You are on page 1of 2

MINGGU 9 9 SEPT 2013 13 SEPT 2013

A. Masalah 1.
i. Murid bergaduh dan bertumbuk Pada hari Selasa yang lalu, saya dikehendaki untuk menjadi guru ganti bagi kelas 5 Amal. Saya telah menjalankan aktiviti inovasi reka cipta menggunakan straw. Pada awalnya, keadaan kelas dilihat agak terkawal dan murid begitu seronok menjalankan aktiviti. Namun begitu, saat terakhir loceng hampir berbunyi, terdapat 2 orang murid lelaki bergaduh dan bertumbuk sehingga menyebabkan salah seorang dari mereka lebam di pipi. Saya berasa sangat risau dengan keadaan ini. Oleh kerana tidak mempunyai sebarang kuasa untuk menghukum mereka, saya menjadi bertambah buntu. Apakah tindakan yang patut saya lakukan. Saya berasa kesal dengan hal ini kerana tidak dapat menjaga anak murid saya denga sebaiknya.

B. Tindakan 1. Menasihati murid dan menyerahkan kes kepada guru disiplin i.


Bagi mengatasi masalah ini, saya telah menasihati murid tersebut agar tidak terus bergaduh. Selain itu, saya juga telah memegang salah seorang daripada mereka dari bertindak dengan lebih agresif kerana ingin melawan kawannya itu. Namun begitu, saya telah bertindak pantas dengan memegang tangan budak itu agar tidak meneruskannya. Setelah itu, saya menasihati kedua-dua mereka agar tidak terus bergaduh. Bagi memudahkan cara, saya bertekad untuk menyerahkan isu ini kepada guru disiplin untuk dipertimbangkan. Alhamdulillah, dengan bantuan daripada guru disiplin, murid tersebut telah mendapat hukuman yang setimpal. Selain itu, mereka juga telah meminta maaf daripada saya kerana tidak mendengan arahan. Saya berasa sangat berpuas hati akan hal ini. Pada awalnya aya juga buntu memikirkan apa tindakan yang patut saya lakukan. Sebagai penyelesaiannya, saya telah merujuk kes ini kepada guru disiplin.

C. Kesimpulan
1. Kes selesai. ii. Alhamdulillah, saya berasa sangat berpuas hati kerana kes tersebut telah dianggap selesai. Murid tersebut dikatakan sering kali bergaduh. Oleh itu, tidak hairanlah bagi mereka untuk bertumbuk dan sebagainya. Kedua-dua mereka dikatakan mempunyai dendam antara satu sama lain. Walaupun begitu, saya berharap agar mereka akan berbaik semula suatu hari nanti. Pada masa ini, mereka mungkin tidak mengerti apa-apa melainkan perasaan ego dalam diri masing-masing. Besarlah harapan saya agar kedua-dua murid ini tidak akan bergaduh lagi.

Pelajar guru

Guru Pembimbing

Pensyarah Penyelia

You might also like