Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
156Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Proses Penerbitan Ayat

Proses Penerbitan Ayat

Ratings:

1.0

(1)
|Views: 5,571 |Likes:
Published by shinahariah

More info:

Published by: shinahariah on Oct 02, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/18/2013

pdf

text

original

 
1.0PENGENALAN
Proses penerbitan ayat sebenarnya berasal daripada konsep Tatabahasa Transformasi-Generatif, iaitu menukar dan menerbitkan ayat. Tatabahasa Transformasi-Generatimerupakan aliran transformasi generatif, iaitu satu aliran mazhab pengkaji bahasa yangtelah dikemukakan oleh Noam Chomsky. Beliau merupakan seorang profesor linguistikyang telah menyumbangkan buah fikirannya berkaitan transformasi-generatif di
Massachusetts Institute of Technology 
. Transformasi-generatif yang dikemukakan olehChomsky telah diperkenalkan pada tahun 1957 melalui penerbitan sebuah tesisnyayang bertajuk
Syntactic Structure
. Kemudiannya, teori transformasi-generatif ini telahdiperbaiki dan diperluas oleh Chomsky dalam bukunya,
 Aspect of the Theory of Syntax 
yang memberi tumpuan pada makna dan ayat.Teori ini berpendapat bahawa setiap ayat yang dihasilkan mengandungi duaperingkat, iaitu struktur dalaman dan struktur permukaan. Struktur dalaman ialah struktur yang mengandungi ayat dasar atau ayat inti, manakala struktur permukaan pula ialahstruktur yang telah mengalami perubahan daripada struktur dalaman dan jugamerupakan bentuk ayat yang dituturkan oleh seseorang penutur. Mengikut hukumtransformasi-generatif, struktur dalaman dan struktur permukaan diterbitkan oleh duarumus tatabahasa. Rumus-rumus tersebut ialah Rumus Struktur Frasa dan RumusTransformasi. Rumus Struktur Frasa akan membentuk ayat pada struktur dalaman,manakala Rumus Transformasi pula akan menerbitkan ayat pada peringkat permukaan.Ayat-ayat yang terhasil daripada kedua-dua bentuk tersebut biasanya tidak mempunyaipersamaan. Ayat yang terhasil daripada struktur dalaman akan menjadi input kepadapenerbitan ayat pada peringkat permukaan.
1
 
2.0PROSES PENERBITAN AYAT
Menurut Nik Safiah Karim
et al.
(2008:538), penerbitan sesuatu ayatdimaksudkan sebagai hasil daripada terlaksananya suatu proses gramatis, iaitumelibatkan pelaksanaan rumus transformasi yang berfungsi mengubah aturan ataustruktur ayat serta memperluas sesuatu unsur dalam ayat atau frasa. Dalam bahasaMelayu, proses penerbitan ayat melibatkan proses pengguguran, proses penyusunansemula dan proses peluasan.
2.1
Proses Pengguguran
Proses pengguguran adalah satu proses transformasi yang berlaku pada struktur ayat yang mengakibatkan pengguguran unsur-unsur atau konstituen tertentu sepertipengguguran subjek, predikat dan sebagainya daripada binaan ayat asalnya. Prosespengguguran dalam bahasa Melayu ini mempunyai beberapa istilah lain yang digunakanoleh tokoh-tokoh bahasa. Asmah Haji Omar (1993:369) menggunakan konseppenghilangan bagi proses pengguguran ini. Beliau mendefinisikan penghilangan sebagaiproses yang menghilangkan binaan-binaan tertentu daripada pola
 
dasar. Menurut ArbakOthman (1980:77) pula, pengguguran juga disebut sebagai delesi. Abdullah Hassan
et al.
(2006:114) dan Nik Safiah karim
et al.
(2008:538) masing-masing bersetuju bahawaproses pengguguran utama dalam bahasa Melayu melibatkan pengguguran frasa namasebagai subjek dan pengguguran frasa predikat. Walau bagaimanapun, Nik Safiah karim
et al.
(2008:538) berpendapat bahawa ada dua lagi jenis pengguguran utama, iaitupengguguran frasa nama yang mendahului frasa relatif dan pengguguran kata namayang berfungsi sebagai inti dalam frasa nama.
2.1.1Pengguguran Frasa Nama sebagai Subjek
Menurut Nik safiah karim
et al.
(2008:538), Arbak Othman (1980:82)
 
danAbdullah Hassan
et al.
(2006:114), proses pengguguran frasa nama sebagai subjekboleh berlaku dalam ayat perintah yang melibatkan pengguguran subjek kata gantinama diri orang kedua. Walau bagaimanapun, terdapat lagi penambahan prosespengguguran frasa nama sebagai subjek ini. Abdullah Hassan
et al.
(2006:115)menambah proses pengguguran juga boleh berlaku melalui pengguguran subjek kata
2
 
ganti nama orang ketiga dan pengguguran frasa nama. Nik safiah karim
et al.
(2008:538) juga ada menambah bahawa subjek yang serupa dalam ayat majmuk bolehdigugurkan. Dapatlah disimpulkan di sini bahawa pengguguran frasa nama sebagaisubjek terbahagi kepada empat jenis, iaitu pengguguran subjek kata ganti nama diriorang kedua dalam ayat perintah, pengguguran subjek kata ganti nama diri orangketiga, pengguguran frasa nama dan pengguguran subjek frasa nama yang serupadalam ayat majmuk.
i.
Pengguguran subjek kata ganti nama diri orang kedua dalam ayat perintah
Menurut Abdullah Hassan
et al.
(2006:114), ayat perintah atau dikenali sebagaiayat suruhan merupakan ayat yang digunakan untuk memberi perintah atau arahan.Dalam ayat perintah, kata ganti nama diri orang kedua seperti
engkau, awak, kamu 
dansebagainya menjadi unsur pengisi dalam konstituen subjek. Contohnya:(1a)
Kamu,
berhenti!(1b)Berhenti!Dalam contoh ayat perintah di atas, subjek kata ganti nama diri orang kedua
kamu 
telah digugurkan. Lazimnya, kata ganti nama diri orang kedua
kamu 
berada dihadapan ayat perintah dan pengguguran konstituen subjek yang terdiri daripada kataganti nama diri orang kedua tidak akan menimbulkan kekaburan kepada siapa ayattersebut ditujukan.
ii.
Pengguguran subjek kata ganti nama diri orang ketiga
Menurut Abdullah Hassan
et al.
(2006:115), kata ganti nama diri orang ketigasebagai pengisi kepada konstituen subjek dalam ayat juga boleh digugurkan sekiranyakonteks membenarkan. Hal ini bermaksud bahawa kata ganti nama diri orang ketiga itusudah memberi maksud yang jelas daripada konteks sebenar ayat dan tidak perludisebut atau dinyatakan dalam ayat lagi. Pengguguran subjek kata ganti nama diri orangketiga ini dapat dijelaskan lagi berdasarkan contoh ayat di bawah:(2a)
Dia
tidak akan ke sana lagi.(2b)Tidak akan ke sana lagi.Subjek kata ganti nama diri orang ketiga
dia
dalam ayat (2a) boleh digugurkankerana ayat (2b) telah membawa maksud yang jelas tanpa kehadiran subjek kata gantinama diri orang ketiga
dia
.
3

Activity (156)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Rodhiah Ibrahim liked this
Md Yazid liked this
Grace Lo liked this
Grace Lo liked this
Nurain Jdg liked this
Ardy Rechie liked this
Violett Viel liked this
Ida Ayuni liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->