You are on page 1of 8

Search...

UTAMA

PROFESIONALISME

PENGURUSAN SEKOLAH

KURIKULUM

HEM

ROHANI

PROGRAM & AKTIVITI

Info

Kaedah Pelaksanaan Penilaian Tahap Kecemerlangan Urusan Kenaikan Pangkat Time Based Berasaskan Kecemerlangan
Category: Profesionalisme Monday, 23 September 2013 11:24Hits: 614

BENGKEL MENGEMAS KINI PELAN STRATEGIK & PENYEDIAAN PELAN TAKTIKAL DAN PELAN OPERASI 2014 Tarikh : 26 OKTOBER 2013(SABTU) Masa : 8.30 PG - 12.30 TGH Tempat : Makmal Komputer 1 Kehadiran : Semua guru yang belum menghantar draf PS, PT & PO sahaja.
P ow ered by JoomlaG adgets

Pengurusan Organisasi
Perancangan Strategik PELAN STRATEGIK SENARAI SEMAK PENGHANTARAN PSPTPO SKPM

KAEDAH PELAKSANAAN PENILAIAN TAHAP KECEMERLANGAN URUSAN KENAIKAN PANGKAT TIME BASED BERASASKAN KECEMERLANGAN (TBBK) PPP KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

MUAT TURUN DOKUMEN

Pengurusan Kurikulum
Pengurusan Panitia

Kerajaan telah bersetuju untuk menambah baik dan memperkukuhkan lagi kaedah kenaikan pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) berdasarkan prinsip Time-Based Berasaskan Kecemerlangan (TBBK) sebagai kesinambungan kepada transformasi kecemerlangan dalam perkhidmatan perguruan. PPP yang layak dinaikkan pangkat pada 1 Januari 2012 hingga 30 Jun 2013 adalah tertakluk kepada syarat kenaikan pangkat yang telah ditetapkan iaitu hanya mengambil kira markah LNPT dan tempoh perkhidmatan sertakeputusan pemakaian penilaian tahap kecemerlangan mulai 1 Julai 2013 adalah selaras dengan surat Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia JPA. BK (S) 255/4/5 Jld. 5 (56) bertarikh 13 April 2012 dan JPA.BK(S) 255/4/5 Jld. 7(13) bertarikh 10 Januari 2013. Pelaksanaan Penilaian Tahap Kecemerlangan telah dikuatkuasakan selaras dengan surat JPA rujukan JPA.BK(S)134/4/8-4(74) bertarikh 22 Ogos 2013 mengenai Pemakluman Keputusan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pelajaran Bil.4 Tahun 2013 yang bersidang pada 17 Julai 2013. Kenaikan pangkat TBBK dilaksanakan tanpa kekosongan jawatan setelah PPP memenuhi tempoh perkhidmatan dan syarat-syarat lain termasuk penilaian tahap kecemerlangan oleh Panel Penilai. Kriteria Kecemerlangan ini telah dipersetujui bersama NUTP dan KONGRES dan telah diluluskan oleh LKPPP di JPA. Tempoh perkhidmatan bagi kenaikan pangkat secara TBBK adalah seperti berikut: Skim Kenaikan Pangkat (Gred) DG41 ke DG44 PPPS DG44 ke DG48 DG48 ke DG52 DG52 ke DG54 Tempoh perkhidmatan ke Gred DG54 DGA29 ke DGA32 PPPLD DGA32 ke DGA34 DGA34 ke DGA38 Tempoh Perkhidmatan (Tahun) 8 8 6 3 25 tahun 8 8 5

SPSK Bahan PBS iTHINK Unit Penilaian dan Pentaksiran Jadual Waktu Pakej Mata Pelajaran SPM

Pautan Pilihan
Sajian Berita e-Buku Media Pilihan Direktori SM (Johor) Kedai Runcit

e-Aplikasi

Tempoh Perkhidmatan ke Gred DGA38

21 tahun

Online
We have 53 guests and 2 members online

Jadual 1 : Tempoh Perkhidmatan Bagi Kenaikan Pangkat KRITERIA TAHAP KECEMERLANGAN DAN WAJARAN Kriteria Tahap Kecemerlangan adalah berdasarkan 4 kategori PPP iaitu 1) 2) 3) 4) Guru Pensyarah Ketua Jabatan/ Pengetua/ Ketua Unit/ Guru Besar/ Penolong Kanan Lain-lain Pegawai

SYARAT PEMARKAHAN Pencapaian keseluruhan (LNPT dan kriteria kecemerlangan) yang perlu dicapai adalah 80% dan ke atas

PELAKSANAAN KRITERIA KECEMERLANGAN Kelulusan cadangan kriteria kecemerlangan bagi pelaksanaan TBBK di KPM adalah seperti jadual berikut:MARKAH KESELURUHAN MINIMUM (LNPT = 60% , KRITERIA KECEMERLANGAN = 40% )

GRED KENAIKAN PANGKAT

MARKAH MINIMUM LNPT(% )

MARKAH MINIMUM KRITERIA KECEMERLANGAN (% )

DG54

80 DG52 DG48 78* DG44 DGA38 DGA34 78* DGA32 Jadual 2 : Kriteria Kecemerlangan TBBK Mulai 1 Januari 2014, markah minimum LNPT diselaraskan kepada 80% bagi semua gred 80 80 80

KATEGORI PPP DAN KOMPONEN PENILAIAN KATEGORI PPP Kategori 1a Kategori 1b Guru PPP yang terlibat dalam Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) di sekolah menengah atau rendah di bawah KPM atau di Institusi Pendidikan di bawah agensi lain yang mengisi jawatan kader/pinjaman KOMPONEN PENILAIAN Pengetahuan dan penguasaan isi kandungan pengajaran; Penyampaian pengajaran dengan strategi dan aktiviti P&P; Peningkatan prestasi pelajar; Penyeliaan dan khidmat nasihat (untuk kenaikan pangkat ke Gred DGA34, DGA38, DG48, DG52 dan DG54 sahaja); dan Kegiatan kokurikulum, tugas khas dan sumbangan profesional di luar tugas rasmi.

Kategori2 Pensyarah Pensyarah yang terlibat dalam P&P di Institut Aminuddin Baki (IAB), Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), ELTC, Kolej Matrikulasi (KM) atau di agensi lain yang mengisi jawatan kader/pinjaman

Pengetahuan dan penguasaan isi kandungan pengajaran; Penyampaian pengajaran dengan strategi dan aktiviti P&P; Peningkatan prestasi pelajar; Penyeliaan dan khidmat nasihat (untuk kenaikan pangkat ke Gred DG48, DG52 dan DG54 sahaja); dan Kegiatan kokurikulum dan sumbangan profesional di luar tugas rasmi.

Kategori 3 KetuaJabatan/Pengetua/ Ketua Unit/ Guru Besar/ Penolong Kanan PPP yang terlibat dalam tugas pentadbiran dan pengurusan serta P&P di sekolah/IAB/IPGM/KM/ELTC dan Institusi Pendidikan di agensi lain

Pengurusan sumber dan organisasi; Pengurusan kurikulum (perancangan, pelaksanaan, pemantauan dan penilaian); Penguasaan pengetahuan dan kemahiran dalam P&P; Kepimpinan dalam merancang dan mengetuai projek/program di pelbagai peringkat (untuk kenaikan pangkat ke Gred DGA34, DGA38, DG48, DG52 dan DG54 sahaja); dan Tugas khas dan sumbangan profesional di luar tugas rasmi.

Kategori 4a Kategori 4b Pegawai yang tidak termasuk dalam kategori 1,2 atau 3 PPP yang terlibat dalam tugas

Penguasaan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang tugas; Perancangan, Pelaksanaan, Pemantauan dan Penilaian dalam menjalankan tugas rasmi; Penyeliaan dan khidmat nasihat (untuk

pentadbiran dan pengurusan di Bahagian/JPN/PPD/KM/Institusi Pendidikan di bawah KPM atau di agensi lain sebagai pegawai kader/pinjaman

kenaikan pangkat ke Gred DGA34, DGA38, DG48, DG52 dan DG54 sahaja); dan Tugas khas dan sumbangan profesional di luar tugas rasmi.

PANEL PENILAI Panel Penilai bertanggung jawab untuk menilai dan memperaku PPP yang layak untuk dipertimbangkan kenaikan pangkat. Terdiri daripada Pengerusi dan sekurang-kurangnya dua (2) orang ahli atau lebih dalam jumlah yang ganjil. Penilaian adalah berdasarkan dokumen yang telah disahkan dan dikepilkan bersama dengan Borang Penilaian Tahap Kecemerlangan. Bersidang dalam tempoh yang ditetapkan. Penilaian hendaklah dibuat di tempat bertugas semasa PPP.

PANEL RAYUAN PPP yang tidak diperaku oleh Panel Penilai boleh mengemukakan rayuan dalam tempoh 30 hari dari tarikh keputusan diterima dengan menggunakan Borang Rayuan. Rayuan hanya boleh dibuat sekali (1) sahaja untuk sesuatu urusan penilaian tahap kecemerlangan. Panel Rayuan bertanggung jawab untuk membuat penilaian semula ke atas pegawai yang tidak diperaku. Panel ini terdiri daripada Pengerusi dan seorang ahli sahaja. Panel Rayuan akan bersidang dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh rayuan diterima. Keputusan rayuan adalah berdasarkan semakan semula dokumen sokongan dan Borang Penilaian Tahap Kecemerlangan PPP. Panel Rayuan perlu melengkapkan Borang Laporan Panel Rayuan Tahap Kecemerlangan dan

mengemukakan keputusan rayuan kepada Ketua Jabatan dalam tempoh seminggu dari tarikh Panel Rayuan bersidang. Ketua Jabatan hendaklah mengemukakan perakuan berdasarkan keputusan Panel Rayuan kepada urus setia BPSM di KPM untuk pertimbangan dan keputusan LKPPP.

CALON GAGAL URUSAN KENAIKAN PANGKAT Bagi pegawai yang gagal dalam urusan kenaikan pangkat, Ketua Jabatan perlu mengemukakan semula perakuan kenaikan pangkat pegawai selepas tempoh satu (1) tahun dari tarikh pegawai pertama kali dipertimbangkan. Tarikh kuat kuasa kenaikan pangkat pegawai yang dipertimbangkan semula adalah tidak kurang satu (1) tahun daripada tarikh pegawai layak dinaikkan pangkat secara TBBK. Borang-borang berkaiatan TBBK boleh dimuat turun pada dokumen yang dilampirkan
Like Share 6 Share Tw eet 0 0 Share

StumbleUpon

Pow ered by Web Marketing

Attachments:
File Kriteria Kecem erlangan Guru Kategori 1a Kriteria Kecem erlangan Guru Kategori 1b Kriteria Kecem erlangan Pensyarah Kategori 2 Borang Penilaian Tahap Kecem erlangan Kategori 3 Borang Penilaian Tahap Kecem erlangan Kategori 4a Borang Penilaian Tahap Kecem erlangan Kategori 4b HitStats File size Last m odified 151 Kb 09/23/13 11:29 156 Kb 09/23/13 11:30 141 Kb 09/23/13 11:30 143 Kb 09/23/13 11:34 139 Kb 09/23/13 11:35 141 Kb 09/23/13 11:35

Pelawat
Today Yesterday This_Week This_Month All_Days MALAYSIA 685 880 685 19374 208835

Copyright 2012-2014 Assafii.com

You might also like