You are on page 1of 18

LATIHAN KATA GANTI NAMA

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. 1 Ibu, duit _______ hilang, kata Umair kepada ibunya. A kita B kami C saya D mereka 2 Darus dan Intan bersahabat karib. _______ tinggal sekampung. A Dia B Kita C Kami D Mereka 3 Jika _______ ada masalah sila jumpa saya, kata Cikgu Sarah kepada saya. A mereka B kamu C kami D dia 4 Salmi murid tahun enam. _______ berazam untuk mencapai 5A dalam UPSR. A Dia B Kami C Awak D Saya 5 Bangunan baru itu telah dirasmikan oleh _______. A dia B kami C kamu D beliau 6 Sebagai murid, _______ hendaklah belajar bersungguh-sungguh, kata cikgu. A dia B kita C kamu D mereka 7 Mari kita ikut _______ ke perpustakaan, kata Siti kepada Nurul. A mereka B awak C saya D kami 8 Boleh _______ tumpang bertanya? kata Suri dan Muna kepada pemuda itu. A kamu B awak C kami D saya 9 Ampun _______ tuanku, sembah Hang Tuah kepada raja. A beta B patik C hamba D baginda 10 Jika ________ ada masa lapang, jemputlah ke rumah saya, kata Ani kepada kawan-kawannya. A dia B awak C beliau D kalian 11 Nah, ambil wang _______! kata emak sambil menghulurkan wang kepada saya. A itu B ini C sini D situ 12 Ayah pergi ke Ipoh. Dia ada urusan di _______. A itu B sini C sana

D mana

13 Cuaca di _______ sungguh sejuk, kata Sabri sambil menahan kesejukan. A mana B sini C situ D ini 14 Jangan berkelakuan _______, tidak elok, nasihat ibu kepada Zarina. A begitu B begini C itu D ini 15 Kalau tidak ada _______ masalah projek itu akan siap sebulan lagi. A apa-apa B bila-bila C mana-mana D siapa-siapa 16 Duduklah di _______ yang kausuka. A mana B siapa C siapa-siapa

D mana-mana

17 Entah _______ yang disimpannya di dalam peti besi itu. A bila-bila B apa-apa C siapa-siapa D mana-mana

18 _______ pun tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan peperiksaan. A Bila-bila B Apa-apa C Mana-mana D Siapa-siapa 19 Jemputlah ke rumah saya _______ encik ada masa lapang. A bila B siapa C bila-bila D siapa-siapa 20 _______lah ucapan daripada Guru Besar, kata juruacara majlis. A Ini B Begini C Begitu D Demikian 21 Ibu, duit Adik Farah hilang semasa ________ bermain seorang diri di taman permainan, kata Umi kepada ibunya. A beliau B kami C kita D dia 22 Ali, suruh _______ datang ke sekolah petang ini untuk latihan sukan, kata Cikgu Maimun kepada saya. A kami B kamu C beliau D mereka 23 Encik Wan Omar bakal pemimpin di kampung kita. Oleh itu, kita perlu memberikan sokongan sepenuhnya kepada _______ A ia B dia C beliau D mereka 24 Sebagai tentera, _______ berikrar akan memperjuangkan tanah air sehingga titisan darah yang terakhir, kata askar-askar itu kepada pegawai mereka. A kita B kami C beliau D mereka 25 Kalau engkau tidak ada kerja marilah ikut _______ ke perpustakaan, kata Siti dan Yusni kepada Nurul. A mereka B engkau C kalian D kami 26 Ibu, ini kawan-kawan lama saya. Bolehkah _______ menumpang tidur di rumah kita? kata Rosmaini kepada ibunya. A mereka B engkau C kalian D dia 27 Kalau ________izinkan sekarang juga patik akan melaksanakan tugas itu, sembah ahli nujum kepada sultan. A tuan B tuanku C baginda D tuan hamba 28 Saya harap _______ dapat mempersembahkan permainan yang bermutu nanti, kata jurulatih bola sepak itu kepada pemain-pemainnya. A mereka B kalian C kami D kita 29 Setelah sultan itu mangkat, maka takhta kerajaan negeri itu pun diserahkan kepada putera _______. A baginda B tuanku C beta D nya 30 _______lah caranya membuat masakan gulai tempoyak cili api, kata Puan Balkhis kepada pelajarnya. A Demikian B Begitu C Begini D Apa 31 _______kah gadis yang berbaju kurung hijau yang berjalan dengan awak, semalam? tanya Maniam kepada Razif. A Apa B Mana C Siapa D Mengapa 32 Pak Haji Daud bertindak _______ supaya anaknya tidak mengulangi kesalahan itu lagi. A begitu B begini C situ D sini

33 Saya berharap agar permohonan ini mendapat pertimbangan daripada pihak _______, kata Chandran kepada majikannya, Puan Mei Ling. A encik B puan C tuan D cik 34 Setelah seminggu balik dari Pulau Langkawi, _______ masih lagi terbayangbayang akan suasana damai di sana, kata Lokman. A dia B kami C saya D kalian 35 Ahmad, tolong ambilkan saya kamus yang terletak di atas meja _______, kata Laily kepada Ahmad. A sana B situ C ini D itu 36 Dulu Disman pengurus bank di bandar itu. Kini _______ dinaikkan pangkat sebagai pengurus besar di Kuala Lumpur. A mereka B beliau C kamu D dia 37 Jikalau begitulah titah _______, eloklah kita pergi siasat segera, kata Hulubalang kepada Panglima Ali. A tuan hamba B baginda C patik D beta 38 Perjuangan _______ masih belum berakhir selagi wisel penamat belum dibunyikan oleh pengadil, kata ketua pasukan itu kepada rakan-rakannya. A kita B kami C kalian D mereka 39 Saya dan murid-murid Tahun Enam Bestari merancang untuk mengadakan pertandingan bercerita. _______ telah menjemput beberapa orang guru sebagai pengadil. A Beliau B Kami C Saya D Kita 40 _______ akan menentang pasukan lawan dengan bersungguh-sungguh, ikrar para pemain itu kepada jurulatih mereka. A Dia B Kita C Kami D Mereka 41 Cikgu Rahman sudah sebelas tahun bertugas di sekolah _______. _______ akan bersara pada tahun hadapan. A kita Ia B kami Dia C saya Dia D kami Beliau 42 _______, izinkan _______ ke taman memetik bunga, kata dayang kepada permaisuri. A Baginda hamba B Tuanku hamba C Tuanku patik D Patik beta 43 Saya harap _______ akan datang beramai-ramai untuk meraikan tetamu kehormat _______, pesan Ketua Kampung Berchat kepada anak-anak buahnya. A awak kita B kalian kita C kamu kamu D mereka kami 44 Tipah, tolong hantarkan baju yang telah siap ini kepada Mak Cik Hendon. _______ jangan lupa ambil upahnya, kata ibu kepada kakak. A Dia B Saya C Kamu D Mereka 45 Jika _______ masih lagi berdegil, _______ akan mengambil tindakan yang lebih tegas terhadap awak, kata pengurus itu kepada salah seorang daripada pekerjanya. A mereka kami B mereka saya C kalian kami D awak saya

46 Jika timbul apa-apa masalah, hendaklah sama-sama ________ selesaikan. Dengan cara itu barulah _______ dapat hidup dalam keadaan harmoni. A kita mereka B mereka kita C kalian kami D kita . kita 47 _______ perlu menghantar borang peraduan itu ke alamat yang ditetapkan selewat-lewatnya sebelum bulan Jun ini, kata juruhebah televisyen itu. A Anda B Kamu C Kalian D Mereka 48 Sudah lama _______ bersabar. Jika tuan tidak dapat menyelesaikan masalah ini, _______ akan melancarkan mogok, kata jurucakap pekerja syarikat itu kepada majikannya. A saya saya B kami kami C mereka saya D beliau mereka 49 Cis, _______ tidak sangka yang _______ bersikap gunting dalam lipatan! jerit Pak Malau kepada Dang Wangi. A hamba tuan hamba B baginda patik C hamba kamu D patik hamba 50 Amboi, comelnya adik _______! _______ namanya? kata Atiqah kepada Aliah. A mereka Manakah B awak Siapakah C kami Siapakah D kamu Apakah 51 Kami nampak pekerja-pekerja sibuk menjalankan tugas _______ sebaik-baik sahaja _______ tiba di kilang itu. A mereka kami B beliau kita C Kita kami D dia dia 52 _______ yang sedang kamu menungkan itu, Merry? _______ harap kamu dapat berikan perhatian kepada penceramah, kata Shanty kepada Marry. A Mengapakah Kami B Siapakah Saya C Bilakah Awak D Apakah Aku 53 Saya dan keluarga tidak pernah berkunjung ke Taman Negara. Saya berharap _______ dapat ke _______ suatu hari nanti. A mereka situ B kami sana C saya situ D kami sini 54 Raja, maafkan _______ kerana mengambil buku cerita ini tanpa memberitahu _______ terlebih dahulu, ujar Naim. A patik tuanku B kami kamu C saya awak D kamu saya 55 Sudahkah _______ menyiapkan tugasan yang _______ beri semalam? kata Encik Kumar kepada keraninya. A awak mereka B mereka saya C kalian kami D kamu saya 56 Jika _______ ingin keterangan lanjut tentang pertandingan itu, sila hubungi pihak _______ di kaunter pertanyaan, kata pengacara pertandingan itu melalui pembesar suara. A awak mereka B kalian kami C anda kami D kamu nya

57 Segala titah perintah _______ akan _______ laksanakan, kata Hang Tuah kepada baginda sultan. A baginda tuan hamba B tuanku patik C patik saya D kamu aku 58 Ketua kelas _______ telah dimasukkan ke wad. _______ kemalangan pada petang semalam, ujar Hanum kepada rakan-rakan sekelasnya. A kita Dia B kami Dia C kita Beliau D kalian Beliau 59 _______ bagi pihak rakan-rakan di sini ingin mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang telah mengajar dan mendidik _______, ucap Bala. A Kalian mereka B Kami kalian C Saya kami D Saya kita 60 Benar, _______ tidak nampak orang yang mengambil pen _______, kata murid baru itu kepada saya. A kamu dia B awak saya C kami awak D saya awak

LATIHAN 6 ( STRUKTUR AYAT )


Pilih ayat yang betul. 1 A Encik Ram berasal daripada Teluk Intan. B Encik Ram berasal dari Teluk Intan. C Encik Ram berasal di Teluk Intan. D Encik Ram berasal ke Teluk Intan. 2 A Jangan bersandar pada dinding yang baru dicat itu. B Jangan bersandar di dinding yang baru dicat itu. C Jangan bersandar ke dinding yang baru dicat itu. D Jangan bersandar dengan dinding yang baru dicat itu. 3 A Ayah membeli beg tangan kepada ibu. B Ayah membeli beg tangan dari ibu. C Ayah membeli beg tangan bagi ibu. D Ayah membeli beg tangan untuk ibu. 4 A Tolong buang sampah ini ke dalam tong sampah itu. B Tolong buang sampah ini di dalam tong sampah itu. C Tolong buang sampah ini kepada dalam tong sampah itu. D Tolong buang sampah ini dari dalam tong sampah itu. 5 A Ibu menyembelih ikan keli di dapur. B Ibu menyiang ikan keli di dapur. C Ibu menjerang ikan keli di dapur. D Ibu memancing ikan keli di dapur. 6 A Kakak sedang memasak nasi di dapur. B Kakak sedang membakar nasi di dapur. C Kakak sedang memanggang nasi di dapur. D Kakak sedang menanak nasi di dapur.

7 A Bola itu ditendang Ronaldo. B Bola itu tendang oleh Ronaldo. C Bola itu tendang Ronaldo. D Bola itu tertendang Ronaldo. 8 A Pokok pisang itu menanam ayah saya. B Pokok pisang itu ditanam oleh ayah saya. C Pokok pisang itu tertanam ayah saya. D Pokok pisang itu ayah saya tanam. 9 A Kami kena hujan semalam. B Kami dihujani hujan semalam. C Hujan semalam mengenakan kami. D Semalam hujan, kami kena. 10 A Sungguh cantik kereta itu. B Benar cantik van itu. C Nian indah banglo itu. D Paling bijak sekali budak itu. 11. I Ibu pasang langsir pada tingkap rumah. II Pak Cik Ali menghalau anjing kurap itu. III Ayah pulang cepat dari pejabatnya hari ini. IV Budak-budak nakal itu sering berbalah. A I dan II sahaja C II, III dan IV sahaja B III dan IV sahaja D I, II, III, dan IV

12. I Para-para peserta dikehendaki mendaftarkan diri pada hari Ahad depan. II Azmi mencatat segala barang-barang yang hendak dibeli. III Dahanum sekeluarga tinggal sehelai sepinggang selepas kebakaran itu . IV Berbagai-bagai jenis makanan dijual di gerai itu . A I dan III sahaja C III dan IV sahaja B II dan IV sahaja D I,II dan IV sahaja

13. I Kelawar mencari makanan di malam hari. II Meja itu diperbuat dari kayu. III Tayar kereta diperbuat daripada getah. IV Pada hari minggu ramai pelancong berkunjung ke pulau itu. A I dan II sahaja C II dan III sahaja B I dan III sahaja D III dan IV sahaja

14. I Lori itu terbabas di dalam parit. II Ramli ke kedai untuk membeli beras dan kopi. III Buang sampah ke dalam tong itu. IV Telefonnya terjatuh di dalam kolam. A I dan II sahaja C II dan III sahaja B I dan III sahaja D III dan IV sahaja

15. I Beberapa buah rumah telah hangus dijilat api. II Semua orang murid mesti mematuhi peraturan di sekolah. III Setiap murid terkejut apabila mendengar berita itu. IV Kedua anaknya telah pulang ke tanah air. A I dan III sahaja B I dan IV sahaja

C II dan III sahaja D III dan IV sahaja 16. I Batu karang boleh didapati di dasar laut. II Buruh itu kasar bekerja dengan bersungguh-sungguh. III Berapakah orang Greek mula bermain bola sepak ? IV Pendapatannya daripada hasil padi tahun ini agak memuaskan. A Idan IV sahaja C I ,II, dan III sahaja B II dan IV sahaja D II ,III, dan IV sahaja

17. I Kedua-dua orang mempelai itu kelihatan berkilat-kilat di atas pelamin. II Salmiah membeli dua bentuk kain di pasar raya. III Keluarga Halim berasal dari Johor. IV Rumah saya terletak di Jalan Serai Murni. A I dan II sahaja C I, II dan III sahaja B III dan IV sahaja

18. I Anak-anak Haji Mansur pandai-pandai belaka. II Kanak-kanak itu berlari-lari di halaman rumahnya. III Semua murid-murid perlu berbaris sebelum membeli makanan. IV Para peserta pertandingan itu sedang menunggu giliran mereka. A I dan IV sahaja C III dan IV sahaja 19. I Nama kamu siapa? II Siapakah nama kamu? III Nama kamu siapakah? IV Apakah nama kamu? A I dan II sahaja C I, II, dan III sahaja B I dan III sahaja D II, III, dan IV sahaja B II dan IV sahaja D I, III dan IV sahaja

20. I Mereka sampai di bandar pada pukul sebelas pagi. II Cikgu Haris menghantar Fazrul ke rumahnya. III Mereka duduk di situ daripada pagi sampai petang. IV Mereka baru bertolak di Ipoh. A I dan II sahaja C II dan III sahaja B I dan III sahaja D II, III, dan IV sahaja

21 I Jamal baru sahaja bertolak Kuala Kangsar. II Bungkusan merah ini daripada siapa? III Dia sukar tidur di waktu siang. IV Berikan ikan itu kepada kucing. A I dan II sahaja C III dan IV sahaja B II dan IV sahaja D II, III dan IV sahaja

22 I Buku cerita itu ada pada Kakak Ida. II Aduh, cantiknya lukisan yang awak lukis! III Roti itu dibuat dari tepung gandum yang berkualiti. IV Beberapa orang pengawas sedang berdiri di bawah pokok itu. A II dan III sahaja C II dan IV sahaja B I dan III sahaja D I dan IV sahaja

23. I Cikgu Erni senyuman apabila melihat telatah budak itu. II Kaki Haris melecet apabila memakai kasut yang baru itu. III Alat membesar suara di masjid itu sudah lama rosak. IV Bas persiaran itu baru sahaja tiba dari Kuala Lumpur. A I dan II sahaja C II dan IV sahaja B II dan III sahaja D II, III dan IV sahaja

24. I Sekumpulan murid sedang berkawad di padang. II Di hujung padang itu terdapat sekawan kambing. III Semua murid-murid harus mematuhi peraturan sekolah. IV Di pangkal pokok rambutan itu terdapat banyak semut hitam. A I dan II sahaja C I, III dan IV sahaja B III dan IV sahaja D I, II dan IV sahaja

25. I Orang tua itu berdoa agar anak-anaknya selamat. II Hamisah menjahit sehelai baju kurung untuk adiknya. III Pak cik saya sangat kaya walaupun kedekut. IV Hadiah ini bagi ibu saya. A I dan II sahaja C I, II dan III sahaja B II dan IV sahaja D I, II dan IV sahaja

26. I Diakah yang kamu maksudkan? II Rumah banglo Encik Bakar di situkah? III Bilakah hari sukan sekolah kamu akan diadakan? IV Hari sukan sekolah kamu bila? A I dan III sahaja C I, III dan IV sahaja B II dan IV sahaja D I, II dan III sahaja

27. I Ayah singgah di kedai itu untuk membeli sekilo kayu arang. II Sri Tupai Restoran menyediakan pelbagai jenis masakan Melayu. III Dia disukai oleh kawannya kerana sikapnya yang tulang ringan. IV Batu arang merupakan bahan bakar yang penting pada masa dahulu. A I dan II sahaja C II dan III sahaja B I dan IV sahaja D I, III dan IV sahaja

28. I Saya bencikan kelakuannya yang kurang sopan itu. II Adik Amalina suka akan anak patung itu. III Perempuan tua itu tidak nenek saya. IV Rumah saya dan rumah Fuad bukan di situ. A I dan II sahaja C II dan IV sahaja B II dan III sahaja D III dan IV sahaja

29. I Beberapa murid sedang berbual-bual di kantin. II Di atas pokok itu terdapat dua burung punai. III Kebanyakan ikan di dalam kolam itu mati akibat keracunan. IV Beberapa buah rumah di kampung itu musnah akibat banjir. A I dan IV sahaja C III dan IV sahaja B II dan III sahaja D I, III dan IV sahaja

30 I Setengah-setengah murid tidak suka menyertai kegiatan kokurikulum. II Kamarul tersentak apabila namanya dipanggil oleh Cikgu Mustaffa. III Berbagai jenis makanan terdapat di pasar malam itu. IV Duduklah di mana yang kamu suka, kata Rani. A I dan II sahaja C I, II dan III sahaja B II dan III sahaja D II, III dan IV sahaja

31 I Ibu sedang bersenam di taman bunga. II Kelly Tan membaca buku pada bilik. III Lyann suka berjoging dalam halaman rumahnya. IV Aminah baru pulang dari sekolah. A I dan IV sahaja C III dan IV sahaja B II dan III sahaja D I, II,III dan IV

32 I Mereka bermain bola ke padang. II Kami menyapu sampah ke bilik kelas. III Ayah menanam pokok pisang di kebun. IV Amin baru pergi ke sekolah. A I dan II sahaja C III dan IV sahajan B I dan III sahaja D II dan IV sahaja

33 I Jangan bermain di situ. II Tolong letakkan pasu ini di atas meja itu. III Sila hantar buku-buku itu ke bilik guru. IV Awak daripada mana? A I, II dan III sahaja C II, III dan IV sahaja B I, II dan IV sahaja D I, II, III dan IV

34 I Ahmad bijak dan aktif. II Guna masuk ke bilik tetapi menutup pintu. III Rajin-rajinlah belajar supaya berjaya. IV Jika hari hujan, kami tidak akan bermain bola sepak. A I, II dan III sahaja C I, III dan IV sahaja B I, II dan IV sahaja D I, II, III dan IV

35 I Datuk Halil kaya sungguhpun pemurah. II Guna tidak dapat bermain hoki oleh sebab hari hujan. III Kami tidak dapat pergi ke Ipoh sebab bapa demam. IV Mimi Azura tidak hadir semalam oleh kerana sakit gigi. . A I dan III sahaja C I, II dan IV sahaja B II dan III sahaja D I, III dan IV sahaja

36 I Dia berjalan sambil bersiul-siul. II Saya akan mendapat sebuah basikal jikalau lulus Bahasa Melayu III Awak hendak pergi ke taman atau ke tasik ? IV Bapa mencuci kereta sementara ibu menyapu sampah.. A I, II dan III sahaja C I, III dan IV sahaja B I, II dan IV sahaja D I, II, III dan IV

37 I Tiga orang murid itu baik hati. II Tiga murid itu baik hati. III Ketiga orang murid itu baik hati. IV Ketiga-tiga orang murid itu baik hati. A I dan III sahaja C II dan III sahaja B I dan IV sahaja D I, II, III dan IV

38. I Beberapa buah rumah telah terbakar semalam. II Beberapa rumah telah terbakar semalam. III Beberapa buah rumah-rumah telah terbakar semalam. IV Berapa buah rumah telah terbakar semalam? A I, dan IV sahaja C I, III dan IV sahaja B I, II dan III sahaja D I, II, III dan IV

39 I Semua orang murid sedang beratur di kantin. II Semua murid-murid sedang beratur di kantin. III Semua murid sedang beratur di kantin. IV Para murid sedang beratur di kantin. A II dan IV sahaja C III dan IV sahaja B II dan III sahaja D I, II, dan III sahaja

40 I Kedua anaknya doktor. II Kedua-dua orang anaknya doktor. III Kedua-dua anaknya doktor. IV Anaknya yang kedua doktor. A I dan III sahaja C II dan IV sahaja B I dan IV sahaja D I, III dan IV sahaja

41 I Harap awak dapat bersabar sehingga esok, kata Ali kepada Jali. II Jangan buang sampah-sarap itu ke dalam sungai, kata Kak Umirah. III Usah bermain di tepi lombong tinggal itu kerana kawasan itu berbahaya. IV Sila ambilkan ayah segelas air kopi, kata ayah kepada kakak saya. A I dan II sahaja C I, II dan III sahaja B II dan III sahaja D II, III dan IV sahaja

42 I Mereka sanggup berkorban apa-apa sahaja demi negara. II Kak Farah menghiasi supaya kelihatan lebih cantik dan ceria. III Semua komputer itu adalah untuk kegunaan pejabat sahaja. IV Atuk menajam pisau dan parang yang baru dibelinya itu. A I dan III sahaja C II dan III sahaja B I dan IV sahaja D III dan IV sahaja

43 I Oleh kerana ketinggalan bas Zakiah tidak pergi ke sekolah. II Murid-murid yang berjaya adalah seperti yang berikut, kata cikgu. III Demam denggi berdarah ialah penyakit yang sangat berbahaya. IV Selain daripada burger dia juga gemar akan kuetiau dan laksa. A I dan II sahaja C II dan IV sahaja B II dan III sahaja D I,II dan IV sahaja

44 I Buku itu saya baca minggu lalu. II Nasi lemak itu ibu tanak pagi tadi. III Pokok- pokok itu Pak Darus tanam. IV Beras itu disumbangkan oleh beliau. A I dan II sahaja C II dan III sahaja B I dan IV sahaja D III dan IV sahaja

45 I Rumah Kuning memperoleh markah yang tertinggi sekali. II Mereka berdua sungguh amat bertuah kerana terpilih sebagai calon angkasawan negara. III Anak bongsu Mak Limah merupakan murid yang paling pandai di dalam kelasnya. IV Bangunan itu tidak terjejas walaupun berlaku gegaran yang sangat kuat sekali akibat gempa bumi. A I dan IV sahaja C I, II dan I II sahaja B II dan III sahaja D II, III dan IV sahaja

46 I Jika hujan, kami tidak akan berkelah di sungai itu. II Kunci bilik guru itu ada dengan Puan Zaiton. III Air sungai di belakang rumah saya mengalir deras. IV Goreng pisang Mak Cik Leha itu sungguh lazat. A I dan III sahaja C I, III dan IV sahaja B II dan III sahaja D II, III dan IV sahaja

47 I Kelapa sawit adalah antara tanaman yang penting di Malaysia. II Gunung yang tertinggi di negara kita adalah Gunung Kinabalu. III Ikan air tawar yang amat digemari nenek adalah ikan keli dan ikan lampam. IV Harga barang di negeri Selangor adalah lebih mahal jika dibandingkan dengan negerinegeri lain. A I dan III sahaja C II dan III sahaja B I dan IV sahaja D III dan IV sahaja

48 I Setengah orang tidak suka akan ketam nipah. II Keluarga Encik Kamal bukan pergi ke Kuala Lumpur. III Ibu bukan pergi ke kebun tetapi ke rumah kawannya. IV Kamarudin tidak terangkat kotak yang berat itu. A I dan II sahaja C II dan IV sahaja B II dan III sahaja D III dan IV sahaja

49 I Ramlan tidak tahu mengapa dia dimarahi oleh gurunya. II Datanglah ke rumah saya bila-bila awak ada masa lapang. III Mana-mana baju yang kotor masukkan ke dalam bakul itu. IV Siapa-siapa pun tidak dibenarkan memasuki kawasan itu. A I dan II sahaja C I, II dan IV sahaja B II dan III sahaja D II, III dan IV sahaja

50 I Aku merindui suasana keindahan dan kedamaian di kampung. II Penggunaan komputer semakin meluas di Malaysia. III Kes penganiaya kanak-kanak semakin menjadi-jadi. IV Pemulangan Yusri dari Jakarta disambut meriah oleh keluarganya. A I dan II sahaja C III dan IV sahaja B II dan III sahaja D II dan IV sahaja

51. I Mereka saling bantu-membantu ketika bergotong-royong. II Mereka bertolak-tolakan ketika peraduan itu diadakan. III Mereka patut saling hormat menghormati jiran tetangga. IV Mereka saling memandang ketika bertemu di dewan. A II dan IIII sahaja C I ,II dan III sahaja B II dan IVsahaja D I, II, III, dan IV

52. I Cikgu Zul mengajarkan mata pelajaran Matematik . II Cikgu Ramli mengajar kami pelajaran Sains III Ibu mengajar adik menganyam tikar IV Ayah mengajar abang cara-cara menanam sayur . A I dan III sahaja C I, II dan IV sahaja B II dan IV sahaja D I, II, III dan IV

53. I Abu membersihkan halaman rumahnya lagi walaupun dia telah berbuat demikian sebentar tadi. II Ayah dan ibu balik kampung selama tiga hari . III Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan. IV Ketibaan kami di pejabat kedutaan Malaysia disambut dengan meriah . A I dan II sahaja C I ,II dan III sahaja . B I dan IV sahaja D I, II, III dan IV

54 I Penyanyi terkenal itu mempunyai banyak peminat . II Kerja-kerja itu akan siap selama satu setengah jam lagi . III Ayu akan siapkan kerja yang terbengkalai itu. IV Buku yang baru saya beli ada pada adik saya. A I dan IV sahaja C I ,II dan IV sahaja . B II dan III sahaja D I, II, III dan IV

55. I Adik saya memang gemar ayam goreng. II Ayah membeli mi goreng di gerai Pak Abu. III Tahir makan tiga keping goreng pisang rangup. IV Rokiah pergi ke Klinik Gigi Ros petang tadi . A II dan III sahaja C I, II dan IV sahaja B II dan IV sahaja D I, II, III, dan IV

56 I Matahari muncul setiap hari dari ufuk timur. II Saya tidak berselera hendak makan pada tengahari ini. III Lebuhraya yang baru dibina itu memendekkan jarak perjalanan ke utara. IV Walaupun dia kurus namun dia kuat makan. A I dan IV sahaja C I , II dan III sahaja B I ,II dan IV sahaja D I, II, III, dan IV

57. I Karim berjumpa dengan sahabat lamanya di pasar raya itu . II Wong berharap agar adiknya berjaya dalam peperiksaan UPSR. III Kami akan berbincang masalah itu dengan guru kami. IV Wahid berbual-bual dengan kawannya di bebalai. A I, II, dan IV sahaja C II, III, dan IV sahaja B I, III, dan IV sahaja D I, II, III, dan IV

58. I Sungguh indah nian pemandangan di tepi pantai itu. II Dialah yang terpandai di kelas kami . III Mahmudlah yang terawal sekali tiba di sekolah. IV Ani pergi sekolah dengan menaiki bas. A I dan II sahaja B I dan III sahaja C II dan IV sahaja D I, II, III dan IV 59. I Nazimi memang sayang akan kucing yang berbulu lebat itu. II Gerai kraftangan itu sekarang Wahab yang kendalikan. III Kerja ukir-mengukir memang menjadi kegemaran saya. IV Zahrul amat meminati bidang seni muzik . A I dan II sahaja C II , III dan IV sahaja B III dan IV sahaja D I, III dan IV

60. I Letusan gunung berapi itu sungguh dahsyat. II Kami sering menasihati budak-budak itu. III Barang-barang palsu ini tidaklah semahal barang-barang tulen. IV Ayah membeli lima puluh pucuk sate. A III dan IV sahaja B I, II dan III sahaja C I,III dan IV sahaja. D I, II, III dan IV 61 I Rita menghiris bawang merah itu nipis-nipis untuk ditumis. II Cikgu menjelaskan dengan panjang lebar kepada kami perkara itu. III Johan mengikat dengan kemas bungkusan yang mengandungi surat-surat penting. IV Pemburu itu menembak sasarannya dengan tepat sekali. A I dan IV sahaja B II dan III sahaja C I, II dan III sahaja D II, III dan IV sahaja 62 I Dia memberi dua buah buku cerita dan sebuah kamus kepada adiknya. II Cikgu Yunus mengajar matematik kepada murid-murid Tahun 6 Pintar. III Pelayan restoran itu sibuk menghidangkan makanan kepada pelanggan. IV Puan Fong membeli dua pasang baju dan sepasang kasut untuk anaknya. A I dan II sahaja B II dan III sahaja C I dan IV sahaja D III dan IV sahaja 63 I Surat-surat itu dihantar ke pejabat pos pagi tadi oleh kerani sekolah saya. II Firdaus tergapai-gapai di dalam sungai yang berarus deras itu sebelum tenggelam. III Jakarta ditenggelami air akibat hujan yang turun tidak berhenti-henti selama beberapa hari. IV Pemain bola sepak itu diberi kad kuning oleh pengadil kerana mengasari lawannya. A I dan III sahaja B I, II dan III sahaja C I, III dan IV sahaja

D II, III dan IV sahaja 64 I Hanya buah durian ini sahaja yang masih belum dijual oleh ayah. II Yang berkain batik merah itu kakak saya. III Cermin tingkap itu adik Ahmad pecahkan petang semalam. IV Warna kegemaran kami sekeluarga adalah ungu dan merah. A I dan II sahaja B II dan III sahaja C II dan IV sahaja D III dan IV sahaja 65 I Ramasamy membuatkan dua biji gasing untuk anaknya. II Fatin dihadiahkan sepasang anting-anting sempena hari jadinya. III Basikal Kok Keong yang rosak itu sedang dibaikkan bapanya. IV Datuk memarutkan ibu dua biji kelapa yang dikaitnya pagi tadi. A I dan II sahaja B I dan IV sahaja C II dan IV sahaja D III dan IV sahaja 66 I Cikgu memperbanyak kertas soalan untuk diberikan kepada murid- muridnya. II Murid-murid perlu mempertingkatkan usaha jika ingin berjaya. III Bas yang mereka naiki itu terlibat dalam kemalangan petang semalam. IV China telah memusnahkan beribu ekor ayam kerana dijangkiti virus selesema burung yang menular di negara itu baru-baru ini. A I dan II sahaja B II dan III sahaja C III dan IV sahaja D I, II dan III sahaja 67 I Cikgu selalu mengingatkan kami agar selalu mengulang kaji pelajaran. II Surat permohonan ini masih belum bertanda tangan, kata pegawai itu. III Aturcara majlis penyampaian hadiah itu berjalan dengan lancar dan teratur sekali. IV Berolahraga menjadi kegemaran Rabuan Pit sejak dahulu lagi. A I dan II sahaja B I dan IV sahaja C II dan III sahaja D III dan IV sahaja 68 I Polis melaporkan bahawa jalan itu sudah boleh dilalui kenderaan berat. II Kain yang dibelinya terlalu mahal padahal ada yang lebih murah. III Beliau dipandang oleh saya ketika saya berdiri di situ. IV Ucapannya tidak menghina kita, tetapi menyatakan kebenaran. A I dan II sahaja B I dan III sahaja C I, II dan IV sahaja D II, III dan IV sahaja 69 I Keindahan Pulau Langkawi berjaya menggamit kedatangan pelancong dari luar negara. II Mengumpul keratan akhbar lama merupakan kegemaran saya pada masa lapang. III Nadzirah meminjam buku cerita yang berjudul Mencari Harapan kepada kawannya, Siti Hajar. IV Rumah rumah di kawasan kaki bukit itu besar-besar dan cantik-cantik belaka.

A I dan II sahaja B I, II dan III sahaja C I, II dan IV sahaja D I, III dan IV sahaja 70 I Setiap pagi, Puan Mala sudah menyiram pokok-pokok bunganya. II Segala cabaran itu kami akan tempuh dengan dengan hati yang tabah. III Tetamu yang berbaju kebaya itu ialah rakan setugas Kak Wati. IV Semak-samun di belakang rumah sudah saya tebas, kata saya kepada ibu dan ayah. A I dan II sahaja B III dan IV sahaja C II, III dan IV sahaja D I, III dan IV sahaja 71 I Dia telah bergiat dalam bidang seni selama sepuluh tahun. II Marzuki tidak puas hati dengan hukuman yang dijatuhi di atasnya. III Ayah menentang cadangan yang diusulkan oleh emak. IV Pengantin baru itu pergi berbulan madu ke Eropah. A I dan III sahaja B II dan IV sahaja C I, III dan IV sahaja D I, II, III dan IV sahaja . 72 I kami sedih dengan kesengsaraan yang dialaminya. II Seluruh kampung mengenali akan pemuda itu. III Rokiah memang gemar akan buahbuahan tempatan. IV Zul telah mereka jadikan anak angkat. A I dan III sahaja B I , II dan III sahaja C I , II dan IV sahaja D II, III dan IV sahaja 73 I Hasil penjualan bunga-bungaannya amat menggalakkan. II Selepas makan , tolonglah menyapukan sampah dihalaman rumah. III Mahadi , tolong alihkan basikal awak ke tepi tembok itu. IV Jalan raya yang bersimpang-siur itu membuatkan mereka sesat-barat. A I dan IV sahaja B III dan IV sahaja C I, III dan IV sahaja . D I, II, III, dan IV 74 I Lauk-pauk yang lazat itu semuanya ibu hidangkan untuk kami. II Penduduk Alor Pongsu sentiasa mengamalkan sikap saling membantu. III Pencuri yang licik itu berjaya diberkas oleh penduduk kampung. IV Sultan mengurniakan beliau sebutir pingat keberanian. A I dan IV sahaja B II dan III sahaja C II , III dan IV sahaja D I, II, III, dan IV

75 I Berbagai-bagai jenis acara akan diadakan pada hari sukan esok. II Semua murid-murid yang lambat ke sekolah akan didenda. III Semua ahli Kelab Kembara mesti hadir di sekolah esok. IV Rogayah tidak ingin bertemu dengan rakannya itu lagi. A I dan II sahaja B I dan IV sahaja C II dan III sahaja D I, III dan IV sahaja 76 I Beberapa orang pemandu kereta sewa itu ditahan oleh pihak JPJ. II Sikapnya yang baik terhadap orang ramai patut mereka puji dengan tinggi . III Pelbagai persoalan diajukan terutamanya tentang masalah pencemaran alam sekitar. IV Dia tercungap-cungap kerana kepenatan . A I dan II sahaja B I dan IV sahaja C I, III dan IV sahaja D I, II, III, dan IV 77 I Ayah menghadiahi sebuah basikal kepada adik. II Kakak mengirimi emak sepucuk surat. III Hakim menjatuhi penjenayah itu hukuman penjara seumur hidup. IV Datuk Mansur telah dianugerahi pingat kebesaran oleh sultan. A I dan II sahaja B II dan III sahaja C II, III dan IV sahaja D I, II, III dan IV 78 I Haji Zainal sedang merumputi kebun kelapa sawitnya. II Lembu-lembu peliharaannya sedang merumput di padang. III Orang itu kelihatan sedang memasuki pintu pagar rumahnya. IV Beberapa hari lagi dia akan memasuki peperiksaan. A II dan III sahaja B I, II dan III sahaja C II, III dan IV sahaja D I, II, III dan IV 79 I Khemah itu telah kami dirikan. II Khemah itu telah didirikan oleh saya. III Baju itu telah saya pakai. IV Saya pakai baju itu. A I, II dan III sahaja B I, IIIdan IV sahaja C II, III dan IV sahaja D I, II, III dan IV 80 I Dia berasa letih selepas bekerja sehari suntuk. II Ibu merasa makanan yang terhidang itu. III Dia merasa kain yang ditunjukkan untuk mengetahui kasar halusnya. IV Pihak atasan merasakan beliau masih penting dalam jabatan ini. A I dan II sahaja B II dan III sahaja C II, III, dan IV sahaja

D I, II, III, dan IV 81 I Para pelajar sedang mengikuti ceramah Bahasa Melayu. II Kuih karipap itu saya makan tadi. III Mazli dimarahi ibunya kerana tidak berbuat kerja sekolah. IV Harap jangan sentuh akuarium ini. A I dan II sahaja B II dan IV sahaja C I, II dan III sahaja D I, II, III, dan IV 82 I Ribuan penonton menyaksikan konsert nasyid Rabbani itu. II Mereka sedang berbincang tentang lawatan ke Melaka. III Guru-guru sedang menikmati kudapan di kantin. IV Puan Ani merindui anaknya yang sedang belajar di Arab Saudi. A I, II dan III sahaja B I, II dan IV sahaja C I, III dan IV sahaja D I, II, III dan IV 83 I Saya sangat jelak akan sikap kamu yang ego, kata Ali kepada Abu. II Setengah penduduk di kampung itu berketurunan Jawa. III Budak itu menangis kerana kedua-dua tangannya berdarah akibat terjatuh. IV Mari kami pergi ke padang sekarang, kata Azwan kepada rakanrakannya. A I dan III sahaja B I dan IV sahaja C II dan IV sahaja D II, III dan IV sahaja 84 I Kakak menghadiahi ibu seutas rantai emas. II Mei Mei membonceng basikal abangnya ke sekolah. III Menteri Besar Selangor menganugerahkan pingat keberanian kepada Kapten Hassan. IV Bertahun saya tidak bertemu dengan datuk saya. A I, II dan III sahaja B I, II dan IV sahaja C I, III dan IV sahaja D I, II, III dan IV 85 I Saya tidak tahu apa yang berlaku, kata Tarmizi. II Peristiwa pahit itu masih bermain-main di dalam minda saya. III Halimah terkejut apabila namanya dipanggil oleh Cikgu Shaari. IV Pada wajahnya ada parut sepanjang lima sentimeter. A I dan IV sahaja B II dan IV sahaja C III dan IV sahaja D I, II dan III sahaja 86 I Bah Atan sedang makan ubi bakar dengan ibu bapanya. II Sila tulis semula karangan kamu ini,kata gurunya. III Kebanyakan petani-petani kini menggunakan jentera moden. IV Zamri kerap datang lewat ke sekolah kerana ketinggalan bas. A I dan IV sahaja B II dan IV sahaja C III dan IV sahaja

D I, II dan III sahaja 87 I Kamal memberanikan dirinya melalui lorong yang kegelapan itu. II Baginda sultan akan berangkat sekarang, kata pegawai istana itu. III Kucing itu sakit.Oleh itu ia perlu dirawat segera. IV Kek itu kami beli untuk Nani sempena hari jadinya esok. A I dan IV sahaja B II dan IV sahaja C I, II dan III sahaja D I, II dan IV sahaja 88 I Kita akan bertemu lagi dari masa ke semasa. II Amat ayu gadis dari Thailand itu. III Kempen antiDadah perlu diadakan di sepanjang masa. IV Adik Afiq dihantar ke prasekolah sejak umurnya lima tahun. A II dan IV sahaja B III dan IV sahaja C I, II dan III sahaja D I, II, III dan IV 89 I Mereka sedang membincangkan hal-hal lain dalam mesyuarat itu. II Ramasamy tidak didenda kerana ia berkelakuan baik. III Ayahnya bekerja bermati-matian demi untuk menyara keluarganya. IV Mereka tinggal sehelai sepinggang apabila rumahnya terbakar. A I dan II sahaja B II dan IV sahaja C II dan III sahaja D III dan IV sahaja 90 I Surat itu sudah awak pos? tanya Encik Daud kepada Aziz. II Setengah-setengah orang suka melancong ke Eropah berbanding ke Asia Barat. III Dato Suhaili sudah menjelaskan hutangnya di bank itu. IV Berminggu-minggu pelarian itu kelaparan. A I, II dan III sahaja B II, III dan IV sahaja C I, III dan IV sahaja D I, II, III dan IV

You might also like