Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
428Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Profesion Perguruan

Profesion Perguruan

Ratings: (0)|Views: 18,025 |Likes:
Published by PShan0609

More info:

Categories:Types, Research
Published by: PShan0609 on Oct 03, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/20/2013

pdf

text

original

 
1.0 PENDAHULUAN
Sebelum kita membicarakan lebih lanjut tentang cara untuk meningkatkan profesionalisme guru, kita harus tahu apakah yang dimaksudkan dengan profesionalismemengikut Kamus Dewan edisi ketiga menjelaskan bahawa profesionalisme bermaksud sifat-sifat (kemampuan, kemahiran, cara pelaksanaan sesuatu dan lain-lain) sebagaimana yangsewajarnya terdapat pada atau dilakukan oleh orang profesional. Menurut Mok Song Sang(1996), konsep profesionalisme boleh dirumuskan sebagai satu pekerjaan yang khusus dandijalankan oleh orang yang mempunyai kelulusan dan latihan ikhtisas yang cukup bermutu, bersikap jujur, dedikasi, bertanggungjawab dan bermoral tinggi, yang mempunyai autonomi bertugas serta mematuhi kod etika yang telah ditetapkan oleh organisasinya. Bidang pendidikan berhadapan dengan masa depan mencabar yang memerlukan perancangan rapi,sistematik dan holistik 
.
Maka, kalangan warga pendidik serta semua pihak yang berkepentingan perlu berganding bahu untuk meningkatkan lagi profesionalisme guru demimemantapkan lagi sistem pendidikan di negara kita. sistem pendidikan yang berwibawa akanmenghasilkan modal insan berminda kelas pertama walaupun ia mengambil masa yang panjang.Peningkatan profesionalisme guru dapat membantu meningkatkan lagi sistem pendidikan di negara kita. Melalui peningkatan profesionalisme guru ia dapat melahirkanguru yang versatil iaitu guru yang sanggup dan dapat melakukan apa sahaja yang dimintadalam skop yang telah ditetapkan tanpa sebarang rungutan di belakang. Peredaran masamembawa perubahan dan cabaran terhadap profesion keguruan termasuk pengubahsuaianfungsi dan peranan guru. Peranan guru sebagai sumber utama pengetahuan kepada pelajar telah bertukar kepada guru sebagai pemudahcara dalam p&p, agen perubahan dan sumber inspirasi kepada pelajar. Guru harus kreatif dan inovatif untuk menjadikan sistem penyampaian p&p menjadi efektif, menarik dan menyeronokkan. Kerajaan dan guru itusendiri memainkan peranan penting dalam meningkatkan profesion perguruan.1
 
ISI-ISI
PERANAN KERAJAAN
KPM telah berusaha untuk memartabatkan profesionalisme guru denganmeningkatkan kualiti guru, kerjaya guru dan kebajikan guru. KPM bermatlamat untuk menjadikan profesion guru dihormati dan dipandang tinggi sesuai dengan amanah yangdipikul. KPM berusaha memartabatkan profesion keguruan dengan memberi tumpuan kepadafokus dan strategi pelaksanaan seperti menambah baik sistem pemilihan calon guru dengancara memperketat syarat dan kriteria pengambilan calon melalui Ujian Pemilihan Calon GuruMalaysia (
Malaysian Teachers Selection Test - MTeS
), temuduga individu dan berkumpulan serta ujian bertulis Bahasa Inggeris, telah banyak dijalankan oleh fakulti pendidikan di universiti. Pemilihan melalui penampilan calon guru seperti pertuturan, dancara pembawaan, pandangannya terhadap sesuatu isu, kebolehannya untuk mengawal perasaan dan keadaan fizikal seseorang merupakan kriteria yang boleh diuji semasa sesitemuduga dijalankan. Tanpa temuduga seperti ini, kita dapat mengesan individu yangmempunyai kelemahan atau kecacatan tertentu seperti tidak pandai bertutur dengan baik, perwatakan yang tidak sesuai dan sikap terlalu gugup tidak dapat dikesan. Tindakan tersebut juga terpaksa diambil untuk memastikan seseorang guru tidak memilih opsyen perguruansebagai pilihan terakhir mereka.Selepas mengenal pasti calon yang layak untuk diberi latihan, faktor yang perludipertimbangkan ialah kelulusan tenaga pengajar institusi yang ditugaskan untuk menyediakan guru. Kelulusan pensyarah yang melatih bakal guru akan memberikan kesanterhadap kualiti guru pelatih yang menamatkan pengajian daripada sesebuah institusi pendidikan. Kementerian Pelajaran telah mengambil langkah untuk menaik taraf kelayakan pensyarah di maktab perguruan daripada ijazah pertama kepada ijazah lanjutan iaitukelulusan Masters atau Ph.D.. Ia seiring dengan penawaran kursus Diploma PerguruanMalaysia (DPM) iaitu kursus perguruan asas sepenuh masa sekolah rendah selama 3 tahun (62
 
semester). Oleh itu, pensyarah dimaktab perguruan dan universiti perlu cekap dalam aspek kandungan ilmu pengetahuan dan juga pedagogi.Memantapkan latihan perguruan iaitu menaik taraf maktab perguruan kepada IPGyang menawarkan program pada peringkat ijazah sarjana muda pendidikan. Mereka bentuk dan menggubal Kurikulum IPG secara berpusat dan mendapat kelulusan Majlis KurikulumPendidikan Guru dengan memberi penekanan kepada elemen baru dalam kurikulum pendidikan guru. Membangunkan infrastruktur yang meliputi Pusat Maklumat LatihanKeguruan, Sistem Penyaluran, Rangkaian ICT,
 Portal 
Pendidikan Guru dan
Total CampusManagement System
. Memantapkan profesionalisme keguruan dengan memberi latihandalam aspek pedagogi, kokurikulum, ICT, penyelidikan dan
 pastoral care
. Memastikansetiap IPG mempunyai pengkhususan bidang tertentu iaitu Teknologi Maklumat, Bahasa,Sains dan Matematik, Sains Sosial, Pendidikan Jasmani, Pendidikan Islam, Teknik danVokasional, dan Pendidikan Khas. Memberi penekanan kepada Penyelidikan danPembangunan (R&D) bagi menjadikan penyelidikan sebagai budaya kerja pendidik guru.Mempereratkan kerjasama dengan KPTM dan semua IPT yang menawarkan program ijazah pendidikan untuk memastikan penggubalan kurikulum pendidikan guru dibuat menepatikehendak dan keperluan sistem pendidikan negara. Memperkasakan peranan IAB untuk kursus dalam perkhidmatan bagi membina sumber tenaga pengurusan dan kepimpinan pendidikan yang terbaik kearah meningkatkan profesionalisme guru. Meningkatkankelayakan tenaga pengajar IPG dengan mengadakan Program Peningkatan Akademik PPPyang dijalankan secara sepenuh masa, Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) serta gabungan PJJ dansepenuh masa. Meningkatkan pemantapan dan peluasan kursus dan latihan. Meluaskan danmeningkat R&D.Menambah baik persekitaran kerja dan kebajikan guru iaitu dengan menyediakan persekitaran kerja yang kondusif. Menyediakan kemudahan tempat tinggal yang mencukupidi kawasan pedalaman, luar bandar dan bandar melalui pembinaan rumah guru baru danmembaik pulih rumah guru sedia ada. Memperkasa peranan Yayasan Guru Malaysia untuk 3

Activity (428)

You've already reviewed this. Edit your review.
Mooi Weng Kar liked this
shivati liked this
Chong SH liked this
lacusochan liked this
Heidi Lee liked this
Leeyh liked this
Kukavina Rahul liked this
siti ruzana liked this
cecupak liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->