You are on page 1of 2

RAJA KAYU Maklumat & SejarahnyaRaja Kayu Adalah Satu Nama Yang Sering Dikatakan Oleh Beberapa Orang

Dan Ianya Sejak Dahulu Lagi Sering Juga Dicari Dan Ingin Dimiliki Oleh Individu Yang Percaya Pada Khasiat Yang Terkandung Padanya.Terdapat Dua Jenis Raja Kayu Iaitu Raja Kayu Merah Dan Raja Kayu Putih.Yang Sering Menjadi Kekeliruan Umum Ialah Tentang Raja Kayu Merah.Ada Yang Mengatakan Raja Kayu Yang Sering Terdapat Ialah Sebenarnya Damar Minyak Dan Bukan Raja Kayu Yang Sebenar,Kerana Menurut Beberapa Orang Tua Jika Pohon Raja Kayu Ada Disatu Tempat Maka Disekelilingnya Tidak Terdapat Pokok Yang Lain Kalau Ada Pun Jarak Diantara Raja Kayu Dan Pokok Yang Lain Adalah Jauh Bahkan Pokok Yang Terdapat Disekelilingnya Tunduk Kepada Pohon Raja Kayu Itu Ramai Pendekar Zaman Dulu Menjadikan Kayu Ini Hulu Senjata Kerana Percaya Ia Dapat Menaikkan Semangat Bertempur Dan Menggerunkan Pihak Lawan Apatah Lagi Jika Dicampurkan Dengan Teras Kayu Kemuning Hitam. Memiliki Daun Yang Tidak Bertulang Dan Berurat, Kayu Yang Mampu Ditembusi Cahaya Lampu Suluh Pada Ketebalan 2 Sm Itu Lebih Nyata Khasiatnya Dari Sudut Perubatan. Kayu Yang Amat Bermutu Iini Telah Terbukti Boleh Mengubati Luka-Luka Luaran, Sakit Kulit, Gout, Sengal Dan Melancarkan Perjalanan Darah. Malah Debu Kayu Itu, Jika Digosok Pada Kulit, Ia Juga Mampu Meresap Ke Dalam Tubuh. Kepingan Kayu Yang Telah Dipotong-Potong Turut Dapat Membantu Mengeringkan Darah Pada Luka Terbuka. Sementara Itu, Damar Putih Yang Terhasil Daripada Kulit Kayu Itu Berupaya Mengubati Bisa-Bisa Kecil Seperti Gigitan Lipan. Air Rebusan Teras Raja Kayu Putih Jika Diberi Minum Kepada Orang Yang Degil, Insya-Allah Hatinya Akan Lembut. Jika Seseorang Itu Ketagihan Alkohol, Perokok Atau Penghidap Batuk Berdarah, Mereka Juga Boleh Dirawat Dengan Meminum Air Rebusan Kayu Ini. Kehebatan Raja Kayu Atau Nama Saintifiknya Cassia Fistula Memang Sudah Terkenal Di Kalangan Orang Melayu. Menurut Orang Tua-Tua, 'Raja Kayu' Adalah Raja Segala Penawar Atau Ibu Segala Ubat.Fungsi/Kegunaan/KelebihanRaja Kayu Tembus Cahaya Jika Dipotong Walaupun Tebalnya Sehingga 1 Sm Dan Ia Juga Tumpat. Jika Dimasukkan Raja Kayu Walaupun Bersaiz Kecil Ke Dalam Air, Ia Akan Tenggelam Seperti Batu. Raja Kayu Hanya Ada Dua Jenis Iaitu Merah Dan Putih. Jika Dibakar, Raja Kayu Ini Akan Cair Meleleh Seperti Kemenyan Dan Tidak Akan Menghasilkan Abu Seperti Kayu Lain. Masyarakat Orang Asli Selalu Mencari Damar Dari Jenis Pokok Ini Untuk Pelbagai Kegunaan. Masyarakat Orang Asli Jarang Jatuh Sakit Sedangkan Mereka Tinggal Di Hutan. Kayu Dan Akar Dari Hutan Kitalah Yang Memberikan Mereka Segala Keajaiban Dan Ubat-Ubatan. Urut Badan : Serbuk Raja Kayu Jika Digosok Pada Kulit Akan Meresap Ke Dalam Kulit. Ia Mempunyai Berbagai Khasiat Terutamanya Penyakit Kulit Dan Digunakan Untuk Mengurut. Gigitan Serangga : Gosok Serbuk Raja Kayu Ditempat Yang Kena Sengat. Kesannya Dalam Setengah Jam. Masalah Dalam Badan : Antara Kegunaannya Adalah Masalah Dalaman Badan Seperti Cirit Birit, Muntah, Resdung, Lelah, Darah Tinggi, Kencing Manis, Darah Tinggi,

Keracunan Makanan, Perut Memulas, Kebas Kaki Tangan, Mata Rabun, Resdung, Penat, Lelah, Sakit Sendi, Sakit Pinggang, Lemah Tenaga Batin, Buasir, Perempuan Turun Darah, Terlekat Uri, Sakit Tengkuk, Termakan Racun Dan Muntah-Muntah. Cara Menggunakannya Hanya Merendam Raja Kayu Ke Dalam Segelas Air Panas Selama 10 Minit. Amalkan Setiap Pagi Dan Malam Untuk Kesihatan Badan. Jika Digunakan Secara Berterusan Dengan Cara Ini, Raja Kayu Akan Dapat Bertahan Selama Setahun Setengah. Khasiat Tertinggi AmpuhDapat Menundukkan Dan Melemahkan Seseorang Yang Berniat Jahat Pada Diri Kita;Untuk Dijadikan Sebagai Pendinding Diri Dari Hasad Dengki Manusia;Boleh Menghalau Dan Menjauhkan Makhluk Halus Dari Menggangu;Ianya Juga Mempunyai Khasiat Yang Tinggi Untuk Tujuan Perubatan;Ia Dikatakan Mujarab Menyembuhkan Penyakit Asma, Darah Tinggi, Gout, Kencing Manis, Lelah, Sengal-Sengal, Melancarkan Perjalanan Darah, Sakit Kulit, Santau, Penangkal Ilmu Hitam, Pendinding, Penunduk, Pengasih Serta Penghalau Binatang Buas Dan Haiwan Berbisa. Dipercayai Sesiapa Yang Dipukul Dengan Menggunakan Raja Kayu, (Manusia Atau Haiwan) Boleh Menjadi Gila Sekiranya Tidak Diberikan Penawar Segera;Air Rebusan Teras Raja Kayu Putih Dikatakan Juga Mampu Melembutkan Hati Anak-Anak Yang Degil Dan Nakal;Penagih Alkohol, Rokok Atau Pesakit Batuk Berdarah Juga Dikatakan Mampu Menggunakan Air Rebusan Raja Kayu Putih Sebagai Penawar;Dahulu Raja Kayu Sering Digunakan Sebagai Hulu Keris Kerana Dikatakan Mampu Memberi Aura Panas Pada Si Pemakainya. Pahlawan Melayu Akan Mempunyai Semangat Yang Kental Dan Berapi-Api Dalam Pertarungannya; Penjagaan/PantangTiada Penjagaan @ Pantang Yang Khusus; Sesungguhnya Allah Swt Jualah Yang Maha Berkuasa Atas Segalanya;Menurut Segala Perintah Dan Meninggalkan Segala Larangannya Serta Sentiasa Mengingati Allah Swt Dan Mohon Kepadanya Adalah Penting Dalam Memperoleh Keselamatan Serta Kesejahteraan Di Dunia Dan Akhirat;Apa Yang Baik Itu Datangnya Dari Allah Swt Dan Yang Buruk Itu Adalah Dari Kelemahan Kita Sendiri.

You might also like