You are on page 1of 4

Contoh Ulasan Jurnal Dalam ICT Ulasan Jurnal 1.

0 Tajuk Jurnal Penggunaan ICT Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran Di kalangan Guru Sekolah Menengah Teknik Dan Vokasional : Sikap Guru, Peranan ICT Dan Kekangan / Cabaran Penggunaan ICT oleh Ting Kung Shuing dan Woo Yoke Ling, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknoligi Malaysia 2.0 Penyediaan abstrak oleh penulis ICT adalah alat bantu mengajar yang penting dalam SM Teknik dan Vokasional. Tetapi terdapat pelbagai kekangan dan cabaran seperti kekangan guru untuk menghabiskan silibus, sikap negatif guru, kekurangan kemahiran, kekurangan prasarana dan bahan sokongan, jurang ICT dan digital, sumber kewangan yang tidak mencukupi. Penulis mengesyorkan supaya penggunaan ICT bersesuaian dengan keperluan kurikulum, perubahan sikap dan nilai guru terhadap ICT, penganjuran kursus pendek untuk guru, penyediaan infrastruktur komunikasi dan multimedia serta infostruktur yang lengkap serta penyediaan kemudahan computer di luar bandar dan rangkaan sumber kewangan yang mencukupi. Kata kunci jurnal ini iala ICT dalam pendidikan guru. 3.0 Kandungan 3.1 Pengenalan. Penulis mengaitkan perubahan global yang pesat dalam ICT memberi kesan kepada Negara-negara membangun seperti Malaysia (Abd. Rahim, 2005). Revolusi maklumat yang berlaku disebabkan kemajuan ICT memberi cabaran baru kepada profesion keguruan, di samping kemajuan yang berlaku ini perlu dimanafaatkan untuk mempertingkatkan martabat profesion keguruan yang sedang mengharungi perubahan abad ke 21 (Ward & Peppard, 2003). Penulis juga memetik kata-kata B.G Yaxley (1991) pengajaran merupakan satu tindakan yang bertujuan untuk membawa perubahan dari segi kepercayaan, nilai dan makna. 3.2 Sorotan Literature Dalam membincangkan isu jurnal ini penulis kerap merujuk kepada pernyataan dari orang lain contohnya ialah: i. simplified. ii. Ellington, dan Race (1993) iaitu penggunaan computer dalam pendidikan mempunyai beberapa kekuatan dan kelemahan yang mana lebih berasaskan sebagai satu teknik pengajaran yang lebih menekankan peranan individu. iii. Chakrabarty (1979) menjelaskan bahawa leterasi computer membawa maksud mempelajarai cara menggunakan sesuatu perisisian mikrokomputer. iv. Dologite (1987) menyatakan leterasi membawa maksud yang agak mudah iaitu tahap pengetahuan dan kebolehan seseorang menggunakan computer. v. Ngan (1994) menyatakan bahawa literasi computer membawa maksud yang lebih luas iaitu kesedaran dan pengalaman dan pengendalian computer. Hjetland (1995) iaitu Technology can make our lives easier. Every task are

vi. Besag dan Levine (1984) berpendapat bahawa tahap asas literasi computer adalah kebolehan membaca serta menulis dengan menggunakan bahasa sendiri dan definisi yang luas serta boleh menggunakannya dalam kehidupan seharian. 3.3 Kaedah Penulis tidak menyatakan kaedah atau metadologi, penulis hanya ada menemubual beberapa orang guru. Tiada instrument yang dinyatakan dalam kajian ini. Penulis membuat penjelasan berdasarkan kajian orang lain terhadap ICT dalam pendidikan, sikap guru, cabaran dan halangan kepada penggunaan ICT di sekolah khususnya SM Teknik dan Vokasional. Sepatutnya penulis menyediakan instrument untuk kajian ini supaya nampak lebih ilmiah kajian ini. Penulis banyak bergantung pendapat orang lain berkaitan isu kajian ini. Di antara kenyataan orang lain yang dirujuk ialah: i) Gbomita (1997) iaitu sikap guru terhadap computer adalah satu daripada tiga faktor yang menyumbang kepada penerimaan guru-guru terhadap penggunaan computer selain dari faktor cirri-ciri computer. ii) Zulkifli dan Raja Maznah(1994) mengatakan sikap yang positif adalah penting untuk mendodrong seseorang bagi mempelajari apa-apa saja. iii) Zhao, Hueyshan dan Mishra (2000) menyatakan bahawa guru menggunakan computer untuk menghasilkan penyampaian yang lebih menarik serta berkesan, mengurus pelajar mereka dengan cekap dan memudahkan komunikasi dengan ibu bapa serta pelajar. iv) Ambighapathy dan Shanti (2004) menyatakan bahawa era teknologi memerlukan penglibatan guru-guru dan aktiviti pembelajaran menjurus kepada pembelajaran berterusan sepenuhnya. 3.4 Perbincangan Penulis membahagikan perbincangan isu ini dari segi: Kekangan dan cabaran penggunaan ICT dalam pendidikan Teknik dan Vokasional iaitu : a) Kekangan dari segi menghabiskan silibus Penulis mencadngkan penggunaan ICT perlu meluaskan dimensi dunia ICT mencakupi penggunaan internet, melayari laman web, on-line, e-mel, program pendidikan yang diselaraskan di peringkat sekolah dan perisian perlu dirancang sesuai dengan spesifikasi kurikulum sekolah dan digunakan secara intensif. b) Sikap Negatif Guru Penulis menyarankan supaya guru-guru harus meninggalkan amalan lama dalam p&p. Persediaan mental, pengetahuan dan kemahiran dalam anggota adalah penting kea rah sesuatu perubahan sesebuah organisasi (Steers & Black, 1994). c) Kekurangan Kemahiran Penggunaan IT

Penulis menyarankan supaya guru-guru diberi kursus jangka pendek untuk mendapat ilmu dan pengetahuan baru berkaitan ICT. d) Kekurangan Prasarana dan Bahan Bantu sokongan Penulis menyarankan supaya pihak sekolah perlu memperbaiki infrastruktur komunikasi dan multimedia dan mempertingkatkan infostruktur seperti rangkaian, kandungan tempatan, insentif dan perundangan untuk membentuk persekitaran yang membolehkan penyediaan infostruktur. e) Jurang ICT dan Digital Untuk mengatasi masalah ini penulis menyarankan supaya penggunaan computer perlu diperluaskan lagi ke kawasan-kawasan luar bandar. f) Sumber Kewangan Yang Tidak Mencukupi

Dalam hal ini penulis menyarankan sekolah perlu menangani masalah kewangan dari masa kesemasa mengikut keupayaan masing-masing supaya pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran berasakan ICT di sekolah berjaya dan dapat meningkatkan kemahiran guru-guru dan juga pelajarpelajar sekolah seiring dengan kemajuan ICT dunia. 3.5 Kesimpulan Penulis telah menyimpulkan bahawa penggunaan ICT dalam pendidikan adalah selaras dengan dasar Pembangunan Negara oleh itu Kementerian Pelajaran Malaysia harus lah menyediakan segala kemudahan dan peralatan ICT yang sentiasa berubah mengikut peredaran masa secara global. Persediaan dari segi latihan dan kemahiran guru untuk mengaplikasikan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran perlu dimantapkan sepanjang masa. Sikap guru-guru perlulah diubah untuk menerima perubahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berasakan dunia abad ke 21 (21st Century Skill in Education). Kejayaan penggunaan ICT di dalam pendidikan bergantung kepada keupayaan kerajaan menyediakan segala prasarana dan peralatan ICT di seluruh pelusuk bandar dan juga kawasan luar bandar supaya kemudahan internet dapat diekses dengan mudah. Kerajaan perlu menyediakan peruntukan kewangan yanga banyak untuk menjayakan penggunaan ICT di dalam pendidikan supaya hasrat ini tidak seperti melepaskan batuk di tangga sahaja. 4.0 Pernghargaan Tiada penghargaan yang dtujukan oleh penulis. 5.0 Rujukan. Penulis menggunakan bentuk rujuk berdasrkan sisitem APA. 6.0 Kekuatan dan Kelemahan Dalam jurnal ini penulis membinvangkan isu ICT dalam pendidikan dalam konteks pelaksanaan di SM Teknik Dan Vokasional , sikap guru, cabaran dan halangan dengan bersandarkan hasil kajian orang lain. Hujah-hujah dalam perbincangan adalah pendapat pengkaji lain berdasarkan bahan rujukan

yang disenaraikan. Tiada teori yang digunakan untuk perbangdingan dari segi amalan dalam pendidikan. Itulah sahaja kekuatan penulis. Namun begitu kajian yang dilaporkan oleh penulis mempunyai kelemahan yang boleh dibaikki. Penulis dan rakan sepetutnya menyediakan instrument supaya dapat mengumpul data-data hasil kajian yang boleh dijadikan sebagai bahan bukti. Dalam kajian ini penulis tidak menyatakan bilangan SM Teknik dan Vokasional yang dijadikan lapangan untuk kajian, tidak dinyatakan juga bilangan responden yang terlibat. Kajian ini berbentuk kulitatif dan penulisan secara naratif tidak spesifik dari segi kutipan data. Posted by puteri salju at 3:26 PM 1 comment:

2) Jurnal ilmiah menerbitkan sebuah ulasan dan ringkasan buku yang berbentuk kritikal. Langkah penting yang perlu diambil ialah (a)Pengenalan, (b)Bahagian Utama-Perbincangan dan Ringkasan, dan (c)Analisis Kritikal.

You might also like