You are on page 1of 1

Penghargaan

Terlebih dahulu saya panjatkan rasa kesyukuran yang tidak terhingga kepada tuhan Rabbulizzati kerana diberi ruang waktu dan kesihatan yang baik sepanjang melaksanakan kerja kursus berasaskan ilmu ini.

Dikesempatan ini saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan yang tidak terhingga kepada pensyarah pembimbing iaitu Encik Chan Hou Fook atas segala tunjuk ajar dan teguran yang membina kepada saya bagi menghasilkan kerja kursus pendek yang berkualiti dan memenuhi spesifikasi yang telah ditetapkan. Tanpa bantuan dari beliau, sudah pasti kesulitan yang saya alami dalam melaksanakan kerja kursus ini tidak akan terungkai.

Di kesempatan ini juga saya ingin merakamkan sekalung penghargaan kepada teman seperjuangan yang telah menjadi inspirasi kepada saya dan berganding bahu menghasilkan kerja kursus ini, bersengkang mata dan berkorban waktu serta tenaga semata-mata bagi memastikan kerja kursus ini siap pada waktunya. Salam penghargaan juga saya tujukan kepada pelajar-pelajar senior

yang telah memberi bimbingan dan tunjuk ajar yang sangat berguna dan berharga kepada saya.

Tidak lupa juga kepada pihak pustakawan yang telah memberi kerjasama kepada saya sepanjang mencari maklumat di perpustakaan. Akhir sekali, saya juga merakamkan ribuan terimakasih kepada mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam membantu saya menjayakan kerja kursus ini. Akhirulkalam ..

Pulau Pandan Jauh Ke Tengah Gunung Daik Bercabang Tiga Hancur Badan Dikandung Tanah Budi Yang Baik Dikenang Juga

You might also like