You are on page 1of 5

SEMESTER / TAHUN JANUARI/2013 KOD KURSUS HBEF 2801

TAJUK KURSUS JURNAL REFLEKTIF PERKEMBANGAN PROFESIONAL

NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGNEALAN NO. TELEFON E-MEL

: : : :

PUSAT PEMBELAJARAN

kelantan learning centre

JURNAL REFLEKTIF Bersyukur saya kerana dapat juga saya menyiapkan tugasan HBEF 2803. Walaupun

terpaksa menghadapi beberapa masalah dalam menyiapkan kerja kursus ini seperti kekangan masa, perselisihan faham dan sumber kewangan dan sebagainya perkara lain yang berlaku semasa saya menyiapkan tugasan ini. Berkat kesungguhan dan azam yang tinggi saya mampu menyiapkan juga kerja kursus ini pada masa yang ditetapkan walaupun terpaksa melalui banyak masalah semasa menyiapkannya. Bagi melaksanakan tugasan ini, saya dikehendaki untuk mengkaji perayaan di Malaysia tetapi tidak boleh memilih perayaan agama sendiri. Kami diminta merancang dan melaksanakan program tersebut dalam tempoh yang ditetapkan. Dengan itu saya telah memilih sambutan Hari Raya Aidilfitri. Daripada aktiviti pertama, saya dikehendaki mencari maklumat tentang perayaan tersebut. Kajian dokumen iaitu mencari maklumat melalui penulisan buku-buku, jurnal-jurnal, makalahmakalah bercetak dan pencarian internet berkaitan Hari Raya Aidilfitri bukan sahaja telah dapat menambahkan pengetahuan dan pengalaman saya, malahan menjadikan saya lebih memahami perayaan/aktiviti keagamaan kaum Melayu (Islam). Sebab maklumat yang terdapat dalam pelbagai sumber di atas adalah berdasarkan kajian, pemerhatian, temuramah dan pengalaman penulis. Dapatan yang terkumpul bukanlah rekaan seseorang penulis, tetapi data, gambar foto, carta, jadual dan seumpamanya diperoleh daripada individu, agensi/jabatan kerajaan serta rakaman yang dilakukan oleh seseorang penulis sebelum karyanya ditulis, diedit dan diterbitkan. Walaupun lahir dan dibesarkan dalam lingkungan perkampungan dan masyarakat Melayu (Islam), saya sudah biasa terdedah dengan pelbagai perayaan yang disambut oleh orang Melayu. Pengetahuan dan pengalaman diperoleh melalui pembacaan, pergaulan dengan rakan-rakan dan maklumat di kaca televisyen. Namun, melalui kajian ini pengetahuan dan kefahaman saya khususnya berkaitan Hari Raya Aidilfitri makin bertambah. Antaranya berkaitan tujuan sambutan, apa yang dilakukan, kepentingan sambutan ini kepada umat Islam, suasana sambutan di Malaysia/Negara-negara Islam di seluruh dunia dan sebagainya.

Berdasarkan kajian dokumen ini, timbul juga di kotak fikiran, bahawa saya sendiri kurang mengetahui sejarah perayaan/aktiviti keagamaan sendiri. Misalnya pengetahuan tentang sambutan Tahun Baru Cina, Perayaan Cheng Beng. Chap Goh Meh, Moon Cake Festival, Hungry Ghost Festival dan sebagainya. Menyedari hakikat ini saya akan berusaha untuk menambahkan pengetahuan saya berkaitan perayaan kaum sendiri melalui kajian dokumen dan memanfaatkan kemudahan internet yang ada. Tradisi patut diamalkan untuk merapatkan hubungan kekeluargaan

selagi tidak menyekat kemajuan. Jika dihayati perayaan keagamaan sememangnya mempunyai banyak kepentingan dan maksud tersirat.

Melalui kajian ini,

saya lebih memahami perayaan/aktiviti keagamaan kaum lain di

Malaysia. Hal ini penting untuk membantu saya menjalinkan hubungan yang lebih rapat dan harmoni dengan rakan-rakan berbangsa Melayu dan beragama Islam. Natijahnya akan lahir semangat muhibah dan perpaduan yang kukuh dalam masyarakat sejajar dengan usaha dan aspirasi kerajaan yang menekankan intergrasi kaum sejak dahulu lagi. Pada tahun lepas, saya berkesempatan menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama rakan yang beragama Islam di rumah beliau. Disamping merakam video saya juga berkesempatan menemubual 3 generasi mengenai Perayaan Aidiladha. Melalui temubual ini saya dapati bahawa Perayaan Aidilfitri adalah Perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam menyambut sebagai tanda kemenangan setelah sebulan berpuasa. Melalui kunjungan saya itu, saya dapat berbual dan mendapat maklumat daripada keluarga tersebut. Kunjungan saya disambut dengan baik sekali. Ada sedikit sebanyak amalan-amalan yang semakin dilupakan. Contohnya, menziarahi ke rumah sanak saudara. Kebanyakkan generasi muda tidak suka menziarahi ke rumah orang-orang tua. Mereka lebih suka menonton televisyen di rumah. Begitu juga dalam penyediaan kuih-muih. Jika dulu, begitu meriah membuat biskut bersama-sama tetapi sekarang boleh dikatakan semuanya dibeli. Ini kerana kekangan masa untuk menyediakan semua itu. Jika dulu, penghantaran kad-kad raya sangat meriah tetapi sekarang kanak-kanak pun tidak lagi mengenal kad raya. Zaman serba canggih dan teknologi lebih laju daripada pos. Malam tujuh likur sering dikaitkan dengan Lailatulqadar iaitu detik keemasan untuk individu Muslim merebut syurga apabila malaikat dan Jibril akan turun ke bumi untuk mengaminkan doa orang yang bersembahyang, bertasbih, bertahmid dan bertakbir kepada Allah. Dengan itu timbullah tradisi memasang pelita bagi sebagai simbol meraikan bulan mulia dan memudahkan membantu mereka yang berjalan ke surau atau masjid bagi menunaikan tarawih kerana merebutkan Lailatulqadar, kerana suasana pada malam terlalu gelap dan mungkin membahayakan keselamatan. Ini adalah kerana pada masa dahulu, tiada kemudahan elektrik seperti hari ini. Amalan ini semakin kurang disambut dan sekarang ramai yang memasang lampu berbanding pelita. Lebih-lebih lagi kos untuk minyak tanah pun meningkat. Selepas saya membuat kajian tentang perayaan ini dan nampak kelebihan dan kekurangan yang berlaku pada perayaan ini, sebagai seorang guru di negara Malaysia yang berbilang bangsa saya

rasa adalah tanggungjawab saya untuk memperkenalkan setiap perayaan yang disambut oleh bangsa di Malaysia. Kajian saya tidak patut berhenti selepas ini, saya harus mengenali setiap perayaan secara mendalam dan juga akan memperkenalkan perayaan melalui pengajaran dan pembelajaran saya contohnya, 1 Memberi kesedaran bahawa pentingnya pemahaman antara agama, budaya dan adat resam setiap bangsa di negara kita. 2 Setiap ibu bapa perlu bersama-sama anak mereka memeriahkan malam tujuh likur dengan memasangkan pelita di sekeliling rumah mereka. 3 Guru-guru pula perlu menggalakkan pelajar menghantar kad ucapan raya kepada kawankawan dan sanak-saudara mereka supaya tradisi ini tidak dilupakan begitu saja. 4 Guru-guru juga perlu memupuk semangat kekitaan dengan pergi menziarahi ke rumahrumah rakan dan saudara-mara. Ibu bapa juga memainkan peranan. Jangan biarkan anakanak di rumah dengan menonton tv sahaja tanpa megajak mereka untuk berziarah. Begitu juga dengan amalan menziarahi pusara nenek moyang yang telah meninggal dunia. 5 Amalan bermaafan juga patut diamalkan. Kadang-kadang anak-anak ini hanya tahu menerima duit sahaja sewaktu hari raya. Sepatutnya ibu bapa memberitahu bahawa pada hari raya ini kita mesti bermaafan sesame sendiri. Di Negara kita, sambutan Hari Raya Aidilfitri sangat meriah. Meskipun cuti yang pendek, umat Islam tetap mengambil kesempatan untuk balik ke kampong dan merayakan Hari Raya dengan meriah di samping menunaikan sembahyang hari raya, dan berkunjung ke rumah saudara mara. Hal ini dapat mengeratkan semangat kekeluargaan dan mengukuhkan ukhwah Islamiah sesama umat Islam. Pelbagai peringkat umur individu yang ditemubual bersetuju tentang kepentingan sambutan Hari Raya sebagai salah satu Hari Kebesaran dalam agama Islam. Terdapat juga kekangan yang terpaksa saya hadapi seperti terpaksa menyelesaikan banyak kerja kursus dan aktiviti yang bertembung pada suatu masa sehingga melemahkan semangat saya. Sebagai contoh terpaksa menyelesaikan beberapa tugasan lain dalam satu-satu masa. Namun, sebagai bakal seorang pendidik kami telah melihatnya sebagai satu cabaran yang harus ditempuhi dan berfikiran positif untuk menanganinya. Akhirnya kami berjaya juga menyiapkan tugasan ini pada tempoh yang ditetapkan sebelum menghantar tugasan ini pada tarikh yang telah ditetapkan. Pelbagai faedah serta pengalaman yang

kami perolehi semasa menjalani tugasan ini yang mana segala ilmu yang kami pelajari telah dapat kami praktikkan semasa menyiapkan tugasan ini.

You might also like