" Nyak Sulaiman membiakkan biji matanya ke arah datuk. Dia terkejut dengan sikap datuk yang dikiranya tidak lojik sama sekali, " kalau kita tak tinggalkan tempat ni, nanti dia orang panggil kawan-kawannya jahanamkan kita nanti," sambung Nyak Sulaiman sambil menyuruh anak buahnya membawa lampu picit dan gasolin ke arahnya. "Bertenang, kalau mereka datang kita sambut ikut cara mereka datang," tingkah datuk lalu mengambil lampu suluh dari salah seorang anak buah Nyak Sulaiman. Datuk suluh ke arah ketua lanun dan anak buahnya yang terkapai berenang menuju ke bot. Nyak Sulaiman mengambil lampu gasoline diletakkannya di bibir bot. Cahaya dari gasolin menerangi kawasan laut sekitar bot. Dia melihat lanun-lanun itu berenang melawan ombak laut. "Aku mahu selamatkan mereka," kata datuk. "Ah ni kerja gila," bantah Nyak Sulaiman. "Kita mesti selamatkan." "Kita menempah maut." "Aku yakin mereka tak akan membuat perkara tak baik pada kita, biar aku tanggung buruk baiknya," datuk memberi jaminan. Ternyata jaminan itu dapat diterima oleh Nyak Sulaiman. Dia pun memerintahkan anak buahnya menghulurkan tali kepada ketua lanun dan anak buahnya yang sedang berenang mengelilingi bot dalam usaha untuk naik ke bot. SAMBUT Tali yang dihulur terus disambut. Datuk turut sama menarik tali sehingga ketua lanun dan anak buahnya dapat menaiki bot. mereka segera duduk berhimpit-himpit sambil memeluk kedua belah lutut menahan kesejukan. Wajah mereka membayangkan keresahan dan ketakutan. Setiap gerak-geri dan langkah datuk mereka sorot denga hati-hati sekali. "Ampun, jangan mengapa-apakan kami," tiba-tiba ketua lanun bersuara. Dia bangun lalu membuka baju dan seluar (kecuali seluar dalam) di lengan dan pehanya terdapat belitan tali hitam sebesar anak mancis api. "Azimat," kata datuk kepadanya "Ya," jawapnya. "Buat apa?" "Supaya badan tidak ditembusi senjata tajam." "Hummmmmmmmmmm.," datuk menelan air liur. Anak buah ketua turut membuka baju dan seluar. Mereka juga seperti ketuanya terdapat azimat di peha dan lengan. Di sebelah lengan kanan mereka terdapat tanda tatoo dalam bentuk bunga cengkih. "Duduk." Turut datuk lembut dan serentak dengan itu mereka terus duduk atas lantai bot. "kita bawa saja ke Belawan kemudian serah pada polis," Nyak Sulaiman mengemukakan cadangan. Datuk tidak memberi kata putus, sebaliknya datuk menyuruh salah seorang anak buah Nyak Sulaiman mencari kain yang kering untuk di berikan kepada ketua lanun dan anak buahnya. "Mengapa baik sangat dengan musuh," tanya Nyak Sulaiman. "Tak mengapa" jawap datuk lalu membahagi-bahagikan kain kepada para lanun yang terkejut menerima layanan yang begitu baik dari datuk. Malah mereka diberi minuman kopi panas. "Sekarang, kamu boleh balik ke bot kamu. Aku harap selepas ini kamu tinggalkan kerja menjadi lanun ni," datuk tatap wajah para lanun dengan tenang. "Aku tahu, kamu bukan dari satu tempat," sambung datuk lagi. "Pengkalan kamu di mana ?" Tidak ada jawapan yang diberikan oleh ketua lanun terhadap pertanyaan yang diajukan oeleh datuk. Mungkin untuk mengawal suasana

33 of 43

30/12/2010 11:32 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 10

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=10

agar jangan terlalu tegang, datuk renung muka Nyak Sulaiman seketika. Angin laut yang bertiup agak kencang membuat saya terasa mengigil. "Cakap dengan baik di mana pengkalan kamu?" Ulang datuk. "Di pulau-pulau yang tak ada orang," jawap ketua lanun dengan tenang. Datuk pun menarik nafas dalam-dalam dengan mengalihkan pandangan ke arah hujung bot. "Di Pulau Sembilan di Perak dan beberapa pulau kecil di kawasan kepulaun Riau," celah Nyak Sulaiman. Dan saya lihat ketua lanun segera anggukkan kepala. Nyak Sulaiman tersenyum sumbing. "Kamu dari kumpulan ular laut?" Nyak Sulaiman mula main serkap jarang. Serkap Nyak Sulaiman mengena, bila saya lihat ketua lanun angguk kepala. Kali ini tanpa membuang masa Nyak Sulaiman terus mencuit bahu datuk dengan ibu jari. Dengan langkah yang tenang Nyak Sulaiman melangkah beberapa tapak di depan kumpulan lanun, kemudian kembali mendekati datuk. "Kita dalam bahaya, kalau kita biarkan dia hidup," secara mendadak saja Nyak Sulaiman melahirkan rasa kebimbangan. Mata datuk ditatapnya dan datuk terpaksa mengerutan dahi. "Jadi apa yang patut kita buat?" tanya datu. "Kita bunuh saja," salah seorang anak buah Nyak Sulaiman mengemukan cadangan. "Humban ke laut biar semuanya mampus," muncul lagi cadangan. Datuk gelengkan kepala. Tidak setuju dengan cadangan yang dikemukakan itu. "Habis, apa yang mesti kita buat?" Sanggah Nyak Sulaiman. Matanya tidak berkedip merenung ke arah ketua lanun seketika, kemudian alihkan renungan ke arah dada laut yang dipeluk kegelapan malam. "Percikan ombak yang memukul badan bot, sesekali jatuh atas lantai bot. Deru angin terus mengaum. Datuk masih belum memberikan keputusan. Dada anak buah Nyak Sulaiman terus berdebar begitu juga dengan debar dada anak buah ketua lanun. Kata datuk adalah kata penentu sam ada nafas anak buah ketua lanun boleh berlanjutan atau terhenti. "Hummmmmmmmmm," dengus datuk. Ekor matanya menjeling tajam ke arah muka ketua lanun dan anak buahnya. Ternyata mereka didakap kecemasan. Berdebar menanti kata dari datuk. "Sekarang kamu semua balik ke bot kamu," Nyak Sulaiman tersentak dengan keputusan yang dibuat oelh datuk itu. Air muka ketua lanun dan anak buahnya segera berubah, Mereka bagaikan terkena kejutan letrik, mereka berpandangan sesama sendiri, seolah-olah tidak percaya yangkata-kata itu terluncur dari kelopak bibir datuk, kerana itu tiada seorang pun daripada mereka bergerak. "Balik ke bot kamu," jerit datuk lagi. Kali ini suaranya cukup tinggi dan keras sekali. Ketua lanun dan anak buahnya masih terpaku di situ, masih berpandangan sama sendiri. Nyak Sulaiman dan anak buahnya terus gelengkan kepala. "Sekarang balik ke bot kamu, kalau kamu semua tak bergerak juga dari sini, aku humban kamu satu-satu kedalam laut," datuk terus berang. Dua tiga kali dihentakkan kakinya ke lantai bot. TERIKAT Melihat tindak-tanduk datuk yang agak luar biasa itu, menyebabkan ketua lanun dan buahnya segera berlari dan melompat ke dalam bot mereka. Datuk pun mnyuruh anak buah Nyak Sulaiman membuka ikatan tali bot lanun yang terikat dengan bot milik Nyak Sulaiman. "Sekarang kamu semua boleh pergi, kalaulagi sekali aku jumpa kamu di laut, buruk padahnya. Aku bunuh kamu semua satu-satu," itu amaran dari datuk. Tidak ada kata-kata balas dari ketua lanun dan anak buahnya. Apa yang terjadi selanjutnya ialah bunyi enjin bot lanun yang mempunyai kekuatan kuasa enjin laju yang amat tinggi sekali. Bot lanun itu bergerak perlahan-lahan membetulkan haluan yang arahnya tidak dapat saya tentukan samada ke utara atau ke selatan. Andainya saya memiliki kompass sudah pasti saya dapat mengesan ke arah mana bot lanun itu pergi. Tidak sampai sepuluh minit kemudian, bot lanun itu hilang dalam kegelapan malam membelah ombak Selat Melaka. Cuma yang terdengar deru enjin nya saja. Sekarang terpulang kepada kamu, mahu bermalam di sini sampai kepagi atau meneruskan perjalanan," datuk mengemukan cadangan. "Saya berpendapat, kita teruskan perjalanan ini. Sebelum subuh kita mesti berada di kawasan Muara Jambi," sahut Nyak Sulaiman dengan tenang sambil merenung ke laut lepas. Angn terus bertiup dan deru ombak terus menggasak lubang telinga penghuni bot besar. "kalau itu yang kamu fikirkan bagus, aku mengikut sja," sebuahjawapan pasti datuk luahkan. Nyak Sulaiman gembira dengan jawapan tersebut. Nyak Sulaiman pun menyuruh anak buahnya menghidupkan enjin bot. Dia pun mengarahkan haluan bot menuju Pulau Sumatera, kemudian menyusuri pesisir pantai pulau tersebut hingga sampai ke Muara Jambi. Tugas berat yang mencabar itu dipertanggung jawapkan kepada seorang anak muda yang raut mukanya mirip orang Arab, namanya Saladin al-Taif. "Mengapa ikut pesisir pantai, Pak Juragan? Kenapa kita tidakterus ke Muara jambi?" Tanya Saladin al-Taif. "Untuk mengelakkan perkara-perkara buruk." "Maksud Juragan?" "Menjauhkan diri dari lanun, dari polis laut. Aku tak mahu dia orang memeriksa bot aku. Sekarang kamu dah faham, Saladin?" "Faham Juragan."

34 of 43

30/12/2010 11:32 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 10

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=10

"Ingat Saladin, aku mahu sampai ke tempat yang dituju dengan selamat." "Dengan izin Allah, kita selamat, sahut Saladin al-Taif dengan penuh keyakinan. Dan bot besar milik Nyak Sulaiman pun mula bergerak mengikut arahan pemandunya. Walaupun datuk yakin yang bot besar milik Nyak Sulaiman tidak akan diganggu-gugat oleh lanun, tetapi datuk tetap mengingatkan anak buah Nyak Sulaiman supaya berjaga-jaga dan berhati-hati. "Kita mesti memikirkan perkara yang buruk dulu, sebelum memikirkan perkara yang elok dan baik," tutur datuk sambil mendongakkan mukanya ke langit, datuk melihat bintang yang bertaburan sambil telinganya menangkap bunyi deru ombak yang tidak putus-putus itu. "Saya setuju dengan pendapat awak tu," Nyak Sulaiman menyokong pendapat datuk. Saya lihat datuk segera mengalihkan pandangan ke arah Nyak Sulaiman, mereka berbalas senyum. "Kalau kita sudah beringat dan berjaga-jaga, tetapi ditimpa bencana juga, itu namanya sudah takdir," tambah datuk lagi lalu mendekati Nyak Sulaiman yang duduk di tepi bot. "Betul cakap awak tu," sambut Nyak Sulaiman, kenudian Nyak Sulaimanmerenung ke arah laut lepas. Barangkali dia mengawasi bot lanun atau bot nelayan. Mungkin juga melihat kapal dagang yang lalu di Selat Melaka. JARAK Saya yang duduk tidak jauh dari mereka menarik nafas panjang. Pada hemat saya, kapal dagang tidak mendatangkan masalah atau merbahaya kepada bot yang saya naik ini. Sebabnya, lampu kapal dagang yang terpasang di geladaknya dapat dilihat dengan jelas dari jarak yang agak jauh. "Macam bandar bergerak," keluh saya dan ternyata nada suara saya yang agak meninggi itu dapat deidengar oleh salah seorang anak buah Nyak Sulaiman yang sejak tadi bersendirian menghisap rokok dekat saya. "Huh, bukannya bandar bergerak, kami menyebutnya pulau berjalan, cuba awak tengok lampu-lampu di deknya macam lampu di pantai Pulau Pinang," katanya dengan tenang. "Betul juga cakap awak tu," sahut saya. "Itulah sebabnya bot tak boleh berlanggar dengan kapal barang, kecuali pemandunya tidur. Kamu tahu, bila bot langgar kapal barang, bot hancur berkecai, " tambah orang itu sambil menyedut rokok dalam-dalam. Saya terus ketawa. Datuk dan Nyak Sulaiman rancak berborak. Sesekali mereka ketawa kecil, saya tak tahu apa yang mereka borakkan. Bot besar milik Nyak Sulaiman terus membelah ombak Selat Melaka, angin yang memukul wajah membuat saya rasa mengantuk. Dua tiga kali saya menguap panjang. Kelopak mata terasa amat berat sekali. "Kamu ini dah mengantuk, pergi cari tempat tidur," sergah datuk setelah melihat saya dua tiga kali tersengguk-sengguk. Saya jadai serba salah. Dimana harus saya meletakkan kepala? Mestikah saya tidur atas lantai atau di bilik tamu. Wajarkah saya meletakkan badan di bilik masak atau baring di bangku panjang. Persoalan yang timbul secara mendadak membuat saya resah. "Kamu tidur saja di tempat aku," Nyak Sulaiman menabur budi, matanya tertumpu ke arah saya yang sedang menguap untuk sekian kalinya. "Bawakan dia ke tempat tidur aku," arah Nyak Sulaiman kepada anak buahnya, orang yang menerima arahan segera menghampiri saya, mengajak saya ke tempat yang dikatakan oelh Nyak Sulaiman. "Selesai saja kamu tunjukkan tempatnya, cepat-cepat kamu datang ke sini semula," Nyak Sulaiman mengingatkan anak buahnya, sebaik saja saya bangun dan mahu mula melangkah . "Baik Juragan," sahut anak buahnya. Dan saya mengekori lelaki berambut panjang melepasi bahu menuju kebahagian bawah bot. TELUNJUK. "Di situ," si rambut panjang menudingkan jari telunjuk ke arah dinding yang bergantungan dengan perkakas atau alat yang ada hubungkaitnya dengan jentera bot seperti kipas, tali kipas, alat pembuka dan pengetat skru dan macam-macam lagi. Saya merasa ganjil dan aneh sekali, dahi segera saya kerutkan dan wajah lelaki berambut panjang saya tenung. Barangkali kamu mahu memeperdayakan aku, mungkin juga kamu mahu bergurau, timbul pertanyaan dalam diri saya. "Kenapa termenung?" Pertanyaan si rambut panjang tidak saya jawap. "Awak ragu-ragu," tambahnya. "Iya," jawap saya. "Tunggu sekejap." Lelaki berambut panjang merapatkan dinding dan dinding ditolak ke kanan. Apa yang wujud di depan saya ialah sebuah pintu. Saya bertambah bingung. Dalam keadaan termanggu-manggu itu si rambut panjang menolak saya hinnga muka dan badan saya berlaga dengan papan pintu, tanpa diduga pintu terkuak dan saya melihat sebuah bilik tidur yang boleh dikatakan serba lengkap. "Ini bilik persembunyian Nyak Sulaiman, pintunya sengaja dilindung dengan rak barang. Tujuannya untuk menipu musuh. Cuma saya seorang sahaja yang tahu tempat rahsia ini." "Oh, begitu."

35 of 43

30/12/2010 11:32 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 10

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=10

"Awak tidurlah." "Tidur di sini," tutur saya dengan keraguan. "Iya," angguk si rambut panjang. "Tak mahu," kata saya. "Awak tidurlah, jangan banyak kerenah," si rambut panjang terus menolak saya ke bilik dengan kasar sekali. Kemudian dia dengan pantas merapatkan daun pintu bilik. Bunyi tapak kakinya jelas kedengaran. Dia meninggalkan saya sendirian dalam bilik rahsia Nyak Sulaiman. Bila bersendirian dalam bilik, saya rasa lebih bebas. Terus saya jatuhkan atas katil. Di hujung katil terdapat meja bulat berwarna hitam dan diatas meja itu terdampar sebilah pedang samurai dan labu sayung (yang dibuat dari tanah liat) yang berisi air. Terdapat juga gelas dan piring di sisi labu sayung. Di bawah katil terletak selaras raifel dan selaras pistol. Kerana mata amat mengantuk, saya tidak mahu memeriksa dengan lebih teliti lagi apa yang, masih tersembunyi dalam bilik rahsia tersebut. Saya terus terlelap. Tiba-tiba saya dikejutkan oleh suara seorang tentera Jepun, antara sedar dengan tidak saya cubamembuka mata. Samar-samar saya melihat tentera Jepun berdiri di depan seorang lelaki Cina yang berusia sekitar tiga puluhan. Kedua belah tangan lelaki itu diikat ke belakang dengan tali guni, sementara sepasang matanya diikat dengan kain hitam. Lelaki Cina berdiri lutut dengan kepalanya diletakkan atas meja bulat warna hitam. Bahagian tengkuk lelaki Cina itu betul-betul berada di tepi bibir meja bulat. Tentera Jepun mengangkat pedang samurainya melepasi kepalanya. Mata pedang yang berkilat itu dihalakan ke batang leher lelaki Cina. Tentera Jepun itu menjerit dengan sekuat dan serentak dengan itu mata pedang samurainya terbenam di batang leher pemuda Cina. Badan dan kepala pun berpisah. (bersambung)...

CHAPTER LIST

(Jilid10) Siri 142 GADIS JELITA JILAT DARAH Dec 20, '10 1:09 PM
by adi for group komunitisbdj Melihat keadaaan yang ngeri dan menakutkan itu, saya segera membaca surah AL-IKHLAS sebanyak tiga kali berturut-turut. Saya segera melompat dari atas katil untuk keluar. Saya terlanggar dinding dan terus jatuh. Saya kembali berada di alam nyata, seluruh badan saya berpeluh. Perlahan-lahan saya bangun dan terus melangkah ke arah meja bulat yang ada pedang samuarai di atasnya. Dengan tidak diduga, darah saya tersirap dan badan terus menggeletar. Pedang samurai terkeluar dari sarungnya. Ada kesan darah segar di mata pedang. Barang-barang lain yang berada di atas meja, tidak berubah kedudukannya. Tetap seperti tadi. Bagaimana mata pedang boleh terkeluar dari sarungnya? Timbul pertanyaan dalam hati. Saya terus mengamati ulu pedang, tidak ada kesan telapak tangan manusia. Dalam keadaan yang serba tidak menyenangkan itu, saya terasa seperti ada bayang-bayang manusia bergerak dalam bilik tidur. Seperti biasa, saya cuba mengawal perasaan supaya jangan mengelabah. Menepis rasa takut dari hati. Kerana yakin, apa yang sedang saya alami ini, ada hubungkaitnya daengan syaitan, saya segera membaca ayat-ayat suci untuk menghalang niat jahat makhluk halus itu dari menganggu saya. Semakin di-baca, semakin kuat rasa debaran dan kecemasan bergolak dalam dada. Saya rasakan bilik tidur seperti berada di awang-awangan, badan saya seperti bergerak di udara. Pada saat itu juga, saya bagaikan terlihat mayat tanpa kepala berada di hujung kaki saya. Dari bahagian leher yang kudung keluar membuak darah merah bersama tompok-tompok ulat. Manakal perutnya terbelah sendiri, segala urat dan usus terlambak atas lantai. Paling mengejutkan mayat tanpa kepala itu bangun sendiri. Kerana tidak sanggup melihat semuanya itu, saya alihkan mata ke kaki katil, pandangan yang mengerikan tetap wujud di depan mata. Ketika ini, saya tidak dapat mengawal perasaan, pembacaan ayat-ayat suci mula bercelaru dan menjadi kacau. Keimanan, kesabaran dan ketabahan saya benar-benar tergugat. Bagaimana tidak tergugat? Di kaki katil tergolek kepala tanpa rambut, kesan luka di tempurung kepala penuh dengan ulat-ulat kecil, beberapa ekor ulat jatuh atas lantai dan melompat kembali ke tempurung kepala lalu bergayutan pada kulit kepala yang terkoyak. "Subhanallah.," terungkap kata itu dari ke arah saya, pada saat itu timbul dalam minyak tanah memang disediakan untuk dan sebagainya), Saya merancang mahu kelopak bibir, bila saya lihat kepala tanpa badan berpusing sendiri. Menghalakan bahagian muka fikiran untuk mengambil lampu minyak tanah yang tidak digunakan dibawah meja bulat (lampu kegunaan di masa kecemasan, umpamanya bekalan elektrik terputus, akibat kerosakan enjin simbah minyak tanah yang ada dalam perlita ke kepala tanpa badan, kemudian nyalakan api.

Apa yang ada dalam kotak fikiran, tidak dapat dilaksanakan. Sepasang kaki saya terasa lemah, kepala lutut bagaikan tiada, Saya tidak terdaya mengerakkan kaki apatah lagi untuk melangkah. Memang tidak ada pilihan lain untuk saya. Sama ada mahu atau tidak saya terpaksa melihat apa yang ada di kaki katil. Aduh! Seramnya melihat daging pipi yang ada di kaki katil. Aduh! Seramnya melihat daging pipi yang sudah hancur bercampur dengan darah dan nanah, bergerak perlahan-lahan dan kelihatan macam susu pekat yang dituangkan ke atas roti. Dari daging yang sudah sebati dengan darah dan nanah muncul lagi beratus-ratus ekor ulat kecil yang bentuknya sama macam ulat nangka berwana kekuning-kuningan. Baunya amat busuk sekali, membuat tekak terasa loya. Lidahnya yang terjelir dari mulut mengeluarkan cecair berwarna putih. Lidah itu sekejap terbuka dan sekejap tergulung. Dari lubang mata yang terlopong, kelihatan seperti ada sebutir batu yang mengeluarkan cahaya kebiru-biruan. Dari lubang telinga keluar air jernih seperti air mata air lalu melimpah ke ats lantai, kemudian hilang entah kemana. Bagaikan ada kuasa ghaib yang menghisapnya.

36 of 43

30/12/2010 11:32 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 10

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=10

BELAKANG Saya terasa seperti ada orang berdiri di belakang saya. Cepat-cepat saya menoleh. Seorang tentera Jepun dengan wajah yang bengis mengangkat pedang samurai untuk memancung leher saya. Dan saya menjeling ke arah meja bulat untuk memastikan apakah pedang yang berada di atas meja sudah berada di tangan tentera Jepun. Lagi sekali saya terkejut, pedang samurai itu memang tiada lagi atas meja bulat. Saya bertambah cemas. Apa yang patut saya lakukan, mustahil saya mampu menentang Jepun yang berdiri di belakang saya. Suara marah-marah dari tentera Jepun itu terus menyumbang lubang telinga saya. Pada saat itu saya rasakan mata pedang samurai hanya dalam jarak beberapa inci dari batang leher. Demi untuk meneruskan hidup saya harus bertindak, walau dengan apa cara sekalipun. "Yaaaa," saya menjerit dan melompat. Dan dalam masa yang sama saya terdengar bunyi pedang samurai jatuh di lantai diikuti dengan sepatu tentera Jepun lari menuju ke pintu bilik. "Kenapa menjerit?" Lelaki berambut panjang tercegat di depan mata. Saya jadi ragu-ragu atas kehadirannya. Bagaimana dia begitu cepat boleh berada di dalam bilik, sedangkan dia berada jauh (di bahagian atas bot) dengan saya? Mungkin apa yang saya lihat dan alami ada hubung kait dengannya. "Macam mana kamu masuk?" Tanya saya. "Ikut pintu yangkamu buka." "Saya yang buka ?" "Iya." "Pelik sungguh ," kata saya, Si rambut panjang terus tersenyum. Rasa sangsi terhadapnya kian menebal di hati. Saya renung matanya yang kemerah-merahan itu. Dia masih tersenyum dan kelihatan tenang sekali. Saya gigit bibir sambil menarik nafas panjang. Pedang samurai sudah pun berada di atas meja bulat. Dahi segera saya kerutkan, sesungguhnya saya amat bingung dengan suasana yang saya hadapi ini. "Mari kita keluar, kita tinggalkan bilik ni," ujar si rambut panjang. Memastikan keadaan dalam bilik tetap macam biasa. Lampu bilik pun dipadamkan. "Semuanya mesti macam sebelum kamu datang ke sini, itu pesan juragan kepada aku," kata si rambut panjang sambil merapatkan pintu bilik. Dengan perlahan-lahan dan hati-hati si rambut panjang mencantumkan dinding bot yang terpisah dengan serapat-rapatnya, sehingga tidak seorang pun menyangka di balik dinding yang dijadikan rak tempat alat-alat keperluan bot itu, terdapat sebuah bilik misteri. Kenapa menjerit, macam ada yang ganggu kamu?" Si rambut panjang renung muka saya. Cepat-cepat saya anggukan kepala. Si rambut panjang terus mengajak saya ke arah tangga untuk naik keatas bahagian bot. DUDUK Sampai di tangga, saya terus duduk di situ. Hati masih belum puas, selagi tidak diceritakan apa yang dialami kepada si rambut panjang. Barangkali, dia dapat membantu saya dalam usha mencari punca kejadiam yang dialami, fikir saya dalam hati. "Kenapa berhenti di sini?" "Fikiran saya runsing." "Runsing?" Si rambut panjang menjegilkan matanya lalu duduk di sisi. Deru angin laut dan bunyi desir ombak masih dapat ditangkap oleh gegendang teling. Sesekali terdengar datuk batuk pendek. Suara Nyak Sulaiman tetap lantang mengingatkan pemandu bot supaya berhati-hati. "Apa yang kamu runsingkan, cakapkan kepada aku." "Mungkin kamu tak percaya, bila aku ceritakan pada kamu. Mungkin kamu gelakkan aku." "Apa dia, cakaplah?" Desaki rambut panjang. "Pedang samurai bergerak sendiri, ada mayat yang kepalanya terpisah dengan badan, ada askar Jepun nak pancung aku," dengan suara tersangkut-sangkut saya bercerita, badan terasa seram dan bulu roma mula meremang. Si rambut panjang tidak menunjukkan reaksi cemas atau takut. Malah dia kelihatan tenang dan tersenyum panjang. Sudah tentu sikapnya ini menimbulkan bermacam-macam prasangka dalam diri saya. "Kalau tak salah dalam ingatan aku, kamu orang ketiga terkena malapetaka tu," secara sepontan si rambut panjang bersuara. Lagi sekali saya beliakkan biji mata. "Siapa lagi dua orang tu?" "Adik juragan dan bapa saudaranya." "Sama seperti yang aku alami?"

37 of 43

30/12/2010 11:32 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 10

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=10

"Iya," angguk si rambut panjang. "Macam mana dengan Nyak Sulaiman, pernah dia mengalaminya?" "Entah," si rambut panjang mengangkat kedia belah sayap bahunya. Dia segera bangun dan memanjat anak tangga menuju ke bahagian atas bot. melihat si rambut panjang angkat kaki, saya pun segera angkat punggung. Saya tidak mahu sendirian di situ. Sebaik saja sampai di atas si rambut panjang terus menuju ke tempat pemandu bot. Saya terus mengekorinya. Tanpa disedari, ada sepasang mata sedang mengawasi gerak langkah saya dengan teliti. "Mahu kemana kamu. Tamar?" Langkah saya terus terhenti. Saya terus menoleh ke arah suara itu datang. Datuk berdiri tenang di balik rimbunan kotak dibuat dari papan jati. "Saya nak ikut dia tuk." Jari telunjuk saya luruskan ke arah si rambut panjang yang separuhnya sudah ditelan oleh pintu bilik pemandu. "Jangan ikut dia," "Kenapa tuk?" "Aku kata jangan, janganlah. Kenapa kamu banyak soal?" Suara datuk mula meninggi. Sepasang matanya terpanah ke wajah saya. Nasib saya sungguh baik, di saat keresahan secara tidak sangka-sangka Nyak Sulaiman muncul dari arah belakang datuk. Nyak Sulaiman mneyeluk saku baju butang lima, mengeluarkan jam bulat berantai. Lama benar dia menatap permukaan jam tersebut. "Dah dekat pukul empat pagi." Tuturnya dengan tenang. "Nampaknya kita subuh dalam bot," tingkah datuk. "Tidak, dengan izin Allah kita subuh di masjid Kuala Tungkal, kita berjemaah." Ucap Nyak Sulaiman penuh yakin. Saya tetap berdiri dalam keadaan serba salah. Apakah saya harus berdiri macam patung atau memulakan langkah untuk pergi ke mana saja dalam bot. Saya tarik nafas dalam-dalam. "Tamar." "Iya tuk." "Kamu pergi tidur di tempat tadi, bila dah sampai ke tempat kita tuju, aku bangunkan kamu," datuk keluarkan perintah baru yang amat berat untuk saya laksanakan. Makin teballah rasa serba-salah menguasai diri saya. Mestikah saya berterus terang dengan datuk. Menceritakan apa yang telah saya alami. Percayakah datuk dengan cerita yang bakal saya ungkapkan. "Kenapa tercegat di situ ?" Herdik datuk bila melihat saya tidak bergerak dengan perlahan-lahan. Saya masih belum dapat membuat keputusan jitu, samada mau berterus terang atau sebaliknya. "Balik ke tempat tidur kamu," ulang datuk. "Saya tak mahu tuk." "Kenapa Tamar?" tanya datuk dengan wajah serius. Saya segera mendekatinya dan meluahkan pengalaman yang dialami ketika berada di bilik tidur Nyak Sulaiman. Datuk amat terkejut tetapi, Nyak Sulaiman tidak cemas dan terkejut. Dia kelihatan tenang dan bersahaja. "Itu perkara biasa," kata Nyak Sulaiman. "Biasa? bagi saya perkara ini amat luar biasa," sanggah saya dengan dada yang berdebar. Datuk meraba hujung dagu berkali-kali dan kemudian menggaru pangkal lehernya. MENATAP Sepasang mata datuk silih berganti menatap wajah saya dan Nyak Sulaiman. Agaknya dia mencari kepastian , siapakah di antara kami yang bercakap benar. "Kau saja yang bercerita pada aku tentang perkara yang kamu kata tidak ganjil tu," sepasang mata datuk tepat tertumpu ke wajah Nyak Sulaiman. Macam tadi juga dia tidak memperlihatkan sebarang berubahan. Nyak Sulaiman tetap tenang, senyum terus bermain di kelopak bibirnya. Datu mengigit bibir dari gerak bola matanya, saya dapat menduga yang datuk mula ragu-ragu terhadap Nyak Sulaiman. "Kau ceritakan," desak datuk. Nyak Sulaiman mula mundar-mandir di depan datuk dalam keadaan tidak tentu arah. Jelingan di hujung matanya menyelinap ke arah muka ssay. Macam ada sesuatu yang difikirkan oleh Nyak Sulaiman. Semua gerak gerinya tetap dalam sorotan mata datuk. Tanpa di sangka-sangka Nyak Sulaiman terus meletakkan punggung atas papan jati. Sepasang kakinya diluruskan. Deru ombak terus memukul gegendang telinga saya. "Begini," Nyak Sulaiman tidak meneruskan kata-kata. Saya dan datuk jadi resah. Dalam keresahan hati yang tidak bertepi itu, saya lihat datuk bangun dari tempat duduknya. Dia terus bentang tikar mengkuang (yang sememangnya dibawa dari rumah) di depan Nyak Sulaiman.

38 of 43

30/12/2010 11:32 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 10

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=10

"Kamu duduk di sini," kata datuk pada saya. Tanpa banyak soal jawap, saya pun segera duduk di sisinya. "Kita dengar cerita dari orang ini, " sambung datuk sambil jari telunjuknya menunding ke arah Nyak Sulaiman yang tersenyum lebar. Bot besar terus bergerak, angin laut teus menyapa wajah kami bertiga. "Sekarang ceritakan, tempat duduk kami cukup selesa," datuk terus bersuara. Nyak Sulaiman tersenyum simpul. Sila dikemaskannya, dada dan wajah dihalakan ke arah angin datang. "Dulu bilik kecil tak semacam tu," dengan wajah yang amat tenang Nyak Sulaiman memulakan cerita, " sesiapa pun boleh tidur di situ, tidak ada apa-apa yang menganggu" sambungnya denga nada suara yang agak perlahan. Ekor mata Nyak Sulaiman renung ke kiri dan ke kanan. Macam ada sesuatu yang diawasinya. Datuk dan saya terus renung kiri kanan, semuanya macam niasa. Tidak sesuatu yang ganjil dan aneh. "Habis, sekarang macam mana? Lain pula jadinya, celah datuk. "Sekarang, usahkan Tamar, saya sendiri kena ganggu kalau tidur di situ, saya pernah menjerit dan lari keluar dari bilik tu," lanjut Nyak Sulaiman lalu disambut oleh datuk dan saya dengan ketawa. Kisah Nyak Sulaiman sungguh melucukan. Dia juga turut ketawa (mengetawakan diri sendiri). Matanya nampak berair. Setelah ketawa reda, datuk segera bertanya: "Macam mana punca petaka tu datang?" "Puncanya, bila saya membeli pedang samurai dan meja bulat." "Haa..," kata datuk sambil menghela nafas panjang, " di mana kamu beli barang-barang itu," datuk terus merisik rahsia. Nyak Sulaiman terus melagakan gigi atas dengan gigi bawah berkali-kali. Dia dongakkan kepala merenung dada langit yang ditaburi bintang. "Pedang samurai tu, hadiah dari seorang kawan yang selalu belayar dari Tanjung PeriukBelawan dari Belawan-Tanjung Periuk. Kawan saya tu, jumpa pedang samurai di banglo yang pernah di jadikan markas tentera Jepun, masa perang kedua dulu." "Banglo tu di mana Nyak?" Tanya datuk. "Di Surabaya." "Di Surabaya," datuk menyebut nama tempat itu sekali. Nyak Sulaiman anggukkan kepala. "Saya merasa megah menerima hadiah tu, saya tak pernah terfikir sesuatu yang buruk," lanjut Nyak Sulaiman sambil mengerut dahi. "Meja bulat tu, kamu dapat dari mana ?" Soal datuk lagi. " Ha.. yang tu, saya beli di Kampung Batu Uban, Pulau Pinang. Saya beli dari lelaki India Muslim," jelas Nyak Sulaiman. Menurutnya pedang dan meja bulat itu terus diletakkan dalam bilik tidurnya. Terbiar di situ selama berminggu, hinggalah pada suatu malam Jumaat. Semasa belayar merentas Selat Melaka, secara mendadak dia teringat untuk membasuh keris pusaka tujuk luk yang tersimpan di bilik tidurnya. KERIS Setelah selesai memandikan keris dengan air limau, dia membakar kemenyan untuk mengusap mata keris tujuh luk. Disaat mata keris berada dalam kepulan asap kemenyan, secara mendadak saja Nyak Sulaiman terdengar derap sepatu Jepun dalam jumlah yang cukup ramai. Bunyi itu bagaikan keluar dari papan dinding bilik tidurnya. Semasa Nyak Sulaiman memastikan dengan tepat arah suara itu datang, tiba-tiba dia terdengar bunyi suara perempuan menjerit minta tolong. Keris yang sedang diusap dengan kemenyan segera dimasukkan ke dalam sarung. Suara tentera Jepun berpadu dengan jeritan perempuan. Nyak Sulaiman tidak tentu arah, anak telinganya menjadi seakan-akan tuli. Dia hilang ingatan sejenak dan merasai dirinya berada di dunia lain. Pada saat itu, terdampar sekujur tubuh gadis yang jelita, tanpa pakaian di depannya dalam keadaan yang samar-samar. Dia juga melihat empat tentera Jepun dengan rakus memperkosa gadis itu secara bergilir. Tentera Jepun yang keletihan terbaring di tempat kejadian. Dan dalam masa yang sama gadis korban nafsu serakah tentera itu bangun. Dia bagaikan mendapat kekuatan ghaib membuka langkah silat dengan rambut panjang mengerbang matanya terbeliak merah. Tiba-tiba saja di tangannya ada buluh runcing. Tindakannya bagaikan orang gila menikam perut tentera Jepun satu persatu. Darah memancut lalu menyembur ke muka gadis itu. Nyak Sulaiman menekup mukanya dengan kedua belah tapak tangan, bila melihat dia melihat gadis itu menjilat darah yang melekat di tubuh dengan lidah yang luar biasa panjangnya. Ukuran lebarnya mengatasi ukuran lebar lidah manusia. Kerana tidak tahan berhadapan dengan keadaan tersebut, Nyak Sulaiman terus meluru keluar dari bilik tidurnya. "Saya betul-betul hilang akal masa itu, saya rasa diri saya bukan berada di atas bot, saya rasa macam berada di rumah besar." Kata Nyak Sulaiman kepada datuk. "Lagi ada perkara yang menarik?" Soal datuk. "Sejak kejadian malam itu, saya tak boleh tidur di situ, kalau saya tidur juga buruk padahnya," akui Nyak Sulaiman. "Kenapa kamu suruh cucu aku tidur di situ." "Ahhh," Nyak Sulaiman seperti tergamam. Dia tidak menduga pertanyaan sedemikian boleh terkeluar dari mulut datuk. (bersambung)...

39 of 43

30/12/2010 11:32 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 10

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=10

CHAPTER LIST

(Jilid 10) Siri 143 CAHAYA MISTERI DARI LAUT Dec 20, '10 1:13 PM
by adi for group komunitisbdj Saya lihat datuk berada dalam keadaan serba salah. Berkali-kali dia merenung ke arah laut. Nyak Sulaiman meraba cuping telinga kirinya berkali-kali. Sesekali dia mengigit bibir, Nyak Sulaiman resah semacam. "Saya ingatkan makhluk ganjil tidak kacau orang muda macam Tamar ni," tersipu-sipu Nyak Sulaiman bersuara. Saya kira, itu adalah jawapan yang kurang tepat. Alasan yang tidak munasabah, sekadar mahu melepaskan batuk di tangga. Inilah kesimpulan yang dapat saya rumuskan dari jawapan Nyak Sulaiman itu. "Katakan saja, bukan itu jawapannya. Kamu ada niat lain," sanggah datuk, " kamu mahu menarik perhatian aku dengan harapan dapat menolong kamu. Aku tahu kamu malu berterus terang," tambah datuk lagi. Saya lihat air muka Nyak Sulaiman berubah. Dia malu. "Iya memang itu tujuan saya," Nyak Sulaiman mengaku. Datuk terus tersenyum. Dua tiga kali saya menggaru pipi yang secara tidak semena-mena terasa gatal. "Kamu mahu aku berusaha dan bertindak?" Tanya datuk. "Iya," angguk Nyak Sulaiman. "Kalau begitu ikut aku, jangan tegur dan jangan tanya apa yang aku buat, ujar datuk. Serentak saya dan Nyak Sulaiman mengangguk. Datuk pun bangun lalu melangkah menuju ke bilik tidur. Tanpa banyak cakap dan karenah, saya dan Nyak Sulaiman terus mengekori datuk menuju ke bilik tidur khas Nyak Sulaiman. Sebaik saja pintu bilik dibuka, saya terkejut dan merasa hairan yang amat sangat, keadaan dalam bilik berselerakan. Meja bulat diterbalikkan dengan kaki ke atas. Mata pedang terpisah dari sarung. Matanya berada atas katil manakala sarungnya berada dibawah katil. Paling mencemaskan hati mata pedang berlumuran dengan darah. Masa saya tinggalkan kamar tidur, keadaan tidak sedemikan, saya kira ada manusia melakukan semuanya ini. Siapakah manusia itu? Datuk angkat tangan kiri, memberi isyarat supaya (saya dan Nyak Sulaiman) jangan melangkah. Badan kami juga jangan melebehi bahu atau berdiri selari dengan badannya (datuk). Sepasang mata datuk menyorot tiap liku bilik. Tiba-tiba cadar atas katil bergerak sendiri lalu membungkus mata pedang. Dalam suasana yang serba aneh itu, saya terdengar dengan jelas datuk menyebut perkataan BISMILLAH dengan tenang, kemudian dituruti dengan beberapa rangkap ayat dari al-Quran yang tidak berapa jelas kedengaran. Bila pembacaannya selesai, datuk terus menyentap kain cadar yang membalut mata pedang dan segera dihumban ke sudut bilik. Kemudian terburu-buru dia mendekati kain sebut. Tiga kali dia memijak kain cadar dengan tumitnya. KAIN Setelah selesai melakukannya semuanya itu, kain cadar terus digulung bulat macam bola lalu ditendang dengan tumit kaki kanan lima kali berturut-turut ke arah dinding. Kain cadar itu dibiarkan terkapar atas lantai. Datuk renung ke arah katil dengan dahi yang berkerut sambil menarik nafas panjang. Dia menggenggam penumbuk (tangan kiri) dua tiga kali dia menumbuk angin. "Huppp, " suaranya lantang. Dia membuka langkah silat, bergerak ke kiri dan ke kanan. Kemudian berdiri kaku macam patung kebih kurang tiga empat minit. Setelah itu dengan tenang datuk melangkah ke katil mengambil mata pedang dan terrus dimasukkan ke sarungnya. Perlahan-lahan datuk alihkan pandangan ke wajah saya. Renungannya cukup tajam, sinar matanya bagaikan berapi. "Kamu langkah meja bulat tu dari kiri ke kanan, tiga kali berturut-turut. Pejamkan mata kiri dan mulakan langkah kiri dengan hanya ibu jari kanan menyentuh lantai, lepas langkah pertama barulah boleh memijak lantai dengan biasa," arahan yang dikeluarkan oleh datuk, saya dengar dengan teliti. Apa yang disuruhnya segera saya lakkan dengan cermat. Bila tugas itu selesai saya laksanakan seluruh badan terasa lemah. Sendi-sendi terasa sakit macam ditusuk benda tajam dan pandangan saya jadi berpinar-pinar. Badan terasa melayang-layang dan dalam mengimbangi badan itu saya terjatuh. Nasib baik datuk segera memeluk dan terus memangku tubuh saya. Dengan tenang datuk menekan ibu jari kirinya ke pangkal kening kanan saya. Dengan sekali urut di kelopak mata, saya kembali pulih dan bertenaga macam biasa. Bila saya memegang meja hitam untuk mengalihkan kedudukannya ke tempat lain, datuk segera menghalang. Dia keluarkan arahan menyuruh Nyak Sulaiman memikul meja hitam untuk dibawa di bahagian atas bot. Tugas membawa pedang samurai adalah tanggong jawap datuk. Apa yang saya lihat datuk tidak menyandang pedang samurai, sebaliknya dia memikul pedang tersebut. Datuk pun memulakan langkah dalam keadaan badan yang agak membengkok. Mukanya berkedut selah-olah pedang yang dipikulnya itu amat berat sekali. Dengan sekelip mata saya lihat dahi dan pipinya bermandikan peluh. Dalam keadaan yang serba payah itu, datuk terus melangkah dengan hati-hati agar tubuhnya jangan sampai jatuh. Sebaik saja sampai di bahagian atas bot, tanpa berlengah-lengah lagi, datuk terus menghempaskan pedang samurai atas lantai. Bot

40 of 43

30/12/2010 11:32 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 10

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=10

yang ditumpangi terasa bergegar. Datuk yang kepenatan terus mengesat peluh di dahi dengan telapak kanannya berkali-kali. Dia berehat sejenak untuk menghilangkan rasa penat. Bila datuk merasakan badannya sudah bertenaga, dia terus berdiri dekat pedang. Buat beberpa minit pedang samurai direnung dari pangkal ke hujung, dari hujung ke pangkal, perbuatan ini dilakukannya berkali-kali. Datuk termenung sejenak. Macam ada sesuatu yang difikirkannya, datuk merenung ke arah Nyak Sulaiman. "Beratnya macam memikul beras seguni." Rungut datuk dambil menggaru pangkal dagunya berkali-kali. "Begini," belum punsempat Nyak Sulaiman meluahkan kata-kata selanjutnya, datuk segera memberi isyarat ke arahnya supaya jangan berkat-kata. Menyedari kesilapannya, Nyak Sulaiman terus tunduk merenung lantai bot. Saya menarik nafas lega kerana dari air mukanya saya dapat menduga bahawa Nyak Sulaiman tidak tersinggung dengan apa yang datuk lakukan. Bot besar terus bergerak membelah ombak, menyongsong angin. Bintang di langit masih bertaburan. Angin laut membuat saya mengigil dan mahu mencari tempat untuk memanaskan badan. Disebabkan ada pantang larang yang mesti dipatuhi hasrat hati saya (mungkin juga hasrat hati Nyak Sulaiman) tidak dapat dilaksanakan. HUJUNG . Tiba-tiba saya lihat datuk mencangkung dihujung pedang. Dengan ibu jari kaki kiri, datuk menekan hujung pedang. Saya mengedutkan kening, badan pedang terangkat macam ada sesuatu yang menolaknya. Pedang terus terpacak tetapi, hujung ibu jari kaki datuk tetap menyentuh hujung sarung pedang. Perhatian saya dan Nyak Sulaiman tertumpu ke arah datuk. Tiba-tiba terpancar cahaya dari permukaan laut, macam cahaya kilat yang bentuknya memanjang macam tali kerbau. Dan tali itu menghala ke arah datuk. Saya lihat datuk mengeliat menahan kesakitan. Baju yang di pakainya terkoyak di tengah iaitu di bahagian tulang belakang. Koyak itu bermula dari bahagian tengkuk hingga ke bahagian tulang punggung. "Ambilkanlah aku baju baru, baju cekak musang warna hitam," jerit datuk sambil merenung ke arah saya. Harapan datuk itu segera saya penuhi, tergesa-gesa saya berlari ke arah beg rotan yang terletak di sudut bot. Baju segera saya keluarkan dan lari ke arah datuk kembali. "Jangan dekati aku, campakkan saja baju tu kepada aku," datuk mengeluarkan arahan, bila dia menyedari yang saya cubamendekatinya. Tanpa membuang masa, baju hitam segera caya campakkan. Dengan tenang datuk menyambutnya dan secepat kilat baju itu disarungkan ke badan. Ibu jari kaki masih tidak berganjak, tetapi menyentuh hujung sarung pedang. "Allah hu akhbar.." Suara datuk meninggi sambil tangan kanannya mengenggam penumbuk yang dijulang ke langit. Jeritan Allah hu akbar itu diulanginya tiga kali berturut-turut. Dengan serta merta cahaya dari permukaan laut yang berbentuk macam tali belati segera hilang. Suasana terasa amat tenang sekali. Tetapi, kedudukan datuk tidak berubah begitu juga dengan pedang samurai. Rupanya suasana tenang dan hening itu hanya untuk beberapa minit saja. Saya dan Nyak Sulaiman dikejutkan dengan bunyi deru angin yang amat kuat. Muka Nyak Sulaiman kelihatan pucat, saya tidak dapat berdiri dengan baik, macam ada sesuatu yang menolak batang tubuh saya membuat badan saya bergoyang ke kiri dan ke kanan. Bunyi deru angin yang amat kuat itu membuat telinga saya terasa bengang, kelopak mata saya tidak boleh dibuka dengan luas, saya seperti berada di dunia lain. Bukannya berada di atas perut bot. Di dalam keadaan yang tidak menentu itu, saya terlihat dua lembaga hitam yang bentuknya tidak dapat saya pastikan, lembaga itu muncul dari laluan bot, saya kira lembaga itu datang dari laut lalu memanjat badan bot. HILANG. Mulut saya bagaikan terkunci dan suara saya seperti hilang. Saya tidak berbuat apa-apa untuk memberitahu datuk tentang lembaga tersebut. Samar-samar saya lihat Nyak Sulaiman jatuh terlentang atas bot. Lembaga hitam terus melangkah ke arah saya. Pada masa itu, saya lihat Nyak Sulaiman sudah boleh bangun dan terus merenung ke arah lembaga yang bergerak. Bila sudah hampir dengan saya lembaga hitam bertukar menjadi bentuk tentera Jepun. Nyak Sulaiman yang berada agak jauh dari saya nampak resah tidak menentu. Dia segera bergerak mendekati saya dan berdiri di sebelah kanan. Lembaga tentera Jepun yang melangkah, kian lama, kian dekat dengan kami ( saya dan Nyak Sulaiman). Bila sudah dekat, barulah saya dapat melihat rupa dan bentuk lembaga tersebut dengan jelas. Keadaannya amat menakutkan, saya jadi sesak nafas. Saya tidak sanggup menentang sepasang biji matanya yang merah menyala. Kulit perutnya terbelah dua, tali perutnya berjuntaian macam janggut sulung. Darah membuak-buak keluar dan lidahnya terjelir hingga ke paras lutut. Lembaga itu terus rapat ke arah saya. Dengan tujuan untuk menyelamatkan diri saya, Nyak Sulaiman terus menerpa ke arah lembaga tentera Jepun. Perbuatan Nyak Sulaiman menimbulkan kemarahan kepada lembaga tersebut. Saya lihat lembaga segera mengangkat tangan kanannya lalu mengembangkan jari-jarinya yang tidak berdaging. Tulang jejari yang putih nampak bercahaya. Ruas ibu (tulang) jarinya agak panjang, berbeza dengan ruas jari manusia biasa. Lembaga itu menghayunkan tangannya menampar muka Nyak Sulaiman. Dengan sekali hayun saja, Nyak Sulaiman tersungkur di lantai, mengeletek macam ikan tercampak atas daratan. Dari geri Nyak Sulaiman

41 of 43

30/12/2010 11:32 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 10

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=10

itu ternyata dia mengalami rasa sakit yang amat sangat. Apa yang berlaku di ikuti oleh datuk dengan penuh debar. Tetapi, dia tidak dapat bertindak dengan berkesan, ibu jari kakinya yang bertemu dengan hujung pedang tidak boleh dipisahkan sebarangan. "Kalau aku ubah ibu jari kaki, ada bencana lain datang," tutur datuk sambil merenung ke arah saya. Lembaga tentera Jepun kini mendekati saya, kedua belah tangannya dengan sepuluh tulang jemarinya menuju ke batang leher saya. Apa yang harus saya lakukan? Demi Allah saya tidak sanggup menentangnya. Saya hanya pasrah pada keadaan. "Bertenang, cucuku," jerit datuk lagi. Sepuluh tulang jari jemari lembaga sudah hampir mahu menyentuh batang leher saya. Bau busuk terus menusuk lubang hidung saya. Sesungguhnya saya jadi lemas dengan bau tersebut. "Aaaahhhhh." Mata saya tertumpu ke arah Nyak Sulaiman, kaki dan tangannya mula bergerak perlahan-lahan. Beberapa saat kemudian seluruh tubuhnya dapat bergerak dengan sempurna. Nyal Sulaiman mengumpulkan tenaga untuk bangun. Percubaan pertama dia gagal. Percubaan kedua juga mengalami kegagalan, sepasang lututnya bagaikan tidak berfungsi. Nyak Sulaiman yang tidak kenal putus asa itu terus berusaha dan dia mencuba buat kali yang ketiga. Dengan izin Allah dia berjaya berdiri. Nyak Sulaiman merasa kekuatan dirinya seperti sediakala. Sanggup menghadapi sebarang rintangan dari lembaga yang sedang mengancam diri saya. GHAIRAH Kerana terlalu ghairah mahu menyelamatkan diri saya, secara tidak sengaja Nyak Sulaiman melanggar pesan dan pantang larang datuk yang melarang dia menegur apa yang datuk lakukan. "Eh, sahabat, usahlah kamu fikirkan tentang pedang Jepun tu, mari tolong aku selamatkan cucu kamu," jerit Nyak Sulaiman kepada datuk. Ternyata apa yang dilakukan oleh Nyak Sulaiman tidak disenangi oleh datuk, tetapi dia memberi isyarat tangan supaya Nyak Sulaiman sendiri berusaha menghalang lembaga itu dari menganggu saya. Seperti yang dijangkakan, Nyak Sulaiman bertindak dengan berani, dia melompat dan berdiri di depan saya,. Dua kali dia melepaskan penumbuk kencang yang cukup kuat terhadap lembaga tersebut. Tindakan Nyak Sulaiman itu tidak memberi kesan apa-apa kepada lembaga sebaliknya lembaga itu terus bertindak balas. Sepasang matanya merenung tajam ke muka Nyak Sulaiman, renungan itu membuat seluruh sendi Nyak Sulaiman mengigil. Mungkin kerana tidak tahan dengan sinaran mata lembaga itu membuat Nyak Sulaiman terhoyong-hayang. Tidak mampu berdiri dengan sempurna, keadaan Nyak Sulaiman tidak ubah seperti orang mabuk. Dalam keadaan Nyak Sulaiman tidak menentu itu, lembaga aneh terus angkat tangan kanan lalu melepaskan penampar ke arah pipi Nyak Sulaiman. Tamparan yang kuat itu membuat Nyak Sulaiman tidak bersuara. Dia terus jatuh terlentang di lantai. Lembaga yang sudah marah itu terus angkat kaki untuk memijak Nyak Sulaiman. "Bergerak dari situ," kata datuk. Saya tidak tahu ke arah mana saya harus melangkah. "Ke kanan," tutur datuk lagi. Arahan itu segera saya patuhi. Saya memejamkan mata bila melihat telapak sepatu lembaga tentera Jepun yang hanya berada dalam jarak tidak sampai satu inci dari dada Nyak Sulaiman. Andainya telapak sepatu itu ditekan sudah pasti tulang dada Nyak Sulaiman patah dan hancur. Di saat kecemasan, saya terdengar suara datuk membaca Lau An Zal Nal dari Surah 59:21. Amat lantang dan jelas sekali suara datuk menusuk ke lubang telinga saya. Dengan mendadak saja, bot besar yang saya tumpangi terumbang ambing dimain gelombang besar. Saya jadi cemas kerana saya mengira ribut besar sedang menguasai lautan. Saya bayangkan bot yang saya tumpangi terus dihempas gelombang ke batu karang lalu hancur berkecai. Nyak Sulaiman dan anak buahnya, begitu juga saya dengan datuk terus terkapai-kapai untuk menyelamatkan diri, bayangan yang menakutkan itu membuat saya hampir mahu menitiskan aiar mata. Apakah datuk menghadapi masalah seperti apa yang saya alami? Timbul pertanyaan dalam hati kecil. Setelah saya amati ternyata masalah itu hanya berlaku pada diri saya sendiri. Buktinya keadaan datuk tetap macam tadi, masih boleh membaca ayat-ayat Quran dengan baik dan teratur. Tiba-tiba saya terdengar bunyi ledakan yang amat kuat, bot terumbangambing dan terasa seperti dilambung ombak. Perkara itu berlaku dalam beberapa detik sahaja. Dan suasana kembali normal. Damai dan tenang. Mata saya masih terpaku ke arah lembaga yang berbentuk tentera Jepun. Lagi sekali saya mengalami kejutan aneh (askar Jepun) tidak lagi memijak dada Nyak Sulaiman, sebaliknya lembaga itu terus berdiri kaku, sepasang kakinya bagaikan terlekat di lantai bot. Seluruh pancaindera saya tertumpu ke arah lembaga aneh itu. Pada saat itu juga, saya melihat ada api yang merayap di lantai menuju kearah sepatu yang dipakai oleh lembaga aneh. Api yang kecil itu terus membakar bahagian depan sepatu, kemudian merayap ke kaki seluar. Dalam beberapa detik saja api terus marak, membakar seluruh lembaga sehingga hangus, menjadi debu. Sebaik saja datuk menamatkan pembacaan Surah 59, api terus padam tanpa meninggalkan apa-apa kesan. Saya kedutkan dahi, semuanya bagaikan mimpi dan bot terus membelah laut menuju ke Muara Jambi. (bersambung)...

42 of 43

30/12/2010 11:32 AM

Siri Bercakap Dengan Jin | Jilid 10

http://localhost/starkm/sbdj/?jilid=10

CHAPTER LIST

43 of 43

30/12/2010 11:32 AM

You might also like